The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sallehstudio, 2022-05-10 14:55:36

Combine_Final_10.5.2022-compressed

Combine_Final_10.5.2022-compressed

BAB 5

MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

Unit 5.0 Pengenalan
Unit 5.1 Tanggungjawab Dan Bidang Tugas
Unit 5.2 Pengurusan Moderasi Skrip Pensampelan
Unit 5.3 Pemeriksaan Skrip Jawapan
Unit 5.4 Proses Pemarkahan

Unit 5.5 Carta Alir Proses Moderasi dan Pemeriksaan Skrip
Jawapan

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

5.0 PENGENALAN
Moderasi pemeriksaan skrip jawapan ialah satu langkah yang praktikal bagi menjamin
ketekalan pemeriksaan skrip. Ia bertujuan bagi mewujudkan keseragaman di antara
semua pemeriksa di ILKKM semasa melaksanakan pemeriksaan skrip jawapan.
Ini juga untuk menjamin kualiti bagi memastikan hasil pembelajaran bersifat kesahan,
kebolehpercayaan, adil, bersesuaian, fleksibel dan penilaian selari dengan piawaian,
prinsip dan etika penilaian serta mematuhi Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
dan Arahan Keselamatan.

5.1 TANGGUNGJAWAB DAN BIDANG TUGAS
5.1.1 KPSUK/ KPSU (PP)
i. Menyelaras skema jawapan dan Panduan Memberi Markah (PMM)
berdasarkan soalan di peringkat BPL, KKM (mengikut keperluan
disiplin).
ii. Mengesahkan/ memperakukan perubahan fakta skema jawapan
dan PMM selepas proses moderasi skrip sampelan dilaksanakan
(jika ada).
iii. Memastikan lawatan pemantauan dijalankan untuk menentukan
keakuran kepada PMM mengikut panduan moderasi dan
pemeriksaan skrip jawapan.
iv. Melantik ketua pemeriksa (KP) dan pemeriksa.
v. Menyelaras skema jawapan dan PMM berdasarkan soalan di
peringkat BPL, KKM (mengikut keperluan disiplin).

84

BAB 5 MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

5.1.2 PSUK/ PSU (PP)
i. Menerima maklumat berkaitan pindaan terhadap skema jawapan
dan PMM daripada Pengerusi Pusat Pemeriksaan (jika ada
pindaan).
ii. Menyemak skema jawapan dan PMM yang diterima serta pastikan
kesahihan perubahan yang berlaku. Memaklumkan kepada KPSUK/
KPSU jika terdapat perubahan yang major.
iii. Menjalankan pemantauan pemeriksaan skrip jawapan mengikut
keperluan.
iv. Melakukan semakan secara rawak ke atas skrip jawapan dengan
mengisi borang BPL 15.
v. Melakukan semakan secara rawak ke atas pengisian markah.

5.1.3 Pengarah/ TPA/ KP&K/ Ketua Program
i. Mempengerusikan Mesyuarat Pemeriksaan Skrip Jawapan
peringkat ILKKM.
ii. Memberikan taklimat kepada ketua pemeriksa mengenai proses
moderasi dan pemeriksaan skrip jawapan.
iii. Mengawalselia ketekalan pemeriksaan skrip jawapan dengan
menyemak semula secara rawak skrip yang telah diperiksa
(moderator dalaman – Borang BPL 14).
iv. Mengesahkan pindaan kecil/ menambah fakta di skema jawapan dan
PMM tanpa mengubah status pembahagian markah.
v. Memaklumkan kepada KPSUK/ KPSU/ PSUK sekiranya terdapat
perubahan major skema jawapan dan PMM untuk diselaraskan di
ILKKM (mengikut disiplin).

85

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

5.1.4 KP&K
5.1.5
i. Mengesahkan proses Pensampelan semasa sesi moderasi. (Rujuk
Borang Cetakan Pensampelan Skrip Jawapan-Borang BPL10)

ii. Menerima maklumat berkaitan pindaan kecil skema jawapan dan
PMM daripada ketua pemeriksa.

iii. Melakukan semakan secara rawak ke atas pengisian markah.
iv. Memastikan proses pemeriksaan skrip jawapan calon mematuhi

Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan.

SUP

i. Menguruskan pensampelan dan membuat salinan skrip jawapan
untuk proses moderasi. (Rujuk Borang Cetakan Pensampelan Skrip

Jawapan - Borang BPL10)

ii. Menguruskan pemeriksaan skrip jawapan termasuk:

a. Mengeluarkan dan menyimpan skrip jawapan/ skema jawapan
di bilik keselamatan/ kebal.

b. Menyediakan bilik keselamatan/ kebal dan peralatan untuk
pemeriksaan skrip jawapan.

c. Menyediakan dan menyimpan dokumen dan borang berkaitan
moderasi dan pemeriksaan skrip jawapan.

d. Memastikan borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta
88) ditandatangani oleh semua pegawai yang dilantik.

e. Menyerahkan laporan ketua pemeriksa kepada PSUK/ PSU
untuk analisis.

iii. Menguruskan kemasukan data markah ke sistem pemarkahan
(tabulasi).

a. Memastikan markah di skrip jawapan dan di borang
pemarkahan adalah betul.

b. Memasukkan markah ke dalam sistem pemarkahan;
● Memasukkan markah ke dalam format pemarkahan (Rujuk:
Borang Markah Mengikut Subjek/ Kursus - Lampiran 43).
● Mengemaskini dan mencantumkan keseluruhan markah
mengikut semester.
● Menyemak dan meneliti keputusan mengikut semester.

c. Memastikan kerahsiaan maklumat dan dokumen peperiksaan.

86

BAB 5 MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

5.1.6 Moderator
i. Kriteria moderator

a. Lebih daripada 3 tahun sebagai pengajar

b. Pakar subjek

c. Mempunyai pengalaman mengajar kod subjek/ kod kursus
berkaitan/ kelayakan yang berkaitan

ii. Moderator pemeriksaan berperanan untuk menyemak skrip jawapan,
PMM dan peraturan pemarkahan bagi memastikan pemarkahan
adalah konsisten, adil dan tiada perbezaan markah yang ketara di
antara pemeriksa.

iii. Memeriksa semula skrip jawapan secara rawak untuk mengetahui
konsistensi pemarkahan dengan mengisi di dalam borang BPL 15.

5.1.7 Ketua Pemeriksa
Sebelum proses moderasi pemeriksaan sample skrip jawapan.

i. Menyampaikan taklimat proses moderasi dan pemeriksaan skrip
jawapan kepada semua pemeriksa.

ii. Menerima sampel skrip jawapan (kod subjek berkaitan) dan PMM
asal dari SUP semasa moderasi.

iii. Menerima skrip jawapan calon, PMM dan borang-borang berkaitan.

iv. Melakukan proses moderasi dan memaklumkan sekiranya ada
sebarang perubahan PMM (borang BPL 12) kepada KP&K/
Pengerusi Mesyuarat

v. Membuka bungkusan skrip jawapan, mengira serta mengesahkan
bilangan skrip jawapan.

vi. Mengagihkan skrip jawapan kepada pemeriksa semasa proses
moderasi pemeriksaan sampel skrip jawapan.

vii. Melakukan pemeriksaan semula ke atas skrip jawapan yang
mendapat markah gagal, markah tertinggi, dan markah penuh
secara rawak (Rujuk Borang BPL 13).

viii. Mengarahkan pemeriksaan semula ke atas skrip jawapan sekiranya
87 markah diragui.

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

ix. Memeriksa skrip jawapan dan melakukan pemeriksaan secara rawak
untuk memastikan ketekalan dengan mengisi borang BPL 14.

x. Mengesahkan kemasukan markah ke dalam borang pemarkahan
(hard copy) (Rujuk Lamp.iran 43).

xi. Menyediakan dan mengemukakan laporan dengan menggunakan
Borang BPL 11.

xii. Menyerahkan skrip jawapan, PMM, laporan dan borang yang
berkaitan kepada SUP.

5.1.8 Pemeriksa

i. Semasa Proses Moderasi Pemeriksaan Skrip Jawapan Sampel

a. Berbincang dan mengemaskini kandungan serta
mengesahkan skema jawapan dan PMM asal.

b. Menerima skrip sampel jawapan (kod subjek berkaitan) dan
PMM asal dari ketua pemeriksa semasa moderasi.

c. Menjalankan pemeriksaan sampel skrip jawapan.

d. Mengemaskini panduan skema jawapan dan PMM jika
terdapat penemuan fakta baru pada sampel skrip jawapan.

e. Membantu menyediakan dan mengemukakan laporan dengan

menggunakan borang BPL 11 dan Borang BPL 12 kepada
Ketua Pemeriksa dan disahkan oleh Pengerusi.

f. Menerima skema jawapan dan PMM baru (jika ada) daripada
Ketua Pemeriksa.

ii. Menjalankan Pemeriksaan Skrip Jawapan Calon

a. Membantu membuka bungkusan skrip jawapan, mengira
serta mengesahkan bilangan skrip jawapan.

b. Menjalankan pemeriksaan skrip jawapan.

88

BAB 5 MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

c. Memasukkan markah ke dalam borang pemarkahan (mengikut
disiplin).

d. Merekod dan memberi ulasan bagi tiga (3) skrip jawapan
yang mendapat markah tertinggi dan tiga (3) skrip
jawapan mendapat markah terendah dalam Borang BPL 13.

5.1.9 Urus Setia Peperiksaan
i. Membantu memastikan markah di skrip jawapan dan di borang
pemarkahan adalah betul.
ii. Membantu dalam memasukkan markah ke dalam sistem pemarkahan
termasuk:
a. Membantu memasukkan markah ke dalam format pemarkahan.
b. Menolong mengemaskini dan mencantumkan keseluruhan
markah mengikut semester.
c. Membantu menyemak dan meneliti keputusan mengikut
semester.
d. Memastikan kerahsiaan maklumat dan dokumen peperiksaan.

5.2 PENGURUSAN MODERASI PENSAMPELAN SKRIP
ILKKM perlu merancang pelaksanaan moderasi pemeriksaan skrip jawapan dengan
merujuk kepada Takwim Peperiksaan bagi tujuan penyelarasan.
5.2.1 Ketua Pengawas menyerahkan bungkusan skrip jawapan daripada KP&K/
SUP untuk pensampelan.
5.2.2 KP&K/ SUP memilih sampel secara rawak daripada skrip jawapan untuk
proses moderasi menggunakan Borang BPL 10 mengikut ketetapan berikut:
i. Tiga (3) sampel dipilih jika calon adalah kurang dari 100.
ii. Lima (5) sampel dipilih jika calon adalah lebih dari 100.

89

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

5.2.3 SUP mencetak setiap sampel yang dipilih mengikut bilangan pemeriksa bagi
tujuan moderasi.

No. Matriks dan No. Kad Pengenalan calon bagi salinan skrip sampel perlulah
dirahsiakan semasa proses percetakan (contoh sampel moderasi - Lampiran
24).

5.2.4 Ketua Pemeriksa menerima bungkusan sampel skrip jawapan daripada SUP
dan menandatangani Borang Akuan Penerimaan dan Penyerahan
Semula Skrip Jawapan (Borang BPL 9).

5.2.5 Ketua Pemeriksa bertanggungjawab ke atas keselamatan skrip jawapan.

5.2.6 Langkah-langkah penyemakan skrip sampelan dan pengesahan PMM:

i. Memeriksa respon calon (skrip sampelan) berdasarkan PMM

ii. Catatkan markah di dalam Borang BPL 11 (Borang Penyelarasan
Pemeriksaan Skrip Sampelan) dan analisis perbezaan markah
antara pemeriksa dan kenalpasti faktor penyumbang di Borang BPL
12 untuk cadangan penambahbaikan PMM.

iii. Pengerusi/ KP&K mengesahkan perubahan/ PMM (Borang BPL 12).

iv. Membuat penyemakan PMM bersama pemeriksa skrip jawapan dan
penyelaras moderasi.

v. Mengesahkan salinan PMM yang telah disemak dan dipersetujui
untuk digunakan sebagai PMM bagi penyemakan skrip jawapan.

vi. Memastikan semua pemeriksa skrip jawapan melaksanakan proses
penyemakan skrip jawapan dengan teratur.

vii. Membuat pengesahan ke atas penyemakan semula skrip jawapan di
dalam Borang Penyelarasan Pemeriksaan Skrip Jawapan Calon
oleh Ketua Pemeriksa (Borang BPL 14) dan Borang Pengesahan
Ketekalan (Pemeriksaan Skrip) oleh Moderator (Borang BPL 15).

5.2.7 Purata perbezaan markah bagi setiap soalan di antara pemeriksa bagi
soalan berbentuk subjektif (SEQ/ MEQ) adalah 10%. Jika perbezaan markah
antara pemeriksa lebih daripada yang tersebut di atas, Ketua Pemeriksa
perlu mengesahkan ketekalan jawapan calon mengikut PMM.

90

BAB 5 MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

Perbezaan markah di antara pemeriksa yang diterima:

i. Soalan SEQ 5 markah: 0.5 markah atau 10% beza markah (setiap
soalan)

ii. Soalan SEQ 10 markah: 1 markah atau 10% beza markah (setiap
soalan)

iii. Soalan esei 20 markah: 2 markah atau 10% beza markah (setiap
soalan)

iv. Soalan esei 25 markah: 2.5 markah atau 10% beza markah (setiap
soalan)

5.2.8 Selepas pemeriksaan skrip sampel, lakukan perbincangan penyelarasan

antara PMM dengan respons calon. Ketua Pemeriksa dan pemeriksa perlu

mengesahkan fakta supaya PMM adalah betul. Gunakan Borang BPL 12
untuk penambahbaikan PMM.

5.2.9 Seterusnya ketua pemeriksa hendaklah mengesahkan perubahan PMM.
dan laporkan ke Unit Peperiksaan dan Pensijilan BPL.

5.2.10 Langkah-langkah pemeriksaan skrip sampel semasa moderasi.

i. Setiap Pemeriksa dikehendaki menyerahkan skrip sampel yang
telah diperiksa kepada Ketua Pemeriksa untuk mengesahkan
ketekalan dalam pemberian markah dan penemuan fakta baharu.

ii. Ketua Pemeriksa memaklumkan kepada Pemeriksa hasil
pemeriksaan skrip sampel dan PMM yang baharu (jika ada) untuk
dipatuhi.

5.2.11 Kertas soalan MCQ, MEQ dan SEQ berserta dengan PMM hendaklah
disimpan satu (1) salinan oleh SUP dan boleh dilupuskan selepas enam
(6) bulan selepas pembentangan keputusan peperiksaan akhir.

5.3 PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

5.3.1 Semua perkara berhubung dengan pemeriksaan, termasuk skrip jawapan
5.3.2 dan PMM adalah sulit.
5.3.3
Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa dikehendaki menandatangani Borang
Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

Pemeriksa hendaklah mengikut arahan Ketua Pemeriksa.

5.3.4 Pemeriksaan skrip adalah tugas sulit, dan perlu dilaksanakan di tempat-
tempat yang terkawal dari segi keselamatannya. KP&K/ SUP hendaklah
5.3.5 menyimpan skrip di tempat yang selamat dan berkunci.
5.3.6
Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa hendaklah memastikan keselamatan
bahan peperiksaan setiap masa.

Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa dilarang sama sekali menyerahkan tugas
memeriksa kepada sesiapa yang tidak dilantik.

91 5.3.7 Pemeriksaan skrip hendaklah diselesaikan dalam masa yang ditetapkan.

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

5.3.8. KP&K/ SUP/ Urus Setia Peperiksaan menyerahkan dokumen dan borang
berikut kepada Ketua Pemeriksa.

i. Skrip jawapan calon.
ii. Kertas soalan.
iii. Panduan Memberi Markah.
iv. Borang pemarkahan
v. Senarai kehadiran pemeriksa
vi. Borang BPL 9 hingga Borang 15

vii. Alat tulis

5.3.9 Ketua Pemeriksa menerima bungkusan skrip jawapan daripada KP&K/ SUP/
Urus Setia Peperiksaan dan memastikan bilangan skrip yang diterima adalah
sama dengan bilangan calon yang menduduki peperiksaan dan
menandatangani Borang Akuan Penerimaan dan Penyerahan Semula
Dokumen Moderasi dan Pemeriksaan Skrip Jawapan (Borang BPL 9).

5.3.10 Ketua Pemeriksa bertanggungjawab mengagihkan tugasan memeriksa skrip
kepada pemeriksa.

5.3.11 KP&K/ SUP bertanggungjawab menyemak dan memastikan ketepatan
maklumat di dalam setiap dokumen yang diterima.

5.3.12 Pemeriksa bertanggungjawab ke atas keselamatan skrip yang diperiksanya
sepanjang proses pemeriksaan skrip.

5.3.13 Ketua Pemeriksa memeriksa semula secara rawak skrip jawapan dengan
markah tertinggi dan terendah yang telah diperiksa oleh Pemeriksa untuk
ketekalan.

5.3.14 Jika disyaki calon melakukan penyelewengan;

i. Skrip jawapan hendaklah diperiksa seperti biasa.

ii. Pemeriksa hendaklah melaporkan kepada Ketua Pemeriksa dengan
segera.

iii. Ketua Pemeriksa perlu melaporkan kepada Pengerusi dan
menghantar laporan serta skrip jawapan ke BPL dengan
menggunakan borang Laporan dan Penyelewengan - Borang BPL
16.

5.3.15 Skrip hendaklah disusun kembali mengikut urutan angka giliran dan
dimasukkan ke dalam sampul asal.

92

BAB 5 MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

5.3.16 Semasa penyerahan semula skrip jawapan Ketua Pemeriksa kepada KP&K/
SUP:

i. Ketua Pemeriksa hendaklah menandatangani borang akuan
penyerahan

ii. KP&K/ SUP menandatangani penerimaan skrip jawapan yang telah
diperiksa

iii. Memastikan bilangan skrip yang diterima akur dengan bilangan skrip
yang diperuntukkan.

5.3.17 Ketua Pemeriksa hendaklah menyerahkan kembali semua dokumen dan
borang yang disenaraikan di bawah perkara 5.3.8 dan laporan Ketua
Pemeriksa kepada KP&K/ SUP pada tarikh yang telah ditetapkan.

5.4 PROSES PEMARKAHAN

5.4.1 Pemeriksaan skrip dilaksanakan dengan dua (2) cara iaitu:
i. Secara Dalaman (Decentralized)
Skrip jawapan hendaklah diperiksa di ILKKM.

ii. Secara Berpusat (Centralized)
Skrip jawapan hendaklah dibawa ke pusat pemeriksaan yang telah
ditetapkan contoh di ILKKM atau BPL.

5.4.2 Langkah-Langkah Pemeriksaan Skrip Jawapan

i. Pemeriksa menggunakan pen dakwat merah

ii. Ketua Pemeriksa menggunakan pen dakwat hijau semasa
pemeriksaan semula skrip.

iii. PSUK/ PSU/ Pengerusi/ Pegawai yang diturunkan kuasa
menggunakan pen dakwat ungu.

iv. Catatkan markah di ruang sebelah kanan skrip jawapan (di dalam
ruangan kosong) mengikut ketetapan di bawah:

a. Markah yang diperolehi bagi setiap pecahan soalan 1. a, b, c
atau d hendaklah dicatat : Contoh : 6

b. Jumlah markah keseluruhan soalan 1, 2 atau 3 yang diperolehi
bagi setiap soalan hendaklah dibulatkan: Contoh :

(Rujuk Contoh 1 Pemeriksaan Skrip Jawapan di Lampiran
25a)

93

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

v. Pemeriksa hendaklah memastikan semua skrip jawapan diperiksa
mengikut etika pemeriksaan skrip.
a. Jawapan yang berulang/ sama ditandakan dengan [// fakta
berulang (FB)].

b. Fakta yang salah ditanda pangkah (X).
(Rujuk Contoh 2 Pemeriksaan Skrip Jawapan di Lampiran
25b)

vi. Pemeriksa hendaklah mengisi markah bagi setiap soalan di ruangan
yang disediakan di muka hadapan buku skrip jawapan. Jumlah
markah hendaklah ditulis dengan terang dan ditandatangani pada
ruangan yang disediakan.

vii. Setiap pindaan yang dibuat ke atas markah hendaklah dibatalkan
dan ditandatangani secara ringkas oleh Pemeriksa.

Contoh: WSA

viii. Penggunaan cecair pemadam (liquid paper) tidak dibenarkan.

ix. Kes Penyelewengan: Jika disyaki calon melakukan penyelewengan
dalam peperiksaan, skrip jawapan hendaklah diperiksa seperti biasa.
Ketua Pemeriksa akan menyerahkan laporan dengan mengisikan
Borang BPL 16 ke UPP, BPL bersama skrip jawapan calon dan
salinan laporan dari ILKKM yang berkenaan.

x. Sasaran pemeriksaan skrip jawapan adalah tertakluk kepada
kesukaran soalan dan kepakaran bidang pemeriksa.

● MEQ 50 -70 skrip sehari/ seorang

● SEQ 100 -140 skrip sehari/ seorang

Formula pengiraan:

Bilangan skrip jawapan calon bahagi (÷) Bilangan pemeriksa bahagi
(÷) Jumlah hari pemeriksaan skrip yang telah ditetapkan.

Contohnya:

Bilangan Calon = 120 orang

Skrip jawapan MEQ = 3 soalan

Pemeriksa = 2 orang

Bilangan hari pemeriksaan = 3 hari

94

BAB 5 MODERASI DAN PEMERIKSAAN
SKRIP JAWAPAN

Formula pengiraan soalan MEQ:
(3 soalan MEQ x 120 calon) ÷ 2 pemeriksa ÷ 3 hari
= (360) ÷ 2 ÷ 3
= 180 ÷ 3
= 60 skrip/ hari/ pemeriksa

Formula pengiraan soalan SEQ:
(2 soalan SEQ x 120 calon) ÷ 2 pemeriksa ÷ 1 hari
= (240) ÷ 2 pemeriksa ÷ 1 hari
= 120 skrip/ hari/ pemeriksa

5.4.3 Selepas Pemeriksaan Skrip
i. Pemeriksa mengisi borang pemarkahan (mengikut disiplin) serta
laporan pemeriksaan dan serahkan kepada Ketua Pemeriksa.
ii. Ketua Pemeriksa menyediakan laporan pemeriksaan dan
menyerahkan kepada KP&K/ SUP.
iii. Ketua Pemeriksa menandatangani Borang Akuan Penerimaan &
Penyerahan Semula Dokumen Moderasi & Pemeriksaan Skrip
Jawapan (Borang BPL 9) untuk penyerahan semula skrip yang
telah diperiksa kepada KP&K/ SUP.
iv. Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa memastikan markah di dalam skrip
yang telah diperiksa adalah sama dengan markah di dalam borang
pemarkahan.
v. Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa memastikan bilangan skrip yang
telah diperiksa adalah sama dengan jumlah calon.
vi. Ketua Pemeriksa bertanggungjawab menyerahkan semua dokumen
peperiksaan dan bungkusan skrip jawapan kepada KP&K/ SUP
setelah semakan dibuat.

5.4.4 Pemeriksaan Kertas MCQ

i. Moderasi PMM untuk soalan MCQ akan dilakukan oleh pemeriksa
dan dihantar ke BPL untuk penyelarasan.

ii. Semua kertas MCQ akan diperiksa menggunakan OMR mesin di
BPL atau ILKKM yang mempunyai mesin OMR.

iii. Mesin OMR perlu dikalibrasi secara berkala.

95

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

5.5 CARTA ALIR PROSES MODERASI DAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN

96



BAB 6

TADBIR URUS PENILAIAN PELATIH

Unit 6.0 Pengenalan
Unit 6.1 Skop dan Polisi
Unit 6.2 Pengurusan Takwim Peperiksaan
Unit 6.3 Pengurusan Item dan Soalan Peperiksaan
Unit 6.4 Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir Semester
Unit 6.5 Pengurusan Peperiksaan Teori
Unit 6.6 Pengurusan Peperiksaan Praktikal
Unit 6.7 Pengurusan Peperiksaan VIVA
Unit 6.8 Pengurusan Peperiksaan Secara Dalam Talian
Unit 6.9 Penilaian Berterusan
Unit 6.10 Kes-kes Khas
Unit 6.11 Pengurusan Kes Khas
Unit 6.12 Tabulasi dan Analisis
Unit 6.13 Pengurusan Keputusan Peperiksaan
Unit 6.14 Pengurusan Peperiksaan Ulangan
Unit 6.15 Kelayakan Meneruskan Pengajian
Unit 6.16 Pengurusan Sijil, Transkrip dan Verification of Training

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.0 PENGENALAN
Tadbir urus penilaian pelatih sangat penting bagi menentukan proses penilaian
pelatih dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Ini adalah kerana penilaian
pelatih adalah merupakan satu proses untuk menilai pencapaian dan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Semua perkara yang berkaitan dengan
pengurusan peperiksaan perlu didokumentasikan sebagai instrumen untuk
mewujudkan satu sistem yang berkualiti dan merupakan asas penganugerahan
kelayakan bagi sesuatu program. Kaedah penilaian pelatih yang jelas, konsisten,
berkesan dan dipercayai mampu memperlihatkan pencapaian hasil pembelajaran
yang dihasratkan. Tadbir urus penilaian pelatih dilaksanakan dengan mematuhi
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Arahan Keselamatan.

6.1 SKOP DAN POLISI

Menurut MQA (2013) penilaian didefinisikan sebagai satu proses membuat
pertimbangan dan keputusan mengenai prestasi pelatih dan prestasi program
bersandarkan kepada standard tanda aras yang dinyatakan oleh kriteria prestasi
dan sasaran prestasi bagi sesuatu hasil pembelajaran berdasarkan bukti yang telah
diperolehi dari proses pentaksiran.

Beberapa kaedah penilaian digunakan dan ia bergantung kepada objektif dan tahap
pembelajaran bagi kursus tersebut. Kurikulum konvensional menggunakan
penilaian berasaskan rujukan norma pencapaian pelatih yang dibandingkan
di antara satu sama lain bagi menentukan tahap kelulusan secara holistik.
Manakala bagi kurikulum OBE, penilaian pelatih menggunakan instrumen yang
komprehensif dan sistematik berdasarkan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Ia
dinamakan penilaian berasaskan hasil (Alias Mahmud, 2019).

Kaedah penilaian perlu menyokong kemajuan pencapaian pelatih melalui penilaian
berterusan (formatif) dan mengesahkan pencapaian hasil pembelajaran melalui
penilaian sumatif. Penilaian berasaskan hasil menggunakan rujukan kriteria yang
berbeza dengan penilaian rujukan norma yang digunakan dalam kurikulum
konvensional. Dalam penilaian berasaskan hasil, hasil pembelajaran merupakan
kriteria yang dinilai (MQA, 2013).

99

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

Penilaian
Pelatih

Rajah 6.1: Perkaitan antara penilaian pelatih dengan pencapaian CLOs
dan PLOs untuk menyokong pencapaian objektif PEOs (Rujukan

Agensi Kelayakan Malaysia. (2013). Garis Panduan Amalan Baik: Penila-
ian Pelajar. Retrieved from: www.mqa.gov.my)

Rajah 6.1 menunjukkan perkaitan antara penilaian pelatih dan pencapaian CLO
dan PLO untuk menyokong pencapaian objektif pendidikan program (PEO). Ia
menunjukkan keperluan untuk menjajarkan kaedah penilaian dengan pencapaian
hasil pembelajaran (LO) dan keperluan untuk proses penilaian pelatih yang
sistematik dalam institusi (MQA, 2013)
Berdasarkan model penilaian forward (forward assessment model) dalam Rajah
6.2 perancangan penilaian bermula selepas menetapkan matlamat dan objektif
pendidikan program (PEO), hasil pembelajaran program (PLO) dan hasil
pembelajaran kursus (CLO).

Rajah 6.2 Model Penilaian Forward

100

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.1.1 Peranan dan Tanggungjawab BPL
i. Menetapkan dasar-dasar latihan.
ii. Menyediakan infrastruktur secara keseluruhan pelaksanaan latihan di
ILKKM dari segi peralatan, bangunan dan logistik.
iii. Menguruskan sumber kewangan serta tenaga manusia.
iv. Memenuhi keperluan stakeholders (BSM, KKM dan Negara).
v. Mematuhi dasar-dasar sistem penilaian mengikut piawaian MQA.
vii. Melaksanakan pengurusan peperiksaan.
viii. Menganalisis pencapaian peperiksaan.
ix. Memastikan kepatuhan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
(Pindaan Tahun 1986) dan Arahan Keselamatan.
x. Menguruskan penyediaan dokumen-dokumen pensijilan.
xi. Menyimpan keputusan dan rekod peperiksaan.

6.1.2 Peranan dan Tanggungjawab SUB (PL)
i. Bertanggungjawab dalam semua urusan berkaitan peperiksaan dan
pensijilan.

6.1.3 Peranan dan Tanggungjawab TSUB (IL)
i. Mempengerusikan jawatankuasa peperiksaan peringkat BPL yang
merangkumi:
a. Mesyuarat Kelayakan Menduduki PAS.
b. Mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan.
ii. Mengesahkan pelantikan SUP ILKKM yang dicalonkan oleh Pengarah
ILKKM.

101

6.1.4 Peranan dan Tanggungjawab KPSUK (PP)

i. Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa peperiksaan apabila
dilantik.

ii. Mengesahkan takwim aktiviti dan jadual peperiksaan.

iii. Melantik ketua pengawas/ pengawas/ ketua pemeriksa/ pemeriksa/
penggubal/ pengedit/ pemurni/ urus setia tabulasi/ pemeriksa luar dan
pengedit luar.

iv. Menyemak dan mengesahkan kertas-kertas soalan peperiksaan (bacaan
pruf).

v. Menjadi setiausaha jawatankuasa peperiksaan peringkat BPL.

vi. Memantau pengurusan peperiksaan dan pemeriksaan skrip jawapan di
ILKKM.

vii. Memaklumkan pencapaian Peperiksaan Semester Akhir Semester pada
Mesyuarat Lembaga Pendidikan KKM.

viii. Memperakui perubahan PMM selepas proses moderasi.

6.1.5 Peranan dan Tanggungjawab KPSU (PP)

i. Menyelaras takwim aktiviti dan jadual peperiksaan.

ii. Menyelaras pelantikan ketua pengawas/ pengawas/ ketua pemeriksa/
pemeriksa/ penggubal/ pengedit/ pemurni/ urus setia tabulasi/ pemeriksa
luar dan pengedit luar.

iii. Menyemak dan mengesahkan kertas soalan peperiksaan (bacaan
pruf).

iv. Setiausaha jawatankuasa peperiksaan peringkat BPL apabila dilantik.

v. Melakukan pemantauan pengurusan peperiksaan dan pemeriksaan skrip
jawapan di ILKKM.

vi. Menyediakan laporan pencapaian Peperiksaan Akhir Semester pada
Mesyuarat Lembaga Pendidikan KKM.

vii. Memperakui perubahan PMM selepas moderasi.

102

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

viii. Menyelaras pengumpulan data pelatih yang lulus Peperiksaan Akhir
Semester daripada ILKKM terlibat.

ix. Memantau penyelarasan/ penyemakan data pelatih sebelum sijil/
transkrip dikeluarkan.

x. Menyelaras pengurusan permohonan semula sijil/ transkrip/ verifikasi/
latihan.

6.1.6 Peranan dan Tanggungjawab PSUK/ PSU (PP)
i. Menyediakan takwim dan jadual peperiksaan mengikut program.
ii. Menguruskan pelantikan pegawai sebagai petugas peperiksaan:
a. Penggubal, pengedit dan pemurni.
b. Ketua pengawas dan pengawas.
c. Ketua pemeriksa dan pemeriksa.
d. Ketua penyelaras dan penyelaras.
e. Urus setia peperiksaan ILKKM.
f. Pemeriksa luar dan pengedit luar.

iii. Menyemak dan mengesahkan set soalan penilaian berterusan supaya
akur kepada Pembinaan Item.

iv. Pengurusan Peperiksaan Akhir Semester.
a. Menyelaras pengeditan item dan pemilihan soalan berpandukan
JSU.
b. Mengurus soalan Peperiksaan Akhir Semester sebelum pemilihan
set soalan dibuat.
c. Menyelaras pendaftaran set soalan yang dipilih dalam buku daftar
Am 492A (rujuk Bab 4: Pengurusan Soalan Peperiksaan).
d. Menguruskan percetakan soalan (Rujuak Bab 4: Pengurusan
Soalan Peperiksaan).
e. Mengurus kelayakan menduduki Peperiksaan Akhir Semester.

103

f. Menyelaras aktiviti pemeriksaan skrip jawapan di BPL.
g. Memantau proses moderasi pemeriksaan skrip jawapan.
h. Memastikan keputusan jawapan kertas objektif (MCQ) yang

menggunakan mesin OMR menepati skor wajaran mengikut kod
kursus.
i. Menyelaras aktiviti tabulasi.
j. Mengurus laporan analisis pencapaian calon dan soalan.
k. Memantau dan memastikan pelaksanaan peperiksaan di ILKKM
mengikut garis panduan yang ditetapkan.
v. Menyelaras kemasukan item ke dalam sistem Bank Soalan (Rujuk
Bab 3: Pembinaan Item).
vi. Pengurusan sijil/ transkrip/ verification of training
a. Menyemak data pelatih sebelum sijil/ transkrip/ verification of
training dikeluarkan.
b. Menyemak sijil/ transkrip/ verification of training yang telah dicetak
(jika berkaitan).
c. Sediakan surat iringan untuk penghantaran sijil/ transkrip/
verification of training (jika berkaitan).
d. Mendapatkan maklumbalas penerimaan sijil/ transkrip/ verification
of training daripada ILKKM.

6.1.7 Peranan dan Tanggungjawab Pengarah ILKKM
Pengarah ILKKM bertanggungjawab:
i. Mempengerusikan mesyuarat pengurusan peperiksaan peringkat ILKKM:
a. Penggubalan/ Pengeditan/ Pemilihan item.
b. Moderasi dan Pemeriksaan Skrip.
c. Kelayakan Menduduki Peperiksaan.
d. Pembentangan Keputusan Penilaian Berterusan.

104

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

ii. Mencadangkan calon SUP.
iii. Melantik petugas untuk Penilaian Berterusan:

a. Penggubal, Pengedit dan Pemilih Item.
b. Ketua Pengawas dan Pengawas.
c. Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa.
d. Ketua Penyelaras dan Penyelaras.
e. Urus setia Peperiksaan ILKKM.
iv. Mencalonkan petugas untuk Peperiksaan Akhir Semester:
a. Penggubal, Pengedit dan Pemilih Item.
b. Ketua Pengawas dan Pengawas.
c. Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa.
d. Ketua Penyelaras dan Penyelaras.
e. Urus setia Peperiksaan ILKKM.
f. Urus setia Tabulasi
v. Memantau pelaksanaan proses moderasi dan pemeriksaan skrip.
vi. Memantau pelaksanaan penilaian Peperiksaan Akhir Semester di ILKKM.
vii. Memantau prestasi pelatih dan memastikan aktiviti penambahbaikan
dilaksanakan oleh pengajar yang berkaitan.
viii. Memastikan aspek keselamatan dan kerahsiaan proses penilaian
dipatuhi.

105

6.1.8 Peranan dan Tanggungjawab KP&K
i. Bertanggungjawab memastikan soalan yang dihasilkan bagi penilaian
pelatih berdasarkan kepada:
a. Penyediaan Takwim Penilaian Berterusan di peringkat ILKKM
b. Menentukan penilaian berterusan di peringkat ILKKM mengikut
ketepatan kurikulum
c. Menepati JSU/ JSI
d. Melaksanakan kajian rintis dan menganalisa item bagi kesahan
serta kebolehpercayaan sebelum dihantar kepada BPL.
e. Menganalisis dan menentukan indeks kesukaran dan diskriminasi
bagi setiap item.
ii. Menjalankan tugas-tugas pengarah ILKKM dalam pengurusan
peperiksaan apabila dilantik.
iii. Mencalonkan kepada Pengarah ILKKM:
a. Penggubal, Pengedit dan Pemurni.
b. Ketua Pengawas dan Pengawas.
c. Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa.
d. Ketua Penyelaras dan Penyelaras.
e. Urus setia ILKKM (bagi ILKKM yang terlibat sahaja).
iv. Memantau pelaksanaan proses moderasi dan pemeriksaan skrip.
v. Memantau pelaksanaan Penilaian Berterusan dan Peperiksaan Akhir
Semester di ILKKM.
vi. Memberi taklimat Kepada Ketua Pengawas/ Pengawas/ Ketua
Penyelaras/ Penyelaras OSCE/ OSPE.
vii. Memantau prestasi pelatih dan memastikan aktiviti penambahbaikan
dilaksanakan oleh pengajar yang berkaitan.

106

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

viii. Memastikan aspek keselamatan dan kerahsiaan proses penilaian
dipatuhi.

ix. Menguruskan dan memantau sistem penilaian dan kualiti di ILKKM.

x. Mentadbir dan mengurus Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal dan Bilik
Pengurusan Peperiksaan:

a. Memastikan Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal dan Bilik Pengurusan
Peperiksaan dalam keadaan terkawal serta mematuhi Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Akta 88).

b. Pendaftaran, pengauditan, pengurusan dan keselamatan kunci
Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal dan Bilik Pengurusan Peperiksaan

xi. Menyelia penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran kertas soalan dan
skrip jawapan kabinet di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal mengikut
mengikut keperluan.

xii. Menyelaras pengurusan pencetakan kertas soalan penilaian berterusan
di peringkat ILKKM.

xiii. Menguruskan penerimaan, penyimpanan dan pengeluaran kertas soalan
serta skrip jawapan dari Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal.

xiv. Menyelaras pengurusan kes-kes penyelewengan dalam peperiksaan.

xv. Menyelaras pengurusan penyediaan analisis laporan berkaitan penilaian
dan kualiti di ILKKM.

xvi. Menyelaras analisis pencapaian calon dalam peperiksaan penilaian
berterusan dan mencadangkan penambahbaikan.

xvii. Menyelaras pelaksanaan peperiksaan bagi calon yang sakit pada waktu
peperiksaan dijalankan.

xviii. Menyelia serta memastikan data calon yang dihantar lengkap dan betul
seperti, nama pelatih, nombor kad pengenalan, gred keputusan (data,
format, butiran) bagi:
● Mesyuarat Pembentangan Kelayakan Menduduki Peperiksaan
● Tabulasi Keputusan Peperiksaan Akhir
● Mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan Akhir
● Penyediaan sijil dan transkrip

107

xix. Menyelaras pengurusan pelupusan skrip dan skema jawapan
selepas enam (6) bulan selepas mesyuarat pembentangan
keputusan peperiksaan akhir.

xxi. Menyelaras pembangunan bank soalan di peringkat ILKKM.

xxiii. Menyemak pelaksanaan penyediaan sijil dan transkrip.

xxiv. Melaporkan ketidakakuran atau ketidakaturan pengurusan peperiksaan
dan proses pemeriksaan skrip jawapan.

6.1.9 Peranan dan Tanggungjawab SUP

Pengajar yang dilantik menyelaraskan pelaksanaan aktiviti penilaian dan
peperiksaan di peringkat ILKKM. Tugas dan tanggungjawabnya adalah seperti
berikut:

i. Bertanggungjawab membantu KP&K dalam memastikan soalan yang
dihasilkan bagi penilaian pelatih berdasarkan kepada:

a. Penyediaan Takwim Penilaian Berterusan di peringkat ILKKM.

b. Menentukan penilaian berterusan di peringkat ILKKM mengikut
ketepatan kurikulum.

c. Menepati JSU/ JSI.

d. Melaksanakan kajian rintis dan menganalisa item bagi kesahan
serta kebolehpercayaan sebelum dihantar kepada BPL.

e. Pelaksanaan analisis item.

f. Memberi Indeks kesukaran dan diskriminasi bagi item.

ii. Sebagai setiausaha jawatankuasa peperiksaan di peringkat ILKKM
mengikut program.

iii. Menguruskan penggubalan, pengeditan dan pemurnian soalan
peringkat ILKKM mengikut program dengan mematuhi arahan
keselamatan.

iv. Melaporkan prestasi akademik pelatih kepada Pengarah ILKKM/ TPA/
KP&K untuk penambahbaikan.

v. Menguruskan pelaksanaan peperiksaan bagi calon yang sakit pada
waktu peperiksaan dijalankan.

108

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

vi. Menerima, menyimpan dan mengeluarkan kertas soalan dari kabinet di
Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal serta skrip jawapan dari Bilik Keselamatan/
Bilik Kebal mengikut keperluan.

vii. Menguruskan penyediaan sampel skrip jawapan untuk proses moderasi.
viii. Menyediakan borang dan dokumen untuk proses moderasi, pemeriksaan

skrip serta tabulasi.
ix. Memastikan dokumen peperiksaan disediakan untuk rujukan Ketua

Pengawas (teori) dan Ketua Pemeriksa (praktikal) seperti:
a. Senarai kehadiran calon.
b. Pelan tempat duduk calon/ susun atur pusingan (circuit) praktikal.
c. Borang laporan peperiksaan teori/ praktikal.
d. Borang markah peperiksaan praktikal.
e. Rekod Praktis Klinikal (Buku Log) telah disahkan - jika berkaitan.
f. Borang penyelewengan – jika berkaitan
x. SUP bertanggungjawab dalam menyediakan, menyemak dan
menghantar data calon yang lengkap seperti, nama pelatih, nombor kad
pengenalan, gred keputusan (data, format, butiran) bagi:
a. Mesyuarat Pembentangan Kelayakan Menduduki Peperiksaan
b. Tabulasi Keputusan Peperiksaan Akhir Semester
c. Mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan Akhir Semester
d. Penyediaan sijil dan transkrip.
xi. Menyediakan sijil dan transkrip pelatih selepas pembentangan
keputusan.
xii. Membantu penyelarasan bank soalan.

109

6.1.10 Peranan dan Tanggungjawab Urus setia Peperiksaan

i. Membantu SUP menguruskan penyediaan sampel skrip jawapan untuk
proses moderasi.

ii. Membantu SUP menyediakan borang dan dokumen untuk proses
moderasi, pemeriksaan skrip serta tabulasi.

iii. Membantu lain-lain tugas peperiksaan yang diarahkan oleh KP&K/ SUP.

iv. Membantu pengurusan persiapan dewan peperiksaan dan memastikan
telah dilengkapi dengan peralatan berikut:

a. Jam dinding yang berfungsi dan sesuai, digantung di tempat yang
boleh dilihat oleh semua calon.

b. Pendingin udara, kipas dan lampu berfungsi.

c. Papan tulis dan alat tulis yang mencukupi.

d. Papan tanda ‘TOLONG SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG
DIJALANKAN’ diletakkan di luar dewan peperiksaan.

6.1.11 Peranan dan Tanggungjawab Ketua Pengawas Peperiksaan

Ketua Pengawas yang dilantik mestilah dalam kalangan pengajar mempunyai
pengalaman sebagai Pengawas sekurang-kurangnya 1 tahun. Pegawai mesti
mempunyai pengalaman sebagai Pengawas dan berwibawa untuk memikul
tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas. Tugas dan tanggungjawabnya adalah:

i. Peperiksaan Teori

a. Menyediakan persiapan dewan peperiksaan (termasuk pusat
peperiksaan luar) dengan sempurna dan sesuai digunakan oleh
calon.

b. Mengurus persiapan dewan peperiksaan dan memastikan telah
dilengkapi dengan peralatan berikut:

▪ Jam dinding yang berfungsi dan sesuai, digantung di tempat
yang boleh dilihat oleh semua calon.

▪ Pendingin udara, kipas dan lampu berfungsi.
▪ Papan tulis dan alat tulis yang mencukupi.
▪ Papan tanda ‘TOLONG SENYAP PEPERIKSAAN

SEDANG DIJALANKAN’ diletakkan di luar dewan
peperiksaan.

110

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

c. Memastikan meja dan kerusi yang sesuai. Susunan meja pada
anggaran jarak 1 meter x 1 meter (benchmark dengan Kementerian
Pengajian Malaysia) di antara meja calon supaya calon boleh
menjalani peperiksaan dengan selesa dan mencegah peniruan.
Nombor matrik calon diletak di sudut kanan sebelah atas meja
calon.

d. Semua gambarajah, tulisan dan rajah berkaitan peperiksaan di
dinding bilik peperiksaan, diturunkan, ditutup atau diterbalikkan.

e. Jadual waktu peperiksaan, senarai nama calon dan pelan lantai
dipapar di pintu utama dewan peperiksaan. Papan tanda ‘TOLONG
SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN’ diletakkan di
luar dewan peperiksaan.

f. Memberi taklimat kepada calon yang akan menduduki peperiksaan
sehari sebelum peperiksaan bermula.

g. Ketua Pengawas/ Pengawas mesti berada di dalam dewan
peperiksaan sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan
dijalankan

h. Ketua Pengawas/ Pengawas perlu menjalankan tugas-tugas
pengawasan sahaja di dalam dewan peperiksaan. Menggunakan
telefon bimbit semasa di dalam dewan peperiksaan adalah
dilarang. Sebarang keperluan untuk menggunakan telefon bagi
tujuan pengendalian pengurusan peperiksaan hendaklah
dilakukan di luar dewan peperiksaan.

i. Memeriksa setiap calon sebelum memasuki dewan peperiksaan
bagi memastikan calon tidak membawa sebarang bahan yang
boleh dijadikan rujukan, peranti elektronik yang tidak dibenarkan
semasa peperiksaan. (Body search) tidak dibenarkan semasa
pemeriksaan.

j. Menyemak nombor/ kad matriks dan kad pengenalan sebagai bukti
pengenalan serta menandakan (√) di borang kehadiran calon.

k. Menerima kertas soalan dari KP&K/ SUP. Pastikan kertas soalan
yang diterima mengikut jadual peperiksaan.

l. Memastikan bekalan kertas jawapan mencukupi.
m. Menunjukkan bungkusan soalan yang masih dilakri (seal) kepada

calon sebelum peperiksaan dimulakan.

111

n. Menyemak kertas soalan bagi memastikan kod subjek yang betul
dan cukup bilangannya sebelum diedarkan kepada calon.

o. Mengedar buku jawapan/ borang OMR dan kertas soalan kepada
calon mengikut jadual peperiksaan

p. Ketua Pengawas hendaklah memastikan bahawa semua calon
telah diberikan kertas soalan yang betul serta cukup bilangan muka
surat sebelum calon mula menjawab. Sekiranya calon menerima
kertas soalan yang salah/ rosak, Ketua Pengawas perlu
menggantikan kertas soalan yang betul dengan serta merta.

q. Memberi penjelasan berkaitan kertas soalan bagi peperiksaan
tersebut sebelum peperiksaan bermula.

r. Memaklumkan waktu mula dan tamat peperiksaan kepada calon
dan catat di papan putih serta dalam laporan peperiksaan.

s. Melakukan pengawasan untuk memastikan tidak berlaku sebarang
penyelewengan. Sebarang penyelewengan hendaklah dilaporkan
dengan segera.

t. Sekiranya didapati calon melanggar peraturan peperiksaan, calon
hendaklah dibenarkan meneruskan peperiksaan. Pengumpulan
bukti pelanggaran peraturan peperiksaan perlu dilakukan.

u. Mengendalikan skrip jawapan calon mengikut prosedur
pembungkusan kertas jawapan.

v. Memastikan dewan peperiksaan dikosongkan/ dikunci untuk
keselamatan

w. Mengumpul dan memusnahkan semua kertas soalan peperiksaan
selepas peperiksaan tamat.

6.1.12 Peranan dan Tanggungjawab Pengawas Peperiksaan

Pengawas adalah pegawai dalam kalangan pengajar/ pegawai yang dilantik untuk
membantu Ketua Pengawas dalam mengendalikan peperiksaan. Tugas dan
tanggungjawabnya adalah:

i. Membantu menyediakan persiapan dewan peperiksaan (termasuk pusat
peperiksaan luar) dengan sempurna dan sesuai digunakan oleh calon.

ii. Mengambil alih tugas dan tanggungjawab Ketua Pengawas semasa
ketiadaannya.

iii. Memeriksa dewan peperiksaan setiap kali sebelum peperiksaan
dijalankan untuk memastikan keadaannya bersih, kemas, teratur dan
selamat.

112

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

iv. Memeriksa setiap calon sebelum memasuki dewan peperiksaan untuk
memastikan calon tidak membawa sebarang bahan yang boleh dijadikan
rujukan, peranti elektronik yang tidak dibenarkan semasa peperiksaan.
Body search tidak dibenarkan semasa pemeriksaan.

v. Membantu mengedarkan buku soalan dan buku jawapan.
vi. Membantu mengawasi gerak-geri calon untuk memastikan tidak berlaku

penyelewengan.
vii. Mengiringi calon ke tandas semasa tempoh peperiksaan.
viii. Membantu mengumpul kertas/ buku jawapan dan buku soalan yang perlu

dirincihkan.
ix. Membantu membungkus skrip jawapan calon mengikut prosedur

pembungkusan skrip jawapan.
x. Menentukan calon tidak meninggalkan sebarang bahan sama ada di atas

meja atau di dalam laci meja sebelum meninggalkan dewan.

6.1.13 Peranan dan Tanggungjawab Ketua Pemeriksa (Skrip Jawapan/ Praktikal)
Ketua Pemeriksa adalah pengajar atau pakar dalam bidang berkaitan yang
dilantik. Tugas dan tanggungjawabnya adalah:
i. Mengetuai pemeriksaan skrip jawapan calon dengan mematuhi Bab 5.
ii. Melaporkan sebarang kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh
pemeriksa skrip dengan segera.
iii. Menyediakan laporan Ketua Pemeriksa.
iv. Menyemak semula secara rawak skrip jawapan yang telah ditanda oleh
pemeriksa untuk memastikan konsistensi.
v. Memasukkan markah dengan tepat ke dalam Borang Pemarkahan
(Rujuk Lampiran 43).

113

6.1.14 Peranan dan Tanggungjawab Pemeriksa (Skrip Jawapan/ Praktikal)

Pemeriksa adalah pengajar atau pakar dalam bidang berkaitan yang dilantik.
Tugas dan tanggungjawabnya adalah:

i. Memeriksa skrip jawapan calon dengan mematuhi Bab 5.

ii. Membantu ketua pemeriksa menyediakan laporan.

iii. Membantu kemasukan markah ke dalam borang pemarkahan.

6.1.15 Peranan dan Tanggungjawab Ketua Penyelaras/ Ketua Pengawas
Peperiksaan Praktikal (OSCE/ OSPE/ Amali/ Ujian Spot)

Ketua penyelaras adalah pengajar yang dilantik. Tugas dan tanggungjawabnya
adalah:

i. Menyediakan bilik praktikal untuk peperiksaan praktikal.

ii. Menyediakan sumber untuk peperiksaan praktikal mengikut prosedur
yang ditetapkan.

iii. Menyediakan susun atur pusingan (circuit) praktikal.

iv. Mengurus makan/ minum untuk calon jika peperiksaan melibatkan
kuarantin.

v. Memeriksa persiapan dewan peperiksaan termasuk pusat peperiksaan
luar dan bilik kuarantin.

vi. Memberi taklimat peperiksaan kepada calon sebelum peperiksaan
bermula.

vii. Menyemak nombor matriks dan kad pengenalan sebagai bukti
pengenalan serta menandakan (√) di borang kehadiran calon.

viii. Memeriksa setiap calon sebelum memasuki dewan peperiksaan untuk
memastikan calon tidak membawa sebarang bahan yang boleh dijadikan
rujukan, peranti elektronik yang tidak dibenarkan semasa peperiksaan.
Body search tidak dibenarkan semasa pemeriksaan.

ix. Menerima kertas soalan daripada KP&K/ SUP Program.
x. Menunjukkan bungkusan soalan yang masih dilakri (seal) kepada Ketua

Pemeriksa/ Pemeriksa.

114

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

xi. Menyemak bagi memastikan kertas soalan yang betul dan cukup
bilangannya sebelum diedarkan kepada calon.
Ketua Pengawas hendaklah memastikan bahawa calon telah diberikan
kertas soalan yang betul serta bilangan muka surat yang cukup sebelum
calon mula menjawab.
Sekiranya seorang calon menerima kertas soalan yang salah, Ketua
pengawas perlu menggantikan kertas soalan yang betul dengan serta
merta.

xii. Melakukan pengawasan untuk memastikan tidak berlaku sebarang
penyelewengan.

xiii. Mengendalikan skrip jawapan calon mengikut prosedur pembungkusan
kertas jawapan (jika berkaitan).

xiv. Memastikan dewan peperiksaan dan bilik kuarantin dikosongkan/ dikunci
untuk keselamatan.

xv. Mengumpul dan merincih semua kertas soalan peperiksaan selepas
peperiksaan tamat (jika berkaitan).

6.1.16 Peranan dan Tanggungjawab Penyelaras Peperiksaan Praktikal (OSCE/
OSPE/ AMALI/ Ujian Spot)

Penyelaras adalah pegawai yang dilantik untuk membantu Ketua Penyelaras
peperiksaan praktikal dalam mengendalikan penyediaan sumber dan
pelaksanaan peperiksaan praktikal. Tugas dan tanggungjawabnya adalah:

i. Membantu dalam penyediaan bilik peperiksaan praktikal.

ii. Membantu dalam penyediaan sumber untuk peperiksaan praktikal
mengikut prosedur yang ditetapkan.

iii. Memastikan sumber peperiksaan mencukupi untuk digunakan semasa
peperiksaan.

6.1.17 Pegawai yang Dilantik Menarik Diri Sebagai Petugas Peperiksaan

i. Pegawai yang dilantik sebagai petugas peperiksaan tidak boleh menolak
pelantikan tanpa sebab yang munasabah.

ii. Pegawai hendaklah memberi surat penjelasan di atas penolakan lantikan
kepada TSUB (IL) melalui Pengarah ILKKM dan salinan kepada KPSUK
(PP).

115

iii. KPSUK (PP) boleh mempertimbangkan rayuan untuk:
a. petugas menarik diri atas sebab yang munasabah.
b. petugas meninggalkan tugas untuk jangka waktu tertentu.
c. pegawai pengganti diuruskan berasaskan keperluan semasa.

6.2 PENGURUSAN TAKWIM PEPERIKSAAN
6.2.1 KPSU/ PSUK/ PSU (PP) merujuk Takwim Akademik Induk Tahunan BPL.
6.2.2 PSUK/ PSU (PP) menyediakan takwim aktiviti-aktiviti pengurusan peperiksaan
sepanjang semester pada bulan Disember tahun sebelumnya.
6.2.3 KPSU (PP) membentangkan takwim peperiksaan.
6.2.4 KPSUK (PP) mengesahkan takwim peperiksaan dan mengedarkannya kepada
semua ILKKM.

6.3 PENGURUSAN ITEM DAN SOALAN PEPERIKSAAN
6.3.1 Penggubalan, Pengeditan dan Pemurnian Item Penilaian Berterusan di
Peringkat ILKKM
(Rujuk Bab 3: Pembinaan Item).
6.3.2 Penggubalan dan Pengeditan Item Peperiksaan Akhir Semester di Peringkat
ILKKM
(Rujuk Bab 3: Pembinaan Item).

6.3.3 Pemurnian Item Peperiksaan Akhir Semester di Peringkat BPL
(Rujuk Bab 3: Pembinaan Item).

6.3.4 Penyediaan Set Soalan
(Rujuk Bab 4: Pengurusan Soalan Peperiksaan).

116

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.3.5 Pemilihan Set Soalan Penilaian Berterusan

i. Pemilihan soalan bagi penilaian berterusan oleh Ahli Jawatankuasa
Pemilihan di peringkat ILKKM ialah seperti berikut:
a. Pengarah (Pengerusi).
b. SUP (Setiausaha).
c. TPA (Ahli).
d. KP&K (Ahli).
e. Ketua Program/ Ketua Teras (Ahli).
f. Pakar Subjek (Ahli).
Kuorum adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan sekurang-
kurangnya dua (2) orang ahli Jawatankuasa untuk pemilihan item
Peringkat ILKKM.

ii. Semua AJK Pemilihan Soalan perlu menandatangani borang Perakuan
Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) untuk memastikan kesahihan dan
kerahsiaan soalan yang dipilih.
a. Urusan pemilihan set soalan adalah mengikut Arahan Kerja Urusan
Pemilihan Soalan (Rujuk Lampiran 9 dan 9a).
b. Pengendalian set soalan yang telah dipilih adalah bertaraf SULIT.
Set soalan dimasukkan ke dalam sampul dan disimpan dalam fail
SULIT.
c. Set soalan yang dipilih diserahkan kepada pegawai percetakan
yang dilantik untuk menyelaraskan urusan percetakan.

6.3.6 Pemilihan Set Soalan Peperiksaan Akhir Semester
i. AJK Pemilihan Set Soalan bagi Peperiksaan Akhir Semester di peringkat
BPL adalah seperti berikut:
a. SUB (PL) - Pengerusi
b. TSUB (IL) - Ahli
c. TSUB (DL) - Ahli
d. TSUB (OL) - Ahli

117

e. KPSUK (PP) - Setiausaha

f. KPSU (PP) - Ahli

g. PSUK/ PSU (PP) - Urus Setia

ii. Kuorum adalah terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan sekurang-
kurangnya dua (2) orang AJK untuk pemilihan item.

iii. Urusan pemilihan soalan adalah mengikut Arahan Kerja Urusan
Pemilihan Soalan (Ruju.k Lampiran 9b dan 9c).

iv. Semua AJK pemilihan set soalan perlu menandatangani borang
perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 99) untuk memastikan
kesasihan dan kerahsiaan soalan yang dipilih.

a. Urusan pemilihan set soalan adalah mengikut Arahan Kerja Urusan
Pemilihan Soalan (Rujuk Lampiran 9b dan 9c)

b. Pengendalian set soalan yang telah dipilih adalah bertaraf SULIT.
Set soalan dimasukkan ke dalam sampul dan disimpan dalam fail
SULIT.

c. Set soalan yang dipilih diserahkan kepada pegawai percetakan
yang dilantik untuk menyelaraskan urusan percetakan.

6.3.7 Percetakan, Penghantaran dan Penerimaan Kertas Soalan
(Rujuk Bab 4: Pengurusan Soalan Peperiksaan).

6.4 KELAYAKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

6.4.1 KPSUK/ KPSU (PP) merujuk kepada takwim peperiksaan untuk menetapkan
tarikh Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir Semester di BPL dan
mengedarkan surat Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir
Semester kepada Pengarah ILKKM (Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir Kelayakan
Menduduki Peperiksaan - Lampiran 26 dan 27)

6.4.2 Pengarah ILKKM perlu memastikan pelatih memenuhi syarat yang ditetapkan
untuk melayakkan pelatih menduduki peperiksaan. Sekiranya pelatih gagal
memenuhi syarat berkenaan, pelatih adalah tidak layak menduduki peperiksaan.

6.4.3 Syarat-syarat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Melengkapkan penilaian berterusan mengikut perancangan yang
ditetapkan.

ii. Mencapai kehadiran 85 peratus sesi teori sepanjang tempoh pengajian
bagi setiap kod kursus pada setiap semester.

118

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

iii. Mencapai kehadiran 100 peratus di penempatan klinikal sepanjang
tempoh pengajian bagi setiap kod kursus pada setiap semester.

iv. Melaksana 100 peratus Rekod Praktis Klinikal (Buku Log) yang telah
dijadualkan (tertakluk kepada disiplin berkaitan).

v. Mencapai laporan prestasi Clinical Appraisal pada skala 3 hingga 5 bagi
setiap aspek yang dinilai pada akhir penempatan klinikal/ amali.

vi. Bebas dari sebarang tindakan tatakelakuan semasa latihan. Sekiranya
terdapat masalah tatakelakuan, Pengarah ILKKM perlu merujuk kes
pelatih ke Unit Pembangunan dan Hal Ehwal Pelatih, BPL dan
menyerahkan dokumen berkaitan ke Unit Peperiksaan dan Pensijilan,
BPL untuk makluman.

vii. Diluluskan oleh Jawatankuasa Kelayakan Menduduki Peperiksaan
peringkat ILKKM dan disahkan oleh Jawatankuasa Kelayakan Menduduki
Peperiksaan peringkat BPL.

6.4.4 Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan Akhir Semester
i. Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kelayakan Menduduki Peperiksaan:
a. Jawatankuasa Peringkat ILKKM
Bertanggungjawab meluluskan calon-calon yang memenuhi syarat
kelayakan menduduki peperiksaan.
Pengerusi : Pengarah ILKKM/ TPA
Setiausaha : KP&K/ SUP
Ahli : TPHEP
KP&K/ SUP
Ketua Program
Pengajar yang berkaitan (jika perlu)
b. Jawatankuasa Peringkat BPL
Bertanggungjawab mengesahkan senarai calon layak/ tidak layak
menduduki peperiksaan.
Pengerusi : TSUB (IL)
Setiausaha: KPSUK/ KPSU (PP)
Ahli : KPSUK/ KPSU (PPPL)
KPSUK/ KPSU (UP)
KPSUK/ KPSU (Nazir)
KPSUK/ KPSU (LPP)
Pengarah ILKKM (jika perlu)
PSUK/ PSU (PP) yang berkaitan

119

6.4.5 Pengarah ILKKM mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kelayakan
Menduduki Peperiksaan Akhir Semester ILKKM dan meluluskan keputusan
mesyuarat kelayakan menduduki Peperiksaan Akhir Semester dari aspek seperti
berikut mengikut dokumen kelayakan (Borang BPL 18).

i. BPL18 - Lampiran 1: (BPL-KELAYAKAN-01) - Senarai calon untuk
pembentangan kelayakan Menduduki Peperiksaan calon yang layak atau
tidak layak perlu dipamerkan di ILKKM sebelum tarikh peperiksaan.
Catatan:
● BPL18 - Lampiran 1: BPL-KELAYAKAN-01-(A): Program
konvensional atau bukan OBE
● BPL18 - Lampiran 1: BPL-KELAYAKAN-01-(B): Program OBE

ii. BPL18 - Lampiran 2: (BPL-LAYAK-02) - Senarai calon yang layak

iii. BPL18 - Lampiran 3: (BPL-TIDAK LAYAK-03) - Senarai calon yang tidak
layak

iv. BPL18 - Lampiran 4: (BPL-KEPUTUSAN PPS-04) - Markah terperinci
penilaian berterusan semester yang perlu diperakukan oleh
Jawatankuasa Kelayakan Menduduki Peperiksaan peringkat ILKKM bagi
program konvensional atau bukan OBE.

v. ILKKM mengemukakan keputusan mesyuarat kelayakan ke BPL berserta
dengan minit mesyuarat.

vi. PSUK/ PSU (PP) membentangkan Laporan Kelayakan Menduduki
Peperiksaan mengikut Program:

a. Senarai calon yang layak menduduki peperiksaan.

b. Senarai calon yang tidak layak menduduki peperiksaan.

vii. Skop tugas Jawatankuasa Kelayakan Menduduki Peperiksaan Peringkat
BPL.

a. Membincangkan dan memuktamadkan kes-kes bermasalah yang
timbul sebelum peperiksaan.

b. Membincangkan dan memuktamadkan keputusan Kelayakan
Calon bagi Menduduki Peperiksaan Akhir Semester berkaitan.

c. Mengesahkan dokumen pembentangan.

120

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

viii. PSUK/ PSU (PP) mengedarkan keputusan Mesyuarat Kelayakan
peringkat BPL ke ILKKM (Rujul Borang BPL 18 dengan sub lampiran).
a. Lampiran 1 (BPL-KELAYAKAN-01)
b. Lampiran 2 (BPL-LAYAK-02)
c. Lampiran 3 (BPL-TIDAK LAYAK-03) jika berkaitan.

6.4.6 Keputusan Jawatankuasa Kelayakan Menduduki Peperiksaan mengikut syarat-
syarat yang ditetapkan di atas adalah muktamad.

6.4.7 Senarai calon yang layak/ tidak layak perlu dipamerkan di ILKKM sebelum tarikh
peperiksaan.

6.4.8 Pertimbangan bagi penangguhan peperiksaan:
i. Calon yang tidak dapat menduduki Peperiksaan Akhir Semester atas
sebab kecemasan semasa hari peperiksaan boleh dipertimbangkan bagi
penangguhan menduduki peperiksaan oleh Pengarah ILKKM berkenaan
setelah mendapat kelulusan KPSUK (PP).
ii. Calon akan dibenarkan menduduki peperiksaan pada masa yang sesuai
mengikut ketetapan semasa Mesyuarat Pembentangan Keputusan
Peperiksaan Akhir Semester.
iii. Penangguhan atas sebab kesihatan semasa hari peperiksaan hendaklah
disertakan dengan pengesahan pengamal perubatan Kerajaan yang
merawat calon berkenaan dan calon ini boleh dipertimbangkan untuk
menduduki peperiksaan berasingan mengikut ketetapan semasa
Mesyuarat Pembentangan Keputusan PAS.
iv. Penangguhan atas lain-lain sebab hendaklah dikemukakan kepada
Pengerusi Jawatankuasa Kelayakan Menduduki Peperiksaan peringkat
BPL oleh Pengarah ILKKM untuk dipertimbangkan (Rujuk Borang BPL
18 - Lampiran 3 - BPL - TIDAK LAYAK - 03).

121

6.5 PENGURUSAN PEPERIKSAAN TEORI

6.5.1 Jadual waktu peperiksaan

i. Waktu peperiksaan adalah ditetapkan mengikut jadual waktu rasmi.

ii. Sebarang pindaan waktu adalah dengan kebenaran KPSUK (PP).

6.5.2 Taklimat KP&K Kepada Ketua Pengawas dan Pengawas

i. KP&K menetapkan tempat, tarikh dan masa untuk memberi taklimat
kepada Ketua Pengawas dan Pengawas.

ii. KP&K memberi taklimat kepada Ketua Pengawas dan Pengawas
selewat-lewatnya sehari sebelum peperiksaan dijalankan mengenai:

a. Peraturan peperiksaan yang perlu dipatuhi oleh calon.
b. Tatakelakuan pengawas dan cara-cara pengawasan serta

ketepatan masa bertugas.
c. Tugas dan tanggungjawab Ketua Pengawas dan Pengawas.

d. Keselamatan kertas soalan.

e. Urusan pengendalian kertas soalan dan skrip jawapan.

f. Masalah berbangkit tentang pengendalian peperiksaan seperti
bilangan set soalan tidak mencukupi.

iii. Ketua Pengawas dan Pengawas menandatangani borang perakuan Akta Rahsia Rasm
Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

iv. KP&K memaklumkan ke Unit Peperiksaan dan Pensijilan, BPL berkaitan
calon yang perlu menjalani peperiksaan di wad hospital/ asrama.

6.5.3 Taklimat Ketua Pengawas Kepada Calon

Perkara yang disampaikan adalah:
i. Jadual waktu peperiksaan.
ii. Memakai pakaian seragam kemas yang lengkap
iii. Membawa bersama kad pengenalan dan kad matrik dan diletakkan di

sudut atas kanan meja semasa peperiksaan sedang berjalan.
iv. Membawa alat tulis yang lengkap dalam bekas yang lutsinar.

122

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

v. Tatakelakuan dalam dewan peperiksaan.

a. Datang ke dewan peperiksaan selewat-lewatnya 30 minit sebelum
peperiksaan dimulakan.

b. Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan dalam
tempoh 10 minit pertama dan 10 minit terakhir.

c. Dilarang sama sekali membawa masuk sebarang kertas tulis sama
ada yang sudah atau belum digunakan.

d. Dilarang membawa peranti elektronik yang tidak dibenarkan,
dokumen atau lain-lain yang boleh membantu dalam menjawab
peperiksaan.

e. Ubat-ubatan yang dipreskripsi dan air mineral dibenarkan bawa
masuk ke dewan peperiksaan dengan kebenaran Ketua Pengawas.

f. Calon perlu memaklumkan kepada Ketua Pengawas sekiranya
berlaku kes-kes kecemasan sepanjang peperiksaan.

6.5.4 Penyerahan Bungkusan Kertas Soalan Pada Hari Peperiksaan

i. SUP dan Ketua Pengawas merujuk jadual peperiksaan.

ii. KP&K/ SUP mengeluarkan bungkusan kertas soalan dari Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal.

iii. Kertas soalan hendaklah diambil dari Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal 45
minit sebelum waktu peperiksaan dijalankan.

iv. KP&K serta SUP menyemak butiran bungkusan kertas soalan, merekod
dan menandatangani dalam Buku Rekod Dokumen Keluar/ Masuk Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal.

v. Ketua Pengawas menyemak, menerima dan menandatangani
penerimaan bungkusan kertas soalan daripada KP&K/ SUP di Bilik
Pengurusan Peperiksaan.

vi. Ketua Pengawas membawa bungkusan kertas soalan ke dewan
peperiksaan mengikut peraturan keselamatan yang ditetapkan.

123

6.5.5 Pemeriksaan Calon Peperiksaan

i. Ketua Pengawas dan Pengawas datang selewat-lewatnya 30 minit
sebelum peperiksaan bermula untuk memeriksa calon sebelum masuk ke
dewan peperiksaan.
Ketua Pengawas dan Pengawas menentukan:

a. Calon tidak membawa masuk bahan-bahan yang ditegah/ dilarang.

b. Calon mengambil tempat yang ditetapkan.

ii. Dokumen Pengenalan Diri Calon

a. Calon dikehendaki membawa kad pengenalan dan kad matrik
sepanjang tempoh peperiksaan.

b. Pemeriksaan dokumen pengenalan diri calon hendaklah dibuat
semasa peperiksaan sedang berjalan.

c. Pengawas hendaklah memastikan butiran kad pengenalan diri/ kad
matrik calon sama dengan butiran yang tercatat pada kertas
jawapan, label di meja dan borang kehadiran calon.

6.5.6 Pengawasan Peperiksaan

Seorang Ketua Pengawas bagi setiap satu dewan peperiksaan, seorang
Pengawas bagi setiap 1 hingga 50 calon peperiksaan. Ketua Pengawas dan
pengawas perlu:

i. Menyemak sampul kertas soalan yang diterima daripada SUP mengikut
prosedur berikut:
a. Sampul kertas soalan dalam keadaan baik dan tidak diceroboh (not
tampered).

b. Pelekat keselamatan berada dalam keadaan baik.

c. Kertas soalan adalah untuk kod kursus, tarikh, masa dan pusat
peperiksaan yang betul.

d. Kertas soalan dan buku jawapan mencukupi.

e. Semak tiada kertas bagi kod kursus lain tercampur ke dalam
bekalan berkenaan.

124

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

ii. Calon yang menduduki peperiksaan di luar Pusat Peperiksaan (lokasi
berasingan, contoh di hospital):

a. Ambil kertas soalan yang diperlukan setelah sampul kertas soalan
dibuka di pusat berkenaan.

b. Masukkan kertas soalan ke dalam sampul berasingan dan dilekat
dengan pelekat keselamatan.

c. Bawa sampul kertas soalan tersebut ke hospital oleh Pengawas.

iii. Jika sampul yang dibuka itu BUKAN mengandungi kertas soalan untuk
hari atau masa yang berkenaan, langkah berikut hendaklah diambil:

a. Masukkan segera kertas soalan itu ke dalam sampulnya. Bahagian
sampul yang telah dipotong hendaklah ditutup dengan pelekat
keselamatan.

b. Maklumkan kepada Pengarah ILKKM/ KP&K untuk mendapatkan
kertas soalan yang betul.

c. Pulangkan kertas soalan yang tersalah buka itu kepada KP&K/
SUP untuk disimpan semula di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal.

d. Jika kertas soalan telah diedarkan, tunggu keputusan KPSUK
(PP) untuk tindakan seterusnya.

iv. Menulis dan memberitahu kod kursus, tarikh, masa kertas soalan
bermula serta berakhir di atas papan tulis/ kenyataan.

v. Memberi penerangan kepada calon tentang peraturan dan larangan di
bilik peperiksaan:

a. Tidak boleh berkomunikasi dengan calon lain.

b. Tidak boleh meniru dan tidak membantu calon lain meniru.

c. Angkat tangan untuk mendapat bantuan Pengawas.

d. Calon diingatkan supaya menulis nombor matrik/ kad pengenalan
pada setiap helai kertas jawapan.

vi. Mengedarkan buku jawapan dan borang OMR serta mengarahkan calon
mengisi maklumat yang diperlukan di buku jawapan serta borang OMR.
Pastikan borang OMR mempunyai barcode (jika berkaitan).

125

vii. Pengurusan kertas soalan

a. Menunjukkan sampul kertas soalan kepada calon bahawa pelekat
keselamatan masih sempurna dan membuka sampul kertas soalan
di hadapan calon.

b. Menyemak sekali lagi untuk menentukan kod kursus dan kertasnya
betul serta jumlah kertas soalan mencukupi.

c. Mengedarkan kertas soalan kepada calon.

d. Memasukkan kertas soalan yang lebih ke dalam sampul.

e. Memastikan kertas soalan tidak dibawa keluar dari dewan
peperiksaan semasa peperiksaan sedang berlangsung.

viii. Sebelum memulakan peperiksaan, Ketua Pengawas hendaklah
membacakan beberapa maklumat penting pada muka hadapan kertas
soalan berkenaan untuk memastikan semua calon mendapat kertas
soalan yang sama dan betul. Antara maklumat penting itu adalah:

a. Kod subjek, nama subjek.

b. Tempoh menjawab soalan.

c. Bilangan halaman bercetak.

d. Bahagian-bahagian kertas soalan.

e. Bilangan item dalam setiap bahagian kertas soalan.

f. Pembahagian markah bagi setiap soalan.

g. Arahan-arahan khusus (jika berkaitan).

ix. Perkara yang perlu dilakukan semasa pengawasan peperiksaan adalah:

a. Tidak membincangkan soalan semasa mengawasi peperiksaan.

b. Tidak membuat kerja selain dari pengawasan.

c. Menemani dan mengawasi calon yang perlu ke tandas semasa
peperiksaan (seorang calon dibenarkan untuk ke tandas dalam
satu masa).

d. Memastikan hanya pegawai yang dilantik sahaja dibenarkan
memasuki dewan peperiksaan.

126

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

x. Memulakan peperiksaan:

a. Mengikut masa yang ditetapkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan.

b. Menyemak calon.

c. Menandakan kehadiran calon dalam borang kehadiran calon
selepas peperiksaan bermula.

d. Menyemak dokumen pengenalan diri calon (nombor matrik dan
kad pengenalan) semasa menandakan borang kehadiran calon.

e. Tandakan (√) di borang kehadiran calon dan berikan ulasan di
ruangan catatan bagi calon yang mengambil peperiksaan di luar
pusat peperiksaan.

f. Calon yang sampai lewat kurang daripada 15 minit dibenarkan
menduduki peperiksaan tetapi tiada masa tambahan diberi kepada
calon.

g. Tidak membenarkan calon memasuki dewan peperiksaan selepas
15 minit peperiksaan bermula. Walau bagaimanapun, calon boleh
dibenarkan mengambil peperiksaan sekiranya dapat memberikan
sebab yang munasabah tetapi tiada masa gantian diberikan.
Butiran calon, masa dan sebab tersebut hendaklah dicatatkan
dalam borang kehadiran calon.

h. Calon tidak dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan dalam
tempoh 10 minit pertama dan 10 minit terakhir.

i. Mengingatkan calon baki masa peperiksaan 10 minit sebelum
tamat.

j. Memberi arahan tamat peperiksaan dan calon tidak dibenarkan
keluar dari dewan peperiksaan sehingga diarahkan.

6.5.7 Mengumpul Skrip Jawapan, Borang OMR dan Kertas Soalan

Ketua Pengawas dan Pengawas:

i. Memungut, menyemak dan menyusun mengikut turutan nombor matrik
dan membungkus skrip jawapan.

ii. Memastikan bilangan skrip bagi sesuatu kod kursus mestilah sama
jumlahnya dengan bilangan calon dalam borang kehadiran calon.

127

iii. Jika terdapat calon yang menduduki peperiksaan di luar pusat
peperiksaan (contoh di hospital), masukkan skrip jawapan calon tersebut
ke dalam bungkusan berasingan dan dilekat dengan pelekat
keselamatan.

iv. Mengumpul semua kertas soalan yang perlu dimusnahkan dan pastikan
jumlahnya mencukupi dan dimusnahkan mengikut prosedur yang
ditetapkan.

v. Kutip kertas jawapan yang tidak digunakan atau yang telah diconteng.

6.5.8 Pembungkusan Skrip Jawapan

i. Ketua pengawas dan pengawas menyusun borang OMR mengikut
susunan nombor matrik. Pastikan borang tersebut tidak terlipat,
berkedut atau bergulung. Contohnya dilapik dengan kertas keras apabila
dimasukkan ke dalam sampul plastik.

ii. Ketua Pengawas dan Pengawas memastikan skrip jawapan esei (SEQ/
MEQ) disusun mengikut susunan nombor matrik.

iii. Ketua pengawas dan pengawas memasukkan skrip jawapan calon dalam
sampul plastik yang dibekalkan dan dilekatkan dengan pelekat
keselamatan. Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada sampul
tersebut.

iv. Ketua Pengawas menyerahkan sampul skrip jawapan kepada KP&K/
SUP untuk disimpan di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal.

v. Ketua Pengawas mengingatkan calon supaya tidak membawa keluar
sebarang kertas dari dewan peperiksaan.

vii. Dewan peperiksaan dikunci selepas tamat sesi peperiksaan.
viii. Menyusun atur semula dewan setelah peperiksaan akhir tamat.

6.5.9 Penyerahan Dokumen Pengawasan Peperiksaan

i. Ketua Pengawas bertanggungjawab:
a. Melengkapkan perkara berikut dan menyerahkan kepada KP&K/
SUP sebaik sahaja peperiksaan tamat:
● Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
● Laporan Ketua Pengawas.
● Borang kehadiran calon.
● Laporan penyelewengan (jika ada).

● Borang-borang lain yang berkaitan (jika ada).

128

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

b. Menyerahkan semua bahan peperiksaan dan alat tulis yang
berlebihan kepada SUP untuk disimpan.

c. Menyerahkan dokumen berkaitan kes penyelewengan kepada
KP&K/ SUP.

d. Menyerahkan semua sampul skrip jawapan kepada SUP/ KP&K
untuk urusan penghantaran atau penyimpanan di Bilik
Keselamatan/ bilik kebal.

e. Memastikan semua kertas soalan dimusnahkan setelah
peperiksaan tamat.

ii. SUP bertanggungjawab untuk:
a. Menguruskan penghantaran borang OMR/ bungkusan skrip
jawapan kepada PSUK/ PSU (PP) mengikut disiplin yang berkaitan
ATAU menyerahkan kepada KP&K untuk urusan penyimpanan
borang OMR/ bungkusan skrip jawapan di Bilik Keselamatan/ Bilik
Kebal sehingga tiba masa untuk urusan pemeriksaan skrip
jawapan.
b. Menjaga keselamatan bungkusan skrip jawapan calon.
c. Menyerahkan dokumen berkaitan kes penyelewengan kepada
KP&K/ TPHEP/ Pengarah ILKKM untuk dikemukakan kepada
KPSUK (PP), BPL.
d. Memastikan urusan memusnahkan semua kertas soalan dijalankan
oleh Ketua Pengawas/ Urus Setia peperiksaan.

6.5.10 Pemantauan Proses Kerja Peperiksaan
KPSUK/ KPSU/ PSUK/ PSU (PP) bertanggungjawab:
i. Melakukan pemantauan proses kerja dari semasa ke semasa.
ii. Mengemukakan laporan pemantauan kepada KPSUK (PP) dan
Pengarah ILKKM terlibat untuk tindakan penambahbaikan sekiranya
perlu.

129

6.6 PENGURUSAN PEPERIKSAAN PRAKTIKAL

6.6.1 Pengenalan

Peperiksaan praktikal atau amali dilaksanakan untuk menilai pencapaian
kemahiran pelatih melakukan prosedur. Pelaksanaannya tertakluk kepada
kurikulum kursus masing-masing. Peperiksaan ini dilaksanakan di peringkat
penilaian berterusan dan juga Peperiksaan Akhir Semester. Contoh peperiksaan
praktikal adalah seperti OSCE, OSPE dan Laboratory Spot Test. Peperiksaan
praktikal dilakukan di Makmal Keterampilan ILKKM atau di pusat peperiksaan
yang dikenalpasti seperti di lapangan klinikal iaitu hospital atau klinik.

6.6.2 Penyediaan Soalan Peperiksaan Praktikal

i. Penilaian Berterusan

a. Soalan peperiksaan praktikal dikeluarkan oleh ILKKM masing-
masing.

b. Dijalankan di penempatan klinikal secara berkala atau secara
OSCE/ OSPE / Running Assessent.

ii. Peperiksaan Akhir Semester/ Summative Assesment
a. Soalan peperiksaan praktikal (OSCE, OSPE dan Wet Practical
and Spot) dikeluarkan oleh PP, BPL.

b. Penilaian Praktikal boleh dijalankan di penempatan klinikal secara
berkala atau secara OSCE/ OSPE (sekiranya ia merupakan
peperiksaan sumatif, markah dikumpulkan dan dibawa ke PAS).

iii. Peranan dan Tanggungjawab PSUK/ PSU (PP)

a. Menguruskan pemilihan dan penyediaan set soalan peperiksaan
praktikal Peperiksaan Akhir Semester. Soalan atau senarai
prosedur disediakan berdasarkan kepada Jadual Spesifikasi Ujian/
Buku Rekod Praktis Klinikal (Buku Log) mengikut kurikulum
masing-masing.

b. Memastikan pengendalian peperiksaan praktikal menepati safety
precaution oleh pihak ILKKM.

130

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.6.3 Pelantikan Ketua Penyelaras, Penyelaras, Ketua Pengawas, Pengawas,
Ketua Pemeriksa Dan Pemeriksa
i. Pengarah ILKKM bertanggungjawab:
a. Melantik pegawai di bawah pentadbirannya sebagai Ketua
Penyelaras, Penyelaras, Ketua Pemeriksa, Pemeriksa, Ketua
Pengawas dan Pengawas bagi penilaian berterusan.
b. Mencadangkan nama pegawai yang boleh dilantik sebagai Ketua
Penyelaras, Penyelaras, Ketua Pemeriksa, Pemeriksa, Ketua
Pengawas dan Pengawas kepada KPSUK (PP) untuk pelantikan
bagi Peperiksaan Akhir Semester.
c. Memberi taklimat kepada pegawai yang dilantik mengikut
keperluan program/ disiplin.
d. Penyelaras Semester/ kumpulan adalah TIDAK DIGALAKKAN
untuk dilantik sebagai Ketua Penyelaras, Penyelaras, Ketua
Pemeriksa dan Ketua Pengawas bagi semester/ kumpulan bawah
seliaan.
ii. KPSUK/ KPSU (PP) menilai cadangan lantikan Ketua Pemeriksa,
Pemeriksa, Ketua Penyelaras, dan Penyelaras, Ketua Pengawas dan
Pengawas yang dikemukakan oleh Pengarah, serta menghantar
maklumbalas pelantikan kepada ILKKM yang terlibat.

6.6.4 Pengurusan Peperiksaan Praktikal (OSCE/ OSPE)
Penilaian praktikal OSCE/ OSPE bertujuan:
i. Menilai pengetahuan pelatih.
ii. Mengukur kemahiran klinikal pelatih menjalankan prosedur.
iii. Menilai kemahiran insaniah (softskill) pelatih semasa melaksanakan
prosedur.

131

6.6.5 Penerimaan dan Penyerahan Sampul Soalan OSCE/ OSPE

Pengarah/ KP&K/ SUP ILKKM bertanggungjawab:

i. Menerima bungkusan soalan.

ii. Merekod penerimaan mengikut tahun dan semester untuk tujuan
pemantauan.

iii. Mengesah dan menghantar maklumbalas penerimaan bungkusan soalan
kepada Unit Peperiksaan dan Pensijilan, BPL.

iv. Menyimpan bungkusan soalan OSCE/ OSPE di dalam Bilik Keselamatan/
Bilik Kebal.

v. Menyerahkan sampul soalan kepada Ketua Penyelaras/ Penyelaras yang
telah dilantik.

a. Penyerahan sampul sumber mesti dilakukan pada tarikh yang
ditetapkan.

b. Merekodkan penyerahan dan penerimaan sampul OSCE/ OSPE.

c. Maklumat yang perlu direkod adalah seperti nama penerima, tarikh,
masa, kod subjek dan tandatangan penerima.

6.6.6 Tugas Ketua Penyelaras/ Penyelaras/ Ketua Pengawas/ Pengawas OSCE/
OSPE

i. Menandatangani borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
ii. Menyediakan jadual pusingan (circuit).

a. Tempoh bagi setiap stesen adalah 5 hingga 15 minit (mengikut
kurikulum).

b. Jadual pusingan perlu diedarkan kepada:
● Ketua Pemeriksa

● Penyelaras Bilik Kuarantin

● Pemeriksa

● Dewan peperiksaan untuk dipamerkan

iii. Memberi taklimat peperiksaan dan menyediakan borang kehadiran untuk
ditanda (√) oleh calon.

132


Click to View FlipBook Version