The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN TERKINI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg. Yati, 2024-06-02 05:06:49

MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN TERKINI 2022

MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN TERKINI 2022

P e r b a d a n a n T a b u n g P e n d i d i k a n T i n g g i N a s i onal B UK U P A N D U A N K E L A B SIMPANAN PENDIDIKAN


– ISI KANDUNGAN – m/s BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 2 BAHAGIAN 2 : MATLAMAT & OBJEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 2 – 3\ BAHAGIAN 3 : PENUBUHAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN - PENUBUHAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH - SYARAT KEAHLIAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN - PENDAFTARAN AHLI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN - KEISTIMEWAAN KEPADA AHLI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN - PEMBERHENTIAN/ PENAMATAN AHLI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 4 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB - IBU PEJABAT PTPTN - BAHAGIAN SUKAN, KOKURIKULUM DAN KESENIAN (BSKK), : KPM - PEJABAT PTPTN NEGERI - . JABATAN PENDIDIKAN NEGERI . SEKOLAH - GURU PENASIHAT BAHAGIAN 5 : LOGO & MOTO KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 7 BAHAGIAN 6 : PENGISIAN MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 88 BAHAGIAN 7 : KEISTIMEWAAN KEPADA SEKOLAH YANG MENJALANKAN BAHAGIAN 8 : PENUTUP 10 LAMPIRAN 1 : CARTA ALIR PERMOHONAN PENDAFTARAN SEKOLAH BAGI 11 PELAKSANAAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN LAMPIRAN 2 : CONTOH E-MEL MAKLUMAN KELULUSAN PENDAFTARAN 12 KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN LAMPIRAN 3 : CONTOH E-MEL MAKLUMAN PENGAKTIFAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 13 2 2--3 3--5 5--7 7 8 9


LAMPIRAN 4 : CONTOH SIJIL PENUBUHAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 14 LAMPIRAN 5 : BORANG PENDAFTARAN AHLI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 15 LAMPIRAN 6 : CARTA ALIR PENGISIAN MAKLUMAT SEKOLAH & AHLI KELAB 17 BAGI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN DI SISTEM KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN LAMPIRAN MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 19—164 LAMPIRAN MANUAL PENGGUNAAN SISTEM KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 165--171 LAMPIRAN MANUAL CETAK SIJIL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 172-175


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 2 BAHAGIAN 1: LATAR BELAKANG KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 1.1 Salah satu inisiatif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedari anak-anak di sekolah rendah, PTPTN mengorak langkah dengan memperkenalkan Kelab Simpanan Pendidikan sebagai salah satu kelab kokurikulum di sekolah. Usaha ini dilihat mampu memupuk nama SSPN agar sinonim dengan penabungan dalam kalangan anak-anak dan membudayakan penabungan bermula dari di bangku sekolah lagi melalui aktiviti kokurikulum. 1.2 Kelab Simpanan Pendidikan merupakan inisiatif PTPTN dengan kerjasama Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 1.3 Kelab Simpanan Pendidikan beroperasi di bawah kokurikulum unit kelab/ persatuan sekolah iaitu komponen wajib disertai oleh semua murid. Sebarang kegiatan Kelab SSPN tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 1.4 Pengisian Kelab Simpanan Pendidikan ini selaras dengan hala tuju Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) yang mengaspirasikan murid membina negara bangsa selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengukuhkan identiti nasional yang berlandaskan perpaduan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. BAHAGIAN 2: MATLAMAT DAN OBJEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 2.1 Matlamat penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan ini adalah untuk membentuk masyarakat yang menyedari akan kepentingan asas kewangan melalui pelbagai aktiviti bagi meningkatkan disiplin diri dan sekali gus dapat membudayakan amalan penabungan sebagai persediaan untuk masa hadapan. 2.2 Mendidik, mengekplorasi serta mengaplikasi kemahiran asas kewangan dan keusahawanan dalam aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan. 2.3 Objektif Kelab Simpanan Pendidikan adalah :- i. Memberikan pendedahan berkaitan asas kewangan bermula di bangku sekolah;


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 3 ii. Memupuk kesedaran akan kepentingan menabung demi masa depan bagi merealisasikan impian; iii. Melahirkan dan mencungkil bakat murid untuk menjadi seorang pemimpin organisasi yang mampu membantu ekonomi negara kelak; iv. Menjalinkan hubungan baik dan kerjasama positif antara PTPTN, PIBG dan sekolah; v. Mengetengahkan aspirasi pendidikan negara melalui produk SSPN; dan vi. Murid berpeluang mengembangkan bakat serta impak pemarkahan Pentafsiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di pelbagai peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. BAHAGIAN 3: PENUBUHAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN Penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan Di Sekolah 3.1 Penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan hendaklah mendapat keizinan daripada Pengetua/ Guru Besar sekolah. 3.2 Bagi sekolah yang berhasrat untuk menubuhkan Kelab Simpanan Pendidikan, permohonan perlu dibuat melalui BSKK sebelum dimajukan kepada PTPTN untuk kelulusan. 3.3 Setelah permohonan Kelab Simpanan Pendidikan berjaya, PTPTN akan menghantar ID dan kata laluan sementara (temporary password) melalui alamat emel rasmi sekolah. 3.4 Guru penasihat perlulah membuat pendaftaran sekolah di Sistem Kelab Simpanan Pendidikan menggunakan ID dan katalaluan sementara (temporary password) tersebut dan sijil penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan boleh dicetak melalui sistem tersebut. Carta alir pendaftaran sekolah adalah seperti di Lampiran 1. Contoh e-mel makluman kelulusan pendaftaran adalah seperti di Lampiran 2, e-mel makluman pengaktifan kelab seperti di Lampiran 3 dan sijil penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan adalah seperti di Lampiran 4. 3.5 Sekolah yang telah menubuhkan Kelab Simpanan Pendidikan perlu mematuhi syaratsyarat yang telah ditetapkan dan menggunakan modul yang disediakan oleh BSKK dan PTPTN.


