The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:28:29

E-Book AMAR Jom Jadi Youtuber! (HQ)

E-Book AMAR Jom Jadi Youtuber! (HQ)

INSTALL
YOUTUBE STUDIO

“Jangan lupa untuk install apps Youtube Studio di smartphone
untuk memudahkan anda memantau dan menganalisa prestasi
channel youtube anda”

Sila search YouTube Studio di
Google Play Store dan install

AMAR Magical Consultant And Training 99

27

TEKNIK MENINGKATKAN

VIEW, SUBSCRIBER
& INCOME YOUTUBE

DENGAN CEPAT & BERKESAN

AMAR Magical Consultant And Training 100

“Nak lulus monetization dengan cepat, anda perlu capai
syarat watch hour dan subscriber seperti yang dikehendaki.”

“Untuk mendapat income yang lumayan dengan cepat juga anda perlu pastikan
view, watch hour dan subscriber channel youtube anda tinggi.”

Jom saya ajar rahsia dan teknik untuk mendapat view, watch hour dan subscriber dengan cepat dan banyak
agar anda cepat lulus monetization dan anda dapat buat duit dengan berkesan dan lumayan sebagai youtuber.

S.E.O

Sebelum itu anda perlu tahu apa itu SEO (Search En-
gine Optimization). Ianya boleh dikatakan sebagai satu
proses atau sistem yang dapat menjadikan video anda
diutamakan oleh pihak youtube. Ia menyebabkan video
anda berada di dalam ruangan video recommendation,
side bar atau menyebabkan video anda mudah untuk
dicari dan dijumpai di laman youtube. Selain itu, ianya
menjadikan ranking video anda bagus. Ini akan menye-
babkan subscriber channel anda meningkat dengan ce-
pat dan view video anda pun meningkat dengan cepat.

“Bagaimana untuk mendapat view dan subscriber dengan
cepat serta menjadikan SEO video anda bagus?”

AMAR Magical Consultant And Training 101

1

“Cuba buat video jenis engagement yang bagus”

- Pastikan penonton menonton video anda dalam tempoh masa yang lama. Sebagai contoh,
jika durasi video anda 3 minit dan kebanyakan penonton hanya menontonnya setakat 10 saat,
maka pihak youtube akan dapat mengesan bahawa video anda tak bagus, Maka ianya tak akan
dipromosikan oleh pihak youtube.
- Jika ramai yang share video anda, sudah pasti pihak youtube membuat kesimpulan bahawa
video anda bagus dan akan mempromosi video anda.
- Jika jumlah like banyak juga menyebabkan pihak youtube mengambil perhatian kepada vid-
eo anda. Ini bermakna jika terlalu banyak dislike, pihak youtube pun malas lah nak ke ha-
dapankan video anda. Ia akan merendahkan search visibility (keterlihatan carian) video anda.
Menurut kajian, jika anda mahu video anda mempunyai search visibility yang tinggi, video
anda perlu mendapat nisbah sekurang-kurangnya 87% likes. Ini bermakna jika ada 100 orang
yang vote, mesti ada sekurang-kurangnya 87 orang yang like video anda. Jika anda mahu vid-
eo anda mendapat posisi search visibility yang paling tinggi, sekurang-kurangnya anda perlu
dapat nisbah like sebanyak 92%. Ini bermakna, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya
sebanyak 92 like daripada 100 orang yang vote.
- Jika penonton menonton video anda dan terus subscribe channel anda, ia juga menunjukkan
bahawa video anda berkualiti dan dapat menarik perhatian pihak youtube untuk mempromo-
si video anda.
- Pihak youtube juga akan tahu kualiti video anda berdasarkan komen penonton di ruangan
komen.

“Maka, kata kunci untuk perkara ini ialah anda perlu 102
buat video yang dapat menjadikan penonton gembira
atau suka menonton video anda.”

AMAR Magical Consultant And Training

2

“Tajuk yang bagus dan menarik perhatian.”

Jangan buat tajuk yang indah khabar dari rupa. Ia boleh menyebabkan penonton berasa kece-
wa justeru memberi dislike dan komen yang negatif kepada video anda.

Selain itu penonton juga hanya menonton sekejap sahaja tanpa menonton keseluruhan video anda. Ia menye-
babkan pihak youtube tahu bahawa video anda tak bagus.

