Kelapan, maka akan muncul tiga pilihan iaitu Most recent upload, Best for viewer dan Choose specific video.
Terpulang kepada anda nak pilih video yang mana. Biasanya saya klik Choose specific video.
AMAR Magical Consultant And Training 149
Kesembilan, maka anda boleh taip dan buat carian video anda di sini (Your videos).
AMAR Magical Consultant And Training 150
Kesepuluh, klik video.
AMAR Magical Consultant And Training 151
Kesebelas, maka siap end screen jenis video.
AMAR Magical Consultant And Training 152
Untuk buat end screen jenis playlists pula, cara-caranya ialah seperti berikut:
Pertama, klik kotak playlists. Maka akan muncul setting playlists di sebelah kiri. Klik setting tersebut.
AMAR Magical Consultant And Training 153
Kedua, pilih playlists yang telah anda buat.
AMAR Magical Consultant And Training 154
Siap.
P/S: Durasi end screens anda boleh adjust di bahagian ini. Mak-
simum 20 saat terakhir. Minimum 5 saat terakhir.
AMAR Magical Consultant And Training 155
Anda juga boleh adjust kedudukan kotak video, kotak playlist, butang subscribe dan kotak link website dengan
menggunakan mouse anda. Klik pada kotak dan gerakkan mouse. Ini bertujuan supaya ianya tak menghalang
penglihatan penonton untuk melihat pergerakan atau gambar penting pada video. Akhir sekali klik SAVE.
AMAR Magical Consultant And Training 156
26
“Serikan channel anda.”
Pihak youtube dan penonton suka kepada channel yang nampak kemas. Maka, upahlah grafik designer un-
tuk design gambar profile dan banner channel anda. Ianya bagus untuk menarik subscriber. SEO pun dapat
mengesan kesungguhan anda untuk menjadi youtuber selanjutnya dapat membantu menaikkan channel anda.
Klik Your channel.
Kemudian klik di sini untuk upload gambar profile dan banner.
AMAR Magical Consultant And Training 157
27
“Pin.”
“Ramai juga orang yang suka tengok dan baca bahagian komen
pada video.”
Ambil kesempatan ini dengan post link playlists dan sebagainya di bahagian komen
video anda. Jangan lupa pin video tersebut.
Klik bahagian ‘3 titik’ ini untuk pin komen agar ia sentiasa berada di bahagian paling
atas dan memudahkan orang nampak dan baca komen anda. Ia dapat menarik orang
ramai untuk klik link yang anda post di bahagian komen video anda tersebut dan me-
naikkan lagi view video-video di channel anda. (Perlu diingatkan bahawa jangan buat
begini pada bahagian komen video orang lain kerana ia dikira sebagai spam. Anda
boleh diambil tindakan oleh pihak youtube).
P/S: Jika anda tak ada apa-apa link untuk di post dan dipinkan,
anda boleh pin komen terbaik daripada penonton yang dapat
mempengaruhi orang lain untuk memberi like kepada video
anda atau subscribe channel anda.
AMAR Magical Consultant And Training 158
4 TEKNIK
MELIPATGANDAKAN
PENDAPATAN YOUTUBE
SELAIN MONETIZE
Upsell. Kesemua cara-cara di atas dapat melonjakkan lagi prestasi channel anda dan
menyebabkan revenue hasil monetize video meningkat. Selain itu ada lagi 4 cara untuk
Pertama: Anda boleh gunakan platform youtube ini untuk mempromosi
produk dan perkhidmatan sendiri jika anda ada bisnes lain selain menjadi
youtuber. Buat video berkaitan produk atau perkhidmatan anda dan up-
load ke channel youtube anda.
Kedua: Anda boleh menawarkan khidmat video review produk atau
perkhidmatan orang lain di channel youtube anda. Lebih ramai subscriber
yang channel anda miliki, biasanya lebih tinggi bayaran yang boleh anda
kenakan.
Ketiga: Berbeza sedikit dengan cara kedua, cara ketiga ini anda selitkan
sedikit sahaja iklan untuk mempromosi produk serta perkhidmatan orang
lain ke dalam video anda. Sebagai contoh, video anda berdurasi 5 minit,
manakala iklan yang anda selitkan berdurasi 30 saat. Sekali lagi saya ulang,
lebih ramai subscriber yang channel anda miliki, biasanya lebih tinggi ba-
yaran yang boleh anda kenakan.
Keempat: Anda boleh sewakan bahagian description atau bahagian end
screens video kepada sesiapa sahaja yang nak letak video atau link produk
mereka pada bahagian description atau end screens video atau kedua-duan-
ya sekali. Jika video anda mempunyai rating dan view yang tinggi, lebih
tinggilah bayaran yang boleh anda kenakan.
Kesimpulan
Itulah dia tips untuk menambah subscriber dengan cepat dan meningkatkan view dengan berkesan. Hal ini
pastinya akan membuahkan income yang lumayan hasil daripada youtube monetization. Perlu diingatkan
bahawa, kesemua tips ini anda perlu gabung dengan menghasilkan konten video yang menarik bagi menjana
income yang lumayan sebagai youtuber. Tips ini ibarat petrol, konten video yang menarik ibarat kereta. Bila
kereta diisi petrol barulah boleh berjalan dan meluncur dengan laju.
AMAR Magical Consultant And Training 159
PANTANG LARANG
(PERKARA-PERKARA
YANG PERLU
DIELAKKAN)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya bukan sahaja nak ajar anda cara-cara untuk buat duit dalam bidang
youtuber ini, saya juga akan ajar anda cara-cara untuk elak daripada hilang duit.
Ini kerana, bidang ini ada peraturan yang perlu anda patuhi.