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 4 Syarat Keahlian Kelab Simpanan Pendidikan 3.6 Murid yang berminat menyertai Kelab Simpanan Pendidikan mestilah warganegara Malaysia yang bersekolah di bawah KPM 3.7 Ibu/ bapa atau penjaga mestilah warganegara Malaysia. 3.8 Penyertaan murid adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan. 3.9 Murid hendaklah mendapat kebenaran dan persetujuan ibu bapa/ penjaga. 3.10 Murid perlu mengisi Borang Pendaftaran Ahli Kelab Simpanan Pendidikan seperti di Lampiran 5. Pendaftaran Ahli Kelab Simpanan Pendidikan 3.11 Bagi murid yang terpilih untuk menyertai kelab ini, guru penasihat hendaklah memasukkan butiran murid di dalam Kelab Simpanan Pendidikan sepertimana maklumat yang telah diisi oleh murid di dalam Borang Pendaftaran Ahli Kelab Simpanan Pendidikan. Carta alir pendaftaran murid adalah seperti di Lampiran 6. 3.12 Setiap ahli Kelab Simpanan Pendidikan akan diberikan nombor ID ahli yang dicetak di kad keahlian. 3.13 Janaan nombor ID ahli kelab adalah terdiri daripada 8 digit berikut:- 2 digit pertama : mewakili abjad larian 5 digit berikutnya : mewakili 5 digit nombor larian 1 digit berikutnya : mewakili check digit 3.14 Bagi murid yang telah menjadi ahli Kelab Simpanan Pendidikan pada tahun sebelumnya dan berhasrat untuk menjadi ahli kelab pada tahun semasa, murid tersebut masih perlu mengisi Borang Pendaftaran Ahli Kelab Simpanan Pendidikan. Guru penasihat akan mengemas kini status murid dan membuat pindaan maklumat, sekiranya ada.


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 5 Keistimewaan Kepada Ahli Kelab Simpanan Pendidikan 3.15 Setiap murid yang mendaftar dan aktif dalam Kelab Simpanan Pendidikan ini akan menerima: a) Kad keahlian Kelab Simpanan Pendidikan; b) T-shirt Kelab Simpanan Pendidikan (untuk ahli baharu dan tahun pertama sahaja); c) Pembukaan akaun atau penambahan simpanan yang berjumlah RM20 dan ke atas secara sekaligus akan menerima simpanan tambahan daripada PTPTN d) bernilai RM10 (bagi transaksi pertama sepanjang tempoh menjadi ahli kelab sahaja). 3.16 Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa Pemberhentian atau Penamatan Ahli Kelab Simpanan Pendidikan 3.17 Semua ahli Kelab Simpanan Pendidikan adalah tertakluk kepada peraturan yang sedang berkuat kuasa. 3.18 Murid yang ingin meneruskan untuk menjadi ahli kelab pada tahun berikutnyaperlu mengisi Borang Pendaftaran Ahli Kelab Simpanan Pendidikan dan guru penasihat perlu mengemas kini maklumat murid tersebut di Kelab Simpanan Pendidikan. 3.19 Murid yang tidak lagi menjadi ahli Kelab Simpanan Pendidikan tidak layak untuk menerima keistimewaan dan manfaat yang ditawarkan oleh PTPTN.


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 6 BAHAGIAN 4: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 4.1 Ibu Pejabat PTPTN i. Menetapkan dasar penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan bersama-sama BSKK; ii. Merancang dan menguruskan penyediaan modul pelaksanaan Kelab Simpanan Pendidikan; dan iii. Mengadakan mesyuarat secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun yang melibatkan Ibu Pejabat PTPTN, BSKK, Pejabat PTPTN Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri bagi membincangkan mengenai status pelaksanaan Kelab Simpanan Pendidikan dan latihan Kelab Simpanan Pendidikan dari semasa ke semasa. 4.2 Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia i. Menyelaras dasar-dasar penubuhan dan pelaksanaan Kelab Simpanan Pendidikan; ii. Menyokong permohonan penubuhan baharu Kelab Simpanan Pendidikan; iii. Melantik Pegawai Teknikal Kebangsaan (guru) bagi Kelab Simpanan Pendidikan; dan iv. Membantu Ibu Pejabat PTPTN bagi pelaksanaan Kelab Simpanan Pendidikan. 4.3 Pejabat PTPTN Negeri i. Bertindak sebagai pegawai penyelaras Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat negeri; ii. Menyelaras dan memastikan aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan dijalankan dengan teratur; iii. Memantau secara berkala terhadap pelaksanaan Kelab Simpanan Pendidikan di sekolah- sekolah negeri berkenaan;


