The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (1) (2023)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hafiah binti Ismail IPGKPP, 2023-07-31 04:13:58

JURNAL PENYELIDIKAN PENSYARAH_11_1_2023

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 (1) (2023)

Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 142 integrating technology. Journal of Educational Computing Research, 52(4), 514-547. https://doi.org/10.1177/0735633115572285 Svensson, M., & Baelo, R. (2015). Teacher students’ perceptions of their digital competence. [Pembentangan kertas kajian] The 6th International Conference Edu World, Education Facing Contemporary World Issues, 1527-1534.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 143 SATU TINJAUAN LITERATUR SISTEMATIK BERKAITAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT), i-Think DAN SUBJEK MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH Mohd Shafian Shafiee1 , Jong Cherng Meei2 , & Lavaneesvari Manogaran3 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2,3 Emel: [email protected] Abstrak Perubahan dalam sistem pendidikan dan kurikulum sekolah rendah telah dilaksanakan bagi menambah baik kurikulum pembelajaran. Penambahan elemen KBAT dan i-Think sebagai contoh, adalah bagi memastikan murid lebih berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi terutama pada abad ke-21 ini. Tinjauan ini melibatkan pencarian tiga pangkalan data iaitu Google Scholar, Mendeley dan Semantic Scholar. Bagi memastikan tinjauan ini dijalankan secara sistematik, garis panduan Preferred Reporting Items for Systematic Review and MetaAnalysis (PRISMA) digunakan semasa tinjauan literatur ini. Sebanyak 13 artikel berkaitan KBAT dan i-Think melibatkan subjek Matematik telah dianalisis berdasarkan tujuan kajian ini. Dapatan kajian mendapati KBAT telah menyebabkan guru menjadi lebih kreatif dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, terdapat kajian yang menyatakan guru masih tidak bersedia dan mempunyai pengetahuan yang sepatutnya berkaitan KBAT. Kata Kunci: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, i-Think, matematik, sekolah rendah PENGENALAN Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) adalah merupakan salah satu kaedah dalam membuat perbandingan keberkesanan pendidikan di sesebuah negara. Secara umumnya, TIMSS dan PISA adalah untuk menilai kemahiran menaakul dan penyelesaian masalah di sekolah rendah dan menengah bagi dua subjek yang utama iaitu Sains dan Matematik. Maklumat yang diperoleh daripada TIMSS dan PISA berdasarkan sampel murid di Malaysia adalah merupakan sesuatu yang sangat penting kepada KPM dalam merancang dan menentukan polisi dan hala tuju dalam sistem pendidikan di Malaysia. Melaluinya, KPM dapat merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam memastikan murid disediakan dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian serta berkualiti. Berdasarkan kepada PPPM, KPM menegaskan bahawa pengabaian terhadap asas pendidikan tidak akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 144 yang maju. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan antara langkah awal KPM dalam merombak kembali sistem dengan penambahan pelbagai elemen di dalamnya bagi melahirkan generasi yang berkeupayaan berfikir secara kreatif dan kritis. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Program i-Think adalah antara inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam langkah menyediakan murid dengan kurikulum yang seimbang, adil dan bersesuaian dengan tahap kognitif murid. KBAT dan i-Think adalah beberapa perkara yang dilakukan oleh KPM bagi meningkatkan kedudukan Malaysia di dalam TIMSS dan PISA serta secara tidak langsung dapat membentuk murid yang berdaya tahan. Ini selaras dengan kenyataan PPPM bahawa salah satu daripada ciri utama yang diperlukan dalam melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global adalah dengan adanya unsur KBAT. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013) menyatakan KBAT adalah keupayaan seseorang dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran serta nilai dalam membuat penaakulan mahupun refleksi untuk menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu yang baru. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013) menjelaskan kurikulum pendidikan di Malaysia mengadaptasi taksonomi Bloom melalui semakan Anderson dan Krathwohl (2001) di dalam bukunya, A Taxonomy for Learning, Teaching, and Assessing: A Revision of Bloom's Taxonomy of Educational Objectives dengan menyenaraikan aspek KBAT terdiri daripada kategori menganalisis, menilai dan mencipta. Bloom dan Krathwohl (1956) merujuk KBAT sebagai proses penggunaan mental bagi menganalisis, mensintesis dan menilai. KBAT juga bukanlah sesuatu aktiviti atau perkara yang dilakukan secara rutin atau kerap kali dengan terdapat empat aspek yang ditekankan iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perkara biasa yang dilakukan secara berulang kali tanpa memerlukan proses berfikir yang kompleks dikenali sebagai kemahiran berfikir aras rendah. Nooriza Kassim dan Effandi Zakaria (2015) menerangkan kemahiran berfikir aras rendah adalah sesuatu yang berbeza iaitu proses atau kemahiran yang hanya melibatkan aplikasi rutin, mekanistik dan penggunaan minda yang terhad. Oleh kerana KBAT dianggap sebagai salah satu perkara yang agak membebankan kepada murid, maka KPM telah memperkenalkan peta pemikiran i-Think sebagai salah satu usaha mewujudkan suasana di dalam kelas yang kondusif. Peta pemikiran i-Think mampu mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta berkesan (Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli, & Mohamed Yusoff Mohd Nor, 2015). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah satu teknik pengajaran yang diperkenalkan untuk menggalakkan murid berfikir dan fokus dalam memahami tajuk yang dipelajari (Pardieck, 2011). Tujuan i-Think sebenarnya merangsang pemikiran murid secara aktif melalui beberapa peta pemikiran yang disesuaikan


