The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rozy Rozario, 2018-05-24 22:14:14

LAPORAN TAHUNAN 2017_BADKPM

LAPORAN TAHUNAN 2017_BADKPM

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

BAHAGIAN IV

LAPORAN PENGAUDITAN
PRESTASI

82

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENDAHULUAN

________________________________________________________________________
Bahagian Audit Dalam menjalankan pengauditan prestasi bertujuan untuk menentukan sama
ada matlamat sesuatu program/aktiviti di Kementerian/Jabatan telah tercapai dan sumber
digunakan secara berhemat dan cekap. Pengauditan tersebut meliputi aspek perancangan,
pelaksanaan dan pemantauan dengan memberikan tumpuan kepada keberkesanan, kecekapan
dan keekonomian pelaksanaan sesuatu program/aktiviti Kementerian/Jabatan.
Pemilihan tajuk kajian audit untuk tahun 2017 adalah berdasarkan kriteria seperti berikut:
 Jangkaan Impak dari Pengauditan
 Materialiti Kewangan
 Risiko Kepada Pengurusan Yang Baik
 Signifikan
 Visibiliti
 Liputan
 Auditabiliti
Pada tahun 2017, sebanyak lima pengauditan prestasi, empat pengauditan perolehan dan tiga
pengauditan ICT telah dijalankan. Hasil pengauditan mendapati pengurusan
program/projek/aktiviti yang diaudit masih perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, syor-syor
Audit telah pun dikemukakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan bagi
mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan program/projek/aktiviti oleh pihak
Kementerian/Jabatan. Pengauditan tersebut juga dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Audit. Secara umumnya, kebanyakan isu Audit telah diambil tindakan yang sewajarnya.
Bahagian Audit Dalam membuat susulan sehingga isu-isu Audit yang berbangkit selesai diambil
tindakan.

83

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN ASRAMA
1MALAYSIA

84

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN ASRAMA 1MALAYSIA

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Penubuhan Asrama 1Malaysia (A1M) adalah berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Khas Kabinet yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 September
2009 untuk membentuk persefahaman antara kaum di Malaysia. A1M menempatkan murid
pelbagai kaum dalam satu asrama berdasarkan konsep 1Malaysia. Sehubungan itu, A1M di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 2010 diikuti dengan A1M di negeri
Sabah, Sarawak dan Johor.

Bagi merealisasikan objektif A1M, lima aspek utama yang merupakan aktiviti dan program teras
diterap dan diberikan penekanan kepada murid-murid A1M iaitu aspek Akademik, Kepimpinan,
Kokurikulum, Kemasyarakatan dan Kebudayaan. Pengurusan A1M dikendalikan oleh tiga
bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Kewangan (BKew) dan
Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset (BPPA).

Peruntukan bagi membiayai aktiviti asrama A1M disalurkan oleh Cawangan Bajet, BKew kepada

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk diagihkan terus kepada sekolah A1M. Bagi tempoh tahun

2014 hingga 2017, A1M telah menerima peruntukan berjumlah RM4.73 juta dan RM4.02 juta

(84.99%) telah dibelanjakan. Prestasi peruntukan dan perbelanjaan A1M adalah seperti di

Jadual 1.

JADUAL 1
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN

BAGI PROGRAM A1M TAHUN 2014 HINGGA BULAN JUN 2017

TAHUN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERATUS
(RM) (RM) PERBELANJAAN

(%)

KUALA LUMPUR

2014 602,240 602,161 99.99

2015 816,890 789,916 96.70

2016 720,000 712,508 98.96

2017 436,000 331,514 76.04

JUMLAH 2,575,130 2,436,099 94.60

JOHOR

2014 155,700 131,001 84.14

2015 200,000 199,999 100.00

2016 160,000 159,985 99.99

*2017 214,000 76,265 35.64

JUMLAH 729,700 567,250 77.74

SARAWAK

2014 155,700 132,343 85.00

2015 100,000 99,910 99.91

2016 160,000 160,000 100.00

2017 270,000 29,567 10.95
JUMLAH 685,700 421,820 61.52

SABAH

2014 155,700 150,000 96.34

2015 150,000 150,000 100.00

2016 160,000 160,000 100.00

2017 280,000 140,000 50.00

JUMLAH 745,700 600,000 80.46

Sumber: Bahagian Kewangan KPM

85

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan A1M telah dilaksanakan dengan
cekap, teratur dan mencapai objektif yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan
A1M bagi tahun 2014 hingga 2017 di KPM iaitu BPSH, BPPA, BKew, JPN, Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) dan tiga sekolah. Pengauditan dilaksanakan melalui semakan dokumen,
pemeriksaan fizikal, temu bual, soal selidik, senarai semak dan analisis terhadap data.

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan mendapati isu-isu seperti berikut:
a. Enrolmen murid tidak mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang

ditetapkan bagi tahun 2015 hingga 2017 seperti di Jadual 2.

JADUAL 2
SASARAN ENROLMEN MURID A1M MENGIKUT NEGERI

2015 2016 2017

A1M SASARAN ENROLMEN SASARAN ENROLMEN SASARAN ENROLMEN

Kuala BIL. BIL. (%) BIL. BIL. (%) BIL. BIL. (%)
Lumpur 230 203 88.26 250 192 76.80 250 162 64.80
130 109 83.85 140 102 72.86 150 106 70.67
Sabah

Sarawak 510 416 81.57 520 425 81.73 530 463 87.36

Johor 220 179 81.36 225 218 96.89 230 221 96.09

JUMLAH 1,090 907 83.21 1,135 937 82.56 1,160 952 82.07
Sumber: Statistik Penghuni Asrama 1Malaysia Sehingga Februari 2017

b. Pengisian murid mengikut nisbah kaum iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung
Malaysia dan kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera di Sarawak tidak pernah dicapai
seperti yang ditetapkan dalam Jadual 3.

JADUAL 3

PENGISIAN MURID TIDAK MENGIKUT NISBAH KOMPOSISI KAUM

NISBAH

A1M TAHUN DICAPAI
DITETAPKAN

Kuala Lumpur 2014 4:3:3 7: 1 :2
2015 4:3:3 7: 1 :2
Johor 2016 6:2:2 7.5 : 1 : 1.5
Sarawak 2017 6:2:2 7.5 : 1 : 1.5
2014 4:3:3 9.4 : 0.2 : 0.4
2015 4:3:3 9.1 : 0.6 : 0.3
2016 6:2:2 9.0 : 0.5 : 0.5
2017 6:2:2 8.5 : 1 : 0.5
2014 9.5 : 0.5
6:4

86

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

NISBAH

A1M TAHUN DITETAPKAN DICAPAI

2015 6 : 4 9.5 : 0.5
9.8 : 0.2
2016 8 : 2 9.8 : 0.2

2017 8 : 2
Sumber: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Nota: Maklumat sehingga Februari 2017
A1M Kuala Lumpur dan Johor – Nisbah Melayu : Cina : India
A1M Sarawak – Nisbah Bumiputera : Bukan Bumiputera

c. Jawatankuasa Pemilihan dan Pengambilan peringkat negeri tidak ditubuhkan di Sarawak.
d. Sebanyak 44 (33%) borang permohonan lewat dikemukakan ke BPSH antara tiga hingga

181 hari selepas tarikh tutup iklan bagi murid-murid yang terpilih ke A1M Kuala Lumpur,
Johor dan Sarawak.
e. Dokumen sokongan bagi borang permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak
lengkap tetapi permohonan diluluskan.
f. KPI dalam aspek Akademik dan Kokurikulum tidak dicapai sepenuhnya.
g. Penyediaan menu makanan mengikut kaum tidak dipatuhi sepenuhnya.
h. Modul pengajaran bahasa ketiga tidak disediakan di A1M Sarawak.
i. Elaun fasilitator dibayar kepada guru A1M Johor.
j. Kajian impak program A1M tidak dilaksanakan.
k. Bilangan warden tidak mengikut nisbah yang dtetapkan di A1M Sarawak.
l. Profil penghuni asrama (murid) tidak disediakan/tidak lengkap dan kemas kini.
m. Cermin tingkap asrama pecah dan padang bola rosak serta ditenggelami air di A1M Kuala
Lumpur seperti di Gambar 1 dan 2.

GAMBAR 1 GAMBAR 2
CERMIN TINGKAP PECAH DAN TIDAK PADANG ROSAK DAN DITENGGELAMI

DIGANTI AIR

Bilik Asrama C-1-4, Blok C, A1M Kuala Lumpur A1M Kuala Lumpur

n. Bahan mentah tidak disediakan dan timbangan tidak mengikut sukatan seperti yang
ditetapkan dalam kontrak Bekalan Makanan Bermasak di A1M Kuala Lumpur dan A1M
Johor.

o. Bahan kering tidak segar dan tidak mengikut spesifikasi di A1M Kuala Lumpur dan A1M
Johor.

p. Stok bahan makanan kering tidak disimpan dalam stor untuk tujuan memasak minimum
tiga hari seperti yang ditetapkan dalam kontrak di A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor.

87

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

q. Penggunaan bahan tidak sihat iaitu serbuk perasa tambahan (aji no moto) yang
mengandungi MSG dan santan kotak di A1M Johor.

GAMBAR 3 GAMBAR 4
SERBUK PERASA TAMBAHAN
MENGANDUNGI MSG DIGUNAKAN UNTUK SANTAN KOTAK DIGUNAKAN UNTUK
MASAKAN
MASAKAN

A1M Johor

r. Longkang di dewan makan A1M Sarawak tidak dibersihkan pada setiap hari atau secara
berkala mengakibatkan air tidak dapat mengalir dengan baik, berminyak, berlumut dan
sampah terperangkap dalam longkang seperti di Gambar 5 dan 6.

GAMBAR 5 GAMBAR 6
SAMPAH TIDAK DIBERSIHKAN LONGKANG BERMINYAK DAN DIPENUHI
DI LONGKANG DEWAN MAKAN
LUMUT

A1M Sarawak

s. Kontraktor dan pekerja dewan makan tidak memakai penutup mulut dan sarung tangan
semasa menghidangkan makanan di A1M Kuala Lumpur, A1M Johor dan A1M Sarawak
seperti di Gambar 7.

