The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:28:29

E-Book AMAR Jom Jadi Youtuber! (HQ)

E-Book AMAR Jom Jadi Youtuber! (HQ)

JOM JADI

YOUTUBER !

JANA INCOME LUMAYAN DARI RUMAH DENGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1) Pendahuluan .................................................................................................................................................................. 1
2) Kelebihan-Kelebihan Menjadi Youtuber ................................................................................................................. 4
3) Cara-Cara Buat Akaun Youtube ............................................................................................................................... 21
4) Cara-Cara Upload Video ............................................................................................................................................. 31
5) Cara-Cara Setting Butiran Video ............................................................................................................................ 38
6) Cara-Cara Monetize Video ........................................................................................................................................ 49
7) Cara-Cara Daftar Google AdSense .......................................................................................................................... 57
8) Cara-Cara Setting Iklan ............................................................................................................................................ 69
9) Analytics ........................................................................................................................................................................ 78
10) Anggaran Pendapatan .............................................................................................................................................. 81
11) Cara-Cara Setting Method Payment .................................................................................................................... 83
12) Status & Ciri-Ciri Lain ........................................................................................................................................... 97
13) Install Youtube Studio .............................................................................................................................................. 99
14) 27 Teknik Meningkatkan View, Subscriber & Income Youtube
Dengan Cepat & Berkesan ............................................................................................................................................. 100
15) 4 Teknik Melipatgandakan Pendapatan Youtube Selain Daripada
Monetize Video ................................................................................................................................................................... 159
16) Pantang Larang (Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan) ............................................................................ 160
17) Cara-Cara Lindungi Channel Youtube Daripada Scammer & Hacker ........................................................ 188
18) Pengurusan Hakmilik Channel Youtube .............................................................................................................. 192
19) Lain-Lain Tips ............................................................................................................................................................ 193
20) Penutup ......................................................................................................................................................................... 195
21) Tentang AMAR ............................................................................................................................................................ 196

Hakcipta Terpelihara oleh :

AMAR Magical Consultant And Training

Web: www.AMAR.com.my Facebook: Fb.com/AMARFanpage

PENDAHULUAN

“Jom tukar hobi atau apa sahaja kebolehan anda menjadi duit.”

Untuk pengetahuan anda, industri youtuber ni masih baru di Malaysia. Maka, anda
akan dapat banyak advantage jika menjadi yang terawal.

“Jom jadi youtuber! Dengan
teknik yang betul, tak mustahil
anda pun boleh jadi kaya dalam
bidang ni sebab terlalu banyak je-
nis video yang anda boleh buat.”

AMAR Magical Consultant And Training 1

Assalamualaikum, Hai semua! Terima kasih
kerana sudi memiliki E-Book bernilai ini. Ini
bermakna anda seorang yang hebat kerana in-
gin berusaha menambahkan pendapatan samp-
ingan dengan menjadi youtuber. Di dalam buku
ini saya akan kongsikan pelbagai pengalaman
jatuh bangun saya dan sahabat-sahabat saya
yang berkecimpung dalam bidang youtuber.

Ada pepatah bisnes yang menyatakan bahawa :

Orang bodoh tak belajar daripada sesiapa
pun,
Orang biasa belajar daripada pengalaman diri
sendiri,
Orang hebat belajar daripada pengalaman
orang lain.

Maka, ini bermakna saya adalah orang yang biasa kerana terpaksa bertungkus lumus mencari pengalaman,
mencari teknik dan mempelajari sendiri bidang youtuber ini sehingga pendapatan youtube saya lebih tinggi
daripada kerjaya sebenar saya. Orang yang hebat adalah anda semua yang memiliki E-Book ini kerana belajar
daripada pengalaman orang. Ini kerana anda tak perlu banyak menghadapi pelbagai risiko dan tak perlu ber-
susah payah sangat untuk mengkaji teknik menjana income dari youtube. E-Book ini lengkap dengan pelbagai
info, teknik, pantang larang dan sebagainya bagi memudahkan anda menjana income dari youtube.

