2 0 2 3 (1) E D I S I P E N S Y A R A H P E N S Y A R A H
JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP (PENSYARAH) Volume 11: 2023 (1) ISSN: 2756-8806 e-ISSN: 2756-8814 Terbitan JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
ii JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP (PELAJAR) Volum 11: 2023 (1) Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ISSN: 2756-8806 e-ISSN: 2756-8814 Hak cipta © 2023 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Hak cipta terpelihara. Sebarang petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekali pun termasuk elektronik, rakaman, fotokopi dan sebagainya tanpa keizinan atau kebenaran bertulis daripada penerbit. Ogos 2023 Penerbit: Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Persiaran Tunku Kudin, Bukit Coombe, 11700 Gelugor Pulau Pinang No. Telefon: 04-6603100 Pencetak: Vanda Dynamic Sdn Bhd
iii SIDANG EDITORIAL JURNAL PENYELIDIKAN IPGKPP (PENSYARAH) Volum 11: 2023 (1) Penaung Dr. Azman Bin Jusoh Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang Penyelaras Dr. Aneesha binti Hamid Ketua Editor Dr. Lok Wai Foong Penasihat Sidang Pengarang Prof. Madya Dr. Thien Lei Mee Dr. Lim Chia Yean Ts. Dr. Irwan Mahazir bin Ismail Universiti Sains Malaysia Dr. Nanthini a/p Jayaram Dr. Kamalambal a/p Durairaj Dr. Jeyaletchumi Muthiah SEAMEO RECSAM Editor Dr. Loh Siew Lee Dr. Anpalakan Vadiappan Dr. Khoo Bee Lee Dr. Hafiah binti Ismail Noraini binti Lapawi Susun Atur & Grafik Dr. Lok Wai Foong Nurul Batrisyia binti Mat Sobri
iv KATA ALU-ALUAN PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Madani. Setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, IPG Kampus Pulau Pinang sekali lagi berjaya menggembleng tenaga para pensyarah dan para pelajar serta warganya bagi menerbitkan jurnal penyelidikan sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang (PINANG 2023). Ucapan tahniah dan syabas kepada Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPPI) IPG Kampus Pulau Pinang kerana telah berjaya menerbitkan jurnal penyelidikan ini pada tahun 2023. Usaha gigih seperti ini amat dialu-alukan dan amat dihargai agar segala kerja penyelidikan dalam bidang pendidikan dapat diteruskan dan dimantapkan, seterusnya menjadi satu budaya yang berkelangsungan dalam kalangan warga pendidik seluruhnya. Penerapan budaya penyelidikan dalam kalangan warga IPG Kampus Pulau Pinang amat penting bagi melahirkan warga yang kreatif dan inovatif yang seterusnya dapat memberi impak yang positif kepada IPGM khususnya. Saya amat berharap penerbitan jurnal ini tidak terhenti di sini sahaja malah akan terus melonjakkan budaya kerja yang kreatif dalam kalangan warga IPG, seterusnya melahirkan pelajar guru sebagai modal insan minda kelas pertama yang mampu berdaya saing dalam bidang penyelidikan. Justeru itu, para pensyarah dan pelajar IPG Kampus Pulau Pinang perlu berusaha bersama-sama untuk menjana idea melakukan perubahan dengan penglibatan secara aktif dalam bidang penyelidikan. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Transformasi Pendidikan Pemangkin Matlamat Pembangunan Mampan” DR. AZMAN BIN JUSOH Pengarah
v KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam Madani. Institut Pendidikan Guru bertanggungjawab dan berperanan penting bagi memastikan warga pendidik memantapkan profesionalisme dengan meluaskan aspek pembacaan, penyelidikan dan inovasi untuk menjamin Transformasi Profesion Keguruan dapat terlaksana dengan jayanya. Selaras dengan itu para pensyarah, guru dan siswa guru perlu dilibatkan secara aktif terutamanya dalam menguasai aspek penyelidikan supaya pembudayaan aspek ini dapat disebatikan dalam kalangan warga pendidik. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dunia pendidikan adalah bersifat dinamik, sentiasa berubah dan akan terus berubah sejajar dengan perkembangan dan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini. Oleh itu, sebagai warga pendidik sudah sewajarnya berasa terpanggil untuk mengikuti perubahan ini dan sentiasa mengamalkan kaedah- kaedah yang bersesuaian untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Penerbitan jurnal penyelidikan sempena Seminar Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang (PINANG 2023) ini boleh dijadikan sebagai langkah membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pendidik. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menerbitkan jurnal ini. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Transformasi Pendidikan Pemangkin Matlamat Pembangunan Mampan” DR. MOHD AZHAR BIN BAHARI Timbalan Pengarah
vi SEKAPUR SIREH KETUA JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI IPG KAMPUS PULAU PINANG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Salam Sejahtera dan Salam Madani. Selain daripada menghasilkan guru-guru permulaan, penghasilan kajian, inovasi dan penerbitan juga merupakan sebahagian tugas pensyarah. Hal ini sangat penting kerana kita bukan lagi pengguna pelbagai teori dan dapatan orang lain tetapi menjadi perintis dan pencipta pelbagai teori dan dapatan baharu. Oleh yang demikian, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penyelidik kerana telah berjaya berkongsi kajian dan dapatan kajian dalam Seminar Penyelidikan dan Inovasi, IPG Kampus Pulau Pinang (PINANG 2023). Semua artikel penyelidikan yang berkualiti dan terpilih dalam Seminar PINANG 2023 diterbitkan dalam Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pulau Pinang. Saya juga percaya bahawa jurnal ini dapat dimanfaatkan dalam amalan perkongsian ilmu terutamanya dapatan dalam mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran yang diintegrasikan dengan STEM digital. Semoga jurnal penyelidikan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti warga pendidik dan sistem pendidikan negara. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, dan semua penyelidik yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan penerbitan Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Pulau Pinang. Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. “Transformasi Pendidikan Pemangkin Matlamat Pembangunan Mampan” DR. ANEESHA BINTI HAMID Ketua Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi
vii KANDUNGAN 1 AMALAN PEMBELAJARAN PELAJAR GURU DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN Umar bin Ahmad & Ahmad Zohri bin Ishak 1 2 KAJIAN KEPERLUAN PELAKSANAAN SESI KAUNSELING SECARA ATAS TALIAN (VIDEO CALL) BAGI LATIHAN PRAKTIKUM DAN INTERNSHIP KAUNSELING Mohamad Faizel bin Ali, Ezzar bin Mohd Kamal & Rapidah binti A Bakar, Fatin Nuralissa binti Abu Samah, & Jamilah binti Aziz 14 3 KAJIAN TERHADAP MINAT BELAJAR DAN KERJAYA SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP AMBILAN 2022 (MAJOR SAINS) IPG KAMPUS PULAU PINANG: SATU KAJIAN KES Khoo Bee Lee & Lok Wai Foong 26 4 KEBERKESANAN PERKHIDMATAN Ez Care Signature DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU Aneesha binti Hamid, Khoo Bee Lee, Anpalakan Vadiappan, Loh Siew Lee, & Mohd Hazlie bin Muhamad 40 5 EFIKASI GURU PRA PERKHIDMATAN DALAM MELAKSANAKAN PENDIDIKAN STEM Suah See Ling 60 6 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MELALUI KAEDAH KODALY DALAM PENINGKATAN KEMAHIRAN NYANYIAN KOIR KOMUNITI Ong Chiew Khim 76 7 HUBUNGAN KUALITI PENSYARAH TERHADAP TAHAP KEPUASAN DAN GRED MARKAH PELAJAR DALAM PENGAJARAN Samri Chongo & Noraini Lapawi 85 8 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI PELAJAR TERHADAP MENJALANKAN PENYELIDIKAN DALAM MATEMATIK Mohd Shafian Shafiee 96
viii 9 SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASAS PENYELIDIKAN DALAM MATEMATIK Mohd Shafian Shafiee, Nor Faizah Yaacob, & Saraswathy Sinnasamy 105 10 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS GPIM1022 PENDIDIKAN ISLAM: KAJIAN EMPIRIKAL DI IPGKPP Mohd Zaki bin Ismail, Rijaluddin bin Yahya, Siti Maisarah binti Mohd Idris, & Noraini binti Salleh 116 11 SOROTAN LITERATUR BERKAITAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA Mohd Shafian Shafiee & Lavaneesvari Manogaran 133 12 SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK BERKAITAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT), i-Think DAN SUBJEK MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Mohd Shafian Shafiee, Jong Cherng Meei, & Lavaneesvari Manogaran 143
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 1 AMALAN PEMBELAJARAN PELAJAR GURU DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN Umar bin Ahmad1 & Ahmad Zohri bin Ishak2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: 2 [email protected] Abstrak Kajian ini mengkaji amalan pembelajaran pelajar guru dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional. Responden kajian merupakan pelajar guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan Jun 2019 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan bahawa sesi PdP secara dalam talian telah membantu pembelajaran serta berkesan dalam mencapai hasil pembelajaran kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap membantu pembelajaran dan keberkesanan terhadap pencapaian hasil pembelajaran kursus antara kumpulan responden lelaki dengan kumpulan responden perempuan dalam analisis ujian t yang dilaksanakan. Amalan pembelajaran responden semasa sesi PdP secara dalam talian adalah baik kerana kesemua 9 item mencatat min yang tinggi. Responden sering menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian mengikut jadual waktu yang ditetapkan serta menepati masa menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian. Amalan positif ini adalah tanda permulaan yang baik ke arah kejayaan pencapaian hasil pembelajaran kursus. PdP secara dalam talian didapati telah membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran responden dari aspek kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran komunikasi, kemahiran kolaboratif, kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal, pembinaan watak serta semangat kenegaraan responden. Kata Kunci: Amalan pembelajaran, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian, pelajar guru, amalan positif, pembinaan watak serta semangat kenegaraan. PENDAHULUAN Usaha membudayakan amalan pembelajaran dalam PdP secara dalam talian memerlukan kesedaran dan tindakan proaktif pensyarah dan pelajar guru. Aktiviti meneroka, mencuba dan penyesuaian pendekatan serta pedagogi baharu baik dalam bentuk aplikasi digital mahupun teknologi pengajaran serta perisian tertentu amat diperlukan. Ini kerana ia dapat meminimakan kekangan yang wujud
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 2 semasa proses PdP secara talian. Penghayatan dan pemahaman pensyarah dan pelajar guru tentang PdP secara talian dapat meningkatkan keupayaan pelajar guru untuk lebih kreatif dan inovatif semasa proses penyampaian PdP secara talian. Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Sehubungan itu, pensyarah di Institut Pendidikan Guru telah menjalankan kelas secara dalam talian mengikut jadual-jadual yang telah dipersetujui bersama-sama pelajar. Sedar atau tidak, keupayaan pensyarah dan pelajar guru untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran digital khususnya aplikasi teknologi pengajaran masa kini memberi impak positif terhadap hasil pembelajaran pelajar guru. Justeru pensyarah serta pelajar guru perlu sedar dan faham bahawa konsep pembelajaran secara talian meliputi tiga bentuk pembelajaran iaitu pembelajaran segerak, pembelajaran tidak segerak dan pembelajaran luar talian. Maka untuk memastikan proses PdP berkesan, pensyarah dan pelajar guru perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan ketiga-tiga bentuk pembelajaran ini. Secara logiknya, proses PdP secara talian mampu menjadi lebih efektif dan berkesan apabila diadunkan bersama-sama atau mengikut kesesuaian atas kekangan kebolehcapaian internet, keterbatasan peranti dan kemudahan teknologi serta kemudahan dan prasarana digital yang dihadapi. Kebijaksanaan pensyarah dan pelajar guru memilih dan mengadunkan bentuk pembelajaran secara talian ini dapat meminimakan kekangan yang wujud dan seterusnya mengoptimumkan hasil pembelajaran. Pernyataan Masalah Penutupan institusi pendidikan tinggi dan sekolah disebabkan oleh pandemik Covid-19 telah memberi kesan terhadap struktur Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iaitu daripada kaedah PdP secara bersemuka di institusi kepada PdP secara dalam talian secara sepenuhnya. Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus semasa dan pasca PKP. Semua aktiviti PdP hendaklah dilaksanakan secara dalam talian dan aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali beberapa kategori pelajar yang berkeperluan. Oleh itu, proses PdP dalam talian sudah menjadi suatu kemestian dan bukannya pilihan. Pensyarah perlu melengkapkan diri dengan kebolehan teknologi maklumat, penilaian dan ilmu pengetahuan. Pelbagai perkara perlu dititikberatkan terutamanya hal yang melibatkan pelajar. Antara isu utamanya ialah akses capaian internet dalam kalangan pelajar. Pensyarah juga perlu menetapkan kaedah PdP yang bersesuaian jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah sebegini. Dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 3 pengetahuan dan kemahiran asas pendidikan khususnya dalam bidang profesionalisme keguruan bagi membentuk sahsiah guru yang berkualiti. Pada akhir kursus ini pelajar dapat: 1. Menjelaskan pengertian, konsep, aspirasi dan kepentingan pendidikan. 2. Menghuraikan ciri-ciri personaliti, etika dan perwatakan guru sebagai pembina negara bangsa. 3. Membincangkan elemen profesionalisme keguruan dan pembelajaran sepanjang hayat. 4. Menilai kepentingan pemuafakatan komuniti dalam pendidikan. 5. Menganalisis cabaran-cabaran profesionalisme keguruan dengan isu-isu pendidikan terkini. Kursus ini merupakan salah satu kursus dalam Bidang Generik untuk memberi pendedahan asas kepada pelajar guru berhubung dengan dunia pendidikan. Justeru, pelajar guru perlu memiliki pengetahuan, kompetensi dan sikap yang diperlukan untuk menyediakan diri sebagai seorang bakal guru. Pelajar guru perlu menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam kursus ini untuk membolehkan mereka memiliki asas yang kukuh untuk meneruskan pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. PKP yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan telah memerlukan pelajar guru meneruskan pembelajaran mereka dalam norma baharu iaitu secara dalam talian. Berdasarkan daripada pemasalahan ini, maka kajian ini dilakukan untuk mengkaji amalan pembelajaran pelajar guru dalam sesi PdP secara dalam talian. Objektif Kajian Objektif kajian ini ialah seperti berikut: 1. Meninjau sama ada PdP secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional membantu pembelajaran responden. 2. Meninjau keberkesanan pelaksanaan PdP secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional dalam mencapai hasil pembelajaran kursus. 3. Meninjau amalan pembelajaran responden dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional. 4. Meninjau kemahiran-kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam sesi PdP secara dalam talian Persoalan Kajian Persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah seperti berikut: 1. Adakah PdP secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional membantu pembelajaran responden?
