MANUAL PENGGUNA
SISTEM SALAHLAKU
DISIPLIN MURID
BERASASKAN WEB
(SSDM)
MODUL SEKOLAH
Unit Aplikasi Pengurusan Pendidikan (UAPD),
Bahagian Pengurusan Maklumat,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
KANDUNGAN
Bil Perkara Muka Surat
1.0 Pengenalan 2
2.0 Cara Masuk Sistem 3
3.0 Modul Sekolah 4
3.1.1 – Menu Maklumat Murid 4
3.1.2 – Menu Kemaskini MaklumatSekolah 6
3.1.3 – Menu Rekod Kes 7
3.1.4 – Menu Laporan 11
3.1.5 – Menu Muat Turun 17
3.1.6 – Menu Pengesahan (Sek Tiada Kes) 18
1
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
1.0 PENGENALAN
Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM) berasaskan web bertujuan untuk
merekod maklumat salahlaku disiplin murid di seluruh Malaysia dengan capaian yang
mudah dan berkesan. SSDM dapat membantu dalam penyediaan maklumat yang efektif
dan terkini di mana ianya secara langsung akan dapat membantu pengurusan di semua
peringkat membuat perancangan bagi mengatasi dan mengawal masalah disiplin murid
dengan lebih teratur, baik dan berkesan.
SSDM terdiri daripada 4 tahap pengguna, iaitu:
i) Sekolah
ii) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
iii) Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)
iv) Bahagian Pengurusan Harian Sekolah (BPSH)
Modul ini dapat melaksanakan beberapa tugas seperti:
i) Merekod kes-kes salahlaku murid
ii) Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
iii) Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
iv) Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap
2
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
2.0 CARA MASUK SISTEM
2.1 Untuk masuk ke SSDM, anda perlu taip url ini: http://apps.moe.gov.my/ssdm/.
Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) dengan resolusi
paparan adalah 1024 X 768 pixel.
2.2 Rajah 2.1 memaparkan muka depan atau antaramuka daftar masuk.
Masukkan ID
Masukkan Katalaluan
Klik
Rajah 2.1: Antaramuka Utama iaitu Daftar Masuk
2.3 Masukkan ID dan katalaluan dan klik
Penerangan yang seterusnya akan dijelaskan mengikut modul-modul pengguna.
3
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
3.0 MODUL SEKOLAH
Nama sekolah
pengguna
dipaparkan
Menu-menu
pengguna
Sekolah
Rajah 3.1: Antaramuka utama bagi pengguna Sekolah
3.1 Rajah 3.1 menunjukkan paparan utama bagi pengguna tahap Sekolah berserta
menu-menu yang disediakan.
3.1.1 MENU MAKLUMAT MURID
3.1.1.1 Rajah 3.2 menunjukkan 2 submenu yang terdapat pada menu Maklumat
Murid iaitu i) Tambah Maklumat Murid dan ii) Kemaskini/Hapus
Maklumat Murid.
3.1.1.2 Untuk menambah maklumat murid yang baru, klik submenu „Tambah
Maklumat Murid‟ dimana Rajah 3.3 akan dipapar. Setelah maklumat
berkenaan murid selesai diisi, Klik butang „Kemaskini.
3.1.1.3 Untuk mengemaskini atau menghapus maklumat murid, klik submenu
„Kemaskini/Hapus Maklumat Murid‟ dan Rajah 3.4 akan dipapar. Nama
murid yang maklumatnya hendak dikemaskini atau hapus perlu dicari
terlebih dahulu dengan mengisi no kad pengenalan carian pada A ATAU
mengisi nama carian pada B, kemudian klik butang .
4
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
2 pilihan submenu
Rajah 3.2: Antaramuka dan submenu bagi menu Maklumat Murid
Rajah 3.3: Antaramuka bagi submenu Tambah Maklumat Murid
3.1.1.4 Rajah 3.4 menunjukkan hasil carian dimana senarai nama, no. kad
pengenalan murid yang dicari dipapar bersama set tindakan seperti di
bawah;
5
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
A Cari rekod murid
melalui no kp
B Cari rekod murid
melalui nama
C Papar senarai
A nama yang
mengandungi
nama yang
dicari
Rajah 3.4: Hasil carian murid di submenu Kemaskini/Hapus Maklumat Murid
3.1.1.5 Sila klik untuk hapus maklumat murid. Kekotak dialog akan muncul
untuk pengesahan padam/hapus seperti di bawah;
Sekiranya, murid tersebut tiada rekod kes salahlaku maka maklumat
murid tersebut boleh terus dihapuskan. Jika murid tersebut mempunyai
rekod salahlaku, paparan di bawah akan dipaparkan.
