The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka 2022 - 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rgbconnection.my, 2022-11-14 02:35:05

Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka 2022 - 2021

Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka 2022 - 2021

101

Rajah 10.0.2: Lot-lot yang terlibat dalam sambungan projek Urban Reforestation
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) telah mengadakan satu (1) mesyuarat pada 26
November 2020 bersama pemilik-pemilik tanah tersebut untuk memohon izin lalu dengan selebar
2.0meter bagi setiap lot dan semua pemilik sebulat suara memberi persetujuan mengenai cadangan
ini.
Bagi Lot 990 & 989, pemilik tanah tersebut telah mengambil inisiatif bagi membangunkan tanah
tersebut dengan cadangan pembangunan perumahan dan ianya telah mendapat kelulusan
kebenaran merancang diperingkat Majlis dengan No. Siri Kebenaran Merancang KM_050/2020
bertarikh 1 Disember 2020. Pembangunan ini telah disyaratkan untuk membangunkan zon penampan
selebar 45’ daripada sempadan lot diserahkan dan dibangunkan sebahagian sebagai laluan pejalan
kaki yang bersambungan dengan Projek Urban Reforestation.
Hasil daripada persetujuan pemilik tanah tersebut, MPHTJ telah melakukan proses kerja-kerja
pembersihan oleh Jabatan Landskap, Majlis bagi penyambungan laluan pejalan kaki tersebut.

13.0 RUMUSAN KAJIAN

Laporan Kajian Penilaian Outcome ini memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada Projek
Urban Reforestation Sg. Putat mengenai faedah dan keberkesanan serta kelemahan yang di alami
projek ini.
Ini jelas menunjukkan bahawa penilaian ini memberi penambaikan perancangan yang baik, teliti dan
holistik, khususnya terhadap kawasan hijau yang memberi impak cukup besar bagi perkembangan
minda dan sosial sama ada golongan dewasa serta kanak- kanak di dalam Negeri Melaka.
Laporan Kajian Penilaian Outcome ini juga memainkan peranan penting bagi mencapai visi dan misi
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dalam merperkasakan perbandaran berteraskan Sustainable
Development Goals 2030 dan Dasar Perbandaran Rendah Karbon selain menjadi alat penting
bagi nilaian kualiti hidup, nilai estetika, serta menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada
masyarakat.

102 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

14.0 KEJAYAAN YANG DICAPAI

Projek Urban Reforestation Sg. Putat ini memainkan peranan penting terhadap aspek sosial, ekonomi,
budaya dan alam sekitar dalam pembangunan mapan selain menjadi alat penting bagi meningkatkan
kualiti hidup, nilai estetika, serta menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat. Selain itu, projek
ini juga telah mencapai visi dan misi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dalam merperkasakan
perbandaran berteraskan Sustainable Development Goals 2030 dan Dasar Perbandaran Rendah
Karbon. Tiga (3) elemen Sustainable Development Goals yang telah dicapai melalui Projek Urban
Reforestation Sg. Putat iaitu:

Projek Urban Reforestation Sg. Putat ini mampu mengurangkan kesan frekuensi
banjir dengan penanaman pokok-pokok hutan. Projek ini juga mampu
mengurangkan kadar pelepasan karbon di kawasan bandar dan ianya mampu
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau di dalam Negeri Melaka serta secara
global.

Projek Urban Reforestation Sg. Putat ini memulihara biodiversiti dan rangkaian
ekologi dengan penjagaan zon riparian iaitu kawasan tebing-tebing sungai
dengan menanam tumbuhan hijau (rumput) sebagai kawasan pelindungan
kepada kehidupan di dalam sungai.

Projek Urban Reforestation Sg. Putat ini memberi keseimbangan mampan antara
alam sekitar dan pembangunan dengan penanaman pokok dan pemuliharaan
tanah di kawasan tersebut secara terancang.

Gambar 14.1: Mural mengenai Sustainable Development Goals (SDG) yang dicapai.

103

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya juga telah memenangi Anugerah Platinum bagi kategori Outdoor
Public Park (Eco Park), Malaysian Institute of Planner, Myplace Award 2019 dengan menggunakan
projek Urban Reforestation Sg. Putat ini sebagai projek rintis dalam menghasilkan kawasan serapan
karbon yang tinggi selain menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi baru.

104 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

15.0 LAWATAN RASMI

Lawatan Khas Dari Ketua Menteri Melaka,YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman bin Md Ali. pada 04
Julai 2020.

105

Lawatan Khas Dari Tuan Yang Terutama Negeri Melaka, Tun Dato’ Sri Utama Dr Haji Ali bin Rustam
pada 23 Oktober 2020.

106 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Lawatan Khas Dari Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,YBhg. Datuk Salhah binti Salleh pada 26
Oktober 2020

107

LAMPIRAN
16.1 BORANG SOAL SELIDIK (GOOGLE FORM)

108 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

109

110 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

16.2 GAMBAR AKTIVITI PENGUNJUNG

111

112 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

JABATAN PENGAIRAN
DAN SALIRAN
MELAKA

KERJA-KERJA MEMBINA STRUKTUR
LAPIS LINDUNG PANTAI (ROCK

REVETMENT) DAN LAIN-LAIN KERJA
YANG BERKAITAN DI KG. BALIK BATU,

TANJUNG BIDARA, DAERAH ALOR
GAJAH, MELAKA

113

1.0 TUJUAN:

Laporan Penilaian Outcome disediakan bertujuan untuk melaporkan hasil penilaian outcome
terhadap projek pengawalan hakisan yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran
Melaka melalui peruntukan negeri dibawah Peruntukan Tabung Amanah Nelayan.
Laporan ini dibuat untuk menilai keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan projek Kerja-Kerja
Membina Struktur Lapis Lindung Pantai (Rock Revetment) Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kg.
Balik Batu, Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka sama ada projek yang telah dilaksanakan
mencapai matlamat yang ditetapkan. Di samping itu juga, ia menjelaskan impak program tersebut
kepada kumpulan sasar iaitu penduduk setempat dan nelayan-nelayan yang terjejas hakisan di
kawasan tersebut. Laporan ini juga bertujuan untuk mendokumentasikan penilaian outcome projek
yang dikaji dengan terperinci.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Overview

Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) merupakan sebuah agensi yang diberi tanggungjawab untuk
menyediakan program pengawalan dan melaksanakan kerja-kerja pengawalan hakisan di persisir
pantai yang telah mengalami hakisan.