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 4 2. Adakah pelaksanaan PdP secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional membantu dalam mencapai hasil pembelajaran kursus? 3. Apakah amalan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional? 4. Apakah kemahiran-kemahiran yang diperolehi oleh responden dalam sesi PdP secara dalam talian? KAJIAN LITERATUR Siti Balqis dan Muniroh (2020) telah menjalankan kajian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian berbentuk tinjauan ini dijalankan sebagai panduan untuk menetapkan kaedah pengajaran yang bersesuaian dalam melaksanakan PdP secara dalam talian terutamanya ketika keadaan kritikal PKP. Tinjauan dijalankan melalui borang soal selidik untuk mengetahui tahap kesediaan pelajar menerima pembelajaran dalam talian semasa PKP. Seramai 49 orang pelajar diminta untuk menjawab soal selidik tersebut. Berdasarkan data deskriptif, didapati ada segelintir pelajar yang masih belum bersedia untuk meneruskan pembelajaran dalam talian. Namun begitu, peratus penerimaan pelajar terhadap pembelajaran dalam talian berada pada tahap yang agak memuaskan iaitu sebanyak 75.5%. Aplikasi Google Classroom (GC) dan Google Meet (GM) yang digunapakai turut memanfaat aplikasi yang sedia ada iaitu WhatsApp. Kok Kean Hin (2020) telah menjalankan kajian tentang interaksi tidak bersemuka dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) wabak Covid-19. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepuasan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) ambilan Jun 2019 terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) subjek Pengajian Pengantar Profesional sewaktu pelaksanaan PKP Covid19. Sampel kajian adalah sebanyak 18 pelajar PPISMP ambilan Jun 2019. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik GPPJPPI-20. Data yang dikumpul secara deskriptif dalam min skor purata. Dapatan kajian menunjukkan bahawa min skor purata persediaan keseluruhan terhadap PdP subjek Pengajian Pengantar Profesional sewaktu pelaksanaan PKP Covid-19 adalah sederhana dengan min skor purata 3.67 dari skala Likert berjulat 4 mata. Pelajar lebih berpuas hati dengan pelaksanaan PdP bersemuka mengikut jadual rasmi dalam kampus. Muhammad Izzat et al. (2020) telah menjalankan kajian untuk mengetahui persepsi para pelajar Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) terhadap pelaksanaan pembelajaran secara atas talian yang dijalankan dalam era pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan 160 orang pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) semester satu. Kajian ini adalah satu kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan deskriptif dengan menggunakan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 5 nilai min. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mendapatkan persepsi pelajar tentang pelaksanaan secara talian telah diadaptasi dari kajian lepas. Terdapat lima aspek yang telah dikaji. Dapatan kajian ini menunjukkan kelima-lima aspek dikaji di dalam kajian ini berada pada tahap sederhana iaitu kandungan pembelajaran atas talian (3.13), interaksi atas talian (3.05), maklum balas pensyarah (3.51), strategi motivasi yang digunakan oleh pensyarah (3.36) dan kemudahan mengases aplikasi pembelajaran atas talian (3.40). Justeru itu, usaha bagi penambahbaikan yang lebih tinggi dan berkesan perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan pembelajaran secara atas talian dapat dijalankan dengan lebih baik pada masa akan datang. Kesediaan dan komitmen para pensyarah dan para pelajar juga amat penting demi memastikan aktiviti PdP dalam normal baharu ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya untuk kebaikan kedua-dua pihak. Noor Lela et al. (2019) telah menjalankan kajian untuk meninjau persepsi guru terhadap kepentingan amalan PdP abad ke 21 dalam sesi PdP bagi tujuan pembangunan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data dari sampel kajian. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari model Partnership for 21st Century Skills mengikut keperluan persoalan kajian. Soal selidik mengandungi lapan dimensi amalan PdP abad ke 21. Pemilihan sampel kajian menggunakan persampelan secara rawak. Sampel kajian terdiri daripada 242 orang guru daripada 34 buah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Berdasarkan dapatan kajian, tiga kemahiran amalan PdP abad ke 21 guru di daerah Hulu Kinta tertinggi adalah dimensi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran pemikiran kritikal. Manakala dimensi amalan PdP abad ke 21 yang terendah adalah dimensi kemahiran kolaborasi. Dapatan menunjukkan bahawa amalan PdP abad ke 21 mendorang emosi pelajar dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran di mana berada pada tahap min yang tinggi. Hasil kajian membuktikan amalan PdP abad ke 21 memberi impak yang positif kepada pembangunan pelajar. METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu instrumen borang soal selidik dalam proses pengumpulan data. Instrumen kajian dibina berdasarkan elemenelemen pembelajaran secara dalam talian serta elemen kemahiran pembelajaran abad ke 21. Sampel kajian ialah seramai 237 orang pelajar guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Ambilan Jun 2019 di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Data dikutip selepas responden menjalani sesi pembelajaran dalam talian pada penghujung bulan April 2020.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 6 Instrumen Kajian Instrumen soal selidik ini mengandungi 5 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat profil responden seperti jantina dan kumpulan akademik. Bahagian B mengandungi item berkaitan sama ada PdP secara dalam talian membantu pembelajaran responden serta sama ada PdP secara dalam talian berkesan dalam mencapai hasil pembelajaran kursus. Bahagian C mengandungi 9 item yang berkaitan dengan amalan pembelajaran responden semasa sesi pelaksanaan PdP secara dalam talian. Bahagian D mengandungi 14 item berkaitan dengan keberkesanan amalan pembelajaran secara dalam talian responden termasuk kemahiran-kemahiran yang diperolehi oleh responden. Skala pengukuran Bahagian B dan C mengandungi item-item skala likert berjulat 1 hingga 4 (1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju). Instrumen yang digunakan dibina oleh penyelidik berpandukan pembacaan literatur. Instrumen kajian dalam bentuk Google Forms (GF) telah diedarkan kepada responden kajian selepas selesai sesi PdP secara dalam talian Kursus GPP1063 – Pengantar Pengajian Profesional iaitu pada penghujung bulan April 2020. Responden diminta untuk menjawab item-item dalam soal selidik dalam jangka masa yang telah ditetapkan bersama. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 19. Kesahan Alat Ukur Instrumen dalam bentuk soal selidik yang siap digubal oleh penyelidik telah diedarkan kepada dua orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang pembelajaran dalam talian untuk disemak. Mereka dikehendaki membuat semakan terhadap kaitan isi kandungan instrumen dengan aspek yang dikaji dalam kajian ini. Penyelidik juga telah melaksanakan ujian rintis dan keberangkali kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha keseluruhan bagi soal selidik mencatat nilai 0.980. Nilai kebolehpercayaan untuk dimensi amalan pembelajaran secara dalam talian ialah 0.946 dan dimensi keberkesanan amalan ialah 0.966. Nilai-nilai ini mencukupi untuk penyelidik menerima pakai instrumen yang telah digubal bagi tujuan kajian ini. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Maklumat Demografi Kajian kuantitatif ini melibatkan seramai 237 orang pelajar guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PPISMP) di IPGKPP. Kadar respon ialah 100%. Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden kajian. Dalam kajian ini, bilangan responden perempuan adalah lebih ramai berbanding dengan bilangan responden lelaki. Bilangan responden perempuan ialah seramai 170 (71.7%) dan bilangan responden lelaki ialah seramai 67 (28.3%) orang.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 7 Jadual 1 Maklumat Demografi Responden Bil Item Bilangan Peratus (%) 1 Jantina Lelaki Perempuan 67 170 28.3 71.7 2 Kumpulan Akademik Matematik 66 27.8 Pendidikan Islam 99 41.8 TESL 45 19.0 Bahasa Melayu 27 11.4 JUMLAH 237 100 Responden kajian terdiri daripada 66 (27.8%) orang pelajar guru berpengkhususan Matematik; 99 (41.8%) orang pelajar guru berpengkhususan Pendidikan Islam; 45 (19.0%) orang pelajar guru berpengkhususan TESL dan 27 (11.4%) orang pelajar guru berpengkhususan Bahasa Melayu. Keberkesanan Pelaksanaan PdP secara Dalam Talian Jadual 2 menunjukkan dapatan kajian berhubung sama ada sesi PdP secara dalam talian membantu pembelajaran responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berpendapat bahawa sesi PdP secara dalam talian membantu pembelajaran mereka. Min kedua-dua kumpulan responden lelaki dan perempuan adalah tinggi. Min kumpulan responden lelaki (Min = 4.15; SP = .888) adalah lebih tinggi berbanding dengan min kumpulan responden perempuan (Min = 4.08; SP = .869). Hasil analisis Ujian t iaitu perbandingan min antara kumpulan responden lelaki dan perempuan telah ditunjukkan dalam Jadual 2.0. Walaupun terdapat perbezaan min sebanyak 0.07 antara min kumpulan lelaki dan perempuan, namun perbezaan ini adalah tidak signifikan. Ini menandakan bahawa kedua-dua kumpulan responden lelaki dan perempuan berpendapat bahawa sesi PdP secara dalam talian membantu pembelajaran mereka. Jadual 2 Sesi PdP Secara Dalam Talian Membantu Pembelajaran Responden Bil. Item Jantina Bilangan Responden Min Sisihan Piawai F Signifikan 1. Adakah sesi PdP secara dalam talian membantu pembelajaran anda? Lelaki 67 4.15 .888 1.748 .187 Perempuan 170 4.08 .869
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 8 Jadual 3 menunjukkan hasil analisis sama ada sesi PdP secara dalam talian berkesan untuk mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) kumpulan responden lelaki dan perempuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sesi PdP secara dalam talian berkesan untuk mencapai HPK kerana min kedua-dua kumpulan responden lelaki dan perempuan adalah tinggi. Min kumpulan responden lelaki (Min=4.3; SP=.731) adalah lebih tinggi berbanding dengan min kumpulan responden perempuan (Min=4.08; SP=.826). Dalam jadual ini, terdapat perbezaan min sebanyak 0.22 antara min kumpulan lelaki dengan min kumpulan perempuan. Walau demikian, perbezaan ini adalah tidak signifikan. Ini menandakan bahawa kedua-dua kumpulan responden lelaki dan kumpulan responden perempuan berpendapat bahawa sesi PdP secara dalam talian berkesan dalam mencapai HPK. Jadual 3 Sesi PdP Secara Dalam Talian Berkesan dalam Mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) Bil. Item Jantina Bilangan Responden Min Sisihan Piawai F Signifikan 1. Adakah sesi PdP secara dalam talian Kursus GPP1063 berkesan untuk mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK)? Lelaki 67 4.3 .731 .537 .464 Perempuan 170 4.08 .826 Amalan Pembelajaran Sesi PdP Secara Dalam Talian Jadual 4 menunjukkan amalan pembelajaran responden semasa sesi PdP secara dalam talian. Responden sering menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Item ini mencatat min yang tinggi iaitu 4.70 (SP = .625). Ini menandakan bahawa kelas telah dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Item ini mencatat min yang tinggi iaitu 4.58 (SP = .683). Min yang tinggi menandakan bahawa pensyarah kursus telah melaksanakan proses PdP mengikut jadual waktu. Responden juga didapati menepati masa menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian (Min = 4.54; SP = .722) Responden mendapati bahawa bimbingan (Min = 4.50; SP = .676) dan maklum balas (Min = 4.49; SP = .746) yang diberi oleh pensyarah dapat membantu pembelajaran mereka. Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pensyarah membantu pembelajaran responden (Min = 4.43; SP = .754) dan responden dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh pensyarah dengan baik (Min = 4.39; SP = .726). Dalam sesi PdP secara dalam talian, pensyarah memainkan peranan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 9 penting untuk merancang aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mencapai hasil pembelajaran kursus. Aktiviti-aktiviti yang dirancang harus sesuai dengan tahap kebolehan pelajar serta mencabar minda pelajar. Jadual 4 Amalan Pembelajaran PdP Secara Dalam Talian Bil. Item Min Sisihan Piawai 1 Kelas dilaksanakan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 4.58 .683 2 Saya menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian mengikut jadual waktu yang ditetapkan. 4.70 .625 3 Saya menepati masa menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian. 4.54 .722 4 Saya membuat persediaan awal untuk mengikuti sesi PdP secara dalam talian. 4.22 .828 5 Saya melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP yang dijalankan dalam talian. 4.26 .785 6 Saya dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh pensyarah dengan baik. 4.39 .726 7 Aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pensyarah dapat membantu saya dalam pembelajaran. 