Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
iii. Muhammad Syuhudi Ismail (1943-1995)
Nama penuh Nama penuh beliau ialah Muhammad Syuhudi ismail. Beliau dilahirkan
pada 23 April 1934 di Lumajang Jawa Timur. Beliau memulakan persekolahannya di
Sekolah Rakyat Negeri di Sidoarjo, Lumajang, Jawa Timur dan menamatkan
persekolahannya pada tahun 1955. Kedua orang tuanya merupakan saudagar yang taat
beragama, sehingga sedikit banyak mempengaruhi kehidupan Syuhudi Ismail. Setelah
selesai dari bangku Sekolah Rakyat, beliau melanjutkan pembelajarannya di PGAN
(Pendidikan Guru Agama Negeri) di Malang selama empat tahun dan lulus pada tahun
1959. Dari PGAN, Syuhudi Ismail lalu melanjutkan pelajarannya ke jenjang yang lebih
tinggi di PHIN (Pendidikan Hakim Islam Negeri) Yogyakarta dan lulus pada tahun
1961, kemudian beliau berhijrah ke Makassar. Beliau menamatkan pengajiannya di
Fakulti Syariah Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta di
Makassar dengan memperolehi ijazah Sarjana Muda pada tahun 1965.
Selain itu, Syuhudi Ismail juga aktif dalam bidang pendidikan dan pengajaran.
Beliau pernah menjadi pensyarah di beberapa institusi perguruan tinggi Islam di
Makassar antaranya ialah Fakulti Syariah IAIN Alauddin Makassar semenjak tahun
1967 hingga akhir hayatnya. Selain itu, beliau juga pernah mengajar di Fakulti Tarbiyah
Universiti Muhammadiyah (Unismuh) Makassar dan Enrekang dari 1974 hingga 1979
Fakulti Usuluddin dan Syariah, Universiti Muslim Indonesia (UMI) Makassar sejak
tahun 1976 hingga tahun 1982 dan Pesantren IMMIM Tamalanrea Makassar sejak
tahun 1973 hingga tahun 1978. Di samping menggalas tugas-tugasnya sebagai pegawai
dan pensyarah, beliau sangat aktif bergiat dalam penghasilan karya berbentuk makalah,
penyelidikan, bahan pidato, artikel dan nota. Karya-karya beliau digunakan untuk
berbagai-bagai kepentingan di antaranya ialah sebagai rujukan di IAIN Alauddin
Makassar sendiri, dalam forum ilmiah serta dimasukkan dalam majalah atau akhbar
yang diterbitkan di Makassar dan Jakarta. Beliau juga menyusun sejumlah makalah
yang ditulis semasa beliau mengikuti Studi Purna Sarjana di Yogyakarta dan Program
Sarjana Doktor Falsafah di Jakarta. Beliau juga turut menyumbangkan tiga belas judul
entry untuk Ensiklopedia Islam yang digagaskan oleh Direktorat Jenderal Pembinaan
Kelembagaan Agama Islam Departemen Agama Republik Indonesia pada tahun 1987
hingga 1988 (Zulfahmi Alwi & Wan Nasyruddin Wan Abdullah 2017).
Beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Syariah IAIN Alauddin Makassar dan
memperolehi sarjana pada tahun 1973. Syuhudi Ismail memperolehi ijazah Doktor
Falsafah dalam bidang ilmu hadith di fakulti yang sama pada 1987. Kemudian dilantik
sebagai Profesor dalam bidang hadith di IAIN Alauddin Makassar pada tahun 1993.
Muhammad Syuhudi Ismail meninggal dunia pada tanggal 19 November 1995 di
Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta. Lalu jasadnya dimakamkan di Pekuburan
Islam (Arab), Bontoala, Ujung Pandang iaitu dua tahun setelah beliau mendapat gelaran
akademik yang paling tinggi dalam dunia pendidikan tinggi pada 20 November 1995
(Muhammad Syuhudi 1991).
Menurut Zulfahmi Alwi & Wan Nasyruddin Wan Abdullah (2017), Syuhudi
Ismail telah menghasilkan sejumlah buku di bidang hadith yang telah diterbitkan secara
nasional. Buku-buku tersebut menjadi bukti tingginya minat beliau dalam
mengembangkan dan menyebarluaskan ilmu hadith. Antara karya-karya terpenting
Syuhudi Ismail adalah:
a) Kaedah Kesahihan Sanad Hadith: Telaah Kritis dan Tinjauan dengan
Pendekatan Ilmu Sejarah.
b) Cara Praktik Mencari Hadith.
c) Metodologi Penelitian Hadith Nabi.
142
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
d) Hadith Nabi Yang Tekstual dan Kontekstual Telaah Ma’ani al-Hadith Tentang
Ajaran Islam yang Universal, Temporal, dan Lokal.
e) Hadith Nabi Menurut Pembela, Pengingkar, dan Pemalsunya
iv. Abdul Qadir bin Hassan bin Ahmad (1914-1984)
Ustaz Abdul Qadir bin Hassan bin Ahmad yang lahir di Singapura pada tahun 1914 M.
adalah seorang tokoh di Indonesia yang terkenal sebagai seorang ulama yang
mendalami ilmu hadith dan fiqh. Beliau wafat pada hari Sabtu bertarikh 25 Ogos 1984
yang bertempat di Jl. Pembangunan No. 185 Bangil, Jawa Timur. Ustaz Abdul Qadir
Hassan adalah salah seorang tokoh di Indonesia yang dikenal sebagai ulama yang
mendalami ilmu hadith dan fiqih. pendidikan agamanya diterima daripada ayahnya
sendiri iaitu A. Hassan. Nama ayahnya adalah Hassan. Namun dikenali sebagai Ahmad
Hassan. Hal ini kerana mengikut tradisi keturunan India yang tinggal di Singapura,
nama ayah beliau tertulis di depan nama aslinya dan menjadikan nama beliau yang
terkenal Ahmad Hassan sering disingkat menjadi A. Hassan (Nur Hizbullah 2014).
Beliau mengajari anaknya pendidikan agama kerana agama merupakan ilmu
yang penting bagi kehidupan di dunia ini dan akan membentuk diri seseorang manusia
kepada lebih baik. Ustaz Abdul Qadir Hassan pernah menempuh pendidikan di
Hollands Inlandsche School di Bandung, Jawa Barat. Sekolah ini adalah sekolah
setingkat Sekolah Menengah Atas (SMA) pada masa sekarang. Kemudian beliau 12
berniat ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah kedoktoran, namun tidak dipersetujui
oleh ayahnya.
Setelah kematian bapanya, beliau mengambil tanggungjawab terhadap
Pesantren Persis yaitu menjadi pimpinan dari Pesantren Persis. Oleh kerana pimpinan
beliau, Pesantren Persis mengalami perkembangan yang terbaik. Semasa kepimpinan
beliau, ramai anak muda yang berada di seluruh nusantara menuntut ilmu agama di
Pesantren Persatuan Islam Bangil dan berhijrah demi ilmu. Antara karya beliau selama
kurun waktu 1934-1943 adalah:
a) Qamus al-Quran
b) Ushul Fiqh
c) Ilmu Musthalah Hadits
d) Min al-Wahyi
e) Kata Berjawab
Tema Penulisan Karya Hadith di Indonesia (1950-2000)
Berdasarkan keempat-empat tokoh yang dibincangkan di atas, terdapat banyak karya
hadith yang telah dihasilkan sama ada dalam bentuk penulisan buku mahupun risalah.
Berdasarkan penelitian pengkaji, terdapat persamaan tema pada beberapa buah karya
kesemua tokoh tersebut. Demikian dapat disimpulkan tema-tema penulisan karya
hadith di Indonesia sekitar tahun 1950 hingga 2000.
i. Tema ‘Ulum Hadith
a) Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadis (Cet. IV)
Definisi hadith secara bahasa menurut Hasbi, ialah jadid (yang baru), qarib (yang
dekat), khabar (warta atau berita). Selain itu, hadith itu terdiri dari sanad dan matan.
Sanad itu ialah para perawi, dengan sanad lah mana yang diterima, mana yang ditolak,
mana yang sah diamalkan, mana yang tidak. Dialah jalan yang mulia untuk menetapkan
143
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
hukum-hukum Islam. Dengan demikian, mengetahui keadaan para perawi yang
menjadi sanad merupakan separuh pengetahuan. Antara kewajiban mengikuti hadith T.
M. telah Hasbi memaparkan, bahawa hadith wajib diikuti oleh seluruh umat Islam.
Sebab ahli ‘aql (ahli fikir) dan ahli naql (ahli Al-Quran) dalam Islam, telah bersepakat
(ijmak), menempatkan hadith sebagai dasar hukum Islam. Dan umat Islam
diperintahkan, mengikuti hadith seperti mengikuti Al-Quran.
Akhir sekali, menurut T. M. Hasbi, perintah Allah SWT mengikuti Rasulullah
SAW ialah menjadikan hadith Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan, baik untuk
urusan dunia maupun akhirat. Seruan Nabi bersifat global, mencakup seluruh umat
Islam tanpa dibatasi tempat dan waktu, kecuali ada dalil (tanda-tanda) yang
menunjukkan kekhususan hadith. Jadi apabila ada hadith sahih, dan tidak berlawanan
dengan Al-Quran, maka sama kedudukannya dengan Al-Quran, dalam hal wajib diikuti
oleh seluruh umat Islam. Kerana, Nabi SAW diutus Allah SWT untuk menjadi rahmat
bagi seluruh alam.
b) Metodologi Penelitian Hadith Nabi
Naskhah buku ini pada awalnya adalah kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar
yang dilaksanakan Dirasah Ulya Pendidikan Tinggi Purnasarjana Agama Islam Medan,
Sumatera Utara pada bulan November 1991. Buku ini banyak dirujuk oleh para
pengkaji hadith di Indonesia.
Dalam buku ini, beliau menjelaskan dan memaparkan bagaimana membuat
suatu penelitian hadith Nabi secara teliti dengan meneliti secara sanad dan matannya.
Kemungkinan hasil pengkajian hadith pula dapat dilihat daripada aspek jumlah perawi
hadith dan kekuatan hukum sanad dan matan hadith. Buku ini mengandungi 7 bab yang
terdiri daripada 163 muka surat. Bab I terdiri pendahuluan, Bab II menceritakan latar
belakang pentingnya penelitian hadith, Bab III terdiri objek, tujuan, dan kemungkinan
hasil, Bab IV terdiri dari takhrij al-hadith sebagai langkah awal kegiatan penelitian
hadith, Bab V terdiri dari langkah-langkah kegiatan penelitian sanad hadith, Bab VI
terdiri dari langkah-langkah penelitian matan hadith, Bab VII terdiri dari kesimpulan,
selanjutnya daftar pustaka.
Dalam menyusun buku ini, Syuhudi Ismail telah berusaha menghindarkan diri
daripada sebarang kesukaran dalam penyajiannya. Pada aspek susunan penulisan, bab
ini dimulakan dengan huraian tentang latar belakang pentingnya pengkajian hadith.
Beliau juga menghuraikan alasan tentang kepentingan pengkajian hadith. Pada
pembahasan selanjutnya, beliau menghuraikan tentang objek, tujuan dan kemungkinan
hasil pengkajian hadith. Syuhudi juga membahaskan tentang takhrij al-hadith sebagai
langkah awal proses pengkajian hadith (Syuhudi Ismail 1988).
c) Hadith Nabi Yang Tekstual dan Kontekstual Telaah Ma’ani al-Hadith
Tentang Ajaran Islam yang Universal, Temporal, dan Lokal
Buku ini pada awalnya merupakan bahan pidato pengukuhan Guru Besar berdasarkan
keputusan Menteri Pendidikan dalam bidang ilmu hadith di hadapan majlis senat
terbuka luar biasa Institut Agama Islam Negeri IAIN Alauddin Ujung Pandang pada
tahun 1994. Buku ini diterbitkan oleh PT Bulan Bintang Jakarta pada tahun yang sama.
Sesuai dengan tajuk buku ini, Syuhudi Ismail menghuraikan kepentingan bersikap
cermat dalam segala segi yang berkaitan erat dengan diri Nabi SAW dan suasana yang
melatari ataupun menyebabkan terjadinya hadith dalam memahami kandungan suatu
hadith. Buku ini membahaskan tentang hadith Nabi yang tekstual dan kontekstual.
Menurutnya, kemungkinan kandungan suatu hadith tertentu lebih tepat difahami secara
144
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
tersurat (tekstual), sedangkan hadith tertentu yang lain lebih tepat difahami secara
tersirat (kontekstual).
