The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nooradzwati, 2021-08-16 12:30:04

COURSE FILE PROJEK TAHUN AKHIR (PTA)

PTA 1(DCA3042) DAN PTA 2 (DCA4044)

Bata simen diperbuat daripada simen dan pasir. Nisbah bancuhannya
berubah mengikut kekuatan yang dikehendaki. Nisbah 1:8 merupakan bancuhan
yang lazim digunakan untuk membuat bata simen tempatan. Kandungan air dalam
bancuhan hendaklah dikawal supaya tidak terlampau basah. Bata simen dihasilkan
dengan menggunakan acuan. Bata yang baru dicetak hendaklah dibiarkan kering
sendiri dan diawet selama dua minggu sebelum ianya sesuai digunakan.
Pengawetan dilakukan dengan menyiram air sebaik sahaja bata mengeras,
terutama semasa cuaca panas. Saiz bata simen adalah sama dengan saiz bata
tanah liat iaitu 216mm x 103mm x 65mm.

Rajah 17: Bata simen

2.5 KESIMPULAN

Kesimpulannya, bab ini memberi ulasan mengenai segala bahan bacaan yang
berkaitan menerusi penghasilan buku ilmiah, rencana, sumber dari internet dan
kajian-kajian yang pernah dijalankan berkaitan dengan pembinaan tangga konkrit
dan bata. Hasil dapatannya dicatatkan sebagai rujukan penyelidikan. Sumber-
sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan kepada pelajar agar setiap
penyelidikan dan kajian yang dijalankan seharusnya mempunyai bukti-bukti yang
kukuh untuk menyokong hujah yang dibincangkan.

19

BAB 3

METODOLOGI

3.0 PENGENALAN

Dalam bab ini, penerangan yang lebih terperinci mengenai pembinaan tangga Blok
E Asrama Lelaki KV SHAS Kuala Lipis akan dijelaskan. Proses mengkaji bahan
yang diinovasikan akan diceritakan dalam bab ini. Selain itu, bab ini menjelaskan
carta alir yang mengandungi permasalahan, penyelesaian dan carta gantt.
Disamping itu, menjelaskan jangkaan hasil projek setelah projek siap dibina
sepenuhnya.

3.1 PELAKSANAAN PROJEK

Perancangan adalah sebuah kaedah yang sangat penting dalam sesautu projek
yang akan dilakukan. Perancangan juga menentukan keberhasilan terhadap projek
malah mampu menganggarkan jarak masa dan kos yang akan digunakan. Projek ini
diwujudkan dari hasil aduan yang dibuat oleh pelajar asrama Blok E KV SHAS.
Oleh itu, perancangan telah dibuat untuk memasti keberhasilan projek ini terjamin.
Pelbagai kaedah perancangan yang telah dinyatakan pada kursus WTP 6023. Oleh
itu,perancangan projek telah dibuat melalui kaedah carta alir dan carta gantt.

20

3.1.1 CARTA ALIR

Carta alir merupakan satu proses perlaksanaan yang menunjukan projek yang
dijalankan. Rajah 18 menunjukan Carta Alir Pelaksaan projek pembinaan tangga
Blok E asrama lelaki KV SHAS Kuala Lipis.

Mula

Perancangan Projek

ADD
Pembersihan Tapak Dan Kerja

Pengorekan Tanah

Kerja Konkrit Slab (Lantai)

Gagal Pengujian
Konkrit

Berjaya

Kerja Mengikat Bata Dan Melepa
Tangga Bata

ADD
Kerja Membina Kotak Bentuk

Kerja Konkrit Tangga

Tamat

Rajah 18 : Carta alir pembinaan tangga bata dan konkrit

21

3.1.2 CARTA GANTT

BIL. PERKARA JUN
2018
1 Pembersihan tapak dan
merancang tanda 12
P
2 Kerja pengorekan tanah S
P
3 Kerja konkrit slab( Lantai) S
P
4 Kerja mengikat bata dan lepa S
tangga bata P
S
5 Kerja membuat kotak bentuk P
tangga konkrit S
P
6 Kerja konkrit tangga S
P
7 Kemasan tangga bata dan S
Konkrit

Jadual 1: Carta gantt Pe

BULAN/MINGGU

N JULAI OGOS SEPTEMBER OBTOKBER

8 2018 2018 2018 2018

341234123412341234

embinaan tangga konkrit dan bata

22

3.2 PELAN PEMBINAAN TANGGA KONKRIT DAN BATA

Lantai konkrit Rajah 19: Pandangan atas Tangga konkrit
Tangga bata Rajah 20: Pandangan sisi kiri
selepas dilepa Tangga bata
sebelum
Dewan Makan dilepa
Asrama
Blok E KV
Tangga konkrit SHAS
KUALA
LIPIS

Tangga
Bata

23

Jalan raya Tangga
konkrit
Tembok
penahan Lantai konkrit
Tangga bata
selepas dilepa Tangga Bata
sebelum
Naik dilepa
Jejak
Rajah 21: Pandangan Hadapan
Tangga bata
selepas Tangga
dilepa konkrit

Lantai konkrit

Tangga bata
sebelum dilepa

Rajah 22: Pelan Spefisikasi

24

3.3 JANGKAAN HASIL PROJEK

Jangkaan hasil projek untuk membina tangga konkrit dan tangga bata ini memberi
kemudahan kepada para pelajar KV SHAS Kuala Lipis terutamanya pelajar asrama
yang mendiami Blok E . Tangga ini akan memberi keselamatan yang lebih terjamin
apabila pelajar asrama menggunakannya. Disamping itu, tangga ini akan
memberikan keselesaan kepada pengguna untuk pergi ke Dewan Makan asrama
dengan jarak yang pendek dan pantas. Seterusnya, projek ini akan mempamerkan
hasil daripada pelajar tahun akhir Diploma Teknologi Pembinaan kepada pelajar
asrama atau pengguna.

