142 Aktiviti Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pantun. A. Gariskan kata nama yang terdapat dalam pantun. Bunga balung bunga dahlia, Cantik dilekat pada tongkat; Tolong-menolong amalan mulia, Jiran sepakat membawa berkat. Kemas rumah di pagi Sabtu, Hias balkoni penuh gaya; Banyak hikmah jika bersatu, Hidup harmoni bertambah jaya. Anak angsa suka menyudu, Terlompat-lompat si anak kera; Semua bangsa bersatu padu, Hidup muafakat aman sejahtera. Batu geliga batu permata, Diikat dengan emas suasa; Jiran tetangga saudara kita, Eratkan hubungan setiap masa. 8
143 B. Perihalkan gambar. 8
144 C. Susun gambar mengikut urutan. Sepakat Membawa Berkat Aktiviti Bina ayat berdasarkan gambar di atas. 8
145 Sate TEMA 9 KEWANGAN DAN KEUSAHAWANAN 145 S abak Bernam – Mahukah anda menikmati percutian desa yang mendamaikan seperti suasana semasa zaman kanak-kanak? Pasti ramai yang akan mengenang kembali detik-detik indah zaman tersebut. Inap Desa Atazai yang terletak di Sabak Bernam, Selangor menawarkan percutian desa yang menarik. Selain keindahan suasana desa, Inap Desa Atazai menawarkan aktiviti kemasyarakatan bersama-sama dengan penduduk setempat. Aktiviti seperti menggagau ikan, menumbuk padi dan bermain layang-layang pasti menambah pengalaman kanak-kanak yang datang dari bandar. Pakej penginapan di sini menawarkan harga yang berpatutan. Penyewa Inap Desai Atazai akan dibawa melawat sekitar kampung dan makanan tradisional masyarakat Jawa akan disajikan kepada mereka. Madu Kelulut
146 Lawatan sambil Belajar 25 UNIT Sampaikan arahan di bawah. Lawatan ke Ulu Legong Cikgu Eda bercadang untuk membawa Nurul dan kawan-kawannya ke Ulu Legong. Dia telah meminta mereka menyampaikan surat kebenaran lawatan kepada ibu bapa masing-masing. Aktiviti Sampaikan semula arahan yang diberikan oleh guru. • Murid menerangkan arahan yang diberikan. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berhemah tinggi, Bekerjasama, Keberanian KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan 1.1.1 BCB: Mendengar dengan berkesan 9 Kita akan mengadakan lawatan ke Ulu Legong pada 10 September. Cikgu akan beri surat kebenaran lawatan. 1. Berikan surat ini kepada ibu bapa kamu. 2. Minta ibu bapa kamu tandatangan. 3. Serahkan semula surat kebenaran kepada cikgu.
2.1.2 147 Baca dan fahami. Catatan Perjalanan Jumaat, 8 September 20 . 9:30 pagi – Bertolak dari KL Sentral menaiki ETS ke Sungai Petani, Kedah. Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Kami sempat mencatat nama-nama tempat yang kami lalui. 4:00 petang – Tiba di Stesen Kereta Api Sungai Petani. Kemudian, menaiki bas yang disewa khas ke tempat penginapan di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. 5:00 petang – Kami tiba di destinasi yang dituju. Semua peserta rombongan berkumpul di dewan. Cikgu Eda memberikan taklimat keselamatan dan aktiviti yang akan dijalankan. 8:30 malam – Kami teruja untuk masuk ke kawasan kolam air panas. Kami dapat melihat sumber mata air panas yang keluar dari celah-celah batu sulfur yang terdapat di dalam kolam. Cikgu Eda membawa kami ke kolam yang agak cetek. 10:00 malam – Cikgu Eda membawa kami melawat persekitaran taman rekreasi. Kami singgah di gerai menjual makanan tradisional dan cenderahati. Kami membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. 10:30 malam – Pulang ke tempat penginapan. Sabtu, 9 September 20 . 10:00 pagi – Kami meninggalkan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya, kami singgah bersarapan di pekan Baling. Aktiviti Ceritakan pengalaman lawatan yang pernah kamu sertai. • Murid menerangkan makna perkataan dengan betulnya. KBT: KP Kontekstual Nilai: Keberanian, Menghargai, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK BCB: Membaca secara mekanis 9