Melalui telaah hadith terhadap kandungan hadith tersebut diharapkan muncul
bukti-bukti yang jelas bahawa dalam hadith-hadith Nabi SAW terkandung ajaran islam
yang bersifat universal, duniawi dan lokal. Buku ini juga memberikan gambaran,
dengan kemungkinan adanya pemahaman secara kontekstual, maka suatu hadith yang
sanadnya sahih ataupun hasan tidak dapat secara langsung matannya dinyatakan
berstatus dha‘if. Salah satu kelebihan buku ini ialah cara Syuhudi Ismail menghuraikan
bentuk dan kandungan hadith yang ditelaah. Tidak kurang daripada 50 contoh
kandungan hadith yang telah ditelaah. Hujah yang dipaparkan dalam menelaah setiap
contoh hadith dihuraikan secara sederhana dengan menggunakan bahasa yang mudah
difahami (Syuhudi Ismail 1988).
d). Hadith Nabi Menurut Pembela, Pengingkar, dan Pemalsunya
Buku ini diolah daripada makalah dan pidato yang telah disampaikan di berbagai forum
ilmiah di pelbagai kota seperti di Ujung Pandang, Yogyakarta dan Jakarta, selanjutnya
M. Syuhudi Ismail menyusunnya menjadi suatu karya ilmiah berbentuk buku. Dalam
bukunya ini, beliau memaparkan kedudukan sunnah Nabi SAW. sebagai sumber
rujukan ajaran Islam, dan bahkan ia memberikan argumentasi kepada mereka yang
menolak hadith atau sunnah sebagai hujah atau istilah untuk mereka adalah kaum
pengingkar sunnah. Dalam buku ini juga memaparkan penggunaan hadith yang tidak
berkualiti seperti hadith dha‘if dan maudhu’. Selanjutnya pada bahagian akhir buku
tersebut dijelaskan berkenaan hadith yang tampak dipergunakan saling bertentangan.
Bab I mengisahkan tentang sunnah menurut para pengingkarnya dan upaya
pelestarian sunnah oleh para pembelanya. Bab II pula menerangkan dampak
penyebaran berbagai hadith lemah dan hadith maudhu’ dalam masyarakat terhadap
pemahaman ajaran Islam. Bab III terdiri dari kriteria kualiti hadith kritik sanad dan
matan. Bab IV menjelaskan konsep qat‘i dan zanni dalam kaitannya dengan sunnah.
Bab V menerangkan implikasi pemikiran disebalik adanya petunjuk hadith Nabi yang
tampak saling bertentangan satu kajian tentang kebijaksanaan Nabi (Syuhudi Ismail
1988).
e) Ilmu Musthalah Hadits
Buku ini telah ditulis oleh Ustaz Abdul Qadir bin Hassan bin Ahmad. Beliau berkarya
di dalam buku Ilmu Musthalah Hadits yang banyak menceritakan tentang huraian dan
pembahasan yang berhubungan dengan ilmu hadith. Demikian ini, buku ini berisi tidak
kurang dari 114 macam pembahasan yang berhubungan dengan ilmu hadith. Oleh itu,
gaya penulisan karya ini mudah difahami dan dijadikan rujukan dari pelbagai pesantren
dan perguruan tinggi yang berada di Indonesia.
Makna hadith dan penjelasan yang mudah dapat dilihat daripada karya beliau.
Selain itu, terdapat beberapa ulama yang lain menggunakan teori yang di tulis oleh
beliau untuk menjadikan pemahaman hadith itu lebih mudah. Kandungan di dalam
buku tersebut dengan mengklasifikan kaedah di dalam empat bahagian adalah sahih
sanad dan sahih matan, sahih sanad tetapi matanya dianggap lemah, da’if sanad dan
da’if matan sekaligus dan da’if sanad tetapi sahih matan. Ini memenuhi kriteria hadith
sahih namun dari aspek matannya memenuhi kriteria hadith sahih. Berdasarkan
pemaparan teori di atas polemik terhadap kitab al-ta’arruf li mazhab ahl al-tasawwuf
terutama dari kalangan hadith mempermasalahkan kualiti hadith yang terdapat dalam
kitab tersebut dapat dijawab dengan pendekatan.
145
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
ii. Tema Sanad Hadith
Berikut merupakan karya hadith yang menonjolkan tema yang sama iaitu berkaitan
sanad hadith:
a) Kaedah Kesahihan Sanad Hadith: Telaah Kritis dan Tinjauan dengan
Pendekatan Ilmu Sejarah
Menurut Syuhudi Ismail (1988), buku ini berasal daripada disertasi Doktor Falsafahnya
di Fakuti Pascasarjana IAIN yang dipanggil UIN sekarang Syarif Hidayatullah, Jakarta
pada tahun 1987. Terdapat beberapa faktor yang mendorong beliau menulis buku ini.
Pertama, sebagai sumber ajaran islam setelah al-Quran kerana sebahagian besar
periwayatan hadith Nabi SAW bukan mutawatir. Beliau melihat bahawa perlunya
kecermatan dan ketelitian dalam melakukan kajian hadith, terutama dalam menetapkan
kualiti sanadnya. Kedua, beliau mendapati sikap di kalangan umat islam yang sering
tidak menempatkan hadith pada kedudukan yang semestinya kerana mereka
berpendapat sebahagian besar periwayatan hadith adalah bersifat zanni. Ketiga, beliau
berusaha menguji secara kritis kaedah kesahihan sanad hadith yang digunakan oleh
ulama’ hadith dan meninjau kaedah itu dengan pendekatan ilmu sejarah yang telah
diakui oleh para ilmuan sebagai salah satu disiplin ilmu sosial. Keempat, beliau juga
cuba melihat ilmu Hadith Dirayah bukan sekadar sebagai alat pemilihan kualiti hadith
sahaja, bahkan sebagai sebahagian daripada hasil karya ulama’.
Perbahasan utama dalam buku ini berkenaan tingkat ketepatan kesahihan sanad
hadith dalam kedudukannya sebagai salah satu acuan umum bagi meneliti dan
menentukan kesahihan hadith Nabi SAW. Oleh itu, Syuhudi Ismail memulakan
kajiannya dalam buku ini dengan membahaskan pelbagai hal berkenaan dengan
periwayatan hadith, pengertian hadith, cara Nabi SAW menyampaikan hadith Baginda,
sejarah hadith dan juga bentuk susunannya. Sebelum menyimpulkan hasil kajian pada
bahagian akhir bukunya, beliau membahas tentang kualiti perawi dan persambungan
sanad.
b) al-Asanid al-Makkiyyah li Kutub al-Hadith wa al-Siyar wa al-Syamail al-
Muhammadiyah
Kitab yang dihasilkan oleh Syeikh Yasin al-Fadani ini ditulis di dalam bahasa Arab dan
mengandungi 32 halaman (Muhammad Yasin al-Fadani t. th). Kitab ini merupakan
himpunan sanad 32 kitab hadith dan sejarah baginda melalui rangkaian ulama Mekah.
Karya ini dimulai dengan sanad beliau terhadap al-Jami’ al-Sahih sehingga al-Sirah
al-Nabawiyyah oleh Ibnu Ishaq (Jannatul Husna Ali Nuar & Gamal Abdul Nasir
Zakaria 2022). Kitab ini mengandungi ilmu periwayatan sanad daripada Syeikh al-
Fadani sendiri.
Syeikh Yasin al-Fadani di dalam muqaddimah kitab ini menyatakan bahawa
beliau telah mempelajari tujuh kitab hadith yang masyhur beserta sejumlah kitab sirah
dan syamail dengan sekumpulan sahabat penuntut ilmu yang lain di Mekah pada setiap
bulan Ramadhan selama lebih 13 tahun. Sekumpulan sahabat penuntut ilmu tersebut
menyatakan hasrat ikhlas mereka untuk memiliki sanad-sanad Makkiyyah beliau
terhadap kitab-kitab yang telah dipelajari itu. Dengan mengetahui keistimewaan dan
keinginan mereka untuk menghidupkan semula dan menerbitkannya di negara mereka
jika mereka kembali ke tanah air masing-masing, serta melihat kepada kelayakan
mereka, oleh itu Syeikh Yasin al-Fadani bersetuju untuk merealisasikan hasrat mereka
(Muhammad Yasin al-Fadani t. th). Dengan itu, terhasil karya yang diberi judul al-
146
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Asanid al-Makkiyyah yang menyenaraikan sanad-sanad Syeikh Yasin al-Fadani sendiri
terhadap 32 buah kitab yang dipelajari di Masjid al-Haram, Mekah.
c) Waraqat fi Majmu’ah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-Asanid al-‘Aliyat
Selain daripada pengkhususan dalam aspek sanad, Syeikh Yasin al-Fadani juga
mempunyai pengkhususan dalam musalsalat. Antara karya musalsalat beliau ialah
Waraqat fi Majmu’ah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-Asanid al-‘Aliyat. Kitab ini
ditulis dalam bahasa Arab dan mengandungi 32 halaman (Muhammad Yasin al-Fadani
1986). Berhubung dengan ijazah am, beliau mengijazahkan semua yang terkandung
di dalam kitab ini kepada semua orang yang hidup di zamannya, dengan objektif untuk
memberi manfaat kepada para penuntut ilmu dan menyebarluaskan sanad-sanad
periwayatan. Beliau menyebutkan hal pengijazahan am ini di akhir kitab Waraqat
(Mohd. Khafidz bin Soroni & Mohd. Norzi bin Nasir 2011).
iii. Tema Takhrij Hadith
Terdapat juga karya yang berkaitan dengan takhrij hadith iaitu:
a) Cara Praktik Mencari Hadith
Buku ini merupakan petunjuk bagi mereka yang ingin meneliti suatu hadith agar mudah
menemukan hadith secara lengkap baik sanad dan matannya pada sumber aslinya.
Penyusunan buku ini dimulakan dengan penjelasan umum tentang cara mencari ayat
al-Quran dan hadith Nabi SAW serta pengenalan tentang hadith. Beliau menghuraikan
tatacara mencari hadith dengan menggunakan kamus hadith, sama ada berdasarkan
petunjuk lafaz hadith ataupun berdasarkan topik masalah beserta contoh-contoh
pemakaiannya. Sebahagian besar daripada kamus hadith yang beliau jelaskan
penggunaannya dalam buku ini telah banyak beredar dalam masyarakat. Kamus-kamus
tersebut hadith tersebut tampaknya masih sukar dimanfaatkan kerana sebahagian besar
daripadanya tidak menjelaskan tatacara penggunaannya.
Penyusunan buku ini dimulakan dengan penjelasan umum tentang cara
mencari ayat al-Quran dan Hadith Nabi SAW serta pengenalan tentang kitab-kitab
hadith muktabar, kitab-kitab himpunan hadith dan kitab kamus hadith. Sebagai fokus
utama dalam penyusunan buku ini, beliau menghuraikan tatacara mencari hadith
dengan menggunakan kamus hadith sama ada berdasarkan petunjuk lafaz hadith
ataupun berdasarkan topik masalah beserta contoh-contoh implimentasinya. Buku ini
terdiri dari 97 halaman, terdiri daripada 4 bab (Syuhudi Ismail 1988).
iv. Tema Rijal Hadith
Karya yang membicarakan rijal hadith seperti:
a) Rijalul Hadits
Dari sejumlah teori yang disertai dengan alasannya masing-masing, maka menurut
pengarang, yang harus dipilih adalah teori yang mampu menghasilkan penilaian yang
lebih objektif terhadap para perawi hadith baik yang berhubungan dengan integriti
keperibadiannya mahupun kapasiti intelektualnya. Oleh yang demikian, dapat
ditegaskan bahawa apabila seseorang perawi dijarh oleh para ahli kritik yang thiqah
147
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
sebagai perawi yang cacat, maka periwayatannya harus ditolak. Dan apabila seseorang
perawi dipuji sebagai orang yang adil, nescaya periwayatannya diterima.
Para ulama’ dalam menetapkan Rijal al-Hadis, telah melaksanakan sebuah
usaha untuk mengkritik perawi dan menerangkan keadaan-keadaan mereka. Ada tiga
peristiwa penting yang mengharuskan adanya kritik atau penelitian para perawi (sanad)
hadith. Pertama, pada zaman Nabi Muhammad SAW tidak seluruh hadith tertulis.
Kedua, sesudah zaman Nabi Muhammad SAW terjadi pemalsuan hadith. Ketiga,
perhimpunan hadith secara rasmi dan mathal terjadi setelah berkembangnya
pemalsuan-pemalsuan hadith. Hadith sebagai sumber ajaran Islam menescayakan
adanya kepastian kebenaran bersumber dari Nabi Muhammad SAW.
Akhirnya, ulama’ hadith telah membuat kaedah dalam menetapkan orang yang
boleh diterima dan ditolak periwayatannya. Mana yang boleh ditulis hadithnya dan
mana yang tidak. Dan mereka menerangkan dengan membezakan orang yang tidak
boleh sama sekali diterima hadithnya, maka lahirlah ilmu Jarh wa Ta’dil.
v. Tema Hadith 40
Antara karya yang dihasilkan yang menghimpunkan 40 buah hadith seperti:
a) Al-Arba’in Hadithan min Arba’in Kitaban ‘an Arba’in Shaikhan
Kitab al-Arba’in Hadithan min Arba’in Kitaban ‘an Arba’in Shaikhan ditulis dalam
bahasa Arab dan mengandungi 87 halaman keseluruhannya (Muhammad Yasin al-
Fadani 1987). Kitab ini merupakan himpunan 40 buah hadith yang menumpukan aspek
sanad dan status hadith. Walaupun kitab ini menumpukan aspek sanad dan status
hadith, namun ia di bawah tema hadith 40 kerana Syeikh Yasin al-Fadani
menghimpunkan 40 buah hadith yang diambil daripada 40 orang guru dan 40 kitab
hadith yang berbeza. Beliau menjelaskan status hadith dan takhrij secara ringkas
terhadap setiap hadith yang diriwayatkan di dalam kitab ini.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, berdasarkan segala paparan tentang tokoh-tokoh Indonesia dan
tema penulisan karya hadith mereka di atas, mereka sangat pakar dalam bidang hadith
malah dalam bidang yang lain sehingga tiada bantahan terhadap ketokohan mereka.