3.4 KAEDAH ATAU CARA KERJA PEMBINAAN TANGGA BATA DAN
KONKRIT

Dalam proses ini menerangkan berkaitan proses yang terlibat dalam pembinaan
tangga bata dan konkrit Blok E KV SHAS Kuala Lipis. Berikut merupakan proses
pembinaan tangga bata dan konkrit.

I. Pembersihan tapak dan merancang tanda

Rajah 23: Pelajar melakukan kerja rancang tanda bagi lantai

25

II. Melakukan kerja pengorekan tanah

Rajah 24: Pelajar melakukan kerja pengorekan tangga konkrit
III. Kerja membina lantai ( Slab)

Rajah 25: Pelajar melakukan kerja pemadatan konkrit lantai

26

IV. Kerja mengikat bata dan melepa tangga bata

Rajah 26: Pelajar melakukan kerja mengikat bata tangga bata
V. Melakukan kerja kotak bentuk tangga konkrit

Rajah 27: Pelajar membina kotak bentuk tangga konkrit

27

VI. Kerja konkrit tangga konkrit

Rajah 28: Proses meratakan tangga konkrit
VII. Kemasan tangga bata dan konkrit

Rajah 29: Kemasan batu alam dilakukan

28

3.5 KAEDAH ATAU CARA KERJA UJIAN PENURUNAN KONKRIT
Bagi menjalankan ujian penurunan konkrit, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi
supaya kaedah ini dijalankan dengan baik.

I. Sediakan bahan dan peralatan yang digunakan

Rajah 30: Alatan pengujian penurunan dikeluarkan
II. Bancuhkan konkrit bata pecahan tanah liat

Rajah 31: Bancuhan konkrit pecahan bata tanah liat dibancuhkan.
29

III. Masukkan konkrit pecahan bata tanah liat ke dalam slump cone secara
berperingkat mengikut 3 lapisan.

Rajah 32: Konkrit diletakkan didalam slump cone
IV. Setiap lapisan tersebut dipadatkan sebanyak 3 kali

Rajah 33: Konkrit dipadatkan menggunakan rod pemadat

30

V. Selepas dipadatkan, angkat slump cone ke atas secara menegak dan
perlahan-lahan

Rajah 34: Slump cone diangkat menegak perlahan-lahan
VI. Melakukan pemeriksaan terhadap konkrit pecahan bata tanah liat dengan

teliti dan tepat

Rajah 35: Pemeriksaan ujian penurunan dijalankan.

31

VII. Kemas bahan dan peralatan

Rajah 36: Alatan yang digunakan diletakkan semula ke stor
3.6 KAEDAH ATAU CARA KERJA UJIAN MAMPATAN KONKRIT

Bagi menjalankan ujian mampatan konkrit, langkah-langkah berikut perlu dipatuhi
supaya langkah ini akan menjalan lancar.

I. Sediakan bahan dan peralatan

Rajah 37: Alatan pengujian kiub

32

II. Kiub hendaklah disapu dengan minyak pelincir untuk mengelakkan daripada
konkrit melekat pada kiub.

Rajah 38: Kiub disapu dengan minyak pelincir
III. Bancuhkan konkrit bata pecah tanah liat

Rajah 39: Bancuhan konkrit pecahan bata tanah liat dilakukan

33

IV. Acuan yang berukuran 6 inci kiub itu dipenuhkan dengan bancuhan konkrit
sebanyak 3 lapisan yang hampir sama ketebalannya.

Rajah 40: Konkrit diletakkan dalam kiub
V. Lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35 kali

hentakan untuk setiap lapisan.

Rajah 41: Konkrit dipadatkan dengan rod pemadat

34

VI. Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia di rendam didalam air.

Rajah 42: Kuib konkrit direndam dalam jangka masa yang ditetapkan.
VII. Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari manakala untuk

peringkat kedua adalah selama 28 hari

Rajah 43 : Menunjukkan dua kiub yang akan direndam dalam jangka masa 28
hari

35

VIII. Konkrit yang direndam tersebut dimampatkan dengan mesin mampatan
konkrit.

Rajah 44: Proses mampatan konkrit dijalankan

3.7 BAHAN DAN PERALATAN

Pemilihan bahan dan alatan amat penting dalam sektor pembinaan bagi
menentukan kualiti produk akan dibina. Anggaran kos bahan adalah seperti berikut:

Bil Bahan Kuantiti Harga(RM) Jumlah
seunit
1. Simen 8 15.00 120.00
2. Pasir 1 satu lori 45.00
45.00
3. Bata simen kecil
4. Kapur ½ pallet 0.30 90.00
5. Kayu beroti 1 x 2 (8’) 3 bag 3.00 9.00
6. Plywood (8’) 3 batang 10.00 30.00
7. Keluli tetulang Y 12 1 keping 35.00 35.00
8. Batu baur kasar 2 batang 27.00 54.00
1 satu lori 75.00 75.00

kecil

JUMLAH RM 458.00

Jadual 2: Anggaran kos dan senarai bahan

36

Senarai peralatan yang digunakan seperti berikut:

No Nama alatan Gambar Kegunaan
1. Skop Digunakan untuk
membancuh
2. Aras spirit konkrit dan
mortar simen
3. Sudip bata
4. Tukul kuku kambing memastikan
5. Pemaras keluli kedudukan bata,
6. Pita pengukur kayu dan
sebagainya yang
diterap dalam
keadaan yang
betul dan rata.
Digunakan untuk
meratakan
mortar pada bata