Berikut adalah akibat jika tak patuhi peraturan:
Kelayakan untuk monetize semua
video di dalam channel anda di-
gantung.
Akaun Google AdSense anda di-
tutup.
Youtube tak benarkan anda monetize video anda
yang didapati melanggar peraturan, tetapi video lain
yang tak langgar peraturan tak terjejas untuk mon-
etize.
Channel anda termasuk semua
video di dalamnya dihapuskan
selama-lamanya.
AMAR Magical Consultant And Training 160
Terlebih dahulu saya ingin menjelaskan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kelayakan untuk monetize
semua video di dalam channel anda digantung.
Repetitious Content
“Ia bermaksud, video yang berulang. Secara umumnya
anda tak dibenarkan upload semula video yang pernah
anda upload di channel anda sama ada keseluruhan video
atau sebahagian kecil yang dipotong.”
Sebagai contoh, saya ada 167 video tutorial silap mata yang pelbagai jenis di dalam channel saya. Kemudian
saya pilih sebanyak 15 tutorial silap mata kategori yang menggunakan kad terup dan buat video kompilasi
tutorial khas kad terup. Kemudian saya upload kompilasi tersebut di channel saya. Ini bermakna, ianya adalah
Repetitous Content. Ia adalah dilarang.
Setiap video anda mestilah berbeza atau ada kelainan.
Perkara sebegini tidak dibenarkan.
Antara sebab ianya tak dibenarkan ialah, ia dapat mengecewakan penonton kerana telah klik video yang per-
nah ditonton dan tidak ada bezanya. Dalam erti kata lain, mungkin penonton akan kata “Buat habis data aku
je…”.
Ia juga melambangkan bahawa anda adalah youtuber yang tak berkualiti dan tak ada idea untuk buat konten.
Hanya asyik ulang video saja.
Selain itu, youtube tak mahu video yang sama bersepah memenuhi platform mereka dan mereka terpaksa pula
menyediakan tempat simpan data yang besar untuk menampung video yang sama dan di upload berkali-kali
oleh para youtuber.
Walaubagaimanapun, perkara ini dibenarkan dalam keadaan tertentu sep- 161
erti:
1. Anda menggunakan video yang sama iaitu video tema intro atau outro
kepada video-video anda. Apa yang penting, konten utama video adalah
berbeza.
2. Video yang sama, tetapi anda ambil sedikit sahaja bahagian video tersebut
untuk memberi nilai tambah tertentu. Contohnya anda menerangkan vid-
eo tersebut dari sudut yang berbeza dengan yang asal. Pokoknya, idea dan
kualitinya mestilah berbeza.
AMAR Magical Consultant And Training
Reused Content
“Berbeza dengan Repetitous Content yang mana anda guna
semula video anda, Reused Content merujuk kepada anda
guna semula video milik youtuber lain walaupun anda telah
mendapat kebenaran daripada youtuber tersebut.”
Anda tak boleh upload semula video yang anda ambil daripada channel youtuber lain sama ada keseluruhan
video atau sebahagian kecil yang dipotong.
Jika anda tak dapat kebenaran, lagilah bahaya kerana anda boleh kena saman atau kedudukan channel anda be-
rada dalam keadaan bahaya dan boleh dihapuskan selamanya-lamanya kerana melanggar community guide-
lines dan copyright. Nanti saya terangkan bab community guidelines dan copyright ini ya.
“Walaubagaimanapun, anda boleh mengguna
semula video youtuber lain dengan memenuhi
3 syarat.”
Pertama, anda telah mendapat kebenaran daripada youtuber tersebut ataupun video tersebut
berstatus Creative Commons.
Antara video yang anda tak perlu minta kebenaran untuk guna dan ubah suai semula adalah video berstatus
Creative Commons (cc). Untuk mencari video berstatus ini, anda boleh search apa-apa sahaja video yang anda
mahu. Kemudian guna FILTER dan klik Creative Commons. Maka, hanya video berstatus creative commons
sahaja yang akan berada dalam senarai carian.
AMAR Magical Consultant And Training 162
Kedua, video youtuber tersebut tidak ada Content ID.
Content ID adalah satu ciri atau sistem yang mana channel youtuber yang mencapai kriteria tertentu sahaja
memilikinya. Untuk memiliki ciri atau sistem ini, youtuber perlu membuat permohonan kepada pihak you-
tube. Panjang kalau saya nak cerita dengan terperinci bagaimana nak melayakkan diri untuk memohon ciri
atau sistem Content ID ini.
Saya pendekkan cerita, youtuber yang memiliki ciri atau sistem ini boleh upload karya mereka seperti lagu
atau video ke dalam sistem Content ID. Selepas itu, secara automatik sesiapa sahaja yang mengambil karya
mereka sama ada muzik/lagu atau video akan dapat dikesan dan kena tag/mark oleh sistem Content ID.
Jika anda ambil dan upload karya mereka, secara automatik anda akan dapat notification Content ID di video
anda. Rujuk contoh video yang dikesan oleh sistem Content ID (Copyright claim).
Walaupun anda mendapat kebenaran daripada youtuber asal, masalahnya karya terse- 163
but sudah kena tag/mark sebagai Content ID.
“Maka, video yang berstatus Content ID tidak dapat anda ambil
dan upload semula untuk monetize walaupun sudah mendapat
kebenaran.”
Kelebihan sistem Content ID ialah supaya pemilik asal tahu siapa yang mengambil
karyanya supaya dia boleh ambil tindakan tertentu. Selain itu, pemilik asal video boleh
monetize video yang diambil dan di upload di channel lain tersebut. Ini bermakna, wa-
laupun videonya ada di channel lain, revenue akan dapat kepadanya. Sebab itu youtuber
yang ada sistem Content ID jarang ambil tindakan Copyright Strike kepada orang yang
mencuri karyanya. Sebab untung revenue akan kembali kepadanya jua.
