7. Kemudian, cantumkan 1 keping hexagon kain tidak bercorak dengan 1 keping
hexagon kain bercorak menggunakan jahitan lilit ubi.
8. Cantumkan kain tidak bercorak dengan kain bercorak seperti dalam gambar. Ulang
langkah 7 sehingga menjadi bentuk bunga seperti yang terdapat dalam gambar.
46
9. Satu bunga mempunyai 7 keping hexagon. Oleh itu, hasil jahitan ini akan mempunyai
dua bunga. Kemudian, cantumkan kedua-dua bentuk bunga sisi kanan bersama-sama
dan jahit menggunakan jahitan lilit ubi. Jahit ke semua sisi hexagon kecuali satu sisi.
10. Seterika. Potong semua jahitan jelujur kasar dan keluarkan pola hexagon dari kain.
47
11. Balikkan kain melalui sisi hexagon yang tidak dijahit. Kemudian tutup jahitan sisi
yang tidak dijahit menggunakan jahitan lilit ubi.
48
GAMBAR PROJEK JAHITAN
LAPIK GELAS BUNGA
49
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Jumlah
Bil Perkara Harga Seunit Bilangan Jumlah Keseluruhan
(RM) (RM) (RM)
Kain bercorak bunga RM 2.50 2 RM 2.50 RM 2.50
1. (32 × 32cm)
Kain bercorak/berwarna 1 RM 1.50 RM 1.50
RM 1.50
2. (10cm × 10cm )
3. Gunting fabrik RM 16.00 1 bilah RM 16.00 RM 16.00
4. Kad manila RM 2.00 1 keping RM 2.00 RM 2.00
5. Benang putih RM 2.00 1 gulung RM 2.00 RM 2.00
6. Jarum RM 4.50 1 pack RM 4.50 RM 4.50
7. Pembaris RM 1.00 1 RM 1.00 RM1.00
Jumlah Besar RM 29.50
50
REFLEKSI
1. Projek ini dapat mengajar dan mendedahkan cara untuk menghasilkan lapik
gelas bunga. Selain itu, para mahasiswi dapat memupuk semangat kerjasama dan
komunikasi yang lebih baik di antara ahli kumpulan walaupun semasa
penghasilan projek ini, ahli kumpulan tidak dapat melakukan perbincangan
secara bersemuka kerana penularan pandemik Covid-19.
2. Ahli kumpulan juga dapat mengaplikasikan teknik dan pengetahuan yang kami
pelajari di kelas Asas Jahitan Patchwork ke dalam buku panduan ini dan dapat
menjayakan serta mencapai objektif projek.
3. Kami juga dapat mengasah lagi bakat kami dalam pelbagai teknik asas jahitan
patchwork agar dapat mempamerkan hasil yang dipelajari kepada masyarakat di
luar sana.
51
PROJEK JAHITAN: ALAS GELAS BERBENTUK
BINTANG
52
PENGENALAN
Projek jahitan ini bertujuan untuk mengajar pelajar cara menjahit alas gelas
berbentuk hexagon dan bintang dengan ringkas dan mudah. Alas gelas boleh digunakan
sebagai hiasan atau berfungsi untuk mengelakkan minuman panas daripada merosakkan
alas meja atau permukaan meja. Projek jahitan alas gelas ini sangatlah mudah dan hanya
memerlukan beberapa bahan sahaja selain mengambil masa yang singkat untuk
disiapkan. Teknik English Paper Piecing iaitu menggunakan templat kertas yang di
print untuk menjahit digunakan dalam projek ini. Selain itu, teknik menjahit yang
digunakan adalah teknik yang mudah seperti teknik jahitan jelujur kasar dan jahitan lilit
ubi.
Disediakan oleh:
Kumpulan 4
Marlina Bianah Soui (K) 75561
Lee Ke Hui 75380
Yip Sze Min 77224
Chong Jia Hui 74443
53
LAKARAN PROJEK
54
SUSUN ATUR PROJEK
Susun atur wallframe dengan 5 bentuk diamond dan 1 bentuk hexagon.
Bingkai digunakan untuk penggayaan patchwork yang dihasilkan. Ukuran bingkai
yang digunakan ialah 18cm x 13cm.
55
1 keping bentuk hexagon dengan ukuran 5.8 cm dicantumkan dengan bentuk bintang.
