4) Sebanyak 60% pelajar mengatakan “ya “ mendapat galakkan daripada keluarga
untuk
belajar jawi dan 40% pelajar mengatakan “tidak “
5) Kekerapan pelajar dalam proses pembelajaran jawi
i- Sekali seminggu 49%
ii- Dua kali seminggu 32%
iii- Tiga/lebih 19%
6) Seramai 60% pelajar yang berminat belajar jawi semasa proses pengajaran dan
pembelajaran, seramai 40% pelajar yang tidak berminat.
KESIMPULAN:
Daripada ulasan dapatan di atas, seramai 48% pelajar yang boleh menguasai jawi dan
seramai 52% yang masih lemah dalam jawi. Secara keseluruhannya, ramai pelajar
yang tahu serba sedikit kemahiran jawi tetapi mereka tidak mengaplikasikannya ketika
pengajaran dan pembelajaraan Pendidikan Islam di dalam kelas.
51
6.0 LANGKAH ATAU CADANGAN UNTUK MENGARTASI
i) Menekankan penguasaan jawi semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam.
ii) Mendedahkan pelajar-pelajar kemahiran jawi yang berkesan melalui seminar dan
bengkel-bengkel jawi sekali setahun.
Soal Selidik ini bertujuan untuk kajian tindakan subjek pendidikan Islam
khususnya kemahiran jawi. Sasaran utama pelajar tingkatan 4 dan 5.
Jawab semua soalan berikut. Tandakan ( / ) jika “ ya “ dan ( x ) jika “ tidak “.
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Adakah anda tahu membaca jawi Ya Tidak
( )( )
3.Adakah anda pernah belajar jawi ( )( )
52
4.Jika pernah, nyatakan bila dan di mana ?
………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………...................................................................................
5. Sejauh manakah tahap penguasaan jawi anda ?
i. Sangat Lancar
ii. Lancar
iii. Tidak Lancar
iv. Tidak TAhu
6. Adakah anda selalu belajar jawi ?
i. Kerap
ii. Jarang
iii. Tidak Tahu
7. Adakah ibu bapa menggalakkan anda belajar jawi ( )( )
8. Jika “ya” berapakerapkah dalam seminggu anda belajar jawi
53
i. Satu
ii. Dua
iii. Tiga/lebih
9.Adakah anda pernah berusaha sendiri belajar jawi ( )( )
10.Saya berminat belajar jawi semasa proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam dijalankan.
( )( )
11.Saya tidak berminat belajar jawi semasa proses pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam dijalankan kerana saya tidak tahu
( )( )
12. Nyatakan cadangan anda untuk mempertingkatkan penguasaan kemahiran jawi di
kalangan muslim SM St.Michael,Penampang.
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SM ST.MICHAEL,PENAMPANG
54
TAJUK :
MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA SEJARAH TINGKATAN 4
GEMILANG MELALUI KAEDAH KAD MESRA FAKTA
Oleh
NURAIDAH HASSAN
ABSTRAK
Sebahagian besar daripada murid kelas 4 Gemilang tidak dapat menguasai fakta sejarah
dengan baik. Apabila peperiksaan ataupun ujian dijalankan, keputusan yang mereka perolehi
adalah kurang memuaskan. Terdapat seramai 32 pelajar di dalam kelas tersebut. Hasil
daripada tinjauan awal mendapati bahawa sebahagian besar pelajar kelas ini memperolehi
markah setakat lulus dan selebihnya adalah tidak menguasai. Pelajar juga kelihatan tidak yakin
semasa menjawab soalan dan menghadapi kekeliruan untuk memilih jawapan yang tepat.
Secara logiknya, masalah ini berlaku kerana tiada penguasaan fakta yang kukuh di kalangan
pelajar tingkatan 4 Gemilang. Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mencari usaha
yang akan dapat meningkatkan penguasaan fakta sejarah pelajar tingkatan 4 Gemilang. Oleh
itu, murid telah diterapkan dengan pendekatan pembelajaran melalui kaedah mesra fakta
sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi pencapaian mereka. Berdasarkan perbandingan
ujian peringkat pra dan pasca serta pemerhatian sikap murid, kajian ini dianggap berjaya
kerana terdapat peningkatan peratus lulus dalam mata pelajaran sejarah. Pelajar juga lebih
bersemangat menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran dan kelihatan yakin semasa
menyampaikan fakta kepada rakan-rakan yang lain.
55
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Sebahagian besar pelajar kelas 4 Gemilang terdiri daripada murid yang lemah dan tidak
bermotivasi untuk belajar. Mereka sering tidak membawa buku latihan dan tidak menunjukkan
minat yang tinggi semasa belajar. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai fakta
dengan baik. Ada yang menyatakan keliru ketika memilih jawapan yang tepat. Anggapan salah
tersebut harus diperbetulkan dan guru sedar bahawa murid harus dibimbing sepenuhnya agar
lebih bermotivasi, yakin kepada diri sendiri serta sedia untuk melakukan perubahan dalam
pencapaian mata pelajaran sejarah.
Pelajar juga didapati tidak mempunyai kemahiran menguasai dan mengingat fakta dengan
baik. Hasil daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan ujian pra serta
pemerhatian sikap pelajar didapati sebahagian besar pelajar tidak menunjukkan kesungguhan
dan minat menyebabkan keputusan peperiksaan tidak memuaskan.
Masalah-masalah di atas merupakan suatu cabaran kepada saya dalam usaha untuk
meningkatkan keputusan yang lebih baik, namun begitu bimbingan perlu diberikan kepada
kelas ini supaya mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dan sekurang-kurangnya
mencapai tahap lulus. Oleh itu kad mesra fakta banyak membantu pelajar menguasai fakta
sejarah serta meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan dan ujian.
2.0 FOKUS KAJIAN
Pada peringkat awal kajian, penilaian dibuat melalui pemerhatian dan keputusan ujian pra.
Hasilnya mendapati sebab utama gagal dalam ujian ialah pelajar tidak dapat menguasai fakta
dengan baik. Pelajar juga tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran sejarah. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai fakta dengan baik.
Fokus kajian saya ialah penguasaan fakta sejarah. Walaupun banyak lagi masalah yang lain,
penguasaan fakta menjadi fokus kajian saya kerana tajuk ini dijangkakan dapat
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran sejarah yang lain seperti pelajar yang tidak
berminat dengan sejarah, tidak dapat mengingati fakta dan tersilap memilih jawapan yang
56
betul semasa peperiksaan. Oleh itu, penggunaan kaedah Kad Mesra Fakta ini sememangnya
dapat meningkatkan penguasaan fakta dalam kalangan pelajar tingkatan 4 Gemilang.