Rekod tersebut perlu dipadam terlebih dahulu di menu ‟Rekod Kes‟.
3.1.2 MENU KEMASKINI MAKLUMAT SEKOLAH
3.1.2.1 Maklumat berkenaan sekolah boleh dikemaskini seperti di Rajah 3.5.
Kategori sekolah mengikut kawasan penempatan sekolah berkenaan
boleh ditentukan dengan membuat pilihan seperti di paparan A,
manakala jenis kategori sekolah menyenaraikan pilihan kawasan yang
yang lebih spesifik seperti di paparan B.
6
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
A
B
A
Rajah 3.5: Antaramuka Pengemaskinian Maklumat Sekolah
3.1.2.2 Kemudian, butang „Kemaskini‟ diklik untuk pengesahan pengemaskinian
yang telah dibuat.
3.1.3 MENU REKOD KES
Cari rekod murid
melalui no kp
Cari rekod murid
melalui nama
Papar senarai
nama yang
mengandungi
nama yang
dicari
Rajah 3.6: Antaramuka bagi menu Rekod Kes
3.1.3.1 Rajah 3.6 menunjukkan paparan bagi menu „Rekod Murid‟. Carian rekod
salahlaku murid dilakukan bagi sekolah tersebut sahaja. Masukkan
7
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
nama murid ATAU no kad pengenalan murid dan klik
.
3.1.3.2 Senarai nama, no. kad pengenalan murid yang dicari dipapar bersama
set tindakan seperti di bawah;
3.1.3.3 Butang „Papar Kes‟ akan memaparkan senarai kes-kes kesalahan yang
telah dilakukan murid tersebut dilengkapi dengan perincian kesalahan
dan tarikh kesalahan dibuat serta fungsi hapus seperti di Rajah 3.7.
3.1.3.4 Butang akan menghapuskan rekod kesalahan tersebut, selepas klik
kotak pengesahan bagi proses padam akan dipapar seperti di Rajah
3.8.
Klik pada jenis kesalahan untuk
mendapatkan maklumat kesalahan
Rajah 3.7: Antaramuka Paparan Rekod Kesalahan Murid
Rajah 3.8: Antaramuka kotak dialog pengesahan proses padam/hapus
8
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
3.1.3.5 Maklumat kesalahan akan dipapar apabila pautan jenis kesalahan
dipilih. Misalnya pautan di bawah diklik maka, Rajah 3.9 akan dipapar.
Klik untuk pengemaskinian
terhadap maklumat tersebut
Rajah 3.9: Antaramuka Maklumat Kesalahan yang telah dipilih
3.1.3.6 Pengemaskinian maklumat kesalahan akan memaparkan Rajah 3.10.
Klik pada Kategori Kes untuk menukar kepada kategori lain.
3.1.3.7 Selepas kes dipilih „Perincian Kesalahan‟ akan mengeluarkan senarai
seperti A.
3.1.3.8 Mengikut jenis perincian kesalahan, senarai maklumat yang lebih
terperinci akan dipapar seperti contoh B.
3.1.3.9 Sekiranya „Siaran Media‟ dipilih „YA‟, maka C akan dipapar.
9
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
A
B
A
C
c
Rajah 3.10: Antaramuka Pengemaskinian Maklumat Kesalahan
3.1.3.11 Butang „Seterusnya‟ diklik dan Rajah 3.11 akan dipapar untuk
menunjukkan bahawa maklumat bagi kesalahan murid tadi telah
dikemaskini.
Rajah 3.11: Antaramuka Pengesahan Pengemaskinian
3.1.3.12 Melalui butang „Tambah Kes‟ di Rajah 3.6, pengguna boleh menambah
kes kesalahan murid tersebut iaitu seperti di Rajah 3.12. Kategori kes
menyediakan pilihan kategori salahlaku seperti A yang kemudiannya
memaparkan perincian kesalahan mengikuit kategori salahlaku yang
telah dipilih seperti di B.