Digunakan untuk
mencabut atau
memukul paku

Digunakan untuk
menampalkan
lepaan pada
tembok

Digunakan untuk
mengukur jarak

37

7. Gergaji Digunakan untuk
memotong kayu

8. Cangkul Digunakan untuk
9. Baldi jurubina mengaut tanah
10. Hawk dan sebagainya

Digunakan untuk
menyukat bahan
bagi bancuhan
konkrit dan
mortar simen
Digunakan untuk
meletak mortar
simen

11. Kereta sorong Mengangkat
12. Pemaras kayu konkrit/mortar
dan mengangkat
bahan-bahan ke
kawasan
pembinan
Digunakan untuk
meratakan
lepaan pada
tembok

Jadual 3: Senarai alatan berserta fungsinya

38

3.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya, bab ini memberi ulasan mengenai maklumat berkaitan pelaksanaan
projek, pelan pembinaan, jangkaan hasil projek berserta kaedah dan cara kerja
pembinaan tangga bata dan konkrit KV SHAS Kuala Lipis.

39

BAB 4
DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.0 PENGENALAN

Setelah data dan maklumat yang dikehendaki melalui ujian penurunan dan
mampatan konkrit diperolehi, data-data ini kemudianya dianalisa dalam bentuk
jadual yang sesuai supaya rumusan dapat dibuat dengan memberi gambaran
sejauh manakah kekuatan konkrit campuran bata tanah liat pada projek pembinaan
tangga Blok E KV SHAS Kuala Lipis.

4.1 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

Alatan merupakan sesuatu yang penting bagi menyelesaikan pengujian yang akan
di jalankan. Jadual 4 menunjukkan peralatan ujian yang digunakan dalam ujian
penurunan dan mampatan.

Bil Nama alatan Gambarajah Kegunaan
1. Kon ujian penurunan Digunakan bagi
meletakkan
bancuhan konkrit
dan mendapat
bentuk konkrit

40

2. Rod pemadat Digunakan untuk
3. Plat kerja pemadatan
konkrit
4. Kiub keluli Digunakan
sebagai dasar
5. Mesin mampatan bagi kon ujian
konkrit kericihan

Digunakan untuk
membentuk
acuan konkrit

Digunakan untuk
memampatkan
kiub konkrit

Jadual 4 : Peralatan yang digunakan ketika melakukan ujian

4.2 KAEDAH PENGUJIAN DAN PENENTU UKURAN

Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan struktur konkrit.
Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan itu sesuai
untuk struktur yang berkenaan atau untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan
yang dikehendaki dalam kerja- kerja pembinaan. Jenis- jenis ujian konkrit adalah :-

I. Ujian Penurunan
II. Ujian Mampatan

41

4.2.1 UJIAN PENURUNAN

Ujian ini dilakukan di tapak projek sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur
bangunan dijalankan. Ujian ini perlu dijalankan ke atas semua bancuhan konkrit
yang dibawa truck mixer yang masuk ke dalam tapak pembinaan. Ujian ini dilakukan
bertujuan untuk menyemak kesegayaan & ketepatan campuran konkrit, di mana
perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan perubahan pada bahan,
kandungan air atau pada kadar bancuhan konkrit. Nilai penurunan ialah jarak
perbezaan antara konkrit berbanding dengan tinggi ferestum ( berbentuk kon).

Rajah 45 : Menunjukan proses secara ringkas ujian penurunan dijalankan

4.2.2 UJIAN MAMPATAN

Ujian mampatan dilaksanakan supaya mengetahui kekuatan konkrit. Kegunaan
konkrit berdasarkan keupayaannya menyokong beban. Ciri-ciri kelebihan konkrit
ialah berupaya menanggung beban terutamanya beban yang mempunyai tegasan
tekanan. Oleh sebab itu, kualiti konkrit ini hendaklah diuji dengan menggunakan
ujian mampatan. Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan kekuatan
mampatan yang mampu ditanggung oleh struktur konkrit apabila dikenakan beban
keatasnya. Keputusan ujian ini juga akan menunjukkan kesebatian campuran
konkrit dalam menghasilkan kekuatan yang dikehendaki.

42

Rajah 46: Proses ujian mampatan dijalankan

4.3 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN/LANGKAH BERJAGA-JAGA

Keselamatan semasa berada di bengkel sangat perlu dipatuhi oleh setiap
penggunanya. Sikap dan kesedaran terhadap keselamatan bengkel mesti dipupuk
bagi semua pengguna bengkel. Keselamatan bengkel adalah tanggungjawab
bersama antara pihak pengguna dan perlu diberi perhatian serius dari masa ke
semasa untuk mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku.

4.3.1 PAKAIAN AM

Pakaian yang dipakai semasa bekerja hendaklah sesuai, iaitu tidak terlalu longgar
atau terlalu ketat. Pakaian yang terlalu longgar boleh mengakibatkan kemalangan
kerana mudah tersangkut pada peralatan dan mesin, terutamanya pada mesin yang
sedang digunakan. Pakaian yang terlalu ketat pula menyukarkan pergerakan dan
menyebabkan pemakai berasa kurang selesa untuk bekerja

4.3.2 PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT (PPE)

I. Alat perlindungan kaki

Kasut yang dipakai hendaklah mempunyai perlindungan keselamatan. Kasut ini
dapat melindungi kaki daripada terkena serpihan atau sekiranya ditimpa benda

43

berat. Tapaknya yang tebal juga dapat melindungi kaki daripada benda tajam dan
tergelincir kerana tapaknya tidak mudah haus.

Rajah 47: Kasut keselamatan yang berkualiti
II. Alat perlindungan pernafasan serta kelengkapannya.