Manakala peringkat penilaian pula, kaedah kutipan data melalui markah ujian pra dan pasca
telah diambil bagi menilai tindakan intervensi bagi tujuan refleksi kajian. Pemerhatian ke atas
sikap murid juga turut diambil kira. Saya dapati terdapat peningkatan keputusan dalam ujian
yang telah dijalankan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mencapai objektif-objektif yang berikut:
3.1 Objektif Umum:
Meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah menggunakan Kaedah Kad Mesra Fakta
dalam subjek sejarah.
3.2 Objektif Khusus:
i. Murid dapat mengetahui teknik penguasaan fakta yang baharu.
ii. Membantu murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan ini merangkumi 32 orang pelajar dari kelas 4 Gemilang.
Kelas 4 Gemilang merupakan kelas yang kedua akhir berdasarkan pencapaian dalam
peperiksaan tingkatan 4.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Berdasarkan kepada keputusan Ujian Pra, semakan buku latihan dan refleksi pembelajaran
kelemahan yang paling ketara ialah pelajar lemah dalam penguasaan fakta. Hal ini
57
menyebabkan pelajar seringkali melakukan kesilapan seperti pemilihan jawapan yang tidak
tepat akibat daripada kurangnya penguasaan fakta. Mekanisme yang akan digunakan untuk
meninjau masalah di atas ialah pelaksanaan satu ujian pra bagi menguji tahap penguasaan
dan daya ingatan pelajar mengenai Bab 6 iaitu Pembentukan Kerajaan Islam dan
Sumbangannya.
5.2 Analisis Tinjauan Awal Masalah
Daripada ujian pra yang dijalankan, didapati tahap penguasaan pelajar masih lemah dan
pelajar gagal menguasai fakta seterusnya tidak dapat mengingat fakta-fakta sejarah bagi
menjawab soalan-soalan ujian dengan betul. Oleh itu, beberapa langkah telah diambil bagi
mendapatkan suatu persepsi yang lebih jelas tentang masalah yang dikaji.
A) Analisis Ujian Pra
Tinjauan masalah telah diperolehi daripada hasil semakan dan analisis keputusan ujian Pra.
Daripada seramai 32 murid yang menduduki ujian, seramai 15 orang murid mencatatkan
kelulusan. Manakala 17murid gagal di dalam ujian tersebut. Analisis keputusan seperti yang
tercatat di bawah;
Jadual 2: Analisis Ujian Pra
BIL RESPONDEN MARKAH
1 M1 7/20
2 M2 7/20
3 M3 5/20
4 M4 8/20
5 M5 6/20
6 M6 5/20
7 M7 5/20
8 M8 9/20
9 M9 8/20
10 M 10 9/20
11 M 11 9/20
58
12 M 12 7/20
13 M 13 7/20
14 M 14 5/20
15 M 15 11/20
16 M 16 9/20
17 M 17 9/20
18 M 18 11/20
19 M 19 8/20
20 M 20 11/20
21 M 21 8/20
22 M 22 13/20
23 M 23 11/20
24 M 24 11/20
25 M 25 9/20
26 M 26 8/20
27 M 27 12/20
28 M 28 6/20
29 M 29 13/20
30 M 30 7/20
31 M 31 11/20
32 M 32 11/20
JUMLAH PELAJAR 32
PERATUS LULUS 47%
PERATUS TIDAK MENGUASAI 53%
59
5.3 TINDAKAN DIJALANKAN
Setelah analisis keputusan dan penilaian refleksi pembelajaran dilakukan, tindakan yang
diambil ialah menggunakan Kaedah Kad Mesra Fakta. Fokus bimbingan berdasarkan kepada
menguasai fakta sejarah secara berkesan. Kaedah ini dijalankan setelah selesai sesuatu topik.
Tajuk yang digunakan untuk P&P ialah Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya.
5.3.1 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN
Berdasarkan analisis data Ujian Pra, saya telah merancang satu aktiviti P&P yang akan
dijalankan selama 3 minggu dan ia melibatkan 32 orang murid sebagai responden. Aktiviti
adalah seperti di bawah:
i. Aktiviti P&P Dengan Menggunakan Kad Mesra Fakta
Aktiviti 1: Guru menerangkan mengenai aktiviti pembelajaran menggunakan kad mesra fakta
yang akan dilakukan pada hari ini.
Aktiviti 2: Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi 5 atau 6
orang ahli.
Aktiviti 3: Guru menyediakan kad fakta (rujuk lampiran). Kad tersebut diletakkan di atas meja
di hadapan kelas.
Aktiviti 4: Seterusnya wakil kumpulan akan pergi ke hadapan kelas dan memilih salah satu
kad di atas meja dan menghafal fakta yang terdapat dalam kad tersebut dalam
beberapa minit.
Aktiviti 5: Murid tersebut akan kembali ke kumpulannya dan menyatakan fakta yang
diperolehinya kepada rakan kumpulan. Rakan kumpulan yang lain pula akan
mencatat fakta di dalam borang yang disediakan (rujuk lampiran). Fakta yang perlu
diisi dalam borang tersebut sama dengan fakta yang terdapat di dalam kad mesra
fakta.
60
Aktiviti 6: Setelah selesai mencatat isi penting kad yang pertama di borang, wakil kumpulan
yang seterusnya bagi setiap kumpulan akan melakukan aktiviti yang sama seperti
di atas hinggalah selesai semua kad. Guru memantau aktiviti murid.
Aktiviti 7: Sesi perbincangan bagi menyemak jawapan setiap kumpulan.
Aktiviti 8: Ujian Pasca.
Refleksi
Melalui hasil pemerhatian saya, aktiviti ini telah berjaya menarik minat murid. Murid juga
berusaha untuk menghafal fakta yang terdapat dalam kad, hal ini kerana murid tersebut akan
berhadapan dengan ahli kumpulan masing-masing. Saya juga mendapati bahawa murid telah
menunjukkan sikap bersungguh-sungguh, hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat pelajar
yang berulang-alik dari tempat duduk dan tempat kad diletakkan. Situasi ini sebenarnya
banyak membantu pelajar dalam mengukuhkan lagi fakta sejarah yang mereka harus ingat.
Kerjasama di antara pelajar dalam kumpulan sangat ketara. Hal ini dapat dilihat apabila
setiap ahli kumpulan memberi perhatian kepada rakan yang menyampaiakn isi-isi penting dan
mencatat. Walaubagaimanapun, terdapat juga kumpulan yang ketinggalan kerana wakil
kumpulan mereka tidak dapat mengingati fakta dengan baik dan terpaksa mengulangi semula
aktiviti menghafal. Hal ini telah memberi cabaran kepada murid yang lambat mengingati apa
yang dihafal.
