89
3.7 Prosedur Pengumpulan Data
Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan data. Sebelum borang soal
selidik diedarkan surat kebenaran menjalankan kajian telah dihantar kepada pihak yang
terlibat seperti Jabatan Pelajar Negeri Perak, Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan
Selama dan sekolah-sekolah yang dipilih. Setelah kebenaran diperoleh, borang soal selidik
diedarkan dan dikumpulkan semula setelah selesai dijawab oleh semua sampel. Bagi
sampel yang tidak menghantar borang soal selidik surat susulan diberikan kepada pihak
sekolah. Kemudian data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS
(Statistical Package for the Social Sciences) version 20.0. Setelah itu, data yang telah
dianalisis, diterjemahkan dalam bentuk jadual untuk dibincangkan dalam bab 5. Rajah 3.2
di bawah menunjukkan prosedur pengumpulan data yang dijalankan dalam kajian ini.
90
Mendapatkan • Surat susulan
permohonan diberikan kepada
mengutip data sampel yang tidak
daripada pihak menghantar kembali
berwajib borang soal selidik
Borang Soal
selidik diedarkan
kepada sampel
kajian
Borang soal
selidik
dikumpulkan
Borang soal
selidik dianalisis
menggunakan
SPSS 20.0
Rajah 3.2: Prosedur pengumpulan data
3.8 Kaedah Analisis Data
Data-data yang diperoleh dianalisis berdasarkan persoalan kajian dan hipotesis kajian.
Statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data. Data-data
yang diperoleh dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah
`Statistical Package for the Social Science’ (SPSS) versi 20.00.
Statistik deskriptif, iaitu frekuensi, kekerapan, sisihan piawai dan min digunakan
untuk analisis taburan. Manakala statistik inferensi, iaitu analisis ujian kolerasi Pearson
digunakan untuk menganalisis perbezaan dan hubungan. Bahagian A, soal selidik
91
merupakan maklumat berkaitan dengan latar belakang guru. Bahagian ini dianalisis dalam
jadual frekuensi dan peratusan. Bagi bahagian B pula, analisis untuk mengenal pasti tahap
pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar Bahasa Melayu sekolah rendah
yang paling dominan ditentukan dalam bentuk frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai.
Pemeratusan jawapan di bahagian B dibahagikan kepada 4 bahagian utama, iaitu sangat
selalu, selalu, kadang-kadang dan tiada langsung. Ini bagi memudahkan penyelidik untuk
membuat rumusan dan menjawab persoalan dan hipotesis yang terdapat dalam kajian.
Tafsiran statistik deskriptif bagi nilai min yang diguna pakai oleh pengkaji
diadaptasi berdasarkan kajian Nurfadzlina dan Mohammed Azmi (2012). Tafsiran
deskriptif nilai min tersebut ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual 3.4
Interpretasi Min Jawapan Berbentuk Skala
Nilai Min Interpretasi Persepsi 1 Interpretasi Persepsi 2
Tinggi Positif
3.00 – 4.00 Sederhana Sederhana
2.00 – 2.99 Rendah Negatif
1.00 – 1.99
92
3.8.1 Analisis Korelasi Pearson
Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menguji kesan langsung ATP dengan lokasi
sekolah guru dan tempoh pengalaman guru mengajar. Analisis korelasi ini akan
menunjukkan kekuatan korelasi dan juga hubungan positif dan negatif. Kolerasi boleh
dilihat melalui pengedaran data, semakin dekat taburan data, semakin kuat hubungannya
dan begitu juga sebaliknya. Kekuatan perhubungan antara dua pemboleh ubah boleh
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu: r = 0.00- 0.29: tiada atau hubungan lemah, r =
0.30-0.49: hubungan sederhana, r = 0.50-0.69: hubungan kuat, r = 0.70-1.00: hubungan
kuat atau sempurna. Jadual 3.4 menunjukkan tafsiran pekali korelasi.
Jadual 3.5 Perhubungan Interpretasi
Hubungan Positif Sangat Kuat
Tafsiran Pekali Korelasi Hubungan Positif Kuat
Hubungan Positif
Pekali Korelasi (r) Hubungan Positif Lemah
+0.81 hingga +1.00 Hubungan Positif Sangat Lemah
+0.61 hingga +0.80 Tiada Hubungan
+0.41 hingga +0.60 Hubungan Negatif Sangat Lemah
+0.21 hingga +0.40 Hubungan Negatif Lemah
+0.01 hingga +0.20 Hubungan Negatif
0 Hubungan Negatif Kuat
-0.01 hingga -0.20 Hubungan Negatif Sangat Kuat
-0.21 hingga -0.40
-0.41 hingga -0.60 (Kamaruzaman, 2009)
-0.61 hingga -0.80
-0.81 hingga -1.00
93
Jadual 3.6
Matrik Soalan dan Hipotesis dengan Jenis Statistik
Objektif Persoalan / Hipotesis Kajian Jenis Statistik
1. Mengenal pasti pelaksanaan Adakah amalan terbaik pengajaran Deskriptif:
telah diamalkan oleh guru di bilik Min, kekerapan, peratusan
amalan terbaik pengajaran darjah? dan sisihan piawai.
guru di bilik darjah.
2. Mengenal pasti tahap Apakah tahap pelaksanaan prinsip Deskriptif:
pelaksanaan amalan terbaik amalan terbaik pengajaran Min, kekerapan, peratusan
pengajaran berpusatkan berpusatkan pelajar diamalkan oleh- dan sisihan piawai
pelajar oleh guru-guru oleh guru-guru Bahasa Melayu di
Bahasa Melayu di bilik bilik darjah?
darjah.
3. Meninjau hubungan antara Tidak terdapat hubungan yang Inferensi:
pelaksanaan amalan terbaik signifikan antara tahap pelaksanaan Kolerasi Pearson
pengajaran Bahasa Melayu amalan terbaik pengajaran Bahasa
sekolah rendah dengan Melayu sekolah dengan lokasi.
lokasi sekolah (luar dan
bandar)
4. Meninjau hubungan antara Tidak terdapat hubungan yang Inferensi:
pelaksanaan amalan terbaik signifikan antara tahap pelaksanaan Kolerasi Pearson
pengajaran Bahasa Melayu amalan terbaik pengajaran Bahasa
sekolah rendah dengan Melayu sekolah dengan tempoh
tempoh pengalaman guru pengalaman guru mengajar.
mengajar (berpengalaman
dan tidak berpengalaman).
94
3.9 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen yang mempunyai kesahan yang tinggi jika instrumen tersebut dapat mengukur
apa yang sepatutnya diukur (Creswell, 2008; Pallant , 2001). Pendapat ini disokong oleh
Mohd. Majid Konting (2009), yang menyatakan sesuatu instrumen tersebut mempunyai
kesahan yang tinggi jika darjah kebolehan mengukur apa yang sepatutnya yang diukur
adalah tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik adalah dibina oleh pengkaji dan diuji kesahan
muka dan kesahan kandungannya.
3.9.1 Kesahan Muka dan Kesahan Kandungan
Sehubungan dengan itu, pengkaji merujuk kepada orang yang pakar dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Pejabat
Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Mereka adalah terdiri daripada
Doktor Zulkifli Bin Osman (Pensyarah Fakulti Bahasa, UPSI), Encik Khairol Anuar Bin
Nayan (Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama & Penggubal Buku Tek
Bahasa Melayu SJKC), Cik Azzah Binti Nazaruddin (Pensyarah Fakulti Sains UITM),
Puan Aza Azila Binti Abu Hanipah, Puan Dahlia Binti Yussuf, dan Cik Nurul Azni Binti
Azhari (Guru Cemerlang). Segala komen dan teguran yang diterima daripada pakar-pakar
ini diambil kira dan diguna pakai bagi memantapkan lagi maksud, bahasa dan kandungan
soal selidik yang digunakan. Pembinaan item dalam soal selidik adalah berpandukan
kepada beberapa dokumen penting untuk melaksanakan amalan terbaik pengajaran Bahasa
95
Melayu di sekolah rendah. Antara dokumen tersebut, iaitu Buku Best Practice Edisi Ketiga,
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010, Standard Pemantauan
Kualiti Jemaah Nazir, Dokumen Standard Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Panduan
kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum sekolah (PPK) dan beberapa buku panduan
penyelidikan.
Beberapa siri pertemuan dengan pihak yang terlibat diadakan. Tujuannya adalah
bagi memastikan borang soal selidik yang dirancang benar-benar dapat mencungkil
maklumat yang diperlukan. Jadual kesahan muka ini diadaptasi daripada jadual yang
dibina oleh Zulkifli Osman (2012). Jadual 3.6 ini ialah perincian bagi pelaksanaan kesahan
muka bagi kajian ini.
96
Jadual 3.7
Pelaksanaan Kesahan Muka dan Kesahan Kandungan bagi Instrument Kajian
Bil. Aktiviti Tarikh Dengan siapa Tujuan
1. Kesahan muka soalan Mac 2015 Encik Khairul anuar B Menguji sama ada
soal selidik analisis
kandungan model Nayan soalan yang dibina
Zemelman et al.
Pegawai Pelajaran mematuhi etika
Daerah LMS perguruan.
2. Kesahan muka April 2015 Guru Pakar dan Guru Untuk melihat
Cemerlang Bahasa
pemahaman soalan Melayu kesesuaian istilah,
soal selidik konsep dan aspek yang
ukan diukur
3. Kesahan muka borang Mei 2015 Doktor Zulkifli Bin Untuk menilai
soal selidik
Osman kesesuaian aspek yang
4 Kesahan muka borang Mei 2015
soal selidik Pensyarah UPSI dinilai.
