87 c. Aplikasi WhatsApp (m-pembelajaran) Semasa berlaku COVID19 dan rakyat Malaysia telah melalui perintah berkurung mulai 18 Mac 2020. Pada tarikh tersebut kuliah baharu sahaja bermula tetapi terpaksa dihentikan. Kuliah mulai diarahkan untuk bermula semula pada awal bulan Mei 2020 dan saya mengajar kursus MTH4501 Analisis Berangka Lanjutan. Pada ketika itu, saya telah mengaplikasikan penggunaan telefon pintar, iaitu WhatsApp sebagai media untuk pengajaran dan pembelajaran. Asli Pengajaran dan pembelajaran menggunakan aplikasi Whatsapp adalah pengalaman saya yang pertama kerana selama ini Whatsapp saya hanya gunakan ia sebagai media telekomunikasi.
88 Signifikan WhatsApp memiliki kemudahan menghantar pesanan terus kepada pelajar dengan membuat group. Dalam aplikasi ini juga, saya boleh berkongsi gambar, dokumen dan juga video. Relevan Majoriti pelajar dalam kelas memiliki telefon pintar. Langkah pelaksanaan pembelajaran mengunakan kreativiti aplikasi WhatsApp untuk menghasilkan inovasi dalam pengajaran Langkah 1: Guru menyediakan Aktiviti Pembelajaran untuk waktu kuliah Langkah 2: Menyediakan dokumen dan video yang diperlukan semasa pengajaran dan di muatnaik dalam WhatsApp. Langkah 3: Melaksanakan kuliah berpandukan Aktiviti Pembelajaran mengikut langkah pembelajaran yang telah dirancang. Langkah 4: Melaksanakan penilaian di akhir pengajaran. Pelajar perlu emel latihan kepada pensyarah.
89 Latihan dihantar melalui aplikasi WhatsApp semasa kuliah Contoh video yang disediakan pada Langkah 2:
90 Latihan dihantar melalui aplikasi WhatsApp semasa kuliah
91 Latihan dihantar melalui aplikasi WhatsApp semasa kuliah
92
93 d. Pendekatan Modular Pendekatan modular ini adalah suatu pendekatan yang mana suatu bidang ilmu dipecahkan kepada beberapa topik kecil bagi memudahkan penyampaian dan pemahaman penerima ilmu. Oleh itu, saya praktikkan di dalam kelas supaya pelajar saya dapat menguasai pelajaran dalam subtopik yang kecil. Pendekatan ini di laksanakan dalam perbincangan kumpulan dan mereka akan bertukar dan berkongsi maklumat. Ini dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. i. Asli Pendekatan Modular adalah satu strategi yang boleh diaplikasikan dalam semua subjek. Saya telah perkenalkan pendekatan ini dalam kuliah MTH4501 Analisis Berangka Lanjutan supaya dapat membantu pembelajaran pelajar ii. Signifikan Ia dapat mengalakkan pelajar berfikir, menghayati dan bertindak serta mengintegrasi kandungan pembelajaran. iii. Relevan Pensyarah dapat mengawal pembelajaran pelajar dengan lebih mudah Pendekatan ini dapat memberi impak yang baik kerana ia dapat merangsang penglibatan pelajar secara lebih aktif. Kaedah Pendekatan Modular dapat melatih pelajar saya untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam subtopik yang kecil dalam berkumpulan. Mereka akan menggunakan kaedah perbincangan di mana aktiviti pembelajaran adalah secara berkongsi maklumat serta bertukartukar fikiran atau idea mengenai nota subtopik yang telah saya sediakan. Pelaksanaan pendekatan modular juga akan menggunakan pembelajaran koperatif.
