The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (1) (2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiah binti Ismail IPGKPP, 2023-07-31 04:13:58

JURNAL PENYELIDIKAN PENSYARAH_11_1_2023

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (1) (2023)

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 92 kursus dan bimbingan menunjukkan hubungan yang paling lemah terhadap gred markah kerja kursus. Hasil kajian ini memberi implikasi kepada amalan pengajaran khususnya berkaitan latihan guru praperkhidmatan dan pembangunan profesional. Sabol dan Pianta (2012) membincangkan kepentingan melibatkan guru dalam program latihan praperkhidmatan untuk membantu membangunkan hubungan positif antara pelajar dan guru. Leflot et al. (2010) mencadangkan bahawa guru memerlukan pembangunan profesional dalam membina hubungan, di samping amalan pengajaran formal mereka. Amalan pengajaran yang baik, adalah guru dapat melaksanakan pengurusan bilik darjah dengan baik ketika PdP dijalankan (Wagner et al., 2013; Hamre et al., 2014). Di samping itu juga persekitaran bilik darjah yang baik mempengaruhi kualiti pengajaran guru (Day et al., 2015) dan impkanya adalah kualiti pembelajaran pelajar (Hamzah, 2003). Kualiti pengajaran yang positif mempengaruhi prestasi pelajar (Goe et al., 2008) yang diterjemahkan dalam bentuk gred markah kerja kursus. KESIMPULAN Dalam kajian ini, pengkaji berhasrat untuk memberi sedikit pencerahan dalam penemuan laluan baharu untuk mengoptimumkan pencapaian dalam pemikiran komputasional melalui kursus pemikiran komputasional dalam sains. Oleh itu, pengkaji memberi fokus kepada kualiti pengajaran pensyarah. Pengkaji menyediakan instrumen yang boleh dipercayai dan sah untuk pelajar menilai pendekatan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Dapatan kajian ini memberi implikasi kepada pengamal dan penyelidik. Yang pertama boleh menggunakan skala yang dibangunkan untuk menilai kualiti pengajaran pensyarah, manakala penyelidik juga boleh mereka bentuk intervensi berdasarkan item skala untuk menggalakkan siswa guru melaksankan tugas dengan gigih dan berusaha untuk menyempurnakan dan seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar dalam kursus yang diajar. Oleh itu, kandungan kursus perlu ditambah baik dan seterusnya pensyarah dapat meningkatkan kualiti bimbingan terhadap pelajar. Sekiranya kandungan kursus dan bimbingan telah ditambah baik maka hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran terhadap tahap kepuasan pelajar dan gred markah kerja kursus akan ditingkatkan supaya menjadi lebih positif. Di samping itu, kajian ini mendedahkan maklumat baharu tentang kesan keseronokan pelajar di sekolah dan perspektif mereka terhadap guru dan bagaimana aspek ini memainkan peranan sebagai pengantara dalam memupuk konsep kendiri positif pelajar. Hasil kajian juga menyediakan bukti untuk menggalakkan institusi dan penggubal dasar untuk terus menyokong dan membimbing guru dalam pembangunan perhubungan pelajar guru yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 93 berkualiti tinggi, terutamanya bertujuan untuk mengurangkan konflik kepada pelajar. RUJUKAN Allen, J. P., Pianta, R. C., Gregory, A., Mikami, A. Y., & Lun, J. (2011). An interaction-based approach to enhancing secondary school instruction and student achievement. Science, 333(6045), 1034–1037. https://doi.org /10.1126/science.1207998 Arens, A. K., Morin, A. J. S., & Watermann, R. (2015). Relations between classroom disciplinary problems and student motivation: achievement as a potential mediator? Learning and Instruction, 39, 184–193. https://doi.org/ 10.1016 /j.learninstruc.2015. 07.001 Bogt, H. J., & Scapens, R. W. (2012). Performance management in Universities: Effects of the transition to more quantitative measurement systems. European Accounting Review, 21(3), 451–97. Cadez, S., Dimovski, V., & Zaman Groff, M. (2017). Research, teaching and performance evaluation in academia: the salience of quality. Studies in Higher Education, 42(8), 1455-1473. Cai, Y., Reeve, J., & Robinson, D. T. (2002). Home schooling and teaching style: comparing the motivating styles of home school and public school teachers. Journal of Educational Psychology, 94, 372–380. https: //doi.org/10.1037//0022-0663.94.2.372 Creswell, J. W. (2009). Research design: Qualitative, quantitative and mixed approaches (3rd ed.). https://doi.org/10.2307/1523157 Fauth, B., Decristan, J., Rieser, S., Klieme, E., & Büttner, G. (2014). Student ratings of teaching quality in primary school: dimensions and prediction of student outcomes. Learning and Instruction, 29, 1-9. https://doi.org /10.1016/j.learninstruc.2013.07.001 Gliem, J. A., & Gliem, R. R. (2003). Calculating, interpreting, and reporting Cronbach’s alpha reliability coefficient for Likert-type scales. 2003 Midwest Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and Community Education, 82-88. Day, S. L., Connor, C. M., & Mcclelland, M. M. (2015). Children’ s behavioral regulation and literacy: the impact of the fi rst grade classroom environment. Journal of School Psychology, 53, 409-428. https://doi.org /10.1016/j.jsp.2015.07.004 Gendron, Y. (2008). Constituting the academic performer: The spectre of superficiality and stagnation in academia. European Accounting Review, 17(1), 97-127. Goe, L., Bell, C., & Little, O. (2008). Approaches to evaluating teacher effectiveness: A research synthesis. Washington, DC: National Comprehensive Center for Teacher Quality. https://eric.ed.gov /?id=ED521228


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 94 Gordon, R., Kane, T. J., & Staiger, D. O. (2006). Identifying effective teachers using performance on the job (No. White Paper 2006-01). Hamilton Project, Washington, DC. https://www.dartmouth.edu/~dstaiger/Papers /200604hamilton_1.pdf Hamzah, M. S. G. (2003). Komitmen kerja guru pelatih: Satu meta penilaian. Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan, Kuching, Sarawak. Hamre, B. K., Hatfield, B. E., Pianta, R. C., & Jamil, F. (2014). Evidence for general and domain-specific elements of teacher-child interactions: associations with preschool children’s development. Child Development, 85, 1257-1274. https://doi.org/10.1111/cdev. 12184 Institut Pendidikan Guru Malaysia (2017). Ringkasan maklumat kursus teknologi untuk pengajaran dan pembelajaran. Jang, H., Reeve, J., & Deci, E. L. (2010). Engaging students in learning activities: it is not autonomy support or structure but autonomy support and structure. Journal of Educational Psychology, 102, 588-600. https: //doi.org/10.1037/a0019682 Kent, A. M. & Giles, R. M. (2017). Preservice teachers’ technology self-efficacy. SRATE Journal Winter, 26(1), 9-20. Kim, L. E., Jörg, V., & Klassen, R. M. (2019). A meta-analysis of the effects of teacher personality on teacher effectiveness and burnout. Educational Psychology Review, 31, 163-195. Leflot, G., Onghena, P., & Colpin, H. (2010). Teacher–child interactions: Relations with children’s self-concept in second grade. Infant and Child Development, 19, 385–405. https://doi.org/10.1002/icd.672 Leon, J., Medina-Garrido, E., & Núñez, J. L. (2017). Teaching quality in math class: The development of a scale and the analysis of its relationship with engagement and achievement. Frontiers in psychology, 8, 895. Lipowsky, F., Rakoczy, K., Pauli, C., Drollinger-Vetter, B., Klieme, E., & Reusser, K. (2009). Quality of geometry instruction and its short-term impact on students’ understanding of the Pythagorean Theorem. Learning and Instruction, 19, 527-537. https://doi.org/10.1016 /j.learninstruc.2008.11.001 Malcolm, M. (2014). A critical evaluation of recent progress in understanding the role of the research-teaching link in higher education, Higher Education, 67, 289-301. https://doi.org/10.1007/s10734-013-9650-8 Marsh, H. W., & Hattie, J. (2002). The relation between research productivity and teaching effectiveness – Complementary, antagonistic, or independent constructs?” The Journal of Higher Education, 73(5), 603-641. Muijs, D. (2006). Measuring teacher effectiveness: Some methodological reflections. Educational Research and Evaluation, 12, 53-74. Noor Azlan Ahmad Zanzali, & Noraziah Kassim (2010). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru-guru pelatih UTM. Pembelajaran Matematik di Kalangan Guru, 1–9.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 95 Parker, J. (2008). Comparing research and teaching in university promotion criteria. Higher Education Quarterly, 62(3), 237-51. Park, S. H. & Ertmer, P. A. (2007). Impact of problem-based learning (PBL) on teachers’ beliefs regarding technology use. Journal of Research on Technology in Education, 40(2), 247-267. Rjosk, C., Richter, D., Hochweber, J., Lüdtke, O., Klieme, E., & Stanat, P. (2014). Socioeconomic and language minority classroom composition and individual reading achievement: the mediating role of instructional quality. Learning and Instruction, 32, 63-72. https://doi.org/10.1016 /j.learninstruc.2014.01.007 Roberts, B. W., & DelVecchio, W. F. (2008). The rank-order consistency of personality traits from childhood to old age: A quantitative review of longitudinal studies. Psychological Bulletin, 126, 3-25. Roberts, B. W., Luo, J., Briley, D. A., Chow, P. I., Su, R., & Hill, P. L. (2017). A systematic review of personality trait change through intervention. Psychological Bulletin, 143, 117–141 Sabol, T., & Pianta, R. C. (2012). Recent trends in research on teacher–child relationships. Attachment & Human Development, 14, 213–231. https: //doi.org/10.1007/s10802-013-9776-2 Shell, D. F., & Husman, J. (2001). The multivariate dimensionality of personal control and future time perspective beliefs in achievement and selfregulation. Contemporary Educational Psychology, 26, 481– 506. Spilt, J. L., Koomen, H. M. Y., Thijs, J. T., & van der Leij, A. (2012). Supporting teachers’ relationships with disruptive children: The potential of relationship-focused reflection. Attachment & Human Development, 14, 305-318. https://doi.org/10.1080/14616734.2012. 672286 Tang, S. M. & Kong, T. L. (2002). Hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan kepuasan pelajar: satu tinjauan. Ultra Managemement Review, 3(1), 67-85. Taylor, J. (2007). The teaching: Research nexus: A model for institutional management. Higher Education, 54(6), 867-84. Verschueren, K., Doumen, S., & Buyse, E. (2012). Relationships with mother, teacher, and peers: Unique and joint effects on young children’s selfconcept. Attachment and Human Development, 14, 233–248. https: //doi.org/10.1080/14616734.2012.6722 Wagner, W., Göllner, R., Helmke, A., Trautwein, U., & Lüdtke, O. (2013). Construct validity of student perceptions of instructional quality is high, but not perfect: dimensionality and generalizability of domainindependent assessments. Learning and Instruction, 28, 1-11. https: //doi.org/10.1016/j.learninstruc.2013.03.003 Zakaria, Z., Ahmad, A. & Norzaidi, M. D. (2009). Determining world class university from the evaluation of service quality and students satisfaction level: an empirical study in Malaysia. International Journal of Scientific Research in Education, 2(22), 59-66.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 96 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MOTIVASI PELAJAR TERHADAP MENJALANKAN PENYELIDIKAN DALAM MATEMATIK Mohd Shafian Shafiee Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Kajian ini adalah bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap menjalankan penyelidikan dalam Matematik. Sampel adalah terdiri daripada 59 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ambilan tahun 2019 yang mengambil kursus Matematik. Kajian dijalankan ini adalah menggunakan soal selidik melalui Google Form yang menyenaraikan beberapa faktor yang mungkin menjadi motivasi pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Dalam kajian ini, sikap responden diukur melalui respons yang diberikan terhadap satu siri pernyataan (item) dalam komponen soal selidik tinjauan. Setiap item dibentuk dalam bahasa yang mudah difahami oleh responden. Tahap motivasi responden diukur melalui sejauh mana bersetuju atau tidak bersetuju terhadap setiap item. Skala ini membolehkan responden menentukan pilihan masing-masing. Faktor-faktor yang disenaraikan adalah seperti berminat untuk belajar penyelidikan di tempat yang lain, tindakan yang akan dibuat sekiranya mengalami masalah dalam menjalankan penyelidikan, rakan-rakan di dalam kelas dan persekitaran pembelajaran serta pensyarah yang mengajar dalam penyelidikan. Keputusan menunjukkan faktor yang paling penting adalah daripada pensyarah dan rakan yang membantu bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran serta penyelidikan yang berkesan. Kata Kunci: Faktor, motivasi, penyelidikan, matematik PENGENALAN Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia telah mengalami banyak pembaharuan sejak dahulu lagi. Tuntutan semasa yang semakin mencabar serta penarafan memerlukan IPG memenuhi pelbagai keperluan semasa dalam transformasi ke arah menjadi IPT (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2017).Transformasi yang telah diperkenalkan sejak tahun 2016 melibatkan beberapa kluster insiatif seperti transformasi organisasi dan kepemimpinan, peningkatan kualiti pensyarah, pembudayaan penyelidikan dan inovasi, penambahbaikan infrastruktur, pemantapan kualiti kurikulum, pemantapan kualiti pelajar, pengantarabangsaan dan pemantapan pembangunan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 97 profesionalisme keguruan (Institut Pendidikan Guru Malaysia, 2017). Transformasi IPG merupakan salah satu daripada inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang merupakan kajian semula keseluruhan program pendidikan guru di IPG bagi mengenal pasti hala tuju yang jelas dan merangkumi program praperkhidmatan serta dalam perkhidmatan. Institut Pendidikan Guru Malaysia (2017) menyatakan transformasi ini merupakan satu perancangan jangka panjang bagi tempoh sepuluh tahun (2016- 2025) yang melibatkan pelaksanaan 47 inisiatif dalam tiga peringkat. Perubahan pada proses latihan perguruan juga berlaku di IPT seluruh dunia dengan perkara paling ketara adalah apabila penyelidikan dijadikan kriteria utama dalam memberi penarafan dan reputasi kepada IPT (Kosnik et al., 2015; Swennen & Klink, 2008). IPG juga tidak terkecuali dalam mengikuti jejak langkah yang sama dengan mengetengahkannya melalui kluster ketiga, iaitu pembudayaan penyelidikan dan inovasi. Melalui kluster ketiga ini, IPG secara serius akan menggembleng tenaga dalam menyediakan inisiatif iaitu penglibatan aktif pensyarah dalam penerbitan (buku atau jurnal) pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Inisiatif yang dilaksanakan bukan sahaja memberi fokus kepada pensyarah tetapi galakan harus juga diberi kepada pelajar yang berada di IPG. Ini kerana, inisiatif seterusnya adalah penglibatan aktif pensyarah dan pelajar dalam penghasilan model, inovasi dan penyelidikan yang dapat diamalkan untuk menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah. TINJAUAN LITERATUR Griffiths et al. (2010) menyatakan kapasiti bagi menyediakan penyelidikan bagi guru perlu menjadi satu keutamaan yang paling penting dalam institusi yang melahirkan bakal guru. Cochran-Smith (2005) menambah bahawa apabila penyelidikan dijadikan satu pembudayaan atau amalan di institut pendidikan, maka pensyarah dan bakal guru dapat menghubungkan dapatan dan kajian yang diperoleh dengan pengajaran dan pembelajaran sebenar yang boleh digunakan selepas bergelar seorang guru. Segala amalan yang dilaksanakan seterusnya dapat menjadi suatu input terbaru kepada bakal guru dan secara tidak langsung adalah ilmu yang berbeza kepada pensyarah di IPG. Murray et al. (2009) menegaskan hubungan antara latihan perguruan dan amalan penyelidikan merupakan suatu yang sangat penting. Oleh itu, IPG sebenarnya telah berada di landasan yang betul dan tepat seperti yang telah dinyatakan oleh Cochran-Smith (2005), Griffiths et al. (2010) serta Murray et al. (2009) berkaitan penyelidikan sebagai keperluan utama dalam meningkatkan kualiti bakal guru melalui inisiatif yang telah diperkenalkan. Institut pendidikan seharusnya diharap menyediakan pelbagai peluang dalam menjadikan penyelidikan sebagai tunjang utama, namun tidak mengabaikan peranan guru sebagai seorang pendidik. Erbilgin (2019) menyatakan penyelidikan sememangnya diperlukan, namun ruang dan masa


