36 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
z⎯ΒÏ οÍ t ÅzψF #$ ’Îû uθèδuρ çμΨ÷ ÏΒ ≅Ÿ t6)ø ム⎯=n ùs $ΨY ƒÏŠ ÄΝ≈=n ó™}M $# u öxî Æ Gt ö;ƒt ⎯Βt uρ
∩∇∈∪ z⎯ƒÌ Å¡≈y‚9ø #$
Maksudnya:
„Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan
diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang
rugi‰.
(d) Himpunan peraturan dan hukum hakam yang diturunkan oleh Allah S.W.T
kepada Nabi Muhammad S.A.W terdiri daripada komponen akidah,
akhlak, ibadat, muamalat dan berita-berita yang terdapat dalam al-Quran
dan al-Sunnah. Sebagai hamba Allah S.W.T, kita diperintahkan untuk
menyampaikannya kepada manusia. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
MaÊidah ayat 67, iaitu:
|Møó¯=/t $yϑsù ö≅èy ø s? Οó ©9 β)Î uρ ( 7y iÎ/¢‘ ⎯ΒÏ š ‹ø s9Î) Αt Ì“Ρé& $! Βt õ=Ïk /t ãΑθß™§ 9$# $pκ‰š r'≈¯ ƒt *
∩∉∠∪ ⎦t ⎪ÍÏ≈3s ø9#$ tΠöθs)9ø #$ “‰Ï κö ‰u ωŸ !© $# ¨β)Î 3 ¨Ä $¨Ζ9$# ⎯z ÏΒ š ßϑÁÅ ÷ètƒ ª!#$ uρ 4 …μç tGs9$y™‘Í
Maksudnya:
„Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari
Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan
semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusan-Nya;
dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya
Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir‰.
(e) Islam adalah jawapan kepada tiga persoalan penting yang dihadapi oleh
manusia, iaitu:
(i) Dari mana manusia datang?
(ii) Mengapa manusia diciptakan?
(iii) Ke mana kesudahan manusia?
Sehubungan dengan itu, Islam menyatakan bahawa manusia pada mulanya
tiada (istilah yang digunakan oleh `Abd al-Karim Zaydan (1993), ialah lam
yakun shayÊan, kana ma`duman). Maka Allah S.W.T menciptakan manusia
daripada suatu kejadian ke suatu kejadian sebagaimana yang dijelaskan-
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 37
Nya dalam al-Quran seperti yang termaktub dalam surah al-Hajj ayat 5,
iaitu:
§ΝèO 5>#t?è ⎯iΒÏ /3ä ≈Ψo ø)=n yz $¯Ρ*Î ùs ]Ï ÷è7t ø9$# ⎯z iΒÏ 5=ƒ÷ u‘ ’ûÎ óΟFç Ζ.ä β)Î â¨$Ζ¨ 9#$ $γy •ƒr'≈¯ tƒ
4 Νö ä3s9 ⎦t Îi⎫7t Ψã 9Ïj π7 )s ¯=sƒΧè Î ö îx uρ π7 )s ¯=sƒ’Χ 7πtóÒô •Β ⎯ΒÏ ¢ΟOè π7 )s =n tæ ô⎯ΒÏ §ΝèO 7πxÜõ œΡ ⎯ΒÏ
Ο¢ Oè WξøÛÏ Νö ä3ã_̃ø éΥ Ν§ èO ‘Κw ¡| •Β ≅9 _y &r ’# <n )Î ™â $! ±t nΣ $Βt ΘÏ %tnö‘{F #$ ’ûÎ ” )É çΡuρ
ΑÉ sŒ‘ö &r #’<n Î) –Štム⎯¨Β Ν6à ΖΒÏ uρ 4†¯ûuθGt ƒã ⎯¨Β Νà6ΖΒÏ uρ ( öΝ2à £‰©ä r& #( θþ óä è=ö7tF9Ï
!#Œs *Î ùs Zο‰y ÏΒ$δy ⇓š ‘ö F{$# “t s?ρu 4 $\↔‹ø x© Ν8 =ù æÏ ‰Ï è÷ t/ ⎯. ÏΒ zΝn=÷èƒt ξŸ ø‹x69Ï Ìϑß èã 9ø $#
∩∈∪ 8kŠÎγ/t l£ ρ÷ y— Èe≅à2 ⎯ΒÏ ôMtFt6Ρ/ &r uρ Mô /t u‘uρ ôN”¨ tIδ÷ $# ™u !$ϑy 9ø $# $γy Šø =n tæ $uΖ9ø “t Ρ&r
Maksudnya:
„Wahai manusia, kalau kamu ragu tentang hari berbangkit sesungguhnya
Kami ciptakan kamu semuanya dari tanah kemudian dari setitis mani
kemudian segumpal darah kemudian segumpal daging yang berbentuk
dan tidak berbentuk agar Kami dapat menjelaskan kepadamu, Kami
tempatkan di dalam rahim, sesuai kehendak Kami sampai waktu yang telah
ditentukan kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi kemudian kamu
mencapai dewasa, antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang
dilanjutkan usia sehingga lupa sama sekali hal-hal yang dahulu diketahui.
Kamu saksikan bumi ini gersang, tetapi apabila Kami turunkan hujan ia
berubah menjadi subur mengembang menumbuhkan pelbagai tanaman
yang indah dan serba berpasangan‰.
Sementara itu, Islam memberi arah panduan dan pedoman tentang
matlamat penghidupan manusia apabila diciptakan oleh Allah S.W.T iaitu
untuk beribadah kepada-Nya termasuklah mencapai ma`rifah Allah S.W.T,
mewujudkan rasa cinta kepada-Nya, tunduk dan patuh kepada perintah
serta larangan-Nya dan menuruti segala manhaj atau sistem yang telah
ditentukan oleh-Nya kepada manusia. Semuanya itu adalah untuk
meletakkan manusia di kedudukan yang sempurna dan yang selayaknya
sebagai makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Dhariyyat ayat 56, iaitu:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
38 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
∩∈∉∪ βÈ ρ‰ß ç7÷è‹u 9Ï ω)Î §} Ρ}M #$ uρ £⎯Ågø:#$ àMø)=n yz $tΒuρ
Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.
Manakala, dalam konteks destinasi dan perjalanan manusia selepas
menempuh penghidupan di dunia, Islam memberikan pedoman bahawa
manusia akan kembali menemui Allah S.W.T dan mempersembahkan
segala amalannya ketika beraksi dan beramal di dunia supaya ditentukan
penghidupannya yang kekal abadi di akhirat kelak. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Insyiqaq ayat 6, iaitu:
∩∉∪ ÏμŠÉ)≈=n ßϑùs %[n‰ô x. y7/În ‘u ’4 n<)Î îyÏŠ%x. 7y ¨Ρ)Î ⎯ß ≈¡| ΡM}$# $γy ƒ• r'≈¯ ƒt
Maksudnya:
„Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah
(menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah
(semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap
menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya)‰.
3.1.1 Islam sebagai Al-Din
Yusuf al-Qaradawi (2012), dalam kitabnya al-Madkhal Li Ma`rifah al-Islam
memetik pendapat Sheikh Dr Muhammad Abdullah Darraz seperti yang
termaktub dalam kitab al-Din yang mengatakan bahawa al-Din ialah:
„Kepercayaan terhadap kewujudan satu Zat (atau lebih), yang bersifat ghaib lagi
tinggi, yang mempunyai perasaan dan bebas bertindak. Zat ini mempunyai
kuasa dan mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan manusia.
Kepercayaan ini mestilah mendorongnya untuk mengagungkan Zat yang mulia
itu dengan penuh rasa keinginan dan kegerunan serta penuh rasa rendah diri
dan kebesaran. Dengan ungkapan yang lebih ringkas ialah „keimanan kepada
Zat ketuhanan yang layak diberi ketaatan dan pengabdian‰. Ini jika kita melihat
al-Din itu dari aspek psikologi dalam erti beragama. Namun, jika kita melihat al-
Din itu sebagai satu realiti yang luar dari fahaman manusia kita katakannya
sebagai „sejumlah peraturan secara teori yang menentukan sifat kekuatan
Ketuhanan tersebut dan sejumlah kaedah secara amali yang menentukan bentuk
peribadatan kepadanya‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 39
Walau bagaimanapun, takrifan al-Din tersebut menurut hemat al-Qaradawi
merangkumi semua agama, tidak mengira sama ada ia benar atau salah dan
sama ada agama itu bersumberkan kitab tertentu atau berhala. Walaupun istilah
ini juga terpakai untuk agama-agama yang selain daripada Islam, namun yang
membezakan antara Islam dengan agama-agama lain ialah penyerahan diri yang
tulus dan menyeluruh kepada kehendak Allah S.W.T serta melakukan ketaatan
secara mutlak terhadap hukum-hakam yang ditanzilkan dan diwahyukan oleh
Allah S.W.T.
Sementara itu, Syed Muhammad Naquib al-Attas (2011), ketika mengupas
maksud dan konsep al-Din mengatakan bahawa konsep yang terkandung dalam
istilah al-Din, yang biasanya diertikan sebagai agama, tidak sama dengan konsep
agama seperti yang difahami dan ditafsirkan dalam kerangka pemikiran Barat.
Dengan merujuk karya penting Ibn Manzur, Lisan al-`Arab, Syed Muhammad
Naquib al-Attas menjelaskan bahawa kata dasar bagi perkataan al-din ialah DYN
yang mempunyai banyak makna, yang jika dilihat secara kasar terdapat
pertentangan antara satu sama lain, tetapi pada hakikatnya memiliki hubungan
dari sudut konseptual yang akhirnya membentuk suatu kesatuan makna yang
terpadu dan tidak terpisah. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, terdapat
empat makna utama yang terkandung dalam kalimah al-Din, iaitu:
(a) Keadaan berhutang;
(b) Penyerahan diri;
(c) Kuasa peradilan; dan
(d) Kecenderungan alami.
Daripada perkataan DYN yang merupakan kata dasar kalimah al-Din, terbit kata
kerja DANA yang bermaksud keadaan berhutang. Kata kerja DANA, menerbitkan
pula kata nama DAÊIN yang bermaksud orang yang berhutang (debtor) dan
pemberi hutang (creditor). Berdasarkan keterangan tersebut, Syed Muhammad
Naquib al-Attas membuat kesimpulan bahawa „pada keadaan seseorang
berhutang, dengan kata lain seorang daÊin, ia semestinya menundukkan dirinya,
iaitu berada dalam keadaan berserah dan taat kepada hukum dan aturan dalam
berhutang, dan dalam keadaan tertentu juga terhadap pemberi hutang yang juga
dipanggil sebagai daÊin. Kesinambungan daripada itu juga, keadaan berhutang
bermaksud mempunyai suatu kewajipan atau dayn. Oleh itu, apabila seseorang
berada dalam keadaan berhutang dan mempunyai kewajipan, dia sebenarnya
terkait dengan suatu penghakiman atau daynunah dan tertakluk kepada
pemberian hukuman atau idanah mengikut keadaan tertentu‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
40 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
Terdapat beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran seseorang tentang
bagaimana bentuk hutang yang ditanggung oleh seseorang itu dalam konteks
kerohanian dan keagamaan, apakah yang dimaksudkan dengan hutang? Kepada
siapa insan berhutang? Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, bahawa
insan itu sebenarnya berhutang kepada Allah S.W.T, Zat yang menjadikan
manusia wujud dan menjaganya agar sentiasa wujud. Ini kerana manusia pada
asalnya tidak wujud dan setelah melalui beberapa proses dengan izin-Nya
manusia wujud. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T dalam surah al-
Mukminin ayat 12-14:
⎦& ⎫3Å Β¨ ‘9 #t %s ’Îû πZ xÜô çΡ μç ≈oΨ=ù èy _y ∩⊇⊄∪ §ΝOè &⎦⎫ÛÏ ⎯iΒÏ '7 #s ≈=n ß™ ⎯ÏΒ ⎯z ≈|¡ΣM}$# $Ψo )ø =n yz ‰ô s)s9uρ
$Vϑ≈sàãÏ πs ót ôÒϑß ø9$# $Ζu )ø =n y‚ùs ZπtóÒô ãΒ sπs)=n èy 9ø $# $Ζu )ø n=y‚sù Zπs)=n tæ sπx Üô Ζ‘ 9$# $Ζu )ø =n zy ∩⊇⊂∪ ¢ΟOè
∩⊇⊆∪ t⎦⎫É)=Î ≈ƒs :ø $# ⎯ß |¡ômr& ª!#$ 8x u‘$t7tFùs 4 tzy #™u $¸)=ù yz çμ≈tΡ'ù t±Σr& Ο¢ Oè $ϑV øtm: zΟ≈às èÏ ø9#$ $tΡöθ¡| 3s ùs
Maksudnya:
„Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal)
daripada tanah; Kemudian Kami jadikan dia dari air mani yang tersimpan di
tempat yang kukuh (rahim). Lalu Kami jadikan mani itu segumpal darah, dari
segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging kemudian Kami jadikan
kerangka tulang dan akhirnya Kami bungkus tulang itu dengan daging. Lalu
Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain. Maha Suci Allah, Dia memang
sebaik-baiknya Pencipta‰.
Insan yang menyedari bahawa dirinya secara mutlak tidak mempunyai sesuatu
untuk membayar hutangnya kecuali terdapat kesedaran pada dirinya tentang inti
pati keadaan berhutang itu terletak pada kewujudan dirinya sendiri dengan
membayar hutang itu dengan mengembalikan dirinya kepada Allah S.W.T yang
memiliki dirinya. Dengan kata lain, dia wajib membayar hutangnya dengan
menjadikan dirinya dalam keadaan berkhidmat atau menghambakan diri kepada
Tuannya, iaitu Allah S.W.T dengan mematuhi segala peraturan-Nya, larangan-
Nya dan hukum-Nya.
Di samping itu, seluruh makna yang terkandung dalam kata DANA seperti yang
dibincangkan di atas hanya akan terjadi dalam masyarakat yang tersusun dan
terlibat dalam aktiviti perdagangan di dalam sebuah kota atau bandar yang
disebut dalam bahasa Arab sebagai mudun atau madaÊin (kata nama yang
menunjukkan bilangan satu ă mufrad, singular ă ialah madinah). Di dalam
sebuah madinahlah (merujuk kepada maksud kota atau bandar, dan bukannya
negeri Madinah al-Munawwarah atau Yathrib) terdapat suatu struktur
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 41
pentadbiran seperti seorang hakim, penguasa atau pemerintah yang disebut
dalam bahasa Arab sebagai dayyan. Daripada keterangan ini, dapat kita fahami
bahawa daripada kata DANA dengan kepelbagaian maknanya memberikan kita
suatu tasawwur bahawa ia berkaitan dengan kehidupan yang dilatari dan
dinaungi oleh suatu peradaban yang melibatkan suatu kehidupan bermasyarakat
yang disusun atur dengan hukum, peraturan dan autoriti.
Jika kata DANA mempunyai hubungan dengan kalimah MADINAH, Syed
Muhammad Naquib al-Attas berpandangan kalimah al-Din juga mempunyai
kaitan dengan kalimah Madinah (yang juga berasal daripada perkataan din).
