The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-01-20 01:27:31

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

FORMULA

Mudahnya
Mengajar
Pendidikan
Seksualiti

KEPADA ANAK SENDIRI

Oleh: Akhi Fairuz
Al-Jengkawi

TENTANG

Ebook Ini

Ebook ini akan memecahkan stigma berkaitan
Pendidikan Seksualiti serta mengetengahkan tips
komunikasi yang sesuai bila anak-anak bertanya

tentang seks.

BAB

01

Fasa-Fasa
Perkembangan Anak

Fasa 1

0-6 Tahun
(Awal Kanak-Kanak)

“I can do it myself!”

“I can do it myself!”

Kanak-kanak dalam fasa ini ‘absorbent mind’. Mereka akan serap
segala benda tanpa tapisan dan diskriminasi. Sama seperti span.
Yang diserap itu termasuklah bahasa, cara bercakap, akhlak serta
nilai.
Keinginan nak buat segala perkara tu sentiasa ada.
Pendidikan seksualiti perlu bermula pada peringkat umur ini. Ajar
mereka mengenali private part, nama yang selayaknya, sentuhan
selamat dan tidak selamat, sentuhan tidak selesa serta tindakan
yang perlu dibuat jika ada individu cuba lakukan perkara yang tak
baik kepada diri mereka (cabul).

Fasa 2

6-12 Tahun
(Kanak-Kanak)

“I can think it myself!”

“I can think it myself!”

Dalam fasa ini anak-anak akan lebih stabil emosi dan kognitifnya.
Mereka tak cepat menangis macam dahulu. Kognitif (intelek) akan
berkembang maju dan boleh belajar dalam erti kata yang biasa kita
faham; baca buku, lakukan penyelidikan, skil tangan dan lain-lain.
Jika kita telah dedahkan kepada anak-anak dengan bahasa yang
indah, kehebatan alam, nilai-nilai murni ketika 0-6 tahun, maka 6-12
tahun ialah fasa untuk kembangkan dan hebatkan lagi.
Ketika fasa ini, ibu bapa perlu bersedia untuk menjawab soalan
anak berkaitan isu-isu seksual. Terus terang, gunakan bahasa yang
mudah mengikut kefahaman anak.

Fasa 3

12-18 Tahun
(Remaja)

“I can stand on my own!”

“I can stand on my own!”

Inilah dia fasa untuk mencari diri, sensitive period untuk fikiran
kritis dan mencari makna yang lebih dalam hidup. Aku siapa? Siapa
aku dalam masyarakat ni? Siapa aku dalam rumah ni?
Mereka nak bebas dari segi emosi, tak mahu dikongkong atau diber-
itahu untuk buat itu dan ini. Remaja mahu ‘kuasa’ atas diri mereka
sendiri. Orang dewasa perlu membimbing mereka, tidak cepat
judge dan perlu sering bermain ‘tarik tali’.
Ketika ini, kehendak seksual remaja akan masuk ke fasa yang baru;
akil baligh. Fizikal mereka akan berubah, beremosi, ketertarikan
kepada lain jantina serta mudah dipengaruhi kawan-kawan. Ibu
bapa perlu berkomunikasi secara ‘man to man’ terutama bab hati,
perasaaan, cinta dan seksual.

Fasa 4

18-24 Tahun
(Kematangan)

“I can get it myself!”

“I can get it myself!”

Fasa ini roller coaster remaja mulai berakhir. Mereka mula membina
‘posisi’ dalam dunia dan bertanya, ‘apa yang aku boleh beri’.
Menjelang umur 24 tahun, pandangan hidup, ideologi serta preju-
dis sudah terbina kukuh. Jadilah mereka orang dewasa.
Ketika anak mencapai fasa ini, ibu bapa perlu menghormati keputu-
san anak terutama yang melibatkan pemilihan pasangan, perkah-
winan, kerjaya dan lain-lain. Wujudkan komunikasi yang sebaiknya
agar pilihan yang dilakukan oleh anak itu hasil perbincangan
mereka dengan ibu bapanya sendiri.

#TipsKeibubapaan1

“Parenting (keibubapaan) perlulah bersifat

berundur daripada kehidupan anak sedikit demi
sedikit untuk membuka ruang mereka menjadi
dewasa yang mukalaf. Maka pendekatan yang
lebih organik, perlahan, bergabung antara betul
dan salah, berjaya dan gagal, mungkin lebih
realistik dan wajar.

