The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 420-12-hariz, 2022-09-14 13:56:12

e-BUKU LOG_HARIZ-ISKANDAR

e-BUKU LOG_HARIZ-ISKANDAR

 Berdiri tegak
 Kedua tangan bengkok ke belakang dan diletakkan pada

paras pinggang

 Jari tangan kiri genggam jari kanan yang membentuk
'isyarat Pengakap'

 Kedua kaki lurus dan dijarakkan

 Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke hadapan
 Barisan belakang melangkah 2 langkah ke belakang

 Barisan hadapan melangkah 2 langkah ke belakang
 Barisan belakang melangkah 2 langkah ke hadapan

 Pengakap yang berada di barisan hadapan kanan (Penanda)
tidak perlu bergerak

 Pergerakan serentak tangan dan kepala

 Ahli barisan hadapan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke
kanan di belakang badan kawan. Kepala pusing 90° ke kanan

 Ahli barisan paling kanan gerakkan tangan kanan lurus 90° ke
hadapan di tepi bahu kanan kawan. Kepala tidak perlu pusing
90° ke kanan

 Pusing kaki kanan 90° ke kanan. Kaki kiri ikut semampu
boleh

 Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki
kanan

 Kembali ke keadaan sedia

 Pusing kaki kiri 90° ke kiri. Kaki kanan ikut semampu
boleh

 Angkat kaki kanan 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki
kiri

 Kembali ke keadaan sedia

 Pusing kaki kanan 180° ke belakang ikut arah kanan.
Kaki kiri ikut semampu boleh

 Angkat kaki kiri 90° ke atas dan hentak di sebelah kaki
kanan

 Kembali ke keadaan sedia



 Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di
pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
Berkhemah berkait rapatdengan ikhtiar hidup secara
individu atau berkumpulan.

 Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-
sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti
berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita
menghadapi kekurangan dan ketidakselesaan.

 Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti yang
menggabungkan dua aspek utama iaitu ketahanan diri dan
kemahiran setiap anggota yang menyertainya.

 Perkhemahan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di
sekolah dan sering mendapat sambutan daripada pelajar yang
menampilkan salah satu cara hidup sementara yang
dilakukan di luar rumah.

1. Ikhtiar Hidup
 Untuk tujuan yang lebih khusus. Kebiasaannya untuk pengembaraan

lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan
membina semangat serta ketahanan diri.

2. Rekreasi
 Mementingkan kemudahan/keselesaan makan minum/tempat tidur.

Tidak mementingkan kemahiran ilmu perkhemahan.

3. Khusus
 Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan terhadap

kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang suasana ala
hutan (back woods).

4. Pengembaraan Ekspedisi
 Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan

jauh untuk tujuan rehat/perancangan baru.

5. Misteri
 Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi

berdasarkan panduan menggunakan peta atau kompas atau kedua-
duanya sekali.

6. Penyelidikan
 Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan jangka

masa yang lama di sesuatu lokasi.

1. Penganjur
 Individu atau agensi yang ingin mendapatkan impak kepada

perkhemahan. Penganjur juga orang yang mengeluarkan
dana/modal demi mencapai objektif atau matlamat perkhemahan.

2. Urus Setia
Membantu soal-soal pentadbiran yang berkaitan dengan
pengurusan khususnya dalam penganjuran satu perkhemahan
seperti urusan surat-menyurat dan pendaftaran peserta.

3. Jurulatih
 Menentukan kandungan sesuatu perkhemahan. Kandungan pula

merujuk kepada objektif perkhemahan.