Malah terdapat kepentingan yang bermakna antara orang yang beriman dengan
kata din dan madinah itu sendiri. Pertukaran nama daripada Yathrib kepada al-
Madinah mempunyai kepentingan dalam episod hijrah Nabi Muhammad S.A.W
ke kota tersebut. Ini kerana al-Madinah dinamakan dan disebut seperti itu kerana
di kota itulah din yang sebenarnya tertegak dan diamalkan oleh manusia. Di kota
itulah juga orang yang beriman menghambakan dirinya di bawah autoriti dan
kuasa hukum atau sultah tasyri`yyah Nabi Muhammad S.A.W. Di kota itu
jugalah terdapat kesedaran tentang keberhutangan seseorang hamba dengan
Tuannya, iaitu Allah S.W.T. Di kota itu juga diterangkan kaedah pembayaran
hutang tersebut.
Di samping itu, kalimah Madinah yang terbit juga kata MADDANA merujuk
kepada maksud membangun atau membina kota, membangunkan peradaban,
memurnikan dan memanusiakan. Daripada kata MADDANA terbit pula kalimah
dan istilah tamaddun yang bererti peradaban dan perbaikan dalam budaya
sosial.
AKTIVITI 3.1
1. Bincangkan dengan rakan anda mengapa Islam sering dikaitkan
dengan keganasan sedangkan Islam bermaksud keamanan dan
kesejahteraan.
2. Berdasarkan maksud Islam dan al-Din yang telah dibincangkan,
jelaskan dua persoalan berikut:
(a) Apakah yang menggambarkan insan yang berada di institusi
pengajian tinggi di negara kita adalah insan yang beradab?
(b) Apakah yang menggambarkan institusi Islam di negara kita
sebagai institusi Islam dalam erti kata yang sebenar?
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
42 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
3.2 CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN ISLAM
Sarjana-sarjana Islam seperti Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dan Dr `Abd al-Karim
Zaydan dalam karya-karya mereka menerangkan ciri-ciri khusus agama Islam.
Antara keistimewaan Islam jika dibandingkan dengan agama-agama dan aliran
ciptaan manusia ialah:
(a) Waqi`iyyah (Realistik);
(b) Syumuliyyah (Lengkap);
(c) Wasatiyyah (Kesederhanaan); dan
(d) `Alamiyyah (Sejagat).
3.2.1 Waqi`iyyah (Realistik)
Menurut `Abd al-Karim Zaydan (1993), dalam karya pentingnya Usul al-Da`wah,
Islam adalah agama yang bersifat waqi`iyyah (realistik) yang tidak mengabaikan
aspek semula jadi dan fitrah insan walaupun dalam masa yang sama tetap
berusaha membawa insan ke suatu tahap kesempurnaan atau ideal (mithaliyyah).
Islam adalah agama yang meraikan fitrah kejadian insan. Islam juga menyedari
bahawa kemampuan insan berbeza antara satu sama lain terutama dalam
mencapai kedudukan yang tinggi. Sehubungan dengan itu, dalam perspektif
Islam, insan dalam usaha mencapai tahap kesempurnaan dalam hidupnya
mengiktiraf segala usaha yang dilakukan oleh mereka walaupun dalam tahap
yang paling minimum jika itulah yang mampu diusahakan untuk kearah
tersebut. Ia bermaksud jika seseorang itu mampu melakukan amalan-amalan
fardhu ain dan menjauhkan perkara-perkara yang diharamkan ia sudah
memadai baginya dalam kerangka memperbaiki dirinya untuk menjadi Muslim
yang baik. Walau bagaimanapun, mereka digalakkan mempertingkatkan tahap
dan kedudukan mereka di martabat yang paling tinggi. Ini bukanlah sesuatu
yang diwajibkan dalam Islam kerana ia akan mengundang kesusahan kepada
mereka kerana syariat Islam mengambil kira aspek kesusahan atau al-Haraj yang
dialami oleh insan. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya
melalui surah al-Hajj ayat 78, iaitu:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 43
∩∠∇∪ 4… l8 tym ô⎯ÏΒ È⎦⎪dω9#$ ’Îû /ö 3ä ‹ø =n æt Ÿ≅èy y_ $tΒρu
Maksudnya:
„Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah
payah dalam perkara agama⁄‰.
Begitu juga dengan firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 286, iaitu:
∩⊄∇∉∪ … 4 $γy yè™ó ãρ ωÎ) $¡² øΡt !ª $# ß#=Ïk 3s ƒã Ÿω
Maksudnya:
„Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya⁄‰.
Sekarang kita lihat beberapa contoh yang dikemukakan oleh `Abd al-Karim
Zaydan (1993) bagi menjelaskan perbincangan tersebut:
(a) Solat ada yang dikategorikan sebagai fardhu seperti solat lima waktu dan ada
pula yang dikelompokkan sebagai sunat seperti solat witir, solat dhuha dan
solat tahajjud. Kategori fardhu itu dikira sebagai memenuhi tuntutan dalam
kadar yang minimum. Manakala kategori sunat menempati kedudukan dan
tahap tinggi.
(b) Puasa di bulan Ramadhan adalah suatu kefardhuan bagi setiap Muslim yang
perlu dilakukan dan ia berada di tahap minimum. Sementara berpuasa sunat
seperti sunat enam Syawal dan puasa hari Isnin dan Khamis dikenali sebagai
memenuhi tuntutan pada tahap tinggi.
(c) Haji diwajibkan sekali seumur hidup. Walau bagaimanapun, jika dilakukan
lebih daripada sekali ia dikira sebagai sunat dan diletakkan sebagai tahap
tinggi.
Di samping itu, waqi`iyyah Islam juga dilihat dalam konteks mewujudkan suatu
penyelesaian yang diharuskan bagi individu Muslim yang berhadapan dengan
sesuatu kesempitan. Pada ketika itu dia diberikan kelonggaran atau rukhsah
(dengan syarat-syarat tertentu) untuk tidak melakukan sesuatu yang diwajibkan
atau diharamkan. Contoh yang paling popular yang boleh menggambarkan
keadaan tersebut ialah apabila seseorang yang berhadapan dengan situasi
kebuluran yang boleh memudaratkan tubuh, jiwa dan nyawanya. Pada ketika
itulah makanan yang ada ialah binatang yang diharamkan oleh Islam seperti
khinzir. Di sinilah Islam menumpahkan waqi`iyyah dan rahmatnya kepada
individu berkenaan yang berada dalam keadaan darurat. Dia diharuskan
memakan binatang tersebut dalam kadar yang dibolehkan sahaja iaitu sekadar
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
44 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
menyelamatkan jiwanya daripada mati kelaparan. Dalam Islam, kaedah yang
berkaitan dengan kes tersebut ialah al-Darurat tuqaddiru bi qadariha, iaitu
darurat itu dikadarkan mengikut kadarnya yang tertentu.
Begitu juga Islam mengharuskan individu Muslim berbuka puasa apabila
berhadapan dengan situasi sakit yang memudaratkan dirinya jika berpuasa atau
ketika bermusafir. Begitu juga dengan situasi seseorang Muslim yang tidak
mampu untuk berdiri menunaikan solat fardhu; dia dibolehkan untuk
mengerjakan solat dengan duduk.
Contoh-contoh tersebut menunjukkan bahawa Islam begitu meraikan fitrah dan
kemampuan seseorang bagi mencapai kesempurnaan dalam kehidupannya
dengan mudah, seimbang dan menyeluruh tanpa menyusahkan kehidupannya.
Di awal perbincangan waqi`iyyah sebelum ini, terdapat ciri lain yang menjadi
pelengkap kepada ciri waqi`iyyah iaitu mithaliyyah atau ideal. Maksud ideal
dalam perbincangan ini ialah Islam sentiasa membawa insan ke suatu martabat
yang lebih sempurna tetapi mengikut kemampuan insan tersebut. Ini
termasuklah segala tingkah lakunya, tutur katanya, perbuatannya, matlamat,
pemikirannya dan kecenderungannya yang mesti disandarkan kepada pedoman
dan panduan yang digariskan oleh Islam. Walau bagaimanapun, ciri mithaliyyah
ini mestilah didasarkan kepada dua teras, iaitu:
(a) Sederhana; dan
(b) Syumul.
Menurut `Abd al-Karim Zaydan (1993), sifat sederhana ialah tidak menokok
tambah dan sentiasa melakukan sesuatu tindakan dengan cara yang paling betul.
Inilah perkara yang terbaik yang perlu dilakukan oleh seseorang sebagaimana
yang pernah dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W dalam sabdanya, iaitu:
ﻭﺧﲑ ﺍﻷﻣﻮﺭ ﺃﻭﺳﺎﻃﻬﺎ
Maksudnya:
„Perkara yang terbaik ialah yang bersederhana‰.
Sikap bersederhana boleh diperluaskan dalam hal ehwal ibadat dalam konteks
tidak membebankan atau memudaratkan dirinya sendiri. Dalam hal ini,
Rasulullah S.A.W pernah menegur tindakan tiga orang lelaki yang tidak
memperlihatkan sikap bersederhana dalam ibadat sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari bahawa:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 45
„Tiga orang lelaki telah datang ke rumah-rumah para isteri Rasulullah S.A.W
untuk bertanya tentang ibadat Baginda. Apabila mereka diberitahu mereka pun
seolah-olah membandingkan ibadah Baginda. Lalu mereka berkata: Bolehkan
kita samakan diri kita dengan Rasulullah S.A.W kerana segala dosa Baginda yang
lalu dan akan datang diampunkan? Lalu salah seorang berkata: Saya akan solat
malam selama-lamanya. Seorang lagi berkata: Saya akan berpuasa selama-
lamanya dan tidak akan meninggalkannya. Seorang lagi berkata: Saya akan
menjauhi wanita dan saya tidak akan berkahwin selama-lamanya. Setelah itu,
Rasulullah S.A.W datang dan berkata: Kamukah yang berkata itu dan ini? Demi
Allah! Saya adalah orang yang paling takut kepada Allah dan paling bertakwa,
saya berpuasa dan saya juga berbuka, saya solat dan saya juga tidur, saya juga
berkahwin. Sesiapa yang terpesong dari sunnah saya, dia bukanlah pengikut
saya‰.
Manakala teras yang berkaitan dengan syumul akan dibincangkan dalam ciri
Islam yang berikut.
3.2.2 Syumuliyyah (Lengkap)
Islam adalah agama yang syumul dalam pelbagai aspek kehidupan yang
membezakannya dengan agama, falsafah, ideologi dan aliran pemikiran ciptaan
manusia. Kesyumulan Islam itu meliputi semua zaman dan tidak hanya terhad
kepada era ia ditanzilkan dan diperundangkan. Dengan kata lain, Islam sesuai
untuk semua masa dan generasi, sesuai di semua tempat dan keadaan, serta
sesuai untuk semua golongan dan kedudukan manusia. Islam tidak seperti
risalah yang dibawa oleh Nabi dan Rasul sebelum Nabi Muhammad S.A.W Nabi
dan Rasul sebelum Baginda S.A.W diutuskan untuk menyampaikan risalah Allah
S.W.T untuk kaumnya dan masa risalah itu ditanzilkan sahaja. Risalah yang
dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah kekal sehingga hari kiamat. Dengan
kata lain, risalah Nabi Muhammad S.A.W adalah sesuai dan kekal dari dahulu
(masa lalu yang lampau), kini (semasa) dan masa depan. Justeru itulah Nabi
Muhammad S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T adalah untuk memberi rahmat
kepada seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-AnbiyaÊ ayat 107,
iaitu:
∩⊇⊃∠∪ ⎥š ⎫ϑÏ =n ≈yè=ù 9Ïj πZ tΗôq‘y ω )Î š ≈oΨ=ù y™ö‘&r !$Βt ρu
Maksudnya:
„Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan
untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
46 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
Begitu juga dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raf ayat 158, iaitu:
NÏ ≡uθ≈yϑ¡¡9#$ Û=ù Βã …μç s9 “Ï%©!$# $·èŠÏΗsd Νö 6à ‹ö s9Î) «!$# Αã θ™ß ‘u ’ÎΤo )Î ZÚ $¨Ζ9$# $γy ƒ• r'≈¯ tƒ ≅ö è%
c’Ç ÍhΓ{W #$ Ä©c É<Ψ¨ 9#$ &Ï Î!θ™ß u‘ρu !« $$Î/ #( θãΨÏΒ$↔t ùs ( àM‹Ïϑƒã ρu ⎯Ç‘ósƒã uθèδ ωÎ) μt ≈s9)Î Iω ( ÇÚ‘ö F{$#ρu
∩⊇∈∇∪ šχρ‰ß Gt γô s? Νö à6=¯ yè9s νç θèã 7Î ?¨ $#ρu ⎯ÏμGÏ ≈ϑy Î=2Ÿ ρu !« $$Î/ Ú∅ÏΒσ÷ ム”Ï%©!$#
Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku
adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (diutus oleh Allah) Yang
menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia;
Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah
dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-
kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah
petunjuk".
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Islam merupakan risalah untuk seluruh
insan dari sudut dirinya sebagai insan yang sempurna. Ia adalah risalah untuk
insan yang mempunyai unsur-unsur al-Ruh, al-Nafs, al-`Aql dan al-Jasad. Dengan
kata lain, Islam sesuai dengan ciri-ciri keinsanan yang ada pada diri insan yang
juga mengambil kira aspek fitrah insan. Ia sesuai dengan semua fasa kehidupan
manusia bermula dari kelahirannya di dunia sehingga ia meninggalkan dunia
yang fanaÊ ini. Sebab itulah ada hukum-hakam yang berkaitan dengan kelahiran
bayi seperti membersihkan kekotoran, mengazankan pada telinganya, memilih
nama yang baik, menyembelih binatang untuk akikah dan sebagainya. Begitu juga
hukum-hakam perkahwinan sekiranya sudah sampai ketentuan untuk mendirikan
rumah tangga seperti bertunang, bernikah dan sebagainya. Hukum-hakam yang
melibatkan kematian juga ada dijelaskan dalam Islam seperti penyelenggaraan
jenazah dengan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya
dan mengkebumikannya.
Islam adalah agama yang syumul dalam semua aspek kehidupan dan aktiviti
manusia. Islam mempunyai perspektif tersendiri dalam setiap perbuatan
manusia sama ada dalam bentuk pengakuan, sokongan, pembetulan, pembaikan,
penyempurnaan, bimbingan, perundangan, nasihat dan hukuman. Maknanya,
Islam tidak pernah meninggalkan insan keseorangan dalam mengemudi
kehidupannya dan memandu seluruh perjalanannya di atas muka bumi
semuanya sama ada yang berbentuk kerohanian, kemasyarakatan, pemikiran,
keagamaan dan sebagainya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 47
Kesyumulan Islam dapat kita perhatikan dalam segala aspek seperti akidah,
akhlak, hukum-hakam yang berkaitan dengan hubungan insan dengan
Penciptanya seperti solat, puasa, haji dan sebagainya, serta hukum-hakam yang
berkaitan dengan hubungan sesama insan seperti ahwal sakhsiyyah (contohnya
nikah dan cerai), muamalah (contohnya jual beli dan sewaan), kehakiman dan
pendakwaan, undang-undang antara negara yang melibatkan imigresen,
undang-undang antarabangsa dan sebagainya.
