9 789834 911249
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS Penulis Suraya binti Bai Asmah binti Abdul Hamid Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2016 Ilustrator Md Nazim bin Udin Pereka Bentuk Johari bin Osman Editor Hasnah binti Ahmad Nadzar
Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka. • Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. • SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor. • SMK Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. • Klinik Haiwan dan Surgeri Mesra • Muzium Padi Kedah • Keretapi Tanah Melayu Berhad • Kelab Kucing Malaysia • Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi atau orang perseorangan yang bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini. PENGHARGAAN KK 499-221-0102011-49-1124-30101 ISBN 978-983-49-1124-9 Cetakan Pertama 2016 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2016 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-21479000 (8 talian) No. Faksimile: 03-21479643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Dewan Bahasa dan Pustaka Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Naga Global Sdn. Bhd., No. 1, Jalan Industri Batu Caves 1/3, Taman Perindustrian Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan. No. Siri Buku: 0037
iii Pendahuluan v Panduan Ikon vi TEMA 1: KELUARGA IMPIAN 1 Unit 1: Salasilah Keluarga 2 Unit 2: Keluarga Harmoni 7 Unit 3: Hari Keluarga 13 TEMA 2: MENGISI MASA LAPANG 19 Unit 4: Masa Itu Emas 20 Unit 5: Hobi 25 Unit 6: Hobi Menjana Pendapatan 31 TEMA 3: DUNIA HAIWAN 37 Unit 7: Kucingku Sayang 38 Unit 8: Sarang Burung Layang-layang 43 Unit 9: Kerjaya Veterinar 49 TEMA 4: SEKOLAH IMPIAN 55 Unit 10: Sekolahku Syurgaku 56 Unit 11: Sekolah dalam Taman 61 Unit 12: Pusat Sumber Cemerlang 67 TEMA 5: KESELAMATAN DI JALAN RAYA 73 Unit 13: Berhati-hati di Jalan Raya 74 Unit 14: Pandu Cermat Jiwa Selamat 79 Unit 15: Patuhi Peraturan Jalan Raya 85 KANDUNGAN TEMA 6: PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA 91 Unit 16: Kelebihan Pengangkutan Awam 92 Unit 17: Lancar Menuju Destinasi 97 Unit 18: Kerjaya Pemandu 103 TEMA 7: ALAM SEKITAR 109 Unit 19: Indahnya Alam Kita 110 Unit 20: Kelab Alam Sekitar 115 Unit 21: Hari Alam Sekitar 121 TEMA 8: HIDUP BERMASYARAKAT 127 Unit 22: Kenali Jiran 128 Unit 23: Semangat Kejiranan 133 Unit 24: Seperti Aur dengan Tebing 139 TEMA 9: KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN 145 Unit 25: Lawatan sambil Belajar 146 Unit 26: Warisan Keluarga 151 Unit 27: Produk Desa Lestari 157 Uji Minda 163 Glosari 167 Rujukan 169 Indeks 170 iii
iv Buku Teks Bahasa Melayu Komunikasi (Pendidikan Khas) Tingkatan 1 Sekolah Menengah ini ditulis berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1. Kandungannya terbahagi kepada sembilan tema utama, iaitu Keluarga Impian, Mengisi Masa Lapang, Dunia Haiwan, Sekolah Impian, Keselamatan di Jalan Raya, Pengangkutan Awam di Malaysia, Alam Sekitar, Hidup Bermasyarakat dan Kewangan dan Keusahawanan. Penulisan buku ini disusun sedemikian untuk membolehkan penggabungjalinan ilmu yang lebih mantap dalam kalangan murid, bersifat boleh berdiri sendiri, serta dapat menjadi panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Unit-unit dalam buku ini dimulakan dengan halaman rangsangan sebagai set induksi, diikuti dengan isi pembelajaran serta aktiviti dan latihan berdasarkan Standard Pembelajaran. Dalam setiap tema, murid akan didedahkan dengan aktiviti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Glosari, Indeks, Kod Carian Pantas (QR Code) dan senarai rujukan turut disediakan pada bahagian akhir buku teks ini. Isi pembelajaran, aktiviti dan latihan yang disediakan mengutamakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid berdasarkan Standard Pembelajaran. Aktiviti dan latihan yang disediakan bertindak sebagai pelengkap kepada kandungan yang telah disampaikan dalam setiap unit. Aktiviti