The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-04256201, 2021-04-17 06:30:51

KAJIAN TINDAKAN 2017-2019

SM. T. MICHAEL, PENAMPANG
PETI SURAT 66,

89507 PENAMPANG, SBAH
TEL: 088-711541 FAX : 088-712541

KOMPILASI JURNAL KAJIAN
TINDAKAN 2017-2019

KAJIAN TINDAKAN & INOVASI
SM. T. MICHAEL, PENAMPANG

SABAH

TAHUN: 2017, 2018 & 2019

Disusun oleh:
Jennifer Asing, Judith F. Donsia,
Nestre Polinon, Harold Mark G,
Waltenoh Leong, Alesisiazah Nassly

& Chrisnicole Suter

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN .................................................................................................................................................... 2

KAJIAN TINDAKAN & INOVASI 2017............................................................................................... 4

AKTIVITI / PROJEK MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK KEPADA LUKISAN BERGAMBAR DAPAT MEMBANTU
PELAJAR MENGINGATI NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK. ................................................... 5

TEKNIK ‘IMBaKUP’ DALAM PENULISAN KARANGAN BERPANDU BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 GEMILANG, SM ST.
MICHAEL PENAMPANG........................................................................................................................................ 16

REVERSE IMAGINATION TO SOLVE THE PROBLEM OF FINDING THE ANGLE BETWEEN PLANE AND PLANE IN A
SOLID GEOMETRY. ............................................................................................................................................... 24

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA CATAN AIR MENGGUNAKAN SERBUK NESCAFE BAGI PELAJAR
TINGKATAN 3....................................................................................................................................................... 30

MENDORONG MINDA MURID UNTUK BERKOMUNIKASI DALAM AKTIVITI PDPC MENGGUNAKAN KAEDAH K-
ODAR (KUIZ- OPEN, DEFEND, ATTACK, REQUEST) ............................................................................................. 37

KAJIAN TINDAKAN & INOVASI 2018.............................................................................................45

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP SUKU KATA TERBUKA (PENULISAN JAWI) MELALUI
PERMAINAN SUKU KATA. .................................................................................................................................... 46

MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH TINGKATAN 4 GEMILANG MELALUI KAEDAH KAD MESRA FAKTA
............................................................................................................................................................................ 55

MENGATASI MASALAH KEKURANGAN JUMLAH BAHAN BACAAN YANG DIREKODKAN DALAM BUKU NILAM
MURID TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 4 MELALUI PROGRAM MPNJB PUSAT SUMBER SM ST MICHAEL
TAHUN 2017/2018 ............................................................................................................................................... 64

KAJIAN TINDAKAN & INOVASI 2019.............................................................................................78

Fillers Improve Learning, Laughter Energizes, and Retain Serenity [F.I.L.L.E.R.S] ................................................. 79

PENGGUNAAN KOSWER HTMLBUDDY DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOD ARAHAN: HTML .. 89

Keberkesanan Pengaplikasian Jigsaw Puzzle Tarsia dalam meningkatkan pemahaman Kelas 1 Ikhlas terhadap
terma Sains dalam Bab Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik. .................................................................... 101

KAEDAH “ISI TEKO”............................................................................................................................................ 110

MENGATASI MASALAH MELUKIS SEGITIGA DALAM PENYELESAIAN SOALAN KECERUNAN BAGI MATA PELAJARAN
FIZIK KERTAS 3 MURID 5 BESTARI TAHUN 2019 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENANDA 4x4.................. 124

2

USING GOOGLE SKETCHUP IN ASSISTING STUDENTS TO SKETCH OUT THE PLAN OR ELEVATION VIEW/S OF A
GIVEN SOLID GEOMETRY ................................................................................................................................... 142
ALUAN : (TEKNIK MENGENAL PASTI KEDUDUKAN NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA) ................................ 150
MENINGKATKAN JUMLAH MARKAH PEPERIKSAAN MURID 1 IKHLAS DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH U n U
(Ulang dan ulang) .............................................................................................................................................. 156
HAFAZ LANCAR SURAH ...................................................................................................................................... 161

3

KAJIAN
TINDAKAN &
INOVASI 2017

4

TAJUK:

AKTIVITI / PROJEK MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK KEPADA
LUKISAN BERGAMBAR DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGINGATI

NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK.

PROJEK ELEKTRONIK LITAR CAHAYA BERIRAMA DAN BERMOTOR

Oleh :
MAGINIS BUNTOL

ABSTRAK
Kajian ini dibuat untuk menentukan sejauh mana kemahiran murid membaca kod warna
pada perintang. Kemahiran membaca kod warna pada perintang ini perlu dikuasai oleh
setiap murid kerana ia memudahkan mereka menentukan milai rintangan bagi perintang
itu.Ini dapat memberikan aras penanda sejauh manakah minat pelajar dalam bidang
elektronik.
Tinjauan awal, didapati segelinitr pelajar kurang minat dalam pelajaran. Ini kerana
mereka tidak faham apa yang mereka sedang pelajari dan mereka masih tidak dapat
mengagak bagaimana hasil kerja mereka nanti.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik teknik untuk memupuk minat pelajar
terhadap pelajaran ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN YANG LALU
Terdapat sebahagian pelajar Ting 3 Ikhlas yang langsung tidak tahu melakar dan
mengenal simbol komponen elektronik. Dalam Peperiksaan Pertama 2017, hanya 3
orang yang lulus dalam matapelajaran ini, di mana kesemua pelajar yang lulus hanya
mendapat markah dalam lingkungan 40 – 45 markah (Gred D)

5

Saya telah cuba menganalisa punca pencapaian yang kurang memberansangkan ini
dengan berbincang dengan guru mata pelajaran yang lain dan juga menyoal
sebahagian dari pelajar itu sendiri. Saya rumuskan punca masalah ini adalah seperti
berikut:-

