The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka 2022 - 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rgbconnection.my, 2022-11-14 02:35:05

Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka 2022 - 2021

Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka 2022 - 2021

Hak cipta Terpelihara © Isi Kandungan
2020 Pejabat Pemantauan
dan Pelaksanaan Negeri Melaka. 01 - Perutusan Ketua Menteri Melaka
02 - Prakata Setiausaha Kerajaan Melaka
Tiada bahagian daripada terbitan ini 03 - Kata-kata Aluan Timbalan Setiausaha
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukarkan ke dalam Kerajaan (Pembangunan)
sebarang bentuk atau dengan sebarang 04 - Ringkasan Eksekutif Kajian
alat jua, sama ada dengan cara elektronik, 05 - Terma Rujukan Kajian
gambar serta rakaman dan sebagainya 06 - Jawatankuasa Pemandu KPO Melaka
tanpa kebenaran bertulis daripada Pejabat 07 - Jawatankuasa Pelaksana KPO Melaka
Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka, 08 - Halatuju Pembangunan Melaka 2035
Jabatan Ketua Menteri 09 - Laporan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2020

Diterbitkan oleh : Pejabat Pemantauan dan • Jabatan Pertanian Melaka
Pelaksanaan Negeri Melaka • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka
Jabatan Ketua Menteri Melaka.No 6, • Jabatan Perikanan Melaka
Bukit Peringgit, 75400, Melaka 10 - Laporan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2021
• Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya
Tel : 06-2814978 • Jabatan Pengairan Dan Saliran Melaka
Faks : 06-2815349 • Badan Kawal Selia Air Melaka
Emel : [email protected] • Jabatan Perancang Bandar Dan Desa Melaka
• Jabatan Perhutanan Melaka
Dicetak dan direka oleh: • Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

4 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

5

“Saya yakin, kerjasama erat yang terjalin antara
kepimpinan negeri dan penjawat awam akan dapat memastikan
perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan
berkesan demi kestabilan dan kemakmuran Negeri Melaka.”

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.
Alhamdulilah, sesungguhnya saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas
limpah rahmat dan keizinan-Nya jua Laporan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2020-2021 berjaya
diterbitkan. Sekalung ucapan tahniah dan syabas kepada sidang pengarang dan semua pihak yang
terlibat dalam penerbitan buku laporan ini.
Kerajaan Negeri juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB
Datuk Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh penjawat awam Negeri Melaka
kerana setia mendukung aspirasi pembangunan lestari Negeri Melaka dalam kerangka besar Melaka
Rumahku. Saya yakin, kerjasama erat yang terjalin antara kepimpinan negeri dan penjawat awam
akan dapat memastikan perancangan pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan
demi kestabilan dan kemakmuran Negeri Melaka.
Seiring dengan visi Negeri Melaka iaitu ‘Menuju Negeri Lestari’, antara aspek utama yang mendukung
aspirasi ini ialah memastikan setiap pembangunan yang dirancang dan dilaksana memberikan impak
dan outcome yang berkesan kepada rakyat. Oleh yang demikian, saya mengharapkan komitmen
daripada semua jabatan dan agensi dalam melaksanakan pembangunan negeri bertunjangkan
prinsip T.E.R.A.S. sejajar dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035.
Saya berharap agar kajian ini dapat dilaksanakan pada setiap tahun dan semoga dapatan kajian ini
dapat membantu semua agensi kerajaan merancang dan melaksanakan projek serta program yang
berimpak tinggi. InsyaAllah.
‘‘MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA’’

6 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

7

“Sejajar dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya
2035, segala usaha haruslah digembleng agar aspirasi kerajaan negeri
ini dapat didukung secara bersama-sama demi memastikan
kestabilan dan kemakmuran dapat dikecapi oleh semua warga Melaka.”

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.
Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya sebuah naskah
penerbitan Laporan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2020-2021 telah berjaya dihasilkan. Syabas
diucapkan buat Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Melaka (MIMO) dalam usaha menjilidkan
sebuah naskah yang akan menjadi rujukan sektor pembangunan Negeri Melaka.
Terima kasih juga diucapkan buat YBhg. Datuk Salhah binti Salleh, mantan Timbalan Setiausaha
Kerajaan (Pembangunan) atas usaha melengkapkan kitaran pembangunan negeri yang dimulai
dengan perancangan, disusuli dengan pelaksanaan dan pemantauan seterusnya diakhiri dengan
penilaian. Seperti yang dikuatkuasakan menerusi Surat Pekeliling Am Bil.1/2012 bertarikh 19 Oktober 2012
yang menekankan setiap agensi pelaksana perlu fokus kepada keberkesanan (outcome) program
dan projek yang ingin dilaksanakan. Sesungguhnya elemen ini merupakan aspek penting dalam
memastikan pembangunan negeri berteraskan visi Negeri Melaka iaitu ‘Menuju Negeri Lestari’ dapat
direalisasikan.
Sejajar dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035, segala usaha haruslah digembleng agar
aspirasi kerajaan negeri ini dapat didukung secara bersama-sama demi memastikan kestabilan dan
kemakmuran dapat dikecapi oleh semua warga Melaka.
Akhir kata, saya berharap dengan adanya dokumentasi seperti ini dapat menggalakkan jabatan
dan agensi negeri dalam membuat rujukan untuk setiap perancangan pembangunan akan datang
supaya mengamalkan amalan dan pembudayaan outcome. InsyaAllah.
‘’MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA’’

8 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

9

“Saya berharap dengan adanya himpunan laporan kajian penilaian
outcome ini sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang peri
pentingnya amalan kajian penilaian outcome dalam setiap
pembangunan negeri dan menjadi nilai tambah kepada kemajuan
ekonomi negeri”

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia.
Alhamdulilah, jutaan kesyukuran dipanjatkan buat Allah SWT kerana dengan kurniaan Inayahnya
maka terhasil sebuah penerbitan Laporan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2020-2021. Terima
kasih diucapkan buat Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Melaka (MIMO) kerana menjayakan
perancangan membukukan kajian-kajian penilaian outcome dari semua jabatan dan agensi negeri
yang terlibat.
Laporan Kajian Penilaian Outcome Tahun 2020-2021 ini merupakan himpunan kajian penilaian outcome
yang telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan negeri dalam usaha merealisasikan pembangunan
berorientasikan outcome (Outcome based development). Hal ini selaras dengan visi negeri yang
menerapkan prinsip T.E.R.A.S dalam memastikan Melaka Menuju Negeri Lestari.
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih buat rakan strategik seperti Bahagian Penilaian
Strategik, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Unit Perancang Ekonomi,
Jabatan Perdana Menteri serta Kementerian Kewangan Malaysia atas tunjuk ajar dan bimbingan
sepanjang melaksanakan kajian ini. Tidak dilupakan juga jabatan dan agensi yang menyokong usaha
kerajaan negeri dalam menghasilkan kajian penilaian outcome di peringkat pentadbiran masing-
masing.
Sebagai penutup, saya berharap dengan adanya himpunan laporan kajian penilaian outcome ini
sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang peri pentingnya amalan kajian penilaian outcome
dalam setiap pembangunan negeri dan menjadi nilai tambah kepada kemajuan ekonomi negeri
khususnya dalam memohon peruntukan tambahan kepada Kerajaan Persekutuan. InsyaAllah.
‘’MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA’’

10 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Ringkasan Eksekutif Kajian

“Anjakan paradigma harus berlaku daripada
budaya output dan perbelanjaan atau kesan nyata

semata-mata kepada mementingkan aspek
outcome atau impak keberhasilan secara holistik.
Kita harus menganjak paradigma daripada menilai
kejayaan yang berasaskan output kepada kejayaan

yang berasaskan outcome”

Ucapan YAB Perdana Menteri sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA)10
pada 28 April 2009 di PICC, Putrajaya

Arahan Pelaksanaan Di Peringkat Persekutuan

Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan Penilaian outcome boleh dijadikan alat pengukur
1 Tahun 2012, Garis Panduan Pengukuran keberkesanan program/projek pembangunan
Pencapaian Program / Projek Pembangunan yang telah siap dan digunakan oleh golongan
Melalui Penilaian Outcome telah menggariskan sasar daripada aspek sosial, ekonomi, politik
tatacara pelaksanaan penilaian outcome untuk dan alam sekitar. Seterusnya, ini membolehkan
mengukur prestasi dan pencapaian program kerajaan menilai, menyemak dan menambah
/ projek pembangunan nasional mahupun baik dasar program/projek pembangunan
negeri. Semua Ketua Setiausaha Kementerian negara secara berterusan. Justeru, kajian
/ Ketua Jabatan Persekutuan / Ketua Eksekutif penilaian outcome yang baik perlu meliputi
Badan Berkanun Persekutuan / Setiausaha aspek keputusan berimbang, nilai terhadap
Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan perancangan serta pelaksanaan pada masa
bertanggungjawab memastikan Garis Panduan hadapan, pendekatan amalan terbaik termasuk
ini diterima pakai dan dilaksanakan oleh menekankan kepentingan pembuktian
kementerian/jabatan/agensi dan pentadbiran (evidence-based) keberhasilan program/projek
negeri di bawah pengawasan masing-masing. yang dilaksanakan.