Pengawalan hakisan adalah satu kaedah yang dilaksanakan bagi melindungi kawasan pesisir pantai
agar kekal stabil bagi melindungi kepentingan awam, nelayan dan hartabenda milik kerajaan dan
penduduk setempat daripada kerosakan dan kemusnahan.

2.2 Pernyataan Masalah

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka telah menerima aduan daripada penduduk kampung
dan juga melalui keratan akhbar mengenai hakisan yang telah berlaku di sepanjang pantai di
kawasan Daerah Alor Gajah termasuk Kg Balik Batu, Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka.
Masalah hakisan di kawasan ini juga telah disiarkan di dalam saluran media massa.

Beberapa siri lawatan telah diadakan di lokasi yang terlibat untuk melihat keadaan hakisan dari
masa ke semasa. Tarikh lawatan yang telah diadakan pada 14 Ogos 2019, 3 September 2019 dan 3
Oktober 2019.

Menerusi siasatan jabatan, kerosakan tersebut disebabkan oleh hentaman ombak besar dan
angin kencang yang berlaku pada pertengahan bulan Ogos 2019. Kesan daripada itu ianya telah
menyebabkan kawasan rumah penduduk dan juga pengkalan nelayan terhakis dengan teruk
dan menyebabkan beberapa batang pokok kelapa tumbang serta membentuk cerun yang tinggi.
Keadaan itu menyebabkan rumah yang berada berhampiran pantai terjejas teruk dan juga kesukaran
nelayan untuk menurunkan bot bagi tujuan ke laut. Bagi mengurangkan hakisan menjadi lebih teruk,
pemilik rumah telah mengambil langkah sendiri dengan meletakkan guni pasir dan tayar-tayar di
isi pasir yang disusun di kawasan yang terhakis bagi mengelakkan kawasan sedia ada yang lain
terjejas.

Berdasarkan siasatan, kertas permohonan peruntukan telah dibuat melalui kerajaan negeri agar
kerja-kerja pengawalan hakisan dilaksanakan segera. Jabatan ini berpandangan, jika hakisan
tersebut tidak dibendung, keadaan tersebut akan mengancam keselamatan nyawa penduduk,
menyebabakan kemusnahan harta benda yang lebih teruk dan menjejaskan pendapatan penduduk
setempat yang bergantung sepenuhnya kepada aktiviti nelayan.

114 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

2.3 Objektif Projek

Objektif utama projek ini adalah :

i. Bagi melindungi nyawa, kediaman dan harta benda penduduk dari ancaman hakisan yang
berterusan

ii. Melindungi kepentingan nelayan dan bot-bot nelayan dari kemusnahan dan kerosakan akibat
dipukul ombak secara berterusan.

Selain itu, projek ini amat perlu dilaksanakan segera berdasarkan sebab-sebab berikut :

i. Projek ini perlu dilaksanakan segera bagi melindungi mata pencarian nelayan kerana bot-bot
nelayan tidak dapat diturunkan kerana keadaan tebing yang tinggi dan mengakibatkan nelyan
tidak turun kelaut dalam tempoh masa yang lama dan menjejaskan pendapatan mereka.

ii. Kemusnahan dan kerosakan struktur balai nelayan yang semakin teruk memberikan kesan keatas
kemudahan nelayan dan memerlukan kos yang lebih tinggi untuk dibaikpulih.

iii. Projek perlu dilaksanakan segera bagi membendung hakisan berterusan yang mungkin
menjejaskan pantai-pantai bersebelahan seterusnya akan melibatkan kos pembinaan yang
lebih besar dan menjejaskan keselesaan hidup kepada penduduk terlibat.

iv. Kawasan yang terlibat ini merupakan pantai yang berpotensi sebagai tumpuan orang ramai
dan pelancong yang sering berkunjung ketika hujung minggu dan cuti persekolahan. Keadaan
hakisan yang berterusan menyebabkan sektor pelancongan Negeri Melaka akan terjejas.

v. Pelbagai aduan telah diterima daripada penduduk, YB kawasan dan majlis penyelaras
keselamatan kampung untuk diperbincangan di peringkat negeri agar tindakan segera diambil
ke atas masalah hakisan yang berlaku.

2.4 Skop Projek

Berdasarkan keperluan di tapak, terdapat keperluan pembinaan struktur lapis lindung batu (rock
revetment) yang perlu dilaksanakan bagi melindungi tebing dan struktur rumah penduduk.

Skop kerja yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

115

2.5 Kumpulan Sasar

Bagi Kerja-Kerja Membina Struktur Lapis Lindung Pantai (Rock Revetment) Dan Lain-Lain Kerja Yang
Berkaitan Di Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka ini hanya melibatkan kawasan
penempatan penduduk dan pengkalan nelayan sepanjang 115 meter di Kampung Balik Batu sahaja.

2.6 Maklumat Projek

Projek ini telah dipohon di bawah tajuk Kerja-Kerja Membina Struktur Lapis Lindung Pantai (Rock
Revetment) Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah,
Melaka.

2.7 Maklumat Pelaksanaan Projek

Projek ini telah dilaksanakan melalui keadah perolehan secara sebutharga terbuka kepada kontraktor
yang berdaftar gred G2. Kontraktor yang berjaya adalah Nufa Mega Enterprise dengan kos sebanyak
RM 396,660.60. Tarikh mula perlaksanaan projek adalah pada 5 November 2019 dan tarikh siap pada
3 Disember 2019. Projek ini telah disiapkan lebih awal iaitu pada 29 November 2019.

2.8 Maklumat Kewangan Projek

Berdasarkan permohonan yang telah dipohon oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Melaka,
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM 425,000.00 (Empat Ratus Dua Puluh Lima
Ribu) pada 24 Oktober 2019 dibawah peruntukan Tabung Amanah Nelayan.

Kaedah bayaran dilaksanakan secara ”one off” setelah kerja-kerja siap dilaksanakan oleh kontraktor.

