Isi kandungan Muka Surat
Projek Jahitan: Drawstring Bag 1
2
Pengenalan 3
Lakaran projek 4
Susun atur projek 5
Alatan dan bahan yang digunakan 6
Fabrik yang digunakan 7
Langkah-langkah membuat projek 14
Gambar projek jahitan 15
Anggaran kos projek jahitan 16
Refleksi 17
Projek Jahitan: Beg Duit Syiling 18
Pengenalan 19
Lakaran projek 20
Susun atur projek 22
Alatan dan bahan yang digunakan 23
Fabrik yang digunakan 24
Langkah-langkah membuat projek 34
Gambar projek jahitan 35
Anggaran kos projek jahitan 36
Refleksi 37
Projek Jahitan: Lapik Gelas Bunga 38
Pengenalan 39
Lakaran projek 40
Susun atur projek 41
Alatan dan bahan yang digunakan 42
Fabrik yang digunakan 43
Langkah-langkah membuat projek 49
Gambar projek jahitan 50
Anggaran kos projek jahitan 51
Refleksi 52
Projek Jahitan: Alas Gelas Berbentuk Bintang 53
Pengenalan
i
Lakaran projek 54
Susun atur projek 55
Alatan dan bahan yang digunakan 57
Fabrik yang digunakan 58
Langkah-langkah membuat projek 59
Gambar projek jahitan 63
Anggaran kos projek jahitan 65
Refleksi 66
Projek Jahitan: Scrunchies (Mix & Match) 67
Pengenalan 68
Lakaran projek 69
Susun atur projek 70
Alatan dan bahan yang digunakan 71
Fabrik yang digunakan 72
Langkah-langkah membuat projek 74
Gambar projek jahitan 80
Anggaran kos projek jahitan 81
Refleksi 82
Projek Jahitan: Penanda Buku 83
Pengenalan 84
Lakaran projek 85
Susun atur projek 86
Alatan dan bahan yang digunakan 87
Fabrik yang digunakan 88
Langkah-langkah membuat projek 89
Gambar projek jahitan 93
Anggaran kos projek jahitan 94
Refleksi 95
Projek Jahitan: Alas Periuk 96
Pengenalan 97
Lakaran projek 98
Susun atur projek 99
Alatan dan bahan yang digunakan 101
ii
Fabrik yang digunakan 102
Langkah-langkah membuat projek 103
Gambar projek jahitan 111
Anggaran kos projek jahitan 112
Refleksi 113
Projek Jahitan: Alas Kaki Mini 114
Pengenalan 115
Lakaran projek 116
Susun atur projek 117
Alatan dan bahan yang digunakan 119
Fabrik yang digunakan 120
Langkah-langkah membuat projek 121
Gambar projek jahitan 125
Anggaran kos projek jahitan 126
Refleksi 127
Projek Jahitan: Poket Tisu 128
Pengenalan 129
Lakaran projek 130
Susun atur projek 131
Alatan dan bahan yang digunakan 132
Fabrik yang digunakan 133
Langkah-langkah membuat projek 134
Gambar projek jahitan 138
Anggaran kos projek jahitan 139
Refleksi 140
Projek Jahitan: Scrunchie Patchwork 141
Pengenalan 142
Lakaran projek 143
Susun atur projek 144
Alatan dan bahan yang digunakan 146
Fabrik yang digunakan 147
Langkah-langkah membuat projek 149
Gambar projek jahitan 156
iii
Anggaran kos projek jahitan 157
Refleksi 158
Projek Jahitan: Scrunchie with Beads 159
Pengenalan 160
Lakaran projek 161
Susun atur projek 162
Alatan dan bahan yang digunakan 163
Fabrik yang digunakan 164
Langkah-langkah membuat projek 165
Gambar projek jahitan 177
Anggaran kos projek jahitan 179
Refleksi 180
iv
PROJEK JAHITAN: DRAWSTRING BAG
1
PENGENALAN
Jahitan tampal cantum (Patchwork) merupakan suatu cara jahitan untuk
mencantumkan kepingan fabrik dan menjadi suatu rekaan yang besar dan lengkap.