11

Pelaksanaan Kajian Di Peringkat Negeri

Pada Mac 2018, arahan penubuhan Pejabat Kerajaan Negeri telah mengadaptasi garis
Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri panduan kajian dan disesuaikan dengan
Melaka (MIMO) telah menggariskan fungsi kehendak dan aspirasi pelaksanaan di peringkat
dan tugasan penyelarasan kajian penilaian negeri.
impak sosial projek bagi projek/program yang
telah siap dalam Negeri Melaka. Bermula dari Jabatan/agensi negeri adalah digalakkan untuk
langkah itu, sebuah mesyuarat libat urus telah menyertai kajian penilaian outcome bagi projek/
diadakan bersama-sama Bahagian Penilaian program yang telah dilaksanakan masing-
Strategik, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan masing. Amalan ini merupakan sebahagian
(ICU), Jabatan Perdana Menteri dan telah dari pra-syarat dalam penentuan pemilihan
menatijahkan beberapa siri perbincangan yang pemenang bagi penganugerahan projek/
mana membawa kepada sebuah kejayaan program terbaik yang dianjurkan Kerajaan
penganugerahan projek/program terbaik negeri Negeri.
melaka pada awal tahun 2022.
Berdasarkan tahun 2020 dan 2021, terdapat
Meskipun Kajian Penilaian Outcome Negeri sebanyak 26 projek yang telah dibuat kajian
Melaka bermula dengan pilot project pada tahun penilaian outcome oleh 21 buah Jabatan/
2020 dibawah kluster pertanian yang melibatkan Agensi Negeri serta dibentang di Peringkat
tiga (3) jabatan negeri iaitu, Jabatan Pertanian, Jawatankuasa Pemandu Penilaian Outcome
Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Jabatan (PEMANDU). Buku Laporan ini menghimpunkan
Perikanan. Usaha membudayakan amalan 9 laporan kajian penilaian outcome terbaik
penilaian outcome dalam sektor pembangunan sebagai rujukan pelaksanaan penilaian
negeri semakin mendapat perhatian serius dari outcome seterusnya bagi penambahbaikan
semua jabatan/agensi negeri. berterusan di keseluruhan peringkat program/
projek merangkumi perancangan, pelaksanaan
dan penilaian.

12 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Pelaksanaan Kajian Di Peringkat Negeri

Kajian dibuat adalah untuk menilai keberhasilan sesuatu program/projek yang telah dilaksanakan
oleh agensi. Seterusnya, impak dari kajian boleh memberi gambaran keberhasilan perancangan dan
pelaksanaan yang telah dibuat oleh kerajaan. Terdapat beberapa kepentingan kajian dilaksanakan.
Antaranya ialah:
• Dapat mencapai kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan kumpulan sasar.
• Dapat menilai kejayaan agensi dalam menyempurnakan projek/program mengikut tempoh masa,

kos dan kualiti output berasaskan piawaian dan spesifikasi projek/program yang ditetapkan.
• Dapat mengenal pasti keberkesanan projek/program terhadap golongan sasar.
• Dapat menilai keberhasilan sesuatu projek/program yang telah dilaksanakan oleh agensi.
• Dapat memberi gambaran keberhasilan perancangan dan pelaksanaan yang telah dibuat oleh

kerajaan.

13

Terma Rujukan Kajian

Terma rujukan ini adalah bertujuan sebagai Di peringkat akhir proses penyediaan kertas
panduan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa penilaian outcome ini, satu Laporan Kajian
(Pemandu dan Pelaksana) serta Urusetia Impak akan disediakan oleh Jawatankuasa dan
untuk menyedia, mengkaji, dan mengesyorkan akan dijadikan sebagai brif showcase program/
pelaporan kajian impak di peringkat Kerajaan projek bagi panduan dan pendokumentasian
Negeri Melaka. untuk kegunaan masa akan datang.

1. JAWATANKUASA PEMANDU PENILAIAN OUTCOME (PEMANDU)

Pengerusi
• Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan)

Ahli-ahli ditetapkan oleh
• Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka (JKPNM)
• Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
• Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)
• Pejabat Pembangunan Negeri Melaka (PPN)
• Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU, JPM)
• Lain-lain Ketua Agensi/Jabatan Persekutuan/Jabatan Negeri seperti yang

Pengerusi

Urusetia
• Pejabat Pemantauan dan Pelaksanaan Negeri Melaka (MIMO)

1.1 Keanggotaan

• Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) bertindak sebagai Pengerusi.

• Jawatankuasa dianggotai oleh Pengarah dan pegawai kanan untuk setiap agensi yang
berpengalaman dan bertanggungjawab dalam perkongsian maklumat berkait dengan program/
projek pembangunan Negeri Melaka. Rujuk Lampiran 1

14 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

1.2 Lantikan

Anggota dilantik oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan)

1.3 Fungsi

• Memantau dan menilai impak pelaksanaan program/projek pembangunan di peringkat negeri
menerusi kajian impak

• Mengenalpasti program/projek yang akan dijalankan kajian impak.
• Melantik Jawatankuasa Teknikal Penilaian Outcome (JTPO) untuk setiap agensi yang ditetapkan.
• Meluluskan cadangan Laporan Kajian Impak bagi setiap agensi dari JTPO.
• Menilai dan memperakukan sebarang cadangan, dasar dan strategi baharu berkaitan

perancangan, pelaksanaan dan penilaian program/projek berdasarkan Laporan Kajian Impak.
• Mengesyorkan cadangan kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YAB Ketua Menteri

untuk diangkat sebagai Pemenang bagi setiap Kluster Kajian

1.4 Mesyuarat

Kekerapan mesyuarat adalah mengikut keperluan bagi memastikan kelancaran kajian impak yang
dilaksanakan.

2. JAWATANKUASA PELAKSANA PENILAIAN OUTCOME

Jawatankuasa kerja ini ditubuhkan berdasarkan agensi bagi membincangkan, mengkaji, memantau,
dan menghasilkan laporan kajian impak ke atas program/projek pembangunan Negeri Melaka.

2.1 Keanggotaan

Ketua Jabatan/Bahagian/Agensi akan bertindak sebagai Pengerusi.
• Jawatankuasa hendaklah dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga (3) orang wakil dari pasukan

pelaksana

Urusetia : Sekretariat Pasukan Pelaksana Kajian di Peringkat Jabatan/Bahagian/Agensi

2.2 Fungsi

• Melaksanakan kajian impak bagi program/projek yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemandu
Penilaian Outcome (Pemandu).

• Menyediakan kertas Laporan Cadangan Kajian Impak bagi agensi berkenaan prestasi dan
penilaian outcome program/projek berdasarkan peruntukan pembangunan negeri.

• Membentangkan laporan cadangan Kajian Impak kepada Jawatankuasa Pemandu Penilaian
Outcome (Pemandu).

• Melaksanakan dokumentasi pelaporan kajian penilaian outcome yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Pemandu Penilaian Outcome (Pemandu).

2.3 Mesyuarat

Kekerapan mesyuarat adalah minimum dua (2) mesyuarat sepanjang tempoh pelaksanaan
perbincangan

15

16 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Hala Tuju Pembangunan Negeri Melaka
Melalui Pelan Strategik Melakaku
Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035)

Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) ini merupakan satu dokumen yang disediakan
sebagai suatu pendekatan rujukan yang diambil untuk mencapai kecemerlangan pentadbiran di
peringkat Kerajaan Negeri. PSMJ 2035 ini mencerminkan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memacu dan
merancakkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan pelaburan domestik dan asing, meningkatkan
sektor pelancongan, pembangunan infrastruktur, pemulihan warisan serta peningkatan modal insan
melalui pendidikan. Selain daripada itu, isu dan masalah, potensi dan cabaran juga menjadi antara
aspek penting dalam menentukan konsep dan hala tuju pembangunan Negeri Melaka.

