The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurasyiqinbahari93, 2020-04-13 09:40:03

NOTA TASAWWUR ISLAM (OUM)

NOTA TASAWWUR ISLAM (OUM)

136  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

bagaimana memperoleh pengetahuan. Epistemologi juga dirujuk sebagai ilmu
falsafah tentang pengetahuan atau falsafah pengetahuan. Secara ringkasnya,
apabila kita memperkatakan tentang epistemologi, ia membahaskan perkara-
perkara berikut:

(a) Asal-usul ilmu pengetahuan;
(b) Hubungan ilmu dengan pengalaman manusia; dan
(c) Falsafah tentang hakikat ilmu, makna, kandungan, sumber dan proses

mendapatkan ilmu.

Dalam perbincangan ini, kita akan memfokuskan kepada epistemologi Islam.
Apakah yang dimaksudkan dengan epistemologi Islam? Jika kita kaitkan dengan
perbincangan di atas, istilah tersebut merujuk kepada „teori atau falsafah yang
membincangkan ilmu berdasarkan ajaran Islam‰ (Mohd Yusuf Ahmad, 2007).
Berdasarkan takrifan itu, kita dapati bahawa perbahasan tentang epistemologi
Islam merangkumi beberapa aspek berikut:

(a) Sumber ilmu yang hakiki dalam Islam ialah Allah S.W.T;
(b) Ilmu dianugerahkan kepada manusia setelah manusia berusaha untuk

mendapatkannya;
(c) Perbincangan ilmu dalam Islam meliputi persoalan-persoalan penting

dalam kehidupan manusia sama ada yang bersifat individu, keluarga,
masyarakat mahupun negara yang berlegar di dalam dunia yang fanaÊ dan
alam akhirat; dan
(d) Persoalan-persoalan tentang jenis ilmu yang boleh diketahui dan cara
mengetahuinya serta mendapatkannya.

7.2.2 Sumber Ilmu

Sumber ilmu yang mutlak ialah dari Allah S.W.T kerana Dia-lah yang mengajar
manusia segala yang diketahuinya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-`Alaq
ayat 5:

∩∈∪ Λ÷ s>÷èƒt óΟ9s $Βt z⎯≈|¡ΣM}#$ Οz =¯ tæ

Maksudnya:
„Dia (Allah) mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  137

Dalam pada itu, malaikat yang cukup taat kepada Allah S.W.T pun mengakui
hakikat bahawa ia tidak mempunyai ilmu melainkan apa yang dianugerahkan
oleh Allah S.W.T. Ini dirakamkan oleh Allah S.W.T dalam peristiwa kejadian
Nabi Adam a.s melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 32:

∩⊂⊄∪ ΟÞ Š3Å pt:ø #$ Λã ⎧=Î yè9ø #$ |MΡr& 7y Ρ¨ )Î ( $! Ψo Ft ϑô =¯ ãt $Βt ω )Î !$Ζu 9s Νz ù=Ïæ Ÿω 7y Ψo ≈ysö6™ß #( θ9ä $s%

Maksudnya:
„Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai
pengetahuan selain daripada apa yang engkau ajarkan kepada kami;
Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana‰.

Keterangan di atas menunjukkan bahawa semua ilmu adalah milik Allah S.W.T
dan Dia kemudiannya menganugerahkan ilmu kepada manusia berdasarkan
tatacara dan peraturan tertentu. Ini termasuklah daya usaha dan kemampuan
manusia untuk mendapatkannya melalui kaedah berfikir dan mentaakul.

Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 269:

3 #ZWÏ 2Ÿ #Zö yz u’AÎ ρé& ‰ô s)ùs πs yϑ6ò Ås9ø $# |Nσ÷ ム⎯tΒρu 4 â™$! t±o„ ⎯tΒ πs yϑò6Åsø9#$ ’AÎ σ÷ ƒã

∩⊄∉®∪ É=≈6t ø9{F $# #( θ9ä 'ρ&é ωH )Î ã2 ¤‹tƒ $Βt uρ

Maksudnya:
„Allah memberikan hikmah kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa
yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan sesiapa yang
diberikan hikmah itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang
banyak dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya‰.

Dalam kitab `AqaÊid al-Nasafi karangan Sheikh Abu Hafs `Umar Najm al-Din al-
Nasafi, seperti yang dipetik dan diulas oleh Al-Attas dalam buku The Oldest
Known Malay Manuscript: A 16th Century Malay Translation of The `AqaÊid of
Al-Nasafi (2007) ada menyebutkan bahawa:

„Maka segala perkara yang menghasilkan `ilmu bagi makhluqat itu tiga perkara:
suatu pancaindera yang lima: kedua khabar sadiq (yakni berita yang benar);
ketiga `aql‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

138  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

Berdasarkan petikan tersebut, kita dapati bahawa alat untuk mencapai dan
memperoleh ilmu pengetahuan ada tiga, iaitu:

(a) Lima pancaindera;
(b) Khabar sadiq ă wahyu; dan
(c) ÂAql atau akal.

Lima pancaindera yang biasa ada pada manusia yang normal ialah deria
pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan. Semua pancaindera tersebut
amat penting dalam proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat.
Walau bagaimanapun, dalam al-Quran, Allah S.W.T menyatakan terdapat dua
pancaindera yang banyak menanggap lebih banyak ilmu dan maklumat iaitu
deria pendengaran dan penglihatan yang turut digandingkan dengan al-Qalb
atau al-FuÊad (iaitu salah satu dimensi dalaman insan yang membentuk
kesempurnaan insaniyyah seorang insan) sebagaimana firman-Nya dalam surah
al-IsraÊ ayat 36 berikut:

tβ%.x 7y Íׯ≈9s ρ' &é ≅‘ .ä Šy #xσàø9#$ ρu uÇ| 7t ø9#$ ρu ìy ϑô ¡¡9#$ ¨βÎ) 4 íΟù=Ïæ ⎯ÏμÎ/ 7y s9 }§Šø s9 $Βt #ß )ø ?s ωŸ uρ

∩⊂∉∪ ωZ θ↔ä ¡ó tΒ çμ÷Ψtã

Maksudnya:
„Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan
mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua
anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukan‰.

Khabar sadiq pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu yang pertama ialah
perkhabaran yang bersifat mutawatir. Ia merupakan khabar yang thabit yang
mustahil ada unsur-unsur pendustaan. Kedua ialah khabar daripada Rasulullah
S.A.W yang merupakan mukzijat Baginda S.A.W. Kedua-dua kategori tersebut
merupakan wahyu yang bersifat matlu (iaitu al-Quran yang disampaikan kepada
Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril a.s) dan ghyr matlu sama
ada yang berupa hadis qudsi (maksudnya dari Allah tetapi diucap secara lisan
oleh Nabi Muhammad S.A.W) atau hadis nabawi.

Manakala akal adalah suatu anugerah Allah S.W.T kepada manusia yang dapat
menanggapi ilmu terutama yang berkaitan dengan kewujudan Allah S.W.T,
mengenal diri serta orang lain yang berada di sekelilingnya. Akal juga
berperanan memikirkan sesuatu yang berlandaskan sunnatullah yang terdapat di
alam ini. Namun, akal juga mempunyai keterbatasannya yang tertentu. Akal
tidak boleh memikirkan sesuatu yang bersifat ghaybiyyat seperti hal-hal

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU  139

ketuhanan, kerasulan, alam akhirat, roh, akidah dan hikmah ibadah. Semua
perkara tersebut diketahui melalui perkhabaran ilmu wahyu dan di sinilah
letaknya peranan Rasul untuk menerangkannya kepada manusia.

AKTIVITI 7.2

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu laduni sebagaimana yang
dibincangkan dalam disiplin tasawuf? Bincangkan.

2. Bincangkan tradisi ilmu para ilmuan Muslim silam seperti Ibn Sina
dan Ibn Rusyd.

 Persoalan epistemologi adalah suatu yang asas dan penting bagi membentuk
tasawwur dan worldview yang jelas tentang ilmu.

 Kegagalan memahami maksud ilmu dalam erti kata yang sebenar akan
menyebabkan penyampaian sesuatu yang sebenarnya ilmu tidak dapat
direalisasikan dengan tepat.

 Masyarakat perlu dipupuk dengan budaya ilmu yang benar supaya
kebenaran dan keadilan (meletakkan sesuatu yang benar di tempat yang
sewajarnya) dapat direalisasikan.

 Kebebasan yang mutlak dengan menggunakan akal fikiran semata-mata
tanpa berlandaskan ilmu wahyu akan menyebabkan manusia terpesong
daripada kebenaran yang mutlak.

 Klasifikasi ilmu dalam Islam tidak menunjukkan dualisme tetapi
menunjukkan penjurusan dan kecenderungan seseorang yang bersumberkan
kepada sumber yang satu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

140  TOPIK 7 TASAWWUR ISLAM TENTANG ILMU

Budaya ilmu Ilmu
Epistemologi Sumber ilmu
Hierarki ilmu

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).
Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Franz Rosenthal. (1992). Keagungan ilmu. Terjemahan oleh Syed Muhamad
Dawilah Syed Abdullah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.

Mohd. Yusuf Ahmad. (2007). Pengajian Islam. Kuala Lumpur: Pengajian Islam.

Mustafa Kamil Ayub. (1991). Gerakan pelajar-mahasiswa misi dan visi. Petaling
Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1991). Penjelasan budaya ilmu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1994). Konsep ilmu dalam Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Tasawwur

8 Islam tentang
Ibadah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi ibadat menurut pandangan Islam;
2. Menerangkan kepentingan ibadah dalam Islam; dan
3. Menghuraikan kesan ibadah terhadap individu dan masyarakat.

 PENGENALAN

Kita sering mengungkapkan perkataan ibadah yang dikaitkan dengan pelakuan
amalan yang bersifat wajib sebagaimana yang termaktub dalam rukun Islam dan
yang bersifat sunat seperti solat sunat tahajjud, puasa sunat hari Isnin dan
Khamis, dan sebagainya. Persoalannya, adakah perkara-perkara tersebut itu
sahaja yang dipanggil ibadah? Adakah perkara-perkara kebajikan dan kebaikan
yang dilakukan seharian yang berkaitan dengan rutin pekerjaan bukan ibadah?
Mengapa ada pengasingan di mana yang satu dipanggil ibadah dan yang lain
tidak? Adakah perkara-perkara yang kita kenali sebagai ibadah kekal sifatnya
sebagai ibadah? Apakah ciri-ciri sesuatu pekerjaan boleh dipanggil sebagai
ibadah? Persoalan-persoalan seperti inilah yang akan kita bincangkan bagi
membantu kita mempunyai tasawwur yang jelas dan worldview yang tepat dan
benar tentang konsep ibadah dalam Islam. Di samping itu, kita juga akan
membincangkan kepentingan ibadah dalam Islam dan kesan ibadah kepada
individu serta masyarakat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

142  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

8.1 DEFINISI IBADAH

Kalimah ibadah adalah kalimah yang amat penting yang selalu digunakan dan
diucapkan oleh umat Islam tetapi mempunyai kefahaman yang sedikit. Ibadah
adalah kemuncak matlamat kehidupan insan di muka bumi ini sebagaimana
firman Allah S.W.T dalam surah al-Dhariyat ayat 56 berikut:

∩∈∉∪ βÈ ρ‰ß ç7÷è‹u 9Ï ω)Î }§Ρ}M #$ ρu £⎯gÅ :ø $# Mà ø)n=zy $Βt uρ

Maksudnya:
‰Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Justeru, insan perlu memahami maksud ibadah yang sebenar sebagaimana yang
terangkum dalam pengertian ayat di atas. Kegagalan memahami maksud ibadah
yang sebenar akan menyebabkan kita tidak dapat memenuhi keperluan konsep
ibadah terutama yang berkaitan dengan matlamat kita diciptakan oleh Allah
S.W.T. Secara mudahnya, seperti yang dibincangkan oleh Sayyid Abu A`la
Mawdudi (1989), dalam bukunya Let Us Be Muslims, jika seorang doktor tidak
merawat pesakitnya dengan baik dan betul, dia dianggap gagal dalam
profesionnya sebagai doktor. Begitulah jika kita tidak mampu memenuhi tujuan
hidup kita, ibadah yang kita lakukan selama ini boleh dipertikaikan. Dengan kata
lain, perbincangan kita mengenai ibadah adalah sesuatu yang penting kerana ia
menentukan tahap kefahaman dan kejayaan kita dalam kehidupan yang sebenar
di dunia dan di akhirat.

8.1.1 Maksud Ibadah

Kalimah ibadah adalah perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan
`abd yang membawa maksud hamba (servant, slave). Ibadah juga merujuk
kepada maksud al-Ta`ah wa al-Khudu` yang bererti taat serta tunduk. Jika kita
kaitkan maksud ibadah dari segi `abd iaitu hamba dengan al-Ta`ah wa al-Khudu`
kita boleh katakan bahawa ibadah itu bermaksud pelaksanaan tugas seseorang
hamba sebagaimana yang diperintahkan oleh Tuannya. Seseorang itu menjadi
hamba kepada Tuannya apabila dia hidup dalam lingkungan perkhidmatan dan
kepatuhan kepada Tuannya. Walau bagaimanapun, apabila seseorang yang
sepatutnya menjalankan tugas seorang hamba dengan upah tertentu tidak
menjalankan tugas yang diperintahkan dianggap melakukan suatu kesalahan
kerana dia tidak setia dan patuh kepada Tuannya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  143

Persoalannya bagaimana seorang hamba boleh mematuhi perintah Tuannya?