❖ Pelajar kurang membaca buku teks / tidak membuat ulangkaji.
❖ Pelajar tidak tahu membuat catatan terutama dalam bentuk pita minda
❖ Pelajar tidak mahir membaca kod jalur warna pada perintang dengan bantuan kad

warna.
❖ Pelajar tidak dapat mengenal simbol komponen elektronik serta fungsinya.
❖ Pelajar tidak faham kehendak soalan.
Saya memilih untuk membuat kajian ini supaya dapat mengenal pasti teknik dan cara
untuk membantu para pelajar dalam matapelajaran ini agar mereka boleh mendapat
keputusan yang lebih baik di dalam Peperiksaan PT3 mereka nanti. Saya khususkan
kajian saya dalam bab Elektronik kerana saya berpendapat bahawa kebanyakan pelajar
agak lemah dalam bab ini. Saya mendapati hampir keseluruhan pelajar kurang mahir
dalam membaca kod jalur warna pada perintang walaupun dengan bantuan Kad warna.
Mereka juga lemah dalam mengenal nama, simbol dan fungsi komponen elektronik
dalam bod litar. Penguasaan pelajar dalam bab ini bukan saja dapat membantu mereka
untuk menjawab soalan dalam peperiksaan PT3 kelak, tetapi ianya juga sebagai satu
asas kemahiran kepada mereka. Ianya boleh dijadikan sebagai satu tapak permulaan
kepada pelajar untuk memilih bidang elektronik sebagai satu kemahiran dan seterusnya
menjadi satu kerjaya kepada mereka di masa akan datang.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian saya adalah berdasarkan persoalan berikut:-

➢ Sejauh manakah minat pelajar terhadap bidang elektronik
➢ Bagaimanakah projek menterjemah lukisan skematik (simbol) kepada lukisan

bergambar dapat mempengaruhi pelajar untuk mempelajari bab ini dengan
lebih mendalam. Saya dapati projek ini agak mencabar kerana komponen

6

elektronik yang dipasang dengan betul dalam bod litar akan berkombinasi
dan menghasilkan cahaya (LED), bunyi muzik dan pergerakan motor. Saya
percaya kebanyakan pelajar akan berasa teruja untuk mendapatkan hasil
yang terbaik bagi projek mereka.
➢ Sejauh manakah faktor pengaruh luaran seperti ibu bapa, guru dan rakan
sebaya dapat menarik minat pelajar mempelajari bidang elektronik
➢ Sejauh manakah faktor persekitaran dapat menarik minat pelajar dalam
bidang elektronik
➢ Sejauh manakah kemahiran setiap pelajar membaca kod jalur warna pada
perintang dengan bantuan kad warna.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

➢ Untuk meninjau dan mengenalpasti sejauh manakah minat pelajar pelajar terhadap
bidang elektronik dalam Matapelajaran KHB

➢ Untuk mengenal pasti sejauh manakah kemahiran pelajar membaca kod jalur warna
pada perintang dengan bantuan kad warna

➢ Untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar dalam pelajaran elektronik
➢ Untuk mengenalpasti teknik yang sesuai dan berkesan untuk membantu pelajar

mendapat markah yang lebih baik dalam matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu

Objektif Khusus (Membaca kod jalur warna pada perintang dengan bantuan kad warna)

Untuk memperkenalkan kepada murid satu kaedah yang mudah untuk membaca kod
jalur warna pada perintang dalam menentukan nilai rintangannya. Untuk mengatasi
masalah murid keliru membaca kod jalur warna pada perintang terutamanya jalur yang
ketiga yang akan ditukar angka sifar. Contoh : sekiranya jalur ketiga ialah 4 makan akan
ditukar empat sifar (0000)

7

➢ Contoh Lukisan Skematik dan Lukisan Bergambar seperti yang tertara di
bawah.
Kemahiran pelajar menterjemah Lukisan Skematik kepada Lukisan
Bergambar juga merupakan satu kemahiran yang penting dalam bidang
elektronik.

8

4.0 KUMPULAN SASARAN

9

Melibatkan 19 orang murid SM St Michael, Penampang, dari Tingkatan 3 Ikhlas, kelas
yang agak lemah.
5. 0 MELAKSANAKAN TINDAKAN
Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan terhadap tingkahlaku pelajar semasa P&P dalam kelas.
Pelajar yang lemah dan kurng berminat dalam pelajaran ini dapat dikenalpasti
Pemerhatian juga dilakukan semasa pelajar melaksanakan projek menterjemah lukisan
skematik (simbol) kepada lukisan bergambar. Sikap kebanyakan pelajar yang ingin
memastikan komponen elektronik yang dipasang berkombinasi dan menghasilkan
cahaya (LED), bunyi (Muzik) dan pergerakan (motor) menunjukan bahawa minat pelajar
dalam bidang ini sedang dipupuk.
Latihan berkala
Latihan berkala dilaksanakan setiap bulan bagi menilai tahap kefahaman dan
pencapaian pelajar dalam pelajaran ini
Gambar menujukan aktiviti pelajar dalam melaksanakan tindakan ini disertakan sebagai
lampiran.

6. 0 TINDAKAN MENGATASI MASALAH
Menambahkan aktiviti dan kaedah P&P dalam bentuk amali.
Memberi lebih banyak latihan dalam bentuk soalan topikal
Menunjuk cara pelajar membuat catatan terutama dalam bentuk pita minda
Membantu atau menunju kajar pelajar cara mengenal nama, simbol dan fungsi
komponen elektronik dengan lebih efektif misalnya, menyoal pelajar secara spontan
dan mengadakan kuiz ringkas.

10

Semasa pelajar melaksanakan kerja projek, tunjuk cara melukis lukisan skematik
kepada lukisan bergambar yang bakal dipindahkan ke bod litar.
Memberi galakan kepada pelajar dengan menerangkan bahawa kemahiran yang
dipelajari dari pelajaran ini boleh membantu mereka dalam kerjaya di masa hadapan

7.0 KESIMPULAN DAN REFLEKSI
Kesimpulan dibuat berdasarkan kepada hasil pemerhatian semasa dan selepas pelajar
menghasilkan kerja projek mereka.

● Pelajar mula menaruh minat dan seronok dalam mata pelajaran KHB selepas
melihat hasil kerja projek mereka, terutama dalam bidang elektronik.

● Begitu juga dengan kerja pemasangan dan pematrian kerja elektronik pelajar
amat seronok bila hasil kerja mereka berfungsi.

● Keputusan Peperiksaan akhir tahun menunjukkan peningkatan di mana,
kesemua 19 orang telah lulus dan seramai 17 orang telah memperolehi markah
50 ke atas.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Cadangan saya untuk kajian berikutnya ialah –
- Minat dikalangan pelajar terhadap komponen Rekabentuk Teknologi dalam
Kemahiran Hidup bahagian Elektif, terutamanya dalam bahagian Menyimpan
Rekod.