PSMJ 2035 ini dibangunkan bertujuan untuk memandu hala tuju pembangunan fasa seterusnya
bagi negeri Melaka yang merupakan dokumen rujukan utama oleh semua agensi-agensi di negeri
Melaka. Strategi Kerajaan Negeri telah dijelaskan melalui dokumen PSMJ 2035 dapat memudahkan
kefahaman agensi dalam merancang dan mengambil tindakan, seterusnya pencapaiannya kelak
dapat diukur menerusi petunjuk prestasi utama atau key performance indicator (KPI) yang ditetapkan.
Dokumen PSMJ 2035 ini diwujudkan bagi mencapai visi Kerajaan Negeri Menuju Negeri Lestari
menjelang tahun 2035. Negeri yang lestari adalah sebuah negeri yang seimbang pembangunannya
di mana rakyat menjadi sebahagian daripada instrumen utama yang penting dalam menuju
kejayaan ini.

17
Justeru, penghasilan PSMJ 2035 adalah untuk mencapai 5 objektif seperti berikut:
• Memandu pencapaian pembangunan negeri Melaka sehingga tahun 2035;
• Menetapkan bidang keutamaan negeri Melaka;
• Meningkatkan daya saing negeri melalui hala tuju pembangunan yang jelas;
• Memacu pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan strategik domestik dan asing; dan
• Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan, ekosistem

perniagaan dan rakyat secara menyeluruh.
Pendekatan yang diambil dalam menetapkan tempoh sasaran ini adalah dengan membahagikan
tempoh 15 tahun garis masa pencapaian kepada 3 fasa iaitu Fasa Pertama (2021 – 2023); Fasa Kedua
(2024 – 2030); dan Fasa Ketiga (2031 – 2035).

Aspek pemantauan dan penilaian turut dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa
serta mewujudkan penambahbaikan dan peningkatan ke atas dokumen tersebut berdasarkan
kepada keperluan dan kehendak semasa. Proses pelaksanaan projek akan disemak dan dikemaskini
bagi setiap suku dan setengah tahun untuk memastikan keberkesanan perancangan projek dan
program, sentiasa mencapai matlamat dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

18 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Mekanisme pelaksanaan dan pemantauan untuk perancangan 8 Flagships PSMJ 2035 dilaksanakan
secara bersama oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) dan Pejabat Pemantauan dan
Pelaksanaaan Melaka (MIMO). Pencapaian pelaksanaan dasar dan program serta projek yang
digubal semasa Konvensyen PSMJ 2035 dilaksanakan berdasarkan penstrukturan semula flagship
dan sekretariat baharu.

Ringkasan Bilangan Projek/Projek PSMJ 2035 Versi 2

Strategi Dasar Melakaku Maju Jaya 2035 adalah berpandukan kepada matlamat pembangunan
lestari atau pun Sustainable Development Goals (SDGs) yang merupakan hala tuju dunia yang
terkini. Keperluan Kerajaan Negeri adalah untuk mewujudkan suatu hala tuju yang bersinergi dengan
matlamat global.

Dalam usaha untuk mencapai visi Kerajaan Negeri, 5 misi utama yang menjadi teras kepada pelan
perancangan pembangunan negeri Melaka telah ditetapkan. Ia berdasarkan akronim daripada
perkataan T.E.R.A.S yang diperincikan seperti berikut:

19

• Teknologi – Memperluaskan inisiatif pintar dan memperkasa data dalam agenda pembangunan
negeri;

• Entrepreneur – Membangunkan dan menyokong ekonomi rakyat tempatan menjadi lebih
berdaya maju;

• Revolusi Industri dan Ekonomi – Merancakkan negeri Melaka sebagai sebuah destinasi pelaburan
berkonsepkan agro-industri, bioteknologi, Revolusi Industri 4.0, perusahaan industri digital dan
industri perkhidmatan maritim;

• Antarabangsa – Memperhebat industri pelancongan dan institusi pendidikan agar lebih berkualiti,
unik serta bertaraf dunia; dan

• Sejahtera – Menghidupkan persekitaran negeri terbersih, terindah, lestari, selamat, selesa,
semangat dan nilai kekitaan (sense of belongings) serta ekonomi, yakni taraf hidup rakyat yang
berkualiti, sejahtera dan lebih baik untuk didiami.

20 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

LAPORAN
KAJIAN PENILAIAN
OUTCOME TAHUN

2020

21

JABATAN
PERTANIAN

PROGRAM PEMBANGUNAN
INDUSTRI TANAMAN KELAPA

22 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

1.0 TUJUAN:

Laporan Penilaian Outcome disediakan bertujuan untuk mengukur pencapaian yang bakal
diperoleh daripada program pembangunan industri kelapa di Negeri Melaka. Selain itu, bertujuan
untuk mengukur keberkesanan program pembangunan industri tersebut. Secara tidak langsung ini
membantu menggariskan isu-isu yang dihadapi serta kaedah penyelesaian masalah yang timbul
yang akan dijadikan rujukan dan formula keberkesanan program.

Laporan ini juga bertujuan untuk mendokumentasikan penilaian outcome projek yang dikaji dengan
terperinci.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

2.1 Overview

Jabatan Pertanian Negeri Melaka merupakan jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk
meneliti serta melaksanakan aspek-aspek agronomi dan perlaksanaan program-program
pembangunan industri pertanian di Negeri Melaka. Selain itu, Jabatan Pertanian juga memainkan
peranan yang penting dalam melahirkan pemain-pemain industri yang mampu menyokong bekalan
makanan di Negeri Melaka merangkumi pelbagai industri berasaskan pertanian. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab jabatan untuk memastikan Program Pembangunan Industri Tanaman Kelapa dapat
menyokong bekalan makanan negeri selain dapat menyokong bekalan input bagi penghasilan
produk-produk hiliran di Negeri Melaka khususnya.

2.2 Pernyataan Masalah

Penggunaan Per Kapita (PCC) dijadikan sandaran dalam mengenal pasti kecukupan sumber
bekalan makanan berasaskan kelapa di Negeri Melaka. Secara amnya, PCC bagi tanaman kelapa
adalah sebanyak 22.70 kilogram setahun. Ini menjadi indikator bahawa pengeluaran kelapa perlu
ditingkatkan bagi menyokong keperluan domestik.

Namun untuk meningkatkan kadar pengeluaran, selain dari faktor agronomi dan amalan pertanian
secara baik. Keluasan tanaman yang kini terhad juga perlu ditingkatkan dan ditambah secara rancak
dan teratur bagi tujuan memenuhi keperluan kelapa segar dan industri hiliran.

Penggunaan varieti berhasil tinggi yang terpilih dan terbukti melalui kajian dan penyelidikan juga
membantu peningkatan hasil ladang. Ini secara tidak langsung meningkatkan hasil pendapatan
petani secara jangka masa panjang seterusnya merancakkan lagi pembangunan ekonomi di Negeri
Melaka.

Asasnya, faktor- faktor yang telah digariskan seperti di atas adalah keperluan bekalan berlandaskan
PCC bagi tanaman kelapa, meningkatkan produktiviti pengeluaran dan meningkatkan keluasan
bertanam tanaman kelapa selain meningkatkan pendapatan petani melalui penggunaan varieti
berhasil tinggi merupakan perkara yang perlu diteliti dan dikaji sepanjang perlaksanaan Program
Pembangunan Industri Tanaman Kelapa ini dilaksanakan.

23

2.3 Objektif Program

Terdapat dua objektif utama bagi Program Pembangunan Industri Tanaman Kelapa iaitu
• Meningkatkan produktiviti pengeluaran bagi menyokong keperluan bekalan sumber makanan

berasaskan kelapa.
• Meneliti projek-projek yang berpotensi untuk menyokong program dengan menaiktaraf

infrastruktur dan khidmat sokongan serta menerapkan amalan pertanian baik dalam operasi
ladang.

