Menubuhkan kumpulan – PEK dan Sekawan.
Memilih, melantik dan membentuk Ketua Sekawan.
Menasihati Majlis Ketua Sekawan.
Merujuk kepada Pesuruhjaya Daerah, Negeri bagi
mendapat nasihat serta pandangan.
Mendaftarkan kumpulan dan keahlian setiap tahun.
Menubuhkan jawatankuasa bagi pengendalian
kumpulan dan berkerjasama dengan pemimpin lain.
Merapatkan hubungan antara pemimpin.
Menghadirkan diri pada semua perjumpaan, latihan dan
kegiatan kumpulan.
Memberi panduan dan nasihat kepada Ketua Majlis
Patrol supaya menyediakan rancangan-rancangan
latihan dan kegiatan-kegiatan yang lengkap untuk
tahunan, bulanan dan mingguan.
Menyampaikan maklumat dan perkembangan semasa
mengenai kegiatan Persekutuan Pengakap Tempatan
atau Negeri kepada Majlis Ketua Patrol.
Memberi latihan dan pelajaran berpengakap kepada
semua ahli.
Menasihati Majlis Ketua Patrol supaya mengadakan
kerja luar, misalnya gotong- royong, perkhemahan,
perkelahan, lawatan dan sebagainya.
Membahagi-bahagi tugas di antara pemimpin dan
penolong pemimpin dalam kumpulannya.
Memasti dan menjalankan rancangan-rancangan dengan
sempurna dan licin.
Melaporkan semua aktiviti dan gerak kerja kumpulan
kepada Persekutuan Pengakap Tempatan dan Negeri.
Mendapatkan bantuan, pertolongan dan kerjasama
daripada Majlis Jawatankuasa Kumpulan terutama
apabila memerlukan kewangan dan peralatan.
Mengawasi dan menjaga semua peralatan kumpulan
supaya sempurna walaupun tugas ini dibantu oleh QM
Peralatan Kumpulan.
Memastikan dan megekalkan semua penolong pemimpin
dalam kumpulan menurut dasar pertubuhan peraturan dan
undang- undang pengakap.
No. 15 untuk Pengakap IPIK
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan
kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera
sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang
bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang
boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh
hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
Koyakan yang berlaku pada tubuh badan.
Luka akan menyebabkan berlaku pendarahan di
dalam atau luar tubuh.
Sekiranya kuman masuk, akan berlaku jangkitan
dan menyebabkannya bernanah.
1. Balut luka dengan kain bersih dan
kering.
2. Tahan darah (jika keluar).
3. Gunakan anduh (jika perlu) dan hantar
ke hospital.
1. Kenal pasti ular yang mematuk.
2. Tenangkan pesakit.
3. Mengikat anggota badan yang digigit untuk mengelak pengaliran
darah dan bisa ular (jangan terlalu ketat sehingga menyebabkan
pengaliran darah dalam urat nadi terhenti).
4. Memeriksa denyutan nadi.
5. Cuci gigitan dengan air yang berwarna merah tua dengan kalium
permanganat.
6. Hiris kawasan yang digigit dengan alat tajam (yang telah disteril)
dan juntaikan anggotan badan itu.
7. Longgarkan ikatan selama setengah minit tiap-tiap setengah jam.
8. Berikan sesuatu untuk memanaskan badan mangsa.
9. Jika mangsa tidak bernafas, beri bantuan pernafasan.
10. Bawa ke hospital dengan segera.
1. Buang sengat yang ada pada kulit.
2. Sapukan krim anti gatal.
3. Jika sengatan itu berlaku di dalam
mulut, bersihkan mulut mangsa
dengan larutan soda bikarbonat - satu
sudu teh dengan segelas air.
4. Jika terdapat kesukaran dalam
pernafasan, letakkan mangsa dalam
keadaan yang selamat (recovery
position).
5. Hantar ke hospital dengan segera jika
simptom berlarutan.
1. Benda-benda panas yang berair seperti wap air yang
mendidih atau minyak panas.
2. Benda panas seperti sterika atau mana-mana bahan
diperbuat dari besi.