AMAR Magical Consultant And Training
Ketiga, anda mesti edit dan beri nilai tambah kepada video tersebut seperti membuat kritikan membina, me-
nerangkannya dari sudut berbeza, buat parodi subtitle atau parodi alih suara, buat reaksi anda kepada video,
dan sebagainya. Pokoknya, ia mesti ada nilai tambah yang membuatkan penonton dapat merasai perbezaan
video tersebut dengan video asal.
Sebenarnya anda juga boleh guna semula video youtuber lain yang tidak ada content ID walaupun tidak
mendapat kebenaran daripada youtuber tersebut atas dasar Fair Use. Fair Use adalah berkaitan dengan un-
dang-undang copyright. Ia berkaitan pengecualian untuk menggunakan hasil karya copyright orang lain da-
lam keadaan tertentu. Undang-undang copyright atau fair use adalah berbeza di setiap negara.
“Secara ringkas, fair use dalam hal ini boleh dikatakan sebagai
mengambil sedikit karya orang lain tanpa kebenaran untuk tu-
juan transformative seperti untuk buat video parodi, komen,
kritikan, melaporkan berita dan sebagainya.”
Sebagai contoh, berita di TV sekarang banyak yang ambil video orang lain terutamanya dari youtube untuk
buat laporan. Ini dinamakan sebagai fair use. Tetapi, jika ia menyebabkan keuntungan yang dinikmati oleh
pencipta asal video beralih kepada orang yang mengambil video anda untuk kegunaan fair use, maka biasanya
ianya bukan lagi berstatus fair use.
Sebagai contoh, saya ada video tutorial silap mata rokok. Ada orang lain ambil tanpa kebenaran dan ubah suai
atas dasar fair use. Tiba-tiba video yang dia ubah suai tersebut dia monetize dan dapat untung yang lebih ban-
yak daripada video asal yang saya buat. Maka itu tidak lagi menjadi fair use.
Jika anda mahu mempertahankan bahawa anda tidak melanggar copyright kerana apa yang anda lakukan
adalah fair use, secara umumnya, perkara tersebut hanya boleh ditentukan oleh Hakim di dalam mahkamah
sahaja.
“Maka dengan itu, saya nasihatkan supaya jangan ambil video
orang lain untuk diolah menjadi karya video anda atas dasar fair
use. Ini kerana jika tersilap langkah, video anda akan dianggap se-
bagai Reused Content atau melanggar copyright.”
AMAR Magical Consultant And Training 164
Alasan mengapa Reused Content tidak dibenarkan adalah lebih kurang sama
seperti Repetitious Content iaitu:
Ia boleh mengecewakan penonton kerana telah klik video yang pernah ditonton
di channel lain dan video tersebut tidak ada bezanya. Dalam erti kata lain, mun-
gkin penonton akan kata “ Buat habis data aku je…”.
Ia juga melambangkan bahawa anda adalah youtuber yang tak berkualiti dan tak
ada idea untuk buat konten. Hanya asyik ambil video orang lain sahaja walaupun
anda telah mendapat kebenaran.
Selain itu, youtube tak mahu video yang sama bersepah memenuhi platform
mereka dan mereka terpaksa pula menyediakan tempat simpan data yang besar
untuk menampung video yang sama dan di upload berkali-kali oleh para youtu-
ber.
AMAR Magical Consultant And Training 165
AKIBAT
“Akibat daripada melanggar peraturan Repetitious Content
dan Reused Content, ia boleh menyebabkan kelayakan untuk
monetize semua video di dalam channel anda digantung sela-
ma sebulan.”
Selepas tempoh sebulan anda boleh klik butang Reapply semula kelayakan monetization dengan syarat anda
sudah betulkan atau buang video yang telah melanggar peraturan. Setelah anda Reapply, pihak youtube akan
review channel anda. Jika semuanya OK, maka channel anda akan diluluskan semula dalam tempoh sebulan
selepas Reapply.
Jika sebelum ini anda tak pernah memohon kelayakan monetize channel, dan jika anda sudah
cukup 1000 subscribers dan dapat 4000 public watch hours, kemudian anda apply kelayakan
monetization dalam keadaan anda melanggar peraturan ini, maka permohonan anda tidak
akan diluluskan. Melainkan jika anda sudah buat pembetulan atau buang video yang telah
melanggar peraturan.
P/S: Biasanya kelayakan monetization hanya digantung
sekiranya banyak video anda yang melanggar peratur-
an ini. Jika setakat 1, 2 sahaja video yang melanggar
peraturan ini mungkin tak mengapa.
AMAR Magical Consultant And Training 166
Sekarang saya nak jelaskan pula pantang larang yang
boleh mengakibatkan perkara-perkara seperti berikut:
Youtube tak benarkan anda monetize video anda yang
didapati melanggar peraturan, tetapi video lain yang
tak langgar peraturan tak terjejas untuk monetize.
Akaun Google AdSense anda di-
tutup.
Channel youtube anda termasuk
semua video di dalamnya dihapus-
kan selama-lamanya.
“Anda boleh kena salah satu akibat di atas jika melanggar Community
Guidelines (CG).”
Adakalanya disebabkan anda melanggar CG, hanya video yang melanggar CG sahaja yang
akan kena Yellow Flag (Limited). Ini bermakna hanya video yang melanggar CG itu sahaja
yang tak dibenarkan untuk monetize. Contoh Yellow Flag:
AMAR Magical Consultant And Training 167
Tetapi anda boleh memohon untuk buat manual / human review untuk video tersebut jika anda pasti ianya tak
melanggar CG. Ini kerana, adakalanya Yellow Flag terjadi akibat kesilapan sistem. Anda boleh klik Ad suitabil-
ity dan klik REQUEST REVIEW:
AMAR Magical Consultant And Training 168
Kemudian tick – “I have double checked that my video satisfies YouTube’s Advertiser-Friendly Guidelines” dan
klik REQUEST REVIEW.