Bagaimana Islam meletakkan kesyumulannya dalam bidang akidah dengan
dapat kita lihat melalui perkara-perkara berikut seperti yang diterangkan oleh
Yusuf al-Qaradawi (2012):
(a) Akidah Islamiyyah merangkumi semua aspek penafsiran terhadap semua
persoalan yang besar dalam kehidupan ini seperti persoalan ketuhanan,
persoalan alam, persoalan manusia, persoalan kenabian dan persoalan
destinasi kembalinya manusia selepas kematiannya.
(b) Akidah Islamiyyah bersifat tauhid yang tidak memberi ruang kepada
unsur-unsur syirik kepada Allah S.W.T.
(c) Akidah Islamiyyah bersifat Rabbaniyyah yang bersumberkan Allah S.W.T
dan bukannya kepada naluri, perasaan dan pemikiran manusia yang
terbatas dan serba kekurangan sifatnya. Walaupun Islam mengiktiraf akal
yang membentuk pemikiran seseorang tetapi akal yang dipandu dengan
tauhid dan akidah yang jelas menjadikan insan menyedari peranannya
dalam mengagungkan dan mentaati Allah S.W.T.
(d) Akidah Islamiyyah tidak menerima pembahagian dalam bentuk peratusan
tertentu; ia mestilah diterima secara menyeluruh dan peratusan yang penuh
lagi bermakna supaya maksud penyerahan seperti yang terkandung dalam
makna Islam lebih bermakna.
Kesyumulan Islam dalam aspek ibadah pula dapat kita perhatikan dan hayati
apabila kita dapati bahawa Islam bukan risalah yang hanya membincangkan
aspek ibadat khusus sahaja seperti solat, puasa, zakat dan haji. Dalam Islam ada
yang dinamakan sebagai muamalat yang menjaga interaksi sesama manusia
seperti hal ehwal perkahwinan, jual beli, ketatanegaraan, jihad, al-Amr bi al-
Ma`ruf dan al-Nahy `an al-Munkar dan sebagainya.
Kesyumulan Islam dalam aspek akhlak pula dapat kita fahami bahawa dalam
Islam tiada yang dikenali sebagai „akhlak keagamaan‰ yang hanya memfokus
kepada ibadat khusus dan teras sahaja, tidak makan dan minum sesuatu yang
diharamkan seperti khinzir dan arak. Akhlak Islam merangkumi keseluruhan
aspek kehidupan manusia. Ini termasuklah akhlak dalam pentadbiran dan
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
48 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
pengurusan, akhlak dalam pembelajaran dan pengajaran, akhlak dalam
peperangan, akhlak dalam melaksanakan perundangan, akhlak dalam
perniagaan dan sebagainya. Akhlak dalam Islam tidak sama pengertiannya
dengan moral dan etika seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Kita akan
membincangkan perkara ini dalam topik Tasawwur Islam dan Akhlak akan
datang.
Jika begitulah sifat Islam yang begitu syumul dalam pelbagai aspek dan sudut,
maka kita perlu menerima dan mengamalkan Islam juga secara syumul. Dengan
kata lain, kita tidak boleh mengambil satu aspek daripada ajaran Islam serta
hukumnya dan menolak aspek yang lain sama ada sengaja atau tidak semata-
mata mahu memenuhi keperluan hawa nafsu ataupun kerana kita tidak
menerima kejahilan kita. Inilah yang diisyaratkan oleh Allah S.W.T dalam al-
Quran melalui surah al-Baqarah ayat 85-86, iaitu:
öΝδÏ Ì≈tƒÏŠ ⎯iÏΒ Ν3ä ΖÏiΒ $Z)ƒÌ sù tβθ_ã Ì øƒBé uρ Νö 3ä |¡àΡ&r χš θè=çGø)?s Ï™ωI àσ¯≈δy öΝçFΡr& §ΝèO
Πî §tp èΧ uθδè uρ Νö δè ρ‰ß ≈xè? 3“t ≈y™&é Νö ä.θ?è 'ù tƒ βÎ)ρu Èβ≡uρô‰ãè9ø $#uρ ÄΝøOM}$$ /Î ΝÎγŠø n=æt tβρãγy ≈sàs?
™â #! t“y_ $yϑùs 4 Ù< ÷èt7Î/ šχρãà õ3s?uρ É=≈Gt Å39ø $# ÙÇ è÷ t7Î/ tβθãΨΒÏ σ÷ çGsù&r 4 öΝγß ã_#tz÷ )Î Νö 6à ø‹=n ãt
tβρŠ– t ムπÏ yϑ≈Šu )É 9ø $# tΠöθƒt uρ ( $u‹Ρ÷ ‰‘ 9#$ Íο4θŠu sy ø9#$ ’Îû Ó“÷“Åz ωÎ) Νö 6à ΨÏΒ š Ï9≡sŒ ã≅yèøtƒ ⎯Βt
#( ãρu tI©ô $# ⎦t ⎪Ï%©!$# ∩∇∈∪ 7y Í×≈¯ s9ρ' é& βt θè=ϑy ÷ès? $£ϑãt ≅@ Ï≈tóÎ/ !ª $# $tΒρu 3 >É #x‹èy ø9#$ Ïd‰©x &r #’n<)Î
∩∇∉∪ βt ρç |ÇΖムΝö èδ ωŸ uρ Ü>#‹x yè9ø #$ ãΝκå ]÷ tã #ß ¤sƒ†ä ξŸ ùs ( οÍ t zÅ Fψ$$ Î/ $uŠ÷Ρ$‘ !$# nο4θuŠsy 9ø $#
Maksudnya:
„Kemudian kamu ini (Wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya;
kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang
mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka
datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang
perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka
patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan
mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang
berbuat demikian itu dari antara kamu, selain daripada kehinaan ketika hidup di
dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 49
berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia
(dan kesenangannya) Dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang
membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan
azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan
pertolongan‰.
Ini menunjukkan bahawa Islam memandang serius kepada seseorang yang
menerima dan mengambil Islam dalam segmen-segmen tertentu sahaja. Sebagai
contoh, seseorang menerima Islam ketika dalam upacara pernikahan dengan
mengadakannya di masjid atau surau sedangkan dalam majlis walimah yang
dilangsungkan ajaran Islam tidak dititikberatkan malah dikesampingkan. Begitu
juga apabila seseorang yang mengaku beriman dengan rukun iman yang enam
tetapi tidak menerima salah satu daripadanya, maka keimanannya boleh terjejas.
Ini kerana penerimaan dan penolakan terhadap rukun iman itu tidak boleh
dinilai melalui perkiraan matematik. Sebagai contoh, dalam matematik jika enam
(6) ditolak satu (1) maka jawapannya ialah lima (5). Namun dalam Islam, enam
(6) rukun iman ditolak satu (1) maka jawapannya adalah sifar (0) dan bukannya
kekal lima (5). Sebab itulah Islam tidak dapat menerima seseorang yang hanya
mengambil aspek akidah tetapi dalam masa yang sama mengabaikan aspek
ibadat dan akhlak.
3.2.3 Wasatiyyah (Kesederhanaan)
Sekarang, kita bincangkan pula ciri keistimewaan Islam yang seterusnya iaitu
wasatiyyah atau kesederhanaan. Istilah wasatiyyah juga diungkapkan dengan
istilah tawazun atau keseimbangan. Istilah wasatiyyah di sini bermaksud
pertengahan dan saksama antara dua perkara yang bertentangan tanpa
terpengaruh kepada salah satunya dengan meninggal aspek yang lain. Ia juga
merujuk kepada suatu keadaan yang tidak memberikan salah satu aspek
melebihi haknya yang wajar dengan melanggar hak aspek yang bertentangan
dengannya.
Sebagai contoh, dua aspek yang dilihat sebagai bertentangan ialah Rabbaniyyah
(unsur ketuhanan) dan Insaniyyah (unsur kemanusiaan), kerohanian dan
kebendaan, akhirat dan dunia, wahyu dan akal, individu dan masyarakat, realiti
dan ideal dan sebagainya. Bagaimana ia dikira sebagai memenuhi keperluan
wasatiyyah dalam aspek-aspek tersebut? Wasatiyyah memberikan ruang kepada
setiap aspek tersebut dan menyerahkan haknya dengan saksama dan secara
timbangan yang lurus atau dengan istilah al-Qistas al-Mustaqim tanpa terkurang,
terlebih atau tidak melampaui batas dan kurang daripada apa yang sepatutnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
50 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
Wasatiyyah ini adalah salah satu sunnah Allah di atas muka bumi sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam surah al-Rahman ayat 7-9, iaitu:
∩∇∪ (#θßϑŠ%Ï r&ρu Èβ#u”ϑÏ ø9#$ ’ûÎ #( θö tóÜô s? ∩∠∪ ω &r šχ#u”ϑÏ ø9#$ yì|Êρu ρu $γy yèùs u‘ ™u !$ϑy ¡¡9#$ ρu
∩®∪ βt #”u ϑÏ 9ø #$ #( ρç £Å øƒBé ωŸ ρu ÅÝó¡)É 9ø $$ Î/ šχø—uθø9$#
Maksudnya:
„Dan Dia telah tinggikan langit dan Dia letakkan neraca (keadilan). Agar kamu
tidak melampaui batas dalam menentukan timbangan. Tegakkan neraca dengan
adil dan jangan kamu kurangi timbangan itu‰.
Ayat tersebut mengisyaratkan kepada kita bahawa hanya Allah S.W.T sahaja
yang berkuasa memberikan hak kepada setiap sesuatu di dalam alam wujud ini
dan menciptakan segala-galanya dengan menentukan kadar-kadarnya. Ini
termasuklah menciptakan keseimbangan yang sangat halus dan bermakna dalam
ciptaan-Nya.
Antara bentuk wasatiyyah yang terdapat dalam Islam ialah (rujuk Rajah 3.1):
Rajah 3.1: Tiga bentuk wasatiyyah dalam Islam
Mari kita bincang bentuk-bentuk tersebut dengan lebih lanjut.
(a) Wasatiyyah dalam Ibadat
Pertama, kita lihat bagaimana bentuk wasatiyyah Islam dalam aspek ibadat.
Islam adalah satu-satunya agama yang mementingkan dan memfokuskan
wasatiyyah dalam aspek ibadat jika dibandingkan dengan agama-agama
dan fahaman ciptaan manusia. Agama Buddha misalnya hanya
menumpukan aspek moral sahaja. Begitu juga dengan penganut agama
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 51
tertentu yang hanya meminta para pengikutnya hanya beribadat dan
berhenti daripada aktiviti keduniaan seperti pendeta agama Kristian.
Islam, bagaimanapun, tidak menganjurkan umat Islam menumpukan satu-
satu aspek walaupun dalam keadaan beribadah. Sebagai contoh, ketika hari
Jumaat umat Islam boleh menjalankan sebarang aktiviti yang bermanfaat
termasuklah berjual beli. Namun, sebaik sahaja masuk waktu solat Jumaat,
mereka perlu bersegera menunaikan kewajipan yang berkaitan dengan
solat Jumaat termasuklah mendengar khutbah Jumaat. Selepas solat Jumaat,
mereka boleh meneruskan penghidupan dengan aktiviti yang bermanfaat
dalam rangka untuk mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mereka
sentiasa mencapai kejayaan. Inilah yang diperingatkan oleh Allah dalam
firman-Nya melalui surah al-Jumu`ah ayat 9-10 berikut:
’4 n<Î) #( θö èy ó™$$ ùs πÏ èy ßϑàf9ø #$ ΘÏ öθtƒ ⎯ΒÏ οÍ 4θ=n ¢Á=Ï9 ”š ŠÏ θçΡ #sŒ)Î #( θþ Ζã Βt #™u ⎦t ⎪Ï%©!#$ $κp ‰š 'r ¯≈tƒ
∩®∪ #Œs Î*sù tβθϑß =n è÷ s? óΟGç Ψä. βÎ) Νö 3ä ©9 × özy Νö 3ä Ï9≡Œs 4 ìy ‹ø t7ø9#$ #( ρ⑌s uρ «!#$ Ì ø.ÏŒ
!© $# #( ρã .ä Œø #$ ρu !« $# È≅ôÒùs ⎯ÏΒ (#θóä Gt ö/$#uρ ÚÇ ö‘{F #$ ’Îû #( ρã ±Ï Ft Ρ$$ sù äοθ4 =n ¢Á9$# ÏMuŠÒÅ è%
∩⊇⊃∪ βt θsß Î=ø ?è ö/ä3¯=yè©9 #ZÏWx.
Maksudnya:
„Wahai orang yang beriman! Kalau kamu dipanggil untuk melaksanakan
solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah untuk mengingat Allah dan
tinggalkan kesibukan jual beli. Itulah yang terbaik bagimu kalau kamu
mengetahui. Apabila solat telah dilaksanakan, bertebarlah kamu di muka
bumi mencari kurnia Allah, berzikirlah kepada Allah sebanyak mungkin
agar kamu sekalian berjaya‰.
(b) Wasatiyyah dalam Akhlak
Wasatiyyah Islam dalam aspek akhlak dapat kita perhatikan apabila Islam
tidak seperti agama ciptaan yang lain di mana penganutnya terlalu idealis ă
membayangkan manusia seperti malaikat ataupun separuh malaikat.
Mereka itu menciptakan sesuatu sistem nilai dan peraturan-peraturan
moral yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh manusia. Islam juga kita
dapati tidak seperti agama ciptaan tertentu di mana penganutnya berfikiran
pragmatis yang tidak meletakkan kedudukan manusia di tempat yang
mulia sehingga sanggup menjadikan manusia seperti binatang.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
52 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
Islam, dalam pada itu, meletakkan kedudukan manusia dalam keadaan
wasatiyyah antara dua aliran atau fahaman di atas dengan melihat dan
meletakkan manusia di tempat yang sepatutnya. Islam juga melihat
manusia sebagai makhluk yang sempurna kejadiannya yang dilengkapkan
dengan al-`Aql, al-Ruh, al-Nafs, al-Qalb, fitrah, naluri dan rohani
kemanusiaan. Semuanya itu melayakkan manusia diberi amanah dan
tanggungjawab menjadi khalifah, menjadi pendakwah dan `abid di atas
muka bumi dalam rangka al-Habl minAllah, al-Habl min al-Nas dan al-
Habl min al-`Alam.
(c) Wasatiyyah di dalam Sistem Sosial antara Individu dan Masyarakat
Akhir sekali, kita lihat bagaimana Islam boleh meletakkan wasatiyyah
dalam sistem sosial yang melibatkan kebebasan individu dan kepentingan
masyarakat. Ini termasuklah dalam soal-soal yang melibatkan keserasian
hak dan kewajipan serta pengagihan kekayaan dan tanggungjawab secara
adil dan saksama. Islam telah meletakkan garis panduan tentang hak
individu dan masyakarat dalam sistem sosialnya. Sebagai contoh, dalam
zakat ada tanggungjawab individu dan hak masyarakat yang memerlukan
sebagaimana yang dikelompokkan dalam asnaf. Individu yang menjadikan
perniagaan sebagai profesionnya diberikan hak, tanggungjawab dan
kebebasan tertentu untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka tidak
disekat untuk meraih laba dan mencapai kekayaan, tetapi Islam
menentukan bahawa harta kekayaan tersebut hanyalah amanah dari Allah
S.W.T yang di dalamnya ada hak orang yang memerlukan, sebagaimana
yang dibincangkan dalam topik zakat.