AMAR Magical Consultant And Training 2

Secara umumnya, di dalam E-Book ini, anda akan belajar dari A to Z per-
kara-perkara seperti berikut:

Cara-cara untuk mula dalam
bidang youtuber.
Cara-cara untuk monetize video
bagi menjana pendapatan yang
lumayan.
Cara-cara untuk marketing channel dan
video untuk mendapat subscriber, view
dan income yang lebih tinggi.

Cara-cara untuk upload video ke
youtube.

Dan banyak lagi.

Untuk lebih terperinci, sila rujuk bahagian “Isi Kandungan” 3
AMAR Magical Consultant And Training

KELEBIHAN-
KELEBIHAN
MENJADI
YOUTUBER

Tak perlu pun cari orang / down-
line.
Tak perlu pun tersontot kena tipu
duit.
Tak perlu pun berhenti kerja untuk buat
duit dalam bidang ni.

“Semua orang berpotensi menjadi youtuber yang hebat kerana
terlalu banyak jenis tema video yang boleh anda buat”

Macam saya peguam, tapi masih dapat hasilkan banyak konten untuk channel youtube saya iaitu AMAR Multi
Skill. Fuh! Sudahlah anda ada kerja tetap, boleh pula dapat side income hasil kerjaya youtuber.
Saya dapati ramai youtuber yang pendapatan youtube dia lebih tinggi berbanding kerja tetap dia. Jadi, kepada
orang yang tak bekerja tu, anda lagilah ada kelebihan untuk jadi youtuber sepenuh masa.
Dahulu, youtuber berlumba-lumba nak jadi artis. Tapi sekarang, artis pula yang berlumba-lumba nak jadi you-
tuber. Sebab apa? Sebab artis pun tahu, jadi youtuber lagi masyuk daripada kerjaya artis itu sendiri. Kadang-
kadang dekat setahun artis tak ada job atau jemputan persembahan. Saya tahu sebab saya pun artis dan ramai
kawan-kawan saya juga artis.

AMAR Magical Consultant And Training 4

“Tak kira apa saja jenis video yang anda buat, ia boleh menjadi
video international dan pasarannya amatlah luas.”

Tengok ni video saya, banyak negara yang klik dan saya dapat royalti berdasarkan berapa ban-
yak orang yang tengok video saya. Ini kerana, bila orang tengok video saya, iklan akan masuk.
Maka dari situlah saya dapat duit.

AMAR Magical Consultant And Training 5

Antara video yang anda boleh buat ialah seperti :

Video nasihat
Apa-apa sahaja tips
Review apa-apa sahaja perkara

Motivasi
Masakan

Travel
Makanan
Pendidikan
Hiburan
Apa-apa sahaja hobi atau kebolehan
dan banyak lagi.

Kadang-kadang hobi kita ni duit habis burn macam tu saja. Tapi bila hobi anda dirakam dan dimonetize,
insyaallah anda akan dapat balik modal dan dapat sekali untung. Maka, hobi anda tak menyebabkan pemba-
ziran. Bahkan hobi anda membuahkan hasil. Syok kan hobi jadi duit?

AMAR Magical Consultant And Training 6

“Jika tak ada idea apa sekalipun youtuber masih boleh buat
konten yang menjana pendapatan lumayan.”

Tengok ni sebagai contoh, video lenyek ayam mainan. View dekat 1 billion.
Maknanya, dia dapat anggaran dalam 1 juta hingga 4 juta ringgit Malaysia.
Boleh beli 2, 3 biji rumah. Ini baru satu video. Kalau banyak video?

AMAR Magical Consultant And Training 7

Tengok lagi ni video entah apa-apa yang youtuber buat dan mencatat view tinggi serta
mendapat pulangan lumayan. Video buka pintu guna pisang, tutorial goreng angin, tuto-
rial duduk saja dan tipe kentut.

