92 Kebaikan menggunakan pengangkutan awam: • menjimatkan masa • mengurangkan kos • mengurangkan pencemaran udara • mengurangkan kesesakan lalu lintas Selesa sungguh keadaan dalam tren ini. Pukul berapa kita akan sampai di Butterworth? Tidak sabar rasanya hendak berjumpa dengan ibu dan nenek. Ya, memang selesa dan kelihatan bersih. Bolehlah kita berehat. Terasa rindu dan tidak sabar hendak berjumpa mereka. Kita akan sampai pada pukul 5:00 petang. Kita akan menaiki teksi ke rumah nenek. • Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas secara beradab. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Menghargai, Kasih sayang, Prihatin KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral BCB: Mendengar dengan berkesan Kelebihan Pengangkutan Awam 16 UNIT 1.4.2 Perjalanan ke Butterworth Baca dan ceritakan dialog di bawah. Nurul dan bapa saudaranya menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Butterworth untuk bertemu dengan ibu dan neneknya yang berada di Seberang Jaya. 6
93 Perkhidmatan Pengangkutan Awam Pengangkutan awam ialah perkhidmatan berbayar yang digunakan untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain. Sesetengah pengangkutan awam menyediakan tiket sebagai resit bukti pembayaran. Sistem pengangkutan awam yang sistematik mampu menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna. Perkhidmatan pengangkutan awam ini merangkumi perkhidmatan pengangkutan darat, udara dan air. Pengangkutan awam ini bertujuan untuk memudahkan sistem perhubungan masyarakat di seluruh negara. Perkhidmatan ini adalah alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Penggunaan perkhidmatan ini juga turut membantu mengurangkan pencemaran udara. Contohnya, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), komuter, monorel, perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan Rangkaian Kereta Api Ekspres (ERL). Perkhidmatan pengangkutan awam dapat menjimatkan masa dan memudahkan pengguna. Nota Guru • Murid menerangkan isi tersurat. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari, Berhati-hati KB: Mengkategorikan EMK: TMK BCB: Membaca dengan lancar 2.2.2 Aktiviti 1. Senaraikan jenis perkhidmatan awam yang terdapat di Malaysia. 2. Jelaskan kebaikan menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. 3. Mengapakah perkhidmatan komuter, monorel, LRT, ETS dan ERL diperkenalkan di bandar? 6
94 • Membina ayat mudah dengan mengunakan kata nama secara lengkap. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Bertanggungjawab, Berdikari KB: Menjanakan idea EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi BCB: Menulis secara mekanis 3.3.1 Jenis-jenis Pengangkutan Awam Pengangkutan Awam Bermotor Tren Elektrik ialah pengangkutan awam yang menggunakan motor elektrik dan tenaga elektrik untuk menggerakkannya. komuter monorel ETS Kenderaan Awam Berenjin Kenderaan Awam Berenjin ialah pengangkutan awam yang menggunakan minyak petrol atau diesel untuk menggerakkannya. bas feri teksi kapal terbang Aktiviti Bina ayat mudah berdasarkan gambar. 6
95 A. Perihalkan gambar. Pengangkutan lama Pengangkutan moden 6
96 B. Buat buku skrap bergambar tentang pengangkutan awam darat, udara dan air. Pengangkutan Awam Nama: Tingkatan: 6
97 Lancar Menuju Destinasi 17 UNIT ETS Ekspres Baca dan fahami petikan berita di bawah. • Menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat menggunakan ayat lengkap. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Kerajinan, Kesyukuran KB: Menyenaraikan, Menghubungkaitkan EMK: TMK 1.4.1 BCB: Mendengar dengan berkesan Aktiviti Nyatakan harga tiket yang terdapat dalam petikan. KUALA LUMPUR: 11 Julai – Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur yang bermula hari ini akan berhenti di 15 hentian. Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu sidang media hari ini berkata, 15 hentian itu ialah KL Sentral, Tanjung Malim, Tapah Road, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar. Harga tiket sehala dari Kuala Lumpur ke Padang Besar atau Padang Besar ke Kuala Lumpur ialah RM80.00. Tren dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan berlepas pada pukul 9:30 pagi dan tiba pada pukul 3:00 petang, manakala dari Padang Besar ke Kuala Lumpur pada pukul 4:00 petang dan tiba pada pukul 9:15 malam. Bagi perkhidmatan tren ETS transit Ipoh – Butterworth – Padang Besar dan sebaliknya yang telah bermula pada 10 Julai lepas akan berhenti di kesemua 24 stesen. Sepuluh stesen hentian baharu diperkenalkan, iaitu Anak Bukit, Bukit Ketri, Bukit Tengah, Kamunting, Kobah, Kodiang, Padang Rengas, Simpang Ampat, Tasek dan Tasek Gelugor. Tiket tren Ipoh ke Butterworth ialah RM23.00 manakala Butterworth ke Padang Besar ialah RM21.00. Waktu laluan ke Ipoh – Butterworth adalah pada pukul 5:00 pagi dan tiba pada pukul 6:50 pagi. Perjalanan ke Butterworth – Padang Besar (7:30 pagi – 9:15 pagi), Padang Besar – Butterworth (2:00 petang – 3:45 petang) dan Butterworth – Ipoh (5:00 petang – 6:50 petang). (Diubah suai daripada Bernama 11 Julai 2015) 6