U Hasriz Abdul Jamil

#TipsKeibubapaan2

“Sebelum anak berasa kekok berbual dengan ibu

bapa terutama dengan ayahnya sendiri, maka
berbuallah dengan mereka dalam apa jua fasa
umur sekalipun. Inilah yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, Nabi Yaakub
dan anaknya Nabi Yusuf serta Nabi Syuaib
kepada anak perempuannya. Berbual dan
bertukar pendapat adalah sunnah tarbiatul
aulad sejak zaman berzaman.

U Hasriz Abdul Jamil

#TipsKeibubapaan3

“Ibu bapa harus peruntukan masa khusus,

one-to-one, tanpa gangguan, eksklusif kepada
setiap anak sekurang-kurangnya sekali
seminggu. Bila moment dan bonding secara
individu dibina dari kecil, maka ibu bapa tidak
berasa janggal apabila perlu slow talk dengan
anak dalam hal keremajaan yang menyentuh
aspek emosi, perasaan, cinta, perkembangan
personaliti, masalah peribadi dan lain-lain.

Dr R anizam Zak ia

BAB

02

Pendidikan
Seksualiti

Stigma Berkaitan
Pendidikan Seksualiti

01 Trigger dengan perkataan ‘seks’. Ada yang beranggapan pendidikan

seks mahu mengajar kanak-kanak posisi hubungan kelamin, seks
selamat, cara gunakan kondom, menggalakkan seks bebas, ajar
remaja buang bayi, tidak islamik serta mengikut acuan barat.

02 Dah besar nanti, anak tahulah sendiri, kata mereka.

03 Tak perlu ajar, lembu kambing tak belajar pasal seks pun boleh

mengandung!

04 Jangan kotorkan fikiran anak dengan benda lucah! Kata mereka

lagi.

05 Merasakan hal seksualiti ini terlalu privasi hingga tidak wajar untuk

diceritakan kepada umum.

06 Tak setuju nama ‘Pendidikan Seks’. Minta ditukar kepada nama

yang lain.

“Alamak, macam
mana ni? Saya pun
ada fikir macam tu

juga!”

Rileks! Chill je ok.
Biar abang botak
Akhi Fairuz cerita

dulu ya..

Apa maksud seks?

Mari cari jawapannya di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

1. Seks merujuk kepada genital (kemaluan)/ jantina
2. Seks merujuk kepada perhubungan seksual antara lelaki dan
perempuan
Ini bermakna Pendidikan Seks akan membicarakan bab kemaluan,
kejantinaan serta hubungan seksual. Maka, ia tak dapat lari dari
halal haram, boleh dan tak boleh serta berkaitan dengan
undang-undang.
Saya lebih prefer term Pendidikan Seksualiti, berbanding
Pendidikan Seks.

Ada ke subjek Pendidikan
Seksualiti di sekolah?

Jawapannya tak ada. Tiada subjek khusus bernama Pendidikan Seks
atau Sex Education atau Pendidikan Seksualiti. Namun bab seksuali-
ti ini diajar di dalam beberapa subjek di sekolah. Inilah yang dipang-
gil sebagai merentas kurikulum.

Ia diajar dalam subjek Pendidikan Kesihatan, Sains, Pendidikan
Islam serta Pendidikan Moral. Seawal darjah 1, anak-anak diajar
mengenali private part, sentuhan selamat dan tidak selamat dalam
subjek Pendidikan Kesihatan.

Begitu juga dalam subjek Sains. Cikgu akan cover bab pembiakan
haiwan dan asas pembiakan manusia. Perincian bab pembiakan
akan diajar di Tingkatan 1, bab 4.

Dalam subjek Pendidikan Islam, anak-anak akan belajar tentang akil
baligh, mandi wajib, air mani keluar, mandi wajib dan lain-lain.

Pendidikan Moral pula banyak menyentuh penerapan nilai-nilai
murni dalam diri untuk diaplikasi dalam kehidupan seharian.

Kalau macam tu, biar
je lah cikgu sekolah
yang ajar anak kita

kan?

“Setiap kanak-kanak

berbeza. Cara mereka
menerima dan

memproses maklumat
tak sama.

Ada yang introvert, ada
yang extrovert.

Seeloknya ibu bapa yang
mendidik anak bab ini.

Bukannya cikgu di
sekolah..

