Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan keberkesanan, iaitu mengenal pasti
kedudukan negeri di Semenanjung Malaysia dengan menggunakan teknik ALUAN dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan prestasi dalam topik “PETA” Geografi
Tingkatan 1, 2 & 3.
3.0 PRODUK KAJIAN
Langkah 1: Ingat Laluan N Terbalik
Pastikan pelajar mengenali laluan N terbalik
Langkah 2: Ingat Ayat
151
Polis Kejar Pencuri Perak Sampai Naik Motor Jatuh Patah Kaki Tangan
Perkataan polis kejar pencuri perak sampai naik motor jatuh patah kaki tangan
Negeri Perlis Kedah Pulau Perak Selangor Negeri Melaka Johor Pahang Kelantan Terengganu
Pinang Sembilan
Langkah 3: Selarikan Ayat Tadi dengan N Terbalik
152
Bil. Nama Praujian Pascaujian/ Beza
1 AARON DAVIDSON (6 markah) Ujian sumatif 4
2 ABRAHAM LEO STEPHEN 7 11 5
3 ADYLEE ARISEN 6 11 5
4 ASHLEY ROSSARIO HENDRY GINING 6 11 5
5 BAYAD BILLY ALEXANDER 6 11 5
6 HAZEL EVE BINTI BINNANDO 6 11 4
7 JASMINE P MOLIDU 7 11 5
8 JOEY J SEBASTIAN MAJANGKUN 6 11 5
9 JOSELLAH JOSEPHAT JIMBANGAN 6 11 5
10 MARK MADI 6 11 4
11 MUHAMMAD NUR REZAM ZULKHAIRI 7 11 5
12 NATALIE JOY BAARY KAALING 6 11 5
13 PETER AARON LIDADUN 4
14 STEPHENSON SHAWN STEPHEN 6 11 5
15 VANETTA VIRGIL JAMES 7 11 5
6 11
6 11
153
Hasil aktiviti murid
A.
B.
154
4.0 REFLEKSI KAJIAN
Pengajaran Teknik “ALUAN” adalah amat penting. Teknik mengenal pasti kedudukan
negeri di Semenanjung Malaysia adalah berkesan.
Pengajaran teknik ini dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam topik tersebut.
5.0 CADANGAN
Faktor sampel
Bilangan sampel yang terlibat haruslah diperbanyakkan lagi
7.2 Faktor masa
Penyelidik bolehlah menjalankan kajian dalam masa yang lebih lama.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya pelajar boleh menggunakan teknik ”ALUAN ” dibuktikan
memberi kesan baik dalam peningkatan prestasi pelajar.
Oleh itu, penggunaan hafal teknik dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
digalakkan.
155
TAJUK :
MENINGKATKAN JUMLAH MARKAH PEPERIKSAAN MURID 1
IKHLAS DENGAN MENGGUNAKAN
KAEDAH U n U (Ulang dan ulang)
Oleh
FARIDAH BINTI SAHAK
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang
dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1 Ikhlas. Seramai 39 orang pelajar 1Ikhlas, SM St
Micheal, Penampang dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian peperiksaan penggal pertama. Hasil tinjauan menunjukkan
pelajar tidak mengingati topik-topik pembelajaran yang telah diajar dan pengusaan
mereka amat tidak memuaskan. Perancangan tindakan ditumpuhkan kepada
melaksanakan sesi pengajaran dengan menggunakan teknik penyelesaian masalah.
Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkandaya ingatan –
Teknik ‘U n U’. Pelajar telah didedahkan kepada teknik ‘U n U’ sepanjang masa sesi
pembelajaran sehingga akhir tahun. Keputusan peperiksaan setiap penggal
menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Dapatan menunjukkan peningkatan daya
ingatan pelajar semakin meningkat dan adalah menjadi harapan agar kajian yang
dijalankan akan membantu pelajar yang terlibat mencapai prestasi yang lebih baik
dalam setiap peperiksaan penggal dan seterusnya dapat meningkatkan dan
mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
156
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
Kelas tingkatan 1 Ikhlas merupakan kelas yang mempunyai seramai 39 orang pelajar
yang lemah dalam mata pelajar RBT tahun 2019. Target untuk mendapatkan markah
50 % adalah 10 orang dan yang selebihnya hanya mencapai markah lulus sahaja.
Kebanyakan pelajar di dalam kelas ini sangat lemah dalam memahami Bahasa
Melayu. Masalah ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami setiap soalan
yang akan mereka temui.
