The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tam mimi, 2020-11-20 22:28:29

E-Book AMAR Jom Jadi Youtuber! (HQ)

E-Book AMAR Jom Jadi Youtuber! (HQ)

CARA-CARA
MONETIZE
YOUTUBE

Untuk melayakkan channel youtube anda monetize, anda perlu mendapat sekurang-kurang 4000 public watch
hours dalam tempoh 12 bulan terakhir dan 1000 subscribers.

Minimum 4000 public watch
hours (12 bulan terakhir)
1000 subscribers.

Jika anda baru sahaja bermula dalam bidang ini janganlah risau kerana di dalam bab lain saya
ajar tentang cara-cara untuk dapat subscriber dan tingkatkan view dengan cepat dan berke-
san. Maka 2 syarat di atas akan dipenuhi dengan cepat. Ada kawan saya yang baru sahaja buat
channel youtube dapat kelayakan monetization dalam tempoh 3 bulan sahaja kerana dia dapat
penuhi 2 syarat di atas dengan cepat.

AMAR Magical Consultant And Training 49

Untuk melihat tentang kelayakan anda, buat langkah-langkah seperti berikut.

1. Klik Youtube Studio.

AMAR Magical Consultant And Training 50

2. Klik Monetization.

AMAR Magical Consultant And Training 51

Ini adalah channel baru saya yang belum dapat kelayakan monetization. Saja-saja je buat. Subscriber dan pub-
lic watch hour pun tak ada lagi. Anda boleh klik NOTIFY ME WHEN I’M ELIGIBLE.

“Nanti jika anda sudah cukup syarat, youtube akan menghan- 52
tar notifikasi kepada anda untuk teruskan langkah seterusnya
untuk mendaftar monetization.”

AMAR Magical Consultant And Training

Mungkin juga channel youtube anda tak ada butang NOTIFY ME WHEN I’M ELIGIBLE ini. Ini kerana mun-
gkin ia akan muncul setelah anda layak atau hampir layak untuk monetization.

Cara-cara untuk daftar monetization mungkin berbeza-beza dari masa ke
semasa. Tetapi anda jangan risau kerana ianya mudah sahaja. Yang pent-
ing anda perlu study E-book ini sebaik mungkin supaya dapat faham.

P/S: Jangan buat iklan berbayar supaya subscriber dan pub-
lic watch hour bertambah dengan cepat. Sebagai contoh anda
buat iklan facebook Advertisement dan sertakan link channel
youtube anda dan suruh orang ramai subscribe serta tonton
video di dalamnya. Pihak youtube tak benarkan perkara ini.
Mereka boleh tahu sekiranya anda berbuat demikian. Pihak
youtube hanya luluskan monetization untuk channel yang
dapat subscriber dan view secara semulajadi dan tulen sahaja.

AMAR Magical Consultant And Training 53

LULUS

Selepas anda klik, akan muncul pula perkara yang lebih kurang seperti ini di bahagian monetization channel
anda.

Jika anda sudah mendapat notifikasi daripada pihak youtube kerana telah mendapat
sekurang-kurangnya 4000 public watch hours dalam tempoh 12 bulan terakhir dan
1000 subscribers, nanti akan muncul button APPLY NOW.

Maka anda bolehlah mula untuk memohon dan mendaftar kelayakan monetize channel you-

AMAR Magical Consultant And Training 54

“Langkah pertama, anda perlu bersetuju dengan terma You-
Tube Partner Programme:”

Step 1
Review Partner Programme terms.
Klik Start.

Scroll sampai bawah. Tick – “I accept the YouTube Partner Programme terms dan Email me updates an-
nouncements and personalized tips to help grow my channel”.
Kemudian klik ACCEPT TERMS.

AMAR Magical Consultant And Training 55

Done.

AMAR Magical Consultant And Training 56

CARA-CARA
DAFTAR
GOOGLE ADSENSE

“Langkah kedua, anda perlu daftar akaun Google Adsense.”

Step 2 57
Sign up for Google
Adsense.
Klik START

AMAR Magical Consultant And Training

Klik Select.

Ada 3 pilihan di sini iaitu:
Yes, I have an existing account
No, I don’t have an existing account

I don’t know
Sudah pastilah anda belum ada akaun Google adSense. Klik – “No, I don’t have an existing ac-
count”.

Klik CONTINUE.

AMAR Magical Consultant And Training 58

Sesetengah orang ada banyak akaun youtube sebab itu kena pilih akaun mana satu yang nak monetize seperti
ini. Jika anda hanya ada satu sahaja akaun youtube, teruskan klik akaun anda tersebut.

