Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 42 Ez Care Signature Ez Care Signature dibangunkan tanpa sebarang kos bagi membantu pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling tanpa perlu berjumpa kaunselor. Ez Care Signature merangkumi empat soalan demografi manakala soalan kelima merupakan luahan isu, masalah dan perasaan responden. Hal ini adalah selaras dengan proses kaunseling seperti yang diutarakan oleh (Sajjad, 2017) bahawa proses kaunseling bermula dengan meneroka cabaran dan isu yang dihadapi oleh klien sebelum membimbing untuk penyelesaian. Justeru itu, setelah responden meluahkan isu atau perasaan mereka, responden akan menentukan sendiri dimensi atau isu sebenar yang dihadapi dalam soalan keenam. Terdapat lima pilihan dimensi iaitu Akademik, Sosial, Keluarga, kewangan dan Pengurusan Masa. Dimensi-dimensi ini dipilih berdasarkan satu kajian tinjauan yang telah dijalankan terhadap 30 orang responden sebelum Ez Care Signature dibangunkan. Seterusnya, Ez Care Signature akan membimbing responden celik akal dalam menghadapi isu yang telah dikemukakan melalui jawapan dan cadangan yang dipilih sendiri oleh responden. Penyataan Masalah Perkhidmatan kaunseling diharap dapat membantu pelajar Institut Pendidikan Guru bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam pembentukan personaliti. Tambahan lagi, kajian Tengku Norhani (2020) mendedahkan bahawa masalah penyesuaian berlaku dalam kalangan pelajar yang mengikuti Program Persediaan Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru. Beliau juga menyarankan perkhidmatan kaunseling untuk pelajar di Institut Pendidikan Guru perlu diperkukuhkan lagi. Selain itu, Aminah (2017) pula menyatakan bahawa Isu penyesuaian transisi dari sekolah ke pengajian tinggi bukan sahaja berlaku dalam kalangan pelajar universiti bahkan pelajar IPG juga turut terkesan. Hal ini diperkukuh lagi dengan dapatan kajian Nadiana (2020) bahawa terdapat isu-isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar di IPG khususnya mereka yang berada di semester satu. Nadiana et al. (2020) juga menyarankan agar isu kesihatan mental pelajar IPG diberikan fokus dan ketelitian yang sewajarnya kerana dibimbangi akan memberi kesan pada pembangunan pelajar dan berlarutan sehingga mereka berada dalam dunia keguruan sebenar. Namun begitu, dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak sanggup untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling kerana dipengaruhi oleh perspektif negatif terhadap perkhidmatan kaunseling seperti yang dinyatakan oleh Bakar dan Zakaria (2018), serta Low (2013). Oleh itu, tanggapan negatif terhadap perkhidmatan kaunseling harus diperbetul seperti yang ditegaskan oleh Ahmad dan Suradi (2011), serta Kok dan Low (2017) kerana pemahaman masyarakat Malaysia dari dulu hingga kini terhadap kaunselor dan perkhidmatan kaunseling adalah terhad dan natijahnya para pelajar dan komuniti enggan dan malu untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 43 Justeru itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengatasi keseganan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara bersemuka dengan menguji keberkesanan Ez Care Signature sebagai alternatif bagi membantu pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling tanpa berjumpa kaunselor seperti yang disarankan oleh Nadiana et al. (2020) bahawa kajian keperluan perkhidmatan kaunseling dan intervensi dalam perkhidmatan kaunseling adalah penting bagi memantapkan kesejahteraan pelajar di Institut Pendidikan Guru. Sehubungan itu, Ez Care Signature diharap dapat membantu pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling demi menjaga kesejahteraan mereka selaras dengan dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG3) iaitu memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur. Tujuan Kajian Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling, keberkesanan perkhidmatan Ez Care Signature, dan meneroka sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling berbanding Ez Care Signature. Tujuan kajian ini juga adalah untuk memberi pilihan kepada pelajar dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling demi meningkatkan kesejahteraan mereka sepanjang berada di Institut Pendidikan Guru. Objektif Kajian 1. Mengenal pasti pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru. 2. Mengenal pasti keberkesanan Ez Care Signature dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru. 3. Meneroka sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling berbanding Kaunseling Ez Care Signature. Persoalan Kajian 1. Apakah pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru? 2. Adakah kaunseling Ez Care Signature berkesan dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru? 3. Apakah sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru. berbanding kaunseling Ez Care Signature? Kepentingan Kajian Kajian keberkesanan Ez Care Signature ini adalah penting sebagai satu alternatif bagi membantu pelajar di Institut Pendidikan Guru mendapatkan perkhidmatan kaunseling tanpa berjumpa kaunselor secara bersemuka. Penggunaan Ez Care Signature diharap dapat merealisasikan Sustainable Development Goal (SDG 3) dalam memastikan kehidupan sihat dan menggalakkan kesejahteraan kepada semua lapisan umur.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 44 KAJIAN LITERATUR Menurut Nor Amni (2016) kaunseling adalah satu proses menolong klien yang menunjukkan penolong adalah lebih baik daripada klien yang ditolong. Nor Amni (2016) juga menyatakan bahawa kaunseling adalah satu proses atau cara menolong seseorang yang berhadapan dengan masalah yang sukar diatasi oleh individu tersebut pada ketika itu. Menurut Nam (2013) ramai penyelidik telah meneroka faktor-faktor yang mungkin menghalang individu daripada mendapatkan khidmat kaunseling dalam kajian sebelumnya dan telah mengenal pasti faktor yang berbeza seperti harga diri, tekanan psikologi, sokongan sosial, risiko yang diharapkan, faedah pendedahan diri, stigma kendiri, stigma awam, ketakutan terhadap rawatan dan mengelakkan perasaan negatif dari pengalaman yang menyakitkan. Selain itu, Salina dan Khairul Azmi (2018) berpendapat alasan stigma awam sebagai faktor yang menjadikan pelajar universiti teragak-agak untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Suradi (2010) pula menyatakan bahawa kaunselor perlu merancang intervensi untuk menarik klien mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Tannous (2017) pula telah menyatakan satu kaedah yang baharu telah ditemui oleh kaunselor dalam membantu klien mereka yang menjalani sesi kaunseling secara atas talian tanpa perlu menghadiri sesi kaunseling bersemuka. Kaedah baharu ini disokong oleh dapatan kajian (Wong et al., 2018) yang menyatakan perkhidmatan kaunseling secara atas talian mempunyai potensinya untuk meningkatkan kemudahan perkhidmatan kesihatan mental sekaligus mengurangkan stigma masyarakat terhadap perkhidmatan kesihatan mental. Tambahan pula, perkhidmatan kaunseling dalam talian dapat membuka ruang terhadap golongan remaja yang ingin menjalani sesi kaunseling namun takut diketahui oleh rakan sebaya. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini mengoptimumkan reka bentuk jenis mod gabungan untuk menjawab persoalan kajian. Reka bentuk gabungan adalah reka bentuk yang menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Manakala kaedah penyelidikan yang digunakan adalah kajian jenis tinjauan. Kajian tinjauan amat terkenal dan sangat meluas penggunaannya kerana serba guna, efisien, dan dapatan yang diterima mudah digeneralisasikan. Prosedur Pengumpulan Data Menurut Chua (2014), penyelidikan kuantitatif dikaitkan dengan data numerikal dan dikumpul serta dianalisis dengan menggunakan ujian statistik. Dalam kajian ini, data utama adalah data kuantitatif iaitu data yang diterima daripada 100 orang
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 45 responden dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Selain itu, data kauntitatif juga diperoleh daripada Ez Care Signature. Semua data diperoleh melalui aplikasi dalam talian. Data kualitatif pula diperoleh daripada analisis transkrip daripada hasil temu bual berstruktur dengan lima orang responden dalam kalangan pelajar Institut Pendidikan Guru. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian satu ialah Soal Selidik Pandangan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kaunseling di Institut Pendidikan Guru dan bagi menjawab persoalan kajian kedua statistik Ez Care Signature yang merangkumi 12 item digunakan. Persoalan kajian ketiga dijawab dengan kaedah temu bual berstruktur yang telah divalidasi oleh pakar dan merangkumi 10 item yang meneroka sikap terhadap perkhidmatan kaunseling berbanding kaunseling Ez Care Signature. Data diperoleh dengan menganalisis transkrip. Selain itu, data yang diperoleh daripada Ez Care Signature juga dibincangkan secara deskriptif dari aspek jantina, bangsa dan kategori isu yang diutarakan oleh responden. Secara keseluruhannya, data diperoleh untuk menjawab persoalan kajian adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1. Jadual 1 Persoalan Kajian dan Jenis Ujian Persoalan Kajian Jenis Ujian 1. Apakah pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru? 2. Adakah kaunseling Ez Care Signature berkesan dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru? 3. Apakah sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru berbanding kaunseling Ez Care Signature? Kekerapan dan Peratus Kekerapan dan Peratus Analisis Transkrip DAPATAN KAJIAN Bab ini melaporkan dapatan kajian berdasarkan keputusan soal selidik yang telah ditadbir dan data daripada EZ Care Signature. Selain itu, data kualitatif dibentangkan dalam bentuk tema dan sub tema yang diperoleh daripada analisis transkrip. Semua keputusan yang diperoleh dibentang dalam bentuk jadual dan rajah. Hasil dapatan kajian yang dikemukakan dalam bab ini adalah untuk menghuraikan jawapan kepada persoalan kajian seperti dalam Jadual 2.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 46 Jadual 2 Persoalan Kajian Persoalan kajian kuantitatif 1. Apakah pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru? 2. Adakah kaunseling Ez Care Signature berkesan dalam kalangan pelajar di Institut Pendidikan Guru? Persoalan kajian kualitatif 3. Apakah sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru berbanding kaunseling Ez Care Signature? Bagi menjawab persoalan kajian pertama yang berkaitan pandangan pelajar tehadap perkhidmatan kaunseling yang disediakan di Institut Pendidikan Guru, borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 100 orang pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus tersebut. Hasil dapatan soal selidik itu menunjukkan bahawa sebanyak 63% pelajar berjumpa dengan kawan sekiranya menghadapi masalah, 37% berjumpa dengan pensyarah 61% menyelesaikan masalah dengan ahli keluarga, 78 % pelajar pula menyelesaikan masalah mereka sendiri. Hanya 17 % darpada 100 orang pelajar berjumpa kaunselor jika mereka menghadapi masalah walaupun 82 % pelajar sedar akan kewujudan Perkhidmatan Kaunseling di Institut mereka. Rujuk Jadual 3: Analisis Soal Selidik Pandangan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Kaunseling di Institut Pendidikan Guru. Jadual 3 Analisis Soal Selidik Pandangan Pelajar terhadap Perkhidmatan Kaunseling di Institut Pendidikan Guru Perkara Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak pasti Bersetuju Sangat Setuju Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % 1. Saya mengatasi masalah dengan berjumpa kawan 10 10 15 15 12 12 46 46 17 17 2. Saya mengatasi masalah dengan bantuan pensyarah 10 10 22 22 31 31 30 30 7 7 3. Saya mengatasi masalah dengan bantuan keluarga 16 16 7 7 14 14 22 22 41 41