10
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
A
B
A
Klik untuk penambahan
rekod kes tersebut
Rajah 3.12: Antaramuka Tambah Kes Kesalahan
3.1.4 MENU LAPORAN
Pilih jenis laporan
yang hendak dijana
Masukkan tarikh
laporan yang
dikehendaki dengan
memilih tarikh dari
kalendar
Rajah 3.13: Antaramuka Laporan Salahlaku Murid
3.1.4.1 Laporan salahlaku murid menyediakan pelbagai jenis laporan seperti di
Rajah 3.13. Pastikan butang pilihan dan tarikh laporan yang dikehendaki
11
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
dipilih terlebih dahulu sebelum menekan butang „Seterusnya‟ untuk
menjana laporan tersebut. Bagi pilihan laporan “Laporan Senarai
Salahlaku Murid Mengikut Kategori dan Perincian Kesalahan”, Rajah
3.14 dipapar untuk cetakan.
3.1.4.2 Bagi pilihan laporan salahlaku mengikut Kategori, antaramuka seperti
Rajah 3.15 dipaparkan untuk pilihan yang seterusnya iaitu Kategori
Kesalahan.
Rajah 3.14: Laporan senarai salahlaku murid mengikut kategori dan perincian
kesalahan
3.1.4.3 Apabila pilihan bagi kategori kesalahan „Vandalisme‟ dipilih, laporan
seperti di Rajah 3.16 akan dipapar iaitu laporan kesalahan bagi
kesalahan „Vandalisme‟ sahaja.
12
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
Contoh pilihan
kesalahan vandalisme
maka klik pada pilihan
ini
Rajah 3.15: Antaramuka pilihan bagi kategori kesalahan yang ingin dipaparkan
Rajah 3.16: Laporan salahlaku mengikut kategori kesalahan Vandalisme
13
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
3.1.5 MENU MUAT TURUN
Rajah 3.21: Antaramuka Muat Turun
3.1.5.1 Fungsi muat turun ini adalah untuk kegunaan pihak sekolah sekiranya
mereka ingin memuat turun maklumat kesalahan bagi semua murid di
sekolah mereka dalam format lain iaitu format EXCEL (.xls). Pilih tempoh
maklumat kesalahan yang ingin dimuat turun melalui pilihan tarikh dari
ikon kalendar yang disediakan, dan kemudian klik butang „Seterusnya‟.
3.1.5.2 Paparan seperti Rajah 3.22 akan dipapar sebelum mencetak atau muat
turun ke format excel (.xls). Pengguna boleh muat turun fail tersebut
dengan menamakan fail tersebut dan menyimpan ke direktori yang
diingini seperti Rajah 3.23.
Rajah 3.22: Antaramuka maklumat kesalahan murid-murid sekolah
14
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
2
1 Tetingkap untuk menyimpan fail muncul
3
2 Simpan fail dalam
1 format teks (.txt) pada
direktori pilihan
1 Klik untuk salin
ke format excel
Rajah 3.23: Antaramuka penyimpanan salinan kes salahlaku ke dalam format teks (.txt)
3.1.6 MENU PENGESAHAN
Rajah 3.24: Antaramuka Pengesahan
3.1.6.1 Menu pengesahan berfungsi bagi pihak sekolah sekiranya tiada kes
salahlaku yang dicatatkan oleh murid-murid sekolah tersebut bagi satu
15
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem Salahlaku Disiplin Murid Berasaskan Web
tempoh masa. Bagi mengesahkan penggunaan SSDM oleh sekolah dan
sebagai pengesahan untuk sekolah yang tiada kes
3.1.6.2 Pilih tempoh masa dari calendar kemudian klik „Seterusnya‟ untuk
paparan seperti Rajah 3.24. Untuk mengakui pengesahan mengikut
tempoh masa yang dinyatakan, sila klik di Rajah 3.25.
3.1.6.3 Sekiranya pengesahan telah dibuat dalam linkungan tempoh masa
sebelumnya, maka paparan Rajah 3.26 akan dipaparkan.
Rajah 3.25: Antaramuka pengesahan baru
Rajah 3.26: Antaramuka pengesahan telah dilaksanakan
16
Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Pelajaran Malaysia
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KP(BS)8591/Jld.VIII / (75)
22 Mei1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1997 :
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
6a/1975 : Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok, perkara 2 (iv) (a).