AMAR Magical Consultant And Training 8

AMAR Magical Consultant And Training 9

AMAR Magical Consultant And Training 10

AMAR Magical Consultant And Training 11

Anda tak payah la buat video merepek. Bukan apa, saya sekadar nak beritahu bahawasanya, semua jenis video
adalah berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan kerana konten anda menjadi konten international dan
berada di pasaran terbuka. Ini kerana enjin carian youtube adalah enjin carian kedua terbesar di dunia selepas
Google.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya saya baru sahaja menjadi youtuber pada tahun lepas iaitu 2019. Dengan
menggunakan teknik yang betul, performance channel youtube saya dah macam channel yang berusia 10 ta-
hun. Tengok ni, performance channel saya meningkat mendadak sebanyak 2631%.

Sebab itulah anda perlu belajar bagaimana tips serta teknik yang berkesan seperti yang saya kongsikan dalam
E-Book ini.

AMAR Magical Consultant And Training 12

“Jika anda seorang bisnesman, selain dapat duit dengan cara
monetize video, anda juga boleh dapat client di kalangan
crowd youtube jika anda buat video atau iklankan perkhid-
matan atau produk anda di youtube.”

Macam saya, saya dah lama berhenti jual barangan silap mata, tapi sehingga hari ini tak habis-habis orang
tanya tentang barang silap mata sampai saya naik tension. Walhal saya dah tak upload pun video promo jual
barang silap mata ke youtube.

Family Man

Kalau anda jenis family man/women, anda boleh rakam moment
bersama keluarga atau anak. Bermain, travel dan sebagainya. Se-
lain dapat duit, ia boleh jadi moment kenangan indah yang boleh
ditonton semula oleh anda ataupun anak cucu anda.

Kemahiran

Jika anda kongsikan karya dan kemahiran anda pula di youtube, selain
dapat duit, pastinya karya dan kemahiran anda akan jadi lebih berkualiti
dan lebih tajam kerana anda sering mengamalkan kemahiran anda.

Barang Free

Jika anda sudah berjaya bina channel youtube anda dan mempunyai ramai
subscriber, anda berpeluang untuk kerap mendapat dapat barangan percu-
ma seperti makanan atau produk tertentu.
Ini kerana pengeluar makanan atau produk tersebut mahu mendapatkan khidmat anda untuk review produk
mereka. Anda juga boleh kawtim sendiri dengan memperkenalkan channel youtube anda kepada mana-mana
pengeluar produk dan tawarkan khidmat review, iklan dan sebagainya.

Saya kenal dengan seorang youtuber yang kerjanya hari-hari makan percuma di kedai-kedai makan terpilih.
Dia akan rakam bagaimana makanan tersebut dibuat dan dia upload di channel youtube miliknya. Maka, ke-
dai makan tersebut mendapat publisiti dan promosi percuma. Tudia! Sudah la dapat makan free, dia monetize
pula video masakan tersebut. Untung berganda atas angin!

AMAR Magical Consultant And Training 13

CORONA
VIRUS

Sewaktu saya menaip E-Book ini, Virus Corona sedang menggila. Maka, jadi youtuber
dapat kurangkan risiko penyakit berjangkit. Sebab di rumah pun dah boleh buat duit.
Tak payah kerap keluar rumah ke sana sini sangat. Banyak jenis video boleh rakam kat
rumah je.
Lepas tu saya dapati pula view video-video di channel youtube saya naik mendadak. Saya
berpandangan bahawa, disebabkan ramai yang terpaksa berkurung di dalam rumah aki-
bat penularan Virus Corona, mereka menjadi bosan. Maka, mungkin mereka banyak
menonton video di youtube. Bila view meningkat, sudah pastilah youtuber yang dapat
untung! Kajian juga menunjukkan bahawa sekarang ni 60% orang lebih suka menonton
video di youtube berbanding di televisyen.

AMAR Magical Consultant And Training 14

“Nak jadi youtuber tak perlu banyak modal, guna kamera
smartphone saja pun dah cukup.”