AMAR Magical Consultant And Training 169
Jika video tersebut didapati tak melanggar CG, maka butang hijau akan muncul menandakan bahawa video
tersebut dibenarkan untuk di monetize.
Perhatian: Adakalanya walaupun video anda tidak melanggar apa-apa
peraturan youtube, ia juga boleh kena Yellow Flag. Icon duit yang ber-
warna hijau menjadi warna kuning seperti di atas.
AMAR Magical Consultant And Training 170
Ia bermaksud, video tersebut tak boleh monetize sebab ianya telah melanggar mana-mana peraturan youtube
atau video tersebut didapati tak sesuai untuk iklan masuk walaupun ia tidak melanggar peraturan youtube.
Tetapi, anda perlu tahu bahawa ia mungkin terjadi begitu akibat kesilapan pada sistem youtube
dalam mengesan konten. Jika anda tahu, faham dan yakin bahawa video anda termasuklah
tajuk, descriptions, thumbnail, tags dan semua butiran video tidak melanggar mana-mana un-
dang-undang youtube, anda boleh memohon supaya pihak youtube buat HUMAN REVIEW
seperti di atas.
Ini bermakna sebelum ini, video anda telah kena Yellow Flag oleh Robot. Apabila anda buat permohonan HU-
MAN REVIEW, pekerja youtube sendiri yang ada memeriksa video anda secara manual. Jika video anda tak
bermasalah, maka dalam beberapa hari icon duit tersebut akan menjadi hijau menandakan video tersebut su-
dah lulus dan boleh monetize. Jika tak lulus, nanti akan muncul notificafion bahawa video anda itu sudahpun
dibuat pemeriksaan secara manual dan tak lulus.
P/S: Ada orang membuat petua dan kesimpulan sendiri berkaitan
perkara yang dilarang dalam youtube. Contohnya dia upload video
kambing sedang makan rumput dan kena Yellow Flag. Dia terus
buat kesimpulan bahawa video tentang kambing adalah dilarang.
Ini tak benar kerana adakalanya Yellow Flag adalah disebabkan
kesilapan pada sistem robot youtube. Kita boleh buat permohonan
untuk HUMAN REVIEW. Oleh itu, berhati-hati mendengar petua
daripada mana-mana “sifu” youtube.
AMAR Magical Consultant And Training 171
Jika video anda direpot oleh penonton kerana melanggar CG dan disebabkan repot tersebut, pihak youtube
telah memeriksa video anda, selanjutnya mendapati bahawa anda melanggar CG, maka anda perlu berhati-ha-
ti. Ini kerana ia boleh menyebabkan akaun Google AdSense anda ditutup atau channel anda termasuk semua
video di dalamnya dihapuskan selama-lamanya. Contoh tempat untuk repot video:
Tapi anda janganlah terlalu risau kerana ianya perlu melalui beberapa peringkat terlebih dahulu, barulah ia
akan mengakibatkan perkara tersebut. Apa peringkat-peringkat tersebut?
AMAR Magical Consultant And Training 172
Anda perlu mengetahui tentang 2 jenis CHANNEL VIOLATIONS.
1. Copyright Strikes
Copyright juga sebenarnya adalah salah satu daripada CG. Di sini ianya diasingkan. Jika anda mendapat copy-
right strikes sebanyak 3 kali dalam tempoh 3 bulan, maka channel anda akan dihapuskan selama-lamanya
termasuklah semua video di dalamnya.
Jika anda kena 1 strike, strike tersebut akan hilang selepas tempoh 3 bulan. Maka anda perlu berjaga-jaga. Jan-
gan kena 3 strikes dalam tempoh 3 bulan.
“Copyright strikes berlaku apabila anda mengambil
hasil karya orang lain tanpa kebenaran dan upload
di channel anda, kemudian orang repot kepada pihak
youtube. Selepas ini saya akan terangkan dengan lebih
terperinci tentang copyright.”
AMAR Magical Consultant And Training 173
2. Community Guidelines Strikes
Prosesnya sama dengan Copyright strikes. Jika anda mendapat Community Guidelines Strikes sebanyak 3 kali
dalam tempoh 3 bulan, maka channel anda akan dihapuskan selama-lamanya termasuklah semua video di
dalamnya.
Jika anda kena 1 strike, strike tersebut akan hilang selepas 3 bulan. Maka anda perlu berjaga-jaga. Jangan kena
kena 3 strikes dalam tempoh 3 bulan.
Selepas ini saya akan terangkan tentang Community Guidelines.
P/S: Copyright strikes dan Community Guidelines Strikes
adalah perkara berasingan. Sebagai contoh anda mendapat 1
Copyright strike dan 2 Community Guidelines strikes dalam
tempoh 3 bulan. Ini TIDAK bermakna anda telah mendapat
3 strikes dalam masa 3 bulan.
AMAR Magical Consultant And Training 174
Jom kita ketahui apakah Community Guidelines tersebut supaya kita tidak melanggarnya. Sila ambil perhatian
bahawa ianya bukan sekadar kepada konten video, ia termasuk sekali kepada tajuk video, descriptions video,
komen yang anda buat pada video anda atau video orang lain dan sebagainya.
1. Lucah dan bersifat seksual.
Yang ini tak payahlah saya terangkan. Dah boleh
faham sendiri kan?