GAMBAR 7
PEKERJA TIDAK MEMAKAI PENUTUP MULUT DAN
SARUNG TANGAN SEMASA MENGHIDANGKAN MAKANAN

A1M Johor A1M Kuala Lumpur

88

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

t. Laporan Pemeriksaan Kesihatan pekerja Kebersihan Bangunan dan Kawasan yang
berumur antara 55 hingga 68 tahun tidak dikemukakan di A1M Sarawak dan Profil Pekerja
tidak lengkap dan kemas kini di A1M Kuala Lumpur, A1M Johor dan A1M Sarawak.

u. Dua orang pengawal keselamatan yang berumur 55 dan 60 tahun tidak menjalani
pemeriksaan kesihatan di A1M Kuala Lumpur dan Johor, empat orang pengawal
keselamatan tidak mengemukakan sijil lulus tapisan keselamatan, 12 profil pengawal
keselamatan tidak lengkap dan kemas kini di semua A1M yang dilawati.

v. Clocking point diletakkan di tempat kurang sesuai iaitu tiga daripada empat clocking point
tidak dilekatkan pada dinding premis yang kukuh sebaliknya dilekatkan pada pokok dan
tiang papan kenyataan sekolah di A1M Sarawak.

w. Bilangan pengawal tidak sepadan dengan keluasan sekolah/asrama di A1M Sarawak.

x. Analisis Soal Selidik terhadap Guru, Penyelia Asrama, Murid dan Ibu Bapa adalah seperti
berikut:
i. Sebanyak 60% Pengetua/Pengurus berpendapat peruntukan asrama yang diterima
adalah mencukupi, kakitangan yang disediakan bagi pengurusan asrama adalah
memuaskan dan kemudahan serta peralatan asrama adalah baik.
ii. Sebanyak 67% Pengetua/Pengurus berpuas hati dengan penyeliaan dan pemantauan
yang dijalankan oleh JPN/PPD ke A1M.
iii. Sebanyak 73% Penyelia Asrama berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang
diberikan oleh kontraktor bekalan bermasak, kebersihan dan keselamatan.
iv. Sebanyak 80% penyelia asrama berpendapat kontraktor bekalan bermasak
mengutamakan kebersihan pekerja.
v. Sebanyak 82% warden berpendapat tahap disiplin murid asrama adalah dalam
keadaan baik dan terkawal.
vi. Sebanyak 79% warden berpendapat bahawa tingkah laku/kelakuan murid di asrama
adalah memuaskan.
vii. Sebanyak 78% ibu bapa murid bersetuju A1M berjaya membentuk sikap tolak ansur,
saling hormat menghormati, bertimbang rasa kepada murid-murid terhadap sensitiviti
dan hak antara kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera.
viii. Sebanyak 79% ibu bapa berpendapat murid A1M lebih memahami budaya dan adat
resam antara kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera.
ix. Sebanyak 83% ibu bapa bersetuju program dan aktiviti yang dilaksanakan di A1M
berjaya meningkatkan keyakinan dan potensi diri murid selain meningkatkan
perpaduan antara kaum Melayu, Cina, India dan Bumiputera.
x. Sebanyak 60% murid berpuas hati dengan kelas bahasa ketiga iaitu Mandarin dan
Tamil yang diadakan di asrama/sekolah.
xi. Sebanyak 87% murid bersetuju tahap pengetahuan terhadap perbezaan budaya,
agama dan kepercayaan antara bangsa/kaum meningkat setelah tinggal di A1M.
xii. Sebanyak 89% murid berpuas hati dengan sambutan perayaan kaum yang diadakan
di A1M seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan
lain-lain.
xiii. Sebanyak 82% murid berpendapat program khidmat masyarakat seperti lawatan ke
rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan gotong royong dapat
membentuk sikap berakhlak, penyayang, prihatin dan sahsiah yang tinggi.

89

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Secara keseluruhannya, pengurusan program A1M masih perlu dipertingkatkan. Sehubungan
itu, adalah disyorkan supaya KPM dan A1M di negeri mempertimbangkan tindakan seperti
berikut:

a. Mengambil tindakan yang lebih strategik untuk meningkatkan enrolmen murid supaya

matlamat A1M dapat dicapai sepenuhnya.

b. Menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan dan Pengambilan Murid di semua negeri dan

menyediakan panduan tanggungjawab serta keanggotaan jawatankuasa tersebut.

c. Proses pemilihan murid ditambah baik dan diselaraskan di semua A1M berdasarkan garis

panduan yang dikeluarkan.

d. Memastikan dokumen sokongan bagi borang permohonan yang diterima adalah lengkap

sebelum pemilihan murid dimuktamadkan.

e. Pihak A1M perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan prestasi

akademik dan kokurikulum murid.

f. Memastikan program atau aktiviti yang dianjurkan di A1M dapat meningkatkan perpaduan

antara kaum seperti pengajaran bahasa ketiga, penyediaan menu makanan dan aktiviti
kemasyarakatan.

g. Bilangan warden asrama disediakan mengikut nisbah yang ditetapkan.
h. Memastikan profil penghuni asrama (murid) disediakan dengan lengkap dan kemas kini.
i. Memastikan kemudahan infrastruktur di asrama disenggara dengan baik dan boleh

digunakan sepenuhnya.

j. Mempertingkatkan pemantauan terhadap kontraktor perkhidmatan bekalan makanan

bermasak, kebersihan dan keselamatan bagi memastikan syarat kontrak dipatuhi
sepenuhnya.

k. Menjalankan kajian impak program bagi menentukan keberkesanan program A1M.

90

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PEMBERIAN
KERAJAAN DI

 SEAMEO SEN
 SEAMEO RECSAM

91

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGAUDITAN TERHADAP PENGURUSAN PEMBERIAN KERAJAAN DI SEAMEO
SEN

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Negara Asia Tenggara atau South East Asian Ministers
of Education Organization (SEAMEO) adalah organisasi antara kerajaan negara-negara Asia
Tenggara yang ditubuhkan pada tahun 1965 untuk menggalakkan kerjasama serantau dalam
bidang pendidikan, sains dan budaya. Cadangan penubuhan Pusat Serantau SEAMEO SEN di
Malaysia telah diluluskan oleh Persidangan Majlis Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara
(SEAMEC) ke-44 yang diadakan di Phuket, Thailand pada 6 hingga 9 April 2009. Kertas Kabinet
berkaitan cadangan penubuhan Pusat Serantau SEAMEO SEN di Malaysia telah dibentangkan di
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Jun 2009. Sehubungan itu, Jemaah Menteri telah bersetuju
dengan penubuhan Pusat Serantau SEAMEO SEN di Malaysia pada 18 Jun 2012 dengan kos
mengurus dan pembangunan sebanyak RM3,714,433.60.

Pusat Serantau SEAMEO SEN beroperasi secara sementara di Institut Pendidikan Guru (IPG)
Kampus Perempuan Melayu di Melaka. Ia berfungsi untuk memajukan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berhubung keperluan pendidikan khas di Malaysia dan membantu negara-
negara anggota SEAMEO. Usaha memantap dan mengembangkan pendidikan murid
berkeperluan khas dilaksanakan melalui program kerjasama kepakaran dalam bidang
penyelidikan, latihan, konsultasi dan pusat rujukan serantau. Penubuhan pusat ini juga menjadi
salah satu cara bagi meningkatkan kualiti guru-guru dalam PdP serta memenuhi keperluan Akta
Orang Kurang Upaya (OKU) 2008 berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, ia turut menunjukkan
komitmen Malaysia terhadap pendidikan golongan OKU agar prospek pendidikan dan kerjaya
golongan ini dapat dipertingkatkan selaras dengan prinsip-prinsip pendidikan untuk semua
(Education for All).

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan pemberian Kerajaan kepada
SEAMEO SEN telah dilaksanakan dengan teratur, berhemat dan mencapai objektif yang
ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan
pemberian Kerajaan kepada SEAMEO SEN bagi tempoh bulan Jun 2013 hingga 14 April 2017 di
Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dan SEAMEO SEN. Pengauditan
dilaksanakan melalui semakan fail, rekod, dokumen, temu bual dan lawatan fizikal.

PENEMUAN AUDIT

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
a. Tiada pemantauan terhadap penggunaan pemberian Kerajaan di peringkat SEAMEO SEN.
b. Garis panduan/prosedur dan mekanisme yang jelas berkenaan pengurusan dan

penggunaan pemberian Kerajaan tidak disediakan.
c. Standard Operating Procedure (SOP) berhubung dengan pengurusan kewangan tidak

disediakan mengikut amalan terbaik.
d. Rekod kewangan dan perakaunan tidak diselenggara dengan memuaskan.

92

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

e. Perbelanjaan secara berhemat tidak diamalkan dalam pelaksanaan program/aktiviti dan
perolehan.

RUMUSAN DAN SYOR
Secara keseluruhannya, pengurusan pemberian Kerajaan kepada SEAMEO SEN adalah tidak
memuaskan. Bagi memantapkan lagi pengurusan ke atas pemberian Kerajaan, adalah disyorkan
tindakan diambil seperti berikut:
a. Pemantauan terhadap penggunaan pemberian Kerajaan di SEAMEO SEN hendaklah

dijalankan oleh BDHA. Garis panduan/prosedur dan mekanisme pemantauan yang jelas
berkenaan pengurusan dan penggunaan pemberian Kerajaan perlu dikeluarkan sebagai
panduan.
b. Menetapkan supaya SEAMEO SEN mengemukakan laporan berkala seperti laporan
kemajuan suku tahun, laporan kewangan serta laporan tahunan dan kewangan yang telah
diaudit. Analisis lanjut hendaklah dibuat terhadap laporan tersebut.
c. Pegawai yang terlibat dengan pengurusan pemberian Kerajaan hendaklah diberi latihan
yang sewajarnya bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran.

93

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGAUDITAN TERHADAP PENGURUSAN PEMBERIAN KERAJAAN DI SEAMEO
RECSAM

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

SEAMEO Regional Centre for Education in Science and Mathematics (RECSAM) telah ditubuhkan
pada tahun 1967 bertujuan membantu negara-negara anggota SEAMEO memajukan pengajaran
dan pembelajaran (PdP) Sains, Matematik dan Pendidikan Komputer di sekolah rendah dan
menengah. Peranan dan fungsi SEAMEO RECSAM dibahagikan kepada empat bidang iaitu
latihan, penyelidikan, pusat maklumat dan perkhidmatan khas dalam bidang Sains, Matematik
dan Pendidikan Komputer.

Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf SEAMEO RECSAM sebagai sebuah institusi serantau semasa
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Oktober 1994 dan membenarkan SEAMEO RECSAM
mengurus sendiri semua perkara berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan dan
kewangannya. Di samping itu, Jemaah Menteri juga bersetuju memberikan sumbangan
kewangan belanja mengurus sebanyak RM3.3 juta setahun, Endowment Fund sebanyak RM2
juta, sumbangan terhadap SEAMEO Educational Development Fund (SEDF) dan Education Fund
(EF) berjumlah RM400,000 setahun serta RM6 juta peruntukan pembangunan.