Nak jadi youtuber tak perlu banyak modal, guna kamera
smartphone saja pun dah cukup. 24 jam kita bawa smart-
phone di dalam poket. Bila ada peluang dan idea, anda boleh
rakam video, edit video dan buat konten di mana-mana sa-
haja. Rugi jika tak manfaatkan smartphone anda. Software/
app untuk edit video pun percuma dan tak payah beli.

Oh ya, kadang-kadang video yang tak edit langsung atau video yang raw lagi orang suka dan tinggi viewnya.
Kalau anda tak reti bercakap depan kamera, tak payah buat video jenis bercakap. Banyak lagi tema video tak
bercakap.
Kalau nak diikutkan, sebenarnya semua tema video kita boleh buat jenis yang hanya ada tulisan caption serta
muzik latar sahaja. Tak perlu pun bercakap.
Kalau anda tak hensem atau tak lawa dan segan muncul dalam video pun tak apa. Boleh buat video jenis yang
anda tak perlu muncul dalam video.
Anda tahu tak, sekarang ni kelihatannya orang yang tak hensem pun viewnya lebih tinggi daripada orang yang
hensem. Youtuber OKU pun jadi jutawan.

“Jadi, anda janganlah beri alasan kononnya susah
nak berjaya dalam bidang ini.”

AMAR Magical Consultant And Training 15

Inilah youtube tuan-tuan dan puan-puan sekalian! Di platform ini, sesiapa sahaja layak, dihargai dan boleh
buat duit. Ibarat anda memiliki stesen TV dan ada advertiser yang berlumba-lumba mahu beriklan di stesen
TV anda.
Tengok sini, bayangkan 1 video pun dapat setiap bulan, (ni purata setiap bulan ye. Bukan sekali je dapat), dapat
sampai 587 USD yang bersamaan lebih kurang RM2300 lebih, yang ni pulak 3826 USD yang bersamaan lebih
kurang RM15,000 lebih. Ini baru 2 video. Bayangkan jika channel youtube anda ada berpuluh atau beratus
video.

AMAR Magical Consultant And Training 16

MATAWANG

Saya nak beritahu 1 perkara kepada anda. Anda tahu kan matawang Malaysia ni asyik
jatuh saja. Tapi untuk pengetahuan anda, golongan youtuber Malaysialah yang paling
gembira kalau matawang jatuh.

Sebagai contoh:
1 USD sama dengan RM4.

Misalnya kalau income youtube bulan tu 10,000 USD maka youtuber Malaysia dapat dalam RM40,000. Tapi
misalnya kalau matawang Malaysia jatuh 1 USD bersamaan RM5, maka youtuber Malaysia dapat RM50,000!
Tapi anda jangan la berdoa supaya matawang jatuh ya.

“Maka, menjadi youtuber adalah pilihan yang bijak jika anda nak
buat side income. Modal pun rendah. Risiko sangat rendah. Dapat
jadi glamour pulak tu.”

AMAR Magical Consultant And Training 17

LIPATGANDAKAN PENDAPATAN

Youtube bukan sahaja merupakan medium pemasaran bagi para usahawan, ia juga merupa-
kan satu platform untuk melipatgandakan lagi pendapatan usahawan berkaitan apa yang
diusahakannya.
Sebagai contoh, saya ada kawan yang menerima tempahan kek. Dia buat kek yang sangat
cantik. Untung bersih sebiji kek dalam RM50 sahaja. Malangnya dia bukan youtuber.
Tetapi bayangkan jika dia rakam proses buat kek tersebut dan dia upload dan monetize di
youtube. Tengok ni ada youtuber yang upload video dia buat kek yang mendapat 196 juta
views!
Ini bermakna, hasil monetize untuk satu video ni sahaja dia mendapat anggaran sebanyak
RM600,000.00!
Boleh beli rumah banglo!