148 Bina ayat berdasarkan gambar. Penternakan Kelulut Setelah melawat ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Cikgu Eda membawa murid-muridnya ke ladang penternakan kelulut. Ladang ini menghasilkan madu kelulut yang berkhasiat dan bermutu tinggi. Aktiviti Senaraikan khasiat madu kelulut. • Murid membina ayat dengan menggunakan pola ayat dasar FN + FK berdasarkan gambar. KBT: KP: Kontekstual Nilai: Berdikari, Keberanian KB: Menghubungkaitkan, Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan 3.4.3 BCB: Menulis secara mekanis Kelulut Ladang Kelulut Madu Kelulut Madu Kelulut 9
149 A. Susun perkataan supaya menjadi ayat yang lengkap. Aktiviti Sampaikan arahan dengan intonasi yang betul. Cikgu Eda dan murid-muridnya mengadakan lawatan sambil belajar ke Kedah. Beliau menyampaikan taklimat berkaitan program tersebut. semasa mencukupi Bawa lawatan saku wang yang sekolah datang awal Kami dikehendaki ke kebenaran kepada lawatan kembalikan surat dan guru kelas Lengkapkan 1 3 2 9
150 B. Ibu membenarkan Nurul untuk menyertai program lawatan sambil belajar ke Baling, Kedah. Dia telah memberikan wang saku kepada Nurul sebanyak RM100.00. Perancangan Perbelanjaan Nurul Bil Barang Harga seunit Jumlah 1. Makanan Tradisi – Kuih Karas 1 paket RM3.50 3 paket RM10.00 RM10.00 2. Laksa Utara RM5.00 RM5.00 3. Rojak Buah RM5.00 x 2 RM10.00 4. Madu Kelulut RM20.00 RM20.00 5. Nasi Berlauk RM4.50 RM4.50 6. Roti Telur RM2.00 RM2.00 7. Air Milo Panas RM1.50 RM1.50 8. Air Mineral RM2.00 RM2.00 9. Cenderahati – rantai kunci 1 unit RM2.50 5 unit RM10.00 RM10.00 10. Cenderahati – pelekat bermagnet 1 unit RM3.50 3 unit RM10.00 RM10.00 11. Cenderahati – Baju T RM25.00 RM25.00 12. Makanan Ringan RM6.00 RM6.00 Aktiviti 1. Bantulah Nurul merancang perbelanjaan untuk membeli barang yang diperlukan. 2. Mengapakah Nurul perlu merancang perbelanjaannya? 9
151 Warisan Keluarga 26 UNIT Tuturkan petikan di bawah. Aktiviti Selain beras, apakah produk lain yang dihasilkan oleh Hajah Faiza? • Murid menyatakan maklumat dengan betulnya. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Berhemah tinggi, Kesungguhan, Keberanian KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Keusahawanan BCB: Mendengar dengan berkesan 1.2.1 Usahawan Beras Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad ialah pengasas jenama Beras Faiza. Beliau berasal dari Mesir. Beliau mula berkecimpung dalam perniagaan sejak kecil, iaitu dengan menjadi juruwang di kedai makanan milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong Hajah Faiza untuk bergiat dalam bidang perniagaan. Setelah berkahwin dan mempunyai cahaya mata yang pertama, Hajah Faiza mengikut suaminya pulang ke Malaysia. Beliau yang tidak boleh duduk diam, mula mengambil upah menjahit. Selain itu, beliau juga menjual rempah kari secara kecil-kecilan sejak tahun 1968. Keuntungan yang diperoleh, dijadikannya modal untuk membuka kedai runcit. Dari situlah bermula perniagaan Hajah Faiza. Hajah Faiza seorang wanita yang tegas demi memastikan syarikatnya sentiasa memperoleh keuntungan saban tahun. Oleh itu, beliau mula mengembangkan perniagaan dengan menjadi pemborong beras. Beliau menjual pelbagai jenis beras seperti Taj Mahal, basmathi, beras wangi, beras tempatan dan beras Siam. Perniagaan berasnya mendapat sambutan daripada masyarakat sekeliling. Berasnya berkualiti tinggi dan dijamin halal. Hasil kerja kerasnya, beliau berjaya memiliki kilang yang bernilai RM14 juta di Batu Pahat, Johor. Beliau berhasrat untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia dan menaja program televisyen Bersamamu. Kejayaan beliau wajar dicontohi oleh rakyat Malaysia. 9
