BAB 3 PEMBINAAN ITEM
Jadual 3.1: Penilaian dan Instrumen Penggredan Penilaian Berasaskan Tempat Kerja
Jenis Penilaian Contoh Hasil Contoh Tugas Instrumen
Penilaian Penggredan Yang
Berasaskan Yang Akan
Diukur Menilai dan Dicadangkan
TBeemrapsaatsKkearnja memberi
Tempat Kerja pengesahan Rubrik - Penilai
kemahiran pelatih menilai
Melakukan kebolehan pelatih
prosedur praktis Menilai melalui:
kinikal kebolehan pelatih
menyelesaikan ● Senarai semak
Keupayaan masalah khusus
menyelesaikan di tempat kerja Rubrik - Penilai
masalah di tempat dan menyediakan menilai
kerja laporan kebolehan pelatih
melalui:
Latihan
● pemerhatian
Praktikal
/ Amali ● mesyuarat dan
perbincangan
dengan
pengajar/
clinical
instructor /
local preceptor
● laporan dan
pembentangan
Keupayaan Laporan/ Rubrik - Penilai
berkomunikasi Pembentangan menilai
secara lisan dan kajian kes kebolehan pelatih
bertulis melalui:
Laporan/
Keupayaan untuk Pembentangan ● pemerhatian
menyelesaikan kajian kes
masalah klinikal ● mesyuarat dan
Laporan/ perbincangan
Keupayaan untuk Pembentangan dengan
menunjukkan kajian kes pengajar/
kemahiran analitik clinical
Laporan/ instructor dan
Keupayaan untuk Pembentangan local preceptor
menunjukkan kajian kes
kemahiran ● laporan dan
pemikiran kritikal pembentangan
33
3.1.3 PEPERIKSAAN DAN UJIAN
Peperiksaan dan ujian adalah alat ukur yang digunakan untuk mendapatkan bukti
empirikal bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia
bertujuan meningkatkan kebolehan pelatih dalam menyuarakan, memberi hujah,
menganalisis, memberi justifikasi, menyampaikan idea dan menilai secara kritis.
Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian dengan
betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat untuk tujuan pengujian yang
berkualiti.
i. Kaedah Penilaian Peperiksaan
a. Penilaian Formatif
Penilaian Formatif adalah kaedah penilaian berterusan yang dilaksanakan
semasa pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan mendiagnos
keberkesanan serta kelemahan pengajaran dan pembelajaran. Contoh
memberi ujian MCQ, SEQ, tugasan, kuiz dan sebagainya. Markah diberi
untuk tujuan diagnosis mengikut kurikulum program berkaitan.
Penilaian Formatif diteruskan sebagai kaedah menilai kefahaman/
penguasaan pelajar/ pelatih terhadap topik-topik yang diajar. Audit
pelaksanaan penilaian formatif akan dijalankan oleh Unit Penilaian dan
Pensijilan semasa lawatan naziran.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian Sumatif adalah penilaian yang digunakan untuk menilai
penguasaan pelajar/ pelatih ke atas sebahagian besar atau keseluruhan
kurikulum. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian
seorang pelajar/ pelatih di antara satu sama lain dan digunakan untuk
membuat penggredan.
Penilaian sumatif terdiri daripada:
i. Penilaian Berterusan
ii. Penilaian Akhir Semester
ii. Konstruk
Konstruk ialah perkara yang dinilai, dibangunkan atau diperkembangkan
melalui pengajaran sesuatu mata pelajaran/ subjek. Ia dikenalpasti
daripada sukatan pelajaran.
Terdapat domain yang hendak dinilai iaitu:
a. Domain Kognitif (Cognitive)
Melibatkan perilaku yang menekankan aspek intelektual
(pengetahuan, pengertian dan critical thinking)
b. Domain Psikomotor (Psychomotor)
Domain psikomotor termasuk pergerakan fizikal, koordinasi
dan penggunaan kemahiran motor (melaksanakan
prosedur)
c. Domain Afektif (Affective)
Melibatkan perilaku yang menekankan aspek emosi
(minat, perasaan, penghargaan, motivasi, sikap, ekspresi
dan cara penyesuaian diri).
34
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
iii. Instrumen
Adalah perkara atau alat, berserta cara pemberian skornya, yang
digunakan untuk mendapatkan bukti yang boleh dipertimbangkan dalam
pentaksiran sesuatu konstruk.
a. Ciri-ciri Instrumen
• Akur kurikulum kursus.
• Akur spesifikasi.
• Ketetapan : konstruk, tajuk.
• Kejelasan: Rangsangan / stimulus, stem, homogeniti, bahasa.
• Kesesuaian: aras kesukaran, kepentingan, keadilan.
• Item dalam instrumen mestilah mewakili: kepelbagaian item,
kepelbagaian cara menyoal .
b. Instrumen Penilaian
• Amali asdfasdfs
Amali adalah penilaian perlakuan yang digunakan untuk menguji
kebolehan dan kecekapan individu dalam melakukan sesuatu aktiviti atau
amali serta menguji domain psikomotor.
• Lisan
Lisan adalah penilaian yang menggunakan teknik perbincangan dan
temubual serta menguji domain afektif dan kognitif.
• Bertulis
Penilaian bertulis adalah satu penilaian yang menggunakan kertas dan
pensil/ pen untuk menguji penguasaan dan kemahiran khususnya
• Item Objektif
Item objektif memerlukan pelajar/ pelatih menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau paling tepat.
c. Komponen Item
• Stimulus
Adalah perkataan pencetus idea supaya pelajar/ pelatih dapat gambaran
jawapan terhadap soalan yang dibaca. Suatu maklumat yang khusus
berbentuk teks, grafik, rajah dan data yang menjadi fokus kepada situasi
tugasan dan berbentuk authentic. .
• Tugasan
Pernyataan tentang apa yang perlu diberikan atau dikemukakan sebagai
respon kepada item. Tugasan terdapat pada stem soalan.
• Arahan
Arahan adalah pernyataan tentang apa yang perlu dipersembahkan
(fokus) sebagai respon. Arahan terdapat pada stem soalan.
• Panduan Memberi Markah (PMM)
Panduan tentang bagaimana skor harus diberikan kepada pelbagai
35 respon yang diberikan.
iv. Penilaian Item
Penilaian item ialah proses membuat pengadilan atau pertimbangan
terhadap kualiti item yang dibina, berdasarkan prinsip pembinaan
item dan ciri-ciri item yang baik. Proses ini harus berakhir dengan
ketetapan sama ada item itu DITERIMA, DALAM PERHATIAN atau
DITOLAK.
Rumusan bagi penilaian item berdasarkan Tugasan lima (5) Block
dan Sistem sembilan (9) Point adalah seperti berikut:
a. Dua atau lebih negatif = Item Ditolak.
b. Satu negatif = Item Dalam Perhatian.
c. Semua positif = Item Diterima.
Jumlah item baharu
Jumlah item baharu yang perlu digubal di peringkat ILKKM
disarankan adalah berdasarkan kepada status bank soalan dan
keperluan semasa.
3.2 ELEMEN DALAM PEMBINAAN ITEM PEPERIKSAAN
3.2.1 Menyediakan jadual spesifikasi ujian (JSU)
Merupakan langkah awal dalam pembinaan item ujian dengan mengkaji silibus
pembelajaran, menganalisis hasil pembelajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan.
3.2.2 Menyediakan jadual spesifikasi indeks (JSI)
3.2.3 Menggubal item ujian.
3.2.4 Mengedit dan memurnikan item ujian.
3.2.5 Menilai item ujian.
3.2.6 Membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.
3.2.7 Item yang digubal dalam Bahasa Inggeris perlu disediakan juga dalam
Bahasa Malaysia (Dwi-bahasa iaitu English-Bahasa Malaysia).
36
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
3.3 PEMBANGUNAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
3.3.1 TUJUAN PENYEDIAAN JSU
i. Sebagai panduan kepada penggubal soalan.
ii. Memastikan item-item ujian yang dibina meliputi keseluruhan
kandungan pelajaran mengikut domain dan hasil pembelajaran
yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan.
iii. Memastikan ujian yang dibina adalah setara dari tahun ke tahun.
iv. Menetap dan memperuntukkan jenis item dan ciri item yang perlu ditulis.
v. Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
vi. Menentukan skop dan pemberatan ujian yang seimbang.
3.3.2 ELEMEN DI DALAM JSU (Rujuk Lampiran 41)
i. Tajuk Kursus/ Konteks.
ii. Hasil Pembelajaran (CLO dan LO).
iii. Topik kursus.
iv. Aras kemahiran revised Bloom’s Taxonomy
((AAnnddeerrssoonn && KKrraatthhwwoohhll’’ss),.2001)
v. Domain (kognitif, psikomotor dan afektif).
vi. Jenis-jenis item (MCQ/ SEQ / MEQ/ OSCE/ OSPE atau amali).
vii. Bilangan item.
viii. Bentuk soalan.
ix. Peratusan pemarkahan.
x. Aras item.
xi. Minggu penilaian.
3.3.3 KEPENTINGAN JSU
i. Menjamin pembinaan sesuatu ujian item mengikut penentuan LO
yang ditetapkan.
ii. Menjamin kesahan sesuatu ujian.
iii. Menentukan kepentingan sesuatu topik dan aras-aras kemahiran.
iv. Menentukan keseimbangan antara topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.
v. Memberi panduan untuk membuat format ujian.
vi. Memberi panduan untuk membentuk soalan.
vii. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
viii. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain.
37
3.4 PEMBANGUNAN JADUAL SPESIFIKASI INDEKS (JSI)
3.4.1 Panduan Penyediaan JSI
i. Pilih hasil pembelajaran yang hendak diuji.
ii. Senaraikan isi atau kandungan pembelajaran.
iii. Tentukan nombor item yang akan dibina mengikut aras kemahiran.
iv. Tentukan bilangan item soalan mencukupi untuk mengukur
pencapaian pelajar/ pelatih.
v. Semak semula jenis item yang telah ditetapkan sama ada menepati
kehendak objektif kurikulum.
3.4.2 Elemen Dalam JSI (Rujuk Lampiran 42)
3.4.3
i. Tajuk Kursus/ Konteks.
ii. Hasil Pembelajaran (CLO dan LO).
iii. Aras kemahiran (Revised Bloom’s Taxonomy Anderson & Krathwohl’s).
iv. Jumlah jam pengajaran.
v. Domain (kognitif, psikomotor dan afektif).
vi. Aras kesukaran (rendah, sederhana, tinggi).
vii. Jenis-jenis item (MCQ/ SEQ/ MEQ/ OSCE/ OSPE atau amali).
viii. Bilangan item.
ix. Bentuk soalan.
Tugasan lima (5) Block
Tugasan lima (5) block (Rujuk Jadual 3.2) adalah arahan pengagihan item yang
perlu digubal berdasarkan JSU yang mempunyai komponen seperti berikut:
i. Jenis item
- Objektif (MCQ).
- Subjektif (SEQ/ MEQ).
- OSCE/ OSPE/ Amali.
ii. Klasifikasi item
- Kognitif - bagi menguji pengetahuan dan pemahaman.
- Psikomotor - bagi menguji kemahiran.
- Afektif - bagi menguji nilai/ sikap.
● Item boleh diklasifikasikan sebagai Pengingatan atau Pemikiran.
● Item Pengingatan (recall item) - item yang memerlukan
pengingatan untuk menjawabnya.
● Item Pemikiran (thinking item) - item yang memerlukan calon
mengaplikasikan kemahiran berfikir untuk calon menjawabnya.
https://dokumen.tips/documents/taklimat-pembinaan-item-bm.html
38
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
iii. Konstruk
- Konstru-k berdasarkan revised Bloom’s Taxonomy Anderson &
Krathwohl’s (2001) iaitu sama ada (Remember) Pengingatan ,
(Understand) Kefahaman, (Apply) Aplikasi, (Analyse) Analisis,
(Evaluate) Penilaian dan (Create) Mencipta.
iv. Tajuk
- Tajuk mengikut kurikulum yang berkaitan.
v. Aras kesukaran
- R (Aras rendah/ item mudah).