Nama-nama tokoh seperti mereka akan terus menjadi panutan di setiap generasi, ini
kerana mereka banyak menulis karya-karya yang digunakan sehingga kini. Tokoh-
tokoh Indonesia ini mempunyai peranan serta kelebihan berbeza yang patut kita contohi
dan teladani. Fakta sejarah yang tidak dapat disangkal bagaimanapun juga adalah
peranan mereka dalam menulis karya-karya hadith bertujuan memberi pengetahuan
kepada umat Islam tentang kepentingan dalam mempelajari al-Quran dan al-Sunnah.
Oleh itu, kita perlu menghargai setiap pengorbanan tokoh-tokoh serta menjadikan
metode dan tema penulisan sebagai panduan kerana mereka telah bersusah payah dalam
menulis dan menerbitkan buku dari pelbagai bidang demi kepentingan masyarakat.
RUJUKAN
Abdur Rohman. 2016. Peranan Ustadz Abdul Qadir Hassan Dalam Pengembangan
Pesantren Persis Bangil 1958-1984 M. Universitas Islam Negeri Sunan Ampel
Surabaya.
148
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Jannatul Husna Ali Nuar & Gamal Abdul Nasir Zakaria. 2022. Kitab Hadis Arba’in
Fadani Karya Ulama Nusantara di Tanah Suci. Gombak: UIA Press & Bandar
Seri Begawan: UNISSA Press.
Ishak Suliaman. 2017. T.M Hasbi Ash-Shiddieqy (1904-1975) dan Syeikh Mohamed
Idris al-Marbawi (1313H/1896M - 1409H/1989M): Tokoh Hadis Prolifik,
Ensiklopedik dan Ijtihadik. Warisan Hadis Ulama Nusantara. 13 hlm. 105-117.
Bangi: Penerbit UKM.
Mohd. Khafidz bin Soroni & Mohd. Norzi bin Nasir. 2011. Ketokohan Syeikh
Muhammad Yasin al-Fadani (1916 – 1990) dan Sumbangannya dalam Disiplin
Periwayatan Sanad. Jurnal Ilmiah Berimpak, Bil. 1 hlm. 35-64.
Mohd Khafidz Soroni & Mohd Norzi Nasir. 2017. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani
(1335H /1916M – 1410H /1990M) dan Ketokohannya dalam Ilmu Riwayah al-
Hadith. Warisan Hadis Ulama Nusantara b. 10 hlm. 118-140. Bangi: Penerbit
UKM.
Muhammad Yasin al-Fadani. 1986. Waraqat fi Majmu’ah al-Musalsalat wa al-Awa’il
wa al-Asanid al-‘Aliyat. Damsyik: Dar al-Basair.
Muhammad Yasin al-Fadani. 1987. Al-Arba'in Hadithan min Arba’ain Kitaban ‘an
Arba'in Syaikhan. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyah.
Muhammad Yasin al-Fadani. T. th. Al-Asanid al-Makkiyyah li Kutub al-Hadith wa al-
Sir wa al-Syamail al-Muhammadiyah. Dar al-Basyair al-Islamiyah.
Nur Hizbullah. 2014. Ahmad Hassan: Kontribusi Ulama Dan Pejuang Pemikiran Islam
Di Nusantara Dan Semenanjung Melayu. Al-Turas, 20(2), 285-296).
Universitas al-Azhar Indonesia.
T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy. 1980. Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadis. Jakarta: Bulan
Bintang.
Tasrif, Muh. 2007. Kajian Hadis di Indonesia: Sejarah dan Pemikiran. Ponorogo:
STAIN Ponorogo Press.
Ismail, Muhammad Syuhudi. 1991. Pengantar Ilmu Hadith. Bandung: Angkasa.
Ismail, Muhammad Syuhudi. 1988. Kaedah Kesahihan Sanad Hadith: Telaah Kritis
dan Tinjauan dengan Pendekatan Ilmu Sejarah. Jakarta: Bulan Bintang.
Zulfahmi Alwi & Wan Nasyruddin Wan Abdullah. 2017. Muhammad Syuhudi Ismail
(1943-1995) dan Sumbangan dalam Pengembangan Ilmu Hadith. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.
149
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 14
Tokoh dan Tema Penulisan Karya Hadith
di Indonesia Kurun 21 Masihi
Nur Liyana Laili Mohd Nazir1, Nurul Ain Shafiqah Mohd Zain,
Ros Ilyani Anis Rosli, Siti Nur Ain Azman & Latifah Abdul Majid
Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Pengajian hadith di Indonesia pada kurun ke-21 menunjukkan perkembangan yang baik
yang mana banyak melahirkan tokoh-tokoh hadith. Fokus utama kajian ini adalah untuk
mengenal pasti tokoh-tokoh dan penulisan karya hadith di Indonesia pada kurun ke-21.
Kertas kerja ini mendedahkan biografi dan penghasilan karya tokoh-tokoh hadith, iaitu
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari, Ali Mustafa Yaqub, Kamaruddin Amin dan Said
Agil Husin al-Munawar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif yang mana
proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis dokumen. Manakala
proses penganalisisan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah analisis
deskriktif. Pengajian hadith di Indonesia juga semakin mendapat tempat dalam
pengajian kampus di Indonesia yang mana perbincangan tentang pemikiran, karya dan
pemahaman tokoh-tokoh hadith dijalankan bagi mendedahkan perkembangan
pengajian hadith di sana.
Kata kunci: Tokoh, Tema, Hadith, Kurun 21, Indonesia.
PENGENALAN
Hadith adalah sumber agama yang kedua selepas al-Quran yang mana tidak hanya
ramai dikaji di negara-negara Islam di Timur Tengah. Di Indonesia, kajian terhadap
hadith juga cukup berkembang. Pada awal kemunculannya, karya hadith di Indonesia
mempunyai pengajaran yang cukup klasik. Pengajiannya dilangsungkan di pondok-
pondok dan biasanya seorang guru akan membacakan beberapa matan hadith dan
terjemahannya dari kitab yang umumnya berbahasa Arab. Setelah itu, ulama tersebut
menghuraikan maksud dan penjelasan hadith tersebut beserta aplikasinya dalam
kalangan masyarakat. Pengajian hadith dengan pola ini berjalan dengan cukup lama.
Seiringan dengan perkembangan zaman, masalah yang terjadi dalam kalangan
masyarakat semakin berkembang. Para ulama memandang bahawa pengajian terhadap
agama ini perlu diperbaharui kerana masyarakat tidak hanya mahu mengetahui matan
hadith sahaja, namun juga mesti mempelajari dasar-dasar ilmu hadith (Syihab Azzuhri
t.th).
Period akhir abad ke-20 hingga awal ke-21, syarah hadith semakin mendapat
tempat yang luas dalam bidang kajian hadith di Indonesia. Hal ini kerana munculnya
tempat-tempat pengajian IAIN (bahkan UIN). Kemunculan tempat-tempat pengajian
ini membuatkan hadith banyak diperbincangkan baik dari sisi bahan pelajaran hadith,
pemikiran tokoh hadith, pemahaman hadith dan sebagainya. Faktor “iklim” pemikiran
Islam di Indonesia yang cukup tegang sekali lagi tidak dapat dipisahkan sehingga
150
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
ghairah kajian hadith rancak dilakukan. Menurut Yudian W. Asmin, pemikiran Islam
di Indonesia abad ke-21 ini merupakan perpaduan antara Islam Timur Tengah, Islam
Barat dan Islam Indonesia sehingga pakar Islam yang sesuai untuk konteks zaman ini
adalah mereka yang menguasai tradisi keilmuan didalamnya. Kampus-kampus seperti
IAIN/UIN menjadi jambatan bagi pertemuan dua tradisi ini iaitu antara tradisi keilmuan
Islam Klasik dan tradisi keilmuan barat yang mewarnai corak Islam Indonesia (Taufan
Anggoro 2019).
METODE KAJIAN
Kajian ini merupakan reka bentuk kajian kualitatif iaitu pengumpulan data melalui
analisis kandungan. Penganalisis data dilakukan dengan mengkaji bahan-bahan yang
diperolehi seperti buku berkaitan tokoh hadith di nusantara, jurnal, laman web yang
berautoriti serta seberapa banyak bahan yang berkaitan dengan tajuk kajian sama ada
bahan itu daripada Bahasa Melayu, Arab mahupun Inggeris. Tujuan penulis
mengumpulkan pelbagai data adalah untuk mendapatkan idea dan kefahaman yang luas
agar penulis dapat mengolah ayat dengan baik dan memahami tajuk yang dikaji.
HASIL KAJIAN
Tokoh Hadith Kurun 21M
i. Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
Nama penuh beliau adalah K. H. Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki bin
H. Marbu bin Abdullah Tayyib. Kunyah-nya adalah Abu Muhammad. Beliau
dilahirkan pada 1 September 1960 di Kampung Harus, mukim Amuntai Tengah, daerah
Hulu Sungai Utara, Amuntai. Ibunya bernama Hj. Rahmah bin H. Sobri. K. H.
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki merupakan anak ketiga daripada
tujuh orang adik-beradiknya. Latar belakang keluarga beliau ialah daripada keluarga
yang taat dalam beragama.
Syeikh Nuruddin memulakan pengajian awalnya di sekolah rendah di sebuah
desa bernama Harus. Seterusnya, beliau menyambung pelajarannya di Sekolah
Berasrama Normal Islam pada tahun 1974 dan pada tahun yang sama iaitu tahun 1974
mereka sekeluarga telah berpindah ke Mekah. Kemudian, sehingga tahun 1982 beliau
menyambung pelajarannya di Mekah iaitu di Madrasah Sawlatiyyah dan setahun
selepas itu, beliau telah meneruskan pengajiannya dalam bidang syariah sehingga
memperoleh Ijazah Sarjana Muda di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau meneruskan
pula pelajaran sehingga menggenggam diploma am ‘Dirasat ‘Ulya’ di Ma’had ‘Ali Li
al-dirasat al- Islamiah di Zamalik pada tahun 1990 (al-Fanshuri 2007).
Menurut al-Fanshuri (2007) juga, setelah tamat pengajiannya di Universiti al-
Azhar Syeikh Nuruddin menumpukan sepenuh tumpuannya untuk menyebarkan segala
ilmu pengetahuannya kepada ribuan mahasiswa yang berasal dari Asia Tenggara
seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang belajar di Universiti
terkemuka di Mesir itu. Oleh kerana keikhlasannya mencurahkan ilmu, warga universiti
al-Azhar telah memberikan gelaran yang hebat kepada beliau iaitu al-Azhar as-Thani
yang bermaksud “Azhar Kedua”.
Seterusnya, Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari pada asalnya tidak
menjalankan pendidikan menulis secara khusus, namun kerana mempunyai keinginan
untuk mencuba, maka telah banyak karya-karya yang dihasilkan olehnya. Beliau juga
mengikuti pertandingan penulisan tentang Isra' Mi'raj dan telah memperolehi juara
tempat pertama ketika menjadi pelajar di Sawlatiyah. Kegiatan penulisan Syeikh
Nuruddin Marbu al-Banjari terus berjalan dan berkembang sehingga semakin banyak
151
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
karya yang dihasilkannya. Beberapa lembaga pendidikan di luar negeri seperti di Mesir,
Yaman, Jordan, Hadhramaut, Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia juga
menggunakan sebahagian daripada karyanya (Yahsin Haliki 2018).
Kerajinan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari dalam menulis, menjadikannya
sebagai ulama Banjarmasin dengan karya yang paling banyak. Antara karyanya dalam
bidang hadith ialah al-Ahadits al-Musalsalah, Adab al-Musafahah, Makanat al-Ilm wa
al Ulama' wa Adab al-Thalib, Al-Ibrar bi Ba'dh Mu'jizat Khayr al-Basyar, Al-Awa'il
Wa al-Awakhir wa al-Asanid dan banyak lagi. Seterusnya, menurut Khafidz (2015)
Syeikh Nuruddin telah medokumentasikan sanad periwayatan ilmu-ilmu beliau dalam
dua buah kitab iaitu al-Hadith al-Musalsalah dan al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-
Asanid.
Tema Penulisan Karya al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid
Penulisan hadith ke dalam kitab berterusan dari semasa ke semasa, dan bentuk atau
cara baru menyusun buku telah muncul. Sehingga kini dan di pelbagai negara,
penulisan hadith kian giat dilakukan, tidak terkecuali di Indonesia. Salah seorang ulama
Indonesia yang membuat karya dalam bidang hadith ialah Muhammad Nuruddin
Marbu al-Banjari al-Makki, antara karya beliau ialah kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa
al-Asanid.
Kitab al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid adalah kitab yang tidak memiliki
nama lain selain daripada nama yang disebutkan dan nama tersebut merupakan
gambaran kepada hadith-hadith yang berkaitan dengan kandungan dalam kitabnya iaitu
yang bermaksud hadith-hadith yang dimaksudkan merupakan hadith pertama dan
terakhir dalam kitab asalnya. Seterusnya, kitab ini juga ada menyebutkan tentang sanad
hadithnya (Mubarak 2015). Oleh yang demikian, kitab al Awa'il wa al-Awakhir wa al-
Asanid adalah kitab yang mengandungi hadith-hadith yang diambil daripada kitab-
kitab hadith yang lain seperti kitab Muwattha' Malik, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim
dan lain-lain lagi (Farhah Zaidar et al. 2016).