Fungsi alat perlindungan pernafasan beserta kelengkapannya adalah alat
perlindungan yang berfungsi untuk melindungi organ pernafasan dengan
cara menyalurkan udara bersih, sihat, menapis cemaran bahan kimia, mikro-
organisme, partikel yang berupa debu ,kabut (aerosol), asap dan
sebagainya.

Rajah 48: Mask yang selalu digunakan bagi pembinaan

44

4.4 PERINGKAT AKHIR KEPUTUSAN PENGUJIAN DAN KALIBRASI

Fasa seterusnya adalah menganalisis data yang diperoleh daripada ujian yang telah
dijalankan seperti ujian penurunan dan ujian mampatan konkrit yang dijalankan.
Selain itu, analisis perlu dilakukan bagi menentukan kekuatan konkrit bata pecah
tanah liat.

4.4.1 KEPUTUSAN ATAU ANALISIS UJIAN PENURUNAN KONKRIT

Pemeriksaan dilakukan pada konkrit yang telah diuji. Ujian ini diinilai dari segi
keadaan atau jenis runtuhan secara fizikal. Selain itu, penilaian jarak keruntuhan
dinilai bagi mengenalpasti jenis penurunan konkrit.

Terdapat tiga jenis penurunan konkrit iaitu penurunan sebenar, penurunan
ricih dan penurunan runtuh. Penurunan sebenar bermaksud pemendapan yang
telah mencapai kemudahan kerja sesautu campuran konkrit. Penurunan ricih pula
bermaksud ujian ini perlu diulangi. Sekiranya penurunan ricih ini berlaku pada setiap
kali ujian, Ini menunjukan bahawa campuran itu mempunyai kurang lekatan,
Manakala penurunan runtuh ialah campuran-campuran yang tegar pada
keseluruhannya akan mendapat kericihan kosong. Sebaliknya, jika sesautu
campuran itu basah penurunan runtuh akan terjadi. Langkah-langkah yang perlu
untuk mengurangkan kandungan air dalam campuran itu perlu diambil.

Rajah 49: Gambaran jenis-jenis penurunan konkrit

45

Aspek yang mempengaruhi keputusan penurunan seperti berikut:

Jenis penurunan konkrit Faktor yang mempengaruhi
Penurunan sebenar penurunan konkrit

Menunjukkan bancuhan yang tepat
mengikut nisbah

Penurunan ricih Menunjukkan bancuhan yang kurang
sempurna

Penurunan runtuh Menunjukkan bancuhan yang terlalu
basah

Jadual 5 : Menerangkan aspek mempergaruhi keputusan ujian penurunan

Terdapat 3 jenis penurunan yang selalu berlaku seperti penurunan sebenar,
penurunan ricih, dan penurunan runtuh seperti rajah 49 di bawah:

Rajah 50: Ukuran penurunan konkrit mengikut jenis penurunan
46

Keputusan penurunan konkrit terbahagi kepada empat bahagian:

KONSISTENSI RUNTUHAN (mm)

Terlalu kering 0
Sangat kering 0 - 12.7
12.7- 25.4
Keras 25.4 – 50.8
Plastik keras

Jadual 6 : 4 bahagian penurunan konkrit

Keputusan ujian dipengaruhi oleh faktor berikut:

I. Nisbah air simen yang digunakan
II. Masa yang diambil selepas membancuh konkrit.
III. Bahan perlu segera diuji untuk mengelak ia daripada terhidrat.
IV. Alatan perlulah berada dalam keadaan baik, bersih, dan kering

Hasil keputusan ujian penurunan konkrit, pelajar dapat mengetahui bahawa
konkrit pecahan bata tanah liat ini telah mengalami jenis penurunan yang baik.
Percubaan pertama ujian penurunan mendapati konkrit yang dibancuh sebanyak 30
% pecahan bata tanah liat telah berlaku penurunan ricih. Hal ini demikian kerana
bancuhan tersebut mengandungi kandungan bahan yang kurang sempurna.
Percubaan kedua pula, pengkaji melakukan bancuhan konkrit yang lebih sempurna
daripada bancuhan konkrit pertama. Jelas kelihatan bahawa percubaan kedua
mengalami penurunan sebenar sebanyak 55mm dari aras kon. Selain itu, pelajar
melakukan bancuhan yang lain mengandungi 60% pecahan bata tanah liat. Dalam
konteks ini, pelajar ingin menambahbaik kualiti konkrit dengan meletakkan pecahan
bata tanah liat itu lebih banyak. Hal ini jelas dinyatakan pada jadual bahawa
penurunan sebenar sebanyak 15mm berlaku kepada percubaan ketiga.

47

Berdasar jadual 7 dibawah menerangkan keputusan ujian penurunan:

Bil Jenis Keruntuhan(mm) Peratusan Gambarajah

kerincihan pecahan

bata tanah

liat (%)

1. Penurunan 90mm 30%

ricih

2. Penurunan 55 mm 30%
sebenar

3. Penurunan 15mm 60%
sebenar

Jadual 7: Keputusan ujian penurunan konkrit pecahan bata tanah liat
48

Perbandingan telah dilakukan terhadap konkrit pecahan bata tanah liat.
Kekuatan konkrit pecahan bata tanah liat ini lebih kepada 60%. Konkrit tersebut
telah mengalami penurunan yang sesuai dengan spesikasi yang ditetapkan. Ini
boleh membuatkan tangga konkrit tahan dan kuat bagi jangka masa yang panjang.