152 Baca dan fahami cerita. Mesin Putu Mayam Pernahkah kamu mendengar tentang putu mayam? Putu mayam merupakan makanan tradisional India. Namun kini, putu mayam turut dinikmati dan digemari pelbagai bangsa di Malaysia. Pada zaman dahulu, putu mayam dijaja dengan menaiki motosikal ataupun basikal. Sekarang, putu mayam boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja terutama di pasar malam dan pasar tani. Putu mayam mendapat permintaan yang tinggi di negara kita. Bagi peniaga, kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan. Tempahan yang banyak daripada pelanggan memerlukan peniaga menghasilkan putu mayam secara lebih cepat. Penghasilan putu mayam secara tradisional tidak sesuai digunakan kerana mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, Zull Design Autotronic (ZDA) telah berjaya mencipta mesin putu mayam. Dengan menggunakan mesin ini, penghasilan putu mayam menjadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Lebih banyak putu mayam dapat dihasilkan. Selain putu mayam, mesin tersebut juga boleh digunakan untuk menghasilkan muruku dan laksa. Aktiviti 1. Senaraikan isi penting dalam cerita. 2. Nyatakan kelebihan penggunaan mesin yang dihasilkan. • Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Keberanian, Berdikari, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis 9
153 Sate ialah makanan yang menjadi kesukaan ramai. Tahukah anda keenakannya bukan sahaja terletak pada resipi istimewa yang diwarisi turun-temurun, tetapi juga cara sate itu dibakar. Lengkapkan ayat dengan perkataan yang betul. Sate! Sate! Sate! Gunakan _______________________ bakau yang berkualiti. Nyalakan api dengan menggunakan _____________ . Serakkan bara supaya sama rata di atas ________________ . Terbalikkan ___________ berulang kali supaya masak rata. Gunakan ______________ untuk mengawal bara. Sate enak dimakan dengan timun, kuah kacang dan ________________ . Murid melengkapkan ayat menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat. KBT: Kontekstual Nilai: Keberanian, Bekerjasama KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB: Menulis secara mekanis 3.2.2 1 2 3 5 4 6 bawang kipas arang sate dapur minyak 9
154 A. Namakan makanan yang ditunjukkan dalam gambar. 1. 4. 2. 5. 3. 6. Aktiviti Bina ayat berpandukan gambar di atas. 9
155 B. Tuliskan langkah-langkah membuat sate berpandukan gambar. Aktiviti Bapa Asyraf membeli 30 cucuk sate ayam dan 20 cucuk sate daging. Harga secucuk sate ayam ialah RM0.90, sate daging pula RM1.00. Berapakah harga sate yang perlu dibayarnya? 9
156 C. Ibu Mili, Puan Reena berniaga nasi lemak. Pada hujung minggu, Mili mengikut ibunya membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi lemak. Sebelum ke pasar, Puan Reena akan mencari maklumat tentang harga barangan yang hendak dibeli. INFO: Senarai harga barang terkawal Barang Harga Borong (kg) Harga Runcit (1kg) Ayam Segar RM5.40 RM6.00 Bawang Merah RM3.50 RM4.50 Bawang Putih RM4.35 RM5.75 Cili Kering RM14.00 RM15.00 Cili Merah RM9.00 RM11.00 Daging Lembu RM6.35 RM7.20 Ikan Bilis RM25.00 RM27.00 Kacang Tanah RM5.50 RM6.50 Kelapa Biji RM1.20 RM1.50 Kelapa Parut RM4.50 RM5.00 Kobis Bulat RM2.20 RM3.20 Telur Ayam RM0.34 RM0.36 Catatan: Harga borong – 5 kg ke atas Aktiviti Kira perbezaan harga borong dengan harga runcit bagi barangan berikut: a. ayam segar b. daging lembu c. kubis bulat 9
157 Produk Desa Lestari 27 UNIT Nurul dan keluarganya telah mengadakan program Hari Keluarga di Inap Desa Atazai, Sabak Bernam, Selangor. Sampaikan ucapan yang berikut dengan intonasi yang betul. • Murid menyatakan maklumat dengan intonasi yang betul. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang, Kebersihan KB: Menjanakan idea fizikal dan mental BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: Sosiobudaya, Keusahawanan 1.4.2 Aktiviti Nyatakan keistimewaan yang terdapat di Inap Desa Atazai. Hadirin yang dihormati, Saya ingin mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Inap Desa Atazai. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, inap desa kami terdiri daripada empat buah kampung. Kebanyakan penduduk di kawasan ini berketurunan Jawa. Kami menawarkan beberapa pakej yang tuan-tuan dan puan-puan boleh pilih. Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan yang unik bagi masyarakat Jawa di sini. Antaranya ialah kuda kepang, barongan, gamelan jawa, kempling dan kompang. Selain keunikan kebudayaannya, inap desa kami juga menyediakan pelbagai jenis makanan masyarakat Jawa seperti nasi ambeng, lemper pulut, pecal, sambal tahun dan nasi punten. Tuan-tuan dan puan-puan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti seperti menggagau ikan, menumbuk padi dan bermain layang-layang. Di kawasan ini juga terdapat kilang kerepek, jeli kelapa dan baulu yang boleh dilawati pada bila-bila masa sahaja. Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terhibur dan menikmati keindahan alam semula jadi di inap desa kami. Sekian, terima kasih. 9
158 Baca dan fahami. Kacang Soya Empunya Cerita Kacang soya empunya cerita, Banyak produk telah dicipta. Tauhu basah dan tauhu kering, Sedap dibuat sambal goreng. Kicap cair dan kicap pekat, Menambah perisa rasa hebat. Air soya rasanya lazat, Elok diminum banyak khasiat. Tempe goreng celup tepung, Juadah istimewa orang kampung. Aktiviti Senaraikan produk yang berasaskan kacang soya. • Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita. KBT: Kontekstual Nilai: Kesederhanaan, Menghargai, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK, Keusahawanan 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis 9
159 Bina ayat menggunakan frasa berhuruf tebal. Pasar Tani Aktiviti 1. Lakonkan situasi jual beli di pasar tani. 2. Ceritakan pengalaman kamu semasa di pasar tani. • Murid membina ayat dengan betulnya. KBT: KP: Kontekstual Nilai: Keberanian, Berdikari, Kejujuran KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan 3.4.3 BCB: Menulis secara mekanis Pak Mustar seorang peniaga di pasar tani di pekan Sabak Bernam. Pak Mustar menjual pelbagai jenis sayur yang segar. Selain sayur-sayuran, dia juga menjual ulam-ulaman seperti jering, petai, pegaga dan ulam raja. Pasar tani ialah tempat menjual hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan dan barangan keperluan yang lain juga boleh dibeli di pasar tani. Cheah membeli terung daripada Pak Mustar. Dia suka membeli barang di pasar tani kerana harganya lebih murah. Barang-barang yang dijual di pasar tani juga lebih segar berbanding dengan pasar raya. 9
160 A. Perihalkan gambar yang berikut. Aktiviti Tuliskan teks ringkas untuk mempromosikan produk di atas. 9
161 Aktiviti 1. Berikan pendapat kamu tentang pencapaian Khairul Rasyid dalam perniagaan yang diceburinya. 2. Nyatakan ciri-ciri yang perlu ada pada usahawan untuk maju dalam perniagaan. Usahawan IKS Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sering kali berhadapan dengan masalah apabila ingin memasarkan produk mereka di pasaran. Lazimnya, situasi itu terjadi kerana mereka tidak mempunyai modal yang mencukupi dan kekurangan ilmu serta pengalaman. Walau bagaimanapun, Khairul Rasyid berjaya membuktikan bahawa perkara itu tidak pernah menghalang dirinya untuk berkecimpung dalam perniagaan. Beliau bijak memilih strategi pemasaran terbaik bagi memastikan produknya mendapat sambutan di pasaran. Beliau telah memasarkan produknya melalui jualan setempat produk usahawan di pusat Agro Baazar yang terletak di Sekinchan, Selangor. Khairul Rasyid memulakan perusahaan kerepek tempe sejak dua tahun lalu. Sebelum ini, beliau membantu bapanya, Pak Mustar berniaga pelbagai jenis sayur di pasar tani. Ibu dan bapanya banyak memberikan galakan dan tunjuk ajar dalam perniagaan. Khairul Rasyid telah menjadi contoh kepada golongan belia. Beliau telah dianugerahi Usahawan IKS Jaya Daerah Sabak Bernam. B. Baca petikan di bawah. 9