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 7 iv. Menghadiri perjumpaan atau urusan Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat Ibu Pejabat PTPTN; v. Mempengerusikan mesyuarat berkaitan Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat negeri; dan vi. Menguruskan pembukaan akaun dan penambahan simpanan ahli Kelab Simpanan Pendidikan. 4.4 Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pembangunan Bakat Murid) i. Bertindak sebagai pegawai penyelaras Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat negeri bersama Pejabat PTPTN Negeri; ii. Menyelaras dan memastikan aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan dijalankan dengan teratur; iii. Menghadiri perjumpaan atau urusan Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat Ibu Pejabat PTPTN bersama dengan Pejabat PTPTN Negeri; iv. Mempengerusikan bersama mesyuarat berkaitan Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat negeri; v. Membantu Pejabat PTPTN Negeri melaksanakan aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan di peringkat negeri; dan vi. Melantik Pegawai Teknikal Negeri (guru) bagi Kelab Simpanan Pendidikan. 4.5 Sekolah i. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985 : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah sentiasa dipatuhi. ii. Melantik atau mengekalkan Guru Penasihat Kelab Simpanan Pendidikan dan memastikan kegiatan mingguan berjalan mengikut peruntukan masa minimum 12 kali (36 jam bagi sekolah menengah dan 24 jam bagi sekolah rendah) setahun; iii. Memastikan jumlah keahlian minimum Kelab Simpanan Pendidikan adalah 12 orang pada satu- satu masa; iv. Menentukan keahlian Kelab Simpanan Pendidikan dipenuhi setiap masa; v. Berhubung dengan PTPTN untuk pendaftaran, latihan dan aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan (sekiranya perlu); vi. Memastikan kemudahan untuk menjalankan aktiviti kelab disediakan dengan sempurna;


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 8 vii. Memaklumkan kepada Pejabat PTPTN Negeri mengenai pertukaran/ persaraan/ peletakan jawatan Guru Penasihat Kelab Simpanan Pendidikan dan menentukan penggantinya; viii. Memastikan rekod pengurusan dan laporan tahunan Kelab Simpanan Pendidikan disediakan dengan lengkap; dan ix. Pengetua/ Guru Besar berhak untuk membubarkan Kelab Simpanan Pendidikan jika didapati gagal mematuhi peraturan dan pekeliling yang sedang berkuat kuasa. 4.6 Guru Penasihat i. Menghadiri kursus atau bengkel yang dianjurkan oleh PTPTN dan BSKK berkaitan Kelab Simpanan Pendidikan; ii. Memastikan semua aspek aktiviti Kelab Simpanan Pendidikan diuruskan dan dilaksanakan mengikut modul Kelab Simpanan Pendidikan dengan betul; iii. Mengurus pendaftaran ahli kelab dan pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab Simpanan Pendidikan; iv. Mengambil tindakan sewajarnya terhadap ahli Kelab Simpanan Pendidikan yang tidak mematuhi peraturan sekolah dan kelab; dan v. Berusaha untuk menjayakan aspirasi kelab, sekolah dan negara.


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 9 BAHAGIAN 5: LOGO DAN MOTO KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 5.1 Bagi menggambarkan SSPN yang sinonim dengan ’tabungan’, moto Kelab Simpanan Pendidikan adalah ”Tabungan Demi Masa Hadapan”. 5.2 Manakala logo Kelab Simpanan Pendidikan adalah seperti berikut: 1. Maksud logo bulat di belah kiri melambangkan simpanan yang bergandaganda.Bermakna,bermula dari kecil dan lama-lama akan menjadi besar.Ianya bulat kerana di dalam projek penjenamaan tahun lepas ,syarikat telah menetapkan bahawa setiap kategori produk hanya satu warna dan satu logo sahaja. 2. Kelab Simpanan Pendidikan di bawah SSPN ianya akan menggunakan sama warna seperti produk-produk Simpan yang lain,sebab warna dan logo tersebut telah ditetapkan khas untuk apa-apa aspek mengenai simpanan iaitu berwarna ungu.


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 10 BAHAGIAN 6: PENGISIAN MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN 6.1 Aktiviti mingguan Kelab Simpanan Pendidikan ini hendaklah menggunakan peruntukan masa minimum yang ditetapkan iaitu 12 kali perjumpaan (24 jam bagi sekolah rendah dan 36 jam bagi sekolah menengah) setahun. 6.2 Sukatan pelajaran bagi aktiviti mingguan Kelab Simpanan Pendidikan berpandukan modul yang disediakan oleh BSKK dan PTPTN dengan menerapkan tujuh (7) elemen utama (IESPIPI) iaitu: I – Income (Pendapatan); E – Expenses (Perbelanjaan); S – Savings (Penyimpanan); P – Protection (Perlindungan); I – Investment (Pelaburan); P– Purification (Penyucian); dan I – Inheritance (Pewarisan). BAHAGIAN 7: KEISTIMEWAAN KEPADA SEKOLAH YANG MENJALANKAN KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN Sahabat PTPTN 7.1 Sekolah yang menjalankan Kelab Simpanan Pendidikan berpeluang menjadi Sahabat PTPTN dan menikmati keistimewaan yang ditawarkan oleh PTPTN. 7.2 Antara keistimewaannya ialah pemberian komisen kepada sekolah berdasarkan kepada struktur berikut:- Bil Perkara Komisen Sahabat 1 Pembukaan akaun SSPN RM2.00/ akaun 2 Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN-i RM0.50 per akaun/ transaksi (selagi ada potongan) 3 Potongan gaji bagi penambahan deposit SSPN-i Plus RM0.50 per akaun/ transaksi (sehingga 24 bulan) 4 Potongan gaji bagi bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN yang berjaya (one off) RM10.00/ peminjam


