The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2021-01-20 01:27:31

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

ebook1-formula-mudahnya-mengajar-pendidikan-seksualiti

Jadi, apa kesannya?

Anak akan anggap ibu lahirkan bayi keluar dari punggung. Sebabnya
mereka rasa faraj tu tempat kencing, sama seperti lelaki.
Ada pula yang ingat bayi lahir keluar dari pusat.
Kes gadis hamil luar nikah di luar sana, ada di antara mereka tak
tahu perlakuan hubungan seksual/ zina akan menyebabkan
kehamilan (bila sperma dimasukkan ke dalam faraj). Selama ni,
mereka ingat faraj itu tempat kencing. Allahuakbar! Naifnya
mereka. Kesian sangat kan.

Kisah yang dikongsi
followers saya di Twitter..



“Baby dalam perut”

“Bedah kat perut”

Kawan-kawan, bayi membesar dalam rahim, bukan dalam perut.
Huhu.. Beza tu!

Kena betulkan tau.

Jadi, apa kesannya?

Lahirnya individu dewasa yang pelik-pelik. Tak boleh makan maggi
ketika mengandung, nanti bayi terbelit. Hahaha. Apa ke hei nya tu
yeop? Bayi dalam rahim lah, membesar dalam tu dengan mendapat
makanan serta nutrien dari tali pusat yang bersambung dengan
placenta.

Ada gadis bawah umur hamil luar nikah tak tahu menahu
bagaimana dia boleh mengandung. Dia ingatkan bayi membesar
dalam perut. Jadi, tak expect langsung buat hubungan seks (zakar
dimasukkan ke dalam faraj hingga sperm bertemu ovum) akan buat
dia mengandung.

Ya lah, selama ni ingat bayi membesar dalam perut.

Ditambah pula anggap bayi lahir keluar ikut punggung. Kesian
kesian.

Gunakan term yang betul, maka
mudahlah untuk kita menjawab
soalan lain yang berkaitan seperti :

Kenapa mama tak solat?
Kenapa mama keluar darah haid?
Macam mana darah haid tu boleh keluar?
Kenapa mama tak keluar darah haid masa mengandung?
Macam mana saya dilahirkan?
Sakit ke lahirkan saya mama?
Kenapa mama kena bedah masa lahirkan saya?
Kenapa ada bayi kena buang?

All the best guys!

BAB

03

Akil Baligh

Definisi akil baligh

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,

Namun, sedarkah kita hari ini anak-anak lelaki juga cepat akil baligh.
Ada tu baru darjah 3, 9 tahun. Kenapa jadi macam tu ya?
Jawapannya mudah, kanak-kanak hari ini sangat mudah terdedah
dengan imej-imej serta perlakuan seksual di televisyen, youtube,
Instagram, tik tok dan lain-lain medium.

Perubahan Fizikal
Anak Lelaki

Bulu mulai tumbuh di bahagian ari-ari, ketiak, membentuk misai
dan janggut serta bulu kaki. Ketinggian akan semakin bertambah,
dada membidang, naik jerawat, suara menjadi garau. Bau ketiak
naik.

Perubahan Fizikal
Anak Perempuan

Bulu mulai tumbuh di bahagian ari-ari dan ketiak. Ketinggian akan
semakin bertambah, terbentuknya payudara dan ia semakin
membesar, naik jerawat, suara menjadi lunak. Bau ketiak naik.

Perasan atau tidak, dalam masyarakat kita, soal akil baligh banyak
disampaikan oleh seorang ibu kepada anak perempuannya; jaga
kebersihan diri, pakai tuala wanita, cara bersihkan pad, penggunaan
deodorant dan lain-lain.

Tapi amat jarang sekali ibu bapa terutamanya ayah nak man talk
dengan anak lelaki mengenai akil baligh mereka.

Jom kita ubah!

Anak Lelaki Perlukan
Bimbingan Kita Guys!