2. Dengan Surat Pekeliling Ikhtisas ini, semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah
mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan
mengenakan hukuman seperti berikut :
Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan
(selama tempoh tidak melebihi 14 hari)
Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah
3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
Office of the Director General of Education Malaysia
PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (7)
10 Jun 1999
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/1999:
Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah
Akhir-akhir ini bilangan kes jenayah yang melibatkan murid sekolah didapati meningkat serta
membangkitkan kebimbangan banyak pihak. Gejala anti sosial ini perlu diberi perhatian
serius dan sewajarnya ditangani secara menyeluruh dan bersepadu oleh semua pihak.
Usaha secara berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan
murid terhadap jenis dan pola pelakuan jenayah yang berubah-ubah mengikut perubahan
persekitaran sosial sekolah.
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menyarankan supaya sekolah-
sekolah menengah di seluruh negara menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah masing-
masing. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah ini adalah di antara langkah yang boleh
diambil untuk membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap kemungkinan
berlakunya perbuatan jenayah dan langkah-langkah mencegahinya. Selain daripada itu
penubuhan kelab ini juga akan dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara
sekolah dengan pihak polis dalam usaha membenteras perbuatan jenayah sama ada di
dalam atau di luar kawasan sekolah.
3. Dalam merancang penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah, perhatian
harus diberikan kepada perkara-perkara seperti berikut.
a. Keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah yang berada dalam kawasan yang
berisiko jenayah tinggi.
b. Penubuhan kelab ini tidak bertindih dengan kelab-kelab lain yang mempunyai
matlamat yang serupa.
c. Penasihat Kelab hendaklah terdiri daripada guru sekolah dan Pegawai
Perhubungan Polis berperanan sebagai penasihat pakar luar.
d. Guru penasihat hendaklah menjadi penggerak utama dan bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap pengurusan, perjalanan dan pelaksanaan pelbagai
kegiatan kelab.
4, Untuk panduan dan rujukan sekolah, contoh perlembagaan kelab disertakan
bersama-sama ini. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua
sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.
1
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
Ketua Nazir Sekolah
Pegawai Perhubungan Awam
2
PERLEMBAGAAN
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
1. NAMA
Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Pencegahan Jenayah
Sekolah ________________________________________________
2. ALAMAT
Alamat yang digunakan bagi kelab ini: (alamat sekolah)
3. TUJUAN KELAB
3.1 Untuk memupuk rasa patuh kepada peraturan dan undang-undang negara.
3.2 Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.
3.3 Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan pelajar bahawa
pencegahan adalah lebih baik dari memerangi jenayah.
3.4 Menyediakan garis panduan cara-cara pencegahan jenayah dan menggalakkan
mereka menjalankan aktivid yang berfaedah.
3.5 Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara
dalam hal-hal jenayah.
4. TEMPAT MESYUARAT DAN AKTIVITI
4.1 Tempat mesyuarat kelab ini adalah di mana-mana bilik atau kawasan sekolah
dengan syarat mendapat kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
4.2 Tempat menjalankan aktiviti adalah berpusat di dalam kawasan sekolah tetapi
boleh juga di lain-lain tempat yang difikirkan sesuai oleh pihak pentadbir
sekolah dengan syarat sentiasa diiringi oleh guru penasihat.
5. KEAHLIAN DAN ORGANISASI
5.1 Keahlian kelab ini adalah terbuka kepada semua murid.
5.2 Organisasi Kelab adalah seperti benkut:
5.2.1 Penaung : Pengetua
5.2.2 Penasihat : Guru Penasihat
Pegawal Perhubungan Polis
5.2.3 Jawatankuasa Kelab : Seorang Presiden (Murid sekolah)
Seorang Naib Presiden
Seorang Setiausaha
Seorang Penolong Setiausaha
Seorang Bendahari
3
5 orang Jawatankuasa yang dilantik
(Jawatankuasa Induk dipilih dalam
Mesyuarat Agung Tahunan)
6. MESYUARAT
6.1 Bagi Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dihadiri
tidak kurang daripada 1/3 bilangan ahli.
6.2 Bagi Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dihadiri oleh tidak kurang dari 2/3
ahli.
6.3 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan tidak lewat dari 31 Julai
setiap tahun.
6.4 Memanggil Mesyuarat Agong Tergempar
6.4.1 Atas arahan Guru Penasihat
6.4.2 Apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa
6.4.3 Atas permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 1/3 ahli
6.4.4 Mesyuarat Tergempar hendaklah diadakan dalam tempoh 21 hari
daripada tarikh penerimaan permintaan.
6.4.5 Urusan Mesyuarat Agung Tergempar dihadkan hanya kepada maksud
mesyuarat itu diadakan.