Jom jadi guru
pertama pendidikan
seksualiti anak-anak!

Let’s GO!

Mari ubah mentaliti kita
dahulu!

1. Pendidikan Seksualiti sebenarnya sangat islamik! Ia merupakan
pendidikan sepanjang hayat!
2. Mari saya lampirkan firman Allah SWT dalam Al-Quran,
Surah-Al-Mukminun (ayat 5) :

Antara ciri-ciri orang mukmin yang berjaya/ beruntung adalah
mereka yang menjaga kehormatannya. Perkataan ‘furuuj’ di dalam
Bahasa Arab bermaksud kemaluan-kemaluan.
Untuk menjaga kehormatan/ kemaluan, sudah pasti kita perlu bela-
jar tentang kemaluan setiap jantina, fungsinya, dosa serta jenayah
yang berkaitan dengannya. Mudah-mudahan, kita akan menjadi
mukmin yang berjaya dan beruntung.

3. Proses ovulasi disebutkan di dalam Surah Al-Mukminun
(Ayat ke 13) :

Bila Allah sebutkan air mani disimpan/ dipancarkan/ dimasukkan ke
dalam tempat yang kukuh iaitu rahim, maka di sini fahamlah kita
bagaimana pembiakan itu berlaku.
Maka, anak perlu tahu air mani itu apa, bagaimana ia terhasil,
kenapa lelaki ada air mani, sperma dan testis, kenapa pula perem-
puan ada ovum, ovari dan rahim, apa itu hubungan seksual, seks
yang dibenarkan, seks yang diharamkan, kenapa ada perlakuan seks
yang salah di sisi undang-undang hingga menjadi jenayah dan
lain-lain.
Semuanya berkait antara satu sama lain!
Mari kita memahami sambungannya, ayat ke 14 dari surah ini.

Lihatlah bagaimana Allah terangkan proses pembiakan ini. Ia
sangat indah dan saintifik. Bermula dari air mani yang dimasukkan
ke dalam faraj/ rahim, maka ia berubah menjadi zigot, kemudian
embrio dan fetus.

Allah perjelaskan semua ini adalah untuk kita hadam dan faham
yang Allah adalah Ahsannul Kholiqin!

PENCIPTA YANG PALING BAIK!

Inilah yang kita nak tanam dalam minda anak-anak kita, Allah yang
ciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian.

Antara ayat al-quran & hadith
yang bercerita tentang
pendidikan seksualiti

01 Surah Al-Isra’ ayat 32 : Jangan hampiri zina. Nak bercerita tentang

zina, perlu tahu zina tu apa, definisinya, bagaimana zina boleh
berlaku, hubungan lelaki dan perempuan, hal berkaitan kemaluan,
hukum serta undang-undang.

02 Surah An-Nur ayat 30 : Perintah Allah kepada lelaki beriman agar

menundukkan/ menjaga pandangan dan kemaluan (kehormatan
diri). Soal merendahkan pandangan, ia akan melibatkan hal aurat
diri sendiri, aurat orang lain, pornografi dan lain-lain. Untuk menja-
ga kemaluan, wajiblah untuk anak-anak faham tentang kemaluann-
ya sendiri.

03 Surah An-Nur ayat 31 : Perintah Allah kepada perempuan beriman

agar menundukkan/ menjaga pandangan, memelihara kemaluan
dan menutup aurat.

04 Surah An-Nur ayat 58 : Larangan untuk anak-anak masuk ke bilik ibu

bapa pada 3 waktu.

05 Hadith Nabi Muhammad SAW : ibu bapa perlu pisahkan tempat

tidur anak lelaki dan perempuan.

Tak sabarnya nak
belajar!! Yeayy!

Mari kita fahami
dahulu lima dimensi
pendidikan seksualiti

01

Dimensi fizikal / biologi

Aspek inilah yang sering dikaitkan dengan pengertian pendidikan
seks dalam masyarakat. Mereka menganggap pendidikan seks
mahu mengajar kanak-kanak posisi hubungan seksual, soal dalam
kelambu, ‘buat anak’ dan seangkatan dengannya.
Ketahuilah yang pemahaman seperti ini terlalu sempit dan tidak
holistik.
Pendidikan Seksualiti ini ibarat satu rumah. Dalam ‘rumah’
berkenaan ada 1 bilik yang bernama Fizikal. Ada 4 lagi bilik untuk
melengkapkan ‘rumah’ berkenaan.
Jom belajar dimensi yang seterusnya pula.