4.43 .754 8 Maklum balas yang diberi oleh pensyarah dapat membantu saya dalam pembelajaran. 4.49 .746 9 Bimbingan yang diberi oleh pensyarah dapat membantu saya dalam pembelajaran. 4.50 .676 Dalam kajian ini, didapati bahawa responden sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam sesi PdP yang dijalankan secara dalam talian (Min = 4.26; SP = .785) serta membuat persediaan awal untuk mengikuti sesi PdP secara dalam talian (Min = 4.22; SP = .828). Penglibatan pelajar yang aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pensyarah merupakan petanda awal ke arah pencapaian hasil pembelajaran. Keberkesanan Pembelajaran Sesi PdP Secara Dalam Talian Jadual 5 menunjukkan keberkesanan amalan pembelajaran PdP secara dalam talian. Responden telah memberi respons bahawa mereka berjaya melaksanakan aktiviti sesi PdP secara dalam talian dengan baik (Min = 4.41; SP = .768). Responden didapati berminat untuk melibatkan diri dalam sesi PdP secara dalam talian (Min=4.26; SP=.905). Dapatan kajian ini adalah petanda yang baik terhadap pelaksanaan PdP secara dalam talian kerana tahap minat yang tinggi akan mempengaruhi proses PdP.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 10 Responden juga berpendapat bahawa sesi PdP secara dalam talian dapat membantu mereka mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) (Min = 4.30; SP = .789). Responden adalah lebih berani menjawab soalan dalam sesi PdP secara dalam talian berbanding dan sesi PdP secara bersemuka (Min = 4.19; SP = .955). Mereka juga lebih berani mengemukakan soalan dalam sesi PdP secara dalam talian berbanding dan sesi PdP secara bersemuka (Min = 4.06; SP = 1.027). Jadual 5 Keberkesanan Amalan Pembelajaran PdP Secara Dalam Talian Bil. Item Min Sisihan Piawai 1 Saya berminat untuk melibatkan diri dalam sesi PdP secara dalam talian. 4.26 .905 2 Saya berjaya melaksanakan aktiviti sesi PdP secara dalam talian dengan baik. 4.41 .768 3 Sesi PdP secara dalam talian dapat membantu saya mencapai Hasil Pembelajaran Kursus (HPK). 4.30 .789 4 Tahap stres saya lebih berkurangan dalam sesi PdP secara dalam talian berbanding dengan sesi PdP secara bersemuka. 3.65 1.288 5 Saya lebih berani mengemukakan soalan dalam sesi PdP secara dalam talian berbanding dan sesi PdP secara bersemuka. 4.06 1.027 6 Saya lebih berani menjawab soalan dalam sesi PdP secara dalam talian berbanding dan sesi PdP secara bersemuka. 4.19 .955 7 Kemahiran berfikir secara kritis saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.40 .814 8 Kemahiran berfikir secara kreatif saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.37 .835 9 Kemahiran komunikasi saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.32 .870 10 Kemahiran kolaborasi saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.34 .840 11 Perwatakan saya dapat dibina melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.31 .797 12 Semangat kenegaraan saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.27 .803 13 Kemahiran interpersonal saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.36 .787 14 Kemahiran intrapersonal saya dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. 4.33 .786
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 11 Menurut responden, tahap stres mereka lebih berkurangan dalam sesi PdP secara dalam talian berbanding dengan sesi PdP secara bersemuka item ini mencatat min yang sederhana iaitu 3.65 (SP = 1.288). Min yang sederhana ini menandakan bahawa responden turut menghadapi stres dalam sesi PdP secara dalam talian. Stres yang sedikit adalah baik untuk meningkatkan keberkesanan tahap pembelajaran. Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stres dilihat dari aspek negatif atau tekanan yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Walau demikian, adalah disyorkan agar pensyarah berusaha untuk mengurangkan tahap stres responden agar mereka memanfaatkan PdP secara dalam talian. Amalan-amalan pembelajaran yang positif oleh responden telah meningkatkan tahap kemahiran mereka. Responden berpendapat bahawa PdP secara dalam talian dapat membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran mereka dari pelbagai aspek. Kelapan-lapan kemahiran yang dikaji dalam kajian ini mencatat min 4.27 dan ke atas. Kesemua kemahiran yang dikaji adalah berkait rapat dengan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Responden berpendapat bahawa kemahiran berfikir secara kritis (Min = 4.4; SP = .814) dan kemahiran berfikir (Min = 4.37; SP= .835) secara kreatif mereka dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. Kedua-dua item ini mencatat min yang tertinggi dan kedua tertinggi. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah penting untuk meningkatkan keberkesanan PdP pelajar. Pelajar dalam abad ke 21 perlu menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyediakan diri bagi menghadapi cabaran-cabaran dalam abad ini. Kajian ini telah menunjukkan bahawa kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dapat ditingkatkan menerusi pelaksanaan PdP secara dalam talian. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa kemahiran interpersonal (Min = 4.36; SP = .787), kemahiran kolaborasi (Min = 4.34; SP = .840), kemahiran intrapersonal (Min = 4.33; SP = .786), dan kemahiran komunikasi (Min = 4.32; SP = .870) responden juga dapat ditingkatkan melalui sesi PdP secara dalam talian. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah penting bagi membolehkan seseorang individu untuk berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Individu yang berjaya biasanya memiliki kemahiran intrapersonal dan interpersonal yang tinggi. Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi biasanya berkebolehan untuk membuat refleksi kendiri untuk menambah tindakannya agar berjaya dalam kehidupannya. Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi berkebolehan untuk berkomunikasi, berinteraksi serta berkolaboratif secara berkesan dengan ahli-ahli masyarakat. Dalam kajian ini, PdP secara dalam talian didapati telah berjaya membina perwatakan (Min = 4.31; SP = .797) responden serta meningkatkan semangat kenegaraan (Min = 4.27; SP = .803) mereka. Perwatakan seseorang individu
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 12 adalah penting dan harus dibina sejak usia yang muda. Nilai-nilai murni perlu dipupuk dalam sanubari seseorang sejak kecil agar beliau dapat membudayakannya dalam kehidupan. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa semangat kenegaraan turut mencatat min yang tinggi, yakni, PdP secara dalam talian turut meningkatkan semangat kenegaraan responden. Cadangan Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sesi PdP secara dalam talian telah membantu pembelajaran responden. Sesi PdP secara dalam talian adalah berkesan dalam mencapai hasil pembelajaran kursus. Walau demikian, pensyarah disyorkan agar meneruskan amalan mereka dan menambah aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan minat pelajar semasa melaksanakan PdP secara dalam talian agar memperkembangkan minat pelajar dalam kursus yang diajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan pembelajaran responden semasa sesi PdP secara dalam talian adalah baik. Responden sering menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian mengikut jadual waktu yang ditetapkan serta menepati masa menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian. Amalan positif ini adalah tanda permulaan yang baik ke arah kejayaan pencapaian hasil pembelajaran kursus. Justeru, adalah disyorkan agar pensyarah turut menunjukkan suri teladan yang baik kepada para pelajar dengan menepati masa pelaksanaan PdP secara dalam talian. Budaya menepati masa adalah budaya yang harus dipupuk dalam diri semua orang. Dalam kajian ini, responden berpendapat bahawa bimbingan dan maklum balas yang diberi oleh pensyarah dapat membantu responden dalam pembelajaran mereka. Tambahan lagi, responden dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang oleh pensyarah dengan baik serta secara aktif. Adalah disyorkan agar para pensyarah turut menggunakan aplikasi dalam talian yang pelbagai dalam proses PdP untuk menarik minat pelajar. Pensyarah boleh mempelbagaikan strategi PdP secara dalam talian agar dapat menyampaikan PdP secara menarik dan berkesan. Strategi dan kaedah pelaksanaan PdP secara dalam talian yang sistematik dan pelbagai yang diamalkan oleh pensyarah akan mendedahkan kepada pelajar tatacara pelaksanaan PdP secara talian yang baik. Perkara ini penting kerana pelajar guru hari ini merupakan bakal pendidik yang akan membina generasi masa depan negara kita kelak. Bakal guru harus menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran melaksanakan PdP secara dalam talian. PdP secara dalam talian didapati telah membantu meningkatkan kemahirankemahiran responden dari aspek kemahiran berfikir secara kritis, berfikir secara kreatif, kemahiran komunikasi, kemahiran kolaboratif, kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal, pembinaan watak serta semangat kenegaraan. Kelapanlapan kemahiran yang dikaji dalam kajian ini mencatat min 4.27 dan ke atas. Kesemua kemahiran yang dikaji adalah berkait rapat dengan kemahiran
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 13 pembelajaran abad ke-21. Dalam pendidikan abad ke-21, kemahiran-kemahiran dan kompetensi tersebut adalah penting dan perlu dikuasai oleh semua orang. Justeru, usaha yang berterusan harus dilaksanakan oleh para pensyarah agar meningkatkatkan lagi penguasaan pelajar guru terhadap kemahiran-kemahiran tersebut. KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa sesi PdP secara dalam talian telah membantu pembelajaran serta berkesan dalam mencapai hasil pembelajaran kursus responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap membantu pembelajaran dan keberkesanan terhadap pencapaian hasil pembelajaran kursus antara kumpulan responden lelaki dengan kumpulan responden perempuan dalam analisis ujian t yang dilaksanakan. Amalan pembelajaran responden semasa sesi PdP secara dalam talian adalah baik kerana kesemua 9 item mencatat min yang tinggi. Responden sering menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian mengikut jadual waktu yang ditetapkan serta menepati masa menghadiri semua sesi PdP secara dalam talian. Amalan positif ini adalah tanda permulaan yang baik ke arah kejayaan pencapaian hasil pembelajaran kursus. PdP secara dalam talian didapati telah membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran responden dari aspek kemahiran berfikir secara kritis, kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran komunikasi, kemahiran kolaboratif, kemahiran intrapersonal, kemahiran interpersonal, pembinaan watak serta semangat kenegaraan responden. RUJUKAN Campbell, R.L., & Svenson, L.W. (1992). Perceived level of stress among university undergraduate students in Edmonton, Canada. Perceptual & Motor Skills. 75, 552-554. Kok Kean Hin (2020). Interaksi tidak bersemuka dan perintah kawalan pergerakan wabak COVID-19. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(3), 202-211. Muhammad Izzat Mailis, Zuriani Hanim Hanim, & Nur Hafizaliyana Hassan (2020). Persepsi pelajar Kolej Universiti Islam Melaka terhadap pelaksanaan pembelajaran secara atas talian dalam era pandemik Covid19. Jurnal Kesidang, 5, 88-99. Noor Lela Ahmad, Sho Sin Looi, Hariyaty Ab Wahid, & Rohaila Yusof (2019). Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 terhadap pembangunan pelajar. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(28), 28-51. Siti Balqis Mahlan, & Muniroh Hamat.(2020). Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM). SIG: e-Learning@CS.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 14 KAJIAN KEPERLUAN PELAKSANAAN SESI KAUNSELING SECARA ATAS TALIAN (VIDEO CALL) BAGI LATIHAN PRAKTIKUM DAN INTERNSHIP KAUNSELING Mohamad Faizel bin Ali1 , Ezzar bin Mohd Kamal2 , Rapidah binti A Bakar3 , Fatin Nuralissa binti Abu Samah4 & Jamilah binti Aziz5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3 , Universiti Sultan Azlan Shah4,5 Emel: [email protected] Abstrak Seiring dengan arus pemodenan negara, perkembangan teknologi memberikan kemudahan kepada kaunselor dalam menjalankan sesi secara atas talian. Pihak Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) juga pernah memberi ruang pelaksanaan bagi latihan praktikum dan internship kaunseling yang boleh dilaksanakan secara atas talian. Justeru, kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas bagi mengenalpasti pandangan kaunselor penyelia berkaitan dengan kesukaran yang dihadapi oleh kaunselor pelatih untuk melengkapkan jam sesi bagi praktikum dan internship kaunseling. Seterusnya, kajian ini dilaksanakan bagi memberikan maklumat awal kepada LKM untuk mengekalkan kelonggaran pelaksanaan sesi kaunseling secara atas talian sepertimana yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 ketika pendamik Covid 19. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan di mana seramai 66 orang kaunselor berdaftar terlibat sebagai responden. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sesi kaunseling atas talian berjaya membantu dan membawa perubahan kepada klien sebanyak 69.7%. Terdapat 72.7% menyatakan persetujuan bahawa terdapat kesukaran untuk melengkapkan jam sesi kaunseling dan data menunjukkan bahawa sebanyak 56 orang atau 84.8% responden bersetuju bahawa 30 peratus keperluan jam sesi kaunseling bagi latihan praktikum dan internship kaunseling diteruskan pada masa kini. Secara keseluruhannya, kaunseling atas talian merupakan suatu indikator yang relevan dengan kepesatan pembangunan negara selari dengan dunia teknologi yang pesat berkembang maju serta berfungsi sebagai satu teknik kaunseling yang hikmah (wisdom counseling). Justeru, diharapkan hasil dapatan kajian ini dapat dijadikan pertimbangan kepada LKM untuk mengekalkan kelonggaran Garis Panduan Pelaksanaan Praktikum dan Internship Kaunseling Bil. 1-2020 bagi latihan praktikum dan internship kaunseling selari dengan tuntutan dan keperluan perkhidmatan kaunseling pada era masa kini. Kata Kunci: Kaunseling secara atas talian (video call), praktikum dan internship kaunseling