3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian penilaian outcome ini adalah untuk menilai keberhasilan pencapaian outcome bagi
Kerja-Kerja Membina Struktur Lapis Lindung Pantai (Rock Revetment) Dan Lain-Lain Kerja Yang
Berkaitan Di Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka seperti berikut :

i. Mengukur keberkesanan projek yang telah dilaksanakan kepada masyarakat setempat.
ii. Mengenalpasti isu dan pemasalahan dalam melaksanakan aktiviti membina struktur pencegahan

hakisan pantai.
iii. Memastikan keberhasilan program dan aktiviti yang telah dilaksanakan.

4.0 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas kawasan projek yang telah dilaksanakan di Kampung Balik Batu, Tanjung
Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka. Kajian ini meliputi juga pengkalan nelayan dan kawasan sekitar
pantai di kawasan tersebut yang terlibat secara langsung di dalam projek ini bagi menilai pencapaian
output dan outcome projek.

5.0 Metodologi Kajian

• Data Primer/Sekunder
• Pecahan Responden
• Lokasi Kajian

116 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Rekabentuk kajian

Pengumpulan data

Untuk kajian penilaian outcome ini, data yang digunapakai adalah merupakan maklumat yang
dikumpul dari tahun 2019 hingga tahun 2022. Sumber-sumber data yang diperolehi adalah daripada
rekod jabatan dan maklumat dari media massa dan keratan akbar. Kajian kepuasan pelanggan juga
dilaksanakan setelah projek disiapkan untuk menilai pencapaian outcome.

Penganalisaan data

Analisa data adalah menggunakan kaedah statistik biasa seperti kaedah peratusan dan kumulatif
yang dipersembahkan dalam bentuk graf dan carta yang bersesuaian dan disokong dengan
gambar-gambar untuk mengukuhkan lagi penyampaian maklumat yang diberikan.

Berdasarkan datar primer, jabatan ini merujuk kepada data aduan yang telah direkodkan oleh Unit
Korporat JPS Melaka berkaitan hakisan di Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah, Melaka. Sebanyak
10 aduan yang telah direkodkan sepanjang tahun 2019. Aduan ini melibatkan aduan bertulis dan
aduan secara bersurat.

Jabatan juga menggunakan sumber sekunder sebagai kaedah menentukan metadologi kajian.
Sumber sekunder yang diperolehi adalah daripada kajian soal selidik tahap kepuasan pelanggan
terhadap projek tersebut. Data yang diperolehi adalah seperti berikut :

» Analisa data umur responden
» Analisa data pekerjaan responden
» Analisa daripada soalan-soalan didalam kajian kepuasan pelanggan

Hasil kajian selepas membuat analisa data ini mendapati penduduk di kawasan tersebut amat
bersetuju dengan projek yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Melaka.

Data sekunder juga diperolehi daripada kerataan akhbar yang disiarkan di dalam media massa
sama sebelum dan selepas perlaksanaan projek.

6.0 Pasukan Kajian

Jawatankuasa Kerja atau Pasukan Kajian adalah diketuai oleh Pengarah Jabatan Pengairan Dan
Saliran Melaka sebagai penaung, Timbalan Pengarah sebagai ketua pasukan dan lain-lain unit yang
membantu dalam kajian ini.

Pasukan Projek JPS Melaka seperti yang dipaparkan dalam Gambarajah 1.

117

Gambarajah 1: Jawatankuasa Kerja Kajian Penilaian Outcome bagi Kerja-Kerja Membina Struktur
Lapis Lindung Pantai (Rock Revetment) Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kg. Balik Batu, Tanjung

Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka
Projek ini juga melibatkan kerjasama dari jabatan Kewangan Negeri yang meluluskan peruntukan
kewangan. Peromohonan kertas kerja dimajukan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka
(UPEN) untuk diangkat kepada jawatankuasa kelulusan. Pejabat Pemantauan dan Perlaksanaan
Negeri Melaka (MIMO) sebagai jabatan yang memantau dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah
jabatan yang dirujuk untuk semakan status dan pemilikan tanah kawasan yang terlibat.

7.0 Carta Perbatuan Kajian

Untuk melengkapkan kajian ini, perancangan semasa kajian perlu disusun seperti di dalam carta
perbatuan di gambarajah 2.

Gambarajah 2: Carta perbatuan pasukan kajian

118 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

8.0 Kerangka Strategik Penilaian Outcome

Kerangka Strategik Penilaian Outcome merupakan asas dan panduan kepada pelaksanaan
projek ini. Kerangka ini memperincikan konsepnya yang mengandungi dua (2) objektif utama.
Kerangka ini memperjelaskan empat (4) aktiviti utama yang terlibat di dalam pelaksanaan projek
ini iaitu pembinaan struktur lapis lindung batu (rock revetment) sepanjang 115 meter, menambak
dan meratakan pasir di atas struktur “site table” sepanjang 115 meter, membekal dan memasang
pembentung 450mm diameter sepanjang 4.5 meter dan kerja-kerja membina dan menyiapakn
sump. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, disasarkan output, outcome dan impak ke arah mencapai
matlamat projek.

Gambarajah 3: Kerangka Strategik

9.0 Kerangka Keberhasilan

Kerangka keberhasilan merupakan asas dan panduan terhadap perubahan yang ingin dicapai
selepas pelaksanaan projek dalam skala yang lebih luas ke arah menjayakan visi/misi/dasar.
Gambarajah 4 di bawah merupakan kerangka keberhasilan penilaian outcome Kerja-Kerja Membina
Struktur Lapis Lindung Pantai (Rock Revetment) Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Kg. Balik Batu,
Tanjung Bidara, Daerah Alor Gajah, Melaka.

Gambarajah 4: Kerangka keberhasilan

119

10.0 Analisis Data

10.1 Analisis Data Output

Analisa data adalah berdasarkan struktur yang dibina di kawasan yang terlibat hakisan. Bagi analisa
data output sasaran dan output sebenar adalah sama dan telah dicapai iaitu kerja-kerja pembinaan
struktur lapis lindung batu (rock revetment) sepanjang 115 meter, menambak dan meratakan pasir
di atas struktur ”site table” sepanjang 115 meter, membekal dan memasang pembentung 450mm
diameter sepanjang 4.5 meter dan membina satu unit sump telah dapat disiapkan.