98 Pengalaman Menaiki ETS Baca catatan diari Rika di bawah. Rika berasa sangat gembira kerana dapat menyertai lawatan ke Alor Setar dengan menaiki ETS. Dia telah membuat catatan lawatan tersebut. Rabu, 7 Oktober 2015 – Lawatan ke Alor Setar menaiki ETS. 2:30 petang – Berkumpul di tapak perhimpunan sekolah untuk menaiki bas. Guru pengiring, Cikgu Eda dan Cikgu Saiful memeriksa kehadiran murid. 3:00 petang – Menaiki bas ke Stesen Kereta Api KL Sentral. 3:30 petang – Tiba di Stesen Kereta Api KL Sentral. Berkumpul di sini untuk menaiki ETS. Pertama kali saya mengikuti lawatan sambil belajar ke Alor Setar. Semasa menunggu ketibaan ETS, perasaan saya bercampur baur antara gembira, gementar dan bimbang. Saya tidak pernah menaiki ETS. 4:00 petang – Kami menaiki ETS dengan penuh teruja. Saya duduk di tepi tingkap. Sungguh selesa. Saya sungguh gembira. 4:15 petang – ETS bertolak ke Alor Setar. Perasaan takut dan gementar hilang. Dalam perjalanan ke Alor Setar, ETS telah berhenti di beberapa buah stesen. 9:30 malam – Tiba di Stesen Kereta Api Alor Setar. Sebuah bas menunggu untuk membawa kami ke tempat penginapan. • Murid menjawab soalan daripada teks yang dibaca secara beradab. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Menghargai, Berdikari, Bekerjasama KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral, Matematik BCB: Membaca dengan berkesan Aktiviti 1. Nyatakan maksud perkataan yang berhuruf tebal. 2. Berapa lamakah masa yang diambil untuk sampai ke Alor Setar dari KL Sentral dengan menaiki ETS? 3. Secara ringkas, gambarkan perasaan Rika sebelum, semasa dan selepas menaiki ETS. 2.2.1 6
99 Membeli e-Tiket ETS Cikgu Saiful: Pada cuti penggal pertama nanti, cikgu merancang untuk mengadakan lawatan ke Ipoh. Kita akan menaiki ETS. Pijut: Wah, seronoknya! Saya belum pernah lagi menaiki ETS. Daren: Cikgu, bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan tiket ETS? Cikgu Saiful: Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk membeli tiket ETS. Cheah: Bukankah kita hanya perlu ke stesen kereta api dan membeli tiket? Cikgu Saiful: Betul. Selain itu, kita juga boleh membeli tiket melalui e-tiket, tempahan e-mel, tempahan telefon dan di semua kaunter tiket KTM antara bandar. Mili: Oh, rupanya banyak cara untuk kita membeli tiket ETS! Cikgu Saiful: Terdapat juga beberapa kaunter yang menerima kad kredit sekiranya harga tiket melebihi RM50. Pijut: Cikgu, bagaimanakah pula kita hendak membeli tiket ETS? Cikgu Saiful: Kita akan membeli tiket melalui e-tiket. Hari ini cikgu akan mengajar kamu cara menempah e-tiket. Daren: Cikgu, marilah kita tempah sekarang. Cikgu Saiful: Baiklah. Baca dan fahami dialog di bawah. Pada cuti penggal pertama, Cikgu Saiful merancang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Ipoh dengan menaiki ETS. Pijut, Daren, Cheah dan Mili berminat untuk mengetahui cara membeli tiket ETS. • Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Bekerjasama, Menghormati KB: Menjanakan idea EMK: TMK BCB: Mendengar dan menulis dengan berkesan 1.4.2/ 3.3.2 Aktiviti 1. Senaraikan kata nama yang terdapat dalam dialog di atas. 2. Terangkan cara untuk membeli tiket ETS. 6
100 Laluan ETS A. Perihalkan laluan ETS dengan menggunakan ayat yang lengkap. 6
101 B. Bina ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah. kafe dapur kafe 1. 2. tempat duduk penumpang tempat simpan barang 3. 4. tandas surau 5. 6. televisyen mesra OKU 7. 8. 6
102 C. Sampaikan maklumat yang terdapat dalam carta alir di bawah. jadual perjalanan ETS ETS menuju ke destinasi tiba di destinasi membeli tiket di kaunter Keretapi Tanah Melayu 6 tiket ETS
103 Teksi Kerjaya Pemandu 18 UNIT • Murid memberikan tindak balas lisan secara beradab kepada guru dan rakan. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Tolong-menolong, Berdikari, Menghormati KB: Menjanakan idea EMK: TMK BCB: Mendengar dengan berkesan Cekap Memandu Cikgu Saiful hendak menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Dengan berpandukan peta laluan di bawah, bantu pemandu teksi untuk menuju ke tempat penginapan Cikgu Saiful di Hotel Seri Vila. 1.1.2 Masjid Hospital Hotel Seri Vila Medan Selera Hotel Seri Mesra Stesen teksi Pejabat pos 6