berkumpulan yang disertakan pula dapat menggalakkan pembelajaran kolaboratif. Setiap kandungan pembelajaran berfokus pada konsep Bahasa Melayu Komunikasi yang spesifik dan kemahiran kandungan yang berkaitan. Konsep Bahasa Melayu Komunikasi yang dipilih adalah berdasarkan tahap kebolehan murid, sekali gus memberikan asas yang kukuh kepada murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan menyumbang ke arah pembangunan intelektual. Selain konsep Bahasa Melayu Komunikasi, elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Kreativiti dan Inovasi serta Keusahawanan turut diterapkan melalui kandungan dan aktiviti dalam buku ini. Buku ini menggunakan pendekatan penceritaan melalui watak 11 orang murid, iaitu Nurul, Asyraf, Cheah, Kok Leong, Danavi, Loges, Rika, Pijut, Daren, Mili dan Manjit yang dibimbing oleh guru mereka, Cikgu Eda, Cikgu Jeya dan Cikgu Saiful. Watak yang terdapat pada setiap unit dapat membantu murid membuat perkaitan berkenaan dengan kandungan dalam unit tersebut dengan kandungan dalam unit seterusnya. Melalui pendekatan penceritaan ini, diharapkan agar murid dapat mengalami keseronokan belajar dan seterusnya menguasai Standard Pembelajaran. PENDAHULUAN iv
v Kemahiran abad ke-21 seperti pemikiran kritis, kolaborasi, komunikasi dan kreativiti dimasukkan secara langsung dan tidak langsung ke dalam buku teks ini. Selain itu, maklumat tambahan yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dalam bentuk kod bar diperkenalkan dalam buku teks ini. Maklumat tersebut dapat diimbas melalui telefon pintar yang mempunyai aplikasi QR Reader. Kemahiran berfikir murid diperluas melalui pendekatan pemerolehan maklumat, penyelesaian masalah, sumbang saran, peta pemikiran dan persembahan yang pelbagai. Akhir kata, melalui penggabungjalinan pelbagai elemen dan kemahiran, penulis berharap murid akan memperoleh ilmu dan menguasai kemahiran Bahasa Melayu Komunikasi, seterusnya mencetuskan minda yang kreatif, mengamalkan etika dan nilai murni. Suraya binti Bai Asmah binti Abdul Hamid Ikon yang terdapat dalam buku ini adalah seperti yang berikut: Kemahiran Mendengar dan Bertutur Kemahiran Membaca Penilaian Tema Panduan Guru Kod Carian Pantas (QR Code) 3.1.1 Nota Standard Pembelajaran Kemahiran Menulis Uji Minda ? Aktiviti Aktiviti v KBAT
PENGENALAN vi
1 KELUARGA IMPIAN TEMA 1 HARI KELUARGA Haji Samad 1
2 Cikgu Eda sedang membimbing murid-muridnya menyiapkan buku skrap tentang keluarga mereka. Projek Kelas Berikan surat kebenaran kepada ibu bapa kamu. Bawa salinan sijil kelahiran dan kad pengenalan. Bawa gambar ahli keluarga. Masukkan dokumen dan surat dalam fail peribadi kamu. Aktiviti Lakonkan situasi di atas. • Murid mendengar dan memahami arahan. • Murid menerangkan arahan yang diberikan oleh guru. KBT: Kontekstual Nilai: Kerjasama, Berdikari, Kesyukuran KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Mendengar dengan berkesan Salasilah Keluarga 1 UNIT 1.1.1 1
3 Fahami salasilah di bawah. Baca ayat di bawah. 1. Ayah Nurul bernama Yusri. 2. Ibu Nurul bernama Saripah. 3. Nurul mempunyai tiga orang adik-beradik. 4. Nurul mempunyai seorang abang dan seorang adik lelaki. 5. Ayah Nurul ialah anak sulung Haji Samad dan Hajah Salmah. 6. Pak Su Saufi ialah anak bongsu datuk dan nenek Nurul. 7. Datuk dan nenek Nurul mempunyai lima orang cucu. 8. Anas dan Anis ialah sepupu Nurul. • Murid mencari makna perkataan berdasarkan salasilah keluarga. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang, Menghargai KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Ilmu - Sejarah BCB: Membaca secara mekanis 2.1.1 Keluarga Nurul Datuk (Haji Samad) Nenek (Hajah Salmah) + + + Ibu (Saripah) Abang (Akmal) Ayah (Yusri) Saya (Nurul) Pak Ngah (Jefri) Adik (Aiman) Mak Ngah (Laila) Mak Uda (Hanim) Pak Su (Saufi) Generasi 1 Generasi 2 Generasi 3 Sepupu (Anis) Sepupu (Anas) 1
