ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kain batik
Kain berwarna plain (satin)
Gunting
Pin keselamatan
Jarum
Benang
Getah
Seterika
146
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Kain batik
Ini merupakan contoh kain yang digunakan dalam penghasilan scrunchie. Batik
berasal daripada jawa "batik" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang
bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak
yang terang dan menarik. Kain batik ini sesuai digunakan dalam penghasilan
scrunchie kerana teksturnya yang licin.
147
Kain satin
Satin polyester adalah kain satin yang mempunyai harga yang berpatutan dan
murah, mudah dibasuh atau dicuci tetapi fabrik ini agak licin semasa dijahit.
Kain satin jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna dan ianya tahan terhadap
sinar ultraungu. Kain satin sangat sesuai digunakan kerana kebanyakan
perempuan khasnya para pelajar gemar menggunakan pengikat rambut
bertekstur lembut agar tidak mudah terlucut dari rambut.
148
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
SCRUNCHIE
1. Potong tiga helai kain batik dan tiga helai kain satin mengikut ukuran yang telah
diberikan. (rujuk bahagian “UKURAN SCRUNCHIE”).
2. Seterika pada salah satu hujung yang berukuran 1cm dan jahitkan bahagian tersebut.
149
3. Jahitkan helaian kain satu persatu seperti yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut.
4. Lipatkan kain secara memanjang dan jahit pada bahagian tepi kain tersebut sebanyak
1cm. Pada hujung kedua-dua kain tersebut mestilah mempunyai ruang terbuka.
150
5. Kemudian sematkan pin keselamatan pada salah satu bahagian hujung kain dan
terbalikkan kain dari bahagian dalam ke luar serta menarik kain dengan lembut.
Kemudian, seterikakan kain tersebut.
6. Sambungkan gelang getah sebanyak lima gelung gelang getah.
151
7. Kemudian, masukkan gelang getah yang telah disambung bersama tadi ke dalam kain
menggunakan pin keselamatan dan tahan gelang getah pada kedua-dua hujung kain
menggunakan pin keselamatan tersebut.
8. Ikat kedua-dua hujung getah dengan kuat.
152
9. Seterusnya, letakkan bahagian hujung kain yang berlipat di luar dan yang tidak
berlipat di bahagian dalam. Jahitkan kedua-dua hujung kain tersebut.
10. Ini pula merupakan cara untuk membuat riben. Potongkan dua helai kain dengan
bentuk yang sama.
153
11. Cantumkan kedua-dua bahagian dan jahitkan pada semua sisi kain sebanyak 1cm.
Tinggalkan ruang sebanyak 2 cm atau lebih di bahagian tengah kain.
12. Terbalikkan bahagian luar ke dalam dan jahit ruang pada bahagian tepi untuk
menutup lubang. Kemudian, seterika riben yang dah siap untuk mendapatkan
kemasan.
154
13. Ikatkan riben pada scrunchie dan ia telah siap untuk digunakan.
155
GAMBAR PROJEK JAHITAN SCRUNCHIE
Ini merupakan bentuk akhir scrunchie yang telah dihasilkan. Penghasilan projek
ini sangat mudah untuk dilakukan oleh para pelajar. Merujuk kepada gambar di atas,
scrunchie juga dapat dihasilkan dalam bentuk tampal cantum (patchwork), di mana kain
satin dan kain batik dijahit secara bergiliran untuk menghasilkan pengikat rambut.
156
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil Perkara Harga Seunit Bilangan Jumlah
(RM) keseluruhan
1 Kain Batik 15.00 Setengah meter (RM)
15.00
2 Kain Plain 10.00 Setengah meter
10.00
3 Gunting 3.00 1
3.00
4 Getah 2.00 1 bungkus 2.00
2.00
5 Jarum 2.00 1 pek 3.00
35.00
6 Benang 3.00 1
Jumlah Kos Keseluruhan
157
REFLEKSI
1. Kami sedar bahawa semangat berpasukan sangat penting dalam melaksanakan
sesuatu tugas. Komitmen yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan
menyebabkan projek ini dilaksanakan dengan jayanya.