94 Tugasan kepada pelajar menggunakan pendekatan modular Pelajar berbincang dalam kumpulan kecil Aktiviti perbincangan berasaskan masalah menggunakan Pendekatan Modular
95 Contoh Pendekatan Modular dalam Topik 8 MTH4501
96
97
98 e. Aplikasi Google Form Semenjak pandemik melanda negara, saya telah mengadaptasikan penggunaan Google Form dalam pengajaran saya. Google form merupakan aplikasi yang memiliki banyak fungsi. Dalam Google form boleh dimasukkan dokumen, gambar dan juga video pembelajaran. i. Asli Saya telah mengaplikasikan penggunaan Google Form dalam pembelajaran dan ianya suatu idea kreatif kerana saya telah melahirkan idea baru ke dalam kursus MTH4501 Analisis Berangka Lanjutan. Inovasi juga terhasil kerana ini adalah cara untuk menambah baik proses yang sedia ada supaya lebih efektif dan berkesan. ii. Signifikan Google form mempunyai pelbagai Fungsi yang sangat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran seperti contoh pelaksanaan kuiz, ujian, mengambil catatan kehadiran dan lain-lain. iii. Relevan Penggunaan google form adalah mudah bagi saya kerana boleh memastikan pelajar saya dapat berkomunikasi walaupun berada di luar bilik darjah dan juga pada bila2 masa.
99
100
101
102 3.2.2 Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Atau Penilaian Yang Merangsang Dan Memupuk KBAT Bagaimana saya memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)? Sebelum itu saya mesti memahami apa itu kemahiran berfikir aras tinggi? Kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang pelajar itu berfikir sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Pemikiran kritis adalah berhubungkait dengan beberapa kemahiran yang hendak diterapkan seperti membanding dan membezakan, mengkategorikan, mencirikan, menghuraikan, menganalisis, merumus dan meramal, membuat inferens dan menilai maklumat dan inferens.
103 Untuk meningkatkan pemikiran kritis dikalangan pelajar saya, saya akan membimbing pelajar melalui teknik-teknik berikut: a. Pembelajaran berpusatkan pelajar Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah salah satu kaedah yang saya laksanakan di dalam kelas bagi meningkatkan perkembangan intelek dan kemahiran berfikir pelajar. Kaedah ini juga akan menerapkan nilai berkerjasama dalam kumpulan. Ia juga akan mengajar pelajar nilai berkongsi ilmu dan kesabaran. Pelajar dalam perbincangan kumpulan
104 b. Pendekatan Modular Kaedah Pendekatan Modular akan melatih pelajar saya untuk mempelajari ilmu pengetahuan dalam subtopik yang kecil dalam kumpulan. Mereka akan menggunakan kaedah perbincangan di mana aktiviti pembelajaran adalah secara berkongsi maklumat serta bertukar-tukar fikiran atau idea mengenai nota subtopik yang telah saya sediakan. Pelajar dalam aktiviti pendekatan modular
105 Tugasan kepada pelajar menggunakan pendekatan modular
106
107
108
109
110