2. Merbahaya.
Sebagai contoh, anda buat perkara-perkara yang
merbahaya kepada diri sendiri dan orang lain sep-
erti mengajar cara-cara buat bom, prank atau gu-
rauan yang boleh menyebabkan mudarat fizikal atau
emosi terutamanya kepada golongan kanak-kanak,
memanjat bangunan tinggi tanpa alat keselamatan
dan sebagainya. Selain itu, ia termasuk juga konten
merbahaya yang menyebabkan penonton lain mun-
gkin meniru perlakuan bahaya tersebut.
3. Ucapan kebencian.
Konten yang boleh menyebabkan pihak lain akan
dibenci tidak dibenarkan sama sekali. Sebagai con-
toh, menghasut orang ramai supaya membenci ag-
ama dan bangsa tertentu adalah melanggar CG.
4. Ganas.
Ianya seperti mengajak orang lain melakukan per-
kara-perkara ganas seperti bergaduh, video kema-
langan jalan raya, video atau gambar kecederaan,
menyiksa binatang dan sebagainya.
Ia bergantung juga kepada situasi. Contohnya sep-
erti street fight tepi jalan pastinya tidak dibenarkan
kerana ianya perlakuan ganas. Tetapi berbeza jika
street fight itu dianjurkan dalam keadaan formal di
mana ada pengadil profesional, ada ambulan yang
membuat persediaan jika berlaku kecederaan yang
tak diingini, crowd yang terkawal dan sebagainya.
AMAR Magical Consultant And Training 175
5. Gangguan & Cyberbully.
Jangan buat sebarang ugutan, penghinaan, gang-
guan seksual, hasutan, dedah maklumat sulit orang
lain, memalukan orang lain dan sebagainya.
6. Spam, Menipu & Mengelirukan
Antaranya ialah seperti:
-Anda berjanji bahawa jika penonton klik atau
teruskan menonton video anda, mereka akan lihat
sesuatu perkara tertentu, tetapi rupa-rupanya per-
kara lain.
-Anda menipu details video seperti tajuk, descrip-
tions, tags, thumbnail dan sebagainya. Padahal ian-
ya tak ada kaitan dengan video.
-Anda mempromosi skim cepat kaya atau perka-
ra-perkara yang indah khabar dari rupa.
-Anda post komen yang sama banyak kali teruta-
manya di video orang lain.
-Anda post link tertentu di bahagian komen video
orang lain.
-Anda membuat janji palsu atau over claim sesuatu.
-Anda post link merbahaya seperti malware dan
phishing site.
P/S: Anda dibenarkan untuk menggalakkan pe-
nonton supaya subscribe, like, share atau komen
7. Copyright.
Jangan ambil video orang lain tanpa kebenaran
untuk upload di channel youtube anda. Jika anda
mendapat kebenaran sekalipun, ia tertakluk kepada
peraturan Reused Content seperti yang saya terang-
kan sebelum ini.
Copyright adalah seperti berikut:
1. Hasil karya audiovisual seperti rancangan TV,
filem, dan video online.
2. Hasil karya sound recordings dan musical com-
positions.
3. Hasil karya penulisan, seperti artikel, buku dsb.
4. Hasil karya visual works, seperti lukisan, poster
dan pengiklanan.
5. Hasil karya video games dan computer software
Dalam erti kata lain, ia berkaitan Harta Intelek.
AMAR Magical Consultant And Training 176
PENGGUNAAN LAGU ATAU
MUZIK LATAR UNTUK VIDEO
“Anda perlu berhati-hati dalam hal ini. Ini kerana walaupun
konten video adalah milik anda, tetapi jika anda menggunakan
lagu atau muzik orang lain sebagai latar belakang video, anda
boleh kena strike atau Content ID. Anda tak dapat monetize
pun video tersebut.”
P/S: Kadang-kadang ada pemilik muzik berstatus Content ID mem-
benarkan anda untuk share revenue. Ini bermakna anda berkongsi
revenue dengan pemilik asal tersebut. Anda dapat revenue separuh,
dia pun dapat revenue separuh. Ini selalu berlaku apabila youtuber
menyanyi “cover” lagu berstatus Content ID pihak lain.
AMAR Magical Consultant And Training 177
Cara untuk guna muzik latar ialah dengan mendapatkan muzik latar berstatus percuma dan free royalty di
bahagian youtube AUDIO LIBRARY. Di bahagian ini terdapat banyak jenis muzik dan sound effects percuma
dan bebas untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Rujuk panduan berikut:
Pertama, klik Youtube Studio.
AMAR Magical Consultant And Training 178
Kedua, klik Audio Library.
Di Audio Library ini terdapat senarai pelbagai jenis free music yang pelbagai tema seperti muzik gembira, se-
dih, semangat, perlahan, sederhana, laju dan sebagainya. Juga terdapat pelbagai jenis sound effects.
Anda boleh download dan jadikannya sebagai muzik latar belakang video anda.
AMAR Magical Consultant And Training 179
Selain itu, jika anda ada peruntukan, anda boleh upah music arranger untuk buat muzik khas untuk anda. Saya
juga seorang music arranger. Saya banyak menggunakan muzik latar yang saya buat sendiri sahaja di dalam
video saya.
P/S: Sebolehnya anda guna muzik daripada youtube Audio Library
dan muzik yang anda upah music programmer buat untuk anda saha-
ja. Jangan guna muzik free royalty yang anda jumpa di tempat lain. Ini
kerana ada scammer yang mempergunakan sistem Content ID untuk
mencuri muzik free royalty.
Sebagai contoh, setelah anda guna muzik free royalty yang anda jumpa di tempat lain sebagai latar belakang
video anda, tiba-tiba ada scammer curi muzik itu dan masukkan ke dalam sistem content ID miliknya. Maka
revenue video yang menggunakan muzik tersebut akan dapat kepada scammer itu. Anda hanya dapat habuk.
