The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI HASYA BINTI YUSOF Moe, 2021-04-19 05:41:23

KBAT Sek Rendah

KBAT Sek Rendah

ITEM CONTOH

PENTBAKESIRRAFN IKKEMIARHIRAN
ARAS TINGGI
SEKOLAH RENDAH

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015



ITEM CONTOH

PENTBAKESIRRAFN IKKEMIARHIRAN
ARAS TINGGI
SEKOLAH RENDAH
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2015

Diterbitkan oleh :
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia

© Lembaga Peperiksaan 2015
Cetakan Pertama 2015

Hak Cipta Terpelihara.
Sebarang artikel, ilustrasi, isi kandungan dari mana-mana bahagian dalam buku
Item Contoh Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Sekolah Rendah

ini adalah tidak dibenarkan untuk diterbitkan semula, disimpan dalam cara
yang boleh dipergunakan lagi atau dipindahkan dalam apa jua bentuk dan
dengan apa cara pun samada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman

atau lain-lain sebelum mendapat izin daripada :
Pengarah Peperiksaan,
Lembaga Peperiksaan,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

ISBN 978-967-0889-04-7

Rekabentuk dan dicetak oleh :
Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.

No. 1, 3, 4 & 6, Tingkat Kilang,
Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang,

30100 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.

v PRAKATA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
vi PRAKATA PENGARAH PEPERIKSAAN LEMBAGA PEPERIKSAAN

1 BAHASA MELAYU 35 MATHEMATICS

2 Soalan 1 : Sintaksis 36 Soalan 1 : Masa dan Waktu

3 Soalan 2 : Sintaksis 37 Soalan 2 : Peratus

3 Soalan 3 : Sintaksis 38 Soalan 3 : Jisim

5 Soalan 4 : Penulisan (Memindahkan Maklumat) 39 Soalan 4 : Pecahan

6 Soalan 5 : Penulisan (Memindahkan Maklumat) 40 Soalan 5 : Pecahan, Peratus, Bentuk dan Ruang

7 Soalan 6 : Penulisan (Memindahkan Maklumat) 42 Soalan 6 : Nombor Bulat dan Pecahan

8 Soalan 7 : Penulisan (Mengaplikasi Maklumat) 43 Soalan 7 : Masa dan Waktu

44 Soalan 8 : Jisim

10 Soalan 1 : Sintaksis 46 Soalan 9 : Isi padu, Peratus

10 Soalan 2 : Sintaksis 47 Soalan 10 : Koordinat

11 Soalan 3 : Penulisan 49 Soalan 11 : Panjang

13 Soalan 4 : Penulisan (Mengulas Maklumat)

14 Soalan 5 : Penulisan (Mengulas Maklumat) 53

15 Soalan 6 : Penulisan (Mengulas Maklumat) 54 Soalan 1 : Masa dan Waktu

16 Soalan 7 : Penulisan (Mengulas Maklumat) 55 Soalan 2 : Peratus

56 Soalan 3 : Jisim

57 Soalan 4 : Pecahan

19 ENGLISH 58 Soalan 5 : Pecahan, Peratus, Bentuk dan Ruang

20 Question 1 : Creative Writing 60 Soalan 6 : Nombor Bulat dan Pecahan

21 Question 2 : Reading Comprehension 61 Soalan 7 : Masa dan Waktu

23 Question 1 : Reading Comprehension 62 Soalan 8 : Jisim

26 Question 2 : Reading Comprehension and Writing 63 Soalan 9 : Isi padu, Peratus

30 Question 3 : Reading and Giving Opinions 64 Soalan 10 : Koordinat

32 Question 4 : Reading Comprehension 65 Soalan 11 : Panjang

(Literature Component)

69
70 Soalan 1 : Masa dan Waktu
71 Soalan 2 : Peratus
72 Soalan 3 : Jisim
73 Soalan 4 : Pecahan
74 Soalan 5 : Pecahan, Peratus, Bentuk dan Ruang
76 Soalan 6 : Nombor Bulat dan Pecahan
77 Soalan 7 : Masa dan Waktu
78 Soalan 8 : Jisim
80 Soalan 9 : Isi padu, Peratus
81 Soalan 10 : Koordinat
83 Soalan 11 : Panjang

87 SCIENCE 127  Item Contoh (Exemplar) Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Sekolah Rendah
88 Soalan 1 : Kestabilan 128
89 Soalan 2 : Pertumbuhan Tumbuhan 129 
90 Soalan 3 : Rantai Makanan 130 
91 Soalan 4 : Proses Fotosintesis 131 
92 Soalan 5 : Keperluan Asas 132 
93 Soalan 6 : Proses Fotosintesis 133 
95 Soalan 7 : Kepupusan Haiwan 135
97 Soalan 8 : Perubahan Keadaan Bahan 137 
99 Soalan 9 : Pencemaran 139

107
108 Soalan 1 : Kestabilan  Soalan 1 : Kestabilan
109 Soalan 2 : Pertumbuhan Tumbuhan 
110 Soalan 3 : Rantai Makanan 
111 Soalan 4 : Proses Fotosintesis 
112 Soalan 5 : Keperluan Asas
113 Soalan 6 : Proses Fotosintesis 
115 Soalan 7 : Kepupusan Haiwan
117 Soalan 8 : Perubahan Keadaan Bahan 
119 Soalan 9 : Pencemaran