Walau soal mandi wajib dah diajar di sekolah, seeloknya di rumah
ayah ajar anak lelaki tu mandi wajib. Kadang-kadang, anak-anak
bukan faham pun, siap ada yang anggap mandi wajib ni leceh, nak
mengadap kiblatlah, air kena turun di kepala dululah, kiri dan
kananlah, akhirnya mereka anggap ia susah.
Walhal syarat sah mandi wajib hanya 2, niat dan ratakan air ke
seluruh anggota badan. Buat praktikal di rumah okey!
Ayah atau ibu wajib untuk didik anak soal pengurusan diri seperti :
a) Pakai deodorant supaya ketiak tak berbau
b) Pakai pencuci muka
c) Cara untuk cukur bulu terutama bulu ari-ari dan bulu di ketiak
d) Pemakaian yang sesuai mengikut event
e) Gejolak emosi terutama bab cinta remaja

Untuk Anak
Perempuan Pula!

Jangan hanya ingat didik anak bab darah haid, kebersihan diri ni
hanya tugas emak-emak sahaja. Sebenarnya, ayah pun kena tahu
dan bantu didik anak perempuannya.

Ayah atau ibu wajib untuk didik anak soal pengurusan diri seperti :
a)Pandai pilih tuala wanita yang bersesuaian dengan mereka

b) Mampu menyelia diri terutama dari sudut emosi. Bukan senang
anak perempuan nak adapt perubahan fizikal diri bila akil baligh.
Selama ni mereka main sarung je apa jenis pakaian. Bila dah tumbuh
payudara, punggung melebar, maka macam-macamlah benda nak
dipakai dibahagian dalam. Ditambah pula tumbuh jerawat bagai.
Biasanya, ketidakselesaan ini berlaku di awal akil baligh. Lama-lama
anak akan biasa.

c) Pilih deodorant dan pencuci muka yang sesuai dengan diri

d) Bijak dalam pemilihan pakaian dan menutup aurat

Parents, Please Banyakkan
Bersabar dengan Anak
Remaja!

Anak-anak bukan selamanya kanak-kanak. Akan sampai ketika
mereka akan menjadi seorang remaja. Ketika waktu ini, ibu bapa
kena banyakkan bersabar, layan mereka seperti seorang kawan,
terima pendapat mereka dan kena banyak bermain tarik tali.

Ini adalah fasa yang agak kritikal buat anak, satu fasa mencari
identiti diri, tidak mahu dibayangi sosok mak ayah serta sering
lakukan kesilapan. Mereka sangat perlukan guide dari kita, ibu
bapanya.

Bercakaplah menggunakan bahasa yang baik-baik, tidak judge
anak, berani minta maaf jika buat silap dengan mereka, puji mereka
atas kebaikan yang dilakukan dan puji appearance mereka. Anak
ayah handsome, anak ayah comel. Anak ayah baik, anak ayah rajin,
anak ayah sangat berusaha!

Soal Cinta

Satu perkara yang tak dapat lari dalam diri remaja adalah mahu
mencintai dan dicintai. Nak orang sayang pada mereka, crush sana
sini, cinta monyet bagai.
Mak ayah perlu faham tentang benda ni. Kita pun pernah remaja
dulu. Menjadi satu benda yang normal andai anak kita suka pada
lain jantina. Jangan pula dia suka sama jantina sudah. Huhu
Maka, bila anak dah anggap kita seperti kawan baik, dia confess
pula ada seseorang minat padanya, maka kita janganlah berbahasa
sarcasm seperti,
“Alah kau ni, sibuk bercinta bagai, spender pun mak belikan.”
Biasa dengar kan? Haha. Sepatutnya kita kena jadikan ia satu
perbualan yang harmoni dan menyeronokkan. Berkomunikasilah
dengan baik!

Sepatutnya ini yang perlu kita jawab bila anak bercerita tentang
cinta,

“Siapakah insan bertuah yang suka kat anak mak ni?”

Bila kita gunakan ayat seperti ini, anak akan lebih selesa, tak rasa
terancam dan akan teruskan perbualan. Tujuan kita bukanlah nak
membenarkan atau menggalakkan anak bercouple, tetapi nak
mereka berfikir sendiri dan menjawab okey atau tidak pilihan yang
akan dilakukan.

Akhirnya, kita nak anak sedar tanggungjawab beliau lebih banyak
dari mengejar cinta yang tak pasti. Fokus untuk tambah ilmu, jadi
orang yang berjaya, bina kerjaya, bantu masyarakat dan paling
penting bantulah diri sendiri untuk mencapai semua impian yang
diimpikan!

Seseorang yang mencintai diri sepenuh hati itu pasti akan tiba
suatu hari nanti!

