42 B. Teliti gambar di bawah. Aktiviti 1. Perihalkan gambar di atas. 2. Pada pendapat kamu, mengapakah kucing perlu dirawat? 3. Pada pendapat kamu, mengapakah kita perlu menyayangi kucing? 3
43 Sarang Burung Layang-layang 8 UNIT Aktiviti Nyatakan khasiat sarang burung layang-layang. • Mengenal pasti maklumat yang disampaikan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Interpersonal Nilai: Kerajinan, Kasih sayang, Menghormati KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Ilmu – Pendidikan Moral BCB: Mendengar secara aktif Khasiat Sarang Burung Layang-layang 1.4.2 Nenek, jemputlah minum sup sarang burung yang banyak khasiat ini. Sup ini juga memberikan tenaga dan melancarkan aliran darah. Kulit kita pun akan bertambah muda, lembut, licin dan halus. Betul, sup ini boleh menyembuhkan batuk dan mengurangkan kahak. Sup sarang burung ini melambatkan proses penuaan. 3
44 Penternakan Burung Layang-layang Gua Baca dan fahami petikan di bawah. Tahukah kamu burung layang-layang gua? Burung layang-layang gua ialah spesies burung yang berhabitat di dalam gua. Burung ini akan membina sarang di dinding-dinding gua. Sarangnya dibina dengan menggunakan air liurnya. Burung ini membiak dengan cara bertelur. Dua biji telur dihasilkan setiap musim. Burung ini mengambil masa selama 23 hingga 28 hari untuk mengeram telurnya. Jangka hayat burung ini adalah dalam lingkungan 15 tahun. Selepas tiga hingga empat bulan burung bertelur dan menetas, sarang burung ini sudah boleh dituai. Sarang burung layang-layang gua sangat berkhasiat kepada manusia. Oleh sebab itu, sarang burung ini mendapat permintaan yang sangat tinggi daripada penggemarnya. Hal ini menyebabkan pengusaha membina bangunan-bangunan batu yang mempunyai persamaan dengan gua. Kebiasaannya, bangunan ini dibina di kawasan bendang atau di ladang kelapa sawit. Bagi menarik perhatian burung ini untuk membuat sarang, pita rakaman bunyi burung akan dimainkan. Sarang burung layanglayang gua disahkan sebagai bersih dan selamat untuk dimakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti 1. Bagaimanakah sarang burung layang-layang gua dihasilkan? 2. Mengapakah bangunan batu buatan dibina di kawasan yang jauh daripada kawasan penempatan manusia? • Murid membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Menghargai, Kesungguhan KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan, Sains dan Teknologi 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis 3
45 Bina ayat berdasarkan gambar yang diberikan. 1. 3. 2. 4. 5. 6. • Murid membina ayat mengikut pola ayat dasar FN+FN, FN+FK dengan betulnya. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB: Menulis secara mekanis 3.4.2 3
46 A. Teliti gambar di bawah. Sebutkan produk yang dihasilkan daripada sarang burung layang-layang. 1 2 3 4 sup keropok minuman sabun 3
47 B. Proses membersihkan sarang burung layang-layang. Cara Membersihkan Sarang Burung Layang-layang Aktiviti Terangkan proses pembersihan sarang burung layang-layang dengan menggunakan ayat sendiri. 1. Rendam sarang burung dalam air sejuk atau air panas selama 45 hingga 60 minit. 2. Bersihkan kotoran yang masih tertinggal dengan menggunakan penyepit. 3. Ganti air rendaman sehingga sarang burung layang-layang betul-betul bersih. 3
48 C. Susun gambar mengikut urutan yang betul. 1 2 3 4 3
49 Kerjaya Veterinar 9 UNIT Dengar dengan teliti dialog yang dibaca. Doktor Amar: Selamat pagi, boleh saya bantu? Kok Leong: Selamat pagi, doktor. Arnab saya tidak mahu makan dan tidak aktif seperti biasa. Saya dapati najisnya lembik. Doktor Amar: Mari saya periksa. Arnab awak mengalami cirit-birit atau diarea. Kok Leong: Bagaimanakah arnab boleh mengalami cirit-birit, doktor? Doktor Amar: Masalah ini berpunca daripada sistem penghadaman yang lemah dalam badan arnab. Apabila badan lemah, arnab tidak boleh menghadam makanannya. Kok Leong: Mengapakah makanan tidak boleh hadam? Doktor Amar: Sistem penghadaman arnab ini masih muda. Arnab yang berumur kurang daripada lapan minggu masih memerlukan susu ibunya. Susu ibu boleh menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan anak arnab. Kok Leong: Bagaimanakah cara untuk merawatnya, doktor? Doktor Amar: Berikan antibiotik dalam dos dan waktu yang ditetapkan. Jangan berikan makanan terlalu banyak. Berikan minuman air bersih yang banyak. Sentiasa menjaga kebersihan arnab. Kok Leong: Terima kasih, doktor. Doktor Amar: Sama-sama. • Murid mengenal pasti maklumat yang disampaikan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Kontekstual Nilai: Kasih sayang, Kebersihan fizikal dan mental KB: Menghubungkaitkan EMK: Keusahawanan, Ilmu - Sains BCB: Mendengar secara mekanis Terima Kasih, Doktor 1.4.2 Aktiviti Berdasarkan dialog di atas, sampaikan maklumat tentang cara memelihara arnab yang mengalami diarea secara ringkas. 3