Guru Pakar dan Guru Untuk melihat
Cemerlang Bahasa
kesesuaian istilah,
konsep dan aspek yang
ukan diukur
5 Kesahan muka soalan September Cik Azah Binti Kesesuai soalan soal
soal selidik dan 2015 Nazarudin
kandungan ujian rintis Pensyarah UITM selidik
Untuk menilai
kesesuaian ujian untuk
analisis dapatan
6 Kesahan muka dan Oktober 2015 Profesor Doktor Untuk menilai
kandungan ujian rintis Adenan kesesuaian ujian untuk
Pensyarah UPSI analisis dapatan
Daripada aktiviti di atas, beberapa perubahan dan pindaan terhadap borang soal
selidik telah dilakukan. Antaranya, ialah pembetulan dan pindaan aspek bahasa seperti
ejaan, struktur ayat, penggunaan istilah dan kejelasan soalan.
97
3.9.2 Kesahan Konstruk
Kesahan konstruk sesuatu soal selidik pula boleh diukur dengan menggunakan nilai
korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor berkenaan. Hal ini dapat dilakukan
dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap item dengan jumlah skor
mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bersesuaian dengan teori yang
dikemukakan oleh Abu Bakar dan Nunnally dalam Nurfadzlina dan Mohammed Azmi
(2012). Menurut Abu Bakar Nordin (1995) pula, nilai pekali korelasi yang minimum dan
boleh diterima pakai adalah 0.30. Nunally dan Bernstein (1994) pula dalam Kamaruzaman
Moidunny (2009) menyatakan bahawa nilai korelasi antara item dengan jumlah skor yang
melebihi 0.25 adalah dianggap tinggi.
Bagi Cohen (1988) dalam Kamaruzaman Moidunny (2009) nilai pekali korelasi
antara 0.10 hingga 0.29 dianggap kecil, nilai pekali korelasi antara 0.30 hingga 0.49
dianggap sederhana dan nilai pekali korelasi antara 0.50 hingga 1.00 dianggap sebagai
tinggi. Bagi Norusis dalam Kamaruzaman Moidunny (2009) pula, kesahan sesuatu
instrumen boleh dilihat pada nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor
(Corrected Item-Total Correlation), iaitu pekali korelasi Pearson antara skor setiap item
dengan jumlah skor tanpa item berkenaan.
98
Dalam konteks kajian ini, penulis telah menggunakan kaedah nilai korelasi item
yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total Correlation) untuk
menentukan kesahan konstruk soal selidik. Penulis juga akan merujuk kepada Dokumen
stadard Kurikulum Sekolah Rendah (2010). Bagi 60 item yang terdapat dalam soal selidik
kajian ini, nilai korelasi item yang diperbetulkan dengan jumlah skor (Corrected Item-Total
Correlation) ialah antara 0.106 hingga 0.595.
3.9.3 Kebolehpercayaan Soal Selidik
Kebolehpercayaan pula seringkali dirujuk untuk menggambarkan kestabilan dan ketekalan
dalaman (Creswell 2008; Pallant 2001; Sekaran Uma 1992). Nilai Cronbach Alpha pula
sering kali dirujuk semasa pengukuran ketekalan dalaman sesuatu konstruk. Nilai
Cronbach Alpha yang melebihi 0.60 sering kali diguna pakai sebagai indeks
kebolehpercayaan sesuatu instrumen (Mohd Majid Konting 2009; Pallant 2001). Bagi
Sekaran Uma (1992) pula, nilai kebolehpercayaan yang kurang daripada 0.60 adalah
dianggap rendah dan tidak boleh diterima, nilai Cronbach Alpha antara 0.60 hingga 0.80
adalah diterima manakala nilai Cronbach Alpha yang melebihi 0.80 adalah dianggap baik.
Daripada penerangan di atas, pengkaji telah menggunakan nilai Cronbach Alpha bagi
menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Nilai kebolehpercayaan (Alpha) instrumen
kajian dalam kajian rintis yang dijalankan ialah 0.883. Nilai alpha yang diperolehi melebihi
0.60 ini menunjukkan item-item yang dibina dalam soal selidik ini sesuai untuk digunakan
dalam kajian sebenar.
99
3.9.4 Kajian Rintis
Selain itu, bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayan, item-item dalam subskala soal
selidik ini satu kajian rintis dilakukan (Mohamed Najib Abdul Ghaffar,1999). Sampel
kajian yang dipilih merupakan antara kumpulan kecil sampel yang akan digunakan dalam
kajian sebenar. Kajian rintis ini melibatkan 15 orang guru di beberapa buah sekolah di
sekitar negeri Kedah. Data yang diperoleh diproses dengan menggunakan perisian
Statistical Packages for Social Science 20.0 (SPSS) untuk menguji kebolehpercayaannya.
Kebolehpercayaannya diuji menggunakan Alpha Cronbach Coeffiency Test. Menurut
Mohd Majid Konting (2009), tiada batasan khusus untuk nilai pekali yang digunakan, tetapi
pekali kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 selalunya digunakan dalam menentukan
kebolehpercayaannya. Nilai kebolehpercayaan (alpha) instrumen kajian dalam kajian rintis
yang dijalankan ialah 0.883. Nilai alpha yang diperolehi melebihi 0.60 ini menunjukkan
item-item yang dibina dalam soal selidik ini sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar.
100
3.10 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, bab tiga ini berperanan menjelaskan kaedah dan reka bentuk kajian
yang dijalankan. Melalui bab ini, pengkaji membincangkan tentang reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Selain itu, pengkaji juga
menyentuh tentang kaedah pengumpulan data melalui soal selidik dalam melaksanakan
kajian ini. Pengkaji juga membincangkan prosedur menganalisis data kuantitatif. Dalam
menganalisis data kuantitatif, statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan.
101
BAB 4
DAPATAN
4.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan hasil dapatan yang diperoleh dalam kajian. Bab ini
membincangkan dapatan yang berikut, iaitu demografi responden, analisis data kajian dan
kesimpulan. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis deskriptif
dan inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk menerang objektif satu dan dua
menggunakan statistik peratusan, min dan sisihan paiawai. Manakala keputusan statistik
inferensi digunakan untuk menerangkan dan menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina.
Analisis inferensi diberikan penekanan kerana ia merupakan aspek penting dalam
menerima atau menolak hipotesis yang telah dibina. Teknik analisis inferensi yang telah
digunakan untuk menguji hipotesis ialah ujian korelasi Pearson. Hasil kajian ini dilaporkan
102
menggunakan analisis statistik deskriptif (ujian min, sisihan piawai, peratusan, ujian
kesahan dan kobolehpercayaan Cronbach dan inferensi (Ujian Kolerasi Pearson).
4.2 Analisis Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina Responden
Responden ini terdiri daripada 36 orang guru lelaki (45 peratus) dan 44 orang guru
perempuan (55 peratus). Jadual 4.1 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus guru
mengikut jantina.
Jadual 4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Lelaki 36 45
Perempuan 44 55
Jumlah 100
Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
jantina. Seramai 80 orang telah dipilih untuk kajian ini dan daripada jumlah ini 55 peratus
adalah responden perempuan, manakala selebihnya adalah lelaki.
103
4.2.2 Umur Responden
Responden terdiri daripada 21 orang guru yang berumur antara 21 hingga 25 tahun (26.3
peratus), 18 orang guru berumur antara 26 hingga 35 tahun (22.3 peratus), 24 orang guru
berumur antara 36 hingga 45 tahun (30 peratus ) dan 17 orang guru berumur 46 tahun ke
atas (21.3 peratus). Jadual 4.2 menunjukkan taburan frekuensi dan peratus guru mengikut
umur.
Jadual 4.2
Taburan Responden Mengikut Umur
Umur Frekuensi Peratus (%)
21-25 21 26.3
26-35 18 22.3
36-45 24 30.0
46 ke atas 17 21.3
Jumlah 80 100
Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur.
Seramai 80 orang telah dipilih untuk kajian ini dan daripada jumlah ini didapati peratusan
responden mengikut umur adalah seimbang. Perbezaan antara setiap peringkatan
pembahagian umur antara 1 hingga 4 peratus sahaja. Defisit perbezaan adalah rendah.
104
4.2.3 Lokasi Sekolah
Reponden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 80 orang guru dari 20 buah
sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Seramai 40 orang guru dari
sekolah bandar (50 peratus), dan 40 orang guru dari sekolah luar bandar (50 peratus). Jadual
menunjukkan taburan frekuensi dan peratus guru mengikut lokasi sekolah.
Jadual 4.3
Taburan Responden Mengikut Lokasi
Jantina Frekuensi Peratus (%)
Bandar 40 50
Luar Bandar 40 50
Jumlah 80 100
Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
lokasi. Seramai 80 orang guru yang terdiri daripada 40 orang guru dari sekolah bandar dan
40 lagi dari sekolah luar bandar telah dipilih secara bertujuan untuk tujuan meninjau
hubungan lokasi sekolah dengan amalan terbaik pengajaran.
105
4.2.4 Tempoh Pengalaman Guru Mengajar
Responden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 80 orang guru dari 20 buah
sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Seramai 40 orang (50 peratus)
guru berpengalaman, iaitu yang mengajar lebih lima tahun dan 40 orang (50 peratus) guru
tidak berpengalaman yang mengajar kurang daripada lima tahun. Jadual 4.4 menunjukkan
taburan frekuensi dan peratus guru mengikut tempoh pengalaman guru mengajar.