(a) Kita perhatikan tugas seorang hamba ialah hanya melakukan ketaatan
kepada Tuannya. Dia sepatutnya mempunyai kepercayaan yang tulus
kepada Tuannya.

(b) Dia mesti selalu patuh dan taat kepada Tuannya. Ini kerana seorang hamba
tetap seorang hamba pada setiap masa dan setiap keadaan. Dia tidak boleh
memilih sama ada untuk mematuhi atau tidak mematuhi arahan Tuannya.
Ataupun dia tidak boleh mengatakan yang dia akan menjadi hamba apabila
tugas yang diberikan kepadanya sesuai untuknya dan dalam masa yang
sama, dia mengabaikan arahan Tuannya untuk berehat atau merasakan
tugas berkenaan tidak sesuai untuknya.

(c) Tugas seseorang hamba ialah mengagungkan Tuannya. Oleh itu, dia mesti
mengikuti segala arahan yang diberikan kepadanya. Apabila dia istiqamah
dan tekal serta melakukan yang terbaik dalam konteks memberi
kepercayaan dan ketaatan kepada Tuannya, dia seharusnya mempamerkan
rasa kehambaannya bila-bila masa Tuannya memintanya untuk melakukan
ketaatan.

Berdasarkan keterangan di atas, kita dapati bahawa kualiti tingkah laku seorang
hamba terhadap Tuannya boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

(i) Kesetiaan hanya kepada Tuannya;
(ii) Ketaatan hanya kepada Tuannya; dan
(iii) Mengagungkan Tuannya.

Justeru apabila kita mengaitkan keterangan di atas dengan ayat 56 surah al-
Dhariyat, kita sebagai hamba Allah S.W.T mesti setia hanya kepada-Nya tidak
kepada yang lain, kita mesti mengikuti segala arahan-Nya, kita mesti jujur dalam
mentaÊzimkan Allah S.W.T.

Sementara itu, Ibn Taymiyyah mengatakan bahawa ibadah itu nama bagi setiap
yang dijelaskan oleh Allah S.W.T dan diredhai-Nya, sama ada dalam bentuk
perkataan mahupun perbuatan, zahir mahupun batin. Seterusnya, beliau
menyenaraikan sejumlah amalan yang dikira sebagai ibadah mengikut takrifan
yang diberikan, antaranya adalah seperti berikut (rujuk Jadual 8.1):

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

144  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

Jadual 8.1: Takrifan Ibadah

Ibadah Takrifan
Solat Menunaikan janji
Puasa Menyuruh perkara yang ma`ruf
Zakat Menegah perkara yang munkar
Haji Berjihad terhadap orang kafir dan munafik
Bercakap benar Berbuat baik kepada jiran
Menunaikan amanah Berihsan kepada anak yatim
Berbakti kepada kedua ibu bapa Berihsan kepada orang miskin
Menghubungkan silaturrahim Berihsan kepada musafir
Melakukan kebaikan kepada haiwan Berzikir
Membaca al-Quran Kasih, takwa dan bertaubat kepada Allah
Kasih kepada Rasul Bersyukur atas nikmat Allah

Takrifan dan senarai di atas menunjukkan bahawa ruang lingkup ibadah cukup
luas termasuklah semua perintah dan tegahan Allah S.W.T dan Rasul-Nya dalam
semua tindakan, gerak-geri dan bentuk. Sebab itulah ada yang mengatakan
bahawa ibadah boleh dikelompokkan kepada dua bahagian iaitu ibadah khusus
(seperti yang termaktub dalam rukun Islam) dan ibadah umum (semua tindakan
yang mengarah kepada melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya
dalam pelbagai pekerjaan).

AKTIVITI 8.1

1. Bincangkan dengan rakan anda kaitan antara ibadah khusus dengan
ibadah umum.

2. Bagaimana kita boleh melakukan ibadah yang terbaik kepada Allah
S.W.T? Bincangkan.

8.2 KEPENTINGAN IBADAH DALAM ISLAM

Dalam perbincangan ini, kita melihat mengapa manusia perlu beribadat dalam
erti kata yang sebenar dan kepentingannya dalam kehidupan.

Tugas manusia selama hidup di dunia ini ialah hanyalah untuk melakukan
ibadah kepada Allah S.W.T sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 56 surah
al-Dhariyat berikut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  145

∩∈∉∪ βÈ ρ‰ß ç7è÷ u‹9Ï ω)Î }§Ρ}M $#uρ ⎯£ Ågø:$# àM)ø =n zy $Βt ρu

Maksudnya:
„Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku‰.

Ini kerana ibadah merupakan tanda seseorang itu merendah dan menundukkan
dirinya kepada Allah S.W.T yang juga kemuncak rasa kecintaannya kepada Allah
S.W.T. Dengan kata lain, ibadah dalam Islam merupakan kemuncak dari
perasaan tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dan kemuncak dari perasaan
yang merasakan kebesaran Allah S.W.T sebagai tempat mengabdikan diri. Ini
bukan sahaja terzahir dalam ibadah khusus sahaja tetapi merangkumi seluruh
kandungan Islam secara keseluruhannya.

Dalam konteks manfaat daripada ibadah yang kita lakukan kepada Allah S.W.T,
Dia tidak mengambil sedikit sekali pun manfaat dari segala ibadah yang kita
lakukan. Malah Allah S.W.T. tidak merasa rugi jika kita melalaikan ibadah yang
diwajibkan kepada kita. Kerajaan Allah S.W.T tidak bertambah apabila kita
melakukan ibadah dan tidak berkurangan apabila kita melalaikan ibadah
kepada-Nya. Ini kerana Allah S.W.T. Maha Kaya dan tidak memerlukan sesiapa.
Sebaliknya, kitalah yang sangat memerlukan-Nya setiap masa dan setiap ketika.
Justeru, Allah S.W.T memerintahkan kita untuk melakukan ibadah yang
memberikan kebaikan kepada kita.

Dalam sepotong hadis qudsi, Allah S.W.T berfirman (maksudnya):

„Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya kamu tidak akan dapat mendatangkan
bencana (memudaratkan) kepada Aku, dan kamu tidak akan dapat memberi
kemanfaatan kepada Aku. Wahai hamba-Ku! Kalau orang yang terdahulu dan
orang yang terakhir dalam kalangan kamu, meliputi jenis manusia dan jin,
mereka itu bertakwa seperti bertakwanya seseorang itu di antara kamu, ini tidak
akan menambah Kerajaan-Ku sedikit pun. Wahai hamba-Ku! Jika yang pertama
dan terakhir dari kamu, meliputi manusia dan jin, dan mereka jahat sepertii
jahatnya seorang daripada kalangan kamu, itu juga tidak mengurangi Kerajaan-
Ku sedikit pun‰.

Dengan melaksanakan ibadat, kita dapat menikmati santapan rohani. Ini kerana
kita sedang membuat perhubungan secara langsung dengan Allah S.W.T. Ini
tidak sahaja ketika kita melakukan ibadah khusus seperti solat tetapi juga ketika
kita menyempurnakan tugasan seperti sebagai pendidik, petani, peniaga dan
sebagainya kita masih lagi melupakan Allah S.W.T. Ini seperti yang difirmankan
oleh Allah S.W.T dalam surah al-Nur ayat 37.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

146  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

  οÍ 4θ.x “¨ 9$# Ï™$! tGƒ)Î uρ Íοθ4 =n Á¢ 9$# ΘÏ $%s )Î uρ «!#$ Ì .ø ŒÏ ⎯tã ìì‹ø t/ ωŸ ρu ×οt ≈gp BÏ Νö ÍκγÎ =ù ?è ω Α× %y`‘Í

∩⊂∠∪ ã ≈Á| /ö {F $#ρu ÛUθè=à)9ø $# μÏ ŠÏù Ü=¯=)s Gt ?s $ΒY θö tƒ βt θèù$sƒs†

Maksudnya:
„(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan‰.

Dengan kata lain, ibadah dalam bentuk ini merupakan satu manifestasi sifat
ihsan sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﺃﻥ ﺗﻌﺒﺪ ﺍﷲ ﻛﺄﻧﻚ ﺗﺮﺍﻩ ﻓﺈﻥ ﱂ ﺗﻜﻦ ﺗﺮﺍﻩ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﺮﺍﻙ‬

Maksudnya:
„Kamu hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika
kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu‰.

Sementara itu, menurut Yusuf al-Qaradawi (1993), dalam kitab al-`Ibadah Fi al-
Islam, seseorang yang sedang menikmati ibadah sebagai santapan rohani
sebenarnya sedang melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan
kepadanya oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Ahzab ayat 72:

$pκ]s ù=ϑÏ tø s† βr& š⎥÷⎫/t r'ùs ΑÉ $t6fÉ 9ø $#uρ ÇÚö‘{F #$ ρu ÏN≡uθ≈Κu ¡¡9#$ ’?n ãt sπΡt $tΒ{F #$ $oΨôÊt tã $Ρ¯ )Î

∩∠⊄∪ Zωθßγy_ $ΒY θ=è sß βt %.x …çμΡ¯ )Î ( ⎯ß ≈¡| Ρ}M $# $yγ=n Ηu xquρ $pκ]÷ ΒÏ ⎯z )ø x ô©&r ρu

Maksudnya:
„Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada
langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka
enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana
tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu)
manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya.
(ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan
kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut
dikerjakan‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  147

Di samping itu, dengan beribadah seseorang menggembleng al-Qalb, akal, lisan
dan seluruh anggota badannya untuk melakukan khidmat dan bakti kepada
Allah S.W.T. Maka tumpuan dan fokusnya adalah kerana Allah S.W.T semata-
mata. Jika ia dilakukan dengan niat yang betul maka ia akan menentukan
perbuatannya sama ada menjadi ibadah atau adat kebiasaan.

Dengan beribadah kepada Allah S.W.T dalam erti kata yang betul, seseorang
dapat menemui kebahagiaan, ketenangan, kelapangan al-Qalb dan kepuasan
dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr ayat 97-99:

⎯.ä ρu y7nÎ/u‘ ωϑô pt2¿ ∩®∠∪ ôxmÎ7|¡sù βt θ9ä θà)tƒ $yϑÎ/ 8x â‘ô‰¹| ,ß ŠÅÒtƒ 7y Ρ¯ &r ÞΟ=n ÷èΡt ô‰s)s9ρu

∩®®∪ ⎥Ú ⎫)É ‹u ø9#$ 7y u‹?Ï ù'ƒt 4©®Lym 7y −/‘u ∩®∇∪ ô‰ç6ãô #$ uρ t⎦⎪ωÉf≈¡¡ 9#$ ⎯z ÏiΒ

Maksudnya:
„Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati
dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan
memuji Tuhanmu, serta jadilah orang-orang yang sujud. Dan sembahlah
Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin‰.

Dengan beribadah kepada Allah S.W.T, kita dapat membebaskan diri kita
daripada sesuatu pergantungan yang bukan kepada Allah. Dengan ini kita dapat
memerdekakan jiwa dan al-Qalb kita daripada perhambaan dan pergantungan
kepada makhluk, daripada pengaruh dan keinginan syahwat dan sebagainya.
Keadaan ini akan menentukan keikhlasan ibadah hanya kepada Allah S.W.T
tanpa ada sebarang unsur-unsur syirik. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Kahf
ayat 110:

(#θã_ö tƒ tβ%x. ⎯ϑy sù ( ‰Ó nÏ ≡uρ ×μ≈9s )Î Νö 3ä ßγ≈9s Î) $! ϑy ¯Ρr& ’¥ <n Î) ©# ry θƒã /ö 3ä =è W÷ iÏΒ ×³| 0o $O Ρt &r !$ϑy ¯Ρ)Î ≅ö è%

∩⊇⊃∪ #‰J tn&r ⎯ÿ ÏμnÎ/‘u ÍοyŠ$7t ÏèÎ/ 8õ Î ô³ç„ ωŸ ρu $[sÎ=≈¹| ξW uΚtã ≅ö ϑy ÷è‹u =ù sù ⎯ÏμÎn/‘u ™u $! s)9Ï

Maksudnya:
„Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang
manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawa Tuhan kamu hanyalah
Tuhan yang Esa; oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan
dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah
dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

148  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

Antara unsur syirik dalam ibadah ialah apabila seseorang mengerjakan ibadah
dalam keadaan riyaÊ atau memperlihat-lihatkan amalannya kepada orang lain.
Saidina `Umar bin al-Khattab r.a pernah bertanya kepada Mu`adz bin Jabal r.a
yang sedang menangis: Apakah yang sedang engkau tangiskan? Mu`adz bin
Jabal r.a menjawab bahawa dia pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda
yang bermaksud „sedikit riyaÊ itu adalah syirik‰.