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 15 PENDAHULUAN Pengenalan Kaunseling secara atas talian (online) ialah kaunseling yang dilakukan melalui alam maya. Kaunseling atas talian dikenali juga sebagai sebagai e-kaunseling, eterapi, terapi online, kaunseling-siber, terapi-siber, psikoterapi online, terapi internet, kaunseling internet dan kaunseling maya. Selain itu, kaunseling atas talian juga dikenali sebagai telepsychology kerana perkhidmatan kaunseling atas talian boleh berlaku dalam empat situasi iaitu melalui web therapy, phone therapy, text therapy atau online therapy (American Psychological Association [APA], 2017). Ringkasnya, kaunseling atas talian ialah suatu proses komunikasi internet berasaskan teks antara seorang kaunselor dengan klien yang dilakukan melalui e-mel atau chatroom (Australian Counselling Association, t.th.; APA, 2017). Kaunselor mahupun ahli terapi mula memilih satu kaedah yang baharu dalam membantu klien mereka di mana kaunselor boleh menjalani sesi kaunseling secara online tanpa perlu menghadiri sesi di klinik kaunseling (Tannous, 2017). Kaunseling online mula diperkenalkan atau lebih di kenali sebagai e- kaunseling yang mana dapat membantu klien yang ingin menjalani sesi kaunseling sama ada melalui e-mel, whatsapp, telegram, facebook mahupun telefon. Pada masa ini, kaunseling secara atas talian merupakan satu perubahan yang telah diinovasikan. Situasi ini sebenarnya bukan untuk menggantikan proses kaunseling secara bersemuka tetapi untuk memberi kemudahan kepada golongan yang memerlukan perkhidmatan kaunseling secara segera. Dalam dunia yang serba moden ini telah wujud penggunaan internet dan kaunseling tidak terkecuali kerana perkembangan merupakan perkara baru untuk memberi manfaat kepada klien. Interaksi dua hala antara manusia melalui internet telah dimulakan dan diberi pendedahan pada 1993 oleh Ivan Goldberg untuk menjalankan sesi kaunseling atas talian. Perkhidmatan kaunseling secara atas talian mula dikembangkan sejak bermula tahun 1997 dan sehingga kini ianya masih digunakan mengikut peredaran masa dan kemodenan teknolgi masa kini. Menurut Zainab (2018), E-kaunseling atau lebih dikenali sebagai perkhidmatan menolong secara maya mula diiktirafkan yang membolehkan seorang kaunselor membantu melalui medium internet secara cepat dan lebih berkesan. Perkhidmatan ini adalah sebagai satu langkah atau kaedah yang digunakan bagi memudahkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara cepat dan merupakan satu peluang yang digunakan untuk menangani atau menyelesaikan isu yang dihadapi oleh mereka. Hal ini akan membantu klien untuk mendapatkan pertolongan dengan lebih cepat walaupun secara jarak jauh.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 16 Selain itu, Zainab (2018) turut menjelaskan kaunseling secara atas talian adalah memberi kemudahan dan keselesaan terhadap klien yang mempunyai kekangan untuk terus berjumpa dengan kaunselor secara bersemuka. Hal ini dapat memudahkan klien yang mempunyai halangan seperti tempat tinggal yang terpencil, masa yang kritikal dan halangan lain yang menyebabkan mereka tidak dapat berjumpa kaunselor secara bersemuka. Oleh yang demikian, pembaharuan sesi kaunseling secara atas talian telah membuka mata masyarakat untuk mendapatkan kaunseling walau di mana sahaja untuk menangani konfik atau isu yang dihadapi oleh mereka. Malah ia juga satu pembaharuan yang diamalkan oleh masyarakat di masa kini yang sentiasa menggunakan bantuan hujung jari untuk mendapatkan maklumat atau apa-apa sahaja pertolongan. Pernyataan Masalah Tahun demi tahun perubahan e-kaunseling semakin meningkat dengan lebih baik. Menurut Zaida dan Lee (2019), menyatakan bahawa pengiktirafan kaunseling secara atas talian turut diusahakan dari sudut latihan kaunselor seperti adanya pembelajaran secara atas talian. Malah perkhidmatan E-kaunseling juga turut diiktiraf oleh Badan-Badan Kaunseling Dunia berdasarkan penggubalan etika dan garis panduan mengikut standard yang telah membuktikan pembaharuan kepada perkhidmatan kaunseling secara atas talian ini. Dengan demikian, negara Malaysia juga telah mengiktiraf perkhidmatan ini dengan menyediakan garis panduan dan etika perkhidmatan E-Kaunseling dalam Kod Etika Kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia dalam Bahagian A Perkara 12. Setelah pandemik covid-19 melanda Malaysia bermula tahun 2020, suatu langkah awal telah diambil oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dengan menetapkan beberapa kelonggaran dalam garis panduan untuk pelasanaan praktikum dan intership kepada kaunselor pelatih sepanjang tempoh pandemic covid-19. Antara garis panduan yang telah diletakkan kepada pelajar praktikum adalah keperluan memenuhi jam bersemuka adalah sebanyak 38% iaitu 96 jam daripada 252 jam dan selebihnya sebanyak 62% iaitu 156 jam diperuntukkan kepada secara atas talian. Manakala garis panduan untuk melengkapkan jam sesi bagi intership pula ialah peratusan yang sama sepertimana praktikum iaitu 38% secara bersemuka iaitu sebanyak 192 jam daripada 504 jam. Manakala bagi jam secara bersemuka adalah 62% iaitu sebanyak 312 jam daripada 504 jam yang diperuntukkan untuk intership. Sehubungan dengan itu, sejajar dengan pandemik yang berlaku, kaunseling secara atas talian sebenarnya dapat digunakan dan diaplikasi tanpa mengabaikan kualiti program yang sedia ada. Kelonggaran yang diberikan bukan sahaja dapat membantu kaunselor pelatih untuk melengkapkan keperluan jam sesi kaunseling tetapi turut memberikan pilihan kepada klien dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling mengikut keperluan dan kesegeraan isu yang dihadapi tanpa perlu memikirkan lokasi atau tempat sesi akan diadakan. Hal ini kerana, pelaksanaan sesi kaunseling secara atas
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 17 talian dapat memberi beberapa manfaat dan kelebihan kepada klien terutamanya kepada mereka yang sibuk dengan rutin harian (Aniz, 2017). Menurut Aniz (2017) lagi, fungsi kaunseling atas talian bukan bermaksud untuk menggantikan kaunseling secara bersemuka yang sedia ada dalam teknik konvensional tetapi pelaksanaan sesi kaunseling atas talian memberi kemudahan dan keselesaan kepada pihak klien yang ingin mendapatkan perkhidmatan dan intervensi segera tetapi sukar menemukan kaunselor.Pada waktu yang sama, jangka masa atau tempat tidak lagi menjadi pembatasan untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan. Melalui kaunseling atas talian juga masyarakat boleh berkongsi dengan kaunselor dengan pantas, tidak perlu menunggu masa yang panjang untuk berjumpa dengan kaunselor dan tidak perlu ke lokasi untuk menjalankan sesi kaunseling. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklum balas serta mengenalpasti pandangan kaunselor penyelia berkaitan kesukaran yang dihadapi oleh kaunselor pelatih untuk melengkapkan 96 jam sesi kaunseling bagi latihan praktikum serta 192 jam sesi kaunseling bagi intership secara bersemuka semata-mata. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk memberi maklumat awal kepada Lembaga Kaunselor Malaysia untuk mengekalkan kelonggaran pelaksanaan sesi kaunseling secara atas talian sepertimana yang telah dilaksanakan pada tahun 2020 ketika pendamik Covid 19. Cadangan mengekalkan kelonggaran pelaksanaan sesi kaunseling atas talian ini adalah berdasarkan maklum balas persetujuan yang diberikan oleh kaunselor penyelia dalam kajian ini. Kepentingan Kajian Hasil dapatan kajian ini dijangka dapat membantu beberapa pihak, antaranya : 1. Kaunselor Pelatih : Membantu dalam pelaksanaan latihan praktikum dan internship yang lebih fleksible melibatkan sesi kaunseling secara bersemua serta atas talian dalam usaha untuk melengkapkan keperluan jam sesi kaunseling seperti mana yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. 2. Klien/masyarakat : Memberi kemudahan dan pilihan kepada untuk menjalani sesi kaunseling sama ada secara bersemuka atau atas talian berdasarkan kesegeraan isu yang dihadapi tanpa perlu memikirkan masalah tempat dan masa. 3. Lembaga Kaunselor Malaysia : Dapat membantu pihak Lembaga Kaunselor Malaysia untuk merangka satu garis panduan untuk pelasanaan praktikum dan intership kepada kaunselor pelatih yang lebih terkini berdasarkan keperluan dan perkembangan teknologi semasa. Selain itu, dapat membantu memperkasakan pelaksanaan e–kaunseling seperti mana yang terkandung dalam dalam Kod Etika Kaunselor, Lembaga Kaunselor Malaysia dalam Bahagian A Perkara 12.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 18 TINJAUAN LITERATUR Terdapat beberapa kajian lepas yang dijalankan bagi melihat keberkesanan perkhidmatan kaunseling atas talian. Perbandingan dilakukan menggunakan pelbagai instrumen kajian untuk mengukur hasil kajian yang berbeza-beza. Hasil kajian ini dibandingkan pula dengan hasil kajian serupa yang menggunakan kaedah kaunseling bersemuka. Satu kajian telah dijalankan oleh Gibson et al. (2016) juga menjalankan kajian atas 63 remaja yang berumur 13 ke 18 tahun untuk mengaji keutamaan remaja untuk penglibatan di perkhidmatan psikologi melibat sesi kaunseling secara bersemuka atau e-kaunseling. Dapatan kajian ini membuktikan kaedah e-kaunseling memenuhi keperluan klien remaja iaitu mereka lebih dapat mengawal sesi kaunseling tersebut dan lebih mesra dengan kaunselor. Selain itu, hasil dapatan kajian ini turut mendapat klien lebih bebas berkongsi dan mudah untuk memberi maklum balas tanpa perlu memikirkan penilaian orang lain. Fleksibiliti e-kaunseling lebih bersesuai dengan gaya hidup remaja masa sekarang. Pendekatan kaunseling secara bersemuka mahupun kaunseling online memberikan manfaat dan membantu individu dalam menangani masalah yang dihadapinya. Jika dilihat secara kasar penggunaan perkhidmatan kaunseling secara bersemuka lebih dipilih oleh kebanyakan kaunselor profesional. Hal ini dapat dilihat dari sudut keberkesanan kaunseling secara bersemuka yang mmbuka ruang terhadap mana- mana individu baik dalam kalangan kanak- kanak, remaja mahupun dewasa. Ianya tidak terhalang daripada halangan lain seperti golongan tua yang tidak tahu melayari internet berbanding golongan muda masa kini (Vidya et al., 2014). Namun begitu, dapat dilihat hasil daripada kepesatan penggunaan aplikasi chat secara online seperti whatsapp dan wechat yang disediakan oleh para kaunseling menunjukkan hasil yang memberansangkan (Wong et al., 2018). Di samping itu, kajian telah dilaksanakan kepada 67 kaunselor yang menggunakan alternatif kaunseling secara video call oleh Chester dan Glass (2016) untuk meninjau pengalaman dan pandangan terhadap kaunseling secara video call. Hasil kajian mendapati kaunselor dapat menimpulkan bahawa banyak keutamaan kaunseling secara atas talian ini kerana dapat menyambungkan mereka yang berada di kawasan pedalaman, dapat melindungi klien dan meningkatkan penggunaan kaunseling secara atas talian. Jelaslah bahawa hasil kajian yang diperolehi 57% kaunselor mendapati kaunseling atas talian sama sahaja seperti bersemuka. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa kaunseling atas talian adalah alternatif yang boleh digunakan selepas waktu pejabat dan diikuti kaunseling bersemuka. Pada waktu yang sama Zainab Ismail (2018) telah menjalankan kajian berkaitan kaunseling online dalam dunia Terhubung. Zainab menyatakan kaunseling online suatu perkara yang baharu dapat meringankan klien untuk mendapatkan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 19 kaunseling secara pantas. Hal ini wujud daripada terganggu akibat kawasan yang jauh atau kekangan masa serta hal yang tertentu menghalang untuk menjalankan kaunseling. Pengkaji telah menganalisis dokumen dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil mendapati kaunseling online sangat diutamakan kerana dapat memberikan keadaan yang selesa dan dan dapat membantu klien dengan kadar segera daripada apa yang mereka alami. Secara keseluruhannya, berdasarkan kajian lepas menyatakan kaunseling atas secara online mahupun video call merupakan sesuatu yang tidak asing lagi. Perkara tersebut mendapati kaedah kaunseling atas talian ini tidak mempunyai perbezaan dengan kaunseling bersemuka. Natijahnya, keberadaan kita pada era serba moden ini sangat penting untuk mengiktirafkan kaunseling atas talian untuk di guna pakai oleh kaunselor supaya masyarakat mampu berkongsi kepada kaunselor dengan pantas dan tidak perlu bergerak ke tempat sesi kaunseling disebabkan faktor jarak lokasi atau sebagainya. METODOLOGI KAJIAN Objektif Kajian Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk: 1. Adakah pelaksanaan sesi kaunseling atas talian secara panggilan Video Call dapat membantu perubahan klien? 2. Mengkaji maklum balas berkaitan kesukaran kaunselor pelatih melengkapkan keperluan jam sesi kaunseling dengan hanya menggunakan kaedah bersemuka semata-mata. 3. Mengenal pasti tahap persetujuan kaunselor penyelia terhadap cadangan pelaksanaan 30 peratus keperluan jam sesi praktikum dan internship kaunseling secara atas talian menggunakan kaedah Video Call. Soalan Kajian Kajian ini dilaksanakan untuk menjawab soalan kajian berikut: 1. Apakah pelaksanaan sesi kaunseling atas talian secara panggilan Video Call dapat membantu perubahan klien? 2. Apakah maklum balas berkaitan kesukaran kaunselor pelatih melengkapkan keperluan jam sesi kaunseling dengan hanya menggunakan kaedah bersemuka semata-mata? 3. Apakah tahap persetujuan kaunselor penyelia terhadap cadangan pelaksanaan 30 peratus keperluan jam sesi praktikum dan internship kaunseling secara atas talian menggunakan kaedah Video Call? Reka Bentuk Kajian Pendekatan kajian yang digunakan ialah secara kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan. Seramai 66 orang kaunselor berdaftar yang pernah mempunyai pengalaman menyelia pelajat praktikum atau internship mengambil bahagian sebagai responden kajian ini. Kaedah soal selidik digunakan untuk
