Papa: Orang lelaki ni akil balighnya lambat berbanding
Anak: perempuan. Orang perempuan 9 tahun pun ada yang dah
Papa: keluar darah haid. Lelaki pula paling awal biasanya
lingkungan 12 ke 13 tahun. Paling lambat 15 tahun.
Anak:
Papa: Oh, tak lama lagilah abang akan keluar air mani.
Anak:
Ya bang. Selain kita dah kena laksanakan segala perintah
Allah dan tinggalkan larangannya, hormon lelaki turut
berubah. Akan tumbuh bulu pada badan terutama pada
bahagian muka, ketiak, dada dan kemaluan. (Tunjuk bulu
kaki pada anak, juga bulu ketiak. Jangan tunjuk bulu
ari-ari pulak. Hahaha) Selain tu, suara lelaki akan garau.
Dada dia akan membidang, kira macam sadolah. Muka
naik jerawat.
Hahahaha. Macam manalah abang nanti ya. Mesti
handsome macam Papa.
Abang kalau nak handsome macam Papa, kena botak
dulu. (Tiber) Nanti kalau abang ada soalan lagi, tanya je.
Papa dengan Mami ok je nak jawab semua soalan. Kalau
ada kawan cerita benda lucah di sekolah pun bagi tahu ya.
Ok baik Papa. Thanks Mami. Thanks Papa.
Melancap tu apa?
Anak: Papa, melancap tu apa?
Papa:
Anak: Abang dengar kat mana perkataan tu? (Seperti biasa, tanya
dahulu anak untuk kepastian.
Papa:
Kan haritu Papa suruh bagi tahu kalau dengar kawan-kawan
Anak: cerita kat sekolah. Lepas papa cerita pasal air mani tu, abang
Papa: ceritalah pada kawan-kawan kat sekolah. Sekali ada seorang tu
Anak: cakap, kenapa nak tunggu mimpi basah kalau boleh melancap.
Papa:
Lepas tu kawan cakap apa lagi? (Walau dalam hati dah rasa
Anak: geram dengan perangai kawan-kawan anak di sekolah, tapi kita
kena tenang. Ingat kembali objektifnya; kita nak didik anak)
Dia cakap melancap ni boleh keluarkan air mani sendiri.
Betul dah apa yang kawan abang cakap tu. Tapi! (tekan
perkataan tapi berkenaan)
Tapi apa Papa?
Tapi cerita yang kawan sampaikan tu tak habis. Terhenti
setakat tu je. Dia tak ulas pun bab ketagihan, kaitan dengan
video lucah serta keburukan melancap.
Aah, betullah Papa. Bila kawan tu cakap macam tu, kawan-
kawan yang lain semua gelak. Seronok apa pun tak tahu.
Papa: Sebenarnya melancap ni ada nama yang lain bang.
Anak: Kadang-kadang orang panggil ia dengan nama onani.
Papa: Dalam Bahasa Inggeris dipanggil masturbation. Ada pula
yang gelar ia ‘main sabun’, ‘menyabun’ dan toceng.
Anak:
Papa: Tudia Papa, macam-macam nama ya.
Anak: Ya bang, Papa cerita kat abang ni pun supaya abang tak
terkejut bila dengar kawan-kawan sebut nama tu nanti. By
the way bang, melancap ni adalah satu perbuatan yang
melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian
kemaluan yang akan membawa keseronokan seksual
sehingga keluar air mani. Macam yang kawan abang cerita
kat sekolah tu.
……..
Sampai terkelu abang nak bercakap kan. Ok, sekarang
Papa nak ingatkan balik apa yang abang dah belajar di
sekolah. Ingat kan ustaz sebut air mani ni akan keluar
dengan 2 cara, sama ada secara sengaja atau tak sengaja.
Yang tak sengaja tulah yang Papa cerita dahulu, mimpi
basah. Sengaja keluarkan air mani nilah yang digelar
sebagai melancap.
Ooooo..
Papa: Keluar air mani sengaja atau tidak, tetap kena mandi
Anak: wajib. Abang tahu tak, kadang-kadang tu ada budak lelaki
Papa: yang sengaja keluarkan air mani, then tak mandi wajib
pun. Ada pula tu mandi wajib pun tak tahu. Kesian sangat.
Anak:
Papa: Kenapa ada orang sengaja keluarkan air mani sendiri?
Ia berbalik semula kepada apa yang Allah sampaikan
dalam Al-Quran bang. Dalam Surah An-Nur ayat 30, Allah
perintahkan kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya
menjaga pandangan dan memelihara kemaluan. Kenapa
ada yang melancap? Jawapannya ada dalam ayat berke-
naan. Bila pandangan tak dijaga, tengok benda yang diha-
ramkan, cerita-cerita lucah, video pornografi, akhirnya
berakhir dengan masturbation. Kitaran dia macam tulah,
tengok video lucah, ketagih dan acting outnya melakukan
onani. Mula-mula tu memang rasa syok, best, tapi lama
kelamaan beri effect kepada fizikal dan psikologi.