Antara program-program yang dilaksanakan oleh SEAMEO RECSAM adalah seperti berikut:
a. Melatih pendidik dan kakitangan penting dari negara anggota SEAMEO mengenai kaedah

yang kemas kini dan lebih cekap dalam pengajaran Sains, Matematik dan Pendidikan
Komputer.
b. Melaksanakan penyelidikan dalam bidang pendidikan bagi tujuan mendapatkan maklumat
terbaharu berkaitan PdP.
c. Menerbit, mencetak dan mengedar jurnal, buletin, laporan dan lain-lain berkaitan dengan
Sains, Matematik dan Pendidikan Komputer kepada institusi, organisasi dan orang
perseorangan.
d. Menganjur dan mengelolakan persidangan, simposium, seminar, bengkel dan kolokium.

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan pemberian Kerajaan kepada
SEAMEO RECSAM telah dilaksanakan dengan teratur, berhemat dan mencapai objektif yang
ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan
pemberian Kerajaan kepada SEAMEO RECSAM bagi tempoh bulan Jun 2013 hingga 14 Julai 2017
di Bahagian Dasar Dan Hubungan Antarabangsa (BDHA) dan SEAMEO RECSAM. Pengauditan
dilaksanakan melalui semakan fail, rekod, dokumen, temu bual dan lawatan fizikal.

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan mendapati pengurusan pemberian Kerajaan di SEAMEO RECSAM adalah kurang
memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:

94

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

a. Garis panduan/prosedur dan mekanisme yang jelas berkenaan pengurusan dan
penggunaan pemberian Kerajaan tidak disediakan oleh BDHA sebagai panduan.

b. BDHA tidak membuat pemantauan terhadap penggunaan pemberian Kerajaan di peringkat
SEAMEO RECSAM.

RUMUSAN DAN SYOR
Secara keseluruhannya, pengurusan pemberian Kerajaan kepada SEAMEO RECSAM perlu
dipertingkatkan dan disyorkan tindakan diambil seperti berikut:
a. BDHA hendaklah menjalankan pemantauan terhadap penggunaan pemberian Kerajaan di

SEAMEO RECSAM. Garis panduan/prosedur dan mekanisme pemantauan yang jelas
berkenaan pengurusan dan penggunaan pemberian Kerajaan hendaklah dikeluarkan
sebagai panduan.
b. BDHA hendaklah menetapkan supaya SEAMEO RECSAM mengemukakan laporan berkala
seperti laporan kemajuan suku tahun, laporan kewangan serta laporan tahunan dan
kewangan yang telah diaudit.

95

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PERKHIDMATAN
KEBERSIHAN BANGUNAN DAN

KAWASAN DI SEKOLAH

96

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI
SEKOLAH

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mendapatkan perkhidmatan syarikat swasta
untuk melaksanakan perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah
bertujuan untuk memastikan kualiti perkhidmatan kebersihan yang baik diberikan di premis
berkenaan.

Pengurusan perolehan perkhidmatan KBK dilaksanakan oleh Bahagian Perolehan Dan
Pengurusan Aset (BPPA) di peringkat KPM dan Unit Perolehan, Sektor Khidmat Pengurusan Dan
Pembangunan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Proses pembayaran kepada kontraktor pula
diuruskan oleh JPN/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/sekolah dengan menggunakan peruntukan
perbelanjaan mengurus.

Bagi tempoh tahun 2014 hingga 2016, KPM telah membelanjakan RM2.918 bilion untuk
perkhidmatan KBK. Butiran mengenai peruntukan dan perbelanjaan KBK adalah seperti di
Jadual 1.

JADUAL 1

PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PERKHIDMATAN KBK MENGIKUT NEGERI

BAGI TEMPOH TAHUN 2014 HINGGA 2016
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN TAHUNAN

BIL. NEGERI 2014 2015 2016

PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN

(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1. Pulau Pinang 41,260,850 37,491,261 38,397,839 38,221,749 46,952,090 44,821,612

2. Pahang 65,471,490 61,151,126 58,402,009 58,314,029 75,875,000 75,473,238

3. Perak 95,293,440 90,223,149 88,128,986 88,048,715 113,167,300 112,186,869

4. Johor 131,368,420 124,936,755 108,409,120 108,260,597 114,300,440 106,609,794

5. Kedah 63,640,740 59,083,767 53,078,775 52,992,215 66,995,790 65,852,756

6. Kelantan 73,272,920 66,293,388 62,810,350 62,799,514 79,083,900 79,082,140

7. Melaka 22,693,780 22,014,297 21,160,869 21,089,043 33,289,400 33,282,081

8. Perlis 9,093,310 8,648,465 10,710,397 10,710,397 11,008,000 10,883,388
2,202,230 2,045,659 2,274,269 2,195,749 3,100,000 2,735,782
Wilayah 94,842,420 90,438,663 94,212,036 90,481,439 129,707,130 126,557,207
9. Persekutuan

Labuan

10. Sabah

11. Terengganu 51,694,810 47,076,866 47,813,880 46,817,693 51,200,780 48,997,999

12. Sarawak 151,990,720 134,132,270 128,803,521 124,004,339 157,954,600 154,635,453
38,086,350 32,063,477 41,648,319 41,628,887 43,313,310 42,895,109
13. Negeri Sembilan
164,726,540 183,284,434
Selangor/Wilayah

14. Persekutuan 151,279,097 159,898,681 157,936,259 186,386,300
Kuala Lumpur
dan Putrajaya

JUMLAH 1,005,638,020 926,878,240 915,749,051 903,500,625 1,112,334,040 1,087,297,862

Sumber: Bahagian Kewangan

97

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan perkhidmatan KBK oleh syarikat
swasta di sekolah/asrama telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta
mencapai objektif yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap perkhidmatan
KBK di BPPA, Bahagian Kewangan, lima JPN, tujuh PPD dan 42 sekolah/asrama bagi tempoh
tahun 2014 hingga bulan Mac 2017. Pengauditan dilaksanakan melalui semakan dokumen, temu
bual, perbincangan serta pemeriksaan fizikal di bangunan dan persekitaran sekolah/asrama.

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan mendapati perkara seperti berikut:
a. Tujuh kontraktor lewat mengemukakan Bon Pelaksanaan antara dua hingga 90 hari.

Manakala tempoh serahan Bon Pelaksanaan oleh 14 kontraktor tidak dapat disahkan
kerana rekod terimaan bon tidak dikemukakan.
b. Sembilan kontrak lewat ditandatangani antara empat hingga 96 hari.
c. Sebanyak 273 (81%) daripada 337 baucar bayaran tidak disokong dengan dokumen
sokongan yang lengkap.
d. Empat kontraktor tidak mengemukakan maklumat mengenai 19 orang pekerja kepada
empat sekolah.
e. Tiga kontraktor telah menggaji lapan pekerja yang melebihi had umur yang dibenarkan
iaitu berumur antara 64 hingga 67 tahun.
f. Sebanyak 14 kontraktor tidak mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan bagi 31
pekerja yang berumur antara 55 tahun sehingga 63 tahun kepada pihak sekolah untuk
kelulusan.
g. Seramai 21 pekerja yang melibatkan lima kontraktor gagal mengemukakan Permit
Lawatan Kerja Sementara.
h. Rekod kehadiran pekerja tidak diselenggara dengan teratur di lapan sekolah.
i. Perbezaan jumlah kehadiran pekerja pada borang BPPA KBK 2 dengan rekod kehadiran
pekerja di lapan sekolah.
j. Pelaksanaan waktu kerja di 12 sekolah tidak mengikut syarat perjanjian.
k. Sembilan kontraktor tidak menyediakan bahan-bahan, peralatan dan alat kelengkapan
yang mencukupi sepertimana yang ditetapkan dalam kontrak.

GAMBAR 1
KAWASAN LUAR PAGAR (DUA KAKI) TIDAK DIBERSIHKAN

SMK Alam Damai, Selangor SK Batang Benar, Negeri Sembilan

98

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

GAMBAR 2
KAWASAN LUAR PAGAR (DUA KAKI) TIDAK DIBERSIHKAN

SK Pengkalan Tentera Darat SMK Jalan Tiga

GAMBAR 3
TUMBUHAN MENJALAR DI PAGAR

SMK Jalan Tiga, Selangor SK Seri Permai, Negeri Sembilan

GAMBAR 4
LONGGOKAN SAMPAH TIDAK DIBUANG

SMK Alam Damai, Kuala Lumpur SK Pengkalan Tentera Darat, Kula Lumpur

GAMBAR 5
PEMBAKARAN SAMPAH SECARA TERBUKA

SMK Saujana Impian, Selangor SK Seri Permai, Pulau Pinang

99

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

l. Pekerja kebersihan di 20 sekolah tidak memakai pakaian seragam atau uniform syarikat
dan tag nama seperti di Gambar 6.

GAMBAR 6
PEKERJA TIDAK MEMAKAI PAKAIAN SERAGAM/UNIFORM SYARIKAT

SJKT Ladang Tanah Merah SJKT Bayan Lepas

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, terdapat kelemahan terhadap pengurusan perkhidmatan KBK di sekolah
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan itu, untuk meningkatkan kecekapan dalam
pengurusan perkhidmatan KBK adalah disyorkan supaya BPPA mengambil tindakan terhadap
perkara berikut:

a. Tindakan amaran atau pembatalan tawaran kontrak hendaklah diambil terhadap syarikat
yang gagal menyerahkan Bon Pelaksanaan dalam tempoh yang ditetapkan.

b. Tindakan pemotongan dan penamatan kontrak hendaklah dilakukan terhadap kontraktor
yang gagal mematuhi syarat kontrak.

c. Memastikan mesin/peralatan/bahan adalah mencukupi dan kerja perkhidmatan KBK
dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

d. Maklumat/profil pekerja dan permit bekerja perlu disimpan di sekolah bagi tujuan
pemantauan dan pengesahan tuntutan bulanan kontraktor.

e. Pihak sekolah/asrama perlu memastikan pekerja mematuhi etika berpakaian bagi
mengelakkan pencerobohan daripada orang yang tidak dikenali di sekolah.

f. Salinan rekod kehadiran pekerja hendaklah disimpan oleh pihak sekolah sebagai rujukan
bagi pengesahan tuntutan oleh pihak kontraktor.

g. Pihak sekolah perlu memastikan kontraktor mematuhi tempoh masa bekerja yang
ditetapkan dalam perjanjian sebelum membuat perakuan pengesahan kerja pada setiap
bulan. Sebarang ketidakpatuhan tempoh bekerja perlu dikenakan pemotongan/denda.

h. JPN/PPD hendaklah memastikan Laporan Pelaksanaan Perkhidmatan telah dilengkapkan
oleh pihak kontraktor dan pengesahan yang dibuat oleh pihak sekolah adalah sempurna
sebelum pembayaran dibuat.

i. JPN/PPD/sekolah perlu mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang tidak mematuhi
syarat perjanjian dengan mengenakan denda dan melaporkan perkhidmatan yang tidak
berkualiti kepada KPM.