9.0 RUJUKAN
- Noh Bin Lasa, & 4 yang lain (2007), Kemahiran Hidup Bersepadu, Longman Siri
Teks Referens

11

LAMPIRAN
12

13

* Catatan mengenai Perintang Tetap

➢ Membekalkan rintangan terhadap pengaliran arus elektrik
➢ Mengurangkan arus elektrik yang mengalir dalam litar elektronik
➢ Ukuran dalam ohm ( )
➢ Nilai rintangan ditentukan oleh warna
➢ Kod kod warna ditunjukkan melalui jalur-jalaur pada perintang tetap.

Untuk memudahkan pelajar mengingati kod warna perintang, formula ini boleh diguna
pakai.

Haji > 0 > Hitam

Pak > 1 > Perang

Mat > 2 > Merah

Jiran > 3 > Jingga

Kami > 4 > Kuning

Hidup > 5 > Hijau

Bertanam > 6 > Biru

Ubi > 7 > Ungu

Keledek > 8 > Kelabu

Putih > 9 > Putih

14

Dalam Projek Tingkatan 3 terdapat 6 perintang digunakan dengan pelbagai kod warna.
Pelajar perlu menterjemahkannya dengan menggunakan formula di atas.

Pengiraan = P=1 }
1K (PHM) = H=0 } 1K
= M=2 (00) }
10K (PHJ) = P=1 }
= H=0 } 10,000
47K (KUJ) = J=3 (000) }
= K=1 } 41,000
100K (PHK) = U=0 } 1,000
= J=3 (000) }
= P=1 } 100,000
= H=0 } 1,000
= K=4 (0000) } = 100 k

47R (KUH) = K=4 } 470
= U=7 } 1,000
= H=0 } = 0.47 k

1M (PH Hju) = P=1 } 1,000,000
= } 1,000
H=0
15

= Hju=5 (00000) } = 1,000 k

1,000
= 1M

TAJUK:

TEKNIK ‘IMBaKUP’ DALAM PENULISAN KARANGAN BERPANDU
BAGI PELAJAR TINGKATAN 5 GEMILANG, SM ST. MICHAEL
PENAMPANG

Oleh
NELLY GILOB

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk memudahkan pelajar mengingat dan menghurai isi-isi
penting dalam penulisan karangan berdasarkan bahan rangsangan yang terdapat
dalam kertas 1, Bahasa Melayu SPM dengan menggunakan Teknik IMBaKUP.
IMBaKUP merupakan akronim kepada Idea – Mengapa – Bagaimana – Kesan –
Ungkapan Menarik – Penegasan. Disebabkan jumlah markah yang diperuntukkan untuk
soalan ini agak banyak, iaitu sebanyak 30 markah, maka setiap pelajar seharusnya
mampu untuk mencapai sekurang-kurangnya 25 markah dan ke atas memandangkan
soalan ini juga telah diberikan cadangan isi sebagai rangsangan kepada pelajar untuk
menghasilkan satu karangan yang berkualiti serta memenuhi kriteria pemarkahan SPM.

16

Sikap pelajar yang kurang membaca merupakan antara faktor dominan yang
menyebabkan mereka tidak dapat menghuraikan isi secara kreatif, kritis dan berkesan.
Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji telah memperkenalkan teknik penulisan IMBaKUP
yang mana pelajar dapat menyusun idea dan isi supaya karangan dapat disampaikan
dengan lebih menarik dan tersusun. Isi utama dan isi sampingan juga dapat dijelaskan
dengan baik. Kajian ini juga mendapati bahawa terdapat perubahan positif dalam aspek
penulisan karangan berpandu mereka.

1.0 PENGENALAN

Dalam kertas peperiksaan sebenar Bahasa Melayu kertas 1 (1103/1), pelajar diuji
tentang kebolehan dalam memilih dan menyusun idea dengan bahasa yang jelas,
lancar, berkesan dan bersesuaian dengan tema serta tugasan yang diberikan. Fokus
kajian ini lebih tertumpu kepada soalan bahagian A, yakni karangan berpandu. Bahan
rangsangan untuk karangan berpandu ini terdiri daripada gambar, ilustrasi kartun,
gambar rajah, dialog, pelan, catatan, iklan, berita dan petikan. Masa yang
diperuntukkan untuk pelajar menjawab soalan ini ialah 45 minit sahaja.

2.0 REFLEKSI MASALAH

Pelajar Tingkatan 5 Gemilang tahun 2017 merupakan antara pelajar yang kurang
mempamerkan peningkatan markah yang memberangsangkan setiap kali peperiksaan
dijalankan. Masalah utama yang dikenal pasti ialah kelemahan dari segi penulisan
karangan yang berkualiti dan gramatis selain daripada kurangnya amalan membaca
dalam kalangan pelajar. Rentetan daripada permasalahan tersebut, maka pelajar tidak
mempunyai hala tuju dalam penulisan sekali gus mengakibatkan pelajar tidak dapat
mengembangkan isi atau idea dengan baik dan tersusun.

3.0 OBJEKTIF

17

Terdapat beberapa objektif kajian ini dibuat. Antaranya ialah,

➢ Memastikan pelajar membina ayat menggunakan teknik IMBaKUP dalam
penulisan karangan berpandu.

➢ Meningkatkan kebolehan pelajar dalam mempelbagaikan perbendaharaan
kata dan ungkapan menarik dalam penulisan karangan.

➢ Membina keyakinan diri pelajar agar dapat membina karangan yang
berpotensi dan bermutu.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar Tingkatan 5 Gemilang seramai 40 orang, iaitu 26 orang
perempuan dan 14 orang lelaki. Tempoh pelaksanaan bagi kajian tindakan ini adalah
bermula dari Ogos sehingga Oktober, 2017.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN
5.1 KAJIAN TINDAKAN
Pengkaji telah memperkenalkan kaedah IMBaKUP dalam penulisan karangan berpandu
bagi membantu menjana pemikiran kreatif dan kritis pelajar yang seterusnya akan
menghasilkan satu karangan yang baik serta menepati kriteria pemarkahan. Berikut
merupakan elemen-elemen penting yang harus ada dalam sesebuah perenggan isi
karangan berpandu.

- I – Idea (menyatakan idea)
- M – Mengapa (memberi sebab dan alasan)
- Ba – Bagaimana (memberi penerangan tentang

cara/keadaan/langkah/kejadian)
- K – Kesan (Kesan positif atau negatif daripada idea tersebut:

menjawab soalan)

18

- U – Ungkapan menarik (peribahasa/cogan kata : sesuai dengan
tugasan atau tema)

- P - Penegasan (Kesimpulan kecil idea)

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Sebelum teknik IMBaKUP ini diperkenalkan, berikut merupakan analisis pencapaian
pelajar dalam peperiksaan bilangan 3 (percubaan SPM 1), karangan kertas 1, bahagian
A (karangan berpandu).