5 keping reka bentuk diamond digunakan sebagai konsep patchwork dan ukuran
2.3cm x 3cm hendaklah selari untuk mendapatkan cantuman yang kemas.
56
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Gunting
Benang
Kertas A4 matte berbentuk diamond
Kertas A4 matte berbentuk hexagon
Kain padding
Jarum
Kain cotton
Bingkai gambar
57
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Jenis kain yang digunakan adalah kain kapas kerana kain kapas mudah dijahit dan cepat
menyerap air. Oleh itu, kain jenis kapas digunakan kerana dapat menyerap air sekiranya
terdapat kondensasi atau tumpahan kecil pada alas gelas. Selain itu, kain padding
(warna hitam) berfungsi sebagai kusyen untuk melindungi permukaan meja daripada
haba dan air.
58
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT
PROJEK ALAS GELAS BERBENTUK BINTANG
1. Sediakan alatan yang perlu digunakan untuk menghasilkan Framework.
Cetakkan templat bintang dan hexagon dan guntingkan bentuk tersebut.
2. Gunting bintang menjadi 5 bentuk diamond.
59
3. Selepas menggunting bentuk bintang, gunting menjadi 5 kepingan bentuk
diamond kecil (5 keping diamond). Ambil satu keping diamond dan letakkan di
atas bahagian dalam kain berukuran 6 cm x 4 cm. Lipat tepi kain lebihan dan
jahit menggunakan jahitan jelujur kasar di sekeliling bentuk diamond. Ulangi
langkah tersebut sehingga menjahit kain mengikut bentuk diamond kecil.
4. Selepas semua bentuk diamond sudah dijahit, ambil dua keping diamond dan
temukan bahagian luar kain diamond tersebut. Jahit tepi bentuk berukuran 2.3cm
bersama menggunakan jahitan lilit ubi. Jahit semua bentuk diamond bersama
sehingga membentuk bentuk bintang seperti di dalam gambar.
60
5. Seterusnya, ambil bentuk hexagon dan letakkan di atas kain padding (warna
hitam) dan kain fabrik biru. Kain padding bertujuan sebagai kusyen dan sebagai
penyerap haba atau air untuk melindungi permukaan meja.
6. Gunakan jahitan jelujur kasar untuk menjahit kain di sekeliling bentuk hexagon.
Pastikan kertas hexagon dikeluarkan sebelum menutup semua tepi hexagon.
Sesudah jahitan siap, ambil bentuk bintang yang dicantum tadi dan jahit di atas
hexagon. Gunakan jahitan sum tangan supaya jahitan tidak kelihatan.
61
7. Selepas itu, ambil satu lagi kain hexagon dan jahit bersama kain hexagon yang
dijahit bersama bintang. Temukan bahagian luar kain bersama dan jahit
menggunakan jahitan lilit ubi di sekeliling bentuk hexagon.
8. Setelah selesai, hasil patchwork tersebut sedia digunakan sebagai alas gelas
untuk minuman panas dan sejuk.
62
GAMBAR PROJEK JAHITAN
ALAS GELAS BERBENTUK BINTANG
63
64
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil. Perkara Harga seunit Bilangan Jumlah (RM)
1. Kain cotton bercorak (RM)
4.00 1 meter 4.00
1 meter 3.20
2. Kain cotton biru 3.20 1 meter 3.00
3.00
3. Kain padding 3.00 1 2.00
1 gulung 3.00
4. Gunting fabrik 3.00 18.20
1 pek
5. Benang putih 2.00
6. Jarum 3.00
Jumlah Keseluruhan
65
REFLEKSI
1. Dengan penghasilan buku panduan ini, kami belajar banyak teknik yang berguna
dalam penghasilan projek ini. Sebagai contoh, kami dapat mempelajari cara
menghasilkan buku panduan supaya dapat menyebarkan hasil jahitan kami
dengan mudah.
2. Selain itu, kami juga berpeluang untuk belajar dengan lebih dalam lagi tentang
jahitan patchwork. Seterusnya, semangat kerjasama antara ahli kumpulan dapat
dipupuk sepanjang projek ini dijalankan. Kami berharap supaya dapat mengasah
lagi bakat dalam asas jahitan patchwork agar dapat mempamerkan penghasilan
yang dipelajari kepada masyarakat di luar sana.
3. Akhirnya, kami bersyukur kepada pengajar kami yang telah memberi tunjuk ajar
sepanjang kelas inovasi asas jahitan patchwork.