100

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PENYEWAAN
DAN PENYENGGARAAN
RUANG PEJABAT

101

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PENYEWAAN DAN PENYENGGARAAN RUANG PEJABAT

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Pengurusan ruang pejabat yang efisien dan teratur adalah satu elemen yang penting dalam
menyediakan persekitaran dan ruang kerja yang selesa serta kondusif kepada warga
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini bertujuan bagi membolehkan warga KPM bertugas
dengan baik dan cekap agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan
dan stakeholder.

Terdapat 37 Bahagian/Jabatan di KPM yang mempunyai ruang pejabat di sekitar Putrajaya,
Cyberjaya, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Selain itu, terdapat juga cawangan
Bahagian/Jabatan yang berada di negeri atau daerah di mana ruang pejabat adalah terletak di
Bangunan Persekutuan atau disewa daripada pihak swasta. Bahagian Audit Sekolah (BAS),
Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) merupakan antara Bahagian/Jabatan yang menyewa ruang pejabat
daripada pihak swasta.

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) telah dipertanggungjawabkan bagi mengurus penyewaan
dan penyenggaraan ruang pejabat di KPM. Peranan dan tanggungjawab BKP dalam pengurusan
ruang pejabat ini adalah sebagai penyelaras dan perantara bagi tujuan kelulusan penyewaan
premis di antara Bahagian-bahagian dengan Agensi-agensi Persekutuan.

BKP adalah urus setia kepada Jawatankuasa Ruang Pejabat (JRP) peringkat Kementerian yang
ditubuhkan pada 1 Julai 2016 bagi menyelaraskan pengurusan dan penyewaan ruang pejabat
KPM. Skop tugas JRP adalah seperti berikut:

a. Mengesahkan keperluan penyewaan ruang pejabat adalah benar-benar perlu.

b. Menilai kaedah-kaedah bagi mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat.

c. Menilai peruntukan sama ada mencukupi bagi pembayaran penyewaan untuk sesuatu
tempoh perjanjian dengan mengambil kira value for money.

d. Memastikan urusan penyewaan ruang pejabat mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017, KPM telah diperuntukkan sejumlah RM654.59 juta untuk
penyewaan ruang pejabat dan RM545.77 juta (83.4%) daripada peruntukan tersebut telah
dibelanjakan.

Selain itu, peruntukan penyenggaraan untuk ruang pejabat yang disewa bagi tahun 2015 hingga
2017 adalah berjumlah RM45.73 juta. Setakat bulan Julai 2017, RM29.21 juta (63.9%) telah
dibelanjakan. Butiran lanjut adalah seperti di Jadual 1.

JADUAL 1
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PENYEWAAN SERTA PENYENGGARAAN RUANG PEJABAT

BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017

PERUNTUKAN PENYEWAAN PERATUS PERBELANJAAN
(%)
TAHUN LULUS BELANJA
99.2
2015 (RM) (RM) 98.8
2016 30.8*
2017 249,526,085 247,629,615 83.4
JUMLAH
255,114,512 251,992,077

149,952,140 46,148,364*

654,592,737 545,770,056

102

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PERUNTUKAN PENYENGGARAAN (BKP) PERATUS PERBELANJAAN
(%)
TAHUN LULUS BELANJA
99.4
(RM) (RM) 99.1

2015 13,642,000 13,556,444 -
63.9
2016 15,790,780 15,653,280

2017 16,300,000 -

Jumlah 45,732,780 29,209,724

Sumber: Bahagian Kewangan dan Bahagian Khidmat Pengurusan, KPM

Nota: * Sehingga Julai 2017

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan penyewaan dan penyenggaraan
ruang pejabat telah dilaksanakan dengan teratur, cekap dan berhemat serta mencapai objektif
yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap
pengurusan penyewaan dan penyenggaraan ruang pejabat bagi tempoh tahun 2015 hingga
2017. Pengauditan dilaksanakan di BKP, BAS, JNJK, tiga PPD, pejabat cawangan BAS serta JNJK
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Semakan dokumen,
pemeriksaan fizikal, soal selidik dan temu bual dengan pegawai terlibat telah dibuat.

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mac hingga Jun 2017 mendapati kelemahan seperti
berikut:

a. Penyewaan lima ruang pejabat oleh BAS cawangan, PPD Petaling Utama dan PPD Gombak
tanpa kelulusan daripada Urus Setia JRP bagi tempoh satu hingga 38 bulan dan melibatkan
bayaran sewa berjumlah RM3,555,343.16.

b. Perjanjian penyewaan
i. Pembayaran penyewaan ruang pejabat bagi BAS Sandakan berjumlah RM81,600
dibuat tanpa perjanjian walaupun tempoh perjanjian telah tamat selama 48 bulan.
ii. Penyewaan ruang pejabat di PPD Sepang, PPD Hulu Selangor, PPD Gombak dan JNJK
Sabah masih belum mempunyai perjanjian walaupun telah melebihi tempoh antara 63
hingga 762 hari daripada tarikh perjanjian patut ditandatangani.

c. Sebanyak 23 perjanjian penyewaan ruang pejabat lewat ditandatangani antara 24 hingga
2,367 hari selepas tarikh akhir perjanjian perlu ditandatangani.

d. Sebanyak 16 permohonan pelanjutan penyewaan ruang pejabat lewat dikemukakan
kepada Urus Setia JRP antara 70 hingga 553 hari.

e. Standard Operating Procedure (SOP) berkaitan pengurusan ruang pejabat tidak disediakan
sebagai panduan.

f. Penggunaan ruang pejabat di Blok 2250, Cyberjaya tidak optimum melibatkan anggaran
keluasan 3,381 kaki persegi bagi tempoh 19 bulan dengan kos RM233,829.96 yang disewa
untuk Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Bahagian Pembangunan Dan Penilaian
Kompetensi.

g. Kelewatan bayaran dan terlebih bayar bil chilled water
i. Denda bayar lewat berjumlah RM12,482.63 dikenakan terhadap bil chilled water bagi
Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya untuk tempoh tahun 2015 hingga 2017.
ii. Bil chilled water pada bulan Januari 2017 terlebih bayar berjumlah RM1,245.93 bagi
Bangunan 2250, Cyberjaya.

h. Kerosakan di Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya masih belum dibaiki.

103

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

i. Kerja penyenggaraan oleh Tuah Usaha Sdn. Bhd. masih belum selesai antara 154 hingga
538 hari dari tarikh aduan diterima.

GAMBAR 1
RUANG PEJABAT TIDAK DIGUNAKAN SECARA OPTIMUM

Tingkat Bawah Blok 2250, Cyberjaya

GAMBAR 2
KEROSAKAN BANGUNAN MASIH BELUM DIBAIKI

Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan, Blok 2251 Cyberjaya

GAMBAR 3 GAMBAR 4
PAIP BOCOR/WATER MARK PADA SLAB PINTU KE ROOFTOP TIDAK DAPAT

BERKUNCI

Aras Besmen B, Blok E14 Rooftop, Blok E14

GAMBAR 5 GAMBAR 6
JUBIN TANGGAL DI LOBI LIFT BOMBA KEBOCORAN SILING DI BILIK LIFT

MOTOR ROOM 2

Aras Besmen Blok E14 Rooftop Blok E15

104

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Secara keseluruhannya, pengurusan penyewaan dan penyenggaraan ruang pejabat di KPM
masih perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, tindakan seperti berikut disyorkan diambil sebagai
penambahbaikan:
a. Penyewaan ruang pejabat hanya boleh dilakukan dengan kelulusan Urus Setia JRP.

Pegawai yang terlibat dengan urusan penyewaan ruang pejabat perlu diberi latihan/kursus
agar kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang.
b. BKP perlu menyediakan SOP mengenai pengurusan penyewaan ruang pejabat sebagai
panduan kepada Bahagian dan PPD yang menyewa ruang pejabat.
c. Bahagian/Jabatan/PPD yang berkaitan perlu memantau proses penyediaan dokumen
perjanjian.
d. BKP/Bahagian/Jabatan/PPD perlu memantau permohonan pelanjutan sewaan ruang
pejabat.
e. Pengubahsuaian ruang pejabat hanya boleh dilakukan jika terdapat klausa yang
membenarkan pengubahsuaian dalam perjanjian penyewaan.
f. Ruang pejabat yang disewa untuk Bahagian/Jabatan disyorkan untuk dikaji semula bagi
memastikan ruang pejabat digunakan secara optimum.
g. BKP hendaklah memastikan bil utiliti dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan.
h. Bahagian dan PPD perlu membuat laporan aduan kerosakan kepada Tuan Tanah dan
memantau kerja pembaikan dibuat dengan segera.
i. BKP hendaklah menyusuli dengan pihak Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kerja
pembaikan kecacatan bangunan dilaksanakan mengikut tempoh kontrak yang berkuat
kuasa. Pembayaran muktamad kontrak hendaklah ditahan sehingga semua kerja
pembaikan siap sepenuhnya.

105

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PERKHIDMATAN
BEKALAN MAKANAN BERMASAK
ASRAMA DI SEKOLAH BERASRAMA

PENUH, SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK/KOLEJ VOKASIONAL DAN

SEKOLAH AGAMA BANTUAN
KERAJAAN

106

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PERKHIDMATAN BEKALAN MAKANAN BERMASAK ASRAMA DI
SEKOLAH BERASRAMA PENUH, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/KOLEJ
VOKASIONAL DAN SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan kemudahan makanan bermasak kepada
murid yang tinggal di asrama sekolah. Objektif penyediaan Bekalan Makanan Bermasak (BMB)
adalah untuk memastikan murid di asrama mendapat makanan yang mencukupi, bersih,
seimbang dan berkualiti.

Perkhidmatan BMB asrama disediakan berdasarkan menu yang ditetapkan oleh KPM mengikut
Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
pada tahun 2005 bagi memenuhi Piramid Makanan Malaysia yang menggalakkan pengambilan
bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan dihidangkan kepada murid sebanyak lima kali
sehari.

Sehingga bulan Disember 2016, terdapat sebanyak 69 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 87
Sekolah Menengah Teknik (SMT)/Kolej Vokasional (KV) dan 161 Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK) di bawah KPM yang menerima peruntukan BMB.

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan perkhidmatan BMB telah
dilaksanakan dengan teratur, cekap, berhemat dan mencapai objektif yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap
pengurusan perkhidmatan BMB bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 di Bahagian Perolehan
Dan Pengurusan Aset (BPPA), Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah
Kecemerlangan (BPSBPSK), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian Pendidikan Teknik Dan
Vokasional (BPTV), empat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), 17 sekolah dan tujuh SMT/KV.
Empat negeri terlibat adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya/Kuala Lumpur, Selangor, Negeri
Sembilan dan Kelantan. Semakan dokumen, soal selidik, lawatan, pemeriksaan fizikal dan temu
bual dengan pegawai yang terlibat telah dibuat.