Islam tidak seperti aliran yang menyuruh pengikutnya ke arah hidup
dalam serba kekurangan, kefakiran, kezuhudan dalam erti kata yang
sempit dan membujang dengan tujuan supaya dapat mencapai kefanakan
kerana dunia ini penuh dengan kezaliman, kejahatan dan kesusahan. Islam
juga tidak seperti aliran yang menyeru pengikutnya ke arah perkongsian
harta dan wanita. Islam juga tidak seperti aliran yang menyeru pengikutnya
ke arah kebebasan secara mutlak atau hampir-hampir mutlak dari sudut
pemilikan harta, berbicara, bertindak dan berseronok walaupun ia boleh
memudaratkan diri sendiri atau orang lain. Justeru dalam aliran ini,
individu boleh memiliki harta dengan cara yang difikirkan sesuai bagi
mencapai matlamat seperti monopoli, penipuan, riba, amalan hedonisme
dan sebagainya.
Islam juga tidak seperti aliran yang menyeru pengikutnya ke arah
pengurangan dan penghapusan nilai individu sehingga diberikan begitu
banyak tanggungjawab dan kewajipan dengan alasan bahawa individu
adalah juzuk-juzuk kecil dalam sistem masyarakat yang lebih besar.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 53
Dengan kata lain, matlamat utama mereka ialah masyarakat (dalam konteks
aliran ini ialah parti pemerintah) dan bukannya individu. Individu hanya
boleh memiliki sebahagian barangan peribadi dan harta yang boleh alih.
Individu juga tidak mempunyai hak untuk menentukan hala tuju
pemerintah dan tidak dibenarkan untuk menyatakan pendirian atau
kritikan terhadap pemerintah.
Islam memberikan pengiktirafan yang adil kepada individu, antaranya
ialah:
(i) Menjaga kehormatan nyawa individu bagi memastikan individu
memiliki hak kehidupan dan penghidupan.
(ii) Menjaga kehormatan atau harga diri.
(iii) Menjaga kehormatan harta dengan memastikan individu mempunyai
hak pemilikan yang sempurna.
(iv) Menjaga kehormatan rumah tangga.
(v) Menjaga hak kebebasan beragama dengan tidak memaksa orang
bukan Islam memeluk Islam.
(vi) Menjaga kebebasan memberikan pandangan, fikiran dan kritikan.
(vii) Menjaga tanggungjawab individu dengan timbangan dosa-pahala dan
syurga-neraka.
3.2.4 'Alamiyyah (Sejagat)
Islam adalah agama yang bersifat `alamiyyah atau memelihara kesejagatan yang
ditanzilkan kepada semua manusia tanpa mengira kelompok atau bangsa
tertentu. Sebab itulah Allah S.W.T mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W kepada
seluruh manusia, sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah SabaÊ ayat 28,
iaitu:
Ÿω Ĩ$Ζ¨ 9$# uYs 2ò &r ⎯£ Å3≈s9ρu #\ ƒÉ‹tΡuρ #Zϱo0 Ĩ$¨Ψ=Ïj9 πZ ù© $! Ÿ2 ω Î) 7y ≈oΨ=ù ™y ö‘&r !$tΒuρ
∩⊄∇∪ χš θϑß n=èô ƒt
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
54 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
Maksudnya:
„Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-
orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar);
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)‰.
Menurut `Abd al-Karim Zaydan (1993), `alamiyyah Islam ini tidak terhad kepada
sesuatu tempoh masa tertentu atau generasi tertentu kerana ia bersifat merentas
dan menjangkaui masa dan tempat. Oleh itu, Islam adalah agama yang kekal
abadi, tidak akan pupus, tidak akan mengalami perubahan dan tidak akan
dimansuhkan. Ini adalah kerana Islam mempunyai dasar, prinsip dan peraturan
yang mampu memenuhi keperluan manusia dan tidak menyusahkan mereka
atau menyebabkan mereka mundur. Islam yang ditanzilkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W merupakan rahmat kepada seluruh alam. Sifat rahmat ini
bermaksud memelihara kepentingan manusia dan menjauhkan manusia
daripada sebarang kejahatan dan keburukan. Sebab itu apabila direnungkan
dengan mendalam, mana mungkin Islam sebagai agama rahmat mengenepikan
kepentingan manusia dan keperluannya di dunia.
Di samping itu, Islam yang ditanzilkan adalah untuk membawa kebaikan dan
keamanan kepada manusia sebagaimana yang terkandung dalam makna Islam
seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Sebagai contoh, dalam Islam terdapat
satu perbincangan yang melibatkan ketatanegaraan iaitu fiqh al-Dawlah. Di situ
ada perbahasan tentang qisas atau balas bunuh. Ia disyariatkan untuk memenuhi
keperluan manusia iaitu memelihara kehidupan manusia dalam keadaan aman
damai, harmoni, tenang dan menghalang berlakunya pertumpahan darah
dengan memberi amaran kepada mereka yang cenderung untuk membahayakan
atau mengancam nyawa orang lain.
Islam juga mengadakan beberapa kelonggaran tertentu jika seseorang
berhadapan dengan situasi tertentu yang menjadi beban kepada dirinya untuk
melaksanakannya dan ia melampaui kemampuan semula jadi manusia. Perkara
ini telah kita bicarakan dalam perbincangan sebelum ini.
Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan dan dibincangkan di atas, terdapat
beberapa ciri lain yang tidak kurang pentingnya juga seperti Rabbaniyyah
(ketuhanan) yang melibatkan matlamat dan sumber, Insaniyyah (kemanusiaan)
dalam pelbagai aspek seperti ibadah dan akhlak dan Islam itu antara al-Thabat
(tegas) dan al-Murunah (anjal).
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI 55
AKTIVITI 3.2
1. Berikan pandangan anda bagaimana kita boleh melaksanakan Islam
yang bercirikan wasatiyyah dalam bidang-bidang berikut:
(a) Dakwah Islamiyyah; dan
(b) Pentadbiran dan pengurusan negara.
2. Jelaskan bagaimana ciri waqi`iyyah boleh diamalkan dalam
pelaksanaan amar makruf nahi munkar.
3. Bincangkan dengan rakan anda, adakah terdapat unsur-unsur
syumuliyyah dalam undang-undang ciptaan manusia. Mengapa?
4. Anda diminta membuat analisa terhadap matlamat dan objektif
syariah (maqasid al-Syari`ah) dan menghubungjalinkannya dengan
ciri Insaniyyah.
Islam adalah agama yang sebenarnya yang ditanzilkan oleh Allah S.W.T
kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk seluruh manusia.
Penamaan nama Islam dan muslimin kepada penganutnya adalah diberikan
sendiri oleh Allah S.W.T dalam kitab suci-Nya yang Maha Benar (iaitu al-
Quran) yang membezakan Islam dengan agama-agama dan aliran ideologi
ciptaan manusia walaupun agama-agama berkenaan juga mempunyai kitab
atau pegangan tersendiri.
Pemahaman maksud Islam sebagai agama tidak sama pemahamannya dalam
kerangka pemikiran bukan Islam.
Pemahaman terhadap ciri-ciri keistimewaan Islam yang sebenar boleh
mencerahkan kekeliruan yang berlaku di sekitar pemikiran bukan Islam dan
sekali gus menunjukkan bahawa Islam itu tinggi dan tiada agama lain boleh
mengatasinya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
56 TOPIK 3 ISLAM: PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI
`Alamiyyah Syumuliyyah
Al-Din Wa`qiyyah
Islam Wasatiyyah
`Abd al-Karim Zaydan. (1993). Usul al-da`wah. Beirut: MuÊassah al-Risalah.
Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2011). Islam dan sekularisme. Terjemahan
oleh Khalif Muammar A. Harris. Bandung: Institut Pemikiran Islam dan
Pembangunan Insan (PIMPIN) dengan kerjasama Centre For Advanced
Studies on Islam and Civilization (CASIS) UTM.
Yusuf Al-Qaradawi. (2012). Al-Madkhal Ila Ma`rifah al-Islam. Terjemahan
Muhammad Zaini Yahya. Bandar Baru Bangi: Syabab Book Link.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Tasawwur
4 Islam tentang
Pencipta
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan maksud Tauhid kepada Allah S.W.T;
2. Menerangkan sifat dan hakikat Allah S.W.T; dan
3. Menghuraikan kesan Tauhid dalam kehidupan insan.
PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan suatu perkara yang amat asas dalam
agama Islam. Ia juga adalah penentu kepada segala tindakan insan sama ada boleh
dikira sebagai sesuatu yang Islami atau sebaliknya. Ia menentukan kefahaman
insan yang benar dan tepat tentang makna keberadaan hidup di dunia dan
penghidupan di akhirat. Ia juga menentukan makna sebenar kebergantungan insan
kepada suatu Zat yang Maha Kuasa seperti yang dinyatakan-Nya sendiri melalui
wahyu yang ditanzilkan kepada Pesuruh-Nya, Muhammad S.A.W.
Melalui tanzil itulah Allah S.W.T menyatakan hakikat Diri-Nya, mengenai
mahkluk-Nya, penisbahan antara makhluk dengan Diri-Nya, perintah dan
larangan-Nya. Apa yang pasti bahawa faham tentang Dia sebagai Pencipta dan
Zat Yang Maha Kuasa adalah tidak sama dengan faham Tuhan dalam agama-
agama ciptaan. Malah pengikraran insan terhadap Wujud-Nya dan segala Sifat
serta AsmaÊ-Nya sebagaimana yang terkandung dalam kalimah tayyibah, LA
ILAHA ILLA ALLAH, memberikan suatu indikasi bahawa segala tindakan insan
adalah tertakluk pada penyaksian dan pengikraran kalimah tersebut. Jika insan
memahami maksud kalimah ini dengan benar dan tepat dan menterjemahkannya
dalam kehidupan, ia menunjukkan kepada kekesanan kalimah yang tauhid
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
58 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
bukan sahaja diucapkan di bibir tetapi turut diakui dalam al-Qalb serta
diterjemahkan dalam tindakan seharian.
4.1 TAUHID KEPADA ALLAH S.W.T
Kalimah Tauhid adalah kata terbitan daripada perkataan bahasa Arab, iaitu
Wahhada ă Yuwahhadu ă Tauhid, yang memberi maksud menjadikan sesuatu
itu satu. Jika kita meneliti kalimah Tauhid ini kita dapati perkataan wahid yang
bermaksud satu atau tunggal juga ada kaitan dengan istilah Tauhid.
Nabi Muhammad S.A.W menggunakan istilah Tauhid ketika Baginda S.A.W
mengutus sahabatnya, Mu`adz bin Jabal r.a, ke Yaman dengan katanya:
ﹶﻓﹾﻠَﻴ ﹸﻜ ْﻦ ﹶﺃ ّﻭ ﹶﻝ ﻣَﺎ ﺗَﺪْﻋُﻮﻫُﻢْ ِﺇﹶﻟْﻴِﻪ ﺇﱃ ﺃﻥ ﻳﻮﺣﱢﺪﻭﺍ ﺍﷲ،ﺇّﻧ َﻚ َﺗﹾﺄِﺗﻲ ﹶﻗ ْﻮﻣﹰﺎ ﹶﺃ ْﻫ ﹶﻞ ِﻛَﺘﺎ ٍﺏ
Maksudnya:
„Sesungguhnya kamu mendatangi suatu kaum dari golongan ahli kitab, maka
perkara pertama yang kamu perlu lakukan ialah berdakwah kepada mereka
supaya mentauhidkan Allah S.W.T⁄‰.
Sehubungan dengan itu, kalimah Tauhid adalalah suatu konsep yang
mempercayai dan meyakini bahawa Allah S.W.T itu Esa. Dalam konteks tauhid
sebagai disiplin ilmu, ia dikenali sebagai ilmu tauhid. Ilmu Tauhid merupakan
ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran akidah Islam. Ia
dinamakan sebagai ilmu Tauhid kerana pokok perbahasannya ialah untuk
mentauhidkan Allah S.W.T. Menurut Mohd Sulaiman Haji Yasin, akidah Islam
ialah kepercayaan dan keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang
mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, kudus dan suci seperti yang
diwajibkan oleh Islam. Ia juga suatu kepercayaan yang tersimpul kukuh dan
padu dalam jiwa seorang Muslim sehingga tidak mungkin akan terhurai dan
terputus walau apa pun jua keadaan dan suasana.
Secara umum, ilmu Tauhid membincangkan persoalan tentang keimanan kepada
Allah S.W.T, Kitab-kitab, para Rasul, Malaikat, hari Akhirat dan qadar baik dan
jahat. Ilmu Tauhid adalah ilmu yang paling mulia dan penting kerana ia berkait
rapat dengan Allah S.W.T, Rabb al-`Alamin (Tuhan semesta alam) dan
membahaskan kebesaran-Nya sebagai Pencipta Alam.
Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi serta Rasul terdahulu, tiada yang
dinamakan sebagai ilmu Tauhid. Walau bagaimanapun, persoalan Tauhid
merupakan topik atau mawdu` utama dalam misi dakwah para Nabi dan Rasul
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 59
termasuk Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana hadis yang dinyatakan sebelum
ini.
4.1.1 Kalimah Syahadah dan Konsepnya
Perkataan syahadah dari segi bahasa ialah al-Hudur wa al-Mu`ayanah, iaitu
hadir dan menyaksikan. Syahadah juga berkaitan dengan ilmu dan keyakinan
yang dihasilkan oleh kedua-dua keadaan (iaitu hadir dan menyaksikan). Oleh itu
apabila seseorang itu melafazkan kalimah syahadah dia sebenarnya
mengucapkan sesuatu lafaz untuk memberitahu sesuatu yang diketahuinya
berdasarkan ilmu dan keyakinannya kepada orang lain.
Manakala syahadah dari segi istilah ialah suatu lafaz yang khusus diucapkan
untuk mengkhabarkan ilmu pengetahuannya dan keyakinannya tentang hakikat
kewujudan Zat Allah S.W.T, tentang keesaan-Nya, tentang hakikat kenabian dan
kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Kalimah syahadah terangkum dalam lafaz
berikut, iaitu:
ﺷﻬﺎﺩﺓ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ ﻭﺃﻥ ﳏﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ
Kalimah syahadah ini perlu diketahui dan difahami oleh individu Muslim dalam
kehidupan mereka. Kalimah syahadah tidak sama dan setaraf dengan ucapan
biasa yang dilafazkan oleh seseorang. Ia merupakan lafaz yang amat penting
kerana mengandungi sesuatu yang amat penting iaitu penyaksian yang kudus ke
atas hakikat kebenaran Allah S.W.T. Ini dicapai dengan menafikan segala tuhan
yang tidak benar dan hanya mengiktiraf Allah sebagai Rabb al-`alamin. Justeru,
kita merasakan bahawa penterjemahan kalimah syahadah LA ILAHA ILLA
ALLAH oleh sesetengah ilmuan dalam bahasa Inggeris, iaitu „There is no god
but God‰ amat tidak tepat. Seolah-olah kita dapat membezakan antara tuhan
dengan Allah itu hanya menggunakan perkataan huruf kecil (god) dengan
perkataan huruf besar (God). Sebab itu dalam konteks penggunaan istilah Allah
oleh orang bukan Islam ia perlu dibincangkan dalam konteks tauhid dan konsep
syahadah yang benar. Ia tidak harus dibincangkan dalam konteks terminologi
bahasa semata-mata.