Mari saya ajar bagaimana untuk pilih tajuk dan tag yang bagus. Sebagai contoh, video anda
berkaitan cara masak kari kepala ikan. Sila buka Google.com dan search kata kunci “cara ma-

AMAR Magical Consultant And Training 103

Lihat semua tulisan berwarna biru dan ‘hitam bold’ di mukasurat pertama ini termasuk bahagian “Searches
related to cara masak kari kepala ikan”. Ini adalah perkataan dan tajuk yang perlu anda ambil idea untuk buat
tajuk video anda. Anda juga boleh copy sebijik tajuk tersebut jika ianya sesuai dan kena mengena dengan video
anda.
Ini kerana, tajuk atau perkataan inilah yang pihak Google utamakan dan dijadikan sebagai mukasurat pertama
carian. Maka, jika anda buat tajuk seperti yang ditunjukkan, maka video anda amat mudah dicari dan dijumpai
jika orang buat carian di Google. Perkataan-perkataan tersebut juga anda boleh tulis di bahagian Tags supaya
video anda lebih mudah dijumpai.

AMAR Magical Consultant And Training 104

3

“Jangan lupa tulis bahagian Description video.”

Jika anda tulis penerangan ringkas tentang video anda, ia membantu SEO pihak youtube untuk memahami
video anda tentang perkara apa. Oleh itu, ia membantu dan memudahkan pihak youtube untuk tonjolkan
video anda apabila perlu.

AMAR Magical Consultant And Training 105

4

“Jika anda buat video jenis bercakap, pastikan suara anda jelas
terutamanya perkataan KEYWORD video tersebut.”

Jika video anda tentang tutorial tudung, sila sebut dengan kuat dan jelas perkataan “tutorial tudung”. Ini kerana
baru-baru ini, pihak youtube sudah ada sistem mengesan suara bagi mengetahui video anda tentang perkara
apa. Jika pihak youtube dapat tahu video anda tentang perkara apa, ia membantu dan memudahkan pihak
youtube untuk mengklasifikasi dan tonjolkan video anda. Sebab itu jika anda mencarut dalam video, pihak
youtube dapat mengesannya dan menyebabkan video tersebut tak dapat di monetize.

AMAR Magical Consultant And Training 106

5

“Custom thumbnail.”

Ketika anda upload video, youtube akan jana 3 gambar thumbnail secara automatik yang diambil daripada vid-
eo yang anda upload. Anda boleh pilih salah satu gambar untuk dijadikan muka hadapan / cover video anda.
Tetapi, untuk lebih menarik perhatian supaya penonton klik video anda, sebaiknya anda design thumbnail
sendiri yang lebih menarik perhatian dan upload di ruangan Custom thumbnail di sini.

AMAR Magical Consultant And Training 107

Apa kriteria Custom thumbnail yang
menarik perhatian?

Gambar yang berkualiti.
Design yang menarik perhatian.

Letak tulisan yang jelas dan menarik per-
hatian. Biasanya orang letak semula tajuk
video atau ubah sedikit tajuk.

Ini bermakna, anda perlu pandai design thumbnail atau perlu upah grafik designer untuk de-
sign thumbnail. Jika anda nak design sendiri, anda boleh install app yang sesuai untuk buat
thumbnail seperti ‘Pixellab’. Senang saja buat thumbnail. Macam saya, saya snapshot video di
bahagian yang menarik, adjust colour jika perlu dan letak tulisan macam ni. Simple saja.

Custom thumbnail (thumbnail yang anda design
sendiri dengan menarik ) akan boost view dengan
amat berkesan. Ianya juga sebagai pengenalan dan
gambaran keseluruhan video anda yang menye-
babkan penonton mahu mengetahui isi kandungan
video anda dengan lengkap.

AMAR Magical Consultant And Training 108

6

“Kualiti gambar video boleh menyebabkan view lebih cepat naik.”

Ada sekumpulan penyelidik berpendapat bahawa pihak youtube lebih mengutamakan video yang mempunyai
kualiti gambar video yang bagus sebanyak 69% berbanding video berkualiti rendah.
Tetapi, pada pendapat saya, konten yang bagus lebih utama berbanding kualiti gambar video. Kalau gambar
video sahaja lawa tapi video tak menarik pun tak guna juga. Sebagai bukti, anda boleh lihat banyak rakaman
CCTV atau dashcam mendapat view yang tinggi. Ini kerana banyak rakaman CCTV dan dashcam adalah
menarik. Padahal kualiti gambar video amatlah rendah.
Walaubagaimanapun, kamera smartphone kebanyakan orang setakat sekarang sudah mencapai piawai kualiti
gambar video yang baik. Pencahayaan yang baik memainkan peranan penting supaya gambar video berkualiti.
Jangan gambar video pecah seperti zaman 3gp dulu sudah la.