50 Klinik Veterinar Baca dan fahami petikan di bawah. Klinik veterinar menyediakan perkhidmatan rawatan dan pengurusan haiwan peliharaan. Aktiviti yang dijalankan di klinik haiwan ialah rawatan, kemudahan tumpangan, pembedahan kecil, iaitu pemandulan dan pencegahan penyakit. Sekiranya terdapat penyakit yang agak berbahaya, ujian perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit tersebut. Haiwan yang benar-benar memerlukan penjagaan rapi sahaja yang akan dikuarantin. Pihak klinik akan memberikan khidmat nasihat tentang cara penjagaan dan pemeliharaan haiwan yang betul. Selain itu, khidmat nasihat tentang pemakanan selepas rawatan dan cara pemberian ubatan turut diberikan. Aktiviti 1. Jelaskan maksud perkataan yang berhuruf tebal. 2. Mengapakah haiwan yang sakit perlu dikuarantin di klinik haiwan? • Murid membaca petikan dengan betulnya dan jelasnya. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Prihatin, Kasih sayang KB: Membuat hipotesis EMK: Ilmu – Sains, Sejarah 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis 3
51 Tugas Veterinar Isi tempat kosong dengan frasa nama dan frasa kerja yang sesuai. menyuntik rakan Keluarga mencapai memeriksa Aku merawat mendiagnosis pembedahan haiwan • Murid membina pola ayat dasar FN+FN dan FN+FK. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Menghargai KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan, Ilmu – Sains BCB: Menulis secara mekanis 3.4.3 Aku bercita-cita hendak menjadi doktor veterinar. Apakah keistimewaan kerjaya doktor veterinar? Doktor veterinar perlu mempunyai minat dan keprihatinan yang tinggi terhadap............................. . Tugas doktor veterinar adalah seperti ........................................ penyakit yang dihidapi oleh haiwan. Doktor veterinar juga ................................ kecederaan haiwan. Selain itu, ............................. haiwan juga turut dilakukan sekiranya perlu. Doktor veterinar juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Aku juga tahu, doktor veterinar perlu ............................... vaksin kepada haiwan untuk mencegah penyakit berjangkit. Selain merawat haiwan peliharaan, doktor veterinar juga perlu ............................... haiwan ternakan. Walaupun sangat mencabar, aku tetap bercita-cita untuk menjadi doktor veterinar. ............................... dan ........................................ sentiasa menyokong cita-citaku untuk menjadi doktor veterinar. ............................... akan belajar bersungguh-sungguh untuk ............................... cita-citaku. 3
52 Kawan oh kawan, Kenapa burung terbang? Burung ada sayap, terbanglah tinggi-tinggi. Kawan oh kawan, Kenapa ikan berenang? Ikan berenang riang, sebab siripnya ada. Kawan oh kawan, Kenapa katak melompat? Katak tidak berjalan, sebab itu katak melompat. A. Senaraikan haiwan yang terdapat dalam seni kata lagu di bawah. Nyanyikan mengikut rentak lagu “Bangau Oh Bangau”. KAWAN OH KAWAN Kawan oh kawan, Mari kita bernyanyi. Kenapa kita bernyanyi? Untuk menghibur hati. Kawan oh kawan, Kenapa kucing mengiau? Kucing memang mengiau sebab kucing lapar. Kawan oh kawan, Kenapa zirafah tinggi? Zirafah sangatlah tinggi, senang nak makan pucuk. Kawan oh kawan, Kenapa ayam cakar tanah? Ayam cakar tanah, sebab cari makanan. 3
53 Anak helang anak sepat, Anak ungka di pokok kelapa; Badannya berbelang berkaki empat, Cuba teka binatang apa? Saat melihat sekuntum bunga, Lilin terpadam hilang cahaya; Semasa berehat mulut ternganga, Suka berendam tidaklah bahaya, Bawa keranjang sambil mendaki, Kaki tercalar berdarah pula; Badannya panjang tidak berkaki, Suka menjalar membelit pula. Buah nangka di dalam guni, Dibawa Si Bujang ke pekan Kajang; Cuba teka binatang ini, Kakinya panjang lehernya jenjang. B. Fahami pantun di bawah. 3