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 98 dalam menjadikannya sebagai sesuatu yang aktif amat sukar disebabkan kekangan mengajar bagi pensyarah dan sebagainya. Matematik, subjek yang dianggap sangat sukar di sekolah bagi sebahagian besar murid di dunia. Mazana et al. (2019) dalam penyiasatannya mendapati kebanyakan murid menganggap Matematik adalah terlalu susah dengan pengiraan yang melampau serta tidak relevan dengan kehidupan seharian. Situasi yang dinyatakan oleh Mazana et al. (2019) adalah realiti yang juga berlaku di Malaysia. Mamat dan Abdul Wahab (2022) dalam kajiannya menulis, murid di sekolah sekarang berdepan dengan masalah kurang berminat dalam subjek Matematik. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) misalnya, telah menyaksikan penurunan peratusan yang ketara sama ada dalam gred dan juga peratusan murid yang lulus. Faktor yang mempengaruhi pencapaian murid dalam Matematik adalah daripada segi motivasi dan minat murid itu sendiri, seperti yang diyatakan oleh Sihombing et al. (2021), Rismawati dan Khairiati (2020). Sihombing et al. (2021) telah menjalankan analisis minat dan motivasi pada subjek Matematik terhadap siswa yang berada di Indonesia manakala Rismawati dan Khairiati (2020) pada faktor yang menyebabkan kurangnya minat dalam mempelajari Matematik. Minat yang kurang telah memberikan impak negatif seterusnya merendahkan tahap pencapaian dalam Matematik seperti yang telah dilaporkan oleh Rismawati dan Khairiati (2020). Kajian Sihombing et al. (2021) dan Rismawati dan Khairiati (2020) disokong oleh Silfitrah dan Mailili (2020) serta Simamora dan Saragih (2021) berkenaan pengaruh minat kepada hasil pembelajaran Matematik. Berdasarkan kajian Mamat dan Abdul Wahab (2022), Mazana et al. (2019), Sihombing et al. (2021), Silfitrah dan Mailili (2020) serta Simamora dan Saragih (2021), minat dan motivasi adalah perkara yang sangat penting apabila merujuk kepada subjek Matematik. Nor Hidayah Ahmad Damanhuri dan Suhaida Jamlus (2020) dalam menyatakan salah satu faktor yang memberi pengaruh kepada pelajar dalam subjek Matematik adalah strategi pengajaran pensyarah, begitu juga sikap dan gaya pelajar. Dapatan Nor Hidayah Ahmad Damanhuri dan Suhaida Jamlus (2020) telah disokong oleh dapatan terdahulu (Hornstra et al., 2018; Tambunan, 2018) yang menegaskan bahawa guru sangat penting dalam motivasi seorang murid. Kepelbagaian dalam teknik mengajar dan kaedah berinteraksi mungkin boleh menarik minat seseorang pelajar. Sulaiman dan Jasmi (2013) menyatakan motivasi adalah usaha untuk mencapai sesuatu keinginan atau keperluan manakala Gilakjani et al. (2012) merasakan faktor bersemangat akan menjadikan seseorang itu lebih bermotivasi. Aurora dan Affendi (2019) mendefinisikan motivasi sebagai dorongan dalam diri sendiri yang boleh meningkatkan minat untuk melakukan sesuatu kerja dan pelaksanaan suatu tugas akan lebih cekap disebabkan daya dorongan. Perkara yang menarik seseorang individu biasanya akan datang bersama dengan dorongan dan sokongan bagi mencapai kehendaknya.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 99 Motivasi bukan sahaja menentukan hasil pembelajaran tetapi ia memudahkan dan menjadi punca kepada pembelajaran (Tokan & Imakulata, 2019). Murid yang mempunyai motivasi akan menggunakannya bagi mendalami ilmu dengan cara yang berbeza dan hampir pasti dapat belajar dengan lebih baik. Kekurangan motivasi akan membawa kepada kesan negatif dalam prestasi pelajar. Motivasi terbentuk daripada pelbagai unsur dengan tahapnya berubah daripada masa ke semasa. Menurut Noels (2002) dalam Alhaadi Ismail dan Norimah Zakaria (2019), faktor yang membentuk motivasi terbahagi kepada dua kategori iaitu orientasi dalaman yang merujuk kepada kepuasan dan rasa seronok sama ada kerana pengembangan ilmu pengetahuan, pencapaian diri atau memperoleh pengalaman yang menggembirakan manakala yang kedua adalah orientasi luaran yang berlaku disebabkan pulangan luaran seperti mendapat ijazah, pekerjaan, hadiah dan sebagainya. Gilakjani et al. (2012) dalam kajiannya terhadap peranan motivasi kepada sesorang pelajar telah menggariskan lima perkara iaitu, meningkatkan jangkaan untuk berjaya, meningkatkan tujuan, memperbaik minat terhadap subjek, menjadikan bahan pembelajaran sebagai bermakna dan membentuk suatu kepercayaan yang realistik. Deci et al. (1991) telah mengelaskan motivasi kepada dua iaitu iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik, dengan motivasi intrinsik bermaksud motivasi yang lahir dari dalaman seseorang dan bertindak mengikut kehendak diri sendiri manakala motivasi ekstrinsik pula merupakan motivasi yang dipengaruhi oleh faktor luaran. Adamma, Ekwutosim, dan Unamba (2018) dalam dapatan kajiannya bertajuk Influence of extrinsic and intrinsic motivation on pupils academic performance in Mathematic, pengaruh kedua-dua motivasi iaitu intrinsik dan ekstrinsik adalah sangat kuat pada prestasti pelajar dalam Matematik. Pelbagai kajian (Gilakjani et al., 2012; Mamat & Abdul Wahab, 2022; Mazana et al. 2019; Sihombing et al., 2021; Silfitrah & Mailili, 2020; Simamora & Saragih, 2021; Tokan & Imakulata, 2019) juga telah membuktikan hubungkait antara motivasi dan minat dalam subjek Matematik. Matematik di peringkat IPG adalah ditawarkan mengikut pelajar dalam pengkhususan tetapi murid di sekolah perlu mengambil subjek Matematik walaupun tidak berminat dalam subjek tersebut. Perbezaan yang sangat ketara apabila perbandingan hendak diletakkan antara IPG dan sekolah kerana pemilihan pelajar atau bakal guru yang akan mengajar subjek tertentu adalah berdasarkan minat atau pencapaiannya bagi subjek itu ketika peperiksaan SPM. Berkemungkinan tinggi, pelajar IPG yang mengambil pengkhususan Matematik biasanya adalah individu yang berminat dan bermotivasi dengan pengiraan dan aritmetik. Namun begitu, penyelidikan dalam Matematik adalah sesuatu yang sangat berbeza kerana memerlukan banyak pembacaan daripada pelbagai isu terkini sebelum penyelidikan yang bersifat ilmiah dan akademik boleh dijalankan. Ini termasuklah mencari jurang bagi setiap kajian yang dibuat ulasan secara kritikal. Pencarian jurang dalam penyelidikan memerlukan satu tempoh masa


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 100 yang panjang dan ini bakal membuatkan motivasi pelajar akan menurun. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar Matematik di IPG Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) dalam menjalankan penyelidikan. METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam menjalankan penyelidikan. Sampel kajian adalah terdiri daripada 59 orang pelajar IPGKPP ambilan tahun 2019. Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan soal selidik melalui Google Form untuk melihat motivasi pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu demografi dan faktor-faktor yang mungkin menjadi motivasi pelajar dalam menjalan penyelidikan. Soal selidik ini telah diubah suai daripada ujian soalan selidik sikap terhadap pembelajaran bahasa oleh Gardner (2005). Dalam kajian ini, motivasi responden diukur melalui respons yang diberikan terhadap satu siri pernyataan (item) dalam komponen soal selidik tinjauan. Setiap item dibentuk dalam bahasa yang mudah difahami oleh responden. Tahap motivasi responden diukur melalui sejauh mana bersetuju atau tidak bersetuju terhadap setiap item. Skala ini membolehkan responden menentukan pilihan masing-masing. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Soalan yang digunakan dalam menganalisis dapatan kajian adalah seperti berikut: Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar terhadap menjalankan penyelidikan dalam Matematik? Item 1: Saya berfikir tentang penyelidikan yang telah dipelajari di IPG 18 daripada 59 orang pelajar tidak pernah berfikir tentang penyelidikan yang telah dipelajari ketika di dalam kelas. 17 daripadanya pula hanya kadang-kadang terfikir tentang penyelidikan manakala hanya 24 sahaja yang selalu berfikir berkaitan penyelidikan. Penglibatan murid yang lebih aktif ketika di dalam kelas akan membantu dalam meningkatkan kelebihan berfikir serta dapat memahami perkara yang disampaikan dengan jelas. 30.5% pelajar yang tidak berfikir berkemungkinan tidak faham dengan perkara yang telah dipelajari. Item 2: Selain belajar di IPG, saya juga ingin belajar penyelidikan a. di atas talian b. pusat pengajian yang lain c. kurang berminat.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 101 Bagi item 2, 11 orang pelajar didapati kurang berminat mempelajari penyelidikan dengan peratusannya sebanyak 18.9%, 33 orang pelajar atau 55.9% berminat untuk belajar di atas talian, manakala hanya 15 pelajar berminat untuk belajar di pusat pengajian yang lain. Dapatan ini menunjukkan peratusan yang tinggi adalah berminat untuk belajar secara dalam talian. Kemungkinan faktor yang mendorong untuk belajar di dalam talian adalah disebabkan tidak perlu untuk pergi ke kelas. 25.4% daripada pelajar berminat untuk mendapatkan lebih pengetahuan di pusat pengajian yang lain sebenarnya menunjukkan terdapat pelajar yang masih mahu memperoleh ilmu penyelidikan secara formal di dalam kelas. Item 3: Jika bermasalah dalam pembelajaran, saya akan segera a. merujuk pensyarah. b. meminta bantuan ketika peperiksaan. c biarkan sahaja. Item 3 menunjukkan 41 daripada 59 orang pelajar akan segera merujuk pensyarah sekiranya bermasalah dengan peratusan sebanyak 69.5% dan tiada pelajar yang akan membiarkan sahaja sekiranya tidak faham manakala 18 akan meminta bantuan ketika peperiksaan. Pelajar yang bermotivasi tinggi tidak akan membiarkan dirinya gagal dalam sesuatu subjek walaupun ianya dianggap sukar. Oleh itu, 0% pelajar yang tidak membiarkan sahaja adalah membuktikan bahawa penyelidikan adalah sesuatu yang penting dan perlu lulus. Lulus boleh menjadi sesuatu yang dianggap memotivasikan walaupun tidak menunjukkan minat terhadap subjek tersebut. 69.5% yang akan merujuk pensyarah juga adalah berkaitan komitmen yang berada di dalam setiap pelajar ketika belajar berkaitan penyelidikan. Pensyarah yang selalu memberi bantuan selalunya sentiasa memotivasikan pelajar supaya lebih belajar bersungguh-sungguh. 30.5% adalah pelajar yang biasanya membuat ulangkaji di akhir peperiksaan atau tidak terlalu berkeupayaan untuk lulus di dalam peperiksaan dan memerlukan bantuan akhir. Item 4: Ketika menyiapkan tugasan penyelidikan, saya akan a. rakan sentiasa membantu b. rakan jarang membantu c. rakan menyediakan bahan rujukan 34 orang pelajar menyatakan bahawa rakan sentiasa membantu ketika menyiapkan tugasan, 20 daripada 59 orang telah disediakan bahan rujukan oleh rakan manakala hanya sebilangan kecil iaitu seramai lima orang tidak dibantu oleh rakan-rakan. Sokongan daripada rakan dan bahan rujukan yang bersesuaian amat penting dalam memastikan sesuatu tugasan dapat dilaksanakan. Item 5: Persekitaran saya adalah rakan yang belajar penyelidikan dengan bersungguh-sungguh. a. suka berkawan b. kawan membantu saya c. tidak berminat


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 102 23 pelajar tidak berminat untuk berada di dalam kelompok atau kumpulan untuk belajar bersungguh-sungguh, lapan tidak berminat langsung manakala 28 sentiasa berada bersama kawan. Item menunjukkan persekitaran yang disediakan tidak membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Ini dapat dilihat melalui bilangan pelajar yang tidak berminat langsung. Sekiranya pelajar tersebut memilih untuk suka berkawan, perbincangan antara rakan-rakan pasti berlaku terutamanya dalam aspek penyelidikan. Item 6: Saya suka pengajaran pensyarah dalam penyelidikan kerana a. bahan bantu yang pelbagai b. selalu memberi ganjaran c. aktiviti yang pelbagai Bagi item 6, 25 daripada 59 pelajar menunjukkan bahawa pensyarah memberi bahan bantu yang pelbagai, 28 memilih aktiviti yang pelbagai manakala lapan daripadanya pula pada pilihan selalu memberi ganjaran. Pensyarah merupakan perkara yang paling penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti yang pelbagai menyebabkan pelajar akan berminat dan ini akan meningkatkan motivasi pelajar ketika di dalam kelas. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, kajian ini menyenaraikan hanya beberapa faktor yang mungkin menjadi motivasi pelajar untuk menjalankan penyelidikan. Berdasarkan dapatan, hampir kesemuanya menjadi motivasi pelajar dengan faktor yang paling penting adalah pensyarah sebagai rujukan dan juga kaedah pengajaran di dalam kelas. Faktor yang seterusnya adalah daripada rakan-rakan yang membantu dan mewujudkan persekitaran yang membina di dalam kelas. RUJUKAN Adamma, O. N., Ekwutosim, O. P., & Unamba, E. C. (2018). Influence of extrinsic and intrinsic motivation on pupils academic performance in mathematics. Supremum Journal of Mathematics Education, 2(2), 52-59. https://doi.org/10.35706/sjme.v2i2.1322 Alhaadi Ismail, & Norimah Zakaria (2019). Faktor yang mempengaruhi motivasi pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid di SJKC Chung Hwa Teluk Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(3), 23-30. Aurora, A., & Effendi, H. (2019). Pengaruh penggunaan media pembelajaran elearning terhadap motivasi belajar mahasiswa di Universitas Negeri Padang. Jurnal Teknik Elektro dan Vokasional, 5(2), 11-16. Cochran-Smith, M. (2005). Teacher educators as researchers: Multiple perspectives. Teaching and Teacher Education, 21(2), 219–225. https: //doi.org/10.1016/j.tate.2004.12.003


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 103 Nor Hidayah Ahmad Damanhuri, & Suhaida Jamlus (2020). Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian subjek matematik pengurusan bagi pelajar sijil pengoperasian perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Education and Pedagogy, 2(4), 275-287. Deci, E. L., Ryan, R. M., Vallerand, R. J., & Pelletier, L. G. (1991). Motivation and education: The self-determination perspective. Educational Psychologist, 26(3–4), 325-346. https://doi.org/10.1080 /00461520.1991.9653137 Erbilgin, E. (2019). Two mathematics teacher educators’ efforts to improve teaching and learning processes: an action research study. Teaching and Teacher Education, 78, 28-38. https://doi.org/10.1016/j.tate.2018.11.005 Gardner, R. C. (2005). Integrative motivation and second language acquisition. Canadian Association of Applied Linguistics/Canadian Linguistics Association Joint Plenary Talk. London, Canada: The University of Western Ontario. Gilakjani, A.P., Leong, L., & Sabouri, N.B. (2012). A study on the role of motivation in foreign language learning and teaching. International Journal of Modern Education and Computer Science, 4, 9-16. Griffiths, V., Thompson, S., & Hryniewicz, L. (2010). Developing a research profile: mentoring and support for teacher educators. Professional Development in Education, 36(1–2), 245-262. https://doi.org/10.1080 /19415250903457166 Hornstra, L., Stroet, K., van Eijden, E., Goudsblom, J., & Roskamp, C. (2018). Teacher expectation effects on need-supportive teaching, student motivation, and engagement: A self-determination perspective. Educational Research and Evaluation, 24(3–5), 324-345. https://doi.org /10.1080/13803611.2018.1550841 Institut Pendidikan Guru Malaysia (2017). Transformasi Institut Pendidikan Guru, 2016-2025. Cyberjaya. Kosnik, C., Menna, L., Dharamshi, P., Miyata, C., Cleovoulou, Y., & Beck, C. (2015). Four spheres of knowledge required: an international study of the professional development of literacy/English teacher educators. Journal of Education for Teaching, 41(1), 52-77. https://doi.org /10.1080/02607476.2014.992634 Mamat, N., & Abdul Wahab, M. N. (2022). Kajian masalah pembelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah rendah luar bandar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(6), e001531. https://doi.org /10.47405/mjssh.v7i6.1531 Mazana, M. Y., Montero, C. S., & Casmir, R. O. (2019). Investigating students’ attitude towards learning mathematics. International Electronic Journal of Mathematics Education, 14(1), 207–231. https://doi.org/10.29333/ iejme/3997 Murray, J., Jones, M., McNamara, O., & Stanley, G. (2009). Capacity = expertise × motivation × opportunities: Factors in capacity building in teacher


