The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by CISELIA MISOW Moe, 2021-01-18 04:35:35

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

program semarak kasih -jpn sarawak 2020

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Soalan Negeri
1. Jelaskan latar belakang pembentukan kerajaan Bani Umaiyah. [6 markah] JOHOR

Bagaimanakah kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dibentuk? [4 markah] PAHANG

Contoh Jawapan

Pemerintahan Bani Umaiyah tahap pertama diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan.
Pemerintahan ini berlaku selepas penyerahan kuasa oleh Hassan bin Ali kepada Muawiyah. Pemerintahan
Bani Umaiyah bermula dari tahun 661M. hingga tahun 750M. dan berpusat di Damsyik. Pemimpin Bani
Umiayah menggunakan gelaran khalifah.

Pemerintahan Bani Umaiyah tahap kedua diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil atau Abdul
Rahman I. Kerajaan ini berpusat di Cordova, Sepanyol. Pemerintahan ini berlangsung dari tahun 756M
hingga 1031 M. Pada tahap kedua ini, pemimpinnya menggunakan gelaran amir.

Soalan Negeri
2. Namakan pengasas kerajaan Bani Umaiyah. [2 markah] MELAKA

Contoh Jawapan

Tahap pertama: Muawiyah bin Abu Sufyan
Tahap kedua: Abdul Rahman al-Dakhil / Abdul Rahman I

Soalan Negeri
3. Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik. [6 markah] JOHOR

Kerajaan Bani Umaiyah memberi sumbangan yang besar dalam bidang pentadbiran dan MELAKA

pemerintahan.

Jelaskan sumbangan tersebut. [4 markah]

Jelaskan sumbangan kerajaan Islam dalam bidang pentadbiran. [4 markah] PERAK

1

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Contoh Jawapan

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang politik ialah sistem pentadbirannya terbahagi
kepada empat aspek utama. Yang pertama ialah sistem khalifah, iaitu perlantikan khalifah sebagai ketua
pemerintah. Yang kedua ialah sistem wazarah. Sistem wazarah bermaksud perlantikan wazir untuk
mengetuai pentadbiran kerajaan pusat dan perlantikan gabenor untuk mengetuai pentadbiran wilayah.

Yang ketiga ialah sistem urusetia. Melalui sistem urusetia, beberapa orang pegawai dilantik untuk
mengumpul rekod, surat-menyurat dan sebagainya. Yang keempat ialah sistem hijabah. Melalui sistem
ini, seorang pegawai ditugaskan untuk memeriksa orang yang mahu menemui khalifah.

Jawapan tambahan
✓ Dalam sistem urusetia, pentadbiran dibahagikan kepada beberapa bahagian
✓ Contohnya, bahagian surat-menyurat, cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman
✓ Dalam sistem hijabah, seorang pegawai dilantik untuk mengawal keselamatan khalifah
✓ Juga sebagai pemegang amanah
✓ Sistem hijabah dimulakan oleh Muawiyah

Soalan Negeri

4. Mengapakan kerajaan Bani Umaiyah mewujudkan pembaharuan seperti di atas? [8 markah] JOHOR

Contoh Jawapan

Kerajaan Bani Umaiyah mewujudkan pembaharuan di atas untuk melicinkan sistem pentadbiran.
Sistem pentadbiran dibahagikan kepada peringkat pusat yang diketuai oleh wazir dan peringkat wilayah
yang diketuai oleh gabenor. Hal ini mebolehkan kerajaan Bani Umaiyah mentadbir wilayah yang luas
dengan lebih berkesan. Selain itu, penubuhan jabatan yang diketuai oleh pegawai tertentu mewujudkan
pengkhususan kerja yang memudahkan segala urusan. Selain itu keselamatan khalifah lebih terjamin
dengan wujudnya sistem hijabah. Semua orang yang hendak menemui khalifah akan diperiksa. Dengan
adanya sistem pentadbiran yang sistematik, maka kestabilan politik akan terjamin.

Di samping itu, pertahanan negara semakin kukuh dengan wujudnya pembaharuan di atas. Hal ini
kerana Jabatan Ketenteraan atau Diwanul Jundi telah ditubuhkan. Seterusnya angkatan tentera darat dan
tentera laut juga ditubuhkan. Justeru, sistem ketenteraan yang kukuh berjaya mengatasi ancaman dalaman
dan luaran terhadap kerajaan Bani Umaiyah.

2

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan
✓ Membangunkan ekonomi dengan lebih pesat
✓ Kegiatan perdagangan dan pertanian berjalan lancar
✓ Pengutipan cukai dilakukan dengan lebih teratur dengan tertubuhkan jabatan Cukai
✓ Penubuhkan Baitumal mewujudkan sistem kewangan yang teratur
✓ Sumber pendapatan kerajaan dari pelbagai cukai seperti kharja (cukai tanah), jizyah
(cukai perlindungan), zakat, usyur dan ghanimah.

Soalan Negeri
PAHANG
5. Bincangkan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang keilmuan pada kedua-dua

tahap tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama dalam bidang keilmuan ialah kota Basrah
dijadikan pusat penyebaran ilmu. Lahir ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa) dan sasterawan
seperti al-Farazdaq. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara. Perkembangan ilmu agama dan lahir
tokoh terkemuka semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Sementara itu, buku rujukan
untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemah ke dalam Bahasa Arab.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua dalam bidang ilmu ialah pusat pengajian tinggi
di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III. Selain itu, sebuah perpustakaan diasaskan oleh al-Hakam
II. Wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia. Selain Cordova, pusat
keilmuan lain ialah Seville, Toledo dan Granada. Sebuah pusat penterjemahan karya tokoh Yunani ke
dalam Bahasa Arab telah dibina di Toledo.

Jawapan tambahan

Sumbangan tahap pertama dalam bidang keilmuan
✓ Ibn Nafis (pakar bedah) menghasilkan buku yang membicarakan teknik pembedahan

dan rawatan selepas pembedahan.
✓ Perkembangan ilmu kimia dan astronomi
✓ Dalam sistem perundangan, hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dan ijmak

Sumbangan tahap kedua dalam bidang keilmuan
✓ Masyarakat Arab berpeluang mempelajari pelbagai ilmu daripada buku terjemahan
✓ Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu
✓ Cordova menjadi jambatan ilmu pengetahuan antara dunia Islam dengan Eropah

3

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
6. Terangkan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial. [8 markah] JOHOR

Contoh Jawapan

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial adalah dalam aspek ilmu pengetahuan,
kesihatan, pendidikan dan kesenian. Dalam aspek ilmu pengetahuan, kota Basrah dijadikan pusat
penyebaran ilmu semasa kerajaan Bani Umaiyah tahap pertama. Lahir ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad
iaitu seorang pakar Bahasa dan sasterawan seperti al-Farazdaq. Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi
negara. Perkembangan ilmu agama, lahir tokoh terkemuka semasa pemerintahan Khalifah Umar bin
Abdul Aziz. Sementara itu, buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemah ke dalam Bahasa
Arab.

Dalam aspek kesihatan, hospital pertama telah dibina di Damsyik. Hospital penyakit kusta telah
dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz. Sementara itu, Ibn al-Nafis (pakar bedah) menghasilkan buku
yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

Dalam aspek pendidikan, pusat pengajian tinggi di Cordova diasaskan oleh Abdul Rahman III
semasa kerajaan Bani Umaiyah tahap kedua. Selain itu, sebuah perpusatakaan diasaskan oleh al-Hakam
II. Wujud 17 buah pusat pengajian dan 70 buah perpustakaan di Andalusia. Selain Cordova, pusat
keilmuan lain ialah Seville, Toledo dan Granada. Sebuah pusat penterjemahan karya tokoh Yunani ke
dalam Bahasa Arab telah dibina di Toledo.

Jawapan tambahan

Sumbangan dalam aspek seni bina
✓ Binaan Masjid Cordova mempunyai menara setinggi 36 meter
✓ Kubah masjid Cordova beralaskan kayu berukir
✓ Mempunyai 1293 tiang yang diperbuat daripada marmar
✓ Diterangi 4700 lampu pada waktu malam

4

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
PAHANG
7. Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah disebabkan kepincangan pentadbiran dan pemerintahan

khalifahnya. Beri penjelasan anda. [6 markah]

Contoh Jawapan

Antara sebab kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah ialah berlakunya penentangan dari dalam dan luar
negara. Penentangan dilakukan oleh orang Islam yang bukan keturunan Arab iaitu golongan Mawali seperti
bangsa Parsi dan Barbar. Mereka menganggap bahawa mereka telah didiskriminasi kerana tidak mendapat
jawatan yang sepatutnya. Mereka juga dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding orang Arab Islam.
Akibatnya, mereka menyertai Gerakan Abbasiyah.

Selain itu, khalifah Bani Umaiyah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dan
mengabaikan ajaran Islam. Sikap tersebut membangkitkan kemarahan rakyat. Pemilihan khalifah mengikut
sistem warisan ditentang oleh golongan Syiah dan Khawarij. Kesimpulannya, kelemahan dalam sistem
pentadbiran merupakan faktor kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.

Soalan Negeri
8. Bagaimanakah pembentukan kerajaan Bani Abbasiyah? [6 markah] PULAU PINANG

SARAWAK

Contoh Jawapan

Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750M. selepas Revolusi Abbasiyah berjaya
menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah. Pada mulanya, gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan
bergerak secara sulit. Namun, bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini dikendalikan
secara terbuka. Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait iaiut keluarga Nabi Muhammad SAW
untuk mendapat sokongan. Mereka menjadikan Khurasan dan Kufah sebagai pusat operasi. Gerakan ini
diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, iaitu Abu Salamah al-Khallal dan Abu
Muslim al-Khurasani.

Jawapan tambahan
✓ Kerajaan Bani Abbasiyah mengambil sempena nama al-Abbas (nama bapa saudara Nabi
Muhammad SAW)
✓ Mengamalkan sistem pemerintahan warisan atau monarki

5

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

✓ Ketika pemerintahan Abu Jaafar al-Mansur, pusat pemerintahan diubah dari Damsyik
ke Baghdad.

Soalan Negeri

9. Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu

pengetahuan. [6 markah] PULAU PINANG

Kerajaan Bani Abbasiyah telah meninggalkan banyak sumbangan kepada dunia dalam

bidang keilmuan dan intelektual. Buktikan. [6 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Antara sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan ialah kota
Baghdad menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Selain itu, Khalifah Harun al-Rasyid telah
membina Baitulhikmah, iaitu sebuah institusi keilmuan. Baitulhimah telah berkembang luas semasa
pemerintahan Khalifah al-Makmun. Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains
daripada Bahasa Yunani ke dalam Bahasa Arab.

Di samping itu, sumbangan kerajaan Bani Abbasiyah ialah dalam bidang penulisan. Kegiatan
penulisan dilakukan mengikut tiga tahap. Pertamanya mencatat segala idea dan percakapan, keduanya
mengumpul idea yang serupa ke dalam sebuah buku dan ketiganya mengarang. Kegiatan penulisan
melibatkan golongan ulama.