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 145 mengikut topik dan unit. Kaedah menggunakan peta pemikiran akan memperkembangkan potensi dan melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif serta mampu berfikir pada aras tinggi sekali gus mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara (FPK) (Rosnidar Mansor et al., 2015). Kajian literatur bersistematik ini adalah bagi menilai kajian, kertas kerja dan penulisan berkaitan KBAT, i-Think dan hubungannya dengan subjek Matematik di sekolah rendah. Sasaran tahun literatur adalah dari 2019 sehingga 2022. SOROTAN LITERATUR Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al. (2017) dalam Aling dan Siti Mistima Maat (2021) menyatakan bahawa pengetahuan, kemahiran serta sikap guru akan menjadi penentu dalam menjayakan pelaksanaan elemen KBAT bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian Aling dan Siti Mistima Maat (2021) pula dalam menilai tahap penerapan dan kefahaman guru Matematik terhadap KBAT mendapati keputusannya menunjukkan tahap kefahaman guru berada tahap yang tinggi. Kajian (Aling & Siti Mistima Maat, 2021; Mohamad Nurul Azmi Mat Nor et al., 2017) membuktikan guru memainkan peranan utama dalam meningkatkan KBAT murid. Roselizam Daud et al. (2020) menyatakan kurangnya kajian berkaitan pemikiran i-Think telah dilaksanakan kebelakangan ini. Nurhafizah Zaidi et al. (2015) dan Normah Zakaria et al. (2018) dalam Roselizam Daud et al. (2020) menerangkan tentang aplikasi peta pemikiran i-Think bagi proses pengajaran dan pembelajaran matematik serta kaedah dalam meningkatkan KBAT manakala Shamsazila Sa’ban et al. (2015) pula melalui kajian tinjauan pendedahan program i-Think di peringkat sekolah mengikut pendekatan yang telah digunakan. Roselizam Daud et al. (2015) menambah kebanyakan sekolah tidak mengaplikasikan peta pemikiran i-Think secara menyeluruh tetapi hanya menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan sahaja. Hal ini mungkin disebabkan kebanyakan guru hanya ingin menghabiskan sukatan pembelajaran dan tidak mempertimbangkan kepada daya kreativiti dan berfikir murid. Namun begitu, Rohaida Yusop dan Zamri Mahamod (2015) memberikan beberapa sebab seperti pandangan guru yang menyatakan murid perlu terlebih dahulu menguasai semua fakta dan konsep sesuatu mata pelajaran sebelum peta pemikiran boleh digunakan. METODOLOGI Pengenalpastian (Identification) Pemilihan beberapa kertas atau artikel yang bersesuaian dengan laporan ini adalah berdasarkan proses semakan sistematik yang terdiri daripada tiga fasa utama. Langkah pertama adalah mengesan kata kunci yang berhubung, istilah serupa berdasarkan tesaurus, kamus, ensiklopedia dan kajian terdahulu. Selepas semua kata kunci yang berkaitan telah ditetapkan,


