The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-01-20 01:27:31

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

Kes 2

Seorang kanak-kanak
lelaki dicabul di

dalam tandas sebuah
pasaraya





Apakah persamaan
kedua kes berkenaan?

01 Kejadian berlaku di tempat awam/ tumpuan orang ramai

02 Pencabul ditahan oleh pihak polis

03 Kedua kes ini tular

04 Untuk kedua kes, kanak-kanak berkenaan TIDAK MENJERIT dan

TIDAK LARI menyelamatkan diri

05 Mereka KELIRU akan apa yang sedang berlaku

Sebab itu 3 step how to react ini sangat penting! Didiklah seawal
mungkin. Ulang-ulang hingga anak benar-benar faham, hadam dan
boleh praktikkan. Ia sangat penting! Pencabulan boleh berlaku di
mana-mana sahaja!

YELL

Jerit kuat-kuat!

RUN

Lari selamatkan diri

TELL

Beri tahu kepada
orang yang boleh

dipercayai

Kisah ini pernah viral di media sosial. Kanak-kanak ini meninggalkan
nota kepada guru. Ada netizen yang anggap benda ni lucu!

Berikut ulasan saya dalam
kes ini:

Jom belajar akta
kanak-kanak

Akta kanak-kanak pindaan 2017,
bahagian IV : kesalahan-kesalahan yang

berhubungan dengan amang seksual

Manfaatkan Talian Kasih
sebaiknya ya

Asingkan Bilik Tidur Anak

Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Perintahkan anak-anak kamu untuk menunaikan solat
ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika
mereka berusia sepuluh tahun, dan pisahkan tempat tidur di antara
mereka.”

Riwayat Ahmad (6689) Abu Daud (495) dan al-Albani menilainya
Sahih

Umur berapa nak asingkan
bilik tidur anak ni?

Mengambil kira hadith Nabi Muhammad SAW, pengasingan bilik
tidur adalah ketika anak berusia 10 tahun. Namun, sebelum anak
lelaki dan perempuan tidur di biliknya sendiri, ibu bapa perlu
melatih anak dari awal.

Sama juga dengan perintah solat, 10 tahun tak solat boleh dirotan.
Namun, kenalah didik dan latih anak dahulu sewaktu usianya 7
tahun. Jadi, latihan ini akan berlangsung lebih dari 3 tahun. Hari
demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, tahun demi
tahun.

Antara perkara yang ibu
bapa kena faham berkaitan
pengasingan tempat tidur :

Untuk permulaan, pengasingan boleh dilakukan dalam satu bilik
dahulu. Ibu bapa tidur di atas katil sendiri, anak pula tidur dibawah
(atas toto yang dibentangkan). Ia bertujuan untuk memahamkan
anak tempat tidur mereka kena asing dengan ibu bapa

Dalam masa yang sama ibu bapa perlu menyiapkan bilik tidur anak.

Sebenarnya dari bayi lagi kita dah boleh ajar anak tidur asing; bayi
diletakkan di dalam baby coat. Cuma, sedikit struggle bila
tengah-tengah malam bayi menangis nak menyusu. Tak apa, bersu-
sah-susah dahulu sebelum bersenang-senang kemudian

Untuk lebih faham, mari saya
nyatakan strategi pengasingan
bilik mengikut tahap umur anak

0 - 2 Tahun

Awal-awal lagi bagi tahu anak suatu hari nanti mereka akan tidur
bilik sendiri. Ulang lagi dan lagi.

3 - 4 Tahun

Pisahkan tempat tidur anak, walau duduk satu bilik. Jangan lupa
untuk melatih anak ke tandas sendiri. Tak perlu pakai lampin pakai
buang dah masa ni. Bab tak pakai pampers ni pun kena latih juga.

5 - 6 Tahun

Dah perlu ada bilik sendiri. Pakaian anak diletakkan di situ, bersiap
lepas mandi di bilik itu, bermain di bilik itu. Latih dari awal.

7 Tahun ke atas

Wajib tidur bilik sendiri!