4 Senaraikan maklumat diri kamu untuk mengisi borang biodata. 1. Nama: 2. Tarikh lahir: 3. No. Kad Pengenalan: 4. Nama Bapa: 5. Nama Ibu: 6. Alamat: 7. No. Telefon: 8. ______________________________________ 9. ______________________________________ 10. ______________________________________ • Murid menulis maklumat yang perlu diisikan dalam borang biodata. KBT: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Berdikari, Kesungguhan KB: Mengelaskan EMK: TMK 3.1.1 BCB: Menulis secara mekanis Borang Biodata 1
5 A. Lengkapkan nama ahli keluarga Nurul. I YUSRI S A S A A K Y S A U A M L I R S M M A I A M P R N I D L H H A A A 1
6 B. Lengkapkan salasilah keluarga Asyraf berdasarkan jadual di bawah. Lukis rajah pada kad manila. Generasi 1 Generasi 2 Generasi 3 Haji Nordin dan Hajah Halimah Razali dan Faridah Faiz Fazidah Suraya dan Ehsan Ikmal Rahim dan Maimunah Maria Amin Asyraf Maya Sufiah dan Zaid Zaza Zizi Keluarga Asyraf + + + + + 1
7 Keluarga Harmoni 2 UNIT Buku Skrap • Murid mendengar arahan dengan teliti. • Murid memberikan tindak balas secara lisan pada arahan yang diterima. KBT: Kontekstual Nilai: Kasih sayang, Kerajinan, Kerjasama KP: Interpersonal EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Mendengar dengan berkesan Cikgu Eda sedang membimbing murid-muridnya menyiapkan buku skrap bergambar. Murid-murid membuat tugasan mengikut arahan yang diberikan. Baiklah, cikgu. Lekatkan gambar dengan cermat. Tuliskan nama ahli keluarga pada setiap gambar. Baiklah, cikgu. Baiklah, cikgu. 1.1.2 Kamu mesti berhati-hati semasa menggunakan gunting. 1
8 Baca dan berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal. Aktiviti Hujung Minggu Pada hujung minggu yang lalu, Asyraf dan keluarganya telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan halaman rumah. Ayah Asyraf telah mengagihkan tugasan kepada ahli keluarga mereka. • Murid membaca perkataan. KBT: Kontekstual Nilai: Kerajinan, Kerjasama, Prihatin KP: Verbal-linguistik EMK: Kebersihan alam sekitar KB: Menghubungkaitkan BCB: Membaca secara mekanis 2.1.2 1. Kakak Asyraf menyapu daun pokok. 2. Datuk Asyraf memangkas ranting pokok. 3. Ayah Asyraf memotong rumput yang panjang. 4. Ibu Asyraf mengumpul ranting pokok dan rumput. 5. Asyraf dan abangnya mencuci longkang yang tersumbat. 6. Nenek Asyraf menghidangkan kuih dan air sirap untuk mereka sekeluarga. 7. Adik membawa anak pokok dengan menggunakan kereta sorong. 1
9 1. Nama Murid: _________________________________________ 2. Tingkatan: _________________________________________ 3. Tarikh Lahir: _________________________________________ 4. No. Sijil Kelahiran: _________________________________________ 5. No. Kad Pengenalan: _________________________________________ 6. Jantina: _________________________________________ 7. No. Kad OKU: _________________________________________ 8. Bangsa/Keturunan: _________________________________________ 9. Agama: _________________________________________ 10. Warganegara: _________________________________________ 11. Alamat Rumah: _________________________________________ 12. No. Telefon (Rumah): _________________________________________ 13. No. Telefon Bimbit: _________________________________________ 14. Hobi: _________________________________________ 15. Cita-cita: _________________________________________ 16. Warna Pilihan: _________________________________________ 17. Nama Bapa: _________________________________________ 18. Nama Ibu: _________________________________________ 19. Bilangan Adik-beradik: _________________________________________ 20. Anak ke berapa: _________________________________________ • Murid menulis maklumat diri. KBT: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Berdikari BCB: Mengingat, Menulis secara mekanis EMK: TMK 3.1.2 Lengkapkan maklumat di bawah. Maklumat Diri 1
