51
KERANGKA STRATEGIK
OBJEKTIF
Meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi melindungi spesies Penyu Karah daripada
ancaman kepupusan.
AKTIVITI
• Penyediaan kawasan pendaratan yang tidak tercemar dan kondusif.
• Menggiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan.
• Pengutipan dan pengumpulan data.
• Hebahan melalui laman web Jabatan, Kalendar Tahunan Bahagian Promosi Pelancongan, Unit
Pelancongan MPAG dan media sosial.
• Mengadakan program kesedaran.
OUTPUT
• Bilangan pemantauan kawasan pendaratan dan penguatkuasaan dapat ditingkatkan setiap
bulan.
• Kadar peratus penetasan anak penyu dapat ditingkatkan sebanyak 25% dari tahun sebelumnya
kesan daripada membaikpulih tapak hatcheri penetasan (menggembur pasir) setiap tahun.
OUTCOME
• Peningkatan jumlah pendaratan penyu, bilangan telur penyu dan penetasan anak penyu setiap
tahun di negeri Melaka.
• Peningkatkan jumlah pengunjung ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu.
• Pertambahan aktiviti dan program kesedaran setiap tahun.
IMPAK
Memastikan populasi penyu Karah di Negeri Melaka berkekalan untuk tatapan generasi akan datang.
VISI / MISI / DASAR
• Akta Perikanan 1985
• Kaedah-Kaedah Perikanan (Penyu dan Telur Penyu) 1989
• Menjaga ekosistem dan melindungi penyu dari di ancam kepupusan
INPUT
1. Peruntukan Pembangunan RM200,000.00
2. Penurunan kuasa daripada Kerajaan Negeri
3. Persediaan program konservasi dan kesedaran penyu
FAKTOR MENYOKONG
1. Pemantauan pendaratan penyu karah oleh pekerja konservasi penyu yang dilantik.
2. Kerjasama daripada pihak NGO seperti WWF serta pihak swasta yang lain.
3. Menaiktaraf infrastruktur di PKPP untuk keselesaan pengunjung.
4. Kajian soal selidik kepada pengunjung.
52 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
KERANGKA KEBERHASILAN
KEMENTERIAN / AGENSI
Jabatan Perikanan Negeri Melaka
KEY RESULT AREA (KRA)
Populasi penyu karah di negeri Melaka berterusan
NAMA PROGRAM
Program Konservasi Penyu Karah Negeri Melaka di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP)
OBJEKTIF
Menggalakkan pendaratan spesies penyu karah di negeri Melaka seerta melindungi spesies Penyu
Karah daripada ancaman kepupusan.
OUTPUT SASARAN DAN SEBENAR
53
OUTCOME SASARAN DAN SEBENAR
54 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
ANALISIS DATA
ANALISIS DATA OUTPUT
14 Aktiviti Penguatkuasaan 12
12 2019
10 8
6 1
8 2019
6 2017 2018
6 Aktiviti Penguatkuasaan
4
2 Pembaikan Tapak Hatcheri
0
1
2016
0
1.2
1 2017 2018
1
0.8
0.6
0.4
0.2
0
2016
Pembaikan Tapak Hatcheri
55
ANALISIS DATA OUTCOME
700 Bilangan Pendaratan Penyu 548
2019
600 573 600
500 2017 2018
384
400
300
200
100
0
2016
Bilangan Pendaratan Penyu
56 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Bilangan Telur Penyu (Biji)
80,000 71,044 66,695
70,000 2019
60,000 64,398
50,000
40,000 42,248
30,000 2016
20,000
10,000
0
2017 2018
Bilangan Telur Penyu
45,000 Bilangan Pelepasan Anak Penyu (Ekor) 36,759
40,000
35,000 43,586
30,000
25,000 38,932
20,000
15,000 16,067
10,000
5,000
0
2016 2017 2018 2019
Bilangan Pelepasan Anak Penyu (Ekor)
57
58 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
70,000 Bilangan Pelawat 59,200
60,000 2019
50,000 58,641 79
40,000 2019
30,000 33,834
20,000
10,000 8,688
2016
0
2017 2018
Bilangan Pelawat
Program Kesedaran
90 65
80 36
70
60 2017 2018
50
40
30 21
20
10
0
2016
Program Kesedaran
59
PENGENALPASTIAN ISU DAN MASALAH PENGOPERASIAN
1. Kecurian telur penyu di kalangan penduduk setempat.
2. Kekangan aktiviti penguatkuasaan di kawasan pantai pendaratan kerana penguatkuasa jabatan
sedia ada mempunyai tugasan hakiki yang lain seperti rondaan laut di perairan Melaka termasuk
Tanjung Tuan dan rondaan di darat.
