diselenggara oleh
Latifah Abdul Majid
Nor Syamimi Mohd
Ibnu Khaldun
Muhd Najib Abdul Kadir
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangssan Malaysia
Bangi. 2022
Cetakan Pertama, 2022
© Hak cipta, Fakulti Pengajian Islam UKM, 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan
semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk
atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar
serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran
bertulis daripada penerbit terlebih dahulu.
Atur huruf oleh
ABDULLAH IRFAN BIN ABD RANI
SITI SYUHADA BINTI ABIDIN
HUSNUL MAHFUZ BIN MUHAIMIN
NURHAYATI BINTI MOHD ZAN
NUR SOFYA AZZAHRA BINTI ROSLI
Reka Bentuk Kulit
NUR SOFYA AZZAHRA BINTI ROSLI
Diterbitkan oleh
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 8921 5350/4684 Faks: +603 8925 3902
Prosiding Webinar Antarabangsa
Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Prakata Kandungan ix
TEMA I 1
BAB 1 Metodologi Penulisan dan Pentafsiran Tafsir di Nusantara 8
BAB 2 Analisis Pemikiran dan Metodologi Tafsir an-Nur Karangan 18
T.M Hasbi Ash-Shiddieqy
BAB 3 Muhammad Ilham Mohd Hasril, Amir Humaidi Adnan, 27
Hasan Mamat, Mohamad Ilham Fahmi Shukeri, 39
BAB 4 Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd 54
BAB 5 64
Analisis Metode Penulisan dan Pentafsiran Tuan Guru Nik
BAB 6 Aziz dalam Kitab Tafsir al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat:
Surah al-Fatihah
BAB 7 Siti Waliah Amirah Ramlie, Dayang Nur Izzah Abang Mohd
Ismail, Nur Sofya Azzahra Rosli, Siti Syuhada Abidin,
Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
Manhaj Pentafsiran Tuan Guru Nik Aziz dalam Kitab
Tafsir al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah al-Ikhlas,
al-Falaq dan al-Nas
Muhammad Haniff Rizal, Mohammad Amzar Aiman Abdul
Abdul Latif, Abdul Rahman Razali, Mohd Hisham Jaffar,
Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
Analisis Tafsir ‘Ilmi dalam Kitab Tafsir Mubin
Nurul Nadiah Mustaza, Nur Aqilah Mohd Hakimi,
Nik Siti Hajar Ahmad Azhar, Izyan Ayuni Mustapa,
Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
Analisis Tafsir ‘Ilmi berkaitan Ayat-Ayat Astronomi
dalam al-Quran Menurut Tafsir al-Azhar
Nur Liyana Laili Mohd Nazir, Nurul Ain Shafiqah Mohd Zain,
Ros Ilyani Anis Rosli, Siti Nur Ain Azman,
Muhd. Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
Tafsir al-Azhar Karya Prof Hamka: Analisis Metode Penulisan
dan Penafsiran
Abdullah Irfan Abd Rani, Husnul Mahfuz Muhaimin,
Muhammad Khairul Darus, Sheikh Ammar Muhsin Sh Arifin,
Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
Tafsir Al-Quranul Karim Karya Zainal Ariffin Abbas,
A. Halim Hassan & Abd Rahim Haitami
Balkis Ahmad Darbi, Nurul Nazihah Abtar,
Nur Syamimi Mohd Saufi, Siti Nurhaliza Abdullah,
Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
v
BAB 8 Perbandingan Manhaj Tafsir Haraki menerusi Surah al-Saf 78
antara At Tibyan dalam Mentafsirkan al-Qur’an: Surah As Saff
TEMA II Karya Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dengan 103
BAB 9 Fi Zilal al-Quran Karya Sayyid Qutb 110
BAB 10 Syamsul Hadi Abdul Sukor & Muhd Najib Abdul Kadir 118
BAB 11 127
BAB 12 Perkembangan dan Penulisan Ilmu Hadis di Nusantara 138
BAB 13 150
BAB 14 Karya Hadith Arba‘in di Malaysia Awal Kurun ke 20 Masihi 158
BAB 15 Abdullah Irfan Abd Rani, Husnul Mahfuz Muhaimin,
Muhammad Khairul Darus, Sheikh Ammar Muhsin Sh Ariffin
& Latifah Abdul Majid
Penulisan Hadis Arba’in di Malaysia pada Kurun ke 21 Masihi
Siti Waliah Amirah Ramlie, Dayang Nur Izzah Abang Mohd
Ismail, Nur Sofya Azzahra Rosli, Siti Syuhada Abidin &
