The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nooradzwati, 2021-08-16 12:30:04

COURSE FILE PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

PTA 1(DCA3042) DAN PTA 2 (DCA4044)

 Simpan alat – alat dan segala peralatan yang telah diguna diletakkan ditempat
asalnya.Jangan biarkan ianya bersepah di atas kawasan persekitaran
bengkel.

 Pastikan peralatan yang telah digunakan dikemas dan mengcukupi
bilangannya.Sekiranya berlaku kehilangan pelajar dikehendaki menggantikan
peralatan yang baru.

2.3 LANGKAH KESELAMATAN DIRI

1. Mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan.
2. Memakai peralatan perlindungan diri sebelum memulakan kerja

3. Mendapatkan kebenaran pensyarah terlebih dahulu sebelum mengendalikan
mesin.

4. Memakai kasut yang bertutup penuh, tapak yang bergetah semasa
melakukan kerja.

5. Tudung dimasukkan kedalam baju bagi perempuan untuk mengelakkan
masuk kedalam mesin apabila kerja menggunakan mesin.

6. Memeriksa dahulu jentera atau mesin sebelum mengendalikan mesin.

Gambar Rajah 1.1 pemakaian dibengkel pembinaan

2.4 KELEBIHAN PROJEK

Kelebihan projek ini ialah faktor daripada kekukuhannya kerana pemanggang
BBQ yang diperbuat dari besi dan ianya juga tahan karat. Selain itu, dapat
menyimpan barang- barang lebihan di dalam almari yang disediakan dan tidak
memenatkan kerana projek yang telah dibina menggunakan kipas USB untuk
mengawal pemanasan api yang sekata pada pemanggang BBQ. Antara bahan yang
digunakan dalam projek ini ialah batu bata yang pecah akan dihancurkan untuk
dijadikan slab, pintu tandas pvc yang tidak dipakai dijadikan pintu untuk menyimpan
barang dalam peralatan seperti kayu api dan arang dan kipas USB untuk mengawal
pemanasan api yang sekata pada dapur

2.5 PRODUK SEDIA ADA

Produk pemanggang BBQ yang digunakan untuk pelajar asrama aspura Kolej
Vokasional Sultan Haji Ahmad Shas.Pada era ini kebanyakkan konsep utama
pemanggang BBQ ini membakar ayam dan menggunakan kipas USB untuk
mengawal pemanasan api yang sekata tanpa mengipasnya sendiri. Saiz
pemanggang BBQ yang besar,berat dan penggunaan yang tidak boleh dialih.Hal ini
kerana ia kebanyakannya digunakan ditempat yang luas dan selamat digunakan oleh
pengguna.Walaupun konsepnya seakan sama,kawasan berbeza menggunakan
pendekatan yang berbeza antara saiz dan kemungkinan konsepnya juga berbeza
bermaksud pemanggang BBQ yang digunakan beza berdasarkan objektif
penciptaan. Sebagai contoh pemanggang kabinet yang digunakan memanggang
menggunakan arang dan kayu api dan gas ia juga mempunyai saiz yang besar dan
senang diangkut.seperti gambar rajah dibawah. Dari idea ini kami menukarkan projek
kami menggunakan batu bata untuk keselamatan dan tetap.

Gambar rajah 1.2 pemanggang kabinet
Rajah 1.2 ini menunjukkan pemanggang kabinet jenis pemanggang ini sesuai
digunakan untuk luar kawasan halaman rumah. Pemanggang ini dilengkapkan
dengan penutup serta roda sehingga membuatnya mudah dialih.Bentuknya yang
moden dengan almari disisi kanan dan kiri yang dapat menyimpan dan meletak
barang dan bahan makanan.Pemanggang kabinet ini ,proses pemanggang lebih
cepat masak dan mudah dibersihkan.pemanggang kabinet ini bahan bakarnya
menggunakan gas dan bara api.

Gambar rajah 1.3 pemanggang arang

Ia dibina menggunakan besi dan mudah karat. Pemanggang ini mudah didapati dan
harganya relative dan murah.Perlu dialih kan selepas menggunakannya.Tiada tempat
untuk menyimpan bahan-bahan seperti kayu api atau arang.