SYOR / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Mewujudkan perjawatan penguatkuasa oleh kerajaan Negeri bagi membantu aktiviti konservasi
berjalan dengan lancar.
WAY FORWARD
1. Cadangan pembinaan bangunan untuk bilik audio visual dan pejabat yang baharu bernilai
RM3,000,000.00 kerana bangunan sedia ada telah uzur. Bangunan tersebut juga akan dilengkapi
dengan galeri ikan hiasan marin untuk menarik lebih ramai pengunjung. Pembinaan bangunan
ini juga sebagai tarikan baharu bagi PKPP untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada
orang awam bagi memastikan kesedaran terhadap spesies penyu karah yang menjadi khazanah
laut Melaka dan negara.
1. Cadangan pengutipan harga tiket masuk ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu kepada
orang awam mengikut kategori.
2. Menjadikan PKPP sebagai salah satu lokasi tarikan pelancongan yang berkunjung ke negeri
Melaka dan menjadikan PKPP yang terbaik di Malaysia.
60 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
RUMUSAN KAJIAN
Antara kejayaan yang diperolehi hasil daripada program-program yang dijalankan adalah
kemandirian spesis penyu Karah dapat dijaga demi mengekalkan rantaian makanan di laut dan
mengelakkan ia daripada mengalami kepupusan. Secara amnya, Penyu Karah telah menjadi
sebahagian khazanah warisan negara jika dilihat dari sudut sejarah dan budaya. Daripada tujuh
spesis penyu yang wujud di dunia ini, Malaysia mencatat rekod pendaratan daripada empat spesies
penyu iaitu penyu Belimbing (Dermochelys coriacea) yang merupakan penyu terbesar dunia, penyu
Agar (Chelonia mydas), penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan penyu Lipas (Lepidochelys
olivacea). Kehadiran penyu Karah telah direkodkan buat pertama kali dalam naskhah tulisan Eredia
pada tahun 1613 yang berjudul ‘Description of Malacca’ yang menceritakan kegemilangan empayar
Melaka.
Selain itu, pada tahun 2013, Pusat Konservasi dan Informasi Penyu (TIC) telah mengeluarkan lesen
kepada 17 pemungut telur penyu berlesen kerana bilangan pendaratan penyu di Melaka merekodkan
bilangan pendaratan tertinggi sehingga mencecah 600 sarang setahun. Berdasarkan program
yang telah dijalankan anak penyu yang dilepaskan mencecah hampir 40,000 ekor dengan bilangan
pengunjung yang datang mencecah hampir 60,000 setahun.
Program Konservasi Penyu Karah Negeri Melaka di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu perlu
diteruskan bagi memastikan khazanah laut yang sangat berharga ini terus terpelihara dari ancaman
kepupusan bagi tatapan generasi yang akan datang sekaligus negeri Melaka terkenal di mata dunia
kerana keunikan yang terdapat pada Penyu Karah.
LAMPIRAN
61
Selepas tempoh pengeraman selama 2 bulan, telur penyu akan menetas
Penyu Karah
mula membiak
selepas 30
tahun, dalam
tempoh inilah
dikenali ‘tahun
yang hilang’
Penyu Karah mendarat
di pantai untuk bertelur
Kitar Hidup Penyu Karah
Lokasi Pendaratan Penyu Karah
62 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Penyu Karah Menggali Lubang Untuk Bertelur
Proses Penyu Bertelur
63
Proses Mengutip Telur Penyu
Proses Pengeraman Telur di Hatcheri
64 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Anak Penyu Karah Yang Baru Menetas
Proses Melepaskan Anak Penyu ke Laut
65
Penyu Karah yang telah siap dipasang telemetri satelit dan dilepaskan ke laut
Program Kesedaran
66 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
67
LAPORAN KAJIAN
PENILAIAN
OUTCOME TAHUN
2021
68 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
MAJLIS
PERBANDARAN
HANG TUAH JAYA
URBAN REFORESTATION
SG PUTAT MELAKA
69
1.0 TUJUAN KAJIAN
Reforestation merupakan salah satu inisiatif menanam semula spesies hutan dan mengurangkan
pencemaran seperti pemanasan global. Tujuan penghutanan semula adalah untuk memastikan
kawasan tersebut mempunyai struktur tanah yang baik dan kestabilan dalam kualiti udara. Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengambil strategi Bandar Hijau dan menghasilkan pelan
tindakan di dalam Rancangan Tempatan MPHTJ (Pengubahan) 2025 dengan menggunakan
pinggir sungai tersebut untuk menjadikan kawasan tumpuan dan tarikan orang ramai. Berdasarkan
penggunaan rizab sungai di sepanjang Sungai Putat, projek yang telah dihasilkan ini dikenal pasti
sebagai Urban Reforestation @ Sungai Putat.