10.2 Analisis Data Outcome

Pencapaian outcome sebenar melibatkan empat (4) indikator iaitu dapat memberikan struktur
tebing yang lebih stabil sepanjang 115 meter dan kawasan pantai sekitarnya. Projek ini berjaya
mengurangkan kadar aduan hakisan kawasan tersebut daripada 10 aduan kepda sifar aduan.
Kadar kerosakan pengkalan dan peralatan nelayan dapat dikurangkan daripada RM 2,500.00 sebulan
semasa hakisan berlaku kepada RM 200.00 sebulan.
Kadar kerugian akibat tidak dapat turun kelaut dapat diatasi dan pendapatan nelayan juga
bertambah kepada RM 3,000.00 sebulan.

10.3 Impak

Berdasarkan projek yang telah dilaksanakan impak yang diperolehi adalah keselamatan nyawa
dan keselamatan penduduk dapat dilindungi. Kepentingan dan harta benda nelayan terpelihara
seterusnya dapat menjada ekonomi nelayan.

Kawasan pantai lebih stabil dan secara tidak langsung meningkatkan aktiviti pelancongan di
kawasan tersebut.

11.0 Isu dan Masalah, Syor dan Cadangan Penambahbaikan

Terdapat dua (2) isu yang dikenalpasti iaitu ombak besar beserta angin kencang dan isu kedua
kenaikan aras air laut. Bagi isu ombak besar beserta angin kencang, cadangan penambahbaikan
yang perlu adalah menyelenggara struktur yang telah dibina sekurang-kurangnya lima tahun sekali
agar struktur yang dibina dapat bertahan lebih lama seterusnya melindungi kawasan tersebut.

Bagi isu kedua kenaikan aras air laut boleh menyebabakan struktur yang dibina mengalamai
kerosakan dan menggagalkan fungsinya. Cadangan penambahbaikan yang perlu diambil bagi
mengatasi isu ini adalah dengan memohon peruntukan tambahan bagi meninggikan aras struktur
yang di bina melebihi aras air pasang tertinggi. Cadangan pembinaan ”offshore breakwater” adalah
diperlukan di masa akan datang bagi menangani isu kenaikan aras air laut ini. Penjelasan seperti di
gambarajah 8.

120 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 5 : Isu, status semasa, risiko dan cadangan penyelesaian

12.0 Way forward

Daripada hasil kajian yang telah dibuat, Jabatan ini mencadangkan Kajian Hakisan Pantai Di Negeri
Melaka dilaksanakan secara menyeluruh bagi mengkaji kawasan yang terjejas hakisan dan tindakan
pencegahan yang dicadangkan bagi membendung hakisan terutama di kawasan penempatan
penduduk.
Jawatankuasa Pemantauan Hakisan Pantai Negeri Melaka telah ditubuhkan pada 26 November 2020
bagi membincangkan dengan lebih terperinci kawasan yang terjejas hakisan dan dan tindakan
segera pengawalan yang akan dilaksanakan.
Kajian Semula Pelan Pengurusan Pesisiran Pantai Bersepadu (“Integrated Shoreline Management
Plan” -ISMP) Negeri Melaka juga telah diluluskan di bawah peruntukan RMK-12. ISMP merupakan satu
tindakan jangka panjang bukan struktur bagi menangani masalah hakisan pantai. ISMP bertujuan
membantu mengawal hakisan pantai secara lestari dan mengawal risiko banjir pantai, menambah
nilai dan memperbaiki kualiti pantai-pantai pelancongan, memelihara persekitaran pantai, nilai
sejarah dan arkeologi. Selain itu juga, ISMP menyediakan asas dan strategi serta garis panduan
sebagai perlindungan kepada pesisir pantai untuk memastikan pengurusan pantai yang lebih efektif,
sistematik dan lestari bagi faedah generasi masa hadapan.

13.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, projek pengawalan hakisan di Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara, Daerah Alor
Gajah ini dilihat berjaya dalam mencapai objektif yang disasarkan.
Hakisan kawasan tersebut telah berjaya dikawal dan keadaan pantai lebih lebar dan stabil
untuk kegunaan penduduk setempat dan aktiviti pelancongan. Kepentingan nelayan pantai dan
kemudahan nelayan dapat dilindungi.

121

14.0 Lampiran

122 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

123

124 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

125

BADAN KAWAL SELIA
AIR MELAKA

KERJA-KERJA MENDALAMKAN
BUNDED STORAGE I & II, DURIAN
TUNGGAL SERTA KERJA-KERJA YANG
BERKAITAN DI DAERAH MELAKA

TENGAH,MELAKA

126 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

1.0 TUJUAN:

Laporan Penilaian Outcome disediakan bertujuan untuk melaporkan hasil penilaian outcome
terhadap projek pembangunan Kerja-Kerja Mendalamkan Bunded Storage 1 dan 2 Durian Tunggal
Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Daerah Melaka Tengah, Melaka. Kod projek adalah P16/10000.
Laporan ini dibuat untuk menilai keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan projek kerja ini sama
ada mencapai matlamat yang ditetapkan. Di samping itu juga, ia menjelaskan impak program
tersebut kepada rakyat Negeri Melaka.

Laporan ini bertujuan untuk mendokumentasikan penilaian outcome projek yang dikaji dengan
terperinci.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Overview

Badan Kawal Selia Air (BKSA) merupakan sebuah agensi yang diberi tanggungjawab untuk menyelia
dan mengawal selia perkhidmatan air mentah termasuk menentukan standard kualiti air mentah
dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan. Selain itu salah satu fungsi utama iaitu bagi
memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang munasabah dan memastikan
kualiti air yang dibekalkan adalah selamat.

2.2 Latar Belakang Projek

Kolam takungan dibina pada tahun 1991 dan sejak pembinaan, tiada kerja mendalamkan atau
pengorekan dilakukan sehingga tahun 2018. Kapasiti kolam takungan mengikut rekabentuk asal
semasa pembinaan iaitu 850 juta liter untuk BS I dan 470 juta liter untuk BS II.

2.3 Objektif Projek

Terdapat empat objektif utama bagi Kerja-kerja Mendalamkan Bunded Storage I & II, Durian Tunggal
Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Daerah Melaka Tengah, Melaka seperti:

• Memastikan kapasiti kolam takungan mengikut rekabentuk asal semasa pembinaan iaitu 850
juta liter untuk Bunded Storage I dan 470 juta liter untuk Bunded Storage II;

• Meningkatkan kapasiti simpanan air mentah;
• Memaksimumkan operasi pengepaman air dan rumah pam Bunded Storage I & II ke Empangan

Durian Tunggal dan Loji Air Bukit Sebukor;
• .Mengurangkan limpahan air ke downstream (laut) melalui tidal gate di Kampung Gangsa.