Dalam perkembangan yang sama, Ibn Rajab al-Hanbali al-Baghdadi dalam kitab
Jami` al-`Ulum wa al-Hikam berpendapat bahawa amalan yang dikerjakan bukan
kerana Allah S.W.T dianggap riyaÊ kerana ia dikerjakan hanya untuk menunjuk-
nunjuk kepada orang demi tujuan keduniaan. Contohnya riyaÊ semasa
mengerjakan solat. Perbuatan seperti ini disifatkan oleh Allah S.W.T dalam al-
Quran sebagai perbuatan orang munafik. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
NisaÊ ayat 142:

#( θãΒ$%s Íο4θ=n ¢Á9$# ’<n Î) #( θþ ãΒ$%s #Œs )Î ρu öΝγß ãã ‰Ï ≈yz uθèδρu !© #$ tβθãã‰Ï ≈sƒä† t⎦⎫É)Ï ≈Ζu ßϑ9ø #$ ¨β)Î

∩⊇⊆⊄∪ ξW Š=Î %s ω Î) ©!$# šχρã.ä õ‹ƒt Ÿωuρ ¨} $Ζ¨ 9$# βt ρâ™#! t ƒã 4’<n $|¡.ä

Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama)
Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada
batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri
hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan)
riyaÊ (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka
bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah
(dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)‰.

Ibadah yang kita lakukan merupakan satu ujian dari Allah S.W.T supaya kita
boleh meraih kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T dalam
surah al-Mulk ayat 1-2:

N| öθϑy 9ø $# ,t n=y{ ∩⊇∪ “Ï%©!#$ íƒ‰Ï s% &™ó©«x ≅eÈ .ä ’4 n?tã θu èδuρ à7=ù ßϑø9#$ Íνωu‹Î/ “Ï%©!#$ 8x t ≈t6s?

∩⊄∪ â‘θàtó9ø #$ Ⓝ•Í yè9ø $# uθèδρu 4 WξuΚtã ⎯ß |¡ôm&r ö/ä3ƒ• &r Νö .ä uθè=ö7‹u 9Ï οn 4θu‹tp ø:#$ uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  149

Maksudnya:
„Maha berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan Yang Menguasai
pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-
tiap sesuatu; Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) ă
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang
lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)‰.

Apabila kita beribadah kepada Allah S.W.T, kita sebenarnya melaksanakan hak
Allah S.W.T ke atas kita sebagai makhluk dan hamba-Nya. Mari kita lihat hadis
Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yang diceritakan oleh Mu`adz bin Jabal r.a
dalam perkara ini:

‫ ﻳﺎ ﻣﻌﺎﺫ! ﺃﺗﺪﺭﻱ‬:‫ ﻓﻘﺎﻝ ﱄ‬.‫ﻛﻨﺖ ﺭﺩﻳﻒ ﺍﻟﻨﱯ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﲪﺎﺭ‬
‫ ﺣﻖ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﺃﻥ‬:‫ ﻗﺎﻝ‬.‫ ﺍﷲ ﻭﺭﺳﻮﻟﻪ ﺃﻋﻠﻢ‬:‫ﻣﺎ ﺣﻖ ﺍﷲ ﻋﻠﻰ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ؟ ﻗﻠﺖ‬

.‫ﻳﻌﺒﺪﻭﻩ ﻭﻻﻳﺸﺮﻛﻮﺍ ﺑﻪ ﺷﻴﺌﺎ‬

Maksudnya:
„Aku (Mu`adz) duduk membonceng keldai yang ditunggang oleh Rasulullah
S.A.W Baginda S.A.W bertanya kepada aku: Wahai Mu`adz! Tahukah kamu
apakah hak Allah atas hamba-hamba-Nya? Aku menjawab: Allah dan Rasul-Nya
lebih mengetahui. Lalu Baginda S.A.W menjawab: Hak Allah atas hamba-hamba-
Nya ialah agar mereka menyembah-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan
sesuatu‰.

Ibadah yang kita lakukan merupakan suatu wasilah atau cara untuk kita
mendidik al-Nafs kita. Hasil daripada didikan yang terbaik untuk al-nafs
dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Fajr ayat 27-30:

∩⊄∇∪ ’Í?{ä ÷Š$$sù Zπ¨ŠÅÊó£Δ ZπuŠÊÅ #‘u 7Å Î/n ‘u ’4 n<)Î ∩⊄∠∪ û©ÉëÅ_‘ö $# èπ¨ΖÍ×ϑy ôÜϑß ø9$# ß§øΖ¨ 9$# $pκJç −ƒ'r ¯≈tƒ

∩⊂⊃∪ ©ÉLΖ¨ _y ∩⊄®∪ ’?Í {ä Š÷ $#ρu “ω≈t6Ïã ’ûÎ

Maksudnya:
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat,
Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan
disambut dengan kata-kata): „Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa
tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! „Kembalilah kepada
Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

150  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! ă „Serta masuklah engkau dalam
kumpulan hamba-hamba-Ku yang berbahagia ă „Dan masuklah ke dalam
Syurga-Ku!‰

AKTIVITI 8.2

1. Mengapa ada kalangan ahli masyarakat yang menyempitkan maksud
ibadah hanya kepada ibadah khusus sahaja? Bincangkan.

2. Bagaimana kita boleh memupuk kefahaman masyarakat bahawa
bekerja dalam pelbagai sektor juga dikira sebagai ibadah? Nyatakan.

8.3 KESAN IBADAH KEPADA INDIVIDU DAN
MASYARAKAT

Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, ibadah merupakan matlamat
utama penciptaan manusia dan jin. Ini menunjukkan bahawa seluruh kehidupan
manusia mestilah berada dalam lingkungan ibadah. Sekarang kita lihat pula
apakah kesan ibadah kepada individu dan juga masyarakat. Secara umum, boleh
kita katakan bahawa ibadah yang kita lakukan mempunyai kesan terhadap kita
sebagai individu, antaranya ialah:

(a) Ibadah tersebut boleh meningkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T.

(b) Ibadah yang kita lakukan boleh menghalang kita daripada melakukan
perbuatan yang keji dan mungkar.

(c) Dengan ibadah yang kita lakukan itu, kita akan mendapat ganjaran pahala
daripada Allah S.W.T.

(d) Jika kita melakukan ibadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan
kita akan dikasihi oleh Allah S.W.T.

(e) Ibadah yang kita lakukan akan menjamin kita meraih kebahagian di dunia
dan di akhirat.

(f) Apabila kita melakukan ibadah dengan ikhlas kita akan dihormati oleh
orang lain.

Sementara itu, jika kita lihat dari sudut ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat
dan haji, kita dapati ibadah-ibadah tersebut mempunyai kesan yang amat positif
terutama dalam pembentukan sahsiah individu Muslim. Jadual 8.2 memberikan
kita penjelasan mengenai perkara tersebut.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  151

Jadual 8.2: Kesan Positif Mengerjakan Ibadah-ibadah Khusus

Ibadah Khusus Kesan

Solat  Wuduk yang diambil untuk solat dapat menghapuskan dosa-dosa
yang dilakukan oleh anggota badan.

 Solat dapat mencegah daripada melakukan perkara fahsya` dan
mungkar.

 Solat dapat menghapuskan dosa.

 Solat dapat menghampirkan seseorang dengan Allah S.W.T.

Puasa  Puasa menjadi perisai dan pengawal seseorang daripada melakukan
perkara yang keji dan mengatakan sesuatu yang kotor (al-Rafath).

 Puasa menjauhkan seseorang daripada melakukan zina.

 Puasa menjadikan seseorang lebih mengerti maksud sabar.

 Puasa menjadikan seseorang lebih mengerti maksud pemurah dan
melaksanakannya dalam kehidupan.

 Puasa menjamin pengampunan dosa oleh Allah S.W.T.

Zakat  Dengan berzakat, seseorang itu menzahirkan keimanannya dan
menikmati kelazatan iman.

 Seseorang itu bersungguh mencari rezeki yang halal dan dengannya
dapat berzakat.

 Seseorang itu dapat menjauhkan diri daripada mengungkit-ungkit
zakat yang dikeluarkan dan mengharapkan pujian serta balasan.

 Seseorang menjadi pemurah dan tidak bakhil.

 Seseorang itu menjadi lebih prihatin terhadap kesusahan orang lain
dan ini dapat menguatkan hubungan silaturahim dengan mereka.

 Seseorang dapat merapatkan jurang antara si kaya dengan si miskin
atau fakir. Ini dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat.

Haji  Menjadikan seseorang lebih mengerti maksud jihad.

 Mengenal maksud sebenar sabar dalam menanggung kesusahan.

 Melaksanakan konsep al-Ta`aruf dalam konteks umat Islam seluruh
dunia.

 Mendapat keampunan Allah S.W.T dan menghapuskan dosa.

Sumber: Udah Mohsin (1987)

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

152  TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH

AKTIVITI 8.3

1. Bincangkan bagaimana konsep perpaduan boleh dikaitkan dengan
konsep ibadah.

2. Pada pandangan anda, bagaimana kita boleh menjelaskan konsep
jihad ekonomi dengan maksud ibadah dalam Islam?

 Persoalan ibadah adalah suatu yang sangat fundamental dalam Islam yang
menentukan asas penciptaan manusia di atas muka bumi.

 Ibadah yang dilakukan kepada Allah S.W.T merupakan terjemahan terhadap
penyaksian yang benar dan bermakna terhadap keEsaan Allah S.W.T.

 Keikhlasan amat penting dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T.

 Pemahaman yang jelas, benar dan bermakna tentang konsep ibadah akan
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap amalan dan kegiatan insan di
dunia yang akhirnya membuahkan natijah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Ibadah Khusus RiyaÊ
Ibadah Umum Syirik
Ikhlas

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 8 TASAWWUR ISLAM TENTANG IBADAH  153

Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).
Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.

Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.
Sayyid Abu A`la al-Mawdudi. (1989). Let us be Muslims. Editor Khurram Murad.

Kuala Lumpur: A.S. Noordeen.
Udah Mohsin. (1987). Kesan ibadah dalam pembentukan akhlak seorang Muslim.

Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
Yusuf al-Qaradawi. (1993). Ibadah dalam Islam. Terjemahan oleh Abu Asma

Anshari dan Nasruddin Abd Rahman. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Tasawwur

9 Islam tentang
Akhlak

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi akhlak;
2. Menerangkan kepentingan dan kedudukan akhlak dalam kehidupan

insan;
3. Menjelaskan ciri-ciri sistem akhlak dalam Islam; dan
4. Membezakan antara akhlak dengan moral dan etika.

 PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan membincangkan pandangan Islam tentang akhlak.
Persoalan tentang akhlak adalah suatu perbincangan yang amat penting selepas
kita memahami konsep akidah dan syariah. Ia merupakan pelengkap kepada
keseluruhan ajaran Islam. Memahami akhlak boleh menyempurnakan
kefahaman tentang Islam secara menyeluruh. Ini kerana insan yang mempunyai
akhlak yang mulia akan mempamerkan keseluruhan ajaran Islam pada dirinya
dan menjadi cermin kepada orang lain. Inilah yang ditonjolkan oleh Rasulullah
S.A.W sepanjang hidupnya sebagai utusan Allah, pemimpin umat, ketua turus
angkatan perang, ketua keluarga dan sebagainya. Oleh kerana akhlak ini datang
dari Allah dan bukannya hasil daya pemikiran dan cetusan idea manusia, ia tetap
sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  155

9.1 DEFINISI AKHLAK

Rasulullah S.A.W diutuskan oleh Allah S.W.T untuk menyempurnakan akhlak
yang mulia. Malah, Allah S.W.T mengiktiraf bahawa Baginda S.A.W memiliki
akhlak yang paling mulia sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Qalam ayat 4:

∩⊆∪ Ο5 ŠàÏ tã ,@ =è zä 4’n?èy 9s y7¯Ρ)Î ρu

Maksudnya:
„Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang amat
mulia‰.
Berdasarkan dalil di atas, kita mungkin inginkan pencerahan apakah yang
dimaksudkan dengan akhlak.
Kalimah akhlak berasal daripada bahasa Arab yang merupakan kata jamak
kepada perkataan khuluq. Istilah khuluq pula merupakan istilah al-Quran
sebagaimana yang termaktub dalam surah al-Qalam ayat 4 di atas. Khuluq
bermaksud sifat semula jadi, tabiat, maruah, agama dan gambaran jiwa dalaman
seseorang individu atau sekumpulan individu. Malah, sistem kepercayaan dan
agama yang dianuti oleh seseorang yang berperanan mewarnai tingkah laku dan
perbuatan seseorang juga dikaitkan dengan maksud akhlak.
Berikut adalah beberapa pandangan ilmuan Muslim tentang takrifan akhlak
(rujuk Jadual 9.1).