Macam mana tu Papa?
Abang ingat lagi tak pasal sentuhan tak selamat?
Anak: Ingat Papa. Orang lain tak boleh sentuh private part kita,
Papa: mulut, dada, kemaluan, punggung dan paha.
Anak: Pandai anak Papa. Selain dari orang lain tak boleh sentuh
Papa: private part kita, kita juga tak boleh
sewenang-wenangnya untuk menyentuh bahagian zakar
kita. Nak bersihkan selepas kencing atau ketika mandi
tak ada masalah, sebab ia satu keperluan, namun
memegang tanpa sebab, menggosok-gosok tanpa sebab
hingga melancap, maka ia diharamkan. Kemaluan kita ni
adalah amanah. Air mani yang Allah bagi pada kita juga
adalah amanah. Kita akan dipertanggungjawabkan di
akhirat kelak atas setiap amanah yang Allah beri.
Oh macam tu.
Ya bang, kadang-kadang tu ada remaja yang ketagih
dengan onani hingga cederakan kemaluan sendiri.
Sampai luka bang. Ada tu siap guna objek-objek yang
kasar untuk memuaskan nafsu sendiri. Then, nak bangun
pagi pun tak ada tenaga hingga tak dapat tumpu
perhatian dalam kelas. Ya lah, malam-malam tengok
video lucah, kemudian melancap. Akhirnya,
teringat-ingatlah benda tu sampai ke sekolah.
Anak: Orang lelaki je ke yang melancap ni Papa?
Papa:
Tak. Kedua jantina juga terlibat. Baik lelaki, baik
Anak: perempuan. Dalam surah An-Nur ayat 31, Allah
Papa: perintahkan kepada wanita-wanita yang beriman agar
menundukkan pandangan,memelihara kehormatan/
kemaluan dan menutup aurat. Bila yang perempuan pun
tak jaga pandangan hingga terjebak dengan video lucah,
maka ia akan beri kesan kepada kemaluannya hingga
berlakunya onani. Video lucah ni macam syaitan bang.
Dia akan masuk ke setiap rumah melalui handphone dan
memberi ilham kepada manusia untuk berbuat maksiat.
Allahuakbar, sampai macam tu sekali ya Papa.
Ya bang. Lebih parah kalau orang tu ketagih tengok
video lucah dan ketagih melancap. Akhirnya, tanpa segan
silu buat perkara terkutuk tu depan orang ramai. Ada kes
siap beronani dalam lif bila berduaan dengan perempuan
dalam tu. Ini betul-betul gila! Sekarang bayangkan satu
situasi, seorang lelaki ketagih dengan video lucah dan
onani. Beliau pula tengah couple masa tu dengan
seorang perempuan. Bayangkan pula yang perempuan
tu telah diajar oleh si lelaki untuk menonton video lucah
dan beronani. Abang rasa apa yang boleh jadi pada
mereka?
Anak: Abang tahu dah apa akan jadi pada mereka nanti. Sampai
Papa: berzina tu nanti. Astaghfirullah Al-Adzim.
Anak: Betul bang. Sekarang nampak kan kenapa Allah minta
Papa: kita jaga pandangan, jaga kemaluan, tutup aurat. Bila kita
Anak: cerita bab melancap, jangan nampak yang seronok je,
tapi kena faham semuanya, baik dari aspek kesihatan,
Papa: psikologi, hukum serta kesannya.
Anak:
Papa: Baik Papa.
Ok, sekarang Papa nak tanya, lepas ni kat sekolah abang
nak cakap apa pada kawan pasal ni?
Err.. Tak tahu nak terang macam mana. Susah juga tu.
Nanti abang ajak dia orang datang rumah. Then, Papa
cerita pada depa pula ya. Hahahaha
Hahahaha. Mana boleh macam tu. Depan kawan abang,
bukan kawan Papa.
Tapi Papa cakap haritu, anak orang lain, anak Papa juga.
Hahahahaha. Oklah kalau macam tu.
Sumber : Twitter Dr Ahmad
Seks tu apa?
Anak: Mak, seks tu apa?
Mak: (Jangan jawab terus. Tanya kembali anak untuk kepastian)
Anak:
Mak: Wah, bagusnya soalan anak mak. Sebelum mak jawab,
boleh mak tahu adik dengar perkataan seks tu kat mana?
Anak: (Biasanya anak dengar perkataan seks ni dari kawan, tv,
Mak: youtube, media sosial dan lain-lain)
Tadi kat sekolah kawan cakap. Tu tanya mak tu.
(Kalau ini jawapan anak, syukurlah ya. Anak ada trust
dengan kau wahai mak ayah. Trust tu kena dibina dengan
baik. Jangan sampai anak search sendiri di google)
Oh, boleh mak tahu kawan cerita apa pasal seks?
(Soalan ini ditanya agar ibu bapa dapat selaraskan
pemahaman anak mengenai seks yang sebenar. Budak
bercerita sesama budak, confirmlah benda-benda yang
sensasi, romen dan paling ditakutkan porn)
Tak ingat sangat. Tapi dia cakap seks tu orang
bogel-bogel.