Jawapan tambahan
✓ Antara ulama terkenal ialah Imam Malik dan Imam Abu Hanifah
✓ Kegiatan penterjemahan karya Bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani ke dalam bahasa
Arab
✓ Orang Islam juga mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemah
✓ Memuatkan keterangan dan ulasan yang bernilai
✓ Memelihara warisan ilmu Eropah daripada lenyap
✓ Ketika itu Eropah dilanda Zaman Gelap
✓ Penubuhan pusat pengajian tinggi
✓ Mempertingkatkan kegiatan penyelidikan
✓ Hasil kajian sarjana Islam telah sampai ke Eropah
✓ Melahirkan zaman pemulihan budaya / Renaissance di Eropah

6

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
10. Bagaimanakah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah? [4 markah] TERENGGANU

Contoh Jawapan

Pada akhir pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, pemerintahan khalifah menjadi lemah. Hal ini
membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil. Antara kerajaan kecil di Turki ialah kerajaan
Saljuk. Kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul. Pada peringkat awal, beliau
ialah amir atau gabenor Saljuk. Pada tahun 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine (Rom
Timur) dan menyebabkan ramai pahlawan tentera (ghazi) dan pemimpin bersatu di bawah beliau.
Seterusnya, Uthman mula menakluki kawasan di sekitar Anatolia dan menjadikan bandar Bursa sebagai
ibu negeri.

Soalan Negeri

11. Kerajaan Turki Uthmaniyah telah memberi sumbangan yang besar kepada perubahan TERENGGANU

peradaban dunia. Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah ialah mewujudkan sebuah empayar Islam.
Istanbul dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim I berjaya menguasai
Makkah pada 1517, kerajaan Turki Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung umat Islam di seluruh dunia.

Suleiman I telah memperkenalkan undang-undang baru yang dikenali sebagai Kanun
Suleiman. Sistem perundangan ini membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu tanpa
mengenal bangsa dan agama.

Dari segi ekonomi, kedudukan Istanbul menjadi pusat pertemuan perdagangan antara timur
dan barat serta antara dunia Islam dan dunia bukan Islam. Kerajaan Uthmaniyah mempunyai hubungan
perdagangan dengan pelabuhan di Laut Tengah, Laut Merah, Laut Mediterranean dan Laut Hindi.

7

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan

Sumbangan dalam pentadbiran perundangan Islam
✓ Jawatan Kadi dan Mufti menjadi sebahagian pentadbiran agama Islam
✓ Jawatan Syeikh ul-Islam diperkenalkan
✓ Merupakan ketua ulama yang mengeluarkan fatwa
✓ Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu
✓ Membawa kepada mobiliti sosial yang lebih luas dalam masyarakat Eropah

Sumbangan dalam ilmu pengetahuan dan pendidikan
✓ Memperkenalkan sistem madrasah
✓ Memperkenalkan sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera,

maktab teknik, kolej perubatan
✓ Penulisan ensiklopedia
✓ Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital, rumah

✓ Senibina masjid
✓ Contoh, Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul

Tahun Soalan Negeri
639 M Pertembungan SARAWAK
711 M Tamadun Islam-Tamadun Yunani-Rom
Tamadun Islam- Tamadun Eropah [2 markah]

12. Nyatakan cara-cara pertembungan tamadun tersebut.

Contoh Jawapan
Antara cara pertembungan tamadun tersebut ialah melalui perdagangan. Misalnya, perdagangan

jarak jauh di Teluk Parsi dan Laut Mediterranean. Selain itu pertembungan tamadun adalah melalui
hubungan diplomatik.

Jawapan tambahan

✓ Penaklukan dan ketenteraan
✓ Pertembungan kebudayaan
✓ Pertembungan intelektual

8

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan [4 markah] Negeri
13. Jelaskan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain. SARAWAK

Contoh Jawapan

Kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain ialah perubahan cara hidup penganut
Islam. Islam membawa nilai akidah yang paling penting, iaitu kepercayaan kepada Allah SWT. Islam
juga memperkenalkan sistem perundangan berdasarkan al-Quran dan Hadis. Dari segi politik,
pertembungan ini telah melahirkan kerajaan Islam, misalnya kerajaan Delhi Mughal di India. Selain itu,
pertembungan ini juga membolehkan orang Islam menguasai ekonomi, terutamanya perdagangan.

Jawapan tambahan

✓ Mempengaruhi proses urbanisasi
✓ Mempengaruhi perkembangan pendidikan
✓ Penekanan pendidikan bukan sahaja kepada agama, tetapi pendidikan dalam bidang

sains, matematik dan teknologi.
✓ Mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara berpakaian, berfikir dan bertutur
✓ Wujud golongan Mudejar, iaitu orang Islam setempat yang terus tinggal di kawasan

pemerintahan orang Kristian
✓ Cendekiawan Islam dan bukan Islam bertukar pendapat
✓ Perkembangan ilmu pengetahuan seperti perubatan, matematik, falsafah, astronomi,

kesusasteraan
✓ Lahir cendekiawan Islam seperti Zakaria al-Razi, al-Khawarizmi, al-Farabi dan Ibn

Sina.
✓ Perkembangan seni bina Islam
✓ Contoh masjid di Cordova, Sepanyol dan masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di

Istanbul.
✓ Kegiatan pengembaraan dan penerokaan ke kawasan luar naungan Islam
✓ Contohnya, Ibn Battuta mengembara ke China, India dan Afrika.
✓ Catatannya amat dihargai dari segi ketepatan fakta tentang kawasan yang dilawatinya.

9

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
JOHOR
14. Bagaimanakah Malaysia boleh menjadi lebih gemilang dalam bidang keilmuan pada SARAWAK

masa akan datang? [8 markah]

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan kedudukan negara kita sebagai pusat

keilmuan bertaraf antarabangsa. [8 markah]

Contoh Jawapan

Malaysia boleh menjadi lebih gemilang dalam bidang keilmuan ialah dengan meningkatkan mutu
pendidikan. Perkara ini dapat dilakukan dengan meningkatkan profesionalisme guru dan pengurusan
sekolah. Guru dan pemimpin sekolah haruslah diberi latihan seiring dengan perubahan masa. Selain itu
kurikulum sekolah hendaklah ditambahbaik dengan memberi penekanan kepada mata pelajaran STEM.
Hal ini boleh melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang tersebut.

Di samping itu, aspek sahsiah juga perlu diberi penekanan untuk melahirkan pelajar yang
mengamalkan nilai murni seperti gigih berusaha, berintegriti, dan berketrampilan. Selain itu, kerajaan
haruslah menambahbaik prasarana sekolah agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.
Misalnya makmal sains, perpustakaan dan bilik darjah. Oleh itu, suasana pembelajaran yang lebih
kondusif dapat diwujudkan, seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang.

Jawapan tambahan
✓ Mutu institusi pengajian tinggi juga perlu ditingkatkan
✓ Pengambilan pelajar haruslah berdasarkan kecemerlangan
✓ Syarat pengambilan tenaga pengajar di universiti juga harus diperketatkan
✓ Perkongsian ilmu dalam bidang sains dan teknologi

Soalan Negeri
PAHANG
15. Kemajuan dalam aspek kehidupan yang kita nikmati adalah hasil usaha pemimpin yang

berpandangan jauh.

Bagaimanakah kita boleh memberikan sumbangan kepada pembangunan negara agar

diteladani oleh generasi yang akan datang? [8 markah]

10

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Contoh Jawapan

Kita boleh memberi sumbangan kepada pembangunan negara dengan cara melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Golongan remaja perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dalam pendidikan. Mereka perlu menguasai ilmu sains, teknologi, ekonomi dan
matematik yang sangat berguna untuk masa depan mereka. Selain itu golonngan remaja perlulah
menguasai pelbagai bahasa untuk memudahkan mereka mempelajari pelbagai ilmu serta berkomunikasi.
Misalnya, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Dengan itu peluang pekerjaan lebih terbuka
kepada mereka pada masa depan.

Selain itu, kita haruslah mengamalkan semangat perpaduan demi pembangunan negara. Amalan
berbudi bahasa haruslah dijadikan budaya kehidupan. Kita haruslah bertegur sapa dan menghormati cara
hidup masyarakat berbilang kaum di negara kita. Oleh itu keharmonian antara kaum akan wujud,
seterusnya kestabilan politik juga akan terjamin. Sekiranya perpaduan wujud, masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum akan berganding bahu menyumbang tenaga demi pembangunan negara. Kesimpulannya,
rakyat Malaysia haruslah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan mengamalkan
semangat perpaduan agar negara terus maju dan terkenal di persada dunia.

Jawapan tambahan
✓ Mengamalkan prinsip Rukun Negara
✓ Berpegang teguh kepada ajaran agama
✓ Taat setia kepada raja dan negara
✓ Mematuhi undang-undang
✓ Menjunjung keluhuran perlembagaan
✓ Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
✓ Bersifat kreatif dan inovatif
✓ Menggiatkan usaha penyelidikan dan pembangunan
✓ Sanggup mempertahankan kedaulatan negara
✓ Berkhidmat dalam pasukan keselamatan
✓ Menjaga nama baik negara / tidak mencemarkan imej negara
✓ Menjauhi amalan rasuah
✓ Tidak mudah dipengaruhi berita palsu
✓ Membeli barangan buatan Malaysia
✓ Bercuti / melancong dalam negara / Cuti-cuti Malaysia

11

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
PERAK
16. Pentadbiran yang cekap dan telus merupakan asas kemajuan sesebuah negara.

Buktikan kebenaran pernyataan tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan

Pentadbiran yang cekap dan telus merupakan asas kemajuan negara kerana amalan ini menjamin
kelancaran pentadbiran. Jika pentadbiran dijalankan secara telus amalan rasuah dan penyelewengan dapat
dibendung. Misalnya dalam merancang belanjawaan dan pemberian projek pembangunan. Selain itu
pembaziran juga dapat dikurangkan jika sumber digunakan dengan cekap. Sesuatu pekerjaan dapat
disempurnakan dengan lebih cepat jika pentadbiran yang telus dan cekap dijalankan. Oleh itu pembaziran
masa akan dielakkan dan mutu produk dan perkhidmatan turut meningkat. Kerajaan yang cekap dan telus
akan mendapat kepercayaan daripada rakyat. Oleh itu kestabilan politik dan ekonomi akan terjamin.

Jawapan tambahan

✓ Memanfaatkan ekonomi negara
✓ Pelabur asing akan lebih yakin menanam modal
✓ Kurangnya amalan kronisme dalam pengambilan pekerja
✓ Produktiviti akan meningkat
✓ Meningkatkan imej negara

Soalan Negeri

17. Huraikan keberkesanan sistem pendidikan moden dalam memperkukuh perpaduan PULAU
PINANG
negara. [8 markah]

Contoh Jawapan

Sistem pendidikan moden di negara kita berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini penting
untuk memperkukuhkan perpaduan negara. Pendidikan meliputi aspek pengetahuan, kemahiran dan
sahsiah. Pelajar telah diterapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme melalui mata pelajaran
Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam dan Pendidikan Sivik. Misalnya, nilai bertolak ansur,
hormat menghormati, tolong menolong dan bekerjasama. Pelajar yang berbilang kaum dapat belajar di
bawah satu bumbung. Oleh itu mereka berpeluang untuk saling mengenali, seterusnya memupuk
semangat perpaduan.