54 C. Berdasarkan gambar di bawah bina ayat dengan menggunakan pola ayat dasar FN + FN. 1 2 3 4 3
55 SEKOLAH IMPIAN TEMA 4
56 Sekolahku Syurgaku 10 UNIT • Memberikan tindak balas lisan dengan beradab kepada guru dan rakan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bekerjasama, Prihatin, Kesyukuran KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Mendengar dengan berkesan Kempen Sayangi Sekolah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah sedang berucap dalam majlis perasmian “Kempen Sayangi Sekolah”. Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi, Marilah kita melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana diberikan kesempatan untuk berhimpun pada pagi ini. Hari ini kita akan melancarkan “Kempen Sayangi Sekolah”. Kita bertuah kerana sekolah kita lengkap dengan segala kemudahan. “Kempen Sayangi Sekolah” adalah bertepatan dengan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina modal insan minda kelas pertama. Hal ini selaras dengan usaha kerajaan menuju status negara maju menjelang tahun 2020. Warga sekolah yang dihormati, Sesungguhnya kita ialah sebuah keluarga yang besar. Konsep satu keluarga dan konsep sekolah terbuka menjadi amalan sekolah ini. Warga sekolah ini juga mengamalkan budaya murni 5S1H, iaitu salam, senyum, sayang, sopan, santun dan hormat. Pihak kami bersedia untuk menerima cadangan dan pandangan yang membina demi meningkatkan prestasi murid. Saya pasti sudah tentu perasaan sayang terhadap sekolah bukanlah bermusim, tetapi sepanjang masa. Maka, besarlah harapan saya agar pelancaran “Kempen Sayangi Sekolah” pada pagi ini bakal mencapai matlamat. Marilah kita bersama-sama menyayangi sekolah kita dengan sepenuh jiwa dan raga tanpa berbelah bahagi. Sekian sahaja ucapan saya. Dengan ini, saya melancarkan “Kempen Sayangi Sekolah”. Aktiviti 1. Berikan maksud perkataan dan rangkai kata yang berhuruf tebal. 2. Nyatakan nilai yang boleh diamalkan untuk menjayakan “Kempen Sayangi Sekolah”. 1.1.2 4
57 Baca petikan di bawah. Guru Kesayangan Saya Saya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah. Cikgu Rahmah baru berpindah ke sekolah saya. Beliau mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Rahmah seorang yang tegas tetapi baik hati. Beliau juga seorang yang mudah mesra. Beliau selalu memberikan nasihat tentang masa depan dan kerjaya sewaktu di dalam kelas. Cikgu Rahmah seorang guru yang komited. Beliau sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anak didiknya. Saya suka akan cara beliau memberikan penerangan sewaktu mengajar. Sekiranya terdapat keraguan sewaktu menyelesaikan latihan, beliau sedia membantu. Cikgu Rahmah sanggup meluangkan masa membantu saya dan rakan-rakan untuk menyelesaikan apa-apa jua masalah. Kami amat menghormati beliau. Benarlah kata pujangga guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain. • Murid menjelaskan maksud perkataan yang dibaca dengan penuh keyakinan. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Menghormati BCB: Membaca dengan berkesan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral KB: Menjanakan idea 2.1.2 Aktiviti 1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal. 2. Senaraikan ciri positif yang dimiliki oleh Cikgu Rahmah. 4
58 Hari Usahawan Muda • Murid membina ayat ucapan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bekerjasama, Prihatin, Menghargai KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan 3.5.1 BCB: Menulis dengan berkesan Aktiviti 1. Bina ayat untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat kamu kerana berjaya mengadakan gerai jualan sempena Hari Usahawan Muda sekolah. 2. Secara berkumpulan, senaraikan manfaat yang diperoleh melalui program Hari Usahawan Muda. Koperasi Sekolah Menengah Mutiara Indah telah mengadakan Hari Usahawan Muda. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti jualan, pameran dan permainan minda. Hari Usahawan Muda ini telah menarik ramai pengunjung untuk memeriahkan program tersebut. Manjit: Wah, meriah sungguh hari ini! Asyraf: Ya, Manjit! Saya tidak menyangka sekolah kita mampu menganjurkan Hari Usahawan Muda semeriah ini. Manjit: Kita mesti yakin bahawa warga sekolah kita mampu bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Asyraf: Saya bersetuju dengan awak. Tanpa sokongan dan kerjasama warga sekolah, kita tidak mungkin dapat merasai pengalaman seperti ini. Manjit: Oleh itu, sebagai murid, kita harus berasa bangga dengan pencapaian sekolah kita. Asyraf: Saya setuju. Manjit, mari kita ke gerai yang menjual makanan. 4