4.4.2 KEPUTUSAN ATAU ANALISIS UJIAN MAMPATAN KONKRIT

Setelah ujian mampatan dijalankan, pelajar melakukan analisa pada konkrit yang
diuji. Ujian ini dinilai dari segi kekuatan apabila dimampatkan. Selain itu, pelajar
dapat mengetahui nilai beban kekuatan konkrit tersebut. Kiraan ujian kiub tersebut
seperti berikut:

Gred konkrit : 20 N/mm
Beban mula : 25.000 kN/sec
Keluasan : 22500 mm
Beban Maksima : 280.800 kN

Formula Maksima Kekuatan
=



=280.889

22500

= 12.4839 MPa

Peratus kekuatan konkrit
=12.4839 100%

20

= 62.4%

49

Berdasarkan kiraan ujian mampatan diatas menerangkan,gred konkrit yang
digunakan ialah Gred 20. Dalam bancuhan konkrit pecahan bata tanah liat, ia
menggunakan nisbah 1:2:3:1. Keluasan kiub konkrit tersebut adalah 22500mm.
Permulaan ujian ini, kiub konkrit telah dimampatkan oleh mesin mampatan konkrit
dengan nilai 25.000 KN/sec. Maka terhasil nilai beban maksima yang dicatatkan
iaitu 280.800 kN. Kekuatan maksima konkrit dikira menggunakan formula yang
tepat. Jumlah kekuatan maksima konkrit ialah 280.800 MPa. Hal ini demikian beban
maksima dibahagikan dengan keluasan kiub konkrit itu. Seterusnya, peratusan
kekuatan konkrit dikira menggunakan formula yang bersesuaian. Peratus kekuatan
konkrit pecahan bata tanah liat ialah 62.4%

Beban(kN) 300
250
200 10 20 30 40 50 60
150 Masa(saat)
100

50
0
0

Rajah 51 : Menerangkan graf beban melawan masa

Hasil kajian yang dibuat, pengiraan telah dilakukan bagi mendapat
keputusan kekuatan konkrit pecahan bata tanah liat. Kiub konkrit itu yang dibancuh
menggunakan nisbah 1:2:3:1 ( simen, pasir, pecahan bata tanah liat dan batu
baur). Kiub dimampatkan itu mengandungi 62.4 % kekuatan bagi menahan beban
yang dikehendaki. Oleh demikian, konkrit pecahan bata tanah liat ini mampu
menguatkan lagi tangga konrkit yang dibina.

50

4.5 KESIMPULAN ANALISIS PROJEK
Hasil yang telah perolehi dari projek yang dilaksanakan terhadap proses kerja
adalah konkrit pecahan bata tanah liat mampu memberi kekuatan kepada tangga
konkrit yang dibina. Hal ini demikian kerana terdapat kelebihan yang dimiliki oleh
konkrit pecahan bata tanah liat. Selain itu, konkrit pecahan bata tanah liat ini mampu
digunapakai sebagai konkrit yang memiliki kekuatan yang teguh pada masa akan
datang. Malah, inovasi ini akan dapat mengurangkan kos perbelanjaan projek
dengan menggunakan barangan yang terpakai.

51

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.0 PENGENALAN

Bab ini membincangkan secara terperinci tentang hasil dapatan projek yang telah
dianalisis dalam Bab 1 hingga 4 dan bagi melihat sejauh mana tujuan projek ini
dapat direalisasikan. Kandungan bab ini mengandungi perbincangan dapatan hasil
projek, cadangan dan kesimpulan.

5.1 PERBINCANGAN

Perbincangan daripada Bab 5, iaitu berkaitan dengan analisis daripada dapatan
projek yang peroleh yang melibatkan tiga objektif iaitu pembinaan tangga untuk
tujuan keselamatan dan mengurangkan kadar kemalangan, memudahkan penghuni
Blok E ke Dewan Makan KV SHAS Kuala Lipis dan meningkatkan kemahiran pelajar
untuk membina sesuatu struktur pembinaan. Hasil daripada projek bagi pembinaan
tangga bata dan konkrit ini diharapkan dapat membantu pelajar Kolej Vokasioanal
SHAS Kuala Lipis dalam menjalankan rutin penggunaan harian. Seterusnya, projek
ini diharapkan agar tangga bata dan konkrit dapat digunakan dengan baik serta

52

dapat meningkat faktor keselamatan dikalangan pelajar asrama terutamanya Blok
E.

Objektif pertama yang bagi projek ini ialah bertujuan keselamatan dan
mengurangkan kadar kemalangan. Sebelum tangga ini dibina, pelajar Blok E telah
menggunakan kawasan itu dengan cara memanjat tembok, menggunakan kerusi
yang uzur dan pelbagai jenis cara yang berisiko dan boleh mengakibatkan
kemalangan. Pelajar telah membuat temubual bersama dengan penghuni Blok E.
Semua pelajar Blok E bersetuju dengan pembinaan tangga bata dan konkrit ini.
Tangga bata dan konkrit dijangka akan kekal untuk jangka masa panjang.
Berdasarkan analisis yang dibuat dalam Bab 4, tangga konkrit selamat digunakan
kerana kekuatan konkrit pecahan bata tanah liat kuat meningkat dari segi kekuatan.
Tangga bata dan konkrit mampu menampung beban hidup malah beban mati yang
tinggi .Selain itu, reka bentuk tangga yang sesuai mampu meningkatkan
keselamatan pengguna. Ini kerana tangga tersebut kecuraman yang bersesuaian
dengan kontur geografi kawasan itu.