Jadual 4.4
Taburan Responden Mengikut Tempoh Pengalaman Guru Mengajar
Pengalaman Frekuensi Peratus (%)
Kurang 5 tahun 40 50
Lebih 5 tahun 40 50
Jumlah 80 100
Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
tempoh pengalaman guru mengajar. Seramai 80 orang guru yang terdiri daripada 40 orang
(50 peratus) guru berpengalaman, iaitu yang mengajar lebih lima tahun dan 40 orang (50
peratus) guru tidak berpengalaman yang mengajar kurang daripada lima tahun telah dipilih
secara bertujuan untuk meninjau hubungan antara tempoh pengalaman guru mengajar
dengan amalan terbaik pengajaran.
106
4.2.5 Kelulusan Responden
Responden yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada 80 orang guru dari 20 buah
sekolah rendah di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Jadual 4.5 menunjukkan taburan
frekuensi dan peratusan guru mengikut kelulusan akademik guru.
Jadual 4.5
Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Guru
Kelulusan Frekuensi Peratus (%)
Sijil perguruan 4 5
Diploma perguruan 5 6.3
Ijazah sarjana muda 66 82.5
Sarjana dan PHD 5 6.3
Jumlah 80 100
Jadual 4.5 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
kelulusan akademik guru. Seramai 80 orang guru yang terdiri daripada 4 orang guru
berkelulusan sijil (5 peratus), 5 orang guru berkelulusan diploma (6.3), 66 orang guru
berkelulusan ijazah sarjana muda (82.5 peratus) dan 5 orang guru berkelulusan ijazah
sarjana dan kedoktoran (6.3 peratus). Dapatan menunjukkan peratusan yang tinggi, iaitu
sebanyak 82.5 peratus guru memilik kelulusan akademik peringkat ijazah sarjana.
107
4.3 Pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran Berpusatkan Pelajar oleh Guru-
Guru Bahasa Melayu di Bilik Darjah
Dapatan ini menjawab soalan kajian yang pertama, iaitu apakah tahap pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran Bahasa Melayu yang telah diamalkan oleh guru di bilik darjah secara
keseluruhan?
Jadual 4.6 adalah mengenai taburan peratus, min dan sisihan piawai bagi penyataan
amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah. Data menunjukkan min
keseluruhan bagi amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah ialah 3.383 dan
sisihan piawai keseluruhan 0.604. Amalan “Perancangan pembelajaran dan pengajaran
(P&P) mengikut kebolehan pelajar” mendapat min yang tertinggi, iaitu 3.70 dan nilai
sisihan piawai ialah 0.461. Seramai 70 peratus guru “sangat selalu” mengamalkan amalan
ini. Manakala hanya seramai 30 peratus guru “selalu” mengamalkan amalan ini. Dapatan
analisis menunjukkan kosong peratus bagi “kadang-kadang” dan “tiada langsung” guru
yang mengamalkan amalan ini.
Walau bagaimanapun, bagi amalan “Penggunaan peta ‘i-think’ dalam P&P bantu
bina kreativiti pelajar” memperolehi min yang terendah, iaitu 2.51 dan nilai sisihan piawai
ialah 0.675. Hanya seramai 6.1 peratus orang guru yang “sangat selalu” mengamalkan
amalan ini. 41.5 peratus guru memilih “selalu” mengamalkan amalan ini. Sementara itu,
seramai 46.3 peratus orang guru “kadang-kadang” sahaja mengamalkan amalan ini.
108
Terdapat seramai 3.7 peratus orang guru “tidak langsung” mengamalkan amalan ini dalam
pengajaran mereka.
Keseluruhanya, daripada 60 amalan yang dinyatakan hanya lima amalan sahaja
yang menunjukkan dapatan skala tidak langsung tidak diamalkan oleh guru, iaitu “Memberi
pelbagai pilihan kepada pelajar dalam P&P” peratusan tidak mengamalkan 2.4 peratus
dengan min 2.81, “Memberi tugasan yang kompleks untuk dihuraikan menggunakan
kaedah sendiri” peratusan tidak mengamalkan 2.4 peratus dengan min 2.68, “Menyediakan
prosedur tanggungjawab kepada pelajar dalam aktiviti P&P” peratusan tidak mengamalkan
3.7 peratus dengan min 2.58, “Susun P&P ikut aras kesukaran” peratusan tidak
mengamalkan 2.4 peratus dengan min 3.15 dan “Penggunaan peta ‘i-think’ dalam P&P
bantu bina kreativiti pelajar” peratusan tidak mengamalkan 3.7 peratus dengan min 2.51.
Kelima-lima amalan berada pada tahap tafsiran min sederhana.
Purata peratusan keseluruhan pilihan jawapan yang paling tinggi bagi 60 amalan
terbaik pengajaran tersebut adalah “selalu”, iaitu sebanyak 51.02 peratus, diikuti dengan
pilihan jawapan “sangat selalu” sebanyak 34.15 peratus, pilihan jawapan “kadang-kadang”
11.96 peratus dan hanya 2.87 peratus sahaja yang memilih jawapan “tidak langsung”
mengamalkan 60 amalan tersebut. Min keseluruhan juga berada pada tahap tafsiran tinggi,
iaitu 3.383 dan purata sisihan piawai keseluruhan 0.604. Ini menunjukkan bahawa daripada
80 responden yang dipilih secara keseluruhannya mengamalkan amalan terbaik pengajaran
Bahasa Melayu di bilik darjah.
109
Jadual 4.6
Taburan Peratus, Min dan Sisihan Piawai bagi Amalan Terbaik Pengajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah di Bilik Darjah
No Amalan 12 3 4 Min SP
TL KK S SS
(%) (%) (%) (%)
1 Perancangan P&P mengutamakan penglibatan 0 0 30 70 3.70 0.461
pelajar
2 Mereka bentuk P&P berdasarkan pengetahuan 0 13.8 66.3 20.0 3.06 0.581
sedia ada pelajar
3 Galakkan pelajar susun sendiri pengetahuan 0 11.3 63.7 25.0 3.14 0.590
4 Beri peluang pelajar bercerita pengalaman 0 5.0 57.5 37.5 3.33 0.569
5 Aktiviti pelajar merasai situasi sebenar 0 4.0 57.5 37.5 3.33 0.569
kehidupan
6 Menjalankan aktiviti main peranan 0 12.5 63.7 23.8 3.11 0.595
7 Pelaksanaan P&P mengikut perancangan 0 10.0 63.7 26.3 3.16 0.583
8 Teknik pengajaran berasaskan pengalaman 0 6.3 66.3 27.5 3.21 0.544
menjadikan P&P lebih ceria
9 Menekkan aspek penghayatan nilai dalam 0 0 55.0 45.0 3.45 0.501
P&P
10 Aktiviti menjawab soalan berdasarkan 0 15.0 47.5 37.5 3.23 0.693
pengalaman sedia ada
11 Aktiviti berasaskan pengalaman bantu pelajar 0 12.5 56.3 31.3 3.19 0.638
membuat keputusan
12 Kaedah perbincangan terbuka, membantu 0 16.3 52.5 31.3 3.15 0.677
pelajar mendapat pengalaman bercakap di
hadapan khalayak ramai.
13 Kemahiran menulis, pilih tajuk berkaitan 0 16.3 53.8 30.0 3.14 0.670
pengalaman pelajar
14 Memberikan ganjaran kepada pelajar, pelajar 0 0 33.8 66.3 3.66 0.476
merasai pengalaman dihargai.
15 Beri peluang pelajar belajar secara individu, 0 3.8 51.2 45.0 3.41 0.567
kumpulan dan kelas.
16 Memberi gambaran awal tentang topik yang 0 3.8 73.8 22.5 3.19 0.480
bakal diajar
17 Menyampaikan fakta secara menyeluruh 0 6.3 50.0 43.8 3.38 0.603
18 Minta pelajar membaca keseluruhan teks 0 5.0 53.8 41.3 3.36 0.579
sebelum membina pemahaman baru
19 Pengajaran secara keseluruhan bukan 0 0 72.5 27.5 3.28 0.449
berfokus
20 P&P yang menyeluruh sebelum memberikan 0 7.5 53.8 38.8 3.31 0.608
aktiviti.
21 Interaksi yang menyeluruh dengan pelajar 0 2.5 46.3 51.2 3.49 0.551
110
22 Penglibatan pelajar menyeruluh melalui 0 0 45.1 52.4 3.54 0.502
rundingan berasaskan kekuatan dan
kelemahan pelajar.
23 Membuat rumusan keseluruhan pada akhir 0 5.0 47.5 47.5 3.43 0.591
P&P
24 Penekanan elemen sosiobudaya 0 4.9 58.5 34.1 3.30 0.560
25 Penekanan elemen bernilai tambah (TMK, 0 4.9 56.1 36.6 3.33 0.569
Inovasi, sains teknologi)
26 Menerapkan aspek JERIS dalam P&P 00 42.7 54.9 3.56 0.499
27 Kemahiran mentafsir dan menilai sebagai 0 32.9 52.4 12.2 2.79 0.650
kaedah penilaian yang menyeluruh.
