Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
khususnya di negara-negara Arab serta di benua India dan Asia (Khadher Ahmad
2021).
Sejarah tentang kemunculan pengajian dan penulisan hadith di Nusantara
secara umumnya sangat berkait rapat dengan kedatangan dan kemunculan Islam di
rantau ini. Pendapat al-Attas, beliau mengatakan bahawa Islam telah muncul di
Nusantara ini adalah melalui aktiviti perdagangan yang berlaku antara masyarakat
setempat dengan pedagang daripada Arab dan India. Sejajar dengan itu, terdapat
banyak pengajian ilmu agama Islam yang telah tersebar di Nusantara. Namun,
perkembangan ilmu hadith telah berlaku agak sedikit lewat berbanding ilmu-ilmu lain
seperti ilmu al-Quran, ilmu akidah, ilmu tasawuf, ilmu fiqh Shafi’iyyah, serta ilmu nahu
dan saraf (Mazlan Ibrahim 2017). Karya-karya dalam bidang hadith sama ada
himpunan dan terjemahan matan, atau terjemahan kutub hadith yang sudah sedia ada
apatah lagi penulisan mengenai cabang ilmu-ilmu hadith dalam bahasa Melayu atau
terjemahan daripada bahasa Arab adalah begitu kurang apatah lagi syarah kepada kitab-
kitab matan hadith itu sendiri yang biasanya berjumlah berjilid-jilid banyaknya (Fauzi
Deraman 2010).
Pengajian kitab-kitab hadith di Alam Melayu telah dipelajari khususnya di
pondok-pondok, sekolah-sekolah beraliran Agama-Arab, surau dan masjid. Dalam
aspek ilmu riwayah, antara yang mendapat perhatian adalah Matan Arba‘in al-
Nawawiyyah dan Riyad al-Salihin min Kalam al-Sayyid al-Mursalin oleh al-Imam al-
Nawawi (w. 656H), Bulugh al-Maram oleh al- Hafiẓ Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H),
Mukhtar al-Ahadith oleh Ahmad Hasyimi dan sebagainya, turut diberi perhatian
beberapa kitab daripada Sunan al-Sittah atau Kutub al-Tis‘ah namun ia tidak meluas
(Fauzi Deraman 2010).
Aktiviti pembelajaran ilmu-ilmu hadith terutamanya hadith al-Arbain di
Nusantara tidak terhad kepada mempelajari kitab-kitab Arab semata-mata. Aktiviti ini
menjadi semakin rancak pada kurun ke 17 Masihi sehingga kurun ke 20 Masihi kerana
dapat dilihat usaha-usaha para ulama tempatan dalam menghasilkan karya-karya awal
hadith Arba’in dalam bentuk terjemahan. Antara kitab hadith al-Arbain terawal yang
wujud di Nusantara ialah, Syarh al-Latif ‘Ala Arba’in Hadithan Li Imam al-Nawawi
karangan Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri (w. 1105H) yang merupakan karya hadith
Arba’in pertama yang berbentuk terjemahan dalam bahasa Melayu. Selain itu ialah
Fath al-Mubin karya daripada Syeikh Muhammad Salih bin Murid Rawa (w. 1272H).
Kitab ini adalah merupakan pentafsiran daripada al-Arba’in al-Nawawiyyah yang mana
kitab ini lebih cenderung dalam ilmu Fiqh (Rosni Wazir, Mohd Khafidz Soroni, &
Suriani Sudi 2020).
Selain itu, antara karya hadith Arba’in yang lain ialah Hidayah al-Mukhtar
Hadith Empat Puluh diterjemahkan oleh Syeikh Wan Hassan Bin Syeikh Wan Ishaq
al-Fatani (Tuan Hasan Besut) (w. 1864M). Karya ini adalah merupakan karya
terjemahan terhadap hadith-hadith oleh Syeikh Abd al-Azim al-Mundhiri iaitu kitabnya
yang bertajuk Hidayah al-Mukhtar Fi Fadl Talab al-‘Ilm Wa Fadl Sahibin Min Kalan
Sayyid al-Akhyar. Kemudian ialah kitab yang bertajuk “Hadith Empat Puluh” karya
Asbiran Yaakob yang merupakan terjemahan kepada Syarh Matan al-Arbain Hadithan
al-Nawawiyyah: Fi al-Ahadith al-Sahihah al-Nabawiyyah oleh Imam al-Nawawi
(Rosni Wazir, Mohd Khafidz Soroni, & Suriani Sudi 2020).
Akhir sekali ialah 40 Hadith peristiwa Akhir Zaman karya daripada Abu Ali
al-Banjari al-Nadwi. Di dalam kitab hadith Arba’in ini telah menyenaraikan sebanyak
42 buah hadith tentang peristiwa-peristiwa yang bakal berlaku pada akhir zaman kelak.
Terdapat banyak lagi kitab-kitab hadith Arba’in di Nusantara, tetapi di dalam
pengenalan ini, pengkaji hanya menyenaraikan lima sahaja kitab-kitab berkaitan hadith
Arba’in (Rosni Wazir 2020).
112
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Tema Penulisan Hadith Arba’in di Malaysia kurun 21 Masihi
Tema menurut Glosari Istilah Kesusasteraan (Safian Hussain 2014) ialah idea atau
persoalan pokok atau idea yang mengawal sesebuah karya. Manakala menurut Kamus
Teras Sastera ialah persoalan utama yang terungkap secara tidak langsung (implisit)
atau secara langsung (eksplisit) (Nurmila Kamal 2003). Tema secara umumnya
bermaksud gagasan penyatuan pendapat atau idea pengarang dan juga merupakan satu
fikiran atau persoalan bagi pengarang yang menjadi dasar sebuah cerita. Definisi
penulisan pula menurut Za’ba (1965), beliau menyatakan bahawa penulisan merupakan
pekerjaan yang menyusunkan perkataan dengan susunan yang elok kerana menghalkan
atau merupakan sesuatu fikiran hati atau sesuatu kisah cerita supaya dapat difahamkan
oleh orang lain apabila didengar atau dibaca mereka akan susunan itu.
Tema penulisan hadith Arba’in di Malaysia pada kurun ke-21 Masihi ini dilihat
lebih meluas dan terperinci kandungan di dalamnya berbanding penulisan hadith
Arba’in yang wujud pada kurun ke-20 Masihi. Hal ini boleh dilihat daripada isi
kandungan kitab-kitab yang terdapat pada abad ke 21 Masihi merangkumi hadith dan
takhrijnya, terjemahan matannya, huraian istilah-istilah terpilih daripada hadith, syarah
dan pandangan ulama-ulama hadith berkenaan hadith tersebut, serta huraian pengarang
sendiri yang mengaitkan hadith tersebut dengan kehidupan seharian agar boleh
diaplikasikan.
Dari sudut pengaruh hadith Arba’in itu sendiri, dilihat masyarakat Malaysia
yang ada pada kurun ke-21 Masihi ini lebih berminat dan lebih berintelektual serta telah
mendapat pendedahan yang luas berkenaan kepentingan hadith Arba’in. Buktinya ada
beberapa kitab hadith Arba’in pada kurun 20 Masihi yang telah diulang cetak kerana
mendapat sambutan ramai dan digunakan sebagai bahan pengajaran di kuliah-kuliah
masjid mahupun dibeli untuk bacaan sendiri.
Karya Penulisan Hadith Arba’in Pada Kurun Ke-21 M
i. Hadith Empat Puluh oleh ‘Abd al-Qahar Hasan
Pengarang kitab ini telah menghuraikan hadith 40 karya Imam al-Nawawi dengan
meliputi perkara-perkara seperti hadith dan takhrij-nya, memberi pengertian kepada
hadith tersebut, meng-istinbat-kan fikrah-fikrah, hukum-hukum dan lain-lain yang
terkandung di dalam hadith berkenaan, menghuraikan istilah-istilah yang terdapat di
dalam hadith berkenaan, dan menerangkan amalan yang perlu dilaksanakan oleh
muslimin dan muslimat (Rosni, Khafidz & Suriani 2020).
ii. Syarah Hadith 40 Imam Nawawi: Asas-asas Ilmu Islam oleh Ibnu Amrullah
Yusuf
Kitab ini merupakan hasil karya Mustafa Al-Bugha & Muhyiddin Misto dan Ibnu
Amrullah Yusuf merupakan penterjemah dan yang mensyarahkan hadith ini. Menurut
pengarang, buku ini merupakan hadith-hadith yang mencakupi pengertian yang lebih
luas cakupannya berbanding apa yang telah dihimpun oleh ulama-ulama sebelum
ini. Masing-masing hadith mengandungi kaedah-kaedah agama yang asas dan
mendasar. Itulah yang dikatakan oleh ulama sebagai sumber asas Islam. Dan ada yang
mengatakan bahawa ianya mengandungi separuh atau sepertiga dari ajaran Islam.
Hadith-hadith yang terdapat dalam kitab mengambil rujukan daripada kitab Sahih
Bukhari dan Sahih Muslim dan ada sesetengah hadith yang sengaja tidak dicantumkan
kesemua sanadnya. Ini kerana pengarang bertujuan agar pembaca mudah untuk
menghafalnya. Huraian buku ini meliputi Kepentingan Hadith, Kosa Kata dalam
Hadith, Fiqh al-Hadith dan Natijah (Ibnu Amrullah Yusuf 2012).
113
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
iii. Al-Kafi Syarah Hadith 40 oleh Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri.
Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dilahirkan di Terengganu dan mula mendapat
pendidikan awal di negerinya sendiri. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah di Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah. Berpeluang belajar
secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan
pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Ulum al-Islamiah Wa al-
A’rabiah, Syria. Beliau menyelesaikan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains
Malaysia (USM) dalam bidang fatwa. Kini, beliau merupakan ahli Dewan Negara
Malaysia dan merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi,
Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota
The Assembly of Muslim Jurists of America. Sehingga kini, beliau masih bergiat aktif
dalam bidang penulisan, kegiatan dakwah, pengajaran di masjid-masjid serta
membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Dalam mensyarahkan kitab Arba’in Nawawiyah ini, Dr Zulkifli al-Bakri
menamakan kitab ini dengan al-Kafi yang memberi makna mencukupi (Zulkifli 2016).
Metodologi syarahan kitab syarah hadith 40 ini didahului dengan biografi Imam
Nawawi dan keistimewaan kitab al-Arba’in Nawawiyyah beserta dengan beberapa
syarahnya. Susunan isi bagi kitab ini merangkumi tajuk, matan hadith, terjemahan
hadith dalam bahasa Melayu, biografi ringkas perawi hadith, keistimewaan hadith,
pandangan ulama berkaitan hadith, sebab wurud hadith, hadyu al-Nabawi dan Istifadah
Hadith serta aplikasi hadith dalam kehidupan. Dr Zulkifli al-Bakri juga menggunakan
metodologi pengumpulan data daripada rujukan syarah kitab-kitab arab yang masyhur
seperti Syarah Al-Arba’in Hadisan Al-Nawawiyyah, Al-Ta’yiin Fi Syarah Al-Arba’in,
Al-Manhaj Al Mubin Fi Syarah Al-Arba’in Al-Nawawiyyah, dan banyak lagi. Beliau
turut mengaitkan hadith Arba’in yang terdapat dalam kitab ini dengan penjelasan yang
begitu jelas dan huraian yang sangat baik lebih-lebih lagi pada bahagian keterkaitan
hadith dengan kehidupan seharian. Selain itu, buku ini mempunyai visual tulisan yang
berwarna-warni serta terdapat gambar-gambar yang berkaitan hadith yang diterangkan,
menjadikan buku ini sangat seronok dibaca dan sesuai kepada pelbagai peringkat umur.
Hadith Empat Puluh oleh Mohd. Fauzi bin Awang
Kitab ini adalah karangan Yahya Syarifuddin An-Nawawi dan terjemahannya oleh
Mohd. Fauzi bin Awang. Karya terjemahan ini menghimpunkan hadith-hadith yang
terkandung di dalam kitab al-Arba`in al-Nawawiyyah. Huraiannya bersifat ringkas
kerana penulis ingin menjadikan kitab tersebut mudah difahami oleh para pelajar yang
baru berjinak-jinak dengan bidang hadith.
iv. Hadith Empat Puluh al-Nawawi dan Pengajarannya oleh Mohd Farid Ravi
bin Abdullah dan Mohd Norzi Nasir
Pengarang bagi kitab ini terdiri daripada dua orang iaitu Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah
dan Mohd. Norzi Nasir. Dr. Mohd Farid Ravi telah mendapat lulusan Ijazah Sarjana
Muda Usuluddin dari Universiti al-Bayt, Jordan manakala mendapatkan kelulusan
Master khusus dalam bidang al-Quran. Seterusnya, beliau juga telah memiliki PhD
dalam bidang Tafsir dan Ulum Al-Quran daripada University of Jordan. Kini, beliau
menjawat jawatan sebagai Pengarah Institut Kajian Hadith (INHAD) di Kolej
Universiti Islam Selangor, KUIS. Bagi pengarang kedua iaitu Mohd Norzi Nasir
merupakan seorang pegawai penyelidik.
Penulisan kitab ini menghimpunkan 40 hadith yang telah dimuatkan oleh Imam
Nawawi. Dari aspek susunan isi kandungan kitab pula terdiri daripada matan hadith,
terjemahan hadith, takhrij ringkas dan pengajaran hadith. Terdapat penambahan pada
114
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
aspek pengisian hadith daripada kitab asal Hadith 40 Imam Nawawi, iaitu penulis turut
meletakkan tahrij hadith yang lengkap pada tajuk baru selepas mensyarahkan 40 Hadith
Imam Nawawi. Kemudian, penulis turut meletakkan al-Manzumah al-Baiquniiyah bagi
memudahkan pembaca mendalami ilmu hadith. Keunikan dan kepadatan isi pada kitab
ini telah mendapat pengaruh daripada masyarakat iaitu mendapat permintaan tinggi dari
segenap lapisan pembaca. Kitab galakan kepada para pelajar sekolah sama ada di
peringkat sekolah menengah, kolej dan universiti untuk dijadikan sebagai rujukan
mahupun bahan bacaan (Mohd. Farid & Mohd. Norzi. 2010).
v. Hadith 40 Imam Nawawi oleh Muhammad Bukhari
Pengarang memulakan susunan isi hadith dalam kitab dengan meletakkan matan hadith
beserta terjemahan dan mengasingkan syarah hadith kepada empat subtopik iaitu
kedudukan hadith, sebab timbulnya hadith, intisari hadith dan tafsir hadith. Selain itu,
pengarang memuatkan pelbagai pendapat ulama dalam membahaskan syarah
berkenaan hadith-hadith tersebut. Pengarang turut meletakkan dalil daripada ayat-ayat
al-Quran bagi menguatkan lagi syarahannya. Kelebihan kitab ini ialah dari aspek
susunan isi kitab yang sangat tersusun rapi. Pembahagian subtopik ini memudahkan
para pembaca untuk mengenalpasti tumpuan utama sesuatu syarah. Penjelasan syarah
juga agak mendalam yang merangkumi pelbagai pandangan ulama.
vi. Paksi 40 Imam Nawawi oleh Ainon binti Mohd dan Arief Salleh bin
Rosman.