3. Bahan kimia yang menghakis.
1. Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan
berhati-hati.
2. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama
lebih kurang 15 minit.
3. Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
4. Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega,
minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh
menyebabkan jangkitan.
5. Minum ubat paracetamol (ubat tahan sakit) untuk
mengurangkan kesakitan.
6. Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah,
biarkan sahaja.
7. Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus.
8. Dapatkan khidmat doktor.
1. Keadaan sekeliling
Kawasan yang sesak dan padat.
Cuaca panas terik.
2. Hyperventilation
Menarik nafas pendek dalam kadar yang laju.
Mangsa terkejut, tertekan atau mengalami masalah
keresahan (anxiety).
3. Kekurangan gula dalam darah
Pemakanan tidak teratur.
4. Anemia
Kekurangan sel darah merah.
5. Masalah jantung
Degupan jantung tidak seragam.
Kebocoran kecil pada dinding tengah jantung.
1. Sekiranya mangsa mengadu mengalami gejala di atas, bawa mangsa ke tempat
yang lebih selamat serta betulkan saluran pernafasan.
2. Tenangkan mangsa. Sekiranya mangsa terus pengsan alihkan benda di sekeliling
yang berbahaya, baringkan mangsa dan tinggikan kaki untuk memastikan
bekalan darah mengalir ke otak.
3. Longgarkan pakaian mangsa.
4. Jangan bersesak-sesak dan beri bantuan udara segar menggunakan kipas.
5. Jika mangsa sedar selepas beberapa minit, biarkan sehingga mangsa betul-betul
selesa dengan keadaannya sendiri.
6. Sekiranya masih pengsan, periksa pernafasan dan denyutan nadi dan bersedia
untuk menjalankan CPR.
7. Bawa ke hospital jika perlu.
Keretakan atau patah pada tulang.
Boleh berlaku sekiranya berlaku hentakan pada mana-
mana bahagian badan atau tulang.
Sakit
Bengkak pada kawasan
terkena hentakan
Tidak boleh menggerakan
bahagian badan yang terlibat
Mengalami pengsan sebentar atau berterusan.
Keluar darah dari hidung, tekak atau telinga.
Muntah.
Mangsa berkeadaan gelisah.
Anak mata membesar dan tidak seimbang antara satu dengan lain.
Nafas berbunyi kuat.
1. Letak mangsa dalam keadaan selesa. Rawatan patah hendaklah
dilakukan di tempat kejadian kecuali keadaan berbahaya.
2. Tenangkan mangsa sekiranya mangsa dalam keadaan sedar.
3. Sekiranya mangsa pengsan, periksa pernafasan dan nadinya. Lakukan
CPR sekiranya nadi dan pernafasan terhenti.Apabila mangsa pulih,
rawatan pendarahan hendaklah dilakukan. Hentikan pendarahan secara
kaedah langsung atau tidak langsung mengikut kesesuaian.
4. Ampu bahagian yang patah dengan menggunakan tuap atau anduh
mengikut keadaan dan tempat yang patah.
5. Dapatkan bantuan perubatan segera.
Berlaku apabila bahan toksik memasuki tubuh badan
manusia melalui:
Mulut
Sedutan atau pernafasan
Kulit atau mata
Bahan-bahan yang menyebabkan
keracunan:
Ubat-ubatan
Racun serangga
Gas
Produk pertanian seperti baja dan
racun rumpai
Bahan-bahan kimia industri
Bahan-bahan pencuci di rumah
1. Alihkan mangsa daripada punca bahan toksik serta-merta.
2. Tanggalkan pakaian yang tercemar seberapa segera.
3. Basuh anggota yang terlibat menggunakan air.
4. Hantar segera mangsa ke hospital.
5. Kenalpasti bahan toksik yang terlibat dan serahkan
kepada doktor yang merawat.
Terseliuh adalah satu keadaan
dimana terdapat kecederaan pada
sendi dibahagian sendi/buku
lali/pergelangan tangan.
Berlaku apabila kawasan terlibat
tergeliat menyebabkan kecederaan
berlaku pada ligamen.
Kecederaan ini boleh
menyebabkan kawasan tersebut
bengkak dan lebam