Program ini mampu memacu peningkatan bekalan hasil bekalan makanan berasaskan tanaman
kelapa di Negeri Melaka seterusnya memacu sektor ekonomi domestik. Program ini juga mampu
memberi manfaat kepada usahawantani melalui peningkatan hasil ladang serta pengkayaan
kemahiran dan kepakaran mereka dalam menguruskan operasi ladang melalui amalan pertanian
baik yang akan menjamin kelestarian sektor pertanian dan produk berasaskan kelapa.

Skop Program

Skop program merangkumi pembangunan baru industri tanaman kelapa secara keseluruhan seperti
berikut:

• Menaik taraf atau membaiki infrastruktur di ladang sedia ada seperti jalan ladang, perparitan
dan system pengairan. Atau membangunkan ladang baru dengan menyediakan infrastruktur
seperti jalan ladang utama, sistem perparitan dan sistem pengairan.

• Pemberian input-input pertanian bagi membaikpulih kesuburan tanah, tanaman serta
pengawalan makhluk perosak seiring dengan Amalan Pertanian Baik.

• Menyediakan khidmat pengembangan seperti khidmat nasihat dan kepakaran, latihan bagi
memastikan pemindahan teknologi lebih berkesan.

Tiga konsep asas pembangunan baru secara keseluruhan adalah tanam semula, penanaman
baharu dan pemulihan projek-projek sedia ada yang kurang produktiviti hasil ladang.

2.4 Kumpulan Sasar

Program Pembangunan Industri Tanaman Kelapa ini melibatkan usahawantani yang mengusahakan
projek tanaman kelapa dalam Negeri Melaka.

2.5 Maklumat Program

Program Pembangunan Industri Kelapa oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka (Kod: P12/14000)
melibatkan kos sejumlah RM40,000.00. Kaedah perolehan secara sebutharga melibatkan lantikan
kontraktor MZK Gemilang Enterprise dan Hasmar Daya Enterprise.

2.6 Maklumat Pelaksanaan Program

Program ini memfokuskan kepada pembangunan infrastruktur ladang serta penyelenggaraan dan
menaiktaraf semula infrastruktur ladang yang tidak efisien untuk digunakan akibat kerosakan. Selain
itu, program ini juga telah melaksanakan perbekalan input-input pertanian seperti baja, biji benih
berkualiti tinggi serta mesin-mesin teknologi pertanian selain khidmat sokongan dan latihan oleh
pakar kepada usahawantani.

24 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

CARTA ALIRAN KERJA UNTUK PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI
TANAMAN KELAPA JABATAN PERTANIAN NEGERI MELAKA

Tidak sokong MULA
(APT)
Terima permohonan
Dapatkan (Borang Permohonan)
dokumen
tambahan Semak permohonan yang dipohon

Disokong
(APT)

Lawatsiasat oleh PPD/BAHAGIAN
TEKNIKAL PERTANIAN
permohonan yang disokong

Mesyuarat kelulusan Program
Pembangunan Pertanian.
Dipengerusikan oleh (PJPNM)
(Ibu Pejabat)

Tidak lulus Lulus

Surat tidak Surat Kelulusan
berjaya/penolakan PPD
kepada pemohon
(PPD) Proses sebut harga
pembekal dan berkaitan
• PJPNM : Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Melaka Unit Perolehan
• PPD : Pegawai Pertanian Daerah
• APT : Agen Pengembangan Pertanian Kawasan Proses agihan
bantuan dan
pengesahan
terima bantuan
dan berkaitan

25

MAKLUMAT KEWANGAN PROGRAM

Jumlah peruntukan bagi Program Pembangunan Industri Tanaman Kelapa tahun 2020 ini adalah
sebanyak RM40,000.00 sahaja.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian penilaian outcome ini adalah untuk menilai keberhasilan pencapaian outcome bagi
Program Pembangunan Tanaman Industri Kelapa Negeri Melaka seperti berikut:-

• Mengukur pencapaian objektif dan outcome program bagi memastikan ianya mencapai sasaran.
• Mengenalpasti isu dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan tahap

keberkesanan program ini di masa hadapan.Menyediakan khidmat pengembangan seperti
khidmat nasihat dan kepakaran, latihan bagi memastikan pemindahan teknologi lebih berkesan.

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas semua pengusaha projek tanaman kelapa Negeri Melaka dan pengusaah
Industri Asas Tani terutamanya yang terlibat secara langsung di dalam Program pembangunan
industri Tanaman Negeri Melaka bagi menilai pencapaian output dan outcome program.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

• Data Primer/Sekunder
• Pecahan Responden
• Lokasi Kajian

PENGUMPULAN DATA

Data Primer adalah data yang diperoleh daripada temubual bersama dengan usahawantani
tanaman kelapa dan usahawan industri asa tani yang menggunakan sumber tanaman kelapa
dalam penghasilan produk mereka.

Manakala data sekunder pula merujuk kepada analisis data pengeluaran kelapa dan juga
perbandingan jumlah pengeluaran kelapa oleh penerima insentif dengan jumlah pengeluaran
keseluruhan di Negeri Melaka.

Untuk kajian penilaian outcome ini, data yang digunapakai adalah merupakan maklumat yang
dikumpul dari tahun 2018 hingga 2020. Sumber-sumber data yang diperolehi adalah daripada
sumber data Agris Geoportal dan merupakan data sekunder yang merangkumi perkara-perkara
berikuti:-

• Data Pengusaha Tanaman Kelapa
• Data Analisis hasil pengeluaran ladang

26 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

6.0 PASUKAN KAJIAN

Jawatankuasa Kerja atau Pasukan Kajian adalah diketuai oleh Pengarah Pertanian Negeri Melaka
sebagai penaung, kepakaran bahagian dan pasukan kajian seperti yang dipaparkan dalam
Gambarajah 1.

Pegawai Pertanian Daerah Agen Pengembangan
Tanaman (Kawasan)
(Jasin,Alor Gajah dan
Melaka Tengah)

Pengarah Pertanian Negeri Ketua Unit Pembangunan
Melaka Tanaman Industri JPNM

Kuasa Usaha Bahagian
Teknikal, Pulau Gadong

Melaka.

Gambarajah 1: Jawatankuasa Kerja Kajian Penilaian Outcome Program Pembangunan Tanaman
Kelapa Negeri Melaka

7.0 CARTA PERBATUAN KAJIAN

Untuk melengkapkan kajian ini, perancangan semasa kajian perlu disusun seperti di dalam carta
perbatuan di gambarajah 2.

Gambar Rajah 2: Carta perbatuan pasukan kajian

27

8.0 KERANGKA STRATEGIK PENILAIAN OUTCOME

Kerangka Strategik Penilaian Outcome merupakan asas dan panduan kepada pelaksanaan program
ini. Kerangka ini memperincikan konsepnya yang mengandungi satu (1) objektif utama. Kerangka
ini memperjelaskan empat (4) aktiviti utama yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini
iaitu membangunkan infrastruktur ladang, menyelenggara infrastruktur ladang, Daripada aktiviti-
aktiviti tersebut, disasarkan output, outcome dan impak ke arah mencapai kecukupan keluaran
bekalan makanan yang selamat dimakan serta meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri dan
juga pendapatan usahawatani tanaman kelapa yang terlibat khususnya di Negeri Melaka seperti
digariskan dalam Dasar Agromakanan Negara 2011- 2020. Kerangka strategik adalah seperti dalam
gambar rajah 3 berikut:

Gambarajah 3: Kerangka Strategik Program

9.0 KERANGKA KEBERHASILAN

Kerangkakeberhasilanmerupakanasasdanpanduanterhadapperubahanyangingindicapaiselepas
pelaksanaan projek dalam skala yang lebih luas ke arah menjayakan visi/misi/dasar. Gambarajah 4
di bawah merupakan kerangka keberhasilan penilaian outcome Program Pembangunan Tanaman
Kelapa.

28 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 4: Kerangka keberhasilan Program Pembangunan Tanaman Kelapa

10.0 ANALISIS DATA
10.1 Analisis Data Output

Analisa data adalah diambil dari tahun 2018 hingga tahun 2019 dengan merujuk kepada penerima
insentif Program Pembangunan Industri Tanaman di Negeri Melaka.
Merujuk kepada keberhasilan yang diunjurkan dari 2 tahun berkenaan, telah berlaku peningkatan
jumlah usahawantani tanaman kelapa dari 3 orang kepada 33 orang dengan melibatkan peningkatan
keluasan tanaman kelapa seluasa 3.8 Ha kepada 38.3 Ha. Gambar rajah 5 menerangkan analisis
data output seperti berikut:

Gambarajah 5: Kerangka keberhasilan program analisis data output

29

10.2 Analisis Data Outcome

Analisis untuk mendapatkan pencapaian outcome sebenar melibatkan tiga (3) indikator iaitu
penambahan pengeluaran hasil kelapa di Negeri Melaka, penambahan nilai pengeluaran (RM) serta
peningkatan produktiviti tahunan kelapa per hektar yang melibatkan pertambahan peserta program
seperti di Gambarajah 6.