Projek Khas yang disediakan merupakan projek yang dilaksanakan untuk memenuhi
modul kursus Kokurikulum Berkredit MPU3432 di bawah sub teras Asas Jahitan
Tampal Cantum (Patchwork). Projek ini melibatkan para mahasiswa dan pelajar
Sekolah Menengah. Penularan wabak koronavirus yang merentasi seluruh dunia atau
dikenali sebagai Pandemik Covid-19 yang berlaku sejak tahun 2020 telah memberi
impak negatif terhadap ekonomi negara, sektor kesihatan, dan hidupan harian
masyarakat. Setiap masyarakat di Malaysia dinasihati supaya duduk di rumah untuk
mengelakkan jangkitan virus Covid-19. Dengan ini, program kami iaitu penghasilan
drawstring bag dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memenuhi masa dan
meningkatkan kemahiran dalam jahitan. Para mahasiswi dan pelajar juga dapat
meningkatkan tahap kesabaran, keyakinan dan semangat bekerjasama melalui program
tersebut. Drawstring bag yang dihasilkan adalah satu beg kecil yang dapat menyimpan
duit, kunci dan kad. Penghasilan drawstring bag memudahkan para pelajar untuk
membawa barang kecil yang penting ke mana-mana tanpa membawa dompet yang
besar.
Disediakan oleh: 74014
Kumpulan 1 74358
74422
Alevitta Wee Li Her (K) 76756
Chai Chia Yee
Chiew Shie Jin
Sherelyn Sharvena anak Wellsy Gusa
2
LAKARAN PROJEK
3
SUSUN ATUR PROJEK
Drawstring bag memerlukan 2 keping kain yang mempunyai corak ataupun
warna yang berbeza. Ukuran untuk kedua-dua kain ini adalah 16 cm x 14 cm. Kain yang
berbeza corak ini digunakan adalah untuk memberi drawstring bag ini kelihatan lebih
cantik dan menarik. Ukuran dan potongan kain haruslah dilakukan dengan tepat agar
hasil jahitan akan kelihatan cantik dan kemas.
4
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
2 helai kain jenis kapas (berlainan warna/corak)
Tali reben jenis kain
Benang
Jarum
Gunting
Pembaris panjang (sekurang-kurangnya 30 cm panjang)
Pensil 2b
Pin keselamatan
5
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Jenis kain yang digunakan dalam penghasilan drawstring bag ialah kain fabrik
jenis kapas. Kain ini digunakan kerana mudah untuk dijahit. Selain itu, kain jenis kapas
mempunyai daya ketahanan yang baik. Seterusnya, kain jenis kapas mudah dijaga dan
tahan lama. Oleh itu, ianya sesuai digunakan dalam penghasilan drawstring bag.
6
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
DRAWSTRING BAG
1. Sediakan alatan dan bahan yang diperlukan dalam penghasilan drawstring bag.
Kemudian, mulakan dengan mengukur dan guntingkan kedua-dua kain mengikut
ukuran tersebut: 16 cm panjang x 14 cm lebar.
7
2. Seterusnya, ukur kedua-dua kain tersebut seperti di dalam gambar. Ukuran bagi
kedua-dua kain adalah sama. (A=B=C=1.5cm, D=E=1cm, F=1cm). Kemudian,
lipat bahagian D, E dan F pada kedua-dua helai kain tersebut. Anda juga boleh
menyeterika bahagian tersebut untuk mendapatkan kekemasan semasa menjahit
nanti.
8
3. Letakkan bahagian luar kedua-dua kain berhadapan satu sama lain. Kemudian,
lipatkan bahagian bawah kain dan cantumkan menggunakan jahitan lilit ubi.
9
4. Setelah selesai menjahit bahagian sisi bawah kain, jahitkan pula bahagian sisi
sebelah kanan(E) dan kiri(D) kain menggunakan jahitan jelujur kasar.