10 A. Cari tujuh perkataan yang tersembunyi berdasarkan gambar keluarga di bawah. M H U P A S A L I K D I K K T Y K B U I Y A C M A K P I K I M I A H C I M B I Y K L K U J A I B U P D A T U K T A S N O P T T M U S I E I A K I E R K K N A S E P U P U L E K N O N M A L U K A K A K E L I L A B A N G 1
11 B. Nomborkan gambar mengikut susunan arahan yang betul. Aktiviti Perihalkan gambar dengan menggunakan perkataan sendiri. Nurul, tolong keluarkan sayur dari peti sejuk. Kemudian, letakkan sayur itu di dalam bekas. Selepas itu, ambilkan ibu sebilah pisau. Ibu mahu memotong sayur itu sebelum dimasak. 1
12 C. Hasilkan buku biodata diri kamu mengikut kreativiti. Projek Kumpulan Buku Biodata Arahan: 1. Setiap murid dikehendaki mengisi biodata diri masing-masing. 2. Maklumat yang perlu diisi: • Nama • Cita-cita • Umur • Makanan kegemaran • Tarikh lahir • Alamat rumah • Tempat lahir • Nombor telefon • Hobi • Nama bapa 3. Hias borang biodata masing-masing mengikut kreativiti. 4. Borang yang sudah lengkap akan dikumpulkan. 5. Tebuk lubang pada bahagian tepi. 6. Ikat dengan reben. 1
13 HARI KELUARGA HAJI SAMAD Tarikh: 18 – 19.02.2017 Hari: Sabtu dan Ahad Tempat: Kuala Lipis, Pahang Acara: • Sukaneka • Karaoke • Terompah gergasi • Tarik upih • Tarik tali • Jamuan makan Ayah Nurul telah menerima maklumat tentang program Hari Keluarga melalui telefon bimbitnya. Dia membacakan maklumat tersebut kepada ahli keluarganya. Hari Keluarga 3 UNIT Nyatakan maklumat yang disampaikan. Jemputan Program Hari Keluarga • Murid menyatakan maklumat yang didengar. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kasih sayang, Berhemah tinggi KB: Menjanakan idea EMK: TMK 1.2.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 1
14 Hari Keluarga Haji Samad Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Kami sekeluarga balik ke kampung ayah saya di Kuala Lipis, Pahang. Menurut ayah saya, sekarang musim buah-buahan. Seluruh ahli keluarga kami akan berkumpul bersempena dengan Hari Keluarga Haji Samad. Sebaik sahaja sampai, ramai ahli keluarga lain yang sudah tiba. Kami berkumpul di rumah datuk saya, Haji Samad bin Haji Salleh. Rumah kampung ini didirikan di atas tanah pusaka milik moyang saya. Majlis malam itu dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Kemudian, disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil. Sebagai anak sulung, ayah saya memberikan penerangan tentang atur cara program pada tahun ini. Setelah bersarapan dan senamrobik, seluruh ahli keluarga Haji Samad menunjukkan bakat masing-masing dalam acara sukaneka. Pada petangnya pula, diadakan pertandingan menarik upih. Pelbagai gelagat dan aksi lucu dapat disaksikan. Esoknya, kami pulang ke Kuala Lumpur dengan perasaan gembira. Keluarga kami telah berjaya menjadi johan keseluruhan acara sukaneka, manakala keluarga Pak Ngah Jefri pula mengungguli acara menarik upih. Kami berasa seronok kerana dapat berkumpul dengan keluarga besar Haji Samad. Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Baca dan fahami petikan cerita di bawah. • Murid menerangkan isi cerita. KBT: Kontekstual, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Kerjasama, Menghargai KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Membaca secara mekanis Aktiviti 1. Baca cerita dengan sebutan yang betul. 2. Di manakah Hari Keluarga Haji Samad diadakan? 2.2.1 1
15 Tuliskan ayat yang sesuai dengan gambar. Acara Hari Keluarga Pak Ngah Jefri menyertai acara terompah gergasi. Adik Nurul mengambil bahagian dalam acara tarik upih. Nurul mengambil bahagian dalam pertandingan tiup belon. Setiap keluarga mengambil bahagian dalam acara sukaneka. • Murid menyalin ayat dengan menggunakan perkataan yang betul. KBT: Kontekstual Nilai: Kesungguhan, Menghargai, KB: Menghubungkaitkan Bekerjasama BCB: Menulis secara mekanis EMK: TMK Aktiviti Keluarga kamu merancang untuk mengadakan hari keluarga. Senaraikan aktiviti yang akan dijalankan untuk memeriahkan majlis tersebut. 3.2.1 1