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

156  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

Jadual 9.1: Pandangan tentang Takrifan Akhlak oleh Para Ilmuan Muslim

Ilmuan Muslim Pandangan tentang Takrifan Akhlak
Ibn Miskawayh
Akhlak ialah keadaan sesuatu jiwa yang menggerakkan seseorang untuk
melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih
dahulu. Jiwa dalam konteks takrifan ini merujuk kepada keadaan jiwa
yang bersifat tabii dan keadaan jiwa yang „dibentuk‰ melalui latihan
tertentu dan kebiasaan seharian.

Imam al-Ghazali Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam di dalam jiwa seseorang yang
darinya muncul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan
pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Dalam konteks ini, akhlak boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Akhlak yang baik, apabila keadaan jiwa melahirkan tingkah laku dan
perbuatan yang baik yang diiktiraf oleh akal dan syarak.

(b) Akhlak yang buruk, apabila keadaan jiwa melahirkan tingkah laku
dan perbuatan yang jahat.

Miqdad Yaljin Akhlak merangkumi tiga aspek, iaitu:

(a) Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah.

(b) Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan atau sebagainya
yang akhirnya diterima sebagai adat atau tabiat.

(c) Meliputi dua aspek iaitu aspek kejiwaan (batin) dan kelakuan (zahir).

Ahmad Amin Akhlak ialah sesuatu yang bersifat batiniah (kejiwaan) dan bukannya
bersifat lahiriah (luaran). Walau bagaimanapun, perbuatan lahiriah yang
dinamakan sebagai kelakuan atau muamalah adalah gambaran dan bukti
kepada sifat kejiwaan.

Abd al-Karim Akhlak ialah himpunan sifat yang terdapat dalam jiwa dan berdasarkan
Zaydan dorongan serta pertimbangan sifat itu, sesuatu perbuatan itu dapat
dikatakan baik atau buruk menurut pandangan manusia. Dengan sifat
itulah juga dia dapat melaksanakan atau meninggalkan perbuatannya.

Mohd. Nasir Akhlak ialah sains yang menekankan jiwa seseorang sebagai daya
Omar penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan di mana perbuatan itu
perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan
disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi.

Zakaria Stapa Akhlak ialah suatu tingkah laku perbuatan yang sudah cukup biasa dan
sebati di dalam diri seseorang sehingga apabila dia mahu melakukan
perbuatan tersebut, dia sudah tidak lagi perlu berfikir terlebih dahulu dan
ia boleh dilaksanakan atau muncul daripada dirinya secara spontan. Ia
bukan sesuatu lakonan, berlagak, perkara yang dibuat-buat dan bersifat
munafik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  157

Berdasarkan pengertian di atas, boleh kita katakan bahawa akhlak itu merupakan
tabiat semula jadi manusia yang ada di dalam diri manusia secara fitrah dan
tabiat yang dimiliki melalui latihan, tarbiyyah dan disiplin diri sehingga ia
menjadi darah daging atau adat kebiasaan seseorang. Contoh sifat yang ada di
dalam diri seseorang secara fitrah ialah perasaan cepat marah, cepat ketawa,
mudah tersinggung, mudah memaafkan dan sebagainya. Manakala contoh yang
kedua ialah manusia yang bakhil boleh menjadi seorang yang dermawan dengan
melatih dirinya untuk menderma, walaupun pada peringkat awalnya agak
keberatan, tetapi lama kelamaan dia merasa seronok menderma.

AKTIVITI 9.1

1. Berdasarkan takrifan-takrifan di atas, bincangkan ciri-ciri penting
akhlak dalam Islam.

2. Sabar merupakan salah satu cabang akhlak dalam Islam. Kaitkan sifat
dan perlakuan sabar dengan takrifan akhlak yang disenaraikan di atas.

9.2 KEPENTINGAN AKHLAK DALAM
KEHIDUPAN INSAN

Berdasarkan dalil yang dikemukakan dalam subtopik 9.1, kita dapati bahawa
akhlak merupakan sesuatu yang sangat penting dan mempunyai pengaruh yang
sangat besar dalam pembentukan tingkah laku dan perbuatan insan. Malah,
tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa semua tindak tanduk manusia adalah
berdasarkan sifat yang ada di dalam jiwanya. Dengan kata lain, perbuatan insan
mempunyai hubungan yang erat dengan sifat dan elemen dalaman dirinya
seperti al-Nafs dan al-Qalb. Kenyataan ini dapat kita fahami apabila kita meneliti
maksud hadis Nabi S.A.W yang menyatakan bahawa di dalam tubuh manusia
ada seketul daging yang apabila ia baik, maka baiklah seluruh tubuh badannya
(termasuklah tingkah lakunya) dan begitulah sebaliknya. Nabi Muhammad
S.A.W menyebutkan bahawa benda itu ialah al-Qalb. Menurut `Abd al-Karim
Zaydan dalam kitabnya Usul al-Da`wah, perkaitan antara tingkah laku luaran
dengan dalaman adalah laksana eratnya hubungan sebatang pokok dengan
akarnya. Jika akar pokok itu rosak, maka rosaklah pokok tersebut. Begitulah juga
dengan perbuatan insan.

Cuba kita perhatikan ayat 58 daripada surah al-A`raf berikut bagi menggambarkan
maksud kenyataan di atas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

158  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

4 #Y‰Å3tΡ ω Î) lß ã øƒs† ωŸ y]ç7zy “%Ï !© #$ uρ ( ⎯Ïμ/nÎ u‘ ÈβøŒÎ*Î/ …μç ?è $t6Ρt lß ãøƒs† Ü=‹hÍ Ü© 9$# à$s#t7ø9#$ ρu

∩∈∇∪ tβρá ä3±ô o„ Θ5 öθs)Ï9 ÏM≈tƒFψ#$ ß∃hÎÇ| çΡ 7y Ï9≡‹x 2Ÿ

Maksudnya:
„Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan
izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya
melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda
(kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang
(mahu) bersyukur‰.

Oleh itu, Islam merupakan ajaran yang memfokuskan kepada usaha
memperbaiki manusia dan membentuk akhlaknya untuk mencapai kehidupan
yang lebih baik. Bagaimana Islam membentuk manusia? Islam membentuk
manusia supaya menjadi insan yang terbaik sejajar dengan kejadiannya yang
terbaik (ahsana taqwim). Ini dapat dilakukan dengan memperbaiki al-Nafs dan
al-Qalbnya dan menanamkan sifat-sifat terpuji serta menjauhkan sifat-sifat yang
terkeji. Ini kerana Islam adalah satu-satunya agama yang memandu manusia ke
arah kebahagiaan, kesejahteraan dan ketenteraman.

Akhlak penting kepada manusia kerana manusia sebelum melakukan sesuatu
atau meninggalkan sesuatu selalunya akan mempertimbangkan atau memikirkan
adakah sesuatu tindakan itu baik atau sebaliknya. Dengan kata lain, adakah apa
yang akan dilakukan itu sesuai dengan akhlak yang ada dalam dirinya? Justeru,
jika sudah ada keputusan yang diambil berdasarkan kata-kata al-Nafs dan al-
Qalbnya, barulah timbul dorongan dan keinginan untuk melakukan atau
meninggalkan sesuatu perkara.

AKTIVITI 9.2

1. Bincangkan dengan rakan tentang aplikasi akhlak dalam perhubungan
antarabangsa.

2. Bagaimana nilai-nilai akhlak boleh diterapkan dalam pelaksanaan
undang-undang? Bincangkan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  159

9.3 KEDUDUKAN AKHLAK DALAM ISLAM

Persoalan akhlak adalah suatu persoalan yang sangat penting dalam agama
Islam. Kepentingannya dapat kita perhatikan melalui perbincangan berikut:

(a) Matlamat risalah Islam adalah untuk menyempurnakan dan menyebarkan
akhlak mulia sebagaimana maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W yang
menyebutkan bahawa Baginda S.A.W diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak mulia (makarim al-Akhlaq).

(b) Maksud al-Din (yang merujuk kepada agama Islam) dikaitkan dengan
persoalan akhlak yang baik sebagaimana hadis Nabi S.A.W berikut:

‫ ﺣﺴﻦ‬: ‫ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ ﻣﺎ ﺍﻟﺪﻳﻦ؟ ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﺮﺳﻮﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ‬
.‫ﺍﳋﻠﻖ‬

Maksudnya:
„Wahai Rasulullah, apakah al-Din itu? Baginda menjawab: Akhlak yang
baik‰.

Ini menunjukkan bahawa salah satu perkara asas yang penting dalam Islam
ialah akhlak yang baik.

(c) Akhlak yang baik menjadi pemberat timbangan kepada amalan kebaikan
yang seseorang lakukan pada hari akhirat. Ini sebagaimana sabda Nabi
Muhammad S.A.W:

‫ﺃﺛﻘﻞ ﻣﺎ ﻳﻮﺿﻊ ﰲ ﺍﳌﻴﺰﺍﻥ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺗﻘﻮﻯ ﺍﷲ ﻭﺣﺴﻦ ﺍﳋﻠﻖ‬

Maksudnya:
„Untuk memberatkan apa yang diletakkan pada timbangan pada hari
akhirat adalah takwa kepada Allah dan akhlak yang baik‰.

(d) Keadaan dan sikap orang yang beriman adalah selalu mengutamakan
akhlak yang baik. Ini dapat kita buktikan melalui sabda Nabi S.A.W ketika
Baginda ditanya tentang sikap orang beriman:

‫ ﺃﺣﺴﻨﻬﻢ ﺧﻠﻘﺎ‬:‫ ﺃﻱ ﺍﳌﺆﻣﻨﻮﻥ ﺃﻓﻀﻞ ﺇﳝﺎﻧﺎ ؟ ﻗﺎﻝ‬:‫ﻗﻴﻞ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲ‬

Maksudnya:
„Ditanya orang: Wahai Rasulullah, orang mukmin yang mana satukah yang
paling utama? Baginda menjawab: Orang yang akhlaknya paling baik‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

160  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

(e) Rasulullah S.A.W menjanjikan kepada umat Islam bahawa mereka yang
paling dikasihi oleh Baginda S.A.W dan yang paling dekat dengan Baginda
S.A.W pada hari kiamat ialah orang yang beriman dan berakhlak mulia.
Sabda Rasulullah S.A.W:

‫ﺇﻥ ﺃﺣﺒﻜﻢ ﺇﱄ ﻭﺃﻗﺮﺑﻜﻢ ﻣﲏ ﳎﻠﺴﺎ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺃﺣﺎﺳﻨﻜﻢ ﺃﺧﻼﻗﺎ‬

Maksudnya:
„Sesungguhnya orang yang paling kasih kepada aku dan yang paling dekat
kepada aku pada hari kiamat adalah orang-orang yang baik akhlaknya‰.

(f) Insan yang berakhlak mulia akan terhindar daripada azab api neraka dan
membawanya ke dalam syurga. Ini menunjukkan bahawa akhlak mulia
mengandungi nilai yang tinggi jika dibandingkan dengan ibadah-ibadah
yang lain. Dengan kata lain, sekiranya seseorang itu kuat beribadah tetapi
tidak mempunyai akhlak yang baik, ibadahnya tidak bernilai. Inilah yang
dimaksudkan dengan hadis Nabi S.A.W berikut:

‫ﺇﻥ ﻓﻼﻧﺔ ﺗﺼﻮﻡ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻭﺗﻘﻮﻡ ﺍﻟﻠﻴﻞ ﻭﻫﻲ ﺳﻴﺌﺔ ﺍﳋﻠﻖ ﺗﺆﺫﻱ ﺟﲑﺍﻧﻬﺎ‬
‫ ﻗﺎﻝ ﻻ ﺧﲑ ﻓﻴﻬﺎ ﻫﻲ ﻣﻦ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻨﺎﺭ‬.‫ﺑﻠﺴﺎﻧﻬﺎ‬

Maksudnya:
„Si Pulanah berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada waktu
malam sedangkan dia berakhlak dengan akhlak yang buruk mengganggu
jirannya dengan lidahnya. Baginda bersabda: Tidak ada kebaikan dalam
ibadahnya itu, dia adalah ahli neraka‰.

(g) Kesungguhan Nabi Muhammad S.A.W dalam doanya agar Allah S.W.T
memperbaiki akhlaknya sebagaimana sabdanya:

‫ ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻫﺪﱐ ﻷﺣﺴﻦ ﺍﻷﺧﻼﻕ‬... ‫ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺣﺴﻨﺖ ﺧﻠﻘﻲ ﻓﺤﺴﻦ ﺧﻠﻘﻲ‬
‫ﻓﺈﻧﻪ ﻻ ﻳﻬﺪﻱ ﻷﺣﺴﻨﻬﺎ ﺇﻻ ﺃﻧﺖ ﻭﺍﺻﺮﻑ ﻋﲏ ﺳﻴﺌﻬﺎ ﻓﺈﻧﻪ ﻻ ﻳﺼﺮﻑ ﻋﲏ‬

‫ﺳﻴﺌﻬﺎ ﺇﻻ ﺃﻧﺖ‬

Maksudnya:
„Ya Allah perbaikilah akhlakku sepertimana Engkau memperbaiki
kejadianku⁄Ya Allah tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang
dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik selain Engkau. Hindarkan
aku dan tidak ada yang dapat menghindarkan aku daripada kejahatan selain
Engkau‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  161

(h) Rasulullah S.A.W mendapat pujian dari Allah S.W.T, lantaran akhlak
mulianya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Qalam ayat 4:

∩⊆∪ Ο5 ŠàÏ ãt @,è=zä ’4 n?yè9s y7Ρ¯ Î)ρu

Maksudnya:
‰Dan bahawa sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang amat mulia‰.