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 47 4. Saya mengatasi masalah dengan berjumpa kaunselor 21 21 26 26 36 36 13 13 4 4 5. Saya mengatasi masalah saya sendiri 1 1 10 10 11 11 50 50 28 28 6. Saya sedar wujudnya Unit kaunseling di Kampus 9 9 4 4 5 5 26 26 56 56 7. Saya pernah berkunjung di bilik Kaunseling 38 38 27 27 15 1 10 10 10 10 8. Saya tidak pernah menerima perkhidmatan kaunseling 11 11 18 1 14 14 21 21 36 36 9. Saya kerap berjumpa dengan kaunselor untuk perkhidmatan kaunseling 38 38 44 44 13 13 1 1% 4 4 10. Perkhidmatan kaunseling di IPGK sangat memuaskan 3 3 3 3 56 56 27 27 11 11 Persoalan kajian yang kedua dijawab dengan menggunakan statistik Ez Care Signature yang merangkumi 12 item. Dapatan kajian menunjukkan 99 pelajar telah menggunakan kaunseling Ez Care Signature berbanding hanya 17 orang pelajar menghadiri kaunseling bersemuka sebelum inovasi diadakan. Jadual 4 menunjukkan menunjukkan bahawa majoriti yang menggunakan Ez Care Signature terdiri daripada responden perempuan iaitu 84.85% (n = 84) daripada keseluruhan 99 responden manakala 15.15% (n = 15) daripada 99 adalah responden lelaki. Taburan bangsa responden pula menunjukkan 59.6% (n = 59) daripada 99 responden adalah berbangsa Melayu, 32.23% (n = 32) adalah Cina dan 5.05% (n = 5) adalah berbangsa India manakala responden berbangsa lain adalah 3.03% (n = 3) daripada 99 responden yang menggunakan Ez Care Signature.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 48 Jadual 4 Demografi Responden Kajian Kekerapan Peratus (%) Jantina Lelaki 15 15.15 Perempuan 84 84.85 Bangsa Melayu 59 59.6 Cina 32 32.23 India Lain-lain 5 3 5.05 3.03 Jadual 5 pula menunjukkan majoriti pelajar yang menggunakan Ez Care Signature mempunyai isu dalam dimensi pengurusan masa 31.31% (n = 31). Isu kedua tertinggi adalah isu akademik 25.25% (n = 25), kewangan 20.20% (n = 20), isu sosial 19.19% (n = 19) dan isu keluarga 4.04% (n = 4). Jadual 5 Dimensi / Isu Responden Kajian Dimensi/Isu Kekerapan Peratus (%) Pengurusan Masa Akademik Kewangan Sosial Keluarga 31 31.31 25 25.25 20 20.20 19 19.19 4 4.04 Jumlah 99 100 Jadual 6 menunjukkan 22 daripada 31 responden pelajar cuai dalam isu pengurusan masa, 18 orang pelajar menyatakan konstruk prestasi merupakan isu dalam dimensi akademik. Bagi dimensi kewangan, konstruk kos hidup atau kekurangan wang dinyatakan oleh 15 orang pelajar daripada 20 orang yang menjawab konnstruk kewangan. Bagi konstruk konflik dalam hubungan dimensi sosial 12 daripada 20 orang pelajar menyatakan konflik wujud dalam hubungan sosial dan hanya 2 orang pelajar tidak puas hati dengan keluarga mereka daripada 4 orang pelajar yang menjawab konstruk dimensi keluarga.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 49 Jadual 6 Konstruk Isu Respoden Kajian Dimensi/Isu Konstruk Jumlah Responden Kekerapan Peratus (%) Pengurusan masa Akademik Kewangan Sosial Keluarga Cuai 31 22 71.0 Prestasi 27 18 66.7 Kos hidup 20 15 75.0 Konflik 20 12 60.0 Tidak puas hati 4 2 50.0 Bagi menjawab soalan kajian ketiga iaitu sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru berbanding kaunseling Ez Care Signature, lima orang pelajar telah ditemubual dengan menggunakan soalan temu bual berstruktur. Soalan temu bual berstruktur berfokus kepada sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling berbanding kaunseling Ez Care Signature. Hasil temu bual diterbitkan dalam bentuk transkrip dan digunakan untuk menyokong keberkesanan Ez Care Signature. Dalam kajian ini kaedah mengumpul data kualitatif dilaksanakan mengikut proses dicadangkan oleh Chua et al. (2014) seperti dalam Rajah 1. Rajah 1 Proses Analisis Data Kualitatif (Chua et al., 2014) 1. MENGUMPUL DAN MENYUSUN DATA (Menjalankan Temu Bual) 2. MENGEKOD DATA (Data diverbatim dan dikodkan mengikut tema) 3. MENGANALISIS DATA (Membaca verbatim dan menyusun tema-tema) 4. VALIDASI TEMA & SUBTEMA 5. MELAPORKAN HASIL KAJIAN (Melaporkan Hasil kajian mengikut objektif kajian)
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 50 Jadual 7 menunjukkan demografi responden yang ditemubual. Kelima-lima orang pelajar ini pernah menggunakan perkhidmatan kaunseling Ez Care Signature. Pelajar-pelajar ini dipilih secara rawak merujuk kepada data dan isu yang dikemukakan dalam Ez Care Signature. Responden pertama berbangsa melayu, lelaki dan merupakan pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Responden kedua merupakan pelajar perempuan berbangsa Melayu yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Responden ketiga merupakan pelajar lelaki berbangsa India yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP). Responden keempat dan kelima merupakan pelajar berbangsa Cina, lelaki dan perempuan yang mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP). Jadual 7 Demografi Responden Dapatan data kualitatif diperoleh dengan menganalisis kandungan verbatim atau transkrip temu bual selepas sesi temu bual yang telah dilaksanakan antara 10 hingga 15 minit. Rajah 2 menunjukkan tema dan subtema yang telah dikategorikan seperti cadangan Ajzen dan Fishbein (2000) yang menyatakan bahawa sikap merupakan penilaian psikologikal yang baik dan buruk, berbahaya dan bermanafaat, menyenangkan atau tidak menyenangkan serta suka atau tidak suka. Justeru analisis dapatan yang diperoleh daripada verbatim temu bual dikategorikan kepada dua tema iaitu tema positif dan tema negatif terhadap Perkhidmatan Kaunseling dan Kaunseling Ez Care Signature. Rajah 2 menununjkkan tema dan subtema terhadap Perkhidmatan kaunseling. Bagi tema positif, subtema terdiri daripada keperluan kaunseling dan pengalaman responden manakala tema bagi dimensi negatif pula terdiri daripada stigma, kurang percaya, ciri-ciri kaunselor, dan kurang pendedahan serta aktiviti yang dapat mendekatkan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Majoriti responden menyatakan bahawa perkhidmatan kaunseling adalah suatu keperluan bagi mereka namun mereka juga tidak menyanggah bahawa mereka Kod Responden Bangsa Jantina Kump 1 Melayu L PISMP 2 Melayu P PISMP 3 India P PPISMP 4 Cina L PPISMP 5 Cina p PPISMP
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 51 tidak mendapatkan perkhdimatan tersebut disebabkan subtema-subtema negatif yang terdapat dalam Rajah 2. Namun begitu seorang daripada lima responden mempunyai pengalaman yang positif dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Justeru itu, pengalaman juga memainkan peranan dalam menentukan sikap pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling yang disediakan di Institut Pendidikan Guru. Rajah 2 Tema dan Subtema Sikap terhadap Perkhidmatan Kaunseling Rajah 3 menunjukkan sikap pelajar terhadap Ez Care Signature. Bagi Tema dimensi positif, subtema terdiri daripada jimat masa dan mudah, fokus isu utama, kurang stigma sosial, ruang privasi yang lebih selesa dan bebas luahkan isi hati tanpa judgemental serta fleksibel. Bagi dimensi negatif, subtema adalah berkaitan kepelbagaian isu. SIKAP TERHADAP PERKHIDMATAN KAUNSELING Dimensi Postitif Keperluan kaunseling pengalaman Dimensi Negatif Stigma Kurang Kepercayaan Ciri- Ciri Kaunselor Kurang Pendedahan& Aktiviti SIKAP TEMA SUBTEMA
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 52 Rajah 3 Tema dan Subtema Sikap terhadap Ez Care Signature Tema dan Subtema Sikap terhadap Perkhidmatan Kaunseling (i) Subtema Postif: Keperluan kaunseling Pengkaji: Bagi pendapat anda adakah perkhidmatan kaunseling diperlukan oleh pelajar di IPG? Responden 1: Perlu kerana di IPG sebenarnya situasinya sama juga di sekolah. Semua insan pasti akan ada masalah, tekanan. Tanda-tandanya apabila musim assignment, ha lagi lah. Lagilah dengan tekanan teruk tu. Jadi saya rasakan, apa ni, perkhidmatan kaunseling itu merupakan satu kewajipan lah, di IPG. (Keperluan Kaunseling) (ii) Subtema Negatif: Stigma Pengkaji: Pada pendapat anda mengapa pelajar enggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling walaupun disediakan dengan percuma? Responden 2: Ada yang memandang rendah apabila berjumpa kaunselor. Kalau jumpa kaunselor nanti orang cakap saya teruk, problematik atau macam you tak boleh nak selesaikan masalah sendiri ke? Teruk sangat ke? Dan kita orang sendiri pun akan SIKAP TERHADAP Ez Care Signature Dimensi Postitif Jimat masa dan mudah Fokus Isu Utama Dimensi Negatif Kurang Stigma Sosial Ruang privasi Fleksibel Kepelbagaian Isu SIKAP TEMA SUBTEMA
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 53 rasa dipandang rendah oleh orang sekeliling. Mungkin sebab tu la semua kami malu jumpa atau pergi kaunseling. (Stigma) Tema dan Subtema Sikap terhadap Ez Care Signature (i) Subtema Positif: Jimat masa, kurang stigma sosial, fleksibel dan Non Judgemental Pengkaji: Bagaimanakah Ez Care Signature memudahkan anda mendapatkan perkhidmatan kaunseling? Responden 1: Ez Care Signature memberi peluang kepada saya untuk meluahkan perasaandengan bebas tanpa ada sebarang rasa malu dan takut. Saya juga tidak perlu ke bilik kaunseling dan orang tidak nampak saya ke bilik kaunseling. Lagipun saya boleh gunakan bila-bila masa. Responden 2: Saya dapat meluahkan perasaan saya tanpa malu. Saya tidak takut apa yang orang akan cakap sebab tiada ada kaunselor depan saya. Saya berasa lega selepas kongsi isi hati. Saya tidak takut tindakan HEP terhadap saya bila guna Ez Care Signature. Rasa macam selamat dan rahsia dijaga. Saya rasa ada orang yang berkomunikasi dengan saya dan inipun macam lega juga sebab saya kadang-kadang tidak percaya kepada sesiapa. Responden 3: Ez Care ini macam tiada paksaan. Kalau kaunseling macam dipaksa. Bila sebut nama sahaja macam nak pengsan kena jumpa kaunselor. Orang semua pandang serong. Aduiii, sangat stress. Lepas tu macam sudah satu IPG tahu. Kalau Ez Care ini saya tulis sahaja apa- apa pun dan bila jawab isu-isu saya sendiri nampak isu saya apa yang sebenarnya. Macam bukan isu yang besar pun. Pelajar ada banyak isu dan Ez Care boleh juga jadi pilihan mereka. Responden 4: Mudah juga mendapatkan perkhidmatan kaunseling sebab boleh guna bila-bila masa. Kalau perlu guna sahaja kan, tak payah pi mana-mana dan yang penting tiada yang tahu. Paling saya suka dapat tulis semua perasaan yang terpendam. Lepas tu, soalansoalan yang diberi bantu saya tahu isu saya tu sebenarnya. (ii) Subtema Negatif: Kepelbagaian Isu Responden 5: Emmmmm…… ada juga isu lain yang tidak ada dalam senarai Ez Care. Hanya dapat luahkan isu tetapi macam tidak kena dengan dimensi pulak. PERBINCANGAN Bagi menjawab persoalan kajian pertama iaitu berkaitan pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru, data dianalisis mengikut setiap konstruk dalam bentuk kekerapan dan peratus. Hasil dapatan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 54 menunjukkan hanya 17 daripada 100 orang responden berjumpa kaunselor jika mereka menghadapi masalah. Perkara ini turut disokong oleh Alavi (2014) yang berpendapat seseorang individu akan hanya berjumpa kaunselor apabila masalah yang dihadapinya tidak mampu diselesaikan. Salina dan Khairul Azmi (2018) juga mendapati pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak menggunakan perkhidmatan kaunseling secara optimum. Banyak faktor yang telah dikemukakan oleh para pengkaji berkaitan keengganan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Menurut Topkaya (2015) stigma awam merupakan faktor yang penting dalam menghalang individu menerima perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Salina dan Khairul Azmi (2018) dengan pelajar universiti juga mendapati faktor dominasi keengganan pelajar menggunakan perkhidmatan kaunseling adalah stigma awam kerana pelajar bimbang akan persepsi kawan-kawan sekiranya mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Oleh itu adalah wajar Ez Care Signature ditawarkan sebagai salah satu pilihan untuk mengatasi kemelut ini. Persoalan kajian yang kedua adalah berkaitan dengan keberkesanan Ez Care Signature. Hasil dapatan menunjukkan 99 orang pelajar menggunakan Ez Care Signature berbanding hanya 17 orang yang menggunakan perkhidmatan kaunseling. Ez Care Signature telah dapat meneroka lima dimensi atau isu yang dihadapi oleh pelajar. Analisis data juga menunjukkan isu pengurusan masa merupakan isu yang paling dominan diikuti dengan isu akademik, sosial dan keluarga. Hal ini membuktikan bahawa pelajar di Institut pendidikan Guru juga memerlukan perkhidmatan kaunseling seperti yang diutarakan oleh Tengku Norhani et al. (2020) yang telah mengkategorikan cabaran transisi yang dihadapi oleh pelajar Institut Pendidikan Guru kepada lima tema utama iaitu akademik, sosial, emosi, komitmen institusi dan minat. Selain itu, Gladding (2018) juga telah menegaskan keperluan kaunseling bagi pelajar yang mengalami transisi dari sekolah ke kolej. Justeru itu, Ez Care Signature adalah merupakan satu lagi alternatif kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling pada bila-bila masa. Pelajar juga bebas meluahkan isi hati dan isu yang mereka hadapi tanpa menghiraukan persepektif orang lain terhadap mereka. Dapatan kajian ini diperkukuhkan dengan kajian Zainab (2018) yang menyatakan bahawa kaunseling dalam talian menggunakan amalan baharu secara maya. Secara keseluruhan, kaunseling dalam talian ini merupakan suatu inovasi yang relevan dengan kepesatan pembangunan negara dalam dunia terhubung dan berfungsi sebagai satu teknik kaunseling hikmah (wisdom counseling). Selain itu, kelebihan kaunseling dalam talian turut diperaku dalam membantu meringankan isu kesihatan mental seperti yang dinyatakan oleh (Clement et al., 2015; Cuijpers et al., 2017). Justeru itu, Ez Care Signature adalah berkesan kerana menepati banyak kriteria dan bersesuaian dengan alam kehidupan pelajar