 Soalan 2 : Pertumbuhan Tumbuhan











 Soala195 n 3 : Rantai Makanan


Soalan 4 : Proses Fotosintesis

Soalan 5 : Keperluan Asas

Soalan 6 : Proses Fotosintesis

Soalan 7 : Kepupusan Haiwan

Soalan 8 : Perubahan Keadaan Bahan

Soalan 9 : Pencemaran

151 BAHASA CINA
152 Soalan 1 :
154 Soalan 2 :
155 Soalan 3 :

157 BAHASA TAMIL
158 Soalan 1-2 :
159 Soalan 3-4 :
161 Soalan 5 :
162 Soalan 6 :

PRAKATA

KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera
dan Salam 1Malaysia

Bismillahirahmanirahim. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia-Nya dapat kita meneruskan usaha bagi meningkatkan
pencapaian pendidikan anak-anak kita demi masa depan Malaysia
yang lebih gemilang. Bagi mendepani cabaran abad ke-21 yang
lebih rencam dan semakin kompleks, pastinya ilmu, kemahiran dan nilai
yang bersesuaian perlu dibekalkan kepada generasi rakyat Malaysia. Kita
amat yakin bahawa melalui transformasi pendidikan yang telah dirancang
dengan begitu teliti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 - 2015, kemenjadian generasi cemerlang akan dapat dicapai
dan seterusnya menjadi suatu realiti. Insya-Allah.

Usaha untuk menempatkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas
dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh
15 tahun sepertimana hasrat PPPM, perlu dilakukan secara tuntas,
bersepadu, berterusan dan pengamalan integriti yang tinggi. Saya yakin
bahawa semua pihak yang terlibat sedang dan akan terus bersama
Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan tanggungjawab yang
diamanahkan demi merealisasikan aspirasi PPPM ini. Justeru, penghasilan
buku Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini merupakan salah satu usaha pihak
Lembaga Peperiksaan untuk menggalakkan serta menyuburkan penerapan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan murid-murid.

Sehubungan itu, bagi memastikan kesinambungan generasi Malaysia
yang unggul dan berdaya saing tinggi, buku ini pastinya amat berguna
dijadikan panduan oleh semua pihak, khususnya ibu bapa dan guru-guru.
Kita percaya selain kurikulum yang jitu dan komprehensif, pentaksiran turut
mempunyai impak yang besar dalam menentukan hala tuju pendidikan.
Oleh itu, penerapan elemen KBAT dalam pentaksiran pastinya mencetuskan
limpahan kesan positif kepada iklim pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Akhir kata, sekali lagi tahniah kepada Lembaga Peperiksaan
atas usaha yang mulia ini. Semoga hasrat murni Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk melahirkan generasi yang cemerlang akan dapat dicapai
dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

DATO’ SRI DR. KHAIR MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

v

PRAKATA

PENGARAH PEPERIKSAAN, LEMBAGA PEPERIKSAAN

Alhamdullillah, terlebih dahulu marilah kita bersama-sama memanjatkan
kesyukuran ke hadrat Allah SWT, kerana dengan limpah kurnia dan
rahmat-Nya jua, Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan
Malaysia telah dapat menerbitkan buku Item Contoh Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk dijadikan bahan sokongan dan rujukan
kepada para guru, murid, ibu bapa dan semua pihak yang berkepentingan.
Penerbitan buku ini diharapkan berupaya memberikan sedikit pencerahan
tentang item atau soalan ujian yang dibina untuk menguji elemen kemahiran
berfikir. Inisiatif ini adalah selaras dengan satu daripada aspirasi murid yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, iaitu murid berkemahiran berfikir untuk bersaing di peringkat global.
Aspirasi murni ini mengharapkan generasi yang akan datang berupaya
berfikir secara kritis, kreatif dan konstruktif sebagai warga Malaysia
dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari jalan
penyelesaian yang kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Oleh itu, gelombang kesedaran tentang kepentingan penguasaan KBAT
dalam kalangan masyarakat kini, semakin kuat. Kesedaran ini didorong oleh
perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.
Perubahan ini menuntut setiap individu khususnya murid dilengkapi dengan
ilmu serta kemahiran berfikir bagi menangani masalah kehidupan seharian
yang semakin kompleks serta mencabar untuk kelangsungan kehidupan
masa hadapan.

Oleh itu, kita seharusnya berusaha gigih untuk membangunkan KBAT dalam
diri murid sejak awal lagi di peringkat sekolah. Penerapan KBAT perlu dilakukan
dalam tiga aspek penting iaitu kurikulum, pedagogi dan pentaksiran.

Namun kejayaan penerapan elemen KBAT khususnya dalam pentaksiran
amat bergantung kepada kerjasama dan komitmen yang berterusan
daripada semua pihak iaitu murid, guru, ibu bapa, pentadbir sekolah,
PPD, JPN dan Bahagian di Kementerian. Kerjasama dan komitmen ini
diperlukan bagi menaik taraf kualiti pendidikan Malaysia, seterusnya
mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti yang ditegaskan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. LP juga
ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof atas nasihat, idea dan inspirasi yang
telah diberikan kepada LP. Semoga penerbitan buku ini dapat merancakkan
lagi usaha memperkasakan murid dalam penguasaan KBAT.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada Pengurus Program
Pentaksiran KBAT dan Jawatankuasa Pentaksiran KBAT LP serta semua
pihak yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga Allah
sentiasa memberkati segala usaha murni ini.