AMAR Magical Consultant And Training 109

7

“Share.”

Setelah selesai upload video terbaru, anda perlu share dan war-warkan secepat
mungkin video tersebut ke semua media sosial yang anda ada seperti:

-Facebook
-Twitter
-Instagram

-Blog
-Forum
-Website diskusi seperti Reddit
-Group facebook
-Group whatsapp
-Telegram
-Dan sebagainya

“Ramai orang suka klik video yang fresh. Bila ramai yang klik, maka engagement
menjadi bagus yang menyebabkan SEO video juga bagus.”

Mulai sekarang, anda bolehlah search group facebook yang sama niche dengan channel anda.
Sebagai contoh, jika channel anda berkaitan resepi, sila search dan join group resepi, masakan
dan sebagainya. Apabila selesai sahaja upload video baru, nanti senang nak share link video ke
dalam group facebook tersebut. Sudah pasti akan ramai juga di antara mereka yang subscribe
channel anda selain menonton video tersebut.

“Jangan lupa buat hashtags di semua perkongsian link video 110
anda kerana ramai juga orang yang search sesuatu berdasarkan
hashtags.”

AMAR Magical Consultant And Training

8

“Jangan buat video yang terlalu pendek atau terlalu panjang.”

Walaubagaimanapun, tips ini adalah subjektif. Ia bergantung kepada apakah niche video anda. Selain itu anda
perlu buat ujikaji, research dan analisa sedikit berkenaan durasi yang sesuai dan optimum. Bagi saya, saya suka
buat video sekitar 3 hingga 5 minit sebab niche saya adalah seperti silap mata, lagu dan sebagainya. Takkanlah
lagu nak buat 1 minit atau 10 minit pula. Jika ada youtuber yang buat niche dokumentari, takkanlah video 3
hingga 5 minit saja. Mestilah lebih panjang bukan? Pokoknya, jika saya buat lagu yang berdurasi 10 minit, anda
pun tahu bahawa itu sudah tak masuk akal dan akan menjadikan SEO video tak bagus.

AMAR Magical Consultant And Training 111

9

“Tags.”

Tags membantu pihak youtube mengenalpasti video anda dengan mudah. Ia juga membantu video anda be-
rada di bahagian suggestion sidebar bersama-sama video dari youtuber lain yang sama kaitan. Ia pastinya
menyebabkan engagement bertambah serta menyebabkan ranking video anda naik.
Tags perlu ditulis dalam bentuk perkataan. Anda perlu asingkan perkataan daripada ayat. Sebagai contoh,
channel anda bernama Resepi dan anda baru sahaja upload video ‘Cara Masak Kari Kepala Ikan’, maka tags
yang sesuai adalah seperti berikut – resepi, masakan, kari, kepala ikan, sedap, menyelerakan, masakan kam-
pung, masakan melayu, dan sebagainya.
Anda boleh masukkan banyak perkataan dalam ruangan tags. Tapi pastikan semuanya ada kaitan. Kalau boleh
jangan tulis terlalu banyak tags. Dikhuatiri ia akan mengelirukan pihak youtube. Selain itu ia boleh menye-
babkan mereka mengambil masa yang lama untuk mengklasifikasi video anda. Maka dengan itu, video anda
menjadi lambat berada di bahagian sidebar, suggestion, recommendation dan sebagainya.
Rujuk juga tips no. 2 di atas untuk mengetahui cara untuk memilih perkataan yang sesuai untuk dimasukkan
ke dalam ruangan tags.

AMAR Magical Consultant And Training 112

10

“Nama file video.”

Selalunya selepas orang rakam video atau edit video dan save, mereka terus sahaja upload ke youtube. Nama
file asal pun tak tukar. Apa itu nama file? Rujuk gambar ni. Ini adalah video promosi Kursus Youtuber saya
setelah saya edit dan save. Nama file asalnya ialah - “Untitled 22 960x540 2.14Mbps 2020-03-07 12-56-25.
mp4”.