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 11 Insentif Kelab Simpanan Pendidikan Secara One-Off 7.3 PTPTN akan memberikan insentif Kelab Simpanan Pendidikan sebanyak RM1,000 secara one-off kepada sekolah untuk menubuhkan Kelab Simpanan Pendidikan. 7.4 Pemberian ini sebagai galakan dan bantuan kepada sekolah di dalam menyediakan keperluan penubuhan dan melicinkan proses penubuhan kelab. Tajaan Sudut Info 7.5 Salah satu aktiviti di dalam Modul Kelab Simpanan Pendidikan ialah menyediakan, menghias dan memastikan kebersihan Sudut Info SSPN. 7.6 Bagi memastikan keceriaan Sudut Info SSPN terjaga, PTPTN akan memberikan tajaan dalam bentuk wang tunai bernilai RM250 untuk setiap sekolah yang terlibat. 7.7 Pemberian tunai ini akan diberikan setiap tahun selagi Kelab Simpanan Pendidikan dijalankan di sekolah tersebut. Pertandingan Menabung Peringkat Sekolah 7.8 PTPTN akan mengadakan pertandingan menabung Peringkat Sekolah dan Peringkat Nasional. 7.9 Sekolah yang menjalankan Kelab Simpanan Pendidikan berpeluang menyertai pertandingan ini yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 12 BAHAGIAN 8: PENUTUP Pihak KPM amat menggalakkan penglibatan sekolah- sekolah dalam menyertai Kelab Simpanan Pendidikan ini. KPM juga amat berharap agar Kelab Simpanan Pendidikan akan mendapat sambutan dan berjaya dilaksanakan mengikut perancangan, menepati sasaran, mencapai matlamat dan objektif. Melalui kerjasama dan sokongan ini diharap dapat melahirkan modal insan yang beridentiti nasional dalam membina bangsa dan negara. Keterangan lanjut mengenai Kelab Simpanan Pendidikan, sila hubungi : 1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Tingkat Bawah, Menara PTPTN Blok D, Megan Avenue II No.12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur Talian Careline : 03-2193 3000 Faks : 03-2193 1263 Emel : [email protected] Website : http://www.ptptn.gov.my 2. Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1,6 & 7 Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 W.P Putrajaya Telefon : +603-8884 1002/1333 Faks : +603-8884 1034/6790 Website : http://www.moe.gov.my


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 13 LAMPIRAN 1 KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN Menjalankan Kelab Simpanan Pendidikan kepada PTPTN yang akan menjalankan Kelab Simpanan Pendidikan


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 14 LAMPIRAN 2 Contoh Emel Makluman Kelulusan Pendaftaran Kelab Simpanan Pendidkan Pentadbir SK Meranti Daripada: PTPTN Notifikasi <[email protected]> Hantar: Selasa, 10 Mac, 2020 12:40 PM Kepada: Pentadbir SK Meranti Tajuk: SELAMAT DATANG KE KELABSIMPANAN PENDIDIKAN "TANPA PREJUDIS" Tuan/Puan, SELAMAT DATANG KE KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN PTPTN mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak tuan/puan memilih Kelab Simpanan Pendidikan sebagai salah satu kelab kokurikulum di sekolah tuan/puan. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan untuk menubuhkan Kelab Simpanan Pendidikan telah diluluskan. Untuk PENGAKTIFAN, pihak tuan/puan perlu melengkapkan maklumat sekolah melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/KelabSimpananPendidikan/Utama dengan menggunakan kod sekolah dan kata laluan sementara seperti berikut: Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN MERANTI Kod Sekolah : DBA3223 Kata Laluan Sementara : pkm22u6N Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Careline 03-2193 3000 atau e-mel ke [email protected]. Sekian, terima kasih. TABUNG PENDIDIKAN ANDA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional === PENAFIAN: E-mel ini berserta fail yang dihantar adalah ditujukan khas kepada penerima pada senarai di atas dan mungkin mengandungi maklumat yang sulit. Jika anda menerima e-mel ini secara tidak sengaja, mohon padam e-mel ini dan maklumkan kepada penulis. Sila ambil perhatian bahawa sebarang isi kandungan e-mel ini hanya mewakili pihak penulis dan tidak semestinya mewakili Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Penerima harus mengimbas e-mel ini bagi mengesan kehadiran virus. PTPTN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami akibat menggunakan maklumat di dalam e-mel ini. === PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 15 LAMPIRAN 3 Contoh Emel Makluman Pengaktifan Kelab Simpanan Pendidkan Pentadbir SK Meranti Daripada: PTPTN Notifikasi <[email protected]> Hantar: Selasa, 10 Mac, 2020 12:40 PM Kepada: Pentadbir SK Meranti Tajuk: PENGAKTIFAN SISTEM KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN "TANPA PREJUDIS" Tuan/Puan, PENGAKTIFAN SISTEM KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN Tahniah! Pengaktifan telah berjaya dilakukan. Maklumat adalah seperti berikut: Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN MERANTI Kod Sekolah : DBA3223 Emel : [email protected] Sila gunakan pautan https://www.ptptn.gov.my/KelabSimpananPendidikan/Utama untuk pengemaskinian maklumat sekolah dan ahli Kelab Simpanan Pendidikan Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian Careline 03-2193 3000 atau e-mel ke [email protected]. Sekian, terima kasih. TABUNG PENDIDIKAN ANDA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional === PENAFIAN: E-mel ini berserta fail yang dihantar adalah ditujukan khas kepada penerima pada senarai di atas dan mungkin mengandungi maklumat yang sulit. Jika anda menerima e-mel ini secara tidak sengaja, mohon padam e-mel ini dan maklumkan kepada penulis. Sila ambil perhatian bahawa sebarang isi kandungan e-mel ini hanya mewakili pihak penulis dan tidak semestinya mewakili Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Penerima harus mengimbas e-mel ini bagi mengesan kehadiran virus. PTPTN tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami akibat menggunakan maklumat di dalam e-mel ini. === PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 16 LAMPIRAN 4 Contoh Sijil Penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan


KELAB SIMPANAN PENDIIDKAN EDISI 1 | 17 a PTPTN, II, n Seng, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Tingkat Bawah, Menar Blok D, Megan Avenue No. 12, Jalan Yap Kwa 50450 Kuala Lumpur. Careline PTPTN: 03-21933000 Portal Rasmi :www.ptptn.gov.my Aduan: http://icare.ptptn.gov.my BORANG PENDAFTARAN AHLI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN BAHAGIAN 1 – MAKLUMAT MURID Nama Murid No. MyKad - - Tarikh Lahir Bangsa Melayu Cina India Lain-lain Jantina L P Warganegara Darjah 4 5 6 Alamat Rumah Poskod Bandar Negeri BAHAGIAN 2 – MAKLUMAT PENJAGA 1 Nama Penjaga 1 No. MyKad - - No. Tel (R) Warganegara No. Tel (B) Alamat E-mel BAHAGIAN 3 – MAKLUMAT PENJAGA 2 Nama Penjaga 2 No. MyKad - - No. Tel (R) Warganegara No. Tel (B) Alamat E-mel Tandakan ‘X’ mana yang berkenaan. LAMPIRAN 5


KELAB SSPN EDISI 1 | 18 16 LAMPIRAN 6 AHLI KELAB BAGI KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN DI SISTEM KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN di dalam Sistem Kelab Simpanan Pendidikan Log-in masuk di dalam Sistem Kelab Simpanan Pendidikan,Sijil penubuhan Kelab Simpanan Pendidikan boleh dicetak melalui SKSP Klik pada Ahli Kelab Simpanan Pendidikan Cetak kad keahlian Kelab Simpanan Pendidikan Kelab Simpanan Pendidikan


MODUL KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 20 - TIGA KUPANG PERJUMPAAN 1 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN MASA 2 JAM ASAS KELAB AKTIVITI LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) OBJEKTIF 1. Melahirkan semangat kekitaan di kalangan ahli kelab. 2. Meningkatkan kesedaran bahawa perlunya semangat kerjasama. 3. Membina sikap saling perlu memerlukan untuk menjayakan sesuatu. PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Murid berkumpul, melapor, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Kelab Simpanan Pendidikan. 2. Aktiviti LDK bagi mengenal ahli-ahli kelab serta membina semangat kekitaan dan kerjasama. 3. Murid diiringi minus one menyanyikan lagu tema SSPN iaitu lagu 3 Kupang SSPN, Rasa Sayang SSPN dan Menabung Demi Cita-Cita. 4. Laporan jawatankuasa Kelab Simpanan Pendidikan sesi tahun lepas (jika ada). 5. Pemilihan jawatankuasa Kelab Simpanan Pendidikan tahun semasa. 6. Guru menerangkan tugas dan tangungjawab ahli jawatankuasa. 7. Guru dan ahli kelab merancang dan menyediakan takwim aktiviti sepanjang tahun. 8. Penerangan perjalanan aktiviti, pembahagian kumpulan dan pembahagian tugas: Tahun 4 - Menulis lirik dan refleksi/penghayatan nilai lagu 3 Kupang SSPN. Tahun 5 - Menulis lirik dan refleksi/penghayatan nilai lagu Rasa Sayang SSPN. Tahun 6 - Menulis lirik lagu dan refleksi/penghayatan nilai Menabung Demi Cita-cita. Murid dalam kumpulan membentangkan refleksi/penghayatan nilai melalui lirik lagu-lagu tersebut mengikut tahun. Lagu tiga kupang Mari kawan-kawan Mari ikut Didi Simpan tiap bulan, jadikan amalan Simpan dalam tabung, mula hari ini SSPN untuk semua SSPN sangat berguna, untuk pendidikan SSPN untuk semua Demi cita-cita dan kejayaan Kawan-kawan, jom simpan duit SSPN. Yeayyy!! Simpan Simpan Simpan Jaminan Masa Depan Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 21 - Rasa sayang Hei Rasa sayang sayang hei Hei mari Didi ajar Cara menyimpan duit Pertama Buka akaun SSPN Untuk simpanan pendidikan Banyak manfaat masa depan Demi impian dan harapan Kedua Beringatlah bila berbelanja Simpan setiap bulan Jadikanlah amalan Ketiga Marilah kita menabung Mulai dari sekarang Jom simpan sikit-sikit Lama-lama jadi bukit. Mari kawan-kawan semua Jom kita capai cita-cita Impian dan juga harapan Untuk cemerlang masa depan Jom buka akaun SSPN Skim Simpanan Pendidikan Simpan duit setiap bulan Menabung demi pelajaran Seronok belajar di sekolah Kita belajar sungguh-sungguh Ingin membesar dengan pandai Kejayaan selalu dicapai. (2X) RASA SAYANG SSPN MENABUNG DEMI CITA-CITA Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 22 - A. Nyayikan lagu Tiga Kupang B. Tuliskan lirik lagu 3 KUPANG pada ruangan di bawah. ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ C. Nyatakan dua nilai-nilai murni lagu 3 KUPANG pada ruangan di bawah. ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ TAHUN 4 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 1 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK LAGU 3 KUPANG


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 23 - D. Aktiviti tekap duit mengikut amaun RM0.60 RM1.00 RM1.70 RM2.10


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 24 - A. Nyanyikan lagu Rasa Sayang SSPN B. Tuliskan lirik lagu Rasa Sayang SSPN pada ruangan di bawah. ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ C. Nyatakan dua nilai-nilai murni lagu Rasa Sayang SSPN pada ruangan di bawah. _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ _________________________________ D. Senaraikan cara menyimpan duit Bil. Cara 1 2 3 TAHUN 5 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 1 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK LAGU RASA SAYANG SSPN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 25 - A. Nyanyikan lagu Menabung Demi Cita Cita B. Tuliskan lirik lagu Menabung Demi Cita Cita pada ruangan di bawah. ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ C. Nyatakan dua nilai-nilai murni lagu Menabung Demi Cita Cita pada ruangan di bawah. ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ D. Lengkapkan padanan yang betul bagi negara dan mata wang pada jadual di bawah. Bil. Negara Mata Wang 1. 2. 3. TAHUN 6 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 1 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK LAGU MENABUNG DEMI CITA-CITA