Maka, anda boleh rakam dan monetize video apa sahaja perkhidmatan atau produk yang anda usahakan jika
anda seorang usahawan bagi melipatgandakan pendapatan. Rugi tau jika usahawan tak jadi youtuber sebab
usahawan ada ‘direct source’ yakni sumber bahan untuk dirakam seperti kek tadi.
Jika anda jual tudung, anda sudah ada bahan untuk buat video tutorial tudung. Jika anda buka kedai mainan,
anda ada bahan untuk buat review mainan, dan begitulah seterusnya.

“Manfaatkan bahan yang anda sudah sedia miliki tersebut.” 18

AMAR Magical Consultant And Training

TAK PERLU Akhir sekali, kelebihan jadi youtuber yang paling menarik
BAYAR CUKAI ialah, jika anda jadi kaya raya atau jutawan sebab dapat duit
hasil monetize, anda tak perlu bayar cukai pendapatan. Ini ker-
ana, wang yang anda dapat adalah dari luar negara.

“Untuk pengetahuan anda, wang dari luar negara dikecualikan
daripada cukai menurut Perenggan 28, jadual 6 Akta Cukai
Pendapatan 1967.”

Tapi zakat wajib dibayar tau! 19

Biar rezeki yang kita dapat diberkati. Ber-
syukurlah dengan rezeki kurniaan Allah
swt.

AMAR Magical Consultant And Training

Anda dah faham kan mengapa kena jadi youtuber?
Jom kita mengorak langkah!

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, ada orang bandingkan channel you-
tube saya dengan niat untuk memperlekehkannya. Sebab channel dia
lagi banyak subscriber. Tapi bila saya check channel dia, rupanya tak lay-
ak monetize sebab banyak langgar pantang larang. Iklan tak masuk dan
tak boleh buat duit pun.

“Ibarat ada bini lawa, tapi rupa-rupanya bini dia
pondan. Nak buat apa.”

Maka dengan itu, saya dengan sukacitanya ingin mem-
bantu untuk merealisasikan impian anda semua untuk
menjadi youtuber berjaya yang dapat menjana wang
daripada kerjaya ini.

“Jom kita mulakan 20
sekarang!”

AMAR Magical Consultant And Training

CARA-CARA
BUAT AKAUN
YOUTUBE

PERHATIAN:

ADAKALANYA CORAK PAPARAN SKRIN, INTERFACE DAN
SUSUN ATUR TULISAN DI CHANNEL YOUTUBE MAS-

ING-MASING ADALAH BERBEZA. IA BERGANTUNG KEPADA
PROSES KEMASKINI PIHAK YOUTUBE. ADAKALANYA JUGA
LANGKAH-LANGKAH UNTUK DAFTAR AKAUN ATAU DAFT-
AR MONETIZATION JUGA BERUBAH DARI MASA KE SEMASA.
APA YANG PENTING DI SINI IALAH ANDA DAPAT FAHAM ISI,
ATURAN DAN ARAHAN ASAS DALAM E-BOOK INI. MAKA,
WALAU MUNCUL APA SAHAJA PAPARAN DAN PERUBAHAN
ATURAN SEKALIPUN, ANDA AKAN TAHU APA NAK BUAT.

P/S: Di sini saya bercerita tentang smartphone android. Adapun tentang Iphone
saya tak pasti sebab saya bukan penggunanya.

AMAR Magical Consultant And Training 21

AKAUN GMAIL

Ramai orang tak sedar bahawa mereka sebenarnya sudah pun ada akaun youtube. Ramai orang menggu-
nakan smartphone. Untuk membolehkan smartphone dapat berfungsi dengan baik, mereka perlu daftar akaun
Gmail. Antaranya bertujuan supaya dapat download atau install apps tertentu pada smartphone.
Jika smartphone anda sudah login ke Gmail, maka secara automatik anda sudah ada akaun youtube.
Rujuk gambar ini

Icon kamera tersebut, menun-
jukkan bahawa anda sudah boleh
upload video ke akaun youtube
anda.