Kitab ini telah dihasilkan dengan mengemukakan teks asal sebagaimana yang terdapat
pada kitab asal al-Arba`in an-Nawawiah. Pengarang turut menyertakan terjemahan dan
mengetengahkan biodata ringkas para perawi yang terdapat dalam kitab tersebut.
Seterusnya, pengarang juga memberikan pandangan mereka iaitu menerusi tip hadith
sebagai panduan ringkas kepada pembaca. Oleh itu secara keseluruhannya dapat
difahami bahawa terdapat dua bahagian asas dalam penulisan kitab ini iaitu bahagian
pertama ialah teks asal buku Matan Arba`in Nawawiah yanng merangkumi
pendahuluan Imam Nawawi, teks berbahasa Arab dan terjemahan teks. Selain daripada
itu merupakan bahagian kedua yang merupakan tambahan oleh pengarang tersebut.
vii. Tadabbur Hikmah Hadith 40 Imam Al- Nawawi oleh Dr Rozaimi Ramle
Pengarang bagi kitab ini merupakan seorang ilmuwan dalam bidang hadith.
Mempunyai lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Mu’tah, Jordan.
Kemudian menyambung pengajian Sarjana Hadith di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIA) pada tahun 2008. Seterusnya telah menyambung pengajian peringkat
PhD di University of Jordan pada tahun 2011 sehingga 2014. Kini beliau merupakan
pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Menurut pengarang, buku ini dipersembahkan untuk umat akhir zaman sebagai
panduan dalam menjalani kehidupan. Kesemua hadith di dalam buku ini di-tadabburi
dan dirungkai untuk difahami makna yang terkandung di sebaliknya. Ia disampaikan
dengan penuh santai tetapi mendalam maksudnya. Kebanyakan hadith yang disusun
oleh Imam al-Nawawi ini berkisar tentang kaedah dan konsep penting dalam
memahami hidup beragama. Oleh itu, ia amat sesuai kepada semua golongan bermula
daripada orang biasa sehinggalah kepada orang ternama. Tadabbur Hikmah Hadith 40
Imam Nawawi bukanlah kitab syarah kepada al-Arbain al-Nawawiyyah. Sebaliknya ia
merupakan satu ulasan yang lebih mendalam serta dipersembahkan dalam bentuk
berbeza dengan buku Hadith 40 yang telah sedia ada. Kesemua 42 hadith yang telah
115
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
disusun oleh Imam Nawawi ni ditadabburi dengan penuh terperinci bersandarkan dalil
yang kuat serta hujah yang bernas (Rozaimi Ramle 2017). ⠀
viii. Hadith 40 Imam Nawawi oleh Dr Zahazan Mohamed dan Muhammad
Zakaria
Pengarang bagi kitab ini ialah Dr Zahazan Mohamed yang berasal dari Melaka. Beliau
mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Arab di Universiti Yarmouk.
Kemudian, menyambung pengajian Master dan PhD di Universiti Malaya dalam
bidang Linguistik. Beliau merupakan salah seorang cendekiawan muslim, penceramah
dan pendakwah yang aktif di Malaysia.
Bagi metodologi penulisan, penulis meringkaskan hadith iaitu tidak menyertakan
sanad-sanad hadith pada teks bahasa Arab. Namun, sanad-sanad hadith disertakan
dalam bahasa Melayu. Hal ini bertujuan supaya hadith-hadith tersebut mudah dihafal
dan disebar dengan lebih meluas serta menjadi sebutan para pendakwah (Zahazan &
Muhammad Zakaria 2010). Selain itu, pengarang meletakkan subtopik kecil bagi setiap
huraian dan intisari hadith. Setiap hadith dalam kitab ini diiringi dengan pelbagai
gambar, foto pemandangan, dan grafik agar dapat mengukuhkan lagi isi kandungan
serta hujah hadith. Oleh itu, kitab ini akan bertambah menarik dan sesuai dijadikan
bacaan tambahan oleh seluruh lapisan masyarakat untuk diamalkan dalam kehidupan
seharian.
ix. Hadith 40 Imam Nawawi Versi Braille oleh Ahmad Yunus Mohd Noor
Kitab ini merangkumi 42 hadith Arba’in yang dikarang oleh Imam Nawawi dan dicetak
dalam bentuk tulisan Braille oleh UKM Holdings Sdn. Bhd. Pengarang kitab ini iaitu
Ahmad Yunus Mohd Noor merupakan pensyarah daripada Jabatan Usuluddin dan
Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga
melakukan penyelidikan dalam bidang Eksegesis Saintifik, Pengajian Al-Quran &
Hadith, Braille, Masalah Pembelajaran, Penyelidikan Antara Disiplin dan
Epistemologi. Geran penyelidikan semasa beliau adalah termasuklah 'Pembinaan
Modul Braille untuk 40 Hadith Imam Nawawi', 'Pembinaan Modul Braille untuk Quran
dengan Tajwid', 'Tauhid Sains' dan 'Pelancongan Islam'. Buku ini dihasilkan agar dapat
membantu golongan orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan bagi membolehkan
mereka membaca, memahami serta mendalami hadith 40 yang merupakan sumbangan
besar Imam Nawawi dalam bidang hadith (Ahmad Yunus 2017).
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, terdapat banyak penulisan hadith al-Arbain yang telah
dihasilkan pada kurun ke 21 Masihi ini. Bahkan sebenarnya terdapat lebih lagi karya-
karya penulisan kitab al-Arba’in di Malaysia ini yang belum disenaraikan oleh pengkaji
di dalam makalahini kerana pengkaji kekurangan maklumat berkenaan kitab-kitab
tersebut.
Khulasahnya, sememangnya terbukti bahawa penulisan kitab hadith al-Arbain
di Malaysia tidak terhenti pada kurun ke-20 Masihi sahaja. Walaupun telah banyak
ilmuwan yang telah menterjemahkan kitab hadith al-Arbain ini sejak dari dahulu lagi.
Namun, usaha-usaha masih diteruskan pada kurun ke-21 Masihi. Ini dapat dilihat
daripada semakin banyak kajian yang telah mahupun yang sedang dilakukan terhadap
karya hadith al-Arbain oleh para sarjan Islam di Malaysia ini. Jelaslah disini, bahawa
kepentingan kitab himpunan hadith-hadith Rasulullah S.A.W karangan Imam al-
Nawawi itu sangat penting di dalam kehidupan seharian Muslim. Setiap karya hadith
116
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Arba’in di Malaysia ini mempunyai pelbagai kaedah, kecenderungan dan tujuannya
tersendiri bagi mencapai objektif penghasilan kitab-kitab tersebut.
RUJUKAN
Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Sahrizan Ali. 2020. Mengenali Kuantitatif &
Kualitatif dalam Penyelidikan Pengajian Islam. Selangor: Penerbit FPI
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Yunus Mohd Noor. 2017. Hadith 40 Imam Nawawi Versi Braille. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ainon binti Mohd & Arief Salleh bin Rosman. 2010. Paksi 40 Imam Nawawi.
Selangor: PTS Islamika.
Al-Haitami. 2008. al-Fathul al-Mubin Bi Syarh al-Arbain. Jedah: Dar al-Minhaj.
Anwar, C. 2016. Gaya Bahasa Perintah Dalam Hadits Arbain Riwayat Imam An-
Nawawi serta Implikasinya Terhadap Pembelajaran Ilmu Balagah. Tesis PhD.
Universitas Negeri Jakarta.
Fauzi Deraman. 2010. Pengajian Hadith di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi.
Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya (APIUM).
Ibnu Amrullah Yusuf. 2012. 40 Syarah Hadith Imam Nawawi : Asas-asas Ilmu Islam.
Kuala Lumpur: Jasmin Publications.
Khadher Ahmad & Selamat Amir. 2021. Aliran Klasik dan Moden dalam Pengajian
Tafsir dan Hadith. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mazlan Ibrahim, Haziyah Hussin & Latifah Abdul Majid. 2017. Warisan Hadith
Ulama Nusantara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Farid Ravi bin Abdullah & Mohd Norzi Nasir. 2010. Hadith Empat Puluh an-
Nawawi dan Pengajarannya. Bangi: Institut Kajian Hadith.
Mohd. Fauzi bin Haji Awang. 1986. Hadith Empat Puluh. Kelantan: Pustaka Aman
Press.
Muhamad Rozaimi Ramle. 2017. Tadabbur Hikmah Hadith 40 Imam Al- Nawawi.
Selangor: Karya Bestari.
Muhammad Bukhari. 2011. Hadith 40 Imam Nawawi. Kuala Lumpur: Seribu Dinar.
Nurmila Kamal. 2003. Kamus Sastera Teras. Selangor : Pustaka Ilmi.
Rosni Wazir, Mohd Khafidz Soroni, & Suriani Sudi. 2020. Penulisan dan pengumpulan
karya hadith 40 oleh ulama Alam Melayu. Kertas kerja Persidangan
Antarabangsa Tokoh Ulama Melayu Nusantara 2015 (PANTUMN 2015).
Anjuran Institut Kajian Hadith (INHAD) KUIS, Jabatan al-Quran dan al-
Sunnah (KUIS). Kajang, Selangor, 20 April 2020.
Safian Hussain 2014. Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Stiawan, K., & Tohirin, M. 2015. Format Pendidikan Pondok Pesantren Salafi dalam
Arus Perubahan Sosial di Kota Magelang. Cakrawala: Jurnal Studi Islam.
10(2): 194–209.
Tantowi, M. 2018. Nilai-Nilai Pendidikan Islam Dalam Kitab Hadits Arba‟in Karangan
Imam An-Nawawi. Tesis Undergraduate. Universitas Negeri Jakarta. UIN
Raden Intan Lampung.
Yahya bin Syaraf al-Din al-Nawawi. 2009. Al-Arba’un al-Nawawiah. Mekah:
Maktabah al-Iqtisod.
Za’ba. 1965. Pelita Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zahazan Mohamed & Muhammad Zakaria. 2020. Hadith 40 Imam Nawawi. Kuala
Lumpur: Telaga Biru.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2016. Al Kafi Syarah Hadith 40. Kuala Lumpur: Pustaka
Cahaya Kasturi.
117
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 11
Perkembangan Penulisan dan Ilmu Hadith
di Indonesia antara Tahun 1900 hingga 1950
Muhammad Farhan Wahairi1, Muhammad Zulfadhli Ashari,
Muhammad Hanif Ismail, Muhammad Yusoff Badrulhisham, & Latifah Abdul Majid
Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]
ABSTRAK
Agama Islam sampai ke tanah Nusantara melalui dakwah yang dibawa oleh para
mubaligh yang menyebarkan agama serta mengajarkan ilmu-ilmu berkaitan Islam
terutamanya Ilmu Hadith. Perkembangan penulisan dan Ilmu Hadith di Indonesia pada
tahun 1900-1950 merupakan titik permulaan kepada keteguhan ilmu hadith sehingga
ke hari ini. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejarah awal perkembangan ilmu
Hadith di Nusantara khususnya negara Indonesia pada tahun 1900-1950. Metode yang
digunakan dalam menghasilkan kajian ini adalah kaedah kualitatif melalui kajian
kepustakaan dan analisis dokumen yang dilakukan terhadap buku rujukan dan jurnal
yang berkaitan. Perkembangan ilmu hadith di Indonesia pada tahun 1900-1950 berlaku
kerana kesungguhan para ulama untuk memperbanyakkan karya dan memberikan
kefahaman kepada para pelajar di sekolah dan juga institut perguruan. Melalui usaha
para ulama ini, terhasilnya banyak penulisan bertemakan Ilmu Hadith yang lebih
tersusun di Indonesia sekaligus menggembangkan pembelajaran Ilmu Hadith.
Kata kunci: Ilmu hadith, hadith di Nusantara, hadith di Indonesia, karya hadith
PENGENALAN
Perkembangan keilmuan Islam di Indonesia pada hari ini masih menimbulkan pelbagai
tanda tanya sehingga berlakunya perbincangan di antara ahli-ahlinya. Sejarah
kemasukan Islam di Indonesia telah didorong oleh pelbagai faktor dan kedatangannya
direkodkan oleh sejarawan melalui dua peringkat, iaitu peringkat kedatangan dan
peringkat perkembangan (Mahayuddin Haji Yahya 2001). Hubungan perdagangan di
Nusantara dengan para pedagang telah membawa pelbagai manfaat dan kebaikannya
kepada negara Indonesia. Kemasukan ahli-ahli pedagang ini ke Indonesia suatu ketika
dahulu telah membentuk hubungan yang baik dan mesra. Hal ini juga tidak terkecuali
dengan kedatangan para pedagang Islam. Menurut Mohd. Jamil Mukmin (2014) dan
Zulkiflee Haron (2015), terdapat tiga teori mengenai pengembang atau pembawa ajaran
Islam ke Nusantara. 3 teori tersebut ialah:
a) Islam dibawa oleh mubaligh daripada Tanah Arab
b) Islam dibawa oleh mubaligh daripada India
c) Islam dibawa oleh mubaligh daripada China dan Champa
Kedatangan pedagang Islam bukan sahaja untuk melakukan aktiviti
perdagangan dan berinteraksi dengan penduduk tempatan, namun objektif mereka juga
adalah untuk memperkenalkan dan menyampaikan keindahan serta keunikan agama
118
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Islam. Kesan daripada penyebaran Islam ini menyebabkan negara Indonesia yang
dibentuk sehingga ke hari ini menjadi penduduk agama Islam yang terbesar di dunia.