12

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan
✓ Perpaduan dapat dipupuk melalui aktiviti kokurikulum yang diwajibkan
✓ Pelajar belajar untuk bekerja sebagai satu pasukan
✓ Berpeluang mengenali rakan daripada kaum yang lain
✓ Nilai kepimpinan dan berdisiplin dapat dipupuk

Soalan Negeri
TERENGGANU
Kerajaan Turki Uthmaniyah telah memperkenalkan sistem yang menggalakkan
kecemerlangan individu dan kesannya, pembahagian masyarakat Eropah bergantung
kepada hasil usaha individu.

18. Konsep kecemelangan individu dapat meningkatkan ketamadunan manusia.

Bincangkan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Konsep kecemerlangan individu dapat meningkatkan ketamadunan manusia kerana membolehkan
mobiliti sosial. Semua lapisan masyarakat berpeluang untuk berjaya dalam kehidupan tanpa mengira latar
belakang. Ini akan mendorong seseorang untuk gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.

Selain itu konsep kecemerlangan individu akan mewujudkan masyarakat yang harmoni kerana
semua golongan mendapat peluang yang sama rata. Tiada diskriminasi dalam memperoleh peluang
pendidikan, pekerjaan, pemilikan harta atau bantuan kerajaan. Oleh itu perpaduan lebih kukuh dan negara
menjadi harmoni.

Di samping itu, konsep kecemerlangan individu akan memanfaatkan pembangunan negara. Hal
ini kerana orang yang terbaik sahaja akan dipilih untuk melakukan sesuatu tugasan. Misalnya, pemimpin
dipilih berdasarkan daya kepimpinan, bukannya berdasarkan kaum atau agamanya. Oleh demikian,
negara akan mempunyai bakat-bakat yang terbaik untuk memberi sumbangan kepada pembangunan
negara. Kesimpulannya, sesebuah negara haruslah mengamalkan konsep kecemerlangan individu jika
hendak terus maju.

13

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 7: ISLAM DI ASIA TENGGARA

Soalan Negeri
1. Jadual berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. SARAWAK

Teori Kedatangan Islam ke Asia Tenggara Tokoh
Dari Semenanjung Tanah Arab X
Dari India Y
Dari China Z

Namakan tokoh sejarawan yang mewakili X, Y dan Z. [3 markah]

Contoh Jawapan

X John Crowford
Y Snouck Hurgronje
Z Emanuel Godinho Eredia

Jawapan tambahan

✓ X - Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas
✓ Z - S.Q. Fatimi

Soalan Negeri

2. Kemukakan dua hujah yang menyokong teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara melalui SARAWAK

Semenanjung Tanah Arab. [2 markah]

Contoh Jawapan

Islam berkembang menerusi aktiviti perdagangan. Ini dibuktikan dari catatan China. Selain itu,
orang Arab dan Parsi mempunyai pusat perniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy. Malahan,
pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah hingga ke China. Mereka
berdagang secara berterusan di rantau Asia Tenggara dan dalam perjalanan ke China, pedagang Arab
singgah di pelabuhan Selat Melaka.

1

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan

✓ Pelabuhan tersebut menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun ke China
✓ Mereka menetap beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan
✓ Berkahwin dengan wanita tempatan
✓ Mereka berbincang dan berinteraksi dengan pedagang tempatan tentang agama Islam
✓ Pedagang Islam dan pendakwah memperlihatkan kehidupan nilai Islam yang murni
✓ Seperti kejujuran/kebersihan dan berhemah tinggi
✓ Berjaya menarik minat masyarakat tempatan terhadap Islam
✓ Wujud perkampungan Islam seperti Ta Shih di Sumatera Utara
✓ Menggunakan bukti bahan penulisan dan kesusasteraan
✓ Tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
✓ Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
✓ seperti amalan menghormati tetamu
✓ Tarian dabus dan tarian zapin
✓ Karya tempatan menceritakan pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh Syeikh

dari Tanah Arab
✓ Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan Syeikh Ismail mengislamkan Raja Pasai, Merah

Silu
✓ Syeikh Said mengislamkan Raja Pattani Phaya Tu Nakpa

Soalan Negeri

3. Bagaimanakah golongan pemerintah membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara? SARAWAK

[2 markah]

Contoh Jawapan

Golongan pemerintah membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara melalui perkahwinan
siasah iaitu perkawinan dalam kalangan kerabat diraja. Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah dan
Muaffar Syah telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan raja Siak dan Jambi.

Golongan pemerintah membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara melalui pengislaman raja
dan pengislaman golongan pembesar. Apabila raja memeluk Islam, para pembesar pun turut memeluk
Islam dan diikuti oleh golongan rakyat. Hal ini berlaku ketika pengislaman Megat Iskandar Syah dan
Raja Malik al-Salih (Pasai).

2

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri

4. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah agama Islam mudah diterima oleh SARAWAK

masyarakat Asia Tenggara? [3 markah]

Contoh Jawapan

Agama Islam mudah diterima oleh masyarakat Asia Tenggara kerana agama Islam mengamalkan
konsep Tuhan Yang Maha Esa atau Tauhid. Selain itu, agama Islam juga mengutamakan keadilan kepada
semua pihak. Faktor seterusnya adalah agama Islam mengutamakan hak individu dan masyarakat di
samping mengamalkan kehidupan yang dihormati.

Jawapan tambahan

✓ Menyanjungi akhlak mulia.
✓ Konsep kebahagiaan di dunia dan akhirat
✓ Kemurnian sikap dan tingkah laku pedagang Islam
✓ Semangat Islamiah para pedagang
✓ Sifat mahmudah (sopan santun, ikhlas, dan lemah lembut) pedagang Islam
✓ Sifat jujur dan amanah pedagang Islam

[Mana-mana jawapan munasabah]

3

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

BAB 8: PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA SEBELUM
KEDATANGAN BARAT

Soalan Negeri

1. Kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu telah memperkenalkan beberapa unsur baru NEGERI
kepada amalan pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu. Ini telah berlaku SEMBILAN

terutamanya dalam institusi kesultanan dan juga perundangan.

Jelaskan konsep daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu tradisional. [3 markah]

Contoh Jawapan

Konsep daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu tradisional adalah untuk mengangkat
kedudukan seorang raja atau sultan. Kedudukan raja berada di tahap yang tertinggi supaya dapat
menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi kesultanan. Selain itu, terdapat berbagai-bagai adat
istiadat diwujudkan bagi mengukuhkan konsep daulat seperti cara berpakaian, jenis pakaian, bahasa,
pengucapan dan tingkah laku.

Jawapan tambahan

✓ Istiadat pertabalan yang disempurnakan dengan penuh
✓ Tertib/mengikut aturan yang telah ditetapkan
✓ Seseorang raja/sultan mempunyai kuasa tertentu
✓ Sesiapa yang melanggar arahan sultan dikira sebagai derhaka
✓ Sesiapa yang menderhaka/menentang raja menerima akibat/tulah
✓ Mengukuhkan institusi kesultanan

Soalan Negeri

2. Bagaimanakah Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan kepada pemerintahan dan NEGERI

pentadbiran kerajaan Melayu? [3 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Hukum Kanun Melaka dapat menjadi panduan kepada pemerintahan dan pentadbiran kerajaan
Melayu dengan menjelaskan tanggungjawab raja dan para pembesar. Dalam Hukum Kanun Melaka
terdapat pantang larang dalam kalangan masyarakat yang menjadi panduan pemerintah dan rakyat.
Melalui Hukum Kanun Melaka, pemerintah dan pentadbir Melaka dapat memberikan hukuman yang
setimpal terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat.

1

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan
✓ Undang-undang keluarga
✓ Permasalahan ibadah
✓ Jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu

Soalan Negeri

3. Pada pendapat anda, mengapakah undang-undang penting kepada sesebuah negara? NEGERI

[4 markah] SEMBILAN

Contoh Jawapan

Pendapat saya, undang-undang penting kepada sesebuah negara sebagai garis panduan dalam
pemerintahan dan pentadbiran negara. Undang-undang dapat membentuk sistem pentadbiran yang kemas
dan teratur. Selain itu, undang-undang menjamin sistem pemerintahan yang lebih adil dan telus agar dapat
mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.

Jawapan tambahan

✓ Menjaga keamanan/kestabilan negara
✓ Melahirkan rakyat yang setia kepada negara
✓ Mengurangkan kadar jenayah
✓ Memastikan keadilan terjamin/terpelihara

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
4. Maklumat berikut berkaitan dengan pengaruh Islam di Tanah Melayu. SARAWAK

Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem pemerintahan dan
pentadbiran serta perundangan di Tanah Melayu

Terangkan pengaruh Islam terhadap institusi beraja dalam masyarakat Melayu tradisional

selepas kedatangan Islam. [4 markah]

Contoh Jawapan

Pengaruh Islam terhadap institusi beraja dalam masyarakat Melayu tradisional selepas kedatangan
Islam adalah kedudukan dan corak institusi raja telah digantikan dengan konsep-konsep Islam sehingga

2

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

mewujudkan institusi kesultanan. Institusi ini diwarisi daripada amalan pemerintah kerajaan Abbasiyah
dan kekal sebagai institusi berdasarkan perwarisan. Sultan berperanan sebagai ketua negara dan
mempunyai hubungan yang erat dengan golongan ulama. Hal ini dapat dilihat apabila Mufti dilantik
sebagai penasihat dalam hal ehwal agama dan pentadbiran.

Jawapan tambahan

✓ Wujud pegawai dan petugas seperti kadi / khatib / bilal / pemungut zakat / penyelia
baitulmal / penjaga harta wakaf

✓ Sultan harus menunaikan amanah yang dikurniakan / memerintah dengan adil
✓ Pemerintah menggunakan gelaran Sultan untuk mengukuhkan kedudukan / menjamin

kewibawaan
✓ Raja-raja Melaka menggunakan gelaran Khalifatul Mukminin / pemimpin orang

mukmin
✓ Istilah bagi sultan seperti Zilullah fil-alam / Zilullah fil-ardh yang bermaksud bayangan

Allah di muka bumi telah mula digunakan
✓ Nama raja menggunakan nama Islam
✓ Sultan Mansor Shah bermaksud ’pemerintah yang dibantu oleh Allah’ / Sultan Mahmud

Shah bermaksud ’sultan terpuji’
✓ Nasab keturunan pemerintah dikaitkan dengan tokoh-tokoh Islam seperti Iskandar

Zulkarnain
✓ Bertujuan meninggikan kedudukan seseorang raja / sultan
✓ Mengamalkan konsep daulat untuk mengangkat kedudukan sultan / menimbulkan

penghormatan rakyat
✓ Daulat berasal dari perkataan Arab “Daulah” bermaksud kuasa / kerajaan
✓ Menjadi pengikat antara golongan rakyat dan pemerintah
✓ Islam dijadikan agama rasmi Kerajaan Melayu Melaka

Soalan Negeri

5. Pada pendapat anda, mengapakah institusi kesultanan Melayu perlu dikekalkan? [8 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, institusi kesultanan Melayu perlu dikekalkan kerana raja merupakan ketua
negara dan raja adalah lambang kedaulatan negara. Institusi kesultanan Melayu merupakan warisan turun
temurun sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Selain itu, institusi kesultanan Melayu perlu dikekalkan
kerana melambangkan taat setia rakyat dan lambang perpaduan pelbagai kaum di negara kita.