Projek ini mampu meningkatkan kapasiti kolam tangkungan dan mengurangkan limpahan air bagi
keperluan air untuk Negeri Melaka. Selain itu, projek ini juga boleh mengelakkan banjir belaku ketika
musim hujan yang berlarutan.

2.4 Skop Projek

Skop projek yang terlibat adalah kerja-kerja pengorekan Bunded 1 dan 2 yang merangkumi sedimen
atau tumbuhan akuatik yang terdapat di dalam kolam takungan menggunakan jentera amphibious
excavator dan long arm. Jurukur juga menyediakan pelan bathymetric sebelum, semasa dan selepas
kerja-kerja pengorekan bagi mengenalpasti jumlah isipadu pengorekan.

127

2.5 Kumpulan Sasar

Projek ini melibatkan rakyat Negeri Melaka secara amnya dan merujuk kepada Syarikat Air Melaka
Berhad sacara khususnya yang merupakan pemegang lesen utama yang mengabstrak air mentah
dari Bunded 1 dan 2.

2.6 Maklumat Projek

Merujuk kepada keputusan Pelan Bathymetric sebelum pengorekan, kapasiti semasa Bunded Storage
1 dan 2 adalah 395 juta liter dimana reka bentuk asal adalah 850 juta liter. Hal ini menyebabkan
kerugian simpanan air terhadap Negeri Melaka dimana Bunded Storage 1 sepatutnya dapat
menakung air sebanyak 850 juta liter. Justeru itu, peruntukan RM 2,000,000.00 telah diluluskan oleh
Kerajaan Negeri Melaka bagi pelaksanaan projek ini.

2.7 Maklumat Pelaksanaan Projek

Projek ini dilaksanakan melalui tender berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan Jabatan.

2.8 Maklumat Kewangan Projek

Jumlah peruntukan bagi Kerja-Kerja Mendalamkan Bunded Storage I & II, Durian Tunggal Serta Kerja-
Kerja Yang Berkaitan Di Daerah Melaka Tengah, Melaka ini adalah sebanyak RM2,000,000.00 dan
dilaksanakan pada tahun 2018

2.9 Penyata Masalah

Terdapat empat penyata masalah yang dapat dikesan bagi Kerja-Kerja Mendalamkan Bunded
Storage I & II di Daerah Melaka Tengah, Melaka seperti

• Kolam takungan dibina pada tahun 1991 dan sejak pembinaan, tiada kerja mendalamkan atau
pengorekan dilakukan sehingga tahun 2018.

• Kerja-kerja pengukuran Hidrografi dan Penyediaan Pelan Bathymetry pada sebelum dan selepas
kerja pengorekan.

• Merujuk kepada keputusan Pelan Bathymetry, kapasiti semasa Bunded Storage I adalah 395 juta
liter dimana reka bentuk asal adalah 850 juta liter.

• Hal ini menyebabkan kerugian simpanan air terhadap Negeri Melaka dimana Bunded Storage I
sepatutnya dapat menakung air sebanyak 850 juta liter.

3.0 KERANGKA PENILAIAN OUTCOME

Tujuan projek ini dilaksanakan bagi memastikan ketersediaan dan kecukupan sumber air di Negeri
Melaka terjamin pada masa akan datang.

1. Aktiviti
• Kerja-kerja pengorekan sedimen di dalam kolam takungan.
• Kerja-kerja pembersihan tumbuhan akuatik di dalam kolam takungan.
• Kerja-kerja pengukuran Hidrografi dan Penyediaan Pelan Bathymetric pada sebelum dan selepas

kerja pengorekan.

2. Output
• Kolam takungan dibina pada tahun 1991 dan sejak pembinaan, tiada kerja mendalamkan atau

pengorekan dilakukan sehingga tahun 2018.
• Kapasiti kolam takungan mengikut rekabentuk asal semasa pembinaan iaitu 850 juta liter untuk

BS II.

128 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

3. Outcome
• Peningkatan kapasiti simpanan air mentah.
• Memaksimumkan pengoperasian pengepaman air ke Empangan Durian Tunggal dan Loji Bukit

Sebukor
• Pengurangan atau tiada insiden limpahan air ke downstream atau banjir yang akan dilaporkan.

4. Impak
• Memanfaatkan sumber air dari Sungai Melaka serta mengurangkan kebergantungan daripada

Sungai Muar.
• Mempercepatkan pengisian air ke Empangan Durian Tunggal.

4.0 SKOP KAJIAN

Projek kerja pengorekan ini dijalankan bagi mencapai jumlah isipadu asal kolam semsa pembinaan
untuk pencapaian output dan outcome projek yang optimum bagi kesejahteraan Negeri Melaka.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

• Data Primer/Sekunder
• Pecahan Responden
• Lokasi Kajian

Rekabentuk kajian

Pengumpulan data

Pengumpulan data Kajian ini dijalankan berdasarkan pemerhatian graf paras Empangan Durian
Tunggal. Jika paras air di Empangan Durian Tunggal meningkat, Bunded Storage 1 dan 2 juga akan
meningkat. Hal ini kerana, Empangan Durian Tunggal adalah berkadar terus dengan Bunded Storage
1 dan 2.

Purata hujan tahunan di Negeri Melaka adalah sekitar 1,880 mm. Analisa rekod purata hujan tahunan
dari tahun 1954 menjelaskan Negeri Melaka berhadapan dengan musim kemarau pada setiap tujuh
atau lapan tahun dengan jumlah purata hujan sekitar 1500 mm.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini musim kemarau kerap muncul seperti yang berlaku
pada tahun 2005, 2011, 2013 dan 2019.

Pada tahun 2019, jumlah purata hujan hanya 1,387 mm yang mana ianya lebih rendah 25% dari
purata hujan tahunan menjadikan 2019 adalah keadaan kemarau paling teruk pernah direkodkan
dalam tempoh 66 tahun.

6.0 PASUKAN KAJIAN

Jawatankuasa Kerja atau Pasukan Kajian adalah diketuai oleh Pengarah Jabatan Badan Kawal
Selia Air Negeri Melaka sebagai penaung, kepakaran bahagian dan pasukan kajian seperti yang
dipaparkan dalam Gambarajah 1.