Berdasarkan reka bentuk ini, Syeikh Nuruddin (1998) didapati menyenaraikan
keseluruhan hadith terawal dan terakhir daripada kesemua kitab hadith yang
diriwayatkan dalam al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid ini kecuali 20 buah kitab
yang disusun di bahagian akhir kandungan kitab. Ini kerana kebanyakan daripada 20
buah kitab ini merupakan syarah kepada kitab-kitab hadith induk yang mana hadith
terawal dan terakhirnya telah sedia dipetik terlebih dahulu lagi iaitu di permulaan
kandungan kitab. Hal ini supaya tiada pengulangan petikan hadith yang sama
dilakukan. Justeru itu, terdapat hanya 59 buah kitab hadith yang dipetik daripada hadith
terawal dan hadith terakhir oleh Syeikh Nuruddin dalam kitab ini. Oleh itu, jumlah
keseluruhan hadith yang dipetik dalam karya ini adalah 118 buah hadith.
ii. Ali Mustafa Yaqub
Ali Mustafa Yaqub termasuk salah seorang ulama hadith yang hidup di era abad 21 di
Indonesia. Selain itu, beliau termasuk dalam deretan tokoh yang berpengaruh dalam
bidang keilmuan di Indonesia serta merupakan pakar dalam bidang hadith kerana
keaktifannya di dalam kajian hadith. Banyak kajian tentang beliau yang membahaskan
perihal pemahaman hadith dimana terkandung di dalam karya-karya ilmiah berupa
buku dan lainnya. Beliau lahir di desa Kemiri, Mukim Subah, Daerah Batang, Jawa
Tengah pada 2 mac tahun 1952. Sejak kecil hingga dewasa, beliau hidup dalam
kehidupan Islam dimana dikelilingi dengan suasana dan manusia yang membuatkan
beliau untuk menjadi seorang ahli agama di masa hadapan. Ayah beliau bernama H.
Yaqub yang merupakan seorang mubaligh dan imam masjid di daerah Batang Jawa
Tengah serta mengajar di lembaga pendidikan di sekitar rumahnya. Ibu beliau bernama
152
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Siti Chabibah yang merupakan seorang guru agama yang turut membantu mengajar
ayahnya. Hadith merupakan senjata beliau dalam menghadapi pemikiran-pemikiran
yang sesat, sempit dan radikal. Beliau meninggal dunia pada hari khamis 28 April 2016
ketika berumur 64 tahun di Rumah sakit Hermina Ciputat Tanggerang akibat penyakit
Diabetes (Qomarullah 2019).
Tema Penulisan Karya Hadith-Hadith Bermasalah
Ada sejumlah buku Ali Mustafa Yaqub dimana ada buku yang ditulis sendiri, karya
terjemahan dan karya suntingan. Di tengah-tengah masyarakat Indonesia banyak
permasalahan yang muncul terkait dengan hadith-hadith yang berhubungan dengan
masalah ibadat. Oleh itu, sebagai seorang pakar di dalam bidang hadith, Ali Mustafa
Yaqub memberi pendapat tentang masalah yang muncul dengan hadith yang dikenali
oleh masyarakat. Melalui karyanya iaitu Hadith-Hadith yang Bermasalah (2003),
diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Firdaus, Jakarta. Karya ini merupakan cetakan
pertama dan mempunyai 187 halaman. Selain itu, karya tersebut disiapkan dalam masa
sembilan tahun dan hanya mempunyai tiga puluh hadith. Dari 30 hadith itu, yang
dinyatakan palsu atau hampir palsu hanya 26 dan kesemua itu adalah yang berkembang
dalam kalangan masyarakat. Seterusnya, metode bagi karya penulisan tersebut ialah
penelitian ilmiah, metode cerita serta metode dialog bahkan diselit dengan kata-kata
jenaka. Dari aspek corak ilmiah bagi karya tersebut ialah beliau memasukkan kejadian-
kejadian yang berlaku dalam kalangan masyarakat dengan melakukan perubahan pada
nama tokoh-tokoh dalam cerita tersebut. Seterusnya dari aspek penelitian, karya
tersebut tidak terlepas daripada kelemahan-kelemahan dan diantaranya ialah
terbatasnya literatur hadith dan ilmu hadith di negeri tersebut.
Di dalam karya tersebut, beliau sedaya upaya untuk memberi penjelasan
tentang masalah yang timbul disekeliling masyarakat dengan memberikan jawapan
yang manakah merupakan hadith dan yang manakah bukan merupakan hadith. Ataupun
sebagai jawapan kepada pertanyaan-pertanyaan dari berbagai lapisan masyarakat
tentang hadith-hadith yang berkembang di kalangan mereka. Beliau membahaskan
hadith-hadith tentang mencari Ilmu ke Negeri Cina, Perbezaan Pendapat itu Rahmat,
Ulama-Umara, Kemiskinan itu Mendekati Kekafiran, Fadhilat dan Solat Malam Nisfu
Sya’ban, Ramadhan diawali Rahmat, Pergi Haji dengan Wang Haram, Tanpa Nabi
Muhammad Dunia Tidak Tercipta, Ibadah Haji dan Ziarah Kubur Nabi SAW, Bekerja
Untuk Dunia Seperti Akan Hidup Selamanya, Perpecahan Umat Islam Menjadi Tujuh
Puluh Tiga Golongan, Wanita Tiang Negara, Siapa Menghendaki Dunia atau Akhirat
ia Wajib Berilmu, Cinta Tanah Air Sebahagian dari Iman dan beberapa hadith yang
lain (Ali Mustafa Yaqub 2003).
iii. Kamaruddin Amin
Prof. Dr. Phil. H. Kamaruddin Amin, M.A. ialah seorang di antara pakar hadith di
Indonesia yang berkesempatan mendalami ilmu hadith di Universiti Barat. Beliau aktif
menulis sebagai pemakalah seminar mahupun menulis jurnal Nasional dan
Internasional. Kamaruddin Amin menjawat jawatan sebagai pembantu rektor di bidang
kerjasama UIN Alauddin Makasar. Beliau lahir di Bontang Kalimantan Timur, 5
Januari 1969. Beliau lahir dari keluarga besar yang mempunyai 16 adik-beradik.
Menurutnya, ibunya sangat luar biasa yang tidak pernah marah kepada anak-anaknya
meskipun mempunyai adik-beradik yang ramai dan memiliki perangai yang berbeza
antara satu sama lain. Beliau berkhidmat sebagai pembantu Canselor di UIN Alauddin
Makasar. Saat ini beliau menjadi pensyarah, Ketua Setiausaha Kementerian Agama
Republik Indonesia, Suruhanjaya Perhubungan Antarabangsa MUI Sulawesi Selatan
153
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
dan Project Manager of the Development Bank. Beliau mahir dalam Bahasa Arab,
Inggeris, Jerman dan Belanda (Hasep Saputra 2014).
Kajian Kamaruddin Amin berbeza dari kebanyakan kajian terdahulu yang
ditulis pengkaji Muslim tentang isu periwayatan hadith. Kajian-kajian itu terutamanya
bertujuan menjustifikasikan metode-metode yang digunakan oleh para pengkaji
Muslim terdahulu, mempertahankannya dari kritikan para pengkaji Barat dan menolak
metode-metode dan kesimpulan mereka. Kajian Kamaruddin Amin ini berlawanan
dengan beberapa kajian Barat tentang topik yang menolak mentah-mentah metode-
metode kritikan hadith para pengkaji Muslim sebagai naif dan tidak mampu dipercayai
tanpa menelaah dan mengujinya secara mendalam.
Antara karya-karya beliau ialah Menguji Kembali Keakuratan Metode Kritik
Hadith, Hikmah Mizan 2009, Isnad Cum Matan Analysis. In Search of New
Methodology, Pustaka Mapan Jakarta 2009, Rethinking Hadith Critical Methods,
Pustaka Mapan Jakarta 2009, The Reliability of Hadith Transmission. A Reexamination
of Hadith Critical Method. Journal Islamic Law and Society, EJ. Brill: Leiden, Boston,
2004, Isnad and the Historicity of Hadith, Pustaka Mapan Jakarta 2009, Nasiruddi al-
Albani on Muslim Shahih:A Critical Study on His Method. Journal Islamic Law and
Society, EJ. Brill: Leiden, Boston, 2004, Menyoal Metodologi Ulumul Hadith.
Workshop nasional pensyarah ulumul hadith PTAI, di Makasar (Hasep Saputra 2014).
Tema Penulisan Karya Kembali Keakuratan Metode Kritik Hadith
Kamaruddin Amin menulis sebuah karya akademik yang bertajuk Menguji Kembali
Keakuratan Metode Kritik Hadith yang diterbitkan oleh Penerbit Hikmah, 2009. Karya
ini mengkaji tentang metode-metode yang diterapkan oleh para pengkaji Muslim
mahupun barat untuk menentukan keaslian sesebuah hadith. Kajian ini tidak hanya
menfokuskan kepada ketetapan kaedah sedia ada tetapi sekaligus mencuba menerapkan
metode terbaru iaitu isnad cum matn untuk menganalisis dan menetapkan bila hadith
tersebut mula muncul.
Buku Kamaruddin Amin ini terdiri dari 9 bab iaitu bab pertama ialah
pendahuluan dan bab terakhir adalah kesimpulan. Bab kedua ialah mengkaji
metodologi kritis hadith Muslim Klasik, bab ketiga ialah analisis terhadap metode kritis
hadith yang digunakan oleh dua pengkaji Muslim modern iaitu Nashiruddin al-Albani
dan Hasan bin Ali al-Saqqaf dan bab keempat ialah berbincang pendapat para pengkaji
Muslim yang akrab dengan kajian barat iaitu Fuat Sezgin dan M.M. Azami serta bab
kelima ialah membahas pendekatan para pengkaji Barat non-Muslim terhadap literatur
hadith terutama common link dan argumentum e silentio. Tiga bab berikutnya adalah
kajian kes penelitian sejarah hadith tentang puasa dengan pelbagai metode sama ada
metode kajian Muslim klasik pada bab keenam, metode kajian non-Muslim dalam bab
ketujuh dan metode isnad cum matn pada bab kelapan. Pengfokusan pada karya ini
ialah bab kelapan dimana dengan penggunaan metode ini ingin melihat sejauh mana
metode ini dapat membawa membawa jauh ke belakang (Maizuddin, 2016).
Kamaruddin Amin menggunakan beberapa kaedah untuk mengkritik hadith
namun beliau memilih kaedah analisis isnad cum matn iaitu kaedah pentarikhan yang
dibangunkan oleh pengkaji barat. Penerapan metode kritik hadith klasik Muslim
dengan menerapkan unsur-unsur kritis seperti kesinambungan sanad dan
kebolehpercayaan (thiqah) pemberi maklumat (perawi) hadith baik mengenai keutuhan
peribadi atau kredibilitinya sehingga sampai pada kesimpulan bahawa tentang puasa
boleh diisytiharkan boleh dipercayai yang mana bersambung sanad dari Rasulullah
SAW adalah sahih. Analisis di dalam isnad al-Bukhari menunjukkan bahawa semua
perawi yang terlibat dalam riwayat boleh dipercayai dan cara menerima dan
menyampaikan hadith berdasarkan perkataan ‘an. Berbeza dengan metode kritikan
hadith Barat penekanannya adalah bagaimana melakukan sebuah kajian untuk menilai
154
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
asal usul atau sumbernya. Berdasarkan perkara ini maka muncul penelitian hadith iaitu
bila, dimana, dan siapa bagi menentukan hadith tersebut. Bagi menjawab pertanyaan
ini, metode yang dikembangkan dan diikuti oleh umumnya pengkaji Barat adalah
konsep common link.
Penggunaan kaedah common link yang mengalami pengubahsuaian di tangan
Juynboll ialah kaedah kritikan terhadap hadith Barat yang dipilih oleh Kamaruddin
Amin namun beliau tidak berpuas hati dan berhenti dengan kaedah analisis isnad
terbaru Juynboll. Kemungkinan ini disebabkan oleh hadith yang sangat terkenal di
kalangan mukharrij bahkan di zaman sahabat hanya boleh dibuktikan sejarahnya
dengan mencapai zaman tabi’ tabi’in dengan menggunakan kaedah ini. Beliau sangat
tertarik dengan metode baru yang dikembangkan oleh beberapa pengkaji barat seperti
Jan Hendrik Kramers, Joseph Van Ess, Gregor Schoeler dan Harald Motzki yang
melakukan analisis isnad cum matn. Beliau berpandangan bahawa menganalisis isnad
sahaja tidak mencukupi (Maizuddin, 2016).
iv. Said Agil Husin al-Munawar
Prof Dr. H. Said Agil Husin al-Munawar merupakan salah seorang pengkaji hadith pada
abad 21 di Indonesia. Beliau dilahirkan di Palembang pada 26 Januari 1954 (Enda
Fuspitasari 2017). Ayahnya Bernama Habib Husin ibn Agil Ahmad al-Munawar adalah
seorang tokoh Habib yang dihormati di Palembang. Beliau adalah seorang pengajar
lulusan Fakulti Syariah di Universiti Ummu al-Quro di Makkah Arab Saudi. Beliau
bekerja sebagai pensyarah pada beberapa perguruan tinggi di beberapa tempat di
Indonesia sebelum menjadi Menteri. Selama di Arab Saudi, beliau belajar ilmu fiqh
serta hadith dengan para tokoh ulama di sana seperti Abdul Qadir ibn Ahmad Assegaf,
Sayyid Muhammad ibn Alwi al-Maliki dan Syaikh Yasin al-Fadani.