Scammer akan untung besar jika ramai youtuber yang guna muzik itu.
“Muzik di dalam youtube Audio Library adalah terpelihara
daripada perkara seperti ini kerana ianya dikawal rapi oleh
pihak youtube.”
Namun begitu, jika orang ramai repot tentang penipuan scammer tersebut, channel
youtube dia boleh diambil tindakan oleh pihak youtube atau oleh pemilik muzik
AMAR Magical Consultant And Training 180
P/S: Kadang-kadang ada youtuber jahat yang sengaja ‘serang’ copy-
right video kita terutamanya dengan cara mereka claim dalam sistem
Content ID secara manual. Sebenarnya youtuber sebegini tak lama
hayat channelnya. Ini kerana dia melakukan perbuatan scam yang
dilarang dalam CG.
Jika anda jelas dan yakin bahawa segala konten adalah hakmilik anda dan youtuber tersebut menipu serta ber-
niat curang, anda boleh buat tuntutan balas dengan cara “File a dispute”. Sila lawan balik dengan cara menge-
mukakan hujah atau alasan anda.
Cara-caranya ialah:
Pertama, klik Copyright claim dan SEE DETAILS.
AMAR Magical Consultant And Training 181
Kedua, klik SELECT ACTION.
Ketiga, klik Dispute.
Kemudian anda boleh teruskan langkah-langkah yang seterusnya. Mudah saja. 182
AMAR Magical Consultant And Training
Jika benar anda terambil konten copyright, di situ juga ada 3 pilihan lain
yang anda boleh buat iaitu:
1. Trim out segment (Potong/buang bahagian yang ada copy-
right sahaja dan biarkan bahagian yang lain)
2. Replace song (Tukar lagu/muzik latar copyright kepada
lagu/muzik lain yang bebas copyright)
3. Mute song (Senyapkan lagu/muzik copyright).
AMAR Magical Consultant And Training 183
8. Privasi.
Jangan dedahkan maklumat peribadi orang lain se-
suka hati. Berhati-hati juga jika dalam video anda
ada orang lain yang tak suka atau malu dengan
kemunculannya di dalam video tersebut. Ini kera-
na dia boleh repot kepada pihak youtube bahawa
anda telah melanggar privasinya. Walaupun begitu,
pihak youtube hanya ambil tindakan jika video itu
boleh menyebabkan sesuatu kemudaratan kepada
orang tersebut sahaja.
9. Penyamaran.
Jangan menyamar jadi pihak lain. Contohnya anda
buat channel artis dan public figure tertentu yang
menyebabkan orang lain menyangka bahawa itu
memang channel artis atau public figure tertentu
yang sebenar.
Anda tidak dibenarkan juga untuk mengolah atau
mengubah suai sesuatu nama channel supaya orang
lain menyangka bahawa channel anda adalah chan-
nel pihak lain. Sebagai contoh, anda ubah suai se-
dikit logo dan nama syarikat atau produk tertentu.
Contohnya seperti perkataan Adidas anda tukar ke-
pada Adidos bertujuan supaya orang lain menyang-
ka bahawa itu adalah channel rasmi Adidas.
Ia juga merupakan pelanggaran undang-undang
Trademark atau Cap Dagangan.
10. Keselamatan Kanak-kanak.
Youtube sangat tegas berkaitan keselamatan kanak-
kanak. Maka anda perlu berhati-hati dengan per-
kara-perkara yang boleh menjejaskan keselamatan
fizikal dan mental kanak-kanak. Jika video anda
dibuat khusus untuk menarik perhatian penonton
kanak-kanak, anda perlu tandakan - “Yes, it’s made
for kids” di bahagian video details seperti berikut.
Ini bermakna, video tersebut berstatus video khas
untuk kanak-kanak.
AMAR Magical Consultant And Training 184
Apakah kriteria video yang menarik perhatian kanak-kanak? 185
Video berkaitan barang permain-
an kanak-kanak
Video kartun dan animasi yang
comel
Video pendidikan kanak-kanak
Video kanak-kanak sedang ber-
main
Dan sebagainya
AMAR Magical Consultant And Training
“Jika anda berbohong dengan status video untuk kanak-kanak
dan anda tandakan sebagai – “No, it’s not made for kids”, ia
akan termasuk dalam perlakuan melanggar CG iaitu meni-
pu dan mengelirukan seperti perkara no. 6 sebelum ini. Maka,
channel anda akan berada dalam keadaan berisiko.”
Saya nak cerita sikit tentang konten kanak-kanak. Ianya dibolehkan untuk monetize. Cumanya, bermula tahun
2020, pihak youtube telah buat peraturan baru bahawa konten kanak-kanak hanya akan dapat sedikit saha-
ja revenue. Sebagai contoh, ada kawan saya pernah monetize satu video kanak-kanak. Biasanya sebulan dia
dapat 100 USD untuk video tersebut. Bermula tahun 2020, revenue video tersebut jatuh mendadak. Dia hanya
mendapat 3 USD sahaja sebulan untuk video itu. Saya sendiri merasainya sebab saya pun ada buat juga konten
kanak-kanak iaitu lagu-lagu sifir. View saja yang banyak, tetapi revenue jatuh teruk.
Walaubagaimanapun, konten kanak-kanak ada kelebihannya kerana ia dapat menarik subscriber dengan amat
berkesan.
Mengapa youtube membuat peraturan konten kanak-kanak hanya dapat revenue yang rendah?