3

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Raja atau sultan merupakan pelindung kepada semua rakyat atau orang Melayu dan berperanan
menjaga hak istimewa orang Melayu atau kaum bumiputera yang lainnya. Dengan adanya institusi
kesultanan ini keadilan akan dapat dilaksanakan dengan sempurna kepada seluruh rakyat.

Jawapan tambahan
✓ Ketua agama Islam
✓ Lambang identiti negara
✓ Pernah menjadi tonggak pembentukan empayar
✓ Warisan politik tradisional yang terbukti berkesan
[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
6. Prinsip Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Malaysia. SARAWAK
[8 markah]
Berikan ulasan anda.

Contoh Jawapan

Prinsip Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Malaysia apabila hukum Islam dan
Undang-undang Syariah menjadi asas undang-undang Islam. Selain itu, Mahkamah Syariah juga
ditubuhkan. Pengaruh prinsip Islam juga dapat diperhatikan melalui Adat Temenggung yang telah
disesuaikan dengan ajaran Islam oleh Mazhab Shafie.

Dalam adat ini, pembahagian harta pusaka mementingkan anak lelaki. Ini bertepatan dengan
hukum faraid dalam Islam. Dalam soal perkahwinan pula, seorang individu bebas berkahwin asalkan tidak
melanggar hukum Islam. Prinsip Islam dalam sistem perundangan dapat diperhatikan semasa zaman
Kerajaan Melayu Melaka kerana undang-undang awam dan jenayahnya sendiri berdasarkan undang-
undang syariah dan adat. Hal ini termaktub dalam Hukum Kanun Melaka.

Jawapan tambahan
✓ Untuk mengendalikan kes jenayah/penikahan/perniagaan/pembahagian harta pusaka
✓ Masalah ibadat dalam Hukum Kanun Melaka
✓ Undang-Undang Laut Melaka - Nakhoda dalam kapal diumpamakan imam
✓ Anak buah (anak kapal) diumpamakan makmum
✓ Sultan Alaudin Riayat Syah mempraktikkan undang-undang Islam dengan tegas di
Melaka

4

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
PULAU
7. Kedatangan Islam telah membawa kesan kepada sistem ekonomi di Tanah Melayu. Pengaruh PINANG

Islam terhadap ekonomi dapat dilihat dalam mata wang, perdagangan dan percukaian.

Nyatakan dua jenis mata wang yang digunakan di pelabuhan Melaka. [2 markah]

Contoh Jawapan

Mata wang yang digunakan adalah mata wang timah dan mata wang dari Pasai, Hormuz dan
Cambay.

Soalan Negeri
8. Jelaskan faktor kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka pada kurun ke-15. [4 markah] PULAU
PINANG

Contoh Jawapan

Antara faktor kepesatan kegiatan perdagangan di Melaka pada kurun ke-15 adalah kedudukan
yang strategik. Melaka terletak di tengah jalan perdagangan. Faktor seterusnya adalah Melaka mempunyai
pentadbiran yang licin dan teratur agar aktiviti perdagangan berjalan lancar. Beberapa jawatan telah
diwujudkan misalnya jawatan Laksamana bagi menjaga urusan kelautan dan jawatan Syahbandar sebagai
ketua pelabuhan.

Jawapan tambahan

✓ Undang-Undang Laut Melaka telah digubal
✓ Menjadi panduan kepada masyarakat khususnya berkaitan dengan tugas nakhoda,

jurumudi dan sebagainya
✓ Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan seperti tahil dan kati
✓ Aktiviti perdagangan di pelabuhan menggunakan kaedah tukar barang dan kaedah jual

beli

5

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri

9. Wajarkah sistem cukai dikenakan kepada rakyat untuk tujuan pembangunan negara? PULAU
PINANG
Beri alasan anda. [4 markah]

Contoh Jawapan

Sistem cukai dikenakan kepada rakyat untuk tujuan pembangunan negara adalah wajar kerana
hasil kutipan cukai akan digunakan untuk membina kemudahan untuk rakyat. Selain itu, cukai tersebut
dapat menambah pendapatan negara. Seterusnya, sistem cukai juga membolehkan kekayaan negara
diagihkan sama rata.

Jawapan tambahan

Tidak wajar
✓ Membebankan rakyat
✓ Terdapat golongan rakyat yang kurang berkemampuan
✓ Terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
TERENGGANU
10. Aktiviti perdagangan yang berlaku sejak abad ke-12 hingga abad ke-18 telah

merangsang perkembangan penggunaan mata wang dan percukaian di Alam Melayu.

Nyatakan kegunaan mata wang pada masa itu. [2 markah]

Contoh Jawapan

Kegunaan mata wang adalah sebagai perantaraan nilai yang akan memudahkan urusan
perdagangan. Mata wang juga menjadi medium aktiviti jual beli yang merupakan alternatif kepada sistem
pertukaran barang.

6

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
11. Berdasarkan jawapan di soalan (7), jelaskan ciri-ciri mata wang tersebut. TERENGGANU

[4 markah]

Contoh Jawapan

Ciri-ciri mata wang tersebut adalah diperbuat daripada timah atau emas. Ciri kedua adalah
berbentuk bulat atau segi enam. Mata wang tersebut juga mempunyai tulisan jawi dan tercatat tarikh Islam.

Jawapan tambahan

✓ Nama sultan dicatat
✓ Gelaran Islam sultan / Khalifatul Muslimin
✓ Mata wang katun / kupang / kijang / ayam jantan

Soalan Negeri
12. Hasil cukai merupakan sumber terpenting bagi kebanyakan negara termasuk TERENGGANU

Malaysia bagi membiayai pembangunan negara.
Sumber: https://www.ums.edu.my/fksw/images/files/--BIL12-
2006/Pengetahuan%20Cukai.pdf

Buktikan kebenaran pernyataan di atas. [4 markah]

Contoh Jawapan

Bukti kebenaran pernyataan di atas dapat dilihat pada perbelanjaan keselamatan negara. Bukti lain
adalah hasil cukai digunakan dalam pembiayaan kemudahan infrastruktur. Hasil cukai juga membantu
mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara ketika kelembapan ekonomi. Selain itu, hasil cukai juga
digunakan bagi memberikan bantuan pendidikan atau biasiswa.

Jawapan tambahan
✓ Digunakan untuk meringankan beban sara hidup rakyat
✓ Menampung bantuan subsidi ke atas barangan keperluan
[Mana-mana jawapan munasabah]

7

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA Negeri
KELANTAN
Soalan
13. Rajah berikut berkaitan sistem pendidikan yang diamalkan oleh masyarakat di Tanah

Melayu selepas kedatangan Islam.

Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional melaksanakan pendidikan tidak formal?
[6 markah]

Contoh Jawapan

Masyarakat Melayu tradisional melaksanakan pendidikan tidak formal melalui asuhan dalam
institusi keluarga sebagai pendidikan awal dan memberi penekanan terhadap pengajaran nilai-nilai moral.
Pembelajaran dalam pendidikan tidak formal dilakukan melalui pendengaran, penglihatan dan
pemerhatian. Anak-anak mempelajari kemahiran melalui pemerhatian atau latihan seperti dalam kegiatan
pertanian, perikanan, kraftangan dan pertukangan.

Pendidikan tidak formal juga menekankan hal berkaitan agama, kelakuan, cara berkawan dan menjaga
maruah diri dan keluarga. Pendidikan ini diserapkan kepada anak-anak melalui cerita-cerita lisan seperti
cerita binatang dan cerita jenaka.

Selain itu, cerita berbentuk teladan atau pengajaran turut diserapkan dalam pendidikan tidak formal
seperti dalam cerita anjing dengan bayang-bayang atau cerita kancil.

Jawapan tambahan
✓ Mempelajari pantang-larang, adat istiadat
✓ Melalui pergaulan sosial
✓ Contoh tunduk sambil menghulurkan tangan ketika lalu di hadapan orang
✓ Melalui pantun / teka teki / peribahasa
✓ Seperti siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri

8

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
14. Terangkan institusi pendidikan formal berikut: KELANTAN

(i) Pendidikan pondok [6 markah]
(ii) Sistem Madrasah

Contoh Jawapan

Perkembangan sistem pendidikan formal selepas kedatangan agama Islam bagi institusi
pendidikan pondok ialah memberi penekanan ilmu keagamaan bagi menyediakan pelajar- pelajar agar
dapat menjadi guru agama dan dapat berkhidmat dengan masyarakat. Pendidikan pondok kebanyakannya
meluas di Kedah, Kelantan dan Pattani. Contohnya Pondok Pulau Condong dan Pondok Langgar.

Perkembangan sistem pendidikan formal selepas kedatangan agama Islam bagi sistem
madrasah adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang dilaksanakan secara kelas mengikut tahap
permulaan, pertengahan dan pengkhususan. Pendidikan di madrasah ini diawasi oleh mudir dan diselia
oleh pihak lembaga. Pengurusan pendidikan dalam sistem madrasah ini lebih tersusun.

Jawapan tambahan

Pendidikan pondok
✓ Tidak mempunyai batasan waktu dan mengambil masa yang lama
✓ Para pelajarnya datang dari negeri-negeri lain.
✓ Mereka tinggal secara berkongsi dalam pondok yang dibina berhampiran dengan rumah

guru.
✓ Antara mata pelajaran yang diajar ialah hadith, tafsir, fiqah, saraf, nahu Arab, tauhid,

akhlak, mantiq, tawarikh Islam dan tasawuf.

Soalan Negeri
KELANTAN
15. Mengapakah pendidikan tidak formal perlu seiring dengan pendidikan formal di negara

kita pada hari ini? [8 markah]

Contoh Jawapan

Pendidikan tidak formal perlu diberi seiring dengan pendidikan formal pada hari ini supaya dapat
melahirkan manusia yang seimbang antara rohani dan jasmani agar dapat melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan.

9

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Selain itu, pendidikan tidak formal perlu diberi seiring dengan pendidikan formal pada hari ini supaya
nilai-nilai masyarakat seperti hormat-menghormati dan amalan berziarah dapat dipertahankan.

Di samping itu, pendidikan tidak formal perlu diberi seiring dengan pendidikan formal pada hari ini
agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan budaya asing. Masyarakat dapat menilai antara unsur
baik dan buruk serta dapat melahirkan insan yang mempunyai minda kelas pertama.

Dengan pendidikan formal dan tidak formal yang seiring akan dapat melahirkan insan yang berfikir
di luar kotak. Kesannya, negara akan menjadi maju dalam segala bidang dan dapat setanding dengan
negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Rusia.