28 Minta pelajar membuat refleksi kendiri 0 28.0 48.8 20.7 2.93 0.650
29 P&P bersepadu menekan konsep 5P 0 17.1 46.3 34.1 3.18 0.708
30 Menyelitkan ilimu-ilmu lain berkaitan hal-hal 0 11.0 53.7 32.9 3.23 0.636
semasa dalam proses P&P
31 Beri tugasan yang relevan dengan dunia 0 19.5 45.1 32.9 3.14 0.725
semasa
32 Beri peluang kepada pelajar untuk tentukan 0 11.0 63.4 23.2 3.13 0.582
kaedah pembelajaran yang sesuai
33 Mewujudkan interaksi yang menyeronokkan 0 5.0 62.5 32.5 3.28 0.551
34 Memberikan masa yang cukup kepada pelajar 0 8.5 50.0 39.0 3.31 0.628
untuk selesaikan masalah tanpa merasa
tertekan
35 Menggunakan pelbagai BBM yang 0 12.2 58.5 26.8 3.15 0.618
sebenar/autentik
36 BBM yang autentik membantu pemahaman 0 13.4 56.1 28.0 3.15 0.638
pelajar
37 Mengaitkan persekitaran dengan aktiviti P&P 0 3.7 47.6 46.3 3.44 0.570
38 Mengenal pasti kebolehan pelajar untuk pilih 0 6.1 61.0 30.5 3.25 0.563
kaedah pengajaran yang sesuai
39 Memberi peluang kepada pelajar berbincang 0 6.1 45.1 46.3 3.41 0.610
masalah yang dihadapi
40 Memberi pelbagai pilihan kepada pelajar 2.4 29.3 50. 15.9 2.81 0.731
dalam P&P
41 Menggunakan kemudahan ICT untuk 0 18.3 51.2 28.0 3.10 0.686
membantu pelajar memahami situasi sebenar.
42 Memberi tugasan yang kompleks untuk 2.4 39.0 43.9 12.2 2.68 0.725
dihuraikan menggunakan kaedah sendiri
43 Memberi peluang untuk pelajar berkerjasama 0 2.4 48.8 46.3 3.45 0.549
dalam menyelesaikan tugasan
44 Penggunaan BBM yang unik dan mencabar 0 4.9 75.6 17.1 3.13 0.460
minda
45 Menyediakan prosedur tanggungjawab 3.7 42.7 42.7 8.5 2.58 0.708
kepada pelajar dalam aktiviti P&P
46 Menyediakan persekitaran yang kondusif 00 30.5 67.1 3.69 0.466
47 Memberikan penilaian yang mencabar 0 4.9 56.1 36.6 3.33 0.569
48 Menggunakan contoh yang sukar untuk cetus 0 23.2 41.5 32.9 3.10 0.756
perbahasan
111
49 Susun P&P ikut aras kesukaran 2.4 8.5 58.5 28.0 3.15 0.677
0.573
50 Meminta pelajar membina nota sendiri 0 17.1 65.9 14.6 2.98 0.651
51 Aktiviti P&P meransang minda dan galakan 0 14.6 54.9 28.0 3.14 0.779
KBKK 0.606
52 BBM yang menarik untuk tarik perhatian 0 28.0 39.0 30.5 3.03 0.466
pelajar 0.683
53 Cabar pelajar untuk dapatkan maklumat 0 17.1 62.2 18.3 3.01 0.675
tentang P&P dengan daya usaha sendiri 0.719
54 Merancang aktiviti untuk jana idea baru 0 0 30.5 67.1 3.69 0.621
pelajar. 0.574
0.742
55 Soalan terbuka dan soalan lanjutan untuk 0 15.9 50.0 31.7 3.16
cabar kemahiran berfikir pelajar. 2.51
56 Penggunaan peta ‘i-think’ dalam P&P bantu 3.7 46.3 41.5 6.1
bina kreativiti pelajar
57 Memasukkan elemen KBAT dalam P&P 0 34.1 45.1 18.3 2.84
untuk cabar kemahiran berfikir pelajar
58 Memberi tugasan yang mencabar untuk 0 7.3 47.6 42.7 3.36
tingkatkan prestasi
59 Menjalankan aktiviti berbentuk pertandingan 0 3.7 41.5 52.4 3.50
60 Menilai tugas bersama-sama pelajar 0 19.5 41.5 36.6 3.18
Purata peratus keseluruhan 2.87 11.96 51.02 34.15
Min keseluruhan 3.383 Sisihan piawai keseluruhan 0.604
112
4.4 Tahap Pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) Berdasarkan Prinsip
Berpusatkan Pelajar
4.4.1 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran Berdasarkan Keempat-empat Prinsip
Berpusatkan Pelajar secara Keseluruhan
Dapatan ini menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu apakah tahap pelaksanaan amalan
terbaik pengajaran berpusatkan pelajar diamalkan oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik
darjah?
Bahagian ini akan menjelaskan tahap amalan terbaik pengajaran (ATP) berpusatkan
pelajar secara keseluruhan. Prinsip-prinsip ini melibatkan pengajaran berasaskan
pengalaman pelajar, pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran
berasaskan cabaran mengikut prinsip ATP berpusatkan pelajar oleh Zemelman et al.
(2012). Responden telah diminta menjawab 60 item yang sama dalam soal selidik untuk
mengetahui tahap pengamalan ATP oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah.
Keputusan bagi penilaian setiap item ditunjukkan pada Jadual 4.7.
113
Jadual 4.7
Nilai Sisihan Piawai, Min Skor serta Tafsiran Berkaitan dengan Tahap Pelaksanaan
Prinsip ATP
Prinsip ATP Pengajaran Berpusatkan Sisihan Piawai Min Skor Tafsiran
Pelajar
Pengajaran berasaskan pengalaman 0.25408 3.2842 Tinggi
pelajar
Pengajaran yang Holistik 0.26150 3.2842 Tinggi
Pengajaran yang Autentik 0.30898 3.1325 Tinggi
Pengajaran berasaskan cabaran 0.25416 3.1767 Tinggi
Jumlah 3.2194 Tinggi
Secara keseluruhannya, berdasarkan keempat-empat prinsip ATP, guru-guru
mengamalkan setiap prinsip ATP berpusatkan pelajar dengan sepenuhnya. Guru-guru telah
menunjukkan tahap pengamalan yang tinggi bagi setiap prinsip ATP yang disenaraikan
dalam soal selidik. Purata skor min ialah 3.2194 yang berada pada skala tafsiran min tinggi.
Melalui analisis yang dilakukan, dua prinsip ATP berpusatkan pelajar yang mempunyai
nilai skor min tertinggi, iaitu pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dan pengajaran
yang holistik, dengan skor min yang sama sebanyak 3.2842. Ini diikuti dengan pengajaran
berasaskan cabaran dan pengajaran yang autentik dengan nilai min skor masing-masing
3.1767 dan 3.1325. Oleh hal yang demikian, jelas menunjukkan bahawa tahap pelaksanaan
prinsip ATP berpusatkan pelajar oleh guru-guru Bahasa Melayu berada pada tahap tafsiran
tinggi dan diamalkan dengan sepenuhnya. Prinsip yang “sangat selalu” diamalkan adalah
pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dan pengajaran yang holistik. Prinsip ATP yang
mendapat skor min terendah ialah prinsip pengajaran yang autentik. Walaupun begitu skor
minnya masih berada pada tahap tafsiran tinggi.
114
4.4.2 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran Berdasarkan Prinsip Pengajaran
Berasaskan Pengalaman Pelajar
Dapatan ini merupakan perincian dapatan bagi menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu
apakah tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar diamalkan oleh
guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah berdasarkan prinsip pengajaran berasaskan
pengalaman pelajar.
Jadual 4.8 di bawah menunjukkan analisis min skor bagi setiap item bagi tahap pelaksanaan
prinsip pengajaran berasaskan pengalaman pelajar yang dijalankan di bilik darjah oleh
guru-guru Bahasa Melayu.
Jadual 4.8
Analisis Prinsip Pengjaran Berasaskan Pengalaman Pelajar
Amalan Sisihan piawai Min Skor Tafsiran
Rancangan P&P utamakan penglibatan pelajar 0.461 3.70 Tinggi
Reka bentuk P&P berdasarkan pengetahuan sedia ada 0.581 3.06 Tinggi
pelajar
Galakan pelajar susun sendiri pengetahuan 0.590 3.14 Tinggi
Beri peluang pelajar bercerita pengalaman 0.569 3.33 Tinggi
Aktiviti pelajar merasai situasi sebenar kehidupan 0.569 3.33 Tinggi
Menjalankan aktiviti main peranan 0.595 3.11 Tinggi
Tugasan yang memerlukan pelajar menyelesaikan 0.583 3.16 Tinggi
masalah sendiri
Teknik pengajaran berasaskan pengalaman menjadikan 0.544 3.21 Tinggi
P&P lebih ceria
Penekanan Aspek penghayatan nilai yang bersesuaian 0.501 3.45 Tinggi
Soalan berdasarkan pengalaman sedia ada pelajar 0.693 3.23 Tinggi
Memberikan pengalaman yang sesuai untuk jana 0.638 3.19 Tinggi
keberanian membuat keputusan
115
Kaedah perbincangan terbuka beri pengalaman bercakap 0.677 3.15 Tinggi
di khalayak ramai. 0.670
Memilih tajuk P&P menulis yang ada kaitan dengan 0.476 3.14 Tinggi
pengalaman pelajar 0.567
Memberikan ganjaran untuk merasi pengalaman 3.66 Tinggi
dihargai.