Ok, macam ni. Seks ni ada 2 maksud. Maksud yang
pertama adalah jantina. Sebab tu kalau borang dalam
Bahasa Inggeris dia tulis 'Sex'. Jadi kenalah tandakan
Male atau Female.
Mak: Maksud seks yang kedua adalah sexual intercourse.
Dalam Bahasa Melayu dipanggil hubungan intim atau
Anak: perhubungan seksual atau jimak atau persetubuhan. Hari
Mak: ni, ramai sangat budak sekolah sebut hubungan seksual
tu sebagai romen, buat projek, malam pertama, buat anak
dan lain-lain. Ketahuilah semua term tu hanya dijadikan
sebagai bahan melucah dan mencarut. Anak mak jangan
sebut tau perkataan tu.
Baik mak.
Allah ciptakan lelaki dan perempuan. Adam pasangannya
Hawa. Zakar/ penis dimiliki oleh lelaki, faraj/ vagina Allah
kurniakan pada perempuan. Pada zakar lelaki adanya
kerandut zakar yang didalamnya ada testis. Mak dah
cerita dulu. Testis ni menghasilkan benih lelaki bernama
sperma. Faraj perempuan bersambung dengan rahim.
(Tunjuk pada anak mana rahim mak, antara pusat dan
kemaluan)
Kalau lelaki Allah bagi dia sperma, perempuan pula Allah
bagi ovum. Ovum terhasil di ovari. Salah satu sebab
hubungan seksual ni berlaku adalah untuk mempertemu-
kan sperma dan ovum. Bila keduanya bercantum, maka
jadilah zigot, embrio, fetus dan bayi. Anak mak dulu mem-
besar dalam rahim ni lah.
Anatomi zakar / penis
Anatomi faraj / vagina
Anak: Macam mana sperma lelaki boleh bercantum dengan
Mak: ovum perempuan?
(Jangan gelabah. Jawab je terus terang)
Itulah yang mak cakap tadi, hubungan seksual. Zakar
lelaki perlu dimasukkan ke dalam faraj perempuan.
Barulah sperma boleh dimasukkan.
(Ambil pen, tanggalkan dari sarung, kemudian masukkan
ke dalam sarung kembali. Bagi anak lebih faham)
Tapi, ada syarat! Syaratnya adalah hubungan seks tu
perlu berlaku selepas perkahwinan. Jika ada zakar lelaki
masuk ke dalam faraj perempuan di luar perkahwinan,
maka ia dipanggil zina.
Ia haram!
Kesannya nanti akan ada remaja sekolah hamil luar nikah,
buang bayi dalam tong sampah dan macam-macam lagi
perkara tak elok akan berlaku.
Anak: Kalau ada zakar lelaki masuk ke dalam faraj perempuan,
Mak: tapi perempuan tu tak rela, dipaksa, maka ia dipanggil
rogol. Ia jenayah, satu perbuatan yang salah, menjijikkan.
Dari segi undang-undang, kalau ada pakwe makwe buat
hubungan seks, belum berkahwin pulak tu, suka sama
suka, kalau perempuan tu bawah 16 tahun, ia juga adalah
rogol.
Hukuman dia penjara 20 tahun, ada yang seumur hidup,
kena sebat sampai terkoyak punggung. Rasain loe!
Oh, macam tu.
Ingat bang, seks ni bukan hanya berlaku pada manusia,
tetapi juga haiwan. Tapi ia dipanggil sebagai mengawan
atau 'mating' dalam bahasa inggeris.
Bagi manusia, seks itu lahir dari ikatan perkahwinan,
cinta, kasih sayang, hormat pasangan dan
tanggungjawab.
Lelaki pasangannya perempuan. Bukan lelaki
pasangannya lelaki, bukan pula perempuan pasangannya
perempuan.
Anak: Allah ciptakan zakar untuk faraj. Kalau lelaki buat
Mak: hubungan seks dengan lelaki ia dipanggil liwat. Liwat tu
zakar dimasukkan ke dalam dubur.
Dubur tu tempat keluar najis tu lah. Ia jijik, kotor dan tidak
bertamadun.
Anak mak kena jaga diri tau. Jangan bagi sesiapa pun
menyentuh, pegang, raba, ramas, cium private part,
mulut, dada, paha, kemaluan, punggung.
Bila ada orang buat macam tu, tu namanya cabul. Ia
jenayah. Silap langkah akan berakhir dengan rogol, kalau
lelaki dan lelaki berakhir dengan liwat. Nauzubillah.
Terima kasih mak sudi berkongsi. Sayang mak sangat-
sangat.
Sayang anak mak juga. (Peluk)
Antara kisah salah faham
tentang seks yang dikongsi
followers saya di Twitter
Kondom Tu Apa?
Anak: Mak, kondom tu apa?
Ibu: (Ingat, kalau tak yakin nak bagi jawapan, tanya anak dulu)
Anak:
Ibu: Abang rasa apa benda tu?
Anak: Entah. Tu dalam 999 pengacara cakap kondom ditemui di
Ibu: sarang dadah.