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 146 rentetan carian dilakukan pada pengkalan data Google Scholar, Mendeley dan Semantic Scholar (Jadual 1) telah dibuat. Pada langkah pertama proses semakan sistematik, sebanyak 951 kertas kajian dan penulisan artikel diperoleh daripada semua pengkalan data. Jadual 1 Rententan Carian Google Scholar Any where in title: “Malaysia AND kemahiran berfikir aras tinggi AND matematik AND sekolah rendah” Tarikh capaian: Mac 2023 Mendeley Sort by most relevant: “Malaysia kemahiran berfikir aras tinggi matematik sekolah rendah” Tarikh capaian: Mac 2023 Semantic Scholar Search: “Malaysia kemahiran berfikir aras tinggi matematik sekolah rendah” Tarikh capaian: Mac 2023 Saringan (Screening) Pada langkah yang seterusnya, kesemua kertas kajian ini telah disaring berdasarkan beberapa kriteria kemasukan dan pengecualian yang telah dibina oleh penyelidik. Ini termasuk kajian berterusan, penyelidikan sistematik, semakan, meta-analisis, meta-sintesis, persidangan, prosiding, buku dan akhbar. Tahun yang dipilih untuk saringan adalah antara 2019 sehingga 2022. Pemilihan dikhaskan pada negara Malaysia sahaja. Secara keseluruhannya, 396 kertas kajian telah dikeluarkan mengikut kriteria saringan manakala 555 kertas kajian telah diterima. Kelayakan (Eligibility) Langkah ketiga adalah kelayakan dengan 555 artikel telah disediakan. Semua tajuk artikel dan kandungan utama telah disemak secara menyeluruh pada peringkat ini untuk memastikan keperluan kemasukan dipenuhi dan sesuai dengan matlamat penyelidikan semasa. Oleh itu, 538 artikel lagi dikeluarkan kerana tidak memenuhi syarat, manakala empat artikel telah dikeluarkan kerana ia berulang. Akhir sekali, 13 artikel tersedia untuk semakan (Jadual 2) dan carta alir carian literatur yang dicadangkan (Rajah 1).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 147 Abstrak Data dan Analisis Rajah 1 Carta Alir Carian Literatur yang Dicadangkan Pengenalpastian Rekod dikecualikan Ikut kriteria; Alih keluar bukan Bahasa Melayu, < 2018, persidangan, prosiding, buku, akhbar. (n = 396) Pengenalpastian melalui pencarian Google Scholar Rekod selepas pengenalpastian Google Scholar (n = 915), Mendeley (n =2), Semantics Scholar (n = 34), (Jumlah = 951) Pemeriksaan Akses artikel yang layak (n = 555) Pengenalpastian melalui pencarian Mendeley Teks penuh dikecualikan Teks penuh tidak memenuhi kriteria: • Bukan bidang • Tajuk tiada hubungan • Abstrak tidak signifikan • Objektif tidak sesuai Rekod dikeluarkan (n = 538) Saringan Rekod berulang dikeluarkan (n = 4) Terpilih Kajian termasuk dalam analisis kualitatif (n = 13) Pengenalpastian melalui pencarian Semantic Scholar