4. Peserta
 Mengikuti perkhemahan yang telah dirancang mengikut tentatif

program yang ditetapkan oleh pihak pengajur dan jurulatih.

a) Perkhemahan Ringkas
 3/4 ahli
 Biasanya pada hujung minggu
 Satu atau dua malam
 Mendapatkan satu lencana atau sekadar perkhemahan

b) Perkhemahan Kumpulan
 Anjuran pemimpin atau Ketua Patrol
 Sekumpulan ahli
 Dua atau tiga hari
 Biasanya pada penggal persekolahan

c) Perkhemahan Secara Besar-besaran
 Anjuran oleh Majlis peringkat daerah, negeri negara atau

dunia
 Beratus atau beribu orang
 Dikenali sebagai jambori
 3 – 7 hari





 Tanah atau tapak yang rata
 Mudah untuk mendapatkan bantuan
 Tapak yang lebih tinggi daripada punca air
 Keselamatan kawasan perkhemahan
 Mudah untuk mendapatkan bahan bakar
 Berhampiran punca air
 Jauh daripada dahan mati



Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung. Ia
diperbuat dari bahan nilon (nilon) yang ringan supaya
mudah dibawa dan dilipat.

Khemah jenis besar ini biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga. Angka khemah akan dipasang terlebih dahulu.
Kemudian, barulah dipasang kanvas.

Berbentuk gelembung dan menggunakan bahan yang sesuai
serta fleksibel. Ianya ringan, mudah dibawa dan sesuai
digunakan untuk perkhemahan seperti di sekolah dan
sebagainya.

1. Membuat kertas kerja (organisasi, bajet, kos, logistik).
2. Mengadakan mesyuarat dengan pihak berkepentingan

seperti pengelola.

3. Senarai petugas/jadual bertugas.
4. Penentuan jumlah penyertaan/syarat/peraturan.
5. Peralatan/perkakasan untuk kemudahan pegawai/peserta.
6. Pengisian aktiviti.
7. Senarai pegawai/peserta.
8. Atur cara program (Pelan A & Pelan B)
9. Makan minum (kaedah)
10. Pengangkutan peserta (persendirian/berkumpulan)
11. Peralatan perhubungan (radio komunikasi)
12. Mengambil insurans tambahan (jika perlu)

a) Sistem Kawalan
 Sediakan jadual giliran kawalan malam.

b) Kod Laluan
 Gunakan kod yang diketahui dan telah disahkan oleh semua ahli.

c) Peralatan
 Lampu suluh, tongkat, wisel. Peti ubat yang lengkap dan terkawal.

Ada petugas yang ditetapkan untuk memberi bantuan bantu mula.
Sediakan tempat khas untuk peserta yang sakit.

d) Keselamatan api
 Memastikan keselamatan Jangan membiarkan api tanpa

pengawasan. Jangan merokok dan menyala api di dalam khemah.
Padamkan api dengan segera jika angin kuat bertiup ke arah
khemah. Jangan memasang api tanpa tujuan.

e) Keselamatan air
 Memastikan keselamatan dalam air seperti tidak mengambil air di

tempat yang kurang selamat, tidak mandi bersendirian, tidak turun
ke kawasan air apabila arus laju dan sediakan alat bantuan
kecemasan seperti pelampung.



1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan
lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah
yang mantap.

3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut
prosedur pengendalian aktiviti.

Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan,
perkara yang amat penting sekali ialah memohon
kebenaran. Kebenaran daripada ibubapa / penjaga adalah
perlu dan kita harus memaklumkan aktiviti serta tujuan
kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

1. Titik Kawalan (Control Point)
 Sesuatu tanda kedudukan yang telah ditentukan di atas peta

yang perlu dilawati oleh peserta.
 Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan

manusia yang jelas.
 Titik kawalan bukanlah checkpoint kerana ia tiada penjaga di

titik.

2. Penanda Kawalan
 Tujuanya bagi membantu peserta tida ke destinasi yang betul.
 Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah

muda dan putih sebagai tanda yang diletakan di titik kawalan.
 Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang yang

unik.

3. Kad Kawalan
 Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan

ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.

4. Peta Utama
 Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan

dengan keterangan kawalan.

5. Keterangan Kawalan
 Keterangan asas sebagai panduan titik-titik kawalan

berkenaan.
 Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod

kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

6. Landasan
 Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik

kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat.