Anak:
Begini. Kondom ni adalah satu alat yang diciptakan untuk
menghalang air mani lelaki masuk ke dalam kemaluan
wanita.
Oh, betullah. Cikgu ada ajar kat sekolah hari tu dalam
subjek Sains.
Abang tahu tak macam mana manusia boleh membiak?
Cikgu cakap bila sperma bersenyawa dengan ovum.
Ibu: Pandai. Sebab persenyawaan itulah kita manusia boleh
Anak: wujud. Abang mesti dah tahu air mani ni Allah kurniakan
Ibu: pada lelaki, ovum pula Allah bagi pada perempuan.
Anak: Betul mak.
Jadi, pertemuan antara sperma dan ovum ni hanya akan
berlaku sekiranya perhubungan seksual berlaku antara
lelaki dan perempuan.
Cuma, kita sebagai hamba Allah kena faham, hubungan
seksual yang Allah benarkan hanya selepas perkahwinan.
Jika berlaku di luar perkahwinan, maka ia dinamakan zina.
Ia haram. Berdosa. Akhirnya ada yang sampai hamil luar
nikah, buang bayi, dijangkiti HIV serta terkena jangkitan
penyakit kelamin.
Jadi, apa kaitan kondom mak?
Ibu: Macam ni. Tadi mak cakap fungsi kondom ni untuk
Anak: menghalang air mani masuk ke dalam kemaluan wanita
Ibu: kan?
Anak: Aah, betul.
Ibu:
Sebab itu dalam scene 999 tadi polis jumpa kondom di
sarang penagihan dadah. Mereka lakukan hubungan zina
dengan menggunakan kondom. Boleh jadi, di sarang
dadah itu jugalah mereka amalkan seks bebas. Abang
mesti tahu pasal HIV Aids kan?
Aah. Penyakit yang tiada ubatnya. Selalu ada
cerita bila penceramah AADK datang sekolah.
Pandai anak mak. Virus HIV Aids ni boleh menyerang
manusia melalui cairan pada bahagian badan termasuklah
di bahagian kemaluan. Oleh sebab penagih ni tak mahu
ambil risiko tersebarnya penyakit ini, maka mereka
gunakan kondom ketika lakukan hubungan seksual. Tapi!
(Kena tekankan!)
Anak: Tapi apa mak?
Ibu:
Tapi, kondom juga ada kegunaan yang lain. Bukan sekadar
Anak: takut virus tersebar, ia juga digunakan untuk merancang
Ibu: keluarga.
Anak: Merancang keluarga tu apa?
Ibu:
Macam keluarga kita ni. Ada jarak antara anak-anak mak.
Anak: Abang ada 2 orang adik kan. Masing-masing jarak umur
selang 3 ke 4 tahun.
Aah, betullah mak. Tapi apa kaitannya?
Kaitannya adalah, untuk memastikan ada jarak usia antara
abang dan adik-adik, salah satu caranya ialah penggunaan
kondom. Ingat lagi apa fungsi kondom mak cakap tadi?
Menghalang air mani masuk dalam kemaluan perempuan
kan? Kalau tak akan mengandung?
Ibu: Pandai. Tapi ingat! (Tegaskan lagi) Ini hanya boleh dilaku-
kan oleh pasangan yang sudah berkahwin. Abang pun
faham kan realiti yang berlaku sekarang. Semua barang
mahal. Kos sara hidup tinggi.
Ayah tu gaji bukanlah besar sangat, mak pula bolehlah
bantu ayah sikit-sikit. Cukup-cukup makan je. Bayangkan,
kalau adik beradik abang ada 7 orang? Bilanglah berapa
belanja sekolah sehari. Sebulan? Setahun?
Rumah nak kena besar. Duit lagi. Kenderaan kena lebih
selesa. Duit lagi. Kita ni tinggal di bandar bang. Sebab itu
ibu bapa yang baik dan bertanggungjawab kena sedar
anak itu adalah amanah dari Tuhan.
Kena sedar kemampuan diri, bahkan perlukan duit untuk
memberi pendidikan yang terbaik untuk anak-anak.
Mak sayang anak mak semuanya.
Anak: Abang pun sayang mak.
Ibu: (Peluk anak)
Anak:
Ibu: Ingat bang, kalau ada je kawan cerita pasal benda-benda
begini di sekolah, atau jumpa benda lucah di handphone,
Anak: terus bagi tahu mak ya.
Baik mak.
Last mak nak pesan. Selain dari mengelak jangkitan HIV
dan merancang keluarga, ada remaja kat luar bang
gunakan kondom ni untuk berzina. Walau budak
perempuan tu tak mengandung bang, ia tetap berisiko
besar terkena jangkitan penyakit berjangkit, penyakit
kelamin.
Nabi Muhammad bersabda, "Jika perbuatan maksiat
berlaku pada satu-satu kaum secara terang-terangkan,
maka akan timbul penyakit berjangkit dan
penyakit-penyakit lain yang tak pernah wujud pada kaum
terdahulu."