66
PROJEK JAHITAN: SCRUNCHIES (MIX &
MATCH)
67
PENGENALAN
Jahitan tampal cantum (Patchwork) merupakan suatu cara jahitan yang dibuat
dengan mencantumkan kepingan fabrik atau perca-perca kain untuk menghasilkan
sesuatu rekaan. Bagi memenuhi modul kursus Kokurikulum Berkredit MPU3432 di
bawah sub teras Asas Jahitan Tampal Cantum (Patchwork), kami memperkenalkan
scrunchies versi Mix and Match. Scrunchies versi ini membolehkan kita untuk
menghasilkan scrunchies dengan menggunakan kain dari pelbagai jenis fabrik, corak
dan juga warna. Scrunchies ini juga sangat mudah untuk dihasilkan kerana hanya
memerlukan modal yang berpatutan dan sedikit tenaga. Projek ini adalah khusus untuk
para mahasiswa/mahasiswi dan pelajar Sekolah Menengah yang terlibat dalam subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu dalam bidang Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Program
ini diharapkan dapat memberi peluang bagi para pelajar untuk memupuk serta
meningkatkan kemahiran menjahit dalam kalangan pelajar. Selain itu, penghasilan DIY
scrunchies mampu meningkatkan daya kreativiti, tahap kesabaran dan semangat
bekerjasama dalam kalangan para mahasiswa/mahasiswi dan pelajar. Scrunchies
merupakan antara jenis pengikat rambut yang telah wujud sejak zaman 90-an lagi. Kini,
scrunchies mula menjadi trend hiasan rambut yang digemari oleh kaum perempuan di
serata tempat tanpa adanya had umur dan juga cara pemakaian.
Disediakan oleh: 77351
Kumpulan 5 73465
73768
Philomina binti Lasang (K) 74582
Florence Yeona Yak anak Munan
Nurul Fariha Wafiya binti Abdul Razak
Dayangku Ain Farhana binti Awangku Dzaheer
68
LAKARAN PROJEK
69
SUSUN ATUR PROJEK
7 inci
2 inci
Pastikan kain satin dengan kain cotton bercorak berada dalam kedudukan selang seli.
70
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kain cotton bercorak (2 inci x 7 inci) x 2
Kain dull satin (2 inci x 7 inci) x 2
Jarum x 1
Benang putih
Pin keselamatan x 1
Getah elastik (9 inci) x 1
Pita pengukur fabrik x 1
Gunting fabrik x 1
71
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Jenis fabrik: Kain cotton bercorak
Kain cotton dipilih kerana penggunaan kain ini telah menjadi fenomena dalam kalangan
masyarakat termasuklah dalam pembuatan ikat rambut. Selain itu, kain cotton
digunakan kerana tekstur kain cotton adalah lembut, berongga, tahan lama, mudah
dijaga dan lebih murah. Oleh itu, kain cotton akan memberikan kesan pemakaian yang
selesa terhadap pengguna selain menjimatkan kos. Penggunaan kain cotton bercorak
juga ditekankan bagi menggandingkannya dengan kain satin.
72
Jenis fabrik: Kain dull satin
Kain dull satin dipilih kerana kain ini menghasilkan imej yang elegan kepada pengguna.
Hal ini demikian kerana kain ini tidak terlalu berkilat dan tidak kelihatan kusam. Selain
itu, kain ini juga memiliki tekstur yang sangat lembut dan halus serta ringan digunakan.
Oleh itu, kain ini akan memberikan kesan keselesaan kepada penggunanya. Dalam
projek ini, penggunaan kain dull satin yang tidak bercorak ditekankan agar sesuai
digandingkan dengan kain cotton yang bercorak.
73
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT
PROJEK SCRUNCHIES
1. Potong kedua-dua jenis kain dengan ukuran 2 inci x 7 inci.
2. Telangkupkan bahagian hadapan kain cotton bersama dengan kain satin.
Kemudian, jahit kedua-dua tepi kain yang berukuran 7 inci tersebut.
74
3. Cantumkan keempat-empat kain tersebut.
4. Jahit bahagian tepi kain yang berukuran 14 inci untuk menghasilkan tiub
seperti di dalam gambar di atas.
75
5. Pinkan hujung kanan kain dengan pin keselamatan.
6. Selusuri pin keselamatan daripada bahagian dalam. Kemudian, tarik pin
tersebut keluar daripada hujung fabrik pada sebelah kiri.