162 C. Keluarga Nurul bercadang untuk pergi bercuti ke Kuala Terengganu. Bapa Nurul telah mendapatkan maklumat tentang pakej percutian yang disediakan oleh beberapa inap desa yang terdapat di negeri itu. Pakej A Inap Desa Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu Semi-D, 3 bilik RM200 (1 malam) Pakej B Inap Desa Pantai Rhu, Kuala Terengganu Banglo 2 Tingkat, 4 bilik RM450 (1 malam) Aktiviti 1. Bandingkan pakej penginapan yang disediakan oleh ketiga-tiga inap desa. 2. Pada pendapat kamu, pakej manakah yang sesuai untuk keluarga Nurul? Pakej C Inap Desa Batu Burok Rumah teres, 2 bilik RM180 (1 malam) Lokasi: • Tepi pantai, jalan utama Kuala Terengganu – Kuantan • Berdekatan Masjid Terapung • Perusahaan batik • 8 km ke kilang keropok * Kemudahan bot sewa untuk aktiviti memancing dan mencandat sotong Lokasi: • 500 m ke Pantai Batu Burok • 5 km ke Masjid Kristal, Masjid Terapung Kuala Ibai • 5 minit ke Pasar Payang dan Jeti ke Pulau Redang • 25 minit ke Bandar Marang dan Jeti Pulau Kapas Lokasi: • Di tengah bandar Kuala Terengganu • 5 minit ke Pasar Payang dan Pantai Batu Burok • 5 km ke pusat keropok lekor • 7 km ke Pusat Tamadun Islam (Masjid Kristal) 9
163 A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. 1. Doktor berusaha ................................... nyawa mangsa kemalangan itu. 2. Petani .................................... tulang di tengah sawah untuk menanam padi. 3. Abang suka ........................... filem rencana yang berkaitan dengan haiwan. 4. Sejak kecil lagi Amir gemar ..................................... gambar pemandangan. 5. Kami bercadang untuk .................................................... ke taman tema air di Pulau Pinang. 6. Ahli Persatuan Bahasa Melayu telah ........................ Asyraf sebagai pengerusi. 7. Kakak sedang ............................................ buku yang berselerak di ruang tamu. 8. Pihak sekolah bersetuju untuk ……..…………. setiap bilik darjah agar kelihatan ceria. 9. ................................ kebersihan alam sekitar menjadi tanggungjawab kita. 10. Murid-murid .................................... Cikgu Rahmah kerana beliau seorang yang berdedikasi. menghias mengemas menonton menyelamatkan membersihkan menghormati menanam membanting melawat Memelihara melukis melantik Uji Minda ?
164 B. Lengkapkan karangan di bawah. Baru-baru ini, sekolah Manjit telah mengadakan Hari Usahawan. Sebagai Setiausaha Hari Usahawan, Manjit diminta untuk menulis laporan tentang program itu selengkapnya. diketuai bayaran menjual pusat sumber membanjiri permintaan pengunjung program mendirikan makanan kerjasama memupuk dimeriahkan Keuntungan barang Laporan Hari Usahawan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah Pada 29 Mac 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah telah mengadakan Hari Usahawan. Tujuan ........................ itu diadakan adalah untuk ................................ semangat berniaga dalam diri murid-murid. Program itu dijalankan dengan ...........................................antara guru, murid dan kakitangan sekolah. Sehari sebelum program berlangsung, murid-murid membantu guru untuk ............................................ khemah. Setiap khemah dihias dengan cantik untuk menarik perhatian ...................... . Awal pagi lagi orang ramai sudah ......................................... kawasan sekolah. Pelbagai ......................... dijual pada hari itu. Antaranya pakaian, ..............................., perhiasan diri dan alat tulis. Gerai yang menarik ramai pengunjung ialah gerai yang ....................... nasi lemak dan ayam goreng yang .......................... oleh Cikgu Eda. Program Hari Usahawan itu ......................... .... lagi dengan gerai lagu-lagu permintaan. Murid-murid dan para pengunjung boleh membuat ....................................... lagu dengan ................................... serendah lima puluh sen sahaja. Program Hari Usahawan ini berakhir pada pukul 4:00 petang. ..................... daripada perniagaan akan digunakan untuk menambah bahan bacaan di .................................. sekolah. Diharap program seperti ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Disediakan oleh, ………………….. (MANJIT SINGH) Setiausaha Hari Usahawan, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah.