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 55 seperti yang diyatakan oleh (Wong, 2018) bahawa kelebihan kaunseling dalam talian menjadi pilihan dalam kalangan pelajar universiti untuk memilih perkhidmatan tersebut berbanding kaunseling secara bersemuka. Oleh itu, Ez Care Signature merupakan satu alternatif dalam perkhidmatan kaunseling yang diwujudkan secara maya untuk membantu pelajar dalam aspek kesejahteraan. Persoalan kajian ketiga adalah merupakan sikap pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru berbanding kaunseling Ez Care Signature. Lima orang pelajar telah ditemubual dengan menggunakan soalan temu bual berstruktur. Hasil analisis transkrip mendapati tema positif dan subtema terdiri daripada keperluan kaunseling dan pengalaman manakala tema bagi tema negatif pula terdiri daripada subtema stigma, kurang percaya, ciri-ciri kaunselor, dan kurang pendedahan serta aktiviti yang dapat mendekatkan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Hasil analisis transkrip bagi sikap pelajar terhadap Ez Care Signaturei pula terdiri daripada tema positif dan subtema terdiri daripada jimat masa dan mudah, fokus isu utama, kurang stigma sosial, ruang privasi yang lebih selesa dan bebas luahkan isi hati tanpa judgemental serta fleksibel. Bagi tema negatif, subtema adalah berkaitan kepelbagaian isu. Keperluan perkhidmatan kaunseling diperkukuhkan lagi dengan analisis kualitatif kajian kerana hampir kesemua responden telah menyatakan keperluan perkhidmatan kaunseling di Institut Pendidikan Guru. Kesemua responden berpendapat bahawa perkhidmatan kaunseling amat diperlukan oleh mereka kerana mereka berjauhan daripada keluarga, memerlukan panduan mengurus stress, pengurusan kewangan, masalah peribadi, penyesuaian dengan kawan, masalah pembelajaran, peperiksaan, praktikum dan pelbagai cabaran semasa pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Responden kajian ini sedar akan keperluan dan manafaat perkhidmatan kaunseling, namun begitu mereka tidak menggunakan perkhidmatan tersebut sebagai sumber rujukan utama kerana pelbagai faktor yang menjadi penghalang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Salina dan Khairul Azmi (2018) dan Jennings (2017) yang juga mendapat maklum balas yang sama daripada responden kajian. Analisis kualitatif kajian ini juga menunjukkan pengalaman lampau juga membentuk sikap positif terhadap perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru. Antara maklum balas responden yang pernah mengikuti sesi kaunseling menunjukkan sikap yang positif terhadap perkhidmatan tersebut kerana didapati berkesan. Namun begitu, responden yang berkenaan bersetuju berkaitan keenganan pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling adalah kerana perspektif negatif, kurang pendedahan dan pemahaman tentang perkhidmatan yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru. Oleh itu adalah wajar Ez Care Signature ditawarkan sebagai salah satu pilihan untuk mengatasi kemelut ini.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 56 Berbanding dengan perkhidmatan kaunseling bersemuka, data kualitatif menunjukkan bahawa Ez Care Signature adalah lebih berkesan. Kesemua responden menyatakan Ez Care Signature adalah lebih mudah digunakan, jimat masa dan boleh digunakan bila-bila masa tanpa sebarang temu janji. Responden juga menyatatan mereka berasa lebih selesa untuk meluahkan isi hati dalam Ez Care Signature kerana tiada sebarang komen atau pandangan diberikan dalam Ez Care Signature. Responden juga menyatakan proses luahan perasaan pun sudah cukup untuk memberi ketenangan kepada mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan (Harris & Birnbaum, 2014; Hall, 2004; Oravec, 2000; Sindah, 2018) yang menyatakan bahawa Perkhidmatan kaunseling dalam talian juga melibatkan proses meluahkan perasaan secara bertulis. Proses menulis atau menaip merupakan proses penerokaan diri dan satu terapi. Responden juga menyatakan dimensi isu-isu dalam Ez Care Signature adalah sangat relevan dengan mereka iaitu isu pengurusan masa, akademik, kewangan, sosial dan keluarga. Namun begitu satu daripada lima responden menyatakan bahawa dimensi kepelbagaian isu adalah terhad dalam Ez Care Signature. Cadangan Dapatan kajian membuktikan bahawa pelajar di Institut Pendidikan Guru amat memerlukan perkhidmatan kaunseling sebagai sumber rujukan utama bagi menyokong kesejahteraan mereka. Namun begitu, terdapat beberapa faktor seperti stigma dan kurang kepercayaan yang menghalang mereka untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling walaupun mereka amat memerlukan perkhidmatan tersebut. Oleh yang demikian, kaunselor boleh menyediakan satu alternatif seperti Ez Care Signature sebagai perkhidmatan kaunseling kepada pelajar di Institut Pendidikan Guru. Kemampuan internet yang efektif sebagai prasarana membina hubungan seharusnya membuka ruang dan peluang pengamal kaunseling untuk mengambil insiatif memaksimumkan ruang internet ini. Hal ini sekaligus membuka ruang kepada perkembangan perkhidmatan kaunseling dalam talian untuk merebut peluang yang ada seperti yang dinyatakan oleh (Zainudin, 2019). Selain itu, dimensi isu dalam Ez Care Signature dipelbagaikan dan dicadangkan bagi klien yang memerlukan bantuan selain daripada dimensi dan konstruk Ez Care Signature diberi perkhidmatan melalui sesi berkomunikasi secara maya dan dibimbing sehingga celik akal. Adalah dicadangkan juga perkhidmatan kaunseling Ez Care Signature diperluas untuk pensyarah, staf, guru dan pelajar di sekolah.Bagi murid sekolah rendah, Ez Care Signature dipertingkatkan dengan elemen lukisan dan warna dalam menawarkan perkhidmatan kaunseling. KESIMPULAN Hasil dapatan kajian ini diharap dapat digunakan oleh kaunselor dan pelajar sebagai salah satu pilihan dalam perkhidmatan kaunseling. Dimensi isu-isu dan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 57 cadangan-cadangan bimbingan boleh ditambah baik dari semasa ke semasa. Ez Care Signature diharap dapat membantu pelajar berkongsi isu, luahan perasaan dan memperoleh celik akal dalam mengatasi isu yang mereka alami demi kesejahteraan bakal guru yang selaras dengan Sustainable Development Goals - 3(SDG 3) – Good Health and Well Being. RUJUKAN Alavi, M., Shafeq, S. M., Geramian, S. M., & Ninggal, M. T. (2014). International students' mental health and attitude toward counseling centers. Journal of Applied Sciences, 14(16), 1871-1876. Aminah Hasbullah, Irma Wani Othman, Norazah Mohd Suki, Muhammad Safuan Yusuff, Herlina Jupiter, & Rudie Adie Razak. (2016). Pengalaman tahun pertama pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sabah. Labuan eJournal of Muamalat and Society, 11(2017), 77-85. Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan – Ujian univariat dan multivariat (Buku 4, ed. ke-3). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education Clement, S., Schauman, O., Graham, T., Maggioni, F., Evans-Lacko, S., Bezborodovs, N., & Thornicroft, G. (2015). What is the impact of mental healthrelated stigma on help-seeking? A systematic review of quantitative and qualitative studies. Psychological Medicine, 45(1), 11- 27. https://doi.org/10.1017/S0033291714000129 Cuijpers, P., Kleiboer, A., Karyotaki, E., & Riper, H. (2017). Internet and mobile interventions for depression: Opportunities and challenges. Depression and Anxiety, 34(7), 596-602. https://doi.org/10.1002/da.2264 Ercan, L. E. (2010). An analysis of the relationship between attitudes towards seeking psychological help and problem solving among university students. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 2(2), 1814-1819. http://dx.doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.03.990 Esquivel, G., & Keitel, M. (1990). Counseling immigrant children in the schools. Elementary School Guidance and Counseling, 84, 213-221. Flansburg, W. E. (2012). Factors that determine college students’ use of counselling services. Journal of American College of Health, 7(3), 243- 654. Gladding, S. T. (2018). Counselling: A comprehensive profession (8th ed.). Boston, MA: Pearson Education. Hall, P. (2004). Online psychosexual therapy: A summary of pilot study findings. Sexual and Relationship Therapy, 19(2), 167-178. https://doi.org /10.1080/146819904100016913 Harris, B., & Birnbaum, R. (2014). Ethical and legal implications on the use of technology in counselling. Clinical Social Work Journal, 43(2), 133-141. https://doi.org/10.1007/s10615-014-0515-0
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 58 Ismail, Z. (2018). Kaunseling Online Dalam Dunia Terhubung. AlHikmah, 10(2), 86-94. https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php /jalhikmah/article/view/336 Jennings, K. S., Goguen, K. N., Britt, T. W., Jeffirs, S. M., Wilkes, J. R., Brady, A. R., Pittman, R. A., & DiMuzio, D. J. (2017). The role of personality traits and barriers to mental health treatment seeking among college students. Psychological Services, 14(4), 513–523. Julal, F. S. (2013). Use of student support services among university students: Associations with problem focused coping, experience of personal difficulty and psychological distress. British Journal of Guidance & Counselling, 41(4), 414-425. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Panduan pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Kementerian Pendidikan Malaysia. Nor Amni Yusoff (2016). Ciri-ciri kaunselor berkesan dalam kompetensi kaunselor (ms. 155-174). Putrajaya: Profesional Lembaga Kaunselor. Oravec, J.A. (2000). Online counselling and the Internet: Perspectives for mental health care supervision and education. Journal of Mental Health, 9(2), 121-136. https://doi.org/ 10.1080/09638230050009122 Sajjad, K. S. M. (2017). Essentials of counselling. Abosar Prokashana Sangstha. Salina Nen, & Khairul Azmi Ibrahim (2018). Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia. e-BANGI, 13(4), 93-103. Seamark, D., & Gabriel, L. (2018). Barriers to support: A qualitative exploration into the help-seeking and avoidance factors of young adults. British Journal of Guidance & Counselling, 46(1), 120-131. Sindahl, T.N., Cote, L.P., Dargis, L, Mishara, B.L., & Bechmann, J. T. (2018). Texting for help: Processes and impact of text counseling with children and youth with suicide ideation, Suicide Life Threat Behavior, 23, 1–19. https://doi.org/10.1111/sltb.1253 Suradi Salim (2010). Psychological help seeking attitudes among Malaysian college and university students. Procedia Social and Behavioral Sciences, 5, 426-230. Tannous, A. (2017). Perceptions towards online counselling among University of Jordan students, Modern Applied Science, 11, 12. https://doi.org/10.5539 /mas.v11n12p68 Tengku Norhani Tengku Besar, Nor Shafrin Ahmad, & Shahabuddin Hashim (2020). Penyesuaian dan cabaran transisi pelajar tahun pertama di Institut Pendidikan Guru. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 3(9), 59-72. Wan Marzuki Wan Jaafar, Amir Awang, Salleh Amat, & Ruhani Mat Min (2016). Kompetensi Kaunselor Profesional. Putrajaya: Lembaga Kaunselor. Wong, K. P., Bonn, G., Tam, C. L., & Wong, C. P. (2018). Preferences for online and/or face to face counselling among university students in Malaysia. Frontiers in Pscyhoogy, 9(64), 1-5. https://doi.org/10.3389 /fpsyg.2018.0006
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 59 Zainudin, Z. N., Yusof, Y. M., Hassan, S. A., & Alias, B. S. (2019). The effectiveness of cybertherapy for the introvert and extrovert personality traits. Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences, 15, 105-109.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 60 EFIKASI GURU PRA PERKHIDMATAN DALAM MELAKSANAKAN PENDIDIKAN STEM Suah See Ling Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Guru pra perkhidmatan merupakan bakal pelaksana utama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan STEM di peringkat sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Sampel kajian ini terdiri daripada 163 pelajar guru Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Data telah dianalisis dengan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat (min), ukuran serakan (sisihan piawai), peratusan dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhan tahap efikasi guru pra perkhidmatan tentang pelaksanaan pendidikan STEM berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan pendidikan STEM. Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pihak IPGM dari segi keyakinan guru pra perkhidmatan terhadap pengaplikasian pengetahuan, kemahiran serta nilai dan etika dalam pengajaran dan pembelajaran STEM. Pihak IPGM dapat merancangkan kurikulum dan strategi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kata Kunci: Pendidikan STEM, efikasi guru, guru pra perkhidmatan PENDAHULUAN Pendidikan STEM merupakan pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Menurut Mutakinati et al. (2018), pendidikan STEM boleh meningkatkan pemikiran kritis dan kemahiran metakognitif pelajar dan adalah penting dalam menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Di Malaysia, pendidikan STEM merupakan agenda penting yang ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Guru merupakan pelaksana utama dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan pendidikan STEM di sekolah. Menurut Baharuddin (2011), guru merupakan individu yang menyebarkan kurikulum dan sikap guru serta keyakinan guru