16 A. Teliti gambar di bawah dan lengkapkan ayat. 1. Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah diadakan pada _______________ di _______________________________ 2. Acara yang diadakan adalah _____________________________________ ______________________________________________________________ 3. Orang yang dijemput menghadiri program tersebut ialah: a) _____________________________ b) _____________________________ c) _____________________________ Aktiviti Tuliskan maklumat di atas dalam bentuk perenggan. Tarikh: 8 Julai 20 Tempat: Padang SMK Mutiara Indah Acara: Tiup belon, Congkak, Tarik tali, dan Demonstrasi masakan Semua warga sekolah dijemput hadir. Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah 1
17 Nama: Haji Samad Tarikh masuk: 26.2.2017 Nana Doktor: Dr. Alia 25 Haji Samad B. Perhatikan gambar di bawah. Bina ayat yang lengkap. Aktiviti Berpandukan gambar di atas, tuliskan cerita dalam satu perenggan. 1
18 C. Lakukan aktiviti yang berikut. Eksplorasi Sandwic Telur Peraturan permainan: 1. Bahagikan murid kepada dua kumpulan. 2. Sediakan tiga stesen di sepanjang trek perlumbaan. 3. Setiap stesen menempatkan seorang petugas yang akan menyerahkan sampul surat berisi arahan tugasan. Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan (klu) sebelum mendapat sampul tugasan. 4. Kumpulan yang berjaya menyiapkan tugasan akan bergerak ke stesen yang berikutnya. 5. Setiap kumpulan diberikan masa satu jam untuk menyiapkan tugasan. 6. Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan hasil tugasan kepada juri. 7. Kriteria penilaian berdasarkan rasa, tekstur, kebersihan, kreativiti dan kerjasama. Stesen 1 Aktiviti: Mengumpul alatan memasak Arahan dalam sampul A: Kumpul alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat sandwic telur. Stesen 3 Aktiviti: Hidang dan hias Arahan dalam sampul C: Hidang dan hias sandwic mengikut kreativiti. Stesen 2 Aktiviti: Menyediakan sandwic Arahan dalam sampul B: Sediakan sandwic telur dengan berpandukan resipi yang diberikan. Stesen Soalan (Klu) 1. Susun suai gambar sandwic. 2. Jawab pantun teka-teki. 3. Terangkan cara membuat sandwic telur. 1
19 MENGISI MASA LAPANG TEMA 2 19
20 Beri pendapat kamu tentang gambar di bawah. Permainan Tradisional Cikgu Jeya selalu menasihati murid-muridnya supaya menghargai masa. Banyak perkara yang berfaedah boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang. Antaranya ialah bermain congkak dan batu seremban. • Murid menyatakan pendapat dengan menggunakan perkataan sendiri. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berhemah tinggi, Berdikari, Keberanian KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi BCB: Mendengar dengan berkesan Aktiviti Bagaimanakah cara kamu mengisi masa lapang? Masa Itu Emas 4 UNIT 1.2.2 Pemain perlu mengisi ‘buah’ ke dalam lubang papan congkak. Pemain perlu melambung dan menyambut ‘buah’. Mulakan dengan sebiji buah hingga buah yang kelima. 2
21 Manfaatkan Masa Lapang Lakonkan dialog di bawah. Cikgu Eda: Apakah aktiviti yang kamu lakukan pada masa lapang? Asyraf: Saya mengisi masa lapang dengan melukis, cikgu. Pada mulanya saya tidak pandai melukis. Ayah telah menghantar saya belajar melukis. Cikgu Eda: Apakah yang kamu lukis? Bolehkah kamu tunjukkan lukisan kamu? Asyraf: Saya melukis gambar buah-buahan, cikgu. Inilah hasil lukisan saya. Cikgu Eda: Bagus, Asyraf! Kamu bijak menggunakan masa lapang. Bagaimanakah dengan kamu, Manjit? Manjit: Saya suka membaca buku cerita. Banyak pengajaran yang saya dapat daripada cerita yang saya baca. Cikgu Eda: Tahniah, Manjit! Kalau kita rajin dan pandai menggunakan masa lapang, kita akan mendapat banyak manfaat. Bagaimanakah dengan kamu, Kok Leong? Kok Leong: Saya suka beriadah, cikgu. Setiap hujung minggu, saya akan pergi berjoging di taman rekreasi. Cikgu Eda: Bagus, Kok Leong! Apakah kebaikan berjoging? Kok Leong: Berjoging boleh menurunkan berat badan. Berjoging menjadikan saya lebih sihat dan cergas. Cikgu Eda: Syabas, kamu semua telah memanfaatkan masa lapang dengan cara yang berfaedah! • Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Menghargai, Keberanian, Rasional KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Membaca secara mekanis Aktiviti 1. Nyatakan aktiviti yang dijalankan pada masa lapang berdasarkan petikan di atas. 2. Bagaimanakah cara kamu menghabiskan masa lapang? 2.1.1 2