2. Kami juga menyedari bahawa sikap bertolak ansur amat penting bagi setiap ahli
kumpulan. Hal ini demikian kerana setiap ahli kumpulan harus bersedia untuk
memberi pendapat dan menerima pendapat orang lain dengan hati yang terbuka.
3. Kami berasa bersyukur kerana mampu menyiapkan tugasan ini dengan baik.
158
PROJEK JAHITAN: SCRUNCHIE WITH BEADS
159
PENGENALAN
Secara umumnya, Patchwork atau pieced work merupakan bentuk kerja yang
melibatkan jahitan dengan mencantumkan helaian kain menjadi rekaan bentuk yang
lebih besar. Reka bentuk yang lebih besar biasanya berdasarkan corak berulang yang
dibina dengan bentuk dan warna kain yang berbeza. Bentuk-bentuk ini diukur dan
dipotong dengan teliti seperti bentuk geometri asas supaya lebih mudah untuk
disatukan. Pengikat rambut dengan manik (scrunchie) dalam projek ini juga merupakan
patchwork yang mudah untuk dihasilkan. Pengikat rambut ini sesuai untuk digunakan
oleh setiap peringkat umur bagi golongan wanita dan boleh digunakan di mana-mana
sahaja disebabkan reka bentuknya yang unik dan menarik. Scrunchie ini dihasilkan
dengan menggabungkan tiga helai kain segi empat dengan hiasan manik. Scrunchie ini
mempunyai bahan yang ringan serta banyak corak dan warna. Teknik menjahit yang
digunakan dalam jahitan scrunchie ini adalah teknik jahitan kia, jahitan jelujur halus
dan jahitan jelujur bersembunyi. Dalam buku panduan ini, cara-cara untuk
menghasilkan pengikat rambut dengan menggunakan teknik tampal cantum
(patchwork) telah dinyatakan dengan terperinci.
Disediakan oleh: 75597
Kumpulan 11 75621
75625
Maznina Binti Kalinggalan (K) 75387
Michelle Chai Rui Ing
Michelle Lim Pei Ying
Lee Sing Jye
160
LAKARAN PROJEK
161
SUSUN ATUR SCRUNCHIE
Ketiga-tiga kain yang berbeza corak atau warna disusun seperti rajah di atas, sebelum
ketiga-tiganya digabungkan dengan menggunakan jahitan yang sesuai.
UKURAN SCRUNCHIE
20 cm
11 cm
Ketiga-tiga potongan kain mempunyai ukuran yang sama iaitu 20cm x 11 cm.
162
ALATAN DAN BAHAN-BAHAN YANG
DIGUNAKAN
Kain kapas atau kain tekstil
Jarum
Jarum peniti
Benang
Pin keselamatan
Manik
Getah elastik
Gunting fabrik
Helaian kertas yang mempunyai ukuran adalah untuk proses menggunting fabrik
(jika perlu).
163
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Jenis fabrik yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan scrunchie ialah kain
kapas dan kain tekstil. Namun, dalam projek ini, kami telah menggunakan kain tekstil
kerana ia mempunyai tekstur yang lebih mudah dan senang untuk dijahit.
164
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT SCRUNCHIE
1. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti kain, benang, jarum, jarum
peniti, pin keselamatan, gunting, getah elastik, manik dan sehelai kertas yang
dipotong mengikut ukuran 20cm x 11cm. (Helaian kertas itu boleh disediakan
jika perlu sahaja).
165
2. Getah elastik dipotong dengan ukuran 21cm atau boleh dipotong mengikut
ukuran yang bersesuaian dengan kreativiti masing-masing.
166
3. Kemudian, potong 3 helai kain yang berlainan warna atau corak dengan
menggunakan kertas yang telah dipotong dengan ukuran 20cm x 11cm. Tujuan
menggunakan kertas adalah untuk memudahkan proses menggunting kain
tersebut dengan ukuran yang sama.