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 61 dalam melaksanakan pendidikan STEM akan dapat meningkatkan kemahiran pembelajaran pelajarnya. Guru pra perkhidmatan merupakan bakal guru yang masih menuntut di peringkat institut ataupun universiti (Beachum et al., 2013). Untuk kajian ini guru pra perkhidmatan merujuk kepada pelajar guru yang menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang. Menurut Carney et al. (2016), efikasi kendiri guru pra perkhidmatan mempengaruhi motivasi, pengajaran tingkah laku dan strategi pengajaran guru pra perkhidmatan. Secara umumnya, efikasi guru didefinisikan sebagai sejauh mana seseorang guru berasa mampu untuk mengajar (Pan, 2014) ataupun sejauh mana seseorang guru percaya bahawa dia dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar dan pencapaian akademik mereka (Ashton & Webb, 1986; Guskey & Passaro, 1994). Untuk kajian ini, konsep efikasi guru difokuskan pada persepsi guru pra perkhidmatan terhadap tahap kemampuannya mengajar STEM. Adalah penting untuk mengetahui bagaimana tahap efikasi guru dalam melaksanakan pendidikan STEM, hal ini kerana ia boleh mempengaruhi bagaimana pelajar menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai etika STEM. Menurut Hampton (1996), apabila efikasi kendiri guru rendah, kesan terhadap prestasi pengajaran, kemungkinan besar akan menjadi negatif. Oleh itu, menilai tahap efikasi guru adalah penting. Walaupun terdapat kajian efikasi kendiri dan kepercayaan guru dalam domain STEM (Chen et al., 2020; Jamil et al., 2018) telah dilaksanakan di luar negara, tetapi di Malaysia masih belum ada kajian sebegini dilaksanakan ke atas guru pra perkhidmatan. Untuk mengatasi jurang ini, maka kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Pernyataan Masalah Pendidikan STEM membina sikap saintifik dalam kalangan pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Pengajaran dan pembelajaran STEM yang aktif dan berkualiti dapat membantu mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan untuk pelajar (Chang & Park 2014). Sehubungan itu, guru perlu menguasai STEM yang merupakan satu pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru perlu memahami cara melaksanakan STEM dengan berkesan untuk memberikan pengalaman pembelajaran yang terbaik kepada pelajar. Penyampaian guru dalam pengajaran STEM masih kurang berkesan (Ceylan & Ozdilek, 2015) disebabkan kurangnya pengetahuan yang mendalam dalam kaedah pelaksanaan STEM. Kajian Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan pada tahun 2017 terhadap kesedaran STEM dalam kalangan guru, mendapati hanya 29.9% guru sedar tentang STEM. Dapatan kajian ini juga menunjukkan penguasaan guru
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 62 dalam STEM amat rendah kerana tidak dapat mengaplikasi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran secara formal dan informal. Pendekatan STEM yang menekan pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dalam proses pengajaran dan pembelajaran gagal dilaksanakan oleh guru. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM] (2016), pendidikan STEM melibatkan proses pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian. Guru perlu menguasai ketiga-tiga elemen ini bagi memastikan pengajaran yang berkesan dapat dilaksanakan. Pengetahuan STEM merangkumi idea, konsep, prinsip, teori dan pemahaman dalam bidang STEM. Manakala kemahiran STEM merujuk kepada kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk. Nilai dan etika pula adalah akhlak atau moral positif. Oleh itu, guru pra perkhidmatan perlu menguasai ketiga-tiga elemen STEM ini supaya dapat melaksanakan pendidikan STEM dengan berkesan apabila mereka bertugas di sekolah nanti. Justeru, timbul persoalan pokok dalam pendidikan STEM iaitu adakah guru pra perkhidmatan telah menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM? Bolehkah mereka mengintergrasikan ketiga-tiga elemen ini semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM? Kajian lepas telah menunjukkan bahawa efikasi guru adalah berkaitan kepada prestasi, komitmen, ketekunan, dan motivasi mereka dalam melaksanakan amalan pengajaran berorientasikan pembaharuan, seperti pendidikan STEM (Gabriele & Joram, 2007; Ross & Bruce, 2007). Guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi lebih cekap dalam mengubah suai kaedah pengajaran mereka (Goddard et al., 2004). Daripada perspektif ini, maka semakin tinggi persepsi guru terhadap efikasi kendiri, semakin tinggi motivasi mereka. Justeru kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM melalui penelitian ketiga-tiga elemen STEM ini. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Secara khususnya, objetif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM. 2. Mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM. 3. Mengenal pasti tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membentuk nilai dan etika STEM.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 63 Soalan Kajian 1. Apakah tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM? 2. Apakah tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM? 3. Apakah tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membentuk nilai dan etika STEM? Kepentingan Kajian Dapatan kajian ini dapat memberikan maklumat kepada pihak IPGM dari segi keyakinan guru pra perkhidmatan terhadap pengaplikasian pengetahuan, kemahiran serta nilai dan etika dalam pengajaran dan pembelajaran STEM. Dengan ini, pihak IPGM dapat merangka modul, kandungan kurikulum dan strategi yang berkaitan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Dengan pemantapan kemahiran dan pengetahuan STEM, keyakinan guru pra perkhidmatan dalam pelaksanaan STEM lebih ke arah positif. KAJIAN LITERATUR Pendidikan STEM Pendidikan STEM merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang meneroka tentang elemen STEM (Becker & Park, 2011). Dalam konteks Malaysia, pendidikan STEM merujuk kepada kurikulum bersepadu yang mengintegrasikan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik berdasarkan tema dan kemahiran tertentu. Maksud STEM bersepadu adalah pengajaran dan pembelajaran bidang ilmu yang memasukkan elemen Sains dan Matematik dengan pengintegrasian amalan kejuruteraan dan rekabentuk kejuruteraan melalui teknologi (Johnson et al., 2016). Menurut KPM (2016), STEM dalam KSSR dan KSSM merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang sedia ada dalam semua mata pelajaran. Justeru, pendidikan STEM menekan kepada pembinaan pengetahuan bukan menerima pengetahuan semata-mata secara menghafal dan latih tubi semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru menekankan proses mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai mata pelajaran untuk menyelesaikan tugasan atau masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar semasa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Efikasi Guru Efikasi guru dikonsepsikan sebagai kepercayaan seseorang individu untuk bertindak terhadap situasi tertentu bagi mencapai matlamat tertentu (Bandura, 1997). Kajian lepas menunjukkan bahawa efikasi guru secara signifikan menyumbang kepada kegigihan, komitmen, kepuasan kerja dan kualiti
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 64 pengajaran mereka (Holzberger et al., 2013; Zakariya, 2020). Dalam disiplin STEM, efikasi kendiri adalah penunjuk yang kukuh tentang keyakinan dan kemahiran guru untuk mengajar STEM (Gunning & Mensah, 2011; Zakariya, 2020). METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai intrumen untuk mengenal pasti tahap kemampuan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM. Item-item soal selidik adalah dibina berdasarkan tiga elemen STEM, iaitu elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai dan etika. Soal selidik ini menggunakan Skala Likert lima mata sebagai skala jawapan. Maklum balas responden adalah berdasarkan aras persetujuan mereka terhadap item-item yang dikemukakan dan mengikut skala Likert lima mata. Analisis Data Data kajian ini dianalisis dengan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 19.0. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat (min), ukuran serakan (sisihan piawai), peratusan dan kekerapan. Maklumat latar belakang responden kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif. Tahap kemampuan guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM diinterpretasikan berdasarkan jadual 1 di bawah. Sekiranya skor min guru pra perkhidmatan melebihi 3.50, hal ini menunjukkan tahap efikasi mereka berada pada tahap tinggi. Sekiranya skor min adalah dalam julat 2.50 hingga 3.49, maka ini bermakna tahap efikasi guru pra perkhidmatan adalah sederhana. Jikalau skor min adalah dalam julat 1.00 hingga 2.49, bermaksud tahap efikasi adalah rendah. Jadual 1 Interpretasi Skor Min Skor Min Interpretasi Tahap 1.00 – 2.49 Rendah 2.50 – 3.49 Sederhana 3.50 – 5.00 Tinggi Sumber: Wierma, 2000 Sampel Kajian Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar guru PISMP IPG Kampus Pulau Pinang. Seramai 163 pelajar guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Antaranya 44.8% daripada sampel kajian merupakan pelajar guru ambilan tahun 2020, manakala 30.7% dan 24.5% merupakan pelajar guru ambilan tahun 2019 dan 2021.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 65 Jadual 2 Demografi Sampel Kajian Ambilan Pelajar Guru Frekuensi Peratus (%) PISMP Ambilan 2019 50 30.7 PISMP Ambilan 2020 73 44.8 PISMP Ambilan 2021 40 24.5 Jumlah 163 100.0 DAPATAN KAJIAN Tahap efikasi guru dalam pendidikan STEM merupakan satu komponen penting untuk memastikan guru-guru berkeyakinan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan STEM. Secara keseluruhannya tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM adalah pada tahap tinggi dengan skor min 3.55 (Jadual 3). Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan dalam sampel kajian ini berpendapat mereka berkemampuan untuk melaksanakan pendidikan STEM. Tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan kemahiran STEM adalah paling tinggi dengan skor min 3.65, manakala tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM adalah paling rendah dengan skor min 3.48, iaitu pada tahap sederhana. Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM berbanding aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM serta nilai dan etika STEM. Jadual 3 Skor Min Keseluruhan STEM Skor Min Pengetahuan STEM 3.48 Kemahiran STEM 3.65 Nilai & Etika STEM 3.54 Keseluruhan 3.55 Tahap Efikasi Guru Pra Perkhidmatan dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang berkaitan Pengetahuan STEM Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM secara keseluruhan berada pada tahap yang sederhana dengan min keseluruhan 3.48. Kesemua item mencapai skor min dalam julat 3.10
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 66 hingga 3.85. Hal ini bermakna skor min kesemua item berada pada tahap sederhana dan tinggi. Berdasarkan Jadual 4, didapati item 2 yang menyoal tentang “keupayaan guru untuk menyampaikan kandungan mata pelajaran elektif dengan baik” mempunyai nilai peratusan pada skala setuju dan sangat setuju yang paling tinggi iaitu 55.8% (setuju) dan 17.2% (sangat setuju). Manakala nilai peratusan pada skala setuju dan sangat setuju yang paling rendah iaitu 30.7% (setuju) dan 0.6% (sangat setuju) yang merujuk kepada item 4 yang menyoal tentang “keupayaan guru untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pengintegrasian pengetahuan kejuruteraan”. Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan lebih berkeyakinan dalam menyampaikan kandungan mata pelajaran elektif mereka berbanding melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pengintegrasian pengetahuan kejuruteraan. Jadual 4 Tahap Efikasi Guru Pra Perkhidmatan dalam Pengetahuan STEM Bil Item Frekuensi & Peratus (%) Skala Min Tahap 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 1 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pelajar mengaplikasi pemahaman kandungan STEM. 3 (1.8%) 6 (3.7%) 70 (42.9%) 79 (48.9%) 5 (3.1%) 3.47 Sederhana 2 Saya berkeupayaan untuk menyampaikan kandungan mata pelajaran elektif saya dengan baik. 3 (1.8%) 2 (12%) 39 (23.9%) 91 (55.8%) 28 (17.2%) 3.85 Tinggi 3 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pengintegrasian pengetahuan sains. 5 (3.1%) 14 (86%) 68 (417%) 65 (39.9%) 11 (67%) 3.39 Sederhana
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 67 Tahap Efikasi Guru Pra Perkhidmatan dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran yang berkaitan Kemahiran STEM Seperti yang ditunjukkan dalanm Jadual 5, tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM secara keseluruhan berada pada tahap tinggi dengan skor min 3.65. Item 10 mempunyai skor min paling tinggi iaitu 3.93 (tahap tinggi), manakala item 1 mempunyai skor min paling rendah (3.33, tahap sederhana). Nilai peratusan pada skala setuju dan sangat setuju bagi item 10 adalah paling tinggi iaitu 53.4% (setuju) dan 20.9% (sangat setuju). Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan berpendapat mereka berkeupayaan untuk 4 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pengintegrasian pengetahuan kejuruteraan. 5 (3.1%) 26 (16%) 81 (49.7%) 50 (30.7%) 1 (0.6%) 3.10 Sederhana 5 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pengintegrasian pengetahuan teknologi. 2 (1.2%) 7 (43%) 57 (35%) 74 (45.4%) 23 (14.1%) 3.66 Tinggi 6 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP yang memerlukan pengintegrasian pengetahuan matematik. 4 (25%) 5 (31%) 62 (38%) 71 (43.6%) 21 (12.9%) 3.61 Tinggi 7 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP berdasarkan teori konstruktivisme. 4 (25%) 14 (8.6%) 69 (42.3%) 70 (42.9%) 6 (3.7%) 3.37 Sederhana 8 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP berdasarkan teori perkembangan kognitif Piaget. 3 (12.6%) 17 (10.4%) 66 (40.5%) 68 (41.7%) 9 (5.5%) 3.38 Sederhana 9 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti PdP berdasarkan teori sosial Vygotsky. 2 (1.2%) 13 (8.0%) 72 (44.2%) 61 (37.4%) 15 (9.2%) 3.45 Sederhana Min Keseluruhan 3.48 Sederhana
