PROJEK JAHITAN: ALAS PERIUK
96
PENGENALAN
Jahitan patchwork adalah apabila pelbagai kain berbeza dijahit bersama
mengikut pola bentuk yang dikehendaki. Teknik jahitan ini bukan hanya memerlukan
kemahiran dan kesabaran semata-mata akan tetapi jahitan ini juga merupakan seni yang
boleh anda kuasai. Teknik jahitan ini sesuai untuk membuat kraf dari pelbagai saiz,
contohnya seperti sarung tangan, sarung bantal, dan permaidani. Dalam aktiviti ini,
anda dapat mempelajari cara menghasilkan alas periuk dengan menggunakan bahan-
bahan terpakai ataupun tersedia di rumah anda. Alas periuk ini terdiri daripada tiga
lapisan iaitu lapisan kain perca dan span nipis. Pembuatan alas periuk ini amatlah
mudah dan boleh dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing. Selain itu, penghasilan
kraf ini dapat menjimatkan wang anda dan juga meningkatkan kemahiran serta mengisi
masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
Disediakan oleh 73447
Kumpulan 7: 74138
73663
Fahim Aimi bin Jamhari 73763
Angelyna Lia Ak Luking
Nor Aiziera Binti Abdul Ghani
Nurul Azah Afifah Binti Ariffin
97
LAKARAN PROJEK
98
SUSUN ATUR PROJEK
99
UKURAN
Ini merupakan ukuran yang digunakan untuk menjahit alas periuk. Dua helai kain perca
berukuran 22cm x 22cm dan dua span berukuran 17cm x 17cm digunakan untuk
membuat alas periuk. Manakala, 1 helai kain perca berukuran 10cm x 4cm digunakan
untuk dijadikan tali untuk menggantung alas periuk tersebut. Empat helai kain perca
berukuran 22cm x 5cm pula digunakan untuk dijadikan sisi pada tepi jahitan alas periuk
tersebut. Ukuran segi empat untuk kain patchwork tersebut adalah 4cm x 4cm. Potongan
kain haruslah sama ukuran agar jahitan lebih kemas dan cantik.
100
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kain Perca corak A
Kain Perca corak bunga B
Span Nipis (0.5mm)
Kertas bersaiz 4cm x 4cm
Gunting Fabrik
Benang
Jarum Peniti (10 batang)
Jarum
101
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Kami menggunakan dua jenis kain berbeza warna dan corak tetapi material yang
sama iaitu fabrik kapas. Fabrik ini adalah lebih mudah untuk dijahit kerana ia
tidak licin dan proses menjahit akan menjadi lebih lancar. Jenis kain ini mudah
didapati di kedai dengan harga yang murah.
102
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
ALAS PERIUK
1. Sediakan dua helai kain perca yang berukuran 22cm x 22cm dan dua span nipis
yang berukuran 17cm x 17cm.
2. Guntingkan kertas menjadi bentuk petak saiz 4cm x 4cm, sebanyak 25 keping.
Ukuran kain adalah 6cm x 6cm.
103
3. Jahitkan semua bentuk petak tersebut menggunakan jahitan tangan teknik
jelujur kasar.
4. Jahit kesemua bentuk petak sehingga selesai.
104
5. Kemudian, cantumkan ke semua bentuk petak mengikut pola selang-seli.
Gunakan teknik jahitan lilit ubi. Pastikan anda tidak menjahit sekali kertas
tersebut.
6. Rapikan cantuman kain dengan menggosoknya menggunakan seterika.
105
7. Untuk mengeluarkan kertas, guntingkan jahitan jelujur kasar tersebut dan
kemudian keluarkan kertas.
8. Ulang langkah tujuh sehingga semua kertas dikeluarkan.
106
9. Masukkan span nipis ke dalam kain yang telah dicantum seperti dalam gambar.
Setelah itu, gunakan jarum peniti untuk menahannya.
