AMALAN TERBAIK PENGAJARAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH
RENDAH DAERAH LARUT MATANG, DAN SELAMA, PERAK.
NOR HADIBAH BINTI HUSHAINI
TESIS DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT UNTUK MEMPEROLEH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
(MOD PENYELIDIKAN DAN KERJA KURSUS)
FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2016
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran
(ATP) berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dalam
kalangan guru di daerah Larut, Matang dan Selama. Kajian ini dijalankan berasaskan
prinsip amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa oleh Zemelman dan rakan-
rakan. Kajian juga meninjau hubungan antara lokasi sekolah dan pengalaman guru
dengan tahap pelaksanaan ATP. Kaedah kajian kuantitatif digunakan bagi mendapatkan
data deskriptif dan inferensi. Ujian statistik deskriptif dan statistik inferensi, iaitu ujian
kolerasi digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Bagi mendapatkan data,
borang soal selidik digunakan. Soal selidik dijalankan kepada 80 orang guru Bahasa
Melayu sekolah rendah di daerah Larut, Matang dan Selama. Sampel dipilih secara
rawak berstrata berkadar. Dapatan kajian menunjukkan ATP yang diamalkan guru-guru
di daerah Larut, Matang dan Selama berada pada tahap tafsiran min yang tinggi.
Dapatan kajian juga menunjukkan pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dan
pengajaran yang holistik merupakan prinsip ATP paling tinggi yang diamalkan oleh
guru. Ujian Kolerasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
lokasi sekolah, sama ada sekolah luar bandar atau sekolah bandar dengan perlaksanaan
ATP. Ujian Kolerasi juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara guru berpengalaman, sama ada guru berpengalaman atau guru novis dengan
pelaksanaan ATP. Kesimpulannya, kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu
sekolah rendah di daerah Larut, Matang dan Selama mengamalkan ATP berpusatkan
pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan ATP Bahasa Melayu
sekolah rendah tidak dipengaruhi oleh kedua-dua lokasi dan tempoh pengalaman guru
mengajar. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan ATP berpusatkan pelajar dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah.
v
BEST TEACHING PRACTICE OF PRIMARY SCHOOL MALAY LANGUAGE
TEACHERS IN LARUT, MATANG AND SELAMA DISTRICT, PERAK.
ABSTRACT
This study aims to review the implementation of the Best Teaching Practice (BTP)
student-centered learning in Malay Language of primary school teachers. The study
was conducted based on the principles of best practices in teaching and learning
language by Zemelman et al. The study also examined the relationship between the
school locations and the experience of teachers with the implementation of BTP.
Quantitative research methods were used to obtain descriptive and inferential data.
Descriptive and inferential statistics test, that is the correlation tests were used to answer
the questions and hypotheses. To obtain the data, the questionnaires were used. The
questionnaires were administered for 80 teachers of Malay Language Primary School
in the district of Larut, Matang and Selama. Samples were randomly selected
proportional. The findings showed that BTP adopted by teachers in the district of Larut,
Matang and Selama were in a high level interpretation mean. The findings also showed
that student experience-based teaching and holistic learning principles had achieved the
highest BTP principles practiced by teachers. The early correlation tests showed there
was no significant correlation between the school locations, either the rural schools or
urban schools in the implementation of BTP. The correlation tests also found that there
was no significant difference between the teachers experience, either the senoir teachers
or the novice teachers with the implementation of BTP. The conclusions of the study
showed that teachers in the district of Larut, Matang and Selama practiced and
implementation of BTP student-centered. In addition, the study also showed that the
implementation of this practice was not affected by location and duration of teaching
experience. The study implicates that the use of best practice teaching and learning
student-centered can enhanced the effectiveness of teaching and learning of Malay
Language in primary schools.
KANDUNGAN vi
PENGAKUAN Muka surat
PENGHARGAAN ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
KANDUNGAN v
SENARAI JADUAL vi
SENARAI RAJAH xi
SENARAI SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN xii
xiv
BAB SATU: PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Penyataan Masalah 5
1.3 Objektif kajian 10
1.4 Soalan kajian 11
1.5 Hipotesis Nol Kajian 12
1.6 Kepentingan kajian 12
1.7 Batasan kajian 14
1.8 Definisi operasional 16
1.8.1 Amalan terbaik pengajaran vii
1.8.2 Pengajaran berpusatkan pelajar 16
16
1.8.2.1 Pengajaran berasaskan 17
17
pengalaman 18
18
1.8.2.2 Pengajaran yang holistik 19
20
1.8.2.3 Pengajaran yang autentik 21
22
1.8.3 1.8.2.4 Pengajaran berasaskan cabaran
23
1.8.4 1. 1 Guru Bahasa Melayu 25
1.8.5 Sekolah rendah
1.8.6 Lokasi sekolah
Pengalaman guru
1.9 Kerangka konsep kajian
1.10 Kesimpulan bab
BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 26
28
2.2 Amalam Terbaik Pengajaran (ATP) 30
40
2.3 Amalan Terbaik Pengajaran(ATP) Guru di Bilik Darjah
42
2.4 Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) dalam Pengajaran
49
Bahasa
53
2.5 Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) dalam Pengajaran
58
Bahasa Melayu
63
2.6 Kajian Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) dengan Lokasi
63
Sekolah
2.7 Kajian Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) dengan
Tempoh Pengalaman Guru Mengajar
2.8 Kesan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) Terhadap
Pencapaian Bahasa Melayu
2.9 Model Amalan Terbaik Pengajaran Zemelman sebagai
Model Kajian
2.9.1 Pengajaran Berpusatkan Pelajar
2.9.2 Pengajaran Berasaskan Pengalaman Pelajar viii
2.9.3 Pengajaran yang Holistik
2.9.4 Pengajaran yang Autentik 66
2.9.5 Pengajaran Berasaskan Cabaran 70
73
2.10 Kerangka Teoritikal Kajian 75
2.11 Kesimpulan Bab 78
79
BAB TIGA: METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 80
81
3.2 Reka Bentuk Kajian
83
3.3 Instrumen Kajian 86
88
3.3.1 Soal selidik 88
89
3.4 Populasi dan Responden Kajian 90
3.5 Lokasi Kajian 94
97
3.6 Prosedur Pelaksanaan Kajiam 98
99
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 100
3.8 Kaedah Analisis Data
3.9 Kesahan dan kebolehpercayaan
3.9.1 Kesahan Muka dan Kesahan Kandungan
3.9.2 Kesahan Konstruk
3.9.3 Kebolehpercayaan Soal Selidik
3.9.4 Kajian Rintis
3.10 Kesimpulan
BAB EMPAT: DAPATAN KAJIAN 101
4.1 Pendahuluan 102
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 103
4.2.1 Analisis Jantina Responden
4.2.2 Analisis Umur Responden
4.2.3 Analisis Lokasi Sekolah Responden ix
4.2.4 Tempoh Pengalaman Guru Mengajar
4.2.4 Kelulusan/Pendidikan Responden 104
105
106
4.3 Pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran 107
Berpusatkan Pelajar oleh Guru-Guru Bahasa Melayu
Di Bilik Darjah 112
114
4.4 Tahap Pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) 116
Berdasarkan Prinsip Berpusatkan Pelajar 118
4.4.1 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran Berdasarkan 120
Keempat-empat Prinsip Berpusatkan Pelajar 123
secara Keseluruhan 126