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 68 melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang menggunakan teknologi digital. Bagi item 1 pula, nilai peratusan pada skala setuju dan sangat setuju adalah paling rendah iaitu 40.5% (setuju) dan 2.5% (sangat setuju). Hal ini bermakna, guru pra perkhidmatan kurang berkeyakinan dalam melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang menggunakan pemikiran komputasional berbanding dengan melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang menggunakan teknologi digital. Walau bagaimanapun, secara keseluruhan tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM masih berada pada tahap tinggi. Jadual 5 Tahap Efikasi Guru Pra Perkhidmatan dalam Kemahiran STEM Bil Item Frekuensi & Peratus (%) Skala Min Tahap 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 1 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang menggunakan pemikiran komputasional. 3 (18%) 14 (8.6%) 76 (46.6%) 66 (40.5%) 4 (2.5%) 3.33 Sederhana 2 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang memerlukan pengaplikasian kemahiran mereka bentuk. 2 (1.2%) 13 (8.0%) 67 (41.1%) 68 (41.7%) 13 (8.0%) 3.47 Sederhana 3 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang berasaskan penerokaan terbuka. 1 (0.6%) 12 (7.4%) 68 (41.7%) 72 (44.2%) 10 (6.1%) 3.48 Sederhana 4 Saya berkeupayaan untuk meningkatkan kepekaan pelajar kepada isu dan masalah dunia sebenar. 1 (0.6%) 6 (3.7%) 56 (34.4%) 85 (52.1%) 15 (9.2%) 3.66 Tinggi
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 69 5 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti yang memerlukan pelajar beri penyelesaian dengan justifikasi. 2 (1.2%) 8 (4.9%) 58 (35.6%) 84 (51.5%) 11 (6.7%) 3.58 Tinggi 6 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam kerja berpasukan yang produktif. 1 (0.6%) 5 (3.1%) 39 (23.9%) 91 (55.8%) 27 (16.6%) 3.85 Tinggi 7 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti perbincangan berdasarkan evidens. 3 (1.8%) 12 (7.4%) 54 (33.1%) 81 (49.7%) 13 (8.0%) 3.55 Tinggi 8 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti perbahasan. 4 (2.5%) 21 (12.9%) 71 (43.6%) 62 (38.0%) 5 (3.1%) 3.26 Sederhana 9 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang menggunakan penggunaan TMK. 16 (0.6%) 2 (1.2%) 37 (22.7%) 87 (53.4%) 36 (22.1%) 3.95 Tinggi 10 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran yang menggunakan teknologi digital. 1 (0.6%) 1 (0.6%) 40 (24.4%) 87 (53.4%) 34 (20.9%) 3.93 Tinggi 11 Saya berkeupayaan untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran berasaskan inkuiri. 2 (1.2%) 12 (7.4%) 68 (41.7%) 67 (41.1%) 14 (8.6%) 3.48 Sederhana
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 70 Tahap Efikasi Guru Pra Perkhidmatan dalam Melaksanakan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang boleh Membentuk Nilai dan Etika STEM Berdasarkan Jadual 6, didapati skor min keseluruhan adalah 3.54, iaitu berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh membentuk nilai dan etika STEM secara keseluruhan berada pada tahap tinggi. Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6, kesemua skor min item adalah dalam tahap tinggi dan sederhana dengan julat skor min 3.31 hingga 3.73. Item yang mempunyai skor min tertinggi (3.73) adalah item 6, yang menyoal tentang “Saya berkeupayaan untuk memupuk nilai "berani mencuba" semasa sesi PdP”. Item 6 juga mempunyai nilai peratusan pada skala setuju (49.7%) dan sangat setuju (14.7%) yang paling tinggi. Berdasarkan interpretasi skor min (Wierma, 2000), nilai 3.73 berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan berkeyakinan bahawa mereka berkeupayaan untuk memupuk nilai "berani mencuba" semasa sesi PdP. Item 1 yang berbunyi “Saya berkeupayaan untuk memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PdP STEM dengan sistematik” 12 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran yang memerlukan pelajar berkolaborasi dalam kumpulan kecil. 1 (0.6%) 1 (0.6%) 38 (23.3%) 99 (60.7%) 24 (14.7%) 3.88 Tinggi 13 Saya berkeupayaan untuk melatih pelajar berkomunikasi semasa menjalankan aktiviti pembelajaran. 2 (1.2%) 1 (0.6%) 42 (25.8%) 93 (57.4%) 25 (15.3%) 3.85 Tinggi 14 Saya berkeupayaan untuk melaksanakan aktiviti yang memerlukan pelajar berkolaborasi untuk menyelesaikan masalah. 1 (0.6%) 5 (3.1%) 43 (26.4%) 93 (57.1%) 21 (12.9%) 3.79 Tinggi Min Keseluruhan 3.65 Tinggi
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 71 mempunyai skor min yang terendah, iaitu 3.31 dengan nilai peratusan pada skala setuju (42.9%) dan sangat setuju (2.5%) yang rendah. Hal ini bermakna guru pra perkhidmatan berpendapat mereka kurang berkemampuan untuk memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PdP STEM dengan sistematik. Jadual 6 Tahap Efikasi Guru Pra Perkhidmatan dalam Nilai dan Etika STEM Bil Item Frekuensi & Peratus (%) Skala Min Tahap 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5 1 Saya berkeupayaan untuk memastikan pelajar melaksanakan aktiviti PdP STEM dengan sistematik. 3 (18%) 21 (12.9%) 65 (39.9%) 70 (42.9%) 4 (2.5%) 3.31 Sederhana 2 Saya berkeupayaan untuk membina peraturan makmal yang jelas dan boleh difahami pelajar. 2 (1.2%) 19 (11.7%) 61 (37.4%) 67 (41.1%) 14 (8.6%) 3.44 Sederhana 3 Saya berkeupayaan untuk memastikan pelajar mematuhi peraturanperaturan yang ditetapkan semasa aktiviti pembelajaran. 1 (0.6%) 2 (1.2%) 56 (34.4%) 92 (56.4%) 12 (7.4%) 3.69 Tinggi 4 Saya berkeupayaan untuk memastikan pelajar mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa di makmal. 1 (0.6%) 9 (5.5%) 60 (36.8%) 80 (49.1%) 13 (8.0%) 3.58 Tinggi
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 72 PERBINCANGAN Melalui analisis yang telah dijalankan, didapati secara keseluruhan tahap efikasi guru pra perkhidmatan tentang pelaksanaan pendidikan STEM berada pada tahap yang tinggi. Hal ini menunjukkan guru pra perkhidmatan mempunyai keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan pendidikan STEM. Dapatan kajian ini adalah berbeza dengan kajian yang dibuat oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan pada tahun 2017 yang mendapati penguasaan guru dalam STEM amat rendah, guru tidak dapat mengaplikasi pembelajaran yang mengintegrasikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan pendedahan yang telah dilakukan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia melalui kursus-kursus yang ditawarkan kepada guru pra perkhidmatan. Setelah meneliti setiap elemen STEM, didapati tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM dan membentuk nilai dan etika STEM adalah pada tahap tinggi. Hal ini bermaksud guru pra perkhidmatan berkemampuan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan kemahiran STEM dan membentuk nilai dan etika STEM. Walau 5 Saya berkeupayaan untuk memupuk nilai "berfikir secara rasional" semasa sesi PdP. 1 (0.6%) 9 (5.5%) 68 (41.7%) 72 (44.2%) 13 (8.0%) 3.53 Tinggi 6 Saya berkeupayaan untuk memupuk nilai "berani mencuba" semasa sesi PdP. 2 (1.2%) 4 (2.5%) 53 (32.5%) 81 (49.7%) 23 (14.7%) 3.73 Tinggi 7 Saya berkeupayaan untuk memupuk nilai "Inovatif" semasa sesi PdP. 1 (0.6%) 15 (9.2%) 75 (46.0%) 62 (38.0%) 10 (6.1%) 3.40 Sederhana 8 Saya berkeupayaan untuk memupuk nilai "berfikir terbuka" semasa sesi PdP. 1 (0.6%) 6 (3.7%) 71 (43.6%) 68 (41.7%) 17 (10.4%) 3.58 Tinggi 9 Saya berkeupayaan untuk memupuk nilai "menyahut cabaran" semasa sesi PdP. 1 (0.6%) 8 (4.9%) 72 (44.2%) 63 (35.7%) 19 (11.7%) 3.56 Tinggi Min Keseluruhan 3.54 Tinggi
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 73 bagaimanapun, masih terdapat aspek yang mana guru pra perkhidmatan mempunyai tahap efikasi yang sederhana, iaitu tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM adalah pada tahap sederhana. Keadaan ini selari dengan dapatan Brown et al. (2011) yang melaporkan lebih daripada separuh guru sekolah kurang memahami konsep pendidikan STEM dan tidak dapat mengajar pengetahuan STEM. Oleh itu, usaha perlu dipergiatkan oleh IPGM untuk memastikan tahap pengetahuan berkaitan dengan teori dan kaedah pelaksanaan pendidikan STEM dapat dipertingkatkan dalam kalangan guru pra perkhidmatan. Pihak IPGM perlu menyediakan modul pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pengetahuan STEM untuk memudahkan guru pra perkhidmatan. Bengkel atau kursus perlu diberi secara berterusan kepada guru pra perkhidmatan untuk memastikan mereka sentiasa didedahkan dengan pengetahuan yang terkini dan sikap yang positif berkaitan dengan pendidikan STEM. KESIMPULAN Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian oleh pihak KPM untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Agenda ini telah diberikan penekanan dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Dapatan kajian ini menunjukkan secara keseluruhan tahap efikasi guru pra perkhidmatan tentang pelaksanaan pendidikan STEM berada pada tahap yang tinggi. Namun tahap efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan pengetahuan STEM adalah pada tahap sederhana. Maka pihak IPGM perlu mengambil tindakan untuk merancangkan kurikulum dan strategi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Kajian ini hanya melibatkan guru pra perkhidmatan, dicadangkan agar kajian selanjutnya dapat melibat guru di sekolah rendah, sekolah menengah dan matrikulasi. Kajian ini hanya mengkaji dari aspek efikasi guru pra perkhidmatan dalam melaksanakan pendidikan STEM. Oleh itu, kajian akan datang diharap dapat mengkaji aspek yang lebih luas seperti sistem sokongan dan motivasi guru terhadap pendidikan STEM. RUJUKAN Ashton, P. A., & Webb, R. B. (1986). Making a difference: Teacher’s sense of efficacy and student achievement. Longman. Baharuddin Yaakub. 2011. Analisis kajian pemikiran dan peranan pendidik guru dalam pelaksanaan inovasi di peringkat latihan pra perkhidmatan. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru, 33-43. Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. Freeman.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 74 Beachum, F., McCray, C., Yawn, C., & Obiakor, F. (2013). Support and importance of character education: Pre-service teacher perceptions. Project Innovation Austin. Becker, K., & Park, K. (2011). Effect of integrative approaches among science, technology, engineering and mathematics (STEM) subjects on students’ learning: A preliminary meta-analysis. Journal of STEM Education: Innovations and Research, 12(5-6), 23-37. Carney, M. B., Brendefur, J. L., Thiede, K., Hughes, G., & Sutton, J. (2016). Statewide mathematics professional development: Teacher knowledge, self-efcacy, and beliefs. Educational Policy, 30(4), 539–572. Ceylan, S., & Ozdilek, Z. (2015). Improving a sample lesson plan for secondary science courseswithin the STEM education. Procedia-Social and Behavioral Sciences 177, 223-228. Chang, Y., & Park, S. W. (2014). Exploring students’ perspectives of college STEM: An analysis of course rating websites, International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 26(1), 90–101. Chen, Y. L., Huang, L. F., & Wu, P. C. (2020). Preservice preschool teachers’ self-efficacy in and need for STEM education professional development: STEM pedagogical belief as a mediator. Early Childhood Education Journal, 1-11. Gabriele, A. J., & Joram, E. (2007). Teachers’ refections on their reform-based teaching in mathematics: Implications for the development of teacher self-efcacy. Action in Teacher Education, 29(3), 60-74. Goddard, R. D., Hoy, W. K., & Hoy, A. W. (2004). Collective efcacy beliefs: Theoretical developments, empirical evidence, and future directions. Educational Researcher, 33(3), 3–13. Gunning, A. M., & Mensah, F. M. (2011). Preservice elementary teachers’ development of self-efficacy and confidence to teach science: A case study. Journal of Science Teacher Education, 22(2), 171-185. Guskey, T.R., & Passaro, P. D. (1994). Teacher Efficacy: A study of construct dimensions. American Educational Research Journal, 31, 627-643. Hampton, M. (1996). The relationship of learning disabilities to the studies of selfefficacy, efficacy expectations, and academic achievement in high school students. [Doctoral dissertation]. Lexington, Kentucky. Holzberger, D., Philipp, A., & Kunter, M. (2013). How teachers’ self-efficacy is related to instructional quality: A longitudinal analysis. Journal of Educational Psychology, 105(3), 774-786. Jamil, F. M., Linder, S. M., & Stegelin, D. A. (2018). Early childhood teacher beliefs about STEAM education after a professional development conference. Early Childhood Education Journal, 46(4), 409-417. Johnson, C. C., Peters-Burton, E. E., & Moore, T. J. (2016). STEM road map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37). Routledge Taylor & Francis Group.