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 20 mengumpulkan jawapan terus dari subjek kajian kerana data dapat dikutip dengan cepat dan keupayaan keputusan kajian untuk digeneralisasikan kepada populasi dengan tepat dan berkesan (Chua Yan Piaw, 2014). Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25 untuk mendapatkan min, sisihan piawai, peratusan dan kekerapan. Tempat Dan Populasi Kajian Bagi menjalankan kajian penyelidikan secara berkesan, populasi kajian perlu dikenal pasti dengan tepat dan jelas (Mastura Mahfar, 2012). Justeru, populasi kajian terdiri daripada kaunselor-kaunselor berdaftar sekitar zon utara Malaysia yang berkhidmat di agensi seperti Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK), Politeknik, Matrikulasi dan Universiti. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan bagi memilih sampel kajian dari keseluruhan populasi kajian. Jumlah keseluruhan responden kajian ini ini adalah 66 orang. Pengumpulan Data Pengumpulan data dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang google form yang diisi secara dalam talian. Responden pula terdiri daripada pelbagai institusi iaitu daripada Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi dan Politeknik dan universiti awam. Tinjauan ini terdiri daripada soalan-soalan iaitu kategori responden, latar belakang tempat berkhidmat, tempoh pengalaman sebagai kaunselor atau pensyarah dalam bidang kaunseling, pengalaman menyelia pelatih praktikum atau internship, jumlah pelajar praktikum/internship kaunseling yang telah diselia dalam tempoh 5 tahun, pengalaman menjalankan sesi kaunseling secara atas talian menggunakan Video Call, adakah sesi kaunseling yang dijalankan menggunakan kaedah video call dapat membantu perubahan klien?, Berdasarkan pengalaman anda menyelia pelajar latihan pratikum dan internsihip kaunseling, adakah mereka menghadapi kesukaran untuk melengkapkan sesi kaunseling iaitu sebanyak 96 jam (Praktikum) dan 192 jam (Internship) dengan hanya menggunakan kaedah bersemuka semata-mata? dan soalan sekiranya diberi peluang penambahbaikan, adakah anda bersetuju agar 20 hingga 30 peratus keperluan jam sesi kaunseling bagi latihan praktikum dan internship kaunseling dijalankan secara atas talian menggunakan Video Call mengikut keperluan masa kini? DAPATAN KAJIAN Berdasarkan dapatan kajian daripada seramai 66 responden dalam kalangan kaunselor atau pensyarah kaunseling berdaftar daripada Institut Pendidikan Guru kampus, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan universiti dengan menjawab kesemua 9 item atau soalan yang ditanya menghasilkan keputusan seperti berikut. Soalan 1 hingga 3 merupakan soalan latar belakang responden seperti jawatan, tempat berkhidmat dan pengalaman bertugas. Manakala bagi soalan 4 gingga 9
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 21 adalah soalan berkaitan pengalaman responden dalam menyelia pelajar praktikum atau internship. Menjawab soalan pertama, responden adalah terdiri daripada 87.9% atau 58 responden merupakan kaunselor manakala 12.1% 8 orang pensyarah kaunseling. Soalan kedua pula adalah soalan yang berkaitan dengan latar belakang tempat berkhidmat iaitu seramai 45 orang responden daripada Institut Pendidikan Guru, 11 orang responden daripada Kolej Matrikulasi dan 10 orang responden daripada universiti. Seterusnya, untuk soalan ketiga iaitu tempoh pengalaman menjalankan tugas sebagai kaunselor atau pensyarah kaunseling. Data mencatatkan sebanyak 12.1 % atau sebanyak 8 orang responden berkhidmat 0-5 tahun, 15.2 % atau sebanyak 10 responden berkhidmat 6-10 tahun, manakala sebanyak 63.6 % atau sebanyak 42 responden telah berkhidmat selama 11-15 tahun manakala sebanyak 6.1% atau sebanyak 4 responden berkhidmat melebihi 15 tahun dan sebanyak 3 % atau 2 responden telah berkhidmat selama 5-10 tahun. Bagi soalan jumlah pelajar praktikum atau internship yang pernah diselia dalam tempoh 5 tahun, sebanyak 15.2% atau sebanyak 10 kaunselor atau pensyarah kaunseling pernah menyelia 1-2 pelajar praktikum atau internship, 24.2% atau sebanyak 16 orang pernah menyelia seramai 3-4 orang pelajar praktikum atau internship, 3% iaitu 2 kaunselor atau pensyarah kaunseling pernah menyelia 5-6 pelajar praktikum atau internship manakala 30.3% atau sebanyak 20 kaunselor atau pensyarah kaunseling pernah menyelia melebihi 6 orang pelajar praktikum atau internship. Selebihnya iaitu 27.9% atau 18 orang kaunselor atau penyarah kaunseling mencatatkan tiada pengalaman dalam menyelia pelajar praktikum atau internship kaunseling. Bagi soalan pengalaman menjalankan sesi kaunseling secara atas talian dengan menggunakan kaedah panggilan video (video call), sebanyak 66.7% atau 44 orang kaunselor atau pensyarah kaunseling mencatatkan mempunyai pengalaman menjalankan sesi menggunakan kaedah tersebut manakala sebanyak 33.3% atau sebanyak 22 orang kaunselor atau penyarah kaunseling tidak pernah menjalankan sesi kaunseling menggunakan kaedah panggilan video (video call). Bagi 3 soalan terakhir, data disertakan dalam bentuk jadual. Jadual 1 Maklum Balas Berdasarkan Pengalaman Anda, Menjalankan Sesi Kaunseling Secara Atas Talian Menggunakan Video Call, Adakah Sesi Berkenaan Dapat Membantu Perubahan Klien? Bil Bersetuju Tidak Bersetuju 1 69.7% (46) 30.3% (20)
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 22 Berdasarkan Jadual 1 di atas, data menunjukkan sebanyak 69.7% atau sebanyak 46 kaunselor atau pensyarah kaunseling mengakui bahawa sesi kaunseling yang dijalankan secara panggilan video (video call) berjaya membantu dan membawa perubahan kepada diri klien manakala selebihnya iaitu sebanyak 30.3% atau seramai 20 orang kaunselor atau penyarah kaunseling berpandangan sebaliknya. Jadual 2 Maklum Balas Berdasarkan Pengalaman Anda Menyelia Pelajar Latihan Pratikum dan Internsihip Kaunseling, Adakah Mereka Menghadapi Kesukaran Untuk Melengkapkan Sesi Kaunseling Iaitu Sebanyak 96 jam (Praktikum) dan 192 jam (Internship) Dengan Hanya Menggunakan Kaedah Bersemuka Sematamata? Berdasarkan data yang terdapat dalam Jadual 2, menunjukkan sebanyak 72.7% atau sebanyak 48 orang kaunselor atau pensyarah kaunseling bersetuju dengan kenyataan ini manakala selebihnya iaitu 27.3 % atau sebanyak 18 orang kaunselor atau pensyarah kaunseling tidak bersetuju. Jadual 3 Maklum Balas Sekiranya Diberi Peluang Penambahbaikan, Adakah Anda Bersetuju Agar 20 Hingga 30 Peratus Keperluan Jam Sesi Kaunseling bagi Latihan Praktikum dan Internship Kaunseling Dijalankan Secara Atas Talian Menggunakan Video Call Mengikut Keperluan Masa Kini? Data di Jadual 3 memaparkan maklumat yang menunjukkan 84.8% atau sebanyak 56 orang kaunselor atau pensyarah kaunseling yang pernah menyelia pelajar praktikum dan internship kaunseling bersetuju dengan kenyataan 20 ke 30 peratus keperluan jam sesi kaunseling bagi latihan praktikum dan internship kaunseling dijalankan secara atas talian menggunakan Video Call manakala sebanyak 15.2% atau sebanyak 10 orang berpendapat sebaliknya. PERBINCANGAN Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi menunjukkan bahawa sebanyak 69.7% responden bersetuju bahawa pelaksanaan sesi kaunseling atas talian secara secara video call mampu dan berjaya memberi kesan dan perubahan kepada klien. Hal ini, membuktikan bahawa keberkesanan kaunseling secara atas taliah dilihat Bil Bersetuju Tidak Bersetuju 1 72.7% (48) 27.3% (18) Bil Bersetuju Tidak Bersetuju 1 84.8% (56) 15.2% (10)
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 23 dari sudut keperluannya yang tidak terhad kepada masa dan tempat klien. Masa dalam sesi kaunseling secara atas talian selalu dikatakan sebagai kelebihan. Hal ini kerana,masa yang fleksibel sangat membantu proses kauseling dalam memastikan kelancaran sesi kaunseling atas talian secara video call (Childress, 2000; Manhal-Baugus, 2001; Murphy & Mitchell,1998). Selain itu, memandang dari aspek pelaksanaan sesi kaunseling secara atas talian tanggungjawab dan peranan yang dipikul oleh kaunselor perlu berjalan seiring dengan penawaran perkhidmatan yang disediakan. Kaunselor mempunyai pengalaman yang mencukupi terhadap khidmat kaunseling yang disediakan selain cekap mengendalikan sesi tersebut tanpa memudaratkan klien. Dalam kajian Li et al. (2013) menyatakan bahawa terdapat beberapa aspek etika yang perlu dititik berat dalam perkhidmatan kaunseling sama ada secara bersemuka dan kaunseling online terutamanya dari sudut kerahsiaan. Isu kerahsian dari aspek tersebut seharusnya ditekankan oleh para kaunselor. Jelas bahawa setiap perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor profesional dapat memenuhi keinginan serta keperluan individu yang memerlukan perkhidmatan. Sikap kaunselor yang profesional serta komited dalam kerjayanya menjadi teras kepada keberkesanan sesuatu sesi yang dijalankan. Seterusnya, maklum balas berkaitan kesukaran kaunselor pelatih melengkapkan keperluan jam sesi kaunseling dengan hanya menggunakan kaedah bersemuka semata-mata. Sejumlah 72.7% reponden telah bersetuju bahawa terdapat kesukaran bagi kaunselor pelatih untuk melengkapkan jam sesi kaunseling bagi memenuhi syarat praktikum dan internship kaunseling yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia dengan hanya menggunakan kaedah bersemuka semata-mata. Maka, keperluan untuk meneruskan Garis Panduan Pelaksanaan Praktikum dan Internship Kaunseling Lembaga Kaunselor (Malaysia) Bil. 1- 2020. Pelaksanaan Praktikum dan Internship Kaunseling di Institusi Pengajian Tinggi Sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan Krisis Wabak Covid-19 adalah sangat wajar dan bertepatan dengan norma baharu pasca Covid19. Dapatan kajian juga telah memaparkan maklumat yang menunjukkan 84.8% atau sebanyak 56 orang kaunselor atau pensyarah kaunseling yang pernah menyelia pelajar praktikum dan internship kaunseling bersetuju dengan kenyataan bahawa 20 ke 30 peratus keperluan jam sesi kaunseling bagi latihan praktikum dan internship kaunseling dijalankan secara atas talian menggunakan video call manakala sebanyak 15.2% atau sebanyak 10 orang berpendapat sebaliknya. Hal ini telah menunjukkan bahawa terdapat keperluan yang tinggi terhadap pelaksanaan sesi kaunseling secara atas talian. Jelaslah bahawa setiap perkhidmatan yang diberikan oleh kaunselor profesional dapat memenuhi keinginan serta keperluan individu yang memerlukan perkhidmatan. Sikap