6.5 Setiap mesyuarat yang diadakan hendaklah dengan kebenaran Guru
Penasihat dan Guru Penasihat perlu dijemput menghadirinya.
7. KEWANGAN
7.1 Kelab mendapatkan sumber kewangan daripada yuran tahunan, derma dan
aktiviti-aktiviti kelab.
7.2 Jumlah yuran yang ditetapkan untuk setiap ahli ialah sebanyak RM10.00
setahun atau pada kadar yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
7.3 Jawatankuasa hanya berkuasa membelanjakan kumpulan wang yang ada
untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi mencapai tujuan dan maksud
aktiviti.
7.4 Bendahari tidak boleh menyimpan dalam tangannya wang kelab melebihi
RM10.00 pada satu masa. Wang selebihnya hendaklah diserahkan kepada
Guru Penasihat.
7.5 Tahun Kewangan Kelab ialah 1 Julai hingga 30 Jun.
7.6 Setiap perbelanjaan kelab hendaklah dengan kelulusan Jawatankuasa.
4
8. PERKARA-PERKARA LAIN
Kelab ini adalah tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang yang telah
dan akan dikeluarkan oleh Kerajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri, Sekolah dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
9. PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB
9.1 Pindaan perlembagaan kelab boleh diusulkan oleh ahli dan boleh diluluskan
dengan mendapat persetujuan 2/3 ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan
atau Mesyuarat Agung Tergempar.
9.2 Persetujuan Pengetua dan Guru Penasihat adalah perlu sebelum sesuatu
pindaan perlembagaan kelab dilakukan.
5
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (7)
29 Oktober 2003
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 7/2003 :
KUASA GURU MEROTAN MURID
Kuasa merotan murid telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan sejak sekian lama.
Kuasa merotan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan berasaskan peruntukan yang
disediakan dalam PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di
bawah ORDINAN PELAJARAN 1957. Dalam PERATURAN 6 dinyatakan dengan jelas
bahawa :
Peraturan 6 :
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk
kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa
disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada guru-guru lain di
sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud
itu, tetapi kecuali yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid
boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu:
2. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan berharap kuasa yang diberikan itu
digunakan oleh pihak sekolah dengan mematuhi PERATURAN 5 di bawah ordinan yang
sama :
Peraturan 5 :
(1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-murid, Guru Besar hendaklah
mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa
sebagaimana perlu atau bermanfaat :
Dengan syarat bahawa –
(a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan adalah dilarang; dan
(b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman yang dijalankan di bawah
perenggan (1) hendaklah disimpan secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh
pendaftar. Hukuman yang dikenakan hendaklah direkodkan dengan menyatakan
jenis salah laku, bilangan sebatan, bahagian anggota yang dirotan, nama dan
tandatangan perotan dan saksi semasa hukuman rotan dilaksanakan.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Dalam melaksanakan hukuman rotan, pengetua atau guru besar dan guru-guru yang
diberikan kuasa hendaklah sentiasa menyedari bahawa merotan adalah sebahagian
daripada proses pendidikan. Tindakan yang dikenakan mestilah difahami sebagai alat untuk
mendisiplinkan dan bukan sebagai alat yang akan merosakkan fizikal dan mental murid.
Guru-guru yang merotan murid bukan berdasarkan rasa marah dan dendam tetapi untuk
memberi pengajaran bahawa setiap kesalahan ada hukumannya. Dalam konteks sekolah,
merotan hanya sebagai sebahagian daripada proses mendidik terutamanya kepada mereka
yang tidak berdisiplin.
4. Hukuman rotan di khalayak sama ada di perhimpunan atau di bilik-bilik yang sedang
berlangsung proses pengajaran dan pembelajaran adalah dilarang. Tindakan sedemikian
akan menjatuhkan maruah serta menimbulkan kesan negatif yang lebih besar terhadap
perkembangan keperibadian seorang murid. Bersama-sama surat ini disertakan contoh
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan (Lampiran A) sebagai panduan.
5. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua
sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad
Menteri Pelajaran Malaysia
2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim
Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia
4. Y.B. Dato’ Mahadzir bin Mohd Khir
Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua-Ketua Bahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia
9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia
10. Penasihat Undang-Undang, Kementerian Pendidikan Malaysia
11. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN A
CONTOH
Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan
Nama Sekolah :
Alamat Sekolah :
Telefon & Faks Sekolah :
Rujukan Kami :
Tarikh :
Nama Guru :
No. Kad Pengenalan :
Tuan/Puan,
PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN
Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan
yang diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua/Guru Besar sesuai dengna PERATURAN
6, PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 kepada Tuan/Puan mulai ........................ hingga .....................