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 75 Kementerian Pendidikan Malaysia (2016). Panduan pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Mutakinati, L., Anwari, I., & Kumano, Y. (2018). Analysis of students’ critical thinking skill of middle school through stem education project-based learning. Jurnal Pendidikan IPA Indonesia, 7(1), 54-65. Pan, Y. H. (2014). Relationships among teachers’ self-efcacy and students’ motivation, atmosphere, and satisfaction in physical education. Journal of Teaching in Physical Education, 33(1), 68-92. Ross, J. A., & Bruce, C. D. (2007). Teacher self-assessment: A mechanism for facilitating professional growth. Teaching and Teacher Education, 23(2), 146-159. Zakariya, Y. F. (2020). Effects of school climate and teacher self-efficacy on job satisfaction of mostly STEM teachers: A structural multi-group invariance approach. International Journal of STEM Education, 7(1), 1- 12.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 76 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT MELALUI KAEDAH KODALY DALAM PENINGKATAN KEMAHIRAN NYANYIAN KOIR KOMUNITI Ong Chiew Khim Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Emel: [email protected] Abstrak Kebanyakan koir komuniti yang terdapat di Negeri Pulau Pinang adalah tertumpu kepada nyanyian unison dengan iringan muzik karaoke dan jarang didedahkan nyanyian paduan suara kerana ahli-ahli koir tersebut tidak mempunyai kemahiran dalam pembacaan notasi muzik, penguasaan pic tepat dan penghasilan ton yang baik dalam lagu paduan suara. Pembelajaran sepanjang hayat penggunaan Kaedah Kodaly dianggap memanfaatkan ahli-ahli koir untuk menerusi peningkatan kemahiran dan penambahan ilmu dalam bidang nyanyian sepanjang umur dengan lebih mantap. Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran nyanyian ahli koir komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat dengan penggunaan kaedah Kodaly dari segi nyanyian solfa dan isyarat tangan Curwen. Kajian kualitatif ini merangkumi pemerhatian, temu bual dan persembahan koir. Dapatan kajian telah menunjukkan falsafah, prinsip dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly yang melibatkan nyanyian solfa dalam sistem do bergerak, isyarat tangan Curwen yang menggabungkan visual dan aural serta penggunaan skel pentatonik dapat mempertingkatkan pic nyanyian, nyanyian semerta dan memantapkan nyanyian paduan suara yang berharmoni dalam koir komuniti. Kata Kunci: Pembelajaran sepanjang hayat, koir komuniti, kaedah Kodaly, isyarat tangan Curwen, nyanyian solfa PENDAHULUAN Pengenalan Pendidikan sepanjang hayat, atau dikenali sebagai life long learning adalah pendidikan yang menekankan proses pendidikan berlangsung terus menerus sejak seseorang dilahirkan hingga meninggal dunia, baik dilaksanakan melalui pendidkan formal mahupun informal (Fendi, 2019). Ramai ahli koir komuniti di negeri Pulau Pinang merupakan ahli yang tidak mempunyai latar belakang muzik atau melalui pendidikan muzik yang formal, maka kaedah Kodaly yang menekankan sistem pembelajaran muzik yang berurutan dapat memanfaatkan
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 77 ahli koir komuniti dalam pembelajaran sepanjang hayat untuk memantapkan kemahiran nyanyian dalam latihan koir. Pernyataan masalah Didapati bahawa ahli-ahli dalam koir komuniti berminat menyanyi tetapi tidak mempunyai latar belakang muzik dan tidak tahu membaca notasi muzik, oleh itu mereka tidak mempunyai kemahiran dalam nyanyian semerta (sight singing) yang boleh membantu mereka dalam pengenalan pic dan jeda serta ingatan muzikal. Mereka senang dipengaruhi oleh lapisan suara yang lain apabila semua lapisan suara dinyanyikan serentak. Tinjauan awal penyelidik menunjukkan strategi yang digunakan untuk mempelajari repertoir koir adalah secara hafalan dan latih tubi daripada bimbingan ketua kumpulan. Adalah menjadi keberatan kepada seorang pengajar yang perlu mengajar dan membimbing ahli-ahli koir untuk menyanyi pelbagai lapis suara dalam setiap latihan sekiranya ahli-ahli koir tidak tahu mengenali notasi dan pic. Memandangkan nyanyian solfa tidak dipraktikkan untuk mengenali pic dan melodi, maka ahli-ahli koir tidak dapat mempelajari melodi lagu untuk lapisan suara sendiri kerana kemahiran tersebut memerlukan kemahiran nyanyian solfa dan nyanyian semerta. Sekiranya nyanyian pic ahli adalah sumbang maka penghasilan harmoni lagu paduan suara akan terjejas. Masalah mengekalkan minat dan kecendurungan semua ahli koir untuk mempelajari repertoir koir juga menjadi cabaran bagi pengajar jika ahli-ahli koir tidak dapat menguasai pic-pic dan melodi lagu dengan tepat. Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, penyelidik ingin mengkaji sama ada pembelajaran sepanjang hayat melalui nyanyian solfa dan isyarat tangan Curwen serta prinsip-prinsip yang diadaptasi dari kaedah Kodaly dapat mempertingkatkan kemahiran nyanyian koir komuniti dengan lebih berkesan. Tujuan kajian Tujuan kajian adalah untuk mempertingkatkan kemahiran nyanyian melalui pengadaptasian dan pengaplikasian kaedah Kodaly bagi memastikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan ahli koir komuniti dengan berkesan. Kaedah Kodaly merupakan kaedah yang diaplikasikan oleh pendidik muzik sedunia dalam pengajaran dan pembelajaran bidang nyanyian (Choksy, 1999). Justeru, penyelidik berhasrat untuk memantapkan pic dan kemahiran nyanyian semerta ahli koir komuniti dengan latihan solfa dan isyarat tangan Curwen melalui kaedah Kodaly.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 78 Soalan Kajian 1. Dapatkah pembelajaran sepanjang hayat melalui Kaedah Kodaly membantu ahli koir komuniti untuk meningkatkan kemahiran nyanyian? 2. Bagaimanakah kaedah Kodaly dapat diadaptasikan untuk memantapkan pic dan nyanyian semerta ahli koir komuniti? Kepentingan Kajian Kajian ini adalah penting untuk ahli koir komuniti memantapkan kemahiran nyanyian dari segi pic dan nyanyian semerta melalui kaedah Kodaly supaya mereka dapat mengaplikasikan kemahiran yang yang diperoehi untuk pembelajaran sepanjang hayat terutamanya dalam nyanyian koir. TINJAUAN LITERATUR Pembelajaran sepanjang hayat adalah pendidikan yang menekankan bahawa proses pendidikan berlangsung terus menerus sejak seseorang dilahirkan hingga meningal dunia, baik dilaksanakan melalui pendidikan formal mahu pun tidak formal (Fendi, 2019). Proses pendidikan sepanjang hayat berlangsung secara berterusan dan tidak terbatas oleh usia, waktu atau tempat sepanjang perjalanan hidup manusia. Proses ini hidup bukan hanya dilakukan oleh seseorang yang sedang belajar pada pendidikan formal bahkan untuk semua lapisan masyarakat. Zoltan Kodaly (1882-1967) merupakan seorang komposer, eknomuzikologist dan pendidik muzik Hungarian yang telah memberi sumbangan yang besar dalam pendidikan muzik. Ramai pendidik muzik sedunia telah mempraktikan falsafah dan prinsip kaedah Kodaly dalam pendidikan muzik, terutamanya dalam bidang nyanyian (Houlahan and Tacka, 2015). Kaedah Kodaly menitikberatkan penguasaan kemahiran nyanyian solfa dalam sisitem do bergerak, penggunaan skel pentatonik, isyarat tangan Curwen dan bacaan notasi lidi yang berdasarkan nama ritma. Selain itu, Kaedah Kodaly juga merangkumi kemahiran nyanyian semerta, pendengaran dalaman, improvisasi lagu dan ingatan muzikal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran nyanyian (Choksy, 1981). “Those who always sing in unison never learn to sing correct pitch. Correct unison singing can, paradoxically, be learned only by singing in two parts:The voices adjust and balance each other.” Zoltan Kodaly (Choksy, 1981: 106). Kodaly bercadangkan setiap koir perlu mempraktikkan in tune singing. Oleh itu, pengajar digalakkan menggunakan isyarat dua tangan (two hand singing) untuk mendedahkan ahli-ahli koir dalam nyanyian solfa dan mengenali jeda. Di samping itu, beliau juga menggunakan lagu rakyat sebagai sumber untuk memperkenalkan nyanyian semerta kepada ahli koir. Mengikut beliau lagu-lagu
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 79 yang mempunyai tone-set m-r-d, dalam meter duple dan hanya mengandungi kumpulan quarter notes, eighth notes dan tanda rehat nilai not tersebut adalah sesuai digunakan sebagai warm up dalam permulaan latihan koir dan sebagai sumber untuk latihan nyanyian semerta sebelum skel pentatonik diperkenalkan (Choksy, 1981: 108-110). Kodaly berpendapat bahawa solfa yang dicipta oleh Guido d’Arezzo pada abad ke-11 dapat membekalkan bunyi vokal yang tulen (pure vowel sounds) dan bunyi kosonan yang bersih (clean consonant sounds) untuk mempromosikan in-tune singing dan beautiful singing. Manakala isyarat tangan (hand sign) digunakan untuk mengaitkan pic relatif kepada isyarat tangan yang tertentu dan ini akan menyakinkan lagi ahli-ahli koir menyanyi dengan pic yang tepat. Memandangkan solfa dan isyarat tangan akan membantu dalam interpretasi skor muzik maka kumpulan koir digalakkan meluangkan masa lima minit setiap latihan koir untuk melakukan aktiviti tersebut bagi membina kemahiran membaca notasi muzik dan ingatan muzikal. Pengajar boleh membantu ahli-ahli koir menggunakan mata (visual) untuk membantu suara (the eyes help the voice) dengan nyanyian solfa dan isyarat tangan dalam latihan koir. Kimberly Van Weelden merupakan seorang penolong professor pendidikan choral muzik di Florida merangkap Director bagi koir Tallahassee Senior Citizen . Dalam journal “On the voice: Working with the senior adult choir: Strategies and techniques for a lifetime of healthy singing” (Van Weelden, 2002), beliau memahami dan mengambil kira masalah perubahan mechanism vokal, respiratori dan kardiovascular, serta perubahan fizikal yang lain di kalangan orang dewasa. Namun begitu, penulis telah mengemukakan langkah-langkah yang dapat mendorong golongan tersebut dalam peningkatan kebolehan vokal mereka untuk melibatkan dalam aktiviti latihan koir. METODOLOGI Kajian ini melibatkan pemerhatian, temu bual dan persembahan dalam kalangan koir komuniti di Pulau Pinang. Sesi temu bual berstruktur dijalankan dalam kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pembelajaran sepanjang hayat melalui Kaedah Kodaly dapat meningkatkan kemahiran nyanyian ahli-ahli koir dan keberkesanan pengadaptasian prinsip-prinsip Kodaly dapat membantu ahli koir memantapkan pic nyanyian dan kemahiran nyanyian semerta. Pemerhatian berstruktur dilaksanakan semasa latihan koir untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan dari segi pembelajaran pic dan nyanyian semerta dalam kalangan ahli koir komuniti untuk pembelajaran sepanjang hayat. Triangulasi dilaksanakan melalui rakaman persembahan video selain dari temu bual dan pemerhatian. Pemerhatian berstruktur juga merujuk kepada pemerhatian
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 80 aktiviti-aktiviti dan keadaan yang terlibat secara berstruktur. Pemerhatian ini biasanya berpandukan kepada senarai perkara yang perlu diperhatikan. Proses pengajaran dan pembelajaran pic dan nyanyian semerta akan dirakamkan dalam bentuk audio dan visual. Penyelidik akan memerhati dan menilai ketepatan pic ahli-ahli koir berdasarkan kepada rakaman video. Melalui pemerhatian dalam proses pengajaran dan rakaman latihan koir, penyelidik boleh mengenal pasti pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Kodaly dapat membantu ahli-ahli koir tersebut untuk meningkatkan kemahiran nyanyian mereka. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian adalah berdasarkan kepada dua persoalan kajian yang dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual dan persembahan koir komuniti. Soalan 1: Dapatkah pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Kodaly membantu ahli koir komuniti untuk meningkatkan kemahiran nyanyian? Pemerhatian Bagi menjawab persoalan kajian satu, pemerhatian berstruktur telah dilaksanakan semasa latihan koir untuk mengenalpasti sama ada terdapat peningkatan dari segi pembelajaran pic dan nyanyian semerta dalam kalangan ahli koir komuniti untuk pembelajaran sepanjang hayat. Beberapa kriteria telah disenaraikan untuk pemerhatian selanjutnya bagi perkembangan peningkatan kemahiran nyanyian ahli-ahli koir. Proses pengajaran dan pembelajaran pic dan nyanyian semerta telah dirakamkan dalam bentuk audio dan visual. Penyelidik dapat memerhati dan menilai ketepatan pic ahli-ahli koir berdasarkan rakaman video tersebut. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran rakaman latihan koir, maka penyelidik boleh mengenal pasti pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Kodaly dapat membantu ahli-ahli koir tersebut untuk meningkatkan kemahiran nyanyian mereka. Temu bual Sesi temu bual berstruktur telah dijalankan di kalangan ahli koir untuk mengenalpasti sama ada pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Kodaly dapat membantu ahli koir komuniti untuk meningkatkan kemahiran nyanyian. Beberapa soalan telah disediakan untuk sesi temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ahli-ahli koir dapat mempelajari kaedah Kodaly sebagai pembelajaran sepanjang hayat untuk mempertingkatkan kemahiran nyanyian mereka terutama dari segi pic dan nyanyian semerta. Soalan 2: Bagaimanakah kaedah Kodaly dapat diadaptasikan untuk memantapkan pic dan nyanyian semerta ahli koir komuniti?