AMAR Magical Consultant And Training 113

Sebelum upload ke youtube pastikan anda ubah dahulu nama file ini menjadi tajuk yang anda ingin tulis di
youtube ataupun tajuk yang tak lari jauh dengan tajuk di youtube. Kemudian barulah upload ke youtube.

Jika anda tak tukar, dikhuatiri pihak youtube menyangka bahawa anda menipu tajuk untuk menarik perhatian
orang ramai (Clickbait). Ini kerana youtube menyimpan data nama file asal jika anda tak tukar. Jika sistem
youtube bandingkan nama file tak sama, mereka akan berasa curiga.
Untuk memudahkan anda faham, sebagai contoh ada seorang mamat upload video memancing ikan. Nama
video yang asal pun berkaitan memancing ikan. Bagi menarik perhatian orang ramai, dia ubah tajuk pada
setting video details di youtube menjadi tajuk “Mira Filzah Berpakaian Seksi”. Ini adalah satu clickbait dan
memperdayakan penonton.
Maka sebab itu, nama file anda perlu edit siap-siap menjadi tajuk yang diingini supaya sistem youtube tak
menyangka bahawa anda nak buat clickbait atau memperdaya penonton. Jika sistem youtube menyangka begi-
ni, maka video anda akan disembunyikan atau tidak dipromosi oleh sistem youtube dan orang pun susah nak
jumpa video anda. Justeru, video anda akan gagal mendapat view yang baik.

AMAR Magical Consultant And Training 114

11

“Frekuensi upload video.”

“Rajinkanlah diri anda untuk buat konten video supaya anda
boleh upload ke youtube dengan kerap”

Contohnya seminggu sekali. Kalau tak ada masa, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ini kerana pihak you-
tube amat menghargai youtuber yang aktif. Bila anda kerap upload video pula, mereka akan selalu melawat ke
channel anda untuk membuat pemeriksaan. Maka mereka akan tahu bahawa anda adalah seorang yang serius
dalam bidang youtuber. Ini boleh menyebabkan pihak youtube “mark” channel atau video anda sebagai creator
yang bagus. Ia akan menyebabkan channel dan video anda mudah untuk dijumpai oleh penonton. Subscriber
anda juga akan semakin bertambah dan akan menyebabkan view meningkat. Ini kerana, kebanyakan sub-
scriber hanya subscribe channel yang selalu upload video. Jika jarang ada konten baru, buat apa mereka nak
subscribe kan?

Perhatian! Jangan upload video dalam jumlah yang banyak
sekaligus. Contohnya jangan upload 2, 3 video ke atas dalam
masa yang sama. Saya sudah cuba. Hancur view nya! View

naik terlalu perlahan.

AMAR Magical Consultant And Training 115

12

“Ranked Tags.”

Jika anda sudah menjadi youtuber yang hebat, kadang-kadang anda akan terjumpa video anda disenaraikan
di bahagian sidebar, suggestion, recommendation dan sebagainya. Anda boleh ambil manfaat daripada vid-
eo tersebut dengan mengenalpasti apakah perkataan yang anda tulis di bahagian tags video tersebut. Maka,
anda boleh gunakan perkataan tags video video tersebut dan masukkan juga di dalam video lain yang sama
niche dengannya. Ini kerana mungkin video yang masuk di bahagian sidebar, suggestion atau recommenda-
tion tersebut adalah disebabkan perkataan tags yang bagus. Maka, video baru yang anda upload pun kemun-
gkinan besar akan disenaraikan di bahagian sidebar, suggestion, recommendation dan sebagainya oleh sistem
youtube. Maka view video anda akan meningkat dengan mudah.

AMAR Magical Consultant And Training 116

13

“Jadikan subscriber anda sebagai subscriber yang aktif.”

Bila subscriber aktif, mereka akan lebih mudah menonton video-video terbaru anda.

Antara cara untuk aktifkan subscriber ialah:
- Pertama, balas dan like komen mereka. Biar mereka rasa dihargai.

- Kedua, buat video jenis soal jawab. Cara-caranya ialah, anda buat dahu-
lu video pengumuman tentang sesiapa sahaja yang bertanya tentang perk-
ara tententu di bahagian komen, soalan tersebut akan dijawab pada video

yang seterusnya.

- Ketiga, anda boleh buat kuiz berkala dan beri hadiah kepada subscriber
yang berjaya.