Hadith Ibn Majah
Terima kasih mak sudi kongsi kat abang. Apa-apa nanti,
abang tanya lagi tau.
Sexually Transmitted
Diseases (STD)
(Jangkitan Penyakit Kelamin)
Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara
pasangan yang telah dijangkiti kuman/ mikrob.
Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari setahun ke
setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara
16 hingga 24 tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah
pendedahan awal kepada seks dan melakukan seks bebas pada
umur yang muda. (Pendedahan seks dari sumber yang salah!; porn,
rakan-rakan)
Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau
oral (mulut).
Sumber : myhealth.gov.my
Sifilis
Kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis ini mungkin tidak sakit dan
akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit
mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.
Sumber : myhealth.gov.my
Gonorrhea
Jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh
menjangkiti kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih
kurang 90% pesakit akan mengadu keluaran lendir bernanah dari
kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.
Sumber : myhealth.gov.my
Herpes
Herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang
menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal,
‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan. Kadang kala kulit boleh
melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa
membuang air kecil.
Sumber : myhealth.gov.my
Ketuat (Genital)
Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di
bahagian kemaluan atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit
tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan doktor untuk
membuat diagnos yang tepat bagi penyakit tersebut.
Sumber : myhealth.gov.my
Ada banyak lagi penyakit
kelamin (STD) yang lain…
HIV
Chlamydia
Non-specific Urethritis
Trichomoniasis
Kutu Di Bahagian Kemaluan (Pubic Lice)
Kudis Buta (Scabies)
Kulat Candidiasis (Thrush)
Maka, benarlah apa
disampaikan oleh Al-Quran
dan Nabi Muhammad SAW.
Kami menyaksikan Ya Allah!
Tidaklah nampak maksiat pada suatu kaum, sehingga dilakukan
secara terang-terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah
mereka taun (wabak) dan penyakit-penyakit yang tidak pernah
menjangkiti generasi sebelumnya.1
(Hadith Ibnu Majah)
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.
(Surah Al-Isra’ ayat 32)
Rogol Tu Apa Ummi?
Anak: Ummi, rogol tu apa?
(Tanya dulu anak dengar perkataan tu dari mana. Jangan
tiba-tiba marah, nak cilikan mulut anak bagai)
Ummi: Abang dengar perkataan tu dari mana?
Anak: Anak : Kawan kat sekolah tanya abang. Abang pun tak
tahu. Tu tanya ummi tu.
(Jika kawan anak cerita rogol tu apa, maka kita kena
betulkan semula kefahaman anak. Dalam kes ni, kawan
dia pun tak tahu. Anak lagilah tak tahu. Tapi mereka nak
tahu.)
Ummi: Oh, dengar dari kawan. Apa-apapun, ummi ucap terima
kasih sebab abang tanya pada ummi. Jadi, bolehlah ummi
jawab soalan abang ni.
(Hargai anak sebab dia sudi tanya kita)
Ummi: Ok, sebelum ummi jawab, ummi nak tanya abang dulu,
Anak: kalau orang sentuh zakar kita, apa kita nak buat?
Ummi:
Kena jerit ummi. Mana boleh suka-suka hati pegang penis
Anak: kita. Tak boleh!
Ummi:
Pandai! Budak lelaki ke, budak perempuan ke, semua kena
Anak: jaga private part, mulut, dada, kemaluan, punggung,
paha. Jangan bagi sesiapa sentuh, pegang, raba, cium.
Jika benda tu berlaku, ia adalah jenayah. Jenayah ni satu
kesalahan dari sudut undang-undang. Polis akan tangkap
orang macam ni sebab dia jahat.
Oh, macam tu. Jadi, rogol tu macam mana pula?
Rogol ni juga adalah jenayah. Sesiapa yang terlibat
dengan jenayah rogol akan dipenjarakan berpuluh tahun
dalam penjara dan kena sebat. Sebat tu bukan macam
rotan kat tangan, tapi di punggung sampai terkoyak kulit.
Abang tahu sebab apa kena hukuman begitu?
Tak tahu ummi. Kenapa?
Ummi: Sebab rogol ni jenayah berat. Mangsa yang kena rogol
akan alami trauma, takut, malu, rasa nak bunuh diri.
Anak: Kesian dia. Di Malaysia ni, kanak-kanak pun ada jadi
Ummi: mangsa rogol. Allahuakbar!
Anak: Takutnya abang dengar. Kenapa sampai macam tu sekali
Ummi: ummi?
Sebabnya adalah rogol ni melibatkan private part yang
ummi selalu cerita. Perogol syaitan tu bukan sekadar
sentuh dada, punggung, paha, dada, bahkan paling jijik
dia melibatkan zakar perogol dan faraj mangsa. Ya Allah,
takut ummi nak cerita benda ni pada abang.
Ya Allah ummi, takutnya abang dengar!
Itulah bang. Kadang-kadang ada budak sekolah sebut
rogol ni macam main-main je. Buat lawak-lawak sesama
kawan. Walhal benda tu perbuatan jijik, jahat, syaitan!