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 81 Pemerhatian Pemerhatian berstruktur tentang pencapaian berperingkat dari segi pembelajaran pic dan nyanyian semerta dalam kalangan ahli koir diperhatikan dari masa ke masa dalam setiap latihan koir. Prinsip-prinsip kaedah Kodaly yang diaplikasikan adalah nyanyian solfa dalam sistem do bergerak dan skel pentatonik. Selain itu isyarat tangan Curwen dan ingatan muzikal juga diaplikasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ketepatan pic dan nyanyian semerta. Latihan nyanyian solfa diadaptasikan dari buku 185 Unison Pentatonic Exercises: First steps in sight singing according to the KODALY concept oleh Bacon (1978). Dapatan dari pemerhatian tersebut telah menunjukkan keberkesanan penggunaan prinsip-prinsip Kaedah Kodaly tersebut dapat membantu ahli-ahli koir dalam pemantapan pic nyanyian dan nyanyian semerta. Temu bual Temu bual berstruktur telah dijalankan antara pengkaji dan ketua kumpulan koir serta beberapa orang ahli koir selepas tiga bulan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kaedah Kodaly untuk koir tersebut. Dapatan daripada temu bual dengan ketua kumpulan: “Selepas mempelajarai prinsip-prinsip kaedah Kodaly, saya dapati intonasi dan pic nyanyian ahli koir bertambah baik. Mereka lebih berminat menyanyi kerana mereka lebih menyakinkan diri semasa menyanyi.” Dapatan daripada temu bual dengan ahli koir A: “Bagi saya, suara nyanyian adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat dan disentuh. Melalui isyarat tangan Curwen, saya dapat mengenali pic secara visual dan sedar tentang tinggi rendah sesuatu pic. Saya lebih yakin tentang ketepatan pic dan lebih memahami melodi muzik. Saya boleh “visualised” jarak antara 2 pic dan boleh ingat jeda pic tersebut.” Dapatan daripada temu bual dengan ahli koir B: “Saya dapat melihat pergerakan tangan mengikut tahap pic yang berbeza apabila nyanyian solfa dibantu dengan isyarat tangan Curwen, saya dapat kaitkan tahap bunyi dengan pic yang dinyanyikan.” Dapatan daripada temu bual dengan ahli koir C: “Latihan solfa dalam sistem do bergerak dapat memudahkan saya menyanyi lagu mengikut julat suara saya. Maka pic nyanyian saya sudah bertambah baik kerana dapat menyanyi lagu dengan nada yang sesuai dengan julat suara saya.” Dapatan daripada temu bual dengan ahli koir D: “Pic nyanyian saya semakin mantap kerana saya selalu melatih nyanyian solfa dalam skel pentatonik mengikut urutan yang dicadangkan secara bersistematik.”
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 82 Persembahan Triangulasi dilaksanakan melalui rakaman persembahan video, temu bual dan pemerhatian. Format penilaian rakaman persembahan nyanyian adalah diterap dari Tools for Powerful Student Evaluation oleh Farrrell, S.R. (1997). Keputusan penilaian kemajuan dan peningkatan pemantapan pic nyanyian persembahan nyanyian telah menunjukkan pencapaian nyanyian paduan suara yang meningkat dan penghasilan ton nyanyian yang lebih berkualiti. Harmoni nyanyian adalah lebih jelas didengari kerana setiap lapisan suara dapat dinyanyikan dalam pic yang tepat dan mantap. PERBINCANGAN Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran nyanyian melalui pengadaptasian kaedah Kodaly bagi memastikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan ahli koir komuniti di Pulau Pinang. Prinsip-prinsip kaedah Kodaly sangat popular dan sering digunakan oleh para pendidik muzik sedunia terutama dalam pengajaran dan pembelajaran nyanyian. Menurut Geoghegan (2006) kemahiran muzik atau muscianship adalah penting dan merupakan faktor utama untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam persembahan muzik. Antara prinsip-prinsip kaedah Kodaly yang dapat memanfaatkan kualiti nyanyian dari segi ketepatan pic ialah nyanyian solfa dan latihan solfa yang berurutan dari skel pentatonik dalam sistem do bergerak, isyarat tangan Curwen yang dapat membantu dalam perbezaan tahap pic serta kemahiran ingatan muzikal. Pemerhatian berstruktur setiap proses pengajaran dan pembelajaran dicatat untuk mengenalpasti keberkesanan pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Kodaly dapat membantu ahli koir komuniti untuk meningkatkan kemahiran nyanyian dari segi pemantapan pic dan nyanyian semerta. Manakala temu bual berstruktur juga dapat menunjukkan peningkatan dalam penepatan pic nyanyian dengan mengaplikasikan prinsip-prinsip Kaedah Kodaly sebagai pembelajaran sepanjang hayat dalam latihan dan persembahan koir. Persembahan rakaman video yang dinilai dengan template yang diadaptasi dari Tools for Powerful Student Evaluation oleh Farrrell, S.R. (1997) telah berjaya menunjukkan kemajuan dan peningkatan dalam kemahiran muzikal atau musicianship yang dapat membantu ahli-ahli koir dalam penguasaan pic dan nyanyian semerta untuk persembahan koir yang lebih berkualiti. KESIMPULAN Pembelajaran sepanjang hayat perlu dititik berat terutama kepada golongan orang dewasa yang ingin mempelajari atau memperkayakan diri dengan pengetahuan dan ilmu yang dapat memanfaaatkan kerjaya serta memperkayakan kualiti kehidupan untuk sepanjang hayat. Bagi koir komuniti yang terdiri daripada ahli-
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 83 ahli yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik adalah penting untuk melengkapkan diri dengan kemahiran nyanyian yang dapat mempertingkatkan penguasaan pic dan nyanyian semerta supaya dapat menyanyi lagu panduan suara yang berhormani dengan lebih menyakinkan. Maka pembelajaran sepanjang hayat melalui kaedah Kodaly dan prinsip-prinsip kaedah Kodaly seperti nyanyian solfa dan latihan solfa yang berurutan, skel pentatonik dalam sistem do bergerak serta isyarat tangan Curwen adalah amat sesuai untuk diaplikasi dan diadaptasi di kalangan ahli koir komuniti untuk mempertingkatkan kemahiran nyanyian terutama dari segi pemantapan pic yang tepat dan kemahiran nyanyian semerta yang baik. RUJUKAN Ab Rahim @ Ahmad, A., & Mustafa, J. (2021). Pengaruh sistem pembelajaran sepanjang hayat terhadap kompetensi guru di sekolah. Selangor Humaniora Review, 5(1), 50-73. Bacon, D. (1978). 185 Unison Pentatonic Exercises: First seps in sight singing according to the KODALY concept. USA: Denise Bacon Burns, Amy M. (2020). The Kodaly approach to teaching music: An OverviewGlennis E. Patterson. Using Technology with Elementary Music Approaches. https://doi.org/10.1093/oso /9780190055646.003.0005 Choksy, L. (1981). The Kodaly context:Creating an environment for musical learning. Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Choksy, L. (1999). The Kodaly method I: Comprehensive Music Education. (3rd ed.). Upper Saddle River, N.J.: Prentice Hall. Erzsebet Szonyi (2012). Kodaly’s principles in practice: An approach to music education through the Kodaly method. Editio Musical Budapest. Farrell, S. R. (1997). Tools for powerful student evaluation: Apractical source of authentic assessment strategies for music teachers. USA: Meredith Music Publications. Rendi (2019). Pendidikan Sepanjang Hayat Dan Pendekatan Androgogi. https: //doi.org/10.32678/annidhom.v4i1.4427 Geoghegan, L. (2006). Why musicianship training according to the principles of Zoltan Kodaly. http://www.britishkodalyacademy.org /kodalyapproach.htm Houlahan, M .& Tacka, P. (2015). Kodaly today: A cognitive approach to elementary music education. Oxford University Press. Kodaly, Z. (2004). 333 Reading Exercises (Choral Method). London: Boosey & Hawkes. Leedy, D. (2002). "A Note on John Curwen, His Tonic Sol-Fa System, and Just Intonation." 1/1: The Journal of the Just Intonation Network, 11(2), 4-5. VanderGraaff, Z. (2022). Best Kodaly method books: Top 5. Dynamic Music Room.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 84 Van Weelden, K. (2002). On the voice: Working with the senior adult choir: strategies and techniques for a lifetime of healthy singing. Choral Journal, 43(5), 61-69. Zamri, M., Jamalui Lail, A.W., & Anita, A.R. (2019) Pembelajaran sepanjang hayat. Bangi: UKM Press.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 85 HUBUNGAN KUALITI PENSYARAH TERHADAP TAHAP KEPUASAN DAN GRED MARKAH PELAJAR DALAM PENGAJARAN Samri Chongo1 & Noraini Lapawi2 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang1,2 Emel: 1 [email protected] Abstrak Kepuasan pelajar digunakan sebagai salah satu elemen utama untuk menilai keberkesanan kursus yang berkaitan dengan pemikiran komputasional, manakala kualiti pengajaran dianggap sebagai penunjuk pembelajaran. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan kualiti pensyarah terhadap kepuasan pelajar dan gred markah kerja kursus dalam pengajaran kursus pemikiran komputasional dalam sains. Reka bentuk kajian adalah tinjauan dan sampel kajian adalah pensampelan bertujuan di mana 19 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di IPGK Pulau Pinang dipilih sebagai responden kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen Tang dan Kong (2002) dan data dianalisis menggunakan Korelasi Spearman Rho. Dapatan kajian menunjukkan hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran dan tahap kepuasan pelajar adalah signifikan dan kualiti pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran dan gred markah kerja kursus juga signifikan. Dapatan kajian menunjukkan kualiti pengajaran mempunyai hubungan yang positif dengan kepuasan dan gred markah pelajar. Oleh yang demikian kualiti pengajaran perlu menjadi fokus utama di sekolah atau peringkat pengajian tinggi khususnya berkaitan pengaturcaraan komputer. Kata Kunci: kualiti pengajaran, kepuasan pelajar, pemikiran komputasional PENDAHULUAN Program latihan guru mestilah sentiasa menilai keberkesanan teknologi dengan mengintegrasikan latihan teknologi yang terkini (Kent & Giles 2017). Oleh sebab itu, guru-guru pelatih di Institut Pendidikan Guru diadun dengan pelbagai ilmu berasaskan teknologi terkini. Di antaranya, siswa guru pelajar sains PPISMP diwajibkan untuk mengambil kursus Pemikiran Komputasional dalam Sains (SCES1152). Kursus yang ditawarkan itu memberi kemahiran kepada pelajar untuk mengaplikasikan teknologi pengaturcaraan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran serta menguasai kemahiran pemikiran komputasional (IPGM, 2021).