111 c. Teknik penyelesaian masalah Teknik ini akan melatih pelajar untuk mencari sesuatu alternatif yang sesuai atau pilihan untuk mendapatkan sesuatu penyelesaian. Soalan latihan pengukuhan dalam tutorial Saya kerap memberi soalan latihan di mana pelajar akan menggunakan pemikiran kritis dalam mentafsir soalan dan seterusnya menyelesaikan soalan tersebut. Di dalam kursus ini pelajar diajar kaedah penyelesaian yang pelbagai. Kesukaran yang selalu pelajar hadapi ialah untuk memilih kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan persamaan pembezaan yang diberi. Di dalam soalan Tutorial 9 No. 6 (di atas), pelajar akan mengunakan pemikiran kritis dari segi menaakul yang melibatkan pemikiran induktif dan pemikiran deduktif. Pelajar
112 akan mengkaji, mentafsir maklumat dan seterusnya menggunakan rumus atau kesimpulan untuk penyelesaian masalah. d. Teknik perbincangan Semasa teknik ini, pelajar di dalam sesuatu kumpulan kecil akan berbincang dan mempertimbangkan sesuatu kaedah yang telah dipelajari dari segi konsep dan langkah penyelesaiannya. Berikut adalah soalan perbincangan dalam kumpulan: Tujuan soalan di atas dikemukakan ialah supaya pelajar dapat menilai maklumat dan membezakan exact solution dan non exact solution. Seterusnya pelajar dapat membuat inferens kaedah substitution yang sesuai untuk penyelesaian masalah tersebut. e. Penilaian Soalan ujian memerlukan pelajar telah menguasai kemahiran kritis bagi membolehkan mereka menilai maklumat, membuat inferens dan menaakul. Jika pelajar belum mengusai kemahiran ini, maka besar kemungkinan mereka akan menghadapi masalah semasa menjawab
113 soalan. Oleh itu, saya cuba mempertingkatkan teknik penyelesaian masalah dan teknik perbincangan untuk meningkatkan tahap pemikiran kritis pelajar bagi kursus ini. Soalan Ujian 1 ANSWER ALL QUESTIONS 1. Solve the following difference equation: 2 1 2 4 n n n y y y + + − − = − where 0 1 y y = = 0, 1 . 2. Construct the given linear multistep method n n o n n 2 1 1 1 2 y y y h f + + + + + = and find the error coefficient. 3. Given the following IVP: 2 y x y x y h = + − = = 1 ( ) , 2 3, (2) 1, 0.25 Find y(2.25) and y(2.50) using Trapezoidal method. Note: Trapezoidal method: 1 1 ( ) 2 n n n n h y y f f + + − = + . 4. Write the given higher order differential equation as a system of first order differential equations: 4 3 0, (1) 2, (1) 3, (1) 6, (1) 4. y y xy y y y y − + = = = = − = 5. Definition: A multistep method is convergent if and only if it is consistent and zero stable. Determine if the given method is convergent. y y y h f f n n n n n + − − 1 1 1 = − + + + 4 5 4 2 ( ).
114 Soalan Ujian 2 ANSWER ALL QUESTIONS 1. Show that the method n n n y = y + hf +1 is absolutely stable for all h − 2,0. 2. Given the method ( ) n n n n n f f f h y +2 = y + +2 + 4 +1 + 3 , discuss the absolute stability and relative stability of the method. Is the method suitable for problem = y f , where > 0 or < 0. Give your explanation. 3. Given the initial value problem (IVP): x y y =1+ for y(1) = 2, 1,2. Find y(1.2) using the following predictor corrector method when h= 0.1: Adams-Bashford two-step method: ( ) 1 3 1 2 n+ = n + n − n− f f h y y Adams-Moulton two-step method: ( ) 1 5 1 8 1 12 n+ = n + n+ + n − n− f f f h y y for two iterations ( 2 PE(CE) . Use Euler method to find the initial values. 4. Show the integration and find the values of 1 0 1 ( 1)k r dr k − + − for k=0,1,2,3. Use the integration and backward difference formula, derive the Adams-Moulton threestep method.