10. Dengan menggunakan mesin jahit, jahitkan kain tersebut mengikut sisi pola
kotak.
107
11. Gunting lebihan tepi kain.
12. Sementara itu, sediakan empat helai kain berukuran 5cm x 22cm dan satu kain
berukuran 4cm x 10cm.
108
13. Lipat kain tersebut dan gosok menggunakan seterika seperti dalam gambar.
Lakukan untuk kelima-lima kain.
14. Gunakan jarum peniti untuk menahan kain bisban. Jahitkan kain bisban
tersebut dan ulang langkah ini untuk setiap tepi alas periuk.
109
15. Bagi tali penggantung, jahitkan kain perca yang telah di seterika selepas
langkah ke-13 tadi. Jahitkan hujung tali pada penjuru alas periuk.
16. Alas periuk telah siap dan sedia untuk digunakan.
110
GAMBAR PROJEK JAHITAN ALAS PERIUK
111
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil Perkara Seunit Bilangan Jumlah
2 (RM)
1 Kain Perca (17 x 17 cm) RM2.80 RM5.60
(corak A) RM1.50
Kain Perca (20 x 6 cm) 4 RM6.00
2 (corak B)
3 Kain Perca (15 x 6 cm) RM1.50 1 RM1.50
(corak B)
5 Span Nipis (0.5cm, 16 x 16 RM2.00 2 RM4.00
cm)
6 Gunting Fabrik RM13.00 1 bilah RM13.00
1 gulung RM2.00
7 Benang RM2.00 1 set RM2.50
1 RM2.00
8 Jarum Peniti (10 batang) RM2.50 1 set RM2.90
RM39.50
9 Penetas Benang RM2.00
10 Jarum RM2.90
Jumlah Kos Keseluruhan
112
REFLEKSI
1. Penerbitan buku ini meningkatkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan
pelajar di samping mewujudkan suasana yang harmoni.
2. Projek ini juga dapat mempertingkatkan komitmen, kesedaran, dan rasa
tanggungjawab pelajar terhadap projek yang dijalankan.
3. Akhir sekali, ia melahirkan pelajar yang kreatif dan berbakat dalam penghasilan
seni jahitan patchwork.
113
PROJEK JAHITAN: ALAS KAKI MINI
114
PENGENALAN
Alas kaki yang dihasilkan dalam projek ini merupakan alas kaki mini kerana
mempunyai bentuk dan saiz yang lebih kecil. Alas kaki mini ini kebiasaannya
digunakan di hadapan bilik tidur dan bilik air atau di mana-mana tempat yang
dikehendaki dan sesuai. Dalam buku panduan ini teknik dan kaedah patchwork
digunakan bagi menghasilkan alas kaki dengan cara menyilang-nyelikan setiap kain
bercorak dan kain berwarna plain supaya kelihatan lebih menarik. Patchwork atau
tampal cantum adalah seni mengatur dan mencantumkan kain pelbagai warna dan corak
mengikut bentuk geometri yang tertentu seperti segi tiga dan segi empat bagi
memudahkan proses jahitan cantuman. Patchwork juga merupakan asas jahitan yang
mudah untuk diikuti kerana tidak memerlukan kos yang tinggi. Buku panduan Asas
Jahitan Patchwork ini dihasilkan bertujuan untuk membantu pembaca dalam
meningkatkan kemahiran dalam asas jahitan. Oleh itu, harapan kami dengan
penghasilan buku ini, ia dapat membantu pembaca dalam menghasilkan kraf-kraf
jahitan yang mudah untuk dihasilkan.
Disediakan oleh: 76796
Kumpulan 8 76382
76310
Siti Arifah Athifah Binti Mohd Jamali (K) 76678
Nurizatul Binti Se-Aie
Nur Syamim Binti Mohd Radzi
Sabrina Arsheda Binti Saiful Azuan
115
LAKARAN PROJEK
116
SUSUN ATUR PROJEK
Kedudukan kain bercorak dan kain berwarna plain di selang-selikan atau kedudukan
boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing.