Seiring dengan perkembangan agama Islam di Nusantara, maka ilmu-ilmu
Islam juga telah dibawa masuk dan diperkenalkan. Antaranya adalah ilmu fiqh,
tasawuf, akhlak, akidah, Sumatera merupakan tempat terawal rancaknya penyebaran
hadith di Nusantara yang berhasil memberikan pengaruh yang amat besar pada dunia
Islam ketika itu (William Marsden 1999). Hadith Nabi SAW diberikan sepenuh
perhatian memandangkan ianya merupakan sumber kedua Islam yang paling agung
selepas kalam Allah (al-Quran al-Karim). Dengan menerangkan kepentingan dan
fungsi hadith kepada masyarakat di Nusantara telah menyebabkan kegiatan hadith
berkembang pada kurun selepasnya sehinggalah wujudnya penulisan dan
penterjemahan kitab dan ilmu hadith kepada bahasa Indonesia. Walaupun ilmu hadith
di Indonesia pada abad ke-20 berkembang, namun perkembangannya tidaklah sama
dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Pada waktu itu, kebanyakan ulama’ dan para pelajar
di Aceh mahupun Padang tidak mendalami ilmu hadith ataupun hadith, tetapi mereka
lebih cenderung untuk belajar dan memahami ilmu fiqh, tasawuf, akidah, falak dan
sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan beberapa faktor. Antara faktor tersebut
adalah disebabkan kajian hadith serta ilmu-ilmunya dikatakan berkembang sangat
lambat berbanding ilmu-ilmu Islam yang lain. Seterusnya, kajian dan ilmu hadith di
Nusantara tidak diberi tumpuan sepenuhnya seperti ilmu-ilmu yang lain. Walaupun
terdapat sebahagian ulama’ atau para pengkaji yang menumpukan perhatian terhadap
ilmu hadith, namun kajian dan pemahaman mereka terhadap hadith tidak komprehensif
dan sistematik. Perbezaan yang ketara ini boleh dilihat memandangkan disiplin ilmu
hadith tidak disusun dengan lebih menyeluruh dan mendalam berbanding ilmu-ilmu
Islam yang lain. Oleh sebab itu dalam kajian ini, perkembangan penulisan dan ilmu
hadith di Indonesia pada tahun 1900-1950 dijadikan tajuk utama pemerhatian dalam
menganalisis proses dan metodologi perkembangan ilmu hadith di Indonesia.
METODE KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif iaitu analisis
dokumen atau kajian kepustakaan. Instrumen utama yang digunakan untuk
memperoleh data adalah melalui analisis dokumen seperti buku, data-data dari kajian-
kajian yang berkaitan dalam mengenalpasti perkembangan penulisan dan ilmu hadith
di Indonesia (1900-1950) daripada kajian-kajian lepas. Selain itu, kajian ini juga
dijalankan bagi menghuraikan perkara yang berkaitan dengan perkembangan ilmu
hadith ini.
Selain itu, kaedah lain yang digunakan adalah kaedah kepustakaan. Bahan-
bahan pepustakaan telah digunakan untuk rujukan dalam kajian ini. Antara
perpustakaan yang dirujuk untuk mendapatkan maklumat ialah Perpustakaan Tun Sri
Lanang, UKM. Bahan-bahan yang menjadi rujukan utama dalam kaedah ini adalah
buku rujukan dan jurnal-jurnal yang berkaitan. Namun kaedah ini terhad
penggunaannya kerana faktor yang berlaku sekarang iaitu penularan virus Covid-19.
Pihak perpustakaan menghadkan pinjaman buku-buku bagi mengambil langkah
berjaga-jaga terhadap penularan virus ini.
HASIL KAJIAN
Sejarah Awal Perkembangan Ilmu Hadith Di Indonesia antara tahun 1900 hingga
tahun 1950
Indonesia merupakan diantara negara yang terletak di Nusantara yang kaya dengan
pelbagai ilmuwan Islam, kitab kitab yang disyarah, kitab yang dihasilkan oleh ulama
119
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Indonesia itu sendiri dan kitab kitab yang diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
Di Malaysia banyak kitab terjemahan bahasa Indonesia digunakan sebagai panduan
kerana terdapat persamaan bahasa daripada kedua-dua buah negara ini. Pada tahun
1900, ilmu hadith di Indonesia berkembang kerana lahirnya pondok dan madrasah serta
pertubuhan-pertubuhan yang tidak menganut mazhab. Selain itu, lahir beberapa tokoh
yang menulis kitab hadith dan ilmu hadith seperti Ahmad Hassan (1958 M), dan T.M
Hasbi Ash Shiddieqiy (1975 M) (Dedi Masri 2018).
Muhammadiyyah yang terletak di Yogjakarta diantara pondok yang
berperanan mengembangkan ilmu hadith di Indonesia yang diasaskan pada tahun 1912
oleh Kyai Ahmad Dahlan dan cawangan keduanya yang didirikan di Bandung pada
1923. Muhammadiyah sangat menekankan ilmu Hadith dalam pelajaran di madrasah
tersebut. Menurut Hasanuddin, Muhammadiyah menetapkan subjek bagi al-Quran,
hadith dan tafsir sebagai pelajaran utama dalam pelajaran permulaan (Hasanuddin
1985).
Hadith juga berkembang melalui cara tidak formal seperti ceramah ataupun
petikan hadith secara langsung dari kitab Arab. Di samping itu, di Indonesia, pada tahun
awal 1900-1950, budaya tulis menulis atau dunia penerbitan buku-buku keagamaan
Islam yang berbahasa Indonesia sama majunya seperti zaman sekarang. Dan yang
paling penting dengan adanya pemeriksaan yang teliti terhadap status hadith daripada
segi matan dan sanad, lagi mudah untuk mengenalpasti sama ada hadith tersebut
maqbul atau mardud. Demikian juga perkembangan hadith berkembangan melalui
penyampaian dari guru ke murid (Tahamul wa al-Ada) yang secara umumnya
menggunakan cara tradisional (Badri Khaeruman 2017). Sebagai contoh, jika seorang
murid ingin menjadi muhaddis secara rasmi, maka terlebih dahulu perlu diadakan acara
rasmi pengijazahan hadith tersebut dari guru kepada muridnya. Tetapi sebenarnya
kegiatan sebegini hanya berlaku semasa penelitian dilakukan oleh para perawi hadith
yang hendak menunjukkan ada atau tidak hubungan status guru dan murid di antara
perawi penyampai dan perawi menerima itu oleh para ulama muhaddisin atau
mukharrij seperti penulis Kutubus Sittah.
Dari sudut lain sejarah awal perkembangan ilmu hadith di Indonesia pula,
munculnya seorang tokoh iaitu Muhammad Tahir bin Muhammad Jalaluddin al-Azhari
yang merupakan sahabat dan murid kepada Muhammad Rasyid Ridha, yang pulang ke
Indonesia pada awal 1900. Setelah beliau pulang ke Indonesia, beliau menerbitkan
majalah al-Imam. Majalah tersebut menjadi titik permulaan bagi pangkajian yang
moden terhadap hadith di Nusantara. Majalah tersebut diterbitkan pada tahun 1906
sehinggan awal 1909 dan banyak tersebar di Sumatera, Jawa, Sulawesi dan Kalimantan.
Kemudian tokoh yang sangat dikenali di Nusantara iaitu Hamka atau nama penuh
beliau Haji Abdul Malik Karim Amrullah merupakan murid kepada Syeikh Tahir
Jalaluddin menerbitkan majalah al-Munir di Pada pada tahun 1911 sehingga 1915 M
bersama dengan Abdullah Ahmad dan Thaib Umar. Majalah al-Munir banyak
terkandung tentang kajian ayahnya iaitu Haji Karim Amrullah terhadap ayahnya yang
sangat kritis. Majalah al-Munir juga banyak terkandung tentang kebaikan agama Islam
dan luasnya berdasarkan al-Quran dan Hadith. Ini menunjukkan bahawa pada
lingkungan tahun 1900-1950 sudah terdapat usaha para ulama untuk membahaskan
tentang hadith dan memberikan perhatian yang lebih kepada bidang ini (Fitrianti
Mariam Hakim 2018).
Terdapat banyak tokoh dan pakar dalam bidang hadith masa itu diantaranya
ialah A. Hassan yang mendalami banyak ilmu khususnya dalam bidang hadith dan ilmu
yang lain pula contohnya ialah tafsir, fiqh, faraid, mantiq dan ilmu ilmu lain. Selain itu,
Muhammad Mahfudz yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan merupakan ulama
Indonesia yang pertama mengajarkan Sahih Bukhari. Beliau juga arif di dalam bidang
Dirayah hadith, Musthalah Hadith, Rijal Hadith dan ilmu lain yang berkaitan dengan
120
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Hadith. Di samping itu juga, Indonesia mempunyai seorang tokoh hadith iaitu Mahmud
Yunus yang menguasai beberapa disiplin ilmu seperti bahasa Arab dan tafsir.
Perkembangan Pembelajaran Hadith Di Indonesia
Pembelajaran ilmu mengenai hadith merupakan satu aspek yang penting dalam usaha
untuk memahami agama, kerana hadith merupakan kitab panduan kedua buat manusia
selepas daripada kitab suci al-Quran al-Karim. Perkembangan pembelajaran dan kajian
hadith di Indonesia pada sekitar awal tahun 1900 adalah perlahan dan kurang mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat (Agung Danarto 2000).
Selain itu, menurut Howard (1993), corak pembelajaran dan kajian di negara Indonesia
ketika itu meletakkan ilmu hadith sebagai bahan rujukan untuk sebarang kajian dalam
ilmu fiqh dan bukanlah pembelajaran mengenai ilmu hadith secara total. Seterusnya,
pada abad ke-20, penulisan serta pengajian hadith mula bercambah dengan pengukuhan
ilmu-ilmu berkaitan dengan hadith dan juga berlaku pengklasifikasian kategori hadith.
Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membuat silibus dan buku pelajaran hadith untuk
sekolah dan juga institut perguruan (Hasep 2014). Selain itu, kekurangan karya dan
penulisan mengenai ilmu hadith sebagai pembelajaran di Sekolah Tinggi Agama Islam
di Indonesia juga merupakan faktor berlakunya pengukuhan ilmu hadith oleh para
tokoh hadith sekaligus melahirkan pelajar dan juga mahasiswa yang memahami ilmu-
ilmu berkaitan hadith (Hasep 2014).
Seterusnya, menurut Syaikh Abdillah (2016) semangat atau gerakan
pembaharuan ke arah membina masyarakat yang hidup berpandukan kepada ajaran al-
Quran dan al-Sunnah serta menghindarkan diri daripada sebarang bentuk sifat
mempercayai sesuatu tanpa sandaran ataupun sikap mentaklid buta juga membantu
percambahan ilmu hadith di Indonesia sekitar awal abad ke-20. Terdapat beberapa
daerah yang turut merasakan bahang daripada gerakan pembaharuan ini bersama-sama
dengan tokoh yang mengetuainya seperti KH. Ahmad Dahlan yang menubuhkan
Muhammadiyah pada tahun 1912 di Jogjakarta, Ahmad Soorkati dengan mendirikan
organisasi baru bernama al-Irsyad pada tahun 1913 serta penubuhan PERSIS
(Persatuan Islam) oleh Haji Zamzam dan Haji Muhammad Yunus pada tahun 1923
(Badri 2017).
Oleh kerana gerakan modenisme semakin berleluasa, maka ditubuhkan pula
Nahdatul Ulama pada tahun 1926 untuk menentang sikap yang terlalu berfikiran moden
ini. Keadaan ini menggambarkan bahawasanya kewujudan Isalam pada awal abad ke-
20 di Indonesia masih diselaputi dengan pemikiran tradisionalisme kerana tatkala
berlakunya gerakan pembaharuan, dipercayai akan terjadinya perselisihan pendapat di
antara dua golongan tersebut serta pandangan mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah
(Muhammad t.th.). Kenyataan ini bukanlah bermaksud dua golongan ini
menyalahgunakan al-Quran dan al-Sunnah bahkan mereka tetap meyakini
bahawasanya hadith merupakan sumber kedua selepas al-Quran dan terus
mengajarkannya kepada pelajar-pelajar mereka, akan tetapi berlaku perselisihan
mengenai cara dan pemahaman mereka terhadap penggunaan dalil tersebut. Kaum
tradisional yang diwakili oleh Nahdatul Ulama menggunakan kaedah “Bawah-Atas”
ketika mengeluarkan fatwa yang bermaksud proses istinbath hukum dimulakan
daripada kitab-kitab mu’tabarah, kemudian dimurnikan dengan rujukan yang teratas
iaitu al-Quran dan al-Sunnah (Ramli 2018). Sementara itu, golongan modenisme yang
lebih menginginkan idea-idea serta cetusan pemikiran yang baru menggunakan kaedah
“Atas-Bawah” yang bermaksud proses istinbat sesuatu hukum dimulakan dengan
merujuk teks al-Quran dan al-Sunnah kemudian barulah merujuk para ulama. Oleh
kerana pandangan mereka saling berbeza, maka hasil kajian mereka turut mendapatkan
hasil yang berbeza dan kerap kali menimbulkan perbalahan antara keduanya dalam
121
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
permasalahan tertentu seperti dalam bab amalan qunut, tahlil, talqin, ziarah kubur dan
tawasul (Muhammad t.th.).
Menurut Badri (2017) perkembangan pembelajaran ilmu hadith di Indonesia
sekitar awal abad ke-20 dipelopori oleh beberapa orang tokoh dan ulama hadith yang
terkenal, antaranya adalah Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minang Kabau (1859-1918),
Muhammad Mahfudz bin Abdullah al-Tirmisi (1878-1919), Hasyim Asy’ari Jombang
(1865-1946), A. Hassan (1886-1957), Munawar Khalil (1908-1960), TM, Hasbi al-
Shiddieqy (1904-1974), Abdul Qadir Hassan Bangil (meninggal 1984) dan Muhammad
Yasin bin Isa Padang al-Makky (1916-1990). Seterusnya, sedikit pengenalan mengenai
tokoh-tokoh tersebut dimulakan dengan Ahmad Khatib, anak jati Bukit Tinggi
merupakan seorang ulama yang membawa sentimen pembaharuan pemikiran Islam di
Indonesia atau lebih dikenali sebagai wahabisme. Beliau merupakan murid kepada
Sayyid Umar Syatha, Sayyid Uthman Syatha dan Abi Bakar Syatha di Makkah pada
tahun 1871, kemudian beliau menyebarkan ilmunya melalui penubuhan perlembagaan
keagamaan di Minangkabau. Tokoh seterusnya adalah Muhammad Mahfudz bin
Abdullah al-Tirmisi yang lebih popular dengan gelaran Mahfudz al-Tirmisi. Gelaran
al-Tirmisi diberikan kerana mengambil nama kampung kelahirannya di Jawa Tengah
yang bernama Termas. Beliau sangat terkenal di Hijaj sebagai salah seorang tokoh
muhaddith dari Indonesia kerana beliau mempelajari ilmu berkaitan hadith dengan
guru-gurunya di Makkah. Mahfudz al-Tirmisi banyak menghabiskan riwayat hidupnya
dengan mengajar dan menulis pelbagai jenis buku yang masih digunakan dan dijadikan
sebagai rujukan sehingga kini terutamanya di Nusantara. Antara karya yang dihasilkan
oleh beliau adalah Manhaj dzaw-i al-Nazhar fi syarh manzhumah ilmu al-Atsar, al-
Manhat al-Khairiyah fi arbain hadithan min ahadith khair al-Bariyah, al-Khal ‘at al-
Fikiryah bisyarh al-Munhat al-Khairiyah dan Kifayah al-Mustafid lima ‘ala man al-
Asaanid (Badri 2017).