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 104 education in England. Journal of Education for Teaching, 35(4), 391- 408. https://doi.org/10.1080/02607470903220455 Noels, K. A. (2002). New orientations in language learning motivation: Towards a model of intrinsic, extrinsic and integrative orientations and motivation. Honolulu: Universiti of Hawaii Press. Rismawati, M., & Khairiati, E. (2020). Analisis faktor yang mempengaruhi rendahnya motivasi belajar siswa pada mata pelajaran matematika. JPimat. Jurnal Pendidikan Matematika, 2(2), 203-212. https://doi.org /10.31932/j-pimat.v2i2.860 Sihombing, S., Silalahi, H. R., Sitinjak, J. R., & Tambunan, H. (2021). Analisis minat dan motivasi belajar, pemahaman konsep dan kreativitas siswa terhadap hasil belajar selama pembelajaran dalam jaringan. Jurnal Pendidikan Matematika, 4(1), 41-55. https://doi.org/10.31539 /judika.v4i1.2061 Silfitrah, S., & Mailili, W. H. (2020). Pengaruh minat belajar dan motivasi belajar terhadap hasil belajar matematika siswa kelas vii SMP Negeri 4 Sigi. Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran, 3(1), 53-60. https://doi.org /10.31970/gurutua.v3i1.39 Simamora, R., & Saragih, E. M. (2021). Pengaruh kebiasaan belajar dan minat belajar siswa teradap hasil belajar siswa. Jurnal Mathematic Paedagogic, 6(1), 45–52. https://doi.org/10.36294/jmp.v6i1.2344 Swennen, J., & Klink, M. V. (2008). Becoming a teacher educator. Theory and practice for teacher educators. The Netherlands: Springer. Tambunan, H. (2018). The dominant factor of teacher’s role as a motivator of students’ interest and motivation in mathematics achievement. International Education Studies, 11(4), 144–151. https://doi.org/10.5539 /ies.v11n4p144 Tokan, M. K., & Imakulata, M. M. (2019). Correlation between motivation and learning behavior with learning achievement: A case study on the biology education department faculty of teacher training and education University of Nusa Cendana. Journal of Physics, 1-6.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 105 SIKAP DAN PERSEPSI PELAJAR TERHADAP ASAS PENYELIDIKAN DALAM MATEMATIK Mohd Shafian Shafiee1 , Nor Faizah Yaacob2 , & Saraswathy Sinnasamy3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3 Emel: [email protected] Abstrak Kajian ini adalah bagi mengenal pasti sikap dan persepsi pelajar terhadap asas penyelidikan dalam Matematik. Sampel adalah terdiri daripada 66 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ambilan tahun 2020 yang mengambil kursus Matematik. Kajian yang dijalankan ini menggunakan soal selidik untuk menilai sikap dan persepsi terhadap beberapa aspek asas penyelidikan dalam Matematik. Aspek-aspek tersebut akan dilihat daripada segi komitmen, perasaan dan minat untuk menjalankan penyelidikan. Dapatan menunjukkan sikap dan persepsi pelajar terhadap asas penyelidikan adalah sangat baik dengan kebanyakan pilihan jawapan adalah bersetuju dan sangat setuju. Pelajar juga menganggap kandungan di dalam asas penyelidikan adalah sesuatu yang sangat penting dan bermakna. Kata Kunci: Sikap, persepsi, asas penyelidikan, matematik PENGENALAN Penyelidikan merupakan sesuatu yang dianggap sangat penting di dalam era baru ini. Perkembangan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dunia pendidikan telah menyebabkan kajian yang perlu dilaksanakan bersesuaian terutama kepada yang bakal bergelar guru. Institut Pendidikan Guru (IPG) dan juga institusi pendidikan yang lain telah menyediakan kursus yang boleh menjadi panduan ketika sesi akademik seperti fundamental of education research in education sebagai permulaan sebelum data dan dapatan dianalisis serta dibuat kesimpulan pada semester seterusnya. Namun begitu, pelbagai persoalan telah muncul, sebagai contoh adalah reaksi pelajar apabila perlu terlibat dengan kajian yang berbentuk ilmiah dan persepsi yang ditonjolkan sesudah selesai melaksanakan cadangan kajian. Proses menulis cadangan kajian adalah sangat kritikal bagi sesetengah penyelidik yang berpengalaman, apatah lagi kepada pelajar yang baru hendak memulakan penyelidikan. Sikap adalah perkara yang sukar untuk difahami dan sememangnya mempengaruhi kehidupan masing-masing. Sikap merujuk kepada perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat manakala persepsi sebagai


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 106 gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007). Sikap ialah sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat atau dirasa melalui tindakan yang diambil dan mempunyai perkaitan rapat dengan pencapaian seseorang di dalam pembelajarannya (Zaliza Mohamad Nasir & Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2014). Perkaitan antara sikap dan juga pencapaian sangat penting kerana ianya akan menentukan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran berjaya di dalam kelas kerana diukur melalui gred atau markah. Zamri Mahamood (2004) menyatakan bahawa pembelajaran yang melibatkan bahasa kedua sangat mementingkan kepada sikap kerana ia akan mempengaruhi sejauh mana pelajar dapat mempelajari dan menguasai sesuatu dengan cepat. Sikap adalah lahir daripada diri sendiri dengan hubungan untuk mempelajari sesuatu. Ahmad Zaki Abd Latiff (2004) mentakrifkan sikap sebagai satu pegangan yang berdasarkan kepada keyakinan. Chong (2003) mendefinisikan sikap sebagai sebahagian daripada personaliti individu yang dipengaruhi oleh tingkah laku kumpulan yang ada hubungan dengannya. Sikap seseorang boleh diukur dengan memberi pernyataan yang membolehkannya memberi respons sama ada positif atau sebaliknya terhadap item yang diberikan. Sikap dalam konteks pembelajaran merupakan kecenderungan pembelajaran seseorang untuk bertindak balas positif atau negatif terhadap objek, situasi, konsep atau orang lain (Sarmah & Puri, 2014). Manakala daripada segi bentuk psikologi, sikap didefinisikan sebagai suatu keadaan mental yang sedia wujud, yang dibentuk melalui pengalaman dan memberi tekanan dinamik terhadap tindak balas seseorang individu terhadap objek atau situasi yang berkaitan. Sikap dalam matematik pula merupakan tindak balas emosi individu terhadap matematik, kepercayaannya terhadap matematik dan reaksi pelajar berkelakuan terhadap matematik (Hart, 1989). Sikap seseorang pelajar berubah merentas masa (Syyeda, 2016) dan memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid. Secara umumnya, persepsi adalah suatu aktiviti atau tindakan seseorang dalam memberikan penilaian terhadap sesuatu berdasarkan maklumat yang diterima daripada sumber yang lain. Persepsi adalah suatu proses yang mempunyai kaitan dengan maklumat yang diterima ke dalam fikiran manusia dan terus mewujudkan suatu hubungan dengan persekitaran (Slameto, 2010). Perhubungan tersebut adalah melalui persekitaran yang dibentuk daripada rangsangan deria manusia. Persepsi pelajar mungkin suatu kenyataan atau pandangan terhadap pensyarah yang mengajar, pedagogi yang digunakan ketika menyampaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran, kandungan bahan itu sendiri dan juga bahan-bahan atau alat bantu mengajar seperti penggunaan komputer dan sebagainya. Persepi pelajar juga mempunyai hubungan dan kaitan dengan kehidupan seharian, sebagai salah satu faktor yang relevan bagi membolehkan motivasi belajar terus meningkat dari masa ke semasa, seterusnya memberi pengaruh positif kepada perkembangan diri masing-masing.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 107 Faktor lain juga adalah daripada penerimaan atau bersedia atau tidak pelajar tersebut mempelajari sesuatu. Thorndike (1932) menyatakan prinsip kesediaan pelajar adalah penting kerana proses pembelajaran itu akan menjadi lebih berkesan sekiranya sudah wujud kesediaan dalam diri pelajar untuk menerimanya. Sekiranya, proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna ingin dicapai, ianya memerlukan penerimaan yang baik dan tidak boleh dipaksa. Perkaitan lain pula adalah daripada segi motivasi yang turut ada di dalam pelajar tersebut. Motivasi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Pelajar yang bermotivasi biasanya mempunyai semangat dan dorongan yang kuat sambil disokong oleh rangsangan menarik seperti tujuan, motif dan insentif. Insentif di sini adalah merujuk kepada pemberian atau penghargaan yang diterima seperti wang, gred, pujian dan sebagainya. Motif pula timbul akibat dorongan semula jadi atau kecenderungan individu yang menggerakkan individu untuk bertindak bagi mencapai sesuatu matlamat walaupun dalam tempoh yang lama. Perbezaan yang wujud antara pelajar daripada segi kecenderungan dan minat memerlukan sedikit bantuan dalam menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran bermakna. TINJAUAN LITERATUR Chiu dan Muhammad Sofwan Mahmud (2021) menyatakan sikap memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan seorang pelajar. Kajian Chiu dan Muhammad Sofwan Mahmud (2021) meliputi hubungan sikap daripada segi minat, keyakinan, kebimbangan, dan persepsi terhadap matematik dengan pencapaian pelajar pra-universiti dalam Matematik T di Kinta Utara, Perak. Dapatan kajian Chiu dan Muhammad Sofwan Mahmud (2021) menunjukkan bahawa konstruk sikap, iaitu minat, keyakinan, kebimbangan dan persepsi mempunyai pengaruh yang tinggi terhadap pencapaian pelajar. Keputusan ini menyokong kajian-kajian terdahulu (Azizi Yahaya & Shahrin Hashim, 2008; Heinze et al., 2005; Ifamuyiwa, 2004; Joseph, 2013; Ma & Kishor 2012; Mirza, 2018; Nur, 2010; Okyere et al., 2013; Quek, 2006) terhadap hubungan yang ada di antara sikap dan pencapaian matematik. Sebagai contoh, Ma dan Kishor (2012) menjelaskan terdapat perhubungan yang kuat antara sikap pelajar terhadap matematik dan pencapaiannya. Sikap pelajar terhadap pembelajaran matematik dan pencapaian pelajar dalam matematik adalah saling berhubung kait (Ma & Kishor, 2012). Kajian yang dijalankan oleh Quek (2006) telah mendapati bahawa sikap telah membawa pengaruh yang positif terhadap pencapaian murid dalam Matematik manakala tinjauan oleh Heinze et al. (2005) pula berpendapat pembelajaran yang bermakna secara umum dalam matematik dan minat dalam pengiraan yang melampau dalam matematik perlu dibezakan sekiranya ingin menjadikan subjek matematik sebagai sesuatu yang positif. Azizi Yahaya dan Shahrin Hashim (2008) menekankan minat yang tinggi dalam mata pelajaran tertentu akan menggalakkan pelajar mendalami subjek tersebut. Azizi Yahaya


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 108 dan Shahrin Hashim (2008) dalam kajian terdahulu juga mendapati prestasi pelajar dalam mata pelajaran tertentu bergantung kepada sikap mereka terhadap subjek tersebut, dengan sikap positif terhadap mata pelajaran akan mendorong seseorang untuk mempelajari subjek itu jauh lebih baik. Pendapat Azizi Yahaya dan Shahrin Hashim (2008) bertepatan dengan Ifamuyiwa (2004) berkaitan sikap yang positif dan pencapaian yang lebih baik bersama dengan usaha berterusan seperti dinyatakan dalam Jufrida et al. (2019). Jufrida et al. (2019) menyatakan sekiranya pelajar mempunyai sikap positif terhadap pembelajaran, maka usaha yang lebih bakal dilakukan untuk memperoleh hasil pembelajaran yang lebih baik. Kajian Okyere et al. (2013) terhadap sikap dengan pencapaian Matematik bagi pelajar di Ghana sama ada terdapatnya hubungan antara keduanya telah menunjukkan dapatan yang positif dan ini menyokong kenyataan Nur (2010). Nur (2010) menjelaskan terdapat hubungan yang positif antara sikap dengan pencapaian matematik dan Mirza (2018) menunjukkan pencapaian pelajar dalam matematik merupakan faktor utama dalam pengembangan sikap pelajar terhadap matematik. Sikap positif pelajar terhadap matematik sememangnya dapat mempengaruhi kesanggupan dan kesediaan pelajar untuk belajar matematik berbanding dengan pelajar yang bersikap negatif. Pada saat pelajar merasakan matematik itu penting, pelajar akan berusaha meningkatkan pencapaian matematik mereka (Ajisuksmo & Saputri, 2017). Perbezaan antara positif dan negatif ini adalah sangat penting dan biasanya dipengaruhi oleh gambaran terhadap matematik. Sikap positif atau negatif ini dipengaruhi oleh tanggapan atau persepsi pelajar terhadap pembelajaran matematik Chiu dan Muhammad Sofwan Mahmud (2021). Masalah yang membelenggu pelajar sekarang sebenarnya adalah pada kesusahan yang bakal dihadapi ketika mempelajari Matematik kerana logik dan pengiraannya yang amat kompleks dan tidak boleh diterima akal. Pelajar yang mempelajari matematik beranggapan ianya adalah sukar dipelajari kerana pengiraan yang terlibat dalam sesuatu masalah adalah kompleks dan sukar untuk dihubung-kaitkan dengan pengetahuan matematik yang lain (Hagan et al., 2020). Menurut Ayob dan Yasin (2017), sikap positif terhadap pembelajaran matematik di kalangan pelajar dapat meningkatkan pencapaian matematik manakala sikap negatif pula akan menghalang pembelajaran yang berkesan dan mempengaruhi hasil pembelajaran dan seterusnya prestasi pelajar dalam peperiksaan. Hubungan antara sikap, persepsi dan pencapaian juga memainkan peranan penting dalam matematik dengan Ma dan Kishor (1997) menambah bahawa sikap dan persepsi terhadap Matematik serta pencapaiannya adalah suatu yang menjadi kebimbangan pelajar sejak dahulu lagi. Suatu kajian tinjauan oleh Ifamuyiwa (2004) mendapati, sekiranya terdapat hubungan positif antara pencapaian pelajar terhadap sikap atau persepsi, ini akan meningkatkan pencapaian dalam Matematik. Namun begitu, dapatan kajian Maat dan Zakaria (2010) tidak menyokong perkaitan antara sikap, persepsi dan pencapaian dalam matematik