129

PENGERUSI
PENGARAH SUMBERAIR

PENYELARAS
TIMBALAN PENGARAH
(TEKNIKAL)

SETIAUSAHA
PENOLONG JURUTERA I

JAWATANKUASA JAWATANKUASA JAWATANKUASA KUALITI JAWATANKUASA
PELAKSANAAN PEMANTAUAN DAN OUTPUT DOKUMENTASI

PENOLONG JURUTERA PENOLONG JURUTERA II PENOLONG PEGAWAI TANAH PEMBANTU TADBIR (P/O)
KANAN

Gambarajah 1: Jawatankuasa Kerja Kajian Penilaian Outcome Kerja-Kerja Mendalamkan Bunded
Storage 1 Dan 2 serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Di Daerah Melaka Tengah, Melaka

7.0 CARTA PERBATUAN KAJIAN

Untuk melengkapkan kajian ini, perancangan semasa kajian perlu disusun seperti di dalam carta
perbatuan di gambarajah 2.

130 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 2: Carta perbatuan pasukan kajian

8.0 KERANGKA STRATEGIK PENILAIAN OUTCOME

Kerangka Strategik Penilaian Outcome merupakan asas dan panduan kepada pelaksanaan projek
ini. Kerangka ini memperincikan konsepnya yang mengandungi satu (1) objektif utama. Kerangka
ini memperjelaskan tiga (3) aktiviti utama yang terlibat di dalam pelaksanaan projek ini iaitu kerja-
kerja pengorakan sedimen di dalam kolam takungan, kerja-kerja pembersihan tumbuhan akuatik
di dalam kolam takungan dan kerja-kerja pengukuran Hidrografi dan penyediaan pelan Bathymetic
pada sebelum dan selepas kerja pengorekan. Daripada aktiviti-aktiviti tersebut, disasarkan output,
outcome dan impak ke arah seperti dipaparkan di dalam gambarajah 3.

131

Gambarajah 3: Kerangka Strategik

9.0 KERANGKA KEBERHASILAN

Kerangka keberhasilan merupakan asas dan panduan terhadap perubahan yang ingin dicapai
selepas pelaksanaan projek dalam skala yang lebih luas ke arah menjayakan visi/misi/dasar.
Gambarajah 4 di bawah merupakan kerangka keberhasilan penilaian outcome Projek Kerja-Kerja
Mendalamkan Bunded Storage 1 Dan 2 Serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan.

Gambarajah 4: Kerangka Kerja-Kerja Mendalamkan Bunded Storage 1 dan 2 Durian Tunggal Serta
Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Daerah Melaka Tengah,Melaka.

132 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

10.0 ANALISIS DATA
10.1 Analisis Data Output

Analisa data adalah berdasarkan perbezaan kos sehari bagi pengepaman Sungai Melaka (Bunded
Storage) dan Sungai Muar (Rumah Pam Gerisek). Jabatan mendapati penjimatan yang di peroleh
daripada projek ini adalah sebanyak RM12,000.00 sehari sekiranya sumber air daripada Negeri Melaka
dimanfaatkan sepenuhnya.

Gambarajah 5: Perbezaan Kos Pengepaman Sehari bagi Sungai Melaka dan Sungai Muar

10.2 Analisis Data Outcome

Analisis untuk mendapatkan pencapaian outcome sebenar melibatkan satu indikator iaitu Graf Paras
Empangan Durian Tunggal kerana kapasiti Bunded Storage 1 dan 2 meningkat jika paras Empangan
Durian Tunggal meningkat. Analisis mendapati pencapaian outcome sebenar telah melebihi
daripada sasaran seperti di Gambarajah 6.

133

Gambarajah 6 dan Gambarajah 7 : Kerangka kebergantungan Bunded Storage dan Empangan
Durian Tunggal

10.3 Impak

Terdapat dua impak yang dapat dihasilkan dari perolehan ini yang pertamanya meningkatkan
sumber air mentah di Negeri Melaka dan dapat menjimatkan kos Pengempaman air mentah
daripada Sungai Muar ke Sungai Melaka . Ringkasan seperti di Gambarajah 7.

Gambarajah 8 : Semasa kerja pengorekan di jalankan di Bunded Storage 1

134 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021
Gambarajah 9 : Semasa kerja pengorekan di jalankan di Bunded Storage 2
Gambarajah 10 : Selepas siap projek di jalankan di Bunded Storage 1 dan 2

135

Gambarajah 11 : Gambar menunjukkan Emergency Spillway Bunded Storage 1 dan 2 selepas siap
projek.

11.0 SYOR DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Terdapat satu cadangan penambahbaikan yang telah diambil bagi mengatasi isu banjir dan
penjimatan kos bagi pengempaman air untuk sumber air mentah iaitu projek ini disyorkan supaya
dapat diteruskan pada masa akan datang secara berkala dan kerap dengan peruntukan yang lebih
tinggi bagi memastikan ketersediaan dan kecukupan sumber air di Negeri Melaka.

12.0 WAY FORWARD

Daripada hasil kajian yang telah dibuat, Jabatan bercadang untuk meneruskan Projek Mendalamkan
Bunded Storage 1 dan 2 serta Kerja-Kerja yang berkaitan di daerah Melaka Tengah, Melaka ini di
mana projek ini dapat memberikan manfaat kepada Negeri Melaka.

13.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, projek ini telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan dan wajar
diteruskan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, langkah-langkah penambahbaikan
terhadap isu dan cabaran yang telah dikenalpasti perlu dilaksanakan bagi memastikan projek ini
mencapai sasaran yang lebih baik lagi di masa hadapan.

136 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

JABATAN
PERANCANGAN
BANDAR DAN DESA
NEGERI MELAKA

Melaka Geographic Infomation
System (MeLGIS)

137

1.0 TUJUAN KAJIAN

Laporan Penilaian Outcome disediakan bertujuan untuk melaporkan hasil penilaian outcome
terhadap projek pembangunan Melaka Geographic Infomation System (MeLGIS) yang telah
dibangunkan oleh PLANMalaysi@Melaka (Jabatan Peracangan bandar dan Desa Negeri Melaka)
pada tahun 2020 menggunakan peruntukan P16 Kerajaan Negeri Melaka ke arah perkongsian data
dan maklumat geospatial yang lebih efektif, cekap dan cepat bagi menyokong dan memudah cara
proses membuat keputusan dan perancangan oleh semua pihak berkepentingan.
Kajian penilaian outcome ini dilaksanakan adalah untuk :

1. Mengenalpasti isu-isu yang dihadapi dan kaedah penyelesaian isu tersebut .
2. Mengukur pencapaian program pembangunan MeLGIS.
3. Mengukur keberkesanan program.