Syahadah juga mengandungi pengertian yang amat penting tentang hakikat
kebenaran Rasul-Nya. Justeru sebagai orang Islam, kita perlu mempunyai
tasawwur dan worldview yang benar dan tepat tentang konsep nubuwwah atau
kenabian. Perkara ini penting kerana manusia dalam sejarah kehidupannya tidak
akan merasai keadilan dan kebahagiaan tanpa bimbingan daripada Allah S.W.T.
Bimbingan ataupun hidayah ini tidak terus ditanzilkan oleh Allah S.W.T kepada
manusia melainkan melalui seorang Pesuruh-Nya, iaitu Rasul. Dalam konteks
umat akhir zaman, Pesuruh Allah S.W.T yang dimaksudkan di sini ialah Nabi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
60 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
Muhammad S.A.W. Baginda S.A.W adalah insan kamil yang mempunyai sifat
fizikal seperti manusia biasa (al-Basyar) dan disempurnakan dengan wahyu serta
akhlak terpuji. Melalui nubuwwah, manusia dapat mengenali risalah ilahiyyah
yang mengatur kehidupan insan di dunia bagi menghadapi kehidupan yang
kekal abadi di akhirat.
Lafaz syahadah atau penyaksian tauhid seperti yang diikat dengan kukuh dalam
jiwa dan al-Qalb, dituturkan dengan pengakuan lidah dan diterjemahkan dengan
pelaksanaan anggota badan merupakan suatu penyaksian peringkat tertinggi
pada peringkat akidah dan keimanan. Perkara ini dinyatakan oleh Allah S.W.T
dalam surah Ali `Imran ayat 18:
tμ≈9s Î) Iω 4 ÝÅ ó¡)É 9ø $$ Î/ $ϑJ ←Í !$s% ÉΟù=Ïè9ø #$ #( θ9ä 'ρ&é uρ èπs3×Í ¯≈=n ϑy ø9#$ ρu θu èδ ωÎ) tμ≈9s Î) ωI …çμΡ¯ &r !ª #$ y‰Îγ©x
∩⊇∇∪ ÞΟŠ6Å y⇔ø9#$ “⠃͖yêø9$# θu δè ωÎ)
Maksudnya:
„Allah menerangkan (kepada sekalian makhluk-Nya dengan dalil-dalil dan
bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat
serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang
demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰.
Pengakuan syahadah ini terjelma dan dapat dibuktikan melalui tindakan-
tindakan berikut:
(a) Azan yang dikumandangkan dan iqamah yang diucapkan sebelum
mendirikan solat.
(b) Solat yang didirikan sama ada yang wajib atau sunat.
(c) Zakat yang ditunaikan.
(d) Puasa yang dikerjakan dalam bulan Ramadhan atau bulan-bulan yang lain
(puasa sunat).
(e) Haji dan umrah yang ditunaikan.
(f) Takwa dalam konteks melakukan segala perintah Allah S.W.T dan
meninggalkan semua larangan-Nya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 61
4.1.2 Hakikat dan Sifat Allah S.W.T
Syed Muhammad Naquib al-Attas (2007), dalam bukunya Tinjauan Ringkas Peri
Ilmu dan Pandangan Alam, membincangkan satu topik yang penting, iaitu
berkenaan „Peri Tanzil dan Kesatuan Agama‰. Dalam topik itu, al-Attas
membincangkan konsep tauhid Allah S.W.T. Sebagai orang Islam kita perlu
meyakini bahawa hakikat dan sifat Allah S.W.T dinyatakan-Nya sendiri melalui
wahyu yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dalam erti kata lain,
melalui tanzil itulah Allah S.W.T menyatakan perihal hakikat dan sifat-Nya,
makhluk ciptaan-Nya, hubungan-Nya dengan makhluk, Jalan yang benar bagi
panduan makhluk melakukan pengabdian kepada-Nya.
Allah S.W.T memberitahu perihal hakikat dan sifat-Nya dalam bentuk kata-kata
yang Esa sifatnya, kata-kata yang tidak sama dengan kata-kata makhluk, kata-
kata yang tidak bersuara dan berhuruf, kata-kata yang disampaikan kepada Nabi
Muhammad makhluk yang paling mulia dengan kaedah tertentu dan ia
diucapkan oleh Baginda S.A.W dalam suatu bentuk bahasa Arab yang baru.
Faham mengenai perihal hakikat dan sifat-Nya itu tidak sama dengan faham
yang difahami oleh pelbagai adat, kebudayaan dan agama lain di dunia. Ini
kerana pelbagai adat dan agama lain itu mempunyai pandangan alamnya yang
tersendiri tentang wujud Allah dan keadaan-Nya yang Esa. Inilah yang
membezakan antara faham agama dalam Islam dengan faham agama dalam
agama dan kepercayaan ciptaan manusia seperti yang disentuh dalam Topik 1.
Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa kita seharusnya menolak konsep
kesatuan agama seperti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Berikut adalah beberapa perkara pemerian Allah S.W.T tentang hakikat dan sifat-
Nya sebagaimana yang dinyatakan dalam wahyu:
(a) Dia adalah Tuhan yang Esa.
(b) Dia Tuhan yang sentiasa hidup.
(c) Dia Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya.
(d) Dia Tuhan yang Qadim dan berkekalan wujud-Nya.
(e) Dia Tuhan yang Esa pada pihak Zat-Nya yang tidak mungkin ada
pembahagian dalam Zat-Nya.
(f) Dia Tuhan yang Esa pada pihak Sifat dan Af`al-Nya.
(g) Dia Tuhan yang maha Kuasa, maha Mengetahui, Berkehendak, Maha
Mendengar, Maha Berkata dengan perantaraan sifat-sifat-Nya, iaitu hayat
dan ilmu, kudrat dan iradat, sama` dan basar, dan kalam.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
62 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
Dalam surah al-Ikhlas, Allah S.W.T menyatakan tentang beberapa hakikat dan
sifat-Nya, iaitu:
َولَ ۡم يَ ُكن َّ ُلۥ٣ لَ ۡم يَ ِ ۡل َولَ ۡم يُو َ ۡل٢ ٱ َّ ُ ٱل َّص َم ُد١ قُ ۡل ُه َو ٱ َّ ُ أَ َح ٌد
٤ ُۢك ُف ًوا أَ َح ُد
Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah
yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia
tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang
serupa dengan-Nya‰.
Aspek keEsaan-Nya adalah aspek yang paling penting sebagaimana yang
termaktub dalam ayat 1 surah al-Ikhlas di atas. Aspek pengajaran Islam yang
paling asas adalah bagi seorang Islam mempersaksikan keEsaan Allah Taala. Ini
dikenali sebagai Tauhid. Antara kesan penyaksian yang amat penting ini ialah
kemunculan satu umat yang berasaskan Tauhid.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-NisaÊ ayat 1:
$yγy_ρ÷ y— $κp ÷]ΒÏ t,=n yzρu ;ο‰y Ïn≡uρ §< ø Ρ¯ ⎯ÏiΒ /ä3s)=n s{ “%Ï ©!#$ ãΝä3−/u‘ #( θà)?® $# â¨$¨Ζ9#$ $κp š‰'r ≈¯ tƒ
¨β)Î 4 tΠ%nt ö‘F{$#ρu ⎯μÏ Î/ βt θ9ä ™u $! |¡s? “Ï%©!$# ©!#$ #( θà)¨?$#ρu 4 [™$! |¡ΣÎ uρ #ZWÏ .x Zω%y`Í‘ $uΚκå ]÷ ΒÏ £]t/ρu
∩⊇∪ $Y6Š%Ï u‘ Νö 3ä ø‹n=tæ βt %.x !© #$
Maksudnya:
„Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah
menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan
daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya ă Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya ă zuriat keturunan ă lelaki dan perempuan yang ramai. Dan
bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana
sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu‰.
Dalam firman-Nya yang lain, Allah S.W.T menyatakan bahawa walaupun umat
yang satu ini berpecah kepada pelbagai bangsa dan suku, lelaki dan perempuan,
ia tetap satu dalam matlamat hidupnya di bumi dan destinasi akhirnya.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 63
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hujurat ayat 13:
4 (#θþ ùè u‘$èy tG9Ï Ÿ≅Í←$! 7t %s ρu $/\ θãèä© öΝä3≈oΨ=ù yèy_uρ 4©\s Ρ&é uρ 9 .x Œs ⎯ÏΒi /3ä ≈oΨø)=n yz $Ρ¯ )Î ¨â $Ζ¨ 9#$ $κp ‰š 'r ≈¯ ƒt
∩⊇⊂∪ ×Î7yz Λî ⎧Î=tã ©!#$ ¨β)Î 4 öΝ3ä 9s)ø?r& !« #$ ‰y ΨÏã /ö 3ä tΒt ò2&r ¨βÎ)
Maksudnya:
„Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada
lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang
yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)‰.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Dhariyat ayat 56:
∩∈∉∪ βÈ ρ‰ß ç7è÷ ‹u 9Ï ωÎ) §} Ρ}M $#uρ ⎯£ Åg:ø $# àMø)=n zy $tΒuρ
Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.
Dalam surah Yasin ayat 82, Allah S.W.T menyatakan bahawa Dia berkuasa
menjadikan sesuatu tanpa terikat kepada sesuatu syarat:
∩∇⊄∪ βã θä3Šu sù ⎯.ä …çμ9s Αt θ)à ƒt β&r $º↔ø‹x© yŠ#u‘r& #! Œs )Î …ÿ νç ãΒø r& !$yϑ¯ΡÎ)
Maksudnya:
„Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya
sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! "
maka ia terus menjadi‰.
Dalam surah al-Rahman ayat 3, Allah S.W.T menjelaskan bahawa Dia berkuasa
mencipta manusia:
∩⊂∪ ⎯z ≈¡| Σ}M #$ šY=n y{
Maksudnya:
„Dia lah Yang telah menciptakan manusia‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
64 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
Allah S.W.T juga berkuasa mencipta binatang dan tumbuh-tumbuhan
sebagaimana firman-Nya berikut dalam Surah Nuh: 17 dan Surah Ghafir: 79:
∩⊇∠∪ $?Y $7t tΡ ÇÚ‘ö {F #$ ⎯z iΒÏ /3ä tF;u Ρ/ &r ª!$#ρu
Maksudnya:
„Dan Allah telah menumbuhkan (untuk) kamu (hidup daripada benda-benda
yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sangat sempurna‰.
∩∠®∪ šχθè=ä.ù's? $pκ]÷ ÏΒuρ $pκ]÷ ΒÏ #( θ7ç Ÿ2÷ It Ï9 Νz ≈yèΡ÷ F{$# Νã ä3s9 Ÿ≅èy _y “Ï%!© $# ª!#$
Maksudnya:
„Allah yang menjadikan binatang ternakan bagi kamu; sebahagian antaranya
untuk kamu menunggangnya, dan sebahagian lagi untuk kamu makan‰.
Dalam surah al-Syura ayat 11 berikut, Allah S.W.T menyatakan kekuasaan-Nya
menciptakan langit dan bumi, manusia dan binatang secara berpasangan supaya
kelangsungan generasi berikutnya dapat diteruskan. Allah S.W.T juga
menegaskan bahawa Dia tidak menyerupai dengan sesuatu pun daripada
makhluk yang diciptakan dan Dia Maha Mendengar dan Melihat.
Firman Allah S.W.T:
ÉΟ≈yè÷ΡF{$# ⎯z ΒÏ uρ $_[ ≡ρu —ø &r öΝä3¡Å à Ρr& ⎯ô ΒÏi /3ä 9s Ÿ≅yèy_ 4 ÚÇ ö‘{F $#uρ NÏ ≡θu ≈yϑ¡¡ 9$# ã ÏÛ$sù
∩⊇∪ ç ÁÅ 7t 9ø $# ìß ŠϑÏ ¡¡9#$ θu èδuρ ( ֙x ⎯ÏμÎ=W÷ ϑÏ .x }§Šø s9 4 μÏ ŠÏù öΝ.ä τä ‘u ‹õ tƒ ( $[_≡uρ—ø r&
Maksudnya:
„Dia-lah (Tuhan) yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu
pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-
binatang ternakan pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); Dengan jalan
yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. tiada
sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, dan pentadbiran-
Nya) dan Dia-lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat‰.
Allah S.W.T juga menggunakan kiasan dan perumpamaan tertentu untuk
menyatakan hakikat dan sifat-Nya bagi memudahkan pemahaman manusia
sebagaimana yang termaktub dalam surah al-Rum ayat 27:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 65
’4 ?n ôãF{#$ ã≅sVϑy ø9#$ ã&s!ρu 4 Ïμø‹n=ãt χÜ θu δ÷ &r uθèδuρ …νç ߉‹èÏ ƒã ¢ΟèO ,t ù=⇐y ø9#$ (#äτy‰7ö ƒt “%Ï !© $# uθèδρu
∩⊄∠∪ ÞΟ‹Å3ys9ø $# “⠃͕èy ø9$# uθèδuρ 4 ÚÇ ‘ö {F $#uρ NÏ ≡uθ≈Κu ¡¡9$# ’Îû
Maksudnya:
„Dan Dia-lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Dia
mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan
yang demikian amatlah mudah baginya. dan bagi-Nyalah jua sifat yang tertinggi
di langit dan di bumi, dan Dia-lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana‰.
AKTIVITI 4.1
1. Bincangkan dengan rakan anda perkara-perkara yang boleh
menjejaskan kalimah syahadah yang diucapkan oleh seseorang Muslim.
2. Kemukakan pandangan anda apakah kaedah yang berkesan untuk
mengajar dan mempelajari ilmu Tauhid.
4.2 KESAN TAUHID DALAM KEHIDUPAN
INSAN
Setelah kita mengetahui pengertian Tauhid dan hakikat serta sifat Tuhan Yang
Maha Esa sebagimana yang telah dinyatakan dalam al-Quran, kita lihat pula
kesan Tauhid dalam kehidupan insan. Perbincangan ini penting bagi
menunjukkan bahawa Tauhid bukan sahaja melibatkan latihan pemikiran,
kepercayaan dalam jiwa dan al-Qalb tetapi merupakan suatu yang praktikal
dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, penerimaan Tauhid ini melibatkan dua
perkara, iaitu kepercayaan dan pelaksanaan sistem yang mengatur kehidupan
insan. Sebagai orang Islam, kita wajib menerima kedua-dua perkara. Orang
bukan Islam, bagaimanapun, boleh menerima pelaksanaan sistem.