- Keempat, buat video khas menghargai para subscriber di setiap pertam-
bahan 10,000 subscriber. Beritahu subscriber anda bahawa betapa terha-

runya anda kerana mereka follow channel anda.
- Kelima, setiap video anda ada ucapan penghargaan kepada semua sub-

scriber kerana sudi menonton video.

Jika anda ada cara lain selain daripada ini, silalah amalkan juga. 117

AMAR Magical Consultant And Training

14

“Tajuk / nama channel anda.”

Namakan channel anda sesuai dengan niche video anda. Ia akan memudahkan pihak youtube mengklasifi-
kasikan video untuk dimasukkan ke dalam video suggestion. Ini kerana tajuk channel menggambarkan spesi-
fikasi channel dan video-video anda.
Sebagai contoh, jika video-video anda berkaitan mainan kanak-kanak, maka nama yang mungkin sesuai untuk
channel anda adalah seperti Toys World, Mainan Syok, Alam Kanak-kanak dan sebagainya. Jika channel anda
jenis video bercampur niche dan rojak, sebaiknya namakan channel anda dengan nama anda sendiri. Orang
pun tak adalah nak pertikai sangat mengapa jadi rojak sebab semua jenis video ada kaitan dengan diri anda.

AMAR Magical Consultant And Training 118

15

“CTA (Call to action).”

Di setiap video, jangan lupa ingatkan penonton supaya like, komen, share video dan subscribe channel anda.
Peringatan ini boleh dibuat pada awal, tengah atau akhir video. Nak lagi bagus boleh buat kesemuanya iaitu
pada awal, tengah dan akhir video sekaligus. Tapi jangan sampai mengganggu mood penonton untuk menon-
ton video anda. CTA dapat tingkatkan lagi prestasi channel anda.

AMAR Magical Consultant And Training 119

16

“Masa upload video.”

“Sebaiknya anda upload video ketika ramai orang atau pengikut
anda sedang online.”

Jika ramai sedang online, ia dapat meningkatkan engagement video.

Bagaimana nak tahu ramai orang sedang online atau
tak?

Pertama, Anda kena buat sendiri ujikaji. Sebab saya tak tahu bagaimana sikap
pengikut anda. Tapi biasanya, ramai orang online sewaktu siang hari dan pada
hari bekerja la. Entah kenapa.
Kedua, jika anda main facebook, anda boleh check bahagian chatting sidebar di
facebook anda. Jika banyak button chat hijau, ia bermaksud ramai rakan anda
sedang online.
Ketiga, jika anda sudah ada banyak upload video, anda boleh check di baha-
gian ‘Analytic’ channel anda. Rujuk real time analytic. Bandingkan setiap hari. Di
situ anda boleh lihat waktu bilakah yang ramai penonton ataupun waktu bilakah
peak times.

AMAR Magical Consultant And Training 120

17

“Komen di video channel lain yang berkaitan.”

Rajinkanlah diri anda komen di video orang lain yang berkaitan. Sebagai contoh, jika channel anda berkaitan
gajet, anda boleh cari channel lain yang juga tentang gajet dan post komen yang positif seperti ini - “Wah!
Bestnya! Sama macam video di channel saya”. Pandai-pandailah anda buat sendiri ayat yang sesuai yang bersi-
fat tidak direct atau kiasan. Ini bertujuan untuk menarik perhatian penonton atau subscriber channel tersebut
untuk pergi ke channel anda pula kerana mereka dah tahu bahawa channel anda pun tentang gajet.

Jangan buat ayat tanpa kiasan seperti ini - “Jom ke chan-
nel saya” dan sebagainya. Takut nanti pemilik chan-
nel tersebut padam komen atau ban anda kerana cuba
mencuri audien dia.

Anda juga tak boleh post link video di bahagian komen video orang supaya orang pergi ke video anda kerana
youtube melarang perbuatan sebegini. Ianya dianggap sebagai spam.
Jika video channel orang lain tersebut ada kekurangan, anda boleh komen lebih kurang seperti ini - “Terbaik!
Video saya ada tambahan tips sikit berkaitan perkara ni” dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang nak tahu
tentang tips tambahan tersebut.

AMAR Magical Consultant And Training 121

18

“Kekurangan video channel lain.”