Laporan ini bertujuan untuk mendokumentasikan penilaian outcome projek yang dikaji dengan
terperinci

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Overview

2.1.1 Hasrat Pusat infrastruktur Data Geospatial Negara (MyGDI)

Selaras dengan hasrat Negara untuk memperkembangkan GIS, kerajaan melalui Pusat Infrastruktur
Data Geospatial Negara (MyGDI), telah merangka satu program nasional bagi membangunkan
infrastruktur perkongsian data geospatial antara agensi-agensi pembekal dan pengguna data
geospatial. Menerusi infrastruktur ini, satu perkongsian maklumat dan kerjasama antara agensi
diwujudkan bagi menggalakkan pembangunan produk-produk geospatial dengan lebih kos efektif,
cekap dan cepat. Pusat Geospatial Negara (PGN) merupakan  penyelaras bagi program MyGDI,
telah membangunkan pelbagai platform perkongsian maklumat geospatial  bagi menyokong dan
memudah cara proses membuat keputusan dan perancangan oleh pihak pengurusan mengikut
sektor berkaitan. 

PLANMalaysia@Melaka merupakan salah satu agensi yang mengambil peluang atas usaha Kerajaan
Malaysia ini untuk mengembangkan penggunaan GIS di Negeri Melaka. Pembangunan pengkalan
data pembangunan dan perancangan dimulakan pada tahun 2006 sehingga kini sehinggalah
pada tahun 2009, Jabatan merangka untuk membangunkan GIS Web base yang boleh dilihat dan
digunakan oleh semua orang .

2.1.2 Hasrat Kerajaan Negeri Melaka

Melalui Program Smart City 2035 Kerajaan Negeri Melaka, PLANMalaysia@Melaka melalui MeLGIS telah
terpilih sebagai salah satu Jabatan yang diberi kepercayaan untuk menerajui Kluster 4 di bawah
Kumpulan Strategi 3 bagi membantu Pihak Berkuasa Negeri mencapai matlamat dan sasaran Smart
City 2035.

138 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 1 : Cadangan Pelaksanaan Program Pembangunan MeLGIS Bagi
Program Smart City Negeri Melaka 2035

2.1.3 Keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172)

Inisiatif PLANMalaysia@Melaka ini juga selaras dengan keperluan Pindaan Akta 172 yang turut
melibatkan perkara yang berkaitan data geospatial bagi memperkukuhkan fungsi data geospatial
dalam aspek perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.

Gambarajah 2 : Perkara Yang Melibatkan Geospatial di Dalam Akta 172

139

2.1.4 Pembangunan Geospatial PLANMalaysia@Melaka

Aplikasi Geoportal Perancangan JPBD Negeri Melaka telah dibangunkan pada tahun 2010 bertujuan
bagi meningkatkan sistem penyampaian maklumat perancangan dan pengawalan guna tanah di
Negeri Melaka secara elektronik di Jabatan. Aplikasi Geoportal Negeri Melaka kemudiannya telah
mengalami pembaharuan dan dinaiktaraf dari tahun ke tahun dan penjenamaan semula sebagi
MeLGIS. Pada tahun 2020, Jabatan telah mendapat peruntukan untuk pembangunan menaiktaraf
Aplikasi Geoportal Perancangan dan hasilnya Sistem Aplikasi MeLGIS (Melaka Geographic Information
System) telah dibangunkan.
Bermula 2010 sehingga 2020, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah peruntukan berperingkat
mengikut tahun untuk pembangunan Aplikasi Geoportal Negeri Melaka dan juga Aplikasi MeLGIS
ini dalam memberikan perkhidmatan penyampaian maklumat dan perkongsian data yang cekap
kepada Kerajaan Negeri dan juga masyarakat.

Gambarajah 3 : Peruntukan Berperingkat Mengikut Tahun

2.2 Pernyataan Masalah

Sebelum tahun 2020, Aplikasi MeLGIS ini dibangunkan menggunakan perisian open source Mapguide
Maestro kerana kekangan peruntukan pada masa itu dan disebabkan itu juga terdapat features
pada perisian tidak dapat digunakan sepenuhnya. Perisian open source mapguide maestro adalah
perisian tidak berlesen dan mempunyai features yang terhad.
Terdapat banyak fusion error pada penggunaan perisian open source Mapguide Maestro pada
waktu ini. Aplikasi MeLGIS juga tidak dapat diakses melalui peranti mudah alih yang menyukarkan
kerja-kerja pengemaskinian dan verifikasi gunatanah.
Isu dah masalah lain yang turut dikenalpasti adalah katalaluan tidak aktif/sepadan, google satelite
tidak sepadan dengan sempadan Negeri Melaka, panel attribute 1 layer data, paparan dalam bentuk
rendering (“loading time”) dan tiada kemudahan map service untuk sharing data.

140 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 4 : Isu dan Masalah

2.3 Objektif Projek

Matlamat pembangunan migrasi MeLGIS ini adalah untuk meningkatkan keupayaan MeLGIS ke
arah seamless dalam pengemaskinian data secara online dengan efisien dan sistematik serta user
friendly.
Objektif pembagunan aplikasi MeLGIS ini adalah seperti berikut :

2.4 Skop Projek

Skop projek pembangunan migrasi MeLGIS ini adalah melibatkan cadangan pelaksanaan projek
FASA 2 berdasarkan kepada cadangan pelaksanaan di dalam Program Smart City Negeri Melaka
2035 seperti berikut :

141

Gambarajah 5 : Pelaksanaan MelGIS dalam Smart City Negeri Melaka 2035

2.5 Kumpulan Sasar

Aplikasi MeLGIS ini merupakan alat (tool) untuk membantu golongan sasaran termasuklah semua
pihak berkepentingan terutamanya Pihak Kerajaan Negeri dalam membuat keputusan (decision
making).

Gambarajah 6 : Kumpulan Sasar

142 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

2.6 Maklumat Projek

Melaka Geographic Infomation System (MeLGIS) yang telah dibangunkan oleh PLANMalaysi@Melaka
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka) pada tahun 2020 menggunakan peruntukan
P16 Kerajaan Negeri Melaka .