Beri peluang belajar secara individu, kumpulan dan kelas 3.41 Tinggi
Jumlah 3.28 Tinggi
Daripada analisis jadual 4.8 di atas, purata keseluruhan skor min pengajaran
berasaskan pengalamn pelajar ialah 3.29. Hasil dapatan daripada 15 amalan yang terdapat
dalam prinsip pengajaran berasaskan pengalaman pelajar, amalan yang paling tinggi skor
minnya 3.70, iaitu amalan “Rancangan P&P utamakan penglibatan pelajar”. Diikuti dengan
amalan “Memberikan ganjaran untuk merasi pengalaman dihargai” skor min 3.66, amalan
“Penekanan Aspek penghayatan nilai yang bersesuaian” skor min 3.45, amalan “Beri
peluang belajar secara individu, kumpulan dan kelas” skor min 3.41, amalan “Aktiviti pelajar
merasai situasi sebenar kehidupan” dan amalan “Beri peluang pelajar bercerita pengalaman” skor
min yang sama 3.33. Seterusnya, amalan “Soalan berdasarkan pengalaman sedia ada
pelajar” skor min 3.23, amalan “Teknik pengajaran berasaskan pengalaman menjadikan
P&P lebih ceria” skor min 3.21, amalan “Memberikan pengalaman yang sesuai untuk jana
keberanian membuat keputusan” skor min 3.19, amalan “Tugasan yang memerlukan pelajar
menyelesaikan masalah sendiri” skor min 3.16, amalan “Kaedah perbincangan terbuka beri
pengalaman bercakap di khalayak ramai” skor min 3.15, amalan “Memilih tajuk P&P
menulis yang ada kaitan dengan pengalaman pelajar” skor min 3.14, dan amalan
“Menjalankan aktiviti main peranan” skor min 3.11. Amalan yang paling rendah skor minnya
adalah amalan “Reka bentuk P&P berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar” dengan skor min
3.06. Walaupun terdapat perbezaan skor min antara setiap amalan namun ketujuh-tujuh
116
amalan tersebut masih berada pada tahap tafsiran skor min tinggi. Ini menunjukkan bahawa
pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh guru-
guru Bahasa Melayu di bilik darjah.
4.4.3 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran Berdasarkan Prinsip Pengajaran yang
Holistik
Dapatan ini merupakan perincian dapatan bagi menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu
apakah tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar diamalkan oleh
guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah berdasarkan prinsip pengajaran yang holistik.
Jadual 4.9 di bawah menunjukkan analisis min skor bagi tahap pengamalan prinsip
pengajaran yang holistik oleh guru-guru Bahasa Melayu yang dijalankan di bilik darjah.
Jadual 4.9
Analisis Prinsip Pengajaran yang Holistik
Amalan Sisihan piawai Min Skor Tafsiran
Memberi gambaran awal tentang topik yang bakal diajar 0.480 3.19 Tinggi
Menyampaikan fakta secara menyeluruh 0.603 3.38 Tinggi
Minta pelajar membaca keseluruhan teks sebelum 0.579 3.36 Tinggi
membina pemahaman baru
Pengajaran secara keseluruhan bukan berfokus 0.449 3.28 Tinggi
Pengajaran secara umum kepada focus 0.608 3.31 Tinggi
Interaksi yang menyeluruh dengan pelajar 0.551 3.49 Tinggi
Rundingan secara menyeluruh berasaskan kekuatan dan 0.502 3.54 Tinggi
kelemahan pelajar
Membuat rumusan keseluruhan pada akhir P&P 0.591 3.43 Tinggi
Menekan elemen sosiobudaya secara menyeluruh 0.560 3.30 Tinggi
Mengamalkan elemen merentas kurikulum 0.569 3.33 Tinggi
117
Menerapkan aspek jasmani, emosi ,rohani, intelek dan 0.499 3.56 Tinggi
social
Kemahiran mentafsir dan menilai sebagai kaedah 0.650 2.79 Sederhana
penilaian yang menyeluruh
Pelajar membuat refleksi pemikiran sendiri 0.708 2.93 Sederhana
Menjalankan P&P bersepadu berdasarkan DSKP 0.708 3.18 Tinggi
Menyelitkan ilmu-ilmu lain berkaitan hal-hal semasa 0.636 3.22 Tinggi
Jumlah 3.29 Tinggi
Daripada analisis jadual 4.9 di atas, purata keseluruhan skor min pengajaran yang
holistik ialah 3.29. Hasil dapatan daripada 15 amalan yang terdapat dalam prinsip
pengajaran berasaskan pengalaman pelajar, amalan yang paling tinggi skor minnya 3.56,
iaitu amalan “Menerapkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial”. Diikuti dengan
amalan “Rundingan secara menyeluruh berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar” skor
min 3.54, amalan “Interaksi yang menyeluruh dengan pelajar” skor min 3.49, amalan
“Membuat rumusan keseluruhan pada akhir P&P” skor min 3.43, amalan “Menyampaikan
fakta secara menyeluruh” skor min 3.38 dan amalan “Minta pelajar membaca keseluruhan
teks sebelum membina pemahaman baru” skor min yang sama 3.36. Seterusnya, amalan
“Mengamalkan elemen merentas kurikulum” skor min 3.33, amalan “Pengajaran secara
umum kepada fokus” skor min 3.31, amalan “Menekan elemen sosiobudaya secara
menyeluruh” skor min 3.30, amalan “Pengajaran secara keseluruhan bukan berfokus” skor
min 3.28, amalan “Menyelitkan ilmu-ilmu lain berkaitan hal-hal semasa” skor min 3.22,
amalan “Memberi gambaran awal tentang topik yang bakal diajar” skor min 3.19, dan
amalan “Menjalankan P&P bersepadu berdasarkan DSKP” skor min 3.18. Terdapat dua
amalan yang skor minnya berada pada aras tafsiran sederhana ialah amalan “Pelajar
membuat refleksi pemikiran sendiri” dan amalan “Kemahiran mentafsir dan menilai
sebagai kaedah penilaian yang menyeluruh” dengan skor min masing-masing 2.93 dan 2.79
118
. Ini menunjukkan bahawa 13 daripada 15 amalan pengajaran yang holistik dilaksanakan
dengan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah. Dua sahaja amalan
kurang dilaksanakan di bilik darjah oleh guru-guru.
4.4.4 Tahap Amalan Terbaik Pengajaran Berdasarkan Prinsip Pengajaran yang
Autentik
Dapatan ini merupakan perincian dapatan bagi menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu
apakah tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar diamalkan oleh
guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah berdasarkan prinsip pengajaran yang autentik.
Jadual 4.10 di bawah menunjukkan analisis min skor bagi tahap pengamalan prinsip
pengajaran yang autentik oleh guru-guru Bahasa Melayu yang dijalankan di bilik darjah.
Jadual 4.10
Analisis Prinsip Pengajaran yang Autentik
Amalan Sisihan piawai Min Skor Tafsiran
Beri tugasan yang releven dengan dunia semasa 0.725 3.14 Tinggi
Beri peluang kepada pelajar untuk tentukan kaedah 0.582 3.13 Tinggi
pembelajaran yang sesuai
Mewujudkan interaksi yang menyeronokkan 0.551 3.28 Tinggi
Memberikan masa yang cukup kepada pelajar untuk 0.628 3.31 Tinggi
selesaikan masalah tanpa merasa tertekan
Menggunakan pelbagai BBM yang sebenar/autentik 0.618 3.15 Tinggi
BBM yang autentik membantu pemahaman pelajar 0.638 3.15 Tinggi
Mengaitkan persekitaran dengan aktiviti P&P 0.570 3.44 Tinggi
Mengenal pasti kebolehan pelajar untuk pilih kaedah 0.563 3.25 Tinggi
pengajaran yang sesuai
Memberi peluang pelajar berbincang dengan guru 0.610 3.41 Tinggi
masalah yang dihadapi dalam P&P
119
Beri pelbagai pilihan dalam proses P&P 0.731 2.81 Sederhana
Menggunakan ICT untuk bantu pelajar memahami 0.686 3.10 Tinggi
situasi
Beri tugasan yang kompleks untuk dihuraikan 0.725 2.68 Sederhana
menggunkan kaedah sendiri
Kaedah kerjasama untuk selesaikan tugasan 0.549 3.45 Tinggi
BBM yang unik dan mencabar minda 0.460 3.13 Tinggi
Mewujudkan prosedur tanggungjawab kepada pelajar 0.708 2.57 Sederhana
sepanjang P&P
3.13 Tinggi
Jumlah
Daripada analisis jadual 4.10 di atas, purata keseluruhan skor min pengajaran yang
autentik ialah 3.13. Hasil dapatan daripada 15 amalan yang terdapat dalam prinsip
pengajaran yang autentik amalan yang paling tinggi skor minnya 3.45, iaitu amalan
“Kaedah kerjasama untuk selesaikan tugasan”. Diikuti dengan amalan “Mengaitkan
persekitaran dengan aktiviti P&P” skor min 3.44, amalan “Memberi peluang pelajar
berbincang dengan guru masalah yang dihadapi dalam P&P” skor min 3.41, amalan
“Memberikan masa yang cukup kepada pelajar untuk selesaikan masalah tanpa merasa
tertekan” skor min 3.31, amalan “Mewujudkan interaksi yang menyeronokkan” skor min
3.28 dan amalan “Mengenal pasti kebolehan pelajar untuk pilih kaedah pengajaran yang
sesuai” skor min 3.25. Seterusnya, terdapat dua amalan yang mempunyai skor min yang
sama 3.15, iaitu amalan “BBM yang autentik membantu pemahaman pelajar” dan amalan
“Menggunakan pelbagai BBM yang sebenar/autentik”. Amalan “Beri tugasan yang releven
dengan dunia semasa” skor min 3.14, amalan “Beri peluang kepada pelajar untuk tentukan
kaedah pembelajaran yang sesuai” dan amalan “BBM yang unik dan mencabar minda”
mempunyai skor min yang sama, iaitu 3.13, amalan “Menggunakan ICT untuk bantu
pelajar memahami situasi” skor min 3.10. Terdapat tiga amalan yang skor minnya berada
pada aras tafsiran sederhana ialah amalan “Beri pelbagai pilihan dalam proses P&P”,
120
amalan “Beri tugasan yang kompleks untuk dihuraikan menggunakan kaedah sendiri” dan
amalan “Mewujudkan prosedur tanggungjawab kepada pelajar sepanjang P&P” dengan
skor min masing-masing 2.81, 2.63 dan 2.57 . Ini menunjukkan bahawa 12 daripada 15
amalan pengajaran yang autentik dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa
Melayu di bilik darjah. Tiga sahaja amalan kurang dilaksanakan di bilik darjah oleh guru-
guru.