Kelas tingkatan 1 Ikhlas merupakan kelas yang mempunyai seramai 39 orang pelajar yang
lemah dalam mata pelajar RBT tahun 2019. Target untuk mendapatkan markah 50 % adalah
10 orang dan yang selebihnya hanya mencapai markah lulus sahaja.
Kebanyakan pelajar di dalam kelas ini sangat lemah dalam memahami Bahasa Melayu.
Masalah ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami setiap soalan yang akan mereka
temui.
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan :
Pemerhatian
Saya telah membuat permerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan
pelajar menunjukkan keputusan markah peperiksaan yang sangat membimbangkan.
Sebagaimana kebiasannya, pelajar kurang bersungguh dan kurang berminat mengambil
bahagian di dalam aktiviti P & P yang dijalankan.
Peperiksaan sekolah
Peperiksaan sekolah bagi mata pelajaran RBT mengesan sejauh mana kefahaman dan
ingatan pelajar mengenai topik yang telah diajar. Selepas saya menyemak jawapan pelajar,
saya memulangkan kertas jawapan pelajar dan membincangkan jawapannya. Semasa
perbincangan jawapan, saya dapati pelajar kurang mengingati topik yang diajar.
157
2. OBJEKTIF KAJIAN
Meningkatkan markah peperiksan Reka Bentuk dan teknologi dikalangan pelajar tingkatan 1
Ikhlas
Membantu pelajar mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi
Meningkatkan kualiti Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi dalam Peperiksaan
Sekolah dan Peperiksaan Awam
3.0 CARA MELAKSANAKAN AKTIVITI
Lima minit yang pertama setiap kali P & P guru memberi latihan atau latih tubi secara lisan di
dalam kelas. Pada awal P & P, akan memberikan penerangan tentang tajuk yang dipelajari
pada hari tersebut dengan bantuan powerpoint dan buku teks.
Dalam masa penerangan guru, sesi soal jawap berkaitan tajuk yang dipelajari akan berlaku.
Selepas aktiviti penerangan guru, guru akan mengarahkan pelajar untuk membuat nota
dengan mengikut kehendak apa yang telah guru tulis di papan tulis. Nota yang diberikan oleh
guru adalah berbentuk soalan. Pelajar perlu mencari jawapan tersebut dalam buku teks.
Aktiviti ini akan membuatkan pelajar mengulang membaca semula apa yang telah guru
terangkan sehingga mereka mendapat jawapan yang sebenar.
Selesai membuat nota, (oleh kerana pelajar menggunakan buku aktiviti ) pelajar diarahkan
membuat latihan dalam buku aktiviti mengikut tajuk yang telah diberikan oleh guru
Sebelum masa P & P berakhir, sekali lagi guru akan menyoal pelajar berkaitan dengan tajuk
yang telah dipelajar hari ini.
Latihan dan soalan-soalan tidak berakhir disini tetapi akan diulang semua semasa P & P
berjalan pada masa yang seterusnya dan akan diulang juga soalan yang sama semasa kelas
tambahan dijalankan diatas kertas yang telah disediakan oleh guru.
Guru juga akan membuat pembetulan bersama pelajar pelajar pada hari yang berikut
selepas guru menyemak jawapan pelajar. Aktiviti ini sekali lagi membuatkan pelajar
mengulang semula latihan yang telah mereka buat.
158
Selesai tajuk besar atau setiap bab, sekali lagi pelajar akan membuat latihan yang diberikan
oleh guru. Soalan yang sama sekali lagi akan pelajar temui.
Setiap kali lepas kelas, saya mengingatkan pelajar supaya membaca dan menghafal soalan
serta jawapan yang telah saya berikan kepada mereka.
Berdasarkan pencapaian peperiksaan pada penggal yang pertama, dapatan saya ujian
peperiksaan sangat mencemaskan. Namun bagaimanapun setelah Teknik ‘ U n U ’
digunapakai dalam pengajaran dan pembelajar, hasil dapat saya, ada perubahan markah
dan ada peningkatan markah pada pelajar walaupun tidak seperti yang diharapkan.
Berikut adalah markah-markah peperiksaan yang pelajar telah jalankan :
Markah peperiksaan tingkatan 1 Ikhlas.