4.4.2 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran berdasarkan
Prinsip Pengajaran Berasaskan Pengalaman Pelajar
4.4.3 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran berdasarkan
Prinsip Pengajaran yang Holistik
4.4.4 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran
berdasarkan Prinsip Pengajaran yang Autentik
4.4.5. Tahap Amalan Terbaik Pengajaran
berdasarkan Prinsip Pengajaran Berasaskan Cabaran
4.5 Hubungan antara Pelaksanaan ATP Berpusatkan Pelajar
Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan Lokasi Sekolah
4.6 Hubungan antara Pelaksanaan ATP Berpusatkan Pelajar
Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan Tempoh Pengalaman Guru
x
BAB 5 : RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 130
5.2 Rumusan Kajian 130
5.3 Perbincangan
134
5.3.1 Pengajaran Berpusatkan Pelajar 139
5.3.2 Pengajaran Berasaskan Pengalaman Pelajar 142
5.3.3 Pengajaran yang Holistik 144
5.3.4 Pengajaran yang Autentik 147
5.3.5 Pengajaran Berasaskan Cabaran
5.3.6 Hubungan antara Lokasi Sekolah Sampel 149
dengan ATP Berpusatkan Pelajar 151
5.3.7 Hubungan Tempoh Pengalaman Mengajar Guru 153
155
dengan ATP Berpusatkan Pelajar 157
5.4 Implikasi Kajian 158
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 167
5.6 Kesimpulan Bab
Senarai Rujukan
Lampiran
xi
SENARAI JADUAL
No. Jadual Muka Surat
2.1 Pencapaian UPSR Bahasa Melayu Daerah Larut Matang 61
Selama tahun 2010 hingga 2015
3.1 Pemetaan Soalan Kajian, Item Soal Selidik dan kandungan 85
Item Soal Selidik
3.2 Bilangan Populasi dan Sampel Kajian 86
3.3 Jadual Pensampelan Kajian 88
3.4 Interpretasi Min Jawapan Berbentuk Skala 91
3.5 Tafsiran Pekali Korelasi 92
3.6 Matrik Soalan dan Hipotesis dengan Jenis Statistik 93
3.7 Pelaksanaan Kesahan Muka dan kesahan kandungan Bagi
Instrument Kajian 96
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 102
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 103
4.3 Taburan Responden Mengikut Lokasi 104
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Guru 105
Mengajar
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Guru 106
4.6 Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Amalan
Terbaik Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah di 109
Bilik Darjah
4.7 Nilai Sisihan Piawai, Min Skor Serta Tafsiran Berkaitan 113
dengan Tahap Pelaksanaan Prinsip ATP
Analisis Prinsip Pengjaran Berasaskan Pengalaman 114
4.8 Pelajar
4.9 Analisis Prinsip Pengajaran yang Holistik 116
4.10 Analisis Prinsip Pengajaran yang Autentik 119
4.11 Analisis Prinsip Pengajaran Berasaskan Cabaran 121
4.12 Hubungan antara Lokasi Sekolah dengan Amalan Terbaik
Pengajaran Berpusatkan Pelajar 124
4.13 Hubungan antara Tempoh Pengalaman Guru Mengajar
dengan Amalan Terbaik Pengajaran Berpusatkan Pelajar 127
xii
SENARAI RAJAH
No. Rajah Kerangka Konseptual Kajian Muka Surat
1.1 Peta Sorotan kajian 24
2.1 Prinsip Amalan Terbaik Pengajaran Zemelman 27
2.2 Reka bentuk Kajian 63
3.1 Prosedur Pengumpulan Data 82
3.2 90
xiii
ATP SENARAI SINGKATAN
JERIS
FPK Amalan terbaik pengajaran
BBM Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek Dan Sosial
P&P Falsafah Pendidikan Kebangsaan
SOP Bahan Bantu Mengajar
TMK Pengajaran dan Pembelajaran
M Standard Operational Procedure
SD Teknologi Maklumat Komputer
DPM Min
KPLI Sisihan piawai
B.Ed Diploma Perguruan Malaysia
SCL. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
PBP Bacherlor Education
PIPP Student Centred Learning
PBS pembelajaran berasaskan pengalaman
KSSR Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
SPSS Pentaksiran Berasaskan Sekolah
PIPP Kurikulum Standard Sekolah Rendah
KPM Statistical Package for the Social Science’
TL Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
KK Kementerian Pelajaran Malaysia
S Tiada langsung
SS Kadang-kadang
SMK Selalu
KBAT Sangat selalu
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Sekolah Menengah Kebangsaan
SENARAI LAMPIRAN xiv
A Borang soal selidik 166
B Analisis data SPSS 167
Bab 1
Pengenalan
1.1 Pendahuluan
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru
telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari
segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukkan sahsiah anak didiknya. Generasi yang
berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir
dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul, iaitu
membina masyarakat yang bertamadun tinggi.
2
Apabila FPK ini dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu kepada pelajarnya dalam
apa keadaan sekalipun. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan
menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran
terutama yang berkaitan dengan amalan terbaik pengajaran. Selain itu, seorang guru harus
menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah.
Namun, dewasa ini pelbagai masalah dan cabaran telah melanda sistem pendidikan
negara khasnya kepada guru. Sistem pengajaran dan pembelajaran merupakan satu aktiviti
yang melibatkan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Antara masalah yang utama
semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ialah tahap
penglibatan pelajar secara langsung dengan proses pengajaran tersebut. Pelajar lebih
cenderung menjadi pasif daripada melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Mereka juga agak kurang berinteraksi sesama rakan dan guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Selain itu, masalah kegagalan guru untuk memilih dan menggunakan amalan
pengajaran terbaik yang dapat menarik dan mengekalkan minat pelajar kepada perkara
yang disampaikan oleh guru juga semakin menular. Hasilnya, pelajar menjadi bosan, tidak
menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. Sebaliknya, jika seseorang
guru itu bijak, kreatif dan inovatif, maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran
3
pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Amalan
pengajaran berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak
dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran akan menjadikan pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar
oleh guru.
Hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah
satu masalah yang timbul dalam sistem pendidikan kita dewasa ini. Menurut Tengku Sarina
Aini Tengku Kasim dan Yusmini Md. Yusoff (2007), menyatakan bahawa tugas guru
bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru
berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembentukan kehidupan sosial
pelajar. Sehubungan dengan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan pelajar
adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat tersebut.
Dalam konteks kajian di bilik darjah pula, guru berperanan sebagai pendidik,
pemudah cara atau fasilitator (Shahril Hj Marzuki, 2004). Guru yang pandai mendidik akan
memudahkan pelajar memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru
yang tidak pandai mendidik atau mengajar akan menyebabkan pelajar sukar untuk
memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran. Malah ini menyebabkan pengajaran
guru akan menjadi bosan dan pelajar tidak dapat memberi tumpuan dalam pelajarannya
atau pelajar tidak mahu masuk ke kelas. Oleh hal yang demikian, sesuatu P&P dianggap
berasaskan amalan terbaik pengajaran, jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan
4
kaedah pengajaran, menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) dan mendalami isi
kandungan yang hendak diajar.