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 109 mempunyai hubungan dan perlu positif. Persepsi pelajar terhadap kepentingan matematik atau asas dalam penyelidikan matematik di masa hadapan juga amat penting bagi menentukan kesanggupan pelajar mempelajari dan meneruskan penyelidikan. Persepsi ini dipengaruhi oleh perancangan pelajar untuk terlibat dalam bidang pekerjaan yang berkaitan dengan matematik di masa depan (Flegg et al., 2012). Oleh itu, kajian ini akan melihat sama ada pelajar dapat merasakan asas penyelidikan dalam Matematik memberikan impak pada kerjaya pada masa hadapan atau tidak seperti yang dinyatakan oleh Flegg et al. (2012). Kajian akan mencakupi hubungan antara sikap dan persepsi pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) terhadap asas penyelidikan dalam Matematik. METODOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan untuk melihat sikap dan persepsi pelajar terhadap asas penyelidikan dalam Matematik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 66 orang pelajar IPGKPP ambilan tahun 2020. Kajian yang dijalankan ini menggunakan soal selidik untuk melihat sikap dan persepsi terhadap beberapa aspek asas penyelidikan dalam Matematik. Aspek-aspek tersebut akan dilihat daripada segi komitmen, perasaan dan minat untuk menjalankan penyelidikan. Dalam kajian ini, sikap responden diukur melalui respons yang diberikan terhadap satu siri pernyataan (item) dalam komponen soal selidik tinjauan. Setiap item dibentuk dalam bahasa yang mudah difahami oleh responden. Tahap kekuatan sikap dan persepsi responden diukur melalui sejauh mana bersetuju atau tidak bersetuju terhadap setiap item. Skala ini membolehkan responden menentukan pilihan masing-masing. DAPATAN KAJIAN Soalan yang digunakan dalam menganalisis dapatan kajian adalah seperti berikut: 1. Apakah sikap pelajar terhadap asas penyelidikan dalam Matematik? 2. Apakah persepsi pelajar terhadap asas penyelidikan dalam Matematik? Secara umumnya, Jadual 1 menunjukkan analisis kesemua item sikap pelajar terhadap asas penyelidikan dalam Matematik. Item 1 menunjukkan 15.5% daripada pelajar tidak pasti sama ada suka atau tidak mempelajari asas penyelidikan dengan tiada pelajar yang menyatakan tidak suka mempelajari asas penyelidikan. Item 1 sehingga 3 adalah sangat penting dalam menentukan sikap awal pelajar terhadap asas penyelidikan. Analisis bagi item 2 sehingga 3 juga menunjukkan tiada pelajar yang tidak bersetuju berkaitan minat untuk belajar dalam asas penyelidikan dengan item 2 menunjukkan peratusan 50.0% bersamaan separuh daripada pelajar gemar mempelajari asas penyelidikan bersama rakanrakan. Bagi item 4, 6 dan 7 yang menunjukkan kandungan asas penyelidikan yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 110 bersesuaian pula secara umumnya memperoleh nilai peratusan yang agak tinggi bagi pelajar yang bersetuju iaitu sebanyak 48.5%, 30.0% dan 33.3%. Namun begitu terdapat pelajar yang tidak bersetuju bahawa kandungan adalah sesuai bagi meningkatkan keinginan untuk belajar asas penyelidikan. Item 8 dan 9 adalah bagi menentukan sama ada pelajar mendapat sesuatu yang bermakna atau tidak, dengan peratusan pelajar yang bersetuju adalah 53.0% dan 28.8% masingmasing. Item 10 mendapat peratusan sebanyak 39.4% yang menunjukkan bahawa pelajar tidak bersetuju yang penyelidikan tidak memberi kesan. Secara keseluruhannya, peratusan pelajar yang memilih sangat setuju bagi setiap item adalah tinggi dan sederhana kecuali item 10. Jadual 1 Analisis Sikap Pelajar terhadap Asas Penyelidikan dalam Matematik Bil Item/Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju 1 Saya suka belajar asas penyelidikan. 0 (0.0%) 0 (0.0%) 10 (15.5%) 32 (48.5%) 24 (36.4%) 2 Saya gemar belajar asas penyelidikan bersama rakanrakan. 0 (0.0%) 0 (0.0%) 10 (15.5%) 23 (34.8%) 33 (50.0%) 3 Saya berminat dengan perkara yang diajar oleh pensyarah dalam penyelidikan. 0 (0.0%) 0 (0.0%) 3 (4.5%) 27 (40.9%) 35 (53.0%) 4 Kandungan dan bahan yang digunakan di dalam kelas meningkatkan keinginan saya untuk belajar penyelidikan. 0 (0.0%) 0 (0.0%) 6 (9.1%) 28 (42.4%) 32 (48.5%) 5 Perkara yang dipelajari berkaitan penyelidikan amat bermakna bagi saya. 0 (0.0%) 4 (6.1%) 10 (15.5%) 22 (33.3%) 30 (45.5%) 6 Kandungan pelajaran dapat meningkatkan motivasi saya dalam menyelesaikan penyelidikan. 0 (0.0%) 6 (9.1%) 15 (22.7%) 25 (37.9%) 20 (30.0%) 7 Kandungan pelajaran dapat meningkatkan keseronokan saya dalam menyelesaikan tugasan. 0 (0.0%) 2 (3.0%) 10 (15.5%) 32 (48.5%) 22 (33.3%) 8 Saya menghabiskan banyak masa untuk belajar penyelidikan daripada bermain ketika di dalam kelas. 0 (0.0%) 1 (1.5%) 12 (18.2%) 35 (53.0%) 18 (27.3%) 9 Pelajaran penyelidikan di kelas memberikan kepuasan dalam diri saya. 0 (0.0%) 3 (4.5%) 7 (10.6%) 19 (28.8%) 37 (56.1%)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 111 Jadual 2 menunjukkan analisis kesemua item persepsi pelajar terhadap asas penyelidikan dalam Matematik. Persepsi pertama pelajar berada pada item 1 dan 3 berkaitan sama ada kandungan di dalam asas penyelidikan adalah sesuai atau tidak. Peratusan item 1 dan 3 bagi sangat bersetuju adalah sebanyak 45.5% dan 37.9% yang menunjukkan agak tinggi dan disokong dengan item 2 berkaitan tugasan yang diberi sama ada relevan atau tidak dengan peratusan sebanyak 48.5%. Bagi item 4, hanya 3.0% pelajar yang tidak bersetuju dan 15.5% yang tidak pasti sama ada ilmu penyelidikan boleh digunakan bagi situasi yang berbeza. Item 5, 6, 7 dan 8 memperoleh 31.8%, 36.4%, 30.3% dan 54.5% masingmasing bagi yang sangat bersetuju dengan menyatakan bahawa item adalah sangat berkaitan dengan kehidupan seharian. Item 9 berkaitan matlamat pula, hanya 13.6% yang tidak bersetuju manakala bagi item 12, 60 orang pelajar bersamaan 90.9% yang sangat bersetuju dan bersetuju bahawa perkara yang dipelajari dalam asas penyelidikan membantu rakan sekerja ketika berada di dalam perkhidmatan. Bagi item 10 dan 11, hanya seorang pelajar sahaja yang memilih tidak bersetuju iaitu bersamaan dengan 1.5% daripada keseluruhan pelajar. Item 10 dan 11 adalah berkaitan perkembangan potensi di masa hadapan, Secara keseluruhannya, peratusan pelajar yang memilih sangat setuju bagi setiap item adalah sederhana. Jadual 2 Analisis Persepsi Pelajar terhadap Asas Penyelidikan dalam Matematik 10 Perkara berkaitan yang dipelajari di dalam kelas tidak berguna kepada saya. 26 (39.4%) 30 (45.5%) 9 (13.6%) 1 (1.5%) 0 (0.0%) Bil Item/Soalan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju 1 Kandungan pelajaran adalah sesuai dengan kehidupan saya seharian. 0 (0.0%) 2 (3.0%) 15 (22.7%) 19 (28.8%) 30 (45.5%) 2 Tugasan yang diberikan di dalam kelas relevan dengan kehidupan sebenar saya. 0 (0.0%) 6 (9.1%) 11 (16.7%) 17 (25.8%) 32 (48.5%) 3 Kandungan yang dipelajari membantu saya untuk berfikir tentang penyelidikan dalam konteks persekitaran saya. 0 (0.0%) 3 (4.5%) 7 (10.6%) 31 (47.0%) 25 (37.9%) 4 Saya boleh menggunakan ilmu penyelidikan yang dipelajari dalam perkara dalam situasi lain. 0 (0.0%) 2 (3.0%) 10 (15.5%) 24 (36.4%) 30 (45.5%) 5 Perkara yang dipelajari di kelas mempunyai kaitan dengan kehidupan saya. 0 (0.0%) 4 (6.1%) 10 (15.5%) 31 (47.0%) 21 (31.8%)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 112 PERBINCANGAN Secara umumnya, minat pelajar terhadap asas penyelidikan adalah sangat memberangsangkan kerana hampir keseluruhan pelajar di dalam kelas memilih item 1, 2 dan 3 iaitu suka dan gemar mempelajarinya. Sikap pelajar terhadap kandungan juga boleh dikatakan sangat baik kerana rata-rata pelajar memilih untuk bersetuju mempelajarinya. Pelajar juga di dapati bersetuju dengan pembelajaran asas penyelidikan yang memberi makna kepada diri masingmasing. Persepsi pelajar terhadap kandungan juga sangat baik dengan kebanyakannya bersetuju bahawa ianya bersesuaian dengan kehidupan seharian. Persepsi pelajar terhadap asas penyelidikan sama ada ianya dapat membantu ketika berada di dalam dunia pendidikan juga agak memuaskan. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, sikap dan persepsi pelajar IPGKPP terhadap asas penyelidikan dalam Matematik sangat baik dengan bilangan pelajar yang bersetuju dan keputusan peratusan yang agak tinggi dalam setiap item yang telah disediakan. 6 Perkara yang dipelajari di kelas dapat digunakan dalam kehidupan seharian saya. 0 (0.0%) 3 (4.5%) 11 (16.7%) 28 (42.4%) 24 (36.4%) 7 Kebolehan saya menyelesaikan tugasan penyelidikan di kelas membantu menyelesaikan masalah saya dalam kehidupan seharian. 0 (0.0%) 7 (10.6%) 13 (19.7%) 26 (39.4%) 20 (30.3%) 8 Asas penyelidikan yang dipelajari di kelas dapat membantu saya merancang kerja seharian saya. 0 (0.0%) 6 (9.1%) 14 (21.2%) 10 (15.5%) 36 (54.5%) 9 Perkara yang dipelajari di kelas akan membantu saya dalam mencapai matlamat pada masa hadapan. 0 (0.0%) 9 (13.6%) 15 (22.7%) 27 (40.9%) 15 (22.7%) 10 Perkara yang dipelajari di kelas akan membantu saya mengembangkan potensi diri saya. 0 (0.0%) 1 (1.5%) 10 (15.5%) 35 (53.0%) 20 (30.3%) 11 Perkara yang dipelajari di kelas dapat kerjaya saya dalam bidang pendidikan. 0 (0.0%) 1 (1.5%) 5 (7.6%) 29 (43.9%) 31 (47.0%) 12 Perkara yang dipelajari di kelas dapat membantu menyelesaikan masalah rakan sekerja. 0 (0.0%) 2 (3.0%) 4 (6.1%) 32 (48.5%) 28 (42.4%)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 113 RUJUKAN Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff (2004). Teori perubahan sikap ke arah menjana kecemerlangan dalam kepimpinan. Jurnal Pendidikan, 4, 79-85. Ajisuksmo, C. R. P., & Saputri, G. R. (2017). The influence of attitudes towards mathematics and metacognitive awareness on mathematics achievements. Creative Education, 8(3), 486-497. https://doi.org /10.4236/ce.2017.83037 Ayob, A., & Yasin, R. M. (2017). Factors affecting attitudes towards mathematics. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(11), 1100-1109. https://doi.org/10.6007 /ijarbss/v7-i11/3548 Azizi Yahaya, & Shahrin Hashim (2008). Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik, permasalahan dalam pendidikan sains dan matematik. Universiti Teknologi Malaysia, 109-108. Chiu, Y. K., & Muhammad Sofwan Mahmud (2021). Hubungan sikap dengan pencapaian Matematik T pelajar pra-universiti di Kinta Utara, Perak. [Pembentangan kertas kajian]. Education, Social Sciences and Technology 2021 (IVEST2021). Kuala Lumpur, Malaysia. Chong, C. K. (2003). Hubungan antara sikap, minat dan persepsi dengan prestasi matematik pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian, Kuala Lumpur. [Tesis Ijazah Sarjana Muda]. Universiti Teknologi Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (2007). Kamus Dewan: Edisi Keempat (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Flegg, J., Mallet, D., & Lupton, M. (2012). Students’ perceptions of the relevance of mathematics in engineering. International Journal of Mathematical Education in Science and Technology, 43(6), 717-732. https://doi.org /10.1080/0020739X.2011. 644333 Hart, L. E. (1989). Describing the affective domain: Saying what we mean. Springer-Verlag New York. https://doi.org/10.1007 /978-1-4612-3614-6_3 Hagan, J. E., Amoaddai, S., Lawer, V. T., & Atteh, E. (2020). Students’ perception towards mathematics and its effects on academic performance. Asian Journal of Education and Social Studies, 8(1), 8-14. https://doi.org/10.9734/ajess/2020/v8i 130210 Heinze, A., Reiss, K., & Rudolph, F. (2005). Mathematics achievement and interest in mathematics from a differential perspective. ZDM - International Journal on Mathematics Education, 37(3), 212-220. https: //doi.org/10.1007/s11858-005-0011-7 Ifamuyiwa A. S. (2004). A study of the relationship between students’ achievement in and attitude towards secondary school Mathematics. Olabisi Onabanjo University Journal of Educational Studies, 5(1), 35- 42.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 114 Joseph, G. (2013). A study on school factors influencing students’ attitudes towards learning mathematics in the community secondary schools in Tanzania: The case of Bukoba municipal council in Kagera region. [Tesis Ijazah Sarjana]. University of Tanzania. http://repository.out.ac.tz /id/eprint/919 Jufrida, J., Kurniawan, W., Astalini, A., Darmaji, D., Kurniawan, D. A., & Maya, W. A. (2019). Students’ attitude and motivation in mathematical physics. International Journal of Evaluation and Research in Education, 8(3), 401-408. http://doi.org/10.11591/ijere.v8i3.20253 Ma, X., & Kishor, N. (2012). Assessing the relationship between attitude toward mathematics and achievement in mathematics: A meta-analysis. Journal for Research in Matematics Education, 28(1), 26-47. https://doi.org /10.2307/749662 Maat, S. M. B., & Zakaria, E. (2010). The learning environment, teacher's factor and students attitude towards Mathematics amongst engineering technology students. International Journal of Academic Research, 2(2), 16-20. Mirza, A. (2018). Performing below the targeted level: An investigation into KS3 pupils’ attitudes towards mathematics. Journal of Education and Educational Development, 5(1), 8–24. Nur, S. (2010). The relationship between the attitudes towards mathematics and learning styles. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 9, 644-648. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.12.211 Okyere, M., Mensah, J. K., & Kuranchie, A. (2013). Student attitude towards Mathematics and performance: Does the teacher attitude matter? Journal of Education and Practice, 4(3), 132–139. Sarmah, A., & Puri, P. (2014). Attitude towards mathematics of the students studying in Diploma Engineering Institute (Polytechnic) of Sikkim. Journal of Research & Method in Education, 4(6), 6-10. https://doi.org /10.9790/7388-046 30610 Syyeda, F. (2016). Understanding attitudes towards mathematics (ATM) using a multimodal model: An exploratory case study with secondary school children in England. Cambridge Open-Review Educational Research eJournal, 3(1), 32–62. https://doi.org/10.17863/CAM.41157 Slameto. (2010) Belajar dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Jakarta: Rineka Cipta. Thorndike, E. L. (1932). The fundamentals of learning. New York: Teachers College, Columbia University. Quek, M. L. (2006). Hubungan antara sikap, minat, pengajaran guru dan pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian matematik di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Batu Pahat, Johor. [Tesis Ijazah Sarjana]. Universiti Teknologi Malaysia.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 115 Zaliza Mohamad Nasir, & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2014). Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 134, 408-415. Zamri, Mahamood (2004) Strategi pembelajaran Bahasa Melayu di kalangan pelajar sekolah menengah. [Tesis Ijazah Doktor Falsafah]. Universiti Kebangsaan Malaysia.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 116 PERSEPSI PELAJAR TERHADAP KURSUS GPIM1022 PENDIDIKAN ISLAM: KAJIAN EMPIRIKAL DI IPGKPP Mohd Zaki bin Ismail1 , Rijaluddin bin Yahya2 , Siti Maisarah binti Mohd Idris3 , & Noraini binti Salleh4 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3, SMK Bakti4 Emel: [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) Ambilan Jun 2022 terhadap kursus GPIM1022 Pendidikan Islam dari tiga aspek iaitu kandungan kursus, pentaksiran dan interaksi di dalam bilik kuliah. Kajian ini adalah kajian kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen pungutan data. Seramai 106 orang responden dari kelas Pengajian Melayu dan Muzik terlibat dalam kajian ini. Skala empat tahap digunakan sebagai penentu tahap persepsi responden. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif min dan sisihan piawai. Cabaran IR 4.0 yang dijangka memberi kesan negatif terhadap aspek nilai kemanusian memerlukan modal insan yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara perlu dipersiapkan dengan lebih baik agar mampu mendepani cabaran dari aspek fizikal, mental mahupun spiritualnya. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap ketiga-tiga aspek tersebut adalah positif dengan nilai min melebihi 3.0. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat penting untuk penambahbaikan aspek kandungan, penilaian dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci: Persepsi pelajar, kursus Pendidikan Islam, IPGKPP PENDAHULUAN Pengenalan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) adalah sebuah institusi yang diamanahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan guru siswazah sekolah rendah dan menengah yang terlatih. Selain Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM juga mengendalikan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP). Kursus GPIM1022 Pendidikan Islam adalah antara kursus yang ditawarkan kepada pelajar muslim yang sedang mengikut PPISMP di semua kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia . Kursus ini wajib diikuti oleh setiap pelajar pada peringkat ini sebelum mereka layak mendaftar tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 117 Tujuan kursus GPIM1022 ditawarkan ialah supaya pelajar dapat menjelaskan peranan al-Quran dan al-Sunnah dan menilai peranan manusia sebagai khalifah melalui penghayatan akidah, ibadah, akhlak dan sunnah Baginda Rasulullah SAW dalam kehidupan. Penghayatan pelajar terhadap perkara ini mampu melahirkan pelajar yang kritis sebagai persediaan bagi mendepani pelbagai isu dan cabaran semasa yang semakin komplek terutamanya pada era revolusi industri 4.0 menuju revolusi industri 5.0. Kajian soal selidik ini dijalankan bagi mendapatkan input daripada pelajar tahun satu program persediaan di IPG Kampus Pulau Pinang. Dapatan kajian ini penting untuk penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya aspek penyampaian dan pengajaran pensyarah. Perubahan kandungan dan kod kursus daripada GPI1083 kepada GPIM1022 yang diguna pakai bermula tahun 2021 adalah seiring dengan Transformasi Institut Pendidikan Guru (IPG). Untuk berhadapan dengan suasana yang semakin mencabar, IPG perlu mengorak langkah dengan merancang tindakan yang berkesan bagi meningkatkan kualiti guru yang bakal dilahirkan. Dibawah kluster 5 yang bermatlmat untuk pemantapan dan pengembangan kualiti kurikulum, IPGM telah mensasarkan untuk menghasilkan kurikulum latihan yang berkualiti dan memenuhi standard semasa. Lantaran itu kurikulum kursus Pendidikan Islam juga telah berubah daripada menggunakan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) kepada Maklumat Kursus (MK) yang merupakan dokumen yang disediakan oleh pakar bidang (Subject Matter Expert) bagi setiap kursus yang diajar pada sesuatu semester. Sebagai sebuah institusi latihan keguruan, IPG sentiasa berusaha untuk menghasilkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik dengan memberikan penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran (Syed Ismail et al., 2022). Penawaran kursus GPIM1022 sebagai salah satu kursus dalam pembelajaran pada peringkat persediaan di IPG diharapkan dapat membantu usaha melahirkan guru yang berfikiran reflektif, kreatif dan kritis yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah di dalam konteks sebenar di bilik darjah kelak. Bagi memenuhi matlamat melahirkan masyarakat yang bersikap terbuka, kreatif dan inovatif, kurikulum yang dibentuk juga mestilah mampu membekalkan bakal guru dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi (Mohd Zailani, 2019). Pernyataan Masalah Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bukan sahaja memberikan impak dalam aspek pendapatan dan jurang kekayaan antara penduduk, namun turun memberi kesan terhadap penghayatan nilai kemanusian. Hal ini demikian kerana IR 4.0 dilihat bakal mengabaikan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat (Mashitoh et al., 2021) dan membawa kepada terhakisnya nilai-nilai kemanusiaan dan keadilan (Maziahtusima et. al, 2018). Tambahan pula krisis keruntuhan moral dan isu