“Cuba cari video youtuber lain yang tinggi viewnya.
Cari kelemahan dan kekurangan video tersebut. Kemu-
dian anda buat video versi anda yang tiada kekurangan.
Ia pasti menarik ramai penonton.”

AMAR Magical Consultant And Training 122

19

“Bekerjasama dengan channel lain.”

Tips ni macam susah sikit. Anda kena cari channel yang sudi bekerjasama promote channel anda di atas per-
timbangan anda pun akan promote channel dia. Promosi channel boleh dibuat dalam bentuk video, link di
bahagian description, komen, end screen (selepas ini saya ajar apa itu end screen) dan sebagainya. Maka ianya
win-win situation. Masing-masing dapat banyak view dan subscriber.
Youtuber negara barat ramai juga yang buat macam ni. Youtuber Malaysia mungkin masih tak biasa. Tapi tak
mustahil jika anda mulakannya dan jadikan sebagai budaya, nanti ramai yang terbuka hati dan fikiran untuk
bekerjasama.

AMAR Magical Consultant And Training 123

20

“Ambil peluang dengan trend.”

Anda perlu cakna dengan isu semasa ataupun perkara-perkara yang sedang meletop dan menjadi fenomena
di media sosial. Anda boleh buat video yang ada kaitan dengannya. Ini kerana, ketika itu orang ramai akan
membuat carian tentang perkara tersebut. Selain itu, ianya lebih mudah menarik perhatian orang ramai selain
mudah untuk dijumpai kerana SEO akan mendahulukannya.
Sebagai contoh, dulu pernah viral video seorang remaja perempuan menyebut “macam cantik jer macam comel
jer”. Saya terus ambil ayat “macam cantik jer macam comel jer” tersebut dan buat lagu. View video atau lagu
saya tersebut meningkat dengan begitu cepat sehingga mendapat berjuta tontonan dalam masa yang singkat.
Kreatifkan diri anda untuk mengolah video supaya ianya ada kaitan dengan trend dan fenomena tersebut.

Anda perlu tahu juga bahawa ada 4 jenis kenaikan view.
Pertama ialah video yang mengikut trend dan fenomena seperti ini. Tetapi ia ada kelemahannya

iaitu, ianya tak evergreen. Bila capai satu tahap masa, view akan berhenti secara tiba-tiba dan
mungkin tak bergerak langsung.

Kedua, konten evergreen. Konten jenis ini walaupun view tak naik mendadak dengan cepat,
tetapi ianya berjalan slow and steady. Sepanjang masa akan ada orang menontonnya walaupun

sedikit. Mungkin view video boleh berjalan sehingga berpuluh tahun.
Ketiga, konten bermusim. Video sebegini biasanya view akan naik mengikut musim. Contohn-
ya seperti video lagu raya, video tentang ibadah haji dan sebagainya. Saya ada buat video doa

demam panas. Bila musim ramai orang demam, view akan naik dengan cepat.
Keempat, konten futuristik. Ada banyak juga video yang tidak mendapat sambutan setelah di
upload. Tetapi beberapa tahun kemudian barulah view naik dengan cepat. Antaranya ialah sep-
erti video lagu Bohemian Rhapsody oleh kumpulan Queen. Ianya di upload lebih 11 tahun lepas.
Tetapi hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja barulah view naik mendadak sehingga

mencecah lebih 1 billion views.

Saya juga pernah upload video zikir untuk tidurkan bayi. Lima bulan pertama langsung tak mendapat sam-
butan. Selepas 5 bulan barulah view naik mendadak sehingga mencecah lebih 6 juta views setakat sekarang.
Ini menunjukkan bahawa, video yang tak mendapat sambutan tidak bermakna view tak akan naik sampai
bila-bila. Ia tak mustahil untuk laris di masa hadapan.
Oleh itu, janganlah kecewa atau berputus asa jika video anda tak mendapat sambutan kerana mungkin video
anda kategori konten futuristik.

AMAR Magical Consultant And Training 124

21

“Q&A sites.”

Jadikan Q&A sites untuk menjana views. Q&A sites ialah site di mana orang ramai dari seluruh dunia terdesak
dan inginkan jawapan atau info berkaitan pelbagai perkara. Sites tersebut adalah seperti Quora, Yahoo! An-
swer dan sebagainya. Jika anda ada video yang dapat memberikan jawapan atau info kepada persoalan mereka,
anda boleh post link video anda di situ.

AMAR Magical Consultant And Training 125

22

“Community contributions.”