Kategori Bilangan
Cemerlang (26 – 30 markah) 4
Kepujian (20 – 25 markah) 8
Memuaskan (15 – 19 markah) 15
Kurang memuaskan (10 – 14 markah) 13
Pencapaian minimum (01 – 09 markah) 0

Berdasarkan analisis pencapaian pelajar dalam jadual di atas, pengkaji mendapati
bahawa secara keseluruhannya, ramai pelajar yang memperoleh markah di peringkat
memuaskan (15 orang) dan kurang memuaskan (13 orang) sahaja. Oleh itu, kajian ini
dijalankan bagi meningkatkan tahap pemahaman serta kemahiran pelajar dalam
menulis karangan dan seterusnya dapat meningkatkan kuantiti pelajar yang mendapat
markah pada kategori kepujian dan cemerlang.

19

CONTOH SOALAN

o PENGAPLIKASIAN TEKNIK IMBAKUP
CONTOH JAWAPAN LENGKAP

20

5.3 REFLEKSI KAJIAN

Berikut merupakan analisis pencapaian pelajar dalam peperiksaan bilangan 4
(percubaan SPM 2) setelah teknik IMBaKUP diimplementasikan.

Kategori Bilangan
Cemerlang (26 – 30 markah) 11
Kepujian (20 – 25 markah) 12
Memuaskan (15 – 19 markah) 13
Kurang memuaskan (10 – 14 markah) 4
Pencapaian minimum (01 – 09 markah) 0

Berdasarkan kepada analisis pencapaian pelajar dalam jadual di atas, guru mendapati
bahawa terdapat banyak peningkatan yang sangat ketara daripada peperiksaan
sebelumnya kerana bilangan pelajar yang memperoleh markah memuaskan ialah 13
orang, kategori kepujian 12 orang dan kategori cemerlang seramai 11 orang pelajar.

21

PERBANDINGAN PENCAPAIAN PEPERIKSAAN 3 DAN 4
Jadual di atas menunjukkan perbandingan dalam pencapaian peperiksaan bilangan

3 dan 4 yang mana tumpuan kajian ini hanyalah pada bahagian A, iaitu
karangan berpandu.

6.0 KESIMPULAN
Teknik IMBaKUP ini amat berkesan dipraktikkan terutama sekali bagi pelajar lemah
yang mempunyai kesukaran dalam mengembangkan idea secara tersusun dan
gramatis serta bermutu. Asas dalam teknik ini juga boleh diaplikasikan dalam karangan
kertas 1 bahagian B yang memperuntukkan 100 markah. Pelajar Cuma perlu
memberikan lebih banyak elemen ‘mengapa’, ‘bagaimana’, ‘kesan’ dan ‘ungkapan
menarik’ dalam huraian supaya karangan tersebut lebih menarik, berkualiti serta
lontaran idea yang bernas. Walau bagaimanapun, pelajar dituntut untuk lebih giat
membuat bacaan buku kerana lebih banyak seseorang itu membaca buku, maka lebih
banyak ilmu pengetahuan yang diperoleh, lebih banyak idea yang boleh dicurahkan ke

22

atas kertas. Secara tidak langsung, keputusan yang lebih baik sudah pastinya dalam
tangan para pelajar.

23

TITLE :

REVERSE IMAGINATION TO SOLVE THE PROBLEM OF FINDING THE
ANGLE BETWEEN PLANE AND PLANE IN A SOLID GEOMETRY.

By:
LAI KIAN HUA

ABSTRACT
Looking for the angle between a plane and a plane is one of the question which must be
mastered by a SPM student in order to obtain a good grade in the school examination then in
the public examination (PMR). This topic is even more importance for a student who are weak in
algebra and trigonometry, therefore, Transformation is a topic which they must score to ensure
that they can pass their mathematics examination. Through literature review, there are
researches which show positive relationship between relationship between the implementation
of visualization software in mathematics classrooms and students’ mathematics performance.
An action research is planned to test the effectiveness of Live Geometry in improving students’
mathematics performance (topic of Transformation) and increase students’ motivation in
learning mathematics (topic of Transformation).

1.1 STATEMENT OF PROBLEM
Students show poor performance in answering the question of finding the angle between two
given plan in a solid geometry. The previous method which been introduce for them is slash win
method, which most of the students in the class can’t apply.

24

1.2 THE PURPOSE OF STUDY
The first examination show that students in 5 Dedikasi only able to score 58% of the marks
allocated for the question. The intention is to rise the score to at least 80%.
1.3 THE RESEARCH QUESTIONS
The following questions is proposed in this study:

Will the implementation of Reverse Imagination in teaching of the topic plane and plane
improve students’ performance in answering paper 2 question in examination?

2.0 LITERATURE REVIEW
2.1 THEORITICAL CONCEPT
Motivation
Study shows that students lack of motivation to study mathematics is related to the fear and
panic to do mathematics questions (lack of self-confident) and the teachers lack of enthusiasm
(Githua et al., 2003). According to a study which been carried out in China, students’
mathematics achievement is influence by their interest in study mathematics, and the interest of
students in studying mathematics is influenced by the activities in the classroom (Chiu et al.,
2008)
Visualization Technology
Visualization technology help students to have better understanding in mathematics by helping
them in the aspect of visualization ability, different students having different spatial ability
(Royati Abdul Saha et al., 2010). With the improvement and great evolution of visual software in
recent years, the achievement of mathematics also had improve, because the integration of the
software in the mathematics’ classroom have help the students (Yılmaz Zengin et al., 2012).

25

2.2 THEORITICAL Motivation
FRAMEWORK

Visualization
Software

mathematics
performance

2.3 CONCEPTUAL FRAMEWORK

DESCRIPTIVE MATRIX

LIVE GEOMETRY TO INTENDED OBSERVED

IMPROVE STUDENTS STUDENTS DID THE
PERFORMANCE AND PERFORMANCE PERFORMANCE
IMPROVE IMPROVE?
INCREASE
STUDENTS MOTIVATI PRE/POST TEST

’ON INTEREST IN DO THE INTEREST

LEARNING INCREASE INCREASE?

Questionnaire

26

3.0 METHOD

3.1 RESEARCH DESIGN
The implementation of GOOGLE SKETCHUP 8 (as treatment) in the teaching and learning of
the angle between plan and plan. Therefore, this research is using an experimental approach.