Latifah Abdul Majid
Perkembangan Penulisan dan Ilmu Hadith di Indonesia
antara Tahun 1900 hingga 1950
Muhammad Farhan Wahairi, Muhammad Zulfadhli Ashari,
Muhammad Hanif Ismail, Muhammad Yusoff Badrulhisham, &
Latifah Abdul Majid
Perkembangan Penulisan dan Ilmu Hadith di Indonesia antara
Tahun 1950 hingga 2000
Nurul Nadiah Mustaza, Nur Aqilah Mohd Hakimi,
Nik Siti Hajar Ahmad Azhar, Izyan Ayuni Mustapa &
Latifah Abdul Majid
Tokoh dan Tema Penulisan Karya Hadith di Indonesia
dari Tahun 1950 hingga 2000
Nur Suhaila Abdullah, Nurul Atiqah Nabila Mohd Tamrin,
Nur Zakiyah Abd Malik, Sharifah Rahmat &
Latifah Abdul Majid
Tokoh dan Tema Penulisan Karya Hadith di Indonesia Kurun
21 Masihi
Nur Liyana Laili Mohd Nazir, Nurul Ain Shafiqah Mohd Zain,
Ros Ilyani Anis Rosli, Siti Nur Ain Azman &
Latifah Abdul Majid
Kontribusi Kiyai Lutfi Fathullah dalam Penyebaran Hadis di
Indonesia
Hanifah Tarisah & Abdul Majid
vi
TEMA III Isu-isu Sosiopolitik dalam Karya Ulama Tafsir dan Hadis 166
BAB 16 di Nusantara
178
BAB 17 Interaksi Hadis Siyasah oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat 191
BAB 18 Irfazarissofea Aslan, Athirah Ibrahim, Nur Ain Syafiqah 196
BAB 19 Ghazali, Nornisa Mohamad Shaharani, Farah Nasuha Hamidi, 202
BAB 20 & Latifah Binti Abdul Majid 214
BAB 21 224
BAB 22 Akhir Zaman dalam Pandangan Abu Ali An-Nadwi 234
BAB 23 al-Maliki (Telaah Pemikiran Beliau Terhadap Hadis-Hadis 244
Akhir Zaman) 258
BAB 24 Beni Akbar, Akhmad Sagir, Muhammad Hasan & 269
BAB 25 Ibnu Khaldun
BAB 26
Membaca Konsep Multiverse dengan Paradigma Wahyu
(al-Qur’an)
Fuad Fansuri
Moderasi Beragama untuk Kerukunan Umat Beragama
Bunyamin
Childfree dalam Prespektif al-Qur’an (Analisis Ayat-Ayat
Keluarga dalam Tafsir Nusantara)
Nurul Hasanah & Ibnu Khaldun
Prinsip-Prinsip Komunikasi dan Informasi dalam Perspektif
Tafsir Tematik Kementerian Agama Republik Indonesia
Robiatul Adawiyah, Sri Ayu Rayhaniah & A. Rivai Beta
Konsep Bullying dalam Surah al-Hujurat Ayat 11 dan
Dampaknya dalam Pandangan Islam
Rina Delvani, Zahra, Sabiruddin & Rini Fitriani Permatasari
Pemikiran Haji Abdul Malik Karim Amrullah Terhadap Ayat-
Ayat Korupsi dalam Tafsir Al-Azhar
Muhammad Arief Rahman, Noorthaibah &
Ramadiva Muhammad Akhyar
Kepemimpinan Wanita dalam Perspektif Tafsir Nusantara
Isja Romiliani & Suherman
Hak-hak Perempuan dalam Rumah Tangga (Studi Komparatif
Tafsir al-Azhar dan Tafsir al-Misbah)
Aditya Firmansyach Putra, Mursalim & Ibnu Khaldun
Identitas Gender dalam al-Qur’an Menurut
Prof. Dr. Nasaruddin Umar
Shafa’ Salsabila Akbar & Riska Dwi Agustin
vii
BAB 27 Strategi untuk Mengatasi Hedonisme pada Remaja 280
BAB 28 Emitha Bulan Ajizzah, Diajeng Laily Hidayati, 287
BAB 29 Melati Novia Sari & Nurul Kamalliah 301
BAB 30 313
BAB 31 Teknik Self-Management dalam Mengatasi Prokrastinasi 327
Akademik (Analisis Ayat-Ayat Self-Management)
Fajriyah Nur Lathifah, Nuril Hidayanti, Siti Aisyah Wahyuni
& Zahra Ainiyyah
Quraish Shihab dan Kontribusinya Terhadap Pengarusutamaan
Moderasi Beragama di Indonesia
Ema Nur Liana & Hudriansyah
Hikmah Di Balik Kisah Nabi Ayyub AS
(Telaah Kitab Tafsir Marah Labid)
Muhammad Sayyidul Mubarook, Amirullah, Ibnu Khaldun
& Muhammad Hasan
Konsep Toleransi Antara Umat Beragama dalam Prespektif
Ahlul Bait Indonesia di Kalimantan Timur
Jaka Saputra & Randi Muhammad Gumilang
TEMA IV Tokoh Taranum di Nusantara 338
BAB 32
Biografi Tokoh-tokoh Qari Indonesia dan Sumbangannya di
Nusantara
Wan Hilmi Wan Abdullah
viii
PRAKATA
Segala pujian hanya ditujukan kepada Allah SWT, Rab sekalian alam. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan
sahabat baginda sekalian.