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 26 - PERJUMPAAN 2 TERAS KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN MASA 2 JAM ASAS KEWANGAN AKTIVITI TABUNG IMPIAN OBJEKTIF 1. Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi murid-murid. 2. Mencungkil bakat melukis dan mewarna. 3. Melatih murid berdikari dan yakin pada diri. PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Murid berkumpul, melapor, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Kelab Simpanan Pendidikan. 2. Guru telah mengedarkan dan memaklumkan senarai peralatan dan kelengkapan yang perlu disediakan oleh murid sebelum perjumpaan minggu ini: i. bahan asas tabung (contoh: kotak/tin/buluh/botol dan bahan kitar semula) ii. kertas warna iii. gam/double sided tape atau pita dua sisi iv. gunting v. marker atau penanda pelbagai warna vi. pensel warna atau krayon 4. Penerangan perjalanan aktiviti dan pembahagian kumpulan. 5. Murid diberi tempoh masa satu (1) jam untuk menyiapkan tabung impian yang unik dan menarik serta menghias tabung dengan logo SSPN. 6. Guru memberi markah hasil kerja setiap murid. FAEDAH MENABUNG Mengamalkan sikap berjimat cermat. Mempunyai wang simpanan yang boleh digunakan untuk perbelanjaan melanjutkan pengajian ke universiti. Dapat menampung keperluan sendiri. Dapat membantu keluarga jika mengalami kesusahan atau kecemasan. Mengurangkan beban ibu bapa seperti membantu membayar yuran atau membeli barangan keperluan persekolahan. Amalan menabung dapat menjauhkan daripada sifat boros dalam kalangan murid. Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 27 - A. Warnakan poster di bawah dengan menarik. Nota: Guru boleh menggunakan poster lain bagi aktiviti ini. TAHUN 4 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 2 TERAS KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN TAJUK MEWARNA POSTER


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 28 - B. Susun abjad di bawah bagi membentuk perkataan berkaitan SSPN 1. I U D T = _____ _____ _____ _____ 2. A W G N = _____ _____ _____ _____ 3. N T U B G A = _____ _____ _____ _____ _____ _____ 4. N P P T T = _____ _____ _____ _____ _____ 5. U K A A N = ____ _____ _____ _____ _____ 6. P N I S A N M A = _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ _____ 7. K N D A E P I N I D = ___ ___ ___ ____ ____ ____ ____ ____ ____ _____ 8. L A N B E U R A P = ____ ____ ___ ____ ___ ____ ____ ____ ____


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 29 - TAJUK MELUKIS TABUNG A. Lukiskan Tabung Impian yang telah anda bina. B. Nyatakan satu (1) ciri kreatif yang ada pada tabung impian anda. 1. ……………………………………………………………………………………………………………… C. Nyatakan dua (2) sumber tabungan simpanan anda. 1. ……………………………………………………………………………………………………………… 2. ……………………………………………………………………………………………………………… TAHUN 5 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 2 TERAS KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 30 - TAJUK MELUKIS POSTER A. Lukiskan poster bertemakan “Mari Menabung Bersama SSPN” pada ruangan di bawah. B. Nyatakan dua (2) kelebihan jika anda menabung. 1. …………………………………………………………………………………………………………….. 2. …………………………………………………………………………………………………………….. TAHUN 6 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 2 TERAS KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 31 - PERJUMPAAN 3 MASA 2 JAM ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB AKTIVITI CELIK SSPN OBJEKTIF 1. Memahami fungsi SSPN. 2. Membuka akaun SSPN mengikut kemampuan. 3. Membuat anggaran tabungan dalam akaun SSPN. PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Murid berkumpul, melapor, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Kelab Simpanan Pendidikan. 2. Penerangan perjalanan aktiviti, pembahagian kumpulan dan pembahagian tugas: Tahun 4 – Mencari dan melengkapkan maklumat berkaitan SSPN. Tahun 5 – Membuat pengiraan tabungan secara berhemah dan berhikmah. Tahun 6 – Menyediakan, mendapatkan dan mengemaskini sudut SSPN. .