Corak Pengajian Hadith Di Indonesia
Setiap ilmu itu mempunyai kaedah-kaedah tersendiri dalam memindahkannya dari
seorang guru kepada murid, dari seorang ulama’ kepada orang awam, dari seorang yang
alim kepada yang dalam proses menerima ilmu itu. Kaedah-kaedah ini mengikut
kesesuaian masyarakat dan keadaan setempat supaya matlamat ilmu itu tercapai. Dalam
perkembangan ilmu hadith di Indonesia pada tahun 1900-1950 ini, di dapati ada dua
metode dan corak pengajiannya iaitu pengajian hadith tradisional dan moden.
i. Pengajian hadith tradisional
Kaedah pengajian ini lebih tertumpu kepada institusi pondok atau pesantren. Institusi
pondok sememangnya memainkan peranan penting dalam menjaga serta menyebarkan
agama yang benar sesuai dari apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Pondok juga
telah berperanan menjaga kelangsungan agama ini dari ancaman penjajah sehingga
pengamalan dan penganut agama Islam masih ada harini, malah penganut yang paling
ramai adalah agama Islam. Justeru di Indonesia tiada institusi pendidikan Islam yang
lebih baik dari pesantren dalam mengajarkan agama ini. Hal ini berlaku kerana para
santri (pelajar) yang bermukim dan menjadi murid sepenuh masa di pondok dapat
meniru serta mencontohi setiap perilaku samada cara makan dan minum, berjalan,
mengajar dan akhlak mulia para kyai (guru) yang mendidik mereka sedari bangun tidur
sehingga tidur balik, semua itu mereka dapat mencontohi kerana terdapat keberkatan
pada guru mereka yang juga akan mengalir kepada mereka.
Namun demikian, sistem pondok ini terdapat perkara kurang iaitu tidak
mempunyai satu lembaga penelitian ilmiah. Pelajar juga tidak didedahkan dengan
kaedah penelitian dan kajian yang mampu menghantarkan mereka kepada sikap kritis
122
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
dalam menerima sesuatu pelajaran. Sehingga para pelajar tidak memiliki kemampuan
untuk meneliti dan mengkritik setiap apa yang mereka terima di institusi ini. Di dunia
pesantren ada kecenderungan bahawa apa yang ada sahaja di dalam kitab-kitab kuning
itu adalah benar sehingga tidak perlu diteliti, dikaji dan sebagainya. (Mustofa 2009).
Namun begitu, perkara yang kurang ini bukan bererti kelemahan kerana dari sudut
kerohanian ia adalah adab terhadap ulama’-ulama’ terdahulu kerana keilmuan mereka
jauh berbeza dengan dengan umat terkemudian, jadi sebagai pelajar hanya belajar
kitab-kitab dan mengambil jalur ilmu mereka dengan sebaiknya tanpa ada kritikan.
Institusi pendidikan pesantren di Indonesia, pengajaran hadith didominasi oleh
pengajaran atau pengriwayatan hadith dengan metode sorogan dan bandongan.
Oleh kerana itu, pengajaran dan pengajian ilmu hadith kelihatannya tidak
begitu dominan (Mustofa 2009) sehingga metode takhrij hadith, ilmu rijal dan juga
kaedah dalam memahami hadith tidak mendapatkan perhatian yang baik. Seharusnya
pelajar yang menumpukan pengajian pada bidang hadith, mengetahui mustalah al-
hadith, metode takhrij hadith, serta metode kaedah memahami hadith sangatlah
penting. Sehubungan dengan itu, kelemahan sistem pendidikan pondok ini ialah tidak
adanya penelitian ilmiah sehingga hadith-hadith yang dipelajari tidak dapat diuji dan
diketahui sejauh mana kebenaran (kesahihannya). Sebagaimana sedia maklum bahawa
pengajian hadith di institusi pondok bukan hanya merujuk kitab-kitab hadith yang sahih
seperti Sahih Bukhari dan Muslim sahaja bahkan kitab-kitab sunan, musnad dan lain-
lain. Justeru terdapat banyak juga hadith yang bersumber dari kitab-kitab kuning seperti
fekah, tafsir dan sebagainya yang mengandungi hadith lemah. Namun begitu, hadith
lemah ini jika pengkajian dilakukan, dapat diketahui ia masih diamalkan ataupun
kerana ada peringkat-peringkatnya (Mustafa 2009). Realiti ini berterusan sehinggalah
institusi pengajian tinggi yang lebih mengutamakan penelitian ditubuhkan.
ii. Pengajian Hadith Moden
Perkembangan pengajian kaedah ini dimulai dengan tertubuhnya pengajian tinggi
agama Islam di Indonesia. Pengajian hadith berkembang dan tumbuh dengan pesat
selepas penubuhan institusi pengajian tinggi ini. Ianya bermula pada tahun 1950-an
kemudian ia terus berkembang sehingga ke harini. Jurusan (jabatan) tafsir dan hadith
sehingga ke peringkat ijazah tinggi yang dilaksana oleh pengajian tinggi Islam
terutamanya Universiti Islam Indonesia semestinya dapat menjamin perkembangan dan
kemajuan dalam pengajian ini kerana sistemnya yang lebih tersusun. Seterusnya
pengajian ini lebih diperkasakan lagi dengan penubuhan lebih banyak institusi yang
pengajiannya lebih tertumpu pada bidang hadith. Tambahan pula, institusi ini
ditubuhkan oleh tokoh yang pakar dan berautoriti dalam bidang hadith. Sebagai
contohnya, pendiri Pondok Pesantren Luhur Ilmu Hadith Darus-Sunnah adalah seorang
tokoh yang pakar dalam bidang hadith iaitu KH. Ali Mustafa Ya’qub. Demikian juga
Pusat Kajian Hadith yang didirikan oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah. Dengan berdirinya
institusi pengajian tinggi pada pertengahan kurun ke 20, makin terserlah pengajian
hadith dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya Institusi pengajian ini sangat
memberangsangkan dan memberi impak positif kepada banyak pihak sama pelajar,
pensyarah, dan pengkaji hadith khususnya, serta untuk umat Islam umumnya. Justeru
dengan kemajuan ini harapan ke arah pemurnian ajaran Islam berasaskan al-Qur’an dan
sunnah yang dicita-citakan dapat dicapai.
Penulisan Dan Penterjemahan Hadith Dan Kitab Hadith
Kepesatan agama Islam di Nusantara khususnya Indonesia telah membawa kepada
keperluan penulisan dan karya-karya keagamaaan Islam dalam pelbagai bentuk (Siti
Hawa Salleh 1997). Walaupun karya-karya dan penulisan ilmu Islam yang lain telah
123
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
lama rancak, perkembangan karya-karya hadith secara hakikatnya adalah sangat lambat
dan lewat. Hal ini sendiri telah dibuktikan melalui pelbagai kajian yang dilakukan dan
hampir kesemua dapatan dan hasilnya menunjukkan bahawa penulisan dan
penterjemahan hadith berada dalam kuantiti yang sedikit, memandangkan karya dan
penulisan hadith bermula pada kurun ke-18. Majoriti ulama’ ketika itu mendalami
bidang masing-masing selain daripada bidang hadith seperti feqah, tasawuf, akidah dan
sebagainya. Namun perkara sebegini bukanlah bermakna kita menafikan keilmuan dan
kepakaran mereka dalam bidang hadith (Rosni Wazir 2020).
Meskipun terdapat kelemahan dalam aspek sebegini, perkara ini tidak
menghalang penduduk tempatan daripada mengenali dan mempelajari hadith. Hal ini
kerana hadith tetap menjadi kepentingan utama yang bertindak sebagai sumber kedua
yang agung dalam Islam selepas al-Quran. Hadith merupakan sumber pendalilan dan
penghujahan terhadap pelbagai masalah dan isu yang dimuatkan dalam pelbagai
penulisan dan karya Islam walaupun penulisan tersebut tidak dikategorikan sebagai
ilmu hadith. Agak mustahil jika sesuatu penulisan dan karya Islam itu tidak disertai
dengan dalil-dalil daripada hadith Nabi SAW (Fauzi Deraman 2009). Sebelum
Indonesia merdeka, penyebaran hadith disampaikan dalam bentuk kitab-kitab bahasa
Arab yang biasanya diterbitkan di Kairo, Mesir dan Beirut, Lubnan, namun jumlah
kitab-kitab ini sangat sedikit. Perkara ini menyebabkan perkembangan ilmu hadith serta
pemahaman masyarakat Indonesia terhadap hadith lebih lewat. Tambahan pula,
pemahaman bahasa Arab di kalangan penduduk Indonesia adalah lemah dan minima
(Badri Khaeruman 2017).
Pada mulanya, penterjemahan hadith dan kitab hadith tidaklah begitu pesat dan
penerbitannya berada dalam kuantiti yang kecil dan sedikit. Kemudian, beberapa
syarikat penerbitan di Indonesia telah mengambil langkah ke hadapan dengan
menterjemahkan hadith-hadith ke bahasa Indonesia untuk dijadikan sebagai rujukan
dan bahan bacaan. Pada tahun 1937, H. Zainuddin Ilamidy, Fachruddin Hs, Nasaruddin
Thaha dan Djohar Ariffin telah bersama-sama menterjemahkan kitab Sahih al-Bukhari.
Terjemahan mereka kemudian telah diterbitkan oleh Wijaya, Jakarta pada tahun-tahun
seterusnya (Zainuddin Hamidy 1983). Di samping itu, terdapat banyak majalah dan
brosur yang memuatkan hadith-hadith dan disertai dengan terjemahannya pada:
a) Himpunan Putusan Tarjih yang mula beroperasi pada tahun 1929 sehingga
1972. Jumlah hadith yang diletakkan dalam brosur dan majalah ini ialah 534
hadith. 9 hadith berkaitan akidah, 517 hadith berkenaan masalah ibadah dan 8
hadith berkaitan masalah akhlak (Muhammadiyah 1972).
b) Majalah Soal Jawab yang diterbitkan oleh A. Hassan serta pemimpin-
pemimpin persatuan Islam pada tahun 1931-1934. Majalah ini memuatkan
jawapan-jawapan kepada pelbagai pertanyaan dan keraguan dalam masalah
agama. Kemudian Majalah Soal Jawab ini diterbitkan dengan lebih tersusun
oleh CV Diponegoro dalam bentuk buku yang terdiri daripada 3 jilid. Sebanyak
1429 jumlah hadith yang telah diletakkan dalam majalah ini (A. Hassan 1983).
Bukan itu sahaja, karya dan penulisan hadith pada abad ke-20 semakin banyak
dihasilkan di Indonesia, walaupun jumlahnya tidaklah banyak pada tahun 1900 hingga
1950. Antaranya:
a) Kifayah al-Mustafid Lima ‘ala min al-Asanid disempurnakan pada
1320H/1902M: Sheikh Mahfuz al-Tarmasi
b) Terjemahan Hadith Jawahir al-Bukhari disempurnakan pada 1341H/1923M:
Tuan Hussin Kedah
c) Hadith Empat Puluh disempurnakan pada 1347H/1929M: Asbiran Yaakub
d) Bahr al-Madhi li Sharh Sahih al-Tirmidhi disempurnakan pada 1351H/1933M:
Sheikh Muhammad Idris bin Abd al-Rauf al-Marbawi
124
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
e) Tahzib Atraf wa al-Hadith bi Sharh ma fi Kitab Mukhtar al-Ahadith (Penggal
1 dan 2) disempurnakan pada 1356H/1938M: Ustaz Haji ‘Abd al-Halim al-
Hadi
f) Mukhtasar Ibn Abi Jamrah disempurnakan pada 1369H/1950M: Terjemahan
Sheikh Idris al-Marbawi.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapatlah kita lihat bahawa betapa pesatnya penyebaran penulisan dan
ilmu hadith di Indonesia pada tahun 1900-1950. Banyak tokoh daripada pelbagai latar
belakang yang mempunyai peranan atau cara tersendiri untuk memastikan hadith ini
sampai kepada orang lain khususnya rakyat Indonesia yang beragama Islam pada masa
itu. Dan terdapat juga usaha dengan mendirikan madrasah dan pondok untuk
memastikan bahawa kepada sesiapa yang berminat dengan ilmu hadith, mereka dapat
mempelajarinya dengan lebih khusus.
Selain itu, terdapat juga usaha untuk membuku dan menterjemahkan kitab-
kitab arab ke bahasa Indonesia agar mudah untuk rakyat Indonesia membacanya. Kita
sebagai penuntut ilmu perlulah menghargai usaha mereka ini walaupun kita berada di
negara yang berbeza kerana untuk melakukan segala usaha ini bukannya memakan
masa hanya sehari dua, malah bertahun-tahun dan pelbagai cabaran yang mereka
hadapi tambahan lagi pada zaman dahulu tiada kemudahan seperti zaman sekarang.
Semoga ilmu hadith ini terus berkembang pesat di Nusantara agar dapat diteruskan oleh
generasi masa hadapan.
RUJUKAN
Abdillah, Syaikh. 2016. Perkembangan Literatur Hadith di Indonesia Abad Dua Puluh.
Jurnal Ilmu Hadith. 1(1): 69-78.
Agung Danarto. 2000. Kajian Hadith di Indonesia Tahun 1900-1945 (Telaah Terhadap
Pemikiran Beberapa Ulama Tentang Hadith). Pascasiswazah Tesis. Program
Studi Pengkajian Islam, Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga Jogjakarta.
Ali Mustafa Yaqub, “Kajian Hadith di Indonesia: Institusi Formal dan Tidak Formal”
(kertas kerja, Seminar Takhrij Hadith Nusantara, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur 30-31 Disember 2009
Anon. Sejarah dan Perkembangan Hadith di Sumatera.
Badri Khaeruman. 2017. Perkembangan Hadith di Indonesia pada Abad XX. Jurnal
Ilmu Hadith. 1(2): 187-202.