167
4. Ini merupakan bentuk kain yang telah dipotong mengikut ukuran pada kertas tersebut.
168
5. Cantumkan dua bahagian hujung kain yang berlainan warna tersebut dengan
menggunakan jahitan kia iaitu sejenis jahitan yang boleh menggantikan jahitan mesin
kerana ia kukuh dan rapat. Ulangi proses yang sama pada kain ketiga.
169
6. Hasil jahitan tiga helai kain tersebut dilipat dua dengan bahagian luar menghadap
dalam. Seterusnya, sematkan jarum peniti pada kain tersebut.
170
7. Lipatkan sedikit salah satu hujung kain seperti dalam gambar. Kemudian, jahit
dengan menggunakan jahitan kia pada sisi kain tersebut.
171
8. Sematkan pin keselamatan pada salah satu hujung kain, kemudian masukkan
bahagian atas pin tersebut ke dalam kain untuk membalikkan bahagian dalam ke luar.
172
9. Sematkan pin pada kedua-dua bahagian hujung getah. Seterusnya sematkan salah
satu hujung getah pada bahagian hujung kain lubang scrunchie agar getah tersebut tidak
bergerak. Kemudian, masukkan bahagian hujung yang satu lagi melalui lubang
scrunchie tersebut sehingga keluar pada bahagian hujung lubang scrunchie yang lain
seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
173
10. Jahit kedua-dua hujung getah tersebut dengan jahitan jelujur halus mengikut tanda
yang dilukis pada getah supaya getah elastik itu kukuh dalam pengikat rambut.
174
11. Masukkan hujung kain yang tidak dilipat ke dalam kain dan kemudian cantumkan
kedua-dua kain tersebut dengan menggunakan jahitan jelujur bersembunyi (invisible
stitch) iaitu sejenis jahitan yang tidak dapat dilihat dari luar permukaan kain.
Sumber rujukan:
Teknik menjahit jelujur bersembunyi (invisible stitch):
OnlineFabricStore. (2014, October 8). How to hand sew an invisible stitch.
(Tutorial) [Video]. YouTube.
https://www.youtube.com/watch?v=WbE5hXt27uU
175
12. Gambar ini menunjukkan bentuk scrunchie yang dijahit. Seterusnya, jahitkan
manik putih atau manik mutiara pada scrunchie tersebut. Bilangan dan warna manik
yang digunakan boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.
176
GAMBAR HASIL PROJEK SCRUNCHIE WITH
BEADS
Gambar di atas menunjukkan hasil jahitan patchwork untuk pengikat rambut dan
dihiasi dengan manik putih.
177
Contoh gambar penggunaan scrunchie.
178
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil Peralatan Harga Bilangan Jumlah Kos
Seunit Keseluruhan
(RM)
(RM)
1 3 helai kain yang berlainan RM 2.00 0.5meter x 3 RM 6.00
corak (20 x 11cm) x 3 RM 5.00
2 Getah elastik (21 cm) RM 5.00 1 pek
3 Jarum RM 3.00 1 pek RM 3.00
1 pek RM 2.00
4 Jarum peniti RM 2.00 1 gulung RM 1.00
1 bilah RM 4.00
5 Benang RM 1.00 1 pek RM 4.00
1 pek RM 1.90
6 Gunting RM 4.00 RM 26.90
7 Pin keselamatan RM 4.00
8 Manik hiasan RM 1.90
Jumlah Keseluruhan
179
REFLEKSI
1. Melalui projek ini, kami telah belajar beberapa kemahiran baru dalam bidang
jahitan dan patchwork. Sebagai contoh, kami dapat mempelajari dan
mengaplikasikan teknik jahitan jelujur yang telah dipelajari semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
2. Selain itu, melalui projek ini, kami dapat memupuk nilai kerjasama antara satu
sama lain. Kami telah berjaya menghasilkan projek ini walaupun dalam keadaan
pembelajaran secara dalam talian. Ini membuktikan bahawa kerjasama antara
ahli kumpulan amat penting bagi mencapai sesuatu objektif.
3. Oleh itu, kami berharap agar dapat mengasah kemahiran kami dalam bidang
patchwork dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
180