Mari saya perincikan lagi bab
pengasingan bilik tidur :

a) Kediaman perlu ada 3 bilik tidur. Tak besar tak apa, yang penting
selesa untuk didiami
b) Anak perlu faham objektif perlu ada bilik sendiri ni. Fahamkan
mereka bilik ini adalah satu ruang privasi untuk tukar baju, buat
kerja sekolah, bermain, tidur dan lakukan sebarang aktiviti. Kaitkan
juga tentang aurat dan rasa malu
c) Berikan masa agar anak bersedia dari segi mental dan emosi
d) Temankan dahulu anak tidur hingga emosi mereka stabil
e) Hiaskan bilik mengikut kesukaan mereka. Sebagai contoh, anak
lelaki minat Spiderman, anak perempuan minat Little Pony. Maka,
carilah bantal peluk atau selimut atau apa sahaja item berkaitan
dengannya
f) Pastikan ada ruang untuk mereka bermain
g) Katil double decker adalah pilihan yang tepat untuk jangka masa
panjang
h) Latih anak untuk kemas bilik tidur sendiri
i) Isi waktu sebelum tidur anak dengan bedtime story
j) Tidur awal, padamkan lampu, jauhi gajet
k) Ajar anak untuk amalkan baca doa tidur, 3 Qul dan Ayatul Qursi

Sebenarnya banyak lagi tips yang boleh dilakukan. Yang penting,
ikut kemampuan dan kesesuaian rumah, khususnya ruang bilik.

3 Bilik dalam satu rumah

Bilik ibu bapa Bilik adik-beradik lelaki

Bilik adik-beradik perempuan

Sekiranya rumah hanya ada
2 bilik, maka

Bilik ibu bapa Bilik adik-beradik perempuan

Anak lelaki tidur di ruang tamu

Anak dah lebih usia 10 tahun
pun masih tidur dengan mak

ayah. Allahu.



Sumber : Fb Dr Anayasmin Azmi (19/08/2020)

Kesan tidak mengasingkan
tempat tidur anak.
Dahsyat kan?





Sumber : Page Baitus Solehah (12/11/2020)

Soal Aurat & Larangan
Memakai Selimut Yang

Sama

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Tidak boleh untuk seorang lelaki melihat kepada aurat lelaki yang
lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan untuk melihat aurat
perempuan yang lain. Serta tidak boleh untuk seorang lelaki
berbaring dengan lelaki yang lain di dalam selimut yang sama
demikian juga tidak boleh untuk seorang perempuan berbaring
dengan perempuan yang lain di bawah selimut yang sama.”

Riwayat Muslim (338)

Ada 2 perkara besar yang Nabi SAW sampaikan dalam hadith ini :
a) Bab aurat
b) Larangan menggunakan selimut yang sama walau sama
jantina

Izinkan saya memetik sedikit kupasan Datuk Dr. Zulkifli
Mohamad Al-Bakri dalam Bayan Linas (Al-Kafi #868) :

a) Larangan berbaring di bawah selimut yang sama bagi dua orang
lelaki atau perempuan adalah bagi mengelakkan berlakunya
sentuhan dan penglihatan terhadap aurat satu sama lain. Kerana
itu dihuraikan oleh para ulama; dalam keadaan keduanya tidak
berpakaian.

b) Namun, secara asasnya adalah kita memisahkan tempat tidur
antara satu sama lain, bagi tujuan mengelakkan perkara-perkara
yang boleh membawa kepada keharaman

Berbalik kepada apa yang diulas oleh Datuk Dr, amat molek
sekiranya ibu bapa menyediakan katil double decker untuk bilik
tidur anak

Bila kita dah didik dari rumah, Inshaallah anak akan hadam dan
praktikkan perkara ini. Tak adalah nanti bila masuk asrama,
senior atau kawan-kawan satu batch ajak tidur satu katil, anak
kita pun join sama. Akhirnya, berlakulah sentuhan tak selamat
yang menjurus kepada bibit-bibit homoseksualiti.

Info tambahan:

Hadis berkenaan tidak merujuk kepada pasangan suami isteri.
Bahkan dalam mazhab Imam Al-Syafie, boleh bagi seorang suami
melihat seluruh aurat isteri dan begitulah sebaliknya, melainkan
ada pengecualian pada bahagian kemaluan.