Menurut Abdul Majid Aziz al-Zindani (2004) dalam Kitab al-Tawhid, seseorang
yang tidak memahami Tauhid dalam erti kata yang sebenar diibaratkan sebagai
seorang buta. Dia tidak mengetahui siapa Penciptanya, kenapa dia diciptakan,
apakah hikmah kewujudannya di atas muka bumi dan sebagainya. Di samping
itu, dia akan menjadikan setiap tindakannya adalah bermatlamatkan kesenangan
di dunia tanpa memikirkan kehidupan selepas kematian, iaitu di alam barzakh
dan di alam akhirat. Justeru, dia akan mencari kemewahan dan kesenangan
hidup di dunia tanpa memikirkan halal dan haram. Dia akan sentiasa menjadi
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
66 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
seorang yang individualistik dan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri
sahaja. Apabila keadaan ini berada dalam jiwa seseorang dibimbangi Allah S.W.T
akan menurunkan azab-Nya keatas manusia.
Di samping itu, menurut al-Zindani, terdapat beberapa kesan atau implikasi
Tauhid dalam kehidupan insan, antaranya, ialah:
(a) Insan yang mentauhidkan Allah S.W.T dan beriman kepada-Nya serta para
Rasul-Nya mengetahui tujuan dia diciptakan. Dia akan menjalani
kehidupannya di dunia di atas jalan yang lurus, iaitu jalan yang diredhai
oleh Allah S.W.T. Dia amat menyedari dan mengetahui permulaan
kehidupannya dan pengakhirannya.
(b) Dengan Tauhid menjadikan al-Qalb insan bersatu di bawah naungan Allah
yang Esa, Kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Dengan
ini, akan menumbuhkan sifat berkasih sayang dan bersaudara. Masyarakat
yang bertauhid dan beriman adalah masyarakat yang menjunjung
semangat tolong-menolong atas nama ketakwaan. Mereka akan bekerja
untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T. Mereka takut untuk melakukan
maksiat dan segala perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T seperti mencuri,
membunuh, berzina, menipu, melakukan rasuah dan sebagainya. Apabila
mereka berpegang teguh pada Tauhid dalam erti kata yang sebenar,
mereka inilah yang digambarkan oleh Allah S.W.T dalam al-Quran melalui
surah Ali `Imran ayat 110:
⎯Ç tã šχöθγy ÷Ψ?s uρ ∃Å ρãè÷ ϑy ø9$$/Î tβρâßΔ'ù s? ¨Ä $¨Ψ=Ï9 ôMy_Ì z÷ é& >π¨Βé& u özy öΝGç Ζä.
4 Νßγ9© #Z özy βt %s3s9 =É ≈Gt 6Å ø9#$ ≅ã ÷δr& š∅Βt #u™ θö s9ρu 3 «!$$Î/ tβθΖã ΒÏ σ÷ ?è ρu Ì x6Ζϑß ø9$#
∩⊇⊃∪ βt θà)¡Å ≈x9ø #$ Νã èδç Ys 2ò &r ρu χš θãΨΒÏ ÷σϑß 9ø #$ Νã γß Ζ÷ ΒÏi
Maksudnya:
„Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman
(sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi
mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka
adalah orang-orang yang fasik‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 67
(c) Apabila Tauhid difahami dan diterjemahkan dalam kehidupan, ia akan
membuahkan pelbagai amalan soleh yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Dengan ini, pintu keberkatan dan kebajikan akan dibuka dan akhirnya
mereka akan meraih kemenangan dalam menghadapi segala rintangan dan
ancaman musuh. Firman Allah S.W.T dalam surah al-A`raf ayat 96:
™Ï !$yϑ¡¡9$# ⎯z ÏiΒ M; ≈x.t/t ΝκÍ ön=tã $Ζu ósGt xs9 #( öθs)¨?#$ uρ #( θãΖtΒ#™u #“t)à ø9#$ ≅Ÿ δ÷ r& β¨ r& θö 9s ρu
∩®∉∪ βt θ7ç Å¡3õ tƒ #( θΡç $2Ÿ $ϑy Î/ Μγß ≈Ρt ‹õ s{'r sù #( θç/¤‹x. ⎯Å3≈9s ρu ÇÚ‘ö {F #$ uρ
Maksudnya:
„Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta
bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka
dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan‰.
Untuk memahami kesan dan implikasi Tauhid dalam kehidupan insan,
cuba kita ikuti perbincangan di bawah yang lebih menjurus kepada sektor-
sektor tertentu. Ia melibatkan kegiatan dan aktiviti insan seperti dalam
sektor ekonomi dan sebagainya.
4.2.1 Tauhid dan Ekonomi
Menurut Yusuf al-Qaradawi (2010), dalam kitabnya Daur al-Qiyam wa al-Akhlaq
Fi al-Iqtisad al-Islami, ekonomi yang sebenarnya adalah bersifat Rabbani
(ketuhanan). Perkara ini amat penting kerana dasar dan prinsip bagi seluruh
kegiatan ekonomi adalah kerana Allah S.W.T. Matlamatnya adalah menuju
kepada Allah S.W.T dan segala saranannya tidak bercanggah dengan apa yang
disyariatkan oleh Allah S.W.T. Sebagai contoh, seseorang yang bekerja di
pelbagai sektor sama ada pertanian, perlombongan, perkhidmatan dan
sebagainya, segala pekerjaan dan kegiatannya adalah dikira sebagai ibadah. Oleh
itu, jika pekerjaan yang dilakukannya itu bertambah baik dan bermutu atau
berkualiti, bertambahlah pula ketakwaannya kepada Allah S.W.T dan semakin
dekatlah hubungan-Nya dengan Allah S.W.T.
Begitu juga sekiranya seseorang itu menggunakan suatu benda atau menikmati
makanan yang baik, dia akan sentiasa beranggapan bahawa semua rezeki
datangnya daripada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah
ayat 172:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
68 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
βÎ) ¬! #( ρã ä3©ô $#uρ öΝä3≈Ψo %ø —y ‘u $Βt MÏ ≈6t ŠhÍ Ûs ⎯ÏΒ (#θ=è 2à (#θΖã Βt #™u š⎥⎪Ï%!© $# $y㕃'r ≈¯ tƒ
∩⊇∠⊄∪ šχρ߉ç7÷ès? νç $ƒ− Î) óΟçFΖà2
Maksudnya:
„Wahai orang-orang yang beriman! makanlah benda-benda yang baik (yang
halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah,
jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya‰.
Dalam contoh yang lain pula, apabila seseorang melakukan akad dalam urusan
jual beli dan sebagainya, dia akan sentiasa memikirkan dan berdiri pada batasan
yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Dengan ini, dia akan mengelakkan
menggunakan sumber yang haram bagi mengembangkan aktiviti ekonominya,
tidak mengamalkan riba dan rasuah, menghindarkan perkara-perkara yang
syubhat dan sebagainya. Dia juga akan sentiasa memikirkan bahawa kelebihan
yang ada padanya adalah suatu amanah yang perlu ditunaikan dan akan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Justeru itulah, dia tidak akan
meninggalkan kewajipan solat dan zakat. Oleh itu, dalam usaha memenuhi
keperluan dirinya, dia tetap menjalinkan perhubungan dengan Allah S.W.T dan
perhubungan dengan insan yang lain.
Dalam pada itu, Islam sebagai agama Tauhid mengajarkan bahawa ekonomi
bukanlah matlamat dan tujuan kehidupan. Ia adalah hanya salah satu keperluan
manusia untuk dapat meneruskan kehidupan. Dalam erti kata lain, ekonomi
hanyalah penolong atau pelengkap kepada manusia dan berkhidmat untuk
akidah dan risalahnya sahaja. Dalam ekonomi yang berteraskan Tauhid dan
Rabbaniyyah inilah bagaimana manusia dapat dipandu supaya tetap
menyembah Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Quraysh ayat 4:
∩⊆∪ ∃¤ öθyz ⎯ô iΒÏ Νγß oΨΒt #™u uρ í8 θã_ ⎯ΒÏi Ογß yϑyèôÛr& ”ü Ï%©!#$
Maksudnya:
„Tuhan yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka daripada
kelaparan, dan mengamankan mereka daripada ketakutan‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 69
Inilah yang membezakan ekonomi dalam perspektif Tauhid dengan ekonomi
dalam kerangka pemikiran dan worldview bukan Islam. Dalam kerangka dan
perspektif bukan Islam, manusia menjadi hamba ekonomi seolah-olah ekonomi
itu adalah tuhan yang dijadikan matlamat untuk kehidupan di dunia.
Menurut Mohd Sulaiman Haji Yasin (1987), dalam buku Pengantar Aqidah,
metodologi asas dalam pembentukan sistem ekonomi ialah kesedaran yang
mendalam dan bermakna bahawa yang mencipta itulah yang mengetahui
hakikat yang diciptanya. Ini termasuklah dalam soal pemberian hidayah dan
anugerah kemakmuran. Mesej ini mengisyaratkan bahawa sesiapa yang
mengikut hidayat Allah maka dia tidak akan sesat, susah dan sengsara dalam
menjalankan kegiatan ekonomi. Kenyataan ini dapat kita fahami dengan jelas
apabila kita perhatikan firman Allah S.W.T berikut melalui surah al-Hadid ayat
331 ayat 25:
Πt θ)à ‹u Ï9 χš #”u Ïϑø9#$ ρu |=≈tG3Å ø9$# ΟÞ ßγyètΒ $uΖ9ø t“Ρr&ρu ÏM≈Ζu iÉt7ø9$$ /Î $Ψo =n ™ß ‘â $uΖù=y™‘ö r& ‰ô )s 9s
ª!$# zΝ=n ÷è‹u 9Ï ρu ¨Ä $Ζ¨ =9Ï ìß Ï≈oΨΒt uρ ‰Ó ƒÏ‰x© Ó¨ù'/t μÏ ŠùÏ y‰ƒ‰Ï ptø:#$ $Ζu 9ø “t Ρr&ρu ( ÝÅ ó¡É)9ø $$/Î ¨â $¨Ψ9$#
∩⊄∈∪ “Ö ƒ“Ì ãt ;“Èθs% !© #$ β¨ )Î 4 Í=‹ø tóø9$$ /Î …ã&#s ß™‘â uρ …νç ç ÇÝ Ζƒt ⎯tΒ
Maksudnya:
„Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-Rasul Kami dengan
membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah
menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi
neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah
menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta
berbagai faedah lagi bagi manusia (dijadikan besi dengan keadaan yang
demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan
mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang
(menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan
agama Allah serta menolong Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak
kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa‰.
Berdasarkan ayat tersebut, kita boleh memahami mesej yang disampaikan
sebagaimana dijelaskan di dalam Jadual 4.1:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
70 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
Jadual 4.1: Antara Mesej yang Disampaikan Melalui
Surah Al-Quran berkaitan Kegiatan Ekonomi
Surah Penerangan
‰y ƒ‰Ï ptø:$# $Ζu 9ø t“Ρr&uρ Allah S.W.T menurunkan besi dalam konteks Dia
telah menyediakan di bumi suatu bahan galian yang
sangat penting dalam pembangunan sektor
pembuatan, pembinaan dan perindustrian.
¨Ä $Ζ¨ =Ï9 ìß Ï≈oΨtΒρu ‰Ó ƒ‰Ï ©x ¨Ó 'ù t/ μÏ ŠÏù Allah S.W.T menyatakan kepentingan bahan galian
besi dalam dua bentuk, iaitu mempunyai kekuatan
yang hebat dan mempunyai banyak faedah kepada
manusia. Kepentingan pertama bermaksud kekuatan
dari sudut persenjataan yang diperlukan dalam
keselamatan ketenteraan bagi memastikan keamanan
dan mengawal ancaman musuh.
Kepentingan kedua merujuk kepada keperluan
negara untuk pembangunan dan ketamadunan
manusia.
“Ö ƒÌ“tã ;“θÈ %s ©!$# ¨β)Î Allah S.W.T menyatakan dan mengisytiharkan hakikat
dan sifat-Nya, iaitu Maha Kuat dan Maha Berkuasa.
Kenyataan itu mengisyaratkan bahawa anugerah yang
diberikan oleh Allah S.W.T dalam membangunkan
ekonomi melalui sumber tertentu tidak akan berjaya
sekiranya manusia tidak menyandarkan kepada
Pencipta dan Pemberi rezeki yang memiliki sifat
perkasa dan amat berkuasa. Keupayaan manusia
hanyalah terbatas untuk memakmurkan bumi melalui
aktiviti ekonomi tetapi rahmat Allah S.W.T yang
menciptakan sumber ekonomi dan menganugerahkan
nikmat kemakmuran ekonomi itulah yang paling
penting.
Di samping itu, Mohd Sulaiman Haji Yassin (1987), turut mengemukakan asas-
asas Tauhid dalam sistem ekonomi yang mudah difahami supaya kita boleh
melihat kesan Tauhid dalam kehidupan insan terutama dalam konteks aktiviti
ekonomi. Antara asas tersebut ialah seperti berikut:
(a) Bumi diciptakan oleh Allah S.W.T untuk kegunaan dan manfaat manusia.
(b) Manusia ialah khalifah Allah di atas muka bumi yang ditugaskan untuk
memakmurkan dan mentadbir bumi mengikut landasan yang ditetapkan
oleh Allah S.W.T.
(c) Keperluan dan sumber yang disediakan adalah untuk manusia sebagai
khalifah untuk diuruskan dengan sebaik mungkin.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 71
(d) Kuasa mutlak adalah milik Allah S.W.T kerana Allah S.W.T adalah pemilik
hakiki.
(e) Hak orang lain dalam harta kekayaan, Ini kerana manusia hanya diberi
amanah untuk menguruskannya dengan baik.
(f) Bekerja dan berusaha melaksanakan perintah Allah S.W.T dalam segala
kegiatan supaya keterikatan dan kebergantungan hanya kepada-Nya.
(g) Harta kekayaan hanyalah alat perantaraan untuk melakukan ketaatan
kepada Allah S.W.T dan bukannya sebagai matlamat yang utama.
(h) Harta kekayaan merupakan ujian Allah S.W.T kepada manusia sama ada
manusia boleh mensyukuri nikmat tersebut atau sebaliknya.
4.2.2 Tauhid dan Pendidikan
Sekarang, kita lihat pula kesan Tauhid terhadap bidang pendidikan. Konsep
pendidikan yang berteraskan Tauhid juga berkait rapat dengan konsep ilmu
dalam pandangan Islam. Walau bagaimanapun, kita tidak akan membincangkan
aspek ilmu dalam topik ini tetapi dalam topik yang akan datang.
Dalam ajaran Islam, manusia menduduki kedudukan yang mulia dalam senarai
penciptaan mahkluk Allah S.W.T. Manusia adalah khalifah dan hamba Allah
S.W.T. Perbincangan tentang pandangan Islam terhadap manusia akan dibuat
dalam topik yang akan datang. Matlamat asas pendidikan ialah pembangunan
individu supaya keupayaan intelektual, fizikal dan kedalaman rohani akan
membolehkan insan melaksanakan peranannya sebagai khalifah dan hamba
Allah S.W.T. Untuk melihat kaitan antara peranan manusia dalam kerangka
Tauhid dan hubungannya dengan pendidikan, mari kita lihat rumusan
Persidangan Sedunia yang Pertama mengenai Pendidikan Islam yang diadakan
di Makkah pada tahun 1977. Menurut Persidangan yang dihadiri oleh sejumlah
313 orang para sarjana Islam dari seluruh pelosok dunia itu:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
72 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
Rajah 4.1: Rumusan persidangan sedunia yang pertama mengenai Pendidikan Islam
Sumber: Wan Mohd Nor Wan Daud (1994)
Melalui kenyataan di atas, cuba kita lihat analisa yang dilakukan oleh Wan Mohd
Nor Wan Daud (1994), untuk kita memahami kesan Tauhid terhadap pendidikan.