117
Sebanyak dua helai kain bercorak dan dua helai kain berwarna plain dipotong mengikut
ukuran 20cm x 12.5cm. Ukuran kain tersebut dilipat kepada dua bahagian dan dipotong
untuk membentuk segi tiga seperti gambar di atas. Langkah ini bagi memudahkan untuk
menghasilkan segi tiga dengan ukuran yang sama. Satu helai kain felt yang berukuran
40cm x 25cm dijadikan sebagai tapak alas kaki mini. Potongan kain dilebihkan
beberapa inci agar proses menjahit menjadi lebih mudah.
118
ALATAN DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN
Gunting fabrik
Jarum
Benang
Kain bercorak
Kain berwarna plain
Kain felt
119
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Jenis kain yang dipilih untuk menghasilkan alas kaki mini ini ialah kain fabrik kapas.
Kain ini diperbuat daripada serat kapas. Penggunaan kain kapas dalam penghasilan alas
kaki mini ini lebih sesuai dan mudah untuk menyerap air. Selain itu, kain kapas juga
mudah untuk dibentuk dan dijahit kerana tekstur kainnya yang tidak licin. Kepelbagaian
corak yang ada dapat menghasilkan patchwork yang menarik dan ia juga mudah untuk
didapati serta murah.
Selain itu, kain felt atau flanel turut digunakan dalam penghasilan alas kaki mini ini.
Kain felt adalah kain yang diperbuat daripada serat wool tanpa ditenun. Kain ini mudah
didapati dalam pelbagai saiz, warna dan ketebalan. Kain ini mudah digunakan dalam
jahitan bagi menghasilkan pelbagai dekorasi rumah, kraf tangan dan sebagainya. Ia juga
tidak perlu di kelim kerana jenis kainnya yang tidak berbulu.
120
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
ALAS KAKI MINI
1. Sediakan bahan dan alatan yang perlu digunakan seperti gambar di atas.
2. Potong dua helai kain bercorak dan dua helai kain berwarna plain dengan ukuran
20cm x 12.5cm. Kemudian lipat keempat-empat kain tersebut menjadi segi tiga dan
potong pada bahagian tengah. Semasa memotong, pastikan ukuran kain dilebihkan 2cm.
121
3. Setelah selesai, susun kain yang telah dipotong seperti dalam gambar rajah. (susun
atur boleh diubah mengikut kreativiti masing-masing)
4. Kemudian cantumkan kain bercorak dan kain berwarna plain yang berbentuk segi
tiga dengan menggunakan mesin jahit. Jahitan lilit ubi juga boleh digunakan bagi
mencantumkan kedua-dua kain.
122
5. Setelah siap mencantumkan kesemua kain tersebut mengikut susunan supaya dapat
membentuk segi empat. Kemudian, cantumkan setiap kain yang berbentuk segi empat
dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan lilit ubi.
6. Seterusnya, ambil kain felt yang berukuran 40cm x 25cm dan cantumkannya pada
bahagian belakang kain alas kaki tersebut. Kemudian, jahit setiap sisi di antara kain felt
dan kain alas kaki dengan menggunakan jahitan insang pari atau mesin jahit.
123
7. Alas kaki mini telah siap dan sedia untuk digunakan.
124
GAMBAR PROJEK JAHITAN ALAS KAKI MINI
125
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Bil. PERKARA KUANTITI HARGA
RM15.00
1 Gunting fabrik 1 RM4.50
RM1.00
2 Jarum 1 Paket RM6.00
RM6.00
3 Benang 1 Gulung RM8.00
RM40.50
4 Kain bercorak 1m
5 Kain berwarna plain 1m
6 Kain felt 1
Jumlah Keseluruhan
126
REFLEKSI
1. Hasil daripada projek jahitan ini, kami dapat menyerlahkan daya kreativiti dan
bakat melalui jahitan tampal cantum dengan menggabungkan pelbagai warna, corak
dan jenis kain.