Objektif kedua projek ini ialah memudahkan penghuni Blok E ke Dewan
Makan KV SHAS Kuala Lipis. Jarak perjalanan asal dari Blok E ke Dewan Makan
Asrama KV SHAS Kuala Lipis adalah jauh dan menyukarkan pelajar Blok E. Hal ini
demikian, jarak perjalanan tersebut menyebabkan pelajar Blok E mengambil jalan
alternatif iaitu kawasan pembinaan tangga ini. Pembinaan tangga ini menambah
keselesaan pengguna atau penghuni Blok E ke Dewan Makan. Keadaan ini
menyebabkan penghuni akan kerap menggunakan tangga ini sebagai perjalanan
mereka ke Dewan Makan. Seterusnya, penghuni Blok E dapat memendekkan masa
perjalanan mereka. Urusan harian sebagai pelajar asrama sangat terhad dari segi
masa. Oleh itu, tangga ini tepat dan sesuai dilaksanakan supaya penghuni Blok E
memiliki keselesaaan apabila menggunakan kawasan tersebut.

Objektif ketiga yang mampu dicapai ialah meningkatkan kemahiran pelajar
untuk membina sesuatu struktur pembinaan. Pada tahun akhir, pelajar Kolej
Vokasional perlu membina satu projek yang berkaitan dengan teknologi pembinaan
dikenali sebagai Projek Tahun Akhir( PTA). Ini dapat mengaplikasikan segala

53

pelajaran mengenai Teknologi Pembinaan selama 4 tahun. Hasil projek ini,
pemerhatian dilakukan dengan teliti terhadap projek yang dibina. Projek pembinaan
tangga ini juga mampu menambah ilmu pengetahuan mengenai tangga, pengiraan
kos bahan dan cara pembinaan tangga yang tepat. Bukan itu saja, pelajar dapat
bekerja sebagai satu kumpulan dan memiliki rasa tanggungjawab yang besar.
Keadaan ini sangat baik apabila pelajar mampu menggunakan kelebihan ini apabila
berada di tempat kerja yang sebenar.

5.2 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Penghasilan projek tangga bata dan konkrit seperti ini dilihat sebagai salah satu
cara atau kaedah bagi mengurangkan kadar kemalangan di kalangan pelajar
asrama. Ini kerana projek ini akan memberi kemudahan yang selamat kepada
pengguna. Terdapat kelengkapan yang tidak disediakan dalam projek ini. Perkara
ini disebabkan memiliki kewangan yang terhad dan jangka masa pendek bagi
menyiapkan projek.

Penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam projek ini ialah pembinaan
railing tangga. Railing tangga merupakan pembinaan besi padu menjadi susur
tangan pengguna ketika menggunakan tangga ini. Dalam pembinaan tangga ini,
susur tangan perlu dibina bagi memastikan pengguna lebih selamat menggunakan
tangga tersebut. Ini akan meningkatkan keselamatan pengguna dan mengurangkan
kes kemalangan berlaku. Pembinaan railing ini boleh dilaksanakan dengan
kerjasama pelajar Bengkel Kimpalan KV SHAS Kuala Lipis. Pelajar kimpalan lebih
mahir melakukan kerja-kerja kimpalan besi seperti railing tangga. Dengan membuat
demikian, projek tangga ini akan lebih selamat dan selasa apabila digunakan.

Selain itu, kerja perjubinan boleh dibina supaya kemasan tangga terjamin.
Dalam hal ini, projek tangga bata dan konkrit tidak melakukan kerja kemasan jubin
kerana memiliki sumber kewangan yang terhad. Kerja perjubinan harus dipasang
bagi menambah nilai estetika. Jenis-jenis jubin perlu dititik beratkan supaya tidak
berlaku kejadian kegelinciran. Dengan menggunakan konsep 3R (reduce,

54

reuse,recyle), bahan jubin boleh digunakan daripada Bengkel Pembinaan KV SHAS
Kuala Lipis. Ini kerana terdapat jubin-jubin pecah yang tidak digunakan. Jubin yang
pecah tersebut harus disusun dan dipasangkan pada tangga dengan menarik
supaya nilai kecantikan tangga ini berkualiti dengan membuat reka bentuk dan
corak yang pelbagai.

5.3 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, projek pembinaan tangga bata dan konkrit di Blok E KV
SHAS Kuala Lipis yang dibina telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.
Projek pembinaan tangga ini berjaya dibina dalam masa yang telah ditetapkan
walaupun terdapat masalah seperti kewangan, bahan dan peralatan yang terhad.
Hasil daripada projek pembinaan tangga ini, diharapkan pelbagai jenis kelengkapan
yang dibina supaya tangga ini mempunyai estetika yang tinggi. Tangga bata dan
konkrit ini dapat membantu penghuni atau pelajar Blok E melakukan urusan harian
dengan selamat. Pembinaan tangga bata dan konkrit ini juga dapat menyelesaikan
masalah laluan yang tidak selamat kepada selamat digunakan. Selain itu, hasil
pembinaan tangga ini, pengkaji mampu mengaplikasikan segala pembelajaran teori
dan amali dalam kaedah pembinaan tangga bata dan konkrit.

Pembinaan tangga bata dan konkrit ini dapat memberi kesan yang positif
serta meningkatkan keselamatan pengguna. Hal ini memberi kelebihan kepada
pengguna terutama penghuni Blok E kerana memiliki laluan alternatif ke Dewan
Makan Asrama KV SHAS Kuala Lipis. Diharapkan pembinaan tangga ini dapat
memberi manfaat yang besar kepada pengguna, penghuni Blok E malah Pihak
Pengurusan Asrama KV SHAS Kuala Lipis dalam menjalankan urusan harian
pelajar asrama.