3.2 DATA COLLECTION TECHNIQUES
Pre-test and post-test is used to assess students’ mathematics achievement. Questionnaire is
used to assess student’s interest in learning mathematics.

3.3 INSTRUMENT
3.3.1 FIRST EXAMINATION AND SECOND EXAMINATION
In this research, the application of Live Geometry is used to teach reflection, rotation and
enlargement, so the pre-test and post-test is only made up by the questions of reflection,
rotation and enlargement. The questions is build according the level of PMR. Both test consist
of 9 structured questions, and both of the test is build based on the same JSU to ensure the
standard are the same (refer to Appendix C). The time provided for the students to answer the
questions is 30 minutes.

27

3.4 FLOW CART OF PROCESSES

INDENTIFY THE AREA OF STUDY

LITERATURE REVIEW

READY THE PRE-TEST AND
POST-TEST/ QUESTIONAIRE

FIRST EXAMINATION

IMPLEMENT LIVE GEOMETRY IN
TEACHING AND LEARNING
SECOND EXAMINATION

DATA ANALYSIS

REPORT

3.5 IMPLEMENTATION
Use GOOGLE SKETCHUP 8 to teach the topic for 4 lesson (160 minutes). Followed by some
exercise.

28

4.0 DATA ANALYSIS
4.1 First examination and Second examination.
Comparing the average score in the first examination which is 58% from the total mark which
been allocated and the average score in the second examination which is 68%, the
improvement is 10% compare with first exam. Been done through item analysis.
5.0 CONCLUSION
From the data, it show that the reverse imagination method is effective to help students to
answer the question of finding the angle between plane and plane.

6.0 BIBLIOGRAPHY
Chiu, M. M., & Xihua, Z. (2008). Family and motivation effects on mathematics achievement:

Analyses of students in 41 countries. Learning and Instruction, 18(2008), 321-336.
Githua, B. N., & Mwangi, J. G. (2003). Students’ mathematics self-concept and motivation to

learn mathematics: relationship and gender differences among Kenya’s secondary-
school students in Nairobi and Rift Valley provinces. International Journal of Educational
Development, 23(2), 487-499.
Royati Abdul Saha, Ahmad Fauzi Mohd Ayub, & Rohani Ahmad Tarmizi. (2010). The Effects of
GeoGebra on Mathematics Achievement: Enlightening Coordinate Geometry Learning.
Procedia Social and Behavioral Sciences, 8(2010), 686-693.
Yılmaz Zengin, Hasan Furkan, & Tamer Kutluc. (2012). The effect of dynamic mathematics
software geogebra on student achievement in teaching of trigonometry. Procedia Social
and Behavioral Sciences, 31(2012), 183-187.

29

TAJUK:

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEWARNA CATAN AIR
MENGGUNAKAN SERBUK NESCAFE
BAGI PELAJAR TINGKATAN 3

Oleh
1. DOROTHY OSWALD JITAMIL
2. NOOR ADILAH BT ABU HASSAN
3. JOHANNA SIBYL DISIMOND

ABSTRAK
Penyelidikan ini telah dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji dan
mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam berkaitan keberkesanan mewarna
menggunakan make-up dalam tajuk Lukisan.Oleh itu satu tinjauan telah dijalankan di
mana beberapa orang pelajar daripada tingkatan 4 Ikhlas dan 4 gemilang. Objektif
kajian adalah untuk mempastikan pelajar boleh mewarna dengan baik berdasarkan
teknik yang betul. Kedua, ia dijalankan bertujuan untuk memastikan pelajar mengenali
warna dalam roda warna . Seterusnya yang terakhir adalah untuk memberi input baru
kepada guru tentang penggunakan bahan baru sebagai bahan bantu mengajar. Kaedah
kajian dibuat adalah secara pemerhatian, temubual dan tugasan yang diberikan. Hasil
daripada kajian menunjukkan pelajar yang lemah dalam kemahiran mewarna boleh
mewarna dengan baik berdasarkan teknik yang betul.

30

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Secara amnya, pencapaian pelajar Tingkatan 3 Ikhlas dan 3 Gemilang dalam pra ujian
topik warna agak kurang memuaskan. Ini dapat dilihat daripada keputusan ujian para
mereka.
Salah satu daripada faktor keputusan yang kurang memuaskan ini disebabkan oleh
kurang mahir dalam mewarna. Ramai pelajar masih lagi lemah dan tidak tahu teknik
memcampurkan warna. Apabila dibuat tinjauan rata-rata pelajar ini tidak mahir.
Oleh itu, daripada kajian ini, sistem pembelajaran baru ini sesungguhnya bukan sahaja
dapat meningkatkan kemahiran mewarna menggunakan teknik yang betul

2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus masalah ialah pelajar Tingkatan 3 yang takut mengambil tajuk menggambar
menggunakan media basah seperti catan air, Pelajar lebih berminat dengan media
kering iaitu menggunakan warna pensil atau pastel. Oleh itu, bagi membantu pelajar
memahami dan berkeyakinan dalam menghasilkan karya catan, Kaedah mewarna
catan air menggunakan serbuk Nescafe.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektii kajian terbahagi objektif kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan objektif
khusus

3.1 Objektif Umum:
Meningkatkan peratus kelulusan pelajar dalam setiap peperiksaan terutamanya dalam
kertas 2 (menggambar dan menghasilkan karya seni yang berkualiti)

31

3.2 Objektif khusus :
- Mewujudkan suasana menyeronokkan dalam kelas.
- Membantu pelajar meningkatkan kretiviti dalam karya seni.
- Meningkatkan olahan idea dengan lebih mudah.

4.0 METODOLOGI KAJIAN
4.1 Kumpulan Sasaran :
- Kumpulan sasaran adalah pelajar tingkatan 3 ( 30 orang pelajar)
4.2 Batasan Kajian:
- Pelajar sentiasa lupa membawa bahan yang dipesan oleh guru sebelum
pengajaran dan pembelajran dijalankan.

4.3 Instrumen Kajian
Ujian Pra dan Ujian Pos:

4.4 Media yang digunakan

Antara bahan yang digunakan seperti – Serbuk nescafe, Kertas lukisan, berus, palet,
pensel.

i. Serbuk nescafe ii. Kertas lukisan

iii. Berus iv.Palet
32

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Antara langkah-langkah yang telah diambil untuk meninjau masalah berkaitan dengan
kajian tindakan ini:
i. Mengalisis secara lisan untuk mengetahui masalah pelajar

berkenaan dengan tajuk catan air.
ii. Memberi ujian pra tentang masalah dalam memahami topik

catan air dalam teknik mewarna..
iii. Memberi pendedahan tentang menghasilkan catan

menggunakan serbuk Nescafe.
iv. Memberi ujian pos untuk melihat sama ada kesan dan

perubahan pada jawapan yang diberikan oleh pelajar.