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 86 Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran teknologi oleh guru pelatih bergantung kepada pensyarah yang mengajar. Ini kerana pengalaman guru pelatih memberikan kesan yang mendalam untuk menjadikan guru pelatih seorang guru yang berkesan pada masa akan datang. Park dan Ertmer (2007) menyatakan melalui pengalaman sebenar yang dialami, guru pelatih dapat membina konstruk pengajaran yang lebih positif dan berjaya mencapai pengalaman pengajaran dan pembelajaran bermakna. Maka, adalah penting untuk mengetahui kualiti pensyarah yang mengajar supaya pengalaman yang disampaikan kepada guru pelatih adalah pengalaman yang positif. Kualiti perkhidmatan dalam pendidikan penting untuk membina manusia yang lebih baik pada masa depan (Zakaria et al., 2009) Kualiti perkhidmatan ini merujuk kepada guru, pensyarah dan sesiapa sahaja yang memberikan ilmu dalam sesuatu pengajaran. Kejayaan sesuatu kualiti tersebut bergantung kepada kepuasan penerima ilmunya iaitu pelajar. Isu kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan menjadi persoalan sama ada sesebuah institusi pendidikan itu mencapai keputusan akademik yang baik. Ini kerana peruntukan yang besar telah dikeluarkan kepada institusi pendidikan untuk pelaksanaan aktiviti akademik. Namun begitu, hanya terdapat sedikit sahaja maklumat berkaitan hubungan antara tahap kepuasan pelajar dan kualiti perkhidmatan (Zakaria et al., 2009). Maka, melalui kajian ini, hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran dan tahap kepuasan pelajar akan dikaji. Selain itu, kualiti pensyarah juga penting dalam menentukan pencapaian pelajar. Menurut Tang dan Kong (2002) dalam kajiannya mencadangkan kualiti pensyarah turut mengambil kira penggunaan ukuran yang lebih objektif iaitu gred markah pelajar. KAJIAN LITERATUR Pengetahuan dan kemahiran guru mempunyai hubungkait dengan pengajaran pensyarah semasa di institusi latihan perguruan. Keberkesanan pengajaran guru saling berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran guru (Johari, 2009). Menurut Slavin (1991) pengajaran berkesan dapat dilihat kepada empat elemen iaitu kualiti pengajaran, aras pengajaran, pemberian ganjaran dan masa yang mencukupi. Kajian ini menggunakan tiga elemen yang dibicarakan oleh Slavin (1991) iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran serta masa dan hubungannya dengan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih. Kajian ini bertujuan untuk menilai pengajaran pensyarah menurut pandangan Slavin (1991) iaitu pengajaran berkesan dapat dilihat kepada empat elemen iaitu kualiti pengajaran, aras pengajaran, pemberian ganjaran dan masa yang mencukupi. Dalam kajian lain menunjukkan personaliti juga memainkan peranan penting terhadap kualiti pengajaran individu (Roberts & Jackson 2008). Personaliti seseorang mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan perasaan individu merentas situasi dan masa (Roberts & DelVecchio, 2000; Roberts & Jackson, 2008). Walaupun pelbagai konsep tentang kualiti seseorang telah
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 87 dicadangkan (Muijs, 2006), namun masih tidak ada definisi yang konsensus (Goe et al., 2008). Namun, keberkesanan guru yang merujuk kepada kualiti sering menjadi fokus perbincangan dalam konteks pendidikan (Kim & Klassen, 2019), termasuk persepsi pelajar terhadap pencapaian akademiknya (Shell & Husman, 2001). Keberkesanan guru adalah ukuran prestasi kerja dalam profesion perguruan (Gordon et al., 2006), kerana ia dapat memberi impak yang dimiliki oleh guru dalam melaksanakan tugas mereka. Walau bagaimanapun, data empirikal sebelum ini tidak menunjukkan hubungan positif antara kualiti pengajaran dan prestasi pelajar (Goe et al., 2008). Dalam kajian Hattie dan Marsh (1996) tidak menunjukkan hubungan yang signifikan. Namun begitu, dalam satu kajian yang menunjukkan hubungan yang positif berlaku (Malcolm, 2014). Meskipun begitu, kebanyakan universiti menekankan proses kualiti pengajaran (Taylor, 2007), matlamat seharusnya diterjemahkan ke dalam strategi dan sistem ganjaran kepada pelajar (Modell, 2003). Penilaian prestasi tenaga pengajar secara tradisinya agak berat sebelah terhadap petunjuk (Bogt & Scapens, 2012; Gendron, 2008; Parker, 2008). Bagi memastikan pengajaran yang disampaikan berkesan, pensyarah perlu memberi bimbingan berkala kepada pelajar. Ini kerana bimbingan merupakan faktor yang memberi sumbangan signifikan kepada kualiti pengajaran pensyarah seiring dengan kualiti pembelajaran pelajar (Hamzah, 2003). Bimbingan daripada pensyarah dapat memberi motivasi kepada pelajar untuk menguasai kursus yang diajar dan melaksanakan tugasan dengan baik. Keberkesanan pengajaran guru saling berkait rapat dengan pengalaman dan kemahiran guru (Johari, 2009). Menurut Abdul Razaq et al. (2013), guru yang profesional mesti mempunyai pengetahuan pedagogi, dan pengetahuan isi kandungan. Kualiti pengajaran dalam bilik darjah adalah tentang proses bilik darjah yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar: Kualiti pengajaran (Allen et al., 2011; Fauth et al., 2014), dan keberkesanan pengajaran (Marsh & Roche, 1997; Seidel & Shavelson, 2007) dan gaya pengajaran (Jang et al., 2010). Selain itu, amalan pengajaran guru yang merujuk kepada pengurusan bilik darjah (Wagner et al., 2013), ataupun istilah lain ialah kualiti bilik darjah (Hamre et al., 2014), persekitaran bilik darjah (Day et al., 2015), dan pengurusan bilik darjah (Arens et al., 2015). Pada masa kini, kemahiran teknologi amat penting bagi seorang guru. Setiap guru perlu menguasai kemahiran teknologi agar tidak ketinggalan. Noor Azlan Ahmad Zanzali dan Noraziah Kassim (2010) menyatakan penggunaan teknologi dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam kajian ini, tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar ialah menyediakan projek berasaskan pengaturcaraan Scratch dan menulis laporan setiap kemahiran pemikiran komputasional diaplikasikan (KPM, 2021). Berdasarkan persoalan kajian, kajian ini membina hipotesis nul seperti berikut:
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 88 H01: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran kursus pemikiran komputasional dalam sains dan tahap kepuasan pelajar H02: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran kursus pemikiran komputasional dalam sains dan gred markah kerja kursus. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian adalah tinjauan digunakan bagi mengkaji hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran kursus SCES1152 dan tahap kepuasan pelajar. Selain itu, kajian ini juga mengkaji hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran dan gred markah kerja kursus. Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah set soal selidik yang diadaptasi daripada instrumen yang disediakan oleh Tang dan Kong (2002) dalam kajian hubungan antara kualiti pengajaran dan pembelajaran dan tahap kepuasan pelajar. Set soal selidik ini mempunyai 4 dimensi iaitu pengajaran, penilaian, kursus dan bimbingan. Instrumen kajian menggunakan skala likert 5 yang terdiri daripada 5 – sangat setuju, 4 – setuju, 3- ragu, 2 – tidak setuju dan 1 – amat tidak setuju. Populasi dan Persampelan Kaedah pemilihan sampel adalah pensampelan bertujuan di mana sampel yang dipilih adalah pelajar PPISMP di IPGK Pulau Pinang. Sampel tersebut telah mengambil kursus SCES1152 dan telah mendapat gred markah kerja kursus. Bilangan populasi ialah 19 orang pelajar. Kebolehpercayaan dan Kesahan Instrumen Kebolehpercayaan sesuatu instrumen boleh ditentukan melalui nilai pekali Cronbach Alpha (Creswell, 2009). Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi dimensi kepuasan pelajar ialah 0.914. Sementara itu nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi dimensi pengukuran kualiti pensyarah ialah 0.957. Menurut Gliem dan Gliem (2003) nilai kebolehpercayaan yang melebihi 0.8 dianggap baik. Prosedur Pengumpulan Data Data awal yang telah dikumpul ialah gred markah kerja kursus bagi Pemikiran Komputasional dalam Sains. Set soal selidik pula diedarkan secara atas talian kepada semua pelajar yang mengikuti kursus tersebut.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 89 Prosedur Penganalisisan Data Data yang telah dikumpul dianalisis secara analisis statistik deskriptif (peratus dan min) dan inferensi (korelasi) dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Data bagi dimensi kepuasan pelajar telah diubahsuai untuk memenuhi kesahan dan kebolehpercayaan. DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Analisis deskriptif yang digunakan ialah peratus dan min. Berdasarkan dapatan kajian, sampel pelajar yang dipilih terdiri daripada 5 (26.3%) orang pelajar lelaki dan 14 (73.7%) orang pelajar perempuan. Secara purata skor persepsi pelajar terhadap setiap dimensi kualiti pensyarah iaitu dimensi pengajaran (4.8299), dimensi penilaian (4.8507), dimensi kursus (4.8688) dan dimensi bimbingan (4.8688). Berdasarkan purata skor persepsi pelajar ini, didapati purata skor persepsi pelajar bagi dimensi kualiti pensyarah ini adalah kurang daripada 5.0 (sangat setuju). Hal ini, menunjukkan keempat-empat dimensi kualiti pensyarah mendapat tumpuan yang baik oleh setiap sampel dan secara keseluruhannya persepsi pelajar terhadap kualiti pensyarah adalah positif. Ujian Kenormalan Taburan Data Sebelum meneruskan analisis inferensi iaitu korelasi, ujian kenormalan taburan data perlu ditentukan terlebih dahulu. Ujian kenormalan taburan data telah dilakukan ke atas setiap dimensi kualiti pensyarah dan kepuasan pelajar. Berdasarkan Jadual 1, menunjukkan taburan data setiap dimensi dan kepuasan pelajar tidak normal. Jadual 1 Ujian Kenormalan dimensi Kualiti Pensyarah dan Kepuasan Pelajar Kolmogorov-Smirnov Shapiro-Wilk Statistic df Sig. Statistic df Sig. Pengajaran .327 95 .000 .579 95 .000 Penilaian .367 95 .000 .574 95 .000 Kursus .457 95 .000 .404 95 .000 Bimbingan .457 95 .000 .404 95 .000 Kepuasan .520 95 .000 .357 95 .000 Berdasarkan ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilk, data tidak bertaburan secara normal dan kedua-dua ujian signifikan iaitu p < .05. Oleh itu, data kajian ini adalah tidak bertaburan secara normal.
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 90 Hubungan Kualiti Pensyarah dalam Pengajaran dan Tahap Kepuasan Pelajar Jadual 2 menunjukkan hasil daripada korelasi Spearman Rho di antara nilai purata pemboleh ubah kualiti pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran. Kesemua nilai purata pemboleh ubah kualiti pensyarah berkait secara signifikan pada aras keertian (α) 0.01. Jadual 2 Korelasi Spearman Rho antara Min dimensi Kualiti Pensyarah Dimensi Pengajaran Penilaian Kursus Bimbingan Pengajaran 1.000 Penilaian .649* 1.000 Kursus .662* .591* 1.000 Bimbingan .662* .591* 1.000* 1.000 Nota. Signifikan pada α = 0.01 Berdasarkan analisis korelasi antara kualiti pensyarah dan kepuasan pelajar (Jadual 3), didapati korelasi di antara dimensi kualiti pensyarah dan kepuasan pelajar ialah min pengajaran (0.081), min penilaian (0.090), min kursus (-0.004) dan min bimbingan (-0.004). Ini menunjukkan kesemua pemboleh ubah dimensi kualilti pensyarah mempunyai korelasi yang sangat lemah dengan kepuasan pelajar. Jadual 3 Korelasi Spearman Rho antara Kualiti Pensyarah dan Kepuasan Pelajar Dimensi Min Kepuasan Pengajaran .081* Penilaian .090* Kursus -.004* Bimbingan -.004* Nota. Signifikan pada α = 0.05 Berdasarkan hipotesis nul pertama (H01), nilai p = 0.025. Penyelidik melihat hubungan kualiti pensyarah dalam pengajaran kursus Pemikiran Komputasional dalam Sains dan tahap kepuasan pelajar adalah signifikan. Terdapat empat aspek yang menilai kualiti pensyarah iaitu pengajaran, penilaian, kursus dan bimbingan pensyarah. Daripada dapatan kajian nilai korelasi ialah positif dan lemah di antara kualiti pensyarah dan tahap kepuasan pelajar, Dapatan ini menggambarkan tahap
Jurnal Penyelidikan IPGKPP (Pensyarah) vol.11 no.1 (2023) 91 kepuasan pelajar dipengaruhi kualiti pensyarah dalam dimensi kursus dan bimbingan. Dalam kajian Spilt et al. (2012), interaksi dalam bentuk bimbingan yang baik di antara guru dan pelajar menyumbang kepada hubungan pelajar-guru yang lebih baik. Hughes (2012) juga mencadangkan bahawa sekolah harus melaksanakan program saringan untuk hubungan pelajar-guru yang berkualiti rendah, untuk memberikan sokongan dan latihan dalam bidang ini. Dalam konteks kajian ini, pelajar telah disaring untuk kemasukan ke institut pendidikan guru. Justeru itu, dapatan kajian adalah positif kerana terdapat hubungan yang signifikan antara kualiti pengajaran dan prestasi pelajar (Goe et al., 2008) seterusnya memberikan kepuasan kepada pelajar (Zakaria et al., 2009). Oleh itu, kualiti pengajaran pensyarah yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar. Hubungan Kualiti Pensyarah dalam Pengajaran dan Pembelajaran dan Gred Markah Kerja Kursus Berdasarkan analisis korelasi antara kualiti pensyarah dan gred markah kerja kursus (Jadual 4), didapati korelasi di antara dimensi kualiti pensyarah dan gred markah kerja kursus ialah min pengajaran (-0.034), min penilaian (-0.219), min kursus (-0.022) dan min bimbingan (-0.022). Ini menunjukkan kesemua pemboleh ubah dimensi kualilti pensyarah mempunyai korelasi yang sangat lemah dengan gred markah kerja kursus. Jadual 4 Korelasi Spearman Rho antara Kualiti Pensyarah dan Gred Markah Kerja Kursus Dimensi Gred Markah Kerja Kursus Min Pengajaran -.034* Min Penilaian -.219* Min Kursus -.022* Min Bimbingan -.022* Nota. Signifikan pada α = 0.05 Oleh itu, dapat dirumuskan di sini bahawa terdapat hubungan yang sangat lemah di antara kualiti pensyarah dan kepuasan pelajar serta kualiti pensyarah dan gred markah kerja kursus. Berdasarkan hipotesis nul kedua nilai p = 0.03, dapatan menunjukkan hubungan yang signifikan kualiti pensyarah dalam pengajaran dan gred markah kerja kursus. Empat aspek yang menilai kualiti pensyarah iaitu pengajaran, penilaian, kursus dan bimbingan pensyarah masih lagi digunakan dalam menjawab persoalan kedua. Daripada dapatan kajian nilai korelasi ialah positif dan lemah di antara kualiti pensyarah dan gred markah kerja kursus. Dapatan ini menggambarkan gred markah kerja dipengaruhi oleh kualiti pensyarah. Dimensi