2. Selain itu, melalui pembelajaran ini kami dapat memperolehi ilmu baru dan
meningkatkan kemahiran berkaitan dengan jahitan tampal cantum.
3. Kami juga dapat menekankan semangat kerja berpasukan dan usaha serta
tanggungjawab dalam menghasilkan projek jahitan yang dirancang.
127
PROJEK JAHITAN: POKET TISU
128
PENGENALAN
Projek Khas ini merupakan program khas yang dilaksanakan oleh mahasiswa
bagi memenuhi modul kursus Kokurikulum Berkredit MPU 3432 di bawah sub teras
Asas Jahitan (Patchwork). Program ini merupakan aktiviti khidmat komuniti
mahasiswa bersama masyarakat umum atau komuniti. Proses pembuatan poket tisu ini
adalah mudah untuk dilakukan oleh semua peringkat umur. Bahkan pelajar sekolah juga
dapat menghasilkan jahitan ini dengan sendiri. Di samping itu, kos bagi pembuatan
poket tisu ini juga murah serta alatan dan bahan yang digunakan juga mudah untuk
dijumpai. Akhir sekali, kumpulan sasaran iaitu pelajar sekolah menengah, dapat
mempelajari dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Disediakan oleh: 73920
Kumpulan 9 76541
76761
Abdul Muhaimin Bin Morni (K) 76592
Pang Jing Yee
Sherry Veronica Intha Binti Melvin
Rabiatul Adawiah Binti Sakran
129
LAKARAN PROJEK
130
SUSUN ATUR PROJEK
Bentuk segi empat tepat yang berwarna biru adalah indikasi bagi kain bercorak
manakala bentuk segi empat tepat yang berwarna jingga menunjukkan kain berwarna
plain atau kosong.
131
ALATAN DAN BAHAN
Kain bercorak (6 inci x 6 inci)
Kain berwarna plain (8 inci x 6 inci)
Gunting fabrik
Jarum peniti
Benang
Jarum
132
FABRIK YANG DIGUNAKAN
Contoh kain atau bahan utama yang digunakan dalam penghasilan jahitan ini adalah
kain biasa ataupun dikenali sebagai kain cotton. Pilih dua corak dan warna yang berbeza
agar mudah untuk dibandingkan dan hasil akhir akan kelihatan lebih kemas dan
menarik.
Ciri-ciri bahan utama/kain
1. Mudah untuk dipotong mengikut ukuran.
2. Mudah untuk dijahit berbanding kain yang licin.
3. Fabrik jenis ini mudah dijaga dan tahan lama.
4. Harga yang murah dan berbaloi.
133
LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PROJEK
POKET TISU
1. Bahan- bahan yang diperlukan.
2. Samakan bahagian sisi kanan kemudian pin dengan jarum peniti dan jahit bahagian
tersebut terlebih dahulu. Kemudian ulang langkah yang sama tetapi pada bahagian sisi
kiri.
134
3. Lipat kain dengan ukuran setengah inci ataupun 1cm-3cm mengikut kesesuaian
bahan masing-masing. Jahit bahagian kiri dan kanan serta tinggalkan sedikit bahagian
berukuran 3cm.
4. Contoh bahagian yang berukuran 3cm yang digunakan untuk proses kemasan supaya
memudahkan proses terbalikkan kain dari dalam ke luar dan kemaskan setiap bucu
jahitan.
135
5. Setelah bahagian tadi dikemaskan, lipat kain menjadi dua bahagian terlebih dahulu
sebagai tanda. Melalui ukuran tanda lipatan tadi, kemudian jahit bahagian tepi kain.