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 24 kaunselor yang profesional serta komited dalam kerjayanya menjadi teras kepada keberkesanan sesuatu sesi yang dijalankan (Siti Safirah & Zaida, 2019). KESIMPULAN Oleh yang demikian, hasil daripada dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai suatu permulaan yang baik kepada Lembaga Kaunselor Malaysia agar dapat mengkaji semula pelaksanaan sesi kaunseling secara atas talian (video call) sebagai salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh kaunselor dan secara tidak langsung dapatan ini menunjukkan tentang keperluan pelaksanaan sesi kaunseling secara atas talian (video call) bagi latihan praktikum dan internship kaunseling. Pihak Lembaga Kaunselor Malaysia juga perlu melihat pendekatan proses kaunseling ini seiring dengan keperluan masa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, perkhidmatan kaunseling secara atas talian (video call) adalah alternatif baru yang wujud dalam perkhidmatan kaunseling (Chaudron 1998; Rosenfield 1997). Walau apa percanggahan pendapat terhadap perkhidmatan menolong secara maya ini, produk dan matlamat terakhir dalam perkhidmatan kaunseling ialah kesejahteraan klien. Pekhidmatan kaunseling secara atas talian ini dilihat dalam bentuk rentas faktor geografi, masa dan fleksibiliti perkhidmatan sekaligus dapat meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan yang akhirnya akan menjadi perkhidmatan pilihan utama kepada masyarakat di luar sana. Sehubungan itu, pengamal kaunseling di Malaysia perlu mengorak satu langkah ke hadapan dengan menawarkan pekhidmatan kaunseling secara atas talian (video call) ini sebagai salah satu perkhidmatan alternatif mereka. Diharap pengamal kaunseling di Malaysia tidak akan ketinggalan dalam arus kemodenan dunia maya ini dengan hanya bersikap tunggu dan lihat kepada pertumbuhan perkhidmatan e-kaunseling. RUJUKAN Aniz Hj. Anwar, Hjh. (2017). Klinik Success Aniz Anwar – Kelebihan menjalani sesi kaunseling secara online. http://www.anizanwar.com/kelebihanmenjalani-sesi-kaunselingSecara-online Akta Kaunselor (1998). Akta 580 dan Peraturan-Peraturan 2000. Kuala Lumpur: Lembaga Kaunselor Malaysia & International Law Book Services. Australian Counselling Association (t.th.). Guidelines for online counselling and psychotherapy. www.theaca.net.au Chang, T., & Chang, R. (2004). Counseling and the internet: Asian American and Asian International college students’ attitudes towards seeking online profesional psychological help. Journal of College Counseling, 7, 140- 149. Chaudron, S. (1998). Shrink-wrap. Industry Week, 247(3), 76-78.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 25 Chester, A., & Glass, C. (2016). Online counselling: A descriptive analysis of therapy services on the internet. British Journal of Guidance & Counselling, 34(2), 145-160. Childress, C. A. (2000). Ethical issues in providing online psychotherapeutic interventions. Journal of Medical Internet Research, 2(5), 1-13. Chua, Y. P. (2014). Kaedah penyelidikan (Edisi ketiga). McGrew-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd. Gibson, K., Cartwright, C., Kerrisk, K., Campbell, J., & Seymour, F. (2016). What young people want: A qualitative study of adolescents’ priorities for engagement across psychological services. Journal of Child and Family Studies, 25(4), 1057–1065. https://doi.org/10.1007/s10826-015- 0292-6 Li, P., Aga, R., Jaladin, M., & Abdullah, H. S. (2013). Understanding the two sides of online counselling and their ethical and legal ramifications. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 103, 1243–1251. https://doi.org /10.1016/j.sbspro.2013.10.453 Lembaga Kaunselor Malaysia (2020). Garis panduan pelaksanaan praktikum dan internship kaunseling Lembaga Kaunselor (Malaysia). 1-17 Siti Safirah Mat Asri, & Zaida Nor Zainuddin (2019). Konvensyen kaunseling kebangsaan kali ke-21. Wong, K. P., Bonn, G., Tam, C. L., & Wong, C. P. (2018). Preferences for online and/or face to face counselling among university students in Malaysia. Frontiers in Pscyhoogy, 9, 64, 1–5. https://doi.org/10.3389 /fpsyg.2018.0006 Zainab Ismail (2018). Kaunseling online dalam dunia terhubung. Al-Himah 10 (12), 88-94. Zainab Ismail (2016). Praktikum bimbingan dan kaunseling: Satu pengalaman dan panduan kepada kaunselor. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaida Nor Zainudin, & Lee Wei Rong (2019). E-kaunseling: Revolusi teknologi dalam kaunseling. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 26 KAJIAN TERHADAP MINAT BELAJAR DAN KERJAYA SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR PPISMP AMBILAN 2022 (MAJOR SAINS) IPG KAMPUS PULAU PINANG: SATU KAJIAN KES Khoo Bee Lee1 & Lok Wai Foong2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: [email protected] Abstrak Kajian kes konvensional ini dijalankan ke atas 15 pelajar guru major Sains berusia 19 tahun di IPG Kampus Pulau Pinang secara sukarela dengan berasaskan metodologi campuran kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif adalah kaedah tinjauan digunakan untuk mengetahui minat dan kerjaya sains dalam kalangan pelajar PPISMP bidang pengkhususan sains dan kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains melalui soal selidik Rozaidi (2022) atas talian dalam Google Form yang diberikan secara bersemuka. Ia mengandungi 39 item mengikut skala likert dari 1 (sangat tidak setuju) sehingga 4 (sangat setuju). Dapatan kajian menunjukkan 4 item mempunyai minat belajar sains yang tinggi, iaitu saya gembira dengan mata pelajaran sains yang diajar di IPG (min = 3.21, SP = 0.866) (rujuk jadual 2). Di samping itu, a) motivasi kendiri, b) pengaruh kawan dan c) dorongan ibu bapa (rujuk Jadual 3 mengikut turutan) memainkan peranan penting mempengaruhi minat dan kerjaya mereka sebagai seorang pelajar guru dalam bidang Sains. Mereka mempunyai sifat ingin tahu dan minat kerjaya yang tinggi terhadap dunia sains yang sentiasa berubah. Dapatan kajian ini bersesuaian dan menyokong data John Holland (Khoo, 2018) dan Teori Kerjaya Ginzberg dalam analisis minat kerjaya pelajar dalam bidang R.I.A.S.E.K. Kata Kunci: PPISMP, bidang Sains, minat kerjaya, Teori Holland, Ginzberg PENDAHULUAN Pengenalan Pembelajaran adalah suatu proses yang dijalankan oleh seseorang pelajar untuk meneroka pengetahuan atau pengalaman yang baru. Ia berupaya mengembangkan potensi diri individu demi mencorakkan masa depannya. Oleh itu, pencapaian kemajuan pelajar merupakan indikator hasil pembelajaran di dalam kelas. Prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran pula dipengaruhi oleh pelbagai faktor, seperti faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran sering dikaitkan dengan pengaruh persekitaran yang meliputi persekitaran keluarga, persekitaran sekolah dan persekitaran masyarakat. Manakala faktor-faktor seperti kecerdasan, minat, bakat dan potensi, motivasi, kesihatan dan kaedah pembelajaran merupakan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 27 faktor dalaman yang boleh mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar (Rozaidi, 2022). Minat belajar merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi usaha yang dijalankan oleh seseorang pelajar, termasuk prestasi pembelajarannya. Menurut Slameto (2013), minat adalah rasa kesukaan dan keterikatan terhadap sesuatu atau aktiviti tertentu, tanpa adanya permintaan dari siapapun. Oleh itu, minat biasanya datang dari keinginan dan kecenderungan hati terhadap sesuatu aktiviti atau kegiatan. Manakala, minat terhadap pelajaran, atau minat belajar, merupakan daya penggerak dari dalam diri individu untuk melakukan kegiatan belajar demi menambah pengetahuan dan keterampilan serta pengalaman (Andi Achru, 2019). Mata pelajaran Sains amat dititik beratkan dalam sistem pendidikan Malaysia demi menghasilkan lulusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang mencukupi untuk membangunkan ekonomi negara dan mencapai matlamat menjadi sebuah negara maju (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Minat belajar, khususnya minat belajar dalam sains, dilihat mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang pelajar. Sekiranya seseorang pelajar dapat melakukan pemilihan kerjaya yang tepat berdasarkan minat belajar, ia dapat memberikan keseronokan dan kepuasan dalam kehidupan kelak. Sebaliknya, pemilihan kerjaya yang bukan berdasarkan minat belajar, ia mungkin mendatangkan kebosanan terhadap kehidupan masa depannya. Pernyataan Masalah Kajian lepas menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak memahami minat belajarnya sendiri, kerana sekolahnya tidak memberikan kesempatan kepada mereka untuk memilih mata pelajaran atau aliran akademiknya sendiri. Hal ini biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah, yang bererti pelajar tidak memiliki kesempatan untuk mengembangkan minat belajarnya sendiri. (Noor Athirah & Suppiah, 2021). Selain itu, ibu bapa juga dilihat mempengaruhi minat kerjaya pelajar. Minat belajar biasanya dipupuk dan dibimbing oleh ibu bapa sejak dari kecil di rumah. Ibu bapa memberi pengaruh besar terhadap pendapat dan nilai pelajar sehingga ke tahap pembentukan minat belajar dan kerjayanya (Nurul Farhana & Mohd Izwan, 2021). Oleh itu, pelajar pada hari ini didapati kurang memahami minat belajar sendiri. Ini mungkin menyebabkan mereka tidak mampu membuat keputusan yang tepat ketika ingin memilih aliran akademik semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah atas dan pengajian tinggi, atau semasa pemilihan kerjaya kelak. Selain itu, kebanyakan kajian-kajian lepas bertumpu kepada kaedah dan strategi meningkatkan minat belajar sains (Hasanah, 2018; Suhandi, 2017), serta meninjau hubungkait antara minat belajar pelajar dengan faktor-faktor yang boleh meningkatkan minat belajar (Andriani et al., 2022; Rozaidi, 2022). Responden dalam kajian-kajian lepas juga hanya melibatkan pelajar dari sekolah menengah
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 28 atas atau institusi pendidikan tinggi (Andriani et al., 2022; Harefa et al., 2018; Rozaidi, 2018). Ini mewujudkan suatu lompang kajian untuk melakukan kajian empirikal tentang minat belajar sains melibatkan pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang bidang pengkhususannya sains. Penelitian minat belajar sains dalam kalangan pelajar IPG ini penting, kerana minat belajar sains yang tinggi akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka serta meningkatkan minat mereka untuk menjadi seorang guru sains yang kreatif dan kritis pada masa hadapan. Ia juga selaras dengan harapan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan graduan guru bidang STEM yang benar-benar mempunyai minat yang tinggi terhadap profesionnya. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Mengetahui minat belajar sains dalam kalangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) bidang pengkhususan sains di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. 2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains dalam kalangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) bidang pengkhususan sains di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Soalan Kajian 1. Apakah minat belajar sains dalam kalangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) bidang pengkhususan sains di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang? 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains dalam kalangan pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) bidang pengkhususan sains di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang? Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini dapat mengetahui tahap minat belajar sains dalam kalangan pelajar PPISMP yang sedang mengambil mata pelajaran sains sebagai bidang pengkhususannya. Ia juga dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains untuk kumpulan pelajar PPISMP ini. Dapatan kajian ini berharap menjadi panduan kepada ibu bapa, pensyarah, kaunselor dan masyarakat untuk memberi bimbingan terhadap pemupukan minat belajar sains dalam kalangan pelajar. Bimbingan yang tepat adalah amat penting untuk membantu golongan pelajar ini membuat keputusan yang tepat mengenai pemilihan aliran akademik, yang juga membantu mereka dalam membuat pemilihan kerjaya kelak. Selain itu, dapatan kajian ini diharap memberi garis panduan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia dalam usaha untuk merangka dan menambahbaik