A. Lengkapkan belon kata di bawah. Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk “Sekolahku Syurgaku”. Saya suka sekolah saya kerana sekolah saya bersih dan cantik. Saya suka sekolah saya kerana ... . Saya suka sekolah saya kerana ... . 59 4
60 B. Buat perbandingan gambar yang berikut. Bina ayat yang lengkap berdasarkan gambar. 1 2 3 4
61 Sekolah dalam Taman 11 UNIT Saya berasa seronok belajar di sini. Selain selamat, sekolah ini bersih dan cantik. Memang betul. Sekolah ini juga mempunyai taman yang indah. Saya setuju. Pengetua juga mementingkan aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan. Saya sokong kata-kata kalian. Kita hendaklah berdisiplin dan menjaga kebersihan. Aktiviti 1. Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam dialog tersebut. 2. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan? • Murid menyampaikan pendapat dengan beradab kepada guru dan rakan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Kebersihan, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral BCB: Mendengar dengan berkesan 1.2.1 Sekolahku Bersih dan Ceria 4
62 Aktiviti 1. Jelaskan maksud hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. 2. Bagaimanakah cara untuk mengindahkan kawasan sekolah kita? Sekolah ialah tempat kita belajar dan menimba ilmu. Persekitaran sekolah yang kondusif akan mempengaruhi murid belajar. Sebagai murid, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keindahan sekolah. Setiap murid akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengaturkan strategi yang dominan untuk menceriakan kawasan sekolah. “Program Sekolah dalam Taman” patut diadakan dengan menanam pokok bunga dan tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah. Tujuannya supaya persekitaran sekolah lebih nyaman dan udara lebih segar. Murid digalakkan membawa pokok bunga dari rumah untuk ditanam di kawasan sekolah. Landskap yang cantik perlu mempunyai kolam ikan, air terjun buatan, pondok bacaan dan wakaf. Oleh hal yang demikian, murid akan lebih selesa dan berminat untuk menuntut ilmu. • Murid menjawab soalan daripada teks yang dibaca dengan beradab. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Bertanggungjawab, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Membaca dengan berkesan Hijaukan Sekolah Kita Baca dan fahami petikan di bawah. Jawab soalan yang diberikan. 2.2.1 4
63 Aktiviti 1. Perihalkan gambar di atas dan bina ayat yang lengkap. 2. Hasilkan kad ucapan tahniah kepada rakan kamu kerana berjaya melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah. • Murid membina ayat ucapan dengan menggunakan frasa yang sesuai. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerjasama, Kerajinan, Kebersihan KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.5.1 BCB: Menulis secara mekanis Ringan Sama Dijinjing Daren dan kawan-kawan telah mengadakan aktiviti gotong-royong menceriakan kawasan sekolah. 4
A. Teliti gambar di bawah dan bina lima ayat berdasarkan gambar. 64 4
65 Terima kasih Terima kasih diucapkan kepada ayah kerana telah memberikan kerjasama dalam aktiviti gotong-royong di sekolah kami. Saya berasa bangga dan sangat gembira. Daripada anakmu, Daren Kad Ucapan Terima Kasih B. Berpandukan maklumat yang diberikan, hasilkan sekeping kad ucapan terima kasih kepada bapa kamu kerana telah memberikan kerjasama dalam aktiviti gotong-royong sekolah. 4
66 C. Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berdasarkan maklumat di bawah. Jom Gotong-royong Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Persatuan Bekas Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah akan mengadakan program .................................. . Program ini diadakan pada ............................................... . Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan dijangka tamat pada pukul .......................... . Program ini melibatkan semua ibu bapa, penjaga, bekas murid dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang pada hari tersebut. Antaranya adalah ...................................... . dahan pokok, menanam pokok di sekitar kawasan ...................................... dan ........................................ , menyusun ......................................... di laluan kolam hiasan, membaik pulih ................................. dan juga ........................ mural pada dinding bangunan. Pihak sekolah menyediakan .................................................... untuk aktiviti gotong-royong ini. Semoga program Jom Gotong-royong ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa. Tarikh: 8 April 20 Masa: 8:30 pagi -12:30 tengah hari Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR Aktiviti: • mencantas dahan pokok • menanam pokok di sekitar kawasan kolam dan taman • menyusun batu bata di laluan kolam hiasan • mengecat garisan laluan dan di tepi kolam • membaik pulih landskap • melukis mural Semua peralatan untuk gotong-royong disediakan oleh pihak sekolah. JOM GOTONG-ROYONG 4
67 Pusat Sumber Cemerlang 12 UNIT Ikan kelisa di balang kaca, Cantik dilihat pandang tak jemu; Jadilah bangsa suka membaca, Buku ibarat lautan ilmu. Makan dalca bersama roti, Roti ditambah dalam hidangan; Budaya membaca semat di hati, Ilmu bertambah jadi sanjungan. Masak ikan di rumah Pak Mamat, Untuk hidangan dalam jamuan; Buku menyimpan banyak maklumat, Menjadi rujukan para ilmuan. Buah duku di atas meja, Di pinggan kaca untuk tetamu; Bacalah buku di mana saja, Kerana membaca jambatan ilmu. Aktiviti 1. Berikan maksud rangkap kedua pantun. 2. Berikan pendapat kamu tentang kepentingan membaca. • Menyampaikan pendapat dengan beradab kepada guru dan murid. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Bertanggungjawab, Menghargai KB: Menjanakan idea EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Mendengar dengan berkesan Membaca Jambatan Ilmu 1.2.2 4
Kepentingan Pusat Sumber Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang diberikan. 68 2.2.2 • Menjawab soalan daripada teks yang dibaca dengan beradab. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Kejujuran KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral BCB: Membaca dengan berkesan Setiap sekolah dilengkapi dengan sebuah pusat sumber untuk kegunaan warganya. Pusat sumber ialah tempat untuk memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan. Pengunaan pusat sumber yang optimum menjadikan tahap pembelajaran murid lebih meningkat. Pusat sumber menyediakan tempat membaca yang kondusif. Lazimnya pusat sumber sekolah menyediakan ruang belajar secara berkumpulan. Selain itu, terdapat juga ruang rehat yang santai dan selesa. Pusat sumber juga membentuk disiplin pembelajaran murid. Mereka akan belajar menjaga buku yang dipinjam dan memulangkannya pada masa yang ditetapkan. Murid perlu mematuhi peraturan semasa berada di pusat sumber. Aktiviti 1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal. 2. Mengapakah pusat sumber penting? 4
Bagaimanakah cara untuk menjadi ahli pusat sumber sekolah? Saya belum menjadi ahli pusat sumber sekolah. Saya juga belum menjadi ahli. Saya sukar hendak meminjam buku rujukan di pusat sumber sekolah kita. Mudah sahaja. Kamu boleh mengisi borang keahlian melalui laman sesawang sekolah. Marilah sama-sama mengisi borang keahlian supaya kita boleh meminjam buku. Aktiviti Isikan maklumat peribadi kamu dalam borang yang diberikan oleh guru. 69 • Melengkapkan borang biodata dengan maklumat diri yang betul. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Tolong-menolong, Prihatin, Bertanggungjawab KB: Menjanakan idea EMK: TMK 3.1.1 BCB: Menulis secara mekanis Mari Menjadi Ahli Pusat Sumber Baca dialog di bawah. Nurul, Mili dan Manjit hendak menjadi ahli pusat sumber sekolah. Loges memberitahu mereka tentang cara untuk menjadi ahli pusat sumber sekolah. 4
70 2. Pengawas Pusat Sumber sedang menyusun buku di rak buku. 3. 4. 5. Seorang murid sedang meminjam buku. Murid sedang mengulang kaji pelajaran secara berkumpulan. 1. A. Padankan gambar dengan aktiviti di pusat sumber dengan betulnya. Kita dilarang berbuat bising di dalam pusat sumber. Pustakawan sedang memilih dan melabelkan buku. 4
71 B. Bina lima ayat yang lengkap berpandukan gambar di bawah. 4