Anda perlu mengaktifkan ciri community contributions di channel youtube anda. Ia dapat menjadikan video
anda berkonsep global dan antarabangsa. Semua bangsa boleh faham video anda dan boleh menontonnya. Ini
kerana, jika anda mengaktifkan ciri ini, community youtube dapat tolong untuk menterjemahkan percakapan,
tajuk video dan description video anda kepada pelbagai bahasa.
Sebagai contoh, apabila orang yang berada di Jepun yang klik video anda, akan ada subtitle dalam bahasa
Jepun pada video anda. Apabila orang yang berada di Rusia yang klik video anda, akan ada subtitle dalam
bahasa Rusia pada video anda dan begitulah seterusnya. Bukan setakat subtitle, bahkan tajuk dan description
video pun diterjemahkan sekali kepada mana-mana bahasa.
Rujuk contoh subtitle video ini yang telah diterjemahkan oleh community youtube:

Cumanya, terjemahan ini adalah bergantung kepada kerajinan community youtube. Jika anda bernasib baik,
maka video anda akan diterjemahkan oleh orang yang sukarela. Selalunya video yang menarik akan ada orang
yang buat terjemahan.

AMAR Magical Consultant And Training 126

Cara untuk mengaktifkan ciri ini pada channel anda ialah:
Pertama, klik Youtube Studio.

AMAR Magical Consultant And Training 127

Kedua, klik Subtitles.

AMAR Magical Consultant And Training 128

Ketiga, klik butang “bunga” ini.

AMAR Magical Consultant And Training 129

Keempat, pilih Bahasa Malaysia dan klik TURN ON.

P/S: Jika orang yang berada di negara lain klik video anda, iklan
di negara tersebutlah yang akan masuk ke dalam video anda.
Ada kawan saya yang juga merupakan seorang youtuber pernah
pergi ke Jepun dan menonton videonya sendiri. Tiba-tiba ada
iklan KFC versi Jepun, pelakon Jepun dan dalam bahasa Jepun
masuk ke dalam videonya.

AMAR Magical Consultant And Training 130

23

“Episodic.”

Jika anda ada video yang bersifat episod, ada kesinambungan atau ada sambungan, jangan lupa buat episodic
pada tajuk video tersebut. Episodic ialah perkataan seperti – “Episod”, “Bahagian”, “Part dan sebagainya pada
tajuk video.
Sebagai contoh, saya ada 167 video tutorial silap mata dan 80 video doa. Setiap video saya tulis tajuk bersifat
episodic seperti berikut:

AMAR Magical Consultant And Training 131

Mengapa episodic pada tajuk video itu penting?

Jika penonton berminat menonton salah satu video anda tersebut, mereka secara automatik akan tahu baha-
wasanya ada lagi video anda yang lain yang berkaitan atau setara dengannya dalam senarai video channel anda.
Maka, kemungkinan besar selepas itu mereka akan mencari video episod atau part lain pula dalam channel
anda. Ini dapat menaikkan view video-video dalam channel anda dengan berkesan.
Ada orang beritahu saya yang dia telah terjumpa dan menonton satu video tutorial silap mata saya iaitu video
episod 167. Lepas tu dia tak tidur malam sebab menonton semua video tutorial silap mata yang lain dalam
channel saya bermula dari episod 1 hingga 166.

AMAR Magical Consultant And Training 132

24

“Playlists.”

Playlists ialah merupakan himpunan atau koleksi video yang anda klasifikasikan menjadi satu kumpulan atau
senarai. Sebagai contoh, salah satu channel saya berkonsep video bercampur-campur seperti video silap mata,
zikir, doa, review, tips dan sebagainya. Maka ia kelihatannya seperti berserabut dan tak tersusun.
Sebagai contoh, minggu ini saya upload video niche lain, minggu depan pula video niche lain. Walaupun be-
gitu, saya tak risau kerana saya dah buat playlists untuk semua video saya. Maka ianya menjadi tersusun dan
penonton mudah untuk mencari dan memilih untuk menonton video-video saya.
Rujuk gambar playlist saya:

Apa kelebihan playlists? Selain kelebihan yang saya sebutkan di atas, playlists dapat membuatkan penonton
menonton video kita dalam jumlah yang banyak kerana ianya sudah dikumpulkan dalam satu senarai. Selain
itu, jika penonton tak klik stop, video akan terus berjalan dari episod ke episod yang lain. Ini menjadikan watch
time dan revenue monetize bertambah.