Sekian, terima kasih.

DATIN HAJAH NAWAL BINTI SALLEH
Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan

vi

LIMA ASPIRASI BAGI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Akses 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan
Kualiti daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang
Ekuiti 2020

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam
pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA
dalam tempoh 15 tahun

50% pengurangan dalam jurang pencapaian
(bandar-luar bandar, sosioekonomi, gender)
menjelang 2020

Perpaduan Sistem pendidikan yang menawarkan
perkongsian pengalaman dan nilai kepada
kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Kecekapan Sistem yang memaksimumkan keberhasilan
murid mengikut peruntukan sedia ada

Aspirasi untuk setiap murid

ASPIRASI UNTUK SETIAP MURID

Setiap murid akan mempunyai …

Kemahiran K emahiran
memimpin dwibahasa
Etika dan
K emahiran kerohanian
berfikir

Pengetahuan Identiti nasional

… sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
vii

KEMAHIRAN BERFIKIR

Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus
mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubungkait pelbagai
pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi
dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang
berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang
penting

• PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF: kemampuan menginovasi,

menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu

• PEMIKIRAN KRITIS DAN PENAAKULAN: keupayaan menganalisis

maklumat, menjangka masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan
deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan

• KEUPAYAAN BELAJAR: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan

kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat.

Bab 2: Visi dan Aspirasi, halaman 5, PPPM 2013-2015

MEROMBAK PEPERIKSAAN KEBANGSAAN
DAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
(PBS) UNTUK MENINGKATKAN SECARA
BERPERINGKAT PERATUSAN SOALAN YANG
MENTAKSIR KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS
TINGGI

Perubahan dalam reka bentuk peperiksaan bermaksud guru tidak lagi perlu meramal
soalan dan topik yang akan diuji, dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan
pelajaran. Sebaliknya, murid akan dilatih untuk berfikir secara kritis dan mengaplikasikan
pengetahuan dalam situasi berbeza. Pada masa yang sama, pentaksiran berasaskan
sekolah juga akan menganjak tumpuan untuk menguji kemahiran berfikir aras tinggi.

Ringkasan Eksekutif, halaman E-13, PPPM 2013-2015

viii

BAHASA MELAYU

Soalan 1 : Bahasa Melayu Pemahaman
: Mengaplikasi
Kemahiran Kognitif : Sintaksis
Konteks

Pilih ayat perbualan yang sesuai bagi kedua-dua watak di bawah.

Sultan Datuk
Mansur Bendahara

Shah

Sultan Mansur Shah Datuk Bendahara
Hamba amat bersyukur tuanku.
A Tuanku gembira mendengar perkhabaran itu. Tuan hamba pun rasa begitu.

B Patik cadangkan nama tempat ini ditukarkan. Beta harap begitulah.

C Baginda perintahkan tuan hamba yang Ampun Tuanku. Patik
menjalankan tugas itu. menjunjung perintah.

D Beta mahu persiapan untuk menyambut
keberangkatan balik anakanda beta disegerakan.

2 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 2 dan Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

Soalan 2 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi
Konteks : Sintaksis

Berdasarkan gambar, tuliskan tiga kesan daripada perbuatan yang dilakukan.
i._____________________________________________________________________________________
ii._____________________________________________________________________________________
iii.____________________________________________________________________________________

Soalan 3 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mencipta
Konteks : Sintaksis

Cadangkan dua langkah untuk mengatasi masalah di atas.
i._____________________________________________________________________________________
ii._____________________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU 3

RUBRIK PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan 2 hingga Soalan 3

Peringkat Kriteria

Cemerlang • Menghuraikan idea yang menepati bahan rangsangan
dengan memberikan alasan yang kreatif (kbat).

• Penggunaan pelbagai kosa kata yang sangat luas dan ayat gramatis.

• Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul.

• Menghuraikan idea yang menepati bahan rangsangan
dengan memberikan alasan yang kreatif (kbat).

• Penggunaan pelbagai kosa kata yang luas dan ayat yang gramatis.
Baik • Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi

tidak menjejaskan ayat.

Memuaskan • Menghuraikan idea yang menepati bahan
rangsangan dengan memberikan alasan.

• Penggunaan kosa kata yang terhad tetapi sesuai dengan bahan grafik.

• Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat.

Pencapaian • Menghuraikan idea yang masih menepati bahan rangsangan.
Tahap
• Penggunaan kosa kata yang sangat terhad dan tidak
Minimum sesuai dengan bahan grafik.
(PTM)
• Tidak menguasai tanda baca dan ejaan.

4 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 4 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Menganalisis
Konteks : Penulisan (Memindahkan Maklumat)

Setiap orang perlu menjaga kebersihan dan kesihatan gigi.

Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan gigi selengkapnya berdasarkan bahan
rangsangan. Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

BAHASA MELAYU 5

Soalan 5 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi dan Mencipta
Konteks : Penulisan (Memindahkan Maklumat)

Fenomena banjir yang berlaku di negara ini berpunca daripada banyak faktor. Kejadian ini
menyebabkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan tempat tinggal.
Tulis sebuah berita berdasarkan situasi dalam gambar di atas. Panjangnya karangan kamu
hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

6 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 6 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi dan Mencipta
Konteks : Penulisan (Memindahkan Maklumat)

Gambar di bawah menunjukkan Tugu Negara yang terletak di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia
dan seorang murid sedang menaikkan bendera Jalur Gemilang.