C. Baca petikan di bawah dan jawab soalan. Mili berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak. Kepulangan kali ini lebih bermakna kerana Mili dan keluarganya akan menetap di sana. Tepat pada pukul 9:00 pagi, Mili dan keluarganya sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak akan berlepas tepat pada pukul 9:30 pagi. Kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 11:30 pagi. Sebaik sampai di ruang menunggu, datuk dan nenek Mili sudah sedia menanti. Alangkah gembiranya mereka apabila melihat anak dan cucu mereka. Mereka segera bertolak ke destinasi. Mili berasa sungguh seronok kerana dapat bertemu saudara-mara di Kuching, Sarawak. 1. Mengapakah Mili berasa sungguh seronok? A. Cuti sekolah telah bermula. B. Dapat makan makanan yang enak. C. Menghabiskan masa cuti bersama-sama keluarga. D. Dapat tinggal bersama-sama datuknya di Kuching, Sarawak. 2. Di manakah Mili menaiki pesawat? A. Lapangan Terbang Kuantan B. Lapangan Terbang Subang C. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur D. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 3. Siapakah yang menjemput Mili dan keluarganya di lapangan terbang? A. Ibu dan ayah Mili B. Datuk dan nenek Mili C. Abang dan ayah Mili D. Nenek dan abang Mili 4. Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus menghormati warga tua? 165
166 D. Perhatikan gambar di bawah. Aktiviti Tuliskan ayat lengkap tentang gambar di atas.
167 album buku tempat menyimpan gambar-gambar. alternatif pilihan yang menentukan kepastian. antibiotik bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma yang boleh mencegah pembiakan atau memusnahkan mikroorganisma lain seperti bakteria. anugerah pemberian berupa hadiah yang tinggi dan besar nilainya, kurniaan. asyik leka dengan sesuatu. bakeri kedai yang membuat dan menjual roti, kek, pastri. burung layang-layang burung yang membuat sarang di dinding gua. buta warna tidak dapat membezakan warna. caruman bayaran atau sumbangan kepada sesuatu tabung tertentu. cicit anak kepada cucu. cucur badak kuih daripada tepung dan bahan-bahan lain yang digoreng. destinasi tempat yang dituju dalam perjalanan. dianogsis perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit daripada tanda atau gejalanya. diarea penyakit buang air besar yang terlalu kerap pengulangannya, cirit-birit. diari buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi, buku harian. dokumen sesuatu yang bertulis atau bercetak. dominan berkuasa atau berpengaruh. dos kuantiti tertentu ubat yang diambil pada sesuatu masa. ETS sistem pengangkutan elektrik (Electric Train Service). generasi kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama, angkatan. genetik kajian tentang keturunan (baka), cara individu mewarisi sesuatu ciri. hobi kegemaran yang diamalkan pada waktu lapang dan bukan pekerjaan yang utama. ilmuan golongan (para) akademik, orang-orang yang berilmu. imunisasi perbuatan mendapatkan atau memberikan perlindungan daripada penyakit tertentu melalui suntikan. insaf rasa belas kasihan, rasa simpati, rasa keadilan. integriti kejujuran. interpersonal hubungan sesama manusia. kad kredit kad yang mengandungi nama pemilik dan boleh digunakan untuk membayar tanpa menggunakan wang tunai. kafe restoran kecil yang menyajikan makanan dan minuman. kaki lima lantai di antara depan kedai atau rumah dengan tepi jalan. khutub khanah perpustakaan, pusat sumber. kod tulisan dengan tanda yang mempunyai erti yang tertentu atau yang tersembunyi. komited mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu). kondusif sesuai, baik untuk membantu atau mendorong mencapai menghasilkan sesuatu. GLOSARI