Justeru, kajian ini dijalankan untuk menjadi panduan kepada guru-guru
menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran,
menilai kualiti pengajaran yang dilaksanakan dan seterusnya menggunakan setiap amalan
terbaik sebagai asas dalam pengajaran khusus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
5
1.2 Pernyataan Masalah
Amalan terbaik pengajaran (ATP) bermaksud satu set piawaian terbaik dalam proses P&P
yang memberi manfaat terbaik kepada pelajar. Set piawaian ini mestilah mengikut
peredaran semasa dan menggunakan amalan terbaik yang terkini mengikut kehendak
kurikulum semasa yang digubal (Zemelman, Daniels dan Hyde, 2012). Oleh hal yang
demikian, bidang pendidikan perlu mengambil berat tentang kepentingan amalan terbaik
dalam sistem kurikulum yang dibina.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Bahasa Melayu (2010) juga menyatakan bahawa amalan terbaik dalam
pengajaran yang diamalkan oleh guru akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk
memahami akal budi, pemikiran dan sosiobudaya pelajar ke arah melahirkan semangat
cintakan bahasa dalam satu wawasan demi memartabatkan sistem pendidikan di Malaysia.
Dalam konteks kajian ini, amalan terbaik pengajaran ialah amalan pengajaran
berpusatkan pelajar, yang merangkumi empat elemen, iaitu pengajaran berasaskan
pengalaman pelajar, pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran
berasaskan cabaran. Aspek-aspek tersebut menggambarkan amalan terbaik pengajaran
mengikut model Zemelman et al., (2012).
Namun demikian, amalan terbaik pengajaran masih kurang diamalkan dan
dilaksanakan oleh guru-guru dalam bilik darjah di Malaysia khasnya dalam mata pelajaran
6
Bahasa Melayu. Salah satu elemen dalam amalan terbaik pengajaran yang kurang
dilaksanakan ialah pengajaran berpusatkan pelajar. Walaupun bidang pendidikan makin
berkembang maju, namun kebanyakan guru masih mengamalkan pengajaran tradisional
yang berpusatkan guru semata-mata.
Menurut kajian Khoo Yin Yin (2008), kaedah “chalk and talk” merupakan cara
pengajaran utama yang digunakan oleh guru-guru kerana kaedah ini dapat mengatasi
masalah bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas dan masalah menghabiskan sukatan
pelajaran. Kaedah ini merupakan pengajaran sehala yang menyebabkan penglibatan pelajar
menjadi terbatas dan pasif semasa proses pembelajaran berlangsung. Pengajaran
berpusatkan guru seperti ini tidak menyumbang kepada pembangunan pemikiran kritis.
Guru seharusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar yang
melibatkan pembelajaran aktif untuk membangunkan pemikiran kritis pelajar.
Abdul Rasid Jamian (2011), dalam kajiannya menyatakan bahawa guru-guru di
sekolah tidak lagi relevan untuk menggunakan set peraturan yang autokratik dan tegas
dengan cara memaksa, mengherdik, meninggikan suara ataupun menggunakan bahasa yang
kasar untuk mendisiplinkan pelajar. Sebaliknya, guru perlu mewujudkan hubungan yang
lebih akrab dengan pelajar. Salah satu caranya adalah melalui pendekatan pembelajaran
menyeronokkan dan berpusatkan pelajar dengan melibatkan pelajar secara aktif semasa
pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah berlangsung.
7
Menurut Surendran Sankaran dan Norazlinda Saad (2012), pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran berpusatkan pelajar juga dipengaruhi oleh lokasi sekolah. Dapatan
kajian mereka menunjukkan tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran dan tahap
penerimaan sumber di kawasan luar bandar adalah lebih kurang berbanding sekolah di
bandar. Khalid Johari (2012) dan Mohd Khairudin Abdullah (2010), pula mendapati tahap
pengalaman guru mengajar memainkan peranan dalam pelaksanaan amalan terbaik
pengajaran berpusatkan pelajar. Dapatan kajian mereka menunjukkan guru yang baru
mengajar (tidak berpengalaman) lebih kerap mengamalkan pengajaran berpusatkan pelajar
berbanding guru yang telah lama mengajar (berpengalaman).
Daripada kajian-kajian di atas, kebanyakkan guru lebih mengamalkan pengajaran
berpusatkan guru sahaja. Tidak dapat dinafikan bahawa peranan guru amat penting sebagai
individu yang menjadi pemangkin dalam proses pelajar mencari ilmu. Tanpa kehadiran
guru, proses pembelajaran yang berlaku mungkin tidak efektif. Oleh hal yang demikian,
guru perlu sedar akan kepentingan unsur pembelajaran aktif yang berpusatkan pelajar
dalam pengajaran untuk mewujudkan hubungan baik dengan pelajar-pelajar mereka
seterusnya memastikan pengajaran tersebut menjadi lebih baik dan berkesan.
Kenyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa amalan baik dalam pengajaran adalah
amat penting bagi memastikan setiap misi dan visi sistem kurikulum kita tercapai. Oleh hal
yang demikian, kita haruslah mempunyai model dan instrumen untuk menilai tahap
keberkesanan amalan terbaik pengajaran guru-guru di sekolah.
8
Daripada Standard Operational Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010), amalan terbaik pengajaran dibahagikan kepada
tiga elemen, iaitu elemen satu pelajar, elemen dua guru dan elemen tiga pengetua atau guru
besar. Elemen dua dalam SOP menyatakan tentang amalan terbaik pengajaran guru akan
menjamin keberkesanan yang tinggi terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajar. Daripada
SOP ini juga peranan guru dalam pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih efisen
dan memudahkan guru melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Terdapat pelbagai model yang boleh digunakan oleh guru-guru sebagai panduan
dalam mengamalkan amalan terbaik pengajaran di bilik darjah. Sebagai contoh, model awal
tentang amalan baik pengajaran guru yang berkesan telah dikemukakan oleh Carroll
(1989), model Slavin (1994), model Zemelman et al. (2012) dan beberapa lagi model lain
yang boleh digunakan.
Amalan terbaik pengajaran ini sangat penting dan perlu segera dijalankan di
peringkat sekolah kerana keberkesanan penyampaian ilmu adalah faktor penting dalam
menjamin kemenjadian pelajar. Daripada Standard Jaminan Kualiti Jemaah Nazir (2010)
telah menyatakan bahawa pendidikan di sekolah melahirkan pelajar yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesajahteraan diri. Bagi mencapai hasrat tersebut pihak Jemaah Nazir telah
menetap beberapa kriteria yang perlu diterapkan dalam pengajaran guru bagi memastikan
pembelajaran yang menyeluruh dapat dilaksanakan oleh guru bermula di peringkat
prasekolah lagi. (Perkara 3.5 Standard 5)
9
Ini selaras dengan kehendak pihak kementerian yang termaktub dalam Dokumen
Standard Kurikulum Sekolah Rendah (2010), menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi pendekatan berpusatkan pelajar, serta kepelbagaian teknik
dan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan
mengolah aktiviti mengikut kesesuaian pelajar. Huraian ini diharapkan dapat membantu
guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Jika diteliti, pelbagai kajian-kajian berkaitan cara untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran telah dijalankan seperti kajian Hj Komaruddin Abdullah (2012),
Kajian Shahril Hj Marzuki (2004) dan Rozita Radhiah Said dan Abdul Rasid Jamian (2009)
di Malaysia khasnya tetapi masih kurang kajian dijalankan untuk menilai tahap amalan
terbaik dalam pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di Malaysia secara menyeluruh.