02

Dimensi kognitif / intelektual

Sebut seks orang nampak zakar. Sebut seks orang nampak faraj.
Ada pula yang melucahkan ia. Akhirnya seks dianggap satu benda
kotor dan tak patut diceritakan.
Walhal organ seksual yang paling penting dalam tubuh badan
adalah OTAK, bukannya kemaluan!
Yang inilah yang kita nak tanam dalam fikiran
anak-anak. Bila bahagian kognitif kanak-kanak tidak difahamkan
erti seks yang sebenar, maka mereka mudah cenderung kepada hal
yang merosakkan seperti pornografi.

03

Dimensi emosi

Dimensi emosi sangat penting dalam mempengaruhi emosi negatif
dan positif dalam perhubungan seksual.
Kenapa rogol itu satu jenayah? Sebab pelaku tidak mengambil kira
emosi mangsanya. Mereka tak hormat serta mencarik-carik maruah
seorang gadis.
Dalam Islam sendiri, banyak hadith yang meriwayatkan layanan
Nabi Muhammad kepada isterinya dalam soal hubungan seksual.
Bukan terjah terus, tetapi perlu ada mukadimahnya.
Hubungan intim adalah kemuncak komunikasi sepanjang hari
pasangan suami isteri. Kalau komunikasinya penuh rasa cinta, kasih
sayang, hormat menghormati, emosi pasangan dijaga, maka
indahlah hubungan seksual itu.

04

Dimensi sosial

Dalam dimensi sosial, anak-anak harus dididik berkaitan interaksi
yang perlu dipraktikkan antara gender.
Mereka bersekolah, bertemu dengan rakan-rakan. Maka, aspek
pergaulan sangatlah perlu dititikberatkan.
Pertamanya, soal sentuhan. Jangan sentuh private part kawan,
jangan bergurau dan buat lawak dalam hal-hal seksual hingga
melakukan sex harassment kepada rakan yang lain (verbal, fizikal).
Yang kedua, anak lelaki perlu diajar menghormati orang
perempuan, begitu juga anak perempuan perlu protect diri mereka.

05

Dimensi spiritual

Dimensi spiritual inilah yang melengkapkan keempat-empat
dimensi tadi.
Dosa pahala, halal haram, jatidiri, nilai, maruah serta adab
sangat-sangat perlu diterapkan.
Spiritual inilah yang akan menjadi benteng kepada anak-anak agar
tidak terjebak ke arah yang tidak baik yang diharamkan oleh Tuhan.

Bila dah hadam 5
dimensi pendidikan

seksualiti, maka
bolehlah kita mula

belajar.
Bismillah…

Pendidikan seksualiti
untuk anak yang berusia

1-7 tahun

Beri nama yang selayaknya
kepada kemaluan anak

1. Kemaluan anak lelaki : zakar/ penis
Kemaluan anak perempuan : faraj/ vagina

2. Kenalkan kepada anak ini zakar/ penis, ini faraj/ vagina, sama sep-
erti kita mengajar anak, ini tangan, ini mata, ini mulut, ini kaki, ini
perut dan anggota badan yang lain. Dari waktu bayi dah boleh ajar.

3. Mengekalkan term kiasan atau nama objek akan mengundang
risiko sex harassment (verbal) serta lawak lucah bersifat double
meaning atau dirty jokes. Anak perlu faham kemaluannya juga sama
seperti anggota badannya yang lain, ada fungsi dan peranan.

Tolong sangat agar tak
kekalkan atau gunakan

nama yang ini lagi!!

timun hotdog batang punai cookies

bunga pepet cipap boboi aiskrim
bebird kontol
apam cibai siput belalai peler
sedut
peler lanc*u
rama-
rama

puki konek

karipap kote
terung
pant*t asam
keping

bur*t

Private part

Sedari kecil, anak pasti rasa geli bila ketiak, pinggang atau tapak
kakinya digeletek oleh ibu bapa. Maka, anak juga perlu difahamkan
ada anggota badan yang yang akan menimbulkan ketidakselesaan
bila disentuh orang lain. Ia dikenali sebagai private part.
Private part yang tidak boleh disentuh, dipegang, diraba, dicium,
diramas adalah: mulut, dada, kemaluan, punggung, paha
Anak juga perlu tahu mereka juga tidak dibenarkan untuk
menyentuh private part orang lain; adik beradik, sepupu, kawan di
sekolah, rakan di asrama, orang dewasa samada yang dikenali atau
tidak.
Hal ini perlu diulang-ulang hingga anak benar-benar faham dan
hadam.