104 • Murid menjelaskan maksud perkataan yang dibaca dengan betulnya. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bersopan santun, Berdikari KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB: Membaca dengan berkesan Salim Pemandu Teksi Baca dialog di bawah. Cikgu Jeya menaiki sebuah teksi untuk pergi ke rumah sahabatnya di Jalan Ipoh. Cikgu Jeya: Selamat sejahtera, encik. Salim: Selamat sejahtera. Encik hendak ke mana? Cikgu Jeya: Tolong hantarkan saya ke alamat ini. Salim: Baiklah. Tempat ini tidak jauh dari sini. Cikgu Jeya: Terima kasih. Salim: Sama-sama. Cikgu Jeya: Sudah berapa lamakah encik menjadi pemandu teksi? Salim: Saya menjadi pemandu teksi sejak lima tahun lalu, sebaik saja pencen daripada tentera. Cikgu Jeya: Encik memang berasal dari Kuala Lumpur? Salim: Saya berasal dari Taiping, Perak. Saya menetap di Gombak. Cikgu Jeya: Apakah cabaran yang encik hadapi sepanjang menjadi pemandu teksi? Salim: Sepanjang menjadi pemandu teksi, saya berhadapan dengan pelbagai kerenah penumpang. Dalam kalangan penumpang saya, ada yang bersopan dan ada juga yang kurang beradab. Semua itu menguji kesabaran saya. Cikgu Jeya: Rupa-rupanya, menjadi seorang pemandu teksi juga memerlukan kesabaran yang tinggi. Salim: Ya, encik! Encik kerja apa? Cikgu Jeya: Saya seorang guru. Salim: Tugas seorang guru memerlukan kesabaran yang lebih tinggi. Cikgu Jeya: Apa-apa kerja sekalipun memerlukan kesabaran. Salim: Pemandu teksi pun perlu banyak bersabar dengan kerenah penumpang. Cikgu Jeya: Betul. Saya setuju. Aktiviti 1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal. 2. Mengapakah kita harus menghormati orang lain? 2.1.2
105 • Membina ayat mengikut pola ayat dasar FN+FN dengan betulnya. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Berdikari, Kesyukuran KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan BCB: Mendengar dengan berkesan Pemandu Pengangkutan Awam Bina ayat yang lengkap menggunakan pola FN + FN berdasarkan gambar. pemandu van pemandu bas kapten ETS pemandu teksi jurumudi feri juruterbang 3.4.3
106 Nama Jawatan: PEMANDU BAS Keterangan Kekosongan: • Mempunyai lesen memandu bas • Sihat tubuh badan • Boleh membawa bas jarak yang jauh • Bekerja lebih masa • Tempat kerja: Johor • Waktu Bekerja: Syif • Gaji ditawarkan: RM1500.00 Kelayakan: • Pengalaman berkaitan diperlukan: 12 bulan • Status jawatan kosong: Kontrak • Bilangan kekosongan: 3 • Jenis lesen diperlukan: E Keistimewaan dan Kemudahan: • Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) • Elaun lebih masa Cara Memohon: Hantarkan permohonan dan profil diri anda: [email protected] Nombor Telefon: 015-8503160 Tarikh Tutup Permohonan: 10 Jun 20 A. Perihalkan isi kandungan iklan di bawah. Iklan Jawatan Kosong 6
107 Antara ciri pemandu yang baik ialah: 1. menepati masa. 2. berpakaian bersih dan kemas. 3. bersedia membantu penumpang. 4. sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. 5. memandu dengan berhati-hati dan berhemah. 6. sentiasa senyum dan menghormati penumpang. 7. sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang. 8. sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. 9. mempunyai integriti yang tinggi, bermotivasi tinggi, cergas dan komited. 10. sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan selamat untuk dipandu. Ciri-ciri Pemandu yang Baik B. Baca maklumat di bawah dan berikan ulasan. 6
Tenang dalam Kesesakan C. Deklamasikan sajak di bawah. 1. Berikan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. 2. Bina ayat penyata berdasarkan perkataan dan frasa yang berikut. Aktiviti sepanjang hari kehadiran tetamu kesabaran keangkuhan kesopanan semakin sepi 108 Tiap masa sepanjang hari jalan-jalan di kota ini menerima kehadiran tetamu yang gopoh dalam perjalanan lemas dalam kesesakan. Dalam hati kesabaran menghilang keangkuhan menguasai setiap ruang Mampat dengan emosi bosan menguasai diri. Namun, Sewaktu di perjalanan ketenangan penghuni kota ini masih lagi di hati yang pasti cuma perlumbaan dan harapan agar jalan-jalan kota ini tetap teguh berdiri kesantunan tetap terlukis di hati kemanusiaan masih terukir dalam diri. Nukilan. Subai810 6
109 TEMA 7 ALAM SEKITAR 109
110 Indahnya Alam Kita 19 UNIT Berikan pendapat kamu tentang keunikan Malaysia. Malaysiaku Permai Tahukah kamu mengapa Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan? Ramai pelancong datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan alam semula jadi seperti kawasan tanah tinggi, pulau, pantai dan taman rekreasi. Pulau Langkawi, Kedah Tanah Tinggi Cameron, Pahang Pantai Cherating, Pahang Tasik Kenyir, Terengganu • Murid menyampaikan pendapat menggunakan perkataan sendiri. KBT: Kontekstual Nilai: Kebersihan fizikal dan mental, Kesyukuran KP: Verbal-linguistik, Naturalis EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar KB: Menjanakan idea BCB: Mendengar dengan berkesan Aktiviti Nyatakan tempat-tempat lain di Malaysia yang menjadi tumpuan pelancong. 1.2.2 7