Abang tahu apa akan berlaku kepada mangsa rogol?
Anak: Tak tahulah ummi.
Ummi:
Kesiannya adalah, mangsa akan ketakutan sampai
Anak: bila-bila. Rasa sedih sangat, rasa takut sangat, rasa down
Ummi: sangat. Kesian dia. Sebab tu bila kejadian rogol berlaku,
kena cepat-cepat untuk report polis, supaya perogol jahat
Anak: tu ditangkap dan mangsa dirawat di hospital. Doktor akan
bantu mangsa Inshaallah.
Terima kasih ummi sebab share dengan abang. Nanti
abang cerita kat kawan pula ya.
Sebab tu Ummi selalu cerita kat abang jaga private part.
Jangan bagi sesiapa sentuh walaupun orang tu kita kenal.
Kalau ia berlaku, abang kena jerit, lari selamatkan diri dan
minta bantuan atau beritahu seseorang.
Baik ummi.
(skrip ini amat sesuai untuk anak yang berusia 9 tahun ke
bawah. Namun untuk 10 tahun ke atas, perlu perincikan
lagi jenayah rogol berkenaan)
“Rogol Tu Apa Ummi?”
Tambahan point untuk anak yang
berusia 10 tahun ke atas
Sebenarnya, untuk menjawab tentang rogol ni, mak ayah dah kena
faham dulu beza cabul, rogol, liwat, zina, seks, jimak, bersetubuh.
Barulah tak gelabah nak jawab pada anak.
Dari sudut undang-undang apa, dari sudut agama bagaimana, dari
sudut psikologi apa pula ceritanya.
Bab rogol tadi, ada beberapa definisi yang boleh disampaikan
kepada anak. Ia kena bertahap. Ikut kefahaman anak. Jangan
sekaligus cerita semua. Mana anak nak faham.
1. Zakar yang dimasukkan ke dalam faraj perempuan tanpa
kerelaan atau dipaksa.
2. Zakar yang dimasukkan ke dalam faraj perempuan dengan rela,
suka sama suka, tapi yang perempuan under age (16 tahun ke
bawah). Jadi, dari sudut undang-undang, ia adalah rogol.
3. Sesuatu objek yang dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama
ada jari, timun, terung serta lain-lain objek tanpa kerelaan (secara
paksa) atau dilakukan suka sama suka tetapi yang perempuan
bawah umur 16 tahun. Ia juga rogol.
Kenapa terangkan detail
ketika anak berusia 10
tahun ke atas?
Supaya selari dengan silibus yang dibangunkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Bab persetubuhan diajar ketika anak darjah 4 subjek Pendidikan
Islam. Rogol termasuk dalam jalur persetubuhan, tetapi dengan
cara paksaan.
Namun, jika anak baru berusia 7 tahun, tetapi ada pengalaman
menonton pornografi atau seks secara live atau kawan bagi tahu
tahu, maka parents kena cerita detail.
Liwat Tu Apa Ayah?
Anak: Abi, liwat tu apa?
Ayah:
Anak: Abang dengar perkataan tu dari mana? (dapatkan
Ayah: kepastian)
Anak: Haritu abang dengar dalam berita kat tv. Dia sebut pasal
Ayah: liwat.
Anak: Oh, macam tu. Sebelum Abi jawab, Abi nak tanya abang
Ayah: dulu. Abang ingat tak maksud seks yang Abi dan Umi
pernah cerita dahulu?
Ingat Abi. Seks ni hubungan intim lelaki dan perempuan.
Ha, pandai. Jadi, hubungan seks kalau berlaku di dalam
perkahwinan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah.
Kalau seks ini berlaku di luar perkahwinan, ia dipanggil
zina. Kalau yang perempuan tu dipaksa dan tanpa rela,
apa istilahnya tu bang?
Rogol kan Abi?
Ya betul. Itu rogol. Zakar yang dimasukkan ke dalam faraj
perempuan secara paksa dan tanpa rela.
Ayah: Liwat ni pula hubungan seksual yang berlaku bukan
antara lelaki dan perempuan, tetapi antara lelaki dan
Anak: lelaki.
Ayah:
Anak: Eeeeee. Kunyit?
Ayah:
Dari mana abang dengar perkataan kunyit tu? (tanya
Anak: untuk kepastian)
Ayah:
Kat sekolah Abi. Kawan-kawan selalu sebut.
Sebenarnya apa yang kawan sebut tu tak betul. Abi yakin
depa tu baca di media sosial atau dengar dari
drama-drama arahan segelinitir youtubers di youtube.
Dari segi istilah, lelaki yang ada kecenderungan seks
kepada lelaki ni dipanggil sebagai gay.
Oh, gay. Kenapa tak boleh sebut kunyit Abi?
Sebabnya mudah. Apa sahaja benda yang salah, keji,
haram, bila ia ditukar kepada nama objek atau nama
bahan masakan, lama-lama kita akan anggap benda tu
normal dan lucu. Sebagai contoh, membawang. Walhal ia
mengumpat. Sama juga kunyit. Bila ulang-ulang disebut,
akhirnya kita jadi tak serius dan jadi bahan melawak
sahaja.