4.4.5. Tahap Amalan Terbaik Pengajaran Berdasarkan Prinsip Pengajaran
Berasaskan Cabaran
Dapatan ini merupakan perincian dapatan bagi menjawab soalan kajian yang kedua, iaitu
apakah tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar diamalkan oleh
guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah berdasarkan prinsip pengajaran berasaskan
cabaran. Jadual 4.11 di bawah menunjukkan analisis min skor bagi tahap pengamalan
prinsip pengajaran yang mencabar oleh guru-guru Bahasa Melayu yang di jalankan di bilik
darjah.
121
Jadual 4.11
Analisis Prinsip Pengajaran Berasaskan Cabaran
Amalan Sisihan piawai Min Skor Tafsiran
Sediakan iklim yang kondusif 0.466 3.69 Tinggi
Memberikan penilaian yang mencabar 0.569 3.32 Tinggi
Menggunakan contoh yang sukar untuk cetus 0.756 3.10 Tinggi
perbahasan
Susun P&P ikut aras kesukaran 0.677 3.15 Tinggi
Meminta pelajar membina nota sendiri 0.573 2.98 Sederhana
Aktiviti P&P meransang minda dan galakan KBKK 0.651 3.14 Tinggi
Sediakan sumber akses untuk pelajar 0.779 3.03 Tinggi
Cabar pelajar untuk dapatkan maklumat tentang P&P 0.606 3.01 Tinggi
dengan daya usaha sendiri
Objektif aktiviti P&P untuk jana idea pelajar 0.466 3.69 Tinggi
Beri soalan terbuka dan lanjutan 0.683 3.16 Tinggi
Penggunaan peta ‘i-think’ 0.675 2.51 Sederhana
Memasukkan elemen KBAT dalam P&P 0.719 2.84 Sederhana
Tugasan yang mencabar untuk tingkatkan prestasi 0.621 3.36 Tinggi
Aktiviti berbentuk pertandingan untuk wujud 0.574 3.50 Tinggi
persaingan
Penilaian tugasan bersama-sama pelajar 0.742 3.17 Tinggi
Jumlah 3.18 Tinggi
Daripada analisis jadual 4.11 di atas, purata keseluruhan skor min pengajaran
berasaskan pengalaman cabaran ialah 3.18. Hasil dapatan daripada 15 amalan yang terdapat
dalam prinsip pengajaran berasaskan cabaran, terdapat dua amalan yang paling tinggi skor
minnya, iaitu amalan “Sediakan iklim yang kondusif” dan amalan “Objektif aktiviti P&P
untuk jana idea pelajar” dengan skor min 3.69. Diikuti dengan amalan “Aktiviti berbentuk
pertandingan untuk wujud persaingan” skor min 3.50, amalan “Tugasan yang mencabar
untuk tingkatkan prestasi” skor min 3.36, amalan “Memberikan penilaian yang mencabar”
skor min 3.32, amalan “Penilaian tugasan bersama-sama pelajar” skor min 3.17 dan amalan
“Beri soalan terbuka dan lanjutan” skor min yang sama 3.16. Seterusnya, amalan “Susun
P&P ikut aras kesukaran” skor min 3.15, amalan “Aktiviti P&P meransang minda dan
122
galakan KBKK” skor min 3.14, amalan “Menggunakan contoh yang sukar untuk cetus
perbahasan” skor min 3.10, amalan “Sediakan sumber akses untuk pelajar” skor min 3.03
dan amalan “Cabar pelajar untuk dapatkan maklumat tentang P&P dengan daya usaha
sendiri” skor min 3.01. Terdapat tiga amalan yang berada pada tahap tafsiran sederhana,
iaitu “Meminta pelajar membina nota sendiri”, amalan “Memasukkan elemen KBAT dalam
P&P” dan amalan “Penggunaan peta ‘i-think’” dengan skor min masing-masing ialah 2.98,
2.84 dan 2.51. Ini menunjukkan bahawa 12 daripada 15 amalan pengajaran berasaskan
cabaran dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah.
Tiga sahaja amalan kurang dilaksanakan di bilik darjah oleh guru-guru.
123
4.5 Hubungan Antara Pelaksanaan ATP Berpusatkan Pelajar Bahasa Melayu
Sekolah Rendah dengan Lokasi Sekolah
Dapatan ini menjawab hipotesis kajian yang pertama, iaitu tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah dengan lokasi sekolah bandar atau luar bandar.
Ujian Korelasi Pearson, r, telah dijalankan bagi mengkaji sama ada terdapat
hubungan di antara lokasi sekolah dengan empat prinsip amalan terbaik pengajaran
berpusatkan pelajar, iaitu pengajaran berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang
holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran berasaskan cabaran. Menurut Cua Yan
Piaw (2006), ujian kolerasi Rank-Biseral perlu digunakan apabila satu variable diukur
dalam skala nominal, manakala satu lagi variable dalam skala ordinal. Ujian Rank-biseral
ialah salah satu ujian perlu dijalankan melalui ujian Pearson (NCSS Statistical Software).
Menurut Ahmad Hashim (2014) untuk mentafsir jadual Ujian Korelasi Pearson, r, perlu
dilihat pada tahap signifikan pada pekali kolerasi sama ada positif atau negatif. Kolerasi
yang positif menunjukkan terdapat hubungan terus antara pemboleh ubah yang uji.
Manakala jika pekali kolerasi negatif menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara
pemboleh ubah yang diuji.
124
Jadual 4.12
Hubungan antara Lokasi Sekolah dengan Amalan Terbaik Pengajaran Berpusatkan
Pelajar (Pengajaran Berasaskan Pengalaman Pelajar, Pengajaran yang Holistik,
Pengajaran yang Autentik dan Pengajaran Berasaskan Cabaran)
Kolerasi
Lokasi Pengalaman Holistik Autentik Cabaran
Pelajar
Sekolah .003 -.139
.981 .220
Guru 80 80
Lokasi Pearson 1 -.122 -.087
kolerasi
.281 .445
Sekolah Guru Sig. (2-tailed) 80 80
N 80
**. Aras signifikan pada 0.01 (2-tailed).
Jadual 4.12 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan ujian Kolerasi
Pearson untuk mengetahui hubungan antara prinsip amalan terbaik pengajaran berpusatkan
pelajar berlandaskan empat prinsip, iaitu berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang
holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran berasaskan cabaran dengan lokasi
sekolah responden. Keputusan ujian kolerasi Pearson menunjukkan bahawa nilai kolerasi
antara skor min prinsip amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar berasaskan
pengalaman pelajar dengan lokasi sekolah responden adalah negatif dan diklasifikasikan
sebagai sangat lemah. Hubungan antara kedua dua pemboleh ubah tersebut tidak signifikan
(r = -0.122, n = 80, p = 0.281, p < 0.01). Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan antara prinsip amalan terbaik pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dengan
lokasi sekolah, yakni lokasi sekolah sama ada berada di bandar atau luar bandar tidak
memainkan peranan kepada tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berasaskan
pengalaman pelajar.
125
Keputusan ujian kolerasi Pearson menunjukkan bahawa nilai kolerasi antara skor
min prinsip amalan terbaik pengajaran yang holistik dengan lokasi sekolah responden
adalah negatif dan diklasifikasikan sebagai sangat lemah. Hubungan antara kedua-dua
pemboleh ubah tersebut tidak signifikan (r = -0.087, n = 80, p = 0.445, p < 0.01). Keputusan
menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara prinsip amalan terbaik pengajaran
berpusatkan pelajar yang holistik dengan lokasi sekolah, yakni lokasi sekolah sama ada
berada di bandar atau luar bandar tidak memainkan peranan kepada tahap pelaksanan
amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar yang holistik.
Keputusan ujian kolerasi Pearson menunujukkan bahawa nilai kolerasi antara skor
min prinsip amalan terbaik pengajaran berasaskan cabaran dengan lokasi sekolah
responden adalah negatif dan diklasifikasikan sebagai sangat lemah. Hubungan antara
kedua dua pemboleh ubah tersebut tidak signifikan (r = -0.139, n = 80, p = 0.220, p < 0.01).
Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara prinsip amalan terbaik
pengajaran berpusatkan pelajar berasaskan cabaran dengan lokasi sekolah, yakni lokasi
sekolah sama ada berada di bandar atau luar bandar tidak memainkan peranan kepada tahap
pelaksanan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar yang holistik.