111 Baca dan fahami. Destinasi Pelancongan Ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Mereka tertarik akan keindahan alam semula jadi seperti Hutan Belum di Perak, Taman Negara Endau – Rompin di Pahang, Gunung Kinabalu di Sabah dan Gua Niah di Sarawak. Malaysia mempunyai hutan hujan khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan ini, pelancong dapat menjalankan pelbagai aktiviti riadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Selain itu, hidupan di hutan hujan ini menjadi tarikan pencinta alam dan pengkaji untuk membuat kajian. Malaysia juga mempunyai pantai dan pulau yang menarik. Antara pantai dan pulau yang menarik untuk dikunjungi ialah Pulau Sipadan di Sabah, Pulau Tioman di Pahang, Pulau Perhentian di Terengganu dan Pantai Batu Ferringhi di Pulau Pinang. Tasik Kenyir di Terengganu dan Empangan Temenggor di Perak pula merupakan destinasi yang sesuai untuk kaki pancing. Malaysia juga memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk seperti Tanah Tinggi Cameron dan Bukit Fraser di Pahang, dan Bukit Larut di Perak. Selain dapat menghayati keindahan alam semula jadi, para pelancong juga dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Aktiviti Pilih satu tempat yang hendak kamu lawati. Bincangkan. • Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul. KBT: Kontekstual Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang KP: Naturalis EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar KB: Menghubungkaitkan BCB: Membaca secara mekanis 2.2.1 7
112 Pulau Tioman Pulau Tioman terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Pulau ini diiktiraf antara 10 pulau tercantik di dunia. Terdapat beberapa buah kampung di sekitar pesisir pantai Pulau Tioman seperti Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara. Setiap kampung mempunyai tarikan yang berbeza dan unik. Keindahan alam pulau ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Pengunjung ke Pulau Tioman boleh menggunakan bot dari Mersing di Johor atau Tanjung Gemok di Pahang. Selain itu, mereka juga boleh menaiki kapal terbang yang beroperasi setiap hari dari Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti di laut dan pantai seperti memancing, menyelam dan bersnorkel menjadi tarikan pengunjung ke pulau ini. Mereka tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati keindahan dasar laut terutamanya hidupan laut dan batu karang yang hidup subur di Laut China Selatan. Di sini, terdapat pelbagai spesies ikan seperti buntal, bayan, dengkis, seriding, kerapu bara, bagong, betok dan becuk. Senaraikan kata nama yang terdapat dalam petikan. Aktiviti Nyatakan aktiviti pelancongan di Pulau Tioman. • Murid menyenaraikan kata nama. KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Kesyukuran KP: Naturalis EMK: Pendidikan Alam Sekitar KB: Mengelaskan BCB: Menulis secara mekanis 3.3.1 7
113 Aktiviti Senaraikan 10 tempat yang dilawati oleh Asyraf dan keluarganya. A. Asyraf dan keluarganya telah pergi bercuti di Tanah Tinggi Cameron. Sepanjang percutian mereka ke pusat peranginan itu, banyak tempat menarik yang telah dilawati. Gunung Jasar Tol Simpang Pulai Tol Gopeng Tol Tapah Gunung Perdah Gunung Brinchang Air Terjun Robinson Perkampungan Orang Asli Kampung Raja Kebun Tomato Ladang Ros Gua Musang Machang Tanah Merah Kota Bharu Ladang Orkid Ladang Lebah Kebun Rama-rama Air Terjun Parit 7
114 B. Perihalkan gambar. Aktiviti Bincangkan pelbagai cara memelihara alam sekitar. 7
115 KELAB ALAM SEKITAR 20 UNIT Bina soalan berpandukan maklumat di bawah. Kelab Alam Sekitar Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah akan mengadakan Minggu Alam Sekitar di sekolah mereka. Nurul telah menyediakan brosur untuk diedarkan kepada warga sekolah. Aktiviti Berikan jawapan pada soalan yang dibina. • Murid membina soalan-soalan untuk mendapatkan maklumat. • Murid memberikan pendapat dengan betulnya. KBT: KB: Menjanakan idea Nilai: Hemah tinggi, Bekerjasama 1.3.1 BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: Pendidikan Alam Sekitar MINGGU ALAM SEKITAR SMK MUTIARA INDAH Pengenalan Kesedaran tentang pentingnya menghargai alam sekitar perlu diterapkan dalam kalangan murid sekolah. Sekolah ialah tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di sekolah, keperibadian dan persepsi terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Objektif: Program ini diadakan bertujuan untuk: 1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan murid. 2. Memupuk nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah. 3. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan Pendidikan Alam Sekitar. 4. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar. Tema: Melestarikan Alam Sekitar Tarikh: 5 Julai 20 Tempat: Dewan SMK Mutiara Indah Perasmian Penutupan: Pegawai Pendidikan Daerah Aktiviti: - keceriaan kelas dan persekitaran - mengutip sampah dan menceriakan kelas - pertandingan mewarna dan melukis poster - kitar semula - Program 1Keluarga 1Pokok - pameran bahan dan maklumat Pendidikan Alam Sekitar 7