Gambarajah 6 : Kerangka keberhasilan program

11.0 ISU DAN MASALAH, SYOR DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat tiga (3) isu utama yang dikenalpasti melalui perlaksanaan program ini antaranya; serangan
perosak dan amalan agronomi. Isu ini melibatkan serangan perosak seperti babi dan kumbang
tanduk yang boleh menyebabkan kerugian. Selain itu, penjagaan awal yang rapi dan teliti juga perlu
yang melibatkan sistem pengairan yang berkesan kerana sifat agronomi tanaman kelapa yang
memerlukan sumber air yang mencukupi. Akibatnya, usahawan perlu menanam semula tanaman
kelapa sekiranya diserang oleh perosak dan ini mengakibatkan kegagalan kelestarian pertanian
kepada pengusaha. Oleh itu, cadangan penambahan peruntukan bagi menampung kos pembinaan
pagar dan parit yang tinggi juga perlu bagi mengelakkan serangan perosak selain daripada kos
mendapatkan bekalan racun perosak yang baik dan sesuai untuk melindungi tanaman.

30 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Selain itu, isu kedua yang telah dikenal pasti adalah kos input yang tinggi juga mengakibatkan
kesan ekonomi yang tinggi kepada pengusaha. Akibatnya, pengusaha hanya memperoleh margin
keuntungan yang rendah dan tidak lestari ekonomi kepada pengusaha. Oleh itu, dicadangkan agar
pemberian insentif pertanian sewajarnya dipertimbangkan bagi membolehkan pengusaha kekal
berdaya saing serta tindakan lanjut perlu diambil untuk mengekang peningkatan sumber input
pertanian yang makin tinggi di pasaran domestik.
Akhir sekali adalah bagi tanaman kelapa, hasil komersil hanya boleh dituai dan diperolehi selepas dari
3 tahun penanaman. Oleh yang demikian, pengusaha perlu mempunyai modal yang mencukupi bagi
menanggung kos tanpa pulangan semasa peringkat awal penanaman. Oleh itu, dicadangkan agar
dipertimbangkan pemberian insentif input pertanian dalam tempoh 3 tahun berturut bagi membantu
usahawan menyerap sedikit kos operasi yang tinggi. Selain itu, sentiasa digalakkan usahawan untuk
menanam tanaman singkat masa yang akan membantu usahawan untuk memperoleh hasil dalam
kadar segera sementara menunggu hasil tanaman kelapa.

12.0 WAY FORWARD

Daripada hasil kajian yang telah dibuat, Jabatan bercadang untuk meneruskan Program
Pembangunan Tanaman Kelapa ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di mana bilangan
usahawantani yang layak akan ditingkatkan pada masa akan datang bagi meningkatkan lagi hasil
pengeluaran tanaman kelapa di Negeri Melaka.
Selain itu, dicadangkan agar projek ini dapat diteruskan pada masa akan datang selari dengan
penambahan peruntukan bagi memastikan keberhasilan dan pencapaian projek dapat digandakan
pada masa akan datang.

13.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya mencapai objektif yan disasarkan dan wajar diteruskan
pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, langkah-langkah penambahbaikan terhadap isu dan
cabaran yang telah dikenalpasti perlu dilaksanakan bagi memastikan projek ini mencapai sasaran
yang lebih baik lagi di masa hadapan.

14.0 LAMPIRAN
Kerosakan akibat serangan perosak dan penyakit bagi tanaman kelapa:

Pucuk daun berbentuk kipas akibat serangan kumbang tanduk

31

Umbut kelapa dirosakkan oleh binatang perosak babi
Keadaan pokok kelapa yang diserang oleh kumbang tanduk.

Projek Penanaman Kelapa di Daerah Alor Gajah

Salah satu Projek Pembangunan Industri Tanaman Kelapa di Daerah Alor Gajah

32 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Aktiviti khidmat nasihat dan sokongan Program Pembangunan Tanaman
Industri Kelapa

Khidmat nasihat teknikal oleh Pegawai Pertanian dari Bahagian Teknikal Pertanian, Pulau Gadong.
Melaka.

Pemantauan dan lawatan ke kilang usahawan industri asas tani produk
berasakan kelapa (santan, kerisek dan dodol) oleh Kementerian Pertanian
dan Industri Makanan dan Jabatan Pertanian Malaysia.

33

Keadaan ladang tanaman kelapa pada peringkat tahun pertama (1 tahun)
penanaman.

Antara klon yang disyorkan untuk ditanam dan dikomersilkan di Negeri
Melaka

34 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

JABATAN
VETERINAR

PROJEK PENGGANDA TENUSU
NEGERI MELAKA

35

1.0 TUJUAN:

Laporan Penilaian Outcome disediakan bertujuan untuk melaporkan hasil penilaian outcome terhadap
projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-11 bagi Projek Pengganda Tenusu Negeri Melaka yang
dijalankan dari tahun 2017-2019. Kod projek adalah P13 01000: Pemesatan Perkhidmatan Veterinar
dan sub-projek iaitu Pengukuhan Industri Tenusu. Laporan ini dibuat untuk menilai keberkesanan dan
keberhasilan pelaksanaan projek pengganda tenusu yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar Negeri Melaka (JPVNM) sama ada mencapai matlamat yang ditetapkan. Di samping itu
juga, ia menjelaskan impak program tersebut kepada kumpulan sasar iaitu penternak lembu tenusu
di Negeri Melaka.
Laporan ini bertujuan untuk mendokumentasikan penilaian outcome projek yang dikaji dengan
terperinci.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Overview

JPVNM merupakan sebuah agensi yang diberi tanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada
golongan penternak termasuklah penternak lembu tenusu dan kepada industri tenusu itu sendiri
bagi memastikan penghasilan makanan berasaskan ternakan yang bersih dan selamat dimakan.

2.2 Penyataan Masalah

Tahap sara diri (SSL) bagi susu segar Negara adalah 59.02% manakala Negeri Melaka adalah 58.89%
dan ini jelas menunjukkan bahawa keperluan susu segar Negara masih bergantung kepada susu
import. Bagi memenuhi permintaan dalam penggunaan susu segar, Malaysia terpaksa mengimport
susu khususnya dari negara Australia dan New Zealand. Majoriti penternak lembu tenusu tempatan
terdiri daripada penternak kecil iaitu mempunyai induk lembu tenusu kurang daripada 50 ekor.
Selaras dengan hasrat kerajaan Negeri Melaka yang mensasarkan Melaka sebagai salah sebuah
negeri pengeluar utama susu segar di Malaysia, maka Jabatan telah mensasarkan pengeluaran
susu segar sebanyak 3.5 juta liter menjelang tahun 2020 berbanding pengeluaran 2.5 juta liter pada
tahun 2015.

Bagi mencapai sasaran ini, Jabatan perlu memastikan sekurang-kurangnya 250 ekor bibit tenusu
perlu dimasukkan ke Negeri Melaka. Ini perlu dilakukan dengan mentransformasikan penternak sedia
ada. Di samping itu, sebilangan kecil penternak baru dijangka akan memulakan usaha ini manakala
penternak sedia ada juga ditingkatkan prodiktiviti pengeluaran ditahap yang optima. Program ini
dilaksanakan dengan satu pendekatan yang melibatkan usahawan ternakan tenusu sedia ada yang
berpotensi dan berdaya maju serta mempunyai kapasiti dan modal.

2.3 Objektif Projek

Terdapat dua objektif utama bagi Projek Pengganda Tenusu ini iaitu :
• Meningkatkan Pengeluaran dan Kualiti Ternakan Lembu Tenusu
• Meningkatkan Pendapatan Pengusaha/Penternak.