115 3.2.3 Kesejajaran Antara Kaedah Pengajaran/Penyeliaan Dan Penilaian Dengan Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran bagi kursus MTH4501: Analisis Berangka Lanjutan adalah seperti di bawah: Pelajar dapat: 1. merumuskan teknik berkesan bagi menyelesaikan masalah dalam analisis berangka. (C5) 2. membina penyelesaian masalah persamaan pembezaan secara berangka dan menganalisis kejituan dan ralat yang terhasil. (P4, CTPS) 3. mengkaji keperluan analisis berangka dan seterusnya diaplikasikan terhadap masalah sebenar. (A3, LL) Kaedah pengajaran yang telah saya aplikasikan dalam kursus MTH4501 adalah berhubungkait dengan hasil pembelajaran kursus. Hasil pembelajaran 1: merumuskan teknik berkesan bagi menyelesaikan masalah dalam analisis berangka. (C5) Kaedah pendekatan modular yang digunakan dalam kelas di mana dilaksanakan secara pemusatan pelajar dan menggunakan teknik perbincangan. Ini telah membantu pelajar dalam memperolehi teknik berkesan dalam menyelesaikan masalah dalam analisis berangka Hasil pembelajaran 2: membina penyelesaian masalah persamaan pembezaan secara berangka dan menganalisis kejituan dan ralat yang terhasil. (P4, CTPS) Soalan-soalan tutorial yang saya sediakan sebagai latihan kepada pelajar akan membantu mencapai hasil pembelajaran ini dan mereka akan berbincang dalam kumpulan. Soalan-soalan tutorial adalah menjurus kepada
116 penyelesaian masalah dan mereka akan membuat perbandingan jawapan penyelesaian yang di perolehi dengan penyelesaian tepat untuk memperolehi kejituan penghampiran yang diperolehi dan juga ralat. Hasil pembelajaran 3: mengkaji keperluan analisis berangka dan seterusnya diaplikasikan terhadap masalah sebenar. (A3, LL) Saya telah menggunakan contoh-contoh aplikasi untuk penyelesaian menggunakan kaedah dalam analisis berangka. Saya juga sediakan tugasan projek dalam kumpulan untuk pelajar dapatkan masalah sebenar dan selesaikan menggunakan analisis berangka.
117 3.3 IMPAK KREATIVITI DAN INOVASI YANG DIGUNAKAN TERHADAP KUALITI PENGAJARAN 3.3.1 Peningkatan Pencapaian Pelajar Graf Gred Pelajar MTH4501 Sem 2 2019/2020 i) Ujian 1 (Wajaran 20%) ii) Ujian 2 (Wajaran 20%)
118 iii) Markah Keseluruhan(100%) MTH4501 Sem 2 2020/2021 i) Ujian 1 (Wajaran 20%)
119 ii) Ujian 2 (Wajaran 20%) iii) Markah Keseluruhan(100%)
120 MTH4501 Sem 2 2021/2022 i) Ujian 1 (Wajaran 20%) ii) Ujian 2 (Wajaran 20%)
121 iii) Markah Keseluruhan(100%) Dari keputusan Ujian 1, Ujian 2 dan Markah Keseluruhan bagi keputusan mengikut Semester 2 2019/2020, Semester 2 2020/2021 dan Semester 2 2021/2022, dapat diperhatikan ada peningkatan yang baik dalam keputusan markah keseluruhan. 3.3.2 Kualiti hasil kerja pelajar Didalam rangka kursus terdapat hasil pembelajaran yang ke tiga iaitu: - Mengkaji keperluan analisis berangka dan seterusnya diaplikasi terhadap masalah sebenar Untuk mencapai hasil pembelajaran ini, saya telah memberi tugasan untuk pelajar menyelesaikan masalah sebenar menggunakan kaedah analisis berangka yang telah dipelajari. Pelaksanaan kreativiti dan inovasi di awal topik telah membolehkan saya melihat peningkatan hasil kerja pelajar. Pelajar dapat mengaitkan kepentingan analisis berangka dalam menyelesaikan masalah sebenar. Berikut adalah beberapa hasil kerja pelajar dari Tugasan diberi:
122 Hasil kerja 1:
123 Hasil kerja 2:
124 Hasil kerja 3:
125 Hasil kerja 4:
126 Hasil kerja 5:
127 Hasil kerja 6:
PENILAIAN DAN TESTIMONIAL 04PENGAJARAN/PENYELIAAN
128 4. PENILAIAN DAN TESTIMONIAL PENGAJARAN/PENYELIAAN 4.1 Hasil penilaian pengajaran/penyeliaan oleh pelajar 4.1.1 Penilaian pengajaran oleh pelajar Semester 1 2016/2017
129
130 Semester 2 2016/2017
131
132 Semester 1 2017/2018
133