Soalan Negeri
16. Sejarah perkembangan ekonomi orang Melayu antara abad ke-14 hingga abad ke-15 PERAK

sering dikaitkan dengan perdagangan, mata wang dan sistem percukaian. PERLIS
Jelaskan faktor-faktor perkembangan perdagangan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

[4 markah]

Sejak abad ke-12 hingga abad ke-18, aktiviti perdagangan di Alam Melayu telah

didominasi oleh pedagang Islam yang juga terdiri daripada orang Melayu. Menjelang

abad ke-15 Melaka telah menjadi pusat perdagangan yang penting.

Jelaskan faktor-faktor yang menyumbang kepada kepesatan Melaka sebagai pusat

perdagangan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara faktor perkembangan perdagangan dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah kedudukan
strategik. Selain itu, Melaka mewujudkan pentadbiran yang licin dan teratur untuk melicinkan kegiatan
perdagangan. Faktor seterusnya adalah kewujudan jawatan Laksamana bagi menjaga urusan kelautan dan
Syahbandar yang berperanan sebagai ketua pelabuhan.

Selain itu, penggubalan Undang-Undang Laut Melaka turut menyumbang kepda kepesatan
perdagangan di Melaka. Undang-undang Laut ini menerangkan tugas-tugas nakhoda dan jurumudi.
Terdapat 84 bahasa dipertuturkan di Melaka serta pengenalan sistem sukat dan timbang yang
menyumbang kepesatan perkembangan Melaka.

10

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Jawapan tambahan

✓ Juga menggunakan sistem tahil dan kati
✓ Barangan yang ditimbang ialah emas/perak/bahan wangian/batu permata
✓ Menggunakan sistem timbangan bahara
✓ Digunakan untuk menimbang rempah ratus
✓ Lada/buah pala/bunga cengkih/bunga lawang
✓ Timbangan menggunakan dachim (dacing)
✓ Dua kaedah digunakan dalam urusan perdagangan
✓ Kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli

Soalan Negeri
PERAK
17. Huraikan peraturan percukaian yang diamalkan pada zaman pemerintahan Kesultanan
PERLIS
Melayu Melaka. [8 markah]

Aktiviti perdagangan yang pesat di Melaka turut memperkembangkan bidang

percukaian. Jelaskan tentang cukai yang dikenakan kepada para pedagang yang

berurusan di Melaka. [4 markah]

Contoh Jawapan

Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, cukai merupakan bayaran terhadap aktiviti
tertentu atau barangan tertentu. Pada waktu itu cukai menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan
kerajaan. Pedagang yang datang diwajibkan membayar cukai sebelum memulakan urusan perniagaan.

Terdapat beberapa jenis cukai diadakan di Melaka. Contohnya, cukai tetap dan cukai diraja. Cukai
tetap ditetapkan oleh pemerintah. Misalnya, pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu
dikehendaki membayar cukai sebanyak enam peratus. Pedagang dari Jepun dan China pula membayar
cukai sebanyak lima peratus. Beras dan makanan tidak dikenakan bayaran cukai. Setelah semua cukai
dibayar, barulah urusan jual beli dimulakan. Kutipan cukai ini dilakukan di bazar-bazar yang disediakan
di sepanjang sungai Melaka.

Jawapan tambahan
✓ Cukai diraja dibayar oleh orang asing yang menetap di Melaka
✓ Orang asing dari Kepulauan Melayu membayar cukai diraja sebanyak tiga peratus
✓ Orang asing dari kawasan lain membayar cukai diraja sebanyak enam peratus


11

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA Negeri
PERAK
Soalan
18. Mengikut pandangan sejarah anda, bagaimanakah kedatangan Islam membantu

perkembangan kegiatan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15?
[8 markah]

Contoh Jawapan

Mengikut pandangan sejarah saya, kedatangan Islam membantu perkembangan kegiatan
ekonomi Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 kerana perniagaan berkait rapat dengan saranan
Islam. Aktiviti perniagaan adalah sumber rezeki yang besar menurut pandangan Islam. Misalnya Nabi
Muhammad SAW sendiri terlibat dalam perniagaan. Di Melaka wujudnya pusat perdagangan yang
penting kerana kedudukannya yang strategik menyebabkan Melaka menjadi tumpuan pedagang asing.

Selain itu, Melaka mempunyai kemudahan perdagangan dan sistem pentadbiran yang licin serta
teratur. Hal ini terbukti apabila Melaka mewujudkan pelbagai jawatan misalnya Laksamana dan
Syahbandar.

Kedatangan Islam membantu perkembangan kegiatan ekonomi Kesultanan Melayu Melaka
apabila adanya undang-undang yang berlandaskan syariat Islam iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-
undang Laut Melaka. Kedua-dua undang-undang ini menjadi landasan kepada masyarakat dan membawa
perkembangan yang positif dalam kegiatan ekonomi atau perdagangan di Melaka.

Soalan Negeri
PERLIS
19. Perdagangan memberi sumbangan yang amat besar dalam usaha memajukan ekonomi

negara kita. Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam

usaha meningkatkan bidang perdagangan di Malaysia. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha meningkatkan bidang
perdagangan di Malaysia adalah dengan mengenakan cukai import terdapat barangan dari negara luar.
Selain itu, kerajaan perlu memastikan peniaga membuat bayaran untuk mendapatkan kelulusan Surat
Kebenaran Berniaga. Hal ini penting bagi memastikan urusan perdagangan berjalan lancar dan menjadi
sumber pendapatan negara.

Langkah seterusnya adalah menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan. Kemudahan seperti
membaiki kapal, rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barangan memudahkan para peniaga
yang datang ke Malaysia. Langkah seterusnya adalah kerajaan perlu memastikan politik negara berada

12

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

dalam keadaan yang aman dan stabil. Keadaan ini mampu menarik ramai pelabur dan pedagang asing ke
Malaysia.

Jawapan tambahan

✓ Dapat digunakan untuk membangunkan negara
✓ Meningkatkan taraf hidup masyarakat.
✓ Meningkatkan ekonomi negara

[Mana-mana jawapan munasabah]

Soalan Negeri
20. Terangkan mata wang yang digunakan di pelabuhan Melaka pada abad ke-15. PERAK

[6 markah]

Contoh Jawapan

Mata wang yang digunakan di pelabuhan Melaka pada abad ke-15 ialah wang timah yang
berbentuk bulat dan beratnya adalah satu kati lapan tahil. Pada permukaan wang tersebut terdapat nama
sultan yang memerintah. Nama Sultan Muzaffar Syah dan tarikh Islam diukir dengan tulisan Jawi. Selain
wang timah, mata wang daripada Pasai, Hormuz dan Cambay juga digunakan di Melaka. Mata wang ini
boleh ditukarkan dengan wang tempatan.

Jawapan tambahan

✓ Mata wang Johor dikenali sebagai katun
✓ Ia diperbuat daripada timah
✓ Berbentuk bulat atau enam segi
✓ Tidak mempunyai tarikh
✓ Terdapat tulisan Jawi atau Arab

Soalan Negeri
MELAKA
21. Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah mempengaruhi sistem pendidikan, bahasa dan

kesusasteraan.

Jelaskan perkembangan sistem pendidikan formal di Tanah Melayu. [6 markah]

13

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Contoh Jawapan

Perkembangan sistem pendidikan formal di Tanah Melayu merupakan pendidikan secara langsung
oleh institusi yang tertentu. Sebelum kedatangan Islam, perkembangan sistem pendidikan formal di Tanah
Melayu berasaskan tradisi Hindu-Buddha yang didominasi oleh golongan istana dan golongan atasan.
Istana menjadi pusat pengajian. Golongan pendeta memberi pengajaran kepada bakal pemerintah dan
pembesar kerajaan.

Sistem pendidikan formal di Tanah Melayu berkembang setelah kedatangan Islam. Pendidikan
telah berkembang bukan sahaja kepada golongan atasan, malah kepada semua golongan masyarakat.
Pendidikan formal di Tanah Melayu menekankan keagamaan. Buktinya ialah pendidikan dijalankan di
istana, masjid, rumah, surau, madrasah dan sekolah pondok.

Jawapan tambahan
✓ Pendidikan di rumah menekankan kepada pengajaran al-Quran
✓ Biasanya pengajian dilakukan di rumah guru al-Quran atau tok guru
✓ Murid terdiri daripada kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 15 tahun.

✓ Istana menjadi pusat pendidikan kepada pemerintah
✓ Sultan Mansor Shah menerima pengajaran daripada Maulana Abu Bakar
✓ Sultan Mahmud Shah, dan Raja Ahmad berguru dengan Maulana Sadar Jahan
✓ Dipengaruhi ramai ulama dan pendawah asing yang menetap di Melaka.
✓ seperti Benggali / Arab/ Parsi / Gujerat
✓ Istana tempat menyimpan buku hikayat yang penting.
✓ seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah
✓ Pendidikan di istana melibatkan pendidikan keagamaan dan juga hal pentadbiran dan

soal politik.

✓ Pendidikan di surau dan masjid untuk mengembangkan ilmu Islam
✓ Kanak-kanak diajar ilmu secara formal
✓ seperti fikah, tajwid dan bacaan dalam sembahyang
✓ Pada waktu malam surau dan masjid menjadi pusat pendidikan bagi golongan dewasa
✓ Ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya, tahapnya lebih tinggi

✓ Pendidikan pondok memberi penekanan kepada ilmu keagamaan
✓ Menyediakan pelajar bertugas sebagai guru agama / berkhidmat untuk masyarakat
✓ Berkembang di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pattani.
✓ Di Kelantan, Pondok Pulau Condong / Pondok Kutan / Di Terengganu Pondok Pulau

Manis

14

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

✓ Di Kedah Pondok Titi Gajah.
✓ Pendidikan mengambil masa sehingga 10 tahun menamatkan pengajian.

✓ Pendidikan madrasah, ada sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.
✓ Pendidikan mengikut tahap, iaitu tahap permulaan dan pertengahan serta terdapat
✓ pengkhususan.
✓ Pendidikan madrasah diawasi oleh mudir/guru besar.
✓ Diselia oleh sebuah Lembaga, jawatan kuasa kewangan dan sebagainya.

Soalan Negeri
MELAKA
22. Bidang bahasa dan kesusasteraan turut mengalami perubahan selepas kedatangan Islam

ke Tanah Melayu. Berikan ulasan anda. [6 markah]

Contoh Jawapan

Bidang bahasa dan kesusasteraan turut mengalami perubahan selepas kedatangan Islam ke Tanah
Melayu. Sebelum tulisan jawi, tulisan Pallava, Kawi (Jawa kuno), Sunda kuno, Batak dan Rencong
digunakan dengan meluas oleh penduduk Tanah Melayu. Kedatangan Islam telah memperkenalkan huruf
Arab yang mudah diterima oleh orang Melayu setelah dibuat penyesuaian dengan tulisan Melayu.

Seterusnya tulisan jawi menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan. Akhirnya tulisan
ini menjadi hak milik orang Melayu. Perbendaharaan kata Bahasa Melayu juga bertambah dengan
bertambahnya istilah baru daripada Bahasa Arab atau Bahasa al-Quran. Contohnya perkataan adat, adil,
hukum dan sebagainya. Hal ini membawa kepada lahirnya istilah dalam bidang lain dalam bidang ilmu
seperti fikah, tauhid dan tafsir.