Riwayat Muslim (338)

Minta izin masuk bilik ibu
bapa pada 3 waktu

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu
dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta
izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga
masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu mem-
buka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah semba-
hyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah
aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemu-
dian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka)
orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu
masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang
lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
(yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah An-Nur : 58)

Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka
hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang
(yang telah cukup umur) yang tersebut dahulu, meminta izin.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya
(yang menjelaskan hukum-hukumNya) dan (ingatlah) Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

An-Nur : 59

Ada 2 hal yang kita perlu faham
dari Surah An-Nur ayat 58-59 ini

1. Untuk anak yang belum akil baligh (An-Nur : 58)
a) Anak-anak perlu minta izin pada 3 waktu yang dinyatakan oleh
Allah dalam firmannya, sebelum solat subuh, waktu tengahari dan
selepas sembahyang Isyak
b) Ini kerana waktu berkenaan biasanya tidak menutup aurat,
untuk berehat dan tidur. Ditakuti terlihat aurat seseorang

2. Untuk anak yang telah akil baligh (An-Nur : 59)
Wajib minta izin sebelum masuk pada setiap keadaan sama ada
pada 3 waktu tersebut atau waktu-waktu yang lain

Mari kita perincikan adab
memasuki bilik anggota keluarga

• Adik lelaki kena minta izin untuk masuk bilik kakaknya
• Adik perempuan kena minta izin untuk masuk bilik abangnya
• Anak lelaki yang telah akil baligh perlu minta izin untuk masuk
bilik kakak atau adik perempuannya yang telah akil baligh
• Ibu bapa perlu minta izin untuk masuk ke dalam bilik anak yang
telah akil baligh
• Ibu bapa juga perlu minta izin untuk masuk bilik anaknya yang
masih lagi kanak-kanak

Hikmah minta izin masuk
bilik ahli keluarga

Mengelak dari berlakunya gangguan seksual atau sumbang
mahram yang melibatkan adik beradik, ayah dengan anak, atuk
dengan cucu, bapa/ ibu saudara dengan anak saudara, sepupu
dengan sepupu, abang ipar dan adik ipar dan lain-lain

Memastikan aurat antara adik beradik, ibu bapa dan anak dapat
dijaga sebaik mungkin

Namun, di zaman serba canggih ini, wujudnya individu yang masuk
bilik anak kita tanpa minta izin pun.

Mereka ‘datang’ melalui aplikasi media sosial hingga individu
berkenaan menemani anak ‘tidur’ setiap malam.

Didik anak sungguh-sungguh agar mereka faham, hadam dan
praktikkan Surah An-Nur ayat 58 dan 59 itu.

Ia terpakai dalam apa jua situasi dan zaman (gajet/ media sosial)

Tanamkan Sifat Malu

Saat kita mandikan bayi, ibu atau ayah boleh terus berkata, “ish,
malulah anak ayah ni, nampak penis” atau “ish, kenapa pula penis
anak ayah ni boleh menegang. Malulah orang tengok. Cepat-cepat
tutup pakai pampers”.
Walaupun anak masih lagi bayi, penggunaan perkataan malu yang
merujuk kepada kemaluan itu akan difahami anak bila dirinya
semakin membesar.
Ibu bapa wajar menjadi contoh teladan dalam hal pemakaian di
rumah. Ayah jangan pakai boxer sahaja, ibu jangan pakai seluar
dalam dan bra sahaja. Masing-masing berperananlah mengikut
siapa kita di dalam rumah. Walk the talk!

Urusan Sebelum, Semasa
Dan Selepas Mandi

Urusan sebelum mandi : Tanggalkan pakaian, dan sarung terus
tuala. Jangan biarkan anak berbogel dari tuang tamu pergi ke
tandas atau tanggalkan seluar di depan pintu sebelum melepaskan
hajat di dalam tandas.

Urusan semasa mandi : Pastikan pintu tandas dikunci, tidak berla-
ma-lama di dalam tandas, jangan bazirkan air, lap badan sekadarnya
dan pakai tuala sebelum keluar. Untuk anak lelaki, jika belum lagi
bersunat, ajar cara nak bersihkan zakar dengan betul.

Urusan selepas mandi : Jangan keluar berbogel dari tandas. Pakai
tuala dahulu, terus masuk ke dalam bilik, kunci dan bersiap.