33

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH:
5.2.1 PERINGKAT 1 : Analisis lisan untuk mengetahui
masalah pelajar:
i. Tidak faham teknik dalam catan air
ii. Kurang kemahiran dalam menghasilkan ton.
iii. Kurang keyakinan dalam menghasilkan karya (catan air) menggunakan media

basah.

5.2.2 PERINGKAT 2 : Pelaksanaan ujian pra untuk menentukan tahap
penguasaan pelajar dalam topik ini.
Melalui pelaksanaan Ujian Pra, tiada seorang pun yang mendapat markah melebihi 20
markah hingga 50 markah. Keputusan ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar
menggunakan teknik mewarna yang betul amat rendah.

5.2.3 PERINGKAT 3 : Pelaksanaan teknik baru menghasilkan catan air
menggunakan serbuk Nescafe untuk mewujudkan suasana menyeronokkan.

5.2.4 PERINGKAT 4 : Pelaksanaan Pos Ujian
Melalui pelaksanaan ujian pos, didapati terdapat peningkatan tahap penguasaan pelajar
iaitu seramai 18 daripada 30 pelajar mendapat 35-50 markah. Ini menunjukkan
keputusan Ujian Pos menggunakan kaedah serbuk Nescafe dapat menyelesaikan
masalah teknik mewarna catan air.

34

5.3 Berikut merupakan langkah-langkah menggunakan kaedah ini:
i. Melakar objek yang hendak dipilih.
ii. Mencampurkan serbuk Nescafe dengan air dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu

terang, sederhana dan gelap untuk memudahkan pelajar mencampurkan warna
pada lakaran.
iii. Mewarna latar belakang objek yang dipilih menggunakan warna yang terang
iv. MengMenggunakan warna sederhana pada objek utama.
v. Seterusnya menggunakan warna gelap untuk menghasilkan
bayang-bayang dan perincian pada kawasan yang terlindung.
vi. Kemasan pada karya juga penting bagi memastikan karya yang dihasilkan berkualiti.

6.0 REFLEKSI KAJIAN
Kekuatan penggunaan teknik ini ialah :
i. Pelajar lebih mudah memahami kaedah baru daripada sebelum ini.
ii. Pelajar lebih bekeyakinan untuk memilih tajuk kertas 2 iaitu catan air.
iii. Pelajar boleh mempelajari kemahiran baru
iv. Pelajar boleh mempelbagaikan media dan tidak menjurus kepada media kering

sahaja
v. Pelajar sudah mula berminat dan seronok menghasilkan karya menggunakan catan

air
vi. Pelajar juga mendapat lebih banyak pengetahuan tentang catan berbanding

dengan sebelum ini
vii. Hasil karya pelajar juga lebih berkualiti berbanding dengan sebelum ini.

35

7.0 RUMUSAN KAJIAN
Berdasarkan data yang dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan penilaian hasil kerja,
boleh dirumuskan bahawa teknik yang diajar amat mudah difahami pelajar. Selain itu,
pelajar juga memberikan respon yang positif, dan menyatakan bahawa teknik ini amat
mudah diaplikasikan dalam tajuk catan.

8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Kajian ini diharapkan dapat digunakan oleh semua guru PSV kerana ia adalah satu
teknik yang amat mudah untuk difahami dan menarik minat pelajar terhadap topik catan
air.

9. 0 PENUTUP
Rumusan kajian mendapati bahawa penggunaan teknik ini dapat meningkatkan
kefahaman pelajar untuk memahami salah satu topik dengan mudah. Selain itu, ia juga
secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar dalam menghasilkan karya
menggunakan media basah dan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan
markah dalam kertas 2 Pendidikan Seni Visual dalam tajuk menggambar.

36

TAJUK:

MENDORONG MINDA MURID UNTUK BERKOMUNIKASI DALAM
AKTIVITI PDPC MENGGUNAKAN KAEDAH K-ODAR
(KUIZ- OPEN, DEFEND, ATTACK, REQUEST)

Oleh

1. Becks Sabut.
2. Thien Choi Ha
3. Petronella Fung
4. Wong Yiew Chin
5. Krishnan A/L Ramasamy

Abstrak
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk merangsang murid
berkomunikasi.Merangsang murid mengajukan soalan. Mewujudkan situasi yang
menjurus ke arah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Mewujudkan
peluang untuk murid memimpin dalam kelas dalam mata pelajaran Geografi Tingkatan
menengah Rendah khususnya tingkatan 1 Amanah seramai 35 orang
Pemilihan kumpulan sasaran untuk kajian saya ini dilakukan melalui pemerhatian yang
dilakukan sepanjang bulan Julai hingga September. Pemerhatian ini khusus untuk
melihat bentuk dan perkembangan aktiviti berkomunikasi dalam kelas.
Saya telah menggunakan kaedah K-ODAR dalam bentuk KUIZ iaitu menggunakan
bahan bacaan terutamanya buku teks dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini
jelas menyeronokkan dan memberikan respon yang sangat baik dari kumpulan sasaran.

37

K-ODAR ini membolehkan murid menggunakan bahan dalam buku teks untuk aktiviti
Kuiz. Tugas guru adalah hampir sepenuhnya sebagai pembimbing. Adalah diharapkan
agar kajian tindakan dapat memberi manafaat rakan-rakan yang terlibat dengan PDPC
yang memrlukan aktiviti pembacaan dan hafalan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Saya telah bertugas mengajar Geografi Tingkatan 1-5 sejak tahun 2000 di SM ST
Michael Penampang. Setiap tahun saya mula mengalami perasaan bosan dengan
kaedah yang banyak bertumpu dengan Guru. Sehiggalah Berdasarkan kepada
lapuran Nazir SKPMG2 tahun 2017 mendapati Sekolah agak lemah dalam
menggalakkan murid berkomunikasi dalam kelas. Murid pasif iaitu kurang
bertanyakan semasa berlangsung PDPC dalam kelas, aktiviti yang dapat
menggalakkan murid memimpin dalam kelas juga kurang

Beberapa orang murid dalam kelas yang pandai kurang berminat dengan teknik
PDPC yang kurang mencabar. Ini menjadikan keadaan kelas yang pasif.

