DRAF
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
Modul
Teras Tema:
Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 1
Modul Pengajaran
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
MODUL PENGAJARAN
TERAS TEMA
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
Terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2010
KANDUNGAN Muka surat
1. Kandungan iii
2. Pendahuluan 1
3. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang 1
4. Kurikulum Modular Berasaskan Standard 1
5. Modul Sains 2
6. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 4
7. Pentaksiran 5
8. Sains Hayat 6
8.1 Hidup atau Bukan Hidup 16
8.2 Kita Serupa Tapi Tidak Sama 35
8.3 Siapa Saya? 53
8.4 Yang Mana Satu? 68
8.5 Siapakah kita? 73
8.6 Apa Yang Saya Ada? 80
8.7 Tidak Semuanya Sama 87
8.8 Betapa Istimewanya Saya
88
9. Sains Fizikal 95
9.1 Deria Penglihatan Kita 106
9.2 Dunia Warna 117
9.3 Bentuk Di Sekeliling Ku 132
9.4 Bagaimana Saiznya 141
9.5 Saya Seorang Jurubina 150
9.6 Eh, Ada Bau!
9.7 Apa Rasanya?
1. Pendahuluan
Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan
perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan
bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi,
rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.
Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat
holistik, Standard Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dibangunkan
bagi memastikan kurikulum yang holistik, tidak terlalu akademik dan
membebankan selaras dengan pemantapan kurikulum sebagai fokus
utama teras kedua Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
2. Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
Organisasi Kurikulum berasaskan tunjang dicadangkan bagi
membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketrampilan.
Tunjang (Rajah 1) merupakan domain-domain utama yang saling
menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang
adalah:
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Kemanusiaan
4. Literasi Sains dan Teknologi
5. Fizikal dan Estetika
6. Ketrampilan Diri
Setiap tunjang terdiri daripada elemen-elemen mata pelajaran tertentu
yang mana ada di antara mata pelajaran tersebut diajar sebagai satu
mata pelajaran dan ada yang digabungkan beberapa mata pelajaran dan
dipersembahkan dalam bentuk tema.
3. Kurikulum Modular Berasaskan Standard
Kurikulum Sekolah Rendah digubal dalam bentuk pernyataan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid.
Standard kandungan dan standard pembelajaran diorganisasikan dalam
bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid. Komposisi
Kurikulum Tahap 1 menekankan kepada penguasaan 3 M iaitu Menulis,
1
Mendengar, dan Mengira serta Menakul. Pada masa yang sama,
kemahiran asas ICT, Perkembangan fizikal, kognitif, penguasaan
kemahiran generik, Perkembangan sosioemosi, sahsiah, sikap dan nilai
diterapkan melalui pengajaran dan pembelajaran.
KOMUNIKASI
• Penggabungjalinan kemahiran berbahasa
semasa berinteraksi secara verbal dan
non verbal dalam bahasa Malaysia,
bahasa Inggeris, bahasa Cina dan
bahasa Tamil.
LITERASI SAINS & TEKNOLOGI INSAN KEROHANIAN, SIKAP
SEIMBANG & NILAI
• Penguasaan pengetahuan sains,
kemahiran saintifik dan sikap saintifik KETRAMPILAN DIRI • Penghayatan amalan agama,
menerusi inkuiri.
• Pemupukan kepimpinan dan kepercayaan, sikap & nilai
• Penguasaan pengetahuan dan sahsiah diri melalui aktiviti
kemahiran matematik untuk kurikulum dan kokurikulum KEMANUSIAAN
menyelesaikan masalah.