2.6 KESIMPULAN

Dalam kajian yang diperolehi adalah pemanggang BBQ dengan
menggunakan kipas USB dicipta adalah untuk memudahkan para pengguna di
asrama untuk memudahkan pengguna dan berada dikawasan yang lapang dan
selamat untuk pengguna.Faktor kos merupakan antara faktor penentu yang diambil
berat dan perlu diambil kira semasa kerja mereka bentuk dan cipta mana – mana
produk yang direka.

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menerangkan kaedah dan perancangan pelaksanaan projek .Dalam
menghasilkan reka bentuk sesuatu projek,beberapa perkara perlu
dipertimbangkan.Misalnya dari segi pemilihan bahan,konsep reka bentuk analisis
kejuruteraan,analisis pengukuran,ujian makmal dan lukisan kejuruteraan (mengikut
kehendak program).

Setiap rekabentuk yang dibuat perlu mengambil kira beberapa faktornya
seperti faktor pengguna (cuaca,suhu ,tempat atau sebagainya) ,ergonomic
(keselesaan projek ),bahan mentah mudah (mudah dicari dan murah ),peralatan
(kemudahan perolehan ,lokasi ,teknologi dan penyelengaraan) dan keselamatan
(berpandukan akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994,osha). Segala proses
pembuatan atau proses kerja dalam menyiapkan projek perlu dinyatakan dalam bab
ini. Penerangan lebih diperincikan dengan jelas berkaitan Automatic Drain Gutter
Cleaner bagi memastikan mendapatkan data-data mengenai projek dengan lebih
lengkap dan berkualiti.

Bab ini juga akan menerangkan aspek-aspek berkaitan dengan kaedah pelaksanaan
projek :
i. Menunjukkan cara kerja yang teratur dan perancangan yang sistematik.

ii. Memberi penerangan tentang cara dan perlaksanaan setiap kerja mengikut
bahagian – bahagian projek.

iii. Rekabentuk Kajian
iv. Kaedah Pengumpulan Data
v. Instrumen Kajian
vi. Kaedah Analisis Data
vii. Proses penyediaan bahan dan fabrikasi

3.2 PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

Perlaksanaan kerja di dalam projek adalah mengikut turutan kerja yang telah
dirancang sebelum perlaksanaan projek bermula. Aspek perancangan merupakan
aspek yang penting bagi memastikan proses perlaksanaan projek berjalan dengan
lancar, teratur serta mencapai objektif projek. Dengan adanya perancangan kerja
yang teratur serta sistematik, projek yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri produk
berkualiti, kemas dan berfungsi dengan optimum. Bagi menerangkan kaedah
perlaksanaan projek ini dengan lebih jelas, gambar, jadual, carta dan lukisan akan
ditunjukkan. Bab ini juga akan menerangkan kos bahan serta kos-kos lain yang
berkait secara langsung dalam pembinaan projek. Penelitian perancangan kerja yang
diberikan penumpuan adalah:

1. Carta Aliran Kerja ( Work Flow Chart )

Cara ini dapat menganalisa proses dan jangka masa kerja yang dijalankan
untuk menyelesaikan kerja dalam tempoh masa yang dirancang dan
seterusnya menghasilkan produk yang berkualiti.

2. Carta Gantt (Gantt Chart)

Carta gantt adalah carta bar, dimaan carta yang menunjukkan atau
menggambarkan jadual sesuatu projek yang mahu dilaksanakan.

3.2.1 CARTA ALIR

“Carta Alir adalah sejenis rajah yang mewakili algoritma aliran kerja atau proses
menunjukkan langkah seperti kotak pelbagai jenis dan arahan dengan
menghubungkan mereka dengan anak panah. Carta Alir juga digunakan dalam
menganalisa, mereka bentuk, dokumentasi atau menguruskan proses atau program
dalam pelbagai bidang” ( Clark.W.The Gantt Chart: a working tool of management.
London, Pitman, 1952), (Peterson,P.Training and development the view of Henry
L.Gantt (1861 – 1919). Sam advanced Management Journal, 52 (1) Winter 1987, pp
20 – 23.