1. Menyediakan kertas konsep
2. Menetapkan tarikh
3. Tujuan dan pemilihan lokasi yang akan dijalankan
4. Menentukan kumpulan sasaran
5. Perlantikan Jawatankuasa
6. Menyenaraikan nama peserta
7. Menyenaraikan nama jurulatih dan pegawai
8. Menyenaraikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
9. Penyediaan alatan dan logistik aktiviti

Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang
seragam, sistematik, efektif dan mesra pengguna bagi
semua Pusat Kokurikulum Negeri Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Memantapkan pengurusan yang seragam dan
keberkesanan pengurusan aktiviti pandu arah di setiap
pusat kokurikulum negeri.

 Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan
lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

 Mempunyai sistem pengurusan aktiviti Pandu Arah
yang mantap.

 Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut
Prosedur Pengendalian Aktiviti (SOP).

1. Penyediaan landasan.
2. Taklimat jurulatih dan peserta.
3. Semakan alatan dan logistik.
4. Peralatan kecemasan.
5. Pengagihan kumpulan/kategori.

1. Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti.
2. Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen sebelum peserta

dilepaskan.
3. Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta.
4. Peserta diberikan peralatan/keperluan pandu arah.
5. Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan

peralatan yang lengkap.
6. Memastikan peserta berada dalam kawasan aktiviti dan

selamat dan sentiasa berhubung menggunakan radio dari masa
ke semasa.
7. Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang
ditetapkan.
8. Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-
masing bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri
secara berkumpulan.

1. Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat
dan memastikan bilangannya mencukupi, mengenal
pasti tahap kesihatan dan kecergasan peserta.

2. Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan
awal atau hantar ke hospital.

3. Semua alatan hendaklah dikembalikan. Jika rosak atau
hilang, laporkan kepada bahagian logistik.

4. Sesi renungan/refleksi.
5. Bersalaman antara jurulatih dan peserta.
6. Simpan barang di stor.
7. Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan

aktiviti dengan menggunakan Borang Prosedur Kerja
Laporan Ringkas Aktiviti.

 Kompas adalah alat yang berfungsi untuk menunjukkan
arah mata angin.

 Bagi para jungle trekker, mereka seharusnya mengetahui
cara-cara penggunaan kompas dan fungsinya.

 Mengetahui cara membaca peta dengan arah kompas,
berkemungkinan akan tersesat adalah tipis.

 Penting kepada semua penggiat pencinta alam untuk
mengetahui cara penggunaan dan pemakaian kompas
dalam perjalanan di dalam hutan dan seumpamanya.

1. Letakkan kompas anda di atas permukaan yang rata.
Setelah jarum kompas tidak bergerak lagi, maka jarum
tersebut menunjuk ke arah utara magnet.

2. Bidik sasaran melalui Visir dengan kaca pembesar.
Miringkan sedikit letak kaca pembesar, kira-kira 50 di
mana berfungsi untuk membidik ke arah Visir dan
mengintai angka pada dial.

3. Apabila Visir diragukan kerana kurang jelas dilihat dari
kaca pembesar, luruskan saja garis yang terdapat pada
tutup dial ke arah Visir, mengikut dengan sasaran tilik
agar mudah dilihat melalui kaca pembesar.

4. Kompas bearing sudut diukur mengikut arah pusingan
jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360 darjah manakala
kompas mata angin berpadukan empat mata angin yang
utama iaitu utara, timur, selatan, barat.



 Mengenal arah mata angin
 Mencari arah mata angin
 Menggunakan peta
 Merintis hutan
 Aktiviti pandu arah

 Memeriksa bearing kompas bagi memastikan arah yang
betul dan tepat.

 Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh
terus menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah.

 Contoh: Pokok besar.

1. Letakan peta di atas permukaan yang rata.

2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari
bearing sudutnya. Misalnya, A & B.

3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara dan selatan.
Ini dapat dilakukan dengan melukis garisan yang selari
dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.

4. Sambungkan kedua-dua titik A & B dengan satu garis
lurus.

5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula
dari utara mengikut arah pusingan jarum jam sehingga
ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.