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 118 sosial dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda masih membimbangkan (Mohd Kamal, 2012; Nasarudin et al., 2018). Ketegangan kemelut masalah moral dan akhlak dalam kalangan pelajar juga telah rekodkan dalam kajian-kajian lepas di lokasi yang berbeza (Hasna, 2012; Rahmat & Mohd Toriq, 2013; Seri Kartini, 2013; Syukri Ahmad, 2014; Siti Zaleha, 2014). Ia menjadi lebih parah apabila pendidikan hari ini semakin berkurangan menyumbang ke arah pembentukan nilai pada diri remaja dan mementingkan kejayaan akademik dan kurang memfokuskan aspek kejayaan sahsiah (Mohd Saiful Akmal et al., 2021). Suasana ini memberi gambaran bahawa terdapat kepincangan dan lompang yang berlaku dalam aspek pembangunan insan (Maziahtusima et al., 2018). Justeru itu, modal insan yang bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara perlu dipersiapkan dengan lebih baik agar mampu mendepani cabaran baik dari aspek fizikal, mental mahupun spiritualnya. Penggunaan teknologi yang moden dan canggih IR 4.0 mestilah seiring dengan pembentukan adab dan akhlak yang mulia untuk membangunkan bangsa yang mempunyai ketamadunan dan peradaban yang tinggi (Maimun et al., 2022). Perubahan sikap dalam diri pelajar untuk menerima inovasi pengajaran dan pengukuhan nilai-nilai Islam akan dapat membantu melahirkan golongan pelajar yang cemerlang akademik dan terpelihara sahsiah diri (‘Adlina et al., 2020). Lantaran itu komunikasi dalam syariat Islam ini juga, perlu selari dengan IR 4.0 agar mahasiswa dapat bersedia untuk berdepan dengan cabaran ini (Adam et al., 2019). Kandungan kursus pendidikan Islam dalam mendepani cabaran IR 4.0 ini perlu seimbang dan selari dengan keperluan mahasiswa pada masa depan (Adam et al., 2019). Penghayatan terhadap nilai Islam ini selaras dengan aspirasi murni yang seharusnya dicapai dalam kehidupan pelajar sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025). Justeru itu kajian ini akan meneroka pandangan pelajar terhadap kandungan dan pentaksiran kursus GPIM1022 Pendidikan Islam di peringkat IPG Kampus Pulau Pinang. Selain itu kajian ini juga cuba untuk melihat interaksi pengajaran kursus dari persepsi pelajar. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang maklumat penting untuk penambahbaikan aspek kandungan, penilaian dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Objektif Kajian Matlamat utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kursus Pendidikan Islam di IPG Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Antara objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut: 1. Untuk meninjau persepsi pelajar IPGKPP terhadap kandungan kursus GPIM 1022 Pendidikan Islam di IPGKPP. 2. Untuk meninjau persepsi pelajar IPGKPP terhadap pentaksiran kursus GPIM 1022 Pendidikan Islam di IPGKPP.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 119 3. Untuk meninjau persepsi pelajar IPGKPP terhadap interaksi dalam kelas kursus GPIM 1022 Pendidikan Islam di IPGKPP. Kepentingan Kajian Kajian ini adalah untuk meninjau secara dekat persepsi pelajar semester pertama Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) terhadap kandungan, pentaksiran dan interaksi kursus GPIM 1022 Pendidikan Islam. Dapatan kajian akan membantu pensyarah pengajar untuk menyusun dan merancang kandungan topik, pentaksiran kursus dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran agar lebih efektif dan menepati kehendak serta objektif kursus. Hal ini demikian kerana kualiti perkhidmatan dapat dilihat melalui pandangan atau perspektif pelajar. Pandangan dan pendapat mereka penting memandangkan perkhidmatan yang diamalkan adalah ditujukan dan berasaskan kehendak dan jangkaan pelajar dan bukan sekadar bergantung kepada kehendak pihak pentadbir institut pendidikan semata-mata (Zainol et al., 2013). Tambahan pula kursus pengajian umum atau kursus universiti perlu dilaksanakan secara serius dan berkesan kerana kursus-kursus ini berkait rapat dengan aspek nilai dan kemanusiaan yang dapat membina jati diri bangsa (Muhamad Rahimi, 2010). Pengetahuan berkaitan perkembangan dan pembelajaran pelajar juga amat berguna untuk memahami pelajar dan menentukan tindakan yang sesuai yang perlu diambil terhadap seorang atau sekumpulan pelajar (Peridah & Fatimah, 2009). KAJIAN LITERATUR Pendidikan adalah pemacu kepada pembangunan sesebuah negara. Ia berperanan sebagai agen yang merubah sikap dan tingkah laku, menambah pengetahuan dan meningkatkan kemahiran diri (Nadia & Kamariah, 2019). Dalam hal ini institusi pendidikan awam dan swasta memainkan peranan penting bagi membentuk dan melahirkan pelajar yang proaktif dan berketerampilan (Noor Afzaliza & Maizatul, 2021). Dalam memacu revolusi industri dan inovasi pendidikan, kita tidak harus meninggal terus nilai-nilai Islam kerana ia merupakan perisai diri yang paling berharga (Fatin Izati & Farah Hanan, 2021). Untuk itu, pembangunan rohani menjadi salah satu syarat bagi memenuhi hasrat tersebut yang dapat disempurnakan dengan jayanya melalui pembelajaran kursus-kursus yang menyentuh pendidikan Islam (Azarudin et al., 2021). Pengajian Islam terutamanya di peringkat institusi-institusi pengajian tinggi merupakan satu wadah yang berperanan untuk membekalkan para pelajar dengan pengetahuan yang cukup untuk berdepan dengan permasalahan-permasalahan yang boleh menggugat pegangan dan kepercayaan umat Islam (Mazlan et al., 2013). Pendidikan Islam telah memainkan peranannya dalam proses pembangunan modal insan kelas pertama bersesuaian dengan keadaan zaman


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 120 yang sentiasa berubah (Mohd Faeez & Kamarul Azmi, 2011). Kematangan moral dan akhlak di peringkat yang paling tinggi sahaja yang membolehkan pelajar menentukan sama ada mahu terlibat dalam salah laku tersebut atau sebaliknya (Melati & Zaharah, 2006). Pengukuhan nilai-nilai Islam akan dapat membantu melahirkan golongan pelajar yang cemerlang akademik dan terpelihara sahsiah diri (`Adlina et al., 2020). Sidang Meja Bulat Memperkukuhkan Pendidikan Islam pada 18 Oktober 2022 di Institusi Pendidikan Tinggi anjuran MAPIM dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), menggesa pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi meletakkan pendidikan Islam di institusi pendidikan tinggi sebagai kurikulum penting dalam pengajian tinggi negara dalam kerangka pembangunan nasional (Samudera, 2022). Kurikulum pendidikan yang dibangunkan perlulah selaras dengan aspirasi wawasan negara. Malah lebih penting dari itu perlu selaras dengan wawasan akhirat yang berteraskan al-Quran dan al Sunnah supaya generasi yang dididik dapat memenuhi tuntutan negara pada masa depan dengan lebih sempurna berlandaskan syariat (Mohd Zailani & Mohamad Khairi, 2018). Antara perkara terpenting dalam mendepani cabaran era globalisasi dan revolusi industri 4.0 adalah akhlak dan etika. Akhlak memainkan peranan terpenting dalam memastikan sumber manusia kekal stabil mengikut panduan Ilahi walau dalam apa jua keadaan sekali pun (Adam et al., 2019). Ini kerana akhlak juga bermaksud kefahaman agama sebagai satu sistem kehidupan yang lengkap lantas meletakkan makna kedudukan diri seseorang di sisi Tuhan yang Maha Esa (al-Attas, 2015). Kajian tentang persepsi pelajar terhadap kursus yang diikuti diperingkat sekolah menengah mahupun pengajian tinggi selepas dunia dilanda virus covid 19 lebih tertumpu kepada pembelajaran dalam talian. Dapatan kajian-kajian tentang persepsi pelajar terhadap pengajian dan pembelajaran atas talian adalah positif. Kajian Mohd Fairuz et al. (2020), Mohd Azolman et al. (2021) dan Munirah et al. (2021) mendapati pelajar mempunyai keinginan yang tinggi terhadap pembelajaran. Namun aspek keberkesanan dan motivasi pembelajaran dalam talian lebih rendah berbanding dengan pembelajaran secara bersemuka. Beberapa kajian yang meninjau persepsi pelajar terhadap kursus yang mereka ikuti secara bersemuka juga mencapai skor min yang tinggi. Shumsuddin Yabi et al. (2018) dalam kajian mereka terhadap persepsi pelajar tentang pengajaran dan pembelajaran kursus Ulum Hadith di institusi pendidikan tinggi di Malaysia mendapati persepsi pelajar mencapai tahap skor min yang tinggi. Begitu juga dengan Lukman Hakimi (2014) yang meninjau persepsi pelajar terhadap kurikulum pendidikan Islam di Politeknik juga mendapati persepsi pelajar berada pada tahap yang sangat baik dengan nilai min 4.41. Kajian Norhayati (2010) yang meninjau persepsi pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 121 pelaksanaan kursus Tamadun Islam juga mendapati persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kursus adalah baik. Minat pelajar terhadap sesuatu kursus biasanya didorong oleh beberapa faktor. Antaranya ialah sikap pelajar sendiri, personaliti pensyarah dan bahan pengajaran. Beberapa kajian yang dilakukan di beberapa institut pengajian menunjukkan hubungan yang positif. Kajian Latifah et al. (2020) terhadap pensyarah Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) di USIM menunjukkan persepsi pelajar terhadap pensyarah FIS adalah pada tahap tinggi dan positif dengan skor min yang tinggi. Kajian Mohamad Azhari et al. (2012) ke atas pelajar tahun satu di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Borneo bagi meneliti persepsi dan pandangan pelajar terhadap kursus TITAS, isi kandungan dan susun atur silibus kursus, tenaga pengajar, kaedah pengajaran, dan penilaian menunjukkan bahawa majoriti pelajar iaitu (87.6%) daripada 315 orang pelajar menunjukkan minat untuk mempelajari kursus ini. Kajian Faridah et al. (2018) tentang persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya ini mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kaedah penilaian adalah signifikan dan memberi kesan yang positif kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian Kemahiran Insaniah. Sorotan beberapa kajian lepas yang telah pengkaji lakukan menunjukkan pensyarah sangat berperanan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran sesebuah pusat pengajian. Sebagai faktor penyumbang terbesar kepada kualiti perkhidmatan dan pendidikan, pensyarah perlu mempunyai kriteria yang boleh menjadikan mereka tenaga pengajar yang efektif (Hasnizawati et al., 2007) dengan memberikan impak yang maksima kepada para pelajarnya (Robert, 2010). Pensyarah juga perlu mempunyai keunggulan personaliti yang dinilai melalui ilmu pengetahuan yang dimiliki, kemahiran dan sikap yang baik serta mempunyai kredibiliti mengagumkan di dalam pengajaran (Che Haslina et al., 2009). Termasuk dalam ciri pensyarah yang efektif juga ialah kemampuan untuk mengadun faktor fizikal dan faktor diri sendiri. Seseorang pensyarah perlu bijak menggabungkan susun atur kelas dan ciri-ciri kursus dengan semangat, kepakaran dan gaya pengajaran ketika mengajar di dalam bilik kuliah (Lammers & Murphy, 2002). Mohamad Nasir dan Kamaruzaman (2003) mendapati ciri-ciri yang memainkan peranan yang besar pada pandangan pelajar terhadap pensyarah kebanyakannya ciri yang terdiri daripada faktor pengajaran dan tanggungjawab terhadap kerja diikuti oleh atribut pensyarah yang positif. Aspek interaksi dua hala diantara pensyarah dengan pelajar sangat penting semasa proses pengajaran dan pengajaran kerana pensyarah yang berkesan sering menggalakkan perdebatan dan perbincangan di dalam kelas (Andreson, 2000). Proses pengajaran dan pembelajaran samada secara bersemuka mahupun secara dalam talian perlu sentiasa diperhalusi dari pelbagai aspek untuk mengatasi