Nama-nama lain untuk Carta Alir adalah:
1. Proses Carta.
2. Peta Proses
3. Carta Proses
4. Rajah Alir Proses
5. Rajah Alir Kerja

Fungsi Carta Alir dalam proses pembuatan adalah:
i) Menunjukkan cara kerja yang teratur dan perancangan yang sistematik
ii) Memudahkan proses penyelesaian masalah dilakukan ( trouble shooting)
iii) Memberi penerangan tentang cara dan perlaksanaan setiap kerja mengikut

bahagian-bahagian projek
iv) Memperolehi perlaksanaan kerja yang betul dan tempoh masa yang

ditetapkan

MULA

PERBINCANGAN AWAL PROJEK
MEMBERI/MEMBUAT CADANGAN

MEREKA BENTUK PROJEK
ANALISIS DAN KAJIAN

PEMILIHAN BAHAN DAN
PERALATAN

DAPATAN HASIL PROJEK DAN
ANALISIS

GAGAL

PROSES PENGUJIAN

BERJAYA
TAMAT

Rajah 1.4 carta alir

3.2.2 CARTA GANTT

Carta Gantt adalah sejenis Carta Bar, dimana ia menunjukkan atau menggambarkan
jadual sesuatu projek yang hendak dilaksanakan ( The Evolution of The Gantt Chart
And its Reklevance Today; Peter B.Peterson: Journal of Management Issues.
Vol.3,Vol 2 (summer 1991),PP.131-155).

Penggunaan Carta Gantt membolehkan seseorang melihat dengan serta
merta apa yang telah dicapai dan bagaimana tindakan pembetulan boleh dibuat jika
projek yang dibuat telah tersasar dari jadualnya asalnya kembali pada jadual
perancangan yang sebenar. Di dalam Carta Gantt juga, setiap tugasan dan kerja
diagihkan mengikut turutan masa yang sesuai sebagaimana yang telah
dirancangkan. Di dalam Carta Gantt terdapat dua carta yang digunakan sebagai
rujukan iaitu Carta Perancangan dan Carta Perlaksanaan Sebenar.

Carta Gantt perancangan disediakan sebelum projek dilaksanakan.Ia
dijadikan sebagai panduan untuk menyiapkan sesuatu projek pada masa yang telah
ditetapkan. Carta perlaksanaan sebenar pula adalah merujuk pada tarikh sebenar
kerja itu dijalankan. Walaupun tarikh perlaksanaan satu-satu projek itu tidak
semestinya sama dengan tarikh sebenar namun perbandingan diantara tarikh-tarikh
ini boleh dijadikan satu platform untuk menilai kelancaran projek yang dijalankan.

Sekiranya tarikh-tarikh pada Carta Gantt perlaksanaan sebenar telah
melepasi jauh dari masa Carta Gantt perancangan, projek yang dirancang agak sukar
untuk disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan seterusnya akan meningkatkan kos
dari aspek upah atau gaji pekerja.

Pada dasarnya,menggunakan Carta Gantt ini boleh meningkatkan lagi
produktiviti dan seterusnya mengalakkan pekerja menyiapkan projek pada masa dan
waktu yang telah dirancang dengan lebih efektif.