Dalam pemerhatian saya, mereka sebenarnya berupaya untuk menjawab dan
bersoaljawab dikalangan mereka melalui perbualan mereka. Masalahnya ialah
mereka tidak diberikan atau kurang peluang untuk lebih kreatif dalam berkomunikasi
kerana tiada kaedah yang sesuai. Disebabkan itu saya telah menggunakan Kaedah
yang berkonsepkan Kuiz dalam menggalakan murid berkomumikasi.

2.0 FOKUS KAJIAN

Murid yang cerdik perlu diberi peluang untuk mencabar di kalangan mereka dalam
berkomunikasi.. Saya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah kurang
berkomunikasi dalam kelas yang menampakkan kebosanan di kalangan murid.
Dengan mengadakan aktiviti berbentuk Kuiz saya mengharapkan akan berlaku
penambahan aktiviti berkomunikasi di kalangan murid.

38

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif
berikut :

i. Objektif umum
· Mewujudkan aktiviti berkomunikasi yang aktif dalam PDPC di kalangan murid
ii. Objektif Khusus
· Murid dapat menyoal antara sesama sendiri setelah membaca bahan
· Murid dapat menjawab persoalan antara sesama sendiri setelah membaca

bahan
· Murid dapat membantu kawan dalam kumpulan menjawab soalan.
· Murid dilatih memimpin perjalanan kuiz dengan menjadi juru kuiz

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan kelas 1 Amanah SM St Michael Penampang

5.0 TINDAKAN YANG DIRANCANGKAN

5.1. Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat sebelum langkah-langkah
yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian. ini dibuat bertujuan untuk
memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan yang telah dilakukan
dengan mengutip data seperti berikut.

39

5.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid-murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung menggunakan cara lama dengan
penglibatan sepenuh guru dan didapati murid tiada motivasi untuk belajar dan lebih
banyak mendiamkan diri dan tidak mahu melibatkan diri. PDPC menjadi pasif.
Komunikasi didominasi oleh guru. Tiada motivasi murid untuk membaca buku teks.
Pemerhatian pra ( Tarikh laksana : 06 Sep 2017 )Rabu
PDPC dibuat dengan kaedah lama dalam kelas 1 Amanah. Pemerhatian pra
telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan beberapa aspek
berkaitan dengan proses komunikasi dan kepimpinan dalam kelas

KEPUTUSAN PEMERHATIAN PRA.

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kaedah K-ODAR (Kuiz-ODAR)
Dalam meningkatkan penguasaan berkomunikasi sewaktu PDPC, saya telah
menggunakan Kaedah K-ODAR iaitu murid murid menggunakan KUIZ yang telah saya
cipta berdasarkan Permainan yang mempunyai tahap (level)

40

Aktiviti yang dijalankan
Pelaksanaan fasa 1:-
Guru menyampaikan konsep yang penting dalam topic tertentu
Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan a dan b
Guru menerangkan syarat-syarat kuiz
Guru bertindak sebagai Juru Kuiz
Syarat Kuiz K-Odar
➢ Murid diberi masa 5 minit untuk membaca sub topic ( sub topic ini dikenali sebagai

LEVEL)
➢ Sub topic pertama( Level 1) menggunakan taktik O – Open dan D- Defend
➢ O(open) Penyerang memberi soalan berdasarkan Level dan sesiapa sahaja ahli

lawan boleh menjawab
➢ D(Defend) Penyerang memberi soalan berdasarkan Level dan sesiapa sahaj dari

pihak lawan boleh menjawab dan jika salah boleh dibantu oleh ahli lawan yang
lain dengan mendapat separuh markah
➢ Sub topic 2 ( Level 2)- Pelajar diberi 5 minit atau masa bersesuaian untuk membca,
berbincang dan memahami topik
➢ A(attack) Penyerang boleh memilih mana mana ahli lawan yang lemah untuk
menjawab dan TIDAK boleh di bantu oleh sesiapa
➢ R(Request) Penyerang boleh Memilih mana mana pihak lawan untuk memberi
soalan kepada penyerang

41

Pelaksanaan fasa 2:-
Setelah murid memahami cara kuiz dijalankan:-
1. Guru menjadi Fasilatator
2. Salah seorang murid dilantik sebagai Juru Kuiz yang mengawal kelas
3. Juru kuiz dinilai daripada segi kepimpinan mengendalikan kuiz
4. Guru boleh menyelitkan konsep yang penting semasa Kuiz berlangsung

Refleksi dari aktiviti 1
Daripada aktiviti yang dijalankan didapati murid sangat seronok membaca , menghafal,
bertanya dan menjawab soalan yang dikemukan oleh kumpulan lawan. Guru hanya
berperanan kecil seperti menyelesaikan masalah jika berlaku perselisihan pendapat.
Juru kuiz yang dipilih berganti ganti dilatih menjadi pemimpin dalam aktiviti kecil

Pemerhatian POS
Pemerhatian dan kajiselidik pos ( Tarikh laksana : 04 OCT 2017 )
Kajiselidik telah diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
Mengesan sejauh mana keberkesanan aktiviti yang dijalankan
dapat membantu murid berkomunikasi dalam PDPC

42

Keputusan ujian pos yang telah dijalankan adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 2
diatas. Keputusan menunjukkan murid mempunyai persepsi yang positif dengan
kaedah PDPC menggunakan K-ODAR.
Perbandingan

7.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI
Berdasarkan penilaian Pos dan analisis yang telah dilaksanakan , saya dapati bahawa
Program K-ODAR yang saya bina berdasarkan Kuiz dan berbentuk permainan
merupakan salah satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik minat murid dalam

43

PDPC. Kaedah ini telah meningkatkan minat murid dalam pdpc, telah meningkatkan
berkomunikasi dan melatih murid memimpin.

Atas kesedaran ini , saya amat yakin dan ingin meneruskan aktiviti K-ODAR ini dimasa
masa akan datang sebagai menambah kaedah PDPC dalam kelas. Saya juga berharap
guru guru lain yang yang terlibat dengan PDPC mata pelajaran yang memerlukan
bacaan dan hafalan akan memberi sokongan dan seterusnya mengaplikasikan kaedah
ini dalam PDPC mereka.

8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Untuk masa akan datang, saya sedang memikirkan untuk campur tangan guru mata
pelajaran dalam memberi markah tambahan bagi soalan dan jawapan yang terbaik
murid semasa K-ODAR berlangsung. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid memberi
soalan dan jawapan yang berkualiti

9.0 RUJUKAN

-http://blog.careerfutura.com/benefits-of-quiz-competitions/

-https://www.facultyfocus.com/articles/teaching-and-learning/a-new-kind-ofspace for-
quizzes/

-Noraini Idris. (2001).Pedadogi dalam pendidikan Matematik.Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors.