Bagaimanakah cara yang boleh kamu lakukan untuk menunjukkan semangat patriotisme? Tulis
karangan kamu itu selengkapnya. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120
patah perkataan.

BAHASA MELAYU 7

Soalan 7 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Menilai
Konteks : Penulisan (Mengaplikasi Maklumat)

Baca maklumat yang diberi. Kemudian, jawab soalan yang berikutnya.

Sambutan Hari Istimewa di Malaysia

Hari Guru Hari Pekerja

• Disambut pada 16 Mei setiap tahun. • Diraikan pada 1 Mei setiap tahun.
• Menarik perhatian ibu bapa, murid • Tarikh ini merupakan cuti umum.
• Untuk menghargai sumbangan pekerja
dan orang ramai tentang jasa dan
peranan guru dalam masyarakat kepada bangsa dan negara.
Malaysia. • Diadakan perhimpunan pekerja pada
• Sambutan diadakan pada peringkat
sekolah, negeri dan kebangsaan. peringkat antarabangsa.
• Pelbagai acara diadakan. • Pemimpin negara akan berucap dalam

perhimpunan tersebut.

Tulis karangan tentang kebaikan kedua-dua sambutan tersebut. Panjangnya karangan kamu
hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

8 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

RUBRIK PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan 4 hingga Soalan 7 Kriteria
Peringkat

Cemerlang • Pengolahan idea yang sangat baik dan kreatif serta menepati tema.
• Penggunaan pelbagai kosa kata yang sangat luas dan ayat yang gramatis

bertepatan dengan tema.
• Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul.

• Pengolahan idea yang baik dan kreatif serta menepati tema.

Baik • Penggunaan pelbagai kosa kata yang luas dan ayat
yang gramatis bertepatan dengan tema.

• Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan yang tidak menjejaskan ayat.

Memuaskan • Pengolahan idea yang baik serta menepati tema.
• Penggunaan kosa kata yang terhad dan ayat yang masih gramatis

bertepatan dengan tema.

• Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

Pencapaian • Pengolahan idea yang masih menepati tema.
Tahap • Penggunaan kosa kata yang tidak sesuai dan ayat kurang gramatis.
• Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.
Minimum
(PTM)

Nota: Karangan yang salah format atau tiada format, pencapaian maksimum bermula
dari aras memuaskan.

Idea cadangan • Sehelai sepinggang
Soalan 4 • Pasukan penyelamat memberi bantuan
• Memberus dengan teknik yang betul • Ramai dipindahkan
• Menggunakan berus dan ubat gigi • Berada di pusat pemindahan
• Idea-idea lain yang sesuai diterima
yang sesuai (jenama) Soalan 6
• Memberus gigi setiap kali • Melawat tempat bersejarah
• Menganjurkan kursus jati diri
selepas makan • Sambutan bulan kemerdekaan di sekolah
• Memberus gigi sekurang-kurangnya • Mengenang jasa tokoh pejuang kebangsaan
• Menggalakkan filem-filem bercorak patriotik
dua kali sehari • Memperkasa pelajaran sejarah di sekolah
• Amalan pemakanan yang baik • Idea-idea lain yang sesuai diterima
• Dapatkan rawatan doktor gigi Soalan 7
• Menghargai jasa guru
sekurang-kurangnya dua kali setahun • Menghargai jasa pekerja
• Idea-idea lain yang sesuai diterima • Mengeratkan hubungan guru dan murid
Soalan 5 • Mengeratkan hubungan pekerja dan majikan
• Format berita • Mengeratkan hubungan kekeluargaan
• Idea-idea lain yang sesuai diterima
- tempat
- tarikh BAHASA MELAYU
• Hujan lebat tidak henti-henti
• Banyak rumah tenggelam
• Mangsa banjir berpindah
• Membawa barangan
• Menyelamatkan diri

9

Soalan 1 : Bahasa Melayu Pemahaman
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi
Konteks : Sintaksis

Soalan 3 berdasarkan dialog di bawah.

Cikgu Rosyati : Adam, beritahu kepada semua ahli Rumah Merah kita supaya berkumpul
di padang sekolah pada petang ini untuk menjalani latihan sukan.

Adam : Baiklah, pesanan cikgu akan saya sampaikan.

Kenyataan yang manakah yang sesuai dengan dialog di atas?

A Ahli rumah sukan itu dikehendaki oleh Cikgu Rosyati berada di padang sekolah
pada waktu petang untuk menjalani latihan.

B Semua murid Cikgu Rosyati diminta berkumpul di padang sekolah untuk menjalani
latihan sukan pada waktu petang.

C Adam menyampaikan arahan Cikgu Rosyati kepada semua murid supaya berkumpul
di padang.

D Cikgu Rosyati menyuruh murid-murid berada di padang pada masa yang ditetapkan.

BAHASA MELAYU PENULISAN SJK

Soalan 2 : Bahasa Melayu Penulisan
: Menganalisis
Kemahiran Kognitif : Sintaksis
Konteks

Aira, Ariana dan Nurulhana melancong ke Cameron Highlands untuk menikmati keindahan alam
semula jadi sambil membeli buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang di jual di
sana.