Namun, masih kurang kajian yang dijalankan untuk membina satu instrumen yang
boleh diguna pakai untuk menilai tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran oleh guru-
guru di Malaysia. Kebanyakan kajian tersebut juga dijalankan di sekolah menengah tetapi
masih kurang kajian di peringkat sekolah rendah sedangkan masalah dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu khas membaca bermula dari sekolah rendah. Justeru, kajian berkaitan
amalan terbaik dalam pengajaran Bahasa Melayu ini harus juga dijalankan kepada guru-
guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, kebanyakan panduan berkaitan amalan terbaik pengajaran yang
disediakan oleh pihak berwajib juga hampir semua yang digariskan lebih tertumpu kepada
10
pengurusan bilik darjah bukannya amalan terbaik yang boleh diamalkan oleh guru dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran, contohnya buku Panduan Pendidikan Bahasa Arab dan
Buku Panduan Amalan Baik Pengajaran Moral. Bagi pengajaran Bahasa Melayu sendiri
pun masih kurang buku panduan, kajian atau sarjana yang menggariskan tentang amalan
terbaik dalam pengajaran secara jelas dan tepat.
Oleh hal yang demikian, satu kajian diperlukan untuk mengenal pasti sejauh
manakah guru-guru melaksanakan amalan terbaik pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Diharap dengan adanya kajian ini juga dapat menjadi panduan kepada guru dalam
melaksanakan amalan terbaik pengajaran khasnya untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.
1.3 Objektif Kajian
Secara khusus objektif kajian ini ialah untuk:
1. Mengenal pasti pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu oleh
guru di bilik darjah.
2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan
pelajar oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah.
3. Meninjau hubungan antara pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah dengan lokasi sekolah (luar bandar dan bandar)
4. Meninjau hubungan antara pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah dengan tempoh pengalaman guru mengajar
(berpengalaman dan tidak berpengalaman).
11
1.4 Soalan Kajian
Soalan kajian ini adalah seperti di bawah:
1. Apakah tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu yang
telah diamalkan oleh guru di bilik darjah secara keseluruhan?
2. Apakah tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar
diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah?
3. Adakah terdapat hubungan antara pelaksanaan amalan terbaik pengajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah dengan lokasi sekolah (luar bandar dan bandar)
4. Adakah terdapat hubungan antara pelaksanaan amalan terbaik pengajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah dengan tempoh pengalaman guru mengajar
(berpengalaman dan tidak berpengalaman).
12
1.5 Hipotesis Nol Kajian
Hipotesis digunakan untuk meningkatkan kobolehpercayaan kajian, di mana pada akhir
kajian aras signifikan ditunjukkan. Hipotesis nol merupakan pernyataan yang neutral bagi
hipotesis penyelidikan.
Hipotesis nol kajian ini adalah seperti berikut:
1. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan lokasi sekolah bandar
atau luar bandar.
2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dengan tempoh pengalaman
guru mengajar.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi amalan terbaik pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu seperti faktor lokasi sekolah dan tempoh
pengalaman guru mengajar. Hasil kajian yang telah dibuat dapat memberikan panduan
kepada para pendidik supaya dapat menyedarkan para pendidik agar mereka
mempelbagaikan gaya pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kefahaman dalam
13
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Ini dapat juga meningkatkan lagi mutu
pendidikan negara.
Kepada pihak sekolah, kajian ini dapat memberikan kesedaran kepada pihak
sekolah bagi memperbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan itu,
para pelajar mudah memahami setiap proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di
dalam bilik darjah dengan cepat dan mudah.
Selain itu, kajian ini memudahkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia tentang
kepentingan mata pelajaran Bahasa Melayu kepada para pelajar pada masa sekarang. Hal
ini demikian, mata pelajar ini bukan hanya memberikan pengetahuan dari segi teori tetapi
kemahiran sosial pelajar. Malah, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dapat
menambahbaik semula silibus yang ada sekarang bagi menyelaraskan selari dengan dunia
yang semakin moden. Ini juga dapat membantu menambahkan minat para pelajar kepada
mata pelajaran tersebut. Pihak kementerian juga dapat mengguna pakai instrumen dalam
kajian ini sebagai kayu ukur untuk menilai tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran
berpusatkan pelajar oleh guru-guru sekolah rendah khasnya.
Para pelajar seharusnya sedar betapa pentingnya mata pelajaran Bahasa Melayu
kepada kehidupan seharian. Hal ini demikian, mata pelajaran tersebut mengajar para pelajar
tentang kepentingan kemahiran berbahasa dan memberikan mereka peluang untuk
bersosial dengan lebih baik.
14
Kepada pengkaji lain pula, hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji akan
membantu pengkaji lain bagi mengkaji dengan lebih jelas lagi mengenai kajian yang telah
dibuat. Selain itu, pengkaji lain juga boleh menggunakan hasil kajian tersebut sebagai
sokongan pada kajian mereka.
1.7 Batasan Kajian
Pembatasan kajian ini dipecahkan kepada tiga kategori, iaitu pemilihan lokasi sekolah,
pemilihan guru dan pemilihan aspek kajian.
1.7.1 Pemilihan Lokasi Sekolah
Kajian ini dibataskan kepada dua puluh buah sekolah sahaja yang berada dalam daerah
Larut, Matang dan Selama, Perak, iaitu sepuluh buah sekolah di kawasan bandar dan
sepuluh buah sekolah di kawasan luar bandar. Pemilihan sekolah di dua lokasi sekolah yang
berbeza ini kerana untuk melihat hubungan dari segi lokasi sekolah terhadap amalan terbaik
pengajaran yang dilaksanakan di bilik darjah berasaskan Model Zemelman et al. (2012).
15
1.7.2 Pemilihan Guru
Kajian ini hanya dibataskan kepada guru-guru berstatus guru tetap sahaja. Guru dalam
latihan atau guru sementara tidak dipilih sebagai responden. Hal ini demikian kerana
pengkaji ingin mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran pada guru-
guru yang berstatus tetap sahaja. Pemilihan guru juga dibahagikan kepada dua bahagian,
iaitu guru berpengalaman (mengajar lebih lima tahun) dan guru tidak berpengalaman
(mengajar kurang daripada lima tahun)
1.7.3 Bidang Kajian
Kajian ini hanya dibataskan kepada guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu sahaja. Ini
kerana kajian ini adalah utuk melihat amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah sahaja berdasarkan Model Amalan Terbaik Pengajaran oleh Zemelman et al. (2012).
Kajian ini juga hanya melihat satu sahaja aspek daripada tiga aspek yang
terkandung dalam prinsip amalan terbaik pengajar oleh Zemelman et al.,(2012), iaitu
prinsip pengajaran berpusatkan pelajar sahaja.
16
1.8 Definisi Operasional
1.8.1 Amalan Terbaik Pengajaran
Zemelman et al. (2012), pula menghuraikan amalan terbaik pengajaran sebagai guru yang
melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar, pengajaran yang aktif, pengajaran
berdasarkan pengalaman, asli, demokratik, kolaboratif dan mencabar. Daripada kajian ini
amalan terbaik bermaksud sesuatu perlakuan atau perbuatan guru yang memberikan kesan
baik kepada pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah berdasarkan model
Zemelman et al., (2012).
Menurut Stewart (2002), amalan terbaik pengajaran adalah pengetahuan guru
tentang amalan terbaik pengajaran yang sepatutnya diamalkan di bilik darjah dan amalan
tersebut dapat memberikan impak maksimum terhadap hasil pelajaran yang diterima oleh
pelajar.