 Radio amatur adalah suatu perkhidmatan radio
komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri,
perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan
oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

 Seseorang pengendali radio amatur juga dikenali sebagai
‘Ham Radio’ dan terdapat lebih 3 juta pengendali di
serata dunia yang mana mereka akan berpeluang
berhubung antara sama lain.

Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung
dengan jutaan pengguna dunia menggunakan frekuensi
tertentu kerana liputanya tidak terbatas.

Pengendali radio amatur akan berpeluang membina,
menguji kaji dalam pembuatan radio, antena dan perkara-
perkara yang berkaitan dengan teknikal.

 Dalam keadaan darurat, peranan radio amatur amat
membantu dalam memberikan kemudahan
perhubungan.

 Contohnya semasa berlaku bencana alam seperti gempa
bumi, tsunami, banjir dan lain-lain lagi memberikan
kemudahan perhubungan komunikasi antara petugas-
petugas terutama di kawasan pedalaman.

 Begitu juga semasa menjalankan operasi SAR
mengesan orang yang hilang atau sesat.

Pengendali radio amatur akan berpeluang memantau
frekuensi-frekuensi di dalam dan di luar negara serta stesen
angkasa lepas.

 Komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke
stesen tanpa menggunakan repeater.

 Jarak komunikasi bergantung kuat kepada jenis
antena, ketinggian antena dan kekuatan kuasa
pancaran.

 Jika kesemua faktor tersebut dapat diselaraskan
dengan sempurna, jarak komunikasi yang agak jauh
dapat dicapai dengan jarak 20-30 kilometer.

 Perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima
(RX) dan menghantar (TX) kembali audio kita.

 Pancar ulang lazimnya terletak di kawasan tinggi seperti
di gunung/bukit bagi membolehkan ia menerima dan
menghantar semula audio ke tempat yang lain pada
jarak yang lebih jauh.

 Pancar ulang penting kerana ada kalanya komunikasi
agak sukar kerana terlindung oleh halangan seperti
struktur binaan manusia seperti bangunan mahupun
muka alam seperti bukit dan gunung.

 Oleh yang demikian, bagi membolehkan audio
disampaikan ke kawasan yang terlindung, pancar ulang
diperlukan.

 Dimulakan dengan menyebut tanda panggilan stesen yang
hendak di panggil (9W2MIE) dan barulah mengenalkan
tanda panggilan stesen yang memanggil (9M2DA).

 Contoh: Nine Whiskey Two Mike India Echo di sini Nine
Mike Two Delta Alpha over.

 Berinteraksi dimulakan dengan menyebut tanda panggilan
stesen yang memanggil dan barulah diikuti tanda panggilan
stesyen yang menerima panggilan.

 Contoh: Nine Mike Two Delta Alpha di sini Nine Whiskey
Two Mike India Echo nama saya Azmi, saya eja, Alpha,
Zulu, Mike, India, saya ulang” umur saya…..tahun. Semoga
dapat bertemu lagi di udara, over.



 Peta topografi memetakan tempat-tempat di permukaan
bumi yang berketinggian sama dari permukaan laut
menjadi bentuk garis-garis kontur dengan satu garis
kontur yang mewakili satu ketinggian.

 Peta topografi mengacu pada semua ciri permukaan bumi
yang dapat diidentifikasi, apakah buatan yang dapat
ditentukan pada posisi tersebut.

 Oleh itu, dua unsur utama dalam topografi adalah ukuran
relief (berdasarkan variasi elevasi axis) dan ukuran
planimetrik (ukuran permukaan bidang datar). Peta
topografi menyediakan data yang diperlukan tentang
sudut cerun, elevasi, daerah aliran sungai, vegetasi secara
umum dan pola urbanisasi.

 Peta topografi juga menggambarkan sebanyak mungkin
ciri-ciri permukaan suatu kawasan tertentu dalam batas-
batas skala.



 Tanda atau simbol digunakan semasa
pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit.

 Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di
dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah.

 Tanda dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk
seperti batu, ranting, anak panah, rumput, lakaran
atau lorekkan pada tanah.

 Pelbagai jenis simbol juga dapat dicipta.








Click to View FlipBook Version