Antara tujuan kajian penilaian outcome ini dibuat adalah :
• Bagi menilai keberhasilan objektif projek dan aktiviti yang dijalankan di tapak Urban Reforestation
Sungai Putat, Melaka
• Bagi mengenalpasti isu dan masalah yang dihadapi sebelum menjalankan projek.
• Bagi mengenalpasti kaedah dan penyelesaian terhadap isu serta masalah yang dihadapi.
Kewujudan nama Sungai Putat di Melaka adalah pada akhir abad ke-17 dan mewujudkan penempatan
baru di kawasan tersebut. Nama Sungai Putat ini diambil sempena Pokok Putat yang tumbuh secara
semula jadi di sepanjang kawasan sungai.
Tujuan projek penghutanan semula adalah membangunkan semula kawasan-kawasan terbiar dan
tanah lapang secara terancang dan kondusif untuk mencapai konsep hijau yang lestari selaras
dengan visi dan misi MPHTJ dalam dasar Perbandaran Rendah Karbon MPHTJ dan merperkasakan
perbandaran berteraskan ‘Sustainable Development Goals’.
2.0 LATAR BELAKANG PROJEK
Projek Urban Reforestation Sungai Putat ini adalah salah satu inisiatif yang diambil melalui kajian
penanda aras yang dilakukan pihak MPHTJ terhadap projek Reforestation di Delft, Netherland. Melalui
inisiatif ini, satu dokumen yang dikenali sebagai Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang
Tuah Jaya (Pengubahan 2025) dihasilkan dan diwartakan pada 12 September 2019.
Rajah 2.0.1 : Penanaman Pokok Hutan di sepanjang ‘Schie Waterway’ Delft, Netherland.
70 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Rajah 2.0.2 : Pembaikan tepian sungai melalui Pembangunan pejalan kaki Delft Netherland.
Inisiatif ‘Strategi Lautan Biru’;NBOS disahut melalui kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri
Melaka (JPS) membantu MPHTJ dalam memilih kawasan dan kesediaan tanah. Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka juga membantu MPHTJ dalam
memberi nasihat mengenai rancangan induk landskap Sungai Putat dan pemilihan pokok-pokok
yang bersesuaian di pinggir sungai tersebut.
Perlaksanaan pembangunan projek ini adalah berdasarkan kepada ‘Key Result Area’ (KRA) iaitu :
• Dasar Perbandaran Rendah Karbon MPHTJ;
• Merperkasakan dan peneraju perbandaran berteraskan Sustainable Development Goals;
• Menyediakan khidmat dan kemudahan perbandaran berkonsepkan Bandar Teknologi Hijau.
2.1 Gambaran Keseluruhan Projek
Projek Urban Reforestation Sungai Putat ini dibangunkan mengikut Pelan Tindakan Rancangan
Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (Pengubahan) 2025 yang mengambil Sungai Putat
sebagai fokus “pilot study” bagi program zon penghutanan semula. Sungai Putat dipilih kerana
mempunyai ciri-ciri yang sesuai bagi:
• Simulasi program penghutanan semula seperti kelebaran sungai dan zon riparian mencukupi,
green linkages, pembangunan sekitar.
• Lembangan sungai bersambung dengan Sungai Melaka
• Berpotensi sebagai laluan pengangkutan air dan kawasan rekreasi sungai
• Potensi rebakan pembangunan di sepanjang sungai atas faktor kesinambungan ke Sungai
Melaka.
Berdasarkan ciri-ciri di atas MPHTJ mengambil inisiatif secara langsung dalam memperindahkan
semula kawasan pinggir Sungai Putat secara terancang dengan penyediaan aksesbiliti dan
komponen landskap lembut dan kejur melalui Projek Urban Reforestation Sungai Putat.
71
Rajah 2.1.1 : Keadaan pinggir Sungai Putat sebelum projek Urban Reforestation Sungai Putat
dibangunkan yang tidak mempunyai akses yang selamat.
2.2 Penyataan Masalah
Keadaan semasa Sungai Putat ini dipilih berdasarkan penilaian serta ketersediaan kemudahan
rekreasi sediaada milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Walaubagaimanapun, kemudahan-
kemudahan tersebut tidak diselenggara dan dibiarkan dalam keadaan yang tidak selamat kepada
pengunjung untuk melakukan aktiviti riadah.
Rajah 2.2.1 : Keadaan komponen rekreasi yang tidak diselenggara dan dalam keadaan semak.