Kesimpulannya, hasil daripada kesemua ujian yang dijalankan untuk melihat
hubungan antara pelaksanaan ATP Bahasa Melayu sekolah rendah dengan lokasi sekolah,
didapati 3 daripada 4 keputusan ujian yang dijalankan menerima hipotesis nol. Hanya satu
sahaja dapatan yang menolak hipotesis nol, iaitu ujian kolerasi Pearson yang dijalankan
126
untuk melihat hubungan antara prinsip amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar yang
autentik dengan lokasi sekolah. Oleh hal yang demikian, hipotesis nol diterima, tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan ATP berpusatkan pelajar
Bahasa Melayu sekolah rendah dengan lokasi sekolah.
4.6 Hubungan Antara Pelaksanaan ATP Berpusatkan Pelajar Bahasa Melayu
Sekolah Rendah dengan Tempoh Pengalaman Guru Mengajar
Dapatan ini menjawab hipotesis kajian yang kedua, iaitu tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu sekolah
rendah dengan tempoh pengalaman guru mengajar.
Ujian Korelasi Pearson, r, telah dijalankan bagi mengkaji sama ada terdapat
hubungan di antara tempoh pengalaman guru dengan empat prinsip amalan terbaik
pengajaran berpusatkan pelajar, iaitu pengajaran berasaskan pengalaman pelajar,
pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan pengajaran berasaskan cabaran.
Menurut Cua Yan Piaw (2006), ujian kolerasi Biseral perlu digunakan apabila satu variable
diukur dalam skala selang atau skala nisbah, manakala satu lagi variable dalam skala
ordinal. Ujian Rank-biseral ialah salah satu ujian perlu dijalankan melalui ujian Pearson
(NCSS Statistical Software). Ahmad Hashim (2014) untuk mentafsir jadual Ujian Korelasi
Pearson, r, perlu dilihat pada tahap signifikan pada pekali kolerasi sama ada positif atau
negatif. Kolerasi yang positif menunjukkan terdapat hubungan terus antara pemboleh ubah
127
yang uji. Manakala jika pekali kolerasi negatif menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan antara pemboleh ubah yang diuji.
Jadual 4.13
Hubungan antara Tempoh Pengalaman Guru Mengajar dengan Amalan Terbaik
Pengajaran Berpusatkan Pelajar (Pengajaran Berasaskan Pengalaman Pelajar,
Pengajaran yang Holistik, Pengajaran yang Autentik dan Pengajaran Berasaskan
Cabaran)
Kolerasi
Pengalaman Pengalaman Holistik Autentik Cabaran
Guru Mengajar Pelajar
.080 -.188 -.309**
Pearson 1 -.130 .479 .095 .005
Pengalaman Guru Kolerasi 80 80 80
.252
Mengajar Sig. (2-tailed) 80
N 80
**Aras signifikan pada 0.01 (2-tailed).
Jadual 4.13 menunjukkan analisis ujian korelasi menggunakan ujian Pearson untuk
mengetahui hubungan di antara prinsip amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar
berlandaskan empat prinsip, iaitu berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang holistik,
pengajaran yang autentik dan pengajaran bersaskan cabaran dengan tempoh pengalaman
guru mengajar. Keputusan ujian kolerasi Pearson menunjukkan bahawa nilai kolerasi
antara skor min prinsip amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar berasaskan
pengalaman pelajar dengan pengalaman guru mengajar adalah negatif dan diklasifikasikan
sebagai sangat lemah. Hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut tidak signifikan
(r = -0.130, n = 80, p = 0.252, p < 0.01). Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat
hubungan antara prinsip amalan terbaik pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dengan
128
tempoh pengalaman guru mengajar, yakni pengalaman guru sama ada berpengalaman atau
tidak berpengalaman tidak memainkan peranan kepada tahap pelaksanaan amalan terbaik
pengajaran berasaskan pengalaman pelajar.
Keputusan ujian kolerasi Pearson menunjukkan bahawa nilai kolerasi antara skor
min prinsip amalan terbaik pengajaran yang autentik dengan pengalaman guru mengajar,
adalah negatif dan diklasifikasikan sebagai hubungan negatif sangat lemah. Hubungan
antara kedua dua pemboleh ubah tersebut tidak signifikan (r = -0.188, n = 80, p = 0.981, p
< 0.01). Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara prinsip amalan
terbaik pengajaran berpusatkan pelajar yang autentik dengan pengalaman guru mengajar,
yakni pengalaman guru sama ada berpengalaman atau tidak berpengalaman tidak
memainkan peranan kepada tahap pengamalan amalan terbaik pengajaran berpusatkan
pelajar yang autentik.
Keputusan ujian kolerasi Pearson menunjukkan bahawa nilai kolerasi antara skor
min prinsip amalan terbaik pengajaran berasaskan cabaran dengan pengalaman guru
mengajar adalah negatif dan diklasifikasikan sebagai hubungan negatif lemah. Hubungan
antara kedua dua pemboleh ubah tersebut tidak signifikan (r = -0.309, n = 80, p = 0.005, p
< 0.01). Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara prinsip amalan
terbaik pengajaran berpusatkan pelajar berasaskan cabaran dengan tempoh pengalaman
guru mengajar, yakni pengalaman guru sama ada berpengalaman atau tidak berpengalaman
tidak memainkan peranan kepada tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran
berpusatkan pelajar berasaskan cabaran.
129
Kesimpulannya, hasil daripada kesemua ujian yang dijalankan untuk melihat
hubungan antara pelaksanaan ATP Bahasa Melayu sekolah rendah dengan pengalaman
guru mengajar, didapati 3 daripada 4 keputusan ujian yang dijalankan menerima hipotesis
nol. Hanya satu sahaja dapatan yang menolak hipotesis nol, iaitu ujian kolerasi Pearson
yang dijalankan untuk melihat hubungan antara prinsip amalan terbaik pengajaran
berpusatkan pelajar yang holistik dengan tempoh pengalaman guru mengajar. Oleh hal
yang demikian, hipotesis nol diterima, tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap
pelaksanaan ATP berpusatkan pelajar Bahasa Melayu sekolah rendah dengan tempoh
pengalaman guru mengajar.
130
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Bab ini membincangkan empat perkara utama dalam kajian ini, iaitu rumusan,
perbincangan, implikasi dan cadangan penyelidikan lanjutan.
5.2 Rumusan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan amalan terbaik
pengajaran Bahasa Melayu oleh guru di bilik darjah. Tujuan kedua kajian, ialah untuk
mengenal pasti tahap pelaksanaan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar oleh
guru-guru Bahasa Melayu di bilik darjah. Manakala faktor lokasi dan tempoh pengalaman
guru mengajar diuji sama ada mempengaruhi amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak.
131
Penyelidikan dijalankan melibatkan aspek kuantitatif. Pada keseluruhannya aspek
kajian melibatkan pendekatan diskriptif dan inferensi untuk melihat peratusan latar
belakang responden, analisis min dan ujian kolerasi untuk mengkaji hubungan yang wujud.
Secara khususnya pemboleh ubah bersandar kajian ini ialah tahap pelaksanaan ATP Bahasa
Melayu sekolah rendah terdiri daripada empat konstruk yang dinilai, iaitu pengajaran
berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan
pengajaran berasaskan cabaran. Manakala pemboleh ubah bergerak balas ialah lokasi dan
tempoh pengalaman guru mengajar.
Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Bahasa Melayu yang dipilih secara
rawak bertujuan oleh penyelidik di sekitar daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Daerah
ini terdapat sebanyak 103 buah sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan yang
menawarkan mata pelajaran Bahasa Melayu. Seramai 80 orang guru daripada 20 buah
sekolah telah dipilih sebagai sampel kajian. Daripada jumlah sampel tersebut, sebanyak 80
atau 100 peratus borang soal selidik telah dikembalikan dengan lengkap maklumatnya.
Data yang diperoleh daripada borang soal selidik telah dianalisis dengan
menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS windows 20.0).
Penyelidikan dijalankan melibatkan aspek kuantitatif. Pada keseluruhannya, aspek kajian
melibatkan pendekatan diskriptif untuk melihat peratusan dan min latar belakang
responden, manakala pendekatan inferensi ujian kolerasi digunakan untuk menguji sama
132
ada terdapat hubungan yang signifikan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Kesemua
pengujian hipotesis dalam penyelidikan ini tahap signifikannya pada paras 0.01
Dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 80 sampel yang dipilih secara
keseluruhannya melaksanakan amalan terbaik pengajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa 97.13% dan skor min 3.22 daripada sampel kajian
melaksanakan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar.
Secara keseluruhannya, daripada keempat-empat prinsip ATP, guru-guru
melaksanakan setiap prinsip ATP berpusatkan pelajar dengan sepenuhnya. Guru-guru telah
menunjukkan tahap pelaksanaan yang tinggi bagi setiap prinsip ATP yang disenaraikan
dalam soal selidik. Terdapat dua prinsip yang sama nilai skor minnya 3.2842 ialah
pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dan pengajaran yang holistik. Dua lagi prinsip,
iaitu pengajaran berasaskan cabaran dan pengajaran yang autentik dengan skor min masing-
masing 3.1767 dan 3.1325. Walaupun terdapat perbezaan min namun keempat-empat
prinsip berada pada tahap tafsiran min tinggi.