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 32 - TUJUAN SUDUT SSPN Sudut SSPN menyediakan maklumat SSPN dalam satu tapak/lokasi/tempat yang ditetapkan oleh sekolah. Maklumat di Sudut SSPN adalah: 1. Pengenalan SSPN 2. Objektif SSPN 3. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN 4. Cara membuka akaun SSPN 5. Keistimewaan SSPN 6. Anggaran tabungan PENGENALAN SSPN SSPN merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Terdapat dua (2) produk SSPN iaitu SSPN Prime dan SSPN Plus OBJEKTIF SSPN Objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung dalam kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman. SYARAT-SYARAT PEMBUKAAN AKAUN SSPN 1. Pendeposit dan penerima manfaat mestilah warganegara Malaysia. 2. Pendeposit mestilah berumur 18 tahun dan ke atas. 3. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun. 4. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri. 5. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama. 6. Penerima manfaat yang berumur melebihi 18 tahun dan telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit. 7. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun SSPN bagi penerima manfaat yang sama. CARA MEMBUKA AKAUN SSPN Akaun SSPN boleh dibuka secara online melalui www.lovesspn.com, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen yang sah. Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 33 - KEISTIMEWAAN SSPN Prime SSPN Prime adalah akaun simpanan tanpa komitmen bulanan. Jumlah minimum bagi tujuan pembukaan ialah sebanyak RM20 dan layak mendapat perlindungan takaful percuma sekiranya jumlah simpanan melebihi RM1,000.00. KEISTIMEWAAN SSPN Plus SSPN Plus merupakan produk yang ditambahbaik daripada SSPN Prime dengan komitmen sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif. SSPN Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih. Info... Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 34 - SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej SSPN Plus PAKEJ INTAN DELIMA TOPAS ZAMRUD NILAM BERLIAN Simpanan RM20 RM40 RM90 RM180 RM270 RM200 Sumbangan Takaful RM10 RM10 RM10 RM20 RM30 RM300 Jumlah Komitmen Bulanan RM30 RM50 RM100 RM200 RM300 RM500 ANGGARAN TABUNGAN Anggaran Simpanan Selama 17 Tahun Berdasarkan Deposit Bulanan TAHUN DEPOSIT BULANAN RM20.00 RM30.00 RM40.00 RM50.00 RM100.00 1 245.20 367.80 490.40 613.00 1,226.00 2 500.21 750.31 1,000.42 1,250.52 2,501.04 3 765.42 1,148.12 1,530.83 1,913.54 3,827.08 4 1,041.23 1,561.85 2,082.47 2,603.08 5,206.16 5 1,328.08 1,992.12 2,656.16 3,320.21 6,640.41 6 1,626.41 2,439.61 3,252.81 4,066.01 8,132.03 7 1,936.66 2,904.99 3,873.32 4,841.65 9,683.31 8 2,259.33 3,388.99 4,518.66 5,648.32 11,296.64 9 2,594.90 3,892.35 5,189.80 6,487.25 12,974.51 10 2,943.90 4,415.85 5,887.79 7,359.74 14,719.49 11 3,306.85 4,960.28 6,613.71 8,267.13 16,534.27 12 3,684.33 5,526.49 7,368.65 9,210.82 18,421.64 13 4,076.90 6,115.35 8,153.80 10,192.25 20,384.50 14 4,485.18 6,727.76 8,970.35 11,212.94 22,425.88 15 4,909.78 7,364.68 9,819.57 12,274.46 24,548.92 16 5,175.76 8,027.06 10,702.75 13,378.44 26,756.88 17 5,627.99 8,715.95 11,621.26 14,526.58 29,053.15 Nota: Andaian pemberian dividen sebanyak 4% sepanjang tempoh simpanan Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 35 -


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 36 - A. Apakah nama penuh singkatan SSPN? _______________________________________________________________________________ B. Senaraikan enam (6) pakej yang ditawarkan oleh SSPN Plus? _______________________________________________________________________________ C. Berdasarkan kepada pengetahuan, apakah yang anda faham mengenai SSPN? __________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________ _______________________________________________________________________________ D. Tuliskan dua (2) syarat bagi pembukaan akaun SSPN. 1. ___________________________________________________________________________ 2. ___________________________________________________________________________ E. Apakah perbezaan SSPN Prime dengan SSPN Plus? 1. ___________________________________________________________________________ 2. ___________________________________________________________________________ TAHUN 4 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 3 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK KENALI SSPN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 37 - A. Hitung dan lengkapkan jadual anggaran tabungan seperti di bawah: TAHUN DEPOSIT BULANAN RM20.00 RM30.00 1 2 3 4 5 6 JUMLAH Nota: Andaian pengiraan di atas tidak termasuk dividen. B. Nyatakan tiga (3) keistimewaan jika anda mempunyai akaun SSPN Prime. 1. ____________________________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________________________ C. Berapakah umur yang membolehkan anda membuka akaun SSPN Prime tanpa kebenaran penjaga/ ibu/ bapa? _______________________________________________________________________________ TAHUN 5 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 3 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK TABUNGAN DEMI MASA HADAPAN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 38 - A. Menyedia, mendapatkan dan mengemas kini maklumat di papan kenyataan. i. Pengenalan SSPN ii. Objektif SSPN iii. Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN iv. Cara membuka akaun SSPN v. Keistimewaan SSPN vi. Anggaran tabungan B. Menceriakan/ menghias sudut SSPN dengan kreatif dan inovatif serta memastikan sudut info dalam keadaan kemas dan terjaga. C. Sediakan dokumentasi sepanjang proses sebelum dan selepas keceriaan Sudut SSPN. D. Agihan tugas mengikut ahli dalam kumpulan TAHUN 6 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 3 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK SUDUT SSPN Maklumat yang perlu disediakan Nama Ahli terlibat Pengenalan SSPN Objektif SSPN Syarat-syarat pembukaan akaun SSPN Cara membuka akaun SSPN Keistimewaan SSPN Anggaran tabungan


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 39 - PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Murid berkumpul, melapor, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Kelab Simpanan Pendidikan. 2. Pembahagian kumpulan dan pembahagian tugas: Tahun 4 (8 pemain) – set Susun Suai Gambar Wang dan Kad Padanan Mata Wang. Tahun 5 (4 pemain) – set Ekspedisi Bijak Wang. Tahun 6 (4 pemain & 1 pegawai bank) – set Profesor Bijak Wang Sspn. 3. Penerangan perjalanan aktiviti: i. kaedah giliran pemain dalam kumpulan; ii. konsep wang dan konsep perbelanjaan melalui kad imbas; dan iii. kaedah permainan bagi setiap set aktiviti. 4. Kaedah penentuan pemenang: i. Susun Suai Gambar dan Kad Padanan Mata Wang – Pemain terpantas selesai. ii. Ekspedisi Bijak Wang – Pemain yang sampai dahulu di petak penamat. iii. Profesor Bijak Wang – Berdasarkan jumlah simpanan dan harta yang diperolehi. PERJUMPAAN 4 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN MASA 2 JAM ASAS KELAB AKTIVITI BIJAK WANG OBJEKTIF 1. Melahirkan murid yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. 2. Menerapkan nilai murni dalam perbelanjaan berhemah. 3. Mendidik murid membuat keputusan yang bijak dan menguntungkan. Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 40 - A. Aktiviti set permainan bagi susun suai gambar dan kad padanan wang menggunakan KIT BIJAK WANG. SET PERMAINAN bagi susun suai gambar dan kad padanan wang KIT BIJAK WANG TAHUN 4 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 4 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK SUSUN SUAI GAMBAR DAN KAD PADANAN