PENEMUAN AUDIT
Pengauditan yang dijalankan pada bulan Mac hingga Jun 2017 mendapati kelemahan seperti
berikut:
a. Sepuluh daripada 24 kontrak berjumlah RM39.28 juta lewat ditandatangani antara tiga

hingga 190 hari iaitu selepas tempoh empat bulan dari tarikh Surat Setuju Terima (SST).
b. Pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada Bon Pelaksanaan telah diserahkan dalam

tempoh 30 hari dari tarikh SST yang ditetapkan kerana BPPA/JPN tidak merekodkan tarikh
penerimaan Bon Pelaksanaan.

c. SST dikeluarkan kepada petender yang berjaya dalam tempoh satu hingga enam hari
sebelum tempoh kontrak bermula. Tempoh pengeluaran SST yang terlalu singkat telah
menyukarkan pihak kontraktor menyediakan Bon Pelaksanaan sebelum perkhidmatan
dimulakan.

107

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

d. Sebanyak 126 invois/bil tuntutan daripada kontraktor yang melibatkan 11
Sekolah/SMT/KV telah lewat dikemukakan antara satu hingga 130 hari.

e. Pembayaran berjumlah RM17.74 juta bagi 135 baucar bayaran tidak disokong dengan
dokumen/maklumat yang lengkap.

f. Syarat kontrak perkhidmatan BMB tidak dipatuhi. Antaranya adalah berkaitan spesifikasi
dan sukatan bahan makanan, bahan makanan luput tarikh dan tiada tanda halal,
pertukaran menu tanpa kelulusan, syarat mengenai pekerja kontraktor tidak dipatuhi,
kebersihan dewan makan dan kawasan sekelilingnya yang tidak memuaskan. Denda tidak
dikenakan terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat kontrak yang ditetapkan
seperti di Gambar 1 – 9.
GAMBAR 1
AYAM DIPOTONG TERMASUK KULIT, LEMAK DAN LEHER

Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan SMRA Nilai, Negeri Sembilan

GAMBAR 2 GAMBAR 3
KORDIAL DAN SIRAP YANG TIDAK PERISA AYAM YAMIE YANG TIDAK

DIBENARKAN DIBENARKAN

SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu

GAMBAR 4 GAMBAR 5
PISANG BERANGAN DI TUKAR DENGAN IKAN SIAKAP (GRED A) DI TUKAR KE

TEMBIKAI SUSU IKAN KEMBUNG (GRED B)

SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor

108

GAMBAR 6 LAPORAN TAHUNAN 2017
RUANG TAMBAHAN DEWAN MAKAN KOTOR BAHAGIAN AUDIT DALAM

GAMBAR 7
AIR HUJAN BERTAKUNG

Kolej Vokasional Sepang, Selangor

GAMBAR 8 GAMBAR 9
PETI SEJUK ROSAK DAN TIDAK BOLEH PENAPIS HABA/WAP TIDAK

DIGUNAKAN DISENGGARA

SMU(A) Al-Khauthar, Kelantan

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan perkhidmatan BMB adalah kurang memuaskan dan
tindakan penambahbaikan disyorkan seperti berikut:
a. SST hendaklah dihantar dengan segera kepada kontraktor yang berjaya. Tempoh antara

tarikh SST dengan tarikh permulaan perkhidmatan BMB hendaklah munasabah supaya
kontraktor dapat mengemukakan Bon Pelaksanaan sebelum memulakan perkhidmatan
serta mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan pekerja/peralatan/bahan-
bahan makanan yang mencukupi.
b. Perolehan Kerajaan hendaklah diikat dengan perjanjian secara teratur dan sah dalam
tempoh yang ditetapkan bagi memelihara kepentingan kedua-dua pihak.
c. Daftar penerimaan Bon Pelaksanaan perlu diselenggara untuk memudahkan pemantauan
terhadap tempoh penyerahan bon.
d. BPPA/BPSBPSK/BPTV/BPI/JPN/PPD/sekolah perlu meningkatkan penyeliaan, pemantauan
dan penguatkuasaan bagi memastikan syarat kontrak dipatuhi sepenuhnya oleh
kontraktor.
e. Penyelia Asrama/Pengetua/Pengarah/Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) perlu
mengawal setiap pertukaran spesifikasi bahan dan menu makanan oleh kontraktor.
f. Latihan yang sesuai perlu diberikan kepada Penyelia Asrama/Pengetua/Pengarah/Guru
Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) untuk memudahkan pemantauan dibuat.
g. Sekolah hendaklah menggunakan borang baharu yang ditetapkan oleh BPPA supaya
laporan berkaitan perkhidmatan BMB dan prestasi kontraktor dapat disahkan dengan
teratur untuk tujuan pembayaran dan dipantau dengan berkesan.
h. Pusat Tanggungjawab/sekolah hendaklah memastikan dokumen sokongan pembayaran
adalah lengkap mengikut perjanjian kontrak dan surat arahan yang berkuat kuasa sebelum
membuat bayaran.

109

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

BAHAGIAN V

LAPORAN PENGAUDITAN
PEROLEHAN

110

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PERALATAN
DAN INFRASTRUKTUR SUKAN
DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

111

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PERALATAN DAN INFRASTRUKTUR SUKAN DI SEKOLAH SUKAN
MALAYSIA

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Sekolah Sukan Malaysia (SSM) diwujudkan untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi
supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di
bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Sekolah
ini secara keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh dari aspek pengurusan
dan pentadbiran serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.

SSM diwujudkan mengikut zon iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi zon Tengah, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) di
Bandar Penawar, Johor bagi zon Selatan, Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) di Gambang,
Pahang bagi zon timur, Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) di Kota Kinabalu, Sabah bagi
zon Borneo dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) di Kuala Terengganu, Terengganu.

Antara objektif penubuhan SSM adalah:
a. Untuk meningkatkan tahap pengetahuan, pengalaman dan kemahiran atlet murid dalam

bidang sukan tanpa mengabaikan pencapaian akademik.
b. Menjadi pusat kecemerlangan sukan yang berjalan secara sistematik dan berterusan ke

arah pencapaian atlet bertaraf dunia.
c. Menjadi pusat penyebaran pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi syarat

kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017, bajet pembangunan dan mengurus berjumlah RM10.44
juta telah diperuntukkan kepada Bahagian Sukan bagi pengurusan peralatan dan infrastruktur
sukan di lima buah SSM. Sehingga 30 November 2017, RM10.14 juta telah dibelanjakan. Butiran
mengenai peruntukan dan perbelanjaan adalah seperti di Jadual 1.

JADUAL 1
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PERALATAN
DAN INFRASTUKTUR SUKAN BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017

SEKOLAH 2015 2016 2017
SUKAN
PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN PERUNTUKAN PERBELANJAAN
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

Kuala Lumpur 983,316.00 982,686.95 1,464,897.00 1,464,897.00 540,736.00 498,820.00

Johor 1,054,700.00 945,298.02 1,199,975.00 1,198,922.40 747,906.00 641,827.92

Sabah 418,190.00 413,716.55 570,800.00 567,643.15 235,080.00 228,780.00
Pahang 408,909.75 388,860.95 1,033,655.02 1,033,655.02 339,541.00 336,271.00
Terengganu 998,024.04 998,024.04 30,000.00 30,000.00
415,001.66 415,001.66

JUMLAH 3,863,139.79 3,728,586.51 4,684,328.68 4,680,119.23 1,893,263.00 1,735,698.92

Sumber: Bahagian Sukan

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan peralatan dan infrastruktur sukan
di SSM telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, berhemat serta memenuhi keperluan
ke arah mencapai objektif yang ditetapkan.

112

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan terhadap pengurusan
peralatan dan infrastruktur sukan di SSM bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017. Semakan
dokumen, pemeriksaan fizikal, senarai semak, temu bual dan analisis terhadap data telah
dibuat.

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan pada bulan Ogos hingga November 2017 terhadap empat sampel
SSM mendapati kelemahan-kelemahan seperti berikut:

a. Pegawai Pemverifikasi Stor, Pegawai Pemeriksa Aset, ahli Lembaga Pelupusan dan Pegawai
Pemeriksa Stor di SSM Sabah tidak dilantik oleh Pegawai Pengawal/Pengerusi Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan.

b. Fail sebut harga yang disediakan di Bahagian Sukan tidak diasingkan mengikut tajuk sebut
harga perkhidmatan/bekalan. Maklumat penting seperti salinan Surat Setuju Terima,
dokumen integrity pact dan jadual harga tidak disimpan dalam fail.

c. Pegawai yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa
Penilaian Harga dan Jawatankuasa Sebut Harga di SSMP tidak menjalankan tugas
mengikut surat lantikan.

d. Dua pegawai di SSBJ menjalankan peranan sebagai Jawatankuasa Sebut Harga (pemilihan
sebut harga) dan ahli Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga (teknikal dan harga) dalam
satu sebut harga yang sama.

e. SSBJ telah mengeluarkan Pesanan Kerajaan bagi Kerja-kerja Ubah Suai dan Naik Taraf
Gelanggang Bola Jaring Berbumbung berjumlah RM28,401.60 pada 22 Oktober 2015
kepada Syarikat Citra Impian sebelum tawaran sebut harga ditutup pada 26 Oktober 2015
dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan bersidang pada 27 Oktober 2015.

f. Peti tawaran bagi empat sebut harga di SSMP dibuka antara sepuluh hingga 18 hari selepas
tarikh tawaran sebut harga ditutup pada tahun 2015.

g. Kontraktor di SSBJ dan SSMP gagal mematuhi tempoh siap kerja dengan kelewatan antara
sembilan hingga 44 hari. Denda tidak boleh dikenakan terhadap kontraktor tersebut
kerana tiada klausa denda diperuntukkan dalam Surat Setuju Terima (SST). Butiran lanjut
adalah seperti di Jadual 2.