72 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Rajah 2.2.2 : Keadaan alauan pejalan kaki yang tidak sempurna
2.3 Objektif Projek
Sebelum perlaksanaan projek ini, pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya telah melaksanakan
beberapa inisiatif berbentuk ‘Focus Group Discussion’ bersama-sama pihak berkepentingan
antaranya, perlaksanaan ‘Kick Off Project’ serta Taklimat Tapak projek bersama pihak FRIM, JPS, UPEN,
Jabatan Perhutanan, serta agensi dalaman MPHTJ. Antara objektif utama di dalam menjalankan
projek Urban Reforestation Sungai Putat ini adalah :
• Pengurangan jejak karbon melalui kaedah penanaman semula pokok-pokok hutan.
• Bagi Mengawal pencemaran melalui penyerapan nutrien tanah
• Pemeliharaan biodiversiti dan rangkaian ekologi
• Keseimbangan pembangunan fizikal melalui penambahbaikan kualiti persekitaran yang lebih
baik.
• Memperbaiki kualiti air melalui pembaikan tebing sungai serta dapat mengawal dari segi hakisan;
serta
• Menjadikan kawasan yang selamat untuk berekreasi
2.4 Skop Projek
2.4.1 Fasa 1
Pembangunan Fasa 1 bagi penanaman pokok dan penyediaan laluan pejalan kaki di sepanjang
180meter. Antara skop projek adalah:
• Membekal tanah, baja dan kerja-kerja yang berkaitan.
• Pembersihan tapak termasuk penebangan pokok, membekal dan menanam semua bahan
tumbuhan.
• Membekal dan memasang turfing seperti yang dinyatakan dalam pelan.
• Penyelenggaraan pokok termasuk penggantian pokok yang mati, penyiraman, pembajaan,
kawalan serangga dan penyakit serta penjagaan tetap selama 12 bulan.
73
Rajah 2.4.1.1 : Gambaran Keseluruhan Projek Bagi Fasa 1
2.4.2 Fasa 2
Pembangunan Fasa 2 dibangunkan sepenuhnya menggunakan sumber peruntukkan MPHTJ
berjumlah RM 135,000.00. Pembangunan ini hanya melibatkan pembangunan tempat letak kereta
dan beberapa landskap kejur. Antara skop projek adalah:
• Pembersihan tapak termasuk cantasan pokok.
• Membina akses dan tempat letak kereta.
• Meletakkan crusher run di sepanjang 180meter di hadapan kawasan tempat letak kereta (dibawah
pokok teduhan)
Rajah 2.4.2.1 : Gambaran Keseluruhan Projek Bagi Fasa 2.
74 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
2.4.3 Fasa 3
Perlaksanaan fasa 1 dan 2 berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Walau bagaimanapun, bagi
menyelesaikan masalah laluan masuk ke tapak Urban Reforestation, pihak MPHTJ sekali lagi memohon
peruntukkan daripada Kerajaan Negeri Melaka dan telah berjaya mendapatkan peruntukkan
sebanyak RM 800,000.00. Antara skop kerja pembangunan tersebut adalah seperti berikut:
• Pembersihan tapak termasuk penanaman semula pokok hutan di sepanjang jalan masuk
• Membina akses masuk dari Jalan Sungai Putat berkeluasan 4100 meter persegi.
• Menggantikan serta memanjangkan pipe culvert sediaada sepertimana pelan cadangan.
• Membina laluan pejalan kaki (trek jogging) di sepanjang sungai Putat sepanjang 535 meter.
• Membina papan tanda sepertimana pelan cadangan.
• Membina dan meletakkan perabot jalan sepertimana pelan cadangan.
Rajah 2.4.3.1 : Gambaran Keseluruhan Bagi Projek Fasa 3.
2.5 Kumpulan Sasar
Berdasarkan kepada unjuran populasi penduduk Mukim Batu Berendam dan Mukim Bukit Baru
sebanyak 130,950 orang pada tahun 2021. Penentuan kumpulan sasar adalah terdiri dari semua
golongan umur. Bagi penentuan kumpulan sasar yang menikmati kemudahan rekreasi berskala
taman tempatan ini adalah di dalam radius 2-5 kilometer dimana jarak kemudahsampaian adalah
sangat relevan terutama bagi penduduk yang berekreasi menggunakan basikal.
2.6 Maklumat Projek
Projek Urban Reforestation Sungai Putat ini menggunakan rizab Sungai Putat, Mukim Batu Berendam,
Daerah Melaka Tengah, Melaka. Lokasi strategik yang berhampiran dengan kawasan perumahan
(Taman Ayer Keroh Permai & Kampung Sungai Putat).Tiga (3) fasa pembangunan telah berjaya
dilakukan sepanjang sungai tersebut dalam Tahun 2019 hingga 2020.