# Nama pelajar yang telah diwarna menunjukkan pelajar yang sangat lemah dalam kelas
Berikut, adalah Post Mortem Peperiksaan Kelas 1 Ikhlas 2019 bagi Mata Pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi
159
KEPUTUSAN KESELURUHAN
A NA LISIS tov ETR1 ETR2 ETR3 ETR4 PT3 Bi l 1 Bi l 2 BI L.3 Bi l . 4 PT3 BIL1 BIL2 BIL3 BIL4 PT3
0 0 0 0 0 0
0-9 F5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 39 0 0 0 0 39
1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
10-19 F4 7 1 0 0 0 0 1 7 4 1 0 00 0 00
11 18 14 6 0 0 5 5 1 1 0
20-29 F3 6 4 7 9 6 0 4 14 8 11 0 17 4 10
8 8 6 11 19 24 6 6 16 11 0
30-34 F2 6 8 11 11 11 9 16 6 9 9 0 45 1 10
0 0 1 2 3 6 7 0 1 5 0
35-39 F1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 -14 0 2 11 0
39 39 39 39 39 39 0 0 0 0 0
40-49 E 39 38 39 39 39 2 -1 7 5 0
4.97 4.87 4.56 4.15 3.72 3.46 4.49 5.53 5.05 4.77 6.00
50-59 D 20 20 25 33 39 39 29 12 26 26 0 8 0 -2 -10 -24
51 74.4 31.6 66.7 66.7 0.0
60-69 C 51.3 64.1 84.6 100.0 100.0 -1 -11 -10 -6 -9
70-84 B 0 -1 -2 -2 -6
>85 A 00 0 00
Total
GPS -0.38 0.96 0.90 1.05 2.54
Bil Lulus 9 -13 -7 -13 -39
% lulus
4.0 REFLEKSI KAJIAN
Pencapaian pelajar dalam peperiksaan sekolah yang telah dijalankan menunjukkan ada
peningkatan markah yang agak ketara. Masih terdapat pelajar yang gagal dalam
peperiksaan namun walaupun sedemikian ada perubahan sedikat pada jumlah markah
yang perolehi. Saya sepatutnya harus lebih bertegas terhadap segelintir pelajar yang agak
malas dan bersikap sambil lewa.
Saya berasa gembira apabila ada pelajar dari kelas tingkatan 1Ikhlas yang mampu
meningkatkan markah peperiksaannya agak tinggi sedikit dari apa yang saya harapkan.
5.0 RUMUSAN
Hasil dari penyelidikan yang saya jalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian saya ini
dapat dimanfatkan dan dijadikan proses P & P lebih berkesan lagi.
160
HAFAZ LANCAR SURAH.
OLEH
AG MOHD YAAKUB BIN AWG BAKAR
161
Abstrak
Hafazan sememangnya satu bidang yang amat dibimbangi oleh pelajar-
pelajar saya. Mereka menganggapnya sebagai satu kemahiran yang sukar dikuasai. Selalunya
mereka tidak akan dapat menguasai surah yang melibatkan kemahiran hafazan. Ini
menyebabkan soalan dalam bidang tilawah yang memerlukan pelajar menjawab dengan
berpandukan kepada daya ingatan mereka akan ditinggalkan kosong oleh pelajar atau
sekadar meneka jawapan yang disediakan. Saya memfokuskan kajian ini kepada kemahiran
menghafaz surah, dan memilih 12 orang pelajar Tingkatan 5 sebagai kumpulan sasaran.
Tinjauan awal telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian dan Ujian
Diagnostik. Perasaan negatif yang ketara ialah perasan ‘kurang yakin’. Ini mungkin
disebabkan Kemahiran bacaan yang lemah . Keputusan Ujian Diagnostik pula menunjukkan
cuma 60% pelajar dapat menjawab soalan berbentuk fokus kajian dengan betul dan peratus
ini merupakan peratus terendah berbanding bentuk-bentuk soalan lain.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan kad ayat dan lagu
dalam hafazan yang diperkenalkan dapat menyakinkan pelajar tentang wujudnya kaedah
lebih mudah untuk menghafal.Perbandingan keputusan sebelum aktiviti dijalankan dengan
selepas aktiviti dijalankan amat memberangsangkan. Bilangan pelajar yang telah menguasai
hafazan telah meningkat kepada 80. Ini bermakna tindakan yang diambil dalam kajian
tindakan ini adalah tepat dan berkesan.
Walaupun pelbagai halangan dihadapi sepanjang melaksanakan kajian ini,
saya berpuas hati apabila melihat pelajar lemah dapat menguasai bidang hafazan dengan
baik.