Nota tambahan : Anak lelaki dan perempuan elakkan mandi bersama
walau masih lagi kecil. Juga sesama sepupu sepapat di kampung.
Begitu juga saat mandi tengah hari di tadika. Asing-asing mandi.

Asas Menjawab Soalan
Seksualiti Anak

Sampai satu ketika, anak-anak kita ni akan mula bertanya hal-hal
yang bersifat seksual. Kita soroklah bagaimana sekalipun, anak
pasti akan terdedah melalui apa dia dengar, tengok dan tonton.

Ibu bapa ada 3 pilihan, sama ada anak belajar dari rakannya, belajar
dari video lucah atau belajar dari kita sendiri. Maka, jadilah guru
pertama anak, selain gurunya di sekolah.

Bila anak bertanya, jawablah mengikut tahap umur dan kefahaman
anak. Jangan dimarahi anak. Mereka bertanya sebab nak tahu,
bukan nak melucah. Jangan elak dari menjawab. Jangan pula
menipu.

Sekiranya tak tahu nak jawab, hold dulu soalan, cari jawapan dan
kongsi kepada anak kemudiannya. Ingat, kita berkongsi bukan
untuk melucah, tetapi untuk mendidik anak.

Ini contoh soalan
yang ditanya oleh
anak saya sendiri

Umi mengandung ke?

"Abi, umi mengandung ke?" Soal Aya Sophia, 5 tahun.
"Kenapa Aya tanya macam tu?" Soalku balik.
"Tak lah, Aya nak adik perempuan. Nak bagi dia nama Elsa.“
Tergelak besar saya. Obses Frozen betul.
"Macam mana orang perempuan boleh mengandung Abi?"
Tiba-tiba si kecil berusia 5 tahun ini bertanya.
"Aya ingat kan haritu Abi bagi tahu yang perempuan ni Allah bagi
rahim. Baby membesar dalam tu lah. Lelaki macam Abi dan abang
Fatih ni ada testis, bawah penis tu.

Allah ciptakan benih lelaki bernama sperma yang dihasilkan di
testis. Benih sperma tu kena dimasukkan ke dalam faraj perempuan
untuk bertemu dengan ovum di rahim.

Kalau lelaki ada testis, perempuan ada ovari. Ovari pula hasilkan
ovum. Macam Abi pernah cerita dulu.

Jadi, bila sperma bertemu dengan ovum, manusia pun tercipta
dengan izin Allah.” Jawab saya secara terus terang.

“Aya dah ada ke ovum Abi?" Soal beliau.

"Tak ada lagi. Aya kecil kan. Hari tu ingat tak Kak Lia (14 tahun) kat
Jengka keluar darah haid? Ha, kalau perempuan keluar darah haid,
bermakna ovari dia dah hasilkan ovum."

Ooooo. Jawab beliau panjang.

Memang dia tertanya haritu kepada kakak sepupu berusia 14 tahun
tak solat dan berpuasa. Jadi, saya kaitkan terus dalam penerangan
ni.
Kemudian, beliau tak tanya dah.

Persoalan telah terjawab.

Syukur.

Abi, Fatih taknak sunat!

"Abi, Fatih taknak sunat.“

Saya tertawa kecil. Dah kenapa pula anak aku si Al-Fatih ni. Selalu
bila balik tadika berkongsi aktiviti bersama kawan-kawan pada hari
berkenaan, ni lain pula.

"Lah, kenapa cakap macam tu?"

"Kawan Fatih cakap sunat sakit. Nanti doktor potong penis sampai
berdarah."

Saya cuba terangkan secara baik kepadanya, "bukan doktor potong
semua sekali. Dia potong kulit depan penis sikit je. Fatih jangan
takut ya. Kawan Fatih tu dah bersunat ke?"

"Dah. Masa dia baby."

Perbualan tamat. Tapi saya yakin beliau tak puas hati lagi dengan
jawapan yang diberikan.

Oleh yang demikian, sampai sahaja
di rumah, saya ambil kertas A4 dan
cuba menerangkan dengan bantuan
lukisan.

"Ok, sekarang Abi lukis gambar
penis Fatih. Masa sunat doktor
akan potong kulit depan tu.
Sikit je, tak banyak.
Nanti lama-lama dia akan elok."