76
7. Pinkan hujung getah elastik dengan pin keselamatan.
8. Selusuri pin keselamatan daripada bahagian dalam kain untuk memasukkan
getah elastik.
77
9. Ikat dan simpulkan hujung getah elastik. Kemudian, masukkan ke dalam
kain.
10. Jahit kedua-dua hujung kain menggunakan jahitan lilit ubi.
78
11. Scrunchies Mix & Match sedia untuk digunakan.
79
GAMBAR PROJEK JAHITAN
SCRUNCHIES MIX & MATCH
80
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil Perkara Harga Bilangan Jumlah Jumlah
seunit 2 (RM) keseluruhan
1. Kain cotton (RM)
(2 inci x 7 inci) RM0.20 (RM)
RM0.10
2. Kain satin RM0.20
(2 inci x 7 inci)
RM0.10 2 RM0.20 RM0.20
3. Jarum peniti
RM0.05 1 RM0.05 RM0.05
4. Benang putih RM0.50 1 RM0.50 RM0.50
5. Pin keselamatan RM0.15 1 RM0.15 RM0.15
6.. Getah elastik (9 inci) RM0.02 1 RM0.02 RM0.02
7. Tailoring tape measure RM0.98 1 gulung RM0.98 RM0.98
8. Gunting fabrik RM16.00 1 bilah RM16.00 RM16.00
Jumlah keseluruhan (RM) RM18.10
81
REFLEKSI
1. Secara keseluruhannya, kami bersyukur kerana dapat menyiapkan projek ini dan
bekerjasama dengan baik walaupun tidak dapat bersemuka atas sebab pandemik
Covid-19. Oleh itu, kami hanya berbincang melalui aplikasi Whatsapp.
2. Projek ini agak sukar dilakukan kerana kami kurang mahir dalam bidang jahitan.
Walau bagaimanapun, proses pembuatannya agak mudah untuk dilakukan.
3. Kami juga sukar memperolehi kain dalam masa yang cepat kerana terpaksa
memesan daripada aplikasi Shopee. Oleh disebabkan kesuntukan masa, kami
hanya menggunakan kain yang terdapat di rumah.
4. Sumber inspirasi utama projek ini ialah melalui penggunaan scrunchies yang
kerap. Oleh itu, kami juga merujuk Internet untuk mendapatkan sumber yang
lebih lanjut memandangkan kami tiada pengalaman dalam pembuatan
scrunchies.
5. Kami juga sering merujuk pensyarah MPU3432 serta ketua projek.
6. Melalui projek ini, kami mendapati bahawa kami telah memperolehi pengalaman
yang berharga seperti menguasai asas jahitan yang baharu, mempelajari cara
membuat scrunchies dan dapat bekerjasama walaupun tidak bersemuka.
7. Untuk pengetahuan umum juga, aktiviti jahitan juga dapat membantu individu
untuk mengurangkan tekanan minda. Oleh itu, projek ini juga berperanan
sebagai terapi minda.
82
PROJEK JAHITAN: PENANDA BUKU
83
PENGENALAN
Patchwork merujuk kepada membuat kerja tampal cantum dengan menyatukan
kepingan kain yang sama ke dalam kain yang lebih besar. Patchwork dapat dijahit
dengan menggunakan tangan sebelum mesin jahit dicipta dahulu. Projek ini berfungsi
untuk menanda halaman buku yang telah dibaca dan memudahkan pembaca untuk
mencari atau menyambung semula bacaan bukunya. Penanda buku ini juga dapat
mengelakkan halaman buku tersebut daripada koyak atau rosak. Kos pembuatannya
juga sangat berpatutan dan murah serta penghasilan projek ini juga boleh dihasilkan
melalui kain perca yang terpakai atau kain yang sedia ada di rumah. Seterusnya, projek
ini juga mudah untuk dihasilkan terutamanya untuk mengisi masa yang terluang dengan
perkara yang bermanfaat terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini bahkan dapat
menggilap bakat dan kreativiti seseorang. Akhir sekali, projek ini juga boleh menjadi
sesuatu yang bernilai sekiranya dikomersialkan di media sosial mahupun secara fizikal.