• Penguasaan ilmu dan amalan
• Penguasaan pengetahuan dan tentang kemasyarakatan &
alam sekitar setempat, negara
kemahiran berasaskan teknologi seperti & global
alat, cara, teknik dan proses untuk
memudahkanmelaksanakan sesuatu • Penghayatan semangat
dalam kehidupan seharian. patriotisme & perpaduan
FIZIKAL & ESTETIKA
• Perkembangan jasmani dan
kesihatan untuk kesejahteraan diri
• Pemupukan daya imaginasi,
kreativiti, bakat dan apresiasi
Rajah 1: Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang
3.1 Standard Kandungan:
Pernyataan tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
3.2 Standard Pembelajaran
Standard pembelajaran merupakan hasil pembelajaran yang boleh
diukur dan mesti dikuasai oleh murid. Objektif perlakuan ini
mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran saintifik, kemahiran
berfikir, sikap saintifik dan nilai murni yang sesuai dengan Standard
Kandungan yang dinyatakan. Penulisan Standard Pembelajaran
juga menunjukkan kedalaman dan skop bagi hasil pembelajaran
yang perlu dicapai.
4. Modul Teras Tema bagi mata pelajaran Sains
Terdapat dua dokumen yang disediakan dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran Sains dalam kurikulum transformasi ini iaitu:
2
4.1 Modul Pengajaran Teras Tema: Dunia Sains dan
Teknologi
Satu modul pengajaran telah disediakan untuk membantu
guru dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu Dunia Sains
dan Teknologi. Modul ini mengandungi beberapa unit di
mana setiap unit mengandungi gabungan beberapa
standard pembelajaran. Setiap unit dalam modul pengajaran
mempunyai masa yang dicadangkan. Cadangan masa ini
bukanlah sesuatu yang wajib dipatuhi kerana guru boleh
mengadaptasikan cadangan aktiviti yang terdapat di dalam
unit yang disediakan dengan mengambil kira kebolehan dan
persekitaran murid. Contoh yang terdapat dalam modul ini
hanya meliputi sebahagian daripada keseluruhan standard
sains yang ditetapkan bagi murid Tahun 1.
Modul ini disediakan dengan menggunakan pendekatan
masteri di samping menggabungjalinkan pendekatan-
pendekatan pedagogi lain yang sesuai. Penerapan elemen
ICT, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi disisipkan di
mana yang sesuai dalam modul ini bagi membimbing guru
dalam melaksanakannya. Modul ini menyediakan aktiviti
untuk murid yang berpencapaian tinggi melalui aktiviti
pengayaan dan murid yang lemah melalui aktiviti pemulihan
supaya semua murid dapat mencapai Standard
Pembelajaran yang telah ditetapkan.
Penilaian yang disediakan bagi sesuatu unit dalam modul ini
adalah bersifat diagnostik bagi membolehkan guru
mengesan kefahaman murid. Guru mestilah menggunakan
maklum balas daripada diagnostik ini bagi melaksanakan
tindakan susulan samada aktiviti pemulihan atau
pengayaan. Aktiviti dan lembaran aktiviti yang disediakan
untuk pengayaan dan pemulihan disediakan mengikut tahap
kebolehan murid bagi mencapai standard pembelajaran
yang sama bagi unit tersebut. Sekiranya 80% daripada
murid di kelas tersebut telah menguasai standard
pembelajaran, guru bolehlah beralih kepada unit yang baru.
Diharapkan pendekatan masteri ini akan mengurangkan
bilangan murid yang tercicir.
Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini telah
mengambil kira amalan terbaik bagi membantu murid
mencapai standard pembelajaran yang ditentukan di
sampingkan menyediakan suasana learning is fun semasa
3
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun,
cadangan aktiviti yang terdapat di dalam modul ini bukanlah
sesuatu yang muktamad. Guru digalakkan untuk
mengubahsuaikan modul yang bersesuaian dengan murid
serta peralatan yang terdapat di sekeliling mereka. Guru
juga digalakan untuk membina modul p&p yang bersesuaian
dengan murid mereka. Dengan ini, guru berpeluang
mengembangkan kreativiti mereka sendiri.
Penulisan modul ini mengambil kira aktiviti yang dapat
melibatkan murid secara aktif, supaya mereka dapat berfikir
secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif. Aktiviti-aktiviti yang
dicadangkan merupakan aktiviti yang dapat membentuk
pemikiran murid.