AMAR Magical Consultant And Training 22

“Jika anda ada laptop atau PC, anda perlu login Gmail anda
di laptop atau PC. Maka anda juga akan boleh upload video
melalui laptop atau PC anda ke channel youtube anda.”

Perhatian. Jangan lupa username (alamat emel) dan password akaun Gmail
anda ya. Kalau ter log out dan nak log in semula tapi terlupa username atau
password memang naya la. Burn begitu sahaja channel youtube anda.

Walaubagaimanapun, di sini saya ajar sedikit
bagaimana nak daftar akaun Gmail untuk mem-
bolehkan anda mempunyai akaun youtube.
Di sini saya guna PC supaya lebih jelas.

Jika anda menggunakan smartphone,
anda boleh setting smartphone anda
menjadi desktop site dengan klik 3 titik
ini.

AMAR Magical Consultant And Training 23

Kemudian tick desktop site.

AMAR Magical Consultant And Training 24

Maka paparan di smartphone anda menjadi seperti paparan di PC atau laptop.

AMAR Magical Consultant And Training 25

Taip: accounts.google.com. Kemudian klik Create account (For myself). Jika anda memang sudah ada akaun
Gmail, maka tak payah daftar. Terus sahaja sign in dengan mengisi alamat emel Gmail dan password anda di
sini.

AMAR Magical Consultant And Training 26

Isi First name, last name, username, password dan confirm password. Nak pilih username dan password mun-
gkin kena ambil masa sikit sebab banyak yang sudah “taken”.

AMAR Magical Consultant And Training 27

Sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya anda terlupa password, eloklah anda isi sekali bahagian Recovery
phone number dan Recovery email. Masukkan no. hp anda dan alamat emel anda yang lain jika anda ada emel
yang lain. Jika anda terlupa password, anda boleh buat langkah tertentu dengan mendapatkan kembali akaun
Gmail anda menggunakan method no. hp atau emel yang lain.

AMAR Magical Consultant And Training 28

Tengok. Inilah akaun Gmail yang saya baru buat. Siap ada icon youtube dan boleh upload video. Nak terima
atau hantar emel guna Gmail ni pun boleh. Siap ada Google drive. Boleh simpan atau emel apa-apa sahaja file
bersaiz besar.

AMAR Magical Consultant And Training 29

Profile picture huruf K ni adalah automatik. Jika nama anda bermula huruf A, mungkin dia tulis A. Anda boleh
tukar profile picture ini dengan gambar anda atau apa-apa sahaja gambar yang anda suka.

AMAR Magical Consultant And Training 30

CARA-CARA
UPLOAD
VIDEO

Jom kita cuba buka youtube. Boleh juga buka dengan taip www.youtube.com. Tengok sini ada icon kamera. Ia
bermaksud anda sudahpun ada channel youtube dan boleh upload video.

AMAR Magical Consultant And Training 31

Jom kita cuba upload video. Klik icon kamera tersebut, kemudian klik upload video.

AMAR Magical Consultant And Training 32

Klik SELECT FILE.

AMAR Magical Consultant And Training 33

Saya pilih video berjudul ‘AMANI Testing’ yang berada di desktop PC saya. Klik Open.

AMAR Magical Consultant And Training 34

Maka video pun akan di upload. Tick dahulu – “No, it’s not made for kids” (Jika video anda bukan konten
kanak-kanak). Kemudian klik NEXT.

AMAR Magical Consultant And Training 35

Klik NEXT lagi.

AMAR Magical Consultant And Training 36

Klik Public dan Klik PUBLISH.

AMAR Magical Consultant And Training 37

CARA-CARA
SETTING
BUTIRAN VIDEO

Bersedia untuk mengisi bahagian Video details dengan lebih terperinci.
Di sini saya perkenalkan sedikit dahulu berkaitan bahagian SETTING atau EDIT VIDEO asas yang perlu anda
isi. Saya akan terangkan dengan terperinci pada bab yang lain. Anda boleh isi butiran setting Video details ini
sama ada SEMASA video sedang di upload atau SELEPAS upload. Jika anda nak buat pembetulan setting vid-
eo details, ianya juga boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan membuka kembali bahagian setting video
Untuk membuat setting video details SELEPAS video di upload, klik bahagian gambar profile anda. Kemudian
klik Youtube Studio.