AMAR Magical Consultant And Training 59

Selepas itu link akaun youtube anda terus masuk ke dalam sistem Google AdSense.

AMAR Magical Consultant And Training 60

Bahagian Get more out of AdSense – Tick “Yes, send me customized help and performance suggestions”.
Bahagian Select your country or territory – Sila pilih Malaysia. (Jika anda bukan warganegara Malaysia sila
pilih negara anda).

AMAR Magical Consultant And Training 61

Bahagian Please review and accept our Terms and Conditions – Klik “Yes, I have read and accept the agreement”.
Kemudian klik CREATE ACCOUNT.

AMAR Magical Consultant And Training 62

Maka akan muncul paparan seperti ini. Klik GET STARTED.

AMAR Magical Consultant And Training 63

Sila isi butiran Payment address details.

PERHATIAN: JANGAN BUAT SEBARANG
KESILAPAN KETIKA MENGISI BAHAGIAN
INI.

ACCOUNT TYPE.

Ada 2 jenis sama ada untuk individual atau business.
Pilih Individual jika anda mahu duit mahu ke dalam akaun peribadi.
Pilih Business jika anda mahu duit masuk ke dalam akaun syarikat.

NAME AND ADDRESS.
Tulis nama dan alamat.
Jika sebelum ini anda pilih Account type Individual, sila tulis nama penuh dan alamat rumah anda.
Jika sebelum ini anda pilih Account type Business, sila tulis nama syarikat dan alamat syarikat anda.

AMAR Magical Consultant And Training 64

Klik SUBMIT.

Step 2 In progress.

AMAR Magical Consultant And Training 65

Setelah beberapa jam, Step 2 pun selesai diproses.

AMAR Magical Consultant And Training 66

“Langkah ketiga, iaitu Step 3 akan bermula secara automatik
sejurus sahaja anda selesaikan Step 1 dan Step 2.”

Ketika ini pihak youtube akan review channel anda sebelum meluluskan permohonan monetization anda.
Untuk lulus monetization, anda perlu patuhi semua peraturan yang saya terangkan di dalam bab PANTANG
LARANG.

Jika channel anda mematuhi semua peraturan tersebut, pihak youtube akan menghantar email kepada anda
untuk memaklumkan bahawa anda sudah berjaya dan layak untuk monetize channel atau video-video anda.

AMAR Magical Consultant And Training 67

TEMPOH LULUS
MONETIZATION

Tempoh untuk pihak youtube
review dan luluskan kelayakan
monetization channel youtube
anda ialah sekitar 1 bulan.

AMAR Magical Consultant And Training 68

CARA-CARA
SETTING
IKLAN

“Setting iklan hanya muncul setelah channel youtube anda
lulus kelayakan monetization”

Selepas itu anda boleh aktifkan iklan dan buat setting iklan.

Klik Youtube Studio.

AMAR Magical Consultant And Training 69

Klik Videos.

AMAR Magical Consultant And Training 70

Pilih video untuk aktifkan iklan. Klik icon duit.

AMAR Magical Consultant And Training 71

“Jika iklan masuk atau menyelit ke dalam video anda, baru-
lah anda boleh dapat duit.”

Biasanya iklan muncul sebaik sahaja penonton klik video anda. Ini bermakna, iklan muncul sebelum video
bermula. Ada juga iklan jenis overlay yang muncul pada bila-bila masa sahaja ketika video sedang berjalan. Ia
merupakan banner kecil yang tak mengganggu video.

Ada banyak jenis paparan iklan seperti :
Display ads
Overlay ads

Sponsored cards
Skippable video ads
Non-skippable video ads

Anda boleh aktifkan iklan, tick dan pilih untuk aktifkan semua jenis paparan iklan. Kemudian
klik SAVE. Buat apa nak tolak rezeki dengan tak aktifkan paparan iklan tertentu pula.

AMAR Magical Consultant And Training 72

Anda boleh pilih untuk letak iklan pada setiap video. Ini kerana ada youtuber yang tak mahu iklan masuk pada
video yang tertentu kerana dia mungkin ada alasannya yang tertentu.
Jika ada video yang anda tak mahu masukkan iklan, anda boleh tutup iklan pada setting video tersebut. Maka
pada video yang lain, iklan masuk seperti biasa.