Melaksana
Merancang
Cuti

Gambar rajah 1.5 carta gantt

3.3 REKA BENTUK PROJEK

Proses mereka bentuk telah dihasilkan daripada proses perbincangan reka bentuk
sehingga proses penghasilan projek (proses pembuatan) iaitu Pemanggang
BBQ.Penghasilan projek ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah pengguna
aspura pada hari ini.Sepanjang penghasilan projek ,banyak proses yang terlibat
antaranya proses kerja yang melibatkan pengukuran dan penandaan menggunakan
pita pengukur,cangkul,skop, mesin pembancuh simen,tukul,aras spirit,tolok bata dan
sesiku bangunan.Proses pembuatan penghasilan membentuk projek daripada awal
ke akhir antaranya adalah proses mengukur,proses menanda,proses
pemotongan,proses pengorekkan,proses membancuh konkrit,proses mengikat
bata,proses kemasan.Penghasilan projek ini,memerlukan pelbagai peralatan yang
cukup.Ini adalah pemilihan bentuk yang dipersetujui bersama ahli kumpulan.Lakaran
terbahagi kepada 4 iaitu lakaran lukisan ortografik, isometri,ceraian dan lukisan
symbol telah dibuat dibuat.Dengan adanya lukisan ini sedikit sebanyak dapat
memberi pemahaman dengan jelas reka bentuk projek yang hendak dihasilkan.
Penghasilan lukisan mengambil masa serta memerlukan kemahiran penghasilan.
Semasa penghasilan projek ini, begitu banyak kekangan dan telah berjaya
mengatasinya bersama ahli kumpulan.Projek ini sesuai digunakan bagi pelajar
aspura apabila membuat jamuan makan.

3.4 ANGGARAN KOS

Gambar rajah 1.6 anggaran kos
3.5 PROSES KERJA

1. Kerja mengukur dan merancang tanda.
 Proses mengukur bahan kerja dengan mengunakan alat pita ukur
seterusnya menanda dengan menggunakan pensil pembinaan.

2. Kerja meratakan tanah
 Membersihkan tapak dan meratakan tapak mengikut keluasan
panjang tapak 1770 mm x lebar 1140 mm.

3. Kerja membina kotak bentuk

 Membina kotak bentuk dengan panjang 1770 mm x lebar 1140 mm

4. Kerja mengikat tetulang
 Mengikat tetulang BRC menggunakan blok penjarak atau spacer.

5. Membina slab konkrit
 Membina slab konkrit dan memadatkan slab konkrit.

6. Kerja mengikat bata
 mengikat bata sehingga lapisan ke - 12 dan pengujian kerataan bata.

7. Membuat kemasan
 Membuat kemasan pada ikatan sisi bata dan pembersihan tapak

projek.

BAB 4

DAPATAN HASIL PROJEK DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN
Dalam bab ini menerangkan dapatan analisis pemerhatian daripada projek yang di
bina. Dapatan dan analisis ini dapat di jadikan panduan untuk pembinaan
pemanggang BBQ di hadapan blok aspura Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis.

Kelebihan projek ini ialah faktor daripada kekukuhannya kerana pemanggang
BBQ yang diperbuat dari besi dan ianya juga tahan karat.Selain itu, dapat menyimpan
barang- barang lebihan di dalam almari yang disediakan dan tidak memenatkan
kerana projek yang telah dibina menggunakan kipas USB untuk mengawal
pemanasan api yang sekata pada dapur BBQ. Selain itu,kelebihan dapur BBQ ini
boleh dapat menggunakan dapur gas jika tiada arang atau kayu api untuk dibakar.

4.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN

1. Aras spirit
 Alat yang digunakan bagi menguji ketegakan dan kerataan ikatan
bata.

2. Sudip ikat bata
 Digunakan untuk membancuh mortar dan meratakan mortar pada
bata atau blok bahan binaan dan membuang lebihan mortar pada
bata.

3. Baldi jurubina
 Untuk membawa mortar

4. Bantalan
 Digunakan bersama tukul besi
 Untuk memotong bata

5. Pita ukur
 Untuk mengukur jarak yang pendek dan panjang.

4.3 LANGKAH MEMBINA SLAB

Langkah membina slab ini mengunakan nisbah bancuhan 1 : 3 : 6 iaitu 1 simen 3
pasir dan 6 batu baur.

1. Menyediakan bahan dan alatan yang hendak digunakan iaitu :

 Aras spirit
 Sudip ikat bata
 Sesiku bangunan
 Pita ukur
 Pemaraskayu / keluli
 Rod pemadat

peralatan untuk membuat slab
2. Menyediakan batu baur ke tempat projek pembinaan.