"Kenapa kena sunat Abi?"
Beliau bertanya.

"Fatih ingat tak Abi ajar sebelum ni.
Kalau lepas kencing je, Abi akan
minta Fatih tarik kulit depan tu
dan basuh bahagian dalamnya?"

"Ingat Abi.“

Kredit gambar fb Puan Amirah Lee. Gambar yang saya lukis untuk
Fatih dah hilang. Huhu.. Tapi beginilah lebih kurang lukisan yang saya
lukis.

"Ha, pandai. Jadi, bila dah buang kulit depan tu, tak payah dah Fatih
tarik masa basuh air kecil. Penis akan jadi bersih.“

"Oh, macam tu. Tapi kenapa penis ni tak sama macam Fatih punya
pun?“

"Memanglah, sebab Fatih belum bersunat lagi. Ok, sekarang cuba
Fatih tengok penis dan tarik kulit depan tu.“

Beliau terus buka seluar sikit dan menarik kulit kemaluan
seperti yang aku sarankan.

"Aahlah Abi, sama."

"Pandai pun. Memang Allah cipta penis lelaki macam ni.
Bila bersunat, ia akan mudah dibasuh air. Faham kan?"

"Faham Abi.“

- Al-Fatih telah bersunat pada hujung tahun 2019 di usia 6 tahun

Abi, ni ‘telur’ apa ni?

"Abi, bawah penis ni ada apa?" Soal Al-Fatih.

"Tu nama dia testis. Testis Fatih ada berapa?" Soal saya kembali.

"Jap." Sambil-sambil tu tangannya memegang kerandut zakar bagi
mengenalpasti ada berapa biji 'telur'.

"1 je Abi."

"Fatih biar betul. Cuba check betul-betul. Lelaki ada 2 testis lah."
Terang saya sambil ketawa kecil.

"Aah. Betullah Abi, ada 2. Kenapa Allah bagi lelaki testis?" Soal
beliau kembali.

Saya dah agak, mesti soalannya berangkai.

"Lelaki dan perempuan berbeza. Fatih dah tahu lelaki nama kemalu-
annya zakar/penis, yang perempuan namanya faraj/vagina. Ummi
dan Aya perempuan, jadi depa tak ada testislah.

Testis ni Allah bagi lelaki untuk penghasilan benih. Benih ni naman-
ya sperm."

Sambil saya terangkan, saya lukis anatomi badan di atas helaian
kertas. Beliau faham sperma ni bentuknya macam berudu.

"Untuk manusia ni membiak, kena ada sperma dari lelaki. Tapi seka-
rang Fatih tak ada lagilah. Kecil lagi, baru 6 tahun. Dah besar nanti
baru ada." Jelasku lagi.

"Oooh."

Jika ooohnya panjang, ini bermakna beliau dah berpuas hati dengan
jawapan. Usah diperincikan lagi penerangan sampai anak tak faham
apa kita sampaikan.

Tiba-tiba beliau sambung lagi dengan pertanyaan.

"Pokok ada testis tak? Testis dia kat mana?“

Kahkah. Soalan rangkaian yang baru muncul.

"Pokok tak samalah macam manusia. Cara membiaknya lain. Ada
yang melalui biji benih, ada melalui anak pokok, ada yang lebah jadi
agen pendebungaan dan lain-lain."

Sekali lagi saya terangkan dengan lukisan. Tak susah sangat nak
ceritakan sebab dari kecil saya dah ajar Al-Fatih benda ni, step by
step.

Selesai. Dah tak ada soalan.

Ini pula soalan
seksualiti yang biasa
ditanya oleh anak-anak
kita secara umum..

Kenapa kemaluan saya tak
sama dengan abang?

Anak: Mama, kenapa faraj adik ke dalam, penis abang ke luar?

Mama: Macam ni. Allah ciptakan kita ada dua jantina. Ada lelaki
dan ada perempuan. Ada boy, ada girl. Tujuan Tuhan
ciptakan lain jantina supaya manusia berpasang-pasangan
dan berkahwin bila dah besar nanti. Macam ibu dan ayah.
Bila berkahwin, Allah dengan sifat kasih sayangnya
berikan pula anak kepada ibu ayah. Akhirnya, berkat
semua ini, Allah beri kita rezeki yang baik-baik. (Maksud
ayat 72 Surah An-Nahl. Ini asas manusia hidup di muka
bumi.)