Fauziah Nasution. 2020. Kedatangan dan Perkembangan Islam di Indonesia. Jurnal
Dakwah dan Pengembangan Sosial Kemanusiaan 11(1): 26-46.
Hamidy, Zainuddin. 1983. Terjemahan Shahih Bukhari. Jakarta: Wijaya.
Hasep Sapurta. 2014. Perkembangan Studi Hadith di Indonesia: Pemetaan dan Analisis
Genealogi. Ph.D Thesis. Program Studi Pengkajian Islam, Universitas Islam
Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.
Hassan, A. 1983. Soal Jawab Jilid I-III. Bandung: CV. Diponegoro.
Howard M. Federspiel. 1993. The Usage of Traditions of the Prophet in Contemporary
Indonesia. Tempe: Arizona State University.
Mahayuddin Haji Yahya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Jamil bin Mukmin. 2014. Sejarah Kerajaan-Kerajaan Islam Secara Ringkas dan
Sejarah Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara Secara Ringkas.
Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia.
125
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Muhammadiyyah, PP. 1929-1972. Himpunan Putusan Takhrij. Yogyakarta Prof.
Madya Dr. Fauzi Deraman. 2009. Pengajian Hadith di Malaysia: Satu
Tinjauan,
Khazanah al-Quran dan al-Hadith Nusantara. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, h.213.
Ramli Abdul Wahid. 2018. Perkembangan Terkini Studi Hadith. Jurnal MIQOT. 42(2):
263-280.
Ramli Abdul Wahid, Dedi Masri. 2018. Perkembangan Terkini Studi Hadith di
Indonesia. Jurnal Universiti Islam Negeri Sumatera Utara Medan
Rosni Wazir. 2020. Sorotan Terhadap Perkembangan Karya-Karya Islam dan Hadith
di Nusantara. Jurnal Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Siti Hawa Salleh. 1997. Kesusasteraan Melayu Abad ke 19. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, h.223-226.
Zulkiflee Haron & et. al. 2015. Tamadun Islam & Tamadun Asia. Johor Bahru:
Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
126
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 12
Perkembangan Penulisan dan Ilmu Hadith di Indonesia
antara Tahun 1950 hingga 2000
Nurul Nadiah Mustaza1, Nur Aqilah Mohd Hakimi, Nik Siti Hajar Ahmad Azhar,
Izyan Ayuni Mustapa & Latifah Abdul Majid
Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia,
[email protected]
ABSTRAK
Perkembangan ilmu hadith di Indonesia mempunyai sejarah yang tersendiri sejak awal
kedatangannya di negara itu. Pada peringkat awal, ilmu hadith tidak begitu rancak
seperti ilmu Islam yang lain seperti fiqh, akidah, tafsir dan sebagainya. Namun kini,
ilmu hadith sudah seiring dengan ilmu-ilmu Islam yang lain dan merupakan antara
bidang utama dalam institusi pengajian. Masyarakat Islam pada masa kini kurang
pengetahuan berkaitan kronologi sejarah perkembangan penulisan dan ilmu hadith.
Maka, artikel ini bertujuan untuk menghuraikan sejarah perkembangan penulisan dan
ilmu hadith di Indonesia pada pertengahan kurun ke-20 tahun 1950 hingga 2000. Ia
juga turut membahaskan metode pengajaran dan pembelajaran ilmu hadith ketika itu.
Selain itu, penulisan ini juga bertujuan untuk menganalisis kitab-kitab ilmu hadith yang
diterbitkan pada tempoh tersebut. Penulisan ini mengumpulkan maklumat melalui
kaedah kualitatif dengan membuat analisis dokumen terhadap buku, artikel, jurnal dan
bahan bertulis yang berkaitan dengan tajuk penulisan. Tegasnya, artikel ini
menunjukkan bahawa pada pertengahan akhir abad ke-20, penulisan ilmu hadith mula
mengalami perkembangan yang pesat berbanding abad sebelum ini kerana kajian-
kajian berkaitan ilmu hadith diperbahaskan secara kritis dan wujud beberapa institusi
yang menggunakan kitab-kitab hadith terkemuka sehingga membuka peluang untuk
masyarakat awam mendalami ilmu hadith. Metode pengajaran dan pembelajaran hadith
yang digunakan adalah secara tahlili, ijmali, muqarin dan mawdhu’i. Melalui penulisan
ini, masyarakat akan dapat menyelusuri sejarah perjalanan ilmu hadith beserta karya-
karyanya di Indonesia dan seterusnya dapat menyuntik semangat ke dalam diri
masyarakat Islam
Kata kunci: Perkembangan, Penulisan, Ilmu Hadith, Indonesia
PENGENALAN
Hadith merupakan antara salah satu sumber utama yang menjadi panduan untuk umat
Islam menjalani kehidupan di dunia ini. Oleh kerana itu, sumber Islam yang kedua ini
adalah sangat penting untuk dipelajari dengan mendalam agar segala amalan harian kita
berlandaskan panduan yang benar. Perkembangan ilmu hadith mempunyai sejarah
yang tersendiri sama ada dari segi penulisan, pengajaran atau pembelajaran.
Berdasarkan kenyataan Syaikh Abdillah (2016), ilmu hadith tersebar di
wilayah Nusantara seiring dengan penyebaran Islam pada abad ke-7 Masihi. Beliau
menjelaskan bahawa tanpa pemahaman terhadap hadith-hadith Rasulullah SAW dan
127
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
sunnah baginda, Islam tidak akan menjadi agama yang dapat membawa manusia ke
jalan yang benar.
Namun demikian, ilmu hadith mula masuk ke negara Indonesia pada abad ke-
13 seiring dengan kemasukan Islam di negara itu. Walaupun begitu, pengajaran hadith
di Indonesia mula berkembang pada abad ke-17 namun pada masa itu, kajian berkenaan
ilmu hadith masih lagi tidak serasi dengan masyarakat. Oleh hal yang demikian, semua
maklumat berkaitan ilmu hadith di Indonesia berkembang pada akhir abad ke-19 atau
awal abad ke-20 (Ali Wafa 2017). Hal ini menunjukkan bahawa perkembangan ilmu
hadith di Indonesia berkembang agak lewat berbanding dengan ilmu keislaman yang
lain seperti fiqh, akidah, tafsir dan sebagainya. Namun begitu, menurut Badri
Khaeruman (2017), proses perkembangan ilmu hadith tidak lari daripada proses
perkembangan keislaman pada masa itu dan sekiranya perkembangan Islam berubah
maka perkembangan hadith juga turut berubah mengikut kesesuaian zaman.
Pada abad yang ke-20, perkembangan ilmu hadith adalah sangat ketara di mana
pada ketika ini, kajian hadith menumpukan kepada hadith Arba’in. Pada abad ini juga,
muncul ulama-ulama yang menuntut ilmu di Makkah dan berguru dengan ulama-ulama
terkenal serta tidak lupa juga karya hadith mereka yang memberi manfaat kepada umat
Islam sehingga sekarang (Abdurrahman Mas’ud 2004). Manakala pada akhir abad ke-
20 pula, ilmu hadith di Indonesia semakin berkembang seiring dengan ilmu-ilmu
keislaman yang lain. Hal ini dapat dibuktikan dengan kewujudan pakar-pakar hadith
yang semakin bertambah berbanding sebelumnya. Selain itu, pengajian hadith di
institut perguruan tinggi juga semakin membangun dan ditambah pula karya-karya
‘ilmiah yang dihasilkan (Risa Amalia 2018).
Oleh hal yang demikian, penulisan ini akan menerangkan dengan lebih
mendalam tentang perkembangan penulisan dan ilmu hadith pada pertengahan akhir
abad ke-20 (1950-2000) menggunakan rujukan-rujukan yang berautoriti. Inti pati
penulisan ini adalah berkaitan penjelasan dengan lebih lanjut tentang perkembangan
penulisan dan ilmu hadith di Indonesia pada pertengahan akhir abad ke-20 Masihi
(1950-2000). Terdapat tiga subtopik penting yang akan dibincangkan dalam kajian ini
iaitu sejarah perkembangan penulisan dan ilmu hadith di Indonesia (1950-2000),
metode pengajaran dan pembelajaran ilmu hadith di Indonesia, metode penulisan kitab
hadith dan kitab-kitab hadith di Indonesia (1950-2000).
METODE KAJIAN
Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan yang
bersifat fleksibel serta boleh berubah mengikut keperluan situasi. Kajian ini
menggunakan medium perpustakaan untuk mencari dan merujuk bahan-bahan seperti
buku, artikel, jurnal serta bahan bertulis yang berautoriti. Pengumpulan data dan
maklumat melalui kajian kepustakaan dilakukan untuk mengkaji sejarah
perkembangan penulisan dan ilmu hadith di Indonesia (1950-2000), metode pengajaran
dan pembelajaran ilmu hadith di Indonesia (1950-2000), metode penulisan kitab hadith
di Indonesia (1950-2000) serta kitab-kitab hadith di Indonesia (1950-2000). Di
samping itu, kaedah menganalisis data yang dilakukan adalah dengan menyaring dan
meringkaskan data-data yang telah dikumpulkan lalu dipersembahkan secara
sistematik. Data-data tersebut telah disimpulkan secara ringkas untuk mendapatkan
maklumat-maklumat berkaitan kajian ini.
HASIL KAJIAN
Sejarah Perkembangan Penulisan & Ilmu Hadith di Indonesia (1950-2000)
128
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Perkembangan hadith tersebar secara meluas ke pelbagai wilayah Islam.
Perkembangan ini berlaku kerana adanya penyampaian hadith dari generasi ke generasi
yang lain di samping semakin luasnya wilayah Islam. Kemudian para ulama pada masa
itu mula mengkaji hadith dengan kelompok-kelompok kecil sehingga sampai kepada
pengajaran hadith di perguruan tinggi atau pendidikan formal. Sebagai negara yang
majoriti penduduknya adalah beragama Islam, perkembangan hadith juga tersebar luas
ke Indonesia. Perkembangan kajian hadith di Indonesia sebelum abad ke-20 belum
sampai pada kajian yang khusus mengenai hadith. Hal ini kerana kecenderungan
masyarakat pada ketika itu lebih cenderung kepada bidang tasawuf daripada syariat.
Meskipun terdapat kitab-kitab hadith, kajian di dalamnya masih fokus pada kajian
konteks hadith dan belum sampai pada kajian kualiti hadith dari segi sanad dan matan
hadith (Za’im Kholilatul Ummi 2015).
Pada tahun 1960-an dan awal 1970-an telah dibina beberapa Institut Agama
Islam Negeri (IAIN) di Indonesia. Hadith dan ilmu hadith mulai dipelajari secara
akademik. Namun, oleh sebab terdapatnya beberapa kekurangan seperti ketiadaan
pensyarah yang mendalami hadith dan keterbatasan literasi hadith waktu itu, maka
pembelajaran hadith dan ilmu hadith banyak berkait dengan sejarah dan pengenalan
dasar terhadap hadith. Literasi juga banyak berupa pengantar seperti Pengantar Ilmu
Hadith (1976) karya Masjfuk Zuhdi, Sejarah Perkembangan Hadith (1973) dan
beberapa buah buku T.M. Hasbi Ash-Shiddieqiy. Sebagai contoh, kaedah penulisan
T.M. Hasbi Ash-Shiddieqiy dalam bukunya, Koleksi Hadith-Hadith Hukum adalah
dengan melakukan tarjih. Sebagai contoh tarjih-nya terhadap sebuah hadith tentang
sucinya kulit bangkai binatang setelah disamak. Terdapat sejumlah hadith tentang
samak dan kesucian kulit sehingga berlaku perbezaan ulama’ dalam menetapkan status
hadith dan pemahamannya. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa kulit bangkai
seluruh binatang menjadi suci setelah disamak termasuk kulit anjing dan khinzir
namun, terdapat juga sebahagian ulama’ yang mengecualikan kedua-duanya. Hasbi
mengumpulkan sembilan pendapat ulama’ berkaitan hal ini dan men-tarjih pendapat
Abu Yusuf dan al-Zahiri bahawa segala hadith berkenaan dengan urusan kulit bangkai
adalah bersifat umum serta tidak ada yang mengecualikan anjing dan khinzir (Ramli
Abdul Wahid 2015).
Pada masa ini terdapat dua buah buku mustalah hadith yang memperkenalkan
kepada istilah-istilah hadith dan banyak dibaca di madrasah dan pesantren. Pertama
buku Ilmu Mustalah al-Hadith (1940) karya Mahmud Yunus (1899-1982). Kedua buku
Istilahat al-Muhaddithin (1965) karya Muhammad Arsyad Talib Lubis (1908-1972)
(Ramli Abdul Wahid 2009). Di samping itu, pada peringkat perguruan tinggi, hadith
diajarkan secara sistematik dengan pendedahan kepada kronologi sejarah
perkembangan hadith, asbab al-wurud, ilmu jarh wa ta‘dil, tokoh-tokoh hadith, ilmu
riwayah, ilmu dirayah dan pembacaan kitab syarah hadith. Pengajaran hadith di
perguruan tinggi pada saat itu masih sederhana di mana belum sampai kepada
penerapan takhrij hadith, penelitian sanad, penelitian matan dan pelbagai kitab rijal al-
hadith. Hal ini adalah kerana perbahasan-perbahasan tersebut diajarkan di peringkat
Pascasarjana (Indah Syifana & Ferdy Pratama 2021).
Selain itu, pemikiran Islam moden juga berkembang mulai tahun 1970-an
dengan fahaman teologi rasional Harun Nasution dan gagasan sekularisasi Islam
Nurcholish Madjid. Cara pemikiran Harun Nasution dan Nurcholish Madjid telah
membentuk pola pemikiran menyederhanakan kedudukan hadith dalam kalangan
murid mereka yang kemudian menjadi kaum intelektual Islam di seluruh Indonesia.
Hal ini telah merendahkan kedudukan hadith dan kaedah-kaedah ilmu hadith serta
wujud sikap mengabaikan sebahagian hadith secara ‘ilmiah. Maka keadaan tersebut
menunjukkan bahawa telah terbentuk tiga sikap terhadap hadith di Indonesia. Pertama
ialah sikap kurang perhatian terhadap hadith akibat daripada fahaman bermazhab
129
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
manakala kedua, sikap memerangi hadith dan ketiga, sikap mengutamakan akal fikiran
daripada isi kandungan hadith (Ramli Abdul Wahid 2009).