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 122 kekurangan atau kelompongan yang ada. Hal ini supaya pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ini dapat dijalankan secara berkesan dan memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak, iaitu pelajar dan juga pensyarah. Semua pihak perlu berganding bahu dalam mencari resolusi yang terbaik bagi mencapai kesepakatan dan kesempurnaan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan kepada semua pihak (Azlan et al., 2021). METODOLOGI Metodologi kajian merupakan satu elemen penting dalam melaksanakan sebarang bentuk penyelidikan (Mohd Majid, 1990). Bahagian metodologi kajian ini akan membincangkan tentang reka bentuk, instrumen, dan responden kajian yang terlibat dalam membekalkan data kuantitatif. Bahagian ini juga akan menjelaskan tatacara pengumpulan data dan penganalisisan data bagi menjawab soalan-soalan kajian yang ditetapkan oleh pengkaji. Kajian yang dilaksanakan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen pungutan data. Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang terhadap kursus Pendidikan Islam. Kajian ini menggunakan borang soal selidik yang dibentuk sebagai instrumen untuk mengumpul data daripada responden. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan B. Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar belakang responden seperti jantina dan kumpulan kelas responden. Manakala bahagian B merupakan soalan yang dibentuk berkaitan persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kursus Pendidikan Islam. Instrumen kajian ini dilihat daripada tiga aspek iaitu kandungan kursus, penilaian kursus dan interaksi pensyarah dengan pelajar dalam kelas. Soalan soal selidik yang berjumlah 31 item dibina sendiri oleh pengkaji. Dalam kajian ini, analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman Cronbach Alpha untuk menentukan darjah kebolehpercayaan instrumen telah dilaksanakan. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha keseluruhan soal selidik mencatat nilai 0.98. Nilai kebolehpercayaan dimensi kandungan kursus ialah 0.90, dimensi pentaksiran kursus ialah 0.95 dan dimensi interaksi dalam kelas kursus ialah 0.98. Nilai-nilai ini mencukupi untuk penyelidik menerima pakai instrumen untuk tujuan kajian. Kaedah ini dapat membantu pengkaji untuk melihat sejauh mana item-item mengukur konstruk yang sama (Hair et al., 2010). Nilai Alpha Cronbach yang bernilai 0.7 dan ke atas sering digunakan untuk menentukan keboleh percayaan (Nunnally, 1987).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 123 Dalam soal selidik ini, responden dikehendaki menentukan perasaan mereka terhadap sesuatu situasi secara jujur. Seterusnya, persepsi responden terhadap pelaksanaan kursus Pendidikan Islam diukur dengan berpandukan kepada jadual interpretasi skor min di dalam Jadual 1 di bawah. Min yang tinggi menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap kursus yang diikuti manakala min yang rendah adalah sebaliknya. Jadual 1 Jadual Interpretasi Skor Min bagi Persepsi Responden Skor min Interpretasi skor min 1.00 – 2.00 Rendah 2.01 – 3.00 Sederhana 3.01 – 4.00 Tinggi DAPATAN KAJIAN Latar Belakang Responden Jadual 2 Latar Belakang Responden Profil Keterangan Kekerapan Peratus (%) Jantina Lelaki 23 21.7 Perempuan 83 78.3 Umur 21 tahun 3 2.8 20 tahun 24 22.6 19 tahun 79 74.6 Kumpulan PM1 23 21.7 PM2 25 23.6 PM3 24 22.6 PM4 21 19.8 MUZIK 13 12.3 Jumlah 106 100% Berdasarkan demografi dalam Jadual 2 di atas, terdapat seramai 106 responden secara keseluruhan yang menjawab soal selidik. Pecahan responden mengikut jantina ialah 23 orang pelajar lelaki iaitu 21.7 peratus manakala pelajar perempuan seramai 83 orang iaitu 78.3. Bagi pecahan data mengikut kumpulan pula, 23 pelajar dari kelas Pengajian Melayu 1, 25 pelajar kelas Pengajian Melayu


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 124 2, 24 pelajar kelas Pengajian Melayu 3, 21 pelajar kelas Pengajian Melayu 4 dan 13 pelajar kelas muzik. Gabungan pelajar Pengajian Melayu ialah 93 orang iaitu 87.7% dari jumlah keseluruhan responden. dari segi pecahan umur, majoriti responden berusia 19 tahun seramai 79 pelajar. Persepsi Pelajar terhadap Kandungan Kursus GPIM1022 Pendidikan Islam Jadual 3 Persepsi terhadap Kandungan Kursus Item Pernyataan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Min Sisihan Piawai 1 Kandungan kursus memenuhi kehendak pelajar. 39 (36.8%) 67 (63.2%) 3.63 0.48 2 Kandungan kursus mudah untuk dipelajari. 42 39.6%) 64 (60.4%) 3.60 0.49 3 Kandungan kursus mudah untuk difahami. 45 (42.5%) 61 (57.5%) 3.58 0.50 4 Kandungan kursus membantu saya menghubungkait penghayatan ilmu dengan kehidupan. 35 (33%) 71 (67%) 3.67 0.47 5 Kandungan kursus mengikut tahap kesukaran. 1 (0.9%) 55 (51.9%) 50 (47.2%) 3.46 0.52 6 Kandungan kursus perlu ditambah lagi. 5 (4.7%) 34 (36.0%) 40 (37.7%) 25 (23.6%) 2.80 0.86 7 Kandungan kursus memenuhi keperluan guru yang profesional. 53 (50%) 53 (50%) 3.50 0.50 8 Topik-topik yang disampaikan dalam kursus dapat diaplikasikan dalam kehidupan. 40 (37.7 %) 66 (62.3%) 3.62 0.49 9 Kursus ini mendorong saya meneroka peluang-peluang pembelajaran yang lebih mendalam. 46 (43.4%) 60 (56.6%) 3.57 0.50 Keseluruhan Tinggi 3.49 0.60 Jadual 3 menunjukkan persepsi pelajar secara keseluruhan terhadap kandungan kursus adalah tinggi dengan nilai min 3.49. Daripada sembilan item, aspek ‘kandungan kursus membantu pelajar menghubungkait penghayatan ilmu dengan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 125 kehidupan’ mendapat nilai min yang paling tinggi iaitu 3.67. Ia diikuti dengan aspek ‘kandungan kursus memenuhi kehendak pelajar’ dengan nilai min 3.63, ‘topik-topik yang disampaikan dalam kursus dapat diaplikasikan dalam kehidupan’ nilai min 3.62, ‘kandungan kursus mudah untuk dipelajari’ nilai min 3.60. Aspek ‘kandungan kursus mudah untuk difahami’ mendapat nilai 3.58, ‘kursus ini mendorong saya meneroka peluang-peluang pembelajaran yang lebih mendalam’ nilai min 3.57, ‘kandungan kursus memenuhi keperluan guru yang profesional’ nilai min 3.50 dan ‘kandungan kursus mengikut tahap kesukaran, nilai min 3.46. Item ‘kandungan kursus perlu ditambah lagi’ mendapat nilai min paling rendah iaitu 2.80. Tahap nilai min bagi ‘kandungan kursus perlu ditambah’ berada pada tahap sederhana. Lain-lain item berada pada nilai min tahap tinggi. Persepsi Pelajar terhadap Pentaksiran Kursus GPIM1022 Pendidikan Islam Jadual 4 Persepsi terhadap Penilaian Kursus Item Pernyataan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Min Sisihan Piawai 1 Tugasan pentaksiran kursus menarik minat pelajar. 5 (4.7%) 48 (45.3%) 53 (50%) 3.45 .59 2 Tugasan pentaksiran kursus mudah difahami. 1 (0.9%) 53 (50%) 52 (49.1%) 3.48 .52 3 Tugasan pentaksiran kursus mudah untuk dilaksanakan. 6 (5.7%) 56 (52.8%) 44 (41.5%) 3.36 .59 4 Tugasan pentaksiran kursus bertepatan dengan kandungan Maklumat Kursus (MK). 1 (0.9%) 48 (45.3%) 57 (53.8%) 3.53 .52 5 Tugasan pentaksiran kursus menepati objektif kursus. 47 (44.3%) 59 (55.7%) 3.56 .50 6 Tugasan pentaksiran kursus mampu menguji tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar. 54 (50.9%) 52 (49.1%) 3.49 .50 7 Tugasan Pentaksiran kursus menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 49 (46.2%) 57 (53.8%) 3.54 .50 8 Tugasan Pentaksiran kursus menggalakkan kolaboratif antara pelajar dengan pihak luar. 47 (44.3%) 59 (55.7%) 3.56 .50 Keseluruhan Tinggi 3.50 .53 Berdasarkan Jadual 4 di atas, nilai min keseluruhan item dalam bahagian penilaian kursus berada pada tahap tinggi dengan nilai min 3.50. Daripada 8 item dalam bahagian ini, dua item iaitu ‘tugasan pentaksiran kursus menepati objektif


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 126 kursus’ dan ‘tugasan pentaksiran kursus menggalakkan kolaboratif antara pelajar dengan pihak luar’ mendapat nilai min yang paling tinggi. Nilai min bagi dua item tersebut ialah 3.56. Nilai min ‘tugasan pentaksiran kursus menguji Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)’ dan ‘tugasan pentaksiran kursus bertepatan dengan kandungan Maklumat Kursus (MK)’ hampir sama dengan mendapat nilai min 3.54 dan 3.53. Nilai min bagi item ‘tugasan pentaksiran kursus mampu menguji tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar’ dan item ‘tugasan pentaksiran kursus mudah difahami’ juga mendapat nilai min yang hampir sama iaitu 3.49 dan 3.48. Item ‘tugasan pentaksiran kursus menarik minat pelajar’ mendapat nilai 3.45 dan ‘tugasan pentaksiran kursus mudah untuk dilaksanakan’ memperoleh nilai min 3.36. Nilai ini merupakan nilai min yang paling rendah dalam bahagian ini dan masih lagi berada pada tahap tinggi. Persepsi Pelajar terhadap Interaksi dalam Kelas Kursus GPIM1022 Pendidikan Islam Jadual 5 Persepsi terhadap Interaksi dalam Kelas Item Pernyataan Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju Min Sisihan Piawai 1 Kelas berjalan secara aktif (komunikasi dua hala) . 1 (0.9%) 35 (33%) 70 66%) 3.65 .50 2 Interaksi pensyarah dengan pelajar sangat baik. 29 (27.4%) 77 (72.6%) 3.73 .45 3 Pensyarah sentiasa meminta maklum balas pelajar tentang tajuk yang dibincangkan. 36 (34%) 70 (66%) 3.66 .48 4 Pensyarah sentiasa menanyakan tahap kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari. 40 (37.7%) 66 (62.3%) 3.62 .49 5 Pensyarah selalu menggunakan budi bicara dengan pelajar. 29 (27.4%) 77 (72.6%) 3.73 .45 6 Pensyarah sentiasa bertanyakan khabar pelajar. 37 (34.9%) 69 (65.1%) 3.65 .48 7 Pensyarah berusaha untuk membina sahsiah pelajar yang positif seperti sifat penyayang, prihatin, penyabar dan bertanggungjawab. 32 (30.2%) 74 (69.8%) 3.70 .46 8 Pensyarah bertindak sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran. 39 (36.8%) 67 (63.2%) 3.67 .48


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 127 9 Pensyarah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangsang pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. 40 (37.7%) 66 (62.3%) 3.62 .49 10 Pensyarah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan tersusun. 39 (36.8%) 67 (63.2%) 3.63 .48 11 Pensyarah membuat persediaan awal sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 42 (39.6%) 64 (60.4%) 3.60 .49 12 Pensyarah berusaha meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dan menyeluruh. 43 (40.6%) 63 (59.4%) 3.59 .49 13 Pensyarah memberi maklum balas dan berusaha memberi bimbingan kepada pelajar. 38 (36.2%) 67 (63.8%) 3.64 .48 14 Pensyarah menggunakan kaedah penyampaian yang menarik, menyeronokkan dan bermakna. 1 (0.9%) 45 (42.5%) 60 (56.6%) 3.56 .52 Keseluruhan Tinggi 3.64 .48 Jadual 5 menunjukkan persepsi pelajar secara keseluruhan dalam bahagian interaksi dalam kelas memperoleh nilai min 3.64. Daripada empat belas item dalam bahagian ini, dua item iaitu ‘Interaksi pensyarah dengan pelajar sangat baik’ dan ‘pensyarah selalu menggunakan budi bicara dengan pelajar’ mendapat nilai min yang paling tinggi iaitu 3.73. Ia diikuti oleh item ‘pensyarah berusaha untuk membina sahsiah pelajar yang positif seperti sifat penyayang, prihatin, penyabar dan bertanggungjawab’ dengan nilai min 3.7, ‘pensyarah bertindak sebagai pemudah cara dalam pengajaran dan pembelajaran’ nilai min 3.67 dan ‘pensyarah sentiasa meminta maklum balas pelajar tentang tajuk yang dibincangkan’ nilai min 3.66. Dua item lagi yang mendapat nilai min yang sama 3.65 ialah item ‘kelas berjalan secara aktif (komunikasi dua hala)’ dan ‘pensyarah sentiasa bertanyakan khabar pelajar’. Item ‘pensyarah memberi maklum balas dan berusaha memberi bimbingan kepada pelajar’ pula mendapat nilai min 3.64 dan ‘pensyarah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara terancang dan tersusun’ mendapat nilai min 3.63. Item ‘pensyarah sentiasa menanyakan tahap kefahaman pelajar tentang tajuk yang dipelajari’ dan item ‘pensyarah melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangsang pemikiran kreatif dan inovatif pelajar’ mendapat niali min yang sama iaitu 3.62. Item ‘pensyarah membuat persediaan awal sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran’ nilai min 3.60, ‘pensyarah menggunakan kaedah penyampaian yang menarik, menyeronokkan dan bermakna’ nilai min 3.59 dan item ‘pensyarah berusaha meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dan menyeluruh’ nilai