Beliau mengkelompokkan analisa tersebut kepada beberapa aspek seperti
kerohanian (afektif), intelektual (kognitif) dan ketrampilan psikomotor (rujuk
Rajah 4.2).
Rajah 4.2: Tiga aspek tauhid dalam pendidikan
Sekarang, mari kita lihat aspek-aspek tersebut satu persatu.
(a) Kerohanian (Afektif)
Antara objektif pendidikan dalam Islam ialah untuk memupuk dan
menyemai:
(i) Kesedaran akan kemurahan dan kekuasaan Allah S.W.T yang sejagat
sifatnya dalam pemikiran dan tindakan.
(ii) Kesedaran akan status dan matlamat akhir insan di dunia dan
hubungannya dengan Allah S.W.T, alam tabii dan sesama insan.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 73
(iii) Kesanggupan mematuhi peraturan-peraturan Islam.
(iv) Kesabaran dalam menghadapi ujian-ujian ketika berusaha mencapai
matlamat yang ditetapkan dalam Islam.
(v) Keinginan, keberanian dan bertanggungjawab dalam mencari,
menyatakan dan mempertahankan sesuatu kebenaran dan keadilan.
(vi) Kebencian terhadap kezaliman dan kejahilan dan bertekad untuk
membetulkannya secara bijaksana dan tepat.
(b) Intelektual (Kognitif)
Antara objektif dalam bidang ini bertujuan untuk:
(i) Memiliki ilmu pengetahuan dan pemahaman yang tepat serta benar
tentang semua bentuk worldview dalam Islam.
(ii) Memahami semua aspek syariah Islamiah.
(iii) Berilmu dan menganalisis aliran-aliran serta keperluan suasana
sejarah yang ada yang meliputi aspek-aspek seperti ritual, kehakiman,
ekonomi, sosiopolitik dan ketenteraan.
(iv) Aplikasi idea dan ideal tentang Islam kepada keadaan sejarah dalam
bidang individu dan masyarakat.
(c) Ketrampilan Psikomotor
Antara objektif dalam bidang ini ialah untuk:
(i) Menumpukan semua amalan demi mencari keredhaan Allah S.W.T
melalui rumusan lisan dan tujuan psikologi atau niat.
(ii) Berupaya membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran.
(iii) Menunaikan semua kewajipan yang difardhukan sama ada dalam
bentuk fardhu ain mahupun fardhu kifayah.
AKTIVITI 4.2
1. Bincangkan dengan rakan anda, kesan Tauhid terhadap bidang politik.
2. Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari sudut kesan Tauhid
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah
dan institut pengajian tinggi.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
74 TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA
Persoalan Tauhid adalah suatu yang fundamental dalam ajaran Islam yang
menentukan asas tasawwur yang jelas kepada penganutnya.
Penyaksian yang benar dan bermakna terhadap keEsaan Allah S.W.T
memberikan kesan yang positif dalam kehidupan orang Islam.
Wahyu merupakan sumber yang berautoriti dalam menyatakan dan
membincangkan hakikat dan sifat Allah S.W.T kerana ia dinyatakan sendiri
Allah S.W.T melalui Pesuruhnya, Nabi Muhammad S.A.W.
Pemahaman yang jelas, benar dan bermakna tentang konsep Tauhid akan
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap amalan dan kegiatan insan di
dunia yang akhirnya membuahkan natijah yang diredhai oleh Allah S.W.T.
Hakikat dan sifat Ketuhanan Tauhid
Syahadah Tauhid dan kehidupan insan
Tanzil dan wahyu
Abdelaziz Berghout (Ed.). (2009). Introduction to the Islamic worldview: Study of
selected essentials. Gombak: IIUM Press.
Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).
Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.
Abdul Majid Aziz Al-Zindani. (2004). Kitab al-Tawhid (Terjemahan). Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 4 TASAWWUR ISLAM TENTANG PENCIPTA 75
Isma`il Raji Al-Faruqi. (1995). Al-Tawhid: Its implications for thought and life.
Cetakan ke-3. Herndon, Virginia, USA: International Institute of Islamic
Thought.
Mohd. Sulaiman Haji Yasin. (1987). Pengantar aqidah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep ilmu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusuf Al-Qaradawi. (2010). Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami
(Terjemahan: Mohamad Dahlan Haji Arshad). Kuala Lumpur: BLUE-T
Publication Sdn. Bhd.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
Topik Tasawwur
5 Islam tentang
Alam
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan konsep alam menurut pandangan Islam;
2. Menerangkan jenis-jenis alam yang dilalui oleh insan; dan
3. Menghuraikan konsep istikhlaf dalam alam syahadah/nyata.
PENGENALAN
Dalam topik ini, kita akan membincangkan pandangan Islam tentang alam. Ini
termasuklah perbincangan tentang jenis-jenis alam yang dilalui oleh insan iaitu
alam roh, alam syahadah, alam barzakh dan alam akhirat yang kekal abadi. Di
samping itu kita juga akan membahaskan konsep istikhlaf dalam alam syahadah
atau alam nyata.
5.1 KONSEP ALAM MENURUT PANDANGAN
ISLAM
Perbincangan tentang alam ini amat penting untuk melihat siri-siri perjalanan
seorang insan daripada noktah permulaannya sehingga menuju ke destinasi yang
kekal abadi. Faham tentang alam dengan erti kata yang sebenar menjadikan
insan memahami matlamat kejadian dan kehidupan di dunia dan di akhirat.
Kefahaman yang jelas tentang alam amat penting bagi membezakan tasawwur
atau worldview yang benar dengan kefahaman tentang alam yang dianuti oleh
tasawwur atau worldview Barat. Jika ini tidak difahami dengan betul dan tepat,
maka kita dapati berlakunya kepincangan dalam mengurus dan mentadbir alam
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM 77
ini. Oleh kerana itulah Islam memulakan kehidupan seseorang insan dengan
alam arwah, alam rahim, alam nyata, alam barzakh dan diakhiri dengan alam
akhirat. Sementara Barat hanya melihat kepada alam rahim dan alam nyata
sahaja. Maknanya, dengan kematian, bagi mereka, maka berakhirlah
penghidupan seseorang manusia. Tiada yang dikenali sebagai pembalasan yang
hakiki. Tiada kaitan antara kehidupan di alam nyata dengan alam akhirat.
Manusia boleh sesuka hati melakukan apa yang difikirkan sesuai dengan akal
mereka. Inilah antara faham sekularisme yang melanda pemikiran kebanyakan
orang. Sebab itulah ada orang yang melakukan maksiat dan kejahatan di dunia
dengan maksud ia akan berakhir di dunia tanpa ada pembalasan di alam akhirat
sebagaimana yang difahami dalam kerangka tasawwur dan worldview Islam.
Kematian bukanlah persinggahan terakhir seseorang insan. Kematian juga bukan
merupakan fasa terakhir dalam peringkat kewujudan insan. Ia merupakan
penghijrahan daripada satu fasa kepada satu fasa baharu dalam kehidupan yang
lain. Pada masa itulah insan menerima balasan dan ganjaran yang sebenar
terhadap segala perbuatan yang dilakukan sebelum ini.
Justeru, perbincangan tentang alam ini secara umumnya terbahagi kepada dua,
iaitu:
(a) Fenomena yang nyata seperti yang terbentang di alam nyata dan alam
semesta. Ini termasuklah makhluk yang menghuni bumi. Oleh itu
perbincangan dalam tajuk ini akan melihat penghidupan manusia di alam
nyata atau alam syahadah.
(b) Sesuatu yang berada di luar jangkauan persepsi manusia. Ini dipanggil juga
sebagai perkara ghaybiyyat. Ini termasuklah makhluk yang bernama jin
dan malaikat, peristiwa-peristiwa lampau sebagaimana kisah para nabi dan
rasul terdahulu serta realiti alam yang selain alam nyata.
5.1.1 Alam Arwah/Roh
Perbincangan tentang alam arwah/roh ini berkait rapat dengan sesuatu yang
berlaku sebelum kejadian insan di alam secara biologi. Pada ketika itu, yang
dinamakan kewujudan tidak tergambar dan tidak mengetahui sama ada
seseorang itu boleh berwujud sebagaimana sekarang. Pada ketika itu
kebergantungan kepada Allah S.W.T sangat kuat sehingga dapat menyaksikan
ketauhidan-Nya tanpa berbelah bahagi. Inilah yang dijelaskan oleh Allah S.W.T
dalam surah al-A`raf ayat 172 sebagaimana berikut:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
78 TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM
öΝκÍ ¦Å à Ρ&r #’?n ãt öΝèδy‰κp ô−&r uρ Νö åκtJ−ƒÍh‘èŒ óΟÏδÍ‘θγß ßà ⎯ΒÏ Πt Šy #u™ ©û _Í t/ .⎯ÏΒ 7y /• u‘ x‹{s &r øŒ)Î ρu
ô⎯ãt $Ζ¨ 2à $Ρ¯ Î) πÏ yϑ≈uŠ)É ø9#$ Πt θö ƒt (#θä9θà)s? χ&r ¡ !$tΡô‰Îγ©x ¡ 4’n?/t #( θ9ä $s% ( öΝ3ä /În tÎ/ Mà ¡ó s9r&
∩⊇∠⊄∪ t⎦,#Î Ï ≈xî #x‹≈yδ
Maksudnya:
„Dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-
anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan
mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firman-
Nya): „Bukankah Aku Tuhan kamu?‰ mereka semua menjawab: „Benar
(Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi‰. Yang demikian supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak: „Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak
diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini‰.
Justeru, peringatan tentang kehidupan di alam seterusnya, iaitu di alam
syahadah, alam barzakh dan alam akhirat amat penting untuk memberitahu
insan tentang penyaksian yang pernah dilafazkan ketika berada di alam arwah.
Penyaksian dan pengucapan kalimah tauhid di peringkat itu juga merujuk
kepada konsep fitrah dalam kejadian insan. Sebab itulah setiap bayi yang
dilahirkan berada dalam keadaan fitrah sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W. Ini juga disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-Rum
ayat 30:
≅Ÿ ƒ‰Ï 7ö ?s Ÿω 4 $κp ön=tæ ¨} $Ζ¨ 9$# t sÜsù ©ÉL©9#$ «!$# |Nt ôÜùÏ 4 $Z‹ΖÏ ym È⎦⎪e$Ï #Ï9 y7yγô_uρ Οó %Ï 'r ùs
∩⊂⊃∪ βt θϑß n=ôèƒt ωŸ Ĩ$Ζ¨ 9$# usYò2&r ∅Å3≈s9ρu ΟÞ ÍŠh )s ø9#$ Ú⎥⎪$eÏ !$# š 9Ï ≡Œs 4 !« $# ,È ù=⇐y Ï9
Maksudnya:
„(setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan
pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari
kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia dari semula jadinya) untuk menerimanya;
tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama
yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM 79
5.1.2 Alam Syahadah/Nyata
Kehidupan di alam syahadah atau nyata adalah bersifat sementara. Kehidupan di
dunia sementara ini adalah untuk beramal. Sebab itulah alam syahadah ini juga
dikenali sebagai tempat beramal. Kita dituntut beramal dalam tempoh masa
tertentu mengikut matlamat kejadian kita sebagaimana ayat 56 dalam surah al-
Dhariyat, iaitu untuk mengabdikan atau beribadah kepada Allah S.W.T. Cuba
kita baca dan renungkan ayat 44-45 surah Fatir berikut bagi menjelaskan perkara
yang kita sedang bincangkan ini:
(#θþ çΡ%.x uρ Νö γÎ =Î 6ö s% ⎯ÏΒ ⎦t ⎪Ï%©!$# èπt7É)≈ãt tβ%x. #y ø‹x. (#ρãàÝ Ψu‹sù ÇÚ‘ö {F $# ’ûÎ #( ρç¡Å o„ óΟs9ρu &r
’ûÎ Ÿωρu ÏN≡uθ≈yϑ¡¡9$# ’ûÎ ™& ó©«x ⎯ΒÏ …νç “t fÉ è÷ Šã 9Ï !ª #$ χš %x. $tΒuρ 4 Zο§θ%è öΝκå ÷]ÏΒ ‰£ ©x r&
(#θç7¡| 2Ÿ $yϑ/Î }¨$Ψ¨ 9#$ !ª #$ ä‹Åz#xσム∩⊆⊆∪ öθs9ρu #\ƒÏ‰%s $VϑŠ=Î tã šχ%x. …çμΡ¯ )Î 4 ÇÚ‘ö F{$#
#sŒÎ*sù ( ‘wΚ|¡Β• 9≅_y r& #’n<Î) öΝèδã zj½ xσム⎯Å6≈s9uρ π7 −/!#Šy ⎯ΒÏ $δy Ìγô sß 4’n?tã š‚t ?s $Βt
∩⊆∈∪ #M ÁÅ /t ⎯νÍ ŠÏ $6t èÏ Î/ tβ%.x !© #$ χ Î*sù öΝßγè=_y r& u™$! _y
Maksudnya:
„(dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu
telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana
kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu daripada mereka, sedang orang-
orang itu lebih kuat-daripada mereka? dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan
Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit
atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. Dan
kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka
disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak
membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi
(Dia tidak bertindak dengan serta-merta, bahkan) ia memberi tempoh kepada
mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh
mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana
sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambanya‰.
Tempoh yang ditentukan kepada kita semakin berkurangan dari sehari ke sehari.
Ertinya kita semakin menghampiri garisan penamat destinasi kita yang
sebenarnya. Justeru kehidupan kita sesudah itu telah digambarkan oleh Allah
S.W.T menerusi ayat 45 surah Yunus sebagaimana berikut:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
80 TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM
uÅ£yz ô‰%s 4 Νö ηæ uΖ÷ t/ tβθèù‘u $yèGt tƒ Í‘$pκ]¨ 9#$ z⎯ΒiÏ Zπtã$™y ω)Î (#þθVè 6t =ù ƒt Οó 9© βr(.x Νö δè ç ³à øt†s tΠθö tƒρu
∩⊆∈∪ t⎦⎪‰Ï tGγô Βã (#θçΡ%x. $tΒρu !« $# ™Ï !$)s Î=/Î #( θ/ç ¤‹x. ⎦t ⎪Ï%!© $#
Maksudnya:
„Dan (ingatlah) masa Tuhan himpunkan mereka (pada hari kiamat kelak),
dengan keadaan mereka merasai seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia
melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Mereka akan berkenal-
kenalan sesama sendiri. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah
mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan, dan yang tidak
mendapat petunjuk (ke jalan mencari untung semasa hidup di dunia)‰.
Secara umumnya apabila kita membincangkan sesuatu yang dinamakan sebagai
syahadah, ia merujuk kepada kejadian Allah S.W.T yang nyata. Ini termasuklah
langit dan bumi atau segala fenomena yang nyata dengan erti segala apa yang
dapat diperhatikan dan disaksikan kewujudannya dalam kosmos.