JADUAL 2
KERJA LEWAT SIAP MELEBIHI TEMPOH YANG DITETAPKAN

TEMPOH PERKHIDMATAN

NO. AMAUN (SST) TARIKH KELEWATAN
SEBUT (RM) SEBENAR (HARI)
HARGA TAJUK SEBUT HARGA TARIKH TARIKH SIAP KERJA
44
08/2015 MULA SIAP KERJA 14.10.2016
09/2015 21
KERJA 11.11.2015 16
06.11.2015
SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL

Kerja-kerja ubah suai dan

naik taraf gelanggang bola 289,935 12.08.2016 31.08.2016

jaring berbumbung

SEKOLAH SUKAN MALAYSIA PAHANG

Kerja-kerja ubah suai, naik

taraf, baiki tandas, bilik 39,000 21.09.2015 21.10.2015
persalinan dan bumbung di

SSMP

Kerja-kerja membina
longkang di lapang sasar 24,900 21.09.2015 21.10.2015

memanah di SSMP

113

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

NO. AMAUN TEMPOH PERKHIDMATAN TARIKH KELEWATAN
SEBUT (RM) (SST) SEBENAR (HARI)
HARGA SIAP KERJA
TAJUK SEBUT HARGA 199,800 TARIKH TARIKH 12
MULA SIAP KERJA 07.11.2016
41,250 KERJA 9
28.10.2016
Kerja-kerja menyelenggara
pendawaian lampu stadium
01/2016 dan menukar lampu High 06.10.2016 26.10.2016

Mast di SSMP.

Kerja-kerja

penyelenggaraan elektrik di

02/2016 SSMP (Selenggara dan 06.10.2016 19.10.2016
kalibrasi Sub-station

padang SSMP)

Sumber: Bahagian Sukan

h. Peralatan sukan yang diperoleh atau diterima sebagai sumbangan daripada pihak luar tidak
didaftar dan dilabelkan di SSBJ dan SSMS seperti di Gambar 1 dan 2.

GAMBAR 1 GAMBAR 2
BENCH PRESS UPPER TIDAK DUMBELL TIDAK DIDAFTARKAN
DIDAFTARKAN DAN DILABELKAN
DAN DILABELKAN

Sekolah Sukan Bukit Jalil Sekolah Sukan Malaysia Sabah

i. Semua perolehan peralatan sukan di SSBJ, SSMS dan sebelas jenis peralatan sukan
memanah di SSMP tidak direkodkan dalam kad petak.

j. Lima unit tilam gimnastik yang dibeli pada tahun 1996 berjumlah RM6,000 tidak digunakan
kerana sukan gimnastik sudah tidak ditawarkan sejak tahun 2005 di SSBJ.

k. Peralatan di bilik gimnasium SSBJ, SSMS dan SSMP seperti mesin treadmill, leg extension,
mesin rower dan single multi station home gym yang telah rosak sejak tahun 2014 tidak
dibaiki seperti di Gambar 3 dan 4.

GAMBAR 3 GAMBAR 4
LEG EXTENSION ROSAK TREADMILL ROSAK

Sekolah Sukan Bukit Jalil Sekolah Sukan Malaysia Sabah

114

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

l. Buku Log penggunaan peralatan sukan di stor tidak disediakan di SSBJ, SSSMS dan SSMP.

m. Padang hoki sintetik di Lembah Pantai, Kuala Lumpur memerlukan penyenggaraan
manakala, bumbung, dinding dan kerusi pemain simpanan telah rosak.

n. Peralatan sukan yang rosak sejak tahun 2008 seperti hurdles, medicine ball, bola sepak,
pedang eppe, molten trolley dan mesin string Victor belum dilupuskan di SSBJ, SSMS dan
SSMT.

o. Kemudahan di Dewan Olimpik SSBJ seperti lampu spotlight, siling, kipas, lampu, extractor
fan, tandas, bilik mandi, mesin ais, dua jakuzi dan dua sauna di bilik persalinan/mandi
lelaki dan perempuan telah rosak. Selain itu, kerusi dan meja menghalang laluan pintu
kecemasan serta tiang gol futsal dan tangga besi menghalang laluan trek balapan.

GAMBAR 5 GAMBAR 6
SILING ROSAK MESIN AIS DI BILIK
PERSALINAN ROSAK

Sekolah Sukan Bukit Jalil

p. Sistem perparitan sekitar dewan gimnastik B SSMP tidak diselenggara menyebabkan air
melimpah keluar daripada longkang terutamanya ketika hujan lebat seperti di Gambar 7.

GAMBAR 7
SISTEM PEPARITAN TIDAK DISELENGGARA

Dewan Gimnastik B Sekolah Sukan Malaysia Pahang

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan peralatan dan infrastruktur di SSM masih boleh
dipertingkatkan. Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan, adalah disyorkan supaya pihak
Bahagian Sukan dan SSM mempertimbangkan tindakan seperti berikut:
a. Pegawai yang menguruskan aset, stor dan perolehan menghadiri kursus bersesuaian bagi

memastikan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dapat dilaksanakan dengan cekap
dan berkesan.

115

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

b. Memantau dan memastikan kontrak kerja/perkhidmatan dilaksanakan oleh kontraktor
mengikut syarat kontrak.

c. Klausa denda diperuntukkan dalam perjanjian kontrak/SST bagi membolehkan tindakan
diambil terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

d. Peralatan sukan yang diterima secara perolehan atau sumbangan perlu didaftar dan
dilabelkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam 1Pekeliling Perbendaharaan.

e. Peralatan yang rosak perlu dibaiki dengan segera dan peralatan yang usang perlu
dilupuskan.

f. Buku Log penggunaan peralatan perlu disediakan sebagai kawalan dalaman untuk
memantau pergerakan peralatan sukan yang digunakan.

g. Bahagian Sukan hendaklah melaksanakan pemantauan susulan bagi memastikan teguran
yang dibuat oleh Pasukan Pemantauan Bersepadu dan Pasukan Pemantauan Pengurusan
Aset Alih diambil tindakan pembetulan/penambahbaikan.

116

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PENYENGGARAAN
SOLAR HIBRID DAN SET JANA
KUASA

117

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PENYENGGARAAN SOLAR HIBRID DAN SET JANA KUASA

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) telah
menyatakan dasar KPM untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar
dengan memberi fokus kepada pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan
luar bandar. KPM bertanggungjawab untuk memastikan semua sekolah di luar bandar dapat
menikmati kemudahan asas yang mencukupi bagi mewujudkan keadaan yang kondusif untuk
proses pembelajaran antaranya memastikan sekolah di luar bandar mendapat bekalan elektrik
24 jam.

KPM telah melaksanakan Projek Penyenggaraan Sistem Solar Hibrid bagi Sekolah-sekolah Luar
Bandar yang terpilih meliputi empat negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Bagi sekolah-
sekolah luar bandar di Sarawak pula, KPM telah melaksanakan Projek Perkhidmatan Pembekalan
Elektrik Melalui Pengoperasian dan Penyenggaraan Set Jana Kuasa Serta Kerja-Kerja Lain Yang
Bersangkutan dan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyenggaraan
dan Operasi Genset/Diesel Bagi Sekolah Luar Bandar di Sarawak.

Pelaksanaan dan pembayaran penyenggaraan solar hibrid serta set jana kuasa dibiayai di bawah
Kod Objek OS 28000 (Program Khusus) dan diuruskan oleh Bahagian Perolehan Dan Pengurusan
Aset (BPPA). Peruntukan bagi penyenggaraan solar hibrid serta set jana kuasa untuk tempoh
tahun 2015 hingga 2017 berjumlah RM642,596,550 dan setakat bulan November 2017,
RM616,843,608.18 (96%) telah dibelanjakan seperti butiran di Jadual 1.

JADUAL 1
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PENYENGGARAAN SOLAR HIBRID DAN SET JANA

KUASA PADA TAHUN 2015 HINGGA NOVEMBER 2017

BIL. NEGERI PERUNTUKAN PERBELANJAAN

2015 2016 2017 2015 2016 2017
(RM) (RM) (RM) (RM) (RM) (RM)

1. Semenanjung 10,900,000 - 23,700,000 - - 14,646,990
2. Sabah 2,500,000 13,049,900 13,400,000 13,049,899 2,235,920

3. Sarawak 220,985,750 191,460,900 180,000,000 220,985,750 190,545,148 161,979,900

JUMLAH 234,385,750 204,510,800 203,700,000 234,385,750 203,595,048 178,862,810

Sumber: Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan penyenggaraan solar hibrid dan set
jana kuasa telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, cekap, berhemat dan mencapai
objektif yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan yang dijalankan adalah meliputi aspek pengurusan perolehan dan penyenggaraan
solar hibrid serta set jana kuasa bagi tempoh tahun 2015 hingga bulan November 2017
khususnya terhadap kontrak yang masih berkuat kuasa. Pengauditan dilaksanakan di BPPA, tiga
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), 13 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan 58 sekolah. Semakan
dokumen, pemeriksaan fizikal, temu bual, perbincangan dan soal selidik telah dibuat.

118

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENEMUAN AUDIT

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti berikut:
a. Garis panduan/arahan/prosedur kerja yang lengkap dan jelas tidak disediakan sebagai

panduan kepada semua pihak yang terlibat dengan pengurusan penyenggaraan solar
hibrid dan set jana kuasa di peringkat BPPA/JPN/PPD/sekolah.
b. Klausa denda dan response time kontraktor terhadap aduan kerosakan dan tindakan
pembaikan tidak dinyatakan dengan jelas/terperinci dalam Kontrak Penyenggaraan Sistem
Solar Hibrid Bagi Sekolah-sekolah Luar Bandar Semenanjung dan Sabah.
c. Sebanyak 52 baucar bayaran bagi penyenggaraan solar hibrid dan set jana kuasa pada
tahun 2017 berjumlah RM124,148,440 tidak disokong dengan dokumen sokongan yang
lengkap. Senarai semak dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh pihak
kontraktor semasa menuntut bayaran interim juga tidak dinyatakan dalam syarat kontrak.
d. Buku Log Penyenggaraan dan Penghantaran Diesel tidak diselenggara di 16 sekolah.
e. Daftar Aduan Kerosakan tidak diselenggara di 58 sekolah.
f. Format borang KEW.PA yang disediakan oleh kontraktor tidak mengikut format yang
ditetapkan.
g. Sebanyak 46 sekolah tidak mendaftar komponen dan peralatan sistem solar hibrid dan set
jana kuasa dalam Daftar Aset.
h. Alat pemadam api tidak disediakan di tujuh sekolah dan tidak disenggara di 43 sekolah.

GAMBAR 1
ALAT PEMADAM API TELAH TAMAT TEMPOH

SK Umas-Umas, Sabah SK Lung Manis, Sabah

i. Kerosakan pintu dan pagar rumah kuasa tidak dibaiki di lima sekolah serta rumah kuasa di

SMK Tinjar, Sarawak tidak dilengkapi dengan pagar keselamatan.

j. Bekalan elektrik sistem talian grid di lapan sekolah tidak dibekalkan secara menyeluruh ke

semua premis sekolah.

k. Sel bateri solar yang rosak masih belum diganti dan disimpan di bilik bateri rumah kuasa di

15 sekolah seperti di Gambar 2 dan 3.