75
Rajah 2.6.1 Gambaran keseluruhan projek bagi fasa 1 – fasa 3
Proses pemilihan serta kajian kemungkinan projek ini telah dibuktikan melalui nasihat serta
pandangan agensi teknikal dimana maklumat tersebut diperolehi daripada sesi taklimat kepada
pihak FRIM, Jabatan Hutan, UPEN, JPS serta jabatan dalaman MPHTJ bagi pengenalan Projek Urban
Reforestation Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka. Projek ini juga adalah salah satu inisiatif di dalam
Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Hang Tuah
Jaya (Pengubahan) 2025 dan telah mendapat peruntukkan daripada Kerajaan Negeri Melaka.
Perancangan cadangan pelaksanaan Projek Urban Reforestation Sg. Putat ini diambil sebahagian
daripada Pelan Tindakan Rancangan Tempatan MPHTJ (Pengubahan) 2025 dalam penggunaan
komponen pembangunan seperti jenis pokok, penggunaan landskap kejur dan kesesuaian kawasan.
76 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
77
2.7 Maklumat Pelaksanaan Projek
Urban Reforestation Sg. Putat ini mempunyai tiga (3) fasa pembangunan yang telah berjaya
dilaksanakan mengikut kontraktor yang dipilih oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan juga
Kerajaan Negeri Melaka melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri.
2.7.1 Fasa 1
Kontraktor yang dilantik dan dipilih adalah syarikat Edylah Resources yang mengambil masa 20
minggu yang bermula 17 Jun 2019 dan telah disiapkan 4 November 2019.
78 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
79
80 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
2.7.2 Fasa 2
Kontraktor yang dilantik dan dipilih adalah syarikat Pedati Bina yang mengambil masa 11 minggu
yang bermula 17 November 2019 dan disiapkan 24 Januari 2020 setelah diberikan lanjutan masa
selama 3 minggu.
81
2.7.3 Fasa 3
Kontraktor yang dilantik dan dipilih adalah syarikat Baiduri Niaga yang mengambil masa 14 minggu
yang bermula 17 November 2019 dan disiapkan 4 November 2020 setelah diberikan lanjutan masa
selama 3 minggu.
82 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
83
84 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
85
2.8 Maklumat Kewangan Projek
Urban Reforestation Sungai Putat ini adalah projek penghutanan semula hutan melalui penanaman
pokok secara terancang dan sistematik ini oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya melalui sumber
peruntukkan Kerajaan Negeri Melaka serta pihak Majlis sendiri. Pecahan sumber peruntukkan adalah
seperti jadual dibawah:
Jadual 2.8.1: Perincian Fasa dan Sumber Peruntukkan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif utama di dalam menjalankan kajian terhadap projek Urban Reforestation Sungai
Putat ini adalah :
• Bagi Mengurangan kadar pelepasan karbon (CO2) di dalam kawasan pentadbiran Majlis
Perbandaran Hang Tuah Jaya.
• Membangunkan Urban Reforestation secara lestari sebagai destinasi eco recreation park dengan
penyediaan kemudahan pembangunan sokongan.
4.0 SKOP KAJIAN
Projek ini melibatkan pengunjung-pengunjung yang menggunjungi ke kawasan rekreasi Urban
Reforestation dan penduduk di sekitar kawasan Sungai Putat tersebut. Selain itu, skop kajian juga
meliputi pokok-pokok hutan yang ditanam sepanjang 630meter di kawasan rizab sungai tersebut.
Sampel kajian ini juga diambil pada tahun 2020 sehingga Disember 2021.
5.0 METADOLOGI KAJIAN
Kajian penilaian outcome ini menggunakan 2 kaedah bagi mendapatkan maklumat dan analisis
data iaitu kaedah data primer dan sekunder. Bagi kaedah penghasilan data primer adalah melalui
soal selidik daripada pengunjung-pengunjung Urban Reforestation Sg. Putat serta penduduk sekitar
kawasan Sungai Putat tersebut. Sesi soal selidik ini menggunakan teknik sample random sampling
melalui online survey dengan menggunakan laman sesawang Google Form yang dijana oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Majlis membuat sebaran di dalam media-media sosial seperti whatsapp
dan facebook.
Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji penduduk di dalam Negeri Melaka terutama di kawasan Batu
Berendam mengenai keberadaan pembangunan Projek Urban Reforestation Sg. Putat serta bertujuan
untuk penambahbaikan terhadap projek ini. Penambahbaikan ini sangat penting bagi memastikan
jika terdapat kelemahan atau isu yang timbul, ianya dapat ditambahbaik bagi memastikan projek
yang dilaksanakan berkualiti dan dapat dinikmati oleh masyarakat.