22 • Murid melengkapkan ayat menggunakan perkataan yang sesuai. • Murid menulis ayat dalam buku latihan. KBT: KB: Menghubungkaitkan, Menjanakan idea Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kerjasama 3.2.2 BCB: Menulis secara mekanis EMK: TMK Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. 1. Ayah sedang sibuk ________________ Internet. 2. Kak Nani _______________ minuman di atas dulang. 3. Adik sedang tidur nyenyak di dalam ____________________. 4. Asyraf sedang menggantung ___________ pada ____________. 5. Kak Arni membantu Amir ____________ kerja rumah. 6. Datuk duduk di atas ___________ sambil membaca ________________. 7. Ibu melipat ________ dan _________ yang baru diangkat dari ampaian. Aktiviti Tuliskan pengalaman kamu menghabiskan cuti hujung minggu bersama-sama dengan keluarga. Sehari Bersama Keluarga 2
23 A. Padankan aktiviti dengan alatan yang digunakan. Aktiviti Alatan Aktiviti Ceritakan satu aktiviti yang kamu minat. 2
24 B. Perihalkan gambar di bawah. Aktiviti Nyatakan kebaikan aktiviti di atas. 2
25 Hobi 5 UNIT Bina soalan dengan berpandukan gambar di bawah. Mengumpul Setem Apa? Mana? Siapa? Bila? Berapa? • Murid bersoal jawab untuk mendapatkan maklumat. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berdikari, Menghargai KB: Menjanakan idea, Menghubungkaitkan EMK: TMK, Keusahawanan 1.3.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 2
26 Baca dan fahami petikan. Filateli Apakah yang anda tahu tentang filateli? Pernahkah anda mendengar mengenainya? Filateli ialah aktiviti mengumpul dan menyusun bahan pos seperti setem pos, sampul surat dan bahan-bahan lain. Filateli berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu philos bermaksud mencintai dan llateleiall bermakna percuma. Tiada siapa pun yang mengetahui sejak bila filateli menjadi hobi. Walau bagaimanapun, ada yang menyatakan bahawa kegiatan mengumpul setem mula mendapat perhatian apabila album setem pertama dikeluarkan di England pada tahun 1852. Pengumpulan setem boleh dijadikan hobi yang menarik. Hobi mengumpul setem boleh menambah kenalan tanpa mengira umur, bangsa mahupun bahasa. Selain itu, pengumpul setem dapat memperoleh ilmu dari segi sejarah dan pencapaian penting di sebalik reka bentuk setem tersebut. Contohnya setem bergambar bunga ada dinyatakan nama saintifik dan asal usul bunga tersebut. Maklumat tersebut boleh dijadikan rujukan kepada pengumpul setem. Oleh itu, Pos Malaysia telah menubuhkan Biro Filateli Malaysia. Biro ini memainkan peranan aktif dalam menyemai minat mengumpul setem dalam kalangan pelajar sekolah. Penubuhan biro ini juga dapat menukar persepsi masyarakat bahawa mengumpul setem bukanlah sekadar hobi tetapi aktiviti yang boleh membawa pulangan lumayan. • Murid membaca dan memahami makna perkataan. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Keberanian, Berdikari, Keyakinan KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK BCB: Membaca secara mekanis Aktiviti 1. Nyatakan faedah mengumpul setem. 2. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal. 2.1.1 2