Jawapan tambahan

✓ Peringkat awal kesusasteraan rakyat disampaikan secara lisan.
✓ Cerita asal usul
✓ seperti kejadian alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang
✓ Cerita lisan menggunakan haiwan sebagai watak utama seperti Sang Kancil.
✓ Cerita jenaka atau lucu
✓ seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang.
✓ Cerita dongeng yang memberi pengajaran
✓ seperti Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih dan Bawang Merah.
✓ Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka

15

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

✓ Penulisan karya berkembang.
✓ Karya dalam bentuk prosa dan puisi
✓ Penulisan prosa seperti Hikayat Nur Muhammad / Hikayat Bulan Berbelah / Hikayat

Nabi Yusuf / Hikayat Nabi Musa a.s/ Hikayat Abu Bakar/ Hikayat Hasan dan
Husin/Hikayat Muhammad Ali Hanafiah
✓ Penulisan puisi seperti Syair Dahulu Kala
✓ Penulisan karya saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas / Hikayat
Hasan Damsyik.

Soalan Negeri
23. Perkembangan dan perubahan sistem pendidikan penting bagi kemajuan bangsa dan MELAKA

negara dalam menghadapi dunia masa kini yang semakin mencabar.
Berdasarkan pernyataan, bahaskan dengan memberikan hujah-hujah yang relevan.

[8 markah]

Contoh Jawapan

Perkembangan dan perubahan sistem pendidikan penting bagi kemajuan bangsa dan negara kerana
pendidikan memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Masyarakat berilmu mampu memacu
kemajuan negara. Selain itu, pendidikan juga melahirkan pakar atau modal insan dalam pelbagai bidang.
Tenaga pakar ini penting bagi menghasilkan ciptaan baru dan memajukan negara.

Perkembangan dan perubahan sistem pendidikan juga selari dengan perkembangan dunia masa
kini. Hal ini membolehkan negara bersaing dengan negara lain dalam bidang pendidikan. Seterusnya,
perkembangan dan perubahan sistem pendidikan mengurangkan kebergantungan negara kepada negara
luar untuk mendapatkan ilmu. Secara tidak langsung keadaan ini dapat mengurangkan kos pendidikan.

Jawapan tambahan

✓ Menjadikan negara pusat pendidikan tumpuan dunia
✓ Sektor pendidikan menjadi sumber pendapatan negara
✓ Menaikkan imej negara
✓ Negara luar memandang tinggi akan sistem pendidikan negara
✓ Melahirkan pelapis barisan pemerintah negara
✓ Melahirkan pemimpin yang bijaksana
✓ Lahir pakar, tenaga mahir dan pemimpin yang berwibawa mampu memajukan negara

[Mana-mana jawapan munasabah]

16

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Soalan Negeri
PAHANG
24. Kedatangan Islam telah membawa perubahan terhadap cara hidup atau budaya

masyarakat Tanah Melayu terutamanya dalam aspek pendidikan, kesenian, bahasa dan

kesusasteraan, serta adat dan nilai hidup mereka.

Apakah maksud pendidikan tidak formal? [4 markah]

Contoh Jawapan

Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal atau asuhan yang berlaku dalam institusi
keluarga. Pendidikan ini berlaku pada peringkat keluarga dan menekankan pengajaran nilai-nilai moral
serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.

Jawapan tambahan

✓ Seperti dalam bidang pertanian / perikanan / kraf tangan / pertukangan
✓ Pembelajaran melalui pemerhatian
✓ Disampaikan melalui teguran secara langsung – berhubung hal keagamaan / kelakuan /

adat resam sikap bersopan-santun / cara berkawan / menjaga maruah
✓ Disampaikan melalui melalui cerita lisan
✓ Seperti cerita binatang / cerita jenaka
✓ Disampaikan melalui kaedah bercerita
✓ Penekanan kepada cerita berbentuk teladan dan pengajaran
✓ Disampaikan melalui pergaulan sosial / pantang larang / adab / adat istiadat
✓ Disampaikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki

Soalan Negeri
PAHANG
25. Terangkan amalan gaya hidup masyarakat Melayu tradisional setelah menerima pengaruh

Islam. [8 markah]

Contoh Jawapan

Amalan gaya hidup masyarakat Melayu tradisional setelah menerima pengaruh Islam dilihat
berubah apabila unsur kepercayaan lama makin hilang dan masyarakat mula menganut akidah Islam.
Selain itu, cara hidup Islam diasimilasi dalam kehidupan masyarakat. Nilai akhlak Islam seperti jujur, adil
dan amanah diamalkan.

17

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Pengaruh Islam juga memberi kesan dalam hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan
yang rapat. Ibubapa dan orang tua perlu dihormati sehingga wujudnya panggilan tertentu untuk orang
yang lebih tua dalam keluarga. Selain itu, terdapat konsep persaudaraan sesama manusia dalam
masyarakat Melayu tradisional. Hal ini dapat dilihat apabila jiran dianggap anggota keluarga.

Jawapan tambahan

✓ Persamaan taraf antara manusia
✓ Tetamu dilayan dengan hormat
✓ Tetamu dihidang dengan makanan dan minuman
✓ Memberi salam ketika berziarah
✓ Bersalam-salaman ketika bertemu
✓ Kanak-kanak mencium tangan orang yang lebih tua
✓ Ungkapan Bismillah/doa sebelum makan
✓ Menjalankan amalan gotong-royong/ kerjasama ketika majlis
✓ Pengebumian/perkahwinan/musyawarah
✓ Pakaian menutup aurat /bertudung /bersongkok
✓ Majlis berunsur Islam
✓ Majlis berkhatan / majlis berkhatam / majlis bercukur
✓ Menekankan nilai perpaduan /ukhwah/ummah
✓ Islam dijadikan ad-din / cara hidup yang lengkap
✓ Bercakap dengan suara yang rendah
✓ Tunduk ketika lalu di depan orang
✓ Tidak menyampuk percakapan orang tua

Soalan Negeri
PAHANG
26. Segelintir generasi muda hari ini semakin meninggalkan amalan hidup bermasyarakat.

Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? [8 markah]

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, antara sebab segelintir generasi muda hari ini semakin meninggalkan amalan
hidup bermasyarakat adalah kesibukan masyarakat bekerja dan mementingkan kerjaya masing-masing.
Malahan terdapat seselintir generasi terpengaruh dengan budaya Barat yang kebanyakannya leka dengan
media sosial seperti Facebook ataupun WhatsApp. Hal ini menyebabkan mereka meninggalkan amalan
hidup bermasyarakat.

18

TEMA 8 TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

Di samping itu, kurangnya penerapan hidup bermasyarakat daripada keluarga juga menjadi faktor
generasi hari ini tidak mempedulikan kehidupan sosial atau bergaul mesra dalam kalangan jiran tetangga
atau komuniti. Anak-anak dibekalkan dan dibiarkan menggunakan gajet tanpa kawalan sehingga mereka
tidak prihatin terhadap masyarakat sekeliling mereka.

Jawapan tambahan

✓ Mementingkan diri
✓ Enggan melibatkan diri dengan masyarakat lain

[Mana-mana jawapan munasabah]

19

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

BAB 10: DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri

1. Rajah berikut berkaitan perubahan- perubahan di negara kita kesan daripada dasar ekonomi SARAWAK

penjajahan Barat.

Kemunculan Bandar

Kesan Dasar Kemudahan kesihatan
Ekonomi British
Kemajuan Sistem Pengangkutan
dan Perhubungan

Jelaskan faktor kemunculan bandar-bandar pada zaman penjajahan British. [3 markah]

Contoh Jawapan

Faktor kemunculan bandar-bandar pada zaman penjajahan British ialah perkembangan ekonomi
dagangan dan kekayaan sumber semula jadi. Contohnya seperti Ipoh yang kaya dengan bijih timah. Malah
bandar-bandar tersebut terletak berhampiran kawasan perlombongan bijih timah seperti Kuala Lumpur.

Jawapan tambahan
✓ Pusat pengangkutan dan perhubungan
✓ Pusat pentadbiran

Soalan Negeri

2. Jelaskan perkhidmatan kesihatan yang disediakan pada zaman penjajahan British. SARAWAK

[2 markah]

Contoh Jawapan

Perkhidmatan kesihatan yang disediakan pada zaman penjajahan British ialah pembinaan hospital
contohnya di Taiping dan Kuala Lumpur. Selain itu terdapat pusat perubatan kecil di Sri Aman dan Sibu.

Jawapan tambahan
✓ Pembinaan pusat perubatan juga atas sumbangan orang perseorangan.
✓ Institut Penyelidikan Perubatan yang mengkaji punca pelbagai penyakit
✓ Sanitary Board ditubuhkan di Kuala Lumpur dan Perak

1

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri

3. Pada pendapat anda, mengapakah British memajukan sistem pengangkutan dan SARAWAK

perhubungan di Tanah Melayu? [2 markah]

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, British memajukan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu
kerana ia mempercepatkan pengangkutan bahan mentah ke pelabuhan untuk dieksport. Kemudahan
pengangkutan dan perhubungan juga memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Tanah Melayu.

Jawapan tambahan
✓ Pengangkutan keretapi membolehkan muatan yang banyak

Soalan Negeri
4. Jelaskan kepentingan rakyat Malaysia menjaga kesihatan diri. [3 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Rakyat Malaysia perlu menjaga kesihatan diri untuk menghindari penyakit berjangkit. Kesihatan
diri yang baik memudahkan kita melakukan ibadat malah melancarkan perjalanan hidup kita.

Jawapan tambahan

✓ Melahirkan generasi yang sihat dan sempurna
✓ Menyumbang kepada kemajuan negara.

2

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri

5. Penjajahan British di Tanah Melayu telah membawa kepada peningkatan ekonomi dan SARAWAK

seterusnya perubahan dalam komposisi kaum di negara kita.

Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah

menjadi tumpuan imigran Cina dan India. [4 markah]

Contoh Jawapan

Berdasarkan pengetahuan sejarah saya, hal ini berlaku kerana kemakmuran ekonomi dan
kestabilan politik Tanah Melayu ketika itu. Tambahan pula dasar penjajahan British yang menggalakkan
kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu. Ketika itu peluang pekerjaan juga sangat luas terutama dalam
sektor perlombongan bijih timah.

Soalan Negeri

6. Pembentukan masyarakat majmuk pada zaman penjajahan British telah memberi kesan

semasa penubuhan negara dan bangsa Malaysia. Beri komen anda. [4 markah] SARAWAK

Contoh Jawapan

Pada pendapat saya, kepelbagaian etnik menyulitkan usaha perpaduan nasional kerana rakyat
Malaysia mempunyai perbezaan petempatan. Contohnya orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di
bandar dan orang India di lading. Perbezaan pekerjaan dan bahasa antara kaum juga lama wujud sejak zaman
penjajahan British. Pendidikan vernakular yang diperkenalkan oleh British menyulitkan pembentukan rakyat
Malaysia yang bersatu padu. Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971 iaitu penstrukturan ekonomi
negara berasaskan perpaduan nasional.