162
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU
SM.St.Michael merupakan sebuah sekolah yang digolongkan dalam kategori
sekolah luar Bandar dan pelajar kurang pendedahan tentang agama. Oleh itu, mata
pelajaran Pendidikan Islam sering diambil mudah dan dipandang sebagai mata pelajaran
yang sukar oleh sebilangan pelajar. Mereka menganggap mata pelajaran Pendidikan Islam
menjadi satu bebanan kepada mereka kerana mereka terpaksa berhadapan dengan
beberapa pecahan bidang yang terdapat di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti
aqidah, ibadah, sirah, tilawah al-Quran, akhlak, jawi dan amali. Bidang tilawah Al-Quran
contohnya, mempunyai beberapa pecahan kemahiran yang perlu dipelajari seperti bacaan
surah, hafazan dan pengertian surah. Bidang hafazan misalnya, amat memerlukan
penumpuan yang penuh dan teliti terhadap surah-surah yang ingin dihafaz dan ini berlainan
dengan mata pelajaran lain yang boleh dipelajari dengan hanya membaca dan memahami
formula atau fakta tertentu dan tidak memerlukan kepada hafalan.
2.0 FOKUS KAJIAN
Hasil daripada ujian pra, saya dapati seramai 12 orang pelajar tingkatan 5 gagal
mentasmiq hafazan dengan baik di hadapan guru. Terdapat juga sebilangan pelajar yang
cuma dapat menghafaz separuh dan ada juga pelajar yang menghadapi masalah untuk
menghafaz dengan bacaan yang betul dari aspek makhraj huruf, tajwid dan sebagainya.
Sesetengahnya pula tidak dapat membezakan di antara hujung atau permulaan ayat yang
mempunyai bunyi yang hampir sama. Kelemahan ini dikenal pasti berpunca daripada kaedah
pengajaran guru yang kurang menarik minat murid, dan kekurangan bahan bantu mengajar
yang lebih berkesan dan juga sikap murid itu sendiri.
163
Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi dengan berkesan, maka
dikhuatiri, pelajar-pelajar ini akan menghadapi masalah untuk menghafaz surah-surah
dalam peringkat yang berikutnya dan ini boleh berlanjutan sehingga mereka menduduki
exam sebenar.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am:
Meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam
khususnya dalam bidang hafazan dan para pelajar dapat menggunakan kaedah hafazan yang
bersesuaian dengan kemampuan diri masing-masing.
3.2 Objektif Khusus:
i. Pelajar dapat membaca surah hafazan dengan baik, fasih, lancar dan
bertajwid
ii. Pelajar dapat menghafaz surah hafazan dengan betul, lancar dan
mengikut hukum tajwid.
iii. Pelajar dapat menghafaz makna ayat-ayat dalam surah hafazan
denga betul.
164
4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua pelajar tingkatan 5 dijadikan kumpulan sasaran bagi kajian ini dengan lebih
memfokuskan kepada 8 orang pelajar tingkatan 5 yang gagal dalam ujian pra sebelum ini.
5.0 PROSEDUR KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal
Kesukaran pelajar untuk memahami konsep dan kaedah hafazan yang
sebenar dan mudah merupakan cabaran utama yang perlu saya rungkaikan untuk membantu
mereka meningkatkan keyakinan diri mereka terhadap bidang hafazan ini. Permasalahan
pelajar-pelajar ini dapat saya perincikan kepada aspek-aspek berikut:
(a ) Pengetahuan sedia ada pelajar tentang surah yang akan dihafaz
(b) Sejauh mana pelajar terdedah kepada bacaan dan hafazan al-quran
(c) Permasalahan yang pelajar hadapi untuk menguasai kaedah hafazan.
Untuk membuktikan kewujudan masalah kajian, kaedah yang saya
gunapakai ialah ujian dan soal selidik.
Aktiviti 1: Penggunaan power point dan kad ayat.
• Guru telah menyediakan satu bahan power point tentang surah yang dihafaz
dan juga hiasan-hiasan.
• pelajar diperdengarkan dengan bacaan surah yang dipilih dari beberapa orang
165
qari melalui komputer.
• pelajar juga telah dihidangkan dengan kad ayat surah yang dihafaz.
• pelajar telah mendengar bacaan dari surah yang dibacakan qari tersebut
melalui komputer.
• Guru memperkenalkan beberapa kalimah yang sukar dan pelajar dilatih
menyebut kalimah-kalimah tersebut berulang-ulang secara individu,
kumpulan dan kelas.
Pemerhatian.
Hasil daripada pemerhatian saya, pelajar didapati tertarik dengan bahan yang
disediakan. Ini mendorong mereka mengikuti setiap langkah yang dijalankan dengan baik
dan memberikan kerjasama kepada guru semasa P&P dijalankan.