(i) Akhlak merupakan inti pati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak, ibadat yang
dilakukan menjadi adat resam dan tindakan yang tidak mempunyai nilai
dan tidak berfaedah. Dalil-dalil berikut boleh menjelaskan keterangan
tersebut:

Firman Allah S.W.T dalam surah al-`Ankabut ayat 45:

4‘Ss Ζ÷ ?s οn 4θn=¢Á9$# χÎ) ( οn θ4 n=¢Á9#$ ÉΟ%Ï &r ρu É=≈Gt 3Å 9ø $# š∅ΒÏ y7ø‹s9Î) ©z rÇ ρ&é !$Βt ≅ã ø?#$

∩⊆∈∪ tβθèã oΨóÁs? $Βt ÞΟn=è÷ tƒ ª!#$ uρ 3 ç 9t 2ò r& !« #$ ã .ø Ï%!s ρu 3 Ì s3Ζßϑ9ø #$ uρ Ï™!$t±ósx9ø $# ∅Ç tã

Maksudnya:
‰Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan
kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji
dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan‰.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﻣﻦ ﱂ ﺗﻨﻪ ﺻﻼﺗﻪ ﻋﻦ ﺍﻟﻔﺤﺸﺎﺀ ﻭﺍﳌﻨﻜﺮ ﱂ ﻳﺰﺩﺩ ﻣﻦ ﺍﷲ ﺇﻻ ﺑﻌﺪﺍ‬

Maksudnya:
„Sesiapa yang tidak dapat dihalang oleh solatnya daripada melakukan
perkara jahat dan mungkar beliau adalah bertambah jauh dari Allah‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

162  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﺇﺫﺍ ﻛﺎﻥ ﻳﻮﻡ ﺻﻮﻡ ﺃﺣﺪﻛﻢ ﻓﻼ ﻳﺮﻓﺚ ﻭﻻ ﻳﺼﺨﺐ ﻓﺈﻥ ﺳﺎﺑﻪ ﺃﺣﺪ ﺃﻭ ﻗﺎﺗﻠﻪ‬
‫ﻓﻠﻴﻘﻞ ﺇﱐ ﺻﺎﺋﻢ‬

Maksudnya:
„Janganlah seorang daripada kamu melakukan rafath (mengeluarkan kata-
kata yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh) dan
bertengkar pada hari beliau berpuasa. Apabila beliau dicerca atau diperangi
oleh seseorang, beliau hendaklah mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa‰.

AKTIVITI 9.3

1. Mengapa Rasulullah S.A.W perlu dijadikan qudwah atau ikutan
daripada sudut akhlak? Bincangkan.

2. Masalah keruntuhan sosial sering dikaitkan dengan penghayatan ajaran
agama. Bincangkan kenyataan tersebut dalam konteks kedudukan
akhlak dalam Islam.

9.4 CIRI-CIRI SISTEM AKHLAK DALAM ISLAM

Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan sistem akhlak dalam Islam yang
mempunyai ciri-ciri tertentu. Ciri-ciri tersebut dinyatakan dalam Rajah 9.1.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  163

Rajah 9.1: Ciri-ciri sistem akhlak dalam Islam
Sekarang, mari kita lihat ciri-ciri tersebut satu persatu.
(a) Ajaran Akhlak dalam Bentuknya yang Umum

Islam adalah agama yang menyeru manusia supaya berakhlak dengan
akhlak yang mulia. Firman Allah S.W.T dalam surah al-IsraÊ ayat 53:

¨βÎ) 4 Νö ηæ uΖ÷t/ øé ”u ∴tƒ z⎯≈sÜ‹ø ±¤ 9#$ β¨ )Î 4 ß⎯|¡mô r& }‘Ïδ ©ÉL9© #$ (#θ9ä θà)ƒt “ÏŠ$t7èÏ Ï9j ≅%è ρu
∩∈⊂∪ $YΖ7Î Β• #xρ‰ß tã Ç⎯≈¡| ΣM∼9Ï šχ%x. ⎯z ≈Üs ø‹¤±9$#

Maksudnya:
‰Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang
beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada
orang-orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya syaitan itu
sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang);
sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

164  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

Perkataan yang baik merupakan salah satu topik dalam dakwah Islam. Setiap
orang perlu berkata yang baik dalam semua bentuk sama ada dalam
panggilan mahupun dalam pertuturan biasa. Justeru, manusia perlu
menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji.
Walau bagaimanapun, Islam bukan sahaja mengemukakan persoalan akhlak
dalam bentuk yang umum tetapi turut membincangkan sifat-sifat terpuji
yang melambangkan ketinggian akhlak yang mulia secara terperinci.
Kenyataan ini sebagaimana yang pernah dibincangkan oleh Fathi Yakan
dalam kitabnya Madha Ya`ni IntimaÊi li al-Islam apabila membicarakan
persoalan „Saya Mestilah Muslim Di Sudut Akhlak‰. Menurut beliau, antara
sifat akhlak yang semestinya ada pada diri seseorang Muslim sehingga dia
benar-benar Islam dari sudut akhlak ialah seperti berikut:

(i) Bersifat warak daripada melakukan perkara-perkara yang syubhat. Ini
sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W iaitu:

‫ﺍﳊﻼﻝ ﺑﲔ ﻭﺍﳊﺮﺍﻡ ﺑﲔ ﻭﺑﻴﻨﻬﻤﺎ ﺃﻣﻮﺭ ﻣﺸﺘﺒﻬﺎﺕ ﻻ ﻳﻌﻠﻤﻬﻦ ﻛﺜﲑ ﻣﻦ‬
‫ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻓﻤﻦ ﺍﺗﻘﻰ ﺍﻟﺸﺒﻬﺎﺕ ﺇﺳﺘﱪﺃ ﻟﺪﻳﻨﻪ ﻭﻋﺮﺿﻪ ﻭﻣﻦ ﻭﻗﻊ ﰲ‬

‫ﺍﻟﺸﺒﻬﺎﺕ ﻭﻗﻊ ﰲ ﺍﳊﺮﺍﻡ‬

Maksudnya:
„Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu pun jelas,
tetapi di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhat yang
tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Sesiapa yang menjauhi
perkara syubhat bererti dia telah membersihkan agamanya dan
kehormatannya. Sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara syubhat
bererti dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram...‰.

(ii) Menundukkan pandangan daripada melihat perkara-perkara yang
diharamkan kerana ia boleh menimbulkan syahwat dan mendorong
seseorang melakukan maksiat dan dosa.

(iii) Memelihara lidah daripada berkata sesuatu yang tidak memberi
faedah, perkataan yang keji, mengumpat dan sebagainya. Hadis Nabi
Muhammad S.A.W:

‫ﻟﻴﺲ ﺍﳌﺆﻣﻦ ﺑﺎﻟﻄﻌﺎﻥ ﻭﻻ ﺍﻟﻠﻌﺎﻥ ﻭﻻ ﺍﻟﻔﺎﺣﺶ ﺍﻟﺒﺪﻯﺀ‬

Maksudnya:
„Orang yang beriman itu bukanlah orang yang suka menuduh, suka
melaknat, suka bercakap kotor dan keji‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  165

(iv) Malu dalam semua keadaan. Walau bagaimanapun, sifat malu tersebut
tidak menghalang seseorang daripada berkata tentang kebenaran.
Hadis Nabi S.A.W:

‫ ﺃﻓﻀﻠﻬﺎ ﻗﻮﻝ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ‬.‫ﺍﻹﳝﺎﻥ ﺑﻀﻊ ﻭﺳﺒﻌﻮﻥ ﺃﻭ ﺑﻀﻊ ﻭﺳﺘﻮﻥ ﺷﻌﺒﺔ‬
‫ﺍﷲ ﻭﺃﺩﻧﺎﻫﺎ ﺇﻣﺎﻃﺔ ﺍﻷﺫﻯ ﻋﻦ ﺍﻟﻄﺮﻳﻖ ﻭﺍﳊﻴﺎﺀ ﺷﻌﺒﺔ ﻣﻦ ﺍﻹﳝﺎﻥ‬

Maksudnya:
„Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau lebih daripada enam puluh
cabang yang paling afdal ialah kalimah La Ilah Illa Allah dan yang
paling rendah ialah membuang sesuatu yang boleh menyakitkan dari
jalan dan malu itu satu cabang dari iman‰.

(v) Bersifat benar, jujur dan tidak berdusta sekalipun terhadap diri sendiri
dengan tidak merasa takut kepada celaan manusia demi
kepatuhannya kepada Allah S.W.T. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﺇﻥ ﺍﻟﺼﺪﻕ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ ﺍﻟﱪ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﱪ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ ﺍﳉﻨﺔ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ‬
‫ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻜﺬﺏ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ‬.‫ﻟﻴﺼﺪﻕ ﺣﱴ ﻳﻜﺘﺐ ﻋﻨﺪ ﺍﷲ ﺻﺪﻳﻘﺎ‬
‫ﺍﻟﻔﺠﻮﺭ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﻔﺠﻮﺭ ﻳﻬﺪﻱ ﺇﱃ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﺇﻥ ﺍﻟﺮﺟﻞ ﻟﻴﻜﺬﺏ ﺣﱴ‬

‫ﻳﻜﺘﺐ ﻋﻨﺪ ﺍﷲ ﻛﺬﺑﺎ‬

Maksudnya:
„Sesungguhnya sifat benar itu membawa kepada kebaikan dan
kebaikan itu membawa ke syurga dan seseorang itu akan terus bersifat
benar sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai orang yang bersifat
benar. Sesungguhnya dusta itu membawa kepada kejahatan dan
kejahatan itu membawa ke neraka. Seseorang itu akan terus berdusta
sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta‰.

(b) Kesempurnaan Sistem Akhlak dalam Islam
Sistem akhlak dalam Islam amat lengkap dan sempurna yang meliputi
semua aspek perbuatan manusia sama ada yang berkaitan dengan individu,
masyarakat dan negara. Dengan kata lain, tiada sesuatu perbuatan manusia
yang terkeluar dan tidak diatur di bawah peraturan akhlak. Sistem seperti
ini tidak ada pada agama dan kepercayaan lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

166  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

(c) Akhlak Perlu Dilaksanakan dalam Semua Keadaan dan Tujuan
Sistem akhlak dalam Islam amat menekankan aspek pelaksanaannya dalam
semua tindakan dan perbuatan. Islam tidak membenarkan adanya unsur
matlamat menghalalkan cara apatah lagi sekiranya cara yang dilakukan
bertentangan dengan tujuan atau matlamat yang lari daripada akhlak yang
mulia.

(d) Akhlak Mempunyai Hubungan dengan Keimanan dan Ketakwaan
Akhlak dalam Islam mempunyai ikatan yang kuat dengan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T dalam surah al-
Tawbah ayat 4:

öΝ9s uρ $↔\ ‹ø x© Νö .ä θÝÁà)Ζtƒ Νö s9 §ΝOè ⎦t ⎫.Ï Î ô³ϑß ø9$# z⎯ΒiÏ Ν›?‰yγ≈ãt š⎥⎪%Ï ©!$# ωÎ)

=tÏ †ä ©!#$ ¨βÎ) 4 Νö κÍ EÌ ‰£ ãΒ ’4 n<)Î óΟδè y‰ôγtã Νö ÎγøŠs9Î) #( þθϑ‘ ?Ï 'r sù #‰Y tn&r öΝä3ø‹=n æt #( ρã γÎ ≈sàƒã

∩⊆∪ t⎦⎫É)−Gßϑ9ø $#

Maksudnya:
‰Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari
orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu
itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorang pun yang memusuhi
kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga
(habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang
bertakwa‰.

Begitu juga dengan hadis Nabi S.A.W:

‫ﻻ ﺇﳝﺎﻥ ﳌﻦ ﻻ ﺃﻣﺎﻧﺔ ﻟﻪ ﻭﻻ ﺩﻳﻦ ﳌﻦ ﻻ ﻋﻬﺪ ﻟﻪ‬

Maksudnya:
„Tidak sempurna iman bagi mereka yang tidak amanah dan tidak
sempurna agama bagi mereka yang tidak menepati janji‰.

(e) Ganjaran Akhlak
Islam menetapkan dalam sistem akhlak apa yang dikenali sebagai ganjaran
terhadap apa yang dilakukan. Ini kerana dalam Islam terdapat perintah
untuk meninggalkan beberapa larangan. Sesiapa yang melanggar perintah
tersebut akan menerima ancaman dan seksaan. Ini jelas apabila kita meneliti
ayat 1 surah al-Humazah berikut:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  167

∩⊇∪ >οt“yϑ—9 ο; t“ϑy èδ Èe≅à6Ï9j ×≅÷ƒuρ

Maksudnya:
‰Kecelakaan besar bagi setiap pencaci, pengeji‰.