5.4 REFLEKSI KAJIAN
Berdasarkan analisis keputusan Ujian Pasca yang telah dibuat, didapati pencapaian
keseluruhan murid telah menunjukkan peningkatan yang jelas dan nyata. Hampir keseluruhan
murid telah mendapat markah yang lebih tinggi daripada keputusan ujian pra yang telah
dijalankan pada awal kajian ini dijalankan. Hal ini menunjukkan kaedah Kad Mesra Fakta yang
telah saya gunakan dalam kajian ini sememangnya dapat membantu pelajar dalam
meningkatkan penguasaan fakta sejarah. Perkara ini telah memberi kepuasan kepada saya
61
kerana keputusan Ujian Pasca telah menunjukkan lonjakan markah pelajar yang begitu ketara.
Penilaian terhadap pencapaian murid dilakukan dengan membuat perbandingan keputusan
ujian di bawah;
Jadual 3: Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca
BIL PELAJAR UJIAN PRA UJIAN
PASCA PENINGKATAN /
PENURUNAN
MARKAH MARKAH
1 M 1 7/20 10/20 MENINGKAT
2 M 2 7/20 10/20 MENINGKAT
3 M 3 5/20 8/20 MENINGKAT
4 M 4 8/20 17/20 MENINGKAT
5 M 5 6/20 11/20 MENINGKAT
6 M 6 5/20 9/20 MENINGKAT
7 M 7 5/20 10/20 MENINGKAT
8 M 8 9/20 15/20 MENINGKAT
9 M 9 8/20 15/20 MENINGKAT
10 M 10 9/20 16/20 MENINGKAT
11 M 11 9/20 11/20 MENINGKAT
12 M 12 7/20 15/20 MENINGKAT
13 M 13 7/20 16/20 MENINGKAT
14 M 14 5/20 9/20 MENINGKAT
15 M 15 11/20 17/20 MENINGKAT
16 M 16 9/20 12/20 MENINGKAT
17 M 17 9/20 20/20 MENINGKAT
18 M 18 11/20 18/20 MENINGKAT
19 M 19 8/20 13/20 MENINGKAT
20 M 20 11/20 20/20 MENINGKAT
21 M 21 8/20 12/20 MENINGKAT
22 M 22 13/20 20/20 MENINGKAT
23 M 23 11/20 13/20 MENINGKAT
24 M 24 11/20 15/20 MENINGKAT
25 M 25 9/20 14/20 MENINGKAT
26 M 26 8/20 13/20 MENINGKAT
27 M 27 12/20 17/20 MENINGKAT
28 M 28 6/20 12/20 MENINGKAT
29 M 29 13/20 18/20 MENINGKAT
30 M 30 7/20 14/20 MENINGKAT
31 M 31 11/20 18/20 MENINGKAT
32 M 32 11/20 17/20 MENINGKAT
62
Jadual 4: Analisis Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Mengikut Gred
BILANGAN PENINGKATAN - 32 ORANG
PERATUS LULUS 47% 90%
PERATUS TIDAK MENGUASAI 53% 5%
PERATUS PENINGKATAN - 54 %
Selain itu juga, kaedah ini juga telah mewujudkan satu suasana pembelajaran yang
aktif dan ceria semasa pelaksanaannya di dalam kelas. Terdapat beberapa pelajar
sebelum ini yang pasif dalam pengajaran sejarah telah menunjukkan sikap yang positif
semasa berlangsungnya P&P dengan menggunakan Kaedah Kad Mesra Fakta ini.
Pelajar tersebut kelihatan gembira dan ceria semasa menjalankan aktiviti ini.
Sememangnya kad mesra fakta ini telah membantu pelajar dalam menguasai fakta
sejarah dalam bab 6 iaitu Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kaedah Kad Mesra Fakta ini didapati dapat menarik minat murid untuk lebih
mempelajari subjek sejarah. Murid juga didapati lebih aktif dan bersemangat tinggi
menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga peningkatan
penguasaan fakta di kalangan murid berdasarkan ujian pra dan pasca yang telah
dijalankan. Cadangan kaedah ini juga boleh diperluaskan bagi semua kategori murid
termasuklah murid yang berprestasi cemerlang dan sederhana dalam pembelajaran.
Kaedah ini juga boleh diperluaskan bagi semua kelas tingkatan empat, tiga, dua, satu
dan juga tingkatan lima untuk mengiyakan keberkesanannya.
BIBLIOGRAFI
Nik Hassan Shuhaimi Bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof Bin Ibrahim, Muhammad Bukhari
Bin Ahmad, Rosnanaini Binti Sulaiman. 2002. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nizan Said. 2015. Praktis A++ SPM Sejarah Tingkatan 4. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.
63
TAJUK :
MENGATASI MASALAH KEKURANGAN JUMLAH BAHAN BACAAN
YANG DIREKODKAN DALAM BUKU NILAM MURID TINGKATAN 1
HINGGA TINGKATAN 4 MELALUI PROGRAM MPNJB PUSAT SUMBER
SM ST MICHAEL TAHUN 2017/2018
Oleh
HILDAH JOSEPHINE G KUYUN
ABSTRAK
NILAM ialah singkatan daripada Program Nadi Ilmu Amalan Membaca yang telah mula
dilaksanakan sejak tahun 1999. Program tersebut merupakan satu strategi untuk
menanam minat membaca secara terancang dan tersusun dalam kalangan rakyat
Malaysia, khususnya murid sekolah supaya terbina tabiat dan budaya membaca. Kajian
Tindakan ini dijalankan untuk mengatasi kekurangan jumlah bahan bacaan yang
direkodkan dalam buku NILAM murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 melalui Program
MPNJB Pusat Sumber Sekolah Menengah St. Michael, Penampang. Kajian ini
dijalankan bermula pada bulan Oktober 2017 dan berakhir pada bulan Januari 2018.
Bilangan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah 724 orang murid dan 48 orang guru
kelas dan pembantu guru kelas. Data dikutip menggunakan pendekatan data dokumen
iaitui jumlah bahan bacaan NILAM murid iaitu Januari hingga Oktober 2018 dan jumlah
bahan bacaan dari bulan Januari hingga Disember 2018 dianalisis oleh pengkaji.
Dapatan kajian menunjukkan peningkatan jumlah bahan bacaan yang direkodkan
dalam buku NILAM murid. Jumlah bahan bacaan daripada bulan Januari hingga
Oktober telah meningkat dari 7988 buah bahan bacaan kepada 11495. Pengkaji
mendapati terdapat pemboleh ubah tak bersandar yang lain selain daripada Program
MPNJB yang mempengaruhi pembolehuh ubah bersandar (jumlah bahan bacaan
64
murid.) Pemboleh ubah tersebut ialah tahap disiplin murid untuk membuat bacaan
semasa cuti sekolah. Namun demikian, pemboleh ubah ini boleh dimalarkan pada
kajian yang akan datang dan implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa
penggunaan Program MPNJB wajar dijalankan sebagai satu kaedah dalam
meningkatkan jumlah bahan bacaan murid serta membina tabiat membaca kerana
pendekatan berupa paksaan yang berterusn wajar diambil oleh pihak sekolah.
SENARAI SINGKATAN
MPNJB Majlis Pengiktirafan NILAM dan JOM Baca
1.0 REFLEKSI
Program NILAM telah mula dilaksanakan sejak tahun 1999. Program ini
merupakan salah satu cara untuk menanam minat membaca dalam kalangan
murid supaya terbina tabiat dan budaya membaca. Di samping menjadikan
membaca satu tabiat yang berkesinambungan, program ini juga mampu
menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu.
Kajian tindakan yang dilaksanakan oleh pengkaji tercetus apabila melihat
rekod bacaan NILAM murid ditahap yang kurang memberangsangkan. Oleh itu
bacaan NILAM murid pada bulan Januari sehingga bulan Oktober dianalisis dan
pengkaji mendapati bahawa murid hanya membuat dua bacaan setiap bulan iaitu
satu buku Bahasa Melayu dan satu buku Bahasa Inggeris. Selain itu, terdapat
juga murid yang tidak membuat bacaan dan ini memberi kesan kepada bilangan
murid yang layak untuk mendapat pengiktirafan tahap Jauhari dan tahap NILAM.
65
2.0 FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tindakan ini ialah untuk merancang program yang boleh
meningkatkan jumlah bahan bacaan yang direkodkan oleh murid dalam buku
NILAM mereka. Pengkaji mendapati bahawa rekod bacaan NILAM murid adalah
ditahap yang rendah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini dijalankan untuk meninjau kesan Program MPNJB yang dilaksanakan
oleh pusat sumber sekolah terhadap jumlah bahan bacaan yang direkodkan
dalam buku NILAM murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 tahun 2017.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Untuk menilai sama ada terdapat kesan pelaksanaan Program MPNJB
iaitu Majlis Pengiktirafan NILAM dan JOM Baca 50 Buah Buku Semasa
Cuti Sekolah terhadap jumlah bahan bacaan yang direkodkan dalam buku
NILAM murid.
3.2.2 Untuk menilai sama ada terdapat perbezaan jumlah bahan bacaan
yang direkodkan dalam buku NILAM murid daripada Program MPNJB.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 724 orang murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4 tahun 2017,
Sekolah Menengah St. Michael, Penampang dijadikan sampel kajian.
66
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Pengkaji menganalisis jumlah bahan bacaan yang direkodkan oleh murid dalam
buku NILAM melalui laporan bulanan rekod bacaan NILAM murid yang
dikemaskini oleh guru kelas dalam google drive sekolah. Pengkaji mendapati
jumlah bahan bacaan keseluruhan bagi 724 orang murid selama 10 bulan ialah
11495 buah bahan bacaan. Tingkatan 2 merupakan tingkatan yang menunjukkan
jumlah bahan bacaan tertinggi iaitu 4615 buah bahan bacaan manakala,
terendah ialah tingkatan 3 dengan jumlah bacaan sebanyak 1797 buah bahan
bacaan. Program MPNJB dilaksanakan selama 2 bulan bermula pada bulan
November dan berakhir pada bulan Disember.
67
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Rajah 1 : Peringkat-peringkat dalam Tinjauan Masalah
68
5.3 Tindakan yang dijalankan
Jadual 1 : Jadual Kerja Kajian Tindakan
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
1 Menganalisis data NILAM murid Minggu 4 Data NILAM murid dari
mengikut tingkatan Oktober 2017 bulan Januari – Oktober
dianalisis
Data ini dikemaskini oleh
guru kelas setiap bulan
2 Merancang Majlis Pengiktirafan Minggu 5 Perbincangan dengan
NILAM murid & Program JOM Baca Oktober 2017 jawatankuasa Pusat
50 Buah Buku Sumber sekolah dan
membuat kertas kerja
3 Pelaksanaan Majlis Pengiktirafan Minggu 2 Dirasmikan oleh Pegawai
NILAM murid November 2017 BTPN Sabah, Pn. Lidwina
Semua murid yang telah
mencapai tahap jauhari
dianugerahkan sijil
pencapaian
4 Pelaksanaan Program JOM Baca 50 Minggu 3 & Minggu Semua murid tingkatan 1
Buah Buku semasa cuti sekolah 4 – 4 terlibat
November –
Disember 2017
5 Menganalisis data NILAM murid Minggu 1 Data NILAM murid dari
mengikut tingkatan Januari 2018 bulan November –
Disember dianalisis
6.0 REFLEKSI KAJIAN
6.1 Analisis Rekod Bacaan Buku NILAM Murid
6.1.1 Data Dokumen Sebelum Program dilaksanakan
Data dokumen murid tingkatan 1 hingga tingkatan 4 dianalisis oleh
pengkaji melalui rekod bacaan NILAM setiap kelas yang dikemaskini oleh guru
kelas pada setiap hujung bulan.
69
Jadual 3 : Analisis Jumlah Bahan Bacaan yang direkodkan oleh Murid Pada
Bulan Januari – Oktober
Jumlah Bahan Bacaan Mengikut Tingkatan
Tingkatan/ Amanah Bestari Dedikasi Gemilang Harmoni Ikhlas Jumlah
Kelas - 458 244 1688
598 410 427 3775
1 222 277 487 189 100 157 1108
329 133 0 1417
2 391 1314 635 1116 1101 828 7988
3 270 218 174
4 308 264 383
Jumlah 1191 2073 1679
Rajah 1 : Analisis Jumlah Bahan Bacaan Murid Bulan Januari – Oktober 2017
Secara keseluruhannya, bilangan bacaan tertinggi ialah dari tingkatan 2
iaitu 3775 dengan bilangan murid sebanyak 193 orang. Bacaan terendah ialah
dari tingkatan 3 iaitu 1108 dengan bilangan murid sebanyak187 orang.
70
6.1.2 Data Dokumen Selepas Program dilaksanakan
Data dokumen dianalisis pada bulan Januari 2018 setelah murid
menghantar buku NILAM bagi Program JOM Baca 50 Buah Buku Semasa Cuti
Sekolah.
Jadual 4 : Analisis Jumlah Bahan Bacaan yang direkodkan oleh Murid Pada
Bulan Januari – Disember
Jumlah Bahan Bacaan Mengikut Tingkatan
Tingkatan/ Amanah Bestari Dedikasi Gemilang Harmoni Ikhlas Jumlah
Kelas
1 724 452 731 - 515 269 2691
598 410 427 4615
2 890 1441 849 189 186 296 1797
380 179 49 2392
3 518 434 174 1167 1290 1041 11495
4 417 816 551
Jumlah 2549 3143 2305
71
Rajah 2 : Analisis Jumlah Bahan Bacaan Murid Bulan Januari – Disember 2017
Jumlah bahan bacaan murid menunjukkan peningkatan dalam tempoh
masa dua bulan. Bacaan tertinggi masih didahului oleh murid tingkatan 2 iaitu
dengan bacaan sebanyak 4615 buah bahan bacaan, diikuti oleh murid tingkatan
1 sebanyak 2691, tingkatan 4 sebanyak 2392 dan bacaan terendah ialah murid
tingkatan 3 iaitu sebanyak 1797.
72
6.1.2 Data Dokumen Selepas Program dilaksanakan
Rajah 3 : Perbandingan Analisis Jumlah Bahan Bacaan Murid Sebelum dan
Selepas Program MPNJB
73
Rajah 4 : Perbezaan Jumlah Bahan Bacaan Murid yang direkodkan dalam Buku
NILAM
Peningkatan tertinggi ialah daripada murid tingkatan 1 iaitu sebanyak 1003
tertinggi dengan bilangan murid sebanyak 178 orang. Purata jumlah bahan
bacaan setiap bulan ialah 167 sebelum program dijalankan, manakala setelah
program dilaksanakan selama 2 bulan, jumlah bahan bacaan murid tingkatan 1
meningkat kepada 502.
Murid tingkatan 3 yang menunjukaan jumlah bacaan terendah sebelum
program turut menunjukkan peningkatan purata bacaan daripada 111 kepada
345. Secara keseluruhannya, kesemua tingkatan menunjukkan peningakatan
purata bacaan setelah Program MPNJB dilaksanakan.
74
7.0 IMPAK KAJIAN
Program MPNJB memberikan impak dari aspek pengetahuan dan kemahiran
membaca serta menulis murid, melalui bacaan yang dilakukan oleh mereka
semasa cuti sekolah. Selain itu, majlis pengiktirafan yang dilaksanakan mampu
memberikan suntikan kepada murid untuk membaca lebih banyak buku dan
seterusnya merekodkan dalam buku bacaan NILAM bagi mencapai tahap jauhari
dan NILAM. Ini dapat dibuktikan apabila empat orang murid berjaya membaca
buku melebihi 100 buah buku. Selain daripada itu, 13 orang lagi murid berjaya
membaca 50 buah buku dan ke atas.
Impak terbesar program ini ialah pihak sekolah berjaya menghantar lima
orang murid menyertai Pemilihan Tokoh NILAM (Dua calon Bahasa Melayu dan
Tiga calon Bahasa Inggeris) ke peringkat daerah dengan pencapaian yang
membanggakan. Tiga orang murid SM. St. Michael berjaya mendapat Johan dan
Naib Johan Pemilihan Tokoh NILAM kategori Bahasa Inggeris dan Johan
Kategori Bahasa Melayu. Pencapaian ini telah melayakkan dua orang murid iaitu
Ivan Avannus Jacob Jimbangan (Calon Tokoh NILAM Bahasa Inggeris) dan
Velvette Rozelle Roger (Calon Tokoh NILAM Bahasa Malaysia) untuk mewakili
daerah Penampang ke peringkat bahagian Kota Kinabalu.
Dua calon ini masing-masing berjaya mendapat Johan Tokoh NILAM
Pranegeri Bahasa Malaysia kategori bandar (Velvette) dan Naib Johan Tokoh
NILAM Pranegeri Bahasa Inggeris (Ivan). Sekolah turut mendapat Folio Terbaik
Sekolah Menengah melalui Ivan dan pencapaian Velvette dalam kategori Bahasa
Malaysia telah memberikannya peluang untuk menyertai Pemilihan Tokoh
NILAM peringkat Negeri.
Pengalaman seumpama ini membuka peluang kepada murid yang
terpilih untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan penulisan mereka ke
arah yang lebih baik. Selain itu, murid juga lebih berkeyakinan dan berani
bergaul serta melakukan pembentangan di hadapan orang ramai. Oleh yang
demikian, objektif kajian ini tercapai apabila murid berjaya menambahkan jumlah
75
bahan bacaan dan seterusnya membuktikan kemenjadian murid dalam
penyertaan Pemilihan Tokoh NILAM peringkat daerah sehingga peringkat negeri.
8.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Kajian lanjutan wajar diadakan dengan meneruskan Program MPNJB setiap
tahun dan membuat penambahbaikan dari aspek penglibatan murid dalam
Program JOM Baca semasa cuti sekolah. Oleh itu, pengkaji mencadangkan
supaya suatu aktiviti lanjutan bagi Program JOM Baca ini diadakan selepas cuti
sekolah bagi murid yang tidak membuat bacaan semasa cuti sekolah.
Selain daripada itu, dalam tindakan yang seterusnya pengkaji boleh
mengambil kira beberapa faktor luaran seperti minat murid, promosi program,
peranan guru kelas atau pembantu guru kelas dalam menggalakkan murid
menyertai aktiviti ini, hadiah menarik dan lain-lain.
Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan, pendekatan berupa paksaan
yang berterusan perlu diberikan kepada murid dalam pembinaan tabiat
membaca. Pengkaji juga boleh membesarkan skop kajian dengan meninjau
persepsi murid, warga sekolah, dan ibu bapa mengenai keberkesanan program
ini dalam menambahkan jumlah bahan bacaan murid. Kajian seumpama ini
perlulah diteruskan dalam melahirkan modal insan yang berpengetahuan luas
kerana suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu.
BIBLIOGRAFI
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Nilam yang
ditambahbaik – Panduan Pelaksanaan di Sekolah. Januari 24, 2018 diakses dari
http://www.btp.moe.gov.my
76
LAMPIRAN
TINGKATAN JUMLAH PELAJAR YANG TIDAK JUMLAH PELAJAR YANG JUMLAH
MENYERTAI PROGRAM MENYERTAI PROGRAM PELAJAR
1A
1B 13 23 36
1D 9 26 35
1H 15 21 36
1I 7 31 38
2A 12 21 33
2B 12 24 34
2D 13 22 35
2H 6 28 34
2G 12 20 32
2I 0 32 32
3A 15 11 26
3B 0 32 32
3D 4 28 32
3H 0 32 32
3G 0 33 33
3I 4 28 32
4A 18 8 26
4B 16 9 25
4D 2 31 33
4H 8 24 32
4G 2 31 33
4I 0 27 27
JUMLAH 10 6 16
PERATUS 178 548 724
24.30% 75.70%
Johan : 173 (Erica Doronsoi, 5A)
Naib Johan : 117 (Velvette Rozelle Roger, 5A)
Ketiga : 108 (Jordan Tambaka, 5B)
Saguhati : 105 (Maybellyn, 2A)
77
KAJIAN
TINDAKAN &
INOVASI 2019
78
TITLE :
Fillers Improve Learning, Laughter Energizes, and Retain Serenity
[F.I.L.L.E.R.S]
FILLERS: A Classroom Learning Support
By
FENNY CHIN CHIEW PHING
79
ABSTRACT
Classroom learning is supposed to be interesting and teachers are expected to
present the lesson in such a way that the students are able to learn it. However, the
change in the Form Three textbook has offered a strange and foreign settings to the
29 students of Form 3G in 2019. Understanding, let alone to absorb the contents has
become quite a challenge for them. CEFR, Classroom Assessment (PBD), school
exams and PT3 added-up to their anxiety. Thus, fillers are used by the teacher to
neutralize the situation. FILLER is a classroom learning support activity. Filler
improves their learning, incorporate laughter and energizes the students to retain their
serenity. In other words, it is fun and serene. It is carried out whenever there is extra
time after the day’s teaching and learning process before the period of the day ended
or in-between lesson when the teacher considers necessary. Data for this exploratory
study were collected using self-administered questionnaires and interview with
selected students. Overall, the study revealed, that the students understudied
perceived their teacher as providing substantial levels of information and general
knowledge, which support their learning of the English Language.
.
1.0 REFLECTION OF PAST LESSONS
This action research comes into reality after the first school based examination where
15 of the students failed to produce correct sentences in the writing section. To make
matter worse, 8 out of these 15 students did not write anything for this section. Writing
in PT3 contributes to 40 marks out of the total 100 marks. Hence, it is clear that being
able to write a paragraph or two correctly could help them in passing the English
paper in the exam. During the lesson in class, I found out that these students lack
sufficient knowledge and vocabulary of the language and have not developed
sufficient confidence to express themselves. Being aware of this situation, I come up
with a number of methods and strategy before realising that providing them with wide
vocabulary in the early stage will help them in the long run.
2.0 RESEARCH FOCUS
As a result of the reflection on the previous lessons, as well as the input gained
through the exam papers, I therefore focused this research on the problem of
vocabulary enrichment. My preliminary observations disclose that these students are
lacking of vocabulary because they do not have wide exposure to English words.
80
3.0 TARGET GROUP
Sample of this research is taken from the 3 Gemilang class of 2019; SM St. Michael,
Penampang which consists of 16 girls and 13 boys to a total number of 29. 3
Gemilang is the second last class amongst the six form three classes.
4.0 RESEARCH METHODOLOGY
For the purpose of collecting data for this research, I have gained some feedbacks
from the students through observations, interviews and pre-tests.
4.1 Observations
Observation was done to see what and how the selected students show
understanding of the task before and after the explanation or discussion during
lessons. The observation was done during the implementation day itself where
students are to present their sentences both orally and written in the class during
English lesson. The students are observed in how they choose the words and
compose their sentences.
4.2 Interviews
Several interview sessions were carried out on the target group to gain feedback on
why students refused to write. Interviews were done both before the lessons and
after the explanation and discussion of the writing task. Among the questions asked
were:
i) Why aren’t you writing?
ii) Is it difficult to explain the picture?
iii) What’s the problem you encounter when it comes to writing?
iv) Are you scared of making mistakes, thus you choose not to write?
v) Do you have rough idea on what the picture / the question is all about?
4.3 Pre-Test.
A test was held to determine the students’ area of weakness. It was also held to
evaluate students’ width of vocabulary and if they have any system in writing. This
instrument is used to ascertain the problem faced by the students.
81
5.0 RESEARCH OBJECTIVES
5.1 General Objective
This research was conducted in order for me to:
5.1.1 help students become more confident and familiar with vocabulary by learning
them through a more interesting way.
5.1.2 It is to change the students’ attitude towards learning and the writing
assignments.
Based on my observations on these students, they do not seem to enjoy the writing
lessons. Moreover, they consider the writing task as a burden. Thus, I am focusing on
how to motivate them and change their attitudes besides to attempt them to put their
ideas into words in writing exercises.
5.2 Specific Objectives
5.2.1 to improve teacher’s techniques in teaching and guiding the students to write.
5.2.2. To provide guidance to draw students’ attention in their attempt to write.
5.2.3 To have more vocabulary to guide them to write
6.0 IMPLEMENTATION OF RESEARCH
When the interview sessions and pre-test were completed, mechanical activities were
then given to the students. Loads of guidelines were introduced in stages and
applied in the teaching and learning session for 3 weeks or 9 double lessons periods.
Later on, a post-test was conducted to check the effectiveness of these FILLERS
activities. In implementing this research, I have provided the students with three level
of guidance.
6.1 Fully guided
At this stage the students’ written exercises involve copying or writing what they have
seen, learnt to speak or read. Emphasis is on the accuracy in assembling and
arranging of alphabets into words or words into sentences related to a topic or theme.
Exercises are short. Error is minimised. Practice is frequent and plentiful.
Eg: R E N O M T V I N E N = E N V I R O N M E N T
[RENT, OVER, MOVE, IRON, TIME, INTER, INNER, MERIT, MOVIE, VENOM,
VOMIT, NEVER, NERVE, METER, EVENT, ENTER, ENTIRE, INTERN, MENTION,
MENTOR, MOTIVE, ORIENT, REMOTE, INVENTOR, NONE, OVERTIME, EMINENT,
REMOVE, TINNER, TONER, ETC]
82
6.2 Partially guided
The level of guidance is reduced. By this stage the students’ aural-oral competences
are more developed. They have memorised and internalised a number of useful
active vocabulary. Example of partially guided writing / spoken:
Chain Spelling (making new words from the last letter of the previous word)
Eg:
{BOOK – KITE – ELEVEN- NEVER – RIGHT – TOUGH – HAND – DRIVE –
ELEPHANT – TIGER – READ – DREAM – MADAM – MOVIE – ENGAGE – EXCITE –
ENVIRONMENT …………}
6.3 Slightly guided
At this stage the students were given more time and freedom to write. Guidance (the
theme) is given to help them to organise and sequence their thoughts and descriptions.
FILLERS Activities (Themes) - Describing a process
- Describing an experience
- Write about animals - A description of a scene of an accident
- Describe a person - Writing instructions for a process
- Describe a scene - List down all fruits that you know
- Write about a picture - Words to describe your English teacher
- Parts of a Building - Sports Day
- Write about smartphone
- Describe a Friend
83
The Flow Chart of the Research
Provide students with practices such as Blank-filling exercises, matching of halves of
sentences and substitution tables
Teaching of specific language structure / language forms / words group, categorising, etc:
[eg: words to describe action that you do every day]
Regular writing exercises or spoken activities
Prompt checking and correcting student’s work.
Students’ development in their written expression is constantly assessed.
Giving feedback to students on errors they made and guiding showing them the accurate or
expected answers
84
A Sample Process of Using Substitution Table
(partially guided)
Stage Teacher’s Activity Students’ activity
Instruction Tr goes over the instruction, step by
(1 min) step indicating the use of certain
words and phrases.
Development
Step 2 Tr acts as facilitator whiles the Sts use words or phrases to
(3 mins) students’ make an effort to response substitute and unscramble the words
to the given task. into sentences.
Sts copy out the final version to their
draft.
Students answer the questions asked
orally.
Closure Sample is given to see how students
(1 min) choose the words, assemble them to
form sentences and create
paragraphs.
Tr summarizes the activity by
showing the answer or by asking a
few questions.
7.0 ANALYSIS OF STUDENTS’ PERFORMANCES
(a) Pre and Post Tests
A post-test was carried out two weeks later after the pre-test and clinical treatments.
The treatment processes were done for a duration of six periods where one session
lasts for 5 -10 minutes.
Results of Pre-test and Post-test
Full Marks Marks Pre-test Post-test Difference
20 obtained
No. of students No. of students No. of students
15 - 20 0 1 +1
11 - 15 0 3 +3
6 - 10 6 8 +2
0–5 9 3 -6
85
b) Analysis of Pre-test and Post-test
Generally, all the 15 students in the target group showed improvement in the post-test
after getting many activities were introduced. As shown in the bar graph above, in the
pre-test a total of 9 students either did not write any sentence, however, in the post-
test only 3 out of the 15 students were left in this category. Other students obviously
showed improvement both in marks and attitudes towards the writing skill. In a
nutshell in the post-test, there was no students who did not write his or her answers.
8.0 FEEDBACK OF THE RESEARCH
The feedback of this research shows that the students reap interest and will not feel
bored in their learning processes if there is a suitable way or method to assist them.
Furthermore, it is capable to develop their self-confidence for them to continue
learning.
Although there are still 3 students with 5 marks (full marks is 40), these are the ones
who are quite weak and often not completing the given exercises or finishing their
homework. I should have given them more attention, explained to them and made
sure that they get to grips with making use of all the guidance provided.
I’m pretty happy to see my students of Form 3G starting to have a system and applied
this method for their writing activity. I believe that this method which is providing
86
guidance through provocation in FILLERS have really helped them in choosing the
vocabulary to use in their sentences.
Through this action research it is hoped that students have the motivation to start
using the words and widen their span of vocabulary.
BIBLIOGRAPHY
Lewis, R., Write it out, Evans, London, 1982
White, R., Teaching Written English, George Allen and Unwin, London, 1980
87
ATTACHMENT
THE EFFECTS OF FILLERS ACTIVITIES ON STUDENTS’ PROFICIENCY IN
ENGLISH LANGUAGE
Circle your answers for every statement given below:
5 4 3 2 1
Totally agree Agree Undecided Disagree Totally disagree
01. Do you like to have fillers activities during English lesson? 54 21
02. Are you eager to complete the task given? 3
03. Do you read any English materials (i.e. books, magazines 54 21
etc.) to enhance your general knowledge?
3
04. Do the Fillers Activities help to improve your English
proficiency? 54 21
05. Do Fillers help to improve your writing skills (i.e. sentence 3
construction, grammar etc.)?
54 21
06. Do Fillers help to improve your speaking skills (i.e. language,
pronunciation etc.)? 3
07. Do Fillers help to improve your general knowledge and sharpen 54 21
your way of thinking?
3
08. Do Fillers Activities help to improve your social skills (i.e.
communication, values etc.)? 54 21
09. Do you agree that Filler Activity is a good way to encourage the 3
students to learn English?
54 21
Have you benefited from the Fillers Activities we’ve done all these
while? (i.e. have good time in learning English, enhance 3
communication skills etc.)?
54 21
3
54 21
3
54 21
3
88
TAJUK :
PENGGUNAAN KOSWER HTMLBUDDY DALAM SESI PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN KOD ARAHAN: HTML
Oleh
ELNORA JANE BINTI NICHOLAS
ABSTRAK
Kod arahan : HTML merupakan salah satu daripada tajuk Asas Sains Komputer
Tingkatan 1. Kandungan pembelajaran bagi topik agak banyak dan sukar dikuasai
oleh murid terutama murid yang lemah. Hasil tinjauan mendapati murid tidak
menggunakan tag html yang betul. Ini disebabkan murid tidak mengingati dan
memahami fungsi setiap tag html. Courseware HTMLBuddy mengandungi Nota kod
arahan HTML, Tutorial ringkas untuk membangunkan satu antaramuka website yang
ringkas dan penilaian tentang kefahaman pelajar berkaitan kod arahan HTML selepas
menggunakan courseware HTMLBuddy.
Pendahuluan
Era globaliasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi pembelajaran
pelajar (Ariffin, 2003). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut dalam
menghadapi cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan semuanya boleh
dirangkumkan sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu
perkembangannya kesan ledakan maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran
itu, iklim pembelajaran pelajar yang berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi
mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun demikian, perkara membimbangkan
ialah berlaku kemerosatan kualiti pembelajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar ketika mengikuti pendidikan formal dalam kelas berdasarkan
pencapaian pelajar dalam Subjek Asas Sains Komputer.
89
1.0 Isu Kajian
Subjek Asas Sains Komputer merupakan subjek yang baru diperkenalkan pada tahun
2016. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan pembelajaran
berkaitan kod arahan atau pengekodan kepada murid sekolah rendah dan menengah
dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM). Usaha ini dilaksanakan bagi menyediakan
murid yang mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan masalah menggunakan
coding atau kod arahan dalam bahasa pengaturcaraan. Usaha memperkenalkan
coding ini telah bermula secara berperingkat di mana pada tahun 2016, ia
diperkenalkan kepada murid Tahun 6 melalui mata pelajaran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Di bawah pelaksanaan KSSM peringkat menengah rendah Tingkatan 1
hingga 3, coding di ajar sejak tahun 2016 melalui mata pelajaran Asas Sains
Komputer (ASK). Ia memberi fokus kepada bahasa pengaturcaraan Scratch, HTML
dan Python.
Di pasaran pada ketika ini, tidak menjual buku rujukan untuk Subjek Asas
Sains Komputer. Kesemua nota dan latihan adalah berpandukan kepada buku teks
yang telah dikeluarkan oleh KPM. Sehubungan dengan itu, kajian telah dijalankan di
mana guru subjek telah membangunkan satu koswer HTMLBuddy sebagai bahan
bantu mengajar kepada guru dan murid. Penggunaan koswer ini sebagai bahan bantu
dapat membantu murid untuk lebih memahami isi kandungan mata pelajaran kerana
ini merupakan pengetahuan baru bagi mereka.
2.0 Refleksi Isu Kajian
Berdasarkan kepada isu ini, tinjauan awal dibuat untuk mencari punca dan tindakan
yang wajar setelah kaji selidik dibuat. Pelajar didapati sukar untuk mengingati
kegunaan tags dalam html dan tidak dapat membangunkan laman sesawang yang
interaktif. Kaji selidik telah dijalankan dengan cara penggunaan koswer HTMLBuddy
dalam pdpc di kalangan pelajar. Koswer HTMLBuddy mengandungi 10 nota, tutorial
dan latihan. Nota-nota tersebut telah disusun dan guru memperincikan kegunaan
setiap tags berserta contoh. Melalui kajian ini, didapati murid lebih fokus dan dapat
menghasilkan laman sesawang yang interaktif.
3.0 Objektif Kajian
90
Objektif kajian ini ialah:
a. Membantu pelajar memahami kegunaan setiap tags dalam Kod Arahan: HTML
b. Membantu pelajar untuk lebih kreatif dalam membangunkan laman sesawang
yang interaktif
c. Membantu pelajar menguasai topik Kod Arahan: HTML
4.0 Kumpulan Sasaran
Responden kajian ini terdiri daripada 29 orang pelajar tingkatan 1 Amanah iaitu 18
pelajar perempuan dan 11 orang pelajar lelaki.
5.0 Instrumen Kajian
HTMLBuddy mengandungi 10 nota berkaitan dengan kegunaan tags html, tutorial
yang menjadi panduan kepada murid untuk membangunkan satu laman sesawang
yang interaktif dan latihan bagi menguji tahap kefahaman murid dalam
membangunkan laman sesawang yang interaktif.
Antaramuka Koswer. Murid akan menekan butang hijau untuk masuk ke dalam
program.
91
Antaramuka koswer setelah pelajar masuk ke dalam program. Terdapat 10 nota
lengkap yang terdapat di dalam koswer ini iaitu Pengenalan HTML, Papan cerita,
Tag, Paragraph, Banner, Frame, Menu, Pauntan Teks & Imej, Pull-down menu
dan Ruang komen.
Bahagian nota untuk Tag
92
Bahagian nota untuk Paragraph
Bahagian nota untuk Banner
93
Bahagian nota untuk frame
Bahagian nota untuk menu
Bahagian nota untuk Pautan Teks dan Imej
94
Bahagian nota untuk Pull-Down Menu
Bahagian nota untuk Ruang Komen
Setiap nota telah dilengkapi dengan nota serta gambar rajah yang sesuai. Melalui
nota ini, murid akan mengetahui kegunaan setiap tags kod HTML.
Satu tutorial juga telah disertakan dalam koswer ini di mana kegunaan tutorial tersebut
adalah membantu murid untuk membangunkan satu laman sesawang yang interaktif.
95
Apabila menekan butang Tutorial, murid akan dibawah masuk ke dalam program
ini. Ini merupakan antaramuka program bagi Tutorial. Kegunaan butang rumah
adalah untuk kembali ke menu nota dan butang X untuk keluar dari program.
Langkah 1 : keperluan perisian
96
Langkah 2 : Cipta fail grafik
Langkah 3
Langkah 4 : Cipta Fail HTML. Murid akan menekan butang notepad dan akan
keluar satu paparan notepad di skrin. Ini memudahkan murid untuk menaip kod
arahan HTML.
97
Antara kod arahan yang perlu ditaip oleh pelajar.
Latihan yang ada di dalam koswer ini adalah bertujuan untuk menguji tahap
kefahaman pelajar setelah selesai membuat tutorial.
Antaramuka Latihan setelah pelajar menekan butang Latihan di menu nota.
98
Pelajar perlu menekan butang biru dan akan muncul paparan perisian notepad
pada skrin.
Langkah-Langkah Tindakan
Guru telah mengambil masa empat minggu untuk menjalankan penggunaan koswer
ini dalam PDPC.
• Minggu pertama : Penggunaan Nota
• Minggu kedua : Penggunaan Nota
• Minggu ketiga : Penggunaan Tutorial
• Minggu keempat : Penggunaan Latihan
6.0Analisis Kajian
Melalui dapatan kajian, didapati semua pelajar dapat memahami kegunaan tags
dengan betul. Ini dapat dilihat daripada jawapan pelajar dalam soalan peperiksaan
akhir tahun. Seramai 27 orang pelajar juga dapat membangunkan satu laman
sesawang yang interaktif. Secara keseluruhannya, didapati pelaksanaan kajian
terhadap responden memberi kesan positif biarpun tidak secara menyeluruh. Ini
merupakan satu peningkatan yang amat memberangsangkan walaupun kajian hanya
dilaksanakan dalam tempoh yang singkat.
99
7.0 Refleksi
Hasil dapatan kajian tindakan mendapati tahap pencapaian dan penguasaan pelajar
terhadap isu yang dibawa dapat ditingkatkan dengan jayanya. Namun begitu, untuk
meningkatkan lagi ke tahap cemerlang memerlukan komitmen serta usaha gigih guru-
guru dan setiap ahli kumpulan agar matlamat yang diharapkan dapat direalisasikan
secara sempurna.
Semasa pelakasanaan kajian ini, terdapat pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi
iaitu dari segi kekangan masa, kekangan kerja sampingan, kerjasama responden dan
lain-lain lagi.
Namun, segala kekangan tersebut dapat diatasi apabila kerjasama daripada Panitia
dan guru-guru Asas Sains Kompuetr lain yang memberi buah fikiran dan bantuan
serta sokongan padu untuk menjalankan kajian tindakan ini. Berdasarkan kajian ini
diharap tindakan yang sewajarnya dapat dibuat secara berterusan.
8.0 Penutup
Kesimpulannya, kajian yang dijalankan telah menampakkan kesan yang memuaskan
bukan sahaja peningkatan markah pelajar tetapi semangat pelajar-pelajar untuk lebih
berusaha dan bermotivasi untuk meningkatkan pencapaian akedemik secara
keseluruhan. Keadaan yang wujud ini telah membantu guru subjek untuk merancang
dan seterusnya melaksanakan P&P secara efektif pada masa akan datang. Justeru
usaha murni ini perlu dimurnikan untuk merealisasikan objektif yang telah disebut di
awal kajian ini. Usaha perlu diteruskan selaras dengan perubahan yang berlaku dari
semasa ke semasa.
100