2.7 Maklumat Pelaksanaan Projek
2.7.1 Kaedah Perolehan

Kaedah Perolehan bagi Pembangunan Migrasi Aplikasi Melgis Jabatan Perancangan Bandar Dan
Desa Negeri Melaka Daripada Open Source Kepada Berlesen Menggunakan Perisian Mapxtreme
adalah melalui kaedah perolehan sebutharga.

Gambarajah 7 : Pelaksanaan Perolehan Secara Sebutharga

143

2.7.2 Tempoh Pelaksanaan

Tempoh cadangan bagi perlaksanaan untuk kerja-kerja pembangunan migrasi MeLGIS Melaka dan
pengemaskinian data ini akan mengambil masa selama SEMBILAN (9) bulan. Jadual berikut adalah
merupakan Program Kerja bagi cadangan tersebut sebagaimana berikut :

2.7.3 Pemantauan Pelaksanaan Projek

Pemantauan pelaksanaan projek dilaksanakan melaui 7 mesyuarat pemantauan yang telah
dijalankan untuk memastikan projek ini mencapai skop kerja dan tempoh masa yang telah ditetapkan.

Gambarajah 9
: Pelaksanaan
Pemantauan Projek

3 Mesyuarat iaitu URS, UAT dan FAT merupakan mesyuarat utama yang menentukan kelulusan
sesuatu peringkat pelaksanaan projek ini dan seterusnya memberi kelulusan kepada pihak vendor
untuk meneruskan peringkat kerja yang seterusnya.

144 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

2.8 Maklumat Kewangan Projek
2.8.1 Sumber Kewangan

Melaka Geographic Infomation System (MeLGIS) yang
telah dibangunkan oleh PLANMalaysi@Melaka (Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka) pada
tahun 2020 menggunakan peruntukan P16 Kerajaan
Negeri Melaka dengan nilai RM 230,000.00

2.8.2 Perlantikan Perunding

Mesyuarat Sebutharga dan Rundingan Harga (UPEN) Bil. 10/2020 Pada 5 Mei 2020 telah bersetuju :

145

2.8.3 Prestasi Pembayaran dan Pelaksanaan

Dari aspek prestasi jadual pelaksanan dan jadual pembayaran, Jabatan telah mematuhi arahan
dan peratuaran yang telah ditetapkan.

Gambarajah 10 : Prestasi Pembayaran

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian penilaian outcome ini adalah untuk menilai keberhasilan pencapaian outcome bagi
Projek Pengganda Tenusu Negeri Melaka seperti berikut:
1. Mengukur pencapaian objektif dan matlamat menepati sasaran
2. Mengenalpasti isu dan langkah-langkah pelaksanaan yang perlu diambil

4.0 SKOP KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas semua pengguna dalaman MeLGIS terutamanya yang terlibat secara
langsung di dalam proses ulasan Kebenaran Merancang dan Charting bagi menilai pencapaian
output dan outcome projek. selain itu, kajian ini juga akan melihat sejauh mana keberkesanan projek
ini kepada agensi luaran.

5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Data Primer/Sekunder

SUMBER DATA : Primer
Soal selidik untuk melihat keperluan terhadap menaiktaraf MelGIS sediada dikalangan kakitangan
Jabatan pada telah dibuat pada tahun tahun 2021.

146 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

Gambarajah 11 : Hasil Soal Selidk Keperluan MeLGIS

5.2 Pecahan Responden

• Bahagian Kewangan Jabatan
• Bahagian Teknikal Jabatan

5.3 Lokasi Kajian

• PLANMalaysia@Melaka
• Negeri Melaka

6.0 PASUKAN KAJIAN

Jawatankuasa Kerja atau Pasukan Kajian adalah diketuai oleh Pengarah PLANMalaysia@Melaka
sebagai penaung.

Gambarajah 12 : Pasukan Kajian

147

7.0 CARTA PERBATUAN KAJIAN

Untuk melengkapkan kajian ini, perancangan semasa kajian perlu disusun seperti di dalam carta
perbatuan di gambarajah 2.

Gambarajah 13 : Pelaksanaan Perolehan Secara Sebutharga

8.0 KERANGKA STRATEGIK PENILAIAN

Kerangka Strategik Penilaian Outcome merupakan asas dan panduan kepada pelaksanaan projek
ini. Kerangka ini memperincikan konsepnya yang mengandungi empat (4) objektif utama.

Gambarajah 14 : Kerangka Strategik Penilaian

148 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

9.0 KERANGKA KEBERHASILAN

Kerangka keberhasilan merupakan asas dan panduan terhadap perubahan yang ingin dicapai
selepas pelaksanaan projek dalam skala yang lebih luas ke arah menjayakan visi / misi / dasar
yang telah dirangka.

Gambarajah 15 : Kerangka Keberhasilan

10.0 ANALISIS DATA
10.1 Analisis Data Output

Berdasarkan kepada KPI yang telah disasarkan di dalam Kerangka Strategik, Jabatan telah berjaya
membangunkan satu (1) Sistem Aplikasi Web Base Maklumat Perancangan Gunatanah.

149

10.1.1 Paparan MeLGIS

Secara keselurunannya,
paparan MeLGIS adalah
user friendly dan mudah utk
pengguna membat carian.

10.1.2 Perkongsian Data

Pelbagai set data dapat dikongsi (katalog data) bagi kegunaan pihak yang berkepentingan
terutamanya Pihak Berkuasa Negeri.

150 Laporan Kajian Penilaian Outcome Negeri Melaka Tahun 2020-2021

10.1.3 Carian dan Paparan Peta

Data yang diperlukan akan dipaparkan dalam paparan peta bagi memudahkan pemahaman dan
memenuhi keperluan pengguna. Fungsi carian juga diwujudkan untuk memudahkan pengguna
mendaptkan meklumat secara cepat dan tepat.

10.2 Analisis Data Outcome dan Impak

Analisis untuk mendapatkan pencapaian outcome sebenar
melibatkan tiga (3) sasaran indikator iaitu ekonomi, sosial
dan kepentingan awam.
Analisis mendapati pencapaian outcome sebenar telah
melebihi daripada sasaran yang telah ditetapkan.


Click to View FlipBook Version