Beliau seorang penulis yang produktif dalam bentuk buku, artikel, makalah
seminar dan karya-karya tentang hadith. Antara karya-karya ilmiah beliau ialah Asbab
Wurud al-Hadith: Suatu Tinjauan Sosiologi, Sejarah dan Antropologi (1998), Kajian
Kritikal Hadith Nabi Pendekatan Sosial-Sejarah-Kontekstual (2001), Ilmu Takhrij
Hadith, I’Jaz al-Quran dan Metodologi Tafsir, Usul al-Fiqh, Dimensi-Dimensi
Kehidupan dalam Perspektif Islam (2001) serta Perkembangan Hukum Islam Mazhab
Shafi’i: Kajian Qaul Qadim dan Qaul Jadid (Hasep Saputra 2014).
Tema Penulisan Karya Asbabul Wurud
Menurut Prof Said Agil, perlu untuk mengetahui asbab al-wurud agar terhindar dari
kesalahfahaman dalam menangkap maksud hadith. Adapun untuk hadith-hadith yang
tidak mempunyai asbab al-wurud khusus, sebagai alternatifnya, kita mungkin dapat
menggunakan pendekatan sejarah, sosiologi, antropologi atau psikologi sebagai
analisis dalam memahami hadith (Hasep Saputra 2014).
Secara epistemologikal, hadith dipandang oleh majoriti umat Islam sebagai
sumber ajaran Islam kedua setelah al-Quran. Namun begitu, untuk memahami maksud
suatu hadith secara baik terkadang relatif tidak mudah, khususnya jika kita menjumpai
hadith-hadith yang saling bertentangan. Para ulama hadith menempuh metode tarjih
(pengunggulan) atau nasakh-mansukh (pembatalan) dan atau metode al-Jam’u
(mengkompromikan) atau tawaqquf (mendiamkan) untuk tidak mengamalkan hadith
sehingga ditemukan adanya keterangan, hadith manakah yang boleh diamalkan. Sikap
mentawaqufkan hadith ini masih boleh diberikan solusi dengan cara memberikan
takwil atau tafsiran secara rasional terhadap hadith tersebut.
Dengan pendekatan-pendekatan sejarah, sosiologi, dan antropologi diharapkan
akan mampu memberikan pemahaman hadith yang relatif lebih tepat, menghargai dan
menampung terhadap perubahan dan perkembangan zaman (Said Agil al-Munawar
155
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
2001). Beliau cuba untuk memberikan bagaimana cara memahami hadith dengan
pendekatan-pendekatan tersebut disertai dengan contoh. Hadith-hadith yang beliau
kutip dalam karyanya adalah hadith yang dianggap sahih oleh para ulama hadith iaitu
hadith Imam Bukhari dan Muslim (Hasep Saputra 2014).
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan hadith pada kurun ke-21 telah menunjukkan
perkembangan yang pesat dan semakin mendapat tempat yang luas dalam bidang kajian
hadith di Indonesia. Hal ini disebabkan adanya kampus-kampus IAIN, UIN dan
Perguruan Tinggi Islam moden yang banyak membincangkan kajian hadith dari segi
pemikiran tokoh tentang hadith, pemahaman hadith dan sebagainya. Hal ini
membuktikan bahawa ramai tokoh yang berperanan penting berusaha mempertahankan
kredibiliti Rasulullah SAW sebagai penyampai wahyu Allah yang berhubungan dengan
kepentingan hadith sebagai sumber syariat Islam yang kedua selepas al-Quran. Hasil
karya mereka sebagai ulama bertaraf antarabangsa telah dijadikan rujukan dan bahan
penyelidikan oleh ahli akademik sehingga kini.
RUJUKAN
Anon. 1996. Muḫammad Nur ad-Din Marbu al-Banjariy al-Makkiy wa al-Ahadits al-
Musalsalah. t.th. Majlis Ihya Kutub at-Turats al-Islamiy.
Enda Fuspitasari. 2017. Biografi Said Agil Husin al-Munawar. Dlm. Said Agil Husin
al-Munawar (Kajian Terhadap Riwayat Hidup, Karya dan Pemikiran
al-Fanshuri, Abdullah Thohir. 2007. Biografi Ringkas al-Fadhil al-Walid Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah al-Banjari al-Makki.
al-Makkiy, Muḫammad Nur ad-Din Marbu al-Banjariy. 2001. Makanat al-Ilm wa al-
Ulama wa Adab Thalib al-Ilm. t.t. al-Ma’had al-Ali li at-Tafaqquh fi ad-Din.
Pendidikan Islam Pada Madrasah), hlm. 1-88. Palembang: Fakulti Ilmu Tarbiyah dan
Keguruan, Universiti Islam Negeri Raden Fatah.
Farhah Zaidar. Payilah Yama Fadhilah Zakaria. 2016. Pengkaryaan Al-Thabat Dalam
Ilmu Hadith: Analisis Al-Awa'il Wa Al-Awakhir Wa Al-Asanid Karya Syeikh
Marbu al-Banjari. Selangor: Kuis.
Faridah, Siti, Mulyani & Ainah, Nor. 2008. Muhammad Nuruddin Marbu al Banjary
al Makky dan Karya-karyanya. Laporan hasil penelitian, Banjarmasin: IAIN
Antasari.
Hasep Saputra. 2014. Perkembangan Studi Hadith Di Indonesia: Pemetaan Dan
Analisis Geneologi. Disertasi dalam bidang Hadith dan Tradisi Kenabian.
Universiti Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta. 1-258.
Khafidz Soroni et.al. 2015. Keprihatinan Ulama Nusantara Dalam
Mendokumentasikan Sanad Ilmu-ilmu Pengajian Islam. Prosiding
Persidangan Tokoh Ulama Melayu Nusantara, hlm 441-473.
Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin & Latifah Abdul Majid. 2017. Warisan Hadith Ulama
Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Maizuddin. 2016. Analisis Isnad Cum Matn: Mengukur Kritik Hadith Muslim Barat,
Kamaruddin Amin, Menguji Kembali Keakuratan Metodologi Kritik Hadith.
Penerbit Hikmah. 233-246.
Muhammad Qomarullah. 2016. Pemahaman Hadith Ali Mustafa Yaqub dan
Kontribusinya terhadap Pemikiran Hadith di Indonesia.
Mubarak, M. 2015. Metode Penyusunan Kitab Al-Awail Wa Al-Awakhir Wa Al-Asanid
Karya Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.
Prof. Kh. Ali Mustafa Yaqub. 2003. Hadith-Hadith Bermasalah. Penerbit Pustaka
Firdaus: Jakarta.
156
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Said Agil Husin al-Munawar. 2001. Kajian Kritikal Hadith Pendekatan Sosial-
Sejarah-Kontekstual Asbabul Wurud. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.
Syeikh Nuruddin Marbu Banjari. 1998. al-Awa'il wa al-Awakhir wa al-Asanid. t.tp.
Majlis al-Banjari li al-Tafaqquh fi al-Din.
Syihab az-Zuhri. t.th. Kajian Hadith di Indonesia (Telaah Karya dan Kontribusi Hasbi
Ash- Shiddieqy). 1-16.
Taufan Anggoro. 2019. Perkembangan Pemahaman Hadith Di Indonesia: Analisis
Pergeseran dan Tawaran di Masa Kini. Diya al-Afkar. Vol 7. No. 1. 148-166.
157
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 15
Kontribusi Kiyai Lutfi Fathullah dalam Penyebaran Hadis
di Indonesia
1Hanifah Tarisa Budiyanti & 2Abdul Majid
Fakultas Ushuluddin, Adab dan Dakwah,
Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris Samarinda
[email protected]; [email protected]
ABSTRAK
Artikel ini mengulas tentang kontribusi KH Ahmad Lutfi Fathullah terhadap
perkembangan hadis di Indonesia. Hal ini penting untuk dibahas sebagai bentuk
apresiasi terhadap tokoh ulama nusantara dan untuk memahami alur historitas hadis di
Indonesia. Artikel ini akan mengemukakan tentang kontribusi KH Ahmad Lutfi
Fathullah dalam penyebaran hadis di Indonesia. Oleh karena itu dalam artikel ini dibagi
menjadi beberapa sub yang membahas tentang biografinya dan kiprahnya dalam kajian
hadis di Indonesia. Metode yang digunakan dalam artikel ini adalah library research
dengan pendekatan kualitatif deskriptif. Hasil penelitian mengemukakan beberapa hal
pokok penting diantaranya bahwa KH Ahmad Lutfi Fathullah dikenal sebagai ulama
hadis yang disegani di Indonesia dengan kredibilitas yang sangat diperhitungkan. Ia
memiliki kontribusi besar dalam penyebaran hadis di era millenial, baik di dunia
perguruan tinggi maupun di masyarakat. Kontribusinya di dunia akademisi adalah
menjadi dosen tetap di UIN Sunan Gunung Djati Bandung. Selain itu ia juga mengajar
di beberapa perguruan tinggi ternama di Jakarta dalam program pasca sarjana dan
menjadi narasumber di berbagai forum seminar nasional dan internasional, menyusun
berbagai buku sederhana berukuran kecil yang mudah dicerna oleh kalangan millenial,
mendirikan Pusat Kajian Hadis, dan menciptakan Perpustakaan Islam Digital. Ahmad
Lutfi juga aktif berdakwah kepada masyarakat dengan rutin mengadakan majelis taklim
dan mempunyai program kajian hadis tetap dengan TVRI.
Kata Kunci: K.H Ahmad Lutfi Fathullah, Kontribusi, Hadis, Digital
PENGENALAN
Dalam periwayatannya hadis banyak mengalami perkembangan. Lahirnya hadis pada
masa Nabi karena interaksi rasulullah dengan para sahabat dan orang lain sebagai
mubayyin (penjelasan) terhadap ayat-ayat Al-Qur'an dan karena berbagai permasalahan
yang dihadapi umat dan solusi yang dibutuhkan dari Nabi, dan para sahabat mengerti
dan mengingat apa yang telah diterima dari Nabi saw. (Andariati, 2020).
Periode kedua dalam sejarah periwayatan hadis yaitu pada masa khulafaur
rasyidin dimana saat itu perhatian Sahabat masih terfokus pada pemeliharaan dan
penyebarluasan Al-Qur'an sehingga hadis tidak terlalu berkembang dan masih dibatasi
periwayatannya. Pada perkembangan selanjutnya yaitu masa tabi’in, Periode ini
dikenal sebagai masa penyebaran riwayat hadis disebabkan peta dakwah Islam semakin
meluas sehingga membuat para sahabat berpencar ke berbagai wilayah. Mereka
mempunyai pegangan hadis baik berupa tulisan maupun hafalan sehingga di berbagai
wilayah bermunculan pusat kajian Al-Qur’an dan Hadis. (Wafiq Aziziah, 2020).
158
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Pada periode akhir tabi’in mulai terjadi maraknya pemalsuan hadis hingga
berlanjut pada masa selanjutnya yang kemudian mendorong para ulama untuk meneliti
keorisinilan hadis dengan meniliti perawi-perawinya atau yang biasa dikenal dengan
sistem isnad. Hadis terus mengalami kemajuan hingga pada masa kekuasaan Khalifah
Umar bin Abdul Aziz, hadis kemudian dibukukan karena para sahabat banyak yang
meninggal dunia.
Seiring perkembangannya pada abad ke tiga hijriah hadis-hadis Nabi mulai
dihimpun oleh para ulama hadis dalam kitab-kitabnya yang dikenal al-Kutubus Sittah
(enam macam kitab hadis standar, yaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu
Daud, Sunan At Tirmidzi, Sunan an-Nasa’i dan Sunan Ibn Majah.) Jasa para ulama
hadis dalam upaya melestarikan hadis Nabi telah berjasa besar dan perlu mendapat
penghargaan yang tinggi (Ismail, 2007) karena usaha dan jerih payah mereka
menjadikan hadis dapat dikenali dan dijadikan landasan hukum dalam sistem
kehidupan.
Kegiatan penyebaran hadis tidak hanya berhenti pada abad ke tiga hijriah
namun tetap berlanjut hingga pada abad keempat hijriah sampai sekarang. Pada abad
keempat hingga abad kesepuluh hijriah terjadi pemeliharaan, penertiban, penambahan,
pensyarahan dan pentakhrijan hadis-hadis Nabi dalam suatu kitab-kitab yang disusun
oleh para tokoh hadis pada masa itu yaitu Ibnu Khuzaimah, Al-Munziri, Al-Syaukani,
Ibnu Katsir, Az-Zahaby, Az-Zarkasy, Imam Malik, As Syafi’i, Al-Asqalany dan masih
banyak lagi (Qamariyah, 2018). Pada abad 14 hijriah yaitu pada masa kini ketika zaman
semakin modern dan teknologi semakin canggih kegiatan transmisi hadis tetap
berlanjut secara bervariasi sesuai zamannya masing-masing. Jika dahulu para ulama
hadis menyebarkan hadis melalui kitab atau buku maka di era sekarang banyak tokoh
hadis yang menyebarkan hadis berbasis digital sebagai usaha mereka dalam merespon
tantangan zaman.