72 Aktiviti Pada pendapat kamu, mengapakah peraturan perlu disediakan kepada pengguna pusat sumber? C. Peraturan Pusat Sumber di sekolah. 1. Tolong senyap semasa berada di pusat sumber. 2. Sila beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 3. Dilarang makan, minum atau tidur di dalam pusat sumber. 4. Letakkan semula buku yang telah digunakan ke tempat asal. 5. Buku yang dipinjam hendaklah dikembalikan pada tarikh yang telah ditetapkan. 6. Murid haruslah sentiasa menjaga kebersihan pusat sumber. 4
73 KESELAMATAN DI JALAN RAYA TEMA 5 73
74 Berhati-hati di Jalan Raya 13 UNIT 1. 2. 3. 4. 7. 5. 8. 6. 9. Teliti dan fahami tanda isyarat lalu lintas di bawah. Dilarang masuk Dilarang berpusing balik Parkir OKU Dilarang membunyikan hon Dilarang memotong Berhenti di simpang jalan Had laju 30km/j Motosikal dilarang masuk Kanak-kanak melintas Aktiviti Secara berkumpulan, cari tanda isyarat lalu lintas yang lain dan nyatakan maksudnya. • Menyatakan soalan dan jawapan dalam sesi perbincangan dengan beradab. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK BCB: Mendengar dengan berkesan 1.3.1 Lambang Isyarat Lalu Lintas P 5
75 Malang Tidak Berbau Baca petikan di bawah dan berikan makna perkataan yang berhuruf tebal. Loges dan Manjit sedang berjalan pulang ke rumah selepas bermain bola di padang. Sewaktu berjalan pulang mereka asyik membaling bola antara satu sama lain dan bergurau tanpa menghiraukan keselamatan diri. Tiba-tiba, Manjit tersepak batu lalu terjatuh di atas jalan raya. Sebuah kereta yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu terlanggar Manjit. Manjit bernasib baik. Dia hanya cedera ringan. Pemandu kereta tersebut segera membawa Manjit ke klinik yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan. Doktor menasihati mereka supaya berhati-hati di jalan raya. Mereka meminta maaf atas kelalaian tersebut. Loges dan Manjit insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan mereka. • Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Kesyukuran KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 2.1.1 BCB: Membaca dengan berkesan Aktiviti Berikan pengajaran yang boleh diambil berdasarkan peristiwa tersebut. 5
76 Kempen Keselamatan Jalan Raya • Murid melengkapkan borang biodata atau maklumat diri dengan betulnya. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Kesyukuran KB: Menjanakan idea EMK: TMK 3.1.2 BCB: Mendengar dengan berkesan Pertandingan Melukis Poster Keselamatan Jalan Raya Syarat-syarat Pertandingan 1. Umur 13 hingga 17 tahun. 2. Penyertaan individu. 3. Menggunakan warna air. 4. Poster bersaiz kertas lukisan. 5. Pertandingan akan diadakan pada 21 Ogos 20 bertempat di Dewan Wawasan Jitra. 6. Masa pertandingan 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. 7. Hadiah disediakan dari tempat pertama hingga ketiga dan tiga hadiah saguhati. 8. Keputusan pengadil adalah muktamad. 9. Peserta hendaklah menghantar borang penyertaan, dua hari sebelum tarikh tutup pertandingan. Sebarang pertanyaan hubungi: 03-21479556 Borang penyertaan pertandingan melukis poster peringkat daerah 1. Nama: 2. Umur: 3. No. Kad Pengenalan: 4. Jantina: 5. Nama Sekolah: 6. Kebenaran Ibu Bapa: Nurul dan kawan-kawan ternampak iklan pertandingan melukis poster di papan kenyataan. Mereka membaca iklan tersebut dengan teliti. 45
77 Keselamatan Pejalan Kaki A. Bersoal jawab berpandukan gambar. 1 2 3 4 – lorong pejalan kaki – kiri dan kanan – menghadap lalu lintas – melintas dengan cepatnya 45
78 B. Perihalkan gambar yang berikut dan tulis ayat yang lengkap. 1 2 3 4 W 123 W 5
79 Pandu Cermat Jiwa Selamat 14 UNIT Teliti gambar di bawah dan jawab soalan yang diberikan. Mili dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas bercuti di Taman Tema. Walaupun letih, mereka berasa sangat seronok. Ayah Mili memandu kereta dengan berhati-hati. Tiba-tiba kereta ayah Mili terlanggar sesuatu dan terbabas ke tepi jalan raya. Rupa-rupanya, ayah Mili terlanggar besi cerucuk jalan dan tayar keretanya pecah. Selepas menukar tayar ganti, mereka meneruskan perjalanan. Mereka bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan. Aktiviti 1. Di manakah keluarga Mili pergi bercuti? 2. Mengapakah kereta bapa Mili terbabas? 3. Mengapakah kita perlu merancang perjalanan kita? 4. Berikan slogan yang sesuai dengan peristiwa tersebut. • Menyatakan soalan dan jawapan dalam sesi perbincangan dengan beradab. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Berhati-hati, Bertanggungjawab, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral BCB: Mendengar dengan berkesan Elakkan Kemalangan 1.3.2 5