Projek ini mampu membangunkan usahawan tenusu Negeri Melaka menerusi peningkatan
pengeluaran dan produktiviti ternakan lembu tenusu dengan memastikan sumber bekalan baka
yang berkualiti dan mencukupi seterusnya dapat meningkatkan pendapatan pengusaha, menjamin
pengeluaran bahan makanan hasilan ternakan yang berkualiti dan lestari.

36 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

2.4 Skop Projek

Skop projek termasuklah perolehan lembu tenusu dara bunting baka kacukan Friesian dengan
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan seterusnya agihan ternakan tersebut kepada
penternak yang terpilih. Berdasarkan kajian harga pasaran yang dibuat oleh Jabatan, harga ternakan
tersebut adalah terlalu tinggi dan Jabatan telah mengambil inisiatif mencadangkan harga subsidi
kepada peserta/penternak yang berjaya. Cadangan ini telah mendapat kelulusan pihak Kewangan
Negeri dengan kaedah 70:30; di mana 70% harga ternakan ditanggung oleh penternak dan baki 30%
adalah subsidi dari Kerajaan.

2.5 Kumpulan Sasar

Projek pengganda tenusu ini hanya melibatkan semua penternak lembu tenusu yang menjalankan
aktiviti ternakan tenusu di dalam Negeri Melaka sahaja.

2.6 Maklumat Projek

Projek Pengganda Tenusu Negeri Melaka yang mensasarkan kepada penternak lembu tenusu seluruh
Negeri Melaka.

2.7 Maklumat Pelaksanaan Projek

Projek ini dilaksanakan dengan perolehan lembu tenusu secara sebut harga berdasarkan spesifikasi
yang telah ditetapkan Jabatan. Peserta atau penternak yang berpotensi dipilih dan perlu membuat
bayaran sebanyak 70% harga ternakan sebelum ternakan diagihkan kepada mereka. Secara
ringkasnya pelaksanaan projek ini dibuat mengikut carta alir seperti berikut:-

37

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI MELAKA

Tidak sokong MULA
(PPIT)
Terima permohonan
Dapatkan (Borang Permohonan)
dokumen
tambahan Semak permohonan yang dipohon
Disokong
(PPIT)

Lawatsiasat oleh PPIT/BPIT
permohonan yang disokong

Mesyuarat kelulusan Bantuan
Pembangunan Industri
Ternakan (Ibu Pejabat)

Tidak lulus Lulus

Surat tidak Surat Kelulusan
berjaya/penolakan ( Bahagian
kepada pemohon Pembangunan
( PPIT/BPIT) Industri Ternakan)

• PPVD : Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Proses sebut harga
• PPVK : Pegawai Perkhidmatan Veterinar Kawasan pembekal dan berkaitan
• PPIT : Pusat Perkhidmatan Industri Tenusu ( BPIT)
• BPIT : Bahagian Pembangunan Industri Ternakan
Proses agihan
bantuan dan
pengesahan
terima bantuan
dan berkaitan

38 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

2.8 Maklumat Kewangan Projek

Jumlah peruntukan bagi Projek Pengganda Tenusu ini adalah sebanyak RM650,000.00 untuk 3 tahun
(2017-2019). Namun begitu, perolehan ternakan hanya dapat dibuat pada tahun 2017 dan 2019 sahaja
di mana bagi tahun 2018, peruntukan tersebut tidak dapat dibelanjakan disebabkan pembekal tidak
mampu melaksanakan pembekalan.

Jumlah peruntukan sebenar yang dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tahun 2017 dan 2019 adalah
sebanyak RM135,600.00 selepas penternak atau peserta membayar 70% harga ternakan seperti yang
dipersetujui.

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian penilaian outcome ini adalah untuk menilai keberhasilan pencapaian outcome bagi
Projek Pengganda Tenusu Negeri Melaka seperti berikut:-

• Mengukur pencapaian objektif dan outcome projek bagi memastikan ianya mencapai sasaran.
• Mengenalpasti isu dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan tahap

keberkesanan projek ini di masa hadapan.

4.0 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas semua penternak lembu tenusu Negeri Melaka terutamanya yang terlibat
secara langsung di dalam Projek Pengganda Tenusu Negeri Melaka bagi menilai pencapaian output
dan outcome projek.

5.0 Metodologi Kajian

• Data Primer/Sekunder
• Pecahan Responden
• Lokasi Kajian

Reka bentuk kajian

Pengumpulan data

Untuk kajian penilaian outcome ini, data yang digunapakai adalah merupakan maklumat yang
dikumpul dari tahun 2006 hingga 2020. Sumber-sumber data yang diperolehi adalah daripada Pusat
Perkhidmatan Industri Tenusu (PPIT) Negeri Melaka dan merupakan data sekunder yang merangkumi
perkara-perkara berikuti:-

• Data Penternak Tenusu
• Data Pengeluaran Tenusu
• Data Jualan Susu

39

Penganalisaan data

Analisa data adalah menggunakan kaedah statistik biasa seperti kaedah peratusan dan kumulatif
yang dipersembahkan dalam bentuk diskriptif, jadual, graf, carta yang bersesuaian dan disokong
dengan gambar-gambar untuk mengukuhkan lagi penyampaian maklumat yang diberikan.
Berdasarkan kepada pelaksanaan projek yang menetapkan dua (2) objektif utama projek yang ingin
dicapai, sebanyak empat belas (14) Indikator Pencapaian (IP) telah dikenalpasti.

Jabatan menggunakan sumber sekunder sebagai kaedah menentukan metadologi kajian. Sumber
sekunder yang diperolehi seperti berikut:-

• Analisa data pengeluaran bulanan hasil tenusu yang menggunakan analisis jurang semasa dan
selepas.

• Perbandingan jumlah pengeluaran hasil tenusu bagi penerima bantuan dengan jumlah
pengeluaran hasil tenusu keseluruhan di Negeri Melaka.

• Data pengeluaran susu tahun 2017 hingga 2019 yang diperolehi dari Pusat Pengumpulan Industri
Tenusu Negeri Melaka.

Hasil kajian selepas membuat analisa, projek ini telah mencapai objektif dan outcome serta telah
mengenalpasti isu dan langkah penambahbikan yang pelu diambil bagi meningkatkan tahap
keberkesanan projek di masa hadapan.

6.0 Pasukan Kajian

Jawatankuasa Kerja atau Pasukan Kajian adalah diketuai oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan
Veterianr Negeri Melaka sebagai penaung, kepakaran bahagian dan pasukan kajian seperti yang
dipaparkan dalam Gambarajah 1.

PENGARAH

KETUA BAHAGIAN INDUSTRI PENYELARAS TENUSU NEGERI
MELAKA

PPVD JASIN PPIT JASIN
PPVD MELAKA TENGAH
PPIT ALOR GAJAH PPIT MERLIMAU
PPVD ALOR GAJAH PPIT MASJID TANAH
PPVK MERLIMAU
PPVK MASJID TANAH

Gambarajah 1: Jawatankuasa Kerja Kajian Penilaian Outcome Projek
Pengganda Tenusu Negeri Melaka

40 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

7.0 Carta Perbatuan Kajian

Untuk melengkapkan kajian ini, perancangan semasa kajian perlu disusun seperti di dalam carta
perbatuan di gambarajah 2.

Gambarajah 2: Carta perbatuan pasukan kajian

8.0 Kerangka Strategik Penilaian Outcome

Kerangka Strategik Penilaian Outcome merupakan asas dan panduan kepada pelaksanaan projek
ini. Kerangka ini memperincikan konsepnya yang mengandungi dua (2) objektif utama. Kerangka
ini memperjelaskan empat (4) aktiviti utama yang terlibat di dalam pelaksanaan projek ini iaitu
pemilihan penternak dikalangan penternak lembu tenusu, pemilihan dan perolehan ternakan
yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan, taklimat kepada penternak/peserta yang berjaya serta
agihan ternakan dilakukan selepas penternak membayar 70% kos dari harga sebutharga ternakan.
Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, disasarkan output, outcome dan impak ke arah mencapai Dasar
Agromakanan Negara (DAN) 2011-2020 dan Pelan Strategik Tenusu Negara seperti dipaparkan di
dalam gambarajah 3.