GAMBAR 2 GAMBAR 3
2 SEL BATERI SOLAR TERBAKAR 24 SEL BATERI SOLAR ROSAK

SK RPS Dala, Grik Perak SK Bergosong, Tawau, Sabah

119

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Secara keseluruhannya, pengurusan penyenggaraan solar hibrid dan set jana kuasa adalah
kurang memuaskan dan perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, adalah disyorkan tindakan
penambahbaikan diambil seperti berikut:
a. Menyediakan garis panduan/arahan/prosedur kerja yang jelas dan lengkap sebagai

panduan pengurusan penyenggaraan solar hibrid dan set jana kuasa.
b. Klausa denda dan response time kontraktor terhadap aduan kerosakan perlu dinyatakan

secara terperinci dalam Kontrak Penyenggaraan Sistem Solar Hibrid Bagi Sekolah-Sekolah
Luar Bandar Semenanjung dan Sabah.
c. Senarai semak dokumen sokongan yang perlu dikemukakan oleh pihak kontraktor
bersama tuntutan yang telah dimuktamadkan hendaklah dipatuhi oleh kontraktor semasa
tuntutan bayaran interim untuk mengelakkan kelewatan bayaran.
d. Meningkatkan aspek keselamatan di kawasan sistem solar hibrid dan set jana kuasa
khususnya berkenaan dengan sistem pengesan dan pemadam kebakaran bagi
mengelakkan berlakunya kebakaran, pencemaran, kecurian dan vandalisme. Alat
pemadam api juga perlu ditempatkan di lokasi yang sesuai/strategik bagi memudahkan
penggunaannya sekiranya berlaku kebakaran.
e. Penyelenggaraan Daftar Aduan Kerosakan dan Penyenggaraan yang seragam di peringkat
sekolah sebagai kawalan untuk memantau tindakan pembaikan diambil oleh pihak
kontraktor dan response time terhadap aduan kerosakan yang dilaporkan.
f. Menggantikan dengan segera komponen dan peralatan sistem solar hibrid dan set jana
kuasa yang rosak agar bekalan elektrik di sekolah tidak terganggu.
g. Menyegerakan penyambungan bekalan elektrik daripada talian grid kepada sekolah yang
telah sedia ada kemudahan tersebut. Projek sistem solar hibrid yang tidak digunakan lagi
kerana telah mendapat bekalan elektrik atau bertindan dengan sistem talian grid perlu
dikaji semula sama ada peralatan perlu dipindahkan ke sekolah lain yang memerlukan,
diguna sebagai alat gantian atau dilupuskan.

120

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PEROLEHAN
PROGRAM SUSU 1MALAYSIA

121

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PEROLEHAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Program Susu 1Malaysia (PS1M) adalah kesinambungan Program Susu Sekolah (PSS) yang telah
dimulakan sejak tahun 1983. PS1M adalah program pemberian susu sebagai makanan
tambahan murid sekolah rendah yang bertujuan membekalkan nutrisi yang mencukupi,
pemakanan seimbang serta memupuk tabiat pemakanan yang baik supaya murid kekal sihat
dan sentiasa segar.

PS1M mula dilaksanakan pada bulan September 2010 berdasarkan keputusan Mesyuarat
Jemaah Menteri pada bulan Julai 2010 bagi pembekalan susu Ultra High Temperature (UHT) ke
sekolah rendah seluruh negara. Murid sekolah rendah dibekalkan dua kotak susu UHT untuk
seminggu. Sasaran PS1M pada tempoh tersebut adalah murid yang memenuhi kriteria seperti
berikut:
a. Semua murid sekolah rendah luar bandar di Semenanjung, Sarawak dan Wilayah

Persekutuan (WP) Labuan.
b. Semua murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah rendah bandar di

Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan.
c. Di negeri Sabah, semua murid tahap dua (Tahun 4 – 6) di sekolah rendah luar bandar dan

semua murid tahap dua penerima RMT di sekolah rendah bandar.

Bagaimanapun bermula tahun 2016, penerima PS1M disasarkan kepada murid yang memenuhi
kriteria seperti berikut:
a. Semua murid di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK).
b. Semua murid miskin mengguna pakai kadar pendapatan Paras Garis Kemiskinan (PGK)

Nasional Tahun 2014 yang berkuat kuasa di sekolah rendah bandar dan luar bandar di
Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan WP Labuan seperti di Jadual 1.

JADUAL 1
KADAR PARAS GARIS KEMISKINAN TAHUN 2014

PENDAPATAN PENDAPATAN

ZON ISI RUMAH PER KAPITA
(RM) (RM)

Semenanjung 930 230
250
Sabah/Labuan 1,170 240

Sarawak 990

Sumber: Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

Butiran lanjut mengenai senarai pembekal dan agihan negeri mengikut pembekal adalah seperti
di Jadual 2 dan Jadual 3.

JADUAL 2

SENARAI PEMBEKAL DAN NILAI KONTRAK BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017

BIL. PEMBEKAL NILAI KONTRAK JUMLAH
(RM)
2015 2016 2017
(RM) (RM) (RM)

1. Sabah International Dairies Sdn. Bhd. 38,619,055.80 36,223,086.60 22,724,388.00 97,566,530.40

2. Dutch Lady Milk Industries Bhd. 17,119,042.20 14,590,324.80 9,561,823.20 41,271,190.20

3. Hybrid Allied Sdn. Bhd. 25,063,295.40 10,498,982.40 6,027,501.60 41,589,779.40

4. The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. TB 7,156,819.80 4,501,267.20 11,658,087.00

5. Konsuma Sdn. Bhd. 18,979,903.80 8,870,450.40 6,239,268.00 34,089,622.20

JUMLAH 99,781,297.20 77,339,664.00 49,054,248.00 226,175,209.20

Sumber: Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset
Nota: TB – Tidak Berkenaan

122

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

JADUAL 3

AGIHAN NEGERI MENGIKUT SYARIKAT BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017

BIL. PEMBEKAL NEGERI

2015 2016 2017

Negeri Sembilan Negeri Sembilan Negeri Sembilan
Sarawak Sarawak
Sarawak Sabah Sabah
Sabah Selangor Selangor
Melaka Melaka
1. Sabah International Dairies Selangor
Sdn. Bhd. WP Kuala Lumpur WP Labuan WP Labuan
WP Putrajaya
Kelantan Kelantan
Melaka Terengganu Terengganu
WP Labuan
Perlis Perlis
2. Dutch Lady Milk Industries Kelantan Kedah Kedah
Bhd. Terengganu Pulau Pinang Pulau Pinang

Perlis Perak Perak
WP Kuala Lumpur WP Kuala Lumpur
3. Hybrid Allied Sdn. Bhd. Kedah
Pulau Pinang WP Putrajaya WP Putrajaya
Pahang Pahang
Perak Johor Johor

4. The Holstein Milk Company TB
Sdn. Bhd.

5. Konsuma Sdn. Bhd. Pahang
Johor

Sumber: Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

Nota: TB – Tidak Berkenaan

OBJEKTIF PENGAUDITAN

Pengauditan dijalankan untuk menilai sama ada pengurusan perolehan PS1M telah dirancang
dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan memenuhi objektif yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN

Pengauditan yang dijalankan adalah meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan
terhadap pengurusan perolehan PS1M bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017. Pengauditan
dilaksanakan di Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset (BPPA), sembilan sekolah di Wilayah
Persekutuan (WP) Putrajaya, empat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), 35 sekolah dan lima
kilang/gudang. Semakan fail, dokumen, pemeriksaan fizikal, temu bual dan perbincangan
dengan pihak terlibat telah dibuat. Senarai premis yang dilawati adalah seperti di Jadual 4.

JADUAL 4

SENARAI PREMIS DILAWATI

NEGERI PEMBEKAL BIL. BIL. BIL. KILANG/
JPN SEKOLAH GUDANG
1
Sabah Sabah International Dairies Sdn. Bhd. 1 6
1
Terengganu Dutch Lady Milk Industries Bhd. 1 8
1
Pulau Pinang Hybrid Allied Sdn. Bhd. 1 6
-
WP Putrajaya The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. - 9
2
Johor Konsuma Sdn. Bhd. 1 6 5
35
JUMLAH 4

Sumber: Bahagian Perolehan Dan Pengurusan Aset

PENEMUAN AUDIT

Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan pada bulan Ogos hingga November 2017
mendapati kelemahan seperti berikut:

123

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

a. Data penerima PS1M di sekolah berbeza dengan data di JPN mengakibatkan lebihan
bekalan susu di lapan sekolah berjumlah RM19,370 bagi tahun 2017.

b. BPPA tidak mengedarkan soft copy dokumen kontrak yang lengkap dan cabutan dokumen
kontrak kepada JPN Sabah, Pulau Pinang dan Terengganu untuk diedarkan ke Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

c. Maklumat mengenai senarai sekolah yang menerima PS1M tidak diberikan kepada Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN) dan jadual pengedaran susu ke sekolah tidak dihantar kepada JKN
oleh pembekal.

d. Bagi PS1M tahun 2017, kesemua 34 sekolah yang dilawati mengagihkan susu melebihi
dua kotak seminggu kerana tempoh pengagihan susu yang singkat.

e. Sebelas sekolah tidak dibekalkan dengan rak/pallet untuk penyimpanan susu PS1M.
f. Bahan pendidikan seperti buku laporan, poster dan buku panduan berkaitan PS1M tidak

dibekalkan oleh pembekal.
g. Bekalan susu tidak disusun mengikut garis panduan yang ditetapkan.
h. JPN Sabah, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor tidak menerima dan mengumpul laporan

bulanan Pegawai Perhubungan PS1M daripada pembekal.
i. Pengagihan susu dilakukan tanpa penerimaan borang persetujuan daripada sejumlah

1,175 penerima PS1M di 16 sekolah.
j. Tempat penyimpanan susu di sembilan sekolah tidak sesuai.
k. Penilaian Corporate Social Responsibility (CSR) tidak dinyatakan dalam syarat-syarat

perjanjian Perolehan Secara Rundingan Terus Bagi Membekal Susu UHT Berperisa Coklat
Ke Sekolah-Sekolah Rendah Di Bawah PS1M Tahun 2017 Kementerian Pendidikan
Malaysia.
l. Kurang pemantauan terhadap pelaksanaan PS1M di peringkat sekolah.