10
5. Kemudian, lipatkan bahagian atas kain sebanyak dua (2) kali, kemudian jahit
bahagian tersebut menggunakan jahitan jelujur kasar.
11
6. Setelah proses menjahit selesai, selanjutnya balikkan bag tersebut. Sediakan 2
reben sama panjang dan masukkan reben satu demi satu dengan bantuan peniti
atau pin keselamatan pada bahagian bukaan drawstring bag. Kedua-dua reben
tersebut dimasukkan dari arah yang berlawanan. Masukkan tali reben yang
pertama pada bahagian bukaan bag sehingga kedua hujung tali reben bertemu
pada sisi yang sama. Kemudian, masukkan tali reben yang kedua pada bahagian
bukaan bag namun dari lubang lain yang berseberangan hingga kedua hujung tali
reben bertemu pada sisi yang sama. Setelah masukkan kedua-dua reben, ikat
hujung tali masing-masing sisi belahan drawstring bag.
12
7. Akhir sekali, drawstring bag siap untuk digunakan.
13
GAMBAR PROJEK JAHITAN
DRAWSTRING BAG
14
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil. Perkara Harga Kuantiti Jumlah Kos
Keseluruhan
Seunit 2x1
meter (RM)
(RM) 10.00
1. 2 kain jenis kapas 5.00
(berlainan
warna/corak)
2. Benang 2.00 1 meter 2.00
1 gulung 2.50
3. Reben jenis kain 2.50 3.00
1 pek 3.00
4. Jarum (24 pcs) 3.00 1 Unit 0.50
1 batang 1.00
5. Gunting 3.00 1 batang 1.00
1 pek
6. Pensel 0.50
7. Pembaris (30cm) 1.00
8. Pin Keselamatan 1.00
(10 Unit)
Jumlah Keseluruhan 23.00
15
REFLEKSI
1. Semua ahli kumpulan kami berasa projek ini adalah satu tugasan yang sangat
mencabar kerana kami kurang mahir menjahit ketika menerima tugasan ini.
2. Kami tidak dapat berjumpa untuk membincangkan tentang projek ini kerana
Pandemik Covid-19. Justeru, kami hanya boleh berbincang menerusi aplikasi
WhatsApp.
3. Masalah yang kami hadapi ialah kami sukar untuk pergi ke kedai untuk membeli
kain bagi penghasilan drawstring bag kerana Pandemik Covid-19 yang menular
ini. Jadi, kami hanya menggunakan kain yang boleh didapati di rumah kami.
4. Kami juga merujuk sumber daripada internet untuk melakukan tugasan ini.
5. Kami juga akan bertanya pensyarah MPU 3432 sekiranya terdapat masalah yang
dihadapi ketika menjalankan tugasan ini.
6. Kami telah mempelajari pelbagai teknik kemahiran menjahit dan pengalaman
yang baru melalui pelaksanaan projek ini. Pengetahuan dan kemahiran baru
melalui tugasan ini akan menjadi aset yang berguna dalam kehidupan seharian.
16
PROJEK JAHITAN: BEG DUIT SYILING
17
PENGENALAN
Beg duit syiling merupakan sejenis bekas yang tertutup sama ada menggunakan
zip ataupun butang dengan tujuan untuk menyimpan duit syiling. Beg duit syiling sering
dihasilkan menggunakan pelbagai jenis kain dan teknik. Dalam buku panduan berkaitan
asas jahitan patchwork beg duit syiling ini, pelajar-pelajar dapat didedahkan mengenai
cara penghasilan beg duit menggunakan teknik jahitan patchwork. Patchwork
merupakan salah satu jenis jahitan yang menarik dan mudah untuk dihasilkan.
Penghasilan Patchwork ini juga tidak memerlukan kos yang banyak kerana ia
menggunakan sisa kain yang senang diperoleh untuk dicantumkan bersama bagi
menghasilkan produk yang diinginkan.