168 kos harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga. kuarantin tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yang disyaki membawa sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit itu daripada merebak. landskap pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur seperti bukit bukau, sungai dan tumbuh-tumbuhan. manual buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melakukan sesuatu, dilakukan atau dikendalikan dengan tangan. menelaah mengkaji semula, mengulang pelajaran. minda akal fikiran, daya berfikir. minda kelas pertama ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. modal sesuatu yang diguna untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain. modal insan generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan. moyang bapa atau ibu kepada datuk, nenek kepada bapa atau ibu. ngeri berasa takut, meremang, seram. nukilan sesuatu yang dipetik, petikan (terhadap pelbagai sumber). organisasi kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan tertentu. origami seni lipatan kertas untuk dijadikan objek hiasan. pemandulan perihal perbuatan memandulkan benda hidup manusia atau haiwan PERKESO Pertubuhan Keselamatan Sosial. produk sesuatu yang dikeluarkan oleh kilang. profil diri bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yang dilihat. resume keterangan ringkas tentang maklumat diri. salasilah daftar keturunan, susur galur, susur galur sesebuah keluarga atau asal usul keturunan sesebuah keluarga. santai dalam keadaan rehat dan bebas. sebaya seumur, sama umur. setem kertas kecil bergam, bergambar dan mempunyai nilai tertentu. spesies golongan benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa, jenis. status taraf atau kedudukan. sulfur sejenis unsur bukan logam, belerang. syif kumpulan yang bekerja bergilir-gilir dengan kumpulan lain, tempoh kerja yang dijadualkan. tahlil ucapan kalimah “lailahaillallah” berulang-ulang. tempe makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang diragikan. teruja timbul minat yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat. tragedi peristiwa yang sedih. vaksin sediaan bakteria, virus yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu. wakaf sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai, tempat berhenti sebentar. warisan harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun.
169 Abdul Rahman Khamil, 2015. Xpress Bijak Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd. Adnan Hassan, Mohd Don Nadir @ Ismail, 2005. Kamus Pintar Kata. Selangor: Penerbitan Pelangi. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Khairul Anuar Mohamad, 2008. Internet untuk Semua. Kuala Lumpur: Venton Publishing Malaysian (M) Sdn Bhd. Suria Mahmud, Raihana Hamdan, Arif Iman, 2015. KBAT Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Global Medistreet Sdn. Bhd. http://arifah-zin.blogspot.my/2011/03/kerjaya-veterinar.html. http://www.burungwalit.com.my/. http://www.pnm.my/yangpertama/Photo/Lokomotif_Keretapi.jpg. http://www.xpresi.org/panduan-menjadi-doktor-bidang-perubatan/. https://malaysia.images.search.yahoo.com/search/images;_ylt=AwrwNFPFsHZW www.wildlife.sabah.gov.my. http://www.worldcat.org/title/kamus-perkataan-sa-erti-bahasa-kebangsaan-denganpersamaan-indeks-inggeris-tionghoa-national-language-synonyms-with-englishchinese-equivalents-indices/oclc/226023895. RUJUKAN
170 b bercampur baur, 98 buta warna, 85 c cetek, 147 d dedikasi, 61 disiplin, 61 doktor veterinar, 51 dominan, 62 e ETS,94 g guru pengiring, 98 j jejantas, 87 k karenah, 103 kendali, 85 KL Sentral, 92, 98 komited, 57 komuter, 94 l lampu isyarat, 86 landskap, 62 lintasan belang, 87 LRT, 94 m membonceng, 78 menimba ilmu, 62 minda kelas pertama, 56 monorel, 94 Munchkin, 39 p positif, 57 prestasi, 61 pujangga, 57 pusat sumber, 68 r resit, 93 rumah terbuka, 133 s sayangi murid hormati guru, 56 sekolah terbuka, 56 sepenuh jiwa dan raga, 56 sumber mata air panas, 147 t taklimat, 147 taman reakreasi air panas, 147 tanpa berbelah bahagi, 56 taraf pembelajaran, 68 tren elektrik, 94 u usahawan muda, 58 INDEKS
Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah ____________________________________ Nombor Perolehan: _______________________________ Tarikh Penerimaan: _______________________________ Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh Terima BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Dengan ini SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.