4.2 Modul Pembelajaran Teras Tema: Dunia Sains dan
Teknologi
Selain daripada Modul Pengajaran, Modul Pembelajaran
juga disediakan. Modul Pembelajaran ini mengandungi
lembaran kerja untuk kegunaan murid. Di samping itu
terdapat penerangan ringkas mengenai topik yang dipelajari
bagi membantu murid menjawab soalan-soalan lembaran
kerja yang disediakan. Lembaran Kerja yang disediakan
mempunyai aras kesukaran yang berbeza. Guru
seharusnya dapat memanfaatkan Lembaran Kerja yang
disediakan bagi menangani kebolehan murid yang pelbagai
di dalam kelas yang sama. Aktiviti murid dan modul
pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah
saling melengkapi bagi mencapai standard kandungan dan
standard pembelajaran yang dihasratkan.
5. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains ini guru boleh
mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Inkuiri
Konstruktivisme
Pembelajaran konstektual
Pembelajaran interaktif
Pembelajaran koperatif
Perbincangan
4
Simulasi
Projek
Kajian lapangan
Pembelajaran Masteri
Kecerdasan pelbagai
Penyelesaian masalah
Pelaksanaan pendekatan pengajarandan pembelajaran yang dijalankan
haruslah dipelbagaikan bagi mengekalkan minat murid. Penentuan
kaedah pengajaran dan pembelajaran haruslah berdasarkan kepada
kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan
murid serta sumber dan prasarana yang ada.
6. Pentaksiran
Pentaksiran haruslah dilaksanakan apabila sesuatu unit itu telah selesai
dijalankan. Pentaksiran berasaskan sekolah bentuk formatif di mana
guru boleh menggunakan hasil murid seperti lembaran kerja, folio murid
dan secara lisan untuk membuat pentaksiran. Pentaksiran juga boleh
berbentuk lisan di mana murid dapat menunjuk atau memberi
penerangan bagaimana mereka menyediakan hasil kerja. Guru
seharusnya mengambil kira untuk membuat pentaksiran bukan hanya
pada hasil akhir tetapi juga semasa proses pembelajaran itu berlaku.
Guru boleh menggunakan hasil pentaksiran ini untuk tindakan
seterusnya seperti merancang pengajaran dan pembelajaran serta
menyediakan bahan yang sesuai.
Sidang Editor
5
Hidup Atau Bukan Hidup?
Tajuk: HIDUP ATAU BUKAN HIDUP?
Ringkasan Di dalam tajuk ini, murid diperkenalkan dengan benda hidup
dan benda bukan hidup.Murid-murid dapat mengenal pasti
benda hidup dan benda bukan hidup.
Kandungan Sains Hayat
Standard: 1.1 Memahami cirri benda hidup dan benda bukan hidup.
Standard 1.1 .1 Mengenal pasti benda hidup dan benda bukan hidup.
pembelajaran: 1.1.3 Menjelaskan pemerhatian secara lakaran, TMK,
penulisan atau lisan.
Tempoh masa: 4 waktu
Sumber: 1. Kad gambar
2. Kad imbasan – benda hidup, benda bukan hidup.
3. Lembaran Kerja1 - Penilaian
4. Lembaran kerja 2 - Penilaian
5. Lembaran kerja 3 - Pemulihan
6. Lembaran kerja 4 - Pemulihan
7. Lembaran kerja 5 - Pengayaan
8. Lembaran kerja 6 - Pengayaan
Aktiviti: 1. Guru membimbing murid menamakan semua benda di
sekeliling berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan
sedia ada. Aktiviti kajian lapangan (luar bilik darjah)
1.1 Menama dan menyenaraikan benda-benda yang
terdapat di kawasan kajian.
1.2 Murid memilih dan melakar satu benda berdasarkan
pemerhatian mereka.