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0 ialah
himpunan makalah berkisar tentang pengajian dan penulisan ilmu tafsir dan hadith
ulama di Nusantara yang bertemakan “Ilmuan Nusantara Rujukan Sepanjang
Zaman”. Ia memberi pendedahan mengenai jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh
para ulama meliputi karya, penulisan dan sumbangan dalam bidang tafsir dan hadis
serta isu-isu dalam pelbagai bidang seperti ketokohan bidang qiraat dan tarannum,
kelestarian alam dan sosiopolitik Islam di Nusantara.
Webinar Antarabangsa Tafsir dan Hadis Nusantara 2.0 ini diadakan pada
19 Januari 2022 secara dalam talian melalui medium Zoom Meeting. Webinar ini
adalah anjuran bersama antara Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Fakultas Ushuluddin, Adab
dan Dakwah, Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris Samarinda,
Indonesia. Adalah diharapkan makalah yang terkandung dalam prosiding ini akan
menjadi rujukan dan menambah korpus ilmu tafsir, hadith dan pengajian Islam
amnya.
Ucapan penghargaan yang setinggi-tingginya dirakamkan kepada para
pelajar yang menyediakan makalah ini serta semua pihak yang telah menjayakan
webinar dan menerbitkan Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis
Nusantara 2.0.
Sidang Penyelenggara
Prof. Madya Dr. Latifah Abdul Majid
Nor Syamimi Mohd
Ibnu Khaldun, M.IRKH
Prof. Dr Muhd Najib Abdul Kadir
ix
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 1
Analisis Pemikiran dan Metodologi Tafsir an-Nur
Karangan T.M Hasbi Ash-Shiddieqy
Muhammad Ilham Mohd Hasril1, Amir Humaidi Adnan, Hasan Mamat,
Mohamad Ilham Fahmi Shukeri, Muhd Najib Abdul Kadir & Nor Syamimi Mohd
Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Kemunculan dan perkembangan Tafsir al-Quran di Indonesia yang didasarkan pada
tahun pada awal abad ke-20 terbahagi dalam tiga generasi. Generasi pertama kira-kira
dari permulaan abad ke-20 sampai awal tahun 1960-an. Pada zaman ini telah terkenal
dengan adanya terjemahan dan pentafsiran yang kebanyakannya adalah oleh model
tafsir yang terpisah dan cenderung pada surah-surah tertentu sebagai objek tafsir.
Generasi kedua, merupakan penyempurnaan atas generasi pertama, yang muncul pada
pertengahan tahun 1960-an. Cirinya, biasanya mempunyai beberapa catatan, catatan
kaki, terjemahan kata perkata, dan kadang-kadang disertai dengan indeks yang
sederhana. Tafsir generasi ketiga, mula muncul pada tahun 1970-an yang merupakan
pentafsiran yang lengkap, dengan perbahasan yang luas terhadap teks yang disertai juga
dengan terjemahannya. Justeru itu, artikel ini menjelaskan tentang konsep Tafsir an-
Nur karya T.M. Hasbi Ash Shiddieqy iaitu Tafsir an-Nur. Penelitian tafsir ini tertumpu
pada bahagian metodologi penulisan dan pemikiran T.M. Hasbi Ash Shiddieqy yang
terdapat dalam Tafsir an-Nur ini. Sebagai contoh, artikel ini menjelaskan tentang
penggunaan metode oleh T.M Hasbi Ash-Shiddieqy di dalam Tafsir an-Nur sama ada
menggunakan metode ijmali, metode maudu’i, metode muqarran ataupun metode
tahlili. Di samping itu, artikel ini menjelaskan pemikiran T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy
dalam menulis Tafsir an-Nur seperti langkah-langkah penulisannya dan kitab rujukan
beliau.