41

OBJEKTIF PROJEK

• Meningkatkan pengeluaran dan kualiti ternakan lembu tenusu

• Meningkatkan pendapatan pengusaha penternak

AKTIVITI

1. Pemilihan penternak

INPUT KERAJAAN 2. Pemilihan dan perolehan ternakan

Peruntukan pembangunan 3. Taklimat kepada penternak terpilih
RM 452,000.00
4. Agihan ternakan
Kos sebenar RM 135,600.00
OUTPUT
1. Pemilihan 22 orang penternak yang berpotensi

2. Pengeluaran susu daripada lembu yang diternak

3. Program bimbingan dan khidmat nasihat teknikal

FAKTOR MENYOKONG OUTCOME
OUTPUT OUTCOME 1. Peningkatan pengeluaran susu segar domestik
2. Peningkatan kualiti baka
1. Kerjasama dengan agensi lain, 3. Peningkatan pendapatan penternak
seperti KSTNMB dan Dutch Lady
Sdn Bhd. VISI/MISI/DASAR IMPAK

2. Pemantauan projek di bawah Dasar Agromakanan (DAN) 1. Menyumbang kepada jumlah
program pengembangan Veterinar 2011-2020 pengeluaran hasil tenusu domestik

3. Menjalankan program kesihatan Pelan Strategik Tenusu 2. Peningkatan taraf hidup penternak
dan pembiakan ke atas ternakan Negara
yang diberi

Gambarajah 3: Kerangka Strategik

9.0 Kerangka Keberhasilan

Kerangka keberhasilan merupakan asas dan panduan terhadap perubahan yang ingin dicapai
selepas pelaksanaan projek dalam skala yang lebih luas ke arah menjayakan visi/misi/dasar.
Gambarajah 4 di bawah merupakan kerangka keberhasilan penilaian outcome Projek Pengganda
Tenusu .

KEMENTERIAN / Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka
AGENSI Meningkatkan pengeluaran sektor agromakanan
KRA
PROGRAM / Projek Pengganda Tenusu JPV Melaka
PROJEK
1. Peningkatan pengeluaran dan kualiti ternakan
KPI 2. Peningkatan Pendapatan Penternak

Objektif INDIKATOR PENCAPAIAN

Meningkatkan OUTPUT OUTCOME
pengeluaran dan SEBENAR
kualiti ternakan SASARAN SEBENAR SASARAN
lembu tenusu 1. Pengeluaran susu segar :-
1. Perolehan 75 1. Jumlah perolehan 60 ekor 1. Peningkatan Tahun 2017 : 798,346.14 liter Tahun 2019 :
ekor lembu pengeluaran susu 896,593.21 liter
tenusu betina a. Tahun 2017 : perolehan segar sebanyak 80,000 Peningkatan sebanyak 98,247.07 liter
berkualiti dalam sebanyak 25 ekor liter dalam tempoh 2 (22.9%)
masa 3 tahun tahun
b. Tahun 2018 : perolehan 2. Purata pengeluaran susu sebanyak 14.0
25 ekor dibatalkan 2. Purata pengeluaran liter/ekor/hari/ladang
susu sebanyak 11.0 liter/ Peningkatan sebanyak 27.3%
c. Tahun 2019 : perolehan ekor/hari/ladang
sebanyak 25 ekor

Meningkatkan 1. Peningkatan 1. Peningkatan pendapatan 1. Purata peningkatan 1. Purata pendapatan penternak sebulan
pendapatan pendapatan 22 orang penternak pendapatan perternak dari hasil jualan susu:
penternak 15 orang sebanyak 10% /bulan Tahun 2017: RM 10,718.64/bulan
penternak untuk tempoh 2 tahun Tahun 2019: RM 12,452.68/bulan
Peningkatan sebanyak RM1,734.15/bulan
(16%)

Gambarajah 4: Kerangka keberhasilan projek pengganda tenusu

42 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

10.0 Analisis Data
10.1 Analisis Data Output

Analisa data adalah berdasarkan perolehan ternakan dan peserta/penternak. Bagi analisa data
output, jabatan mensasarkan perolehan ternakan sebanyak 75 ekor lembu tenusu dara dan
pencapaian sebenar hanya 50 ekor. Manakala sasaran peningkatan pendapatan penternak ialah 15
orang dan pencapaian sebenar seramai 22 orang. Penterjemahan kenyataan ini seperti gambarajah
5.

Gambarajah 5: Kerangka keberhasilan projek pengganda tenusu

10.2 Analisis Data Outcome

Analisis untuk mendapatkan pencapaian outcome sebenar melibatkan dua (2) sasaran indikator
iaitu peningkatan pengeluaran susu segar dan purata peningkatan pendapatan penternak/peserta.
Analisis mendapati pencapaian outcome sebenar telah melebihi daripada sasaran seperti di
Gambarajah 6.

43

Peningkatan pengeluaran Purata pengeluaran susu
susu segar sebanyak sebanyak 11.0 liter/ekor/
80,000 liter untuk tempoh hari/ladang
2 tahun

Peningkatan pengeluaran Purata pengeluaran susu
susu segar telah sebanyak 14.0 liter/ekor/
mencapai 98,247.07 liter hari/ladang
untuk tempoh 2 tahun

Pemerhatian
• Peningkatan purata pengeluaran susu 3.0 Liter/eko/hari/ladang (peningkatan 27.3%)
• Peningkatan pengeluaran susu sebanyak 18,247.07 liter (peningkatan 22.8%)

Purata peningkatan Purata pendapatan penternak
pendapatan penternak meningkat sebanyak RM 1,734.15/
sebanyak 10% /bulan untuk bulan (peningkatan 16%)
tempoh 2 tahun

Gambarajah 6 : Kerangka keberhasilan projek

10.3 Impak

Terdapat dua impak yang dapat dihasilkan dari perolehan ini yang pertamanya adalah menyumbang
kepada peningkatan 34% pengeluaran susu segar daripada pengeluaran keseluruhan susu dalam
Negeri Melaka. Manakala impak kedua yang dihasilkan ialah peningkatan nilai jualan susu bagi
keseluruhan pengeluaran. Ringkasan seperti di Gambarajah 7.

44 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 7: Impak projek pengganda tenusu

11.0 Isu dan Masalah, Syor dan Cadangan Penambahbaikan

Terdapat dua (2) isu yang dikenalpasti iaitu kegagalan pembekal melaksanakan pembekalan pada
tahun 2018 dan isu yang kedua ialah pengurusan ternakan oleh penternak/peserta. Cadangan
penambahbaikan yang telah diambil bagi mengatasi isu ini adalah dengan memastikan pembekal
yang mempunyai pengalaman dan berkemampuan sahaja yang dipilih untuk membekalkan
ternakan. Sehubungan itu, penambahan syarat-syarat didalam spesifikasi pembekalan ternakan
import serta mempunyai pengalaman dalam melaksanakan pembekalan telah dibuat pada tawaran
sebutharga tahun 2019. Manakala kepada penternak/peserta, meningkatkan ilmu pengetahuan
kepada penternak berkenaan Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP) dan penternak bersedia
sepenuhnya untuk menerima ternakan import. Kepada penternak/peserta pula, latihan dan kursus
yang berterusan di dalam pengurusan ternakan akan dipertingkatkan supaya tiada lagi isu-isu
berkaitan pengurusan ternakan. Penjelasan seperti di gambarajah 8.

Gambarajah 8: Isu, masalah, syor dan cadangan penyelesaian

45

12.0 Way forward

Daripada hasil kajian yang telah dibuat, Jabatan bercadang untuk meneruskan Projek Pengganda
Tenusu ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di mana bilangan penternak/peserta yang
layak akan ditingkatkan pada masa akan datang. Pada tahun 2020, Jabatan telah membina satu
kilang memproses susu yang terletak di Merlimau yang akan menjadi asas kepada kesinambungan
projek ini ke arah menjadikan Negeri Melaka sebagai salah satu pengeluar produk tenusu di Malaysia.

13.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan wajar
diteruskan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, langkah-langkah penambahbaikan
terhadap isu dan cabaran yang telah dikenalpasti perlu dilaksanakan bagi memastikan projek ini
mencapai sasaran yang lebih baik lagi di masa hadapan.

14.0 Lampiran

46 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

JABATAN PERIKANAN
NEGERI MELAKA

PROGRAM KONSERVASI DAN
PENERANGAN PENYU KARAH NEGERI

MELAKA

47

1.0 TUJUAN

Tujuan pembentangan kajian penilaian outcome bagi program Konservasi dan Penerangan Penyu
Karah Negeri Melaka adalah untuk menilai tahap pencapaian objektif yang telah dirancang oleh
Jabatan.