116 Baca dan fahami. Hargai Alam Kita Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah menjemput penceramah bersempena dengan program menghargai alam sekitar. Saudara dan saudari yang saya kasihi, Apabila menyebut perkataan alam, sudah tentu kita terbayang akan segala makhluk di muka bumi ini. Kesemuanya anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kita semua selaku penghuni alam perlu mencintai alam sekitar dengan memainkan peranan tertentu. Tanggungjawab menjaga alam sekitar bermula daripada diri kita sendiri. Walau di mana kita berada pastikan persekitaran kita bersih. Amalkan sikap menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kesedaran tentang perkara ini amat penting bagi memastikan alam sekitar bebas daripada sebarang pencemaran. Kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar bersih dan sentiasa terpulihara. Penanaman tumbuhan hijau memberikan suasana yang sejuk dan nyaman. Negara kita kaya dengan hutan hujan yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau. Tumbuhan ini membekalkan oksigen dan karbon dioksida dalam atmosfera. Hutan juga boleh mengawal hakisan dan banjir. Penebangan hutan secara haram yang berleluasa dan pencerobohan hutan simpan boleh merosakkan alam sekitar. Sesungguhnya penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua. Sekiranya alam sekitar tercemar, setiap hidupan lebih-lebih lagi manusia akan berhadapan dengan pelbagai risiko terutamanya serangan penyakit. Ingatlah pesanan daripada peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sekian, terima kasih. • Murid membaca dan memahami makna perkataan. KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Bertanggungjawab KB: Menghubungkaitkan EMK: Pendidikan Alam Sekitar BCB: Membaca secara mekanis Aktiviti Bina ayat menggunakan perkataan berhuruf tebal. 2.1.1 7
117 Daren melayari laman sesawang https://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaranadd.php untuk mendapatkan maklumat tentang Rakan Alam Sekitar (RAS). Dia tertarik dengan program yang dijalankan oleh RAS. Oleh itu, dia telah mengisi borang keahlian secara dalam talian di laman sesawang tersebut. Lengkapkan borang berikut. Rakan Alam Sekitar • Murid mengisikan maklumat peribadi ke dalam borang biodata diri. KBT: Kontekstual Nilai: Kesungguhan, Keberanian, Kejujuran KB: Menghubungkaitkan EMK: TMK 3.1.2 BCB: Menulis secara mekanis 7
118 A. Terangkan cara-cara menghias bingkai cermin daripada bekas telur berdasarkan gambar di bawah. Aktiviti Hasilkan projek kitar semula mengikut kreativiti berdasarkan bahan yang berikut. 1 2 3 4 7
119 B. Bina soalan berdasarkan pernyataan yang diberikan. Program 1Keluarga 1Pokok Pada 10 September, bahagian Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah telah melancarkan Program 1Keluarga 1Pokok. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, cantik dan ceria. Program ini melibatkan ibu bapa serta warga sekolah. Mereka dikehendaki menyumbang pokok bunga atau pokok hiasan. Pihak sekolah juga mengalu-alukan sumbangan benih pokok daripada orang ramai. Penyumbang boleh menghantar terus pokok-pokok tersebut ke sekolah. Acara kemuncak Program 1Keluarga 1Pokok ialah aktiviti menanam pokok oleh Pegawai Pendidikan Daerah dengan diiringi oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah. 1. ______________________________________________________________ Program 1Keluarga 1Pokok telah diadakan pada 10 September. 2. ______________________________________________________________ Perasmian program tersebut disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah. 3. ______________________________________________________________ Program tersebut diadakan adalah untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, cantik dan ceria. 4. ______________________________________________________________ Ibu bapa dan warga sekolah diminta menyumbangkan satu pokok kepada pihak sekolah. 119 7
120 C. Rakan Alam Sekitar akan mengadakan pelbagai aktiviti bersempena dengan Minggu Alam Sekitar. Kamu diminta membuat poster yang berkaitan dengan maklumat berikut. 120 7