Pada 1980-2000 Masihi, pascasarjana telah dibuka di beberapa daerah. Oleh
itu, kajian hadith di Indonesia semakin berkembang dengan munculnya beberapa
program pascasarjana dan lahirnya jurusan Tafsir Hadith di beberapa Fakulti Usuluddin
IAIN pada tahun 1980-an. Kajian hadith pada peringkat ini bermula dengan kegiatan
menelaah sumber-sumber primer hadith dan ilmu hadith seperti al-Kutub al-Sittah,
Musnad Ahmad dan al-Mustadrak ‘ala al-Sahihayn karya al-Hakim. Selain itu, kitab-
kitab hadith utama yang lain juga mula dikaji iaitu Ma‘rifah ‘Ulum al-Hadith karya al-
Hakim, al-Taqyid wa al-Idah karya al-‘Iraqi, Tadrib al-Rawi karya Imam al-Suyuti,
Tahdhib al-Tahdhib karya Ibn Hajar al-‘Asqalani dan Tahdhib al-Kamal karya al-
Mizzi. Di samping itu, telah bermula kegiatan menghasilkan kertas kerja, tesis dan
disertasi pada peringkat doktor falsafah (Indah Syifana & Ferdy Pratama 2021).
Pada peringkat pascasarjana, kajian yang dibuat adalah lebih mendalam dan
sulit. Antaranya ialah kajian tentang penelitian sanad dan matan yang memerlukan
kepada kemahiran dalam mencari hadith yang perlu diteliti daripada semua sumber,
kemahiran mencari perawi hadith daripada pelbagai kitab-kitab Rijal al-Hadith dan
kemahiran menyelesaikan penilaian pengkritik yang selalu berbeza, seperti seseorang
periwayat hadith yang dinilai berbeza oleh para pengkritik di mana satu pengkritik
menilainya thiqah, pengkritik kedua menilainya dhaif dan pengkritik yang ketiga
menilainya la ba‘sa bih. Bahkan kadang-kadang terdapat seorang periwayat yang
dinilai oleh para ulama’ Jarh wa Ta’dil sebagai periwayat thiqah mudallis. Hal ini
merupakan permasalahan yang berlaku dalam penelitian hadith dan begitu mencabar,
selain timbul juga isu hadith-hadith mu‘allaq dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih
Muslim.
Dalam seminar-seminar kelas hadith, muncul pertanyaan ingkar sunnah,
pandangan-pandangan aliran terhadap hadith dan pandangan orientalis. Hal ini adalah
kerana sikap orientalis yang tidak percaya kepada al-Quran dan hadith serta
kecenderungan mereka melakukan penelitian dalam masalah-masalah yang rumit,
maka mereka mencari kelemahan-kelemahan dalam hadith sehingga menimbulkan
teori-teori yang melemahkan kedudukan hadith. Demikianlah pengkajian hadith terus
berkembang maju dan kadang-kadang melampaui batas. Hasil penelitian orientalis
yang bermula dari titik perbezaan dengan ulama Islam telah menghasilkan perbezaan
dalam menilai hadith di mana disamping banyak teori yang dihasilkan, terdapat juga
kecenderungan menafikan hadith atau menolak kebanyakannya (Ramli & Dedi Masri
2018).
Meskipun kesemua masalah tentang gerakan ingkar Sunnah, penterjemahan
buku-buku orientalis yang tidak percaya pada al-Quran dan hadith serta kecenderungan
mengurangkan nilai hadith dan polemik hadith antara Sunni dan Syiah dilihat dari satu
sudut pandang ianya membawa hal-hal negatif, namun dari sudut pandang yang lain ia
telah menimbulkan semangat dan dorongan dalam kalangan ulama dan pakar Islam
untuk bangkit dari tidur mereka yang mana sebelumnya mereka mengikuti pendapat
ulama fiqh dan mazhab tanpa menitikberatkan kesahihan sumber pendapat-pendapat
tersebut kepada berusaha untuk memastikan kesahihan hadith-hadith yang dijadikan
sumber dan landasan bagi pendapat-pendapat para ulama fiqh (Indah Syifana & Ferdy
Pratama 2021).
Penulisan hadith yang beredar di Indonesia adalah dalam pelbagai bentuk iaitu
risalah, majalah, terjemahan dan himpunan. Sebahagian besar isi kandungannya adalah
berkaitan dengan persoalan utama dalam agama iaitu aqidah, fiqh dan akhlak. Dalam
keseluruhan penulisan hadith yang terdapat pada ketika itu, koleksi hadith tentang fiqh
merupakan kumpulan hadith terbanyak, kemudian disusuli dengan hadith tentang
akhlak dan aqidah. Kemudian, penulisan hadith yang berkaitan dengan ilmu dirayah
al-hadith hanya beredar dalam universiti dan di sekeliling lembaga-lembaga
130
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
pendidikan sahaja, di mana ianya tidak tersebar luas dalam kalangan masyarakat seperti
kitab-kitab matan hadith. Selain itu, beberapa pondok pesantren di Indonesia telah
mempelajari 13 kajian penulisan matan hadith iaitu Bulugh al-Maram, Riyadh al-
Salihin, Sahih Bukhari, Sahih muslim, Subul al-Salam, al-Tajrid al-Sarih, Jawahir al-
Bukhari, Arbain al-Nawawi, Durrah al-Nasihin, Tanqih al-Qaul, Mukhtar al-Ahadith
dan Ushfuriyah (Syaikh Abdillah 2016).
Pada akhir kurun ke-20 Masihi, kajian hadith melonjak secara mendadak
sebagaimana yang dilihat berdasarkan kepada pelbagai bentuk penghasilan buku yang
banyak berasal dari tesis dan disertasi para doktor falsafah. Sebagai contoh, pada tahun
1992, Afif Muhammad menulis sebuah artikel dalam Jurnal al-Hikmah yang
diterbitkan oleh Yayasan Muthahhari di Bandung dengan judul, “Kritik Matan :
Menuju Pendekatan Kontekstual atas Hadith Nabi SAW” manakala pada tahun 1994,
H. M. Syuhudi Ismail mengaplikasikan pemahaman kontekstual terhadap sejumlah
hadith dalam bukunya, “Hadith Nabi yang Tekstual dan Kontekstual” (Ramli Abdul
Wahud 2015). Di samping itu, Nizar Ali yang berasal dari Jogjakarta juga membahas
tentang pendekatan-pendekatan yang dilakukan dalam memahami hadith-hadith Nabi
Muhammad SAW dalam penulisannya. Pendekatan-pendekatan yang dimaksudkan
adalah pendekatan bahasa, pendekatan sejarah, pendekatan sosiologi, pendekatan
antropologi, dan pendekatan psikologi. Pendekatan-pendekatan ini merupakan
sebahagian daripada elektif kuliah Metodologi Studi Islam (MSI) sejak akhir tahun
1990-an sehingga kini diajarkan di Perguruan Tinggi Agama Islam di Indonesia (Ramli
Abdul Wahid 2015).
Pada tempoh ini juga, pemikiran Ingkar Sunnah semakin menguat dan puak
yang mendakwa dirinya salafi mula menonjolkan diri. Kecenderungan pemahaman dan
sikap terhadap hadith ini seiring dengan meningkatnya sikap kritis dalam masyarakat
moden. Di samping itu, pengaruh globalisasi tidak hanya membawa kesan positif,
seperti terbitnya buku-buku baru dan ‘ilmiah tentang hadith, namun juga membawa
kesan negatif seperti berleluasanya aliran ajaran sesat dan fahaman liberal. Ajaran-
ajaran sesat dan fahaman liberal ternyata menjadi ancaman terhadap perkembangan
hadith lebih-lebih di Indonesia (Ramli Abdul Wahid 2009).
Metode Pengajaran dan Pembelajaran Ilmu Hadith di Indonesia (1950-2000)
Metode pengajaran ilmu Hadith di Indonesia sekitar tahun 1950 hingga 2000 dapat
dibahagikan kepada dua kaedah iaitu metode pengajian hadith tradisional dan metode
pengajian hadith moden.
i. Pengajian hadith tradisional
Pengajian hadith secara tradisional ini berlaku di pesantren atau pengajian pondok yang
diasuh oleh para kyai (guru). Pengajian hadith didominasi oleh pengajaran dan
periwayatan hadith daripada para guru mereka yang mana bersumber daripada kitab-
kitab kuning seperti fiqh, tafsir dan sebagainya yang mana berkemungkinan
mengandungi hadith lemah bahkan palsu. Di samping itu, pelajar juga tidak didedahkan
dengan kaedah penelitian yang mampu membentuk mereka untuk bersikap kritis dalam
menerima pelajaran. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan para pelajar tidak
memiliki kemampuan untuk meneliti dan menapis maklumat yang mereka terima di
pesantren ini malah, menyebabkan para pelajar tanpa sengaja menyebarkan hadith
tersebut kepada masyarakat tanpa mengetahui statusnya terlebih dahulu (Abdul Haris
2014).
131
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
ii. Pengajian hadith moden
Pada akhir kurun ke 20 Masihi, lahirnya institusi pengajian hadith yang lebih tinggi
seperti wujudnya jabatan tafsir hadith di Universiti Islam Negeri (UIN/IAIN). Institusi
ini pula diusahakan oleh tokoh yang pakar dan berautoriti. Sebagai contoh, tertubuhnya
Pondok Pesantren Luhur Ilmu Hadith Darus-Sunnah yang dibangunkan oleh seorang
tokoh yang pakar dalam bidang hadith iaitu KH. Ali Mustafa Yaqub, begitu juga Pusat
Kajian Hadith yang dipimpin oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah. Penubuhan institusi
pengajian tinggi ini makin menyerlahkan pengajian hadith dan ilmu-ilmunya. Perkara
ini merupakan suatu kemajuan yang sangat memberangsangkan untuk pelajar,
pensyarah dan peneliti hadith khasnya, serta untuk umat Islam amnya di Indonesia
(Abdul Haris 2014).
Metode Penulisan Kitab Hadith di Indonesia (1950-2000)
Antara metode yang digunakan dalam penulisan kitab hadith pada tahun 1950 sehingga
tahun 2000M di Indonesia ialah metode Tahlili, Ijmali, Muqarin dan Mawdhu’i.
Penerangan lebih lanjut berkaitan metode tersebut adalah seperti berikut:
i. Tahlili
Metode Tahlili merupakan metode yang digunakan dalam memahami hadith dengan
cara penghuraian, analisis dan menjelaskan makna-makna yang terkandung dalam
hadith Nabi SAW dengan mengeluarkan aspek-aspek yang terkandung dalamnya.
Daripada metode ini, dapat disimpulkan bahawa penulisan adalah dengan
mengutarakan makna kalimat demi kalimat, hadith demi hadith secara berurutan.
Kandungan hadith adalah berkait seperti kosa kata, konotasi kalimah, asbab wurud al-
hadith, perhubungan antara hadith lain serta kepelbagaian pendapat yang datang dalam
memahami hadith tersebut (Faisholuddin 2019). Sebagai contoh, kitab syarah hadith
yang bertajuk ‘2002 Mutiara Hadits’ karya T.M. Hasbi Ash-Shiddiqiey ini sedikit
sebanyak menggunakan pendekatan kaedah tahlili (Ira Nur Azizah 2020).
ii. Ijmali
Metode Ijmali adalah metode yang menjelaskan atau menerangkan hadith-hadith sesuai
secara ringkas tetapi makna literal juga disampaikan dengan laras bahasa yang mudah
dan difahami (Faisholuddin 2019). Metode ini juga digunakan dalam pentafsiran al-
Quran yang dilakukan dengan cara mengemukakan isi dan kandungan al-Quran melalui
pembahasan yang tidak terperinci (Nasaruddin Umar 2014). Maksud utama metode ini
juga adalah untuk memperjelaskan makna dan bentuk kata (uslub) yang digunakan
tetapi tidak mengganggu matan dan sanad hadith tersebut (Syaeful 2017). Antara
penulisan yang menggunakan pendekatan metode ijmali ini ialah kitab ‘Hadith-hadith
tentang Peradilan Agama’ oleh Fatchurrahman (Badri 2017).
iii. Muqaran
Menurut Faizal (2017), fokus metode muqaran adalah pada aspek persamaan dan
perbezaan. Metode ini adalah kaedah yang menggunakan pendekatan perbandingan
antara hadith susunan berbeza, tetapi mempunyai persamaan dalam isi kandungan atau
susunannya lebih kurang sama tetapi isi kandungannya berbeza. Maka, metode
Muqaran adalah satu kaedah dalam memahami hadith dengan cara perbandingan iaitu
membandingkan dari pelbagai pendapat ulama syarah hadith dan sebagainya
(Faisholuddin 2019). Menurut (Faizal 2017), metode muqaran adalah sebuah penelitian
mendalam dan pengumpulan pendapat-pendapat berkaitan dengan bahan yang diteliti.
132
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Menurut Burhanuddin (2018), metode ini bukan sahaja pemahaman tentang
perbandingan dengan hadith yang lain tetapi turut memasukkan perbandingan pendapat
ulama’ dalam mensyarahkan hadith sebagaimana yang terdapat dalam penulisan buku
‘Koleksi Hadith-hadith Hukum’ oleh T.M Hasbi Ash-Shiddieqy.
iv. Mawdhu’i
Metode Mawdhu’i adalah kaedah yang membahaskan tema-tema yang dipilih berkaitan
sesuatu hadith dan disatukan melalui pengumpulan hadith yang mempunyai persamaan
tema iaitu hadith yang bersifat asli atau daripada sumber yang lain. Hadith ini
kemudiannya dibandingkan dan dikritik serta membuat hubungkait antara hadith untuk
mencapai makna teks hadith Nabi SAW (Faisholuddin 2019). Dengan kata lain, metode
mawdhu’i adalah metode yang mengusahakan pengumpulan hadith yang memiliki
tema yang sama (Faizal 2017). Sebagai contoh, kaedah penulisan yang diusahakan oleh
Muhammad Syukeri Unus dalam kitabnya Hadīth al-Arba’īn fī al-’Ilm iaitu berkaitan
pengumpulan 40 hadith berdasarkan tema ilmu.
Kitab-Kitab Hadith di Indonesia Kurun-20 (1950-2000)
Pada pertengahan pertama kurun ke-20M, lebih banyak buku yang dicetak tetapi
melibatkan karya dalam tulisan rumi berbanding karya-karya jawi pada tahun
sebelumnya (Rosni Wazir 2014). Seterusnya, perkembangan ilmu hadith di Indonesia
mengalami kemajuan setelah mencapai kemerdekaan. Terdapat pelbagai koleksi buku
yang diterbit kepada bentuk yang lebih sempurna seperti bentuk terjemahan, himpunan
hadith dan sebagainya (Badri 2017).