Begitu juga Islam turut menetapkan bahawa mereka yang melakukan
perintah Allah S.W.T akan mendapat ganjaran yang baik berupa pahala dan
syurga.

(f) Kualiti Akhlak
Islam mementingkan agar seseorang individu mempertingkatkan kualiti
akhlaknya. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan agar
akhlak boleh diperbaiki kualitinya, antaranya ialah:

(i) Berusaha mempertingkatkan pengetahuan tentang hakikat sebenar
akhlak yang mulia dan yang keji.

(ii) Berusaha mengetahui kepentingan akhlak dan hubungannya dengan
keimanan, ketakwaan dan seluruh tindakan dalam kehidupan manusia.

(iii) Bukan sekadar mengetahui hakikat akhlak tetapi berusaha menanamkan
dalam diri sifat-sifat yang perlu ada supaya menjadi orang yang
berakhlak.

(iv) Berusaha mempertingkatkan rasa keyakinan terhadap setiap ganjaran
melakukan sesuatu kebajikan dan meninggalkan keburukan yang
semuanya itu mengikut neraca akhlak yang baik.

(v) Berusaha membiasakan diri dengan melakukan kebaikan dan
meninggalkan keburukan sehingga ia menjadi sebati dalam diri.

(vi) Berusaha mempertingkatkan kualiti ibadah sama ada yang wajib
mahu pun yang sunat.

(vii) Berusaha mempertingkatkan daya kemampuan untuk berlatih secara
tekal dan istiqamah dengan tawakkal kepada Allah S.W.T.

(viii) Bergaul dan bermuamalah dengan orang yang berakhlak mulia dan
menjauhkan diri daripada orang yang berakhlak keji.

(ix) Mengambil contoh yang terbaik untuk dijadikan ikon dalam diri yang
boleh membantu mempertingkatkan kualiti akhlak.

(x) Berusaha tinggal dalam suasana dan persekitaran yang mementingkan
akhlak mulia.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

168  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

(g) Kesyumulan Akhlak
Menurut Yusuf al-Qaradawi (2010), dalam kitabnya al-KhasaÊis al-`Ammah
li al-Islam, kesyumulan akhlak dalam Islam terbahagi kepada beberapa
bahagian, iaitu:

(i) Akhlak terhadap diri sendiri;
(ii) Akhlak terhadap keluarga;
(iii) Akhlak terhadap masyarakat;
(iv) Akhlak terhadap alam; dan
(v) Akhlak terhadap Allah S.W.T.

AKTIVITI 9.4

1. Pada pendapat anda, adakah akhlak sama dengan adab? Bincangkan
dengan mengambil kira konteks agama dan budaya masyarakat di
Malaysia.

2. Kaitkan konsep „legally right but morally wrong‰ dengan pemahaman
maksud akhlak dalam kerangka tasawwur Islam.

9.5 PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL
DAN ETIKA

Dalam perbincangan tentang perbezaan antara akhlak, moral dan etika ini, kita
akan meneliti pengertian dan konsep moral dan etika terlebih dahulu. Oleh
kerana sebelum ini kita telah mengikuti perbincangan tentang pengertian dan
konsep akhlak, maka kita tidak akan mengulanginya.

Menurut Mohd Nasir Omar (1992), dalam buku Falsafah Etika, persoalan moral
selalunya dikaitkan dengan sesuatu yang praktikal, walaupun tidak semua yang
berbentuk praktikal boleh dipanggil sebagai moral. Moral selalunya
dibincangkan dalam konteks betul-salah, benar-tidak, perlu buat atau tidak yang
dilihat dalam konteks kerangka pemikiran, budaya, sistem sosial dan
kepercayaan serta keadaan manusia. Secara mudah, moral merujuk kepada cara
untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan
atau tingkah laku seseorang.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  169

Etika pula biasanya merujuk kepada satu peraturan yang menjadi panduan
hidup manusia. Kita sering dengar tentang etika perubatan, etika perniagaan dan
sebagainya yang merujuk kepada peraturan atau undang-undang yang dapat
mengatur dan memberi panduan tingkah laku kepada petugas-petugas tertentu
dalam bidang kedoktoran dan ahli-ahli perniagaan, misalnya, sama ada yang
melibatkan kompetensi diri sendiri, dengan pesakit atau pelanggan dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, etika masih lagi berada dalam kerangka
pemikiran manusia yang mana jika ia difikirkan baik pada pandangan manusia,
maka ia adalah baik. Etika, walaupun tidak sama dengan moral tetapi ia adalah
sebahagian daripada moral.

Secara umumnya, moral dan etika adalah ciptaan manusia hasil pemerhatian dan
penelitian dalam konteks pemikiran, budaya, sistem sosial dan ekonomi dan
sebagainya yang mempunyai keterbatasan dan pindaan dari semasa ke semasa
mengikut keadaan sezaman. Ada ketikanya sesuatu etika yang dikemukakan
tidak sesuai pada satu-satu masa, tempat dan keadaan kerana berlainan
persekitaran. Begitu juga dengan moral yang perkiraannya salah-betul mengikut
kaca mata sesetengah orang tetapi perkara yang dikatakan bermoral tidak
dianggap bermoral oleh sesetengah orang.

Dengan kata lain, tidak ada suatu neraca yang boleh dipertanggungjawabkan
dalam semua keadaan. Ini berbeza dengan akhlak yang sumbernya dari Allah
S.W.T yang dizahirkan melalui Nabi-Nya S.A.W. Jadual 9.2 boleh menggambarkan
kepada kita perbezaan antara akhlak dengan moral dan etika. Secara umum, ia
menunjukkan sesuatu yang datang secara wahyu dengan sesuatu yang dicipta
hasil daya dan usaha pemikiran manusia.

Jadual 9.2: Perbezaan antara Akhlak dengan Moral dan Etika

Akhlak Moral dan Etika

 Akhlak bersumberkan wahyu dari Allah  Merupakan ciptaan manusia berdasarkan
S.W.T. pengalaman, sikap, pemikiran dan
tingkah laku manusia.

 Bersifat mutlak, tetap dan sesuai pada  Bersifat relatif, tidak tetap dan boleh
setiap masa, tempat dan keadaan. berubah-ubah mengikut tempat, masa
dan keadaan.

 Bertujuan mendapat keredhaan Allah  Bertujuan mendapat keredhaan manusia
S.W.T. sahaja.

 Bersifat universal dan boleh diterima  Bersifat khusus dan hanya boleh diterima
umum. oleh sesuatu masyarakat sahaja.

Sumber: http://albesuty.blogspot.com

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

170  TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK

AKTIVITI 9.5

1. Mengapa ada pendapat yang mengatakan bahawa etika dan akhlak
adalah sama? Bincangkan dengan memberikan contoh yang sesuai
bagi menyokong hujah anda.

2. Analisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari sudut kesan etika,
moral dan akhlak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di
peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

 Akhlak adalah perkara yang fundamental dalam ajaran Islam yang
menentukan asas tasawwur yang jelas kepada penganutnya.

 Akhlak merupakan inti pati akidah dan syariah yang dapat membentuk
pandangan alam yang sebenar tentang Islam.

 Wahyu merupakan sumber yang berautoriti dalam menyatakan dan
membincangkan hakikat dan sifat akhlak.

 Pemahaman yang jelas, benar dan bermakna tentang konsep akhlak akan
menimbulkan kesan yang mendalam terhadap amalan dan kegiatan insan di
dunia yang akhirnya membuahkan natijah yang diredhai oleh Allah S.W.T.

 Akhlak tidak sama dengan moral dan etika dari sudut falsafah, prinsip,
peraturan dan prosedur.

Akhlak Mazmumah
Etika Moral
Mahmudah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 9 TASAWWUR ISLAM TENTANG AKHLAK  171

`Abd al-Karim Zaydan. (1993). Usul al-Da`wah. Beirut: MuÊassasah al-Risalh.
Abdul Halim El-Muhammady., & Muhd `Uthman El-Muhammady. (2009).

Tasawwur Islam: Huraian konsep dan implikasi dalam kehidupan. Bandar
Baru Bangi: Wadah Niaga Sdn. Bhd.
Fathi Yakan. (2000). Apa erti saya menganut Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Haron Din. (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Penerbitan HIZBI.
Mohd Nasir Omar. (1992). Falsafah etika: Perbandingan pendekatan Islam dan
Barat. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (2007). Tinjauan ringkas peri ilmu dan
pandangan alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Yusuf Al-Qaradawi. (2010). Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami
(Terjemahan: Mohamad Dahlan Haji Arshad). Kuala Lumpur: BLUE-T
Publication Sdn. Bhd.
Zakaria Stapa. (1995). Akhlak dan tasawwuf Islam. Kuala Lumpur: Berita
Publishing Sdn. Bhd.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Topik  Tasawwur

10 Islam tentang
Dakwah

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan definisi dan konsep dakwah;
2. Menerangkan kepentingan berdakwah dalam kehidupan insan; dan
3. Menjelaskan elemen-elemen yang ada dalam proses penyampaian

dakwah.

 PENGENALAN

Topik yang terakhir ini merupakan perbincangan tentang bagaimana mesej Islam
yang jelas seperti yang terkandung dalam tasawwur Islam boleh disampaikan
kepada sasaran. Inilah yang dikenali sebagai dakwah. Justeru, kefahaman
tentang Islam yang tepat perlu disampaikan dengan menggunakan pendekatan
yang sesuai dengan mengikut sasaran mesej itu disampaikan. Justeru dalam
topik ini, kita akan membincangkan terlebih dahulu konsep dan pengertian
dakwah, kepentingan berdakwah dan beberapa elemen dalam dakwah yang
menjayakan proses penyampaian mesej Islam seperti pendakwah, sasaran
dakwah dan pendekatan yang digunakan.

10.1 DEFINISI DAKWAH

Dalam Islam, istilah yang digunakan sebagai satu usaha untuk memperkenalkan
sesuatu mesej Ilahi (divine message) kepada orang lain dikenali sebagai dakwah.
Individu yang terlibat dalam kerja-kerja dakwah dikenali sebagai pendakwah.
Kerja-kerja dakwah secara umumnya adalah bertujuan memanggil atau menyeru

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  173

orang supaya menganut dan mengamalkan ajaran Islam, beribadah mengikut
kaedah Islam dan menarik rahmat serta kasih sayang Allah S.W.T.

Apakah yang dimaksudkan dengan dakwah? Perkataan „dakwah‰ walaupun
biasa digunakan dalam pertuturan lisan orang Melayu tetapi sebenarnya berasal
daripada kalimah bahasa Arab. Kata akarnya ialah da`a. Dari kata ini, kita dapati
istilah „dakwah‰ dari sudut bahasa memberi pelbagai maksud dan pengertian
sebagaimana berikut:

(a) Panggilan atau Seruan (al-NidaÊ)
Ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Rum ayat 25:

οZ uθôãyŠ Νö ä.$ãt yŠ #sŒ)Î Ν§ Oè 4 ⎯νÍ ÌΒø r'/Î ÞÚ‘ö F{#$ uρ ™â $! ϑy ¡¡ 9$# tΠθ)à s? βr& ÿ⎯ÏμÏG≈ƒt #u™ ⎯ô ÏΒuρ

∩⊄∈∪ βt θ_ã ãøƒrB óΟçFΡ&r #! Œs )Î ÚÇ ö‘F{$# z⎯ÏiΒ

Maksudnya:
„Dan antara tanda yang membuktikan keluasan ilmu-Nya dan kekuasaan-
Nya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan
itu) dengan perintah dan penentuan takdir-Nya; akhirnya apabila Dia
menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula)
dari bumi, kamu dengan serta-merta keluar (dari kubur masing-masing)‰.

(b) Penjelasan, Penerangan dan Penyampaian (al-Bayan wa al-Tabligh)
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Hajj ayat 67:

∩∉∠∪ Ο5 Š)É tG¡ó •Β ”‰W èδ 4’n?yè9s 7y ¨ΡÎ) ( 7y /nÎ u‘ 4’n<Î) äíŠ÷ #$ ρu 4

Maksudnya:
„Dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu,
kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus‰.

(c) Permintaan atau Permohonan (al-SuÊal)
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 186:

( Èβ$ãt Šy #sŒÎ) Æí#¤$!$# οn θu ôãyŠ =Ü ‹_Å &é ( =ë ƒÌ s% ’oÎΤ*Î sù ©Íh_ãt “ŠÏ $t6ãÏ 7y 9s 'r ™y #Œs Î)ρu

∩⊇∇∉∪ χš ρ߉ä©ötƒ Νö ßγ=¯ èy s9 ’1Î #( θΖã ΒÏ ÷σ‹ã ø9uρ ’<Í #( θ6ç ‹fÉ Gt ¡ó Šu ù=sù

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

174  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Maksudnya:
„Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka
(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir
(kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa
apabila ia berdoa kepada-Ku. maka hendaklah mereka menyahut seruan-
Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman
kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul‰.