GAMBAR 1 GAMBAR 2
STOK SUSU DILETAKKAN DI ATAS STOK SUSU DILETAKKAN DI ATAS

LANTAI LANTAI

SK Likas SRK St. David Toboh

GAMBAR 3 GAMBAR 4
STOK SUSU DILETAKKAN RAPAT DENGAN STOK SUSU DILETAKKAN DI ATAS

DINDING LANTAI

SK Kempas, Johor SK Likas

124

GAMBAR 5 LAPORAN TAHUNAN 2017
STOK SUSU DILETAKKAN DI BAWAH BAHAGIAN AUDIT DALAM

TANGGA GAMBAR 6
STOK SUSU DILETAKKAN DI DALAM

BILIK GURU

SK Lohan SK Chiao Nan

GAMBAR 7 GAMBAR 8
STOK SUSU DILETAKKAN STOK SUSU DILETAKKAN DI KANTIN
DI BILIK PENGAWAL KESELAMATAN
SEKOLAH

SK Pulau Gaya SK Bukit Payung

RUMUSAN DAN SYOR

Secara keseluruhannya, pengurusan perolehan Program Susu 1Malaysia Kementerian
Pendidikan Malaysia masih perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, adalah disyorkan agar pihak
Kementerian, Bahagian, Jabatan, PPD dan sekolah mengambil tindakan penambahbaikan
terhadap perkara-perkara berikut:
a. Jawatankuasa di peringkat sekolah hendaklah mengemas kini data penerima secara

berkala dan memaklumkan data terkini kepada JPN/PPD agar tidak berlaku perbezaan data
penerima PS1M.
b. Memantau agar pihak pembekal mematuhi semua syarat kontrak dan garis panduan yang
sedang berkuat kuasa. Denda perlu dikenakan jika perkhidmatan yang dilaksanakan tidak
mengikut syarat kontrak yang ditetapkan.
c. Memastikan pihak JPN/PPD/sekolah mematuhi semua garis panduan yang sedang berkuat
kuasa dan melaporkan sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pihak pembekal.
d. BPPA dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian memantau pelaksanaan cadangan-
cadangan CSR oleh pembekal PS1M tahun 2017 seperti yang dinyatakan dalam kertas
cadangan.
e. Tempoh agihan susu hendaklah dimulakan pada awal tahun untuk mengelak pembaziran
stok susu berlaku dan pengagihan susu di sekolah mengikut panduan yang ditetapkan.
f. JPN perlu meningkatkan pemantauan terhadap pelaksanaan PS1M di peringkat sekolah.

125

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN PEROLEHAN
SECARA SEBUT HARGA

DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

126

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PEROLEHAN SECARA SEBUT HARGA DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG

Pengurusan perolehan kerja, bekalan dan perkhidmatan di bawah RM500,000 dilaksanakan di
peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) manakala, perolehan melebihi RM500,000 adalah di
peringkat Bahagian Pengurusan Dan Perolehan Aset (BPPA). Perolehan di JPN dibahagikan
kepada tiga kategori seperti berikut:
a. Kerja

Perolehan kerja-kerja kecil atau pembaikan yang tidak mengubah struktur asal dan tidak
mempunyai Jadual Kadar Kejuruteraan Awam yang melebihi RM20,000 hingga RM500,000
seperti menebuk lubang, mengubah suai tandas, kerja-kerja pendawaian dan sebagainya.
b. Bekalan
Sebut harga bagi perolehan bekalan adalah melebihi RM50,000 sehingga RM500,000
merangkumi barangan/peralatan yang dibekalkan bagi menjalankan sesuatu program,
aktiviti atau projek Kerajaan seperti makanan, pakaian, kenderaan dan kelengkapan
pejabat.
c. Perkhidmatan
Sebut harga bagi perolehan perkhidmatan adalah melebihi RM50,000 sehingga
RM500,000 ditafsirkan sebagai khidmat tenaga manusia atau kepakaran untuk
melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek, terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan
perunding dan bukan perunding.

Peranan JPN Dalam Menguruskan Perolehan Secara Sebut Harga
Peranan Unit Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak dan Unit Pembangunan adalah seperti berikut:
a. Unit Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak (Perolehan sebut harga bagi

perkhidmatan dan bekalan)
i. Mengurus pelantikan Jawatankuasa Perolehan peringkat Jabatan (Negeri) dan

perakuan lantikan Jawatankuasa Perolehan peringkat Daerah dan Sekolah.
ii. Pengurusan perolehan melalui proses sebut harga (keputusan oleh Jawatankuasa

Sebut Harga).
iii. Mengurus kontrak bekalan, perkhidmatan dan kerja yang dilantik oleh Jabatan

Pendidikan Negeri/Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
iv. Mengurus perolehan bekalan perabot dan peralatan daripada pembekal kontrak pusat

Project Monitoring System (PMS)/kontrak bermasa KPM, bagi bekalan di bawah
peruntukan Pembangunan (P41) dan Belanja Mengurus (B41).

b. Unit Pembangunan (Perolehan Sebut Harga Kerja)

i. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, ubah suai dan menaik taraf bangunan

sekolah, asrama dan Institusi Pendidikan di bawah tanggungjawab dan pengawalan
JPN.

ii. Melaksanakan keperluan perabot dan peralatan kelengkapan gantian sekolah, asrama

dan Institusi Pendidikan di bawah tanggungjawab dan pengawalan JPN.

127

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan untuk menentukan sama ada pengurusan perolehan secara sebut harga
di JPN dilaksanakan dengan cekap, berhemat, berkesan dan mematuhi objektif yang ditetapkan.

SKOP DAN METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan ini meliputi aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan perolehan bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017. Pengauditan dijalankan di BPPA, JPN Kelantan, Pahang, Perlis
dan 18 sekolah. Semakan fail, rekod, dokumen, temu bual dengan pegawai terlibat dan lawatan
fizikal telah dibuat.

PENEMUAN AUDIT
Penemuan-penemuan Audit adalah seperti berikut:
a. Pembayaran kerja yang melibatkan skop kerja yang sama berjumlah RM946,216 telah

ditawarkan kepada dua kontraktor. Skop kerja meliputi kerja-kerja membina dan
menyiapkan bangunan tambahan empat bilik darjah serta kerja-kerja membina dan
menyiapkan bangunan tambahan dua bilik darjah telah dilaksanakan secara sebut harga
berasingan bagi tahun perolehan 2015 di SMU (A) Nurul Huda, Bendang Pak Yong, Tumpat,
Kelantan.
b. Tatacara pengurusan sebut harga tidak dipatuhi sepenuhnya.
c. Pemasangan pengkabelan node rangkaian setempat tidak sesuai dan tiada pengujian,
mentauliah dan menyelenggara pengkabelan node oleh pihak kontraktor.
d. Peralatan ICT yang dibekalkan tidak digunakan.
e. Harta modal dan aset alih bernilai rendah peralatan ICT yang dibekalkan tidak didaftar
dan dilabelkan.

RUMUSAN DAN SYOR AUDIT
Secara keseluruhannya, pengurusan perolehan secara sebut harga di JPN bagi Negeri Kelantan,
Perlis dan Pahang masih perlu dipertingkatkan. Sehubungan itu, pihak JPN adalah disyorkan
mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:
a. Memastikan pengurusan perolehan sama ada secara kerja, bekalan dan perkhidmatan

mematuhi kehendak pekeliling dan peraturan yang berkuat kuasa.
b. Memastikan pelantikan Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga, Jawatankuasa Penilaian

Teknikal, Jawatankuasa Penilaian Harga dan Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga Kerja
atas nama pegawai secara tetap.
c. Memastikan dokumen sebut harga lengkap sebelum pembayaran dilaksanakan. Denda
hendaklah dikenakan terhadap kontraktor yang tidak mematuhi syarat kontrak atau
spesifikasi yang ditetapkan.

128

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

BAHAGIAN VI

LAPORAN PENGAUDITAN ICT

129

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN BAYARAN
EMOLUMEN

130

LAPORAN TAHUNAN 2017
BAHAGIAN AUDIT DALAM

PENGURUSAN BAYARAN EMOLUMEN

___________________________________________________________________________

LATAR BELAKANG
Emolumen adalah terdiri daripada gaji pokok dan elaun yang diluluskan oleh Kerajaan. Gaji
pokok merujuk kepada mata gaji dalam struktur gaji Sistem Saraan Malaysia dan elaun adalah
terdiri daripada imbuhan tetap, bayaran insentif serta elaun-elaun lain. Elaun dibayar mengikut
syarat tertentu, kelayakan dan kepakaran pegawai manakala, bayaran insentif pula diberikan
kepada mana-mana pegawai yang telah diarahkan menjalankan sesuatu tugas dan boleh ditarik
balik pada bila-bila masa jika perlu. Antara jenis elaun yang diterima oleh pegawai di
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah seperti di Jadual 1.

JADUAL 1
JENIS-JENIS ELAUN DAN BAYARAN INSENTIF

IMBUHAN TETAP ELAUN-ELAUN LAIN DAN BAYARAN INSENTIF

UMUM KHUSUS DI KPM

 Imbuhan Tetap Khidmat  Elaun Memangku  Elaun Guru Besar
Awam (ITKA)
 Elaun Tanggung Kerja (ETK)  Elaun Warden Asrama

 Imbuhan Tetap  Bayaran Insentif Wilayah (BIW)  Elaun Tanggungjawab Pegawai
Perumahan (ITP)
 Elaun Perumahan Wilayah (EPW) Pendidikan

 Imbuhan Tetap Keraian  Bantuan Sara Hidup (BSH)  Bayaran Insentif Mengajar Kanak-
(ITK) Kanak Cacat (BIMKC)
 Bayaran Perumahan Khas
 Imbuhan Tetap JUSA  Bantuan Tugas  Bayaran Insentif Perkhidmatan
(ITJU) Insentif Kritikal
Pengurusan Stor (BITPS)
 Bayaran Insentif Tugas Kewangan  Bayaran Insentif Pembantu
(BITK) Pengurusan Murid

 Elaun Khas

 Elaun Tugas Khas

 Elaun Bantuan Khas

 Elaun Tugas Memandu

 Elaun Tanggungjawab Khas
Pemandu

 Elaun Pembantu Khas

 Elaun Tanggungan

 Bantuan Pembantu Rumah

 Elaun Khas Lokasi Mengikut Tahap
Kesusahan

Sumber: Perintah Am Bab B dan Pelbagai Pekeliling Yang Berkaitan

Sejumlah RM94.1 bilion telah diperuntukkan kepada KPM untuk bayaran emolumen bagi
tempoh tahun 2014 hingga 2016 dan 100% peruntukan telah dibelanjakan seperti di Jadual 2.

JADUAL 2
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN BAYARAN EMOLUMEN

BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016

TAHUN PERUNTUKAN PERBELANJAAN (%)
(RM) (RM)

2014 31,013,058,696.02 31,013,058,696.02 100

2015 29,862,266,279.37 29,862,266,279.37 100

2016 33,248,848,485.99 33,248,848,485.99 100

JUMLAH 94,124,173,461.38 94,124,173,461.38 100
Sumber: Bahagian Akaun

131


Click to View FlipBook Version