Refleksi.
Menerusi aktiviti ini, pelajar dilihat menunjukkan minat untuk menghafal. Ini
memberikan kepuasan kepada saya.
166
Aktiviti 2: Penggunaan lagu dalam hafazan ayat dan makna
• Guru memperkenalkan pelajar kepada kaedah hafazan secara berlagu.
• pelajar diperdengarkan dengan bacaan guru.
• Lagu yang telah diperkenalkan bukanlah merupakan lagu-lagu yang sukar
seperti dibaca oleh para qari tetapi merupakan lagu yang mudah dan
bersifat kanak-kanak dan dekat di hati mereka.
• pelajar-pelajar menghafaz ayat satu persatu bersama makna ayat secara
berlagu.
• pelajar mengulang ayat bersama makna secara berulang kali dan pelajar
telah didedahkan dengan posisi yang berbeza semasa mereka mengulang
hafazan.
• pelajar diarahkan berdiri, duduk, berpaling ke kanan dan ke kiri sambil
mengulang ayat yang dihafaz. Ini diharap dapat mengelakkan pelajar
daripada berasa bosan semasa sesi hafazan dijalankan.
• pelajar-pelajar ini juga telah dirakam suaranya, dan seterusnya murid lain
akan menilai hafazan murid-murid tersebut dan diminta mentasmiq
hafazan ayat dan makna ayat tadi sesama rakan mereka sebelum mereka
mentasmiq di hadapan guru.
• pelajar-pelajar yang diyakini dapat menghafaz dengan baik telah dilantik
sebagai pelajar turus untuk membantu rakan-rakan mereka yang belum
dapat menghafaz dengan fasih dan lancar.
167
Pemerhatian.
Hasil daripada pemerhatian saya, menerusi aktiviti ini pelajar didapati
menunjukkan peningkatan dalam hafazan.
Refleksi.
Menerusi aktiviti ini, pelajar dilihat menunjukkan minat untuk menghafal.
Ini memberikan kepuasan kepada saya setelah didapati hafazan pelajar semakin meningkat
dari semasa ke semasa walaupun masih terdapat pelajar yang tidak dapat menghafaz
dengan baik.
5.2 PENILAIAN.
Ujian Hafazan :
Pengukuran kejayaan kajian tindakan ini dapat diukur semasa sesi P&P dan
peperiksaan pertengahan tahun yang telah dilaksanakan. Saya dapati pelajar
dapat menghafaz dengan baik dan menjawab soalan yang diberikan dengan
lebih bersedia dan yakin.
168
5.3 REFLEKSI KAJIAN
i. Pencapaian murid
a. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dinilai daripada lembaran kerja yang
diberikan kepada pelajar, ujian hafazan semasa sesi P&P dan ujian pertengahan tahun
didapati mempunyai peningkatan yang memberangsangkan.
ii. Aktiviti yang dijalankan
a. pelajar dilihat tertarik dengan aktiviti yang disediakan dengan dibantu oleh bahan
bantu mengajar yang menarik minat murid.
iii. Kajian tindakan ini.
a. Saya amat yakin bahawa kajian tindakan ini dapat memberi
manfaat kepada pelajar-pelajar. Ini juga membantu saya melihat
kejayaan pelajar dan seterusnya memberikan kepuasan kepada
saya setelah melihat pelajar berjaya.
169
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Kajian tindakan yang saya jalankan ini adalah sebahagian dari masalah yang
sering dihadapi oleh saya dalam proses P&P. Masalah ini sedikit sebanyak
mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar saya.
Pada kajian yang seterusnya saya bercadang untuk memfokuskan kepada caracara untuk
membantu pelajar yang tidak dapat menguasai tulisan jawi dengan baik. Ini kerana, melalui
pemerhatian saya, saya dapati masih ramai pelajar belum mempunyai kemahiran yang baik
dalam menyambung huruf-huruf jawi. Ini menyebabkan mereka menyambung apa sahaja
huruf yang diberi tanpa mengetahui huruf tersebut boleh disambung atau sebaliknya.
Dengan kajian ini, saya berharap dapat menyelesaikan masalah tersebut dan
dapat membantu pelajar menguasai tulisan jawi dengan baik .
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SM ST.MICHAEL,PENAMPANG
170
ORA ET LABORA
SM. T. MICHAEL, PENAMPANG
PETI SURAT 66,
89507 PENAMPANG, SBAH
TEL: 088-711541 FAX : 088-712541
171