AMAR Magical Consultant And Training 133

Cara-cara untuk buat Playlists:

Pertama, klik Your channel.

AMAR Magical Consultant And Training 134

Kedua, klik CUSTOMIZE CHANNEL.

AMAR Magical Consultant And Training 135

Ketiga, klik Playlists.

AMAR Magical Consultant And Training 136

Keempat, klik New playlists, tulis tajuk playlists anda dan klik Create (Di sini saya tulis tajuk ‘Testing’).

AMAR Magical Consultant And Training 137

Kelima, klik ‘tiga titik’ ini dan klik Add videos.

AMAR Magical Consultant And Training 138

Keenam, klik Your Youtube videos.

AMAR Magical Consultant And Training 139

Ketujuh, kemudian anda boleh pilih video. Klik Add videos.
Siap. Kemudian anda boleh klik Add videos lagi seperti langkah-langkah di atas untuk menambah video-vid-
eo lain yang berkaitan.

AMAR Magical Consultant And Training 140

“Senarai video dalam playlists ini anda boleh tambah, susun
mengikut kronologi atau susun ikut sesuka hati dan boleh juga
buang mana-mana video pada bila-bila masa.”

Anda boleh ulang semula langkah-langkah di atas untuk membuat playlists video kategori lain pula.

Tips 1: Jika anda tak mempunyai video yang pelbagai niche seka-
lipun, anda boleh juga buat playlists untuk mengambil peluang
bagi meningkatkan watch time dan revenue monetize kerana ada
penonton yang jenis lambat atau terlupa klik stop pada video.
Tips 2: Jika anda buat 1 niche contohnya resepi, sebenarnya niche
sebegini boleh juga dibuat playlists. Ini kerana, contohnya resepi
yang menggunakan ikan ada banyak jenis, resepi yang menggu-
nakan ayam ada banyak jenis dan begitulah seterusnya. Ia tetap
boleh dibuat playlists walaupun 1 niche.

AMAR Magical Consultant And Training 141

25

“End screens.”

End screens adalah satu cadangan kepada penonton seperti butang subscribe, kotak untuk klik video lain atau
kotak untuk klik playlists dan kotak untuk klik apa-apa sahaja link website. Anda boleh set end screens supaya
muncul di bahagian hujung video anda. Ia boleh muncul sekitar 20 saat hingga 5 saat terakhir video.
End screens jenis video dan jenis playlist dapat menarik perhatian penonton supaya menonton video anda
yang lain pula atau menonton video-video yang berada dalam playlists anda setelah penonton tamat menon-
ton video anda yang awal. End screen jenis butang subscribe pula dapat menarik penonton supaya subscribe
channel anda.
End screen jenis link website dapat menarik penonton untuk klik website yang anda mahukan.

“Untuk pengetahuan anda, end screens di hujung video anda boleh
ditetapkan supaya video, playlists atau website milik orang lain pun
boleh muncul jika penonton klik end screens tersebut. Ianya tidak
terhad kepada video, playlists dan website anda.”

P/S: Jika anda nak buat buat end screen jenis link website,
anda perlu lulus status monetization terlebih dahulu. End
screens jenis lain anda boleh buat walaupun belum lulus ke-
layakan monetization.

Inilah dia contoh End screens:

Maka dengan itu, view video
dan revenue monetization anda
akan lebih mudah meningkat
kerana penonton akan terus ter-
pengaruh untuk klik end screens
dan menonton video-video anda
yang seterusnya.

AMAR Magical Consultant And Training 142

Cara-cara untuk buat End screens:

Pertama, klik YouTube Studio.

AMAR Magical Consultant And Training 143

Kedua, klik Videos.

AMAR Magical Consultant And Training 144

Ketiga, pilih dan klik mana-mana video yang anda mahu buat end screens.

AMAR Magical Consultant And Training 145

Keempat, klik End screen.

AMAR Magical Consultant And Training 146

Kelima, pilih mana-mana sahaja jenis template. Di sini saya pilih template yang ada end screen 1 video, 1 play-
list dan 1 subscribe.

AMAR Magical Consultant And Training 147

Ketujuh, yang bulat tersebut ialah butang subscribe. Klik kotak video.

AMAR Magical Consultant And Training 148


Click to View FlipBook Version