Soalan Negeri
SARAWAK
7. Pembinaan pembandaran biasanya seiring dengan penularan wabak penyakit yang

menyebabkan kemerosotan kesihatan masyarakat.

Huraikan perkembangan perkhidmatan kesihatan di Tanah Melayu, Sabah dan

Sarawak semasa penjajahan British. [6 markah]

Contoh Jawapan

British telah menubuhkan beberapa hospital di bandar-bandar seperti di Taiping dan Kuala
Lumpur. Pusat kesihatan juga ditubuhkan di luar bandar serta beberapa pusat kesihatan kecil ditubuhkan.
Misalnya 14 buah pusat kesihatan di Selangor.

3

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Selain itu, penubuhan pusat kesihatan di Sabah pada tertumpu di beberapa daerah seperti Jesselton.
Di Sarawak pula, pusat perubatan tertumpu di bandar Kuching serta pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri
Aman.

Jawapan tambahan
✓ Hospital yang dibina atas sumbangan orang perseorangan
✓ Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur yang memberi perkhidmatan kesihatan kepada
✓ Pekerja lombong bijih timah
✓ Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur dibina bagi tujuan penyelidikan
✓ Sanitary Board ditubuhkan untuk menitikberatkan kesihatan awam

Soalan Negeri
SARAWAK
8. Pada pandangan anda, jelaskan langkah-langkah untuk mengurangkan penularan

wabak penyakit dalam negara kita hari ini. [6 markah]

Contoh Jawapan

Langkah-langkah untuk mengurangkan penularan wabak penyakit dalam negara kita hari ini
adalah pendidikan kesihatan diajar di sekolah. Penyelidikan dan pembangunan terhadap punca-punca
penyakit dan langkah pencegahan perlu sentiasa dilakukan oleh pihak pakar perubatan negara.

Di samping itu juga masyarakat harus peka dengan terhadap punca-punca penularan penyakit
berjangkit seperti wabak denggi. Langkah pencegahan melalui penjagaan kebersihan di kawasan
perumahan perlu sentiasa diutamakan.

Ibu bapa juga perlu mengambil berat kesihatan keluarga. Ibu bapa juga perlu mendidik anak-anak
supaya menjaga kebersihan diri.

Jawapan tambahan
✓ Media massa memainkan peranan untuk mendidik masyarakat.
✓ Memastikan anak-anak mendapat suntikan vaksin yang sepatutnya.
✓ Gotong-royong membersihkan taman perumahan

4

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
PERAK
9. Proses perbandaran (urbanisasi) di Tanah Melayu meningkat kerana sistem pentadbiran

dan kegiatan ekonomi penjajah.

Jelaskan kegiatan ekonomi yang menyebabkan proses perbandaran pada zaman penjajah

di Tanah Melayu. [4 markah]

Contoh Jawapan

Kegiatan perlombongan bijih timah dijalankan seperti di Kuala Lumpur, Taiping dan Seremban.
Secara tidak langsung, bandar-bandar ini berkembang menjadi pusat pentadbiran dan perbankan. Malah
wujud bandar-bandar pelabuhan seperti bandar Pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang. Bandar
Kuching pula maju sebagai pusat pengumpulan dan pengeksport lada hitam dan gambir.

Jawapan tambahan
✓ Perlombongan petroleum juga membentuk bandar Miri.

Soalan Negeri
10. Bagaimanakah kegiatan ekonomi tersebut menyebabkan proses perbandaran berlaku? PERAK

[8 markah]

Contoh Jawapan

Kegiatan ekonomi penjajah menjadikan sesebuah bandar sebagai pusat pentadbiran misalnya
Kuching. Bandar juga berperanan menjadi pusat perniagaan seperti Kuala Lumpur. Selain itu, bandar-
bandar menjadi pusat kewangan dan bank. Pusat-pusat pendidikan juga diwujudkan di bandar-bandar
besar bagi menarik pelajar-pelajar mendapatkan pendidikan di bandar.

Di samping itu juga perusahaan-perusahaan seperti industri dan kilang diwujudkan di bandar-
bandar. Ini telah menarik penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar demi peluang pekerjaan.
Walau bagaimanapun, terdapat pembahagian dari segi ekonomi dalam masyarakat di Tanah Melayu
iaitu orang Cina bekerja dalam bidang perusahaan tinggal di bandar, orang Melayu sebagai petani
tinggal di kampung dan orang India tinggal di ladang getah.

5

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
11. Huraikan kesan kewujudan bandar tersebut terhadap kehidupan masyarakat peribumi. PERAK

[8 markah]

Contoh Jawapan
British mengamalkan dasar pecah dan perintah dan telah menyebabkan pola petempatan mengikut

kaum. Masyarakat peribumi terutamanya Melayu lebih ramai tinggal di kawasan kampung.

Petempatan pula berasaskan kegiatan ekonomi. Hal ini menyebabkan orang Melayu kekal dalam
kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian di kawasan kampung.

Pengenalan sekolah vernakular memisahkan masyarakat peribumi dengan masyarakat lain. Orang
Melayu lebih ramai bersekolah di sekolah Melayu yang menggunakan bahasa Melayu. Hal ini juga
menyebabkan kesukaran komunikasi antara kaum di Tanah Melayu dan perpaduan juga sukar diwujudkan
kerana perbezaan bahasa.

Kemudahan moden juga lebih banyak diwujudkan di bandar menyebabkan penduduk kampung
ketinggalan arus pemodenan. Hal ini menyebabkan orang Melayu yang tinggal di kampung terus
terpinggir.

Soalan Negeri
12. Jelaskan amalan pemilikan tanah masyarakat Melayu sebelum kedatangan British. SARAWAK

[4 markah]

Contoh Jawapan

Sebelum kedatangan British, orang Melayu memiliki kawasan tanah yang luas. Kebenaran
mengusahakan tanah perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu. Tanah juga menjadi sumber ekonomi
orang Melayu. Sistem pemilikan tanah orang Melayu tidak memiliki rekod atau catatan tentang
pemiliknya.

6

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Jawapan tambahan
✓ Penggunaan tanah tidak menjadi persoalan utama dalam kehidupan orang Melayu.
✓ Pembesar Melayu menguasai hal berkaitan kadar cukai dan aktiviti ekonomi
✓ Tanah tunggak kekuasaan kuasa politik pembesar Melayu.
✓ tanah mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.

Soalan Negeri
SARAWAK
13. Terangkan perubahan dalam peraturan serta penggunaan tanah semasa penjajahan British

di Tanah Melayu. [8 markah]

Contoh Jawapan

Perubahan dalam peraturan serta penggunaan tanah semasa penjajahan British di Tanah Melayu
adalah pemilikan tanah direkodkan bagi menjamin hak milikan tanah. Ia juga memudahkan sebarang
urusan pentadbiran ,urusan cukai dan urusniaga tanah direkodkan. Misalnya pajak sewa tanah atau urusan
jual beli tanah.

Di samping itu, British juga memperkenalkan undang-undang tanah berkonsepkan barat misalnya
Peraturan Tanah Perak 1879 dan Kanun Tanah Selangor. British juga membahagikan tanah mengikut nilai
komersial dan kegunaannya seperti tanah lading, tanah peribumi dan tanah perlombongan. Cukai juga
dikenakan bergantung kepada jenis tanah yang diusahakan.

Residen negeri juga berkuasa menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan
kepada pemodal.

Jawapan tambahan

✓ Tanah boleh dicagarkan bagi mendapatkan modal
✓ Majlis Mesyuarat Persekutuan telah meluluskan Akta Simpanan Melayu
✓ menjamin kelangsungan ekonomi, politik , sosial orang Melayu
✓ mengelak tanah milik orang Melayu berpindah milik kepada orang asing
✓ Residen berkuasa mengisytiharkan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah

Simpanan Melayu

7

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
SARAWAK
14. Pada pandangan anda, mengapakah British memperkenalkan undang-undang tanah

tersebut. [8 markah]

Contoh Jawapan

Pada pandangan saya, British memperkenalkan undang-undang tanah kerana sistem pemilikan
tanah masyarakat peribumi tidak sesuai dengan sistem tanah barat. Rekod sempurna perlu dijadikan bukti
pemilikan tanah. Undang-undang tanah memudahkan urusan pemilikan tanah seperti urusan cukai tanah.

Undang-undang tanah juga dapat melindungi pemilikan tanah peribumi. Misalnya melindungi
tanah orang Melayu daripada dijual atau dipajak gadai serta ditukar milik kepada orang bukan Melayu.
Undang-undang tanah yang diperkenalkan melindungi kepentingan ekonomi British. Secara tidak
langsung mengekalkan orang Melayu sebagai golongan petani.

Soalan [6 markah] Negeri
15. Terangkan sistem pemilikan tanah sebelum kedatangan British. PULAU
PINANG
Contoh Jawapan

Sebelum kedatangan British sistem pemilikan tanah tidak menjadi persoalan utama. Ini adalah
kerana tanah yang luas tambahan pula kepadatan penduduk yang rendah. Segala hal berkaitan tanah seperti
kadar cukai dan aktiviti ekonomi mesti mendapat kebenaran pembesar Melayu terlebih dahulu.

Kebenaran yang sama mesti diperoleh oleh mana-mana golongan yang mahu mengusahakan
sesuatu bidang tanah. Tanah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa politik serta mencerminkan
kedudukan sosial pembesar Melayu.

Jawapan tambahan

✓ Tanah akan menjadi milik seseorang yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.
✓ Tanah boleh diwarisi oleh generasi terkemudian.
✓ Sistem pemilikan dan corak penggunaan tanah masyarakat Melayu tiada rekod untuk

dijadikan bukti pemilikan

8

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
16. Bincangkan kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada orang Melayu.
PULAU
[6 markah] PINANG

Contoh Jawapan

Mengikut undang-undang tanah British, permohonan kebenaran mengusahakan tanah oleh
individu atau syarikat perlu diperoleh daripada Pejabat Tanah bukan lagi dari pembesar Melayu.
Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar dan rotan.

Kuasa Residen negeri amat besar. Residen berkuasa menentukan jumlah kawasan konsesi tanah
yang akan diberi kepada pemodal. Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan
buruh yang digunakan. Sistem undang-undang tanah British telah membawa perkembangan sistem
ekonomi wang.

Jawapan tambahan

✓ Cukai, jual beli, sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang.
✓ Orang Melayu perlu membayar cukai hasil hutan dengan menggunakan wang.
✓ Orang Melayu bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.
✓ Orang Melayu terpaksa menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Soalan Negeri

17. Cadangkan usaha yang boleh diambil dalam memperkukuhkan pemilikan tanah di PULAU
PINANG
Malaysia. [8 markah]

Contoh Jawapan

Usaha yang boleh diambil dalam memperkukuhkan pemilikan tanah di Malaysia ialah
mengisytiharkan peraturan tanah yang menjaga kepentingan hak milik rakyat. Seperti Akta Tanah
Simpanan Melayu yang dibuat oleh British. Langkah ini adalah bagi mengelakkan tanah milik Melayu
berpindah kepada kuasa asing.

Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan kepada rakyat supaya tanah tidak ditukar
milik kepada bukan warganegara. Dengan ini dapatlah melindungi kepentingan dan hak rakyat Malaysia.
Kerajaan harus memperkenalkan peraturan baharu yang lebih ketat dan sesuai dengan keadaan semasa.
Usaha ini adalah untuk memperkukuhkan pemilikan tanah di negara ini.

9

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
MELAKA
18. Pengarah Botanikal Garden Singapura, H.N.Ridley telah memperkenalkan tanaman

getah di Tanah Melayu .

Bagaimanakah beliau menggalakkan penanaman getah di negara kita? [4 markah]

Contoh Jawapan

Antara galakan yang diusahakan oleh H.N.Ridley dalam penanaman getah ialah berusaha
meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran. Selain itu, mengagihkan
benih getah secara percuma. Beliau juga menemui satu kaedah torehan iaitu dikenali sebagai sistem
Ibidem. Kaedah ini dapat meningkatkan pengeluaran susu getah.

Soalan Negeri
MELAKA
19. Kerajaan British menyekat penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah di Tanah

Melayu awal Abad ke-20? Buktikan. [8 markah]

Contoh Jawapan

Antara bukti berlakunya penyekatan penanaman getah dalam kalangan orang Melayu oleh British
ialah pengenalan Enakmen Tanah pada tahun 1917. Enakmen ini bertujuan melarang penanaman getah di
kawasan penanaman padi. Secara tidak langsung mengurangkan jumlah penyertaan orang Melayu alam
perusahaan getah. Selain itu, premium untuk permohonan tanah baru bagi tujuan penanaman getah
dinaikkan.

Penubuhan Jabatan Parit dan Tali Air bertujuan menggalakkan orang Melayu menanam padi
secara besar-besaran. Akta Tanah Simpanan Melayu 1913 adalah bertujuan menghalang orang Melayu
menanam sebarang tanaman komersial di tanah tersebut. Seterusnya, pada tahun 1930an, pembukaan
tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh kerajaan British.

10

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
20. Bincangkan kepentingan perusahaan getah kepada negara kita sehingga hari ini? MELAKA

[8 markah]

Contoh Jawapan

Kepentingan perusahaan getah kepada negara dapat dilihat dengan peningkatan permintaan getah
yang tinggi di peringkat global. Justeru itu, pengeksportan getah secara tidak langsung dapat melonjakkan
lagi ekonomi negara serta dapat menambah sumber pendapatan negara.

Malahan mutu susu getah yang tinggi menjadikan negara kita Malaysia pilihan utama negara luar
mengimport getah kita. Secara tidak langsung, ini dapat mengurangkan pengaliran keluar wang negara
serta kebergantungan kepada barangan import.

Di samping itu, perusahaan getah juga dapat menarik pelabur asing menanam modal di negara
kita. Ini akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan sekaligus dapat meningkatkan
pendapatan isi rumah masyarakat. Malahan, perusahaan ini juga meningkatkan kemajuan dalam sistem
perhubungan dan pengangkutan.

Bukan hanya susu getah, kayu getah sebagai bahan mentah dalam industri perabot juga dilihat sebagai
tambah nilai dalam menjana pendapatan tambahan kepada negara melalui cukai eksport dan tarif.

Soalan Negeri
TERENGGANU
21. Sekitar tahun 1910-1920, penyakit malaria telah mengorbankan sekitar 200 000 orang

di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Antara penyakit yang mudah berjangkit

termasuklah malaria, taun, beri-beri, demam campak dan batuk kering.

Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah berlakunya penularan penyakit tersebut

ketika itu? [4 markah]

Contoh Jawapan

Penularan penyakit tersebut berlaku kerana kemasukan beramai-ramai buruh asing. Hal ini
menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk yang menjurus kepada kepadatan yang tinggi di sesuatu
tempat tinggal. Selain itu, keadaan tempat kerja yang tidak terurus juga dilihat sebagai penyumbang
kepada keadaan ini. Malahan penggunaan bekalan air yang tidak bersih mempercepatkan lagi penularan
penyakit.

11

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri

22. Jelaskan usaha-usaha British dalam menangani wabak tersebut di Tanah Melayu. TERENGGANU

[8 markah]

Contoh Jawapan

Antara usaha-usaha British dalam menangani wabak tersebut di Tanah Melayu ialah menubuhkan
hospital. Hospital terawal telah dibina di Taiping dan di Kuala Lumpur pada tahun 1898. Terdapat 29
buah pusat perubatan di Perak dan di Kuala Lumpur.

Pusat kesihatan kecil turut dibina di negeri-negeri lain seperti Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Selain itu, penubuhan Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research) yang
bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan.

Sebuah lembaga yang dikenali sebagai Sanitary Board ditubuhkan untuk mengawas kebersihan
dan kesihatan bandar. Manakala tanggungjawab dari aspek kesihatan telah dipertanggungjawabkan
kepada Jabatan Kesihatan.

Terdapat juga pembinaan hospital persendirian seperti Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur.
Hospital tersebut memberi perkhidmatan kesihatan untuk pekerja lombong bijih timah yang terdiri
daripada imigran China.

Soalan Negeri

23. Mengapakah aspek kesihatan rakyat menjadi keutamaan dalam sesebuah negara? TERENGGANU

[8 markah]

Contoh Jawapan

Aspek kesihatan rakyat menjadi keutamaan dalam sesebuah negara demi memastikan jangka hayat
warganegara panjang dan sihat. Selain itu, penjagaan kesihatan yang baik dapat mengelak penularan
wabak penyakit. Ini secara tidak langsung dapat melahirkan warga yang sihat serta modal insan yang
berkualiti. Kualiti hidup yang tinggi dapat menyumbang ke arah peningkatan hidup yang lebih tinggi,
mengurangkan kadar kematian dan melahirkan masyarakat yang hidup harmoni dalam masyarakat.

Rakyat yang sihat dapat menyumbang ke arah pembangunan negara dalam pelbagai bidang sama
ada dalam bidang ekonomi, sosial atau politik. Justeru itu, kemajuan negara secara aman dapat dicapai
serta meningkatkan imej negara di peringkat global.

12

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri

Kedatangan British menyebabkan terbentuknya dwiekonomi iaitu dua bentuk ekonomi NEGERI
serentak iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan (komersial). SEMBILAN

Sumber:
https://sejarahsmkstteresa.blogspot.com

24. Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional. [6 markah]

Contoh Jawapan

Ekonomi tradisional melakukan pengeluaran dalam skala yang kecil. Hasil pengeluaran digunakan
untuk memenuhi keperluan sebuah keluarga atau sendiri. Kegiatan ekonomi tradisional dilaksanakan
dengan menggunakan teknologi yang mudah. Contohnya penggunaan tajak, cangkul, tugal dan tenggala
digunakan dalam penanaman padi. Aktiviti penternakan binatang seperti ayam dilakukan. Jumlah buruh
yang terhad digunakan.

Jawapan tambahan

✓ Banyak menggunakan tenaga binatang/manusia sendiri/ bukan mesin
✓ Dilakukan secara bersama/ahli keluarga sahaja
✓ Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas
✓ Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina/ umur
✓ Modal yang kecil
✓ Tidak melibatkan modal asing/modal keluarga
✓ Pasaran yang kecil
✓ Tidak menghasilkan lebihan produk untuk tujuan pemasaran
✓ Pasaran kampung /daerah /tempatan

13

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri

25. Mengapakah masyarakat Melayu tidak terlibat dalam ekonomi dagangan pada zaman NEGERI
SEMBILAN
penjajahan British? [6 markah]

Contoh Jawapan

Masyarakat Melayu tidak terlibat dalam ekonomi dagangan pada zaman penjajahan British
disebabkan dasar British yang bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani. Orang Melayu tidak
diberi bantuan insentif kewangan dan teknikal. British tidak berusaha melibatkan orang Melayu dalam
sektor perindustrian perniagaan. Orang Melayu hanya fokus dalam sektor ekonomi tradisional.

Tambahan pula orang Melayu tidak mampu bersaing dengan pemodal Eropah dan China. Ini
disebabkan mereka mengalami masalah kekurangan modal dan kepakaran.

Jawapan tambahan

✓ Dasar British yang memberi galakan / sokongan kepada pemodal asing
✓ Menyediakan kadar sewa tanah/tarif cukai yang rendah
✓ Memberi 4% dividen kepada syarikat pengusaha getah
✓ Pengecualian cukai eksport selama 50 tahun
✓ British memberi perhatian kepada perusahaan bijih timah
✓ Mendatangkan keuntungan yang lumayan
✓ Permintaan yang tinggi di peringkat antarabangsa
✓ Berorientasikan teknologi tinggi
✓ Penggunaan teknologi kapal korek
✓ Orang Melayu tidak mampu bersaing/ terus tercicir

14

TEMA 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Soalan Negeri
26. Malaysia mengalami kebanjiran buruh asing dalam pelbagai sektor seperti pembinaan,
NEGERI
pembuatan dan perladangan. SEMBILAN
Pada pendapat anda, adakah kehadiran mereka memberi sumbangan kepada negara kita?

[8 markah]

Contoh Jawapan Positif

Ya kedatangan buruh asing telah memberi sumbangan kepada negara kita. Golongan buruh asing
telah membantu kita mengatasi masalah kekurangan pekerja dalam sektor 3D (dirty, dangerous and
difficult). Penglibatan buruh Indonesia, Bangladesh, Vietnam, India telah membantu kita mengusahakan
sektor ini. Sektor ini telah menjana pendapatan negara yang tinggi.

Sektor pembinaan, pembuatan dan perladangan wajar diberi perhatian khusus agar terus
berkembang pada masa hadapan namun sektor ini menghadapi masalah kerana kekurangan buruh kerana
tenaga kerja tempatan kurang berminat terhadap sektor ini. Contohnya industri perladangan sawit
merupakan sektor pertanian yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi negara.
Kemasukan buruh asing telah membantu kita mengatasi masalah kekurangan buruh dan seterusnya telah
membantu menjana pendapatan negara.

Contoh Jawapan Positif

Kehadiran buruh asing tidak dapat memberi sumbangan kepada negara kita. Ini disebabkan
penglibatan buruh asing dalam sektor ekonomi negara kita telah menyebabkan masalah pengaliran mata
wang yang banyak ke luar negara. Ini akan menyebabkan kejatuhan nilai ringgit Malaysia. Penggunaan
buruh asing juga akan menjejaskan peluang pekerjaan penduduk tempatan.

Tambahan pula, kedatangan buruh asing telah menimbulkan kes jenayah negara kita yang
mengancam keamanan dan keselamatan negara. Contohnya kes penagihan dadah dan rompakan telah
meningkat.

Selain itu, golongan buruh asing juga mengancam kesihatan awam. Mereka telah merebaknya
penyakit berjangkit seperti covid 19, kusta dana tibi. Sekali gus telah menjejaskan imej negara.

15


Click to View FlipBook Version