Dalam buku panduan ini, beg duit syiling akan dihasilkan menggunakan
beberapa jenis jahitan untuk mencantumkan kain iaitu teknik jahitan jelujur kasar dan
lilit ubi. Ianya juga merupakan teknik jahitan asas yang digunakan dalam penghasilan
patchwork dan sangat mudah kepada pemula yang berjinak-jinak untuk mempelajari
jahitan asas patchwork. Selain daripada menghasilkan beg duit syiling, para pelajar juga
akan didedahkan dengan penghasilan bunga kain sebagai dekorasi untuk beg duit
syiling tersebut. Semoga cara-cara yang ditunjukkan dalam modul bahagian beg duit
syiling ini dapat memudahkan para pelajar menghasilkan beg duit syiling mereka
sendiri dan mendekorasikannya mengikut kreativiti masing-masing.
Disediakan oleh: 76479
76036
Kumpulan 2 73313
Nurul Nadzirah binti Amirdin (K) 76063
Nik Alyaa Basirah binti Mohd Said
Aishah Hanim binti Luqman Kamil
Nor Alia Zahirah binti Salehuddin
18
LAKARAN PROJEK
19
SUSUN ATUR PROJEK
Beg duit syiling memerlukan 10 helai kain yang mempunyai corak atau warna
yang berbeza berukuran 8 cm x 8 cm dan 1 helai kain bergam lembut yang berukuran
12 cm x 24 cm. Kain tersebut diperlukan agar dapat membuat beg duit syiling. Selain
itu, 6 helai kain bercorak ukuran bulat diameter 7 cm x 7 cm juga diperlukan untuk
membuat bunga yang dijadikan sebagai hiasan pada beg duit syiling agar beg syiling
ini kelihatan cantik dan menarik. Sebagai tambahan, letakkan 1 helai kain yang
berukuran 6 cm x 6 cm dan masukkan keychain ring agar memudahkan pengguna untuk
menggantungkan beg duit syiling di beg sekolah. Ukuran dan potongan kain haruslah
dilakukan dengan tepat agar hasil jahitan akan kelihatan kemas dan menarik.
20
21
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kertas A4 matte berbentuk segi empat sama (10 keping)
Kain bercorak berukuran 8 cm x 8 cm (10 helai)
Kain bercorak berukuran 6 cm x 6 cm (1 helai)
Kain bercorak ukuran bulat diameter 7 cm x 7 cm (6 helai)
Kain bergam lembut ukuran 12 cm x 24 cm (1 helai)
Benang putih (1 gulung)
Jarum
Pita pengukur
Gunting fabrik
1 keping zip biasa berukuran (5 cm)
1 tiub gam fabrik (20 ml)
Butang empat lubang (1 butir)
22
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Rajah di atas merupakan kain fabrik yang digunakan untuk membuat beg duit
syiling. Fabrik cotton merupakan fabrik yang sesuai untuk membuat beg duit syiling
kerana jenis kain yang tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut memudahkan proses
menjahit. Selain itu, terdapat pelbagai corak yang comel dan menawan boleh dipilih
dan disesuaikan untuk membuat beg duit syiling serta ia sesuai dipadankan dengan
citarasa pengguna sama ada golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
23
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
BEG DUIT SYILING
BAHAGIAN 1: MENCANTUM TEMPLAT EMPAT SEGI
1. Lekatkan A4 matte segi empat sama di kain bercorak saiz 8 cm x 8 cm.
Kemudian, lipat mengikut bentuk templat dan jahitan templat menggunakan
jahitan jelujur kasar. Ulang langkah ini sehingga memperoleh 10 templat.
2. Setelah itu, cantum dua templat dan jahit menggunakan teknik lilit ubi dan
pastikan bahagian hadapan kedua-dua templat bertemu.
24
3. Lakukan langkah 2 sehingga memperoleh 5 templat yang disusun secara selang
seli dengan corak yang berbeza dan memanjang. Lakukan langkah ini untuk
mendapatkan satu lagi bahagian dengan jumlah templat empat segi 10 keping.
4. Seterusnya, bahagian tengah yang bertanda anak panah dijahit menggunakan
teknik lilit ubi.
