The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 420-12-hariz, 2022-09-14 13:56:12

e-BUKU LOG_HARIZ-ISKANDAR

e-BUKU LOG_HARIZ-ISKANDAR

 Dikenali sebagai malam pengakap/malam
kebudayaan pengakap.

 Temasya yang dibuat oleh kumpulan pengakap
untuk bersuka-ria dan melupakan segala kerja
berkaitan perkhemahan.

 Mempunyai hubungan dengan seni budaya atau
kebudayaan pengakap itu sendiri.

 Melupakan segala kepenatan dan kerja berkaitan
perkhemahan.

 Melatih disiplin dan taat setia pada perintah ketua.
 Mencungkil bakat pengakap.
 Membentuk keyakinan diri pada ahli pengakap.
 Menerapkan nilai-nilai murni.
 Menyambut temasya berkaitan pengakap.
 Meraikan tetamu dalam perjumpaan pengakap.

 Mempunyai susunan dan atur cara.
 Mempunyai unsur latihan dan uji bakat
 Mempunyai unsur kebudayaan seperti seni tari dan

lakonan.
 Mengutamakan disiplin.

 Malam Pengakap Daerah
 Malam Pengakap Gabungan
 Malam Pengakap Negeri
 Malam Pengakap Jambori

 Kawasan yang luas dan lapang
 Kawasan yang berjauhan daripada tempat larangan

seperti balai polis, hospital dan tempat ibadat.
 Menyewa dewan masyarakat atau balai raya tetapi

mesti menjaga tempat ibadat.



LAGU
PENGAKAP
MALAYSIA

LAGU MEDLEY
PENGAKAP

LAGU KLASIK
PENGAKAP

LAGU
PENGAKAP
ANTARABANGSA

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa

Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan Pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan Raja dan Negara
Berbudi bersaudara
Taat menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap, Malaysia

Dipercayai Taat Berguna
Bersaudara Berbudi

Kasihkan Binatang Menurut Perintah
Tabah Hati Berjimat

Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan
*ulang 3 kali

Taat pada perintah Tuhan, Raja dan Negara
Membantu tiap masa

Patuh undang-undangnya
Kami ahli Pengakap muda

Buat sehabis baik
*ulang 3 kali

Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×)
Kami pilih pengakap saja

Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam

BURUNG HANTU
DI SINI KITA BERKUMPUL

POTONG LALANG
MANDOLO
APOSE

I've got that B-P spirit
Right in my head
Right in my head
Right in my head

I've got that B-P spirit right in my head

Right in my head to stay
Deep in my heart
All round my feet
All over me

Masa bili bili bili, masa bili om kam pa
Masa bili bili bili, masa bili om kam pa

Om kam pa, sarina pooni,
Om kam pa, sarina pom

Inaka dina dina dina, inaka dina om kam pa
Inaka dina dina dina, inaka dina om kam pa

Om kam pa, sarina pooni,
Om kam pa, sarina pom

Ging Gang Goolee, Goolee,
Goolee, Goolee Watcha

Ging Gang Goo Ging Gang Goo
Ging Gang Goolee, Goolee,
Goolee, Goolee Watcha

Ging Gang Goo Ging Gang Goo

Hayla, Hayla Shayla, Hayla Shayla Hayla Ho-o-o!
Hayla, Hayla Shayla Hayla Shayla Hayla Ho-o-o!

Shalawally hallway shalawally shalawally!
Oompah, Oompah, Oompah, Oompah!

KUMBAYA
MOSI-MOSI ANONE
POKARE ROTOTUA
BACK TO GILWELL

Dimana dia anak kambing saya?
anak kambing saya yang makan daun talas

dimana dia buah hati saya?
buah hati saya bagai telur dikupas
Chan mali chan, chan mali chan
chan mali chan, ketipung payung

Salam kabare, salam kabare,
Salam…..salam,

Riang ria, riang ria,
Salam…..salam

Tinggal kawanku, tinggal kawanku,
Tinggal…..tinggal,

Berjumpa lagi, bertemu lagi
Selamat tinggal…..



 Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan yang
dihadapi oleh individu untuk terus hidup.

 Ikhtiar hidup bertujuan sebagai suatu usaha yang harus
dilakukan oleh seseorang individu supaya dia terus hidup
ketika menghadapi ancaman.

 Di dalam situasi ikhtiar hidup berfikir secara bijak
bermakna anda membuat keputusan yang tepat dan jangan
berputus asa.