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 128 min 3.56. Item ‘pensyarah berusaha meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif dan menyeluruh’ merupakan item yang paling rendah nilai min dalam bahagian interaksi dalam kelas. PERBINCANGAN Analisis data yang telah pengkaji lakukan menunjukkan bahagian persepsi terhadap interaksi dalam kelas mendapat min paling tinggi iaitu 3.64. Ia diikuti oleh persepsi terhadap penilaian kursus 3.50 dan persepsi terhadap kandungan kursus 3.49. Nilai-nilai min yang berada pada tahap tinggi ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap kursus GPIM1022 adalah positif. Penilaian positif pada tahap min yang tinggi bahagian persepsi terhadap interaksi dalam kelas menunjukkan tenaga pengajar Kursus GPIM1102 di IPG Kampus Pulau Pinang mempunyai personaliti yang baik dan keupayaan dalam penyampaian kursus. Faktor pengajaran dan tanggungjawab terhadap kerja dan atribut pensyarah yang positif seperti dapatan kajian Mohamad Nasir & Kamaruzaman (2003) perlu sentiasa diperkasakan oleh seseorang pensyarah kerana ia merupakan merupakan ciri yang memainkan peranan yang besar pada pandangan pelajar. Pelan Strategik Transformasi IPG 2016-2025 yang telah menggariskan peningkatan kualiti pensyarah sebagai salah satu daripada inisiatif teras adalah usaha yang sangat baik untuk meningkatkan kompetensi, potensi, bakat dan kualiti pensyarah. Persepsi positif yang ditunjukkan oleh responden kajian ini terhadap item soal selidik interaksi dalam kelas menyokong dapatan kajian Hasnizawati et al, 2007. Kajian tersebut mendapati lima kriteria utama pensyarah yang efektif di UiTM Pahang berdasarkan kepada persepsi pelajar ialah komunikasi, kompeten, tindakbalas, kredibiliti dan memahami. Ia membawa maksud bahawa kriteria ini adalah perkara penting yang perlu diguna pakai oleh semua pensyarah bagi memastikan pelajar berpuas hati dengan kaedah serta kualiti pengajaran yang diberikan di dalam bilik kuliah. Persepsi pelajar terhadap kaedah pentaksiran bagi kursus ini yang mendapat nilai min yang tinggi menunjukkan format pentaksiran secara Penilaian Berterusan (PB) adalah sangat membantu mereka. Menurut Mohamad Azhari et al. (2012), sebuah kursus yang baik perlulah mempunyai sistem penilaian yang baik, serta ia akan lebih berkesan kepada pelajar sekiranya mereka menerima sesuatu maklum balas. Lantaran itu, kemahiran dalam merancang dan melaksanakan pentaksiran dengan baik perlu dikuasai oleh setiap pensyarah. Menurut Ee Ah Meng (2002), perhatian pelajar akan hilang jika tugasan pembelajaran terlalu sukar, membosankan, kurang penting atau tidak berkaitan.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 129 Kandungan kursus yang juga mendapat nilai min yang tinggi menunjukkan topiktopik yang terkandung dalam Maklumat Kursus (MK) menepati kehendak pelajar abad ke-21. Kandungan kurikulum yang mantap belum tentu dapat menjamin kejayaan pelajar jika bahan yang telah dirancang tidak disampaikan kepada pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lantaran itu, kaedah penyampaian yang betul dan sistematik perlu dirancang dengan teliti (Jamalidin et al., 2009). Sistem pengajaran yang berasaskan kepada kurikulum futuristik perlu diperkenal dan diperkasakan agar generasi baharu yang dididik mempunyai kesediaan untuk menghadapi cabaran dan perubahan semasa. KESIMPULAN Dapatan kajian ini memaparkan satu dapatan awal yang penting dan boleh dipercayai tentang persepsi pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di IPGK Pulau Pinang terhadap kursus GPIM 1022 Pendidikan Islam. Input kajian ini penting untuk dikongsikan bersama dengan tenaga pengajar Jabatan Pendidikan Islam yang lain bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan. Dapatan kajian diharapkan akan membantu pensyarah meningkatkan kompetensi mereka dalam kemahiran operasi, teknikal dan pedagogi. Proses pengajaran dan pembelajaran serta interaksi yang berlaku sepanjang tempoh pelajar berada di kampus diharapkan akan melahirkan guru yang berfikiran reflektif, kreatif dan kritis yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah di dalam konteks sebenar di bilik darjah kelak. Membekalkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti merupakan landasan utama dalam menghasilkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik. Bagi memastikan bahawa kaedah penyampaian menghasilkan pembelajaran yang berkualiti, pensyarah perlu sentiasa mencari kelainan pendekatan pengajaran dan membuat perubahan terhadap kaedah yang digunakan secara berterusan. Dapatan persepsi positif pelajar dalam kajian ini tidak boleh dikaitkan dengan pencapaian dan prestasi mereka dalam kursus Pendidikan Islam diikuti sepanjang semester berlangsung. Sebuah kajian lain perlu dilakukan bagi melihat korelasi antara persepsi dan pencapaian pelajar sepanjang mengikuti kelas ini secara bersemuka. RUJUKAN `Adlina bt. Abdul Khalil, Mohamad Khairi bin Hj. Othman, & Mohd. Kasri bin Saidon (2020). Memacu pendidikan di era Revolusi Industri 4.0: Penerapan nilai-nilai Islam dan inovasi dalam pengajaran di institusi pengajian tinggi. Islamiyyat, 42, 13-20.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 130 Adam Badhrulhisham, Muhammad Hilmi Mat Johar, & Taufiq A. Rashid (2019). Mendepani cabaran revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dalam konteks mahasiswa: Analisis menurut perspektif Islam. Jurnal Ilmi, 9(1), 90-101. Azlan Ahmad, Amirul Mukminin Mohamad, & Noorhazila Mohd Hamid (2021). Kajian persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian bagi kursus penulisan pantun kreatif. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22, 278-289. Jamalidin Haji Badusah, Rosna Awang Hashim, Mohd Majid Konting, Turiman Suandi, Maria Salih, & Norhafezah Yusuf (2009). Pembangunan pelajar memperkasa kokurikulum institusi pengajian tinggi. Selangor: Universiti Putra Malaysia. Che Haslina Abdullah, Zulkefli Mohamad, Siti Khalijah Majid, & Saharani Abdul Rashid (2009). Persepsi pelajar terhadap kredibiliti pensyarah Pendidikan Islam: Satu kajian. Esteem Academic Journal, 5, 183-199. Che Husain, F., Kassim, F., Mat Noor, N. A., Azzis, A., & Abdullah, M. S. (2018). Pelaksanaan dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kemahiran insaniah dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya. Jurnal Sains Insani, 3(2), 74-82. Ee Ah Meng (2002). Pedagogi II. Shah Alam: Fajar Bakti. Faridah Che Husain, Faezah Kassim, Noor Ain Mat Noor, Muhammad Shamshinor Abdul Azzis, & Mohd Syariefudin Abdullah (2018). Pelaksanaan dan persepsi pelajar terhadap strategi pembelajaran dan kemahiran insaniah dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di Universiti Malaya. Sains Insani, 3(2), 74-82. https://doi.org /10.33102/sainsinsani.vol3no2.63 Fatin Izati Mohd Taher Fatin, & Farah Hanan Abu Bakar (2021). Pendidikan digital era RI 4.0 dalam Pendidikan Islam. International Conference on Syariah & Law 2021 (ICONSYAL 2021), 6, 436-451. Hafiz bin Idrus, & Roslinda binti Rosli. (2017). Persepsi pelajar sarjana pendidikan terhadap gaya pengajaran pensyarah yang efektif dalam kursus Kaedah Penyelidikan 2 (GB6023). Conference: e-prosiding SPRiN 2017At: AKEPT Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. (2010). Multivariate data analysis. New Jersey: Pearson Hasnizawati Hashim, Mazlina Suhaimi, Mohd. Norafizal Abd. Aziz, & Rozieana A. Halid @ Khalid (2007, Disember 4-5). Kriteria pensyarah yang efektif berdasarkan persepsi pelajar: Kajian kes di UiTM Pahang / Hasnizawati Hashim …[et al.]. Prosiding KONAKA, UiTM Pahang. Latifah Abdul Latiff, Ros Aiza Mohd Mokhtar, & Abd Hakim Mohad (2020). Analisis deskriptif persepsi pelajar terhadap pensyarah Falsafah Dan Isu Semasa (FIS). e-Proceedings of the International Conference On Aqidah, Religions and Social Sciences Sigma, 10, 125-133. Maimun Aqsha Lubis, Siti Hajar binti Taib, Usiono, M. A., Ikwan Lubis S. E., & Aisyah binti Sjahrony (2022). Integrasi ilmu dan inovasi pendekatan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 131 digital dalam Pendidikan Islam mendepani era Revolusi Industri 4.0 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Asean Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 5(1), 27-41. MAPIM (2022). Perkasa Pendidikan Islam di IPT. https://www.samudera.my /perkasa-pendidikan-islam-di-ipt-mapim/ Mashitoh Yaacob, Che Sulaila Che Harun, Rosilawati Mohd Hanapi, Mohd Yusof Hj Othman, Abdul Latif Samian, Mohd Al Adib Samuri, Khairul Anwar Mastor, Ab Halim Tamuri, & Mohd Farid Ravi Abdullah (2021). Isu Revolusi Industri 4.0: Perubahan nilai masyarakat dan cabaran. Proceeding of the 8th International Conference on Management and Muamalah 2021 (ICoMM 2021). Mazlan Ibrahim, Latifah Abdul Majid, Jaffary Awang, Muhd Najib Abdul Kadir, & Fadlan Mohd Othman (2013). Pengajian Islam di IPT Malaysia dalam menangani Islam Liberal. Jurnal Hadhari, 5(1), 37-53. Mazni Muhammad, Roslee Talip, & Muhammad Suhaimi Taat (2019). Pengaruh kualiti pengajaran dan pembelajaran terhadap kepuasan belajar pelajar kolej-kolej swasta di Sabah. Jurnal Ilmi, 9(1), 102-119. Melati Sumari, & Zaharah Hussin (2006). Cabaran IPT dalam menangani salah laku dan kepincangan akhlak mahasiswa: Tinjauan dan cadangan. NASDEC 2006 Conference. Mohamad Azhari Abu Bakar, Siti Norazilah Mohd Said, Surena Sabil, Aina Razlin Mohammad Roose, Edris Aden, Ida Juliana Hutasuhut, & Zulmahari Hj Marawi (2012, Jun 19-21). Pemantapan pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS): Kajian tinjauan persepsi pelajar. Proceedings of Regional Conference on Cross Cultural Communication and National Integration 2012 (RECCNI2012). Mohamad Nasir Saludin, & Kamaruzaman Matharsha (2003). Penentuan keutamaan ciri-ciri pensyarah yang baik dari perspektif pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 9, 91-107 Mohd Faeez Ilias & Kamarul Azmi Jasmi. (2011, April 20-21). Peranan Pendidikan Islam dalam pembangunan modal insan kelas pertama. Persidangan Kebangsaan Sains Sosial di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Mohd Kamal Hassan (2012, Jun 5). Cabaran semasa dan masa depan dunia. Membangun modal insan Melayu dalam sistem pendidikan Islam. [Pembentangan kertas kerja]. Perbincangan meja bulat - Mengarusperdanakan sistem pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur. Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Saiful Akmal A. Karim, Ahmad Sunawari Long, & Faudzinaim Badaruddin. (2021). Pendidikan akhlak dalam menangani isu gejala sosial pelajar [Moral education in addressing the issue of student sosial


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 132 sympton]. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 1(3), 49-60. Mohd Zailani Ismail, & Mohamad Khairi Othman (2018). Penilaian kesesuaian kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Islam di Institut Pendidikan Guru Malaysia. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 3, 91–106. Muhamad Rahimi Osman (2010). Peranan kursus Pengajian Umum dalam Pembangunan Kemahiran Insaniah: Pengalaman UiTM. MALIM - Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 11. Bangi: Pusat Pengajian Umum, UKM. Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, & Sabri Mohamad (2018). Menangani keruntuhan akhlak masa kini menurut Islam. Journal Al-Turath; Journal of Al-Quran and Al-Sunnah, 3(1), 55-63. Nazneen Ismail, Norul Huda Bakar, Mariam Abd. Majid, & Hasnan Kasan (2019). Pengamalan hidup beragama dalam kalangan mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Islam di Malaysia. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 4(2), 78-93. Nor Hayati Fatmi Talib, Bani Hidayat Mohd Shafie, Che Nor Kharsiah Yassin, & Ahmad Tarmizi Talib (2010). Persepsi belia terhadap pengajaran dan pembelajaran kursus Tamadun Islam di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Malaysia Journal of Youth Studies, 3, 111-128.. Nunnally, J. C. (1978). Psychometric theory (2nd ed.). New York: McGraw-Hill. Peridah Bahari, & Fatimah Bahari (2009). Peranan pensyarah dalam penambahbaikan kualiti pengajaran di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia. Esteem Academic Journal, 5(2), 231-240. Syed Ismail Syed Mustapa, Shamsazila Sa’aban, Azahar Aziz, & Salmiah Md. Salleh (2022). Kualiti guru baharu lulusan Institut Pendidikan Guru Malaysia. https://www.researchgate.net/publication /363208127_ARTKEL_KUALITI_SISWA_GURU_LEPASAN_IPG Zainol Mustafaa, Wong Wai Ling, & Mohd Rashid Ab Hamid (2013). Persepsi pelajar terhadap hasil pembelajaran bidang kejuruteraan. Sains Humanika, 62(1), 41-48. https://doi.org/10.11113/sh.v62n1.136


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 133 SOROTAN LITERATUR BERKAITAN PENGETAHUAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH DI MALAYSIA Mohd Shafian Shafiee1 & Lavaneesvari Manogaran2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: [email protected] Abstrak Penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru adalah sudah tidak asing lagi, malah telah mencapai tahap yang sangat membanggakan. Perkembangan ini telah menuntut guru-guru supaya meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat kepada peringkat yang lebih tinggi. Tinjauan ini melibatkan pencarian dua pangkalan data iaitu Google Scholar dan Semantic Scholar. Bagi memastikan tinjauan ini dijalankan secara sistematik, garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Review and Meta-Analysis (PRISMA) digunakan semasa tinjauan literatur ini. Sebanyak empat artikel berkaitan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru Matematik sekolah rendah telah dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Dapatan kajian mendapati pengetahuan guru di sekolah rendah adalah berada pada tahap terbaik dan bersedia untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran mengunakan teknologi maklumat, namun begitu terpaksa menghadapi pelbagai kekangan ketika mengintegrasinya. Kata Kunci: Teknologi maklumat dan komunikasi, matematik, sekolah rendah PENGENALAN Matematik adalah subjek yang sukar dan tidak dapat difahami bagi segelintir masyarakat di dunia ini. Kadangkala, guru Matematik juga tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi dan memerlukan panduan daripada sumber yang berbeza. Globalisasi yang berlaku di sekeliling telah mewujudkan satu pasaran eknomi yang baru dengan Chao (2015) mencadangkan teknologi maklumat dan telekomunikasi (TMK) sebagai perkara penting dalam keperluan sistem pendidikan. Oduma dan Ile (2014) menambah, TMK sebagai alat yang menyokong proses pembelajaran dan menjadi penyelesaian baharu kepada semua cabaran yang dihadapi dalam bidang pendidikan. Menurut Prytherch (2000), TMK adalah kandungan digital dan rangkaian yang menyediakan peluang dan latihan untuk mengajar dan belajar manakala Blurton (2002) menyatakan TMK sebagai satu set alat teknologi dan peranti yang digunakan untuk berkomunikasi, mencipta, menyimpan dan mengurus maklumat. Literasi maklumat