44

KAJIAN TINDAKAN &
INOVASI 2018

45

TAJUK :

MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP SUKU KATA
TERBUKA (PENULISAN JAWI) MELALUI PERMAINAN SUKU KATA.

Oleh :
AG MOHD YAAKUB BIN AWG BAKAR

ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk mengenalpasti dan mengatasi masalah penguasaan jawi
di kalangan pelajar muslim tingkatan 4 dan 5 SMK St. Michael.Penampang. Masalah ini
merupakan faktor utama yang menyebabkan mereka tidak berjaya menjawab soalan-
soalan yang berkaitan seperti menukar ayat rumi ke dalam tulisan jawi dan ayat jawi ke
dalam tulisan rumi di dalam setiap peperiksaan yang dijalankan.Dalam tinjauan yang
dibuat berdasarkan analisisi peperiksaan dan post mortem peperiksaan pertama dan
kedua, mendapati bahawa pelajar yang gagal menguasai penulisan jawi tidak dapat
mendapat markah yang baik. Oleh itu, objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk
memastikan setiap pelajar muslim tingkatan 4 dan 5 mampu mengatasi masalah
penulisan jawi dan dapat markah yang lebih baik dalam setiap peperiksaan.

- REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sewaktu seisi pengajaran dan pembelajaran seramai 14 orang murid di tingkatan 4 dan
5 tidak dapat membaca dan menguasai suku kata terbuka dengan lancar, kebanyakkan
dari mereka tidak tahu membaca dan menulis suku kata terbuka contohnya (‫)سا‬. Murid-
murid tidak dapat menyebut suku kata terbuka dengan betul, walaupun mereka telah
menguasai huruf-huruf tunggal jawi dengan baik.

46

Dalam permasalahan ini, kami mencadangkan kaedah permainan “roda suku
kata“ untuk menarik minat dan mengukuhkan penguasaan murid-murid dalam sebutan
dan tulisan jawi.
Secara umumnya, murid-murid lebih cenderung kepada pembelajaran yang berbentuk
permainan dan sesuatu aktiviti yang melibatkan pergerakan pancaindera. Justeru itu,
pemilihan kaedah ini diyakini dapat merangsang pemikiran dan memupuk semangat
murid-murid mencintai tulisan jawi.

2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian untuk kemahiran ini adalah pelajar-pelajar yang mendapat

keputusan yang lemah dan pelajar-pelajar yang masih lemah dalam penguasaan jawi
bagi tingkatan 4 dan 5.

o PENDEKATAN DAN TEKNIK
Untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam penguasaan penulisan jawi

beberapa kemahiran perlu ditekankan dalam kaedah “ Roda Suku kata “ seperti
berikut ::

- Lima minit setiap awal kelas akan digunakan untuk menghafaz padanan rumi
dan jawi secara beramai-ramai.

- Pengulangan pada setiap awal kelas akan diketuai oleh pelajar yang dipilih
secara rawak untuk memastikan mereka bersedia.

- Pengukuhan padanan jawi dalam topik jawi kelas bimbingan dan kelas
pendidkan Islam.

- Permainan ini akan dimainkan secara individu.
- Peraturan permainan:-

47

Setiap murid dikehendaki memusingkan roda mengikut giliran .
Murid dikehendaki menyebut suku kata yang berhenti pada jarum roda.
Murid diminta menyebut sambil melakonkan bunyi sebutan suku kata tersebut.
Murid yang berjaya menyebut dan melakonkan bunyi sebutan tersebut akan diberi
ganjaran berdasarkan ganjaran yang dilekatkan pada setiap ruang roda berkenaan.
Murid dikehendaki menulis suku kata tersebut di papan tulis yang disediakan dan
menyebutnya. Murid-murid yang lain dikehendaki mengikut sebutan secara kelas.
Permainan ini akan diteruskan sehingga waktu P & P tamat.
- Membentuk tulisan jawi dalam perkataan yang mudah.
- Latih tubi khas membentuk perkataan dalam tulisan jawi
- Latih tubi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan penulisan jawi.
- Soalan-soalan daripada latih tubi buku kerja dan soalan latih tubi yang telah

disediakan oleh Kementerian digunakan secara komprihensif.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
1. Supaya murid dapat menyebut suku kata terbuka dengan betul.
2. Meningkatkan penguasaan suku kata terbuka agar murid dapat membaca dengan

baik.
3. Dapat mengembalikan keyakinan diri untuk mengeja dan membaca jawi.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS
● Meningkatkan penguasaan membaca tulisan jawi.
● Meningkatkan penguasaan menulis jawi .

48

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah

penguasaan tulisan jawi dari Tingkatan 4 dan 5 yang mendapat keputusan lemah dalam
peperiksaan Pertama. Analisis menunjukkan bahawa faktor pencapaian yang kurang
memuaskan ini adalah kerana pelajar masih lemah dalam tulisan jawi.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH

Sejauhmana pelajar dapat menguasai kemahiran jawi.Dengan kemahiran ini,
memudahkan pelajar-pelajar membaca buku rujukan Pendidikan Islam dan dapat
keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
Kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mencari jalan bagaimana pelajar

tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Pendidikan Islam dapat menjawab soalan-
soalan yang berkaitan jawi dengan baik.

1. Sampel.
- 19 pelajar-pelajar Islam tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek

Pendidikan Islam.

2. Instrumen
- Soal selidik dan ujian diagnosis membaca petikan tulisan jawi.

49

ANALISIS UJIAN DIAGNOSIS MEMBACA PETIKAN JAWI

DAPATAN ANALISIS KEPUTUSAN SOAL SELIDIK

Pelajar yang dinilai terdiri daripada 19 orang pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil
subjek Pendidikan Islam.

Ulasan Dapatan:

1) Sebanyak 48 % pelajar boleh membaca Jawi secara keseluruhan dan 52% tidak tahu
membaca jawi.

2) Pelajar Sebanyak 20% pelajar yang pernah belajar jawi di Sekolah Agama Islam dan
70%

tidak pernah belajar jawi.

3) Tahap penguasaan pembacaan pelajar.

i- Sangat lancer 4%
ii- Lancar 19%
iii- Tidak lancer 58%
iv- Tidak tahu 21%

50


Click to View FlipBook Version