1.8.2 Pengajaran Berpusatkan Pelajar
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub dan Mohd Zahir (2006), pembelajaran
berpusatkan pelajar adalah strategi pengajaran yang memerlukan pelajar menjadi pemain
utama yang aktif dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
17
memperuntukkan lebih banyak masa kepada pelajar untuk meneroka dan menyelesaikan
masalah pembelajaran dengan bantuan guru sebagai pemudah cara. Pengajaran berpusatkan
pelajar dalam kajian ini terbahagi kepada empat prinsip seperti yang digariskan dalam
model ATP Zemelman et al.(2012), iaitu pengajaran berasaskan pengalaman pelajar,
pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran berasaskan cabaran.
1.8.2.1.1 Pengajaran Berasaskan Pengalaman
Carl Rogers dalam Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali (2011), membezakan dua jenis
pembelajaran, iaitu pembelajaran berbentuk kognitif (kurang bermakna) dan pembelajaran
berasaskan pengalaman (bermakna). Kognitif dikaitkan dengan pembelajaran ilmu
akademik seperti mempelajari kosa kata atau jadual darab bahagi. Sementara pembelajaran
berasaskan pengalaman merujuk kepada ilmu aplikasi seperti belajar tentang enjin untuk
memperbaiki sebuah kereta. Perbezaan utama antara keduanya ialah pembelajaran
berasaskan pengalaman lebih menekankan keperluan dan kehendak pelajar.
18
1.8.2.2 Pengajaran yang Holistik
Menurut Brown (2001), pengajaran yang holistik ialah “pengajaran kemahiran bahasa
secara integrasi dan natural serta menekankan pembelajaran koperatif, berpusatkan pelajar,
penggunaan bahasa yang autentik, mementingkan makna, penilaian yang holistik dan
integrasi empat kemahiran bahasa secara semula jadi (four skills).
1.8.2.3 Pengajaran yang Autentik
Mary Tan Mui Yee (2012), pembelajaran autentik bermaksud pembelajaran yang berlaku
secara langsung dengan pengalaman pelajar. Mereka melakukan sendiri aktiviti yang
dilaksanakan dan berkait langsung dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui
aktiviti “hands-on” dapat memberikan pelajar pengalaman sebenar terhadap konteks
pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.
1.8.2.4 Pengajaran Berasaskan Cabaran
Zemelman et al. (2012), pengajaran berasaskan cabaran ialah apabila pelajar perlu
berhadapan dengan cabaran yang sebenar. Mereka juga diberikan pilihan dan
bertanggungjawab dengan setiap yang dipelajari.
19
1.8.3 Guru Bahasa Melayu
Guru Bahasa Melayu bermaksud guru yang mempunyai kemahiran dan kebolehan yang
memuaskan untuk mengajar Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu profesional ialah guru
yang berkesan yang mempunyai kuasa keilmuan, menguasai mata pelajaran yang diajar,
mengambil berat hal pelajarnya dan seterusnya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang
dan mendapat keputusan yang baik. Ciri tersebut terkandung dalam komponen kecekapan
guru dalam tugas dari segi komitmen, latihan, pelaksanaan pengajaran, penguasaan
kurikulum, penguasaan ilmu bahasa dan penguasaan komputer dan teknologi maklumat.
Semua ini selari dengan pendapat. Manakala Brown (2007) menyentuh mengenai aspek
pengetahuan teknikal, kemahiran pedagogi, kemahiran interpersonal dan kualiti peribadi.
Ciri-ciri bagi seorang guru Bahasa Melayu yang profesional ialah guru yang pernah
mendapat latihan yang kursus dalam bidang yang diperolehinya. Guru Bahasa Melayu yang
profesional seharusnya mempunyai sijil bertauliah daripada latihan ikhtisas. Sijil bertauliah
ini adalah bukti kesanggupan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dan boleh
dipercayai melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik dan sempurna.
Seorang guru Bahasa Melayu yang memperolehi kemahiran profesional adalah guru yang
cekap menjalankan tugasnya dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata
pelajaran yang diajarnya. Di samping itu, seorang guru Bahasa Melayu seharusnya
mempunyai ketrampilan diri yang baik dari segi sahsiah dan bersikap dedikasi dalam
tugasnya sebagai tenaga pengajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
20
Menurut Yahya Othman (2005), guru bahasa perlu memiliki ilmu dan ketrampilan
dalam melaksanakan tugasnya di bilik darjah. Penguasaan ilmu bahasa oleh guru Bahasa
Melayu adalah penting bagi memastikan pengajaran bahasa dapat dilaksanakan dengan
berkesan. Komponen ilmu bahasa yang dikuasai seperti aspek sistem bahasa (tatabahasa,
sebutan, ejaan, istilah, kosa kata umum dan laras bahasa) dan kemahiran bahasa
(mendengar, bertutur, membaca, dan menulis) akan dapat membantu guru Bahasa Melayu
menunjukkan keterampilan yang profesional dalam pengajaran Bahasa Melayu di bilik
darjah.
1.8.4 Sekolah Rendah
Sekolah adalah sebagai sebuah organisasi formal yang mempunyai matlamat tertentu.
Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003), sekolah adalah satu masyarakat
kecil yang mempunyai budaya tersendiri. Peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Peruntukan-
Peruntukan Utama) pendidikan sekolah rendah ertinya kursus pengajian pada peringkat
rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam
tempoh antara lima hingga tujuh tahun.
Sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan
i) Menyediakan pendidikan rendah yang sesuai bagi pelajar daripada umur enam tahun.
ii) Menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.
21
iii) Menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan di mana kemudahan
bagi pengajaran.
a) Bahasa Cina atau Bahasa Tamil hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-
kurangnya lima belas orang pelajar di sekolah itu memintanya.
b) Bahasa-bahasa kaum asli hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya
lima belas orang pelajar di sekolah itu memintanya.
1.8.5 Lokasi Sekolah
Lokasi sekolah merujuk kepada kedudukan atau tempat sesebuah sekolah tersebut sama
ada bandar, luar bandar atau pendalaman. Pusat Kajian Pendidikan Luar Bandar (PKPLB)
(2007), penentuan kategori luar bandar dibuat berdasarkan kedudukan geografi dan
kawasan pembangunan atau perbandaran negeri berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pelajaran Negeri tersebut. Menurut Mohd Salleh (1997) dalam Azizi Yahaya
dan Nurfaizah Abd. Majid (2011), kedudukan kawasan sekolah dianggap sebagai faktor
utama yang mempengaruhi ketidaksamaan dalam pendidikan.
Kajian oleh Kamarudin Husin (1997), menunjukkan tidak terdapat perbezaan
signifikan dalam tahap literasi di antara guru-guru yang bertugas di sekolah dalam bandar
dan di luar bandar. Daripada dapatan kajian di atas menunjukkan lokasi juga memainkan
peranan penting dalam sesuatu kajian yang dijalankan.
22
1.8.6 Pengalaman Guru
Menurut Khalid Johari (2012), pengalaman merupakan pengetahuan empirikal sementara
latihan guru lebih bersifat teoritikal. Kedua-duanya saling memerlukan untuk menjadikan
seseorang guru mencapai tahap kecekapan yang dituntut. Oleh hal yang demikian, latihan
guru dan pengalaman mengajar boleh ditakrifkan sebagai kelayakan asas yang utama dalam
amalan terbaik pengajaran di bilik darjah.
Pengalaman mengajar merupakan pengetahuan yang dibentuk oleh interaksi antara
faktor-faktor persekitaran kerja. Tempoh dan kekerapan melalui tugas pengajaran sama ada
berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan kemahiran
profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan
dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell
dalam Khalid Johari, 2012).