Jika video anda berdurasi lebih 10 minit, video tersebut ada
keistimewaan setting seperti berikut:

Location of video ads
Before video

During video - By default, the number and position of
ad breaks are auto-generated.
After video

Anda boleh pilih kesemuanya terutamanya During video. During video ini bermaksud iklan
boleh muncul banyak kali pada bahagian tengah video berdasarkan pada tempat manakah
anda letak iklan. Anda boleh tetapkan pada mana-mana sahaja tempat secara manual supaya
iklan masuk. Semakin banyak tempat yang anda letak iklan, semakin banyaklah iklan masuk.
Semakin banyak iklan masuk, semakin banyaklah revenue anda.

AMAR Magical Consultant And Training 73

“Cuma anda perlu berjaga-jaga kerana adakalanya penonton
menyampah dengan video atau channel yang terlalu banyak
iklan. Ia boleh mengganggu mood penonton. Maka beseder-
hanalah dalam menetapkan tempat iklan.”

Cara-cara untuk tetapkan tempat iklan masuk di tengah-tengah video jika video anda
berdurasi atas 10 minit adalah seperti berikut:

Klik During video dan klik PLACE MANUALLY.

AMAR Magical Consultant And Training 74

Gerakkan garis ini ke minit atau saat yang anda mahu iklan masuk.

AMAR Magical Consultant And Training 75

Klik AD BREAK.

AMAR Magical Consultant And Training 76

Ulang gerakkan garis dan klik AD BREAK seperti di atas jika anda mahu letak iklan masuk di tempat yang lain
pula. Setelah selesai, anda boleh klik CONTINUE.

AMAR Magical Consultant And Training 77

ANALYTICS

Anda boleh rujuk bahagian Analytics untuk melihat info, graf
dan prestasi (performance) video-video dan channel anda.
Ia membolehkan anda membuat analisa atau post mortem.

“Di bahagian ini juga anda boleh tengok jumlah
revenue yang terkumpul.”

Cara-cara membuka bahagian Analytics:
Pertama, klik Youtube Studio.

AMAR Magical Consultant And Training 78

Kedua, Klik Analytics.

AMAR Magical Consultant And Training 79

Paparan Analytics.

AMAR Magical Consultant And Training 80

ANGGARAN
PENDAPATAN

“Anggaran pendapatan adalah subjektif.”

Ini kerana ianya bergantung kepada jenis dan sikap pe-
nonton serta jumlah iklan yang masuk ke dalam video.
Namun, secara anggaran boleh dikatakan jika video anda
mendapat 1000 views, anda akan mendapat revenue se-
banyak 1 USD. Jumlah ini mungkin lebih atau mungkin
kurang.
Duit hanya akan masuk ke dalam akaun anda jika reve-
nue yang terkumpul sudah melebihi paras 100 USD. Ia
akan masuk ke dalam akaun anda sekitar 21 hb hingga 25
hb pada setiap bulan.
Lihat contoh notification duit masuk.

AMAR Magical Consultant And Training 81

Duit masuk ke dalam akaun bank saya.

AMAR Magical Consultant And Training 82

CARA-CARA
SETTING
METHOD PAYMENT

“Method Payment ialah berkaitan tentang bagaimana
pihak youtube boleh berikan duit anda.”

Anda boleh isi bahagian Payments di dalam Google Adsense setelah jumlah revenue terkumpul telah melebihi
10 USD. Jika anda sudah sign in akaun Gmail / youtube sama ada di PC, laptop atau smartphone, anda boleh
taip google.com/adsense di bahagian address bar untuk pergi ke akaun Google Adsense anda.

P/S: Kadang-kadang selepas ini anda kena klik Sign in. 83

AMAR Magical Consultant And Training

Klik Payments.

AMAR Magical Consultant And Training 84

Rujuk bahagian How you get paid. Klik ADD PAYMENT METHOD.

AMAR Magical Consultant And Training 85

Ada 3 cara untuk anda terima duit daripada youtube di sini iaitu:
Melalui Western Union – Youtube akan berikan anda nombor
kod ( Billing ID) yang membolehkan anda ambil duit anda se-
cara TUNAI di mana-mana cawangan Western Union. (Add a
Western Union account).
Duit terus masuk masuk ke da-
lam akaun bank anda. (Add new
wire transfer details).
Anda akan dapat cek. (Add new check de-
tails).

“Ada orang yang takut LHDN “kacau” mereka.
Maka mereka memilih Western Union. Seperti
yang telah saya jelaskan sebelum ini, LHDN tak
boleh kutip cukai daripada pendapatan yang kita
dapat dari luar negara.”

AMAR Magical Consultant And Training 86

Maka untuk memudahkan kerja, anda boleh pilih cara yang kedua iaitu – Add new wire transfer details. Kemu-
dian klik SAVE.