80 Memang betul. Sampah yang dibuang mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan boleh mengakibatkan kemalangan. Tanggungjawab Kita Baca dialog di bawah dan lakonkan. Lihat penumpang itu! Dia membuang sampah dari dalam kenderaan. Pemandu dan penumpang kenderaan bukan sahaja perlu berhati-hati di jalan raya tetapi juga perlu berhemah dan menjaga kebersihan. Aktiviti 1. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dan penumpang kereta? 2. Nyatakan kesan daripada perbuatan tersebut. 3. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah yang berlaku? • Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kebersihan, Prihatin, Bertanggungjawab BCB: Membaca dengan berkesan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 2.1.1 KB: Menjanakan idea 5
81 Berhemah di Jalan Raya Baca petikan di bawah. Seorang pegawai polis sedang memberikan ceramah tentang langkah-langkah untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Program ini bersempena dengan kempen “Berhemah di Jalan Raya Tanggungjawab Kita”. Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pertama sekali bagi pihak polis, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk hadir pada hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan sokongan kepada program keselamatan jalan raya. Program ini bersempena dengan kempen “Berhemah di Jalan Raya Tanggungjawab Kita”. Izinkan saya untuk memberikan panduan keselamatan di sepanjang pemanduan. Pemandu haruslah merancang perjalanan terlebih dahulu dan sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Selain itu, sekiranya berasa letih, tangguhkan perjalanan atau berehat sebentar di kawasan rehat dan rawat. Para pemandu juga dinasihati supaya tidak mencelah-celah di antara kenderaan dan jangan memotong di selekoh dan garisan berkembar. Elakkan daripada mengekori kenderaan dalam jarak yang terlalu rapat. Selain itu, jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Semoga panduan ini menjadikan kita lebih berhemah di jalan raya. Jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba. Berhati-hati di jalan raya. Sekian, terima kasih. • Menyalin ayat dan peraturan dengan menggunakan perkataan, frasa dan rangkai kata yang betul. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Menghormati, Bertimbang rasa, Prihatin KB: Menghubungkaitkan EMK: Kreativiti dan Inovasi BCB: Menulis secara mekanis 3.2.1 Aktiviti Senaraikan peraturan jalan raya yang terdapat dalam teks. 5
82 A. Susun frasa di bawah supaya menjadi ayat yang betul. 1. peraturan jalan raya. sentiasa mematuhi Kita hendaklah adalah tanggungjawab kita bersama. Keselamatan di jalan raya 2. harus berhati-hati Pengguna jalan raya sewaktu melintas jalan. 3. di jalan raya Bersopan santun merupakan amalan mulia. 4. selalu memandu kereta Bapa dengan cermatnya. 5. harus mematuhi Setiap pengguna papan tanda di jalan raya. 6. 7. Pemandu akan disaman melebihi had laju. jika memandu 82 5
83 B. Cari lapan perkataan tersembunyi yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya. a s e l a m a t p o k i s e b a m d t t m a p e o w f e b h u g j y e d p u n i y i s p l f r x a h u t j f c e r m a t n j a w a e g n a i t z a n y a w a l g m p u i b e o r a y d v e e r c i m k a n t u u t n a e n o e c u i b n i g n t b e r h e m a h h g e g a c e b p a i o u u i u e i t u e h p d l n k o f g a p t a y a r a p l a k e m a l a n g a n p Aktiviti Bina ayat daripada lima perkataan yang tersembunyi. 5
84 C. Perihalkan gambar yang berikut. Sebagai pengguna jalan raya kita haruslah sentiasa menjaga keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. 5