121 HARI ALAM SEKITAR Baca petikan dan perhatikan gambar. Hargai Alam Sekitar Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun. Oleh itu, Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan pencemaran alam. 21 UNIT • Murid memberikan pendapat dengan betulnya. KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kerajinan, Kebersihan fizikal dan KB: Menjanakan idea mental, Menghargai BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: TMK, Pendidikan Alam Sekitar 1.2.2 Aktiviti Berikan pendapat kamu tentang cara menjaga alam sekitar. 7
122 Baca dan fahami puisi. Alamku Alamku sudah tidak seperti dahulu pepohon hijau kini berubah rupa satu demi satu tubuhmu menyembah bumi. Anak sungai yang mengalir jernih kini kering tidak berpenghuni habitat yang dahulu berseri, kini telah sepi bagai mimpi semuanya telah pergi yang tinggal hanya mimpi-mimpi ngeri kemusnahanmu mengundang tragedi. Ayuh sahabat fikirkan manfaat alam ini anugerah Yang Maha Kuasa jangan biarkan rosak binasa jangan biarkan bumi kepanasan jangan biarkan semuanya tinggal kenangan. Anak cucu sekalian jangan siakan khazanah alam biarlah kehijauan alam jadi warisan. Nukilan, Atazai05 Aktiviti Nyatakan maksud perkataan yang berhuruf tebal. • Murid menyatakan maksud perkataan dengan betulnya. KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Tanggungjawab, Amanah KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Alam Sekitar 2.1.2 BCB: Membaca secara mekanis 7
123 Kenal pasti frasa nama dan frasa kerja dalam petikan. Melawat ke Pulau Langkawi Pada cuti sekolah yang lalu, aku sekeluarga berpeluang bercuti ke Pulau Langkawi yang bersejarah. Aku berasa sangat seronok kerana itulah kali pertama aku ke sana. Kami menaiki kereta ke jeti Kuala Kedah. Kemudian, kami menggunakan feri untuk ke Pulau Langkawi. Kami menginap di sebuah hotel yang terletak di Pekan Kuah. Tempat pertama yang kami lawati ialah Makam Mahsuri. Pelbagai maklumat tentang sejarah Mahsuri yang kami peroleh sepanjang berada di sana. Kemudian, kami menaiki kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Kami sangat seronok kerana pertama kali menaiki kereta kabel. Kami dapat melihat pemandangan di seluruh Pulau Langkawi. Kami sangat gembira kerana dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di sini. Pada keesokan hari, kami pergi ke kilang gamat. Kami melihat cara membuat ubat tradisional berasaskan gamat. Selepas itu, kami pergi ke kilang batik yang terletak berdekatan dengan kilang gamat. Di situ, kami telah ditunjukkan teknik melukis dan mencanting batik. Kami juga dapat membeli kain batik dengan harga istimewa sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. • Murid menulis ayat untuk mengenal pasti frasa nama dan frasa kerja. KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Kesyukuran, Kasih sayang KB: Mengelaskan, Mengkategorikan EMK: TMK 3.4.1 BCB: Menulis secara mekanis 3.4.2 Aktiviti Senaraikan frasa nama dan frasa kerja yang terdapat dalam petikan di atas. 7
124 A. Senaraikan Tema Minggu Alam Sekitar Sedunia mengikut tahun. Layari laman sesawang https://ras.doe.gov.my untuk mendapatkan jawapan. Tahun Tema 2008 Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 Aktiviti Apakah tema Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun ini? 7
125 Aktiviti Bina ayat yang lengkap dengan menggunakan frasa nama dan frasa kerja tersebut. B. Nyatakan frasa nama dan frasa kerja yang dapat dihasilkan daripada gambar di bawah. 7
126 C. Tulis laporan program. Program Hari Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah Tarikh : 5 Julai 20 Hari : Rabu Tempat: Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah Atur Cara Program: Masa Aktiviti 7.30 pagi – Pendaftaran peserta 8.15 pagi – Senaman berirama 9.00 pagi – Pelepasan peserta merentas desa 9.15 pagi – Pertandingan mewarna/melukis poster/ reka cipta bahan buangan 11.00 pagi – Kuiz Alam Sekitar 12.30 tengah hari – Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah 7
127 TEMA 8 HIDUP BERMASYARAKAT 127
128 Kenali Jiran 22 UNIT • Murid membina soalan untuk mencungkil pendapat. KBT: KP: Interpersonal Nilai: Kejujuran, Semangat bermasyarakat KB: Menjanakan idea EMK: TMK BCB: Mendengar dengan berkesan Bincangkan. Salam Perkenalan 1.3.1 Hai, adakah encik jiran baharu kami? Nama saya Rama dan ini keluarga saya. Saya Sheta. Ini anak saya, Rena dan Manjit. Helo, saya Aminah. Ini anak saya, Airil dan Aini. Ya, kami ialah jiran baharu awak. Nama saya Ahmad. Jemputlah masuk ke rumah kami. Inilah rumah saya, Encik Rama. Saya baru berpindah dari Ipoh. Harap kita boleh menjadi kawan baik. Mereka pun meluangkan masa untuk beramah mesra. 8