Antara buku hadith riwayah dan dirayah yang diterbitkan dalam bentuk
terjemahan adalah seperti:
i. Al-Jami’ah al-Sahih
Kitab yang disusun oleh Imam al-Bukhari dan diterjemahkan oleh H. Zaenuddin
Hamidy. Buku ini memuatkan 1125 buah hadith dan diterbit oleh penerbit Wijaya
Jakarta pada tahun 1957, 1961, 1966, 1970, 1981 dan 1983.
ii. Al-Jami’ al-Shahih
Kitab yang disusun oleh Imam Muslim dan diterjemahkan oleh H.A. Razak. Buku ini
memuatkan 1503 hadith dan diterbitkan oleh Pustaka al-Husna, Jakarta.
iii. Bulugh al-Maram
Kitab yang disusun oleh Ibn Hajar al-Asqalani dan diterjemahkan oleh A.
Hassan. Buku ini memuatkan 1596 hadith dan diterbitkan oleh CV Diponegoro pada
tahun 1967, 1969, 1970, 1972, 1974, 1976, 1979, 1981 dan 1983.
iv. Riyadh al-Salihin
Kitab yang disusun oleh Imam Abu Zakaria Ibn Syaraf al-Nawawi dan diterjemahkan
oleh H. Salim Bahreisy. Buku ini memuatkan 1822 hadith dan diterbitkan oleh PT. al-
Ma’arif, Bandung pada tahun 1983.
133
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
v. Al-Ahadith al-Qudsiyah
Kitab yang disusun oleh al-Majlis al-A’la li Syu’un al-Islamiyah, Kairo dan
diterjemahkan oleh M. Zuhri. Buku ini memuatkan 409 hadith dan diterbitkan oleh CV
Toha Putra Semarang pada tahun 1981.
vi. Al-Lu’lu wa al-Marjan
Kitab yang disusun oleh Muhammd Fuad Abd al-Baqi dan diterjemahkan H. Salim
Bahreisy. Buku ini memuatkan 1906 hadith dan diterbitkan oleh PT. Bina Ilmu
Surabaya pada tahun 1981 (Badri 2017).
Selain daripada kitab-kitab dalam bentuk terjemahan, terdapat juga penulisan
kitab yang ditulis dalam bentuk himpunan seperti:
i. 2002 Mutiara Hadits
Disusun oleh T.M Hasbi Ash-Shiddieqy dan diterbitkan di Bulan Bintang pada tahun
1954, 1955, 1961 dan 1975. Buku ini memuatkan 2002 hadith.
ii. Koleksi Hadith-hadith Hukum
Disusun oleh T.M Hasbi Ash-Shiddieqy dan diterbitkan oleh PT. Al-Ma’arif Bandung
pada tahun 1966 dan 1972. Buku ini memuatkan 1606 buah hadith hukum yang
dihimpun dari pelbagai kitab seperti kitab Muntaqa al-Akhbar karya Majd al-Din al-
Harrani, kitab Bulugh al-Maram karya Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Umdah al-
Ahkam, karya Abd al-Ghani al-Maqdisi.
iii. Hadith-hadith tentang Peradilan Agama
Disusun oleh Fatchurrahman dan diterbitkan oleh Bulan Bintang, 1977. Buku ini
memuatkan 94 berkaitan fiqh yang berkisar tentang masalah hakim, pembuktian, saksi,
sumpah dan hal yang berkaitan dengan keadilan.
iv. Mutiara Qur’an dan Hadith
Disusun oleh H. Abdul al-Aziz Masyuri dan diterbitkan oleh al-Ikhlas Surabaya pada
tahun 1982. Buku ini memuatkan 253 hadith.
v. Himpunan Hadith Sahih Bukhari
Disusun oleh Hussein Bahreisy dan diterbitkan oleh al-Ikhlas Surabaya pada tahun
1981. Buku ini khusus memuatkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari
sebanyak 625 hadith.
vi. Jawahir al-Hadith
Disusun dalam bahasa Arab oleh Mawardi Muhammad dan diterbitkan oleh Pustaka
Sa’diyah Padang Panjang pada tahun 1950-an. Buku ini mengandungi 167 hadith dan
keseluruhannya berkait dengan akhlak.
vii. Hadīth al-Arba’īn fī al-’Ilm (40 Hadith Kelebihan Ilmu dan Ulama)
Disusun oleh Muhammad Syukeri Unus iaitu seorang ulama’ Banjar dan diterbitkan
oleh Khazanah Banjariah. Buku ini menghimpunkan empat puluh buah hadith yang
134
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
membicarakan tentang kelebihan ilmu dan ketinggian darjat para ulama’. Ia telah
disusun dalam untaian yang sangat baik dan telah diulang cetak beberapa kali dalam
edisinya yang berbahasa Arab (Muhammad Hasan et. al 2016).
viii. Hidāyah al-Zamān Min Aḥādīth Ākhir al-Zamān
Disusun oleh Muhammad Anang Sya’rani Arif dan merupakan kumpulan hadith yang
memuatkan sejumlah hadith tentang peristiwa atau kejadian yang bakal terjadi pada
akhir zaman. Kitab ini merupakan kajian hadith dalam bidang ilmu riwāyah hadith,
atau juga diistilahkan sebagai ilmu periwayatan hadith. Kitab ini dicetak dan diterbitkan
oleh Pondok Pesantren Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan Indonesia, tanpa
disebutkan tahun terbit. Kitab ini memiliki 28 muka surat yang ditulis menggunakan
bahasa Arab. Isi kitab ini ditulis kembali oleh Abu Ahmad Jamaluddin bin Muhammad
Arif di Martapura pada bulan Ogos 1999 Masihi (Muhammad Hasan et. al 2016).
ix. Kumpulan Hadith Dha’if dan Palsu
Disusun oleh Ustaz A. Yazid Qasim Koho dan diterbitkan oleh Bina Ilmu Surabaya.
Buku ini mengandungi 161 buah hadith. Buku ini merupakan buku pertama dan
terakhir dalam koleksi hadith dhaif dan palsu (Badri 2017).
x. Karya Sheikh Ali Hasan Hasibuan al-Dari
Sheikh Ali Hasan Hasibuan al-Dari menulis pelbagai buku dalam bidang agama dengan
bahasa Indonesia dan Arab. Beliau merupakan seorang ulama dan tokoh yang berjasa
dalam mengembangkan kajian hadith. Antara buku hadith yang dikarang oleh beliau
yang diterbitkan dari tahun 1969 sehingga 1992 adalah Namajiz al-Kuttub al-Sittah, al-
Ikmal fi Maratib al-Rijal, Ahadith al-Ahkam Qism al-Jinayat wa al-Hudud, Ahadith al-
Ahkam Qism al-Mawarith wa al-Wasaya, Ahadith al-Ahkam Qism al-Zakah wa al-
Sawm wa al-Hajj’, al-Ahadith al-Fiqhiyah Qism al-Munakahat, al-Fawa’id al-Maham,
Bughyah al-Talabah fi Tarajim Muhaddithin al-Sahabah, Ilmu Hadith Praktis, Pokok-
pokok Mustalah Hadith dan Hadith Dua Puluh (Ramli 2009).
Terdapat juga kitab hadith yang ditulis tanpa mengikut mana-mana bentuk
penulisan tertentu seperti:
i. Kaedah-kaedah Keshahihan Hadith
Sebuah karya M. Syuhudi Ismail dan diterbitkan oleh penerbit Bulan Bintang, Jakarta
pada tahun 1988.
ii. Membahas Ilmu-ilmu Hadith
Sebuah terjemahan daripada kumpulan penerbit Pustaka Firdaus, Jakarta dan
diterbitkan oleh penerbit tersebut tahun 1993.
iii. IImu Hadith
Disusun oleh Endang Soetari dan diterbitkan oleh penerbit Amal Bakti Press, Bandung
pada tahun 1994
135
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan penulisan dan ilmu hadith di Indonesia pada kurun ke
20 sekitar tahun 1950 sehingga 2000 Masihi menunjukkan suatu pola peningkatan yang
baik dan semakin rancak sehingga kini walaupun muncul beberapa kelompok yang
menentang hadith, namun jika dilihat pada sisi yang berbeza, ia merupakan satu wasilah
untuk umat Islam melaksanakan kajian, menapis, berfikiran kritis dan menyangkal
tuduhan-tuduhan dusta terhadap hadith Nabi Muhammad SAW serta menjaga kesucian
hadith. Sistem pengajarannya yang bermula dengan kaedah pengajaran secara
tradisional, lalu berkembang dengan kaedah pengajaran yang lebih moden manakala
bentuk penulisan pula semakin dinamik dan seiring dengan peredaran zaman serta
semakin banyak kitab-kitab yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan intelektual.
RUJUKAN
Abdul Haris. 2014. Sumbangan Sheikh Ali Hasan Ahmad al-Dariy dalam Pengajian
Hadith. Tesis Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya.
Abdurrahman Mas’ud. 2004. Intelektual-Pesantren Perhelatan Agama dan Tradisi.
Yogyakarta: LKiS.
Ali Wafa. Kiai ali mustafa yaqub: penggagas kajian hadith di indonesia. Hadith
Research Institute: 4-5.
Badri Khaeruman. 2017. Perkembangan Hadith di Indonesia Pada Abad XX. Jurnal
Ilmu Hadith 1(2): 187-202.
Burhanuddin. 2018. Metode dalam Memahami Hadith. Jurnal Al-Mubarak 3(1): 1-11.
D. Indah Syifana & Ferdy Pratama. 2021. Perkembangan Kajian Hadith Di Indonesia
Pada Abad 20-21 M. El-Furqania Vol. 7 (1): 94-118.
Faisholuddin Amien. 2019. Metode Pemahaman hadith antara al-San’ani dan Nur al-
Din ‘Itr: Studi komporasi antara kitab Subul al-Salam dan I’lam al-Anam. Tesis
Sarjana, Program Studi Ilmu Hadith, Universitas Islam Negeri Sunan Ampel
Surabaya.
Faizal Amin. 2017. Metode Tafsir Tahlili: Cara Menjelaskan al-Quran dari Berbagai
Segi Berdasarkan Susunan Ayat. Kalam 11(1): 235-266.
Ira Nur Azizah. 2020. Metode Pemahaman Hadith di Indonesia: Studi atas Pemikiran
T.M. Hasbi Ash-Shiddiqiey. Tesis M.Ag, Fakultas Ushuluddin, Universiti
Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Muhammad Hasan Said Iderus, Latifah Abdul Majid & Ahamad Asmadi Sakat. 2016.
Peranan Ulama Banjar Abad Ke-20 Dalam Tradisi Penulisan Hadith Arba’īn
di Banjar Dan Malaysia. Jurnal Al-Banjari ‘ilmiah Ilmu-ilmu Keislaman 15
(2): 147-164.
Nasaruddin Umar. 2014. Deradikalisasi Pemahaman al-Quran dan Hadith. Jakarta:
PT Elex Media Komputindo Kompas Gramedia.
Ramli Abdul Wahid & Dedi Masri. 2018. Perkembangan Terkini Studi Hadith di
Indonesia. Miqot Vol. XLII (2): 263-280.
Ramli Abdul Wahid. 2015. Perkembangan Metode Pemahaman Hadith di Indonesia.
Jurnal Analytica Islamica 4 (2): 231-243
Ramli Abdul Wahid. 2009. Sejarah Pengajian Hadith di Indonesia. Dlm. Mustaffa
Abdullah, Fauzi Deraman & Faisal Ahmad Shah (pnyt.). Khazanah Al-Quran
& Al-Hadith Nusantara, hlm. 257-276. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.
Rosni Wazir. 2014. Sorotan terhadap Perkembangan Karya-Karya Islam dan Hadith di
Nusantara. Prosiding Seminar Serantau Peradaban dan Pemikiran Islam, hlm.
1-22.
136
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Syaeful Rokim. 2017. Mengenal Metode Tafsir Tahlili. Al-Tadabbur Jurnal Ilmu al-
Quran dan Tafsir 2 (3): 41-55.
Syaikh Abdillah. 2016. Perkembangan literatur hadith di Indonesia abad dua puluh.
Diroyah: Jurnal Ilmu Hadith 1(1): 69-78.
Syaikh Abdillah. 2016. Perkembangan Literatur Hadith di Indonesia Abad Dua Puluh.
Jurnal Ilmu Hadith Vol. 1 (1): 69-78.
Za’im Kholilatul Ummi. 2015. Perkembangan Kajian Hadith di Indonesia Awal Abad
Ke 20 Sampai Tahun 1950. Tesis Dr. Fal, Fakulti Usuluddin Dan Pemikiran
Islam, Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga, Yogyakarta.
137
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
BAB 13
Tokoh dan Tema Penulisan Karya Hadith di Indonesia
dari Tahun 1950 hingga 2000
Nur Suhaila binti Abdullah1, Nurul Atiqah Nabila binti Mohd Tamrin, Nur Zakiyah
binti Abd Malik, Sharifah binti Rahmat & Latifah Abdul Majid
Program Pengajian al-Quran dan al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
[email protected]
ABSTRAK
Ulama hadith bukan sahaja muncul daripada tanah Arab, Nusantara juga berjaya
melahirkan ulama-ulama yang pakar dalam bidang hadith dan ilmu lain. Kepulauan
Nusantara merujuk kepada Indonesia, Malaysia, Brunei dan sebahagian selatan
Thailand, selatan Filipina dan Pantai Barat Irian. Kertas kerja ini bertujuan mengkaji
tokoh dan tema penulisan karya hadith di Indonesia sekitar tahun 1950 hingga 2000.
Terdapat banyak karya hadith yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh kelahiran Indonesia
khususnya. Tokoh-tokoh yang dikaji ialah Syeikh Yasin al-Fadani, Tengku
Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy, Muhammad Syuhudi Ismail dan Abdul Qadir
Hassan Bangil. Oleh kerana banyaknya karya hadith yang telah dihasilkan, kajian ini
menumpukan kepada tema penulisan karya-karya tersebut. Tema penulisan yang dapat
dikenalpasti daripada karya-karya tersebut ialah ulum hadith, periwayatan sanad,
takhrij hadith, rijal hadith dan hadith 40. Jenis kajian ini ialah kajian kualitatif dan
kepustakaan. Metodologi kajian adalah dengan menggunakan kaedah analisis dokumen
seperti buku-buku, karya ilmiah dan jurnal. Hasil kajian mendapati setiap tokoh
mempunyai tema penulisan karya hadith yang tersendiri dan dapat dibezakan melalui
gaya penulisan masing-masing. Hasil kajian ini juga diharapkan agar dapat memberi
manfaat kepada semua pembaca.