Disediakan oleh:
Kumpulan 6
Lisma Alice Anak Libentius (K) 75482
Siti Nurazeerah Binti Ibrahim 76845
Machmika Romantika Malius 75528
Rebka Marnee Marcus 76620
Nur Fatin Akmal Binti Jamain 76211
84
LAKARAN PROJEK
6 cm
6 cm
85
SUSUN ATUR PROJEK
86
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kain cotton atau kapas berwarna merah jambu dan hitam (6 cm x 6 cm)
Gunting fabrik
Mesin jahit
Benang
Seterika
Jarum
87
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Kain yang digunakan adalah kain jenis kapas. Kami memilih untuk menggunakan jenis
kain ini kerana ianya bersifat halus atau lembut dan senang untuk dibentuk. Selain itu,
fungsi kain kapas yang sangat ringan dan selesa sesuai digunakan sebagai penanda
buku. Seterusnya, pemilihan kain berwarna hitam yang juga merupakan kain kapas
adalah bertujuan untuk memberikan kontra warna di antara warna merah jambu dan
warna hitam yang menjadikan penanda buku ini kelihatan sangat menarik dan cantik.
88
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
PENANDA BUKU
1. Sediakan bahan-bahan seperti mesin jahit, gunting fabrik, seterika, benang putih
atau hitam dan kain berwarna.
2. Buat ukuran 6 cm untuk setiap bahagian kain berwarna hitam dan merah jambu. 2
helai untuk kain merah jambu dan 1 helai untuk kain berwarna hitam.
89
3. Kemudian, lipatkan kain menjadi bentuk segi tiga.
4. Letakkan kain hitam di atas kain berwarna merah jambu.
90
5. Jahit bahagian sisi kain sehingga terdapat tiga garis lurus.
6. Terbalikkan kain yang telah di jahit bahagian sisi dan seterika.
91
7. Setelah dijahit bahagian bawah kain, penanda buku telah siap untuk digunakan.
92
GAMBAR HASIL PROJEK PENANDA BUKU
93
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil Perkara Seunit Bilangan Jumlah (RM)
RM 3.00 2 RM 6.00
1. Kain berwarna RM 16.00 1 RM 16.00
(06cmx06cm) RM 2.00 1 RM 2.00
RM 2.00 1 RM 2.00
2. Gunting fabrik RM 4.50 1 RM 4.50
3. Benang hitam RM 30.50 RM 30.50
4. Benang putih
5. Jarum Peniti (10 pcs)
Jumlah besar
94
REFLEKSI
1. Pertama sekali, kami ingin mengucap syukur kepada Tuhan dan terima kasih
kepada pengajar kami yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan
tugasan projek Patchwork ini. Kami telah diberi tugas untuk mencipta satu projek
yang berasaskan cantuman kain. Kami telah bersepakat untuk membuat penanda
buku yang diperbuat daripada kain perca. Penanda buku biasanya diperbuat
daripada kertas, namun kami ingin menyahut cabaran dengan membuat penanda
buku daripada kain.
2. Tugasan ini dapat dijalankan dengan baik oleh kumpulan kami walaupun
mengalami pelbagai kekangan sepanjang tempoh menghasilkan projek ini
terutamanya tidak dapat bersemuka antara satu sama lain kerana pandemik Covid-
19. Selain itu, kami juga menghadapi kesulitan untuk menjahit kerana kami masih
belum mahir untuk menjahit serta kesukaran untuk mendapatkan bahan projek
kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan pada masa kini.
3. Namun begitu, segala masalah dapat diatasi dengan baik. Kami sekumpulan
bertungkus lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan bahan - bahan dan
mempelajari jahitan yang hendak digunakan. Pembahagian tugas juga dibahagikan
dengan adil walaupun projek ini dilakukan secara atas talian. Setiap ahli kumpulan
telah menyumbangkan idea dalam penghasilan projek ini. Dengan ini, daya
kreativiti kami dapat ditingkatkan seperti penggunaan kain yang berlainan warna
atau corak, jenis jahitan, pengeditan gambar dan sebagainya
4. Secara keseluruhannya, projek ini telah membantu kami untuk mengenal pasti
potensi setiap ahli ketika menjalankan tugas. Kerjasama dan toleransi antara ahli
kumpulan sangat penting untuk mencapai kejayaan dalam melaksanakan projek.
Kami juga berharap agar hasil projek ini memberi manfaat dan dapat menarik minat
masyarakat di luar untuk mempelajari Asas Jahitan Patchwork.
95