 Menyediakan batu baur ke tempat projek dengan secukupnya
 Menyediakan pasir ke tempat projek dengan secukupnya

menyediakan batu baur

3. Kerja – kerja pembersihan tapak
 Keluasan panjang tapak 1770 mm x lebar 1140 mm

penggalian tapak
4. Kerja memasang kotak bentuk

 Kotak bentuk yang keluasan panjang 1770 mm x lebar 1140 mm

memasang kotak bentuk

5. Menempatkn tetulang BRC ke dalam kotak bentuk.
 Panjang tetulang BRC 1770 mm x lebar 1140 mm
 Mengikat blok penjarak atatau spacer
 Memotong tetulang BRC yang berlebihan

memasang tetulang BRC dan menempatkan tetulang ke dalam kotak
bentuk

6. Kerja membancuh konkrit dengan nisbah 1 : 3 : 6.
 Membancuh konkrit dengan bancuhan 1 : 3 : 6 ialah 1 simen 3 pasir
dan 6 batu baur.
 Menempatkan bancuhan konkrit ke dalam kotak bentuk.

membancuh konkrit
7. Menempatkan bancuhan konkrit ke dalam kotak bentuk.

 Meratakan dan menempatkan konkrit ke dalam kotak bentuk

menempatkan konkrit kedalam kotak bentuk

8. Pemadatan konkrit
 Menempatkan bancuhan konkrit ke dalam kotak bentuk dan membuat
25 kali hentakkan.

memadatkan konkrit

4.4 KERJA MENGIKAT BATA
Langkah mengikat bata mengunakan nisbah bancuhan 1 : 3 iaitu 1 simen dan 3
pasir

1. Membawa batu bata ke tempat projek
 Membawa batu bata di tempat projek menggunakan forklift sebanyak
200 biji bata
 Menyusun batu bata atas pallet ( papan alas )

mengangkut batu bata
2. Membuat ikatan kering bata

 Membuat ikatan kering dan menandakan menggunakan tolok bata dan
pensel tukang.

 Membuat sudut 90° menggunakan sesiku bangunan.

ikatan kering
3. Membancuh motar untuk mengikat bata

 Bancuh mortar dengan nisbah 1 : 3 iaitu 1 simen 3 pasir.

membancuh motar untuk ikatan bata
4. Kerja mengikat bata hingga lapisan ketiga dengan ikatan sis bata.

 Mengikat bata menggunakan sudip ikat bata
 Pengujian kerataan dan ketegakan bata menggunakan alat aras spirit.

menaikan bata
5. Memasang jaring exmet selepas lapisan ketiga.

 pemasangan jaring exmet bertujuan supaya katan lebih kukuh.
 jaring exmet dipasang pada setiap tiga lapisan ikatan bata sehingga

lapisan ke – 12.

memasang jaring exmet

6. Mengemas ikat projek yang di bina
 Membersihkan tapak projek

mengemas ikat bata
4.5 PUNCA MASALAH

Punca masalah yang berlaku ketika melakukan projek membina pemanggang
BBQ ialah :

Faktor cuaca ketika melakukan kerja meletakkan konkrit
 Air bertakung di tempat tapak projek

tapak projek bertakung dengan air hujan

1. Mengambil masa yang lama untuk ke tapak projek.
 Batu bata yang digunakan mudah pecah ketika memindahkan batu
bata dari bengkel ke tapak projek.
 Mengambil masa yang panjang kerana kedudukan tapak projek dan
bengkel yang jauh.

4.6 PENYELESAIAN MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA
PEMBINAAN PROJEK

Penyelesaian masalah bagi punca masalah yang berlaku ketika melakukan projek
membina pemanggang BBQ :

1. Memasang kanvas untuk melindungi dari air hujan yang makin bertakung.
2. Mengangkut batu bata menggunakan fortlift dengan bantuan guru bengkel

ke tapak projek.
3. Lapik menggunakan pallet ( papan alas ).

4.7 DAPATAN HASIL PROJEK

 Pelajar asrama putera di Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis dapat
menggunakan pemanggang BBQ ini apabila mengadakan jamuan akhir
tahun,aktiviti hujung minggu dan membuat aktiviti mengikut blok atau
mengikut bilik.

 Pemanggang BBQ ini dibina untuk keselamatan dan kesenangan pelajar
asrama Putera.

 Pemanggang BBQ ini dibina mengurangkan beban pelajar asrama
Putera.