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 41 - B. Lengkapkan jadual mata wang kertas berikut: Denominasi Nyatakan gambar utama di bahagian belakang wang kertas RM1 RM5 RM10 RM20 RM50 RM100 C. Nyatakan nama negara yang menggunakan mata wang berikut: Mata wang Nama negara Rupiah US Dollar Rupee Baht Pound Sterling Riyal


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 42 - A. Aktiviti set EKSPEDISI KIT BIJAK WANG Set EKSPEDISI KIT BIJAK WANG B. Lengkapkan jadual di bawah dengan menyatakan situasi bagaimana pemain diarahkan berundur langkah, maju ke hadapan dan hilang pusingan. Arahan Situasi 1. Berundur 2. Ke Hadapan 3. Hilang Pusingan TAHUN 5 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 4 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK EKSPEDISI BIJAK WANG


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 43 - A. Aktiviti set PROFESOR KIT BIJAK WANG Set PROFESOR BIJAK WANG B. Nyatakan satu (1) aktiviti yang boleh menambah nilai harta di dalam permainan ini. ______________________________________________________________________________ C. Nyatakan satu (1) aktiviti yang boleh mengurangkan wang di dalam permainan ini. _____________________________________________________________________________ D. Nyatakan satu (1) ilmu asas pengurusan kewangan yang anda pelajari melalui aktiviti ini. _____________________________________________________________________________ TAHUN 6 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 4 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK PROFESOR BIJAK WANG


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 44 - PERJUMPAAN 5 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN MASA 2 JAM ASAS KELAB AKTIVITI AMALAN KITAR SEMULA OBJEKTIF 1. Melahirkan murid yang kritis, kreatif dan inovatif. 2. Menerapkan yakin dengan kebolehan diri serta budaya kerjasama. 3. Melahirkan masyarakat yang memelihara dan memulihara alam sekitar. PELAKSANAAN AKTIVITI 1. Murid berkumpul, melapor, nyanyian lagu Negaraku dan bacaan ikrar Kelab Simpanan Pendidikan. 2. Guru telah mengedarkan dan memaklumkan senarai peralatan dan kelengkapan yang perlu disediakan oleh murid sebelum perjumpaan minggu ini: i. Barang-barang yang boleh kitar semula ii. gam/double sided tape@pita dua sisi iii. gunting iv. marker@penanda pelbagai warna v. pensel warna/krayon 3. Penerangan perjalanan aktiviti, pembahagian kumpulan dan pembahagian tugas: Tahun 4 - Mengumpulkan dan mengasingkan barangan kitar semula mengikut kategori kertas, tin dan plastik. Tahun 5 - Mencipta dan menghasilkan barang kraftangan daripada bahan kitar semula mengikut kreativiti. Tahun 6 - Mencipta dan menghasilkan bekas serba guna daripada kertas surat khabar terpakai. - Menjual baki bahan kitar semula yang tidak digunakan dalam penghasilan barang kraftangan bagi menambah pendapatan Kelab Simpanan Pendidikan. 4. Pengumpulan baki bahan kitar semula yang tidak digunakan dan hasil bekas serbaguna yang menarik akan dijual pada Hari Keusahawan atau Kokurikulum untuk menambah pendapatan Kelab Simpanan Pendidikan dan menambah tabungan ahli Kelab Simpanan Pendidikan. Info...


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 45 - A. Mengumpulkan dan mengasingkan barangan kitar semula mengikut kategori kertas, tin dan plastik. B. Isi barang kitar semula pada ruangan yang betul. TONG KITAR SEMULA SISA/BAHAN BOLEH KITAR SEMULA 1. _____________________________________________ 2. _____________________________________________ 3. _____________________________________________ 4. ______________________________________________ 1. _____________________________________________ 2. _____________________________________________ 3. _____________________________________________ 4. _____________________________________________ 1. _____________________________________________ 2. _____________________________________________ 3. _____________________________________________ 4. ______________________________________________ TAHUN 4 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 5 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK GOTONG-ROYONG JINGGA COKLAT BIRU


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 46 - C. Dimanakah bahan-bahan tersebut boleh diperolehi 1. ____________________________________ 2. ____________________________________ 3. ____________________________________ D. Isikan tempat kosong dengan huruf yang betul berkaitan bahan yang boleh dikitar semula? 1. K __ __ T __ S 2. __ O T __ L 3. S __R __ __ K __ __ B __ R 4. __ __ N __U __ U 5. __ O __ __ K 6. M __ __ A L __ __ 7. T __ Y __ __ 8. __ U __ U


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 47 - A. Tuliskan bahan yang boleh dihasilkan daripada bahan terbuang berikut:- Bil Bahan Kitar Semula Hasil 1. Tayar (i) ____________________ (ii) ____________________ (iii) ____________________ 2. Botol Mineral (i) ____________________ (ii) ____________________ (iii) ____________________ TAHUN 5 TARIKH: HARI: PERJUMPAAN 5 ELEKTIF KELAB SIMPANAN PENDIDIKAN ASAS KELAB TAJUK KRITIS, KREATIF & INOVASI


Semakan Guru Penasihat:…………………………………….……………………… Tarikh:…………….. ( ) - 48 - 3. Kotak Kasut (i) ____________________ (ii) ____________________ (iii) ____________________ 4. Surat Khabar (i) ____________________ (ii) ____________________ (iii) ____________________ 5. Tin Biskut (i) ____________________ (ii) ____________________ (iii) ____________________


Click to View FlipBook Version