27 Isikan tempat kosong dengan perkataan yang betul. 1. Belah ____________ menggunakan _______________. 2. Raut buluh menggunakan ________________. 3. Ikat rangka wau dengan __________________. 4. Buat corak pada ________________. Kemudian tebuk corak tersebut. 5. Lekatkan pada kertas berlainan warna. 6. Tampalkan kertas bercorak pada rangka wau. Aktiviti Hasilkan sebuah wau menggunakan kreativiti kamu. Wau Hiasan Dinding Wau ialah warisan budaya yang tinggi nilainya. Selain popular sebagai permainan, wau juga dijadikan sebagai hiasan dinding. Mari kita lihat cara-cara membuat wau hiasan. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat wau hiasan ialah kertas warna, buluh, benang, gam dan gunting. Cara Membuat Wau Hiasan • Murid menulis ayat dalam buku latihan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Patriotisme, Kerajinan, Keyakinan BCB: Menulis secara mekanis EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.3.2 2
28 A. Lengkapkan silang kata berdasarkan gambar yang diberikan. 2. 4. 6. 8. 10. Menegak Melintang 1. 3. 5. 7. 9. 4 5 6 7 8 9 10 1 2 3 28 2
29 B. Perihalkan gambar dengan menggunakan ayat sendiri. 1 2 3 5 4 6 2
30 C. Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu mengadakan pertandingan mencipta album setem bersempena dengan Minggu Bahasa Melayu. Album Setem Syarat Pertandingan: 1. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid secara berpasangan. 2. Album setem yang dihasilkan hendaklah tidak kurang daripada 10 halaman. 3. Setiap kumpulan digalakkan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan album setem yang kreatif dan berinformasi. 4. Tarikh tutup pertandingan pada hari Isnin minggu hadapan. 2
31 Hobi Menjana Pendapatan 6 UNIT Lakonkan. Pengacara: Bilakah puan memulakan perniagaan kek cawan? Kak Lin: Saya mula berniaga kek cawan sejak dua tahun yang lalu. Pengacara: Siapakah yang mendorong puan menceburi bidang ini? Kak Lin: Ibu saya yang memberikan dorongan. Pengacara: Bagaimanakah cara puan memasarkan produk ini? Kak Lin: Saya memasarkan produk ini secara dalam talian. Pengacara: Bagaimanakah sambutan orang ramai? Kak Lin: Sambutan sungguh menggalakkan. Banyak tempahan yang saya terima. Pengacara: Apakah rancangan puan pada masa hadapan? Kak Lin: Saya mahu mempelbagaikan produk kek saya sebelum membuka sebuah kafe. Pengacara: Tahniah! Selamat maju jaya, puan. Kak Lin: Terima kasih. Aktiviti Pada pandangan anda, apakah produk yang akan dihasilkan oleh Kak Lin pada masa hadapan? • Murid melakonkan wawancara di atas. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Berdikari, Keberanian KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan 1.3.2 BCB: Mendengar dengan berkesan Kek Cawan Kak Lin 2
32 Baca petikan dan berikan maksud perkataan berhuruf tebal. • Murid menyatakan maksud perkataan dengan betulnya. KBT: Kontekstual Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran BCB: Membaca secara mekanis EMK: Keusahawanan KB: Menghubungkaitkan Minat Membawa Berkat Kak Lin minat membuat kek. Dia membuat kek pelbagai jenis perisa. Kak Lin menyediakan kek coklat, kek pandan, kek oren dan kek strawberi. Rasa kek yang dibuat oleh Kak Lin sangat sedap. Ramai pelanggan memuji keenakan kek Kak Lin. Kak Lin menerima banyak tempahan daripada orang ramai. Dia berusaha untuk memenuhi permintaan pelanggan. Dia mengikuti kursus bakeri untuk meningkatkan kemahiran membuat kek. Berkat kesabaran dan usaha gigihnya, kini Kak Lin memiliki sebuah kedai kek di pusat bandar. Perniagaan Kak Lin semakin maju. Ramai orang datang membeli kek di kedainya. Kak Lin turut menerima tempahan cenderahati untuk majlis perkahwinan. Dia juga mengendalikan kelas membuat dan menghias kek. 2.1.2 Aktiviti Bina ayat daripada perkataan yang berikut: a. minat e. permintaan b. perisa f. memiliki c. pelanggan g. maju d. tempahan h. cenderahati 2
33 Senaraikan kata nama yang terdapat dalam resipi di bawah. Resipi Kek Cawan Bahan-bahannya: 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula Bahan A 1 cawan susu pekat manis 1 cawan minyak 1 1 / 4 cawan tepung gandum 1 sudu teh serbuk penaik Bahan B 1 sudu teh soda bikarbonat 3 biji telur Cara membuatnya: 1. Campurkan bahan-bahan A dan masak di atas api kecil. 2. Kacau sehingga larut. 3. Campurkan bahan-bahan B dan ayak. 4. Pukul telur hingga kembang. Kemudian, campurkan dengan serbuk koko. 5. Kemudian, masukkan tepung. Gaul adunan hingga sebati. 6. Masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas. Aktiviti Hiaskan kek cawan mengikut kreativiti kamu. • Murid mengenal pasti kata nama yang digunakan dalam ayat. • Murid menulis kata nama dalam buku latihan. KBT: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Kesungguhan, Berdikari KB: Mengelaskan EMK: Keusahawanan, Ilmu – Matematik BCB: Menulis secara mekanis 3.3.1 2