Bagi data sekunder pula merupakan data-data yang diambil dan dikumpulkan daripada jabatan-
jabatan dalaman Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya seperti Jabatan Landskap dan Unit Teknologi
Hijau serta agensi teknikal luar seperti Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Sepang. Data-data
yang diambil adalah data mengenai 178 batang pokok yang ditanam di kawasan Urban Reforestation
Sg. Putat seperti usia semasa pokok, usia kematangan pokok, kaedah pengiraan karbon dioksida.
86 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
5.1 Soal Selidik (Google Form)
Borang soal selidik kepada pengunjung dan orang awam ini terbahagi kepada tiga (3) bahagian iaitu
demografi, maklumbalas mengenai pembangunan Urban Reforestation Sg. Putat dan cadangan
bagi penambahbaikan projek ini.
5.1.1 Bahagian A : Demografi
Bahagian A mengandungi lima (5) soalan yang meliputi maklumat latar belakang responden iaitu
jantina, umur, status perkahwinan, kaum, dan sektor pekerjaan.
5.1.2 Bahagian B : Pembangunan Projek
Bahagian B mengandungi 7 soalan iaitu mengenai kawasan tempat tinggal responden, jarak
kediaman ke Urban Reforestation Sg. Putat, jenis kemudahan rekreasi yang disediakan dikawasan
kediaman responden, pengetahuan responden mengenai kewujudan pembangunan ini, persetujuan
responden mengenai projek, persetujuan mengenai projek ini mampu membantu menyerap karbon
yang tinggi dan kaedah Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dapat mengurangkan kadar pelepasan
karbon.
5.1.2 Bahagian C : Cadangan Penambaikan
Bahagian C mengandungi dua (2) soalan iaitu tarikan utama yang orang awam mengunjungi
kawasan rekreasi/riadah dan kaedah untuk meningkatkan pengunjung mengunjungi kawasan
rekreasi baru iaitu Urban Reforestation Sg. Putat.
5.2 Kadar Pernyerapan Karbon
Dalam Projek Urban Reforestation Sungai Putat ini terdapat banyak pokok spesies hutan baru yang
ditanam untuk mengurangkan karbon dioksida (CO2) dikawasan sekitar. Gas seperti karbon dioksida
dan metana adalah penyumbang utama perubahan iklim di peringkat global. Strategi ini memastikan
bahawa risiko pencemaran udara seperti pemanasan global dan hujan asid akan dapat dikurangkan.
5.2.1 Kaedah Pengiraan Serapan Karbon
Pengumpulan data analisis bagi penyerapan karbon di kawasan Urban Reforestation Sg. Putat
dengan menggunakan teknik pengiraan daripada Majlis Perbandaran Sepang. Pengiraan sampel ini
diambil dalam laporan landskap Majlis Perbandaran Sepang.
Gambar 5.2.1.1: Sampel pengiraan yang digunakan
87
5.2.1 Jenis Pokok Hutan Ditanam
Inisiatif ini telah menyumbangkan kadar serapan karbon yang tinggi di kawasan Ayer Keroh dengan
penanaman pokok-pokok teduhan sebanyak 178 batang pokok dengan 22 jenis pokok hutan bagi
keseluruhan fasa pembangunan.
88 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
89
90 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
6.0 PASUKAN KAJIAN
Berikut merupakan pasukan kajian bagi kajian penilaian ini. Pasukan ini dinaungi oleh YBhg. Datuk
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya yang bertindak sebagai Pengerusi dan Jabatan
Perancangan Bandar sebagai koordinator serta urusetia bagi kajian projek ini.
7.0 CARTA PERBATUAN KAJIAN
Berikut adalah carta perbatuan bagi pelaksanaan kajian penilaian outcome ini:
91
8.0 KERANGKA STRATEGIK
9.0 KERANGKA KEBERHASILAN
92 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
10.0 ANALISIS KAJIAN
Bahagian ini akan membincangkan tentang analisa hasil kajian yang telah dilaksanakan. Analisa ini
akan terbahagi kepada 2 iaitu analisa bagi persetujuan pembangunan taman rekreasi baru Urban
Reforestation Sg. Putat dan Serapan karbon dioksida oleh pokok-pokok hutan yang ditanam.
10.1 ANALISA SOAL SELIDIK
10.1.1 Pengenalan
Pengedaran soal selidik melalui Google Form dengan menggunakan pautan https://forms.gle/
QWW6Aoo8vtTPEmtj6 telah dihantar kepada laman sesawang media massa iaitu Facebook dan
Whatsapp. Keputusan analisa adalah berdasarkan kepada 131 responden yang telah diterima.
Analisa soal selidik ini dibuat dengan menggunakan kaedah dan penjanaan daripada Google Form
tersebut dengan mengeluarkan taburan-taburan analisa berbentuk carta pie ianya juga sama
seperti penggunaan SPSS (Statistical Package for the Social Sciences).