2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN
5(1)(b), PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah
ORDINAN PELAJARAN 1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang
dinyatakan seperti berikut :
Peraturan 5(1) (b)
hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain
kakitangan sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang
ringan di tapak tangan atau pun di punggung yang berlapik dengan pakaian
dan hendaklah difahamkan hanya oleh Guru Besar ataupun dengan kuasa
nyata yang diberi olehnya dalam hal yang tertentu.
3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir
dalam usaha mengawal disiplin di kalangan murid-murid.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menurut perintah,
................................................
(Nama Pengetua/Guru Besar)
(Nama Sekolah)
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
LAMPIRAN B
JENIS KESALAHAN DAN HUKUMAN YANG BOLEH DIKENAKAN MENGIKUT JENIS
KESALAHAN
BIL. JENIS KESALAHAN JENIS HUKUMAN
1. * Kesalahan Berat
2. ** Kesalahan Sederhana Rotan di punggung dengan dilapik pakaian dengan
3. *** Kesalahan Ringan menggunakan rotan ringan (maksima 3 kali sebatan)
Rotan di tapak tangan dengan menggunakan rotan
ringan (maksima 3 kali sebatan)
Diberi Amaran dan sesi kaunseling
* KESALAHAN BERAT
1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam kegiatan dadah.
3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan tembakau.
4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras atau sebarang
benda yang memabukkan/mengkhayalkan.
5. Menyebabkan/melakukan pergaduhan atau kekerasan.
6. Melawan, mengancam, memukul, mengugut atau mencederakan guru/pengawas
murid.
7. Biadab terhadap guru/pengawas/murid.
8. Memeras ugut guru/pengawas/murid.
9. Membawa/menggunakan senjata atau alat berbahaya.
10. Melakukan buli ((pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap murid lain.
11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan larangan.
12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.
13. Mencetak, menerbit, mempamer, mengedar atau menyimpan rencana, majalah atau
rakaman dan multimedia terlarang.
14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.
15. Mencabul kehormatan guru/murid.
16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.
17. Melacur/menjadi bohsia/bohjan/pondan.
18. Bersekududukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak bermoral.
19. Mengintai murid lelaki/perempuan.
20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang mencemarkan.
21. Merosakkan harta benda sekolah/guru.
22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.
23. Menulis/melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan perbuatan lucah.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau merusuh.
25. Menyalahgunakan alat permainan elektronik atau bahan-bahan multimedia.
26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau mengganggu
pengajaran dan pembelajaran/peperiksaan atau ujian.
27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang bertentangan dengan
masyarakat Malaysia.
28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa kebenaran pihak
sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari atau berkala
(tidak berturut-turut) selama 60 hari selama 1 tahun sesi persekolahan.
30. Mengganggu/menjejaskan kuasa Guru Besar/Pengetua atau guru yang menjalankan
tugas.
31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa kebenaran.
32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan mempamerkan bahan lucah.
33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.
34. Melakukan hubungan yang dicurigai.
35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
** KESALAHAN SEDERHANA
1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.
2. Menyalahgunakan/menggunakan peralatan/sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.
3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.
4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian peperiksaan.
5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.
6. Tidak menghormati lagu-lagu/bendera/jata sekolah, negeri dan kebangsaan.
7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk/skin head atau berwarna.
8. Menconteng pada harta benda sekolah.
9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindik telinga dan memakai subang
berlebihan pada satu cuping telinga.
10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
*** KESALAHAN RINGAN
1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.
2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.
3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.
4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah dan sekolah tanpa
kebenaran.
5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat) tanpa kebenaran.
7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah tanpa kebenaran.
8. Menggunakan alat hiburan atau elektronik sekolah tanpa kebenaran.
9. Memasuki atau tidak mematuhi arahan makmal/bengkel/bilik khas.
10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali jam.
11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.
12. Makan dan minum di bilik darjah.
13. Melakukan pembaziran air/elektrik.
14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.
15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku, tidak
membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain).
16. Datang lewat ke sekolah.
17. Lewat bergerak ke perhimpunan/bengkel/makmal.
18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.