(seperti yang ditunjukkan dalam gambar seterusnya)
6. Hasil jahitan yang menunjukkan bentuk poket tisu. Kemudian kemaskan hasil
tersebut dan terbalikkannya melalui bahagian tengah poket tisu.
136
7. Hasil jahitan poket tisu. Muat dan sesuai untuk tisu bersaiz kecil.
137
GAMBAR PROJEK JAHITAN POKET TISU
138
ANGGARAN KOS PROJEK JAHITAN
Perkara Harga Bilangan Jumlah Jumlah
Seunit 1 (RM) Keseluruhan
Kain bercorak (RM)
berwarna hijau dan RM 1.50 RM 1.50
(15cm x 18cm) RM 1.50
Kain bercorak RM 1.60 RM 1.60
berwarna merah dan 1
(17 × 18cm) RM1.60 RM RM 16.00
Gunting fabrik 16.00 RM 4
RM 16.00 1 bilah RM 4
RM 2.00 RM 2.00
Jarum Peniti RM 4 1 pack RM 4.50 RM 4.50
Benang putih RM 29.60
Jarum (10pcs) RM 2.00 1 gulung
RM 4.50 1 pack
Jumlah Kos Keseluruhan
139
REFLEKSI
1. Melalui penghasilan buku panduan ini, kami dapat belajar dengan lebih lagi
tentang jahitan patchwork.
2. Seterusnya, kami juga dapat mempelajari cara menghasilkan buku skrap selain
dapat memupuk semangat saling bekerjasama dan dapat berkomunikasi dengan
baik antara ahli kumpulan.
3. Kesimpulannya, kami dapat mengaplikasikan teknik dan pengetahuan yang telah
kami pelajari di dalam kelas dan menggunakan teknik tersebut dalam e-Book ini.
Oleh itu, kami berharap agar dapat mengasah lagi bakat kami dalam asas jahitan
patchwork dan dapat mempamerkan hasil yang dipelajari kepada pelajar-pelajar
sekolah yang minat akan jahitan patchwork.
140
PROJEK JAHITAN: SCRUNCHIE PATCHWORK
141
PENGENALAN
Dalam projek ini, jahitan yang dihasilkan ialah jahitan patchwork scrunchie iaitu
jahitan tampal cantum pengikat rambut. Spesifiknya, patchwork merupakan suatu
bentuk jahitan yang dibuat daripada cantuman perca-perca kain dan diukurkan dalam
pelbagai ukuran geometri seperti ukuran kain segi empat. Dalam erti kata lain, jahitan
tampal cantum dibuat dengan menggunakan fabrik pelbagai warna dan corak, mengikut
kreativiti masing-masing.
Tujuan jahitan patchwork scrunchie dipilih dalam pelaksanaan projek ini adalah
untuk memudahkan para pelajar membuat rujukan dan menimba ilmu dengan lebih
mudah dalam bidang ekonomi rumah tangga. Mereka juga dapat menghasilkan kraf
yang cantik mengikut kreativiti masing-masing. Jahitan ini juga tidak memerlukan kos
yang banyak kerana bahan dan alatan yang digunakan sangat murah dan mampu
dimiliki.
Disediakan oleh:
Kumpulan 10
Sharone Neesa Anak Sain (K) 76741
Asther Binti Anthony 74205
Aziediyatul Amirah Binti Mahdi 74241
Karen Shannia Anak Suja 75246
142
LAKARAN AWAL SCRUNCHIE
143
SUSUN ATUR PROJEK
144
UKURAN SCRUNCHIE
Ini merupakan ukuran yang digunakan untuk menjahit scrunchie. Tiga helai kain
satin berukuran 10cm x 10cm dan tiga helai kain batik berukuran 10cm x 10cm
digunakan untuk membuat scrunchie. Manakala 5.2cm x 6.4cm digunakan untuk
menjahit riben sebagai perhiasan scrunchie. Potongan kain haruslah sama saiz agar
jahitan lebih kemas dan cantik.
145