129 Baca dan fahami dialog di bawah. Jiran Baharuku • Murid bersoal jawab tentang cerita. KBT: KP: Interpersonal Nilai: Menghargai, Semangat bermasyarakat KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis Aktiviti 1. Siapakah nama jiran baharu Manjit? 2. Berapakah umur Manjit? 3. Apakah bantuan yang diberikan oleh Manjit? 4. Ceritakan perihal jiran baharu kamu. Manjit: Selamat petang. Nama saya Manjit. Airil: Selamat petang. Nama saya Airil. Manjit: Awak baru berpindah ke sini? Airil: Ya, kami berpindah ke sini minggu lepas. Kami sedang sibuk mengemas dan menyusun barang-barang. Manjit: Boleh saya bantu awak? Lagipun kita berjiran. Kita mestilah saling menolong antara satu sama lain. Airil: Boleh. Jemputlah masuk. Kamu boleh tolong saya menyusun buku-buku di rak itu. Manjit: Baiklah. Awak belajar di sekolah mana dan dalam tingkatan berapa? Airil: Saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah, dalam Tingkatan Satu Anugerah. Manjit: Oh, kita sebaya rupanya! Saya murid Tingkatan Satu Bestari di situ. Bolehlah nanti kita pergi ke sekolah bersama-sama. Airil: Elok juga cadangan kamu. Manjit: Apakah yang awak lakukan pada masa lapang? Airil: Saya akan membaca buku. Manjit: Wah, bagusnya hobi awak! Airil: Membaca buku dapat menambah pengetahuan. Manjit: Betul. 8
130 Bina ayat ucapan berdasarkan situasi yang berikut. Menghargai Jiran Aktiviti Lafazkan ucapan dengan intonasi yang betul. • Murid membina ayat ucapan menggunakan perkataan dan frasa yang sesuai. KBT: Kontekstual Nilai: Kejujuran, Menghargai, Kasih sayang KB: Menjanakan idea EMK: TMK 3.5.1 BCB: Menulis secara mekanis Sambutan ulang tahun kelahiran Menghadiri majlis perkahwinan Sambutan Tahun Baharu Cina Menziarah orang sakit di hospital 8
131 A. Berikan pendapat kamu tentang gambar di bawah. Aktiviti Nyatakan ciri jiran yang baik. 8
132 B. Perihalkan gambar. Aktiviti 1. Bina soalan berdasarkan situasi di atas. 2. Tuliskan sebuah cerita pendek. 8
133 Ceritakan gambar di bawah. Semangat Kejiranan 23 UNIT Aktiviti Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam gambar di atas. • Murid menyatakan jawapan yang sesuai dengan situasi. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bekerjasama, Kejujuran, Bertanggungjawab KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 1.3.2 BCB: Mendengar dengan berkesan Hidup Berjiran Rukun Tetangga Program Gotong-royong Majlis Rumah Terbuka 8
134 Baca dan fahami. Kebaikan Hidup Berjiran Mengapakah semangat kejiranan perlu ada dalam masyarakat? Jiran umpama saudara-mara kita. Tatkala kita berada dalam kesusahan, merekalah tempat mengadu. Ketika mengadakan majlis keramaian, biasanya jiran yang akan membantu. Hal ini demikian kerana jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Rakyat negara kita terdiri daripada berbilang bangsa. Semangat kejiranan wajar dipupuk untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Oleh itu, setiap individu perlu memiliki semangat kejiranan yang tinggi tanpa mengira bangsa, agama dan adat resam. Kita boleh berkunjung ke rumah jiran pada musim perayaan. Kunjungan kita ke rumah mereka dapat mengeratkan semangat kejiranan. Semangat kejiranan juga dapat mewujudkan masyarakat yang prihatin. Hubungan yang terjalin akan memudahkan kita untuk meminta bantuan ketika dalam kesusahan. Apabila jiran tiada di rumah, kita boleh memerhatikan rumah mereka. Begitu juga jika jiran kita menghadapi saat-saat kesusahan dan kecemasan, kita hendaklah bersedia menghulurkan bantuan. Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga agar hubungan kita sentiasa aman dan harmoni. Ibarat kata pepatah, jiran sepakat membawa berkat. Aktiviti Buat rumusan petikan di atas dengan menggunakan peta pemikiran yang sesuai. • Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Prihatin, Semangat bermasyarakat KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 2.2.1 BCB: Membaca secara mekanis 8
135 Sekeping Kad Buatmu Keluarga Mili akan berpindah ke Sarawak. Cikgu Saiful meminta murid-muridnya mereka cipta kad ucapan untuk Mili. Contoh kad ucapan: Aktiviti Buat kad ucapan yang sesuai berdasarkan situasi di bawah. 1. Ucapan Selamat 2. Ucapan Tahniah 3. Ucapan Takziah • Murid menulis dan mencipta kad ucapan mengikut kreativiti. KBT: KP: Kontekstual Nilai: Kerajinan, Kasih sayang, Kesyukuran KB: Mereka cipta EMK: TMK, Kreativiti dan Inovasi 3.5.2 BCB: Menulis secara mekanis Salam Perpisahan Mili, Selamat maju jaya, semoga cemerlang di tempat baharu. Jangan lupakan kami di sini. Daripada, Rakan-rakan sekelas Kalau ada sumur di ladang, Boleh kita menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi. 8