BAB

04

Harapan Penulis

Saya ada anak, tuan puan ada anak. Anak-anak kita ini akan
membesar, bertemu rakannya di sekolah, menjalin persahabatan di
media sosial dan kelak mereka ini yang akan mencorak negara.

Perjalanan mereka masih panjang. Pelbagai cabaran yang akan
dihadapi, termasuklah isu-isu seksualiti.

Sejak saya aktif menyampaikan topik ini, terlalu banyak kisah
kanak-kanak serta remaja yang saya perolehi.

Ada yang pernah dicabul ketika berusia 6 tahun dan jadi biseksual
ketika tingkatan 3.

Ada pula yang diliwat abang sepupu tingkatan 1 di kampung ketika
mandi bersama di tandas. Bayangkan adik sepupu yang menjadi
mangsa tu baru berusia 5 dan 7 tahun!

Itu belum lagi kisah seorang remaja yang menjadi mangsa seksual
oleh mudir tahfiznya sendiri.

Ada tu ketika cuti awal Muharam, remaja ini dan beberapa orang
rakannya check in homestay. Ada lelaki ada perempuan. Lalu, hari
yang mulia itu ‘disambut’ dengan pesta seks sesama mereka.

Pengalaman mengendalikan ceramah di sebuah sekolah,
membuatkan saya bertemu dengan seorang murid darjah 5 yang
telah diliwat oleh abangnya di rumah.

Kes yang hampir sama, dari sekolah yang sama, ketika darjah 4
beliau telah ditarik ke belakang surau dan dliwat oleh seorang lelaki
dewasa.

Allah, banyak lagi sebenarnya. Itu belum lagi luahan demi luahan
yang saya perolehi di twitter dan facebook. Rata-rata telah menjadi
mangsa cabul ketika masih kecil.

Ketika itu mereka tak tahu apa yang sedang berlaku. Keliru.
Peristiwa hitam berkenaan membuatkan mereka alami anxiety,
cepat trigger bila membaca kisah-kisah pencabulan dan ada pula
yang alami depresi.

Kesian mereka. Nak buat report sekarang pun susah, kes dah lama
kan. Ada tu dah jadi ibu kepada anak-anak baru sedar pernah kena
cabul masa kecil.

Buat mereka ini, tak banyak yang mampu saya bantu selain dari
mengajak mereka untuk bersama-sama gerakkan awareness.

Kita tak mahu anak-anak kita pula yang akan jadi mangsa atau
memangsakan anak orang lain. Anak orang lain pun anak kita juga!

BAB

05

Kata-Kata Akhir

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..
Akhirnya berjaya juga tuan puan membaca sampai ke muka surat
yang ini. Semoga ebook ini memberi manfaat buat kalian..

Saya doakan agar tuan puan terus bersabar mendidik anak-anak.
Semoga kepayahan, kesabaran serta kesusahan itu allah ganjari
syurga. Amin..

Jemput follow individu/ aktivis/ NGO yang turut berjuang dalam isu
seksualiti ini :

Datuk Dr Harlina Halizah Siraj
Tuan Syed Azmi

Tuan Mohd Fadhli Othman
Ustazah Asma Harun
Ustazah Isfadiah
Dr Anayasmin Azmi
Puan Wan Nur Syakira
Baitus Solehah

Malaysians Against Pornography
Raudhatus Sakinah

Rumah Puteri Arafiah

Dan ramai lagi…

Saya doakan agar tuan puan terus bersabar mendidik
anak-anak. Semoga kepayahan, kesabaran serta
kesusahan itu allah ganjari syurga.

Amin..

Terus ikuti penulisan serta
video saya di media sosial ya

Semoga Allah bantu kita
semua. Amin

https://www.facebook.com/akhifairuz/
https://www.facebook.com/AkhiFairuzAlJengkawi

https://twitter.com/akhifairuz_
https://www.instagram.com/akhifairuz/

https://www.youtube.com/akhifairuzaljengkawi
https://t.me/MudahMengajarAnakPendidikanSeks

“Wahai Tuhan kami! Berilah
ampun bagiku dan bagi

kedua ibu bapaku serta bagi
orang-orang yang beriman,

pada masa berlakunya
hitungan amal dan
pembalasan.”


Click to View FlipBook Version