25
5. Selanjutnya, seterika cantuman tersebut sebelum mengeluarkan kertas A4 matte
bentuk empat segi di dalam kain.
6. Kain bergam lembut juga diseterika di bahagian dalam untuk terlihat kemas
dan menutup jahitan dalam.
26
BAHAGIAN 2: MENCANTUM ZIP DAN PEMEGANG KEYCHAIN
1. Letakkan bahagian belakang zip di bahagian atas, pastikan zip atas rapat dengan
fabrik dan jahit menggunakan teknik jelujur kasar.
2. Lipat bahagian belakang zip ke bahagian hadapan dan jahit menggunakan teknik
jahitan jelujur kasar.
27
3. Seterusnya, lipat kepada dua secara terbalik dan cantumkan zip bersebelahan,
lalu jahit menggunakan jahitan jelujur kasar.
4. Selanjutnya, terbalikkan ke bahagian hadapan dan jahit bahagian zip yang sama
dengan teknik jahitan jelujur kasar.
28
5. Lipat bahagian yang bertanda merah dan cantum kepada dua, lalu jahit di
sekeliling fabrik supaya kelihatan kemas dan teguh.
6. Setelah itu, masukkan keychain ring dan jahit bahagian bawah untuk mencantum
dua bahagian.
29
7. Jahit bahagian sisi fabrik menggunakan teknik jelujur kasar dan pastikan zip
dibukakan sedikit agar mudah untuk diterbalikkan setelah selesai jahit kedua-
dua sisi.
8. Seterusnya, untuk menjahit sisi sebelah, letakkan gelung keychain di bahagian
dalam dan pastikan bahagian yang ditanda merah dilebihkan sedikit lalu jahit
seperti biasa menggunakan teknik jelujur kasar.
30
9. Potong lebihan zip di sisi kanan dan kiri beg duit syiling. Anda juga boleh
menggunakan gunting zig-zag untuk kelihatan lebih menarik.
31
BAHAGIAN 3: MEMBUAT BUNGA HIASAN
1. Lipat kain bercorak diameter 7 cm x 7 cm mengikut garis merah di dalam rajah.
2. Setelah itu, jahit bentuk lengkung dengan teknik jahitan jelujur kasar tetapi
dirapat-rapatkan.
32
3. Ulang langkah dua sehingga memperoleh 6 kelopak bunga lalu cantum dengan
menjahit semula di kelopak pertama dengan kuat.
4. Akhir sekali, kemaskan kelopak dan lekatkan butang 4 lubang menggunakan
gam fabrik dan lekatkan di hadapan beg duit syiling sebagai hiasan tambahan.
33
GAMBAR PROJEK JAHITAN BEG DUIT
SYILING
34
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bi Perkara Seunit Bilangan Jumlah Kos
l (RM) 1 helai Keseluruhan
1. Kain bercorak 3.90 (RM)
(50cmx55cm) 2.50
0.80 3.90
2. Kain bergam lembut
(50cmx50cm) 1 helai 2.50
3. Butang 4 lubang (10mm) 1 pek (20 0.80
pcs)
4. Gam fabrik (20mL) 3.50 1 tiub 3.50
9.60
5. Gunting fabrik 9.60 1 bilah 0.80
1 keping 2.30
6. Metal zipper (Standard) (5 inci) 0.80 1 pek (6pcs) 0.80
1 gulung 2.50
7. “Keychain ring” (22mm) 2.30 26.70
1 set
8. Benang putih 0.80
9. Jarum 2.50
Jumlah Keseluruhan
35
REFLEKSI
1. Semangat berpasukan, usaha dan komitmen sangat penting bagi menjayakan
sesuatu projek.
2. Kami juga dapat mengaplikasikan pelbagai jenis jahitan dalam penghasilan beg
duit syiling ini.
3. Semoga penghasilan produk kami iaitu beg duit syiling dapat memberikan
manfaat kepada individu yang lain sama ada untuk dijadikan hobi ataupun
sumber pendapatan mereka.
36
PROJEK JAHITAN: LAPIK GELAS BUNGA
37
PENGENALAN
Patchwork atau tampalan merupakan sejenis seni yang mencantumkan dan
menggabungkan potongan bahan kain perca yang dijahit sesuai dengan kehendak dan
lakaran masing-masing. Selain itu, jahitan patchwork ini juga tidak memerlukan mesin
jahit dalam penghasilannya dan hanya menggunakan jahitan asas iaitu jelujur kasar dan
jahitan lilit ubi. Oleh itu, patchwork ini dapat dilakukan oleh individu yang tidak
mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang banyak tentang jahitan. Dengan adanya
pengetahuan asas berkenaan patchwork, pelbagai jenis kraf dapat dihasilkan oleh para
pelajar seperti lapik gelas. Dalam projek asas jahitan Patchwork ini, kumpulan kami
telah menghasilkan buku panduan yang akan menunjukkan cara untuk menghasilkan
lapik gelas bunga menggunakan sisa kain perca. Lapik gelas minuman ini sesuai untuk
minuman panas atau sejuk. Selain itu, lapik gelas bunga ini mudah untuk dicuci selepas
digunakan. Di samping itu, projek ini tidak memerlukan kos yang tinggi malahan juga
mudah untuk dihasilkan di rumah. Ianya dapat dilakukan untuk mengisi masa lapang
dan dalam masa yang sama, dapat mengasah bakat dan kreativiti seseorang. Akhir
sekali, projek ini juga dapat membantu meningkatkan pendapatan sekiranya seseorang
itu menjadikan projek ini sebagai sumber pendapatan sampingan apabila projek ini
dipasarkan secara dalam talian atau secara fizikal.
Disediakan oleh: 76921
Kumpulan 3 73352
74136
Suzie Aemilianie anak Jamboh (K) 74139
Annabelle Prena anak Janang
Angellina Anggil anak Ragai
Angelyna Luwa anak Jana
38
LAKARAN PROJEK
7 keping reka bentuk hexagon yang berukuran 7 cm x 7 cm digunakan sebagai konsep
patchwork. Ukuran hexagon yang digunakan hendaklah selari agar dapat menghasilkan
patchwork yang kemas.
39
SUSUN ATUR PROJEK
40
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kain bercorak bunga
Kain berwarna/ bercorak
Gunting fabrik
Kad manila
Benang
Jarum
Pembaris
41
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Jenis kain yang telah digunakan dalam penghasilan patchwork ini ialah kain fabrik
cotton sahaja. Kain cotton yang bertekstur serat kapas adalah sangat sesuai digunakan
kerana mudah untuk dibentuk. Selain itu, kain jenis cotton ini mudah didapati dan
mempunyai pelbagai corak. Bagi mereka yang baru melibatkan diri dalam penghasilan
patchwork ini, pemilihan kain jenis cotton amatlah memudahkan mereka dalam asas
jahitan patchwork.
42
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT
PROJEK LAPIK GELAS BUNGA
1. Cetak pola hexagon yang boleh dimuat turun melalui QR code.
2. Gunting dan sediakan 14 keping pola hexagon tersebut. Jika kertas anda terlalu
lembut, anda boleh gamkan bentuk hexagon tersebut kepada kertas manila atau mana-
mana jenis kertas yang lebih keras.
43
3. Gunting dan sediakan 12 keping kain bercorak dan 2 keping kain tidak bercorak. Saiz
kain adalah 7 cm × 7 cm. Jika kain anda berkedut, sila seterika terlebih dahulu supaya
proses menjahit berjalan dengan lebih lancar.
4. Ambil sekeping pola hexagon dan sekeping kain bercorak. Lipatkan kain bercorak
mengikut bentuk hexagon.
44
5. Jahitkan pola hexagon kepada kain dengan menggunakan jahitan jelujur kasar. Ikat
benang menggunakan ikatan mati.
6. Ulangi langkah 4 hingga 5 untuk semua keping kain dan hexagon.
45