Ini kerana pihak youtube tak mahu ramai orang mempergunakan kanak-kanak sangat dalam
video. Selain itu, konten kanak-kanak kebanyakannya hanya ditonton oleh kanak-kanak. Hal
ini menyebabkan para advertiser berasa kurang selesa dan berasa rugi. Sebagai contoh, mereka
mahu iklankan keluaran kereta terbaru, tetapi iklan tersebut hanya dilihat oleh kanak-kanak
sahaja. Maka, matlamat iklan tak tercapai. Maka sebab itu revenue hasil monetize konten
kanak-kanak amatlah rendah.
Selain itu, ciri untuk buat end screens di video kanak-kanak telah dinyahaktifkan oleh pihak youtube. Ruangan
komen juga ditutup untuk konten kanak-kanak.
AMAR Magical Consultant And Training 186
11. Lain-lain.
-Jangan mencarut atau guna perkataan yang kasar.
-Mesti aktif. Anda dianggap tak aktif jika tak log in
ke channel youtube anda dalam tempoh 6 bulan,
tak pernah upload video, tak pernah tonton video
youtuber lain dan tak pernah komen di video you-
tuber lain.
-Jangan galakkan youtuber lain melanggar CG.
Kandungan yang melanggar Community Guidelines boleh dibenarkan dalam beber-
apa keadaan iaitu jika tujuan utamanya adalah untuk perkara yang bersifat:
1. Untuk tujuan pendidikan.
2. Sebagai dokumentari.
3. Berkaitan perkara saintifik.
4. Berkaitan perkara artistik.
“Akhir sekali, anda perlulah selalu periksa emel anda dan 187
cakna dengan notifikasi dari pihak youtube. Ini kerana
kadang-kadang pihak youtube akan menghantar pekeliling,
update policy dan peraturan yang baru.”
Jangan terlepas pandang untuk mengetahui policy dan peraturan yang baru
tersebut. Dikhuatiri jika ada konten anda yang melanggarnya, nanti channel anda
akan terjejas.
AMAR Magical Consultant And Training
CARA-CARA LINDUNGI
CHANNEL YOUTUBE
DARIPADA SCAMMER & HACKER
Di dalam bab ini saya nak ajar anda tentang sekuriti channel youtube. Banyak kes akaun Gmail dan channel
youtube kena hack sebab channel tersebut berharga dan dapat buat duit.
“Ramai orang terlepas pandang hal ini sebab terlalu asyik buat duit. Hal-hal
yang menyebabkan channel boleh kena hack dan kena curi mereka tak ambil
tahu.”
AMAR Magical Consultant And Training 188
“Pertama sekali, jangan tertipu dengan PHISHING.”
Apa-apa sahaja akaun boleh kena hack hanya dengan teknik phishing. Phishing bermaksud fishing. Scammer
akan memancing anda dengan menyamar jadi pihak tertentu yang kononnya boleh dipercayai yang menye-
babkan anda memberikan maklumat sulit anda kepada mereka termasuklah username dan password. Mere-
ka menyamar contohnya dari pihak Google, Youtube dan sebagainya.
Scammer dan hacker selalunya menghantar emel kepada anda supaya anda kemaskini password, username
dan sebagainya. Maka, sesiapa yang percaya pasti akan memberi maklumat sulit tersebut kepada scammer
dan hacker. Akhirnya, anda akan berputih mata melihat channel youtube anda yang digunakan untuk buat
duit tersebut dicuri oleh orang lain.
Sila ambil perhatian bahawa perkara-perkara yang berkaitan youtube, anda hanya menerima emel daripada
google.com dan youtube.com sahaja.
Periksa betul-betul nama emel yang diterima. Scammer atau hacker mungkin ubah sedikit namanya seperti
goggle.com atau youtiub.com. Jangan tertipu dengannya. Jika mereka hantar emel menggunakan emel perib-
adi mereka, maka lagilah tak boleh dipercayai.
AMAR Magical Consultant And Training 189
“Kedua, sila set password pada smartphone, PC dan laptop anda.”
Ini bermakna, jika orang lain nak membukanya, dia perlu tahu password. Banyak kes seperti laptop atau smart-
phone kena curi. Pencuri dengan mudah sahaja boleh akses akaun Gmail dan akaun youtube anda seterusnya
dapat mencuri dan hack channel youtube anda.
Selalu sign out channel youtube atau akaun Gmail anda setelah selesai guna adalah satu tindakan yang bijak.
Bila nak guna barulah sign in. Jangan biar ia sentiasa dalam keadaan sign in di PC, laptop atau smartphone
anda.
AMAR Magical Consultant And Training 190
“Ketiga, banyak akaun youtube adalah milik sesebuah syarikat.”
Selalunya akan ada pekerja khas yang menguruskannya. Sila berhati-hati dengan perkara ini kerana seseorang
boleh menjadi gelap mata melihat duit banyak yang terhasil daripada channel tersebut. Dia boleh sahaja meni-
pu dengan berpura-pura kononnya ada orang lain yang sudah hack channel tersebut. Walhal dia sendiri yang
hack dan pindahkan menjadi miliknya. Jika dia dibuang kerja sekalipun, dia masih dapat untung yang banyak
melalui channel tersebut.
Maka, perlu ada pemantauan rapi dalam hal ini. Sebab itu saya buat E-book ini supaya anda sendiri tahu untuk
mengawal dan mengurus channel youtube anda.
AMAR Magical Consultant And Training 191
PENGURUSAN
HAK MILIK
CHANNEL YOUTUBE
“Jika channel youtube adalah milik syarikat yang ada ramai
pengarah, anda perlu buat perjanjian bertulis khas tentang
pengurusan channel youtube terutamanya tentang kerahsiaan,
tanggungjawab masing-masing, pengagihan keuntungan dan
sebagainya.”