2. Kembali ke bilik darjah
2.1 Guru menampal 2 contoh gambar bagi benda hidup
dan 2 contoh gambar benda bukan hidup di dalam
ruangan yang disediakan pada papan tulis.(Guru
belum memperkenalkan/menyebut benda hidup dan
benda bukan hidup)
2.2 Murid menampal hasil lakaran ke dalam ruangan yang
disediakan itu. Guru membimbing murid sambil
menanya
i. Kenapa saya kumpulkan gambar – gambar ini?
ii. Apakah yang sama dalam gambar ini?
iii. Apakah beza pada gambar ini?
2.3 Murid menerangkan kenapa lakaran mereka
ditempatkan di dalam ruangan tersebut.
6
Hidup Atau Bukan Hidup?
2.4 Pembetulan/pengelasan semula akan dibuat selepas
perbincangan.(Guru membimbing murid mengenal
pasti kriteria yang digunakan untuk pengelasan)
3. Guru memperkenalkan istilah benda hidup dan benda
bukan hidup dengan menggunakan kad imbasan.
3.1 Murid menampal kad imbasan ke ruangan
pengelasan yang telah dibuat.
4. Pengelasan benda hidup dan benda bukan hidup
4.1 Guru membekalkan kotak/sampul yang mengandungi
gambar/model kepada kumpulan murid.
4.2 Murid mengelaskan gambar-gambar mengikut
kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup.
4.3 Pembentangan hasil kerja kumpulan.
Penilaian: Menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2.
Aktiviti Guru membimbing murid untuk menguasai unit pembelajaran
Pemulihan: dengan menggunakan teknik yang bersesuaian.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3 dan 4.
Aktiviti Murid menyiapkan lembaran kerja 5 dan 6.
Pengayaan:
7
Hidup Atau Bukan Hidup? TARIKH:
Nota
Tumbuhan dan haiwan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan
makanan dan minuman.Tanpa makanan dan minuman benda hidup
akan mati. Benda hidup bernafas, bergerak dan membiak. Benda
hidup juga melalui proses tumbesaran.
Benda bukan hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami
proses hidup.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan
minuman. Benda bukan hidup tidak bernafas,tidak bergerak dan
tidak membiak. Benda bukan hidup juga tidak melalui proses
tumbesaran.
tumbuhan benda hidup haiwan
pokok kucing burung
kelapa
pokok ikan
pisang ular
bukan benda hidup
bola beg cerek
8
Hidup Atau Bukan Hidup? 1 TARIKH:
Lembaran Kerja
Bulatkan ( O ) pada benda hidup
Gariskan ( / ) pada benda bukan hidup.
Markah: / 14
9
Hidup Atau Bukan Hidup? 2 TARIKH:
Lembaran Kerja
Tandakan ( ) pada jawapan yang betul.
Contoh benda hidup
√
benda bukan hidup
benda hidup benda hidup
benda bukan hidup benda bukan hidup
benda hidup benda hidup
benda bukan hidup benda bukan hidup
benda hidup benda hidup
benda bukan hidup benda bukan hidup
Markah: /6
10
Hidup Atau Bukan Hidup? TARIKH:
Lembaran Kerja 3A
Potong gambar benda hidup dan benda bukan hidup.
Tampal gambar pada lembaran kerja yang disediakan.
11
Hidup Atau Bukan Hidup?
Lembaran Kerja 3B TARIKH
:
Tampal gambar pada ruangan yang betul.
benda hidup benda bukan hidup
Markah : / 10
12
Hidup Atau Bukan Hidup?
Lembaran Kerja 4 TARIKH
:
Padankan gambar pada kumpulan benda hidup dan benda
bukan hidup
benda hidup
benda bukan hidup
Markah: /5
13
Hidup Atau Bukan Hidup?
Lembaran Kerja 5 TARIKH
:
1. Tandakan ( ) pada benda hidup dan
( X ) pada benda bukan hidup.
Air mineral
Markah: / 10
14
Hidup Atau Bukan Hidup?