TERSESAT
ANCAMAN HIDUPAN BUAS

BENCANA ALAM

API

 Api merupakan elemen yang sangat penting ketika berada di
dalam hutan.

 Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan,
memanaskan badan yang sejuk dan mengelak daripada binatang
buas.

 Api juga boleh digunakan untuk memberi isyarat atau
memberitahu orang lain tentang kedudukan survivor semasa
berada di dalam hutan.

PERLINDUNGAN

 Tempat untuk melindungi diri daripada cuaca sejuk, hujan, panas
matahari dan angin.

 Tanpa peralatan untuk membuat tempat perlindungan seperti
ponco, khemah, kita boleh improvisasi tempat perlindungan
dengan menggunakan sumber-sumber hutan yang sedia ada.

Membina Tempat Perlindungan

Sebelum kita membina tempat perlindungan perkara-perkara
berikut perlu dipertimbangkan:
1. Bahan-bahan yang digunakan seperti kayu, tali dan daun utuk

membuat atap senang didapati dikawasan tersebut.
2. Selamat dari binatang-binatang liar dan serangga-serangga yang

memberhaya.
3. Selamat dari bencana alam seperti tanah runtuh, banjir dan

pokok-pokok yang mati.
4. Berhampiran dengan sumber air dan makanan supaya senang

didapati.
5. Selesa untuk kita tidur dan rehat bagi jangka masa yang

dirancangkan.

MAKANAN
 Makanan dan air merupakan perkara asas dalam

kehidupan selain pakaian dan perlindungan.

 Kemahiran memasak atau masakan rimba sangat
penting apabila seseorang individu berada atau tersesat
di dalam hutan.

 Pelbagai menu masakan rimba yang boleh dilakukan
seperti roti lilit, ikan bakar, ayam bakar dan sebagainya.

Kaedah Memasak

Bahan-bahan menghidupkan api:
1. Daun kering
2. Ranting
3. Kayu kering yang besar
4. Rumput kering/kulit kayu yang kering dan lembut

Cara Penyediaan

1. Guna ranting-ranting atau dahan-dahan kayu kering. Beberapa batang
kayu disusun selari sebagai lantai. Ini kerana kelembapan tanah akan
menghalang kelancaran pembakaran.

2. Kayu yang baru dipotong atau yang terbenam di dalam tanah tidak
sesuai sebagai bahan api. Ini kerana kayu ini biasanya tidak cukup
kering dan pembakarannya akan menghasilkan asap yang banyak.

3. Letakkan umpan untuk memulakan api. Umpan biasanya terdiri
daripada ranting-ranting kayu yang cukup kering, kulit kayu, ataupun
daun-daun kering.

4. Tindihkan kayu yang semakin besar saiznya apabila api mula menyala.
Kayu ini ada baiknya ditindihkan bersilangan supaya membolehkan
peredaran udara.

5. Pastikan api itu tidak terlalu besar. Kawal api tersebut. Ada baiknya
mengepung kawasan bakaran tersebut supaya api tidak merebak.

ROTI LILIT

IKAN BAKAR



 Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan
dalam setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap.

 Dengan ini barulah Pengakap dapat bersukaria serta
menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam
aktiviti-aktiviti itu.

 Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah
disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan.

Aktiviti permainan Pengakap terbahagi kepada dua jenis:
a) Aktiviti dalam (Indoor activity)
 Diadakan di dalam dewan atau bilik yang sesuai seperti

rumah pengakap.

b) Aktiviti luar (Outdoor activity)
 Dijalankan semasa perjumpaan atau perkhemahan

pengakap.

LAKONAN BISU

Alatan:
 Kertas

Prosedur:
1. Tuliskan berbagai pekerjaan atau gerak kerja yang perlu

dilakukan oleh pengakap.

2. Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki
mencabut satu kertas.

3. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di
hadapan patrolnya dan mereka akan cuba meneka lakonan
yang dipamerkan.

SIMPULAN

Alatan:
 Tali

Prosedur: membuat simpulan yang
1. Pengakap dikehendaki

ditetapkan.

2. Apabila satu nama simpulan diberi, mereka dikehendaki
untuk membuatnya dengan pantas dan apabila sudah siap,
angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut.

3. Contoh simpulan yang boleh dibuat ialah buku sila, bunga
geti, bunga geti berganda, simpul pengail, simpul lapan
berganda dan simpul tindih kasih.

4. Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti atau
kebolehan masing-masing.

MENDIRIKAN KHEMAH

Pengakap diberikan latihan untuk mendirikan khemah supaya
mereka cekap dan mahir mendirikan khemah sendiri.

Variasi:
Mendirikan khemah dalam gelap iaitu dengan menyuruh
pengakap menutup mata mereka dengan skaf dan mereka
harus mendirikan khemah sambil mata ditutup.



 Kemahiran insaniah adalah sifat peribadi yang berupaya
meningkatkan kemahiran interaksi individu, prestasi kerja
dan prospek kerjaya. Ia ditafsirkan sebagai kecekapan
tingkah laku yang juga dikenali sebagai kemahiran
interpersonal atau ‘people skills’ (Jain & Mehta, 2011).

 Terdapat enam kemahiran insaniah yang diperoleh daripada
aktiviti berpengakapan:

a) Kerja berpasukan
b) Menyelesaikan masalah
c) Pemikiran kritis serta kemahiran menyelesaikan masalah
d) Kemahiran komunikasi
e) Kepimpinan
f) Pembelajaran berterusan

KERJA BERPASUKAN

 Kerja secara berpasukan sering dilaksanakan dalam
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

 Setiap orang bertanggungjawab untuk tugasan yang telah
diberikan pada mereka sekali gus dapat memupuk sifat
integriti.

 Ini termasuk kebolehan untuk menerima kritikan yang
membina dan berhadapan dengan kesilapannya dan
berusaha memperbaiki diri.

MENYELESAIKAN MASALAH

 Dalam aktiviti pengakap, seseorang akan berdepan dengan
cabaran yang tidak diduga dan mereka tidak terlepas dari
mengatasinya sendiri.

 Kemahiran menyelesaikan masalah akan memastikan
remaja cemerlang dari segi akademik serta mampu
membantunya apabila menghadapinya pada masa akan
datang.

 Seseorang itu juga akan dapat menyelesaikan masalah
secara kreatif atau mencari penyelesaian di luar kotak.

BEKERJASAMA
HORMAT-MENGHORMATI

BERTANGGUNGJAWAB
BAIK HATI
RAJIN

BERSATU PADU
PRIHATIN

KETEKUNAN
BERDIKARI





















Bahagian cerita yang popular:
 Mowgli menjadi anak serigala
 Diterima sebagai ahli kumpulan serigala
 Berguru kepada Baloo
 Dilarikan oleh kumpulan monyet
 Pertolongan daripada Kaa
 Nasihat Bagheera

a) Alam semulajadi
 Mempromosikan semangat hutan.
 Menggalakkan pemahaman dan perhubungan yang lebih baik dengan

persekitaran
 Berani untuk mempelajari sesuatu yang baru

b) Simpati dan empati
 Membantu manusia dan hidupan lain yang berada dalam kesusahan
 Tidak prejudis dan ikhlas dalam memberi bantuan

c) Hidup dalam komuniti
 Memupuk persefahaman dan penghayatan yang lebih baik antara satu

sama lain
 Menghargai segala jenis bantuan



 Kerja-kerja amal dan sukarelawan kepada masyarakat atau

komuniti.

 Memupuk semangat gotong royong dan budaya

kesukarelawan di kalangan belia dan generasi baru.
 Menjalinkan hubungan dua hala yang baik dan mesra dengan

pemimpin dan masyarakat setempat. syarikat-syarikat
 Merealisasikan tanggungjawab sosial

korporat yang terlibat kepada masyarakat.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema
tersebut, mengenal pasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat
kerja penambahbaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-
lain.

a) Kejiranan
Perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga baru atau
penduduk di kawasan perumahan, kampung dan sebagainya.

b) Perkhidmatan sosial
 Meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan

sebagainya dalam organisasi, pertubuhan kerajaan ataupun badan
bukan kerajaan.

c) Alam sekitar
 Membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai,

kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya.

d) Kemudahan awam
 Kerja sukarela dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan

seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan dan
sebagainya.

 Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan
selepas program dilaksanakan.

 Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih.

 Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai
dengan objektif umum kursus.

 Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya
masyarakat yang tinggal di pedalaman.

 Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik
dalam pengurusan pentadbiran pendidikan.

 Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam
pembangunan modal insan di era globalisasi.

 Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi
memperkasakan pembangunan sistem pendidikan negara.

 Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru.

 Prihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.


Click to View FlipBook Version