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 148 Jadual 2 Kriteria Pemilihan yang Dicari Kriteria Kemasukan Pengecualian Bahasa Bahasa Melayu Bukan Bahasa Melayu Subjek Matematik Bukan Matematik Garis Masa 2019 - 2022 < 2018 Jenis Literatur Jurnal (Artikel) Persidangan, Prosiding, Buku, Akhbar. DAPATAN Ringkasan Dapatan Bil Pengarang Reka Bentuk Negara Peringkat KBAT i-Think 1 Azriana Abdul Azis & Roslinda Rosli (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / / 2 Bernard Tahim Bael, Suppiah Nachiappan, & Maslinda Pungut (2021) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah / 3 Cheng Jia Wei & Roslinda Rosli (2020) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / / 4 Logeswari Kanagah Rajah & Mohd Afifi Bahurudin Setambah (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 5 Maxwell Aling & Siti Mistima Maat (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / 6 Ngu Keh Hee & Siti Mistima Maat (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / / 7 Noornabilah Isah & Tan Tong Hock (2019) Kuantitatif Malaysia Institut Pendidikan Guru / / 8 Radha Gandi, Mohd. Ridzwan Che Rus & Suriani Mohamed (2021) Kuantitatif & Kualitatif Malaysia Universiti /


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 149 9 Sakeenah Mohd Reza & Mohd Izwan Mahmud (2021) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / / 10 Roselizam Daud, Roslan Ab Rahman, & Amirah Wahidah Adnan (2020) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah & Sekolah Menengah / / 11 Tay Ying Shian & Roslinda Rosli (2022) Kualitatif Malaysia Sekolah Rendah / 12 Viviana Irina Nawot & Roslinda Rosli (2022) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / / 13 Wan Kok Pin & Syed Mohd Hashim (2019) Kuantitatif Malaysia Sekolah Rendah / / Latar Belakang Artikel Kajian Berdasarkan 13 artikel yang telah dipilih, kesemuanya adalah diperoleh dari Malaysia dengan memfokuskan kepada KBAT dan i-Think. Artikel yang menganalisis kandungan di dalam buku sama ada terdapat elemen KBAT terdiri daripada tiga artikel (Azriana Abdul Azis & Roslinda Rosli, 2021; Cheng & Roslinda binti Rosli, 2020; Viviana & Roslinda Rosli, 2022), menganalisis kandungan di dalam topik terdiri daripada satu artikel (Tay & Roslinda Rosli, 2022), analisis berkaitan kesediaan guru dalam KBAT di peringkat sekolah (Bernard et al., 2021; Maxwell & Siti Mistima Maat, 2021) dan pelatih guru (Noornabilah Isah & Tan, 2019) manakala beberapa kajian adalah menggunakan kaedah eksperimen bagi menentukan tahap KBAT murid di sekolah rendah dan menengah (Rajah & Mohd Afifi Bahurudin Setambah, 2022; Ngu & Siti Mistima Maat, 2022; Radha et al., 2021; Sakeenah Mohd Reza & Mohd Izwan Mahmud, 2021; Roselizam et al., 2020; Wan & Syed Mohd Hashim, 2019). Tahun penerbitan artikel dipilih dari tahun 2019 sehingga 2022. Dua artikel dari tahun 2019 (Noornabilah Isah & Tan, 2019; Wan & Syed Mohd Hashim, 2019), dua artikel dari tahun 2020 (Cheng & Roslinda binti Rosli, 2020; Roselizam et al., 2020), lima artikel dari tahun 2021 (Azriana Abdul Azis & Roslinda Rosli, 2021; Bernard et al., 2021; Maxwell & Siti Mistima Maat, 2021; Radha et al., 2021; Sakeenah Mohd Reza & Mohd Izwan Mahmud, 2021) dan empat artikel dari tahun 2022 (Rajah & Mohd Afifi Bahurudin Setambah, 2022; Ngu & Siti Mistima Maat, 2022; Tay & Roslinda Rosli, 2022; Viviana & Roslinda Rosli, 2022).