55

RUJUKAN

Ahmad Bangi, A (2016). Model Sistem Retikulasi Air Sebagai Bahan Bantu
Mengajar Bagi Simulasi Agihan Air. Laporan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Vokasional (Binaan Bangunan) dengan kepujian : Universiti Tun Hussien Onn
Malaysia.
Zainal Abidin, Z, Muhd Zaki, R & Mohd Rosdi, A (2015). Strategi Memperkukuhkan
Siber Kafe Asrama Kolej Vokasional Pasir Mas. Laporan Projek Diploma Vokasional
Malaysia: Kolej Vokasional Pasir Mas.
Tan, B.(1992). Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
Paal, Y, Abdul Halim, W & Daud, S. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Jamaluddin, A.& Muhd Sabri, A (2017) Troli Pembawa Paip, Laporan Diploma
Vokasional Malaysia :Kolej Vokasional SHAS Kuala Lipis.
Samat, A. Abu Kasim,S. & Yasin, S. (2008). Teknologi Binaan Tingkatan 4 dan 5.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
M.Lela,A., Hussien, A. & Muhd Jan, N.(2008). Bahan Binaan Tingkatan 4 dan 5.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nota Panduan Politeknik Malaysia, 1987. Binaan Bangunan, Delta Publications.
Mat Lazim Zakaria, 1997. Bahan dan Binaan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Atan Hussien, 1998. Nota Panduan Politeknik Malaysia Teknologi Konkrit, Delta
Publications
Hamidon Abdul Rahim, 1988. Asas Pembinaan Rumah, Dewan Bahasa Dan
Pustaka

56

LAMPIRAN
Gambar 1 : Gambar kawasan sebelum kerja pembinaan

Gambar 2 Kawasan projek yang belum dimulakan
: Gambar proses pemdbilinaaksaanntaaknagnga bata dan konkrit

Kerja pembersihan kawasan Kerja penempatan keluli bagi slab
Tangga bata

Tangga bata

57

Kerja konkrit slab bagi platform Kerja konkrit slab tangga bata

Melaksanakan kerja kemasan Melakukan kerja seting-out tangga
platform bata

58

Kerja tangga bata dalam proses Kerja pemasangan kotak bentuk
pembinaan tangga konkrit)

Kerja pemasangan keluli dan Kerja konkrit tangga konkrit
bentuk di kawasan pembinaan menggunakan konkrit pecahan bata

tangga konkrit liat

59

Tangga bata siap dilepa Proses menanggalkan kotak
bentuk

Gambar 3 : Gambar projek pembinaan tangga bata dan konkrit siap dibina

Tangga bata dan konkrit siap dalam jangka masa
ditetapkan

60

61

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN PROJEK

Projek yang dibina ialah membuat dapur pemanggang BBQ di kawasan aspura Kolej
Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah .Projek ini dijalankan bertujuan memudahkan
pelajar aspura membuat jamuan akhir tahun dan pelajar aspura tidak perlu bersusah
payah mencari pemanggang BBQ. Selain itu, projek ini dibina untuk kesenangan dan
keselamatan bagi pelajar aspura.

Projek ini adalah bertujuan untuk membuat pemanggan BBQ bagi pelajar
aspura yang tiada tempat khas untuk membakar BBQ. Skop projek yang dijalankan
berdasarkan kepada apa yang dipelajari oleh pelajar selama 4 tahun dalam program
teknologi pembinaan seperti contoh kerja-kerja merancang tanda,membina kotak
bentuk,membuat konkrit alas,kerja tetulang,membina slab dan mengikat bata.

Hasil projek yang dibina ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan
memudahkan pelajar asrama membuat jamuan makan pada akhir tahun dan pada
masa yang akan datang.

Kelebihan projek ini ialah faktor daripada kekukuhannya kerana pemanggang BBQ
yang diperbuat dari besi dan ianya juga tahan karat.Selain itu, dapat menyimpan
barang- barang lebihan di tempat yang disediakan dan tidak memenatkan kerana
projek yang telah dibina menggunakan kipas USB untuk mengawal pemanasan api
yang sekata pada dapur BBQ. Selain itu,kelebihan dapur BBQ ini boleh dapat
menggunakan dapur gas jika tiada arang atau kayu api untuk dibakar.

Inovasi projek yang dihasilkan ialah menggunakan batu bata yang pecah untuk
membuat campuran pada slab.

1.2 LATAR BELAKANG PROJEK
Setiap kali melihat pelajar di aspura mendapati apabila sesuatu blok di aspura

ingin mengadakan jamuan akhir tahun seperti membakar BBQ dan lain- lain lagi.
Pelajar aspura sukar untuk mengadakan jamuan akhir tahun kerana tiada tempat
khas untuk membakar BBQ dan mendapat idea untuk membuat suatu tempat khas
pemanggang BBQ bagi pelajar aspura.

1.3 PENYATAAN MASALAH
Pada masa kini, pelajar aspura Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah

Kuala Lipis sering mengalami kesulitan untuk mencari pemanggang BBQ dan
membahayakan diri pelajar sendiri. Oleh kerana itu, pelajar aspura jarang
mengadakan jamuan akhir tahun mereka di asrama kerana ketiadaan pemanggang
BBQ. Di samping itu,pelajar aspura sering membuat tempat pembakaran secara tidak
selamat di sekitar kawasan asrama.

Dengan adanya pemanggang BBQ ini dapat mengurangkan faktor tenaga dan
menjimatkan masa untuk mengangkut kayu api dan arang.Selain itu menjaga
keselamatan dan mengawal faktor kebakaran di asrama. Oleh demikian itu,dapat
membantu pelajar-pelajar asrama merancang mengadakan aktiviti jamuan akhir
tahun secara BBQ.

1.4 TUJUAN

Tujuan projek dilaksanakan untuk memudahkan pelajar aspura membuat jamuan
akhir tahun dan pelajar aspura tidak perlu bersusah payah mencari pemanggang
BBQ. Selain itu, menjaga keselamatan pelajar aspura lebih terjamin. Projek yang
dihasilkan tidak perlu dibawa atau dialih ke mana – mana selepas digunakan. Projek
ini dapat memudahkan kerja dengan lebih efektif dan menjimatkan masa.