Dalam kajian ini, pengalaman guru mengajar merujuk kepada tempoh guru
berkhidmat di sekolah. Mereka yang berkhidmat di antara satu hingga lima tahun dianggap
sebagai kumpulan guru kurang pengalaman. Manakala yang berkhidmat melebihi lima
tahun dianggap berpengalaman.
23
1.9 Kerangka Konseptual Kajian
Kerangka konseptual memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh tentang kajian ini
seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini menjadi sempadan bahawa kajian
yang dijalankan tidak terkeluar daripada pernyataan masalah yang dikemukakan. Soalan
kajian dan sorotan penulisan telah dirujuk daripada kerangka konsep ini.
Terdapat dua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah tidak
bersandar mewakili lokasi sekolah sampel dan tempoh pengalaman guru mengajar.
Manakala pembolehubah bersandar pula ialah tahap pelaksanaan amalan terbaik
pengajaran berpusatkan pelajar. Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konsep kajian.
24
Asas Kajian Mengenal pasti
masalah kajian
Pembolehubah kajian
Pembolehubah bersandar Pembolehubah tak bersandar
Tahap pelaksanaan Lokasi
ATP berpusatkan Tempoh pengalaman
pelajar guru mengajar
Instrumen Kajian
Metodologi Kajian Soal Selidik
Pengukuran Data
Analisis SPSS 20.0
Min, Sisihan Piawai,
Peratusan
Kolerasi Pearson
Hasil Interpretasi Data
Deskriptif
Inferensi
Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian
25
1.10 Kesimpulan
Secara kesimpulanya, bab satu ini berperanan sebagai tunjang utama kajian. Melalui bab
ini, pengkaji menjelaskan secara terperinci objektif, soalan, hipotesis, kepentingan,
batasan, kerangka konseptual dan definisi operasional kajian yang dijalankan. Pengkaji
menulis bab ini berasaskan kajian-kajian lepas dan pandangan pakar yang berkaitan bagi
membantu mendapatkan ketepatan bagi setiap hasil penulisan. Bab seterusnya akan
membincangkan lebih lanjut tentang kajian-kajian yang menyokong dan menguatkan lagi
kajian ini.
26
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan permasalahan yang telah diketengahkan, iaitu amalan terbaik
dalam pengajaran Bahasa Melayu. Antara sub topik yang akan dibincangkan dalam bab ini
ialah (1) amalan terbaik pengajaran (ATP), (2) amalan terbaik pengajaran guru di bilik
darjah, (3) amalan terbaik pengajaran bahasa, (4) amalan terbaik pengajaran Bahasa
Melayu, (5) hubung kait lokasi sekolah dengan amalan terbaik pengajaran, (6) hubung kait
tempoh pengalaman guru mengajar dengan amalan terbaik pengajaran, (7) hubung kait
pencapaian pelajar dalam Bahasa Melayu dengan amalan terbaik pengajaran (ATP), (8)
teori berkaitan amalan terbaik pengajaran dan (9) kerangka teoritikal kajian.
Kesimpulannya, peta sorotan kajian ini dibincang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.
27
ATP Teori ATP P&P berasaskan
berpusatkan berpusatkan pengalaman pelajar
pelajar pelajar P&P yang holistik
Bahasa Steven
Melayu Zemelman et P&P yang autentik
sekolah al. (2012)
rendah P&P berasaskan
Metodologi cabaran
Empirikal Hubungan Lokasi dan tempoh
Amalan Terbaik pengalaman guru mengajar dengan
Pengajaran ATP
Rajah 2.1. Peta sorotan kajian ATP
ATP guru di bilik
darjah
ATP Bahasa
ATP Bahasa Melayu
Hubungan ATP dengan
pencapaian pelajar
28
2.2 Amalan Terbaik Pengajaran (ATP)
Menurut Stewart (2002), amalan terbaik pengajaran adalah pengetahuan guru tentang
amalan terbaik pengajaran yang sepatutnya diamalkan di bilik darjah dan amalan tersebut
dapat memberikan impak maksimum terhadap hasil pelajaran yang diterima oleh pelajar.
Kajian guru berkaitan amalan terbaik pengajaran adalah salah satu cara lain untuk
mewujudkan pengajaran berkualiti tinggi dalam bilik darjah.
Zemelman et al.(2012), pula menyatakan bahawa guru yang mengamalkan amalan
terbaik pengajaran akan sentiasa mengambil berat terhadap setiap tugasnya, sentiasa
mencari idea-idea baru untuk memajukan diri, mengikuti setiap perkembangan bidang
pendidikan dan perkembangan pelajarnya, maka profesion perguruan akan sentiasa maju
ke hadapan. Oleh hal yang demikian, kita perlu menganggap istilah amalan terbaik sebagai
satu perkara yang serius, bijaksana, bermaklumat, bertanggungjawab dan satu kemahiran
dalam pengajaran.
Daripada kebanyakan kajian yang dijalankan oleh Zemelman et al.(2012) mendapati
elemen dalam amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar ialah pengajaran berasaskan
pengalaman pelajar, tulen dan demokratik, kerjasama serta pengajaran yang mencabar.
Reardron dan Derner (2008), pula menyatakan terdapat enam unsur utama yang
mempengaruhi amalan terbaik pengajaran daripada beratus-ratus kajian di bilik darjah.
29
Elemen ini perlu wujud dalam amalan pengajaran berkesan tetapi tidak semestinya
mengikut urutan seperti di bawah:
i. Set tindakan ramalan – fokuskan kepada objektif pengajaran
ii. Objektif dan tujuan – kenal pasti objektif utama pengalaman pembelajaran dan
kaitkan dengan kehidupan pelajar.
iii. Input – memberikan maklumat secukupnya
iv. Semak untuk pemahaman - refleksi pengajaran sama ada mencapai objektif atau
tidak
v. Latihan terpimpin - pengajaran berpusatkan pelajar.
vi. Latihan bebas – memberikan pengalaman pembelajaran kendiri kepada pelajar.
Jika di Malaysia kini, amalan terbaik pengajaran lebih tertumpu kepada pengurusan
amalan terbaik dalam bilik darjah bukannya amalan terbaik dalam pengajaran sesuatu mata
pelajaran. Contohnya, amalan terbaik dalam Pendidikan Moral yang telah digariskan dalam
Buku Panduan Amalan Baik Pengajaran Moral (2010) mengandungi lima elemen seperti
yang berikut, iaitu menggunakan masa pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya, menepati
masa masuk ke kelas, memastikan pelajar aktif semasa pengajaran berlangsung,
memastikan setiap kerja yang diamanahkan siap, kepelbagaian aktiviti di dalam bilik
darjah.
Selain Pendidikan Moral, dalam Buku Panduan Pendidikan Bahasa Arab (2010) juga
ada menyebut tentang amalan terbaik dalam pengajaran Bahasa Arab seperti,
30
kesempurnaan dalam pengajaran dan pembelajaran, penerangan kepada pelajar secara jelas,
pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan, etika dan keupayaan guru meramal
tingkah laku pelajar.
Mohd Khairudin Abdullah (2010), menyatakan amalan terbaik pengajaran mengikut
konteks kepimpinan pengajaran guru yang dijelaskan melalui tindakan yang diambil oleh
guru-guru ketika menjalankan tugas pengajaran di bilik darjah seperti menyampaikan
pengajaran, membimbing, mengasuh dan mempengaruhi pelajar-pelajar untuk mempelajari
kemahiran-kemahiran yang harus dikuasai.