Hasil dapatan ujian kolerasi, tiga daripada empat prinsip ATP berpusatkan pelajar
adalah tidak signifikan dengan lokasi sekolah. Tiga prinsip tersebut ialah pengajaran
berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang holistik dan pengajaran berasaskan
cabaran. Prinsip ATP pengajaran yang autentik adalah signifikan dengan lokasi sekolah,
133
iaitu terdapat hubungan yang signifikan pada aras tafsiran kolerasi positif sangat lemah
antara pengajaran yang autentik dengan pelaksanaan ATP.
Hasil dapatan ujian kolerasi, tiga daripada empat prinsip ATP berpusatkan pelajar
adalah tidak signifikan dengan tempoh pengalaman guru mengajar. Tiga prinsip tersebut
ialah pengajaran berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang autentik dan pengajaran
berasaskan cabaran. Prinsip ATP pengajaran yang holistik adalah signifikan dengan
tempoh pengalaman guru mengajar, iaitu terdapat hubungan yang signifikan pada aras
tafsiran kolerasi positif sangat lemah antara pengajaran yang holistik dengan pelaksanaan
ATP.
Kesimpulannya, tahap pelaksanaan ATP Bahasa Melayu berpusatkan pelajar sekolah
rendah daerah Larut, Matang dan Selama sangat baik dengan peratusan sebanyak 97.13%
guru yang melaksanakannya. Ujian kolerasi pula, menunjukkan tidak terdapat hubungan
yang signifikan antara lokasi dan tempoh pengalaman guru mengajar dengan tahap
pelaksanaan ATP Bahasa Melayu berpusatkan pelajar sekolah rendah daerah Larut, Matang
dan Selama, Perak.
134
5.3 Perbincangan
Perbincangan ini berkaitan dengan empat prinsip ATP berpusatkan pelajar, iaitu pengajaran
berasaskan pengalaman pelajar, pengajaran yang holistik, pengajaran yang autentik dan
pengajaran berasaskan cabaran. Perbincangan berkaitan hubungan antara lokasi dan
tempoh pengalaman guru mengajar dengan tahap pelaksanaan ATP juga dibincangkan.
5.3.1 Pengajaran Berpusatkan Pelajar
Selari dengan dapatan kajian menunjukkan amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar
sangat sesuai diamalkan oleh guru-guru di bilik darjah dewasa ini. Zemelman et al. (2012),
menyatakan amalan terbaik pengajaran merupakan satu set piawaian terbaik dalam proses
P&P yang memberi manfaat terbaik kepada pelajar. Set piawaian ini mestilah mengikut
peredaran semasa dan menggunakan amalan terbaik yang terkini mengikut kehendak
kurikulum semasa yang digubal.
Daripada dapatan kajian, terbukti amalan terbaik pengajaran berpusatkan pelajar
yang diamalkan oleh guru-guru dewasa ini kebanyakannya dijalankan selari dengan
perkembangan semasa dan menepati kehendakkan kurikulum. Ini dapat dibuktikan dengan
hasil dapatan kajian melalui borang soal selidik, iaitu sebanyak 97.13% guru-guru daerah
Larut , Matang dan Selama telah menjalankan ATP berpusatkan pelajar. Setiap item dalam
135
borang soal selidik yang dibina juga dapat membuktikan tahap pelaksanaan ATP
berpusatkan pelajar oleh guru-guru.
Walaupun dalam kajian Marohaini Yusof (2004) menyatakan tahap pelaksanaan
pengajaran secara tradisional yang sehala hanya berpusatkan guru masih dilaksanakan oleh
guru-guru, namun dapatan kajian ini telah menolak dapatan tersebut. Pengkaji mendapati
guru-guru masa kini telah sedar kepentingan dan kelebihan pengajaran berpusatkan pelajar.
Mereka secara total telah melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar di bilik darjah.
Daripada 60 amalan yang dinilai, amalan “Perancangan P&P mengikut kebolehan
pelajar” mendapat min yang tertinggi, iaitu 3.70 dan nilai sisihan piawai ialah 0.461.
Seramai 70 peratus guru “sangat selalu” mengamalkan amalan ini. Dapatan kajian Hamdan
(2004) juga menyokong dapatan ini dengan menyatakan secara ringkasnya pengajaran
berpusatkan pelajar adalah sebarang susasana pembelajaran yang efektif di mana
perancangan, pengajaran dan penilaian menumpu kepada pelajar dan kepada hasil
pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar dapat menghasilkan keberhasilan yang tinggi
dalam sesuatu proses pengajaran.
Dapatan ini juga selari dengan dapatan Shahril Hj Marzuki (2004), yang
menyatakan bahawa guru yang merancang pengajaran terlebih dahulu sebelum mengajar
akan dapat melaksanakan amalan terbaik pengajaran dengan lebih sempurna dan berkesan.
Ini bererti guru akan menyediakan dan menyiapkan buku rekod, membuat rujukan bagi
memastikan isi-isi pelajaran tepat dan kemaskini, mempelbagaikan bahan bantu mengajar,
136
dan menyediakan aktiviti atau latihan yang bersesuai dengan tahap perkembangan pelajar.
Semasa mengajar pula, guru-guru akan menyusun isi-isi pelajaran secara sistematik supaya
jelas dan mudah difahami dan menggunakan bahasa yang mudah. Untuk memastikan
pelajar mudah memahami sesuatu konsep atau kemahiran, semasa pengajaran guru perlu
mengaitkan isi pelajaran yang baru dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar yang
lepas. Selain itu, dapatan kajiannya menunjukkan guru yang mempelbagaikan kaedah
pengajaran seperti kaedah kolaboratif dan konstruktif dapat menjadikan sesi pengajaran
dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan dapat menarik minat pelajar untuk terus
belajar.
Standard Jaminan Kualiti Jemaah Nazir (2010) juga menyatakan dalam standard 4,
guru perlu merancang dan melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran yang
berkualiti tinggi dan bersungguh-sungguh untuk memperkembangkan potensi dan
pencapaian pelajar secara optimum dan berterusan. Untuk mencapai hasrat tersebut elemen
pada bahagian D dalam Standard Jaminan Kualiti Jemaah Nazir (2010) menekankan
bahawa guru perlu merancang dan membuat persediaan yang rapi dalam memastikan
keberkesanan pengajaran. Ini disokong dengan elemen pada bahagian E yang menyatakan
kaedah dan teknik penyampaian yang bersesuai dapat meningkatkan kualiti penyampaian
pengajaran tersebut. Oleh hal yang demikian, guru perlu menguasai sepenuhnya teknik,
kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk menjalankan amalan terbaik pengajaran dalam
bilik darjah.
137
Semua aktiviti yang terdapat dalam soal selidik ATP seperti “memberikan soalan
terbuka dan soalan lanjutan untuk cabar kemahiran berfikir pelajar” dapat meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi pelajar selaras dengan kehendak kementerian yang
termaktub dalam Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah. Abdullah Hassan(2004)
juga menyokong dapatan tersebut dengan menyatakan bahawa strategi pembelajaran
berpusatkan pelajar, dalam masa yang sama tanpa mereka sedari ada strategi yang jika
dilaksanakan dengan serius boleh membina kemahiran pelajar secara menyeluruh yang
mampu menyediakan pelajar dengan nilai tambah (value-added) dan kemahiran berfikir
aras tinggi apabila mereka mencari pekerjaan nanti.
ATP berpusatkan pelajar merupakan satu strategi pengajaran yang mudah untuk
dilaksanakan dalam pelbagai jenis kelas atau bilik darjah. Penglibatan pelajar menjadi
keutamaan dalam sesuatu sesi P&P. Keberhasilan P&P tersebut bergantung kepada
penglibatan pelajar sepenuhnya guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Bertepatan
dengan pendapat Abdullah Ibrahim (2004) yang menyatakan bahawa pembelajaran
berpusatkan pelajar (SCL) merupakan satu daripada pendekatan yang dicadang
dilaksanakan dalam pelbagai jenis kelas atau bilik kuliah. Dapatan kajian juga
menunjukkan faktor kedudukan bilik darjah (luar bandar atau bandar) tidak memberi impak
terhadap tahap pelaksanaan ATP berpusatkan pelajar. Guru dapat melaksanakan
pengajaran berpusatkan pelajar dengan berkesan walaupun di mana berada.
138
Menurut Khalid Johari (2012), kebanyakan guru yang telah mengajar lebih
daripada 20 tahun gemar menggunakan pengajaran berpusatkan guru sahaja. Mereka
beranggapan teknik tersebut lebih mudah dan tahap penerimaan pelajar lebih cepat.
Dapatan kajian ini bertentangan dengan pendapatan tersebut. Dapatan kajian menunjukkan
tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tempoh pengalaman guru mengajar dengan
pelaksanaan ATP berpusatkan pelajar. Guru berpengalaman atau tidak berpengalaman
mengajar dapat melaksanakan ATP berpusatkan pelajar dengan baik.
Secara keseluruhanya, ATP berpusatkan pelajar berada pada tahap tafsiran min
yang tinggi. Kesemua 80 sampel kajian menjalankan ATP berdasarkan prinsip yang
diterapkan dengan baik. Semua pelajar dilibatkan secara keseluruhan dalam aktiviti yang
dijalankan. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara. Dapatan ini selaras dengan
Shahabuddin Hashim et al. (2006), pembelajaran berpusatkan pelajar adalah strategi
pengajaran di mana pelajar menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar meneroka dan
menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan pengajar yang bertindak sebagai
pemudahcara. Pelaksanaan ATP berpusatkan pelajar juga tidak dipengaruhi oleh lokasi
sekolah dan tempoh pengalaman guru mengajar.