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 134 membolehkan orang ramai dalam semua lapisan masyarakat mencari, menilai, menggunakan secara berkesan dan mencipta maklumat untuk mencapai matlamat peribadi, sosial, profesional dan pendidikan (Sokolova, 2012). Kemahiran dalam literasi maklumat membolehkan seseorang mengetahui pengaruh data terhadap kehidupan dan tahu mencarinya daripada pelbagai sumber. Franco dan Bedin (2019) menegaskan akses kepada teknologi maklumat memberikan seseorang itu banyak peluang terhadap perkara di sekelilingnya. Pengetahuan komputer adalah kefahaman terhadap teknikal atau perkakasan yang ada pada komputer, bijak menggunakan komputer serta tahu tujuan adanya komputer itu sendiri (Franco & Bedin, 2019). Pengetahuan dalam TMK membolehkan seorang guru sekurang-kurangnya berkeupayaan untuk menggunakan dan mencipta kandungan berasaskan teknologi, termasuk mencari dan berkongsi maklumat, menjawab soalan dan berinteraksi dengan orang lain. Apabila guru tersebut mempunyai pengetahuan TMK, maka secara tidak langsung, isu penipuan di alam siber turut dapat ditepis. Kelebihan seperti boleh menggunakan pelbagai komunikasi alternatif tanpa bergantung hanya pada satu-satu aplikasi juga dianggap sangat penting. Pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik kadangkala memerlukan guru untuk mencari maklumat yang diperlukan di dalam internet. Kemahiran mencari informasi perlu ada supaya teori atau konsep tidak terkeluar daripada yang perkara sebenar. Pelbagai kajian (Agyei &Voogt, 2011; Handal et al., 2013; Stoilescu, 2015) dalam TMK di beberapa buah negara seperti Australia, Kanada dan Ghana menunjukkan pengetahuan guru Matematik dalam TMK tidak mencukupi serta tidak boleh berkeupayaan untuk mengaplikasikannya di dalam kelas. Kajiankajian (Ahtarieva et al., 2018; Anisimova & Ibatullin, 2018; Riberio, 2019; Sánchez-Garcia et al., 2013; Svensson & Baelo, 2015) terdahulu berkaitan latihan TMK yang perlu diberikan kepada guru baharu bagi menambah pengetahuan juga tidak mencukupi. Program pendidikan guru seharusnya diperkasa dan dibentuk dengan penerapan kepada teknologi dalam pengajaran dengan matlamat bagi meningkatkan kualiti guru. Guru pelatih juga perlu bersedia dalam menggabungkan TMK ke dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Boo dan Leong (2016) menjelaskan betapa pentingnya guru untuk cuba mengintegrasikan pendidikan Matematik bagi membantu murid memperoleh sumber yang bermakna dan berguna. Parrot dan Leong (2018) pula menyatakan aktiviti pengajaran dalam Matematik yang sukar dan abstrak boleh dibantu oleh TMK supaya dapat menyokong dan memperluas penaakulan Matematik, meningkatkan kefahaman dalam konteks penyelesaian masalah dan kemahiran komputasi. Sorotan literatur sistematik ini bertujuan menganalisis kajian-kajian yang ditulis berkaitan pengetahuan TMK guru Matematik sekolah rendah di Malaysia antara tahun 2020 sehingga 2022.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 135 SOROTAN LITERATUR Lau dan Roslinda Rosli (2020) menerangkan betapa penggunaan teknologi bersama dengan kualiti isi kandungan yang tinggi, pedagogi dan reka bentuk pengajaran boleh menambah baik pengalaman pembelajaran dan kesannya di mana pengajaran dan pembelajaran semakin memberi impak dalam sistem pendidikan masa kini. Lau dan Roslinda Rosli (2020) mengkaji pengetahuan dan penggunaan TMK guru Matematik dalam PdP (pembelajaran dan pengajaran) sekolah rendah menggunakan reka bentuk kajian berbentuk tinjauan. Populasi yang terlibat dalam kajian ini adalah 78 orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di zon Sentul, Kuala Lumpur. Kaedah pensampelan yang dipilih adalah kaedah pensampelan rawak mudah. Dapatan kajian Lau dan Roslinda Rosli (2020) menunjukkan sebahagian guru di ketiga-tiga sekolah tersebut masih tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai TMK terutamanya pengetahuan tentang perisian umum dan perisian Matematik. Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) dalam kajiannya adalah untuk menentukan tahap Pengetahuan Teknologi (PT), Pengetahuan Teknologi Isi Kandungan (PTIK), Pengetahuan Teknologi Pedagogi (PTP) dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Isi Kandungan (PTPIK) guru matematik berdasarkan min skor. Sampel yang terlibat adalah Guru-guru Matematik sekolah rendah di bawah pentadbiran dan pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor, Selangor dengan kaedah pensampelan adalah menggunakan pensampelan rawak mudah. Pengumpulan data sebenar dilakukan melalui Google Form yang telah diedarkan melalui medium WhatsApp dan Telegram. Berdasarkan dapatan analisis deskriptif Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021), tahap PT, PTPIK, PTP dan PTPIK adalah berada di tahap yang tinggi. Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) menjelaskan bahawa dapatan ini memberikan maklumat yang menunjukkan guru Matematik mempunyai tahap pengetahuan baik dalam mengintegrasikan tiga ilmu utama iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan teknologi. Perkaitan antara faktor jantina sama ada berbeza tahap kesediaan dalam pengintegrasian teknologi juga di dapati tidak ada (Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021). Dapatan Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) selaras dengan kajian Mallillin et al. (2020) yang melaporkan hasil kajiannya yang tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan menghadapi transisi pengajaran fizikal kebiasaan guru yang menggunakan teknologi dalam pengajaran. Kajian Lau dan Roslinda Rosli (2020) serta Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) adalah antara yang menulis berkaitan tahap pengetahuan guru Matematik dalam menguasai TMK.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 136 METODOLOGI Pengenalpastian (Identification) Pemilihan beberapa kertas atau artikel yang bersesuaian dengan laporan ini adalah berdasarkan proses semakan sistematik yang terdiri daripada tiga fasa utama. Langkah pertama adalah mengesan kata kunci yang berhubung, istilah serupa berdasarkan tesaurus, kamus, ensiklopedia dan kajian terdahulu. Selepas semua kata kunci yang berkaitan telah ditetapkan, rentetan carian dilakukan pada pengkalan data Mendeley dan Semantic Scholar (Jadual 1) telah dibuat. Pada langkah pertama proses semakan sistematik, sebanyak 204 kertas kajian dan penulisan artikel diperoleh daripada semua pengkalan data. Jadual 1 Rententan Carian Google Scholar Sort by most relevant: “pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru Matematik sekolah rendah di Malaysia” Tarikh capaian: Mac 2023 Semantic Scholar Search: “pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru Matematik sekolah rendah di Malaysia” Tarikh capaian: Mac 2023 Saringan (Screening) Pada langkah yang seterusnya, kesemua kertas kajian ini telah disaring berdasarkan beberapa kriteria kemasukan dan pengecualian yang telah dibina oleh penyelidik. Ini termasuk kajian berterusan, penyelidikan sistematik, semakan, meta-analisis, meta-sintesis, persidangan, prosiding, buku dan akhbar. Tahun yang dipilih untuk saringan adalah antara 2020 sehingga 2022. Pemilihan dikhaskan pada negara Malaysia sahaja. Secara keseluruhannya, 177 kertas kajian telah dikeluarkan mengikut kriteria saringan manakala 30 kertas kajian telah diterima. Kelayakan (Eligibility) Langkah ketiga adalah kelayakan dengan 30 artikel telah disediakan. Semua tajuk artikel dan kandungan utama telah disemak secara menyeluruh pada peringkat ini untuk memastikan keperluan kemasukan dipenuhi dan sesuai dengan matlamat penyelidikan semasa. Oleh itu, 23 artikel lagi dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat, manakala tiga artikel telah dikeluarkan kerana ia berulang. Akhir sekali, empat artikel tersedia untuk semakan (Jadual 2) dan carta alir carian literatur yang dicadangkan (Rajah 1).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 137 Abstrak Data dan Analisis Rajah 1 Carta Alir Carian Literatur yang Dicadangkan Pengenalpastian Rekod dikecualikan Ikut kriteria; Alih keluar bukan Bahasa Melayu, < 2019, persidangan, prosiding, buku, akhbar. (n = 177) Pengenalpastian melalui pencarian Google Scholar Rekod selepas pengenalpastian Google Scholar (n = 201), Semantic Scholar (n = 3), (Jumlah = 204) Pemeriksaan Akses artikel yang layak (n = 30) Pengenalpastian melalui pencarian Semantic Scholar Teks penuh dikecualikan Teks penuh tidak memenuhi kriteria: • Bukan bidang • Tajuk tiada hubungan • Abstrak tidak signifikan • Objektif tidak sesuai Rekod dikeluarkan (n = 23) Saringan Rekod berulang dikeluarkan (n = 3) Terpilih Kajian termasuk dalam analisis kualitatif (n = 4)


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 138 Jadual 2 Kriteria Pemilihan yang Dicari Kriteria Kemasukan Pengecualian Bahasa Bahasa Melayu Bukan Bahasa Melayu Subjek Matematik Bukan Matematik Garis Masa 2020 - 2022 < 2019 Jenis Literatur Jurnal (Artikel) Persidangan, Prosiding, Buku, Akhbar. DAPATAN Ringkasan Dapatan Bil Pengarang Reka Bentuk Negara Peringkat Pengetahuan Teknologi Maklumat 1 Hanushaa Sri Bathumalai & Muhammad Sofwan Mahmud (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 2 Janet Lau Siew Chee & Roslinda Rosli (2020) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 3 Mercy Cynthia Poobalan & Muhammad Sofwan Mahmud (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 4 Nurul Farahin Ab Aziz & Siti Mistima Maat (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / Latar Belakang Artikel Kajian Berdasarkan empat artikel yang telah dipilih, kesemuanya adalah diperoleh dari Malaysia dengan memfokuskan kepada pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru. Sri dan Muhammad Sofwan Mahmud (2022) membincangkan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru matematik dalam pembelajaran atas talian dan keberkesanan penggunaan pembelajaran atas talian dalam subjek matematik dalam sekolah rendah. Lau dan Roslinda Rosli (2020) meninjau pengetahuan TMK guru Matematik sekolah rendah di Malaysia dan pengetahuan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik manakala Poobalan dan Muhammad Sofwan Mahmud (2022) juga mengkaji persepsi dan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 139 pengetahuan seorang guru mengenai TMK tetapi menambah impak dalam pengaplikasian TMK dalam pengajaran di dalam kelas. Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) pula mengenal pasti kesediaan dan efikasi guru matematik dalam pengintegrasian teknologi sewaktu pandemik COVID-19. Tahun penerbitan artikel dipilih dari tahun 2020 sehingga 2022. Satu artikel dari tahun 2020 (Lau & Roslinda Rosli, 2020), satu artikel dari tahun 2021 (Nurul Farahin Ab Aziz & Siti Mistima Maat, 2021) dan dua artikel dari tahun 2022 (Poobalan & Muhammad Sofwan Mahmud, 2022; Sri & Muhammad Sofwan Mahmud, 2022). Keempat-empat artikel (Lau & Roslinda Rosli, 2020; Poobalan & Muhammad Sofwan Mahmud, 2022; Sri & Muhammad Sofwan Mahmud, 2022) menggunakan kaedah soal selidik dan menganalisis data yang diperoleh secara kuantitatif. PERBINCANGAN Cabaran Pembelajaran Atas Talian Sri dan Muhammad Sofwan Mahmud (2022) menyatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang merupakan cabaran yang dihadapi oleh guru seperti masa penghantaran kerja rumah yang tidak tepat, penggunaan masa oleh guru ketika mengajar di dalam talian dan penggunaan kos yang tinggi terutama bil internet dan elektrik. Poobalan dan Muhammad Sofwan Mahmud (2022) menegaskan berkaitan kekangan pada sumber di sekolah seperti kurangnya kemudahan yang disediakan. Pengetahuan TMK guru Matematik sekolah rendah di Malaysia Hasil kajian Lau dan Roslinda Rosli (2020) mendapati pengetahuan responden kajian mengenai perisian umum adalah lebih tinggi daripada pengetahuan perisian Matematik. Aspek terakhir dalam pengetahuan TMK guru ialah pengetahuan mengenai sumber atas talian. Hasil dapatan kajian (Lau & Roslinda Rosli, 2020) menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tidak mencukupi mengenai penggunaan TMK dalam PdP. Persepsi guru Matematik terhadap TMK Poobalan dan Muhammad Sofwan Mahmud (2022) menjelaskan dua faktor berkaitan persepsi iaitu pada jantina dan pengalaman mengajar sebagai faktor yang mempengaruhi pengaplikasian TMK dalam pengajaran. Tiada perbezaan dalam jantina guru untuk penggunaan TMK dalam pengajaran matematik. Pengetahuan guru amat penting dalam mendorong guru menggunakan dan mengaplikasikan TMK dalam pengajaran matematik. Namun begitu, pengalaman mengajar seorang guru sememangnya memainkan peranan dalam menentukan penggunaan TMK dalam pengajaran matematik. Ia adalah kerana guru yang


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 140 berpengalaman mampu merancang dan mengaplikasikan TMK dalam pengajaran matematik dengan lebih berkesan. Guru yang berpengalaman juga pandai merancang dan mengenal pasti langkah yang perlukan penggunaan TMK agar ia dapat digunakan dengan lebih berkesan. Kesediaan dan Efikasi Guru Matematik Dalam Pengintegrasian Teknologi Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) menjelaskan terdapat tiga ilmu utama dalam pengintegrasian teknologi iaitu pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan teknologi. Keputusan kajian Nurul Farahin Ab Aziz dan Siti Mistima Maat (2021) juga menunjukkan kesediaan dan efikasi guru matematik dalam pengintegrasian teknologi berdasarkan faktor jantina tidak menunjukkan hasil yang signifikan. KESIMPULAN Tinjauan sistematik ini membincangkan tentang pengetahuan TMK guru Matematik sekolah rendah di Malaysia berdasarkan artikel dari tahun 2020 sehingga 2022. Jumlah penerbitan artikel juga didapati tidak menunjukkan sebarang peningkatan berkemungkinan hanya menggunakan dua sumber data sahaja iaitu Google Scholar dan Semantic Scholar bagi mendapatkan artikel berkenaan. Berdasarkan dapatan, pengetahuan TMK guru Matematik adalah sangat penting dalam membantu mengoperasikan pembelajaran secara dalam talian. RUJUKAN Agyei, D. D., & Voogt, J. (2011). ICT use in the teaching of mathematics: Implications for profesional development of pre-service teacher in Ghana. Educational Information Technology, 16, 423-439. https: //doi.org/10.1007/s10639-010-9141-9 Ahtarieva, R., Ibragimova, E., Sattarova, G., & Turzhanova, G. (2018). Integration as a form of acculturation of foreign student – future teacher in the polyethnic educational environment of university. Journal of Social Studies Education Research, 9(3), 317-331. Anisimova, E. S., & Ibatullin, R. R. (2018). Project method in preparation of future preschool teachers. Journal of Social Studies Education Research, 9(2), 228-238. Blurton, C. (1999). New directions of ICT-use in education. Paris: UNESCO. Boo, J. Y., & Leong, K. E. (2016). Effect of using logo on pupils’ learning in two-dimensional shapes. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 4(3), 27-36. Chao, G. M. (2015). Impact of teacher training on information communication technology integration in public secondary schools in Mombasa County. Human Resource Management Research, 5(4), 77-94.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 141 Franco, V. D. A., & Bedin, E. (2019). The chemistry teaching and the high school student: a case study in the state basic education of Esteio City, Brazil. Periodico Tche Quimica, 16(33), 118-129. Handal, B., Campbell, C., Cavanagh, M., Petocz, P., & Kelly, N. (2013). Tecnologycal pedagogical content knowledge of secondary mathematics teachers. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 13(1), 22-40. Lau, J., & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi guru matematik sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(11), 71-84. https://doi.org/10.47405 /mjssh.v5i11.546 Nurul Farahin Ab Aziz, & Siti Mistima Maat (2021). Kesediaan dan efikasi guru Matematik sekolah rendah dalam pengintegrasian teknologi semasa pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(8), 93-108. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.949 Oduma, C. A., & Ile, C. M. (2014). ICT education for teachers and ICT supported instruction: Problems and prospects in the Nigerian education system. African Research Review, 8(2), 199-216. Parrot, M. A. S., & Leong, K. E. (2018). Impact of using graphing calculator in problem solving. International Electronic Journal Of Mathematics Education, 13(3), 139-148. Poobalan, M. C., & Muhammad Sofwan Mahmud (2022). Tahap pengetahuan dan persepsi guru terhadap pengaplikasian TMK dalam pengajaran matematik sekolah rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11), e001885. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1885 Prytherch, R. (2000). Harrod’s Librarians’ Glossary and Reference Book. Aldershot: Gower Publishing Limited. Ribeiro, M. (2019). Analog and digital games as a pedagogical tool in the teacher training context. Research in Social Sciences and Technology, 4(2), 163- 173. Sánchez, A., Marcos, J. M., GuanLin, & Escribano, J. P. (2013). Teacher development and ICT: The effectiveness of a training program for inservice school teachers. [Paper presentation]. Lumen International Conference Logos Universality Mentality Education Novelty, 529-534. Sokolova, I. (2012). Network activity of scientists and teachers as a factor in the development of their creativity. Proceedings of the twenty-first mathematical readings of the Russian State Social University, 190-194. Sri, B. H., & Muhammad Sofwan Mahmud (2022). Cabaran pelaksanaan pembelajaran atas talian dalam kalangan guru matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(11), e001860. https: //doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1860 Stoilescu, D. (2015). A critical examination of the technological pedagogical content knowledge framework: Secondary school mathematics teachers


Click to View FlipBook Version