Salah satu ulama yang memiliki pengaruh dalam penyebaran hadis berbasis
digital di Indonesia adalah KH Ahmad Lutfi Fathullah. Selama hidupnya ia dikenal
sebagai ulama Betawi pakar hadis yang banyak berkhidmat untuk kepentingan dakwah
Islam dan ummat Islam. Walaupun KH Ahmad Lutfi Fathullah telah wafat namun
peran dan dedikasinya dalam menyebarkan hadis di Indonesia sangat bermanfaat dan
dibutuhkan oleh kaum muslimin khususnya di Indonesia. Usahanya dalam
menyebarkan hadis-hadis di Indonesia patut di apresiasi sehingga tulisan ini perlu
dilakukan untuk mengulas kontribusi KH Ahmad Lutfi Fathullah dan agar setiap
pembaca dapat meneladani dan turut serta menghasilkan karya yang berguna bagi
khazanah keilmuan Islam.
METODE KAJIAN
Metode kajian yang digunakan dalam artikel ini adalah library research, yaitu kajian
yang sumber datanya diperoleh dari berbagai literatur yang relevan dengan masalah
yang diteliti seperti tesis, buku, jurnal, artikel dan bahan-bahan lain yang berkaitan.
Selanjutnya data-data tersebut dianalisis melalui reduksi data, verivikasi sumber-
sumber lain kemudian ditarik kesimpulan.
HASIL KAJIAN DAN PEMBAHASAN
Biografi KH Ahmad Lutfi Fathullah
Ahmad Lutfi Fathullah lahir pada tanggal 25 Maret 1964 di kawasan Kuningan, Jakarta
Selatan. Ia adalah putra asli Betawi, yang lahir dari pasangan H. Fathullah dan Hj.
Nafisah. Ahmad Lutfi tergolong sebagai keturunan ulama besar. Ia merupakan cucu
dari Guru Mughni yang merupakan seorang ulama kharismatik Betawi pada awal tahun
159
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
1900-an, sedangkan Ibu Hj. Nafisah adalah anak seorang pemimpin jamaah haji, maka
sejak usia 14 tahun, Ibu Hj. Nafisah sudah dapat merasakan pergi ke Masjidil Haram.
Pertemuan antara H. Fathullah (16 tahun) dengan Hj. Nafisah berlangsung di pesawat,
meski bukan rombongan haji. Tempat tinggalnya berada di kompleks Masjid Baitul
Mughni, Jl. Gatot Subroto Kav. 26, Kuningan, Jakarta Selatan. (Hidayatullael, 2018).
Keluarga Ahmad Lutfi Fathullah tergolong berkecukupan sehingga Ahmad
Lutfi bisa meraih gelar doktor di luar negeri. Sejak usia dini, Ahmad Lutfi Fathullah
menerima pendidikan agama dari orang tuanya. Ia sangat mengagumi sosok kakeknya
yang semangat menuntut ilmu. Kakeknya, Guru Mughni, ingin anak, cucu, dan
keturunannya menjadi ulama seperti dia. Berkat tekad, doa dan semangat dari
keluarganya, Ahmad Lutfi Fatullah lulus dari pesantren dan mendapat kesempatan
untuk kuliah di luar negeri. (Hidayatullael, 2018).
Mengenai pendidikannya, Ahmad Lutfi memulai pendidikannya di SD Negeri
01 Kuningan Timur Jakarta, kemudian melanjutkan pendidikan di madrasah desanya,
lalu sekolah di Pondok Pesantren Modern Gontor Ponorogo (1983) Jatim. Ahmad Lutfi
Fathullah kemudian melanjutkan kuliahnya S1 di Universitas Damaskus, Syiria dan
lulus pada tahun 1989 dengan mengambil Jurusan Hadis dan Tafsir Hadis. Setelah itu,
untuk memperoleh gelar master ia melanjutkan ke Jordan University, Jordania tahun
1990, Jurusan Ushul Fiqh dan lulus pada tahun 1995 dengan tesisnya berjudul Rumus
al-Tahdîts fî ‘Ulum al-Hadits li al-Ja’bari: Tahqiq wa Dirasat. Dari situ, ilmu agama
Ahmad Lutfi Fathullah semakin mendalam. Gelar doktornya ia raih pada tahun 1998
dari Univesitas Kebangsaan Malaysia (UKM), Jurusan Ilmu Hadis dengan disertasinya
berjudul Kajian Hadis Kitab Dzurrat al-Nasihin. (Rangga, 2019).
Saat kuliah di Damaskus, Ahmad Lutfi Fathullah bertemu dengan seorang
wanita Suriah-Indonesia bernama Jenah Azhari, seorang wanita yang dinikahinya
ketika ia berusia 29 tahun pada tahun 1993. Mereka memiliki tiga anak, Hanin
Fathullah, Muhammad Hadi Fathullah dan Rahaf Fatullah. (Hidayatullael, 2018).
Di antara guru-guru yang pernah mengajar baik formal maupun non-formal
antara lain :
a) KH. Imam Zarkasyi
b) Prof. DR. Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthi
c) Prof. DR. Syeikh Nuruddin ‘Itr
d) Prof. DR. Syeikh Mustafa Diib al-Bugha
e) Prof. DR. Syeikh Wahbah al-Zuhaily
f) Prof. DR. Syeikh Hammam Abdurrahim Sa’id
g) Prof. DR. Muhammad al-Zuhaily
h) Syeikh Husein al-Khattab
i) Syeikh Abdul Qadir al-Arna’ut
j) Syeikh Syu’aib al-Arna’ut
Selama riwayat pendidikannya sejak tahun 2001, Ahmad Lutfi Fathullah
pernah menjadi Dosen Utama di UIN Sunan Gunung Djati Bandung dan mengajar di
Fakultas Ushuluddin baik tingkat sarjana maupun pascasarjana. Selain itu, ia juga
mengajar hadis di Universitas Al-Azhar pada tahun 2002 dan menjadi dosen di
Pendidikan Kader Al-Azhar Muballigh, Jakarta. (Hidayatullael, 2018).
Ahmad Lutfi juga merupakan dosen pascasarjana di Universitas
Muhammadiyah Tangerang, Universitas Muhammadiyah Surakarta, Institut Sains Al-
Qur`an Jakarta, Program Studi Islam Interdisipliner di McGill Canada - UIN Jakarta,
Universitas Islam Ibnu Khaldun Bogor dan Universitas al-Aqidah, Jakarta. Kegiatan
mengajarnya tidak berhenti di jenjang yang lebih tinggi, namun ia terus mengajar di
jenjang yang lebih dasar, yaitu sebagai guru di SD dan SMPIT AlMughni, Jakarta.
(Hidayat, 2019).
160
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Kontribusi KH Ahmad Lutfi Fathullah dalam Penyebaran Hadis di Indonesia
Dakwah adalah suatu kegiatan yang bertujuan mengarahkan seseorang kepada
kebaikan. Cara berdakwah juga bervariasi. Jika pada zaman Rasulullah dakwah hanya
dilakukan dengan bertemu atau dengan tulisan, maka seiring perubahan zaman, cara
berdakwah semakin kreatif menyesuaikan zamannya masing-masing. Seperti di zaman
modern sekarang ketika teknologi semakin canggih, setiap orang memanfaatkan peran
teknologi untuk menyampaikan pesan dakwah Islam kepada seluruh orang melalui
dunia digital. Salah satu ulama dan pendakwah yang memanfaatkan dunia digital dalam
menyebarkan hadis-hadis Nabi di Indonesia adalah KH Ahmad Lutfi Fathullah. Di
samping kegiatan dakwahnya yang aktif dalam dunia digital, ia juga turut andil
mengajar di beberapa majelis taklim secara rutin.
Mendirikan Pusat Kajian Hadis (PKH)
Pada Sabtu, 17 Mei 2008, Pusat Kajian Hadis diresmikan oleh puluhan ulama dan
pejabat pemerintah provinsi dari DKI Jakarta dan dihadiri tidak kurang dari 2.000
jamaah. Ahmad Lutfi, sang pendiri, mengatakan PKH didirikan karena terinspirasi dari
Pusat Studi Quran (PSQ) yang didirikan oleh Quraish Shihab, seorang ulama tafsir
kontemporer. Pendirian Pusat Kajian Hadis ini dilatarbelakangi oleh lemahnya kajian
hadis di Indonesia pada era 80-90-an, minimnya ahli hadis di kalangan ulama dan
cendekiawan, minimnya jurusan atau mahasiswa hadis dan minimnya buku-buku
hadits di perpustakaan-perpustakaan Indonesia. Dampak dari semua ini adalah masih
banyak ilmu dan ajaran Islam yang belum terserap oleh masyarakat muslim Indonesia,
banyaknya hadis palsu yang beredar, dan masih banyak kesalahan dalam pandangan
dan amalan kaum muslimin yang dilakukan masyarakat muslim di Indonesia. (PKH)
Alumnus Pondok Modern Daarussalam Gontor Ponorogo ini mengungkapkan,
terciptanya PKH berawal dari hobinya mengoleksi kitab hadis untuk keperluan
pembelajaran. Kegemaran ini muncul karena ia menyadari bahwa koleksi kitab hadis
di beberapa lembaga pendidikan Islam di Indonesia masih cukup terbatas. Menyadari
kondisi tersebut, Ahmad Lutfi terdorong untuk mengoleksi buku-buku tentang hadis
untuk memperkaya perpustakaan pribadinya. Bahkan, setiap kali ada kesempatan untuk
menunaikan ibadah haji atau umrah, ia selalu menghabiskan waktunya untuk mencari
kitab-kitab hadits yang tidak dimilikinya. (Zuhri, 2016).
Atas dasar inilah lembaga kajian hadis harus didirikan bersamaan dengan
berdirinya Al-Mughni Islamic Center, Kuningan Jakarta. Kegiatan pertama di Pusat
Kajian Hadis ini adalah kajian rutin mingguan yang membahas tentang hadis bertempat
di Perpustakaan Iman Nama’ dan kegiatan mentakhrij hadis yang juga rutin diadakan
oleh club pecinta hadis yang terdiri dari mahasiswa dan mahasiswi Tafsir Hadis UIN
Jakarta. Dalam visi misinya disebutkan bahwa berdirinya PKH adalah untuk
memfasilitasi kebutuhan penelitian hadits dengan menyediakan fasilitas perpustakaan
dan fasilitas pendukung. Program kerja yang disusun adalah digitalisasi kajian Al-
Qur'an, hadits, kajian hadis tematik untuk masyarakat, dan buku-buku karya ulama di
semua bidang agama, baik klasik maupun kontemporer. Oleh sebab itu Ahmad Lutfi
juga mendirikan yayasan PKH di Bogor yang fokus mengembangkan program
digitalisasi Al-Qur’an dan Hadis berbasis komputer, website dan android dan
memberikan pelatihan cara membuat digitalisasi Hadis bagi mahasiswa yang sedang
PKL atau mengadakan workshop-workshop berbayar. Yayasan PKH di Bogor
menyediakan asrama bagi siapapun yang berminat mempelajari digitalisasi Hadis.
Sedangkan PKH di Jakarta berfungsi sebagai kantor pusat sekaligus untuk penelitian
hadis. Saat ini Pusat Kajian Hadis juga sedang mendirikan asrama tahfidz yang terletak
di Bogor. (PKH)
161
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Menciptakan Perpustakaan Islam Digital
Seperti yang sudah disampaikan bahwa Ahmad Lutfi Fathullah adalah seorang ulama
yang cerdas dan mampu membaca perkembangan zaman. Ketika pada zaman ini
kemajuan teknologi semakin pesat dan canggih, Ahmad Lutfi Fathullah
memanfaatkannya untuk berdakwah dan menyebarkan hadis-hadis Nabi. Ia tidak hanya
berkarya melalui buku-bukunya yang ia tulis namun turut menghasilkan karya dalam
bentuk digital agar masyarakat mudah menjangkau tanpa terbatas ruang dan waktu.
Perpustakaan Islam Digital yang ia buat terdiri dari berbagai macam buku dan
kitab yang bertemakan hadis, fiqih, aqidah, ushul fiqh, sejarah, tarbiyah, dan lain-lain
yang berjumlah sekitar 6000 jilid kitab klasik dan kontemporer dan dapat diakses secara
gratis di website Perpustakaan Islam Digital. Perpustakaan digital ini ia buat atas
keresahannya terhadap minimnya koleksi buku atau kitab yang dimiliki oleh mayoritas
kampus Islam dan pesantren yang dimana perpustakaannya hanya mengoleksi puluhan
atau ratusan kitab saja. (Fathullah, 2012). Beberapa perpustakan Islam Digital lain yang
bermunculan seperti Maktabah Syamilah, Waqfeya, Maktabah al Kubra, dll juga
memiliki kekurangan dan kelebihan walaupun tidak menutup kemungkinan
perpustakaan digital tersebut memberikan manfaat pendidikan Islam untuk
memudahkan mencari kitab referensi.