136 A. Susun dan salin ayat-ayat di bawah mengikut urutan yang betul. Asyraf menghadiahkan sejambak bunga itu kepada Puan Saripah. Mereka ingin melawat Puan Saripah di rumahnya. Asyraf dan ibunya ke kedai bunga untuk membeli sejambak bunga. Puan Saripah mengucapkan terima kasih kerana datang melawatnya. Menziarahi Jiran 1 2 3 4 8
137 B. Jiran kamu akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Cipta kad ucapan yang sesuai dengan perayaan tersebut. Aktiviti 1. Tuliskan cara-cara membuat kad ucapan perayaan berdasarkan kreativiti sendiri. 2. Tuliskan ucapan yang sesuai dengan perayaan tersebut. 8
138 Kad Ucapan Gergasi C. Hasilkan kad ucapan gergasi sempena Hari Guru. Syarat Pertandingan: 1. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada tiga orang murid. 2. Peserta dibenarkan menggunakan pelbagai medium mengikut kreativiti masing-masing. 3. Peserta dikehendaki menulis sajak, pantun atau kata-kata puitis untuk mengenang jasa guru dalam kad yang dihasilkan. 4. Kad gergasi yang dihasilkan haruslah mengikut tema. 5. Peserta dibenarkan menggunakan perisian komputer dalam menghasilkan kad gergasi. 6. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 12 Mei 20 . 8
139 Sebut semula maklumat di bawah. Khidmat Masyarakat di Pusat Pemulihan dalam Komuniti Persatuan Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah telah menjalankan khidmat masyarakat Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK). Pijut dan rakan-rakannya telah menyertai program tersebut. Seperti Aur dengan Tebing 24 UNIT • Murid menyatakan maklumat berpandukan gambar. KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Menghargai, Kasih sayang, Bekerjasama KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu - Pendidikan Moral BCB: Mendengar dengan berkesan Aktiviti Ceritakan pengalaman kamu menyertai aktiviti khidmat masyarakat. 1.2.1 8
140 Baca dan fahami cerita. Berat Sama Dipikul Jambatan kayu di kampung telah runtuh akibat dihanyutkan air semasa banjir. Oleh itu, penduduk kampung bergotong-royong untuk membaiki jambatan tersebut. Daren mengajak beberapa orang kawannya membantu orang kampung. Daren bertemu dengan Pak Cik Mat. Daren: Bolehkah saya bantu, pak cik? Pak Cik Mat: Boleh, kamu tolong angkat kayu itu dan susunkan di sini. Daren: Manjit, mari kita angkat bersama-sama. Saya tidak terdaya mengangkatnya seorang diri. Manjit: Betul kata awak, Daren. Mari kita mulakan. Asyraf: Hati-hati, kawan. Pegang kuat-kuat. Kayu itu berat. Yoges: Asyraf, mari kita susunkan kayu-kayu ini dekat dengan Pak Cik Mat. Ketua Kampung: Rajinnya kamu bekerja. Apabila jambatan siap, budak-budak dapatlah ke sekolah. Pak Cik Mat: Kita hendak ke pekan pun mudah. Ketua Kampung: Betul, Mat. Dengan berganding bahu begini, kerja sukar menjadi mudah. Pak Cik Mat: Terima kasih kami ucapkan kepada kamu semua. Daren: Sama-sama, pak cik. Aktiviti Nyatakan aktiviti lain yang boleh membantu mangsa banjir. • Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita. KBT: KP: Kontekstual Nilai: Keyakinan, Berdikari, Kesyukuran KB: Menghubungkaitkan EMK: Ilmu – Pendidikan Moral 2.2.2 BCB: Membaca secara mekanis 8
141 Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Rukun Tetangga Rukun Tetangga ialah pasukan sukarela yang ditubuhkan untuk membantu menjaga keselamatan penduduk setempat. Aktiviti Bina ayat menggunakan kata nama berdasarkan pilihan jawapan. • Murid melengkapkan ayat menggunakan kata nama yang sesuai dan tepat. KBT: KP: Kontekstual Nilai: Bekerjasama, Semangat bermasyarakat KB: Menjanakan idea EMK: Ilmu – Pendidikan Moral BCB: Menulis secara mekanis 3.3.2 Rukun tetangga diwujudkan di setiap tempat tinggal seperti kawasan __________________ . Anggotanya terdiri daripada semua _______________. Mereka mengawal tempat tinggal secara bergilir-gilir mengikut _____________ yang disediakan. Setiap kawasan atau sektor rukun tetangga yang mengendalikan Skim Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat operasi. _____________ rukun tetangga atau dewan orang ramai biasanya dijadikan pusat rondaan. Anggota rukun tetangga membawa peralatan seperti set walkie-talkie, ____________________ dan _________________ semasa pergi meronda. Mereka juga perlu memakai _________________ keselamatan yang menggunakan _____________ rukun tetangga. Tugas rondaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu rondaan berjalan kaki dan rondaan berkenderaan. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanakan sama ada menggunakan kereta, __________________ atau basikal. penduduk perumahan Bilik lampu suluh kayu motosikal logo jaket jadual 8