Jika ada pihak yang salah guna channel youtube untuk kepentingan atau keuntun-
gan peribadi, mereka boleh didakwa atas kesalahan jenayah pecah amanah. Dia juga
boleh disaman secara tindakan undang-undang sivil.
Jika channel youtube anda dicuri oleh seseorang yang dikenali yang berada di dalam
Malaysia, anda boleh gunakan khidmat peguam untuk mendapatkan kembali chan-
nel youtube anda.
Tetapi, jika ianya dicuri oleh orang yang anda tak kenal atau dia berada di luar Malaysia, peluang untuk anda
mendapatkannya kembali adalah tipis. Ketika ini anda mungkin boleh lapor kepada pihak polis, SKMM dan
Cyber Security. Sertakan sekali dokumen berkaitan sebagai pembuktian bahawa channel tersebut adalah milik
anda. Jika bernasib baik, pihak Cyber Security akan membuat repot kepada pihak youtube dan pihak youtube
akan mengembalikan semula channel youtube anda.
P/S: Channel youtube yang boleh monetize adalah satu aset ber-
harga. Jangan lupa beritahu username dan password Gmail ser-
ta channel youtube anda kepada waris anda seperti isteri dan
anak-anak. Manalah tahu kalau-kalau anda meninggal secara
tiba-tiba. Nanti burn begitu sahaja channel youtube tersebut
dan waris anda tak boleh dapat manfaat daripadanya.
AMAR Magical Consultant And Training 192
LAIN-LAIN
TIPS
Untuk orang yang datang ke Kursus Youtuber saya, saya ada ajar sikit tentang video editing dan apps yang
sesuai. Untuk edit video, saya rasa apps Kinemaster yang paling sesuai. Apps tersebut di install di smart-
phone android. Apps ini membolehkan anda untuk edit video hanya dengan menggunakan smartphone sa-
haja sepenuhnya. Mudah bukan? Di mana-mana pun boleh buat konten dan edit video. Lepas tu terus saja
upload di youtube.
Namun begitu, bab ini sukar untuk diajar dalam bentuk E-Book. Tetapi anda jangan risau kerana ilmu ten-
tang edit video sangatlah banyak di youtube. Anda boleh belajar sendiri cara-cara edit video di youtube. Cuba
search video “How to use Kinemaster” di youtube. Maka anda akan dapati banyak youtuber ajar cara-cara edit
video guna apps Kinemaster.
Adapun tips, trick dan teknik buat duit dengan youtube yang saya ajar dalam E-Book ini kebanyakannya tak
ada di youtube. Jika ada sekalipun, ianya tak menyeluruh dan tak lengkap. Tips dan teknik yang saya kong-
sikan ini adalah berdasarkan kajian, carian dan pemahaman tentang undang-undang kerana saya juga adalah
merupakan seorang peguam. Tips dan teknik youtuber ini banyak yang berkaitan undang-undang dan pera-
turan. Apabila bercakap tentang undang-undang dan peraturan, maka ia adalah “makanan” saya.
“Salah satu sebab saya berani buat kursus youtuber dan 193
E-book ini ialah kerana, untuk berjaya monetize, ia melibat-
kan undang-undang seperti copyright, community guidelines,
fair use dan sebagainya. Bila anda baca peraturan youtube,
banyak tempat yang tertulis “please consult with your lawyer”.
Dengan itu, bila ianya berkaitan undang-undang, saya rasa saya harus ke depan.
AMAR Magical Consultant And Training
Jika anda ingin belajar tentang youtube dengan lebih terper-
inci atau dengan lebih mudah faham, anda boleh tempah sesi
personal coaching atau group couching bersama dengan saya.
Ia terbuka untuk semua pihak termasuk individu, organisasi,
syarikat dan sebagainya. Sila hubungi saya dengan menghan-
tar mesej whatsapp di nombor 013-3561772.
AMAR Magical Consultant And Training 194
PENUTUP
Demikianlah ilmu berkaitan youtuber. Jangan lupa amalkan dan gabung kesemua tips yang telah saya dedah-
kan di dalam E-Book ini. Insyaallah anda akan berjaya menjana duit dengan menjadi youtuber yang hebat.
Saya doakan anda berjaya dalam bidang ini dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat. Jangan lupa
doakan saya juga ya.
Selamat maju jaya!
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
AMAR Magical Consultant And Training 195
TENTANG
AMAR
AMAR adalah seorang youtuber yang menggunakan pelbagai kerjaya dan kemahirannya untuk dijadikan se-
bagai konten video youtube bagi melipatgandakan pendapatan. Antara kerjaya AMAR ialah peguam, pen-
yanyi, motivator, penyusun muzik dan ahli silap mata.
Beliau mengkaji tentang youtube di pelbagai aspek terutamanya berkaitan tentang peraturan youtube, market-
ing video youtube, search engine optimization (SEO) dan sebagainya.
Selain itu beliau juga merupakan seorang penulis buku seperti buku niche guaman, silap mata, motivasi, kar-
tun dan bisnes. Pada kali ini beliau menulis E-Book tentang youtube pula setelah mendapati ramai bisnes
kawan-kawannya yang terjejas teruk akibat penularan Covid 19 akibat tidak dapat menjalankan bisnes seperti
biasa.
Maka, AMAR menulis E-Book tentang youtuber ini supaya semua orang dapat mempersiapkan diri dengan
plan kecemasan dengan menceburi bidang youtuber kerana ianya dapat menjana duit walaupun terpaksa
berkurung di dalam rumah.
Semoga dengan terhasilnya E-Book ini dapat memberi manfaat kepada semua orang.
AMAR Magical Consultant And Training 196
AMAR Magical Consultant And Training 197