AMAR Magical Consultant And Training 38

Klik Videos.

AMAR Magical Consultant And Training 39

Pilih dan klik video yang anda nak buat setting video details.

AMAR Magical Consultant And Training 40

Berikut adalah bahagian setting video details:

A. Title. Tajuk video anda.
B. Description. Penerangan ringkas tentang video anda.
C. Thumbnail. Anda boleh pilih salah satu gambar thumbnail yang diberikan se-
cara automatik untuk dijadikan sebagai cover utama video anda. Ataupun anda
boleh upload gambar thumbnail lain yang disukai. Ini bermakna, sebelum orang
klik video anda, gambar thumbnail lah yang dia lihat terlebih dahulu.
D. Visibility. Pilih video anda menjadi Public supaya semua orang di seluruh
dunia boleh menontonnya.

AMAR Magical Consultant And Training 41

E. Audience. Jika video anda bukan untuk kanak-kanak, anda pilih – “No, it’s not
made for kids”. Jika video anda untuk kanak-kanak, anda perlu pilih – “Yes, it’s
made for kids”.
F. Age restriction. Untuk monetize dengan berjaya, jarang orang buat video kat-
egori ada age restriction. Video yang ada age restriction adalah video untuk 18
tahun ke atas yang ada unsur ganas, lucah dan sebagainya. Video sebegini bi-
asanya tak boleh monetize pun.
G. Tags. Anda boleh taip apa sahaja perkataan kata kunci berkaitan supaya video
anda mudah orang jumpa. Contohnya anda upload video cara masak nasi ayam.
Antara kata kunci yang sesuai untuk tags adalah seperti – resepi, makanan, sedap,
nasi, ayam dan sebagainya. Setiap perkataan kata kunci anda perlu taip koma (,)
di hujungnya supaya ia menjadi seperti dalam gambar. Contohnya: nasyid, lagu,
amar, dan sebagainya.

AMAR Magical Consultant And Training 42

H, I & J. Playlist, End screen & Cards saya akan ceritakan pada bab yang lain
kerana ianya kategori yang advance.

AMAR Magical Consultant And Training 43

Kemudian klik More options.

AMAR Magical Consultant And Training 44

Pilih kategori video anda.

AMAR Magical Consultant And Training 45

Ada banyak jenis kategori seperti music, entertainment, education dan sebagainya.

AMAR Magical Consultant And Training 46

Setelah selesai semuanya dan video sudahpun selesai uploaded dan processed, anda boleh klik SAVE.

AMAR Magical Consultant And Training 47

“Susun atur semua setting ini di laptop saya mungkin berbeza
dengan laptop atau PC anda. Kadang-kadang pihak youtube
juga selalu ubah paparannya. Jika berbeza, saya yakin anda
boleh cari sendiri sebab ia ada sekitar situ sahaja dan tak lari
ke mana.”

P/S: Youtube tak benarkan orang yang berumur bawah 18
tahun untuk daftar akaun Gmail atau akaun youtube bagi
tujuan monetization. Jika didapati akaun Gmail atau akaun
youtube tersebut milik orang yang bawah 18 tahun, maka
channel youtube tersebut tak boleh untuk memohon kelay-
akan monetization. Tetapi anda jangan risau. Jika anda ada
anak di bawah 18 tahun yang nak jadi youtuber, anda sendi-
ri yang kena tolong daftarkan. Selepas itu, tidak ada seba-
rang masalah jika anak anda yang akan muncul di dalam

video atau uruskan channel tersebut.

AMAR Magical Consultant And Training 48


Click to View FlipBook Version