1.5 OBJEKTIF PEOJEK

Projek ini dibina agar dapat merialisasikan objektif-objektif projek yang dinyatakan
seperti merekabentuk dapur pemanggang BBQ.Selain itu, membina pemanggang
BBQ dengan rekabentuk yang efisien dan mesra pengguna. Oleh demikian itu, dapat
menghasilkan projek yang lebih efisien dan selamat digunakan oleh pelajar asrama.
Projek ini pasti dapat meningkatkan faktor keselamatan pelajar serta mengelakkan
berlakunya kebakaran di asrama.

1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan pemanggang BBQ ini ialah, mudah digunakan dan mesra alam untuk
pengguna.Merupakan projek yang tidak perlu dialih kerana dengan ketahanan dan
bahan yang digunakan lebih sesuai kekal pada kedudukannya. Selain itu, dapat
mengatasi masalah ketiadaan kemudahan tempat pemanggang di aspura.Ia juga
meningkatkan faktor keselamatan kepada pelajar asrama dengan adanya tempat
pemanggang BBQ yang tetap.

1.7 SKOP PROJEK

Secara umumnya “Pemanggang BBQ” ini merupakan alat memasak jenis membakar
yang kebiasaanya digunakan di luar kawasan bangunan. Bahan pembakarnya ialah
merupakan kayu api dan arang. Kajian dan maklumat yang berkaitan projek ini
diperolehi bagi mendapatkan idea dalam menghasilkan pemanggang ini.Projek ini
bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna dan juga mendapatkan hasil
yang berkualiti skop kajian meliputi kaedah dan teori terutamanya pada aspek fungsi
dan keselamatan.

Bagi memastikan projek ini berfungsi dengan baik, efisien dan selamat, bahan
yang digunakan didalam projek ini ialah bata tanah liat. Bata tanah liat digunakan
didalam projek ini kerana bata ini tahan lasak dan mempunyai penebat haba yang
baik. Selain itu, projek ini dapat mengurangkan beban pelajar asrama untuk
mengangkut, menjimatkan masa dan tenaga pelajar aspura.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Berdasarkan projek yang telah dibina terhadap produk inovasi yang telah dicipta yang
memberi impak lebih kurang masa dengan projek yang dihasilkan ini.beberapa
kriteria yang dititikberatkan supaya projek ini tidak terbeban dengan masalah yang
lebih rumit. Projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna dan
juga mendapatkan hasil yang berkualiti. Terdapat beberapa produk inovasi dan
menampilkan ciri – ciri yang sangat efisien dan selamat digunakan untuk memastikan
keselamatan bagi produk ini berfungsi dengan baik, efisien dan selamat.Bahan yang
digunakan dalam projek ini ialah bata tanah liat dan menggunakan pintu tandas pvc
yang kitar semula.Skop projek yang dijalankan berdasarkan kepada apa yang
dipelajari oleh pelajar selama 4 tahun dalam program teknologi pembinaan seperti
contoh kerja-kerja merancang tanda,membina kotak bentuk, membuat konkrit
alas,kerja tetulang,membina slab dan mengikat bata. Dalam projek ini menggunakan
teori yang telah dipelajari.

Selain itu,inovasi ini juga dapat membantu dalam proses pemilihan
konsep,bahan dan alatan yang digunakan,rekebentuk dan sebagainya bagi
memastikan projek ini kukuh dalam menghasilkan pemanggang BBQ dikawasan
aspura Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah.Hasil projek yang dibina ini dapat
dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dan memudahkan pelajar asrama membuat
jamuan makan pada akhir tahun dan pada masa yang akan datang.

2.2 PERATURAN ASAS PENGGUNAAN BENGKEL PEMBINAAN

Bengkel teknologi pembinaan merupakan bidang yang dijalankan aktiviti pembinaan
bangunan dan infrastruktur untuk kegunaan manusia dan melibatkan pihak berkuasa
swasta dan kakitangan teknikal. Kursus ini juga akan memberi
pendedahan,pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan.Latihan yang
diberikan merangkumi kerja – kerja asas pembinaan bangunan bermula dari kerja –
kerja merancang tanda,menyediakan pelan,anggaran bahan,penyediaan tapak
binaan,kerja – kerja pembinaan termasuk kerja – kerja arkitek,mekanikal dan
elektrikal sehinggalah kerja – kerja penyudahan dan penyerahan bangunan.Lulusan
kursus ini akan menerima diploma Teknologi Binaan.

Dengan itu,segala peraturan yang telah ditetapkan dan dikuatkuasakan oleh
pihak pengurusan bengkel haruslah dipatuhi oleh para pelajar.Dengan itu, risiko
untuk berlakunya kemalangan dapat dikurangkan serta dapat dicegah.

Berikut adalah peraturan – peraturan penggunaan bengkel pembinaan :

 Pelajar dilarang menggunakan bengkel tanpa pengawasan dan kebenaran
dari pensyarah.

 Penggunaan mestilah faham dan tahu untuk mengendalikan operasi mesin
atau alatan tangan sebelum melakukan sebarang kerja.

 Jangan menggunakan mesin dan alatan tangan yang diragui
penggunaaannya serta dapatkan tunjuk ajar dari pensyarah atau pengajar
bengkel.

 Pengguna dikehendaki memakai pakaian bengkel atau yang sesuai untuk
kerja – kerja didalam bengkel.

 Pemakaian selipar didalam bengkel dilarang sama sekali.Pelajar mestilah
memakai kasut bertutup yang bergetah.

 Memakai cermin mata keselamatan ketika mengendali mesin


Click to View FlipBook Version