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 150 Reka bentuk kajian yang terdapat pada 13 artikel tersebut adalah kuantitatif dan kualitatif. Sembilan artikel menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif (Azriana Abdul Azis & Roslinda Rosli, 2021; Cheng & Roslinda Rosli, 2020; Rajah & Mohd Afifi Bahurudin Setambah, 2022; Maxwell & Siti Mistima Maat, 2021; Ngu & Siti Mistima Maat, 2022; Noornabilah Isah & Tan, 2019; Sakeenah Mohd Reza & Mohd Izwan Mahmud, 2021; Viviana & Roslinda Rosli, 2022; Wan & Syed Mohd Hashim, 2019), tiga artikel menggunakan reka bentuk kajian kualitatif (Bernard et al., 2021; Roselizam et al., 2020; Tay & Roslinda Rosli, 2022) dan artikel yang menggunakan kedua-dua reka bentuk kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif adalah hanya satu artikel (Radha et al., 2021). PERBINCANGAN Analisis Aras Kognitif KBAT Berdasarkan 13 artikel yang dipilih, kesemua artikel membincangkan tentang KBAT di dalam analisis dan kajian masing-masing. Artikel yang menganalisis tahap KBAT di dalam buku teks telah mendapati bahawa elemen KBAT yang diterapkan adalah mencukupi dan bersesuaian dengan keadaan pengajaran dan pembelajaran semasa. Sebagai contoh, dapatan kajian Azriana Abdul Azis dan Roslinda Rosli (2021) mendapati bahawa buku teks Matematik Tahun 4 KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah ) Semakan memiliki aras kognitif soalan yang sederhana dengan bilangan soalan yang dominan pada Tahap Inferensi dengan elemen KBAT yang terlibat pula lebih berfokus kepada kemahiran mengaplikasikan dan menganalisis. Tahap Kesediaan dan Kemampuan Guru dalam KBAT Beberapa artikel telah mengkaji berkaitan tahap kesediaan dan kemampuan guru dalam menerima dan melaksanakan elemen KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian Bernard et al. (2021) menunjukkan bahawa guruguru masih mempunyai pemahaman yang kurang jelas tentang KBAT dan masih belum menguasai sepenuhnya kandungan PAK21 (Pembelajaran abad ke-21) serta tidak mempunyai persediaan yang secukupnya dalam melaksanakan KBAT dalam PAK21. Guru-guru menyatakan masalah berkaitan kekurangan aspek fizikal bilik darjah, kekurangan bahan-bahan sokongan pengajaran serta mengalihkan kesukaran pengajaran ke atas kelemahan murid-murid. Pendekatan yang Pelbagai dan KBAT Rajah dan Mohd Afifi Bahurudin Setambah (2022), Ngu dan Siti Mistima Maat (2022), Radha et al. (2021), Sakeenah Mohd Reza dan Mohd Izwan Mahmud (2021), Roselizam et al. (2020) serta Wan dan Syed Mohd Hashim (2019) adalah artikel yang menulis berkaitan kajian menggunakan eksperimen bagi menentukan beberapa kriteria KBAT yang terdapat pada murid. Rajah dan Mohd Afifi Bahurudin Setambah (2022) menggunakan kaedah peta alir dalam menentukan kemahiran berfikir murid tahun tiga dalam Matematik. Ngu dan Siti Mistima