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 29 kurikulum sains demi meningkat minat belajar sains dalam kalangan pelajar PPISMP. Batasan Kajian Dapatan kajian ini tidak boleh membuat generalisasi kepada semua pelajar PPISMP bagi Institusi Pendidikan Guru (IPG) yang bidang pengkhususannya sains. Ini kerana sampel kajian ini hanya melibatkan pelajar PPISMP dari sebuah kampus IPG. Tambahan pula, saiz sampel yang digunakan adalah kecil dan perbezaan kendiri antara pelajar-pelajar IPG yang lain mungkin wujud seperti dari segi tahap sosio ekonomi keluarga, pengaruh persekitaran, latar belakang akademik dan sebagainya. Faktor-faktor seperti daya usaha, motivasi dalaman dan motivasi luaran pelajar juga mempengaruhi minat belajar sains serta dapatan kajian ini. KAJIAN LITERATUR Konsep membina gaya hidup bagi pelajar Konsep membina gaya hidup yang unik dan tersendiri sesuai dengan minat serta personaliti pelajar adalah penting. Kesedaran para pelajar tentang aspek ini sebelum mereka menceburi dalam dunia kerjaya patut dititikberatkan. Justeru, para guru bimbingan dan kaunselor di sekolah memainkan peranan yang penting tentang penyebaran konsep dan nilai kerjaya kepada para pelajar dalam aspek ini. Alder (1870-1937) dalam buku Khoo (2018) pernah menerangkan bahawa gaya hidup seseorang seumpama membina ’life style’ diri yang terdiri mengikut tafsirannya serta diaplikasikan dalam gaya komunikasi, personaliti dan tingkah laku hidupan harian. Seterusnya, perkembangan personaliti juga terpengaruh daripada kedudukan seseorang pelajar itu dalam komposisi keluarganya. Sebagai contoh sama ada pelajar berasal daripada bilangan ahli keluarga bersaiz besar atau kecil serta cara didikan dan asuhan yang diterimanya pada peringkat awal hidupnya (Khoo, 2016). Beberapa punca sebab seseorang pelajar tersebut memiliki konsep estim kendiri yang rendah termasuk kanak-kanak sejak kecil telah dijangkiti penyakit serius, kanak-kanak terbiar dan kekurangan kasih sayang. Kepentingan penerokaan minat kerjaya dan nilai kerjaya (belajar sains) Dalam aspek ini, dua perkara yang perlu dititikberatkan iaitu perkataan dan makna ’kerjaya’ serta teori kerjaya. Makna kerjaya merangkumi segala urusan bidang pekerjaan yang dilaksanakan oleh seseorang itu dalam sepanjang hayat hidupnya. Manakala proses perkembangan sesuatu kerjaya membawa maksud segala persiapan, rancangan dan kefahaman seseorang pekerja sebelum menceburi dalam kerjaya itu. Seterusnya pendidikan kerjaya pula memberi erti sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang disalurkan dalam bidang kerjaya atau profesion dipilih demi mendalami proses pemahaman dan persediaan pelajar itu.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 30 a) Teori kerjaya Dalam bahagian teori kerjaya, tiga teori daripada tokoh-tokoh kerjaya yang terkenal telah dipilih iaitu Teori Kerjaya Holland (R.I.A.S.E.K.), Teori Super dan Ginzberg. Teori Kerjaya Holland atau RIASEK Teori yang terkenal ini telah dimulakan oleh John Holland yang bertujuan memperkenalkan bidang kerjaya manusia kepada enam domain yang utama iaitu: - Domain Realistik (R), - Domain Investigatif (I), - Domain Artistik (A), - Domain Sosial (S), - Domain Enterprise (E) dan - Domain Konvensional (K) Sikap-sikap dan personaliti RIASEK yang terperinci adalah seperti jadual berikut: Jadual 1 Sikap-sikap dan Personaliti RIASEK Kategori Holland Ciri-ciri sikap dan personaliti mereka R -tidak suka bersosial, -akur kepada perintah dan peraturan atasan, -bersikap terus terang, -jenis praktikal atau ’hands on’, -kadang kala degil, -suka bersendirian, -bersikap rajin, -kurang fleksibel dan -jenis tidak suka terlibat/berkecuali I -suka berfikir/analitikal, -bersikap kritikal, -mempunyai minat/naluri ingin tahu, -jenis intelektual, -pendiam, -rendah diri (humble), -kompleks, -berhati-hati, -rasional dan -kurang popular A -imaginatif, -bebas,
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 31 -terbuka, -sensitif, -tidak suka ikut peraturan yang rigid, -bersikap tulen, -beremosi, -kecenderungan idealistik, -ekspresif, -tidak praktikal dan -rumit S -suka membantu, -bekerjasama, -toleransi, -sabar, -empati, -baik hati, -mesra, -memahami, -bertanggungjawab, -bersosial dan -pemurah E -mementingkan pencapaian/hasil -berhemah tinggi, -bertenaga, -sosial, -suka berkomunikasi dengan orang, -berkeyakinan diri, -optimistik, -berpengaruh, -kadang kala suka ’menunjuk’, -berusaha, -ekstrovert dan -menggembirakan K -kurang fleksibel, -defensif, -cekap, -berhati-hati, -berstruktur dan -bersopan Menurut Holland, setiap manusia akan cuba mencari persekitaran alam dan dunia pekerjaan yang mirip kepada sikap dan personalitinya. Bagi orang realistik (R), kebanyakannya terdiri daripada tukang masak (chef), tukang jahit, tukang gunting, mekanik, operator yang lebih praktikal jenis pekerjaan mereka
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 32 berbanding dengan kumpulan investigatif (I). Bagi kumpulan kedua ini, kebanyakan terdiri daripada pakar doktor, saintis, pengkaji selidik sains, penyunting jurnal sains, ahli ujikaji yang bekerja di makmal sains, pengkaji kimia, biologi, fizik, geologi, zoologi, cakerawalan, juru tera dan lain-lain. Manakala untuk kumpulan artistik (A), mereka termasuk pelukis, pereka fesyen, pereka pakaian, kasut, interior designer, penyanyi, penari, komposer muzik, konductor, penyair, seniman, seniwati, artist, pelakon dan seterusnya. Kumpulan sosial (S) pula terdiri daripada guru, kaunselor kerjaya, kaunselor keluarga, terapis pertuturan, doktor, jururawat, pensyarah, pekerja sosial, psikologis, psikiatrist dan lain-lain. Kumpulan kelima enterprise (E) adalah mereka yang giat dalam bidang perniagaan dan perusahaan seperti ahli perniagaan (business men/women), usahawan, enterprenuer, ahli insuran, promoter, jurujual terus (direct seller), ahli politik, ahli pidato, pakar penceramah, motivator dan seterusnya. Kumpulan terakhir iaitu kumpulan konvensional (K) adalah mereka yang terlibat dengan kerja statistik, komputer, kira-kira, kerani gaji, juru bank, akauntan dan ’actuaris’. Teori Kerjaya Super Teori kerjaya Donald Super dalam Khoo (2016) terbahagi kepada tiga elemen yang terutama iaitu (i) pembentukan estim kendiri, (ii) mentafsirkan estim kendiri dalam alam kerjaya serta (iii) mempraktiskan idea kerjaya yang cemerlang melalui persepsi kendiri yang positif. Menurut Super lagi, peringkat umur setiap orang dalam bidang kerjaya dapat dibahagikan kepada lima peringkat seperti di bawah: (a) peringkat pertumbuhan/development stage (umur antara 5 - 14) (b) peringkat penerokaan/investigation stage (umur antara 15 - 24) (c) peringkat pengukuhan/establishing stage (umur antara 25 - 44) (d) peringkat pengekalan/maintaining stage (umur antara 45 – 64) (e) peringkat penurunan/decreasing stage (umur 65 dan ke atas) Menurut Super, faktor yang akan mempengaruhi minat belajar dan pemilihan kerjaya termasuk faktor ekonomi, sosial dan psikologi. Faktor ekonomi seperti kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 2008 mungkin sukar bagi setiap graduan mencari pekerjaan yang diminat mereka. Faktor sosial termasuk unsur jantina contohnya kebanyakan jurutera terdiri daripada kaum lelaki. Faktor psikologi seperti genetik keturunan dan keistimewaan bakat dalam bidang muzik, nyanyian, lakonan dan melukis, kebanyakan anak-anak akan terpengaruh daripada ibu bapa mereka yang berbakat seni ini. Selepas memahami setiap proses perkembangan manusia dalam sepanjang hayatnya diharapkan bahawa setiap pelajar akan membuat sebarang pemilihan kerjaya yang paling sesuai untuknya kelak.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 33 Teori Kerjaya Ginzberg Menurut Ginzberg (1972) dalam Khoo (2015) membahagikan perkembangan minat belajar dan kerjaya seseorang individu kepada tiga peringkat yang utama iaitu: (a) Peringkat Fantasi – peringkat sekolah rendah (umur antara 7 sehingga 12 tahun) (b) Peringkat Tentatif/sementara – peringkat sekolah menengah (umur antara 13 – 17 tahun) (c) Peringkat Realistik – peringkat pra dan universiti (umur antara 18 – 21 tahun) METODOLOGI Kajian ini dijalankan dengan menggunakan metodologi campuran, iaitu kaedah kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif iaitu kaedah tinjauan digunakan untuk mengetahui minat belajar sains dalam kalangan pelajar PPISMP bidang pengkhususan sains di IPG Kampus Pulau Pinang. Manakala, kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains untuk kumpulan pelajar ini. Kajian ini dijalankan di IPG Kampus Pulau Pinang, di mana 15 orang pelajar PPISMP yang berusia 19 tahun dalam bidang pengkhususan sains dijemput untuk mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Semua pelajar dijemput untuk menjawab soal selidik atas talian dalam Google Form yang diberikan secara bersemuka. Soal selidik yang digunakan untuk mengetahui minat belajar sains dipetik dan diubahsuai daripada soal selidik yang dibangunkan oleh Rozaidi (2022). Ia mengandungi 39 item mengikut skala likert dari 1 (sangat tidak setuju) sehingga 4 (sangat setuju). Di samping itu, temu bual separa struktur dijalankan ke atas tiga orang pelajar setelah tinjauan soal selidik dibuat. Teknik persampelan bertujuan digunakan untuk memilih seorang pelajar yang diintepretasikan mempunyai minat belajar sains pada tahap rendah, sederhana dan tinggi. Untuk menganalisis data kuantitatif yang diperoleh daripada soal selidik, nilai min dan sisihan piawai untuk setiap item akan dikira. Berdasarkan kepada nilai min, minat belajar sains akan dikategorikan sebagai tinggi (nilai min > 3), sederhana (nilai min antara 3.00 hingga 2.00) dan rendah (nilai min < 2.00). Manakala, hasil temu bual akan disalinkan kata demi kata untuk mendapatkan transkrip temu bual. Ia dibaca oleh pengkaji berulang kali untuk membina kod data dan seterusnya menghasilkan tema atau kategori yang bersesuaian untuk mewakili pendapat pelajar terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 34 DAPATAN KAJIAN Tahap minat belajar sains dalam kalangan 15 orang pelajar PPISMP ditunjukkan dalam Jadual 2. Dapatan kajian menunjukkan 4 item mempunyai minat belajar sains yang tinggi, iaitu saya gembira dengan mata pelajaran sains yang diajar di IPG (min = 3.21, SP = 0.866), saya sentiasa membuat tugasan sains yang diberikan oleh pensyarah (min = 3.24, SP = 0.869), saya akan tetap bermotivasi untuk mengikuti pelajaran sains yang saya tidak suka lakukan (min = 3.25, SP=0.898), dan saya merasakan banyak perkara dalam sains mempunyai faedah dalam kehidupan seharian (min = 3.15, SP = 0.912). Manakala 5 item menunjukkan tahap minat belajar sains yang rendah, iaitu saya malas membawa buku pelajaran sains kerana berat (min = 1.93, SP = 0.934), semasa pelajaran sains berjalan, saya sering berjalan-jalan dan keluar dari kelas semata-mata untuk melihat keadaan sekeliling IPG (min = 1.89, SP = 0.923), apabila ada ujian sains, saya meniru jawapan kawan (min = 1.52, SP = 0.865), bagi saya, belajar sains di IPG tidak perlu kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada kehidupan seharian (min = 1.84, SP = 0.995), apabila saya belajar subjek sains, saya menggunakan pelbagai buku rujukan (min = 1.84, SP = 0.903). Sebanyak 30 item menunjukkan tahap minat belajar sains dalam kalangan pelajar PPISMP adalah berada pada tahap sederhana. Jadual 2 Tahap Minat Belajar Sains Pelajar Min Sisihan piawai Interpretasi 1 Saya berasa gembira semasa mengikuti pelajaran sains di IPG. 2.87 0.856 Sederhana 2 Setiap kali saya pulang, saya akan mengulangkaji perkara yang penting dalam pelajaran sains. 2.66 0.915 Sederhana 3 Saya malas membawa buku pelajaran sains kerana berat. 1.93 0.934 Rendah 4 Saya sentiasa menyiapkan tugasan sains tepat pada masanya. 2.38 0.960 Sederhana 5 Semasa pelajaran sains berjalan, saya sering berjalan-jalan dan keluar dari kelas sematamata untuk melihat keadaan sekeliling IPG. 1.89 0.923 Rendah 6 Saya juga memberi pendapat semasa perbincangan kumpulan. 2.78 0.901 Sederhana 7 Saya suka membaca buku yang menyokong subjek sains yang dipelajari. 2.66 0.922 Sederhana 8 Jika ada soalan dalam pelajaran sains yang tidak dapat diselesaikan, saya terus berusaha menyelesaikannya. 2.71 0.653 Sederhana
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 35 9 Apabila ada ujian sains, saya meniru jawapan kawan. 1.52 0.865 Rendah 10 Dengan belajar sains, saya yakin saya boleh merealisasikan cita-cita saya. 2.21 0.936 Sederhana 11 Saya berminat dengan media dan alat bantu yang digunakan oleh pensyarah semasa pengajaran sains. 2.36 0.951 Sederhana 12 Bagi saya, mengikuti pelajaran sains di IPG adalah membosankan. 2.75 0.868 Sederhana 13 Saya sering menyibukkan diri pada waktu pengajaran sains pensyarah. 2.13 0.945 Sederhana 14 Saya sering meminta bantuan daripada pensyarah atau kawan sekiranya saya menghadapi masalah pembelajaran sains. 2.64 1.002 Sederhana 15 Saya gembira dengan mata pelajaran sains yang diajar di IPG. 3.21 0.866 Tinggi 16 Saya belajar hanya jika ada ujian sains. 2.12 1.023 Sederhana 17 Saya lebih suka mengerjakan soalan sains yang mudah daripada yang sukar. 2.94 0.933 Sederhana 18 Saya selalu bertanya kepada pensyarah sekiranya terdapat bahan yang kurang jelas dalam pelajaran sains. 2.41 0.836 Sederhana 19 Saya sentiasa membuat nota khas untuk perkara penting dalam pelajaran sains untuk memudahkan saya belajar. 2.31 0.931 Sederhana 20 Saya akan tetap bermotivasi untuk mengikuti pelajaran sains yang saya tidak suka lakukan. 3.25 0.898 Tinggi 21 Saya lebih suka membaca cerpen daripada belajar sains. 2.03 0.922 Sederhana 22 Bagi saya, belajar sains di IPG tidak perlu kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada kehidupan seharian. 1.84 0.995 Rendah 23 Saya sering mengantuk apabila pensyarah mengajar sains. 2.32 1.005 Sederhana 24 Saya sentiasa membuat tugasan sains yang diberikan oleh pensyarah. 3.24 0.869 Tinggi 25 Selepas belajar sesuatu pelajaran sains, saya tidak pernah mengingati apa yang diajar apatah lagi untuk belajar semula. 2.66 0.930 Sederhana 26 Saya tidak mempunyai keinginan untuk menjadi juara dalam kelas untuk mencapai cita-cita saya. 2.09 1.036 Sederhana 27 Saya akan mengikuti pelajaran sains jika ia diajar oleh pensyarah kegemaran saya 2.88 0.935 Sederhana 28 Saya tidak pernah memberi pendapat semasa perbincangan. 2.23 0.947 Sederhana 29 Jika pensyarah memberi tugasan sains, saya buat sejurus selepas kelas supaya tidak lupa. 2.30 1.056 Sederhana