10.1.1 Bahagian A : Demografi Responden
10.1.1.1 Jantina
Analisa terhadap jantina responden mendapati bahawa terdapat seramai 73 orang (56%) adalah
terdiri daripada perempuan manakala hanya 58 orang (44%) peratus terdiri daripada responden
lelaki.
10.1.1.2 Umur
93
Analisa mendapati majoriti umur responden adalah berada di antara 31 hingga 44 tahun iaitu seramai
57 orang (44%). Ini diikuti oleh responden berumur 21 hingga 30 tahun (41%) seramai 53 orang dan
terdapat 21 orang (15%) terdiri daripada responden berumur 41 hingga 60 tahun.
10.1.1.3 Kaum
Analisa mendapati sebanyak 76 orang (58%) responden adalah terdiri daripada kaum Melayu, kaum
India sebanyak 30 orang (23%) dan sebanyak 13 orang (10%) adalah kaum Cina. Manakala 12 orang
responden (9%) adalah lain-lain.
10.1.1.4 Status Perkahwinan
Analisa mendapati majoriti status perkahwinan responden telah berkahwin iaitu seramai 85 orang
(65%). Ini diikuti oleh respondent berstatus bujang iaitu sebanyak 43 orang (33%) dan sebanyak 23
orang (2%) berstatus lain-lain.
94 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
10.1.1.5 Jenis Pekerjaan
Analisa mendapati sebanyak 89 orang (68%) responden mempunyai pekerjaan sebagai penjawat
awam, bagi pekerja swasta sebanyak 15 orang (12%), responden yang masih belajar lagi sebanyak 22
orang (16) manakala sebanyak 5 orang (4%) merupakan individu yang tidak bekerja.
10.1.2 Bahagian B : Keberadaan Projek Urban Reforestation Sg. Putat
10.1.2.1 Jarak Kediaman Responden
Analisa mendapati kebanyakan responden yang mengunjungi Urban Reforestation Sg. Putat ini
adalah sebanyak 42 orang (32%) dengan jarak 15.1km keatas. Ia diikuti dengan 5.1km sehingga 10km
iaitu sebanyak 39 orang (30%), bagi bawah 5km sebanyak 29 orang (22%) dan 10.1km hingg 15km
sebanyak 21 orang (16%).
95
10.1.2.2 Kemudahan Rekreasi dan Riadah Di Kawasan Kediaman
Analisa mendapati kemudahan rekreasi dan riadah di kawasan kediaman responden yang paling
banyak adalah padang awam sebanyak 42% (56 orang), 23% (31 orang) menjawab kemuadahan
padang bola sepak dan 16% (21 orang) bagi kemudahan kawasan tasik dan trek jogging. Manakala
4% (23 orang) menyatakan hanya kawasan permainan kanak-kanak sahaja kemudahan yang
disediakan di kawasan kediaman responden.
10.1.2.3 Mengetahui Kewujudan Pembangunan
Analisa makluman responden terhadap kewujudan pembangunan Projek Urban Reforestation Sungai
Putat mendapati bahawa 57% menjawab ya iaitu seramai 75 orang manakala hanya 56 orang (43%)
masih belum mengetahui pembangunan ini.
Responde96 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
nts
10.1.2.4 Persetujuan Pembangunan
Analisa mendapati seramai 127 (97%) orang bersetuju terhadap pembangunan rekreasi baru iaitu
Urban Reforestation ini dan manakala seramai 4 orang (3%) tidak bersetuju dengan pembangunan
ini.
10.1.2.5 Cara Efektif Untuk Mengurangkan Kadar Pelepasan Karbon
Analisa mendapati sebanyak 97 orang (74%) bersetuju dan mengetahui bahawa menanam pokok
merupakan kaedah efektif bagi mengurangkan kadar perlepasan karbon di dalam bandar. Manakala
18 orang (14%) menyatakan bahawa menggunakan pengangkutan awam merupakan cara
mengurangkan pelepasan karbon, diikuti dengan penggunaan petrol tanpa plumbum sebanyak 10%
(13 orang) dan menggunakan kenderaan secara berkongsi sebanyak 2% (3 orang).
97
10.1.2.6 Kemampuan Pembangunan Mengurangkan Pelepasan Karbon
Analisa mendapati seramai 126 orang bersetuju bahawa projek Urban Reforestation Sungai Putat
mampu mengurangkan kadar pelepasan karbon di dalam bandar dan manakala seramai 4 orang
(4%) tidak bersetuju dengan kemampuan pembangunan ini mengurangkan karbon.