Berangkat dari kekurangan dan kelebihan tersebut Ahmad Lutfi Fathullah
mencoba merangkum beberapa manfaat dari program yang ada serta membawanya ke
level baru dengan menyediakan program yang dapat memenuhi kebutuhan ummat
khususnya ulama, mengacu pada referensi yang standar dan semaksimal mungkin.
(Fathullah, 2012). Sumber data dalam Perpustakaan Islam Digital yang ia buat berasal
dari situs waqfeya.com mengingat situs ini merupakan situs waqaf yang berisi buku-
buku yang sudah menjadi milik ummat. Program ini dibuat sesederhana mungkin agar
dapat digunakan dan diakses dengan mudah walaupun tidak terlalu mengerti komputer.
Dengan menunjuk dan mengklik, mereka dapat membuka buku yang mereka inginkan.
(Fathullah, 2012)
Di samping menciptakan perpustakaan Islam digital, Ahmad Lutfi Fathullah
juga menghasilkan karya-karya berbentuk multimedia. (Hidayat, 2019). Seperti :
a) DVD: Metode Belajar Interaktif Hadis dan Ilmu Hadis
b) CD: Potret Pribadi dan Kehidupan Rasulullah SAW
c) DVD Interaktif: Hadis-hadis Keutamaan Al-Qur’an
d) DVD Interaktif: Hadis Sahih Al-Bukhari, Terjemah dan Takhrij interaktif
(Edisi 1)
e) DVD Interaktif: Indeks Tematik Al-Qur’an
Dalam Proses Penyelesaian:
a) DVD Interaktif: Fiqh Ramadhan
b) DVD Interaktif: Manasik Haji dan Umrah
c) DVD Interaktif: Ensiklopedia Sholat
d) DVD Interaktif: Potret Surga dan Neraka
e) DVD Interaktif: Ensiklopedia Sholat
f) DVD Interaktif: Hadis-hadis Zikir dan Berzikir
g) DVD Interaktif: Arbain al-Nawawi
Salah satu mahasiswa Universitas Islam Negeri Sultan Aji Muhammad Idris
Samarinda yang sedang melaksanakan kegiatan PKL (Praktik Kerja Lapangan) di Pusat
Kajian Hadis Bogor mengatakan “saat berada disana kami diberi software yang berisi
kumpulan kitab hadis layaknya Maktabah Syamilah.” Mereka juga diajari cara
membuat aplikasi hadis tematik seperti “40 Hadis tentang Sains, 40 Hadis tentang
perempuan, 40 Hadis tentang muamalah dan masih banyak lagi. Aplikasi-aplikasi ini
162
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
bisa ditemukan di playstore dan bisa diunduh secara gratis. Ahmad Lutfi juga banyak
menghasilkan karya berupa buku-buku sederhana bertemakan hadis dan fiqih yang
mudah dicerna oleh masyarakat. Karya-karyanya antara lain:
a) Hadis-Hadis Keutamaan al-Qur’an
b) Rumus-rumus Hadis & Rijal al-Hadis
c) Seri Hadis Untuk Anak:
• Sayangi Kami Sayangi Sesama
• Aku Anak Muslim
• Aku Bisa Karena Belajar
d) Menuju Generasi Qur’ani
e) Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nashihin
f) Menguak Kesesatan Aliran Ahmadiyah
g) Pribadi Rasulullah SAW: Telaah kitab Taudhih al-Dala’il fi Tarjamat Hadits
al-Syama’il
h) Pahala dan Keutamaan Haji, Umrah, Ziarah dalam hadis-hadis Rasulullah
SAW.
i) Fiqh Khitan Perempuan
j) Fiqh Nakerwan Hongkong
k) Membuka Pintu Rezeki melalui Wirid Pagi dan Petang
l) 40 Hadis Keutamaan Dzikir & Berdzikir
m) Membaca Pesan-pesan Nabi dalam Pantun Betawi
Rutin Mengadakan Majelis Taklim
Di tengah kesibukannya mengawasi Pusat Kajian Hadis, menciptakan digitalisasi Al-
Quran dan Hadis dan menghasilkan karya buku, Ahmad Lutfi Fathullah juga rutin
mengisi kajian hadis di masjid-masjid daerah Jakarta dan Bogor dengan membentuk
beberapa majelis taklim, diantaranya:
a) Majlis Ta’lim Al-Bahtsi wa al-Tahqiq al-Salam, Jakarta
b) Masjid Baitul Mughni, Jakarta
c) Masjid al-Tin, Jakarta
d) Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta
e) Masjid Baitus Salam, Gedung BIP Jakarta
f) Majlis Ta’lim al-Sa’adah, Ciputat
g) Masjid al-Hijrah, Jakarta
h) Masjid Shalahuddin, Kalibata, Jakarta
i) Masjid al-Musyawarah, Kelapa Gading Jakarta
j) Pusat Islam Bogor
Kajian hadis yang dibahas dalam majelis tersebut yakni hadis Arbain Nawawi,
Riyadus Shalihin, hadis tematik, dan Ilmu Hadis. Selain itu ia juga mengisi seminar-
seminar penelitian hadis di berbagai tempat dan mengajar di berbagai universitas di
Indonesia dan negara tetangga. (Nur’aini, 2018). Ustadz Kinta, salah satu pengurus
PKH yang juga merupakan sahabat KH Ahmad Lutfi mengungkapkan bahwa dahulu
sebelum PKH di Bogor beroperasi, Ustadz Kinta bersama KH Ahmad Lutfi keliling
Indonesia ke berbagai kampus UIN, IAIN, STAIN untuk memperkenalkan teknologi
digitalisasi hadis. Selain perguruan tinggi, ada juga lembaga masyarakat setempat yang
meminta dikunjungi untuk belajar.
Saat mengenang KH Ahmad Lutfi, Ustadz Kinta mengatakan salah satu adab
yang kami pelajari dari Kiai adalah bahwa Kiai Ahmad Lutfi ketika sedang fokus
membuat karya, tidak jarang duduk di meja kerjanya dari waktu subuh ketemu subuh
berikutnya. Kiai juga selalu menjaga shalat dhuha dan memberi tanpa orang lain dan
keluarganya tahu. Ustadz Kinta juga melanjutkan ternyata Kiai suka membantu orang
163
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
yang susah dan ketika Kiai Ahmad Lutfi meninggal, orang tersebut datang dan bersaksi
bahwa Kiai adalah orang yang baik.
Mengadakan Kajian Kitab Kuning Shahih Bukhari
Kajian Kitab Kuning Shahih Bukhari merupakan program acara dakwah yang
mengulas isi kitab Shahih Bukhari yang diproduksi hasil kerjasama antara TVRI
dengan Pusat Kajian Hadis (PKH). Acara ini ditayangkan setiap hari Jumat pada pukul
04.00-06.00 WIB. Kajian ini terdiri dari tiga sesi, yaitu pembacaan Al-Qur’an, ceramah
dan tanya jawab. Topik yang dibahas dalam penelitian ini adalah masalah umum yang
berkaitan dengan kehidupan sehari-hari berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Adapun
topik-topiknya yaitu tentang akhlak, akidah dan syariah seperti thaharah, berwudhu,
etika buang air, belajar mencintai Rasulullah saw. dan lain-lain. (Nurdiana, 2013).
Kajian ini diawali dengan pembacaan satu hadis oleh Ahmad Lutfi yang
berkaitan dengan tema yang akan dibahas kemudian dilanjut dengan penjelasan
mengenai hadis tersebut. Dalam menjelaskan kandungan hadis, Ahmad
Lutfi menggunakan bahasa yang ringan dan mudah dicerna dengan mengaitkan
kehidupan sehari-hari sembari menyapa peserta terkait tema yang dibahas sehingga
suasana yang dihadirkan dalam kajian ini cukup interaktif dan hangat. Kajian hadis ini
ditutup dengan sesi tanya jawab yang umumnya pertanyaan yang dikemukakan oleh
peserta berkaitan dengan tema hadis yang dibawakan. Walaupun KH Ahmad Lutfi telah
wafat, program Kajian Hadis Kitab Kuning Shahih Bukhari ini tetap berlanjut hingga
saat ini dan digantikan oleh narasumber lain dan bukan berasal dari PKH.
KESIMPULAN
KH Ahmad Lutfi Fathullah adalah seorang tokoh hadis Indonesia yang sangat
produktif. Selama hidupnya ia dedikasikan untuk menyebarkan hadis-hadis Nabi
melalui berbagai cara. Kontribusinya dalam menyebarkan hadis seperti mendirikan
Pusat Kajian Hadis, menciptakan Perpustakaan Islam Digital dan aktif mengadakan
majelis taklim baik di dunia digital maupun non digital adalah agar masyarakat
Indonesia bisa mengenal, mengkaji dan ikut menyebarluaskan hadis-hadis Rasulullah
saw.
Usahanya dalam menyebarkan hadis yang bisa kita rasakan hingga saat ini
melalui karya-karyanya harapannya bisa menambah semangat bagi para penuntut ilmu
untuk serius mempelajari suatu ilmu terutama ilmu agama dan turut menghasilkan
karya yang berguna bagi khazanah peradaban umat Islam. Kiai Ahmad Lutfi pernah
berpesan bahwa Perpustakan Islam Digital yang ia ciptakan dan PKH yang ia dirikan
harus bisa digunakan sebaik mungkin oleh para mahasiswa karena mahasiswa
merupakan calon ulama.
RUJUKAN
Andariati, L. 2020.Hadis dan Sejarah Perkembangannya. Diroyah: Jurnal Ilmu Hadis,
4(2), 154.
Fathullah, A. L. 2019. Retrieved Desember 22, 2021, from Perpustakaan Islam Digital:
https://perpustakaanislamdigital.com/index.php/page/detail/5/pendukung
Hidayat, M. S. 2019. Kontribusi Ahmad Lutfi Fathullah dalam Perkembangan Kajian
Hadis di Indonesia Melalui Aplikasi Perpustakaan Islam Digital. Tesis
Prasiswazah, IAIN KUDUS.
Hidayatullael, F. 2018. Pemahaman Hadis Tentang Pemakaian Serban Menurut DR.
Ahmad Lutfi Fathullah, MA. 58.
Ismail, M. S. 2007. Metodologi Penelitian Hadis Nabi. Jakarta: Bulan Bintang.
164
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Istini, E. 2019. Penerapan Prinsip Pollyana Pada Acara Dakwah "Kajian Kitab Kuning
Shahih Bukhari" di TVRI. Nuansa Indonesia: Jurnal Ilmu Bahasa, Sastra dan
Filologi, 21(1), 2.
Nur'aini, A. 2018. Metodologi Interpretasi Hadis Ahmad Lutfi Fathullah dalam Kajian
Kitab Kuning Shahih Bukhari (Studi Terhadap Interpretasi Audio Visual).
Tesis, 180.
Nurdiana, L. 2013. Analisis Pesan Dakwah dalam Acara Kajian Kitab Kuning Shahih
Bukhari di TVRI. Skripsi, 61.
Qamariyah, N. 2018. Sejarah Perkembangan Hadis: Masa Prakodifikasi Hadis (Masa
Rasulullah, Khulafaur Rasyidin, Tabi'in), Masa Kodifikasi Hingga Sekarang.
Makalah.
Rangga, F. A. 2019. Hadis-Hadis Imamah Dalam Perspektif Ahmad Lutfi Fathullah.
Tahdis, 10(2), 15.
Wafiq Aziziah, P. A. 2020. Penulisan dan Pembukuan Hadis. Makalah.
Zuhri, D. (2016, Mei 18). Retrieved Desember 22, 2021, from Republika:
https://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/islam-
nusantara/16/05/18/o7d2mi301-pusat-kajian-hadis-ciptakan-perpustakaan-
hadis-digital
(n.d.). Retrieved Desember 22, 2021, from PKH: https://pkh.or.id/
(n.d.). 2020. Retrieved Desember 22, 2021, from Kiblatku: https://kiblatku.com/dr-
ahmad-lutfi-fathullah-ma-putra-asli-betawi-dan-pendiri-pusat-kajian-hadis/
165
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 16
Interaksi Hadis Siyasah oleh
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Irfazarissofea Aslan1, Athirah Ibrahim, Nur Ain Syafiqah Ghazali,
Nornisa Mohamad Shaharani, Farah Nasuha Hamidi,
Latifah Abdul Majid & Nor Syamimi Mohd
Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ialah seorang tokoh agama, pentadbir dan juga seorang
ahli politik yang terkenal di negeri Kelantan. Penglibatan Tuan Guru Nik Aziz dalam
bidang politik bermula apabila beliau memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan
Negeri Kelantan kawasan Pengkalan Chepa pada tahun 1967 di bawah parti politik
PAS. Pendekatan politik beliau memberi impak dan pengaruh yang besar kepada
perubahan politik di Negeri Kelantan. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis
pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap hadis siyasah di Malaysia.
Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan. Data dikumpul
melalui analisis dokumen terhadap dokumen-dokumen, jurnal, artikel dan buku-buku
berkenaan pemikiran Tuan Guru Nik Aziz dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa menjadi seorang pemimpin dan melaksanakan segala
tanggungjawabnya merupakan satu kewajipan yang perlu dijalankan mengikut apa
yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Walaupun perkataan siyasah tidak disebut
dengan nyata di dalam al-Quran, tetapi ianya jelas disebut di dalam hadis yang
membawa maksud memerintah, mentadbir dan memimpin. Tugas memimpin sesebuah
negara mestilah diberikan kepada orang yang mempunyai hati yang sentiasa dekat
dengan Allah SWT kerana tugas tersebut merupakan amanah daripadaNya.