Apabila kita merujuk al-Quran kita dapati konsep alam dinyatakan dengan
ungkapan „langit dan bumi dan segala apa di antara kedua-duanya‰. Ini dapat
kita telusuri menerusi ayat-ayat al-Quran berikut, iaitu surah Maryam ayat 65,
surah al-Rum, ayat 8 dan surah al-Zumar, ayat 5:
ΟÞ =n ÷è?s ≅ö δy 4 ⎯Ïμ?Ï y‰≈6t èÏ 9Ï ÷ É9Üs ¹ô $#uρ νç ô‰ç7ôã$$ùs $yϑκå ]s ÷/t $tΒuρ ÚÇ ö‘{F $#ρu NÏ ≡θu ≈ϑy ¡¡ 9#$ > §‘
∩∉∈∪ $wŠÏϑy™ …μç 9s
Maksudnya:
„Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada
antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan
tekun tetap dalam beribadat kepadanya; Adakah engkau mengetahui sesiapa
pun yang senama dan sebanding dengan-Nya?‰.
ω)Î $! yϑåκ]s øŠt/ $Βt ρu uÚö‘{F #$ uρ NÏ ≡θu ≈Κu ¡¡9#$ ª!$# ,t n=y{ $Β¨ 3 ΝÍκŦàΡr& þ’ûÎ (#ρã3© xtGƒt Νö 9s uρr&
∩∇∪ tβρã Ï≈s3s9 öΝÎγÎn/u‘ ›Ç $! s)=Î /Î ¨Ä $¨Ζ9#$ z⎯iÏΒ #Z ÏV.x ¨βÎ)ρu 3 ‘Κw |¡•Β 9≅_y r&uρ È,d sy ø9$$ Î/
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM 81
Maksudnya:
„Patutkah mereka merasa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan
tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui),
bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara
keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada
masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)?
dan sebenarnya banyak antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan
pertemuan dengan Tuhannya‰.
†n?tã u‘$γy Ψ¨ 9$# â‘Èθh 3s ãƒρu Í‘$pκ¨]9$# ’?n ãt Ÿ≅øŠ9© $# ‘â Èhθ3s ム( ,Èd ysø9$$ Î/ Úu ‘ö F{#$ uρ ÏN≡uθ≈ϑy ¡¡ 9#$ ,t =n {y
Ⓝ͓èy 9ø $# θu èδ ωŸ &r 3 ‘Κ‡ ¡| Β• 9≅y_L{ “Ìøgs† @≅à2 ( tϑy s)ø9$#ρu }§ôϑ±¤ 9$# t ¤‚y™uρ ( ≅È øŠ©9#$
∩∈∪ ã ≈¤ ót 9ø #$
Maksudnya:
„Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang
sebenar; Dia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan
menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Dia menjadikan
matahari dan bulan beredar menurut perintah-Nya, - tiap-tiap satu dari
keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia-lah
yang Maha Kuasa, lagi yang sentiasa Mengampuni‰.
Justeru, apabila kita membicarakan tentang alam syahadah ini bukan kita mahu
membincangkan proses kejadian alam termasuk isinya. Apa yang lebih penting
ialah falsafah kejadian di alam syahadah ini. Dengan mengambil contoh insan
yang menghuni bumi di alam syahadah ini dijadikan bukan untuk permainan
tetapi kerana matlamat yang tertentu iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T. Begitu juga dengan kejadian insan itu bukanlah berasaskan matlamat
terakhirnya dan tidak mempunyai nilai kerohanian dalam erti kata yang sebenar.
Walaupun isi bumi yang lain dijadikan untuk kegunaan insan dari aspek fizikal,
tetapi yang lebih penting ia adalah untuk mempertingkatkan nilai dan kualiti
kerohanian insan itu sendiri.
Justeru dalam al-Quran dipaparkan beberapa peringatan untuk insan yang
menghuni alam syahadah supaya mereka tidak lari dan lupa daripada matlamat
asal kejadian mereka dan perjanjian mereka ketika berada di alam roh dahulu,
antaranya ialah:
(a) Mensyukuri segala nikmat yang dianugerahkan kepadanya sama ada
dalam bentuk kebendaan mahupun kerohanian.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
82 TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM
(b) Bertakwa kepada Allah S.W.T.
(c) Beriman dengan Allah S.W.T yang selalunya digandingkan dengan
beriman dengan hari akhirat. Ini merupakan satu isyarat bahawa keimanan
kepada Allah S.W.T. Dengan melakukan segala ketaatan dan meninggalkan
segala larangan-nya merupakan satu persediaan bagi menghadapi alam
akhirat. Justeru gabungan antara keduanya itu merupakan satu tasawwur
yang amat penting bagi menunjukkan bahawa kehidupan di alam syahadah
mempunyai kaitan yang amat rapat dengan alam akhirat. Ini juga
mengisyaratkan kepada insan bahawa perspektif yang benar dan tepat
amat perlu kepada keseluruhan hidup insan. Di sinilah letaknya faham
tanggungjawab dan kebertanggungjawapan terhadap hak-hak yang
melatari penghidupan insan di alam syahadah yang akan dipersembahkan
di alam akhirat untuk mendapat balasan yang setimpal.
5.1.3 Alam Barzakh
Kematian pasti menjemput sesiapa yang bernyawa. Inilah yang dijanjikan oleh
Allah S.W.T dalam firman-Nya dalam surah Ali `Imran ayat 185:
yy“Ì ômã— ⎯ϑy sù ( πÏ yϑ≈Šu É)ø9$# tΠöθtƒ öΝà2‘u θ_ã &é χš öθù© θu ?è $ϑy ¯ΡÎ)uρ 3 ÏNöθpRQù #$ πè s)Í←#! sŒ §< øtΡ ≅‘ ä.
∩⊇∇∈∪ Í‘ρã óä 9ø #$ ìß ≈Ft Βt ωÎ) $! u‹Ρ÷ ‘$!#$ οä 4θuŠy⇔ø9#$ $tΒρu 3 —y $sù ‰ô )s ùs sπ¨Ψfy ø9$# ≅Ÿ Åz÷Šé&uρ Í‘$¨Ψ9#$ ⎯Ç ãt
Maksudnya:
„Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari
kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah
berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala
kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya‰.
Alam kematian adalah termasuk dalam perkara yang bersifat ghaybiyyat yang
tidak boleh diterangkan melalui pancaindera dan akal manusia yang sangat
terbatas untuk mengetahuinya. Ia juga tidak boleh diterangkan melalui
pengalaman seseorang. Ini kerana seseorang yang sudah mengalami kematian
tidak dapat berhubung dengan orang yang masih hidup. Tambahan pula,
seseorang berpisah rohnya daripada jasadnya, dia berpindah dari alam nyata ke
suatu alam yang dikenali sebagai alam barzakh sebelum menuju ke alam yang
kekal abadi iaitu alam akhirat.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM 83
Persoalannya, apakah yang dikatakan sebagai alam barzakh? Apakah yang
berlaku di alam tersebut? Apakah ada kehidupan di alam barzakh? Dengan kata
lain, kita perlu tahu bahawa apabila seseorang meninggal dunia, maka sudah
berakhirlah kehidupannya.
Secara umum, barzakh adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud
penghalang, penghadang atau pemisah antara dua benda. Maksud bagi kalimah
ini ditunjukkan dalam al-Quran melalui surah al-Rahman ayat 19-20:
∩⊄⊃∪ Èβ$u‹óÉ 7ö tƒ ω ˆÓ —y ö /t ∩⊇®∪ $yϑκå s]÷t/ βÈ $‹u )É tG=ù ƒt ⎯Ç ÷ƒt óst79ø #$ ylttΒ
Maksudnya:
„Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya
pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-
masing tidak melampaui sempadannya‰.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Furqan ayat 53:
Ÿ≅yèy_uρ lÓ %y`&é xì =ù ΒÏ #x‹≈yδuρ NÔ #t èù >Ò ‹õ ãt #‹x ≈yδ ⎯Ç ƒ÷ tsó t7ø9$# ly t Βt “Ï%©!$# uθδè uρ *
∩∈⊂∪ #‘Y θàføtΧ¤ #\fô mÏ uρ %{Y —y ö t/ $ϑy åκs]÷ t/
Maksudnya:
„Dan Dia-lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu
tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia
menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat
percampuran keduanya‰.
Sementara itu menurut Mustafa Sa`id al-Khin dan Muhy al-Din Dib (2003), dalam
kitab al-`Aqidah al-Islamiyyah: Arkanuha-HaqaÊiquha-Mufsidatuha, menyebutkan
bahawa barzakh ialah suatu alam antara kematian dan hari kiamat ataupun alam
di antara dunia dan akhirat. Orang yang berada di alam barzakh tidak berada di
alam nyata di dunia di mana dia boleh makan, minum dan membuat kegiatan
fizikal yang lain; dan bukan juga berada di alam akhirat di mana dia akan dibalas
bagi setiap amalan yang dilakukan ketika berada di dunia sama ada mendapat
balasan syurga atau neraka. Keadaan alam barzakh diterangkan oleh Allah S.W.T
dalam al-Quran melalui surah al-MuÊminun ayat 99-100:
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
84 TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM
$yϑŠÏù $[s=Î ≈¹| ≅ã yϑôãr& ∩®®∪ þ’?jÌ èy 9s βÈ θèã _Å ö‘$# É>b u‘ tΑ$%s Nß θö yϑø9$# ãΝèδy‰tnr& u™!%y` #Œs )Î #©¨Lym
∩⊇⊃∪ βt θWè yè7ö ムÏΘöθƒt 4’<n Î) ˆî y—ö/t ΝÎγÍ←#! ‘u uρ ⎯ÏΒuρ ( $yγè=←Í $! s% θu δè îπyϑÎ=x. $γy ¯Ρ)Î 4 ξH x. 4 Mà .ø ts?
Maksudnya:
„Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada
salah seorang antara mereka, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah
aku (hidup semula di dunia) - "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh
dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang
mengatakannya, sedang di hadapannya ada alam barzakh (yang dia tinggal tetap
padanya) hingga hari dia dibangkitkan semula (pada hari kiamat)‰.
Kehidupan di alam barzakh berbeza dengan kehidupan di alam syahadah atau
alam nyata. Kita tidak mampu menyelami dan memahami hakikat alam tersebut
dengan menggunakan pendekatan saintifik kerana ia merupakan perkara
ghaybiyyat yang hanya dapat dijelaskan menerusi wahyu. Di samping itu,
terdapat penghalang di antara alam syahadah dengan alam barzakh sebagaimana
terdapat penghalang di antara alam syahadah dengan alam roh dan alam rahim.
Ada tiga perkara dalam perbincangan tentang alam barzakh, iaitu:
(a) Himpitan lubang kubur;
(b) Soalan dua malaikat; dan
(c) Azab dan nikmat kubur.
Apabila seseorang dikebumikan dan dimasukkan ke dalam lubang kubur, maka
manusia yang masih hidup tidak akan mengetahui hakikat sebenar keadaannya
melainkan Allah S.W.T sahaja yang mengetahui tentang betapa sempitnya
lubang kubur. Setiap yang menempuh kematian tidak akan terlepas daripada
merasainya sama ada dia seorang mukmin atau kafir, soleh atau jahat. Bezanya,
penyempitan yang dialami oleh orang yang beriman berlaku tidak lama
sebagaimana yang dialami oleh orang yang tidak beriman. Hadis yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bayhaqi daripada `AÊisyah r.a bahawa Nabi S.A.W
bersabda, maksudnya: „Sesungguhnya setiap kubur memiliki tekanan atau
himpitan. Seandainya seseorang selamat darinya, pastilah SaÊad bin Mu`adh
akan selamat daripadanya‰. Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa Sa`ad bin
Mu`adh ialah pemimpin kaum Ansar yang mati syahid dalam peperangan
Khandaq. Cuba kita bayangkan orang yang sehebat Sa`ad bin Mu`adh pun
mengalami himpitan sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W
inikan pula orang lain.‰
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)
TOPIK 5 TASAWWUR ISLAM TENTANG ALAM 85
Dalam pada itu, apabila seseorang sudah dikebumikan di dalam kuburnya, Allah
S.W.T akan menghadirkan kepadanya dua malaikat (iaitu Munkar dan Nakir)
untuk bertanya kepadanya soalan-soalan tentang Allah S.W.T, Rasul-Nya,
adakah dia beriman dengan keduanya atau sebaliknya. Berdasarkan pandangan
ahli sunnah wa al-Jama`ah, soalan dua malaikat itu pasti ada kepada seluruh
manusia yang mukallaf sama ada Muslim atau kafir. Ini kerana soalan itu adalah
hasil pertanggungjawabannya ketika hidup di dunia. Sebab itulah orang yang
belum mukallaf seperti kanak-kanak, janin dan orang yang tidak sampai seruan
dakwah Islam kepadanya terlepas daripada soalan dua malaikat. Kenyataan ini
berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah Ibrahim ayat 27 berikut:
( Íοt zÅ Fψ#$ †Îûuρ $‹u Ρ÷ ‘‰9#$ Íοθ4 Šu ptø:#$ ’Îû ÏM/Î $¨V9$# ΑÉ öθ)s ø9$$Î/ #( θãΖtΒ#u™ ⎥š ⎪%Ï !© #$ ª!$# àM6Îm sVãƒ
∩⊄∠∪ ™â !$t±tƒ $tΒ ª!$# ã≅yèø tƒuρ 4 š⎥⎫ÏϑÎ=≈©à9$# !ª $# ≅‘ ÒÅ ãƒuρ
Maksudnya:
„Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang
tetap teguh Dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-
orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa
melakukan apa yang dikehendaki-Nya‰.
Menurut al-BarraÊ bin `Azib r.a bahawa ayat tersebut diturunkan menceritakan
tentang azab kubur. Si mati akan disoal di dalam kubur tentang siapakah
Tuhanmu? Dia menjawab: Allah Tuhanku, Nabi Muhammad S.A.W Nabiku.
Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.
bahawa Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud): jika seorang manusia
telah diletakkan di dalam kubur dan orang-orang (yang mengiringinya ke tanah
perkuburan) telah meninggalkannya dan dia dapat mendengar bunyi tapak kasut
mereka, pada ketika itulah dua malaikat datang kepadanya dan duduk di
hadapannya dan bertanya soalan kepadanya: Apa yang engkau katakan tentang
lelaki yang bernama Muhammad? Jika dia adalah orang beriman, dia akan
menjawab: Aku menyaksikan bahawa dia adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.
Dikatakan kepadanya: Lihatlah tempatmu dahulu di neraka, sekarang Allah
menggantikannya dengan syurga. Maka dia pun melihat kedua-kedua tempat
tersebut. Adapun orang munafik dan kafir, ditanya kepadanya: Apa yang engkau
katakan tentang lelaki ini? Dia menjawab: Aku tidak tahu. Aku hanya
mengatakan tentangnya apa yang orang lain katakan tentangnya. Dikatakan
kepadanya: Engkau tidak tahu dan engkau tidak mahu membaca al-Quran? Lalu
hamba tersebut pun dipukul dengan palu dari besi. Dia menjerit dengan jeritan
yang kuat sehingga jeritannya didengari oleh sesiapa yang ada di sekelilingnya
selain jin dan manusia‰.
Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)