Cerakinkan ayat majmuk di atas kepada lima ayat tunggal.
i._____________________________________________________________________________________
ii._____________________________________________________________________________________
iii. ____________________________________________________________________________________
iv. ____________________________________________________________________________________
v._____________________________________________________________________________________

10 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 3 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Menilai
Konteks : Penulisan

Komputer Meja Komputer Riba

Huraikan persamaan dan perbezaan antara komputer meja dengan komputer riba.

______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

BAHASA MELAYU 11

RUBRIK PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan 2 dan Soalan 3 Kriteria
Peringkat

Cemerlang Menghuraikan idea yang menepati bahan rangsangan dengan memberikan
alasan yang kritis.

Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sangat luas
dan ayat gramatis.

Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul.

Menghuraikan idea yang menepati bahan rangsangan dengan memberikan
alasan yang kritis.

Baik Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang luas dan ayat gramatis.
Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan tetapi tidak

menjejaskan ayat.

Memuaskan Menghuraikan idea yang menepati bahan rangsangan dengan
memberikan alasan.

Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad tetapi sesuai dengan
bahan grafik.

Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan yang menjejaskan ayat.

Pencapaian Menghuraikan idea yang masih menepati bahan rangsangan.
Tahap Minimum
Penggunaan kata dan kosa kata yang sangat terhad dan tidak sesuai
(PTM) dengan bahan grafik.

Tidak menguasai tanda baca dan ejaan.

Idea cadangan:
Soalan 2
• Aira melancong ke Cameron Highlands
• Ariana melancong ke Cameron Highlands
• Nurulhana melancong ke Cameron Highlands
• Aira membeli buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang di jual di sana
• Ariana membeli buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang di jual di sana
• Nurulhana membeli buah-buahan, bunga-bungaan dan sayur-sayuran yang di jual di sana
• Idea-idea lain yang sesuai diterima
Soalan 3
• Persamaan - menaip maklumat, menyimpan maklumat, menghasilkan grafik, mengakses

internet, alat komunikasi
• Perbezaan - saiz, berat, komponen, ruang, kemudahan, harga
• Idea berkaitan diterima

12 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 4 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Menganalisis dan Mencipta
Konteks : Penulisan (Mengulas Maklumat)

Berdasarkan gambar yang diberi, huraikan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk
memulihara sungai kita pada masa akan datang. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80
hingga 120 patah perkataan.

BAHASA MELAYU 13

Soalan 5 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mencipta
Konteks : Penulisan (Mengulas Maklumat)

Gunung
Kinabalu

Bangunan
KLCC

Kota
A-Famosa

Kampung
Budaya
Sarawak

Taman
Tema Air

Berikan cadangan untuk mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia. Panjangnya
karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

14 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 6 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mencipta
Konteks : Penulisan (Mengulas Maklumat)

Setiap hari, ramai orang akan mengunjungi pasar untuk membeli barangan keperluan harian. Para
peniaga begitu sibuk menyusun barang jualan serta melayan para pembeli dengan ramah sekali.
Berdasarkan gambar di atas, tulis dialog antara peniaga dengan pelanggan. Panjangnya karangan
kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

BAHASA MELAYU 15

Soalan 7 : Bahasa Melayu Penulisan
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi
Konteks : Penulisan (Mengulas Maklumat)

Tahniah, saudari Siti telah terpilih Terima kasih. Sebagai murid…
sebagai olahragawati sekolah -
pada tahun ini. Bolehkah saudari -
menjelaskan cara-cara saudari -
mengagihkan masa antara belajar -
dengan bersukan?
-

-

Berdasarkan perbualan di atas, tulis karangan tentang cara-cara kamu membahagikan masa
antara belajar dengan bersukan. Panjangnya karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120
patah perkataan.

16 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

RUBRIK PERATURAN PEMARKAHAN

Soalan 4 hingga Soalan 7 Kriteria
Peringkat

Cemerlang • Pengolahan idea yang sangat baik dan kreatif serta menepati tema.
• Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sangat luas dan ayat
Baik
yang gramatis bertepatan dengan tema.
Memuaskan • Penggunaan tanda baca dan ejaan yang betul.

Pencapaian • Pengolahan idea yang baik dan kreatif serta menepati tema.
Tahap • Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang luas dan ayat

Minimum yang gramatis bertepatan dengan tema.
(PTM) • Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan

yang tidak menjejaskan ayat.

• Pengolahan idea yang baik serta menepati tema.
• Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad dan ayat

yang masih gramatis bertepatan dengan tema.
• Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

• Pengolahan idea yang masih menepati tema.
• Penggunaan kata dan kosa kata yang tidak sesuai

dan ayat kurang gramatis.
• Terdapat banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

Nota: Karangan yang salah format atau tiada format, pencapaian maksimum bermula
dari aras memuaskan.

Idea cadangan: Soalan 4
• Pendahuluan
• Mengadakan kempen sayangi sungai
• Gotong-royong membersihkan sungai
• Mengelakkan pembinaan petempatan di sepanjang sungai
• Menguatkuasakan undang-undang pembuangan sisa toksik dan sampah-sarap
• Memupuk kesedaran masyarakat
• Pendidikan awal kanak-kanak tentang cintai sungai
• Idea-idea lain yang sesuai diterima
• Penutup

BAHASA MELAYU 17

Idea cadangan: Soalan 5
• Pendahuluan
• Melalui iklan
• Laman sosial
• Melalui dokumentasi
• Mengedarkan risalah / brosur
• Mencadangkan atau memperkenalkan kepada rakan / saudara mara
• Melalui ekspo pelancongan
• Agensi pelancongan
• Idea-idea lain yang sesuai diterima
• Penutup

Idea cadangan: Soalan 6
• Ucapan selamat
• Bertanya khabar
• Bertanya harga barang
• Tawar-menawar
• Berbincang tentang barangan jualan
• Membuat bayaran
• Memulangkan wang baki
• Ucapan terima kasih
• Idea yang berkaitan diterima

Idea cadangan: Soalan 7
• Pendahuluan – penyataan ringkas tentang masa/ bersukan / belajar
• Bijak menguruskan masa
• Menyediakan jadual persendirian
• Menghadiri kelas tuisyen / kelas tambahan
• Mengikuti latihan intensif
• Dorongan keluarga
• Memberi tumpuan semasa belajar
• Penutup – kesimpulan, huraian ringkas kelebihan belajar dan bersukan

18 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

ENGLISH

Question 1 : English Language
Cognitive Level : Applying and Creating
Context : Creative Writing

Choose a topic below and write a notice. Your notice should inform your friends of the

following notes:

• the activities
• when and where it is going to happen
• person to contact
• things to bring

1. A class party or
2. A class picnic


 

[5 marks]

Marking Scheme Descriptors
Question 1

Level

Excellent Task fulfilled. Hardly any grammatical or spelling errors.

Good Task partially fulfilled with a few grammar or spelling errors.

Attempts made with some unclear descriptions given. Meaningful chunks
Satisfactory with some grammatical and spelling errors.

No answers given.

20 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Question 2 : English Language
Cognitive Level : Applying
Context : Reading Comprehension

Date : 27 – 30 September 2014
Time : 8.00 a.m.
Transport : Bus fare – RM 80.00
: Cruise – RM 8.00
Food : Included

Teachers in charge:-
Puan Geetha, Puan Adlin, Puan Ramdah, Encik Burdin and Encik Thomas

All Year Six pupils are welcomed to join this outdoor activity. If you are
interested, fulfill these requirements:

• get permission from your parents
• hand in the completed form with your parent’s signature

to the Senior Assistant before 7 September 2014
• make payment to your class teacher from 7 - 20 September 2014

You are advised to be in school an hour before the departure time. You have
to be in your school uniform and wear your name tag during the trip. Your
parents can fetch you from school on 30 September from 7.00 p.m. onwards.

The Headmistress,
Puan Farah Faridah
10 July 2014

1. The camping trip will be held __________________.
A for a week
B for a fortnight
C less than a week
D more than a fortnight

ENGLISH 21

2. For those who want to go for the trip, they must ______________.
I bring their own food
II submit the application form
III have their name tags on
IV get their parent’s signature

A I, II, III
B II, III, IV
C I, III, IV
D All of the above

3. Darus submitted his registration form but was rejected by the Senior Assistant.
Why do you think he was rejected? Give a reason based on the notice.

__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________.

4. You are interested in joining the camping trip. How would you ask permission
from your parents?
Write the request.

You: Mother, _____________________________________________________________________.

5. The Headmistress requires pupils to wear their name tags so that ________________________.
A the teachers will recognise them.
B they are confident to carry out the activities.
C the teachers will know the pupils who are on holiday.
D they do not have to bring all their clothing.

Marking Scheme
Question 2

• The registration form was submitted
without his parent’s signature.

3 • The registration form was rejected 1
because the seats were fully booked. 1

• He submitted after the closing date.
(Accept any one of the answers)

• Can I go on a camping trip to Emas Bay?

4 • Can I go for a camping trip?
• Can I join the school’s camping trip?
(Accept any other possible answer)

22 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Question 1 : English Language
Cognitive Level : Applying
: Creating
Context : Reading Comprehension

A MAP OF BANDAR BARU

1. You are now at the library. After borrowing some books, you would like to go to building A.
It is next to the bank. What is building A?

____________________________________________________________________________________
[1 mark]

ENGLISH 23

2. Complete the dialogue below.
Susan meets a tourist, David and his family at the bus station.
David : Good morning, nice to meet you. My family and I would like to go on a picnic.
Can you please tell me the way to the beach?
Susan : ____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
David: Thank you, it’s very kind of you.
[3 marks]

3. Uncle Fong wants to build a house in B.
Do you think it is a good idea? Why?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 marks]

4. If B was a paddy field ten years ago, what type of house would you build here?
Give two reasons for your answer.
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 marks]

24 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Marking Scheme Descriptors
Question 2

No. Level/Marks

1 1 Clinic

Excellent Able to give correct instruction clearly. Hardly any grammatical
or spelling errors.

Good Able to give instruction correctly. A few grammatical or spelling errors.

2
Satisfactory Some unclear instruction given. Some grammatical or spelling errors.

No answers given.

Excellent Able to respond with ‘Yes / No’ and give logical reasoning.
Hardly any grammatical or spelling errors.

3 Good Able to respond with ‘Yes/ No’ and give logical reasoning.
Some grammatical or spelling errors.

Satisfactory Able to respond with ‘Yes / No’ with no reasoning given.

0 No answers given.

1 Choice of house e.g. a bungalow
4

2 Any logical reasoning

ENGLISH 25

Question 2 : English Language
Cognitive Level : Applying
: Creating
Context : Reading Comprehension and Writing

Read the advertisement and answer the questions that follow.

VMY
Tan

Who can apply
All Malaysian citizens aged above 25 years old.

When to apply How to apply
The special offer starts on *Online application:
1st February 2014 until 31st July, 2014.
Log on to www.vmy2014.com
Participating outlets * All Sedap Seafood Marts and pay RM25.00 through
* All Petromas shops * All Bunga Raya chain online banking.
* All Cik Lat
of hotels *Fill in the form at participating
Supermarkets outlets and pay RM30.00 to the
cashier.
Terms and conditions
* Please produce the card before making any * Spend at least RM200.00 in a
single receipt at participating
purchases at all the participating outlets. outlets and get a Visit Malaysia
* The discount card cannot be used for Year 2014 Discount Card for
free.
fund-raising activities.
* The discounted price cannot be changed

into cash.

26 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

1. How long does the offer last?
A Two months.
B Seven months.
C Half a year.
D A year.

[1 mark]

2. Which of the following statements is true about the card?

A The card can only be used in 2014.
B It enables the card members to save.
C It can be used by schoolboys and university students.
D The card is valid at only one of the participating outlets.

[1 mark]

4. Your father has received his Visit Malaysia Year 2014 discount card. He plans to take you
and the family for a holiday at a resort by the sea this coming school holidays.

Write an e-mail in about 50 words to your sister who is in Kuala Lumpur informing her about it.

From : …………………………………………..
To : …………………………………………..
Cc : …………………………………………..
Subject : …………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………

[5 marks]

ENGLISH 27

5. Your school is going to raise funds for the old folks home. Create an advertisement
in the box below to inform the people in the neighbourhood about it.

[5 marks]
28 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Question 2

No. Level/Marks Descriptors

Excellent Able to write an e-mail accurately, with the correct subject header.
Hardly any grammatical or spelling errors.

Good Able to write an e-mail correctly, with the correct subject header.
A few grammatical or spelling errors.

4 Satisfactory Able to write an e-mail correctly, with unclear subject header.
Multiple grammatical or spelling errors.

Meet Minimal Able to write an e-mail.
Requirement Stringing with chunks of meanings.

0 No answer given.

Excellent Task fulfilled. Hardly any grammatical and spelling errors

Good Task partially fulfilled with a few grammatical or spelling errors.

5
Satisfactory Some attempts made. Some grammatical and spelling errors.

0 No attempts made.

ENGLISH 29

Question 3 : English Language
Cognitive Level : Evaluating
Context : Reading and Giving Opinions

Read the text and predict what happens next.

a. One day, Shukri and his father went on a boat ride along a river. Suddenly, they found water
seeping into the boat because there was a big hole in it. They panicked and called for help.
What do you think happened next?

Answer:

______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

[3 marks]

b. Raju’s father was walking along the road. There were a few boys playing on the road. Suddenly,
he saw a car driving very fast towards the boys. Raju’s father yelled at the top of his voice to
warn them.
What do you think happened next?

Answer:

______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

[3 marks]

c. Encik Hassan, who is a farmer, planted a lot of vegetables on his farm. His wife and son helped
him during the harvest season. After loading all the vegetables onto the lorry, Encik Hassan
went to the market.
What do you think happened next?

Answer:

______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________

[3 marks]

30 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Question 3 (a,b and c) Descriptors
Accept any possible answers

No. Level/Marks

Excellent Able to give accurate response with intelligent reasoning.
No grammatical or spelling errors.

Good Able to give response with some reasoning. A few grammatical
or spelling errors.

Satisfactory Able to give response with chunks of meanings.

No answers given.

ENGLISH 31

Question 4 : English Language
Cognitive Level : Analysing, Creating
Context : Reading Comprehension (Literature Component)

(Short story)

SYNOPSIS OF THE STORY (King of Kites)
Anil is a kite maker and his mother is a skillful seamstress. When Anil hears about the big wedding
in the village, he decides to make twelve kites to fly in honour of the bride. However, Anil’s mother
needs to make clothes for the special day. Not only does she need Anil’s help, she needs his
ribbons and sequins, too. As a result, Anil could not make his kites as time is running out because
he has to help his mother. Unexpectedly, Anil’s friends help him by giving their old kites to be used.
Anil’s mother helps him to decorate the kites. On the wedding day, Anil and his mother are able to
get their tasks done and everyone is happy with their good work.

QUESTIONS
1. Based on the synopsis, write the sentence which shows that Anil’s friends are kind-hearted?

__________________________________________________________________________________
[1 mark]

2. Tick ( / ) the objects which are used for making kites.

1( ) 2( ) 3( )

4( ) 5( ) 6( )

[3 marks]
3. “Anil decides to make twelve kites to fly in honour of the bride.”

Which situation below shows the similar meaning of honour in the sentence above?
( ) Mike always helps his parents to do house work.
( ) Roland works very hard and he does well in his studies. His parents are proud.
( ) The children brought many presents for their teachers on Teachers’ Day.

[1 mark]

32 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

4. Assume that today is your grandmother’s 70th birthday.
What are the things you can do to show your love to her?
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[2 marks]

5. As a result, Anil could not make his kites as time is running out because he has to help
his mother.

The phrase, “time is running out” means
____________________________________________________________________________________

[1 marks]

6. Which of these statements can end with the phrase ‘time was running out’ appropriately?
( ) A. The teacher advised her pupils to answer all the test questions quickly because…
( ) B. A boy saw a house on fire because…
[1 mark]

7. We sometimes forget to take our things/items on a trip. How can we avoid it?
____________________________________________________________________________________
[1 mark]

Question 4

No. Answers Marks
1
1 Anil’s friends helped him by giving their old kites to be used. 3
1
2 Picture No 1, 2 & 4 2
1
3 The children brought many presents for their teachers on Teachers’ Day. 1
1
4 Accept any logical answer pertaining to love, appreciation.

5 Not much time left / short of time

6A

7 Accept any logical answers.
e.g. Make a list before the trip, ask someone to remind us.

ENGLISH 33



MATHEMATICS

Soalan 1 : Mathematics
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi, Menganalisis
Konteks : Masa dan Waktu

Table 1 shows the time lapse in the delivery of supplies by three lorries to Jimmy Grocery Store.

Jadual 1 menunjukkan selang masa penghantaran barang bekalan oleh tiga buah lori ke Kedai
Runcit Jimmy.

Lorry
Lori

Time Lapse (Days) 12 3
Selang Masa (Hari)
Table 1
Jadual 1

All the three lorries arrived together on the same day, on the 3rd June 2014.
When will the lorries arrive on the same date after 3 June 2014?

Ketiga-tiga lori itu tiba serentak pada 3 Jun 2014.
Bilakah ketiga-tiga lori itu akan tiba pada tarikh yang sama selepas 3 Jun 2014?
A 6 June 2014

6 Jun 2014
B 9 June 2014

9 Jun 2014
C 12 June 2014

12 Jun 2014
D 15 June 2014

15 Jun 2014

36 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 2 : Mathematics
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi, Menganalisis
Konteks : Peratus

Diagram 1 shows the price of a shirt offered by four different shops.
Rajah 1 menunjukkan tawaran harga sehelai kemeja di empat buah kedai yang berlainan.

Diagram 1
Rajah 1

Encik Zahid goes to a bazaar to buy a shirt. He compares the price of similar shirts at shops R, S,
T and U.
Which of the following shops offers the lowest price for the shirt?

Encik Zahid pergi ke bazar untuk membeli sehelai kemeja. Dia membandingkan harga bagi kemeja
yang sama di kedai R, S, T dan U.
Antara kedai berikut, manakah yang menawarkan harga yang paling murah bagi kemeja itu?

A Shop R
Kedai R

B Shop S
Kedai S

C Shop T
Kedai T

D Shop U
Kedai U

MATHEMATICS 37

Soalan 3 : Mathematics
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi, Menganalisis
Konteks : Jisim

Diagram 2 shows a dump truck with the maximum load and Table 2 shows the mass of loads of a
fish truck and a vegetable truck.

Rajah 2 menunjukkan sebuah lori pasir dengan muatan yang maksimum dan Jadual 2 menunjukkan
muatan lori ikan dan lori sayur.


 

BDM on the truck means weight BDM 5000 KG
with loads and BTM 2860 KG
BTM means weight without loads.

BDM pada lori bermaksud Berat
Dengan Muatan dan
BTM bermaksud Berat Tanpa Muatan

Diagram 2
Rajah 2

Truck Mass of load (kg)
Lori Muatan (kg)
Fish truck
Lori ikan 4 of the mass of the load of the dump truck
5

4 daripada jisim muatan sebuah lori pasir
5

Vegetable truck 800 kg less than the load of a fish truck
Lori sayur 800 kg kurang daripada jisim muatan sebuah lori ikan

Table 2
Jadual 2

How many vegetable trucks are needed to carry the maximum load of the dump truck?

Berapakah bilangan lori sayur yang diperlukan untuk mengisi muatan maksimum sebuah lori
pasir itu?

A2
B3
C4
D5

38 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH

Soalan 4 : Mathematics
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi, Menganalisis
Konteks : Pecahan

Diagram 3 shows two boxes of cup cakes, J and K. The number of cup cakes in box K
is not shown.

Rajah 3 menunjukkan dua kotak kek cawan, J dan K. Bilangan kek cawan di dalam kotak K tidak
ditunjukkan.

Box J
Kotak J

Diagram 3 Box K
Rajah 3 Kotak K

Box K contains twice the number of cup cakes of box J. 1 of the number of cup cakes in box J
4
needs 9 cherries. Every cup cake in both boxes needs the same number of cherries.

Calculate the number of cherries needed for 1 of the cup cakes in box K.
3

Kotak K mengandungi dua kali bilangan kek cawan dalam kotak J. 1 daripada bilangan kek
4
cawan dalam kotak J memerlukan 9 biji ceri. Setiap biji kek cawan dalam kedua-dua kotak itu

memerlukan bilangan ceri yang sama.

Hitung bilangan ceri yang diperlukan untuk 1 daripada bilangan kek cawan dalam kotak K.
3
A8

B 16

C 24

D 27

MATHEMATICS 39

Soalan 5 : Mathematics
Kemahiran Kognitif : Mengaplikasi, Menganalisis, Menilai
Konteks : Pecahan, Peratus, Bentuk dan Ruang

Diagram 4 shows a swimming pool in Encik Danial’s house.
Rajah 4 menunjukkan sebuah kolam renang di rumah Encik Danial.

Diagram 4
Rajah 4

40 ITEM CONTOH PENTAKSIRAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI SEKOLAH RENDAH


Click to View FlipBook Version