Kesimpulannya, jika kita teliti satu persatu, amalan terbaik tersebut hampir semua yang
digariskan lebih tertumpu kepada pengurusan bilik darjah bukannya amalan terbaik yang
boleh diamalkan oleh guru dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran. Bagi pengajaran
Bahasa Melayu sendiri masih kurang buku panduan, kajian atau sarjana yang menggariskan
tentang amalan terbaik dalam pengajaran secara jelas dan tepat.
2.3 Amalan Terbaik Pengajaran Guru di Bilik Darjah
Konvensyen Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pelaksanaan Kurikulum
Prasekolah (2012), amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah sepatutnya
menjadi satu budaya yang boleh disebar luas dan dikongsikan kepada rakan-rakan guru
yang lain. Seorang guru yang cemerlang dan kreatif lazimnya akan berjaya mencapai
31
objektif sesebuah kurikulum dengan mudah dan berkesan. Guru yang seperti ini lazimnya
juga mempunyai satu amalan yang mendorong dirinya untuk berjaya mencapai objektif
yang dirancang. Amalan inilah yang jarang dapat dilihat oleh rakan guru yang lain. Hal ini
demikian, tugas sebagai guru di sekolah, bukanlah tugas yang boleh ditonton oleh rakan-
rakan guru dengan mudah untuk diambil sebagai contoh malah mungkin sebagai inspirasi
untuk mencipta satu situasi bilik darjah yang lebih menarik dan berjaya.
Daripada petikan di atas, jelas menunjukkan amalan terbaik pengajaran di bilik
darjah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan tetapi bukan mustahil untuk
dilaksanakan. Justeru, guru sebagai medium pelaksana utama dalam amalan terbaik
pengajaran harus segera bangun melaksanakan amalan terbaik pengajaran ini di bilik
darjah. Dalam mencapai usaha ke arah itu, Roslee Talip, Mohd Yusof Abdullah, Baharom
Mohamad, Abdul Said Ambotang, Muhamad Suhaimi Taat dan Shukri Zain (2011),
menyatakan pemantapan pembangunan profesional guru merupakan faktor kritikal dalam
meningkatkan dan mengekalkan kualiti serta pengaruh guru dalam bilik darjah. Beberapa
faktor yang mempengaruhi keberkesanan program pembangunan profesionalisme guru di
bilik darjah telah dikenal pasti seperti potensi perubahan di tempat kerja (bilik darjah),
kepelbagaian kesan (diverse effect) dan kefahaman prinsip pembelajaran dewasa, program
mentoring yang efektif dan kerelevanan material pengajaran sedia ada.
Hasil dapatan kajian Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani dan Saedah Siraj
(2013), menyatakan bahawa amalan pengajaran guru perlu diberikan tumpuan kerana guru
yang berkualiti menghasilkan pelajar yang berkualiti. Hasrat kerajaan untuk meningkatkan
32
kemahiran guru dan kualiti pengajaran guru dalam gelombang pertama Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan dapat dicapai sekiranya amalan
terbaik pengajaran di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan jayanya di sekolah.
Pelaksanaan amalan pembelajaran berterusan secara tekal di semua sekolah akan
meningkatkan profesionalisme keguruan. Justeru, hasrat kerajaan dalam gelombang ketiga
(2021-2025), iaitu sekolah dan guru menunjukkan prestasi melebihi standard minimum
dalam tempoh lapan tahun akan datang dapat dicapai dengan lebih mudah.
Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj (2013), menyatakan
bahawa amalan terbaik pengajaran juga dapat membantu guru melaksanakan tugas dengan
lebih berkesan. Guru memberikan impak yang besar kepada kejayaan pelajar dan sekolah.
Namun, tugas mendidik pelajar menjadi insan berjaya seharusnya bermula dengan
pendidikan guru. Memiliki kesungguhan untuk belajar, sentiasa belajar secara berterusan,
sentiasa merefleksi diri, cuba mengaplikasi pengetahuan baharu dan berani mengambil
inisiatif dan risiko dengan melakukan inovasi adalah ciri guru masa sekarang dan masa
hadapan. Justeru, guru masa kini harus cuba menggunakan pelbagai model pengajaran
berkesan sebagai panduan untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di bilik
darjah contohnya model amalan terbaik pengajaran Zemelman et al. (2012). Pemupukan
nilai pembelajaran yang tinggi dalam diri seorang guru adalah penting bagi memastikan
guru mempunyai ilmu dan kemahiran yang sentiasa relevan. Nilai tersebut juga penting
bagi memastikan guru dapat menjalankan tugas dan amanah besar yang
dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cekap dan efektif.
33
Sehubungan dengan itu, kajian lepas yang berkaitan dengan pengaruh
pembangunan profesionalisme keguruan terhadap penambahbaikan amalan pengajaran
guru oleh Cansdale (2001) dalam Roslee Talip et al. (2011), mendapati bahawa secara
keseluruhannya pembangunan profesionalisme keguruan menunjukkan kemajuan yang
ketara dalam amalan pengajaran apabila guru-guru meningkatkan kepakaran dalam
kandungan-mata pelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan unsur-unsur penting yang
lain dalam pengajaran. Dalam konteks ini, pembangunan profesionalisme keguruan
memberikan kesan ketara terhadap cara guru mendapatkan kandungan mata pelajaran,
memperoleh strategi dan kemahiran pengajaran yang baru, bekerja dengan rakan sejawat
dan menganalisis serta merancang pembelajaran profesional mereka.
Roslee Talip et al. (2011), perubahan dalam perkembangan pembangunan
profesionalisme keguruan tidak harus meminggirkan perkembangan kapasiti
(tanggungjawab) guru di sekolah sebagai salah satu elemen penambahbaikan pengajaran
guru. Sehubungan dengan itu, beliau telah mengetengahkan tiga kriteria utama, iaitu
pertama pembangunan harus diintegrasikan dengan proses perubahan yang komprehensif,
kedua wujud saling kaitan antara pembangunan individu dan organisasi dan ketiga
keperluan individu dalam pembangunan kerjaya harus bersesuaian dengan perancangan
dan keperluan sekolah.
Carless (2004) mencadangkan sebagai guru harus berusaha untuk mendapatkan
amalan terbaik dalam pengajaran di bilik darjah. Guru perlu memainkan peranan utama
dalam apa-apa perubahan yang bersifat sistematik di peringkat sekolah. Beliau juga
34
mendapati bahawa melalui pendekatan perbincangan profesional yang konstruktif,
pembangunan profesionalisme keguruan di sekolah dapat dimantapkan secara berkesan.
Beliau juga mempersoalkan bahawa kegagalan dalam pencapaian masa lalu, kekurangan
pengalaman dan cabaran yang hebat dalam kalangan guru menjadi punca kepada penurunan
komitmen guru dalam menyahut usaha-usaha reformasi sekolah. Sebaliknya, guru-guru
menurut beliau kurang dilibatkan dalam membuat keputusan bersama secara konsensus
untuk penambahbaikan sekolah. Idea dan kreativiti guru yang boleh menyumbang kepada
pembangunan kerjaya biasanya disekat oleh bebanan tugas dan persiapan membuat kertas
kerja yang terlalu banyak sehingga menyulitkan guru terlibat secara langsung dalam
penyelesaian masalah dasar-dasar sekolah.