19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.
20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.
21. Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.
22. Mengganggu kawasan.
23. Mengganggu guru.
24. Lewat masuk kelas.
25. Mengotorkan kelas.
26. Tidak duduk setempat.
27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
KP(BS)8591/Jld.VIII / (76)
22 Mei1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1997 :
Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk
menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK
mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.
2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua guru,
kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah
dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.
3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka
mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan murid.
Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1993 : Garis Panduan Kempen Anti
Merokok Di Sekolah-Sekolah adalah terbatal.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia, Paras 7, Blok J, Pusat Bandar Damansara, 50604 Kuala Lumpur
Tel : 03-2556900 Fax : 03-2535150
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Y.B. Datuk Seri Mohd Najib b. Tun Haji Abdul Razak
Menteri Pendidikan Malaysia
2. Y.B. Datuk Haji Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Timbalan Menteri Pendidikan
3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
7. Ketua-Ketua Bahagian
Kementerian Pendidikan Malaysia
8. Ketua Unit Perhubungan Awam
Kementerian Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2586900
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Fax : 03-2535150
PARAS 7, BLOK J Laman Web : http://www.moe.gov.my
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50604 KUALA LUMPUR
KP(BS) 8591/Jld.XVIII (5)
1 Ogos 2002
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/2002 :
Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan
Adalah menjadi dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menggalakkan pihak sekolah
supaya menganjurkan lawatan untuk murid-murid sekolah yang berunsurkan pendidikan
yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah sama ada semasa cuti persekolahan mahupun semasa hari persekolahan biasa.
2. Bagi memastikan lawatan sekolah yang dirancang itu benar-benar memberi manfaat
kepada murid-murid yang mengikutinya, Surat Pekeliling Ikhtisas ini memperincikan
beberapa panduan yang perlu diikuti oleh setiap sekolah semasa merancang sebarang
Lawatan Sekolah pada hari persekolahan.
2.1 Lawatan Sekolah semasa hari persekolahan mestilah tidak melebihi dua kali
dalam setahun.
2.2 Setiap Lawatan Sekolah mestilah tidak melebihi 4 hari berturu-turut termasuk hari
perjalanan.
2.3 Sekolah-sekolah yang kurang murid (under enrolled) lawatan semasa hari
persekolahan boleh dibuat dengan syarat sekolah tidak ditutup sebaliknya
digalakkan supaya bergabung dengan sekolah-sekolah lain semasa membuat
lawatan.
2.4 Setiap Lawatan Sekolah mesti disediakan perancangan aktiviti murid sebelum,
semasa dan selepas lawatan.
2.5 Laporan lawatan yang disediakan oleh murid-murid hendaklah dikatikan dengan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
2.6 Lawatan Sekolah boleh dibuat ke tempat-tempat kategori berikut :-
2.6.1 Sains dan Teknologi/Alam sekitar
• Planetarium
• Muzium Sains
• Petrosains
• Cyberjaya
• Wetland di Paya Indah & Putrajaya
• FRIM
• Zoo
• Taman Pertanian
• Stesen Satelit
• Kilang Elektronik
• Kilang Kereta/Motosikal
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
• Kilang Makanan
• Pelabuhan dan Perkapalan
• Lapangan Terbang
2.6.2 Mercu Tanda
• Bangunan Parlimen
• Masjid Negara
• Putrajaya
• Tugu Negara
• Menara Petronas
• Menara Kuala Lumpur
• Dataran Merdeka
2.6.3 Galeri
• Memorial Tunku Abdul Rahman
• Memorial Tun Abdul Razak
• Galeri Perdana (Langkawi)
• Balai Seni Lukis Negara
2.6.4 Kesenian dan Kebudayaan
• Istana Budaya
• Dewan Filharmonik Petronas
• Pusat Kraftangan
• Kilang Batik dan Songket
2.6.5 Sejarah
• Muzium Sejarah
• Kesan-kesan Sejaran
• Rumah Kelahiran Pemimpin Negara
• Tempat-tempat Bersejarah
dan tempat-tempat lain yang dianggap sesuai dengan matlamat pengajaran dan
pembelajaran murid.
2.7 Semua prosedur untuk mengadakan Lawatan Sekolah hendaklah dipatuhi seperti
yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (LAWATAN
SEKOLAH).
3. Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan bertarikh 28 Julai 2000.
4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang
bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan
Pengetua serta Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAT
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia