TAJUK :
Keberkesanan Pengaplikasian Jigsaw Puzzle Tarsia dalam
meningkatkan pemahaman Kelas 1 Ikhlas terhadap terma Sains
dalam Bab Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik.
Oleh
DEBBIE MELANIE CLARENCE BOTITI
ABSTRAK
Kajian ini menggunakan Tarsia sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap terma Sains. Sampel kajian adalah terdiri
daripada 39 orang pelajar Tingkatan 1 Ikhlas. Tinjauan awal telah dilakukan dengan
menganalisis latar belakang bahasa pengantar untuk subjek Sains semasa sekolah
rendah, markah ujian Diagnostik dan respon semasa di kelas. Pengumpulan data
kajian adalah daripada markah pra dan pasca. Dapatan kajian menunjukkan kaedah
Tarsia ini membantu responden memahami terhadap terma Sains khususnya bab
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik. Selain itu, ia memupuk semangat
kerjasama dalam kumpulan.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Kajian saya ini dijalankan berdasarkan permasalahan pelajar Tingkatan 1 yang
diterima masuk ke sekolah SM St Michael Penampang dalam mempelajari terma-
terma sains dalam Bahasa Inggeris. SM St Michael Penampang merupakan sekolah
dual-language di mana subjek Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.
Ada di antara mereka yang mengalami kesukaran untuk memahami maksud definisi
dan terma dalam Bahasa Inggeris kerana semasa di sekolah rendah kebanyakkan
mereka menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Cina sebagai bahasa pengantar
untuk subjek Sains. Melalui pemerhatian guru, hal ini mengurangkan motivasi
sebahagian pelajar untuk memahami terma sains tersebut.
101
Analisis bahasa pengantar subjek Sains semasa sekolah rendah
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa Cina
17 orang 17 orang 5 orang
Hal ini sekaligus, menyukarkan pelajar untuk menterjemah, mengingat dan
mengekspresikan terma-terma tersebut menurut pemahaman mereka. Maka dengan
itu, saya menggunakan kaedah permainan dalam bentuk jigsaw puzzle daripada
formulator Tarsia untuk menarik minat pelajar dalam memahami definisi dan konsep
Sains berbanding kaedah tradisional iaitu kaedah chalk & talk sahaja.
2.0 FOKUS KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran pelajar dalam
memahami definisi dan terma sains dalam Bab 1 Pengenalan Kepada Penyiasatan
Saintifik. Kajian ini juga dapat membantu pelajar mengingat dengan cara yang lebih
menarik kerana menggunakan kaedah permainan jigsaw puzzle dalam memadankan
di antara “terma/definisi” dengan “maksud/konsep”nya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
OBJEKTIF UMUM
Membantu meningkatkan penguasaan pelajar dalam memahami definisi & konsep
dalam Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik dengan menggunakan jigsaw
puzzle daripada formulator Tarsia.
OBJEKTIF KHUSUS
i. Aktiviti jigsaw puzzle ini boleh menarik minat pelajar dalam menguasai terma dan
konsep Sains Bab 1 Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik dalam bahasa
Inggeris.
ii. Aktiviti jigsaw puzzle ini boleh meningkatkan markah pelajar dalam bahagian
soalan jenis definisi konsep.
4.0 KUMPULAN SASARAN
102
Kajian ini dijalankan dengan mengambil responden daripada kelas 1 Ikhlas iaitu
seramai 39 orang. Kelas ini terdiri daripada 12 orang pelajar perempuan dan 27 orang
pelajar lelaki.
5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.1 PERANCANGAN
Kajian ini mengambil masa selama seminggu untuk pelaksanaannya. Berikut
merupakan jadual perancangan kajian:
AKTIVITI TARIKH
Pembinaan bahan / item jigsaw puzzle menggunakan 15 Februari 2019
formulator Tarsia
Ujian pra 25 Februari 2019
Pelaksanaan permainan jigsaw puzzle Tarsia 27 Februari 2019
Ujian pos
1 Mac 2019
103
5.2 CARA PENYEDIAAN BAHAN JIGSAW PUZZLE TARSIA
LANGKAH GAMBAR PENERANGAN
1 Pengkaji menggunakan aplikasi
Tarsia yang boleh dimuat turun
daripada capaian internet:
http://www.mmlsoft.com/in
dex.php/products/tarsia
2 Pengkaji memilih jenis puzzle
yang ingin dihasilkan. Untuk
kajian ini, pengkaji
menggunakan Standard Jigsaw
(Triangular) kerana ianya lebih
mudah dan ringkas.
3 Pada paparan INPUT, pengkaji
mengisi semua senarai terma
sains dibahagian baris atas dan
definisi / maksud konsep di
bahagian baris bawah.
Pada button sebelah kanan
terdapat nombor 1-16 yang
menunjukkan kepingan segitiga
yang akan terhasil.
104
4 Setelah memasukkan semua
terma & definisi, pengkaji akan
menyemak senarai perkataan
beserta maksud di bahagian
TABLE.
5 Pada bahagian OUTPUT senarai
segitiga jigsaw puzzle akan
kelihatan seperti ini.
Bahagian ini yang akan dicetak
mengikut bilangan kumpulan.
Ia akan digunting menjadi
segitiga yang lebih kecil untuk
pelajar membuat aktiviti
menyambung jigsaw puzzle.
105
6 Pada bahagian SOLUTION, ini
adalah hasil akhir yang
sepatutnya dicapai oleh pelajar.
6.0 KEPUTUSAN / ANALISIS DATA
Pengkaji menjalankan ujian pra dan pos bagi mengetahui peningkatan dari segi
pemahaman pelajar untuk Bab yang diuji.
Berikut merupakan markah bagi ujian pra dan pos:
MARKAH UJIAN PRA UJIAN POS
BIL. PELAJAR BIL. PELAJAR
16-20 0 4
11-15 2 11
6-10 19 16
0-5 20 8
106
7.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI KAJIAN
7.1 Pelajar berasa seronok dan teruja dalam aktiviti yang dijalankan.
7.2 Unsur kolaborasi antara sesama ahli kumpulan itu wujud.
7.3 Jigsaw puzzle Tarsia ini digunakan dalam aktiviti perkembangan &
penilaian.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Sebagai penambahbaikan untuk jigsaw puzzle ini, pengkaji akan:
i. Membina set jigsaw puzzle untuk Bab-bab yang seterusnya.
ii. Mengecilkan skop iaitu pengujian untuk setiap subtopic.
LAMPIRAN (GAMBAR SEMASA AKTIVITI)
107
108
109
TAJUK :
KAEDAH “ISI TEKO”
Oleh :
DG. SAINAH BINTI PG MULOK
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan atas kesedaran daripada diri saya sendiri rentetan terdapatnya
beberapa orang pelajar yang sangat lemah dalam menguasai kemahiran menulis
Bahagian C: Ringkasan, kertas 02/01 Bahasa Melayu, Pentaksiran Tingkatan 3
(PT3). Pelajar yang terlibat hanya menyalin petikan yang diberikan kepada mereka
dan masalah yang kritikal dalam kalangan mereka ini adalah tidak memasukkan Kata
Tugas pada permulaan perenggan ringkasan mereka. Rentetan situasi tersebut juga
telah menyebabkan murid tidak mahir mencerakin dan mengenal pasti isi penting
yang terdapat dalam petikan ringkasan dengan betul. Perkara ini memberi kesan
terhadap markah isi yang diperoleh. Masalah lain yang turut memberi impak terhadap
penulisan ringkasan pelajar yang terlibat juga adalah dari aspek penggunaan penanda
wacana yang kurang sesuai atau canggung menyebabkan perenggan yang dibina
tidak koheren. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya pembaziran markah bahasa
sementelahan mengikut format dan peraturan pemeriksaan Lembaga Peperiksaan
Malaysia (LPM), bahagian ini adalah bahagian yang paling mudah bagi pelajar
menskor markah penuh seterusnya membantu menambahkan markah bagi kertas
02/01, Bahasa Melayu, PT3. Situasi yang timbul telah menyebabkan saya rasa
langkah mencari jalan penyelesaian perlu dilakukan terhadap kekangan yang dihadapi
oleh guru dalam proses menyampaikan pengajaran dan pembelajaran terutamanya
melibatkan pelajar yang kurang menguasai kemahiran menulis ringkasan melalui
kaedah “ISI TEKO”. Sehubungan itu, Ujian Pra dan Ujian Pasca akan diadakan bagi
melihat peningkatan kemahiran menulis ringkasan dalam kalangan pelajar terlibat
iaitu8 orang pelajar dari kelas 3 Ikhlas. Berdasarkan data yang dikumpul dan
diperoleh selepas Ujian Pra dan Ujian Pasca juga diharapkan dapat membantu pelajar
110
menskor markah penuh dalam bahagian ini seterusnya lulus dalam subjek Bahasa
Melayu.
1.0 REFLEKSI MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.
Masalah ini timbul pada sesi p&p yang lalu iaitu ketika saya menyampaikan
keperluan peperiksaan dan strategi meringkaskan petikan kepada pelajar kelas 3
Ikhlas. Memandangkan saya baru mula bertugas pada penghujung bulan Jun 2019,
maka saya masih belum mengetahui sejauh mana tahap penguasaan pelajar dalam
aspek kemahiran menulis.
Pada mulanya saya belum dapat mengenal pasti secara tepat mana-mana
pelajar yang mempunyai masalah serius dalam meringkaskan petikan, namun setelah
aktiviti pengukuhan dijalankan saya mendapati beberapa orang pelajar dalam kelas
tersebut sangat lemah dalam meringkaskan petikan, sedangkan bahagian ini adalah
bahagian yang paling mudah untuk pelajar menskor markah penuh bagi Bahagian C
pilihan Ringkasan/Rumusan/ Ulasan dalam kertas 02/01 Bahasa Melayu PT3.
Sementelahan antara pelajar yang saya kenal pasti lemah dalam kemahiran
menulis ringkasan ini hanya menyalin petikan yang diberi dan yang paling penting
terdapat dalam kalangan pelajar yang lemah ini tidak memasukkan Kata Tugas pada
permulaan perenggan ringkasan mereka. Hal ini akan menyebabkan markah untuk
bahagian isi kosong dan jawapan mereka hanya akan dinilai dari segi bahasa sahaja.
Selain itu, ada dalam kalangan mereka yang tidak mahir membina perenggan yang
koheren akibat penggunaan penanda wacana yang kurang sesuai.
Sekiranya, masalah ini tidak diperbetul maka prestasi pelajar terlibat akan
terjejas, bahkan p&p yang selama ini saya laksanakan dengan mensasarkan objektif
penguasaan kemahiran menulis tanpa mengira latar belakang pelajar menjadi sia-sia
ibarat mencurah air ke daun keladi.
111
2.0 FOKUS KAJIAN.
Kajian ini dibuat berfokuskan penggunaan rawatan yang mengaplikasikan
Kaedah “ISI TEKO”. Kaedah ini merupakan Bahan Bantu Belajar bersturktur dan
berpandu khusus untuk memperbaik kemahiran menulis ringkasan petikan (kertas
02/01 Bahagian C, PT3). Pelajar-pelajar ini tidak mahir dalam teknik menjawab
bahagian ini di samping masalah kurang menguasai teknik mengenal pasti isi-isi
penting daripada petikan. Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah;
2.1 Pelajar tidak memasukkan Kata Tugas pada permulaan perenggan
ringkasan.
2.2 Tidak cekap mengemukakan penanda wacana yang bersesuaian bagi
isi-isi penting yang disambungkan.
2.3 Menggunakan penanda wacana yang berulang-ulang dan
memperlihatkan penggunaan kata dan kosa kata yang agak terhad.
2.4 Pelajar memasukkan huraian dan contoh menyebabkan bilangan patah
perkataan lebih sebaliknya memasukkan isi penting yang minimun
sahaja.
2.5 Menulis ringkasan dalam bentuk poin atau tanpa sistem pemerengganan
yang baik.
Diharapkan dengan membantu pelajar-pelajar ini, mereka dapat menguasai
kemahiran menulis ringkasan seterusnya dapat meningkatan GPMP mata pelajaran
Bahasa Melayu di peringkat PT3.
112
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.
Setelah kajian ini dilaksanakan, pelajar-pelajar diharap dapat mencapai objektif
berikut:
3.1 Objektif Umum:
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan GPMP (Gred Purata Mata
Pelajaran) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat PT3
sekaligus meningkatkan peratus kelulusan dalam mata pelajaran ini.
3.2 Objektif Khusus:
I. Membantu pelajar menjawab bahagian ringkasan iaitu Bahagian
C dengan lebih sistematik.
II. Meningkatkan kemahiran menjawab pelajar dalam bahagian
meringkaskan petikan, kertas 02/01 Bahasa Melayu.
III. Membantu pelajar mengingat penanda wacana yang pelbagai
dalam membina ayat untuk mempertaut isi-isi penting.
Meningkatkan peratus pelajar sekurang-kurangnya lulus dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu dalam PT3.
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Kumpulan yang disasarkan terdiri daripada 8 orang pelajar dari kelas 3 Ikhlas.
Saya mengambil keputusan untuk melaksanakan proses memulih menerusi kajian ini
ke atas 8 orang responden dari kelas 3 Ikhlas agar dapat meminimakan bilangan
pelajar yang tidak mendapat markah lulus dan memaksimakan bilangan pelajar yang
boleh menjawab dengan mencapai sekurang-kurangnya 10 daripada 15 markah
penuh yang diperuntukkan dalam Bahagian C.
113
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.
5.1 Tinjauan Masalah.
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan memahami
secara mendalam permasalahan. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti
berikut:
5.1.1 Semakan buku latihan.
5.1.2 Markah Ujian Pra yang dijalankan khusus untuk Bahagian Ringkasan.
5.1.3 Melalui sesi p&p yang melibatkan kemahiran menulis ringkasan, iaitu
sesi soal jawab dan pemerhatian secara rawak kepada keseluruhan
kelas untuk mengenal pasti masalah yang sebenarnya dihadapi oleh
pelajar-pelajar berkenaan sama ada sukar mengenal pasti isi-isi penting,
kata tugas, dan kemahiran menggunakan penanda wacana untuk
menyambungkan isi dalam membina perenggan yang kohesi.
Jadual 5.1: Kaedah Mengutip Data.
Langkah Cara penilaian Kumpulan Sasaran Tujuan
Langkah 1 Semakan Pelajar Kelas 3 Ikhlas Mengenal pasti apakah
Langkah 2 Buku (didapati 8 orang masalah yang dihadapi oleh
kerja/latihan pelajar lemah dalam pelajar? Seterusnya,
Langkah 3 menulis ringkasan menetapkan kumpulan
Ujian pada Bahagian C) sasaran dalam kajian ini.
Topikal 2 Pelajar Kelas 3 Ikhlas Ujian dijalankan ke atas semua
(Ujian Pra) (didapati 8 orang pelajar 3 Ikhlas, iaitu khusus
pelajar lemah dalam untuk Bahagian C: Ringkasan.
Soal menulis ringkasan Tujuannya bagi mengenal
jawab/Temu pada Bahagian C) pasti masalah yang dihadapi
bual/Pemerhatia ketika menjawab bahagian ini.
n 8 orang responden Seterusnya mengenal pasti
dari kelas 3 Ikhlas pelajar lemah untuk menjadi
responden kajian.
Dalam sesi p&p melibatkan
kemahiran menulis ringkasan,
iaitu melalui sesi soal jawab
dan temu bual secara rawak
bagi mengenal pasti masalah
sebenar yang dihadapi pelajar
berkaitan sama ada sukar
114
mengenal pasti isi penting,
kata tugas, dan kemahiran
menggunakan penanda
wacana dalam proses
mempertaut isi penting.
Melalui semakan markah
Bahagian C (Ringkasan) dalam
Ujian Pra ke atas responden.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah.
Jadual 5.2: Analisis Tinjauan Masalah
Langkah Cara penilaian Kumpulan Sasaran Masalah yang dikenal pasti
Langkah 1 Semakan Pelajar Kelas 3 Ikhlas Pelajar tidak memasukkan Kata
Buku (didapati 8 orang Tugas pada permulaan perenggan
Langkah 2 kerja/latihan pelajar lemah dalam ringkasan.
menulis ringkasan Menggunakan penanda wacana
Langkah 3 pada Bahagian C) yang tidak sesuai, berulang dan
kosa kata terhad.
Memasukkan huraian dan
contoh.
Menulis ringkasan dalam poin
atau tidak ada sistem
pemerengganan yang baik.
Ujian Pelajar Kelas 3 Ikhlas Setelah menjalankan Ujian Pra,
Topikal 2 (didapati 8 orang didapati seramai 8 orang pelajar
(Ujian Pra) pelajar lemah dalam dari kelas 3 Ikhlas masih
menulis ringkasan mengulangi kesalahan berikut:
pada Bahagian C) Tidak memasukkan Kata Tugas
pada permulaan perenggan
ringkasan.
Penanda wacana yang diguna
tidak sesuai.
Memasukkan huraian dan contoh
sehingga jumlah isi penting
menjadi minimum.
Soal 8 orang responden Menulis ringkasan dalam bentuk
jawab/Temu dari kelas 3 Ikhlas poin
bual/Pemerhatia
n 8 orang responden ditemu bual
dan didapati kebanyakan mereka
kurang faham terhadap kosa kata
dalam Bahasa Melayu kerana
lebih mahir berbahasa Inggeris
serta menggunakannya dalam
pertuturan di rumah mahupun
115
Langkah 4 Pemerhatian Guru pengkaji dengan rakan sekelas.
Kurang mendapat tunjuk ajar di
rumah memandangkan ibu
bapa juga bertutur dalam bahasa
Inggeris.
Kurang berminat mempelajari
Bahasa Melayu kerana tidak
faham.
Masa lapang responden diisi
dengan melayari laman sosial.
Manakala di sekolah responden
kurang menumpukan perhatian
dan sering bermain bersama-
sama rakan.
Menyiapkan tugasan sambil lewa
atau ala kadar.
Penglibatan responden semasa
perbincangan dalam p&p
pasif/liat terutama ketika disoal
atau perkongsian pendapat.
Pemerhatian dilakukan sendiri
untuk mengenal pastimasalah
dari segi:
1. Berdasarkan markah dan
kertas jawaban serta latihan yang
diberi kepada para responden,
masalah yang dapat dilihat dari
segi:
Tidak mahir mengenal pasti isi-isi
penting selain tidak memasukkan
Kata Tugas pawa awal perenggan
ringkasan.
Penggunaan penanda wacana
yang tidak sesuai/tepat.
Banyak memasukkan contoh
serta huraian.
Tidak memahami Bahasa Melayu
kerana menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa
pertuturan sehari-hari sama ada
di rumah mahupun di sekolah.
116
5.3 Tindakan yang dilaksanakan.
Berdasarkan tinjauan awal, para responden sangat lemah dalam
kemahiran menulis serta kemahiran tatabahasa. Hal ini disebabkan kebanyakan
responden menggunakan bahasa Inggeris semasa bertutur dengan rakan sekelas
termasuk di rumah. Disebabkan situasi tersebut tahap pemahaman dan penguasaan
terhadap Bahasa Melayu agak kritikal. Tidak dinafikan sememangnya di sekolah ini,
kebanyakan pelajar lebih mahir dan lebih menguasai Bahasa Inggeris berbanding
Bahasa Melayu.
Sekiranya saya tidak mengambil inisiatif untuk memperbetul dan
memulihkan keadaan, perkara ini sudah pasti akan menjejaskan pencapaian
responden dalam subjek ini seterusnya menyumbang kepada penurunan GPMP bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu dalam PT3. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab
sebagai guru mata pelajaran menangani masalah ini, maka saya telah memutuskan
untuk mencari kaedah rawatan kepada responden terbabit menggunakan kaedah
“ISI TEKO” yang telah dikongsikan oleh rakan baik saya semasa bertugas di sekolah
terdahulu. Walaupun sasaran rawatan terarah kepada 8 orang responden, namum
pelaksanaan kaedah ini adalah menyeluruh kepada semua pelajar dalam kelas 3
Ikhlas:
Jadual : Langkah-langkah untuk melengkapkan BBB (kaedah ISI TEKO)
Langkah 1 Pelajar diberi sekeping kertas BBB dan kertas soalan yang memfokuskan kemahiran
Langkah 2 menulis Bahagian C (ringkasan).
Langkah 3 Berdasarkan BBB, pelajar diminta membaca dan mengenal pasti SI HITAM MANIS (Kata
Langkah 4 Tugas) yang terdapat pada soalan ringkasan.
Langkah 5 Kemudian, pelajar diminta membaca dan meneliti petikan bagi mengenal pasti isi-isi
Langkah 6 penting berdasarkan Kata Tugas (SI HITAM MANIS) yang telah pun dikenal pasti.
Langkah 7 Setelah pelajar selesai mengisi TEKO, pelajar diminta menampalkan lembaran kerja
(instrumen) dalam buku latihan.
Langkah 8 Seterusnya, pelajar diminta membuat ringkasan penuh di buku latihan berbantukan
instrumen tersebut untuk menguji pembinaan perenggan dan koheren pelajar.
Pelajar akan diberi latihan yang sama menggunakan instrumen serupa sehinggalah guru
melihat peningkatan dalam kemahiran pelajar untuk menjawab soalan ringkasan.
Selepas dua minggu, pelajar berkenaan diminta menjawab soalan lisan daripada guru
berkaitan topik meringkaskan petikan ini bagi meyakinkan guru bahawa pelajar wajar
diuji secara bertulis untuk membuktikan keberkesanan kaedah rawatan ISI TEKO yang
dilaksanakan.
Guru menguji tahap kemahiran pelajar dengan mengadakan ujian khas (Ujian Pasca)
secara bertulis tanpa bantuan lembaran kerja (instrumen).
117
Contoh BBB:
Instrumen ‘ISI TEKO’
ARAHAN: Isi dan lengkapkan perenggan ringkasan berikut
berdasarkan petikan yang diberikan. Kemudian, isikan jumlah
keseluruhan patah perkataan di ruangan yang disediakan.
(SI HITAM MANIS)
ialah_________________________________________________.
Selain itu, ____________________________________________.
Di samping itu, __________________________
_________________________________________________.
Seterusnya, _______________________
______________________________________. Selanjutnya,
__________________________________
________________________________. Akhir sekali,
_________________________________________
____________________________.
Jumlah patah perkataan
Petunjuk: (SI HITAM MANIS): merupakan KATA TUGAS yang berada dalam
soalan, lazimnya ditulis lebih hitam warnanya berbanding perkataan lain.
Tahukah Anda??
118
Nota rujukan:
BIL BAHAGIAN UMUM JENIS-JENIS KHUSUS PENANDA CONTOH PERKATAAN
PENANDA WACANA WACANA PENANDA WACANA
01. Penanda Penghubung: Penghubung Tambahan; Cth: dan, lalu, malahan,
Merupakan perkataan Merupakan penghubung yang tambahan pula, lebih-
@ frasa yang memberikan maklumat tambahan lebih lagi,sementelahan,di
menghubungkan kepada sesuatu perkara yang samping itu, dan
sesuatu maklumat diperkatakan sebelumnya. selanjutnya.
dengan maklumat yang
lain dalam wacana.
Penghubung Tentangan; Cth: tetapi, sebaliknya,
Penghubung yang menunjukkan namun, namun begitu,
Penanda yang sering pertentangan maklumat antara suatu dan walau
dan relevan digunakan yang baharu diperkatakan dengan yang bagaimanapun.
dalam ringkasan atau sebelumnya dalam wacana yang sama.
karangan. Penghubung Musabab; Cth: kerana, oleh sebab,
Penanda wacana yang merupakan oleh itu, oleh hal
sebab berlakunya sesuatu. demikian, dengan itu, dan
maka itu.
Penghubung Tempoh; Cth: pertama, seterusnya,
Penanda penghubung yang kemudian, selanjutnya,
menunjukkan urutan masa atau siri selepas itu, maka, dan
berlakunya sesuatu. akhirnya.
02. Penanda Rujukan HURAIAN
03. Penanda Penggantian
04. Penanda Lesikal Penanda yang merupakan Kata Ganti Nama yang digunakan bagi
merujuk perkataan atau frasa lain. Kata ganti nama rujukan terdiri
05. Penanda Elipsis @ daripada kata ganti nama diri orang (pertama, kedua dan ketiga)
Pengguguran dan kata ganti nama tunjuk ( ini, itu, sini, sana dan situ).
Penanda yang merupakan perkataan atau frasa lain dalam wacana
yang sama. Penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama,
frasa kerja atau klausa.
Penanda jenis ini melibatkan kohesi atau pertautan antara
perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Unsur pengulangan
terdiri daripada pengulangan perkataan yang sama makna
(sinonim), pengulangan yang melibatkan perkataan yang umum
maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim), dan
pengulangan perkataan yang kehadirannya saling berkait (kolokasi).
Elipsis melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah
dinyatakan dalam ayat sebelumnya.
119
Contoh soalan.
BAHAGIAN C
[ 15 markah ]
Bahagian ini mempunyai dua pilihan dan anda dikehendaki menjawab satu
soalan saja. Pilih sama ada Soalan 1 atau Soalan 2.
Soalan 1 : Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang langkah-langkah mewujudkan persekitaran sekolah selamat.
Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Persekitaran sekolah yang selamat menjadi idaman setiap warga sekolah.
Umumnya, sekolah merupakan landasan pertama untuk menimba ilmu sama ada
di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Prestasi sekolah yang baik
bukan sahaja dinilai dari segi penilaian kecemerlangan murid-muridnya tetapi
persekitaran sekolah yang selamat. Tidak adil jika sesebuah sekolah cemerlang
dari segi penilaian akademik tetapi keselamatan warga sekolah berada pada tahap
yang rendah.
Setiap sekolah harus mempunyai sistem pencegah kebakaran yang efektif dan
kaedah menangani keadaan kecemasan, iaitu laluan kecemasan, tempat
berhimpun dan alatan pemadam kebakaran. Hal ini perlu terutama di kawasan
bangunan yang melibatkan makmal-makmal yang terdedah kepada risiko
kebakaran. Penggunaan alat pemadam kebakaran perlu didedahkan kepada
murid-murid melalui kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia (JBPM).
Bagi sekolah yang mempunyai makmal dan bengkel pembelajaran, langkah-
langkah keselamatan perlu diambil bagi mengelakkan kemalangan berlaku.
Longkang-longkang di kawasan sekolah juga perlu diselenggara dengan baik agar
sentiasa bersih dan tidak menyebarkan bau yang kurang menyenangkan. Penutup
khas longkang serta tangki kumbahan perlu disediakan bagi mengelakkan kejadian
120
yang tidak diingini. Sekolah juga harus mempunyai sistem pengairan yang baik
agar tidak teredah kepada ancaman banjir terutama apabila berlaku hujan lebat.
Seterusnya, laluan tangga dan koridor yang digunakan oleh guru dan murid
hendaklah tidak mempunyai halangan seperti pasu bunga atau halangan lain yang
bole menyebabkan kemalangan. Di samping itu, aliran trafik bagi kenderaan guru
dan pelawat di dalam kawasan sekolah perlu tersusun agar kenderaan mereka
dapat diletakkan di tempat betul dan selamat,
Konklusinya, jadikanlah sekolah sebagai sebuah tempat yang selamat bagi
warga sekolah.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Persekolahan Sihat dan Selamat”
oleh Mohammad Affendy Omardin,www.pnc.edu.my, 26 April 2016)
5.4 Refleksi Kajian
Setelah pelajar atau responden terlibat mengalami proses rawatan
menggunakan kaedah ‘ISI TEKO’ terdapat beberapa perubahan yang ketara.
Antaranya, pelajar sudah boleh mengemukakan kata tugas dengan tepat,
menggunakan penanda wacana yang bersesuaian tanpa berulang-ulang serta dapat
mengenal pasti isi penting dengan mengabaikan huraian serta contoh. Perkara yang
lebih mustahak adalah, isi yang dicerakin daripada petikan ringkasan mencukupi.
Jadual di bawah menunjukkan perbandingan perubahan markah yang diperoleh
responden dalam Ujian pra serta Ujian Pasca (Peperiksaan Percubaan Bilangan 1).
Jadual : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
RESPONDEN MARKAH PENUH MARKAH MARKAH
(BAHAGIAN C) (UJIAN PRA) (UJIAN PASCA)
1 15 4 12
2 15 6 14
3 15 3 5
4 15 6 13
5 15 5 13
6 15 5 14
7 15 6 14
8 15 7 14
121
Berdasarkan jadual perbandingan markah Ujian Pra dan Ujian Pasca, saya mendapati
berlaku peningkatan yang ketara dalam pencapaian markah responden pada
Bahagian C (Ringkasan) ini. Dapatan daripada Ujian Pasca hanya seorang responden
sahaja yang mendapat bawah 10 markah. Hal ini kerana responden sangat rigid dan
kurang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dan sering kali meminta rakan
untuk menterjemah maksud perkataan atau ayat bahasa Melayu. Tambahan pula,
responden ini menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi sama ada di
rumah mahupun di sekolah. Walau bagaimanapun, kaedah ini tetap diteruskan
terhadap responden sehinggalah mereka dapat menguasai kemahiran menulis
ringkasan.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Bagi kajian seterusnya, saya akan mengekalkan kaedah “ISI TEKO” ini untuk
pengajaran kemahiran menulis ringkasan pada masa akan datang. Hal ini kerana
kaedah ini sesuai untuk membantu pelajar yang lemah dalam penulisan ringkasan.
Pendedahan awal teknik dan kaedah ini sangat membantu pelajar meningkatkan
kemahiran menulis seterusnya menskor markah yang tinggi khususnya bagi Kertas
02/01 Bahasa Melayu PT3.
BIBLIOGRAFI
Abdul Jalil Othman. (2000). Analisis tautan ayat dari segi kohesi nahuan dan leksikal
dalam penulisan karangan. Jurnal Bahasa, 44, 826-845.
Ghazali Lateh. (2006). Petua Menulis Perenggan Karangan. Pelita Bahasa, Jilid 18.
Bil.09,43-45.
Khatijah Abdul Hamid. (2001). Wacana dalam teks penulisan pertautan dalam
karangan bahasa Melayu berdasarkan analisis kohesi dan koheran. Dewan Bahasa,
12, 31-38.
122
Nik Safiah Karim, Hashim Musa, Hamid Mahmood & Farid M. Onn. (2008).
Tatabahasa dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
123
TAJUK :
MENGATASI MASALAH MELUKIS SEGITIGA DALAM
PENYELESAIAN SOALAN KECERUNAN BAGI MATA PELAJARAN
FIZIK KERTAS 3 MURID 5 BESTARI TAHUN 2019 DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH PENANDA 4x4
Oeh
HILDAH JOSEPHINE G KUYUN
ABSTRAK
Kemahiran mencari dan mengira nilai kecerunan graf merupakan salah satu
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid yang mengambil mata pelajaran Fizik.
Beberapa langkah perlu diambil oleh murid untuk mencari nilai kecerunan dalam
sesuatu graf iaitu (i) melukis segitiga dengan saiz minimum 8 cm x 8 cm, kemudian (ii)
memasukkan nilai dari paksi-y dan paksi x ke dalam rumus dan seterusnya (iii)
menyelesaikan rumus berkenaan. Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk
mengatasi masalah murid yang gagal melukis segitiga dengan saiz minimum.
Pengkaji mendapati kebanyakan murid gagal untuk mendapatkan 3 markah penuh
pada soalan mencari nilai kecerunan disebabkan oleh segitiga yang dilukis terlalu
kecil, tidak menepati saiz minimum atau tiada segitiga yang dilukis. Justeru itu,
pengkaji telah memperkenalkan kaedah 4x4 kepada murid tetapi masih terdapat
murid yang gagal melukis saiz yang dikehendaki. Daripada kaedah tersebut, pengkaji
telah memperbaikinya menjadi kaedah penanda 4x4 yang ditanda pada pembaris
murid. Kajian ini dijalankan bermula pada minggu kedua bulan Oktober dan berakhir
pada minggu keempat bulan Oktober 2019. Seramai 6 orang murid dari tingkatan 5
Bestari telah dipilih sebagai responden kajian berdasarkan kelemahan mereka dalam
aspek melukis segitiga. Data dikutip menggunakan ujian pencapaian Fizik iaitu
Peperiksaan Percubaan SPM Kedua, Ujian Pra dan Ujian Pos. Analisis item dibuat
untuk soalan Fizik Kertas 3, Bahagian A soalan 2 (mencari kecerunan graf). Ujian Pra
menunjukkan empat responden mendapat 1 markah dari jumlah 3 markah dan dua
lagi responden mendapat 2 markah. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa
124
tindakan yang dilaksanakan telah membantu keenam-enam murid untuk melukis
segitiga dengan saiz minimum dan mereka berjaya mendapatkan 3 markah penuh
dalam Ujian Pos. Oleh yang demikian, kaedah penanda 4x4 wajar diperkenalkan
kepada semua murid untuk mengatasi masalah murid melukis segitiga pada graf.
1.0 REFLEKSI PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN YANG LALU
Fizik Kertas 3 (1451/3) merupakan salah satu kertas yang perlu diduduki oleh
murid semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kertas ini
menyumbang 40 markah daripada 190 markah keseluruhan bagi mata
pelajaran Fizik. Soalan dalam Bahagian A Kertas 3 adalah antara soalan yang
mudah sekiranya murid mengetahui dan menguasai teknik menjawab dengan
betul.
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji tercetus apabila
melihat kepada kesalahan yang kerap kali dilakukan oleh murid apabila
mencari nilai kecerunan segitiga dalam soalan dua Bahagian A, Fizik Kertas 3.
Terdapat murid yang tidak melukis segitiga dengan saiz minimum yang
dikehendaki atau pun ada yang langsung tidak melukis segitiga tersebut pada
graf yang ditunjukkan di dalam soalan.
Walaupun pengkaji sering mengingatkan murid mengenai kesalahan ini
dan membuat sesi pembetulan bersama murid namun mereka masih gagal
untuk menguasainya. Pengkaji gagal untuk memastikan murid melukis segitiga
pada graf dengan saiz yang besar atau minimum iaitu 8 cm x 8 cm. Masih
terdapat sebilangan murid yang tidak berjaya mendapat markah untuk saiz
segitiga kerana terlalu kecil atau tiada lukisan segitiga. Murid hanya berjaya
melukis segitiga dengan pengawasan guru semasa sesi latihan. Sekiranya
ujian dijalankan, sememangnya akan terdapat murid yang gagal melukis
segitiga seperti yang telah dipelajari sebelum ini..
2.0 FOKUS KAJIAN
125
Fokus kajian tindakan ini ialah untuk mengatasi masalah murid-murid 5 Bestari
yang tidak melukis segitiga atau melukis segitiga dengan saiz yang kecil pada
graf yang ditunjukkan pada soalan kedua bahagian A. Dengan membantu
murid memperbaiki teknik menjawab soalan, pengkaji yakin murid boleh
mendapatkan markah penuh bagi soalan menghitung kecerunan graf. Di
samping itu, keadaan ini juga pasti akan memberikan keyakinan kepada murid
untuk menjawab soalan Fizik Kertas 3 (4531/3) semasa Peperiksaan SPM
pada bulan November 2019 dan membantu mereka untuk mendapatkan gred
yang lebih baik kelak.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan jumlah markah murid-murid 5 Bestari
dalam soalan menghitung kecerunan graf bagi mata pelajaran Fizik Kertas 3
(4531/3), Bahagian A.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Untuk meningkatkan keupayaan murid untuk melukis segitiga
sekurang-kurangnya dengan saiz minimum.
3.2.2 Untuk membantu murid menguasai kemahiran menghitung kecerunan
graf dengan menggunakan Kaedah Penanda 4x4 untuk mendapatkan
saiz segitiga yang minimum semasa melukis segitiga pada graf yang
ditunjukkan dalam soalan kedua bahagian A.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 6 orang murid dari tingkatan 5 Bestari tahun 2019, Sekolah Menengah
St. Michael, Penampang dijadikan sampel kajian.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
126
Kajian tindakan ini dilaksanakan apabila pengkaji mendapati murid-murid 5
Bestari gagal mendapat markah penuh (3 markah) bagi soalan menghitung
nilai kecerunan dalam sesuatu graf. Pengkaji melakukan analisis item bagi
setiap soalan untuk dimasukkan dalam laporan post mortem Peperiksaan
Percubaan SPM 2 tahun 2019.
Analisis item tersebut menunjukkan murid kehilangan satu markah
disebabkan oleh segitiga yang dilukis tidak mencapai saiz minimum atau tidak
dilukis langsung. Oleh itu, murid cenderung untuk kehilangan satu lagi markah
iaitu jawapan akhir berserta dengan unit kerana nilai kecerunan yang
dinyatakan tidak termasuk dalam julat jawapan yang dicadangkan. Ini
menyebabkan murid hanya mendapat satu markah daripada tiga markah
penuh.
Pengkaji telah mengadakan Ujian Pra untuk menilai sejauh mana murid-
murid menghadapi masalah dalam melukis segitiga pada graf tersebut. Ujian
Pra menunjukkan empat responden hanya mendapat 1 markah dan dua lagi
responden mendapat 2 markah. Kajian ini dijalakankan selama tiga minggu
bermula pada minggu kedua hingga minggu keempat bulan Oktober 2019.
127
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Rajah 1 : Peringkat-peringkat dalam Tinjauan Masalah
5.2.1 Peringkat 1 – Analisis Markah Peperiksaan Percubaan SPM 2
Item kedua dalam Bahagian A Fizik Kertas 3 (4531/3), Peperiksaan Percubaan
SPM 2 tahun 2019 dianalisis.Tingkatan 5 Bestari mempunyai 22 orang murid
kesemuanya dan daripada jumlah tersebut, pengkaji hanya memilih 6 orang
murid yang mendapat satu markah atau dua markah bagi soalan mencari nilai
kecerunan segitiga.
128
Jadual 1 : Analisis Jumlah Markah Soalan Menghitung Nilai Kecerunan
Graf
(Peperiksaan Percubaan SPM 2)
RESPONDEN JUMLAH ANALISIS ITEM
1 MARKAH
2 Saiz segitiga tidak mencapai saiz minimum
3 1 dan jawapan akhir salah
2 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat
4 1 dilabel
5 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat
6 2 dilabel dan jawapan akhir tidak mempunyai
1 unit
1 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat
dilabel
Saiz segitiga tidak mencapai saiz minimum
dan jawapan akhir salah
Saiz segitiga tidak mencapai saiz minimum
dan jawapan akhir salah
5.2.2 Peringkat 2 – Membuat Refleksi PdPc lalu
Pengkaji cuba untuk mengimbas kembali pengajaran lalu dan tindakan yang
dilaksanakan oleh pengkaji bagi meningkatkan markah murid. Masalah yang
sama berulang kembali walaupun sesi perbincangan dan pembetulan telah
dijalankan di dalam kelas. Pengkaji beranggapan kesemua teguran mengenai
saiz segitiga dan segitiga yang perlu dilukis pada graf dapat diingati oleh
murid.
Selain daripada teguran ini, pengkaji turut menunjukkan kepada murid
saiz minimum bagi segitiga ialah 8 cm x 8 cm iaitu bersamaan dengan 4 x 4
129
unit segiempat yang berukuran 2 cm pada graf. Namun demikian, murid tidak
berjaya untuk mengingati semua ini apabila menduduki ujian atau peperiksaan.
Oleh itu, pengkaji telah menjalankan Ujian Pra untuk mengukuhkan lagi
andaian awal pengkaji mengenai masalah murid yang tidak melukis segitiga
atau melukis segitiga dengan saiz yang kecil.
5.2.3 Peringkat 3 – Ujian Pra
6 orang responden diberikan soalan nombor 2 bahagian A Fizik Kertas 3
(4531/3). Soalan ini tidak dibincangkan selepas pengkaji menganalisisnya
kerana soalan yang sama akan digunakan semasa Ujian Pos bagi menilai
kaedah yang digunakan sebagai rawatan mampu menyelesaikan masalah
yang dihadapi oleh murid.
Ujian ini dijalankan semasa kelas bimbingan yang diberikan oleh
pengkaji kepada murid yang terpilih menjadi responden untuk kajian tindakan
ini. Keenam-enam orang responden tersebut menyertai kelas bimbingan pada
setiap hari khamis selama 1 jam bermula pada jam 4.15 petang sehingga 5.15
petang. Ujian ini mengambil masa 20 minit untuk dilaksanakan.
Jadual 2 : Analisis Jumlah Markah Soalan Menghitung Nilai Kecerunan
Graf
(Ujian Pra)
RESPONDEN JUMLAH MARKAH ANALISIS ITEM
11 Saiz segitiga tidak mencapai saiz minimum dan
jawapan akhir salah
21 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat dilabel dan
jawapan akhir tidak mempunyai unit
31 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat dilabel dan
jawapan akhir tidak mempunyai unit
42 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat dilabel
52 Segitiga tidak dilukis tetapi titik koordinat dilabel
61 Saiz segitiga tidak mencapai saiz minimum dan
jawapan akhir salah
130
Rajah 2 : Graf Perbandingan Jumlah Markah Soalan Menghitung Nilai
Kecerunan Graf (Peperiksaan Percubaan SPM 2 dan Ujian Pra)
131
5.2.4 Peringkat 4: Pelaksanaan Kaedah Penanda 4x4
▪ Responden diperkenalkan kepada Kaedah Penanda 4x4 semasa sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
▪ Kaedah ini memerlukan responden untuk mempunyai sebatang
pembaris berukuran 30 cm. Pembaris ini diperlukan untuk melukis
segitiga pada soalan kedua Bahagian A, Fizik Kertas 3 (4531/3).
▪ Pengkaji akan menyediakan marker pen untuk digunakan bagi melukis
anak panah pada pembaris 30 cm.
▪ Pengkaji menerangkan mengenai saiz graf dan maksud 4x4 kepada
responden.
▪ Anak panah pada 8 cm bermaksud 4 unit. Apabila responden melihat
kepada anak panah ini, secara tidak langsung mereka akan teringat
untuk melukis segitiga dengan saiz yang besar bagi mengelakkan
mereka kehilangan markah. Selain itu, responden juga tidak akan
tersilap mengira saiz graf (4x4) dengan berpandukan kepada anak
panah yang telah dilukis pada pembaris 30 cm ini.
▪ Setelah responden diajar cara untuk menggunakan pembaris tersebut,
pengkaji mengedarkan satu set soalan sebagai latihan yang akan
dijawap oleh responden dengan bantuan pengkaji.
▪ Anak Panah dilukis pada pembaris 30 cm sebagai penanda
Rajah 3 : Pembaris 30 cm dengan penanda 4x4
132
Contoh latihan yang diberikan kepada responden untuk mempelajari
Kaedah Penanda
4x4
Soalan 2(ii) memerlukan responden melukis segitiga pada graf di bawah untuk
mencari nilai kecerunan.
133
Langkah 1: Lukis segitiga pada graf yang dinyatakan dalam soalan
Graph of a against F
4 unit = 8 cm
4 unit = 8 cm
Langkah 2: Masukkan nilai koordinat ke dalam rumus kecerunan
134
Langkah 3: Kira nilai akhir kecerunan dan tulis unit yang betul
k = 0.1 kg -1
▪ Sesi latihan untuk menggunakan Kaedah Penanda 4x4 dilaksanakan
sebanyak dua kali sahaja.
▪ Setelah sesi latihan bersama pengkaji dilaksanakan, Ujian Pos
dijalankan pada keesokan harinya.
5.2.5 Peringkat 5: Ujian Pos
▪ Kertas Ujian Pos diedarkan kepada responden. Set soalan yang
diberikan adalah sama seperti dalam Ujian Pra yang lalu.
▪ Pembaris 30 cm yang mempunyai penanda disediakan untuk kegunaan
responden sekiranya mereka tidak membawa pembaris.
▪ Ujian Pos ini dijalankan selama 20 minit.
▪ Analisis dapatan dari Ujian Pos menunjukkan keenam-enam responden
berjaya mendapat markah penuh (3 markah) bagi soalan menghitung
kecerunan graf.
Jadual 3 : Analisis Jumlah Markah Soalan Menghitung Nilai Kecerunan
Graf
(Ujian Pos)
RESPONDEN MARKAH ANALISIS ITEM
1 3 Saiz segitiga besar, penggantian nilai betul dan
2 3 jawapan akhir berada dalam julat jawapan
3 3 Saiz segitiga besar, penggantian nilai betul dan
4 3 jawapan akhir berada dalam julat jawapan
5 3 Saiz segitiga besar, penggantian nilai betul dan
6 3 jawapan akhir berada dalam julat jawapan
Saiz segitiga besar, penggantian nilai betul dan
jawapan akhir berada dalam julat jawapan
Saiz segitiga besar, penggantian nilai betul dan
jawapan akhir berada dalam julat jawapan
Saiz segitiga besar, penggantian nilai betul dan
jawapan akhir berada dalam julat jawapan
135
5.3 Tindakan yang dijalankan
Jadual 4: Jadual Kerja Kajian Tindakan
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
1 Analisis item bagi soalan nombor 2 7 Oktober 2019 Fizik Kertas 3 (4531/3),
dilakukan - Peringkat 1 Peperiksaan Percubaan
SPM 2 tahun 2019
tingkatan 5 Bestari
2 Mengenal pasti masalah: Refleksi 8 Oktober 2019
PdPc yang lalu dibuat setelah analisis
item menunjukkan responden
menghadapi masalah dalam
menghitung kecerunan graf -
Peringkat 2
3 Menulis kertas cadangan kajian 9 Oktober 2019
tindakan
4 Melaksanakan tindakan: 10 Oktober 2019 Dijalankan selama 20
Ujian Pra dijalankan - Peringkat 3 minit
5 Melaksanakan tindakan: 17 Oktober & Sesi latihan selama 1 jam
Kaedah Penanda 4x4 diaplikasikan - 24 Oktober 2019 bersama dengan pengkaji
Peringkat 4
6 Ujian untuk mengesan pencapaian 25 Oktober 2019 Soalan yang sama seperti
responden: Ujian Pos dijalankan - Ujian Pra digunakan
Peringkat 5
7 Refleksi kajian 26 Oktober 2019
6.0 REFLEKSI KAJIAN
6.1 Analisis Pencapaian Responden
6.1.1 Ujian Pra dan Ujian Pos
136
Jadual 5 : Analisis Jumlah Markah yang diperolehi oleh Responden Kajian
semasa Ujian Pra dan Ujian Pos
Soalan Markah Responden Ujian Pra Ujian Pos Beza
Penuh
+2
1 13 +2
+2
2(b) 2 1 3 +1
+1
menghitung 3 3 13 +2
kecerunan
graf 4 2 3
5 23
6 13
Rajah 4 : Analisis Perbandingan Jumlah Markah Responden dalam Ujian Pra
dan Ujian Pos
137
Rajah di atas jelas menunjukkan penggunaan Kaedah Penanda 4x4
sememangnya membantu responden dalam mendapatkan markah penuh bagi
menghitung nilai kecerunan graf. Keenam-enam responden berjaya
memperoleh 3 markah dalam Ujian Pos.
Rajah 5 : Analisis Jumlah Penambahan Markah Responden
Jumlah markah responden menunjukkan peningkatan dan mencapai
markah penuh setelah kaedah ini digunakan.
7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Pengkaji akan mengekalkan kaedah ini untuk proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) pada masa hadapan kerana kaedah ini mudah dan
berkesan untuk melukis segitiga bagi menghitung nilai kecerunan graf. Kaedah
Penanda 4x4 boleh digunakan dalam soalan melukis graf (Soalan 1 Bahagian
A, Fizik Kertas 3) dan ditukar menjadi 5x4. Kaedah ini wajar digunakan untuk
semua murid yang mengambil mata pelajaran Fizik terutama sekali murid yang
baharu melangkah ke tingkatan 4.
138
BIBLIOGRAFI
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku Manual
Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jerome, A. (2017). Physics SPM. Tarikh bahan diakses, 7 Oktober 2019, dari
Telegram BOT.
SM. St. Michael. (2011). Jurnal Kajian Tindakan SM. St. Michael Penampang.
Perpustakaan Negara Malaysia. Jld.31 (90)
LAMPIRAN
Penggunaan Kaedah Penanda 4x4 turut digunakan semasa melukis graf (Soalan 1
Bahagian A, Fizik Kertas 3 (4531/3)
139
6 unit
Cara untuk mengukur saiz graf. Saiz graf di atas melebihi 6 unit
(Saiz minimum graf: 5x4)
140
Pengukuran saiz graf pada paksi-x
(Saiz graf: 5 unit = 10 cm)
141
TITLE:
USING GOOGLE SKETCHUP
IN ASSISTING STUDENTS TO SKETCH OUT THE PLAN OR
ELEVATION VIEW/S OF A GIVEN SOLID GEOMETRY
BY
LAI KIAN HUA
ABSTRAC
Most of Spm candidate in research school could not master the topic of Plan and
Elevation, Therefore, this study was conducted to examine student achievement in
tests with the use of Google sketchup during PDPC in classroom. The study
population was all form 5 Amanah and 5 Ikhlas students studying in SM. ST. Michael
Penampang in year 2018, with the total of 43 students. The researcher chose all 5
Amanah and 5 Ikhlas students because the researcher taught both classesdf
(convenient sampling). Method used was pre test and post test. The instrument
(measuring tool) used is a pre and post test paper especially prepared to identify the
level of student achievement in the topic.
In conclusion, Google sketchup is effective in helping form 5 Amanah and 5 Ikhlas
students to improve test achievement for Plan and elevation topics. From the
questionnaires distributed to students, positive feedback was obtained (postive
respond), on the use of Google sketchpad to improve student achievement for this
topic
142
1.0 STATEMENT OF PROBLEMS
1.1 Poor performance in answering the question in the first trial exam 2018
1.2 The previous method which been use is pure imagination without any visualizing
tools, marker and whiteboard only are involve.
The first trail examination (pre-test) shows that students in 5 Ikhlas (18 students) only
able to score 12% (26/216) of the marks allocated for the question. The intention is to
rise the score to at least 30% (65/216) in the second trail examination
2.0 DATA COLLECTION TECHNIQUES
Pre-test and post-test is used to assess students’ mathematics achievement.
Questionnaire is used to assess student’s interest in learning mathematics.
Pre test
1.
143
2.
144
Post test
1.
145
2.
146
3.0 IMPLEMENTATION
Use GOOGLE SKETCHUP 8 to teach the topic for 1 week
8 periods (4 Hours)
Example of activities
147
4.0 DATA ANALYSIS
Comparing the average score in pre-test which is 12% from the total mark which been
allocated and the average score in the post test is 26% (54/216)
Improvement of14% compare with pretest. Been done through item analysis
148
5.0 CONCLUSION
The google skecthup as visualizing tool is effective to help students to improve
students performance in Plans and Elevations.
149
TAJUK :
ALUAN : (TEKNIK MENGENAL PASTI KEDUDUKAN NEGERI DI
SEMENANJUNG MALAYSIA)
Oleh
WONG YIEW CHIN
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengatasi masalah kekeliruan mengenal pasti kedudukan
negeri Semenanjung Malaysia di kalangan pelajar yang menjadi sasaran kajian ini. Hal ini
penting kerana mengenal pasti kedudukan negeri Semenanjung Malaysia merupakan
sebahagian soalan dalam soalan PT3. Walaupun tajuk ini pelajar telah mempelajari dari
tingkatan 1 tetapi terdapat ramai pelajar masih tidak dapat menguasai tajuk ini. Pelajar berasa
tajuk ini sangat susah. Tajuk “kedudukan negeri di Semenanjung Malaysia” merupakan salah
satu penskoran markah objektif dan subjektif mata pelajaran Geografi PT3. Sehubungan
dengan itu, kajian ini tertumpu pada pelajar di 3 Harmoni yang sering kali tidak dapat
menjawab soalan mengenal pasti kedudukan negeri di Semenanjung Malaysia dengan tepat.
Guru telah membuat refleksi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran lalu mengambil
tindakan untuk membantu pelajar supaya mahir mengenal pasti kedudukan negeri di
Semenanjung Malaysia dengan tepat melalui teknik ‘Aluan’ apabila setiap kali latihan soalan
ini diberi kepada mereka.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
1.1 Kesukaran dalam mengenal pasti kedudukan negeri di Semenanjung Malaysia dalam
geografi.
1.2 Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
2.0 FOKUS KAJIAN
150