10.1.3 Bahagian C : Cadangan Responden
10.1.3.1 Tarikan Utama Semasa Mengunjungi Kawasan Riadah/Rekreasi
Analisa mendapati sebanyak 60 orang (46%) bercadang bahawa tarikan utama semasa pengunjungi
kawasan riadah dan rekreasi adalah alam semulajadi. Manakala 37 orang (28%) menyatakan
bahawa dengan adanya saliran air semulajadi seperti sungai, tasik dan pantai merupakan tarikan
responden ketika mengunjungi kawasan riadah dan rekreasi, diikuti dengan mempunyai kawasan
rekreasi yang selamat sebanyak 15% (20 orang) responden dan kemudahan awam yang mencukupi
sebanyak 2% (3 orang) responden.
98 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
10.1.3.2 Kaedah Meningkatkan Pengunjung
Analisa mendapati sebanyak 68 orang (52%) memberi cadangan untuk meningkatkan pengunjung
dengan mewujudkan aktiviti pada hujung minggu, 33 orang (25%) bercadang menjadikan kawasan
rekreasi sebagai stesen persinggahan bagi pengangkutan awam, 18 orang (14%) bercadang
membuat hebahan dari semasa ke semasa dan 12 orang (10%) mencadangkan menyediakan ruang
berniaga bagi meningkatkan pengunjung di Urban Reforestation Sg. Putat ini.
10.2 ANALISA SERAPAN KARBON DIOKSIDA CO²
10.2.1 Pengenalan
Pengumpulan data analisis bagi serapan karbon hanya dilakukan kepada pokok-pokok teduhan
di tapak iaitu sebanyak 178 batang pokok dan 22 jenis keseluruhannya. Pengumpulan data analisis
bagi penyerapan karbon di kawasan Urban Reforestation Sg. Putat dengan menggunakan teknik
pengiraan daripada Majlis Perbandaran Sepang.
10.2.2 Peningkatan Kadar Serapan Karbon
5 2020
4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
2019
99
Analisa mendapati kadar serapan karbon daripada tahun 2019 menyerap sebanyak 1,145,749.37gCO²
/ 1,145.75kgCO² dengan menggunakan hanya 95 batang pokok teduhan. Manakala tahun 2020
terdapat peningkatan serapan karbon dengan tambahan pokok sebanyak 83 batang pokok
teduhan yang kini berjumlah 178 batang pokok dengan kadar serapan karbon sebanyak 4,369.090.00
gCO²/4,369.09kgCO².
10.3 RUMUSAN ANALISA
Secara keseluruhannya, analisa kajian mendapati:
a. Purata sebanyak 57% mengetahui pembangunan Urban Reforestation Sg. Putat yang telah
dibangunkan di kawasan Sungai Putat.
b. Purata sebanyak 97% bersetuju terhadap pembangunan Urban Reforestation Sg. Putat yang
mwmberikan lokasi rekreasi yang baru kepada penduduk setempat.
c. Purata sebanyak 74% bersetuju bahawa menanam pokok merupakan kaedah efektif bagi
mengurangkan kadar perlepasan karbon di dalam Bandar seperti yang dilakukan di dalam
pembangunan Urban Reforestation Sg. Putat yang menanam semula pokok-pokok hutan yang
mempunyai serapan karbon yang tinggi.
d. Purata sebanyak 96% bersetuju bahawa projek Urban Reforestation Sungai Putat mampu
mengurangkan kadar pelepasan karbon di dalam bandar.
e. Purata sebanyak 46% memberi cadangan alam semulajadi yang menjadikan punca tarikan
utama pengunjung mengunjungi kawasan riadah dan rekreasi.
f. Purata sebanyak 52% mencadangakan mewujudkan aktiviti pada hujung minggu dapat
meningkatkan pengunjung di kawasan Urban Reforestation Sg. Putat.
g. Peningkatan kadar serapan karbon yang tinggi pada tahun 2020 sebanyak 4,369.090.00
gCO²/4,369.09kgCO².
11.0 PENGENALPASTIAN ISU DAN SYOR/CADANGAN PEMBAIKAN
Di antara isu dan cadangan hasil daripada Kajian Penilaian Outcome ini adalah seperti berikut:
100 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
12.0 WAYFOWARD
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya sedang merangka cadangan jangka masa panjang dan pendek
bagi pengekalan dan penyambungan Projek Urban Reforestation ini sehingga ke Pangsapuri Taman
Tasik Utama.
Rajah 10.0.1: Lokasi penyambungan projek Urban Reforestation
Antara cadangan masa pendek adalah sambungan Projek Urban Reforestation Sg. Putat dari Fasa
1 hingga ke kawasan Pangsapuri Taman Tasik 9C & 9D. Cadangan ini hanya menyediakan pejalan
kaki yang selebar 2.0meter dengan melibatkan empat (4) lot tanah yang merupakan hakmilik
persendirian.