AMAR Magical Consultant And Training 87

PERHATIAN:
Walaupun mudah, sila isi bahagian wire transfer /
butiran akaun bank anda di sini dengan berhati-hati.
Jangan tersilap pula butirannya. Dikhuatiri nanti duit
anda “tersangkut”. Rujuk bahagian tepi ini jika anda

tak faham.

AMAR Magical Consultant And Training 88

Jika sebelum ini anda daftar Google AdSense atas nama syarikat, maka anda perlu isi butiran akaun syarikat.

P/S: SWIFT CODE (Swift BIC). Swift code se-
tiap jenis bank adalah berbeza. Sila buat carian
atau tanya terus kepada bank anda apakah swift
code mereka. Tanya juga apa-apa sahaja buti-
ran yang anda tak faham dalam bahagian ini.

Contohnya saya menggunakan akaun Maybank. Swift code
Maybank ialah MBBEMYKL. Kegunaan swift code ialah supaya
pihak google / youtube boleh terus masukkan duit dari luar
negara ke dalam akaun bank anda dan convert dari matawang
USD kepada RM. Mudah kan?

Tick – “Set as primary payment method”. Akhir sekali klik SAVE.

(Gambar-gambar ini sekadar panduan. Anda perlu isi sendiri butiran alamat & akaun bank anda)

AMAR Magical Consultant And Training 89

P/S: Pihak Google Adsense juga mungkin
akan menyuruh anda untuk membuat penge-
sahan nombor handphone anda.

AMAR Magical Consultant And Training 90

PIN
UNTUK MENGAKTIFKAN
AKAUN GOOGLE ADSENSE

Setelah jumlah wang anda yang terkumpul melebihi 10 USD, pihak Google Adsense akan mengepos surat yang
mengandungi nombor PIN kepada anda. Mereka akan pos dari ibu pejabat mereka di luar negara iaitu dari
Perancis ke alamat yang telah anda berikan. Ia dijangka sampai kepada anda dalam tempoh 2 hingga 4 minggu.

Ini contoh surat yang mengandungi nombor PIN yang mana Google AdSense telah pos
kepada saya.

Bahagian depan.

AMAR Magical Consultant And Training 91

Bahagian dalam. Di situ ada arahan dan aturan bagaimana untuk masukkan nombor PIN tersebut. Mungkin
juga anda akan dapat surat yang mana arahan dan aturannya adalah berbeza.

Bahagian Dalam

AMAR Magical Consultant And Training 92

Pertama, sila sign in ke akaun Google Adsense – www.google.com/adsense/. (Sila sign in ke akaun Gmail
anda).

AMAR Magical Consultant And Training 93

Kedua, klik Account dan Account information.

AMAR Magical Consultant And Training 94

Masukkan nombor PIN dan klik Submit PIN.

PERHATIAN: BERHATI-HATI SEMASA MENGISI
NOMBOR PIN. JIKA ANDA TERSALAH ISI SEBAN-

YAK 3 KALI, AKAUN GOOGLE ADSENSE DAN
IKLAN ANDA AKAN DIGANTUNG (SUSPENDED).

AMAR Magical Consultant And Training 95

JIKA NOMBOR PIN TAK SAMPAI KEPADA ANDA DALAM TEMPOH
4 MINGGU, SILA PERHATIKAN DAN BUAT ARAHAN INI. INI MEM-
BOLEHKAN PIHAK GOOGLE ADSENSE MENGHANTAR SEMULA
NOMBOR PIN KEPADA ANDA ATAU DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN
LAIN YANG SEWAJARNYA BAGI MEMBOLEHKAN ANDA AKTIFKAN
AKAUN GOOGLE ADSENSE. (ARAHAN ATAU HAL BERKAITAN INI
MUNGKIN BERBEZA DARI MASA KE SEMASA).

Tips: Ada kes nombor PIN tak sampai ke rumah kerana peng-
hantar surat cuai atau membuang surat kerana menganggap
surat itu sebagai brosur iklan atau surat yang tak penting. Jika
anda khuatir perkara ini berlaku, anda boleh tukar alamat da-
lam Google Adsense anda ke alamat seperti pejabat tempat
kerja, bangunan kerajaan tempat kawan anda bekerja dan se-
bagainya. Ini kerana penghantar surat mengambil serius su-
rat-surat yang dihantar ke alamat seperti itu.

AMAR Magical Consultant And Training 96

STATUS
DAN
CIRI-CIRI LAIN

Anda boleh tengok status dan ciri-ciri yang lain pada channel youtube anda.
Klik Setting.

AMAR Magical Consultant And Training 97

Kemudian klik Channel status and features.

AMAR Magical Consultant And Training 98


Click to View FlipBook Version