Lembaran Kerja 6 TARIKH
:
Kumpulkan benda hidup dan benda bukan hidup.
Tulis perkataan pada ruangan yang disediakan di bawah.
baldi monyet lampu suluh
bayi
jam siput
kapal pokok pisang basikal
benda hidup benda bukan hidup
baldi
15 Markah: /8
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
Tajuk: Kita Serupa Tidapi Tak Sama
Ringkasan: Dalam tajuk ini, murid akan mempelajari bahagian tubuh dan fungsi
bahagian tubuh manusia termasuk persamaan dan perbezaan bahagian
tubuh mereka dengan rakan-rakan.Ada yang berambut kerinting dan ada
yang berambut lurus.Ada yang boleh menggulung lidah.
Standard Sains Hayat
Kandungan: 2.1 Memahami bahagian dan fungsi tubuh manusia.
2.2 Menghargai bahagian tubuh kita.
Standard 2.1.1 Mengenalpasti bahagian tubuh manusia iaitu mata, telinga, hidung,
Pembelajaran mulut, lidah, tangan, kaki.
2.1.2 Menceritakan tentang fungsi dan kepentingan bahagian-bahagian.
tubuh manusia.
2.1.4 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau
lisan.
2.2.1 Menghormati dan menerima keadaan diri seseorang.
Tempoh Masa: 2 waktu
Sumber: 1. Gambar jenis rambut yang berbeza
2. Lembaran Kerja 1 - Penilaian
3. Lembaran Kerja 2 - Penilaian.
4. Lembaran Kerja 3 - Pemulihan
5. Lembaran Kerja 4 - Pengayaan.
6. Lembaran Kerja 5 - Pengayaan.
Aktiviti: Aktiviti 1
1. Guru membimbing murid menyanyikan lagu “Kalau rasa Gembira”
(lampiran 1)
2. Guru mengedarkan sampul yang mengandungi gambar bahagian
muka kepada kumpulan. ( Lampiran 2)
3. Murid menampal bahagian-bahagian muka pada lakaran muka.
4. Guru membimbing murid mengenali bahagian-bahagian tubuh yang
lain. ( Lampiran 3 )
Aktiviti 2
1. Guru meminta dua orang murid ke hadapan.(Nota Guru: pastikan
murid itu mempunyai perbezaan sifat fizikal yang ketara)
16
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
2. Guru meminta murid untuk memerhati persamaan dan perbezaan
di antara keduanya. (Cth:Apakah persamaan yang mereka ada?
Apakah pula perbezaan yang antara mereka?)
3. Guru menunjukkan gambar jenis rambut.(iaitu: kerinting dan lurus).
(Lampiran 1)
4. Guru meminta murid mengenal pasti jenis rambut masing-masing
berdasarkan gambar yang diberi.
5. Guru meminta murid yang mempunyai jenis rambut yang sama
berkumpul mengikut gambar yang disediakan.
6. Ulangi aktiviti di atas dengan melihat perbezaan pada kebolehan
menggulung lidah.
7. Guru membimbing murid mensyukuri dan membuat rumusan
tentang kepentingan persamaan dan perbezaan antara manusia.
( Cth:Mengapa manusia berbeza-beza? Apa yang akan berlaku jika
semua manusia sama?)
Penilaian: 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 1 dan 2
Aktiviti 1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 3.
Pemulihan:
1. Murid menyiapkan Lembaran Kerja 4 dan 5.
Aktiviti
Pengayaan: http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%20Genetics/traits.ht
m).
Nota : Sumber dari Internet
1. http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%Genetics/traits.htm
17
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
18
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
19
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
20
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
21
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
22
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
23
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
24
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
25
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
26
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
Lampiran 1
Rambut Kerinting
27
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
Rambut Lurus
28
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
Lampiran 2
29
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
30
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
31
Kita Serupa Tapi Tidak Sama
Lembaran Kerja 4 Tarikh:
Nama:
Bina perkataan berdasarkan gambar
aatm Jawapan:
ijra
Jawapan:
gnaetli
Jawapan:
32
Kita Serupa Tapi Tidak Sama 5 Tarikh:
Nama:
Lembaran Kerja
Cari 3 perbezaan di antara gambar A dan B. Tuliskan
perbezaan-perbezaan itu.