Sementara itu, dakwah mempunyai pelbagai takrifan lain yang dikemukakan
oleh para sarjana dan ilmuan Islam sebagaimana yang diringkaskan oleh
Muhammad Amin Hasan Muhammad Bani `Amir dalam kitabnya Asalib al-
Da`wah wa al-Irsyad, berikut (rujuk Jadual 10.1):

Jadual 10.1: Istilah Dakwah Mengikut Para Ilmuan Islam

Ilmuan Islam Istilah Dakwah
Ibn Taymiyyah
Dakwah ialah suatu ajakan dan seruan supaya manusia beriman
dengan perkara-perkara yang terkandung dalam rukun iman dan
rukun Islam. Dengan kata lain, takrifan ini merumuskan kepada
tiga perkara penting yang menjadi tajuk penyampaian mesejnya
iaitu tauhid, syariat dan ihsan.

al-Bahi al-Khawli Dakwah ialah suatu usaha membawa suatu kelompok
RaÊuf Syalabi masyarakat dari satu keadaan yang negatif (seperti kejahilan,
kerosakan) kepada satu keadaan yang positif (seperti keilmuan,
kesejahteraan).

Dakwah ialah satu gerakan untuk menghidupkan sistem rabbani
atau ketuhanan yang Allah S.W.T turunkan kepada Nabi
Muhammad S.A.W.

Abu Bakr Dhikri Dakwah ialah usaha para ulama yang ikhlas berjuang dalam
agama dalam konteks mengajar masyarakat tentang ajaran agama
dan keduniaan mengikut keupayaan mereka yang maksimum.

Muhammad Amin Dakwah ialah penyebaran dan penyampaian mesej Islam kepada
Hasan Muhammad seluruh manusia dalam usaha supaya manusia mendapat
Bani `Amir petunjuk dari Allah S.W.T dengan menggunakan pendekatan
tertentu mengikut kesesuaian sasaran dakwahnya yang pelbagai.

Berdasarkan takrifan-takrifan di atas, dapat kita fahami bahawa dakwah merujuk
kepada suatu usaha yang dilakukan oleh pendakwah untuk menyampaikan mesej
agama Islam kepada sasaran dakwahnya dengan menggunakan pendekatan
tertentu yang dengan ajakan tersebut melahirkan kesan-kesan tertentu. Oleh itu,
secara umumnya, dakwah itu mengandungi elemen-elemen berikut yang
melengkapkan dan menyempurnakan usaha murni tersebut, iaitu:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  175

(a) Pendakwah;
(b) Mesej dakwah;
(c) Saluran dan pendekatan dakwah;
(d) Sasaran dakwah; dan
(e) Kesan dakwah.

AKTIVITI 10.1

1. Apakah sumbangan anda terhadap dakwah di negara ini?
2. Bincangkan dengan rakan anda, bagaimana anda boleh meyakinkan

masyarakat bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat
kepada seluruh manusia?

10.2 KEPENTINGAN BERDAKWAH

Jika kita bercakap tentang dakwah, kita sebenarnya bercakap tentang kehidupan.
Justeru, wahyu diturunkan untuk menunjukkan jalan yang lurus kepada kita
supaya kehidupan kita bertepatan dengan wahyu. Oleh kerana dakwah sesuatu
yang melibatkan kehidupan kita, maka kita mesti melihat apakah kepentingannya
kepada kehidupan kita. Sebab itulah kita mesti melihat kepentingan tersebut
menurut perspektif al-Quran dan hadis.
Keterangan berikut yang disandarkan kepada ayat-ayat al-Quran boleh membantu
kita memahami kepentingan berdakwah.
Allah S.W.T menyatakan kepentingan mewujudkan kelompok dakwah dalam
masyarakat yang menjalankan tugas menyeru kepada kebaikan dan melarang
daripada kejahatan sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali `Imran ayat 104:

4 Ì 3s Ψßϑ9ø #$ ⎯Ç tã βt öθγy Ζ÷ tƒuρ Å∃ρã è÷ Rp Qù $$ /Î βt ρãΒã ù'tƒρu Îösƒ:ø $# ’n<Î) tβθãã ô‰ƒt π× Β¨ é& Νö ä3ΨiÏΒ ⎯3ä Ft 9ø ρu

∩⊇⊃⊆∪ šχθßs=Î ø ßϑ9ø #$ ãΝδè y7×Í ¯≈9s 'ρé&uρ

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

176  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Maksudnya:
„Dan hendaklah ada antara kamu satu kelompok yang menyeru (berdakwah)
kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya‰.

Tugas berdakwah merupakan tugas para Nabi dan Rasul serta pengikut mereka
sepanjang zaman. Dengan berdakwah, bermakna kita menyambung tugas para
Nabi dan Rasul serta pengikut mereka. Jadi, kita sebenarnya melaksanakan suatu
tugas yang murni kerana ia adalah tugas utusan Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T
dalam surah Yusuf ayat 108:

«!$# ⎯z ≈ys6ö ß™uρ ( ©_Í yèt6?¨ #$ ⎯Ç Βt uρ O$Ρt r& ο> u ÁÅ t/ ’4 n?ãt 4 !« $# ’<n )Î #( θþ ãã ÷Š&r þ’Í?ŠÎ6™y ⎯νÍ ‹É ≈yδ ö≅%è

∩⊇⊃∇∪ š⎥⎫.Ï Î ³ô ßϑø9$# z⎯ΒÏ O$tΡ&r !$Βt ρu

Maksudnya:
„Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha
suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari
golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.‰

Berdakwah memerlukan penyampaian mesej lisan kepada sasaran dakwah.
Allah S.W.T menegaskan bahawa lisan dakwah adalah lisan yang terbaik. Firman
Allah S.W.T dalam surah Fussilat ayat 33:

∩⊂⊂∪ ⎦t ⎫ϑÏ Î=ó¡ßϑ9ø #$ ⎯z ΒÏ ©Í_Ρ¯ Î) tΑ$s%ρu $s[ =Î ≈|¹ ≅Ÿ ϑÏ ãt ρu «!$# ’n<Î) !%æt Šy ⎯£ϑiÏΒ Zωθö s% ⎯ß ¡| ôm&r ⎯ô tΒuρ

Maksudnya:
„Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari
orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!‰

Oleh kerana kerja dakwah adalah suatu yang sangat penting dalam kehidupan
manusia, sesiapa yang mengabaikan tanggungjawab ini dikira mengabaikan
kewajipan dan syiar praktikal yang terbesar dalam Islam. Firman Allah S.W.T
dalam surah al-Baqarah ayat 159-160:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  177

’ûΠĨ$¨Ζ=Ï9 μç ≈¨Ψ¨t/ $tΒ ‰Ï ÷è/t .⎯ΒÏ “3 ‰y çλù;#$ uρ ÏM≈Ζu Éi t79ø $# z⎯ΒÏ $uΖ9ø “t Ρ&r !$Βt tβθϑß çF3õ ƒt ⎦t ⎪Ï%©!#$ β¨ Î)

(#θ/ç $s? t⎦⎪%Ï ©!#$ ∩⊇∈®∪ ω)Î šχθãΖÏè≈¯=9$# Νã κå ß]èy =ù tƒuρ !ª $# ãΝκå ß]yèù=ƒt 7y Í×≈¯ 9s ρ' &é   É=≈Gt 3Å 9ø $#

∩⊇∉⊃∪ ÞΟŠmÏ § 9$# Ü>#§θG− 9$# $Ρt r&uρ 4 öΝκÍ ö =n æt UÛ θ?è &r š Íׯ≈9s ρ' é'ùs (#θãΖ¨ t/uρ (#θßsn=ô¹r&ρu

Maksudnya:
„Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami
turunkan daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami
menerangkannya kepada manusia dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh
Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat,
dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka
sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah
Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani‰.
Orang Islam adalah umat terbaik jika dibandingkan dengan mereka yang bukan
Islam. Keistimewaan ini adalah kerana orang Islam melaksanakan tugas dakwah
dengan memikul tanggungjawab al-Amr bi al-Ma`ruf dan al-Nahy `an al-Munkar.
Inilah yang dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah Ali `Imran ayat 110:

Ì x6Ζϑß ø9#$ ⎯Ç tã šχθö γy Ψ÷ s?uρ Å∃ρã÷èyϑø9$$ Î/ tβρâΔß 'ù ?s ¨Ä $Ψ¨ =Ï9 ôMy_Ì ÷z&é π> ¨Βé& uözy Νö Gç Ζ.ä

Νã γß Ζ÷ ΒÏi 4 Νγß ©9 #Zöyz βt %s3s9 =É ≈tG6Å 9ø $# ã≅δ÷ &r ∅š tΒ#™u θö 9s uρ 3 «!$$/Î tβθΖã ΒÏ σ÷ ?è ρu

∩⊇⊃∪ tβθà)¡Å ≈xø9$# ãΝèδç Ys ò2&r uρ χš θΨã ÏΒσ÷ ϑß ø9#$

Maksudnya:
„Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang
baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta
kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah
ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya),
tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) antara mereka ada yang
beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

178  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Mari kita lihat pula hadis-hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menunjukkan
kepentingan berdakwah.

Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan tentang nilai ganjaran orang yang
berdakwah sebagaimana sabdanya:

‫ﻣﻦ ﺩﻋﺎ ﺇﱃ ﻫﺪﻯ ﻛﺎﻥ ﻟﻪ ﻣﻦ ﺍﻷﺟﺮ ﻣﺜﻞ ﺃﺟﻮﺭ ﻣﻦ ﺗﺒﻌﻪ ﻻ ﻳﻨﻘﺺ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ‬
‫ ﻭﻣﻦ ﺩﻋﺎ ﺇﱃ ﺿﻼﻟﺔ ﻛﺎﻥ ﻋﻠﻴﻪ ﻣﻦ ﺍﻷﺛﺎﻡ ﻣﺜﻞ ﺁﺛﺎﻡ ﻣﻦ ﺗﺒﻌﻪ ﻻ‬.‫ﺃﺟﻮﺭﻫﻢ ﺷﻴﺌﺎ‬

.‫ﻳﻨﻘﺺ ﺫﻟﻚ ﻣﻦ ﺁﺛﺎﻣﻬﻢ ﺷﻴﺌﺎ‬

Maksudnya:
‰Sesiapa yang mengajak [orang lain] kepada petunjuk [Allah] baginya ganjaran
pahala sama dengan ganjaran orang yang mengikutinya (seruannya) tidak
berkurang pahalanya sedikit pun. Dan sesiapa yang mengajak [orang lain] kepada
kesesatan baginya ganjaran dosa, sama dosa dengan orang yang mengikutinya
(ajakannya) tidak berkurang dosanya sedikit pun‰.

Nabi Muhammad S.A.W pernah mengisyaratkan bahawa antara tiang agama dan
kekuatan agama ialah nasihat menasihati. Ini kerana nasihat merupakan suatu
ungkapan yang menyuruh orang lain melakukan kebaikan. Di samping itu pula,
nasihat merupakan salah satu kaedah berdakwah. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W yang bermaksud bahawa al-Din itu ialah nasihat. Para sahabat bertanya
kepada Baginda S.A.W nasihat itu untuk siapa? Baginda S.A.W menjawab: untuk
Allah, Rasul-Nya, kitab-Nya, pemimpin umat Islam dan umat Islam secara
keseluruhan.

Setelah kita melihat kepentingan berdakwah kepada kehidupan manusia, timbul
beberapa lagi persoalan: Kenapa perlu berdakwah kepada manusia? Apakah
matlamat atau objektif berdakwah?

(a) Tujuan utama berdakwah adalah mengajak manusia untuk menerima Islam
sebagai agama Tauhid, mentauhidkan Allah S.W.T sebagai Pencipta dan
Pentadbir alam ini, menerima ajaran Allah S.W.T dalam konteks
mengabdikan diri kepada-Nya tanpa ada sebarang unsur syirik kepada-
Nya. Justeru, tugas dakwah amat penting untuk menerangkan kepada
sasaran dakwah tentang tasawwur atau worldview yang jelas tentang
ketuhanan seperti yang terkandung dalam kalimah tayyibah, La Ilah Illa
Allah. Mesej penting ini merupakan mesej dakwah para Nabi dan Rasul
termasuk Nabi Muhammad S.A.W.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  179

(b) Di samping itu, dengan dakwah jugalah manusia dapat penjelasan tentang
ajaran Allah S.W.T sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan
hadis dalam pelbagai aspek seperti akidah, syariah dan akhlak. Lebih-lebih
lagi perkara-perkara yang bersifat ghaibiyyat yang hanya dapat
diterangkan melalui dalil al-Quran dan hadis.

(c) Dakwah mengajak sasaran dakwah supaya mengamalkan ajaran Islam
dalam erti kata yang sebenar dalam pelbagai bidang.

(d) Dakwah menerangkan tentang kerosakan yang dilakukan oleh manusia.
Dengan ini, manusia dapat mengingati kesilapan yang mereka lakukan dan
akhirnya kembali kepada ajaran agama yang sebenar.

(e) Dakwah juga mengingatkan sasaran dakwah agar menjauhkan segala
larangan Allah S.W.T yang mengakibatkan balasan atau azab dari Allah
S.W.T jika dilakukan.