Kata Kunci: T.M Hasbi Ash-Shiddieqy, Tafsir an-Nur, metodologi tafsir, tafsir di
nusantara, tafsir indonesia
PENGENALAN
Nama penuh Hasbi Ash Shiddieqy ialah Tengku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy
(T.M. Hasbi). Beliau dilahirkan pada 10 Mac 1904 di Lhokseumawe, Aceh Utara,
Indonesia. Beliau berketurunan Aceh-Arab, ayahnya bernama al-Hajj Teungku Qadi
Chik Maharaja Mangkubumi Husein Ibn Muhammad Su'ud, seorang ulama terkenal
yang mempunyai dayah (pesantren) dan Qadi Chik, jawatan itu diduduki olehnya
selepas kematian bapa mertuanya iaitu Chik Tengku Abdul Aziz. Ibunya bernama
Teungku Amrah, puteri Teungku Abdul Aziz, yang memegang jawatan Qadi Chik
Maharaja Mangkubumi Kesultanan Aceh ketika itu. Masa kelahiran dan pertumbuhan
Hasbi bertepatan dengan tumbuhnya gerakan reformasi pemikiran di Jawa yang
mengilhami semangat nasionalisme dan anti-kolonialisme di Indonesia. Sementara itu
di Aceh, perang dengan Belanda sedang berkecamuk. Apabila T.M. Hasbi berumur 6
1
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
tahun, ibunya Tengku Amrah, meninggal dunia. Kemudian, dia diasuh oleh ibu
saudaranya yang bernama Tengku Syamsiah (Nourouzzaman Shiddieqy 1997).
Tafsir an-Nur adalah tafsir monumental yang hadir di tengah-tengah masyarakat
Indonesia. Ulasan ini ditulis pada tahun 1952-1961 di tengah kesibukannya sebagai
seorang pendidik, pemimpin dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti. Kelahiran Tafsir
an-Nur adalah berdasarkan keghairahan yang besar dalam menulis tafsirnya. Ini
disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah usaha dan perhatian untuk
mengembangkan budaya Islam khususnya yang berkaitan dengan pembangunan
perguruan tinggi Islam Indonesia. Menurutnya, perkembangan ini tentunya
memerlukan pengembangan Al-Quran, Sunnah dan rujukan kitab-kitab Islam dalam
bahasa persatuan Indonesia. Selain itu, perlunya tafsir Al-Quran dalam bahasa
Indonesia. Oleh kerana itu, tafsir ini dipandang perlu oleh penulis dengan menjelaskan
maksud dan kandungan al-Quran khususnya bagi orang yang kurang pengetahuan ilmu
bahasa Arab sehingga tidak dapat memilih kitab tafsir yang muktabar yang dapat
dijadikan pilihan bacaan dan sudah tentu cara untuk memahami al-Quran sangat terhad
(Hasbi as-Shiddiqey 2000).
METODE KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian yang menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah-kaedah
pengumpulan data penyelidikan kualitatif yang digunakan dalam kajian ini termasuk
pemerhatian dan analisis kandungan. Menurut Marohaini (2001), penggunaan pelbagai
teknik pengumpulan data dapat memperkukuhkan kesahan dalam reka bentuk kajian
yang dijalankan. Selain itu, kaedah analisis dokumen turut digunakan dalam kajian ini.
Kaedah ini bertujuan memperoleh maklumat secara mendalam terhadap apa yang
dikaji. Ini kerana, data-data yang dikumpul berdasarkan kaedah analisis kandungan
diolah ke dalam bentuk angka. Rasional menggunakan kaedah-kaedah ini adalah
kerana ia saling melengkapi, dapat meningkatkan kebolehpercayaan yang tinggi dan
mengukuhkan lagi dapatan kajian (Creswell & Plano 2007).
HASIL KAJIAN
Manhaj Tafsir an-Nur
Metode atau manhaj tafsir adalah suatu cara yang teratur dan baik untuk mencapai
pemahaman yang betul tentang apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT di dalam ayat-
ayat al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, maksud
manhaj tafsir ialah kerangka atau kaedah yang digunakan oleh T.M. Hasbi Ash
Shiddieqy dalam menafsirkan ayat-ayat al-Quran di dalam karyanya iaitu Tafsir An-
Nur. Sehubungan dengan itu, metode Tafsir an-Nur yang digunakan oleh T.M. Hasbi
Ash-Shiddieqy ialah menggunakan metode ijmali. Hal ini kerana beliau berusaha untuk
menjelaskan makna-makna al-Quran dengan huraian yang singkat dan bahasa yang
mudah sehingga dapat difahami oleh seluruh golongan sama ada yang berpengetahuan
luas ataupun tidak (Hasbi as-Shiddiqey 2000).