34 A. Sebutkan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek cawan. 2
35 Bahan dan peralatan yang diperlukan: 1. Kain 2. Kekabu atau fiber 3. Pistol perekat panas 4. Benang 5. Mangkuk kertas 6. Jarum jahit Jahit jelujur di keliling kain. B. Mari lakukan. Bekas Jarum Aktiviti Fahami bahan grafik dan hasilkan produk mengikut kreativiti kamu. 1 2 3 4 5 6 7 Cara-cara membuatnya: Jerut kain mengikut bentuk. Masukkan fiber atau kekabu secukupnya. Bentukkan menjadi bebola. Gamkan bahagian bawah bebola. Masukkan ke dalam mangkuk kertas. Hias mengikut kreativiti. 2
36 1. Danavi menggoreng sayur sambil memasukkan sedikit perisa. 2. Puan Azie menyiang ikan dengan sebilah pisau yang tajam. 3. Pijut mencuci pinggan mangkuk dengan sabun dan span lembut. 4. Nurul mengupas bawang dengan berhati-hati. 5. Loges mengelap meja dengan sehelai tuala basah. Aktiviti Bina ayat menggunakan kata kerja yang terdapat dalam ayat di atas. C. Perhatikan gambar dan sebut kata nama dalam ayat. 2
37 DUNIA HAIWAN TEMA 3
38 Kucingku Sayang 7 UNIT Aktiviti Ceritakan haiwan peliharaan yang kamu tahu. • Murid memerihalkan gambar. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Menghargai KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan BCB: Mendengar dengan berkesan 1.4.1 1 2 3 4 Pertandingan Kucing Sihat Nurul sedang melayari Internet dan terbaca maklumat tentang Pertandingan Kucing Sihat. Nurul berhasrat untuk menyertai pertandingan tersebut. 3
39 Baca dan fahami petikan di bawah. Munchkin Kucing Unik Kucing Munchkin ialah spesies kucing yang unik. Keunikannya terletak pada kakinya yang pendek serta bulunya yang cantik dan gebu. Walaupun kucing Munchkin berkaki pendek, pergerakannya aktif seperti kucing biasa. Kucing Munchkin juga suka bermain dan mengejar alat permainan. Kucing ini telah mengalami perubahan genetik secara semula jadi. Tulang belakangnya berbeza daripada kucing lain. Apabila kucing Munchkin duduk, kaki belakangnya sama seperti kedudukan kaki arnab yang sedang duduk. Kucing ini tergolong dalam spesies kucing terkecil di dunia. Keunikan kucing Munchkin menyebabkan nilainya tinggi di pasaran sehingga mencecah ribuan ringgit. Oleh itu, mereka yang memiliki kucing Munchkin pasti berasa bangga. Aktiviti 1. Jelaskan ciri-ciri kucing Munchkin yang terdapat dalam petikan. 2. Banding bezakan aspek fizikal antara kucing Munchkin dengan arnab. • Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Keusahawanan BCB: Membaca secara intensif 2.2.1 3
40 Sayangi Kucing Teliti gambar dan baca ayat di bawah. 1. Kucing Nurul bernama Bobo. 2. Bobo bermain bola. 3. Doktor memeriksa Bobo. 4. Bobo minum susu. 5. Nurul menyisir bulu Bobo. Frasa Nama Frasa Kerja Contoh: Kucing Nurul Contoh: Bermain bola • Murid mengetahui dua pola ayat dasar, iaitu FN+FN dan FN+FK. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Kasih sayang, Prihatin KB: Mengkategorikan EMK: TMK, Ilmu - Sains BCB: Menulis secara mekanis 3.4.1 Aktiviti Senaraikan Frasa Nama dan Frasa Kerja. 3
41 1 3 5 6 4 2 Cara Membuat Origami Kucing A. Baca arahan dan buat origami kucing seperti yang berikut. A B C D Lipat kertas segi empat sama, A bertemu C. Lipat B bertemu D bagi membentuk segi tiga tepat. Terbalikkan kertas dan lipat bahagian paling atas untuk membentuk kepala. Lipat bahagian bawah untuk membentuk dagu kucing. Daripada titik tengah, lipatkan hujung AC dan BD untuk telinga kucing. Terbalikkan kertas dan lukiskan muka kucing dengan lengkapnya. D B BD BD BD BD AC AC AC AC 3