(f) Dakwah menjelaskan halangan-halangan dalam mengamalkan ajaran
agama. Ini termasuklah pelbagai aliran pemikiran yang menyesatkan umat
Islam seperti liberalisme, sekularisme, pluralisme dan sebagainya.

(g) Dakwah mengingatkan manusia tentang tanggungjawab mereka di atas
muka bumi sebagai makhluk ciptaan Allah, hamba Allah dan khalifah yang
bertanggungjawab mengimarahkan bumi dengan melakukan ketaatan
kepada-Nya.

AKTIVITI 10.2

1. Apakah kesan jika mengabaikan urusan dakwah dalam kehidupan?

2. Anda dikehendaki mengambil satu contoh gerakan dakwah di negara
ini dan analisa sumbangan gerakan tersebut dalam dakwah di Malaysia.

10.3 ELEMEN DAKWAH

Sebagaimana perbincangan sebelum ini, tugas dakwah perlu dimaksimumkan
dengan pengemblengan beberapa elemen dakwah. Ini amat perlu bagi memastikan
perjalanan dakwah berada di atas landasan yang sebenar dan boleh mencapai
matlamat yang diinginkan sebagaimana dalam perbincangan sebelum ini. Elemen-
elemen tersebut ialah:

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

180  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

(a) Pendakwah selaku pemain utama dalam proses dakwah.
(b) Mesej dakwah yang disampaikan iaitu agama Islam itu sendiri.
(c) Pendekatan dakwah yang digunakan: Ini termasuklah saluran, perancangan

dan fokus dalam pendekatan tersebut.
(d) Sasaran dakwah yang menerima mesej dakwah yang disampaikan oleh

pendakwah.
(e) Kesan pendakwahan: Elemen ini perlu diambil perhatian dengan melihat

kepada persekitaran, pendekatan yang bersesuaian dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, dalam perbincangan kita hanya memfokuskan kepada
pendakwah, sasaran dan pendekatan dakwah sahaja. Mesej dakwah, iaitu Islam,
telah dibincangkan dalam topik sebelum ini. Manakala kesan pendakwahan kita
telah sentuh secara bebas dalam topik-topik sebelum ini.

Rajah 10.1: Proses dakwah

Rajah 10.1 memberikan kita gambaran bagaimana proses dakwah berlangsung. Ia
dimulakan dengan pendakwah yang terlibat sebagai pemain utama
menyampaikan mesej dakwah (iaitu Islam dengan segala ajarannya) dengan
menggunakan pendekatan dan saluran tertentu kepada sasaran dakwahnya.
Pendakwah sebelum menyampaikan mesej kepada sasaran melakukan suatu
proses maklum awal, iaitu suatu proses untuk mendapatkan maklumat awal
tentang sasaran (yang berkaitan dengan latar belakang kehidupannya yang asas
seperti taraf pendidikan, sistem sosioekonomi dan pemikiran) dan elemen-
elemen lain seperti saluran dan pendekatan yang sesuai untuk sasaran. Ketika
proses dakwah berjalan, sasaran akan memberikan maklum balas, sama ada
secara lisan atau bukan lisan terhadap mesej yang disampaikan kepadanya. Ini
secara langsung atau tidak menunjukkan kesan pendakwahan tesebut.

Berikut, mari kita meneliti elemen-elemen dakwah yang terlibat dalam proses
dakwah.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  181

10.3.1 Pendakwah

Pendakwah adalah elemen utama yang menentukan mesej dakwah dapat
disebarkan kepada sasaran dakwah. Pendakwah menjalankan kesinambungan
tugas para Nabi dan Rasul dalam menyampaikan mesej dakwah kepada sasaran
dakwah. Tugas yang digalas mestilah mengikut aturan dan pedoman yang
ditetapkan oleh Islam. Pendakwah juga boleh dikenali sebagai seorang doktor
yang menawarkan perkhidmatan untuk kesejahteraan sasarannya dengan
mengenal pasti simptom penyakit yang dihidapi oleh ‰pesakitnya‰ dan
mengemukakan ‰ubat‰ yang diperlukan oleh ‰pesakitnya‰. Pendakwah juga
boleh dikira sebagai saudara dan rakan kepada seseorang yang memerlukan
bimbingan rakannya. Pendakwah juga boleh jadi seorang pemimpin dalam
lingkungan pengaruh persekitarannya dalam pelbagai kedudukan dan jawatan
yang disandangnya.

Dalam pada itu, pendakwah boleh dikelompokkan kepada dua bahagian, iaitu:

(a) Semua orang Islam boleh menjadi pendakwah dalam lingkungan dan
persekitarannya dengan kapasiti serta keilmuan yang dimilikinya.
Pendakwah jenis ini mempunyai kelayakan dan pengalaman yang layak
untuk dirinya sahaja. Sebagai contoh, seorang suami atau bapa dalam sebuah
keluarga yang mempunyai beberapa ahli keluarga. Si bapa berdakwah
kepada ahli keluarga dengan menggunakan pendekatan kekeluargaan bagi
memastikan kebahagiaan keluarganya mengikut ajaran agama. Dalam masa
yang sama, si bapa sentiasa menambahkan ilmu pengetahuan terutama yang
berkaitan dengan Islam.

(b) Terdapat juga segolongan pendakwah yang secara sepenuh masa
berdakwah kepada masyarakat, tetapi dalam masa yang sama tidak
mengabaikan tugas dan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Mereka
ini mempunyai kelayakan berdakwah dari sudut pendidikan dan
pengalaman. Di samping itu, pendakwah perlu mempunyai persediaan
untuk berdakwah. Persediaan tersebut seperti berikut:

(i) Persediaan peribadi, iaitu akhlak dan adab. Ini termasuklah akhlak
dan adabnya kepada Allah S.W.T dan Rasul-nya.

(ii) Persediaan keilmuan. Persediaan ini, seperti yang disifatkan oleh Yusuf
al-Qaradawi (2011), dalam kitabnya Thaqafah al-Da`iah, melibatkan
persediaan pelbagai cabang keilmuan seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 10.2.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

182  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Jadual 10.2: Persediaan Pelbagai Cabang Keilmuan

Bentuk Thaqafah (Keilmuan) Cabang Thaqafah
Thaqafah Diniyyah (agama)  Al-Quran dan Ulum al-Quran
 Hadith dan Ulum Hadith
 Fiqh dan Usul Fiqh
 Akidah
 Sirah Nabawiyyah
 Tarikh Islami

Thafaqah Lughawiyyah wa Adabiyyah  Bahasa dan Kesusasteraan Arab
(Bahasa dan Kesusasteraan)
 Bahasa-bahasa moden seperti bahasa
Inggeris

 Bahasa setempat

Thaqafah Tarikhiyyah (Sejarah)  Sirah Nabawiyyah
 Sejarah para Nabi dan Rasul
 Sejarah Khalifah
 Sejarah moden

Thaqafah Insaniyyah (Kemanusiaan)  Psikologi
 Sosiologi
 Pendidikan
 Falsafah

Thaqafah Waqi`iyyah  Isu-isu semasa dalam negara umat Islam

 Isu-isu semasa dalam negara bukan Islam

 Isu-isu umat Islam sebagai kumpulan
minoriti

 Aliran pemikiran semasa seperti
sekularisme, liberalisme, pluralisme dan
ajaran sesat

Thaqafah `Ilmiyyah  Ilmu sains dengan cabang-cabang
disiplinnya seperti biologi, fizik dan kimia

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  183

Walaupun tidak menguasai kesemua bidang keilmuan seperti yang dinyatakan
di atas, paling asas pendakwah perlu memiliki keilmuan dan kepakaran dalam
bidang thaqafah diniyyah serta ilmu dan kemahiran yang berkaitan dengan
komunikasi.

Oleh itu pendakwah mesti mempunyai tasawwur atau worldview yang jelas
tentang prinsip-prinsip utama dalam Islam seperti konsep ketuhanan, kenabian,
hari akhirat dan sebagainya sebelum menyampaikan dan menjelaskannya kepada
sasaran dakwah. Cuba bayangkan apabila si pendakwah tidak mempunyai
tasawwur atau worldview yang tepat dan betul tentang Islam dan ajarannya;
bagaimana dia boleh menerangkannya kepada sasaran dakwah? Apa yang boleh
diharapkan daripada sasaran yang tidak mempunyai latar belakang tasawwur
Islam yang jelas jika si pendakwah juga sedemikian?

10.3.2 Sasaran Dakwah

Dakwah tidak akan berlangsung dengan sempurna tanpa ada pihak yang
menerima mesej yang disampaikan oleh pendakwah. Penerima mesej juga
dikenali sebagai sasaran dakwah yang terdiri daripada golongan manusia. Dalam
konteks penyampaian mesej dakwah kepada sasaran, Islam tidak meletakkan
ciri-ciri tertentu siapa yang layak menjadi sasaran dakwah. Ini kerana risalah
Islam yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk disampaikan
adalah risalah global yang merangkumi seluruh manusia tanpa mengira pangkat,
keturunan, kelompok, jantina dan sebagainya. Firman Allah S.W.T dalam surah
SabaÊ ayat 28:

Ÿω ¨Ä $¨Ζ9$# u Ys ò2r& ⎯£ 3Å ≈9s ρu #\ ƒÉ‹tΡuρ #Z±Ï o0 Ĩ$Ψ¨ =jÏ9 πZ ù© !$Ÿ2 ω)Î 7y ≈oΨ=ù ™y ö‘r& $! Βt uρ

∩⊄∇∪ χš θϑß =n èô tƒ

Maksudnya:
‰Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat
manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-
orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar);
akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)‰.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

184  TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH

Dari sudut pemilihan sasaran dakwah, pemilihan perlu bijak melakukannya
mengikut urutan keutamaan sebagaimana berikut:

(a) Memulakan dengan ahli keluarga;

(b) Memulakan dengan insan muda seperti kanak-kanak dan remaja berbanding
warga emas;

(c) Memulakan dengan golongan terpelajar berbanding mereka yang memiliki
latar belakang yang paling asas;

(d) Memulakan dengan kumpulan yang mempunyai rasa tawadduÊ berbanding
mereka yang sukar dilentur kerana kesombongan mereka; dan

(e) Memulakan dengan rakan taulan terdekat.

Dalam konteks kelompok sasaran dakwah, pembahagian berikut boleh membantu
kita mengenal pasti kumpulan yang menjadi penerima mesej dakwah yang
disampaikan oleh pendakwah (rujuk Jadual 10.3):

Jadual 10.3: Pembahagian Kelompok Sasaran Dakwah

Jenis Pengkelasan Kumpulan

Berdasarkan pengamalan beragama Muslim
 Dari sudut kualiti pengamalan agama
 Dari sudut kesungguhan mengamalkan agama

Bukan Muslim
 Mulhid/Atheis
 Penyembah berhala/objek
 Ahli kitab
 Munafik

Berdasarkan sistem sosial  Pemerintah
 Rakyat biasa
 Pelaku maksiat

Oleh itu, pendakwah perlu mendatangi sasaran dakwah sebagaimana yang
dinyatakan di atas, dan bukannya mereka itu yang mencari pendakwah. Oleh
kerana sasaran dakwah mempunyai latar belakang kehidupan yang berbeza dari
sudut jantina, peringkat umur, pendidikan, sistem sosial, ekonomi, pengalaman
beragama dan sebagainya, maka pendakwah perlu menggunakan pendekatan
yang sesuai dengan mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 10 TASAWWUR ISLAM TENTANG DAKWAH  185

10.3.3 Saluran/Media Dakwah

Sekarang, mari kita lihat pula saluran atau media dakwah yang perlu digunakan
bagi menyampaikan mesej dakwah. Perbincangan ini menumpukan kepada
pendekatan yang sesuai untuk sasaran dakwah supaya mereka memahami dan
menerima mesej yang disampaikan. Secara umum, pendekatan yang digunakan
boleh kita bahagikan kepada tiga bahagian, seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 10.2 di bawah.

Rajah 10.2: Tiga bahagian pendekatan saluran atau media dakwah
Mari kita bincang bahagian-bahagian tersebut dengan lebih lanjut.
(a) Aspek Prinsip

Dalam konteks aspek prinsip pendekatan dakwah, mari kita meneliti
firman Allah S.W.T dalam surah al-Nahl ayat 125 berikut:

}‘δÏ ©LÉ ©9$$Î/ Ογß ø9‰Ï ≈y_ρu ( ÏπΖu |¡ptø:#$ ÏπsàãÏ öθϑy ø9$#ρu Ïπyϑõ3Ïtø:$$ /Î 7y /nÎ u‘ ≅È ‹Î6y™ ’4 n<Î) äí÷Š#$
ÞΟ=n ôãr& uθèδρu ( ⎯Ï&Î#‹6Î ™y ⎯ãt ¨≅|Ê ⎯ϑy /Î ÞΟ=n ãô &r uθèδ y7−/‘u β¨ )Î 4 ⎯ß ¡| mô r&

∩⊇⊄∈∪ t⎦⎪ωGt ôγϑß 9ø $$ Î/

Maksudnya:
‰Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu, Dia
lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)


Click to View FlipBook Version