Antara aktiviti yang boleh
dilakukan untuk anak lebih
faham tentang private part :

1. Lukis tubuh badan seperti di
sebelah.

2. Kemudian, minta anak siapkan
lukisan dengan melengkapkan
anggota badan lain yang
tertinggal; mulut, telinga, mata,
kemaluan dan lain-lain.

3. Warnakan lukisan berkenaan.

4. Akhir sekali, minta anak
bulatkan private part yang tidak
boleh disentuh.

*boleh gunakan kertas A4, A3 atau
manila card

Sentuhan selamat

Sentuhan selamat : Sebarang sentuhan yang tidak melibatkan
private part (bersalam, cium pipi, cium dahi, usap kepala dan
lain-lain). Jika berlaku juga sentuhan di bahagian private part, pasti-
kan ia atas tujuan perubatan atau tujuan yang dibenarkan. Contoh;
berkhatan, mengajar anak bersihkan kemaluan selepas kencing,
membasuh punggung selepas buang air besar dan lain-lain.
Setelah anak pandai urus diri; mandi, bersihkan kemaluan, basuh
punggung selepas buang air besar, maka tiada keperluan untuk ibu
bapa menyentuh bahagian berkenaan lagi.

Sentuhan tidak selamat

Sentuhan tidak selamat : Segala sentuhan yang melibatkan private
part (mulut, dada, kemaluan, punggung, paha).
Hal seperti ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, di rumah, kam-
pung, sekolah, rumah pengasuh, tadika, asrama, taman permainan,
kawasan kejiranan, kedai runcit dan lain-lain tempat.
Anak perlu tahu private part bukanlah anggota badan yang boleh
dilawakkan, sebagai contoh menanggal seluar untuk tunjuk zakar
kepada orang lain atau menarik seluar adik beradik atau lain-lain
keadaan.
Tanamkan rasa malu dan tanggungjawab bagi menjaga amanah
pemberian Tuhan (anggota badan)

Sentuhan tidak selesa

Sentuhan tidak selesa : Walaupun sentuhan ini tidak melibatkan
private part, tetapi ia menimbulkan ketidakselesaan kepada anak.
Sebagai contoh, seorang individu meraba-raba tangan atau ping-
gang anak, menjilat telinga, mengusap-usap atau menggigit leher,
disentuh perut tanpa sebab, cium pipi dalam tempoh masa yang
lama atau kerap serta lain-lain keadaan.
Biasanya sentuhan tidak selasa ini pemula kepada sentuhan tidak
selamat yang melibatkan private part. Ini dinamakan sex grooming.
Sex grooming ni adalah bilamana ada seseorang individu sama ada
dikenali atau tidak membina 'trust' dengan anak untuk tujuan
seksual

How to react?

Saat kita mengajar anak mengenal private part, ibu bapa juga wajib
berkongsi, apa yang perlu dilakukan oleh anak sekiranya ada indivi-
du yang dikenali atau tidak melakukan sentuhan tak selamat atau
sentuhan tak selesa.

Ingat 3 LANGKAH ini. Sentiasa ulang-ulang pada anak sampai
mereka hafal dan boleh praktikkan :
a) YELL (Jerit sekuat hati)
b) RUN (Lari ke tempat yang selamat)
c) TELL (Beritahu kepada orang yang boleh dipercayai; guru, ibu
bapa, pengasuh dan lain-lain)

Selain daripada itu, ibu bapa juga digalakkan untuk menghantar
anak menyertai kelas seni bela diri seperti silat, taekwando, karate
dan lain-lain.

01

YELL

Jerit kuat-kuat!

02

RUN

Lari selamatkan diri

03

TELL

Beri tahu kepada orang
yang boleh dipercayai

Kes 1

Seorang kanak-kanak
perempuan dicabul di

kedai runcit

Tahun 2019, berlaku satu kes pencabulan yang melibatkan seorang
kanak-kanak perempuan di sebuah kedai runcit di Rawang Selangor.
Beliau dan adiknya keliru untuk respon apa saat itu. Kesian
sangat… Hasil rakaman CCTV, polis berjaya menahan syaitan berke-
naan. Syukur!


Click to View FlipBook Version