Anak: Aah, betullah Abi. Budak perempuan pula kata
Ayah: perempuan dan perempuan tu serai.
Anak: See? Kan Abi dah cakap. Jadi benda kelakar je. Walhal
Ayah: hubungan sama jantina ni satu perkara yang diharamkan
oleh Allah. Okey, sekarang abang dah faham tentang gay.
Anak: Jadi, liwat ni adalah hubungan seksual yang dilakukan
Ayah: sesama jenis, lelaki dan lelaki.
Anak:
Ayah: What? Eeeeeee. Macam mana tu?
Kalau hubungan seksual lelaki dan perempuan, zakar
dimasukkan ke dalam faraj, tetapi liwat ni pula zakar
dimasukkan ke dalam dubur.
Dubur tempat berak tu Abi?
Ya, bang. Gila kan?
Jijiknya abang dengar.
Bagi kita jijik. Tapi bagi mereka yang dah terjebak dengan
dosa ni, amat sukar untuk mereka berubah dan bertaubat.
Anak: Kenapa macam tu Abi?
Ayah:
Sebab perlakuan liwat lelaki dan lelaki ni dia tak jadi
Anak: macam tu je. Setiap dari kita lahir normal. Tak ada
Ayah: lahir-lahir, ibunya tengok, besar nanti anak aku jadi gay ni.
Tak ada bang! Yang jadi gay dan melakukan liwat ni
Anak: biasanya berpunca dari pengalaman silam dan
Ayah: persekitaran.
Macam mana tu Abi?
Ada diantara mereka pernah jadi mangsa dahulu.
Bayangkan kena cabul semasa usia kanak-kanak. Yang
cabulnya pula anak pengasuh.
Astaghfirullah Al-Adzim.
Sebab tu dari kecil, Abi dan Umi ulang-ulang pasal private
part, sentuhan yang boleh dan tak boleh. Sebab hari ni
ramai yang jadi mangsa, namun tak tahu yang dia mangsa,
tak tahu bagaimana nak respon, tak tahu nak buat
apa-apa. Dari keliru, akhirnya perbuatan tu berlaku
berulang kali. Lama-lama rasa seronok. Dari jadi mangsa,
dia buat pula pada adiknya kat rumah, kepada sepupu
ketika di kampung, juga kepada kawan di sekolah.
Anak: Ya Allah Abi, sampai macam tu sekali ya?
Ayah:
Ya bang, mungkin masa kecil tu kena cabul seperti diminta
Anak: pegang zakar anak pengasuh, dionanikan, diraba zakar
Ayah: beliau. Awalnya begitu sahaja. Tapi, bila dah makin besar,
dah remaja, maka banyaklah lagi yang dia akan explore. Ia
dah jadi ketagihan. Sampailah tahap melakukan liwat.
Innalillahi Wainna Ilahi Rajiuun.
Hari ni bang banyak sangat kes yang jadi gay bermula dari
sekolah berasrama penuh. Tak kisahlah MRSM ke, SBP ke,
Tahfiz ke, SMKA ke, asal ada asrama, disinilah biasanya
aktiviti songsang ini bermula.
Macam mana jadi macam tu Abi?
Masuk form 1, masih lagi fresh, zero selok belok di
asrama. Maka, adalah abang angkat senior yang jadikan
budak form 1 adik angkat. Nampak macam tak ada
apa-apa. Tapi akhirnya abang senior ni ajak tidur di
biliknya, diraba-raba zakar budak ini, diminta budak itu
onanikan kemaluannya. Tak ada siapa yang tahu. Kira tu
rahsia mereka berdua. Dan untuk pengetahuan abang,
senior yang buat junior gini ni sebab masa dia junior dulu,
senior suruh dia buat benda yang sama juga.
Anak: Ya Allah, seramnya abang dengar!
Ayah:
Ya bang, itu baru sikit. Ada yang suka sama jantina sebab
Anak: masa nak tidur di asrama, jam 2 3 pagi kawan datang dok
Ayah: seluk pakaian dan pegang kemaluannya. Budak remaja
bang, perubahan fizikal selepas akil baligh membuatkan
dia rasa seronok diperlakukan begitu. Lama-lama jadi
lebih teruk.
Ada yang mandi bogel bersama, suka gurau-gurau raba
punggung kawan yang lelaki, geselkan kemaluan pada
punggung kawan, macam-macamlah bang.
Ini semua permulaan kepada liwat. Bila dah terjebak dari
usia belasan tahun, hubungan songsang berkenaan
diteruskan pula masa sambung belajar di IPT, ke zaman
pekerjaan bahkan ada yang dah berkahwin sekalipun,
tetap menjalin hubungan dengan lelaki lain tanpa
pengetahuan isteri. Gila kan bang?
Kenapa sampai jadi macam tu. Dah kahwin kan? Ish ish ish.
Ia jadi jadi behavior bang. Dah ketagih. Dah seronok. Kalau
tak ada kesedaran, sukar untuk dia berubah. Bukan
setahun dua, tapi berbelas tahun hidup dalam keadaan
macam tu.
Anak: Abang tahu nak cakap apa dah.
Ayah:
Abang tahu, hari ni mereka yang jalinkan hubungan sama
Anak: lelaki ni dah berani ke depan, tunjukkan aib mereka
Ayah: kepada orang ramai di media sosial. Mereka update kisah
mereka di Instagram, di tiktok, di twitter. Masyarakat kita
ni jarang nak mencari punca permasalahan, yang mereka
nampak kesannya sekarang ni. Sebab tu Abi dan Umi tak
jemu-jemu educate abang, kakak dan adik jaga private
part. Tapi iyalah, bukan semua ibu bapa sedar benda ni.
Akhirnya anak dia jadi mangsa. Kesian kan?
Kaum Nabi Luth kan ayah yang buat hubungan sejenis ni?
Ya betul. Ini perlakuan kaum Nabi Luth. Abang tahu tak,
berbelas tahun dahulu, jangkitan kes HIV banyak merebak
melalui pertukaran jarum ketika hisap dadah. Tapi seka-
rang penyebaran virus HIV yang paling banyak datang dari
hubungan homoseksual, lelaki dan lelaki, perempuan dan
perempuan.
Walau ada antara mereka yang gunakan kondom masa
melakukan hubungan berkenaan, namun ia tak mampu
halang virus ini dari merebak kepada pasangannya dan
yang lain.
Menurut rakan aktivis HIV, Sdr Nairulhizam Yunus, komuniti LGBT
khususnya Gay sangat giat menyebarkan awareness agar buat test
darah. Sebab itulah statistik jangkitan HIV di Malaysia semakin
meningkat dalam kalangan mereka.
Namun, jangan pula kita menidakkan jangkitan HIV melalui seks
bebas/ zina (heteroseksual). Walau statistik mereka lebih rendah
berbanding homoseksual, boleh jadi juga dalam kalangan mereka
ramai yang tak ambil ujian darah.
Bayangkan ada yang dijangkiti virus HIV dalam lingkungan usia 13
hingga 19 tahun. Kesian mereka ni.
Ayah: Jadi, mana-mana gay yang nak berubah, nak dibantu,
maka kita kena hulurkan tangan seluas mungkin untuk
Anak: bantu mereka berhijrah. Kesian mereka, ada yang jadi
Ayah: mangsa masa kecil dulu. Bila dah besar, nak berhenti tu
Anak: susah. Mereka perlu bertemu kaunselor, psikologis atau
psikiatris di hospital.
Tapi, kalau mereka tak malu dengan dosa yang dilakukan,
dedahkan aib pada khalayak, maka pihak berwajib kena
lawan dengan penguatkuasaan undang-undang. Jangan
dibiarkan. Khuatir ia akan jadi wabak yang akhirnya anak
muda anggap perkara ni biasa.
Terima kasih Abi sebab cerita kat abang. Banyak betul
abang belajar hari ni.
Terima kasih juga sebab tanya pada Abi. Nanti kalau ada
Soalan lain nak ditanya, tanyalah Abi atau Umi okey.
Baik Abi!
Kesan psikologi terhadap kanak-kanak lelaki yang dicabul bergantung
kepada insight (kesedaran) pelaku dengan masalah. Jika mereka tahu
yang mereka mangsa, mempunyai kesedaran, tetapi tersepit dengan
kecenderungan yang songsang, maka biasanya akan alami masalah
psikologi seperti kemurungan dan sebagainya.
Namun, kalau ketika mereka jadi mangsa, pelaku dihukum dan
dipenjarakan, kanak-kanak ini dirujuk kepada pakar psikiatris, jalani
rawatan psikoterapi, inshaallah kemurungan dan naluri ke arah itu akan
dapat dirawat.
Bagi mangsa yang tidak mempunyai kesedaran, rasa seronok
diperlakukan sedemikian rupa, maka hiduplah mereka dalam keadaan itu
selama bertahun-tahun. Agak sukar untuk mereka berhenti melainkan
ada kesedaran perbuatan itu salah, haram dan mereka bersedia untuk
dibantu.
Amacam? Boleh kita sama-sama didik anak? Inshaallah..
Sebenarnya, banyak je lagi soalan yang akan ditanya oleh
anak.
Cuma, janganlah risau sangat. Yang penting ibu bapa wajib
kuasai asas ilmu seksualiti dan ilmu menjawab soalan
dahulu.
Sekarang, saya nak kongsi pula term yang kita selalu guna,
tetapi sebenarnya ia salah..
“Basuh faraj tu bersih-bersih. Jangan sampai ada sisa air kencing kat
situ.”
Sebenarnya, bahagian perkumuhan perempuan tak sama seperti
lelaki. Kalau lelaki di zakarnya laluan keluar air kencing, dan di situ
juga laluan air mani.
Orang perempuan lain. Faraj dan laluan air kencing berbeza. Lubang
kencing perempuan di tengah-tengah antara clitoris dan faraj.