85 Patuhi Peraturan Jalan Raya 15 UNIT Lampu hijau – meneruskan perjalanan. Baca dan nyatakan maklumat di bawah. Lampu isyarat ialah sistem yang digunakan untuk melancarkan pergerakan lalu lintas dan lintasan pejalan kaki. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengguna jalan raya. Lampu isyarat disesuaikan dengan kod warna yang sama di seluruh dunia. Sistem pengawasan lampu lalu lintas seperti ini pertama kali diperkenalkan di daerah Westminster, England pada 10 Disember 1868. Lampu isyarat ini menggunakan lampu gas dan perlu dikendalikan secara manual. Susunan lampu isyarat ini terdiri daripada tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau. Namun begitu, lampu merah mempunyai warna jingga di dalamnya. Lampu hijau pula mempunyai warna biru. Keadaan ini untuk membantu orang yang buta warna mengenali warna merah dan hijau. (Diubah suai daripada: Utusan Malaysia Online, 27 Februari 2014.) • Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Prihatin, Berhati-hati KB: Menjanakan idea EMK: TMK BCB: Mendengar dengan berkesan Fahami Lampu Isyarat 1.4.1 Lampu merah – berhenti. Lampu kuning – bersedia untuk berhenti. Aktiviti Nyatakan kepentingan lampu isyarat kepada pengguna jalan raya. 5
86 Ayah, berjasa sungguh lampu isyarat ini. Memang betul, Aiman. Dengan mematuhi lampu isyarat, kemalangan dapat dielakkan. Berdisiplin di Jalan Raya Baca dan fahami dialog yang berikut. Nurul bersama-sama ibu, bapa dan adiknya melintas jalan semasa lampu isyarat pejalan kaki berwarna hijau. Tetapi ayah, masih terdapat pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat. Sebab itulah, saman dikenakan kepada pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat. Berapakah bayaran saman itu, ayah? Denda minimum RM300 dan perlu dibayar dalam tempoh masa yang ditetapkan. • Murid membaca dan menjelaskan maksud perkataan dengan yakinnya. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertimbang rasa, Prihatin, Menghormati KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 2.2.2 BCB: Membaca dengan berkesan Aktiviti 1. Mengapakah saman dikenakan kepada pemandu? 2. Berapakah denda yang perlu dibayar oleh pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat? 5
87 berhati-hati berdisiplin Melintas dengan Selamat Lengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai. 1. Kita haruslah ____________ sewaktu melintas jalan raya dan sentiasa ____________ . 2. Sebelum ____________ jalan raya, pastikan lampu isyarat pejalan kaki ____________ . 3. Pemandu kenderaan harus memberikan ____________ kepada pejalan kaki di ____________ . 4. Penggunaan ____________ ialah cara yang ____________ untuk melintas jalan raya. • Murid melengkapkan ayat dengan menggunakan frasa nama yang sesuai. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kasih sayang, Prihatin, Kesyukuran BCB: Menulis secara mekanis EMK: Kreativiti dan Inovasi 3.2.2 KB: Menjanakan idea jejantas selamat laluan lintasan belang melintas berwarna hijau WRS 6494 5
88 1. 2. 3. 4. 5. Keselamatan Pejalan Kaki A. Baca dan padankan peraturan pejalan kaki dengan keterangan yang sesuai. Peraturan Memakai pakaian cerah Jangan membelakangkan kenderaan Berjalan menghadap lalu lintas, gunakan laluan pejalan kaki. Gunakan kemudahan untuk melintas Jaket keselamatan dengan pemantul cahaya supaya mudah dilihat oleh kenderaan lain. Berhati-hati sewaktu melintas jalan Pimpin anak-anak semasa hendak melintas jalan. Sentiasa awasi anak-anak Pastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum melintas. Keterangan Lintasan pejalan kaki dan jejantas. 5
89 B. Baca dan fahami maklumat di bawah. Topi Keledar Topi keledar ialah sejenis topi keselamatan yang digunakan oleh penunggang dan pembonceng motosikal. Matlamat utama topi keledar adalah untuk melindungi kepala penunggang daripada hentakan jika berlaku kemalangan. Kesemua jenis topi keledar mempunyai pengikat dagu. Sekiranya pengikat dagu tidak dikenakan dengan betul, perlindungan daripada kecederaan di kepala amat rendah. Memakai topi keledar sewaktu menunggang dan membonceng motosikal dapat mengurangkan kecederaan di kepala akibat kemalangan. Aktiviti 1. Ceritakan perihal topi keledar yang pernah kamu lihat. 2. Pada pendapat kamu, mengapakah penunggang dan pembonceng motosikal diwajibkan memakai topi keledar? 5
90 1. memakai tali pinggang keledar 2. 3. 4. 5. C. Bina ayat dengan menggunakan frasa yang diberikan. Kita hendaklah memakai tali pinggang keledar semasa memandu sebagai langkah keselamatan. ........................................................... ............ ........................................................... ........................................................... memakai topi keledar mematuhi lampu isyarat menggunakan jejantas menggunakan lintasan belang 5
91 PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA TEMA 6