Kata kunci: Tokoh Hadith, tema penulisan, karya hadith, Indonesia
PENGENALAN
Ilmu Hadith termasuk dalam ilmu yang sangat penting dan berkait rapat dengan
berbagai-bagai ilmu yang lain. Tanpa ilmu hadith, akan mengundang seseorang kepada
kesilapan. Justeru, ramai para ilmuan yang mahir dalam bidang hadith telah
mengeluarkan karya berkaitan ilmu hadith bagi memastikan generasi akan datang juga
dapat mempelajari ilmu hadith dan mahir dalam bidang tersebut. Sehubungan dengan
itu, kertas kerja ini adalah berkaitan tokoh dan tema penulisan karya hadith di Indonesia
tahun 1950 hingga tahun 2000. Karya penulisan hadith tidaklah berada semata-mata di
tanah arab sahaja, akan tetapi ia juga telah ditulis oleh ulama’ Nusantara bagi
memudahkan rakyat yang berada di nusantara mudah untuk memahami berkaitan ilmu
hadith. Penerbitan karya hadith di Nusantara ditandai dengan lahirnya kitab-kitab yang
dikarang oleh ulama’ yang pakar dalam bidang hadith di Nusantara. Kebanyakan karya
yang dihasilkan oleh para ulama Nusantara adalah tentang akidah, fiqh dan tasawuf.
138
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Namun begitu, karya hadith juga dihasilkan oleh para ulama Nusantara ini,
kebanyakannya berupa terjemahan, ada yang berbentuk syarah daripada kitab hadith
dan ada juga yang membicarakan ilmu hadith. Bahkan terdapat ulama Nusantara yang
layak digelar sebagai muhaddis disebabkan ketinggiannya ilmunya dalam bidang
hadith. Oleh itu, terdapat empat orang tokoh dalam bidang hadith dan penulisan
karyanya iaitu Syeikh Yasin al-Fadani, Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy,
Muhammad Syuhudi Ismail dan Abdul Qadir Hassan Bangil.
METODE KAJIAN
Kajian kami berkaitan tokoh dan tema penulisan karya hadith di Indonesia pada abad
ke-20. Secara keseluruhan kami memilih kaedah kualitatif dalam proses serta
menganalisis data. Kajian ini merupakan satu kajian kepustakaan yang menggunakan
cara dan mengetahui tentang tokoh. Metodologi kajian Nusantara yang digunakan
dalam kajian ini adalah untuk mencari serta melengkapkan maklumat tokoh, bersama
dengan karya yang ditulis. Setiap tokoh yang dipilih di dalam kajian ini diletakkan
maklumat lengkap seperti nama, tahun kelahiran, tarikh wafat, karya penulisan dan
tema penulisan yang dipilih. Pada tokoh- tokoh yang dipilih juga diletakkan karya,
kitab yang ditulis, tahun penerbitan, jilid yang ada pada kesemuanya, isi kandungan
serta bahasa yang digunakan. Kami menggunakan pelbagai sumber rujukan seperti
kitab-kitab penulisan tokoh serta Maktabah al-Syamilah dan website pencarian sejarah.
Setelah itu, data yang diperolehi akan disimpulkan agar mendapatkan pengajaran bagi
tokoh dan penulisan karya pada abad ke-20.
HASIL KAJIAN
Hasil kajian adalah berkaitan tokoh ulama hadith di Nusantara dan tema penulisan
karya-karya hadith yang telah dihasilkan oleh mereka. Tokoh yang dibincangkan di
dalam kajian ini ialah Syeikh Yasin al-Fadani, Tengku Muhammad Hasbi Ash-
Shiddieqy, Muhammad Syuhudi Ismail dan Abdul Qadir Hassan Bangil. Kajian
membincangkan biografi mereka, karya-karya hadith yang telah dihasilkan dan tema
penulisan karya-karya tersebut. Perincian hasil kajian dan perbincangan adalah seperti
berikut:
Tokoh Hadith di Indonesia (1950-2000)
i. Syeikh Yasin al-Fadani (1917-1990)
Nama Syeikh Fadani ialah Muhammad Yasin. Panggilan beliau ialah Abu Muhammad
dan Abu al-Faid. Antara gelarannya adalah Syaikh al-Hadith, ‘Alam al-Din, Falak al-
Hijaz dan Musnid al-Dunya. Nama beliau turut dinisbahkan dengan al-Fadani, al-
Indunisi, al-Makki dan al-Syafi’i. Gelaran sebagai Abu Muhammad (bapa si
Muhammad) mengambil sempena nama putera sulung beliau iaitu Muhammad Nur
Arafah. Manakala sebutan Abu al-Faid (bapa kepada seorang yang mencurahkan)
bersifat majazi dan penghormatan kerana usahanya yang begitu kental dan komited
dalam menyebarkan ilmu. Seterusnya, Syaikh ‘Alam al-Din, Falak al-Hijaz dan Musnid
al-Dunya bererti personaliti yang bijak pandai, ilmuan agama, pakar astronomi serta
pemegang sanad di dunia. Adapun nisbah al-Fadani merujuk kepada tanah kelahiran
ayahnya, Syeikh Muhammad ‘Isa bin Udiq al-Fadani. Jangkaan tarikh kelahiran beliau
yang lebih mendekati fakta sejarah sehampir yang mungkin yang mengikut pandangan
139
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
majoriti iaitu tahun 27 Syaaban 1335H bersamaan 17 Jun 1917 (Jannatul Husna Ali
Nuar & Gamal Abdul Nasir Zakaria 2022).
Beliau mendapat ilmu asas keimanan daripada bapanya sendiri dan bapa
saudaranya, Syeikh Mahmud. Antara pelajaran yang dituntut daripada mereka ialah
Matn al-Ajrumiyyah dan Tafsir Jalalain. Selain itu, beliau mempelajari beberapa
korpus keilmuan seperti qiraat al-Quran riwayat Hafs, tajwid, Safinah al-Najah,
Lum’ah al-I’tiqad, al-Ghayah wa al-Taqrib dan tafsir dalam bahasa Minang. Di
samping itu, beliau juga mendapat bimbingan agama daripada ibunya sendiri. Beliau
telah menyelesaikan pendidikan formal pada usia 20 tahun. Selain pendidikan formal,
beliau mendalami ilmu agama di Masjid al-Haram dan di rumah kediaman para
masyayikh di sekitar Mekah, Taif, Riyadh dan Madinah. Pengembaraan ilmu beliau
sehingga ke Yaman, Mesir, Syria dan Kuwait. Semua perjalanan dilakukan untuk
menyebarkan ilmu sambil terus belajar daripada ulama lain. Antara guru beliau ialah
Syeikh Muhammad Ali al-Maliki (1870-1949), Syeikh ‘Umar Hamdan (1875-1949),
Syeikh Hasan Mashat (1900-1979), Syeikh Ibrahim Dawud Fatani (1902-1993) dan
Sayid Muhsin al-Musawi (1905-1935). Beliau telah meninggal dunia pada 28 Zulhijjah
1410 bersamaan 21 Julai 1990 (Jannatul Husna Ali Nuar & Gamal Abdul Nasir Zakaria
2022).
Di samping menjadi tenaga akademik dan pentadbir institusi pengajian, Syeikh
Fadani juga aktif dalam penulisan. Antara karya hadith dan ilmu hadith yang dihasilkan
oleh Syeikh Fadani sekitar tahun 1950 hingga 2000 ialah (Jannatul Husna Ali Nuar &
Gamal Abdul Nasir Zakaria 2022):
a) Al-Arba’in Hadithan min Arba’in Kitaban ‘an Arba’in Syaikhan (1987)
b) Arba’un Hadithan min Riyad al-Jannah min Athar Ahl al-Sunnah (1985)
c) Asanid al-Kutub al-Hadithiyyah al-Sab’ah (1968)
d) Al-Asanid al-Makkiyyah li Kutub al-Hadith wa al-Siyar wa al-Syamail (1960)
e) Ithaf al-Bararah bi Asanid al-Kutub al-Hadithiyyah al-‘Asyarah (1983)
f) Waraqat fi Majmu’ah al-Musalsalat wa al-Awa’il wa al-Asanid al-‘Aliyat
(1960)
Keahlian dan keilmuan Syeikh Yasin al-Fadani dalam lapangan hadith
merupakan hasil dari pengetahuan dan pemahaman yang mendalam merentasi pelbagai
disiplin ilmu tersebut seperti naqd al-hadith, al-jarh wa al-ta‘dil, ruwat al-hadith, 'ilal
al-hadith, fiqh al- hadith dan lain-lain, dan bukan dari sebuah kejumudan pemikiran
dan pemahaman yang dangkal terhadap turath (Mohd Khafidz Soroni & Mohd Norzi
Nasir 2017). Syeikh Fadani mempunyai kepakaran kelas pertama dalam bidang hadith.
Ilmu yang dianugerahkan kepadanya dalam bidang hadith terutamanya iaitu sanad yang
lengkap hingga sumber pertama dan riwayat hadith musalsal. Beliau berusaha
melestarikan tradisi sanad yang diwarisi sejak zaman awal. Merujuk gagasan beliau,
sanad ialah syiar dan satu antara tiga kemuliaan yang tidak dimiliki oleh golongan
selain umat Islam (Jannatul Husna Ali Nuar & Gamal Abdul Nasir Zakaria 2022).
ii. Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy (1904-1975)
Nama penuh T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy ialah Prof. Dr. (H.C.) Tengku Muhammad
Hasbi Ash-Shiddieqy. Beliau lahir di Aceh Utara atau spesifiknya di Lhokseumawe,
pada 10 Mac 1904H. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy meninggal dunia pada usia 71 tahun,
bertarikh 9 Disember 1975H. Sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir, beliau
sempat melihat cetakan buku terakhirnya yang berjudul “Pedoman Haji”. Buku itu
diserahkan langsung oleh Amelz atau Abdul Manaf el-Zamzami iaitu Pengarah
140
Prosiding Webinar Antarabangsa Tafsir Dan Hadis Nusantara 2.0
e ISBN 978-967-19878-2-7
Penerbitan Bulan Binatang. Seterusnya, T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy merupakan
seorang ulama dan cendekiawan muslim. Beliau pakar dalam ilmu fikih, hadith, tafsir,
dan ilmu kalam. Beliau juga merupakan seorang penulis yang produktif, dan mujaddid
(pembaharu) yang terkemuka dalam menyeru kepada umat manusia, agar kembali
kepada al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW. Beliau juga merupakan ikon ilmuwan
hadith Nusantara dari Indonesia. Menurut Sulidar (2009), pengiktirafan kerajaan dan
masyarakat Indonesia ke atas kepakaran ketokohan T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy adalah
melalui pelantikan beliau sebagai professor pada tahun 1960 ketika mana beliau
dilantik sebagai Dekan Fakulti Syariah IAIN Sunan Kalijaga Yogyakarta yang beliau
jawat sehingga tahun 1972.
Karya-karya T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy adalah ulama’ yang produktif
menuliskan idea-idea pemikiran keislamannya serta karya tulisnya mencakup pelbagai
disiplin ilmu keislaman. Beliau banyak menuliskan buku-buku hadith dan ilmu hadith.
Menurut catatan, buku yang ditulis beliau berjumlah 73 judul dan keseluruhannya 142
jilid. Maka, karya beliau dalam bidang hadith terdapat 8 judul. Selain itu, karya-
karyanya tentang ilmu hadith seperti Asas-asas Ilmu Dirayah Hadith, Sejarah dan
Pengantar Ilmu Hadith, dan Sejarah Perkembangan Hadith, merupakan bukti lain
tentang keahliannya dalam bidang Hadith. Kepakarannya di bidang ilmu Hadith
dibuktikan pula dengan hasil karyanya yang berjudul, Hadith-Hadith Hukum. Buku ini
ditulis secara sistematik dengan menjelaskan nama ulama’ yang mentakhrij hadith-
hadithnya, serta nilai dan dalalahnya. Tengku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy telah
memberikan sumbangan yang sangat bermakna bagi umat Islam Indonesia, khususnya
para akademi ilmu-ilmu keislaman. Antara karya hadith dan ilmu hadith yang
dihasilkan oleh T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy sekitar tahun 1950 hingga 2000 ialah:
a) 2002 Mutiara Hadits, 8 jilid. Jakarta: Bulan Bintang, Jakarta (1954).
b) Asas-asas Ilmu Dirayah Hadis, 2 jilid. Jakarta: Bulan Bintang (1958).
c) Beberapa Rangkuman Hadits, 45 halaman. Bandung: Penerbit Al-Ma’arif
(1952).
d) Koleksi Hadits-Hadits Hukum, ditulis oleh T. M. Hasbi 11 jilid, 6 jilid
diterbitkan oleh Penerbit al-Ma’arif, Bandung (1970-1981).
e) Problematika Hadits Sebagai Dasar Pembinaan Hukum Islam (63 halaman).
Buku ini berasal daripada ucapan ilmiah pada Dies Natalis IAIN Yogyakarta,
4 Desember 1962. Jakarta: Bulan Bintang (1964).
f) Rijalul Hadits (187 halaman). Yogyakarta: Matahari Masa (1970).
g) Sejarah dan Pengantar Ilmu Hadits, 8 Jilid (420 halaman). Jakarta: Bulan
Bintang (1954-1980).
h) Sejarah Perkembangan Hadits. Jakarta: Bulan Bintang (1973).
Akhir sekali, sumbangan T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy yang sangat besar dalam
pengajian hadith, adalah kegiatan menyesuaikan dan menerjemahkan buku-buku yang
bersumber dari bahasa Arab ke dalam bahasa Indonesia. Alasan T.M. Hasbi Ash-
Shiddieqy berbuat demikian adalah kerana beliau menulis buku-bukunya
menggunakan metode penulisan yang sangat sederhana, beliau bahkan tidak
menggunakan metode penulisan ilmiah yang berkembang saat itu. Ia hanya sedikit
menganalisis ungkapan atau pandangan ulama yang diambilnya. Walaupun ada
penjelasan, hanya garis besarnya saja. Jika beliau memberikan komentar yang luas dan
konsisten, tentunya boleh ditemukan pemikiran asli dan objektif, serta arah
kecenderungannya. Tetapi hal ini tidak dilakukan oleh beliau. Ia menulis secara
adaptasi, dari buku berbahasa Arab ke bahasa Indonesia, dengan apa yang ada tanpa
disertai analisis yang memadai.
141