Selain itu, dapat mengenalpasti isu dan permasalahan dalam melaksanakan aktiviti konservasi
penyu karah di Negeri Melaka bagi tujuan penambahbaikan program konservasi tersebut.

Akhir sekali, tujuan pembentangan ini adalah bagi memastikan keberhasilan program dan aktiviti
yang dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Negeri Melaka.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Penyu telah wujud lebih 100 juta tahun dahulu dan rupa bentuknya sama seperti zaman dinosaur.
Spesies ini boleh hidup lama dan mengambil masa 20 hingga 50 tahun untuk matang. Mempunyai
sifat yang sangat unit kerana akan kembali semula ke pantai dimana ia dilepaskan sewaktu hendak
bertelur.

Penyu dewasa sensitif terhadap cahaya tetapi sebaliknya anak penyu yang baharu menetas
tertarik kepada cahaya. Penyu betina bertelur pada waktu malam dan dapat bertelur 4 hingga 6
kali dalam satu-satu musim persarangan. Hanya 1:1,000 anak penyu yang dilepaskan ke lautan
dapat meneruskan kelangsungan hidupnya. Di Malaysia, penyu ditemui mendarat di Terengganu,
Pahang, Johor, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Sabah dan Sarawak. Terdapat 4 spesies penyu
di Malaysia iaitu Penyu Agar, Penyu Belimbing, Penyu Lipas dan Penyu Karah. Spesies Penyu Karah
hanya mendarat di tiga negeri di semenanjung iaitu Melaka, Terengganu dan Pahang. Tetapi, Negeri
Melaka mencatatkan pendaratan Penyu Karah yang paling tinggi antara ketiga – tiga negeri tersebut
dan antara yang tertinggi di Asia Tenggara sehinggakan Penyu Karah dilabel sebagai khazanah laut
negeri Melaka. Penyu Karah di Negeri Melaka juga menjadi ikon khazanah laut yang tercantik. Dengan
jumlah pendaratannya yang memberangsangkan setiap tahun, spesies ini semakin dijaga untuk
kemandirian spesiesnya.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) adalah di bawah pengurusan Jabatan Perikanan
Malaysia dan pada awalnya telah beroperasi di Pulau Besar namun telah berpindah ke Kampung
Padang Kemunting bermula tahun 1990 berikutan kos penyelenggaraan di Pulau Besar yang tinggi.
Bagi memastikan kelestarian spesies penyu di negeri Melaka, Akta Perikanan 1985 dan Kaedah-
Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur-Telur Penyu) 1989 yang diturunkan dari Kerajaan Negeri kepada
Jabatan telah dilaksanakan. Penubuhan PKPP adalah untuk melaksanakan aktiviti pemeliharaan,
pemuliharaan dan mengurus spesies penyu karah yang diancam kepupusan.

Kawasan pendaratan Penyu Karah di negeri Melaka adalah di 17 buah lokasi iaitu di Pulau Upeh,
Pantai Puteri, Kem Terendak, Balik Batu, Pasir Gembur, Padang Kemunting, Telok Gong, Teluk Belanga,
Kampung Baru, Kampung Tengah, Kampung Teluk, Kuala Linggi, Meriam Patah, Tanjung Serai, Sungai
Tuang, Tanjung Dahan dan Pangkalan Balak. Padang Kemunting merupakan lokasi pendaratan
Penyu Karah tertinggi berbanding lokasi pendaratan yang lain.

2.1 Pernyataan Masalah

Penyu Karah telah disenaraikan sebagai spesies terancam di bawah Appendix I oleh Convention of
International Trade in Endangered Species (CITES) dan critically endangered di bawah IUCN Red List
of Threatened Species.

Negeri Melaka merupakan lokasi pendaratan tertinggi Penyu Karah di Semenanjung Malaysia. Walau
bagaimanapun, terdapat penurunan jumlah pendaratan penyu dari tahun 2013 sehingga 2016. Oleh
itu, dengan pelaksanaan program ini dijangka dapat melindungi spesies ini daripada kepupusan
dan mengekalkan Negeri Melaka sebagai lokasi pendaratan tertinggi di Semenanjung Malaysia.

48 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

2.2 Objektif Program

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi melindungi
spesies Penyu Karah daripada ancaman kepupusan.

2.3 Skop Program

Skop program tertumpu kepada populasi Penyu Karah di Negeri Melaka.

2.4 Maklumat Program

Program ini dijalankan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting, Masjid Tanah,
78000 Alor Gajah, Melaka.

2.4.1 Maklumat Pelaksanaan Program

Sejak terbinanya Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Karah, Padang Kemunting, Pengkalan
Balak, Melaka, pelbagai aktiviti telah dirancang dan diatur untuk program pemuliharaan Penyu
Karah. Segala program – program yang telah di atur di pusat sangat membantu dalam memberi
pendedahan dan mengenali spesies purba ini, memberi kesedaran kepada orang awam akan
kepentingan memelihara dan memulihara penyu, memberi maklumat pada orang awam mengenai
cara membantu dalam mengurangkan ancaman, mengeratkan hubungan dengan jabatan dan
agensi berkaitan dan sebagainya.

Bertepatan dengan nama yang diberi untuk pusat ini, iaitu Pusat Konservasi, ia bermaksud sebarang
aktiviti pemuliharaan terhadap semua spesies penyu, bermula dari pendaratan penyu untuk bertelur
sehinggalah penetasannya dan menjadi anak penyu dan dilepaskan ke laut. Manakala perkataan
‘Penerangan’ yang terdapat pada nama ini bermaksud maklumat yang ingin disampaikan oleh pihak
pusat mengenai tujuan penubuhan pusat penyu ini, gambaran dan usaha – usaha pihak jabatan
dalam memulihara penyu, terutamanya Penyu Karah, memberi penerangan kepada orang awam
mengenai kesedaran ancaman kepupusan penyu dan sebagainya.

Di pusat ini juga terdapat banyak kemudahan yang disediakan iaitu, tapak penetasan, galeri penyu,
kolam penyu, pejabat pengurusan dan banyak lagi kemudahan lain. Di dalam galeri penyu yang
disediakan, terdapat kesemua spesies replika penyu, maklumat biologinya, tempat pendaratannya,
sumbangan – sumbangan yang diberikan oleh badan dan agensi luar dan sebagainya.

2.4.2 Maklumat Kewangan Program

Program ini telah menerima peruntukan dari Kerajaan Negeri sebanyak RM200,000.00 untuk tempoh
pelaksanaan selama 2 tahun bermula dari tahun 2018 hingga 2019.

2.5 Objektif Kajian

Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi melindungi spesies Penyu Karah daripada
ancaman kepupusan.

2.6 Skop Kajian

• Mengukur pencapaian objektif dan outcome projek bagi memastikan menepati sasaran.
• Mengenalpasti isu dan langkah-langkah yang perlu di ambil bagi meningkatkan tahap

keberkesanan projek di masa hadapan.

49

3.0 METODOLOGI KAJIAN

DATA PRIMER / SEKUNDER

• Pencapaian program konservasi penyu yang perlu diselamatkan dari diancam kepupusan.
• Peningkatan bilangan pelancong ke negeri Melaka.

Responden PECAHAN RESPONDEN yang terlibat dengan kajian ini terdiri daripada pelajar sekolah
rendah, pelajar sekolah menengah, pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pihak NGO (WWF, Petronas,
Sun Power dan lain-lain), orang kampung, pelancong dalam dan luar negara.

LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian ini adalah di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Padang Kemunting, Masjid Tanah,
78000 Alor Gajah, Melaka.

SAMPEL BORANG SOAL SELIDIK

Borang soal selidik di beri kepada pelawat yang hadir ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu.

PASUKAN KAJIAN

SENARAI JAWATANKUASA PASUKAN KAJIAN:

Pengarah Perikanan Neger
Melaka

PENGERUSI

Ketua Cawangan Khidmat
Pengurusan / Perancangan &

Pembangunan

URUSETIA

Ketua Cawangan Perikanan Ketua Daerah Perikanan Alor Ketua Pusat Konservasi dan
Tangkapan & Pelesenan / Gajah Penerangan Penyu
Taman Laut & Pengurusan
AHLI JAWATANKUASA AHLI JAWATANKUASA
Sumber

AHLI JAWATANKUASA

50 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

CARTA PERBATUAN KAJIAN (TEMPOH KAJIAN)


Click to View FlipBook Version