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 151 Maat (2022) pula pada kaedah melukis petak dalam meningkatkan pencapaian topik menambah pecahan mudah bagi murid tahun empat. Hasil analisis data bagi kesemua kajian (Rajah & Mohd Afifi Bahurudin Setambah, 2022; Ngu & Siti Mistima Maat, 2022; Radha et al., 2021; Sakeenah Mohd Reza & Mohd Izwan Mahmud, 2021; Roselizam et al., 2020; Wan & Syed Mohd Hashim, 2019) yang menggunakan eksperimen adalah menunjukkan bahawa penguasaan responden adalah meningkat apabila perbandingan dilakukan antara ujian pra dan ujian pasca dijalankan. KESIMPULAN Tinjauan sistematik ini membincangkan tentang KBAT, i-Think dan subjek Matematik di sekolah rendah berdasarkan artikel dari tahun 2019 sehingga 2022. Jumlah penerbitan artikel juga didapati tidak menunjukkan peningkatan. Pengkaji telah menggunakan pangkalan data Google Scholar, Mendeley dan Semantic Scholar bagi mendapatkan artikel berkenaan. Berdasarkan dapatan, KBAT dan iThink sememangnya memberi pengaruh besar kepada murid terutama dalam bidang pendidikan Matematik. RUJUKAN Aling, M., & Siti Mistima Maat (2021). Tahap penerapan dan kefahaman guru matematik terhadap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam PdP matematik di sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 331-341. Azriana Abdul Azis, & Roslinda Rosli (2021). Analisis aras kognitif bagi soalan dalam buku teks matematik tahun 4 KSSR semakan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6(3), 146-158. https://doi.org /10.47405/mjssh.v6i3.712 Anderson, L., & Krathwohl, D. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A revision of Bloom's taxonomy of educational objectives. New York: Longman. Bloom, B. S., & Krathwohl, D. R. (1956). Taxonomy of education objectives: The classification of educational goals, by a committee of college and university examiners. Handbook 1: Cognitive domain. New York: Longmans. Cheng, J. W., & Roslinda Rosli (2020). Analisis domain kognitif bagi latihan dalam buku teks matematik Tahun 6. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 5(11), 116-126. https://doi.org/10.47405 /mjssh.v5i11.549 Hee, N., & Siti Mistima Maat (2022). Keberkesanan kaedah melukis petak dalam meningkatkan pencapaian topik pertambahan pecahan mudah murid tahun empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7(1), 184-191.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 152 Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kuala Lumpur. Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (The element of higher order thinking skills). Kuala Lumpur: Penerbit Surya Sdn. Bhd. Nooriza Kassim, & Effandi Zakaria (2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Analisis keperluan guru. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 1-12. Normah Zakaria, Azita Ali, Nur Izeanty Hamidon, & Suhaili Abd Rasap (2018). Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Online Journal for TVET Practitioners, 3, 19-26. Nornabilah Isah, & Tan, T. H. (2019). Penggunaan peta pemikiran i-Think dalam smalan pedagogi matematik dalam kalangan guru pelatih Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Teknokrat II, XXI. https: //myjms.mohe.gov.my/index.php/jpt/article/view/8403 Nurhafizah Zaidi, Roslinda Rosli, & Mohamed Yusoff Mohd Nor (2015). Aplikasi peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. World Academic and Research Congress. https://doi.org/10.1016/j.jbiomech.2012.08.025. Pardieck, S. C. (2011). Visual literacy: Reading and analyzing e-primary sources teaching with primary sources. Illinois Reading Council Journal, 40(1), 28-32. Rajah, K. L., & Mohd Afifi Bahurudin Setambah (2022). Effect of using flow map towards mathematical achievement and thinking skills among year three students. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 12(1), 101-115. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol12.1.9.2022 Radha T. G., Mohd. Ridzwan Che Rus, & Suriani Mohamed (2021). Pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) dalam pembangunan model pemikiran inventif pelajar mata pelajaran reka cipta. Journal of Educational Research and Indigenous Studies, 3(1), 143-155. Roselizam Daud, Roslan Ab. Rahman, & Amirah Wahidah Adnan (2020). Keberkesanan peta pemikiran i-Think dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). International Social Science and Humanities Journal, 3(1), 64-78. Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah, & Nik Azmah Nik Yussuf (2015) Keberkesanan penggunaan i-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat bahan, sains tahun 4. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 5(2), 98-116. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2154 Shamsazila Sa’ban, Muhammad Faizal Abdul Ghani, & Ghazali Darusalam (2015). Pendedahan program i-Think di peringkat sekolah mengikut pendekatan sekolah secara menyeluruh: Satu kajian awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(1), 32-46.


Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 153 Tay, Y. S., & Roslinda Rosli (2021). Analisis domain kognitif bagi topik wang dalam buku teks matematik tahun 5 dan tahun 6 KSSR semakan 2017. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, 1–21. https://doi.org /10.37134/jpsmm.vol12.2.1.2022 Wan, K. P., & Syed Mohd Hashim (2019). Penggunaan kaedah box out untuk meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah matematik bercerita melibatkan operasi pendaraban. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 14, 28-45. Viviana, I. N., & Roslinda Rosli. (2022). Analisis kandungan topik pecahan buku teks matematik KSSR semakan (2017) berdasarkan domain kognitif taksonomi Bloom. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(4), 329-343.


Click to View FlipBook Version