- S (Aras sederhana/ item pertengahan).
- T (Aras tinggi/ item sukar).
Jadual 3.2: Tugasan lima (5) Block
JENIS KLASIFIKASI KONSTRUK TAJUK ARAS
ITEM ITEM (Learning KESUKARAN
Outcome)
MCQ (SR) (Recall/ Cognitive 1.1.1 Fisiologi Low/ Medium /
Thinking) (Remember/ Understand/ Sistem High
Apply/ Analyse/ Evaluate
Kardiovaskular
/ Create)
3.4.4 Sistem sembilan (9) Point
Sistem sembilan (9) Point digunakan semasa sesi pengeditan untuk menentu-
kan kesahihan dan kualiti item (Rujuk Jadual 3.3). Item yang berkualiti adalah
berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:
i. Keakuran
a. Akur Kurikulum
Perkara yang ditaksir (konstruk) dan di mana pentaksiran itu dilakukan
(tajuk/ konteks) mestilah sebahagian daripada kurikulum. Aspek ini
sangat penting kerana sekiranya perkara yang ditaksir itu di luar
kurikulum, maka kesahan item itu boleh dipertikaikan.
b. Akur Spesifikasi
Spesifikasi diwujudkan untuk mengawal ujian dari segi idea dan
kandungan. Ia mesti akur dengan spesifikasi di peringkat JSU untuk
memastikan taraf ujian adalah sama setiap tahun dengan menggunakan
JSU yang sama.
c. Akur Peluang
Pelatih mestilah diberi peluang yang mencukupi untuk mempelajari
tentang perkara yang ditaksir. Peluang adalah merujuk kepada fasiliti,
pengajar serta kepakaran dan pengalaman pelatih.
39
Jadual 3.3: Jadual Sistem sembilan (9) Point
Keakuran Ketepatan dan Kejelasan Kesesuaian
Kurikulum Spesifikasi Peluang Konstruk Tajuk Komponen Kesukaran Penting Keadilan
Item
√ √ √√√ √ √ √√
Rumusan: Item diterima / dalam perhatian / ditolak
ii. Ketepatan dan Kejelasan
a. Tepat Konstruk
Item yang digubal mestilah menepati konstruk. Contohnya, jika item
yang digubal itu adalah di peringkat kognitif, maka item mestilah
menepati peringkat kognitif tersebut.
b. Tepat Tajuk
Item yang digubal mestilah menepati tajuk, isi kandungan, tema, unit dan
modul.
c. Komponen Item
Item juga mesti mempunyai komponen yang jelas dalam aspek stimulus,
tugasan, arahan, bahasa dan Panduan Memberi Markah (PMM).
Penggubal harus memastikan susunan perkataan, ayat dan gambarajah
memberi isyarat yang jelas tentang perkara yang perlu dilakukan oleh
pelatih. Item yang dibina itu juga perlu dipastikan mempunyai standard
komunikasi yang tinggi dari segi stimulus, tugasan dan arahan.
iii. Kesesuaian
a. Aras Kesukaran
Aras kesukaran terbahagi kepada:
● Aras Rendah ialah item yang mudah dijawab oleh 60-80% pelajar/
pelatih. Aras rendah iaitu item mudah yang boleh dijawab oleh
sebahagian besar pelajar/ pelatih.
● Aras Sederhana ialah item yang sederhana boleh dijawab oleh
40-60% pelajar/ pelatih. Aras sederhana iaitu item pertengahan yang
boleh dijawab oleh pelajar/ pelatih sederhana dan cemerlang.
● Aras Tinggi ialah item yang sukar dijawab oleh 20-40% pelajar/
pelatih. Item ini biasanya hanya boleh dijawab dengan betul oleh
pelajar/ pelatih yang cemerlang. KPM (2013) menyatakan bahawa
Aras Tinggi ialah item sukar yang boleh dijawab oleh pelajar/ pelatih
cemerlang sahaja.
40
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
b. Sesuai Dengan Kepentingan
Sesuai dengan kepentingan bermaksud perkara yang ditafsir mestilah
penting dalam kurikulum. Idea, isi kandungan atau hal-hal yang
diketengahkan dalam item merupakan perkara yang penting dalam
penguasaan pelajar/ pelatih.
c. Sesuai Dengan Keadilan
Sesuai dengan keadilan yang bermaksud item yang dikemukakan tidak
memberi faedah secara sistematik atau automatik kepada kelompok
tertentu seperti kaum, jantina, tempat tinggal atau sebagainya
(tidak bias).
3.4.5 Menentukan Aras Kesukaran
Aras kesukaran boleh diperolehi melalui:
a. Bukti empirikal berdasarkan:
● Statistik item.
● Nilai Indeks Kesukaran.
● Indeks Diskriminasi.
b. Pertimbangan profesional (expert judgement).
3.5 ITEM ANEKA PILIHAN (MCQ)
Aneka pilihan (MCQ) adalah item yang mempunyai satu tugasan, arahan dan empat (4)
pilihan jawapan yang telah ditetapkan. Setiap item perlu mengandungi stimulus, stem,
opsyen, jawapan dan distraktor.
3.5.1 Komponen Asas Pembinaan Item Aneka Pilihan (MCQ)
i. Stimulus
Stimulus adalah perkataan pencetus idea supaya pelajar/ pelatih dapat
gambaran jawapan terhadap soalan yang dibaca. Suatu maklumat
yang khusus berbentuk teks, grafik, rajah dan data yang menjadi
fokus kepada situasi tugasan serta berbentuk authentic.
ii. Stem
Stem adalah pernyataan yang mengandungi tugasan dan arahan.
Biasanya ayat lengkap terhadap masalah yang hendak
diselesaikan atau ayat tidak lengkap dan ayat bentuk soalan. Stem
tidak mengandungi sebarang bayangan (clues) jawapan.
iii. Opsyen
Opsyen mengandungi kunci (jawapan) dan distraktor. Kunci jawapan
adalah opsyen yang betul atau tepat.
41
3.5.2 Panduan Menulis Item Aneka Pilihan (MCQ) - Respon Tunggal/ Betul
Atau Salah
i. Pilih konsep atau idea dan juga konstruk yang hendak diuji.
ii. Tulis stem di sekitar idea yang dipilih (jelas, tiada window dressing).
iii. Pastikan hanya ada satu jawapan (bagi soalan respon tunggal sahaja).
iv. Gunakan bahasa yang mudah, tepat dan jelas.
v. Tentukan matlamat dengan jelas.
vi. Set item hendaklah:
● Dibina berdasarkan stimulus yang diberikan, bukan dari maklumat lain
atau daripada item sebelumnya.
● Independent.
● Tiada kenyataan negatif berganda (double negative), contoh TIDAK,
BUKAN atau TIADA.
● Opsyen mestilah seragam (homogenous) dan tidak memberi clue.
vii. Bagi soalan yang mempunyai pilihan jawapan:
● Jumlah pilihan jawapan tidak melebihi empat (4) pilihan.
● Gabungan opsyen jawapan tidak melebihi dua (2) pilihan.
Contoh pasangan pilihan jawapan adalah seperti di bawah:
A. i dan ii
B. i dan iii
C. ii dan iv
D. iii dan iv
● Tidak digalakkan menggunakan opsyen “semua di atas” atau
“tiada satu pun di atas”.
● Soalan pasangan pilihan jawapan tidak melebihi 20% dari jumlah item
soalan yang digubal.
viii. Soalan ‘kecuali’ tidak boleh melebihi 10% daripada jumlah item
soalan yang digubal.
ix. Tiada unsur bias, menyinggung pelbagai pihak atau mengemukakan hal
yang sensitif (nama, jantina, agama, emosi, budaya, isu politik).
x. Elakkan penggunaan rangkai kata yang berulang dalam setiap opsyen.
xi. Pengulangan satu perkataan dibolehkan.
42
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
xii. Dalam sesuatu soalan, opsyen hendaklah:
● Homogenous
● Hampir sama panjang
xiii. Setiap opsyen hendaklah mempunyai perkaitan dengan item yang
hendak ditanya.
xiv. Tatabahasa hendaklah konsisten dalam semua opsyen dan mudah
difahami.
xv. Elakkan rangkai kata atau ayat yang terlalu panjang.
xvi. Susun kunci jawapan secara rawak dan bilangan yang seimbang pada
opsyen A, B, C dan D.
xvii. Aras item Objektif:
Item-item objektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang
berbeza merujuk kepada Revised Bloom’s Taxonomy Anderson &
Krathwohl’s, terdapat 6 aras pembelajaran iaitu Remember, Understand,
Apply, Analyze, Evaluate, Create (Anderson & Krathwohl’s, 2001)
Rujuk Jadual 3.4 untuk aras item objektif dan Jadual 3.5 untuk
kata tugasan.
43
Jadual 3.4: Aras Kemahiran dalam bidang kognitif
Aras Taksonomi Contoh Kata Tugasan/
Kerja
C1 Remember Namakan, Labelkan,
Senaraikan, Nyatakan,
Menguji kebolehan pelatih mengingat kembali
fakta, erti, istilah, prinsip, hukum dan definisi. Manakah, Apakah.
C2 Understand Huraikan, Jelaskan,
Menguji kebolehan pelatih memahami, Terangkan, Bezakan,
menterjemah fakta, konsep, prinsip, hukum dan Klasifikasikan,
Interpretasikan.
teori.
C3 Apply
Menguji kebolehan pelatih menyelesaikan Kirakan, Tunjukkan,
masalah dan juga mampu menggunakan dalam Selesaikan,
situasi baharu. Masalah diselesaikan dengan Demonstrasikan.
cara tersendiri menggunakan gabungan teori,
pengalaman dan pelbagai kaedah.
C4 Analyze
Menguji kebolehan pelatih membanding dan Bezakan, Asingkan,
menghuraikan faktor-faktor kesamaan, Aturkan, Bahagikan,
perbezaan dan perhubungan di antara satu sama Simpulkan
lain.
C5 Evaluate
Menguji kebolehan pelatih membuktikan, Nilai, Kritik, Ulaskan,
menilaikan, mengesahkan, merumuskan atau Justifikasikan.
memberi pendapat sesuatu pernyataan, prinsip,
teori bagi sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.
C6 Create
Menguji kebolehan pelatih mengabungkan semua Ciptakan, Wujudkan,
dapatan dan membentuk satu elemen baru, Bentukkan.
ciptaan, prinsip, teori bagi sesuatu fikiran,
tugasan atau kaedah.
Rujukan: (Anderson et al., 2001)
44
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
Bagi kata tugasan/ kerja dan respon yang diharapkan daripada calon adalah seperti jadual
3.5 dibawah. Jadual 3.5: Makna Kata Tugasan/ Kerja
Kata Tugasan/ Respon Yang Diharapkan
Kerja
Anggarkan Memberi nilai kuantitatif pengiraan atau pertimbangan.
Apakah Memberi maklumat yang khusus/ spesifik.
Bagaimanakah Memperihalkan/ memberikan penerangan tentang cara
keadaan/ langkah/ kronologi kejadian.
Bandingkan Memberi persamaan atau perbezaan antara dua atau lebih
perkara.
Bezakan Memberi kelainan/ ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara.
Bilakah Menyatakan masa/ waktu.
Bincangkan Memberi pandangan daripada beberapa aspek.
Buktikan Menyatakan kebenaran dengan dalil/ contoh/ fakta.
Cadangkan/ Mengemukakan sesuatu idea/ pendapat.
Syorkan/ Sarankan
Carikan Memberi jawapan tanpa atau dengan hitungan ringkas.
Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada bahagian-bahagian.
Hitungkan Memberi jawapan melalui kaedah pengiraan.
Huraikan Memperihalkan sesuatu dengan panjang lebar/ terperinci dan
teratur.
Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh/ gambar rajah.
Jadualkan Membuat susunan acara/ perkara yang diatur mengikut masa
yang ditentukan.
Kelaskan Mengasingkan kepada beberapa kumpulan mengikut ciri tertentu.
Kemukakan Memberi pendapat sama ada menyokong atau membangkang.
Kenalpastikan Menunjukkan sesuatu berdasarkan fakta/ rangsangan yang
diberi.
Mengapakah Memberi sebab.
Nyatakan Memberi fakta tanpa huraian atau sokongan.
Ramalkan Membuat/ menyatakan jangkaan sesuatu yang akan berlaku
Senaraikan berdasarkan fakta.
Menyatakan beberapa fakta/ pernyataan dalam bentuk point.
Tafsirkan Menerangkan maksud ayat/ fakta dengan terperinci.
Takrifkan Memberi tafrifan istilah yang diberikan.
45
Kata Tugasan/ Respon Yang Diharapkan
Kerja
Umum - ditafsirkan sebagai hitung, tentukan, dapatkan.
Cari
Hitung Jawapan berangka - kerja hendaklah ditunjukkan.
Tentukan Kuantiti diperoleh secara penghitungan, menggantikan nilai bagi
kuantiti-kuantiti lain ke dalam rumus piawai.
Tunjukkan
Langkah atau sebab yang membawa kepada keputusan atau fenomena
Ramalkan yang diberikan, atau membuktikan sesuatu.
Deduksikan Jawapan diperoleh dengan membuat perkaitan antara maklumat; jawapan
ringkas dan padat tanpa penyataan sokongan.
Setujukah anda
Sejauh manakah Seperti ramalkan tetapi memerlukan penyataan sokongan (misalan:
merujuk hukum atau prinsip) atau taakulan.
Ulaskan
Pernyataan pendirian pelatih dengan hujah atau alasan.
Menilai peranan suatu faktor dalam suatu proses atau fenomena
berbanding dengan faktor lain.
Rumusan atau kesimpulan dengan alasan daripada fakta atau data.
Nilaikan Penggunaan lebih dari satu kriteria.
Analisiskan
Memecahkan petikan, perenggan, carta atau data kepada bahagian dan
menghuraikan perkaitan antara bahagian itu.
Rujukan: (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
3.5.3 Panduan Menulis Stem
i. Kenal pasti perkara yang hendak diuji oleh item itu.
ii. Satu item menguji satu permasalahan.
iii. Jika stimulus menjadi sebahagian stem, maka stimulus itu hendaklah:
● berkaitan dengan tugasan dan opsyen.
● ditulis dengan jelas.
● tiada pembaziran perkataan sebagai hiasan (window dressing).
● memberi maklumat betul, berkaitan dan terkini.
● dilukis dengan terang (jika gambarajah).
46
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
Rajah 3.1: Contoh item MCQ
iv. Tugasan yang menjadi sebahagian daripada stem hendaklah ditulis
selepas stimulus:
● sama ada dalam bentuk soalan, arahan atau pernyataan
tidak lengkap.
● ditulis dengan tepat supaya menguji apa yang hendak diuji.
● pilih kata tugas yang betul dan bersesuaian dengan apa yang
hendak diuji.
● elakkan perkataan atau frasa yang tiada fungsi.
v. Jika tugasan perlu direspon berdasarkan perkataan, frasa atau ayat
dalam stimulus berbentuk petikan, rujukan perlu ditulis dengan tepat
dalam petikan itu.
vi. Elakkan menulis stem yang tugasannya boleh direspon melalui
maklumat yang diberi oleh item lain.
vii. Elakkan kata kunci jawapan dalam stem (leading item).
viii. Perkataan atau frasa yang berulang-ulang di dalam opsyen perlu
dimasukkan ke dalam stem.
ix. Tidak memberikan bayangan (clue) kepada jawapan.
x. Tulis stem berbentuk melengkapkan ayat dengan tempat kosong di
hujung ayat.
xi. Tidak memetik terus frasa daripada media cetak atau elektronik.
47
xii. Pelbagaikan format penulisan stem item.
Contoh format penulisan item mengikut house style (rujuk Lampiran 1).
xiii. Stimulus hendaklah:
● Relevan.
● Dinyatakan dalam bentuk paling berkesan.
● Maklumat yang authentic.
● Maklumat yang jelas dan tidak keliru.
● Ringkas dan jelas.
● Jika stimulus berbentuk rajah, jelaskan dengan tepat untuk
mengelakkan ambiguity.
3.5.4 Panduan Menulis Opsyen
i. Sama penting dengan stem item.
ii. Sedikit perubahan pada opsyen boleh mengubah keseluruhan item.
iii. Setiap opsyen yang diberikan perlu berkaitan dengan stem item.
iv. Setiap opsyen mestilah homogenous di antara satu sama lain.
Contoh:
1. Antara yang berikut, manakah merupakan tulang panjang?
Femur
A. Tarsal
B. Patella
C. Metacarpal
D.
v. Bina distraktor secara bandingan sama panjang, sama rumit, dan sama
bentuk, khasnya dengan kunci jawapan. Sekiranya tidak dapat dilakukan,
susun distraktor secara menegak mengikut urutan yang munasabah.
Ketidaksamaan panjang, kerumitan, dan gaya bahasa yang berlainan
menyebabkan calon boleh meneka kunci jawapan.
Distraktor boleh dibentuk dari:
- pernyataan atau penyelesaian masalah yang memang salah,
separuh salah atau betul tetapi tidak menepati kehendak tugasan.
- penyelesaian masalah yang betul tetapi kurang cermat
mengendalikan pengiraan.
- penyelesaian masalah dengan konsep yang salah.
- penggunaan rumus yang salah.
- kurang cermat memahami soalan/ tugasan.
vi. Opsyen hendaklah sesuai dari segi susunan ayat dengan tugasan item.
Elakkan penggunaan kata penguat atau penegasan yang panjang atau
rumit sebagai distraktor untuk memperdayakan calon.
48
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
vii. Opsyen mestilah jelas, tidak berulang dan berbeza dengan opsyen lain.
viii. Elakkan opsyen yang bercanggah/ kontra antara satu sama lain.
ix. Tidak ulang kata kunci daripada stem item dalam kunci jawapan.
x. Tidak ulang perkataan atau frasa yang sama bagi setiap opsyen.
xi. Elakkan opsyen negatif (tidak, bukan, tiada dan sebagainya).
xii. Pilih distraktor yang munasabah dan sama tarikannya.
xiii. Elakkan opsyen yang terlalu panjang dan mengelirukan.
xiv. Opsyen yang boleh jadi benar tetapi bukan menjadi respon yang betul
bagi stem item boleh dijadikan distraktor.
3.6 PEMBINAAN ITEM SHORT ESSAY QUESTION (SEQ)/ MODIFIED ESSAY
QUESTION (MEQ) (RUJUK LAMPIRAN 2)
i. SEQ/ MEQ adalah item yang membenarkan subjektiviti dalam respon yang
diberikan.
ii. Item yang memerlukan calon menulis jawapan berbentuk ayat, perenggan
(terhad), esei penuh (lanjutan) atau membentangkan idea-idea dengan
perkataan sendiri.
iii. Pemeriksaan skrip jawapan dilakukan secara subjektif, holistik dan analitik
(mengikut Panduan Memberi Markah [PMM]).
3.6.1 Jenis Item Subjektif
i. Item Respon Terbuka
a. Mengandungi soalan yang memerlukan pelatih memberi jawapan
dalam satu atau beberapa perenggan.
b. Mengundang pelbagai kemungkinan respon.
c. Darjah kebebasan tertakluk kepada stimulus dan tugasan item.
d. Sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang memerlukan
beberapa kombinasi aras Revised Bloom’s Taxonomy Anderson &
Krathwohl’s (2001).
ii. Item Respon Terhad
a. Mengandungi soalan yang memerlukan pelajar/ pelatih menulis
jawapan secara ringkas.
b. Respon yang memerlukan jawapan fakta serta terhad kepada skop
soalan dan markah yang diperuntukkan.
c. Respon dibina berdasarkan stimulus dan tugasan item.
iii. Item Berstruktur
a. Mengandungi satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu isu
yang dikemukakan satu demi satu.
b. Jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu
yang dikemukakan.
49
3.6.2 Komponen Asas Item SEQ/ MEQ
i. Stimulus adalah maklumat khusus di mana sesuatu soalan itu
didasarkan.
ii. Stem adalah pernyataan tentang apa yang dipersembahkan bagi
mendapatkan respon.
iii. Arahan adalah penyataan yang menunjukkan bagaimana respon itu
harus dikemukakan.
iv. Panduan Memberi Markah (PMM) adalah panduan pemberian skor.
3.6.3 Panduan Menggubal Item SEQ/ MEQ
3.6.4 i. Penggubal soalan perlu menetapkan jumlah item mengikut tahap
Revised Bloom’s Taxonomy Anderson & Krathwohl’s (2001), yang telah
ditetapkan.
ii. Pastikan idea dan konstruk yang hendak diuji.
iii. Gunakan stimulus sebenar dalam membentuk soalan esei. Tuliskan
tugasan esei dengan jelas, spesifik dan berfokus.
iv. Stimulus jika digunakan hendaklah relevan dan mudah difahami.
v. Gunakan bahasa yang jelas dan sesuai dengan tahap pelajar/ pelatih.
vi. Tiada window dressing (senario yang tidak berkaitan).
vii. Item memenuhi wajaran pemarkahan.
viii. Menyediakan skema jawapan dan Panduan Memberi Markah (PMM).
Panduan Umum Menggubal Item Esei
i. Pilih satu tajuk/ subtajuk daripada Jadual Spesifikasi Ujian.
ii. Senaraikan butir/ ciri yang berkaitan dengan tajuk/ subtajuk yang hendak
diuji: prinsip/ hukum/ keterangan sifat dan lain-lain.
iii. Tentukan sama ada soalan perlu dipecahkan kepada beberapa
bahagian.
iv. Tentukan sama ada soalan memerlukan rangsangan. Jika perlu,
pastikan rangsangan tersebut relevan dengan tugasan soalan.
v. Gubal soalan dengan menggabungkan tugasan soalan, tajuk dan
stimulus dengan mempertimbangkan soalan:
a. seberapa ringkas yang mungkin.
b. tepat dan jelas.
c. tidak mengandungi unsur pentafsiran.
50
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
d. mampu membezakan pelajar/ pelatih cemerlang, sederhana dan
lemah.
e. sesuai dengan peringkat pembelajaran.
f. tidak menyinggung emosi, peribadi, kepercayaan, kebudayaan,
agama, dan isu-isu sensitif.
vi. Sediakan skema jawapan kepada soalan (untuk menyemak kesesuaian
tugasan soalan).
vii. Sediakan PMM dengan pecahan dan wajaran markah untuk menjamin
keseragaman pemeriksaan.
viii. Semak soalan, skema jawapan dan PMM.
ix. Tentukan keseragaman soalan dari aspek liputan jawapan, masa untuk
menjawab, aras kesukaran, kepentingan tajuk/ sub tajuk.
x. Dapatkan pandangan kedua iaitu ditaksir/ disemak oleh orang lain/
Subject Matter Expert (SME) jika perlu.
3.7 ANALISIS ITEM
3.7.1 Definisi
Analisis item ialah laporan statistik bagi menentukan kesahan (validity) dan
kebolehpercayaan (reliability) item soalan. Ujian/ peperiksaan yang baik
adalah yang reliable dan valid serta benar-benar mengukur konstruk sesuatu
soalan. Hubungan ini ditunjukkan oleh kaitan di antara item soalan dan
keupayaan pencapaian pelajar/ pelatih yang menduduki ujian/ peperiksaan
yang diukur melalui keupayaan item membuat ukuran yang disasarkan.
Parameter yang digunakan adalah aras kesukaran (p-value), indek
diskriminasi dan kefungsian distraktor. Kefungsian alat ujian adalah
berasaskan ujian reliability seperti Cronbach Alpha.
3.7.2 Tujuan Analisis Item
i. Mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, contoh; soalan tidak
dapat dijawab oleh sebahagian besar pelajar/ pelatih.
ii. Mengenalpasti/ melaporkan kekuatan dan kelemahan komponen
kurikulum, contoh; yang boleh dikuasai dan yang tidak boleh dikuasai
oleh pelajar/ pelatih.
iii. Memberi maklumbalas kepada pelajar/ pelatih tentang kekuatan dan
kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji.
iv. Mengenal pasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan
(content bias), seperti kandungan yang ditekankan semasa proses P&P.
51
3.7.3 Indikator Nilai
Indikator nilai bagi parameter aras kesukaran adalah seperti berikut:
i. Aras Kesukaran
a. Indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpulan yang
diuji.
b. Dinilaikan sebagai p, julat (range) 0.00 -1.00 (Rujuk jadual 3.6).
c. Menggambarkan peratusan calon yang menjawab sesuatu item
dengan betul.
d. Nilai p merupakan nilai yang relatif kepada sesuatu kumpulan
pelajar/ pelatih yang mengambil ujian dan berubah mengikut
keupayaan kumpulan pelajar/ pelatih tersebut.
e. Lebih besar jumlah calon yang menjawab betul, menunjukkan ramai
calon yang boleh menguasai apa yang dipelajari.
Jadual 3.6 : Kesukaran dan pengkelasan item
Nilai p Aras Kesukaran Penjelasan
Item
0.00 – 0.15 Sangat Sukar Ubahsuai/
gugurkan
0.16 – 0.30 Sukar (Tinggi) Item sesuai dan
0.31 – 0.70 Sederhana boleh terima
0.71 – 0.85
Mudah (Rendah)
0.86 – 1.00 Sangat Mudah Ubahsuai/
gugurkan
ii. Indeks Diskriminasi Rujukan: (Boong et al., 2017)
a. Asas pengukuran kesahan (validity) item.
b. Ia mengukur keupayaan item mendiskriminasikan di antara calon
pencapaian tinggi dengan calon pencapaian rendah.
c. Julat (range) 0.00 - 1.00 (Rujuk Jadual 3.7)
Jadual 3.7 : Aras diskriminasi dan pengkelasan item
Nilai Aras Diskriminasi Item Penjelasan
0.40 - 1.00
0.30 - 0.39 Item amat diskriminasi/ Simpan item kecuali ada
0.20 - 0.29 tinggi kesilapan ketara
0.10 - 0.19 Item yang Simpan item
berdiskriminasi
0.00 - 0.09
Item yang Kaji dan betulkan kesilapan
berdiskriminasi dicuba sekali lagi
sederhana
Item yang kurang Item boleh diubahsuai,
berdiskriminasi/ rendah, dibuang/ diganti
perlu semakan
Kurang diskriminasi – Item boleh diubahsuai,
perlu buang dibuang/ diganti
Rujukan: (Siti Rahaya Ariffin, 2008)
52
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
iii. Kefungsian Distraktor
a. Untuk menentukan item-item individu yang harus dikekalkan atau
disingkirkan, data-data ujian boleh dianalisis dengan analisis item
(item analysis) menggunakan Cronbach Alpha.
b. Item yang mempunyai nilai alfa kurang daripada 0.65 akan
disingkirkan kerana mempunyai kebolehpecayaan yang rendah
Chua, 2011).
3.7.4 Mekanisme Pelaksanaan Analisis Item
i. Peringkat ILKKM
a. Menilai data markah pencapaian keseluruhan peperiksaan.
b. Menilai data setiap kod kursus, soalan, seksyen soalan dan
menganalisis aras kesukaran, indeks diskriminasi dan kefungsian
distraktor.
c. Mengesahkan item menepati JSU.
d. Menyediakan laporan analisis untuk tujuan:
● penambahbaikan urusan pengajaran dan pembelajaran.
● pengisian item Bank Soalan (Q-Bank).
ii. Peringkat BPL
a. Menilai data markah pencapaian keseluruhan peperiksaan.
Menilai data setiap kod kursus, soalan, seksyen soalan serta
b. menganalisis aras kesukaran dan indeks diskriminasi.
c. Memastikan item menepati JSU.
d. Menyediakan laporan analisis untuk tujuan:
● penambahbaikan sistem penilaian serta kajian semula
kurikulum.
● pengisian item Bank Soalan (Q-Bank).
● penyediaan data untuk lawatan Naziran dan Program
Kepastian Kualiti (Quality Assurance Program - QAP).
● penambahbaikan pengurusan pelajar/ pelatih dan pengajar.
53
3.8 PEMBANGUNAN BANK SOALAN (Q-Bank)
3.8.1 PENGENALAN
Bank soalan (Q-Bank) merujuk kepada koleksi item yang telah
dianalisis. Soalan yang dipilih telah dikenalpasti aras kesukaran
dan indeks diskriminasi.
Soalan dikelaskan mengikut topik, taksonomi, konstruk,
pemberatan taburan aras kesukaran dan penggunaan sejarah
kekerapan penggunaan soalan sebelumnya.
3.8.2 SYARAT-SYARAT ITEM DIMASUKKAN DALAM BANK SOALAN
(Q-Bank)
i. Item mesti diuji dahulu/ pra ujian diadakan.
ii. Penganalisaan dan pentafsiran item/ soalan dilakukan
terlebih dahulu.
iii. Menguji ketepatan dan keakuran item.
3.8.3 ELEMEN PEMBANGUNAN ITEM
i. Peringkat ILKKM
ii. Peringkat BPL
3.8.4 ELEMEN KESELAMATAN ITEM DI DALAM BANK SOALAN
(Q-BANK)
i. Menjadi tanggungjawab PSUK/ PSU (PP) untuk memastikan
langkah keselamatan dipatuhi ketika mengendalikan
penyimpanan dan pengeluaran item dalam Bank Soalan
(Q-bank).
ii. Pengendalian soalan yang telah dimasukkan dalam Bank
Soalan (Q-bank) adalah perlu mematuhi Arahan
Keselamatan.
3.9 PENGURUSAN PENYEDIAAN SOALAN PENILAIAN BERTERUSAN
(PERINGKAT ILKKM)
Urusan pemilihan soalan adalah mengikut Proses Arahan Kerja Pemilihan Set
Soalan Peperiksaan Berterusan (Lampiran 9) dan Carta Alir (Lampiran 9b)
a. KURIKULUM CONVENTIONAL
3.9.1 PELANTIKAN PUSAT PENYEDIAAN SOALAN (MOTHER CENTRE)
Pelantikan mother centre dilakukan oleh Unit PP, BPL selama
tempoh dua (2) tahun. Peranan pusat penyediaan soalan
(mother centre) adalah seperti berikut:
i. Mengendalikan semua urusan bagi Penilaian Berterusan di
peringkat ILKKM.
ii. Mewujudkan Jawatankuasa Peperiksaan di peringkat mother 54
centre.
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
iii. Urus setia mother centre perlu berkomunikasi dengan partner
programme (jika berkaitan) atas apa jua perancangan
dan pelaksanaan Penilaian Berterusan yang diputuskan.
iv. Mother center hendaklah mengadakan mesyuarat bagi
membincangkan urusan Penilaian Berterusan dengan memastikan
perkara-perkara berikut dipatuhi.
a. Penentuan topik-topik yang akan dinilai mengikut fasa didaktik.
b. Penyediaan Jadual Spesifikasi Item.
c. Penggubalan, pengeditan dan pemurnian item.
d. Item yang telah diedit akan didapati dari partner programme.
e. PSUK/ PSU dari Unit Peperiksaan dan Pensijilan dijemput hadir
semasa sesi pemilihan bagi mengesahkan set soalan yang
dipilih (jika berkaitan).
f. Master copy (1 set) kertas soalan yang disediakan oleh mother
centre perlu dihantar ke ILKKM berkaitan untuk cetakan.
g. Cetakan kertas soalan perlu dilakukan di Institut Latihan
Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) masing-masing.
ix. h. Memberi keutamaan terhadap KESELAMATAN DAN
KERAHSIAAN sepanjang pengurusan Penilaian Berterusan.
v.x. Mother center perlu melantik Jawatankuasa Pemilihan bagi memilih
soalan daripada item yang telah disediakan.
vi. Pemilihan soalan mesti adil pada pelajar/ pelatih dari semua ILKKM.
vii. Semua urusan berkaitan pengurusan Penilaian Berterusan
hendaklah difailkan dan disimpan di institusi latihan yang dilantik
sebagai mother center.
3.9.2 PENGGUBALAN ITEM
3.10 Penggubalan item akan dilaksanakan di peringkat ILKKM/ mother centre.
Pengarah ILKKM bertanggungjawab melantik penggubal item dalam
kalangan pengajar.
3.9.3 CIRI-CIRI PENGGUBAL
Pegawai yang layak untuk menggubal item adalah seperti berikut:
i. Pengajar
ii. Pegawai Profesional
iii. Pakar Subjek
55
3.9.4 ARAHAN PENGGUBALAN ITEM
i. Pengarah ILKKM
a. Bertanggungjawab mengeluarkan surat pelantikan penggubal item.
b. Pengarah ILKKM perlu memastikan penggubalan item untuk
penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang sesi didaktik
dan klinikal.
ii. Pengajar
a. Menerima surat pelantikan sebagai penggubal dari Pengarah ILKKM.
b. Setiap Pengajar juga dimaklumkan perkara berikut:
● Tempoh masa penggubalan item.
● Jumlah item yang perlu digubal.
● Jenis item yang perlu contohnya MCQ/ SEQ/ MEQ/ OSCE/
OSPE dan mengikut ketetapan kurikulum yang berkaitan.
● Setiap soalan yang digubal perlu mengikut JSU dan JSI.
● Setiap item esei yang digubal disertakan dengan skema
jawapan dan PMM.
Sekurang-kurangnya 50% item yang digubal adalah item
● yang baharu
3.9.5 PENYERAHAN ITEM
Pengajar
Menyerahkan item yang telah digubal dalam bentuk soft copy dan hard
copy kepada SUP mengikut Tahun dan Semester yang ditetapkan serta
mematuhi house style (Rujuk Lampiran 1).
3.9.6 PENGGUBALAN DAN PEMILIHAN ITEM
i. KP&K menguruskan sesi penggubalan dan pemilihan item di
peringkat ILKKM.
ii. Penggubalan item Penilaian Berterusan akan dijalankan mengikut
takwim yang telah ditetapkan.
iii. Pengajar yang layak untuk mengedit item adalah pengajar yang telah
dilantik yang terdiri dari pengajar yang mengajar kod kursus atau
mempunyai pengalaman mengajar kod kursus berkenaan.
iv. Item yang diedit perlu melalui proses pra uji atau kajian rintis kepada
pelajar/ pelatih di peringkat ILKKM sebelum item digunakan di ILKKM
masing-masing.
56
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
Skop Tugas dan Bidang Kuasa
i. Pengarah ILKKM
Mengeluarkan surat pelantikan pengedit kepada pengajar berkenaan.
ii. KP&K/ SUP/ Pengedit
a. Melakukan pengeditan dan pemurnian item.
b. Menandakan/ mengkelaskan item yang diterima atau ditolak.
iii. Jawatankuasa Pengeditan dan Pemurnian Item Penilaian Berterusan
a. Menerima item dari ILKKM berkenaan.
b. Membawa atau menyerahkan item yang diterima untuk sesi pemilihan item.
c. Menyimpan item yang boleh dibaiki dan memusnahkan item yang ditolak.
d. Serahkan item yang telah diedit dan dimurnikan kepada PSUK/
PSU (PP) disiplin berkaitan untuk pengesahan.
iv. Jawatankuasa Pemilihan Item Untuk Dijadikan Set/ Buku Soalan
Pemilihan item dilakukan mengikut masa dan kurikulum kursus masing-masing.
a. Pengarah ILKKM (Mother centre)
● Pengarah (Pengerusi)
● TPA (Ahli)
● KP&K (Ahli)
● KP/ Ketua Teras (Ahli)
● Pakar Subjek (Ahli)
● SUP (Setiausaha)
Kuorum adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan
sekurang-kurangnya 2 (dua) orang AJK untuk pemilihan item Peringkat
ILKKM.
Tanggungjawab AJK Pemilihan
● Menandatangani borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta
88) dan Arahan Keselamatan untuk memastikan kesahihan dan
● kerahsiaan item.
Pengendalian set soalan yang telah dipilih adalah bertaraf
TERHAD. Soalan dimasukkan ke dalam sampul dilakri dengan
pelekat keselamatan, dilabel mengikut tahun, semester, kod
● kursus dan disimpan dalam fail SULIT.
Fail SULIT yang mengandungi soalan diserahkan kepada
Jawatankuasa Percetakan yang dilantik untuk menyelaraskan
● rekod soalan masuk dan keluar dari almari berkunci di Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal.
Item yang tidak dipilih disimpan semula dalam Bank Soalan
(Q-Bank) yang disimpan di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal untuk
kegunaan akan datang.
57
KURIKULUM OBE
● Penyediaan item urusan Penilaian Berterusan peringkat ILKKM
bagi kurikulum OBE dijalankan oleh pengajar yang mengajar kod
kursus tersebut atau yang mempunyai pengalaman mengajar
kod kursus berkenaan.
● Penilaian dilakukan mengikut wajaran yang telah ditetapkan
mengikut kurikulum masing-masing.
● Pemberian markah adalah berdasarkan kepada peraturan
pemarkahan dan rubrik.
3.10 PENGURUSAN PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
(PERINGKAT BPL)
Urusan pemilihan soalan adalah mengikut Proses Arahan Kerja Pemilihan
Soalan Peperiksaan Akhir Semester (Lampiran 9b) dan Carta Alir
(Lampiran 9c).
3.10.1 PENGGUBALAN ITEM
i. Penggubalan item akan dilaksanakan di peringkat ILKKM untuk
Peperiksaan Akhir Semester.
ii. KPSUK (PP) meneliti cadangan pelantikan penggubal item oleh
Pengarah ILKKM iaitu:
a. Pengajar yang mengajar kod kursus atau yang mempunyai
pengalaman mengajar kod kursus berkenaan
b. Pegawai yang merupakan pakar subjek
3.10.2 ARAHAN PENGGUBALAN ITEM
i. Pengarah ILKKM
Mengarahkan KP&K menguruskan penggubalan dan pengeditan di
peringkat ILKKM.
ii. KP&K
Mengarahkan SUP untuk mengadakan sesi penggubalan dan
mengedarkan Jadual Spesifikasi Indeks (JSI dari BPL) di peringkat
ILKKM. Semua dokumen perlu disahkan oleh Pengarah/ KP&K/
KP dan dihantar kepada PP, BPL (hard dan soft copy).
Menentukan proses pra uji/ kajian rintis soalan dilaksanakan
sebelum dihantar ke BPL.
iii. SUP
Mengumpul item untuk proses pemurnian di peringkat BPL.
Sebelum SUP hantar item ke BPL,
● item perlu melalui proses pra uji atau kajian rintis kepada
pelajar/ pelatih di peringkat ILKKM dan hantar kepada
mother centre.
● bagi ILKKM yang menjadi mother centre, perlu
menghantar item yang diterima dari partner programme ke
BPL untuk proses pemurnian.
iv. KPSUK/ KPSU (PP) 58
a. Mengeluarkan surat pelantikan pengedit/ pemurni item.
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
b. Mengemukakan surat arahan penghantaran item yang telah
dimurni di peringkat ILKKM dua (2) minggu sebelum tarikh
pemurnian (peringkat BPL) mengikut tahun, semester dan kod
c. Melaksanakan proses pemurnian item untuk dijadikan set soalan
untuk Peperiksaan Akhir Semester.
PSUK/ PSU (PP)
a. Menentukan penggubalan item untuk Penilaian Sumatif perlu
dilakukan secara berterusan di peringkat ILKKM.
b. Menyusun item dari ILKKM mengikut tahun, semester dan kod
kursus.
c. Pemurnian item di peringkat BPL.
3.10.3 PEMURNIAN ITEM PERINGKAT BPL
Pemurnian akan dijalankan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum Peperiksaan
Akhir Semester dijalankan.
i. PSUK/ PSU (PP)
a. Sediakan item yang perlu dimurnikan.
b. Pengajar yang layak dilantik untuk pemurnian item adalah pengajar
yang telah disahkan dalam jawatan dan berpengalaman dalam
mengajar kod kursus berkenaan.
c. Pemurnian item akan dijalankan dengan mematuhi aspek kerahsiaan
dan keselamatan untuk menjaga kesahihan item.
d. Tindakan tatatertib akan diambil jika pegawai melanggar akta
kerahsiaan.
e. Mencatatkan sebarang perubahan yang dilakukan ke atas item
dan mengasingkan item (item diterima, dalam perhatian/ ditolak).
f. Item yang diterima akan diasingkan mengikut topik dan agihan
seperti di JSI.
g. Menyimpan hard copy dan soft copy item yang telah dimurnikan
sebagai salinan pengesahan dan rujukan semasa
membuat semakan semula item yang telah dimurni.
h. Mengumpul semula dan memusnahkan salinan draf hard copy atau
soft copy.
3.10.4 PENYEDIAAN DAN PENGENDALIAN ITEM PEPERIKSAAN
i. House Style
Format yang berkaitan perlu mengikut house style berikut (Rujuk
Lampiran 1 hingga Lampiran 6).
ii. Setting Menaip Soalan
a. Font
● Type: Arial
● Bentuk font: Regular
● Font size: 12
59 ● Perkataan Inggeris: Italic
iii. Page Layout/ Setup
a. Margins
● Top: 2.54 cm
● Left: 2.54 cm
● Gutter: 0
● Orientation: Potrait
● Bottom: 2.54 cm
● Right: 2.54 cm
●● Gutter position: Left
● Saiz: A4
b. Layout
● Header: 1.27 cm
● Footer: 1.27 cm
c. Paragraph
● Indentation
- Left: 0 cm
- Right: 0 cm
● Spacing
- Before: 3 pt
- Line spacing: single
- After: 3 pt
- Antara item: single spacing
● Text: Justify
iv. Header
a. Pada barisan pertama, sebelah kiri perlu ada perkataan SULIT
Font: Arial, saiz 14, capital letter dan regular, spacing: ’0’
before, ’0’ after dan Line spacing: single.
b. Pada barisan kedua, sebelah kiri perlu ada nama kursus
contohnya; DIPLOMA JURUPULIH PERUBATAN
CARAKERJA Font: Arial, saiz 8, capital letter dan regular.
v. Footer
a. Pada barisan pertama, sebelah kanan perlu ada kod
kursus, jenis kertas, bulan, tahun, status peperiksaan (PP:
Peperiksaan Pertama/ PU: Peperiksaan Ulangan) – nama
kod subjek. Contohnya: SKAP 1112 MCQ MEI 2015 [PP] –
ANATOMI & FISIOLOGI. Font: Arial, saiz 8, capital letter dan
regular (Rujuk Lampiran 1).
b. Pada barisan kedua, di sebelah kanan perlu diletakkan
muka surat. .
60
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
3.11 c. Pada barisan ketiga, di sebelah kanan perlu ada
3.11 perkataan SULIT Font: Arial, saiz 14, capital letter dan
regular.
vi. Kertas Soalan Tamat/ End Of Question Paper
a. Penyataan seperti “KERTAS SOALAN TAMAT/ END
OF QUESTION PAPER” hendaklah dicatatkan pada
muka surat terakhir kertas soalan tersebut.
b. Kedudukan adalah di bawah soalan terakhir dengan jarak
tidak melebihi dua spacing.
c. Font: Arial, Size 12, Bold menggunakan huruf besar,
centre line.
PROSES PEMURNIAN
3.11.1 PEMURNIAN
3.11.2
i. Pemurnian pertama dilaksanakan di peringkat ILKKM untuk
Penilaian Berterusan menggunakan borang BPL 1. KP&K di
ILKKM bertanggungjawab untuk menguruskan sesi Pemurnian
pertama di peringkat ILKKM.
ii. Pemurnian kedua dilaksanakan di peringkat BPL untuk
Peperiksaan Akhir Semester menggunakan borang BPL 2.
KPSUK (PP) bertanggungjawab untuk menguruskan sesi
Pemurnian di peringkat BPL (Rujuk Borang BPL 2).
iii. KPSUK (PP) mempertimbangkan cadangan Pengarah ILKKM
melantik pegawai bertanggungjawab untuk aktiviti Pemurnian
peringkat ILKKM:
● Pengarah/ TPA/ Pakar subjek/ Pengajar yang
mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang kod
kursus yang berkenaan.
iv. Pegawai yang dilantik untuk aktiviti Pemurnian peringkat ILKKM
bertanggungjawab untuk memurnikan item yang dikemukakan
untuk Peperiksaan Pertengahan Semester dan Peperiksaan
Akhir Semester berpandukan kepada JSU, Tugasan lima (5)
Block dan Sistem sembilan (9) Point yang telah ditetapkan di
dalam Garis Panduan Penilaian Pelatih ILKKM.
v. Pegawai bertanggungjawab untuk aktiviti Pemurnian peringkat
ILKKM perlu menyemak dan memastikan kepatuhan kehendak
House Style dalam item yang dikemukakan sebagaimana
ketetapan di dalam Garis Panduan Penilaian Pelatih ILKKM.
BACAAN PRUF
i. KPSUK (PP) bertanggungjawab untuk menguruskan sesi
bacaan pruf di peringkat BPL. Proses bacaan pruf di peringkat
BPL (Rujuk Lampiran 7).
61
ii. Bagi aktiviti bacaan pruf, pegawai bertanggungjawab untuk memastikan
setiap buku soalan peperiksaan yang dikemukakan untuk Peperiksaan
Pertengahan Semester dan Peperiksaan Akhir Semester berpandukan
House Style yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Pembinaan
iii. PSUK/ PSU (PP) yang bertanggungjawab ke atas set soalan untuk pruf
perlu membuat pembetulan mengikut komen pembaca pruf sebelum
dihantar kepada pembaca pruf seterusnya.
iv. Pegawai bertanggungjawab perlu melakukan pengesahan bacaan pruf
ke atas setiap buku soalan dan menandatangani Borang Pengesahan
Bacaan Pruf/ Cadangan Set Soalan (Rujuk: Lampiran 8).
3.12 PEMILIHAN SET SOALAN
3.12.1 Ahli Jawatankuasa Pemilihan Set Soalan Peringkat BPL
Ahli Jawatankuasa Pemilihan Set Soalan terdiri daripada:
i. SUB (PL)
- Pengerusi
ii. KPSUK, PP
- Setiausaha
iii. TSUB (IL)
- Ahli
iv. TSUB (DL)
- Ahli
v. TSUB (OL)
- Ahli
vi. KPSU, PP
- Ahli
Kuorum adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan sekurang-
kurangnya dua (2) orang ahli Jawatankuasa untuk pemilihan item.
Urusan pemilihan soalan adalah mengikut Proses Arahan Kerja Pemilihan
Soalan Peperiksaan Akhir Peperiksaan (Lampiran 9) dan Carta Alir
(Lampiran 9a).
3.12.2 Ahli Jawatankuasa Pemilihan Set Soalan Peringkat ILKKM
Pengarah ILKKM (Mother centre) mengeluarkan surat pelantikan pegawai
sebagai AJK pemilihan item.
Ahli Jawatankuasa Pemilihan Set Soalan terdiri daripada:
i. Pengarah (Pengerusi)
ii. SUP (Setiausaha)
62
BAB 3 PEMBINAAN ITEM
iii. TPA (Ahli)
iv. KP&K (Ahli)
v. KP/ Ketua Teras (Ahli)
vi. Pakar Subjek (Ahli)
Kuorum adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan sekurang-
kurangnya dua (2) orang AJK untuk pemilihan item Peringkat ILKKM.
3.12.3 Tanggungjawab AJK Pemilihan
a. Menandatangani borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972
(Akta 88) dan Arahan Keselamatan untuk memastikan
kerahsiaan dan kerahsiaan item.
b. Pengendalian set soalan yang telah dipilih adalah bertaraf
SULIT (rekod dalam Buku Daftar Am 492A). Soalan
dimasukkan ke dalam sampul dilakri dengan pelekat
keselamatan, dilabel mengikut tahun, semester, kod kursus dan
disimpan dalam fail SULIT.
c. Fail SULIT yang mengandungi soalan diserahkan kepada
Jawatankuasa Percetakan yang dilantik untuk menyelaraskan
rekod soalan masuk dan keluar dari almari berkunci di Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal.
d. Item yang tidak dipilih disimpan semula dalam Bank Soalan (Q-
Bank) yang disimpan di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal untuk
kegunaan akan datang.
3.12.4 PENGENDALIAN SET SOALAN YANG DIPILIH
PSUK/ PSU (PP)
i. Pengendalian set soalan yang telah dipilih adalah bertaraf SULIT.
Soalan dimasukkan ke dalam sampul dilakri, dilabel mengikut tahun,
semester, kod kursus dan disimpan dalam fail SULIT.
ii. Fail SULIT yang mengandungi soalan diserahkan kepada KPSUK/
KPSU (PP), iaitu pegawai yang dilantik untuk menyelaraskan rekod
soalan masuk dan keluar dari almari berkunci di Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal.
63
BAB 4
PENGURUSAN SOALAN PEPERIKSAAN
Unit 4.0 Pengenalan
Unit 4.1 Pelantikan Pegawai Pengelas
Unit 4.2 Pengendalian Buku Daftar
Unit 4.3 Percetakan Buku Soalan
Unit 4.4 Penyimpanan Perkara-Perkara Terperingkat
Unit 4.5 Pembungkusan Buku Soalan Di Peringkat BPL dan ILKKM
Unit 4.6 Penghantaran Dokumen Terperingkat
Unit 4.7 Penghantaran Dokumen Peperiksaan
Unit 4.8 Kehilangan Dokumen Terperingkat
Unit 4.9 Pelupusan
Unit 4.10 Tanggungjawab dan Bidang Tugas Pelupusan
4.0 PENGENALAN
Pengurusan soalan peperiksaan merupakan proses kerja yang sistematik bertujuan
memberi panduan di peringkat BPL dan semua ILKKM dalam mematuhi aspek
keselamatan semasa mengendalikan pengurusan soalan peperiksaan. Ia juga dapat
mewujudkan keseragaman proses pengurusan keselamatan peperiksaan bagi
memastikan pematuhan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
Dokumen terperingkat tidak sekali-kali dibawa keluar dari pejabat melainkan jika
dikehendaki untuk rujukan rasmi di lain-lain tempat. Kebenaran bertulis hendaklah
didapati terlebih dahulu untuk membawa balik dokumen-dokumen terperingkat Sulit
atau Terhad ke rumah.
Dalam garis panduan ini, tafsiran yang digunakan berdasarkan kepada pengelasan 68
surat rasmi oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Jabatan
Perdana Menteri adalah seperti berikut:
i. Sulit
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, yang jika
didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan
keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat
Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau individu atau akan menyebabkan
keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau
memberikan keuntungan sesebuah kuasa asing hendaklah
diperingkatkan SULIT.
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika didedahkan
tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi
memudaratkan kegiatan Kerajaan atau individu atau menyebabkan
keadaan malu, kesusahan kepada pentadbiran atau akan memberikan
keuntungan kepada kuasa asing.
ii. Terhad
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang
diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi berkehendakan
juga diberi satu tahap perlindungan keselamatan hendaklah
diperingkatkan Terhad.
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang
diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi
perlindungan keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai Terhad.
66
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
iii. Persendirian
Dalam hal-hal yang terkecuali apabila didapati mustahak di atas sebab-
sebab keselamatan untuk menghadkan pengetahuan perkara terperingkat
kepada orang atau orang-orang perseorangan maka mungkin perlu
ditambah tanda Persendirian kepada salah satu daripada peringkat-
peringkat keselamatan.
iv. Dokumen Rasmi
Apa-apa jenis maklumat yang tercatat berkenaan dengan perkara-perkara
rasmi termasuklah:
a) Perkara yang bertulis, bertaip, bertulis trengkas, disalin, berstensil dan
bercetak dan juga draf dan buangan dari perkara itu:
b) Fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif foto dan filem, jalur suara
dan rakaman;
c) Pelan, pelan lakar, lukisan, gambarajah, peta dan aneka jenis carta;
69 d) Huruf cetak atur atau huruf cetak miring, blok litografer, acuan, stensil,
proses plat atau lain-lain alat yang digunakan untuk membuat
dokumen-dokumen rasmi.
v. Suratan Rasmi
Termasuklah, selain daripada sesuatu suratan bertulis dan sebahagian
daripada sesuatu suratan:
a) sesuatu peta, pelan, model, graf atau lukisan
b) sesuatu gambar foto
c) sesuatu piring hitam, pita rakam, runut bunyi atau lain-lain alat yang
mengandungi suara atau lain-lain data (bukan imej yang boleh dilihat)
supaya boleh dikeluar ulang darinya, dan
d) sesuatu filem, negatif, pita rakam, atau lain-lain alat yang
mengandungi satu imej atau lebih yang boleh dilihat supaya boleh
dikeluar ulang darinya.
67
vi. Dokumen Terperingkat
Dokumen rasmi yang mengandungi maklumat rasmi yang mesti diberi
perlindungan untuk kepentingan keselamatan dan yang bertanda
dengan sesuatu peringkat keselamatan.
Pengkelasan perlu dilakukan atas sebab:
a) ekoran berlakunya kes-kes melibatkan kelemahan teknikal akibat
kecuaian oleh penjawat awam.
b) untuk melindungi perkara Rahsia Rasmi daripada disampaikan
kepada pihak yang tidak dibenarkan dengan cara yang salah.
4.1 PELANTIKAN PEGAWAI PENGELAS 70
Tujuan pelantikan adalah untuk mengelaskan dokumen:
i. Merujuk kepada surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 bertarikh 20
Februari 1987.
ii. Surat pelantikan diperakukan oleh Menteri di portfolio yang berkenaan.
iii. Pelantikan Pegawai Awam adalah atas nama, jawatan yang disandang di
kementerian/ jabatan beliau bertanggungjawab.
iv. Prosedur pengelasan adalah mengikut yang termaktub di dalam arahan
keselamatan.
Apa-apa suratan rasmi, maklumat atau bahan selain daripada perkara-perkara
dalam Jadual, hanya akan menjadi rahsia rasmi sekiranya dikelaskan sebagai
Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad oleh orang atau pihak yang diberi kuasa
untuk mengelaskannya. Individu atau pihak yang diberi kuasa ialah:
i. Menteri;
ii. Menteri Besar atau Ketua Menteri;
iii. Timbalan Perdana Menteri*, Timbalan Menteri*, Timbalan Menteri Besar*
atau Timbalan Ketua Menteri*;
iv. Seseorang Pegawai Awam yang dilantik di bawah seksyen 2B Akta
Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
*Catatan: Sebagaimana penjelasan oleh Jabatan Peguam Negara melalui surat
bil.JPN(S)26/135/3 bertarikh 25 April 2005.
68
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
Perkara-perkara penting di dalam pengurusan pengelasan suratan/ dokumen
Rahsia Rasmi:
a) dokumen yang dikelaskan adalah daripada jabatan sendiri,
b) pengelasan dibuat oleh Pegawai yang dilantik,
c) pengelasan hendaklah mengikut peringkat keselamatan yang telah
ditetapkan,
d) pengelasan adalah bergantung kepada isi kandungan dokumen berkenaan.
4.2 PENGENDALIAN BUKU DAFTAR
Disimpan dalam tempat yang selamat seperti kabinet keluli dan sebagainya.
4.2.1 Am 492A: Daftar Suratan Rahsia Rasmi Di Luar Jadual Yang
Dikelaskan
i. Dokumen, maklumat dan bahan yang hendak dikelaskan mestilah
milik Jabatan sendiri.
ii. Pegawai awam yang hendak mengelaskan dokumen, maklumat dan
bahan mestilah dilantik sebagai pegawai pengelas mengikut
Seksyen 2B Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
73
4.2.2 Am 492B: Daftar Suratan Rahsia Rasmi Di Luar Jadual Yang
Dikelaskan Semula
i. Hanya dokumen, maklumat dan bahan terperingkat Jabatan sendiri
sahaja yang boleh dikelaskan semula.
ii. Kuasa mengelaskan semula diberi di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia
Rasmi 1972 dan selepas pengelasan semula dokumen, maklumat dan
bahan tersebut terhenti menjadi rahsia rasmi.
4.3 PERCETAKAN BUKU SOALAN
4.3.1 Percetakan buku soalan adalah mengikut semester pengajian. Warna kulit
buku soalan adalah seperti berikut:
i. Program Pra Perkhidmatan
a. Semester 1 : Hijau Muda
b. Semester 2 : Biru Muda
c. Semester 3 : Kuning Muda
d. Semester 4 : Kuning Tua
69
e. Semester 5 : Merah Jambu
f. Semester 6 : Oren
ii. Kursus Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Jururawat Masyarakat
Ke Jururawat
a. Semester 1 : Hijau Muda
b. Semester 2 : Oren
iii. Program Lanjutan/ Pengkhususan
a. Semester I : Hijau Muda
b. Semester II : Biru Muda
c. Sijil 6 Bulan : Merah Jambu
d. Sijil 1 tahun : Kuning Muda
4.3.2 Format muka depan buku soalan MCQ dan SEQ/ MEQ (Rujuk Lampiran 72
3, Lampiran 4 dan Lampiran 5).
4.3.3 Format item dalam buku soalan hendaklah mematuhi Bab 3 pembinaan
item (penyediaan dan pengendalian item peperiksaan 3.12.4)
4.3.4 Peringkat ILKKM
i. Percetakan buku soalan bagi Penilaian Berterusan dan
Peperiksaan Pertengahan Semester akan dilaksanakan di ILKKM
(jika berkaitan).
ii. Pengarah ILKKM perlu melantik pengajar/ pegawai yang
bertanggungjawab mengendalikan urusan percetakan.
iii. Pengajar/ pegawai yang terlibat dengan percetakan perlu
menandatangani borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta
88) untuk memastikan kesahihan dan kerahsiaan soalan yang
dipilih.
iv. KP&K/ SUP merekod dan menyerahkan salinan buku soalan yang
perlu dicetak kepada pengajar/ pegawai pencetak yang dilantik.
v. KP&K/ SUP menyediakan Borang Arahan Percetakan (Rujuk
Borang BPL 4) yang mengandungi senarai buku soalan dan
bilangan pelatih bagi setiap kod kursus mengikut tahun dan
semester untuk panduan percetakan.
70
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
vi. KP&K/ SUP menyemak cetakan pruf kertas soalan yang dicetak,
jika tiada kesilapan atau perubahan beri arahan untuk
meneruskan percetakan.
vii. Pengajar/ pegawai yang terlibat dengan percetakan perlu
menyemak cetakan pruf buku soalan, jika tiada kesilapan atau
perubahan, hantar kepada KP&K/ SUP untuk pengesahan.
viii. Pengajar/ pegawai yang terlibat dengan percetakan perlu
membuat semakan ke atas setiap 50 cetakan buku soalan
peperiksaan untuk memastikan tiada kesilapan dalam buku soalan
tersebut.
ix. KP&K/ SUP bertanggungjawab menyelia keseluruhan proses
percetakan untuk memastikan kelancaran serta mengikut arahan
keselamatan.
x. Pengendalian bahan peperiksaan adalah bertaraf SULIT.
xi. KP&K/ SUP/ Urus setia menggunakan Senarai Semak Cetak
(Rujuk Borang BPL 3) bagi setiap buku soalan yang disediakan
mengikut kod kursus yang berkenaan.
xii. KP&K/ SUP perlu menyimpan buku soalan yang telah siap dicetak
di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal ILKKM.
xiii. Sekiranya berlaku kesilapan cetakan, buku soalan hendaklah
dirincih serta merta.
73 4.3.5 PERINGKAT BPL
i. Percetakan buku soalan bagi Peperiksaan Akhir Semester akan
dilaksanakan di UPP, BPL.
ii. Urusan percetakan soalan adalah mengikut Proses Kerja dan
Carta Alir Menguruskan Percetakan Dalaman (Rujuk Lampiran
10 dan Lampiran 11).
iii. KPSUK/ KPSU (PP) yang dilantik menyemak cetakan pruf kertas
soalan yang dicetak, jika tiada kesilapan atau perubahan beri
arahan untuk meneruskan percetakan.
iv. Pengendalian bahan peperiksaan adalah bertaraf SULIT.
v. Setiap kod kursus yang dicetak mengikut bilangan pelatih dengan
buku soalan tambahan untuk kegunaan rujukan Ketua
Pengawas/ Pengawas peperiksaan. Bilangan tambahan buku
soalan bagi tujuan tersebut adalah seperti berikut:
Bil Jumlah Calon Tambahan
1. 1 hingga 50 2
2. 51 hingga 100 4
3. 101 ke atas 6
71
vi. KPSUK/ KPSU (PP) melantik PSUK/ PSU dan lain-lain pegawai
yang bertanggungjawab dalam mengendalikan urusan percetakan.
vii. PSUK/ PSU (PP) pegawai yang terlibat dengan percetakan perlu
menandatangani borang perakuan Akta Rasmi 1972 (Akta 88)
untuk memastikan kesahihan dan kerahsiaan soalan yang dipilih.
viii. Sekiranya berlaku kesilapan cetakan, buku soalan hendaklah
dirincih serta merta.
4.3.6 Percetakan kontrak luar (vendor)
i. Percetakan buku soalan Peperiksaan Akhir Semester akan
dilakukan oleh vendor yang dilantik oleh BPL (Rujuk Proses Kerja
dan Carta Alir Pengurusan Percetakan Vendor - Lampiran 12
dan 13).
ii. Vendor yang dilantik mestilah melalui tapisan keselamatan halus
yang ditetapkan.
iii. Master copy buku soalan perlu disediakan oleh PSUK/ PSU (PP)
program berkaitan dan disemak oleh KPSUK/ KPSU/ Pegawai yang
dilantik.
iv. Pegawai yang dilantik boleh hadir di premis percetakan untuk 74
memastikan kelancaran dan keselamatan dipatuhi mengikut
syarat-syarat yang ditetapkan.
v. Proses pembungkusan dan penghantaran buku soalan ke ILKKM
perlu mematuhi peraturan keselamatan dan diuruskan oleh vendor.
4.4 PENYIMPANAN PERKARA-PERKARA TERPERINGKAT
Perkara terperingkat hendaklah disimpan di dalam bilik kebal atau peti-peti
keselamatan yang sewajar dengan peringkatnya seperti berikut:
i. Dokumen-dokumen terperingkat Sulit dan Terhad hendaklah disimpan dalam kabinet
keluli dan untuk simpanan sementara dalam lain-lain peti yang berkunci seperti yang
dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan.
ii. Perkara terperingkat yang selain daripada dokumen terperingkat termasuk
buangan terperingkat yang belum dibinasakan hendaklah disimpan mengikut
peraturan kecuali jika keadaannya tidak membenarkan, hendaklah disimpan
mengikut peraturan yang dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Jabatan dengan
persetujuan Pegawai Keselamatan Kerajaan.
72
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
Kunci Dan Peti Keselamatan
i. Kunci
Pemilihan kunci dan kunci mangga termasuk kunci keselamatan yang
bermutu terutamanya untuk pintu pejabat dalam kawasan terperingkat dan
peti keselamatan adalah amat mustahak.
Kunci dan kunci mangga sekurang-kurangnya hendaklah daripada jenis 5
tuil yang diperbuat daripada keluli yang kuat dan tidak mudah dibuka
dengan kekerasan atau dibakar. Kancing, engsel, kokot dan rangka-
rangka kunci juga hendaklah buatan yang teguh. Rujukan kepada
Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat untuk pemilihan kunci.
ii Peti Keselamatan
Peti keselamatan yang digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen
atau bahan-bahan terperingkat sama ada secara tetap atau sementara
adalah terbahagi kepada enam jenis seperti:
a. Bilik kebal atau bilik keselamatan.
b. Peti besi
c. Kabinet keluli
d. Almari keluli
75 e. Peti yang dibuat bagi tujuan khas
f. Peti atau beg berkunci
4.5 PEMBUNGKUSAN BUKU SOALAN DI PERINGKAT BPL DAN ILKKM BPL bagi
Pengendalian dokumen PAS dan ILKKM Bagi Pengendalian dokumen PPS
i. PSUK/ PSU/ pegawai pencetak (PP)/ SUP perlu mengira dan memastikan
buku soalan mencukupi sebelum dimasukkan ke dalam sampul plastik
rasmi yang digunapakai di UPP dan ILKKM (jika berkaitan) mengikut
tahun, semester dan kod kursus, seperti di Borang Arahan Cetakan
Soalan (Rujuk Borang BPL 4) yang disediakan.
ii. Mencatatkan di luar sampul plastik
a. Nama ILKKM
b. Kod Kursus
c. Bilangan buku soalan
d. Bilangan sampul bungkusan soalan
iii. Mematerikan dengan pelekat keselamatan rasmi (seal) sebagai penanda
keselamatan buku soalan dan pastikan tiada sebarang kebocoran/
koyakan/ kerosakan berlaku pada sampul plastik tersebut.
73
iv. Memasukkan sampul plastik berisi buku soalan ke dalam kotak pembungkusan.
v. PSUK/ PSU (PP) / SUP/ pegawai cetak perlu dokumentasikan ke dalam Senarai
Semak Pembungkusan bagi setiap sampul plastik buku soalan yang disediakan
(Rujuk Borang BPL 5).
vi. PSUK/ PSU (PP) / SUP/ pegawai pencetak menyimpan bungkusan buku-buku
soalan di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal.
vii. Setiap bungkusan buku soalan direkodkan di buku rekod simpanan soalan di
Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal.
viii. Setiap pergerakan keluar dan masuk bungkusan buku soalan direkodkan di
dalam buku rekod simpanan soalan di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal.
ix. PSUK/ PSU (PP)/ SUP/ PT menguruskan surat iringan dan borang jadual.
x. PSUK/ PSU (PP)/ SUP/ PT memastikan pendaftaran dalam buku Daftar Am 492A.
Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir:
- Pembungkusan Buku Soalan Di Peringkat BPL dan ILKKM (Lampiran
14 dan 15),
- Penghantaran Dokumen Peperiksaan Melalui Pos (Lampiran 16 dan 17),
- Penyerahan Dokumen Peperiksaan Serahan Tangan (Lampiran 18 dan
19).
4.6. PENGHANTARAN DOKUMEN TERPERINGKAT
i. Semua jabatan yang menghantar dokumen terperingkat hendaklah
mendapat satu resit akuan terima dengan menggunakan Borang Jadual
(Lampiran 47). Satu borang hendaklah digunakan bagi setiap penerima.
Jika lebih dari satu dokumen boleh dicatatkan dalam satu borang dengan
syarat semua dokumen itu adalah untuk seorang penerima sahaja.
Borang itu hendaklah diisi dalam dua (2) salinan dan salinan yang asal
hendaklah dihantar bersama dokumen terperingkat yang berkenaan.
Resit akuan yang telah diterima balik hendaklah dilekatkan kepada
salinan Borang Jadual berkenaan dan boleh dirincihkan selepas enam
(6) bulan.
ii. Salinan Borang Jadual yang dihantar hendaklah disemak setiap hari
untuk menentukan sama ada resitnya diterima balik. Sekiranya resit
akuan tidak diterima dalam tempoh tujuh (7) hari, surat peringatan
hendaklah dihantar serentak dengan satu penyiasatan serta-merta
dijalankan untuk mengetahui kedudukan dokumen yang dihantar.
Sekiranya dokumen terperingkat itu didapati tidak diterima dan tiada
penjelasan yang memuaskan daripada pejabat yang menghantar atau
pejabat yang dialamatkan, maka Pegawai Keselamatan Jabatan
di kedua-dua Jabatan berkenaan hendaklah diberitahu dengan segera.
Jika resit akuan terima didapati hilang, pihak yang menerima dokumen
itu hendaklah menghantar satu (1) surat akuan penerimaan sebagai
ganti kepada resit tersebut.
74
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
iii. Dokumen terperingkat yang dihantar melalui Peti atau Beg Berkunci
adalah dikehendaki menggunakan satu (1) sampul surat sahaja.
Sampul tersebut hendaklah ditanda dengan peringkat keselamatan
dan nombor rujukan dokumen serta nama dan alamat penerimanya
dan dimeterikan dengan pelekat keselamatan.
iv. Dokumen terperingkat yang dihantar tidak melalui Peti atau Beg
Berkunci dikehendaki menggunakan dua (2) lapis sampul surat.
Sampul surat sebelah dalam hendaklah ditanda dengan peringkat
keselamatan dan nombor rujukan dokumen berkenaan serta nama dan
alamat penerimaannya dan dimeterikan dengan pelekat keselamatan.
Sampul surat tersebut kemudiannya hendaklah dimasukkan ke dalam
satu (1) sampul surat lain yang bertulis nama dan alamat penerimanya
sahaja. Sampul surat dilekatkan dengan gam.
4.7 PENGHANTARAN DOKUMEN PEPERIKSAAN
Penghantaran dokumen
i. Semua dokumen terperingkat yang dihantar keluar perlu direkodkan
di dalam Buku Daftar Am 492A.
ii. Daftar Rekod hendaklah disimpan oleh Pembantu Tadbir atau
Pegawai bertanggungjawab di Bilik Fail.
iii. Dokumen Terperingkat perlu dimasukkan ke dalam dua (2) sampul
dan dilakrikan (sealed).
77 iv. Dokumen Terperingkat ini perlu disertakan dengan slip penerimaan
beserta borang jadual (Rujuk Lampiran 47) sebagai bukti penerimaan
dokumen tersebut.
v. Prosedur penghantaran dokumen terperingkat adalah seperti Para
61 – 65 (Arahan Keselamatan).
4.7.1 Penghantaran melalui pos
i. KPSU/ PSUK/ PSU (PP)/ KP&K/ SUP mengesahkan alamat dan
nama penerima pada bungkusan (Senarai semak
penghantaran: rujuk Borang BPL 6).
ii. KP&K/ SUP/ Pembantu Tadbir Kanan (PTK) merekodkan
maklumat peribadi petugas syarikat kurier yang dilantik yang
mengambil bungkusan dalam buku daftar penghantaran
bungkusan.
iii. Satu pemakluman atau perbincangan bersama dengan pihak pos
laju dilaksanakan untuk memastikan tapisan keselamatan kasar
dilakukan kepada semua petugas yang mengambil kotak
bungkusan.
vi. Menyerahkan bungkusan dokumen peperiksaan kepada petugas
kurier. Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir Penghantaran Dokumen
Peperiksaan Melalui Pos (Lampiran 16 dan 17).
75
v. Merekodkan maklumat seperti kod bungkusan dan tracking number;
tarikh, nama dan tanda tangan pegawai penghantar, dalam buku
daftar pengedaran melalui pos.
4.7.2 Penghantaran dengan serahan tangan 79
i. Memaklumkan penghantaran dokumen peperiksaan kepada pegawai
penerima melalui telefon.
ii. Pegawai pembawa mestilah dilantik oleh Ketua Jabatan untuk
membawa dokumen peperiksaan terlebih dahulu.
iii. Pegawai pembawa mestilah hadir bersama dengan pegawai
pengiring.
iv. Pegawai pembawa mestilah mengisi borang perakuan Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Akta 88).
v. Pegawai pembawa mestilah telah melalui tapisan keselamatan
kasar.
vi. Merekodkan maklumat peribadi pegawai pembawa dalam buku
daftar penghantaran bungkusan.
vii. Pegawai pembawa hendaklah menghantar bungkusan dokumen
peperiksaan ke Unit Peperiksaan dan menyerahkan kepada KP&K/-
SUP/ Pegawai yang dilantik (Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir
Penyerahan Dokumen Peperiksaan Serahan Tangan; Lampiran 18
dan 19).
4.7.3 Penerimaan di Jabatan
i. Mendapat panggilan daripada pegawai penghantar mengenai
penghantaran dokumen peperiksaan melalui pos/ dengan tangan.
ii. Pegawai penerima PSUK/ PSU/ KP&K/ SUP (PP) menyemak dan
mengesahkan penerimaan dalam Borang BPL 7.
iii. Semak pelekat keselamatan dalam keadaan yang baik (Rujuk
Proses Kerja dan Carta Alir Penerimaan Dokumen Peperiksaan
Lampiran 20 dan 21).
iv. Simpan dokumen peperiksaan dalam Bilik Keselamatan/ Bilik
Kebal.
v. Jika bungkusan soalan/ pelekat keselamatan dalam keadaan
meragukan, ambil gambar sebagai bukti dan maklumkan kepada
pegawai penghantar dengan segera dengan menggunakan Borang
Senarai Item Tidak Diterima/ Bungkusan Rosak (Rujuk: Borang
BPL 8).
76
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
4.7.4. Pengambilan dari pusat kurier di pejabat pos (jika berkaitan)
i. Mendapat panggilan daripada pegawai penghantar mengenai
penghantaran dokumen peperiksaan melalui pos (Rujuk Lampiran
16 dan 17).
ii. PSUK/ PSU (PP)/ KP&K /SUP / Pembantu Tadbir Kanan (PTK)/ PT
jejak lokasi bungkusan dengan tracking number jika perlu.
iii. KPSU (PP)/ Pengarah ILKKM/ Ketua Jabatan mengarahkan KP&K/
SUP menguruskan pengambilan dokumen peperiksaan dari pusat
kurier pejabat pos atas kepentingan keselamatan dokumen.
iv. KP&K/ SUP menguruskan kenderaan untuk mengambil bungkusan
dokumen peperiksaan dari pusat kurier pejabat pos. KP&K/ SUP
membawa bungkusan ke Bilik Keselamatan jabatan untuk
penyimpanan.
v. KP&K/SUP mengisi borang jadual (rujuk contoh seperti
di Lampiran 47) yang mengiringi bungkusan.
vi. KP&K/SUP hendaklah mengesahkan penyemakan penerimaan
dalam borang BPL 7.
vii. Semak keadaan pelekat keselamatan.
viii. Jika pelekat keselamatan dalam keadaan baik, dokumen
79 peperiksaan terus simpan dalam bilik keselamatan/ bilik kebal.
Hantar Borang BPL 7 dan keratan borang jadual (rujuk contoh
seperti di Lampiran 47) ke jabatan penghantar.
ix. Jika pelekat keselamatan dalam keadaan meragukan, ambil
gambar sebagai bukti dan maklumkan segera kepada penghantar
dengan menggunakan Borang BPL 8.
4.7.5 Kes Luar Jangka
i. Bungkusan tidak diterima
a. Melakukan carian menggunakan tracking number.
b. Berhubung dengan pusat pejabat pengedar.
c. Maklumkan kepada pegawai penghantar.
ii. Pelekat keselamatan didapati rosak.
a. Maklumkan kepada jabatan penghantar.
b. Catat aduan dengan mengisi Borang BPL 8 dan hantar ke
jabatan penghantar.
c. Maklumkan kepada Unit Peperiksaan dan Pensijilan, BPL.
d. Menghantar Borang BPL 8 melalui faks/ e-mel pada hari
yang sama.
77
iii. Jika berlaku sebarang pelanggaran keselamatan, perlu dilapor
kepada pegawai keselamatan jabatan. Jika ada unsur jenayah lapor
kepada Balai Polis di tempat yang berhampiran.
iv. Jika berlaku kemalangan, pegawai yang mengiringi perlu mengenal
pasti keadaan kotak bungkusan buku soalan berada dalam keadaan
baik atau sebaliknya.
v. Sekiranya kotak bungkusan buku soalan berada dalam keadaan
meragukan (koyak, terbuka, basah, terbakar dan keadaan yang
mendedahkan buku soalan) pegawai pengiring perlu menghubungi
KPSUK/ KPSU/ PSUK/ PSU/ KP&K/ SUP (Rujuk Borang BPL 8).
vi. Mendapatkan senarai pegawai yang boleh dihubungi jika berlaku
kemalangan.
vii. Sekiranya berlaku kejadian di luar jangka ke atas pengiring, KPSUK/
KPSU/ PSUK/ PSU/ KP&K/ SUP diarahkan untuk melihat situasi
bungkusan soalan.
4.8 KEHILANGAN DOKUMEN TERPERINGKAT 80
i. Dokumen terperingkat yang dipercayai hilang hendaklah dicari
dengan segera dan kehilangan itu dilaporkan kepada Pegawai
Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat
dan mengemukakan laporannya yang mengandungi pandangan
dan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada Pegawai
Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Sekiranya kehilangan
disahkan, pemula dokumen tersebut hendaklah dimaklumkan
supaya taksiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat agar
tindakan menyelamat dan pembetulan keadaan dapat diambil.
ii. Jika dokumen terperingkat terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah
menimbang sama ada atau tidak tindakan tatatertib diambil atau
penyiasatan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) perlu
dijalankan. Laporan kepada Balai Polis yang terdekat hendaklah
dibuat sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku.
78
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
4.9 PELUPUSAN
Pelupusan peringkat BPL dan ILKKM adalah mengikut peraturan yang
digunapakai di pejabat awam seluruh Malaysia selaras dengan
peruntukan seksyen 27, Akta Arkib Negara 2003 (Akta 629) kepada
semua bagi melupuskan dokumen yang berkaitan.
Bagi dokumen terperingkat yang dimulakan oleh Kementerian/
Jabatan lain,
i. Ia perlu dirujuk kepada pemula surat untuk menyemak sama ada telah
dilupuskan atau tidak. Sekiranya belum dilupuskan, dokumen tersebut
akan dipulangkan untuk tindakan pelupusan oleh pemula surat
tersebut.
ii. Garis Panduan Pengelasan Semula adalah seperti yang dinyatakan
di dalam Garis Panduan Pengelasan dan Pengelasan Semula
Mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 oleh Pejabat Ketua Pegawai
Keselamatan Kerajaan.
4.9.1 Peringkat BPL (bagi dokumen Peperiksaan Akhir Semester) dan
Peringkat ILKKM (Mother center bagi dokumen Peperiksaan
Pertengahan Semester)
81 i. Mengisi Borang BPL 17 bagi proses pelupusan.
ii. Pelupusan kertas soalan serta merta selepas sesi
peperiksaan pada hari berkenaan oleh pegawai yang
dilantik.
iii. Satu (1) salinan soalan dan skema jawapan beserta skrip
jawapan disimpan selama enam (6) bulan selepas
pembentangan keputusan peperiksaan dan pelupusan
dilakukan oleh SUP atau pegawai yang dilantik.
iv. Penyelarasan pelupusan hendaklah mematuhi Standard MS
ISO 9001:2015 selain dari mematuhi Jadual Pelupusan
Rekod (JPR).
v. Kertas soalan hendaklah dirincih (adalah disarankan jenis
cross cut zig zag).
4.10 TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS PELUPUSAN
Pemusnahan Dokumen Terperingkat
Dokumen terperingkat sama sekali tidak boleh dimusnahkan melainkan mengikut
arahan-arahan Kerajaan kecuali jika terdapat arahan khas di dokumen tersebut
seperti “Memusnahkan selepas 1 hb. April 1985” atau Minta Kebenaran Pemula
Sebelum Dimansuhkan”. Catatan di dalam daftar berkenaan hendaklah dibuat
apabila sesuatu dokumen terperingkat dimusnahkan.
79
4.10.1 Pemusnahan Dokumen Rahsia Rasmi 81
Memastikan dokumen Rahsia Rasmi kerajaan yang telah diturun taraf
apabila hendak dimusnahkan, disenaraikan dalam Borang Senarai
Pelupusan Suratan Terperingkat Bagi Tahun 2005 dan memohon
kebenaran pemusnahan daripada Arkib Negara Malaysia.
4.10.2 Peringkat ILKKM
v. KP&K
a. Merancang jadual pelupusan.
b. Menyemak maklumat kertas soalan dan skrip jawapan yang telah
tersenarai di dalam buku daftar Am 492A.
c. Minta Pengarah melaksanakan pengkelasan semula dan
merekodkan dalam Buku Daftar Suratan Rahsia Rasmi (Borang Am
492B) (Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir Pelupusan Kertas Soalan
dan Skrip Jawapan - Lampiran 22 dan 22a).
d. Melengkapkan Borang BPL 17 dan mengesahkan setelah selesai
tindakan.
e. Melaksanakan pelupusan dalam tempoh masa dua (2) minggu
selepas tamat peperiksaan).
SUP
a. Mengurus dan mengenalpasti kertas soalan dan skrip jawapan
yang perlu dilupuskan.
b. Menjalankan pelupusan mengikut jadual pelupusan
c. Mengisi borang pelupusan dengan menyediakan maklumat kertas
soalan dan skrip jawapan seperti berikut:
i. Jenis kertas soalan dan skrip jawapan
ii. Kuantiti
iii. Tarikh perlu dilupuskan
iv. Tempoh digunakan/ disimpan
d. Laksanakan proses pelupusan skrip jawapan.
e. Kemaskini rekod.
f. Kemukakan Borang BPL 17 kepada KP&K untuk pengesahan.
80
BAB 4 PENGURUSAN SOALAN
PEPERIKSAAN
Ketua Pengawas/ Pengawas
a. Mengenal pasti salinan kertas soalan yang perlu dilupuskan dan
laksanakan pelupusan dalam tempoh masa 2 minggu selepas
tamat peperiksaan).
b. Sediakan maklumat kertas soalan seperti di Borang BPL 17.
c. Merincih semua salinan kertas soalan (Rujuk Proses Kerja dan
Carta Alir Pelupusan Salinan Kertas Soalan/ Skrip Jawapan -
Lampiran 23 dan 23a).
4.10.3 Proses Pelupusan Kertas Skrip Jawapan
Pelupusan skrip jawapan akan dilakukan selepas enam (6) bulan dari
tarikh pembentangan keputusan peperiksaan mengikut Jadual
Pelupusan Rekod (JPR).
Peringkat ILKKM
a. SUP mengenalpasti skrip jawapan yang hendak dilupuskan.
b. KP&K/ SUP akan menyediakan jadual pelupusan.
c. SUP akan sediakan maklumat skrip jawapan seperti berikut:
83 i. Jenis skrip jawapan.
ii. Kuantiti.
iii. Tarikh perlu dilupuskan.
iv. Tempoh digunakan/ disimpan.
d. KP&K/ SUP akan melengkapkan Borang BPL 17.
e. SUP/ Pegawai yang dilantik akan melaksanakan proses
pelupusan skrip jawapan.
f. KP&K melengkapkan Borang BPL 17 dan mengesahkan setelah
selesai tindakan.
g. Selepas pelupusan dilaksanakan SUP akan mengemaskini rekod
(Borang BPL17).
81