A B
1. _________________________
2. _________________________
3. _________________________
Markah: /3
33
Kita Serupa Tapi Tidak Sama Tarikh:
Lembaran Kerja 6
Layari internet melalui laman web : / 12
http://www.nps.k12.nj.us/vailsburg/VMS%20Human%20Genetics/traits.htm).
Kenalpasti ciri – ciri manusia yang lain.
1. Ciri-ciri pada manusia adalah :
a)____________________
b)____________________
c)____________________
d)____________________
e)____________________
f)____________________
g)____________________
h)____________________
i)_____________________
j)_____________________
k)_____________________
l)______________________
Markah:
34
Siapa saya?
Topik: Siapa saya?
Ringkasan: Murid akan didedahkan dengan pelbagai jenis haiwan di
persekitaran mereka seperti ikan, kucing, burung, kura-kura, arnab,
ular, katak, rama-rama, belalang, semut, lembu, ayam, lalat, siput
babi
Standard Sains Hayat
Kandungan: 3.1 Menganalisis haiwan dan bahagian tubuh haiwan.
Standard 3.1.1 Mengenal pasti haiwan yang terdapat di sekeliling seperti
Pembelajaran: kucing, ikan, burung, ular, katak, lipas, siput dan rama-rama.
3.1.5 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan
atau lisan.
Tempoh masa: 2 waktu
Sumber: 1. Sampul surat berisi gambar-gambar haiwan.
2. Model dan kotak hitam
3. Lembaran kerja 1 (Penilaian)
4. Lembaran kerja 2 (Penilaian).
5. Lembaran kerja 3 (Pemulihan)
6. Lembaran kerja 4 (Pengayaan)
Aktiviti: Aktiviti 1
1. Guru menunjukkan sebuah kotak hitam yang diisi dengan
model atau gambar haiwan.
2. Guru meminta murid menyoal beberapa soalan untuk
mendapatkan maklumat berkaitan haiwan yang ada di dalam
kotak tersebut.
3. Guru membantu murid dengan memberikan jawapan 'ya'
atau 'tidak' untuk setiap soalan yang dikemukakan oleh
murid.
4. Guru meminta murid meneka haiwan tersebut.
5. Guru menunjukkan haiwan yang ada di dalam kotak hitam
tersebut.
6. Guru mengesahkan jawapan murid dengan menunjukkan
gambar atau model haiwan tersebut
35
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
Pentaksiran: Aktiviti 2
Aktiviti 1. Guru mengedarkan beberapa sampul surat berisi sekurang-
pemulihan: kurangnya 2 keping gambar haiwan kepada setiap
kumpulan.( Lampiran 1)
Aktiviti
pengayaan 2. Guru meminta murid menamakan dan mengeja nama haiwan
tersebut secara berkumpulan.
3. Guru meminta kumpulan memperkenalkan haiwan-haiwan
tersebut kepada rakan-rakan sekelas yang lain.
4. Guru mengadakan perbincangan dengan murid-murid
berkaitan haiwan-haiwan tersebut.
Aktiviti 3
1. Guru meminta murid-murid menyatakan kepentingan haiwan-
haiwan tersebut. Cth: Apakah yang akan berlaku jika tiada
haiwan ini? Cth: Ayam
Guru meminta murid-murid menjawab soalan dalam Lembaran
Kerja 1 dan 2
Guru mengulangi proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Murid menyiapkan lembaran kerja 3.
Murid-murid menyiapkan lembaran kerja 4 dan 5
36
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
Lampiran 1
37
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
38
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
39
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
40
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
41
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
42
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
43
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
44
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi
Siapa saya?
45
Modul Teras Tema : Dunia Sains dan Teknologi