Faraj bukanlah ke dalam, memang sebegitu yang Tuhan
ciptakan. Zakar pula bukan di luar, memang sebegitu juga
Tuhan ciptakan. Melalui kemaluan inilah dapat dibezakan
jantina kita.

Kenapa Penis Saya
Menegang?

Anak: Papa, kenapa penis saya ni menegang?
Papa:
Penis menegang ni nama dia ereksi. Ia adalah perkara
normal bagi orang lelaki, bermula dari usia bayi lagi. Itu
tanda orang lelaki tu sihat. Kalau dari baby penis dia tak
berlaku ereksi, eloklah bawa berjumpa doktor.

Penis lelaki ni sangat unik berbanding anggota badan
yang lain. Situ je bahagian yang boleh membesar dan
mengecil, menegang dan mengendur.

Ada 2 sebab penis mengalami ereksi. Yang pertama, indi-
vidu berkenaan memperolehi ransangan seksual samada
melalui pembacaan, penglihatan, pendengaran atau mer-
angsang sendiri. Sebagai contoh tertengok adegan seksi
dalam tv. Sebab tu Allah perintahkan kita untuk jaga pan-
dangan dan kemaluan.

Yang kedua keadaan ereksi ketika lelaki sedang tidur,
samada ketika waktu pagi atau malam. Kalau pagi tu
namanya morning wood. Ia ada kaitan dengan hormon
testosterone.

Air Mani tu apa?

Anak: Mami, tadi kat sekolah belajar pasal perempuan datang bulan,
lelaki datang mimpi. Mimpi apa tu Mami? Abang rasa abang dah
Mami: banyak kali mimpi.
Anak:
Mami: Abang mimpi apa sebelum ni? (Dapatkan kepastian)

Anak: Macam-macam. Mimpi hantu pun pernah.
Mami:
Maksud ustaz air mani lelaki keluar bukan sebab mimpi macam
Papa: tu. Mimpi yang keluar air mani ni dipanggil mimpi basah, atau
ihtilam (Bahasa Arab).

Oh, tapi mimpi basah tu mimpi yang macam mana?

Mudah je, dalam mimpi tu ada seorang bidadari cantik datang.
Abang suka sangat tengok dia, kemudian jatuh cinta. Rasa syok
je. Cuma mimpi ni tak nampak secara spesifik apa yang berlaku,
tetapi ia menyeronokkan terutama bagi lelaki. Tak percaya
tanya Papa.

Iya, betul tu Mami. Papa dulu pun mimpi macam tu juga.
Bangun pagi je nampak ada keluar air mani. Air mani ni warna
putih, amaun yang keluar tak banyak mana pun, sikit sahaja.
Lama-lama ia akan kering dan mengeras pada pakaian. Jadi,
inilah permulaan seorang lelaki akil baligh. Dipertanggung-
jawabkan hal dosa dan pahala. Kena mandi wajib.

Anak: Air mani tu datang dari mana?
Papa:
Lelaki Allah bagi pada dia genital (kemaluan) yang
Anak: bernama zakar. Juga di bahagian itu ada testis. Testis
Papa: yang Allah bagi ni akan produce air mani. Bila lihat bawah
mikroskop, kandungan air mani itu merujuk kepada benih
Mami: lelaki yang bernama sperma. (Lukis bentuk sperm kat
Anak: kertas)

Oh, macam berudu ya Papa?

Ya, pandai abang. Allah bagi sperma pada lelaki,
perempuan pula Allah bagi ovum. (Lukis gambar uterus).
Di ovari inilah ovum akan dihasilkan. Bila ovum ni mati,
maka orang perempuan macam Mami akan keluar darah
haid. Keluar darah haid yang pertama itulah pemula
perempuan akil baligh. Bila darah haid dah kering, kena
mandi wajib. Mami ada nak tambah info tak?

Tak ada nak tambah. Mami just nak tanya abang je, faham
tak apa yang Mami dan Papa sampaikan?

Faham. Hehe. Tapi bila abang akan mimpi basah ni?


Click to View FlipBook Version