4.8 ANALISIS HASIL PROJEK

Analisis 1

Objektif 1 : membangunkan projek dengan menambahkan kipas USB untuk
mengawal pemanasan api yang sekata pada dapur BBQ.

Projek ini direka bnetuk mengikut kesesuaian dan keselamatan pelajar
asrama putera.Objektif projek ini dapat berfungsi dengan lebih baik efisien dan
selamat.

- Berdasarkan kepada responden dan boring soal selidik tersebut

Borang soal selidik pemanggang BBQ

BIL PERKARA YA TIDAK

1 Adakah pemanggang BBQ ini berguna untuk
pelajar asrama Putera

2 Adakah pemanggang BBQ ini sesuai
diletakkan di asrama Putera

3 Adakah rekabentuk pemanggang BBQ ini
sesuai untuk dibina di block asrama Putera.

4 Adakah pemanggang BBQ ini membebankan
pelajar asrama Putera.

5 Dari segi rekabentuk pemanggang BBQ ini
mempunyai ciri- ciri keselamatan
Gambar rajah 1.7 contoh borang soal selidik

4.9 TABURAN PERATUSAN

Taburan peratusan bagi 10 orang pelajar aspura bagi setiap blok di asrama
Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis.

Gambar rajah 1.8 Contoh taburan peratusan

BAB 5

PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 PENGENALAN

Projek yang dijalankan ialah membina dapur pemanggang BBQ di kawasan aspura
Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah .Projek ini dijalankan bertujuan
memudahkan pelajar aspura membuat jamuan akhir tahun dan pelajar aspura tidak
perlu bersusah payah mencari dapur pemanggang BBQ. Selain itu, projek ini
dijalankan untuk kesenangan dan keselamatan bagi pelajar asrama aspura.

Bagi memastikan projek ini berfungsi dengan baik,efisien dan selamat,bahan
yang digunakan di dalam projek ini ialah bata tanah liat. Bata tanah liat digunakan di
dalam projek ini kerana bata ini tahan lasak dan mempunyai penebat haba yang baik.
Selain itu, projek ini dapat mengurangkan beban pelajar asrama untuk mengangkut
kayu api atau arang ,menjimatkan masa dan tenaga pelajar.

Projek ini dirancang dan dibangunkan agar dapat merialisasikan objektif-
objektif projek yang dinyatakan seperti merekabentuk dapur pemanggang
BBQ.Selain itu,membina dapur pemanggang BBQ dengan rekabentuk yang efisien

dan mesra pengguna.Oleh demikian itu,dapat menghasilkan projek yang lebih efisien
dan selamat digunakan oleh pelajar asrama.

Selain itu, pemanggang BBQ ini dibina dihadapan aspura blok E kerana
tempat yang dicadangkan mempunyai keluasan tapakyang luas dan selamat untuk
digunakan. Pemanggang ini dibina dihadapan blok E kerana semua penghuni aspura
dapat menggunakannya dan berdekatkan dengan blok pelajar aspura.

5.1 PERBINCANGAN

Pemanggang BBQ ini dapat mengurangkan beban pelajar aspura Kolej Vokasional
SHAS Kuala Lipis untuk mengangkut dan membawa peralatan ke asrama. Selain itu
pelajar tahun akan datang menyambung projek yang dibina ini untuk memasang
bumbung dan lampu untuk lebih selesa ketika melaksanakan aktiviti membakar pada
waktu malam. Ini kerana keadaan cuaca yang tidak menentu apabila melakukan
aktiviti BBQ.

Projek pemanggang BBQ ini dibina kerana penting untuk pelajar aspura yang
sering melaksanakan aktiviti pada akhir tahun dan pada hujung minggu. Projek ini di
bina bagi memudahkan kemudahan di asrama dan mengurangkan beban pelajar
untuk mengangkut peralatan untuk membakar ,menjimatkan masa dan tenaga pelajar
aspura.Di samping itu,memberi keselamatan kepada pelajar asrama jika adanya
pemanggang tetap.