Di dalam tafsirnya mengenai surah al-Fatihah, beliau menyebutkan bahawa Ibn
Jarir berpendapat ism dalam lafaz Bismillah bermakna tasmiyyah. Makna yang lengkap
daripada bismillah adalah, saya memulai bacaan (membaca) dengan menyebut nama
Allah, dengan nama-nama-Nya yang indah dan sifat-sifat-Nya yang agung. T.M. Hasbi
Ash Shiddieqy menafsirkan dengan cara yang tersusun iaitu dengan menyusun ayat dan
surah mengikut urutan dan tertib di dalam mushaf al-Quran sehingga kelihatan
perkaitan antara makna satu ayat dengan ayat yang lain, dan antara surah dengan surah
yang lain. Sebagai contohnya, metode ijmali ini menafsirkan ayat-ayat al-Quran dengan
memfokuskan tentang permasalahan utama yang terkandung di dalam sesuatu ayat.
2
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Oleh itu, metode ijmali ini bertujuan agar menghindarkan para pembacanya terpesong
dari maksud dan makna sebenar dari setiap ayat yang ditafsirkan (Hasbi as-Shiddiqey
2000).
Selain itu, Tafsir An-Nur ini juga menggunakan metode maudu’i (tematik). Hal
ini kerana, wujudnya usaha T.M. Hasbi Ash Shiddieqy dalam mengasingkan ayat-ayat
dalam setiap surah ke dalam tema-tema utama. Walaupun, T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy
menyatakan bahawa dalam karya tafsirnya menyebut dan menerangkan ayat-ayat yang
berada dalam satu tema (maudu’i), akan tetapi beliau tidak menetapkan tema tertentu
dalam sesuatu perbahasan. Oleh itu, Tafsir an-Nur merupakan tafsir yang tidak
menggunakan metode maudu’i. Di samping itu, T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy
mengemukakan perbandingan pendapat para ulama sama ada ulama tafsir ataupun fiqh,
perbandingan sejarah, dan atau perbandingan dengan cabang keilmuan lain yang
merupakan bahagian dari ciri penafsiran metode muqarran (perbandingan) (Hasbi as-
Shiddiqey 2000).
Namun begitu, penggunaan metode muqarran ini hanya berfungsi sebagai
penguat makna atas makna dari ayat yang ditafsirkan dan berfungsi sebagai penjelasan
tambahan. Penggunaan metode perbandingan dalam Tafsir an-Nur banyak dinyatakan
oleh T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy pada ayat-ayat yang mengandungi hukum atau fiqh
dan ayat-ayat yang bersifat mutasyabihat. Sehubungan dengan itu, Tafsir an-Nur tidak
pula dapat dikatakan sebagai model tafsir dengan metode muqarran (perbandingan).
Sebagai contohnya, ketika T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy menafsirkan Surah Al Baqarah
ayat 185:
ُه ََِمكدِّۡنَُٰبى َوأاَْيذوٱا ۡلٱ ٍمَُفّذأُۡلرَلقَ َاخ َلرَِۚۗنَََيََُٰعف ِر َمي َم ُنداٞٱ َََششّذ ۡلِههُل َُردبَِر ِم َمن ُك َضُمُاك َُٱمنلۡٱٱُيَلذّ ِۡۡلذش َسٓۡهي َرأَُون ََفَ ِزلۡلَ َيليُ ُفِِرصيي ۡمهُِدُهُۖٱلۡبَِوُق َم ۡر َُءكنا ُم ََُنكٱ َُلۡهن ُٗعد َمۡۡرِىَسيلِ ًلَوض ذناِِالُأَِ ۡۡوكس ِملََولَََُب ٰوَعايِْ َنَٰٱَسلۡ َٖف ِعت ٖرذد ِمَةَف َ ِعن َوذٱدِلِۡةُل
١٨٥َه َدىَٰ ُك ۡم َو َل َع ذل ُك ۡم ت َ ۡش ُك ُرو َن
(al-Quran, al-Baqarah 2 : 185)
Maksudnya:
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan)
perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka
hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir
maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari
yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang
demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan
bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Tentang hukum berpuasa Ramadhan bagi musafir yang sedang dalam
perjalanan, beliau mengatakan:
Kebanyakan imam seperti, Imam Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi’i
berpendapat, berpuasa selama dalam perjalanan lebih utama bagi
3