Cansdale dalam Roslee Talip et al. (2011), berpendapat bahawa kemajuan yang
ketara dalam amalan terbaik pengajaran guru dapat dilihat apabila guru-guru meningkatkan
kepakaran dalam kandungan-mata pelajaran, strategi pengajaran dan unsur-unsur penting
yang lain dalam pengajaran. Oleh hal yang demikian, guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi keperluan tersebut dalam menjadikan sesuatu sesi pengajaran tersebut lebih
berkesan.
Azizi Hj. Yahaya dan Rosnani Mohd Nor (2007), hasil dapatan kajian mereka telah
mengariskan tiga ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh seorang guru dalam
melaksanakan amalan terbaik pengajaran, iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang isi pelajaran, mempunyai kemahiran yang pelbagai dalam menyampaikan isi
pelajaran (ilmu pendidikan) dan memiliki sikap yang sepatutnya dimiliki oleh seorang
35
guru. Oleh hal yang demikian, guru tersebut akan dapat melaksanakan amalan terbaik
pengajaran dengan berkesan.
Secara ringkasnya seorang guru boleh menjalankan amalan terbaik pengajaran di
bilik darjah sekiranya dapat menguasai empat perkara, iaitu pengetahuan tentang isi
pelajaran, kemahiran dalam menyampaikan isi pelajaran serta memiliki sikap dan sahsiah
sebagai pendidik yang baik.
Shahril Hj Marzuki (2004), hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa guru yang
merancang pengajaran terlebih dahulu sebelum mengajar akan dapat melaksanakan amalan
terbaik pengajaran dengan lebih sempurna dan berkesan. Ini bererti guru akan menyediakan
dan menyiapkan buku rekod, membuat rujukan bagi memastikan isi-isi pelajaran tepat dan
kemaskini, mempelbagaikan bahan bantu mengajar dan menyediakan aktiviti atau latihan
yang bersesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Semasa mengajar pula, guru-guru akan
menyusun isi-isi pelajaran secara sistematik supaya jelas dan mudah difahami dan
menggunakan bahasa yang mudah. Untuk memastikan pelajar mudah memahami sesuatu
konsep atau kemahiran, semasa pengajaran guru perlu mengaitkan isi pelajaran yang baru
dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang lepas. Selain itu, dapatan kajiannya
menunjukkan guru yang mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti kaedah kolaboratif
dan konstruktif dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan
dan dapat menarik minat pelajar untuk terus belajar.
36
Shahril Hj Marzuki (2004), dalam kajiannya telah mencadangkan lapan prinsip amalan
terbaik pengajaran guru di bilik darjah yang dapat meningkatkan kecemerlangan akedamik
pelajar seperti berikut:
1. Guru mesti merancang pengajaran terlebih dahulu, pelbagaikan kaedah pengajaran,
gunakan bahan bantu mengajar, kaitkan isi pelajaran baru dengan pengalaman
pelajar.
2. Guru perlu memastikan ketepatan isi pelajaran dan menyampaikan isi pelajaran
secara sistematik, jelas dan mudah difahami.
3. Pengajaran guru mesti menarik minat dan menyeronokan pelajar supaya akan terus
belajar.
4. Semasa P&P guru perlu menggunakan pelbagai kemahiran berfikir seperti
menganalisis, sintesis, mencerakin dan lain-lain.
5. Guru perlu banyak memberi latihan dan kerja-kerja rumah kepada pelajar.
6. Guru perlu mengajar mengikut aras kebolehan pelajar
7. Guru perlu meletakkan harapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajar dan
memberi semangat kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh.
8. Guru perlu memastikan ketepatan fakta dan mempunyai pengetahuan yang terkini
mengenai isi kandungan mata pelajaran yang hendak diajar dan penguasaan bahan
berkaitan.
Dalam hal ini juga, Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman (2011), turut
menjelaskan bahawa kreativiti seseorang guru memainkan peranan penting dalam
kecekapan guru mengatur strategi untuk mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran
37
yang terbaik. Oleh hal demikian, aspek psikologi dan profesional perlu diambil kira. Aspek
psikologi ialah pengajaran yang memberikan suasana sihat untuk belajar, manakala aspek
profesional pula dilihat daripada amalan pengajaran terbaik (ATP) guru dengan
pengaplikasian pelbagai kaedah dan strategi serta bahan bantu mengajar yang memudahkan
pemahaman pelajar, menggalakkan minat belajar pelajar dan guru juga mempunyai
pengetahuan yang luas lagi mendalam untuk membantu pelajar dalam pembelajaran. Oleh
hal yang demikian, guru bukan sahaja diharapkan komited dengan program pengajaran
yang diamanahkan di sekolah malah perlu bijak menggunakan pelbagai kaedah dan bahan
pengajaran yang berkesan. Segala kemudahan yang ada seharusnya digunakan dengan
sepenuhnya bersesuaian dengan tempat dan tahap kebolehan pelajar untuk memastikan
amalan pengajaran terbaik dapat dilaksanakan dengan lancar dan pelajar tidak berasa bosan
untuk mengikutinya.
Daripada Standard Jaminan Kualiti Jemaah Nazir (2010) menyatakan dalam standard
4, guru perlu merancang dan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang
berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan
pencapaian pelajar secara optimum dan berterusan. Untuk mencapai hasrat tersebut elemen
pada bahagian D dalam Standard Jaminan Kualiti Jemaah Nazir (2010) menekankan
bahawa guru perlu merancang dan membuat persediaan yang rapi dalam memastian
keberkesanan pengajaran. Ini disokong dengan elemen pada bahagian E yang menyatakan
kaedah dan teknik penyampaian yang bersesuai dapat meningkatkan kualiti penyampaian
pengajaran tersebut. Oleh hal yang demikian, guru perlu menguasai sepenuhnya teknik,
38
kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk menjalankan amalan terbaik pengajaran dalam
bilik darjah.
Hoekstra, Beijeraard, Brekelmans dan Kortthagen (2011), mengkaji tentang aktiviti
refleksi yang dijalankan oleh guru. Aktiviti pembelajaran yang paling kerap digunakan oleh
guru adalah melakukan refleksi kendiri dengan pelajar, mendapatkan idea pengajaran
melalui sumber lain seperti media, majalah, rakan sejawat dan berkongsi idea dengan
pelajar. Dapatan kajian ini selari dengan kajian oleh Postholm dan May Britt (2011) yang
juga mendapati guru yang mengajar dengan cara membuat refleksi terhadap kaedah
pengajaran mereka lebih baik dan berkesan. Guru-guru yang dapat membuat refleksi akan
lebih mudah mengamalkan amalan terbaik pengajaran di bilik darjah kerana mereka dapat
melihat dan membaiki kelemahan yang berlaku sepanjang sesi pembelajaran dan
pengajaran sebelumnya.
Amalan kolaboratif antara guru dapat membantu pelaksanaan amalan terbaik
pengajaran di bilik darjah oleh guru. Zuraidah Abdullah (2009) telah memperincikan
amalan pembelajaran kolaboratif guru di sekolah sebagai perkongsian maklumat, membuat
perancangan dan menyelesaikan masalah secara kolektif dan menambah baik peluang
pembelajaran guru dan pelajar serta mengaplikasi kemahiran, strategi dan amalan
pengajaran baru dalam kerja seharian. Sinergi pembelajaran hanya dapat dibina melalui
pembelajaran secara kolaboratif. Justeru, guru perlu membina tanggapan positif terhadap
kerja secara kolaboratif. Satu kajian yang dijalankan oleh Dahlgren dan Chiriac dalam
Zuraidah Abdullah (2009), mendapati guru mengakui tugas mereka sebagai kerja