Selain itu, pelajar tahun akhir yang akan datang dapat membina pemanggang
BBQ untuk pelajar aspuri kerana ini dapat meningkatkan lagi waktu riadah dan
melakukan aktiviti pada hujung minggu. Pelajar tahun akhir juga dapat mengubahkan
rekabentuk dari batu bata ke batu blok kerana lebih menjimatkan masa dan tenaga
supaya cepat dan tidak lama mengambil masa untuk menyiapkan projek tersebut.

5.2 CADANGAN

Selepas kaji selidik, projek pemanggang BBQ terdapat beberapa kekurangan
berdasarkan dari pemerhatian dan pendapat pelajar, justeru itu beberapa
penambahbaikan telah dirangka untuk merialisasikan pada masa akan datang demi
memenuhi kehendak dan kepuasan pelajar. Antara penambahbaikan yang dirangka
ialah menyediakan lampu berdekatan dengan permanggang BBQ tersebut ini
bertujuan bagi memudahkan pengguna ketika melakukan aktiviti BBQ pada waktu
malam dan dapat mengelakkan risiko kemalangan dan sebagainya oleh itu untuk
keselamatan wiring untuk memasang lampu tidak terlalu terbuka untuk memberi
keselamatan bagi pelajar untuk melakukan aktiviti. Seterusnya pembinaan bumbung
di tempat pemanggang BBQ juga amat diperlukan ini kerana pemanggang sedia ada
tidak mempunyai tempat berteduh dan ini pembinaan bumbung ini dapat membantu
dalam kebolehkerjaan pada pengguna ketika cuaca hujan,Selain itu projek
pemanggang BBQ ini dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk
keselesaan pelajar aspura. Pemanggang ini juga memberi keselamatan kepada
pelajar aspura jika adanya pemanggang tetap dan berbumbung.

Pelajar tahun akhir yang akan datang dapat membina lagi satu pemanggang
BBQ untuk pelajar aspuri dengan menggunakan barang yang lebih berkualiti dan
lebih cepat untuk menyiapkan projek pemanggang BBQ dengan menggunakan batu
blok untuk lebih cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Selain itu, pelajar tahun
akhir yang akan datang agar dapat membina kerusi konkrit untuk lebih selesa ketika
melakukan aktiviti pada waktu malam atau hujung minggu dengan lebih meriah

5.3 KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan dengan adanya pemanggang BBQ ini dapat
memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna di aspura. Projek ini pasti dapat
memberi kesan yang baik terhadap pelajar aspura. Projek ini juga berfungsi
dengan sangat berkesan apabila digunakan untuk memanggang. Ini disebabkan
projek ini kemungkinan dapat mengatasi masalah pelajar aspura apabila
membuat jamuan akhir tahun di asrama. Projek yang dijalankan ini dapat
mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan pelajar. Memperbagaikan
aktiviti pelajar di asrama pada hujung minggu. Menambahkan kemudahan
asrama.

5.4 HASIL PROJEK

5.5 RUJUKAN

- Pengurusan Akedemik Edisi ( 2017 ). Bahagian Pendidikan Teknik Dan
Vokasional : Garis Panduan Projek Tahun Akhir ( PTA ) Kolej Vokasional
Kuala Lipis.

- https://www.academia.edu/24756725/GARISPANDUANPROJEKTAHUNAK
HIRISIKANDUNGANMUKASURAT

- https://www.google.com/search?ei=qlq8W.ngNMvyAS4aOQDQ&q=contoh+p
enulisan+projek+tahun+akhir&oq

- https://www.google.com/search?ei=alq8WHvQTkupKgBQ&q=RUJUKAN+PE
MANGGANBBQ

PEMBINAAN TAPAK PEMANGGANG BBQ DI BLOK ASPURA KOLEJ
VOKASIONAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUALA LIPIS PAHANG

MUHAMMAD SHAHRIN LATIFF BIN HALIM
MOHD FARIS BIN ZUN

NURFADILAWATI BINTI MOFD PODZI

Laporan Projek Yang Telah Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Sultan Haji
Ahmad Shh Al-Mustain Billah Kuala Lipis Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada

Keperluan Diploma Teknologi Pembinaan

2019
DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN KOLEJ VOKASIONAL SHAS


























Click to View FlipBook Version