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 36 30 Sains adalah pelajaran yang menakutkan bagi saya. 2.97 0.954 Sederhana 31 Saya tidak pernah membuat rumusan tentang perkara-perkara penting mata pelajaran sains. 2.75 0.933 Sederhana 32 Apabila di dalam kelas pensyarah tidak hadir, maka saya berasa sangat gembira. 2.46 0.912 Sederhana 33 Saya mengikuti pelajaran untuk mengatasi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran sains. 2.93 1.021 Sederhana 34 Apabila saya belajar subjek sains, saya menggunakan pelbagai buku rujukan. 1.84 0.903 Rendah 35 Saya sering lupa dan tidak membuat tugasan sains. 2.74 0.972 Sederhana 36 Saya tidak pernah mengulangkaji pelajaran sains jika di kolej kediaman. 2.87 0.884 Sederhana 37 Saya merasakan banyak perkara dalam sains mempunyai faedah dalam kehidupan seharian. 3.15 0.912 Tinggi 38 Saya tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran sains jika ia diajar pada masa akhir. 2.68 0.965 Sederhana 39 Menjadi juara dalam kelas adalah keinginan terbesar saya. 2.85 1.042 Sederhana Analisis dapatan temu bual untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat belajar sains pula menghasilkan tiga tema, iaitu motivasi kendiri, pengaruh kawan dan dorongan ibu bapa (rujuk Jadual 3). Dalam tema motivasi kendiri, didapati pelajar PPISMP berminat dalam pelajaran sains kerana sains merupakan suatu bidang yang dapat menarik perhatian mereka. Mereka mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap dunia sains yang sentiasa berubah. Minat belajar sains juga didapai bersesuaian dengan minat dan sikap mereka yang ingin belajar sesuatu ilmu yang mencabarkan. Selain itu, pengaruh daripada kawan juga mempengaruhi minat belajar sains dalam kalangan pelajar PPISMP. Minat belajar sains meningkat kerana mereka berpeluang untuk bergaul dengan kawan yang sehaluan. Kebolehan untuk saling bantu membantu antara satu sama lain juga mempengaruhi minat belajar sains mereka. Pelajar PPISMP juga menyatakan bahawa dorongan ibu bapa memainkan peranan dalam memupuk minat belajar sains. Mereka ingin memathui nasihat ibu bapa dan mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka, yang terdiri daripada guru, dalam pemilihan bidang pengkhususan kerjaya.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 37 Jadual 3 Pembinaan Tema bagi Data Kualitatif Tema Sub tema Motivasi kendiri Menarik perhatian Sifat ingin tahu Bersesuaian dengan minat dan sikap Pengaruh kawan Dapat bergaul dengan kawan yang sehaluan Dapat bantu membantu antara kawan Dorongan ibu bapa Patuhi nasihat ibu bapa Ingin mengikuti jejak langkah ibu bapa PERBINCANGAN Daripada kajian kes soal selidik yang dilaksanakan ke atas pelajar PPISMP amb Jun 2022 kumpulan pelajar Sains didapati motivasi kendiri, pengaruh kawan dan dorongan ibu bapa (rujuk Jadual 3) memainkan peranan penting mempengaruhi minat dan kerjaya mereka sebagai seorang pelajar guru dalam bidang Sains. Di samping hasil dapatan melalui temu bual juga membekalkan maklumat bahawa menurut pandangan pelajar subjek sains adalah suatu bidang yang dapat menarik perhatian mereka. Ini adalah disebabkan pelajar muda mudi ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi terhadap dunia sains yang sentiasa berubah. Minat belajar sains juga didapai bersesuaian dengan minat dan sikap mereka yang ingin belajar sesuatu ilmu yang mencabar. Dapatan kajian ini bersesuaian dan menyokong data John Holland (Khoo, 2018) dalam analisis minat pelajar mengikut bidang R.I.A.S.E.K. Selain itu, pengaruh daripada kawan juga mempengaruhi minat belajar sains dalam kalangan pelajar PPISMP. Minat belajar sains meningkat kerana mereka berpeluang untuk bergaul dengan kawan yang sehaluan. Kebolehan untuk saling bantu membantu antara satu sama lain juga mempengaruhi minat belajar sains mereka. Pelajar PPISMP juga menyatakan bahawa dorongan ibu bapa memainkan peranan dalam memupuk minat belajar sains. Mereka ingin memathui nasihat ibu bapa dan mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka, yang terdiri daripada guru, dalam pemilihan bidang pengkhususan kerjaya. Maka datadata di atas ini telah membuktikan bahawa menurut Teori Kerjaya Ginzberg dalam Khoo (2015) membahagikan perkembangan minat belajar dan kerjaya seseorang individu kepada tiga peringkat yang utama iaitu: (a) Peringkat Fantasi – peringkat sekolah rendah (umur antara 7 sehingga 12 tahun) (b) Peringkat Tentatif/sementara – peringkat sekolah menengah (umur antara 13 – 17 tahun)
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 38 (c ) Peringkat Realistik – peringkat pra dan universiti (umur antara 18 – 21 tahun) Pelajar PPISMP dalam kategori umur 18 tahun dan ke atas semakin melalui proses perkembangan diri ke peringkat Realistik dari segi minat dan kerjaya. Mereka sudah melalui proses fantasi dan tentatif. Sebaliknya, perkembangan dan kemantapan pelajar PPISMP ini semakin stabil dan kekal dalam bidang kerjaya pilihan mereka. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kajian ini sedikit sebanyak memberi impak dan bukti bahawa minat dan kerjaya pemilihan pelajar PPISMP amb Jun 2022 memang serius, tepat dan berkekalan dalam bidang lapangan kerjaya tersebut sebagai seorang pelajar guru Sains. Walaupun pilihan mereka bersandarkan kepada tiga faktor unsur pengaruh yang utama seperti (1) pilihan kendiri, (2) pengaruh rakan sebaya dan (3) pengaruh dan harapan ibu bapa terhadap mereka. Kajian ini berharapan bahawa kualiti pilihan bakal guru-guru yang akan berkhidmat di sekolah rendah Malaysia khasnya dalam bidang Sains terdiri daripada pelajarpelajar guru yang berminat dalam bidang Sains dan ingin terus belajar dan menjadi seorang guru Sains yang cemerlang pada masa hadapan. Diharapkan ‘self actualisation’ pelajar mengikut Teori Abraham Maslow (Khoo, 2016) dapat tercapai selepas lantikan menjadi guru tetap. RUJUKAN Andi Achru, P. (2019). Pengembangan minat belajar dalam pembelajaran. Jurnal Idaarah, 3(2), 205-215. Andriani, W., Witarsa, R., & Nurmalina, N. (2022). Analisis faktor-faktor yang mempengaruhi rendahnya minat belajar sains siswa kelas V sekolah dasar negeri 008 Langgini. Jurnal Pendidikan Guru Sekolah Dasar, 11(5), 1355-1367. Harefa, N., Tafonao, G. S., & Hidar, S. (2020). Analisis minat belajar kimia siswa melalui pembelajaran berbasis multimedia. Paedagoria: Jurnal Kajian, Penelitian dan Pengembangan Kependidikan, 11(2), 81-86. Hasanah, L. (2018). Penggunaan real object dapat meningkatkan minat belajar sains anak usia 5-6 tahun. El Banar: Jurnal Pendidikan Dan Pengajaran, 1(1), 13-20. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 39 Khoo, B. L. (2018). Asas penyelidikan dalam bimbingan kaunseling. Selangor: Penerbitan Sasbadi Sdn Bhd. Khoo, B. L. (2016). Bimbingan dan kaunseling kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Sasbadi Sdn Bhd. Khoo, B. L. (2015). Kaunseling keluarga: Pendekatan Teori Satir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sdn. Bhd. Noor Athirah, S., & Suppiah, N. (2021). Kecenderungan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah bandar dan luar bandar di Kelantan. Jurnal Ilmi, 11, 56-63. Nurul Farhana, Y., & Mohd Izwan, M. (2021). Pengaruh hubungan ibu bapa terhadap minat kerjaya anak. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 210-216. Rozaidi, O. (2022). Hubungan motivasi belajar dengan minat belajar pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah menengah. Jurnal Dunia Pendidikan, 4(3), 288-302. https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/ article/view/18850 Slameto (2013). Belajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jakarta: Rineka Cipta. Suhandi, A. (2017). Strategi guru dalam menumbuhkan minat belajar sains di sekolah dasar. Jurnal Gentala Pendidikan Dasar, 2(2), 168-184.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 40 KEBERKESANAN PERKHIDMATAN Ez Care Signature DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU Aneesha binti Hamid1 , Khoo Bee Lee2 , Anpalakan Vadiappan3 , Loh Siew Lee4 , & Mohd Hazlie bin Muhamad5 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3,4,5 Emel: 1 aneesha.hamid @ipgm.edu.my Abstrak Kewujudan kaunselor pelajar dan kaunselor pentadbir di semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) adalah daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Mac 2008 (Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, KPM, 2014). Pelaksanaannya meliputi aspek personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi. Salina dan Khairul Azmi (2018) serta Wan Marzuki (2019) telah mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar enggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling seperti stigma, skeptisme, kepercayaan dan keberkesanan kaunseling, mengelak untuk bercakap sesuatu yang menyedihkan atau pendedahan maklumat peribadi. Justeru, inovasi kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Ez Care Signature bagi membantu pelajar di Institut Pendidikan Guru mendapat perkhidmatan kaunseling secara dalam talian. Kajian ini menggunakan kaedah Mod Gabungan. Data kuantitatif diperoleh daripada Soal Selidik Pandangan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kaunseling dan Ez Care Signature. Data kualitatif diperoleh daripada analisis transkrip temu bual berstruktur terhadap lima orang responden. Ez Care Signature memberi ruang untuk luahan isu, menentukan dimensi isu dan membimbing pelajar celik akal. Laporan statistik keberkesanan inovasi ini menunjukkan seramai 99 pelajar telah menggunakan kaunseling Ez Care Signature berbanding hanya 17 orang pelajar menghadiri kaunseling bersemuka sebelum inovasi diadakan. Statistik menujukkan seramai 84 pelajar perempuan dan 15 pelajar lelaki mengunakan Ez Care Signature manakala Melayu (59), Cina (32), India (5) dan lain-lain (3). Dapatan statistik juga menunjukkan dimensi pengurusan masa adalah isu tertinggi (31), akademik (27), kewangan (20), isu sosial(20) dan isu keluarga(4). Selain itu, data kualitatif juga menunjukkan bahawa Ez Care Signature adalah lebih berkesan daripada perkhidmatan kaunseling bersemuka dengan subtema positif seperti jimat masa dan mudah, fokus isu utama, kurang stigma sosial, ruang privasi yang lebih selesa dan bebas luahkan isi hati tanpa judgemental serta fleksibel. Justeru, Ez Care Signature dicadangkan untuk diperluas kepada pensyarah,staf, guru dan pelajar di sekolah. Kata Kunci: Perkhidmatan kaunseling, stigma, kaunseling bersemuka, kaunseling talian, Ez Care Signature.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 41 PENDAHULUAN Pengenalan Kewujudan Kaunselor Pelajar dan Kaunselor Pentadbir di semua Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) adalah daripada Bahagian Psikologi dan Kaunseling yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 01 Mac 2008 ekoran penstrukturan semula Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (Panduan Perlaksanaan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, KPM 2014). Pelaksanaannya merujuk kepada aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi aspek personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi. Keperluan perkhidmatan kaunseling untuk pelajar kolej juga telah didokumentasikan dengan baik dalam literatur kaunseling (Gladding, 2018). Seterusnya, Gladding (2018) turut berpendapat bahawa tempoh pelajar pra ijazah terutamanya, semasa mereka berada di alam kolej merupakan tempoh peralihan untuk memikul peranan dan tanggungjawab orang dewasa manakala Ercan (2010), Flansburg (2012) dan Suradi (2010) turut menyatakan bahawa pelajar kolej menghadapi pelbagai masalah berkaitan akademik, keluarga, konflik generasi, penyalahgunaan dadah, personaliti, kemurungan dan psikologi semasa mengikuti pengajian. Wan Marzuki (2019) pula berpendapat agar pelajar universiti di Malaysia perlu dibimbing untuk mendepani cabaran yang dihadapi semasa mengikuti pengajian. Sehubungan itu, faktor usia dan peralihan pelajar dari alam sekolah ke Institut Pendidikan Guru (IPG) sudah tentu memerlukan sokongan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek seperti akademik, sosial dan perkembangan peribadi seperti yang dinyatakan dalam dapatan kajian Julal (2013). Justeru itu, maka wajarlah perkhidmatan kaunseling yang telah disediakan di Intitut Pendidikan Guru sepatutnya digunakan secara optimum oleh para pelajar tetapi hakikatnya penggunaan perkhidmatan kaunseling oleh pelajar di Institut Pendidikan Guru adalah disebalik itu. Ramai penyelidik dalam dan luar negara telah mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan pelajar enggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling seperti Salina dan Khairul Azmi (2018) serta Wan Marzuki et al. (2019) berpendapat bahawa faktor penghalang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling ialah stigma, skeptisme, kepercayaan dan keberkesanan kaunseling, mengelak untuk bercakap sesuatu yang menyedihkan atau pendedahan maklumat peribadi. Selain itu Seamark dan Gabriel (2018) juga telah menyenaraikan faktor seperti jantina, kesedaran, persepsi tentang perkhidmatan kaunseling, budaya dan norma serta stigma sebagai penghalang utama mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menguji keberkesanan Ez Care Signature bagi membantu pelajar di Institut Pendidikan Guru mendapat perkhidmatan kaunseling.