Kata kunci: Hadis Siyasah, kepimpinan, politik, pemikiran, dakwah politik
PENGENALAN
Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dilahirkan di Desa Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
pada 10 Januari 1931. Beliau mempunyai darah keturunan Raja Jembal yang
merupakan seorang pemerintah di Kampung Jembal ketika Bachok dijajah pada abad
ke-16. (Jamal 1999). Beliau mendapat pendidikan awal daripada ayahnya iaitu Haji Nik
Mat atau juga dikenali sebagai Tok Nik Mat Alim (Ahmad Najib & Nor Hazrul 2021).
Ketika beliau berusia 6 tahun, ayahnya menghantarnya ke Sekolah Kebangsaan Kedai
Lalat namun beliau hanya bertahan selama 3 bulan sahaja kerana sekolah tersebut tidak
sesuai dengan jiwa dan naluri beliau. Oleh sebab itu, Haji Nik Mat menghantar beliau
ke sebuah pondok di bawah kendalian Tok Kenali yang terletak di Kubang Kerian.
Kesungguhan Tuan Guru Nik Aziz di dalam ilmu agama menyebabkannya banyak
menghabiskan masa dengan membaca dan menghafal buku-buku agama dan kitab-
kitab Arab (Jamal 1999).
166
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Apabila menjangkau usia remaja, beliau melanjutkan pengajiannya di Pondok
Tuan Guru Haji Abbas di Besut, Terengganu. Setelah tamat pengajian, beliau mula
berguru dengan seorang ulama hadis yang dikenali sebagai Tok Khurasan yang
merupakan ulama tersohor ketika itu (Wan Hasni 2014). Pada Tahun 1952, beliau
menyambung pengajian ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India untuk mendalami
Ilmu Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir al-Quran dan hadis. Tahun 1958, beliau ke Pakistan untuk
meneruskan pendidikan dalam bidang tafsir dan pada tahun seterusnya beliau
menyambung pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan memperoleh gelaran sarjana
(M.A) dalam bidang peradilan dan hukum Islam selama 2 tahun di sana (Sabir 2011).
Setelah pulang ke Tanah Air, beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang guru
Agama di Sekolah Menengah Tarbiah Mardiah Panchor. Kemudian, beliau diberikan
amanah oleh ayahnya untuk menjadi guru di Sekolah Agama Darul Anwar yang
ditubuhkan hasil daripada titik peluh penduduk kampung (Jamal 1999).
Tuan Guru Nik Aziz merupakan seorang tokoh besar yang disegani dan
berpengaruh terutamanya dalam bidang agama dan juga dalam kepimpinan politik
Islam (Ahmad Najib & Nor Hazrul 2021). Beliau mula melibatkan diri secara aktif
dalam bidang politik pada tahun 1967 sebagai calon pilihan raya kecil kawasan
Parlimen Kelantan Hilir. Pada tahun 1990, beliau dilantik sebagai Menteri Besar
Kelantan setelah PAS berjaya menewaskan Barisan Nasional di dalam pilihan raya
(Wan Hasni 2014). Selain itu, beliau juga pernah mengetuai Dewan Ulama Pas Pusat
kerana ketokohan dan kewibawaannya sebagai seorang ulama. Sepanjang kepimpinan
beliau, beliau menegaskan agar anggota PAS dan umat Islam sentiasa mengamalkan
semua ajaran Rasulullah SAW dalam segala aspek (Sabir 2011). Pada 12 Januari 2015
beliau telah menghembuskan nafas terakhir kerana menghidap kanser prostat (Ahmad
Najib & Nor Hazrul 2021).
Secara keseluruhannya, Tuan Guru Nik Aziz adalah ulama Islam yang
mempunyai keintelektualan dan bakat kepimpinan yang tinggi dan hebat di Malaysia
khususnya dan dunia Islam amnya. Pemikiran beliau dalam bidang pengajian Islam dan
politik perlu ditengahkan agar dapat menjadi panduan umat Islam sepanjang zaman.
Oleh itu, artikel ini akan menganalisis interaksi Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
terhadap hadis siyasah di Malaysia.
METODE KAJIAN
Kajian kualitatif ini mengaplikasikan pendekatan kajian analisis kandungan yang
memfokuskan kepada pemikiran seorang tokoh iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
Mat. Kajian ini mengumpulkan data terhadap dokumen bertulis seperti artikel jurnal
dan tesis yang terdapat dalam laman web yang berautoriti dan boleh dipercayai bagi
memastikan kesahihan sumber maklumat yang diperolehi. Sumber seperti buku yang
diperolehi daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM juga menjadi salah satu
rujukan bagi menghasilkan artikel ini. Data yang diperoleh seterusnya dianalisis secara
deskriptif.
HASIL KAJIAN
Tuan Guru Nik Abdul Aziz dikenali sebagai model pemimpin Islam di Malaysia pada
masa kini. Hal ini kerana, beliau mempunyai kesedaran yang tinggi dan keupayaan
yang unik dalam meningkatkan fahaman dan pengamalan agama dalam kalangan
masyarakat Islam, khususnya di negeri Kelantan (Ismail Yusof 2015). Kebanyakkan
pemikiran Tok Guru Nik Aziz yang dirakamkan bukan sahaja berupa renungan seorang
intelektual yang berada di menara gading, tetapi beliau juga menulis dalam konteks
pergerakan sosial, keagamaan dan politik di mana beliau turut terlibat sebagai
pelakunya. Apabila dikaji skop penulisan beliau, kelihatan seolah-olah mencakup
167
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
seluruh bidang kesarjanaan Islam seperti agama, sejarah, kebudayaan, falsafah, politik
kebangsaan, politik antarabangsa dan sebagainya (Ismail Yusoff 2015).
Menurut Ibnu Manzur (1990) dari segi bahasa Arab siyasah boleh didefinisikan
sebagai melakukan sesuatu yang mendatangkan kebaikkan kepada pihak yang
dipimpin. Hal ini kerana Siyasah Syar`iyyah merujuk kepada tindak tanduk kepimpinan
semua peringkat yang membawa kebaikan kepada anak buahnya samada ibu bapa
kepada anak-anak, guru kepada muridnya, pemimpin kepada rakyatnya dan
sebagainya. Manakala perkataan Syar’iyyah pula bermaksud hal-hal yang berpandukan
kaedah Islam dan syarak (Shukeri dan Azrien 2016). Sebagai tokoh intelektual dan
pemimpin organisasi politik islam terbesar di tanah air, Tok Guru Nik Aziz mempunyai
tempat tersendiri dalam wacana intelektual Malaysia (Ismail Yusoff 2015). Malahan
dapat dilihat interaksi dan pemikiran yang diaplikasikan di dalam kehidupannya
sepanjang menjawat jawatan sebagai ahli politik adalah selaras dengan garis panduan
agama Islam itu sendiri iaitu dengan berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah baik dalam
aspek pentadbiran dan kepimpinan serta dakwah politik.
Pentadbiran dan Kepimpinan
Konsep kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dalam hidupnya disandarkan kepada
kekuasaan dan kedaulatan itu hanya milik Allah SWT semata-mata di mana manusia
diamanahkan untuk melaksanakan suruhan-NYA. Bahkan juga wajib mengatur negara
dengan hukum Allah SWT yang telah tercantum dalam kitab suci al-Quran yang
disempurnakan penafsirannya oleh hadis Rasulullah SAW (Ismail Yusoff 2015).
Justeru itu, penulisan artikel ini telah memilih beberapa hadith politik atau hadith
siyasah yang pernah digunakan atau dapat dikaitkan sepanjang tempoh pemerintahan
beliau di Malaysia.
i. Menghidupkan Prinsip Kedaulatan Syariah dalam Urusan Pentadbiran
Tuan Guru Nik Aziz merupakan salah seorang tokoh pemimpin Islam yang bersungguh
dan sentiasa berusaha untuk menyerapkan semangat Islam ke dalam pentadbiran beliau.
Beliau tidak sekadar berslogan dan berpolemik, tetapi turut bertindak (Syarafuddin
Sulaiman 2015). Setiap urusan di bawah pentadbiran beliau beliau baik dalam urusan
kewangan, kebajikan, pembangunan infrastruktur, tanah, pertanian, perhutanan dan
sebagainya pasti berpandukan ajaran Islam. Beliau juga telah menghapuskan unsur-
unsur yang bercanggah dengan Islam di dalam aktiviti pentadbiran dan kegiatan
kemasyarakatan (Shukeri Mohamad et al 2020). Ini bertepatan dengan satu hadis
Rasulullah SAW yang menerangkan bahawa kepimpinan bertujuan untuk
mendaulatkan agama Islam.
Maka, ini merupakan satu petunjuk yang sangat jelas bahawa kepimpinan
bukan sekadar urusan mentadbir dunia, akan tetapi ia adalah mekanisme untuk
memelihara dan mendaulatkan agama. Ini kerana kita bukan sekadar menginginkan
pembangunan ekonomi yang mampan serta kehidupan yang bahagia bahkan juga kita
mahukan pembangunan manusia yang sejahtera. Inilah prinsip asas yang wajib
difahami oleh setiap pemimpin muslim bahawa kuasa kepimpinan bukan sekadar
mengurus tadbir dunia dengan baik tetapi memelihara bahkan membangunkan Islam di
Malaysia ini (Ahmad Sanusi Azmi 2020).
Justeru itu, penyelarasan undang-undang dan peraturan negeri dengan prinsip-
prinsip Islam yang dibawa oleh Tok Guru Nik Aziz telah mengubah landskap
pentadbiran. Contohnya, bermula 1 januari 1992 kerajaan Negeri telah mengharamkan
semua jenis permainan judi kepada semua kaum dan agama tanpa mengira jenis kaum,
masyarakat dan kebudayaan. Semua premis judi yang telah beroperasi semenjak
Kerajaan Barisan Nasional diarah tutup serta merta. Beliau turut menyatakan bahawa
168
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
pengharaman judi ini dilihat selaras dengan prinsip semua agama, kepercayaan, adat
atau kebudayaan yang sama sekali tidak membolehkan unsur-unsur perjudian wujud
dalam sistem kehidupan mereka, kerana di dalamnya terdapat unsur-unsur tipu daya,
muslihat dan aniaya terhadap pihak lain dengan perbuatan judi (Shukeri Mohamad
&Mohammad Azrein 2016).
ii. Pemimpin yang sentiasa memudahkan
Menurut Ridwan (2020) Inisiatif beliau dalam penyebaran ilmu sangat besar, buktinya
dapat dilihat melalui sumbangan beliau kepada masyarakat Kelantan sebagai seorang
guru yang tidak kenal erti lelah dalam menyampaikan ilmu. Walaupun sudah 23 tahun
beliau digelar sebagai seorang menteri besar kelantan, beliau tetap tekun dan tidak
pernah berkira dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat. Ini dapat dilihat bahawa
beliau tidak pernah berkira dengan masa dalam mencapai matlamat beliau untuk
menyebarkan ilmu. Di malam hari, beliau tetap mendidik golongan tua, mengadakan
kuliah dan ceramah agama di sekitar kota Bharu. Kebiasaannya seorang menteri
pastinya sibuk, namun Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat professional dalam
menguruskan masa semata-mata untuk menyebarkan ilmu kepada masyarakat.
Menurut sebuah hadith oleh Imam Muslim, Rasulullah SAW pernah berdoa agar
diberikan kemudahan kepada pemimpin yang memudahkan urusan rakyatnya dan
mendoakan agar diberi kesusahan kepada pemimpin yang menyusahkan rakyatnya.
أللهم من ولي من أمر أمَّت شيئًا فشق عليهم فاشقق علبه ومن ولي من أمر أمَّت
شيئا فرفق بهم فارفق بهم
(Muslim, Sahih Muslim, Kitab Kepimpinan, Bab Keutamaan Imam Yang Adil,
No. 3407).
Maksudnya:
Ya Allah, barangsiapa yang mengurusi satu perkara umatku, lalu ia
menyulitkan umatku, maka persulitlah ia. Dan siapa yang mengurusi perkara
umatku, lalu ia memudahkannya, maka permudahkanlah ia.
iii. Pemimpin yang berilmu
Tuan Guru Nik Aziz sentiasa menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam
membentuk keteguhan jati diri melalui pengamalan beliau dalam melakukan ibadah
dan istiqamah dengannya. Dalam satu hadis Rasulullah SAW yang berbunyi,
ِ»ِ«أعاذك اللهِمنِإمارةِالسفهاء:ِأنِالتئئِقالِلكعبِبنِعجرة،عنِجابرِبنِعبدِالله
ِِولاِيستئون،ِلاِيقتدونِبهديي،ِ"امراع يكونونِبعدي:ِقال،ِوماِإمارةِالسفهاء؟:ِقال،
ِ،ِولستِمنهم،ِفأولنكِليسواِمني،ِوأعانهمِعلىِظلمهم،ِفمنِصدقهم بكذبهم،بستي
ِِِفأولنك،ِولممِيعنهمِعلىِظلمهم،ِومنِلممِيصدقهمِبكذبهم،ولا يرذواِعليِحوضي
ِِوسيرذواِعليِحوضي،منيِوأناِمنهم
169