The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sallehstudio, 2022-05-10 14:55:36

Combine_Final_10.5.2022-compressed

Combine_Final_10.5.2022-compressed

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

iv. Menyemak kehadiran calon pada hari peperiksaan.

v. Menyediakan pelan lantai tempat peperiksaan untuk digunakan semasa
memberi taklimat.

vi. Menyediakan borang-borang markah calon, laporan Ketua Pemeriksa,
laporan Pemeriksa setiap stesen dan laporan Ketua Penyelaras/ Ketua
Pengawas.

vii. Persediaan sumber:

a. Sumber yang diperlukan untuk melaksanakan peperiksaan
praktikal sebelum tarikh peperiksaan.

b. Mengikut senarai peralatan bagi setiap stesen OSCE/ OSPE.

c. Pembantu (model) mengikut keperluan peperiksaan.

d. Penyediaan sumber dilaksanakan dengan menjaga kerahsiaan
proses berkaitan.

viii. Menyediakan alat tulis yang diperlukan pada hari peperiksaan.

ix. Menyediakan dokumen yang diperlukan dan dimasukkan ke dalam fail
pemeriksa.

a. Jadual pusingan

b. Borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

c. Kertas A4 digunakan untuk membuat sebarang catatan.

d. Borang pemarkahan.
e. Borang laporan pemeriksa setiap stesen.

x. Persediaan dewan:

a. Menyediakan dewan peperiksaan OSCE/ OSPE, bilik kuarantin
dan bilik mesyuarat sebelum dan selepas peperiksaan (mengikut
kesesuaian kursus/ program).

b. Mengenalpasti dewan/ bilik yang diperlukan mengikut:
● Saiz yang sesuai.
● Tiada gangguan.
● Kondusif.
● Bilangan circuit dan stesen dijalankan mengikut kurikulum
masing-masing.

133

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

c. Ciri-ciri bilik kuarantin:

● Tidak berdekatan dengan dewan peperiksaan.

● Tidak ada sebarang peluang yang membolehkan calon yang
dikuarantin berkomunikasi dengan calon yang telah menjalani
peperiksaan.

● Bilik yang kondusif.

d. Sediakan notis di luar dewan peperiksaan yang bertulis seperti
berikut:

‘TOLONG SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG
DIJALANKAN’

xi. Pengeluaran sampul peperiksaan OSCE/ OSPE perlu dicatat dalam Buku
Rekod Bilik Keselamatan

a. Tarikh

b. Masa

c. Tahun/ Semester

d. Ditandatangani oleh pengeluar dan penerima

xii. Menerima sampul peperiksaan OSCE/ OSPE daripada Ketua Penilaian
& Kualiti/ SUP ILKKM seperti berikut:

a. Buku pengendalian OSCE/ OSPE.

b. Arahan kepada pemeriksa.

c. Arahan kepada calon.

d. Senarai semak.

e. Arahan kepada model/ pembantu.

xiii. Menyemak sampul Peperiksaan OSCE/ OSPE dalam keadaan yang
sempurna.

xiv. Ketua Penyelaras menyerahkan sampul peperiksaan OSCE/ OSPE yang
masih berlakri kepada Ketua Pemeriksa selepas memberi taklimat.

134

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.6.7 Taklimat Ketua Penyelaras kepada calon OSCE/ OSPE

i. Ketua Penyelaras memberi taklimat kepada calon selewat-lewatnya satu
(1) hari sebelum peperiksaan dijalankan.

ii. Taklimat tersebut perlulah menerangkan proses peperiksaan OSCE/
OSPE yang akan dijalankan:

a. Calon tidak dibenarkan keluar dari bilik kuarantin tanpa kebenaran
Pengawas.

b. Mulakan prosedur apabila loceng dibunyikan.
c. Tempoh melakukan prosedur setiap stesen adalah 5 hingga 15

minit (mengikut program/ kursus).
d. Sila berhenti dari melakukan prosedur apabila loceng dibunyikan

menandakan masa telah tamat.
e. Calon hendaklah membaca arahan soalan di setiap stesen.
f. Calon tidak dibenarkan berpatah balik setelah meninggalkan

sesuatu stesen.

iii. Giliran pusingan:

a. Calon hendaklah mengikut giliran yang telah ditetapkan.
b. Jika calon tidak dapat meneruskan giliran yang ditetapkan (atas

sebab munasabah) calon akan diberi giliran semula selepas tamat
pusingan tersebut.

iv. Dokumen pengenalan diri calon ialah:

a. Kad Matrik.
b. Kad Pengenalan.

v. Peraturan-peraturan peperiksaan yang mesti dipatuhi oleh calon:

a. Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau alat-alat elektronik
ke dalam bilik kuarantin/ dewan peperiksaan.

b. Tulis nombor matrik calon dengan lengkap di setiap kertas jawapan
di stesen kertas dan pen (pen and paper).

c. Tulisan mesti jelas dan mudah untuk dibaca.

d. Tidak dibenarkan tulis nama atau sebarang bentuk penulisan/
simbol pengenalan diri/ ILKKM di atas kertas jawapan.

135

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

e. Calon tidak dibenarkan meninggalkan stesen semasa peperiksaan
sedang berjalan. Sekiranya perlu, rujuk kepada Pemeriksa/
Pengawas.

6.6.8 Taklimat Ketua Penyelaras Kepada Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa OSCE/
OSPE
i. Kehadiran Pemeriksa
a. Berada di dewan peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan
bermula.
b. Tidak dibenarkan meninggalkan stesen sepanjang tempoh
peperiksaan. Sekiranya perlu, sila hubungi Ketua Pemeriksa
terlebih dahulu.
ii. Menjaga Kerahsiaan
a. Semua Pemeriksa perlu menandatangani Borang Perakuan Akta
Rahsia Rasmi (Akta 88) sebelum peperiksaan dimulakan.
b. Pemeriksa tidak dibenarkan berinteraksi dengan calon kecuali
keadaan memerlukan.
c. Mencatat maklumat berkaitan peperiksaan seperti berikut:
● Jumlah calon yang menduduki peperiksaan.
● Jumlah circuit dan stesen dengan jadual pusingan dan pelan
susun atur circuit di dewan peperiksaan.
● Tempoh pemeriksaan setiap stesen 5 hingga 15 minit
(mengikut program/ kursus).
● Petugas stesen OSCE/ OSPE.
● Masa mula dan tamat peperiksaan.

iii. Cara skor senarai semak pemarkahan seperti berikut:
a. Berpandukan kepada senarai semak, pemeriksa hanya perlu
tandakan (√) dengan menggunakan pen berdakwat merah pada
setiap langkah yang dilakukan oleh calon.

136

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

b. Sekiranya calon menjalankan prosedur dengan cara yang boleh
membahayakan pesakit/ life model atau peralatan, arahkan calon
untuk berhenti dari meneruskan prosedur dan calon tidak diberi
markah bagi stesen tersebut.

c. Sebarang perubahan markah pada senarai semak hendaklah
ditandatangani ringkas (initial) oleh Pemeriksa.

d. Pemeriksa perlu menjumlahkan markah dalam setiap senarai
semak dengan teliti dan tepat.

e. Tulis nama dan turunkan tandatangan Pemeriksa serta tarikh di
setiap senarai semak.

iv. Perkara - perkara yang perlu dielakkan semasa peperiksaan sedang
berlangsung:

a. Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit atau alat-alat
elektronik semasa peperiksaan sedang berjalan.

b. Pastikan telefon bimbit diletakkan dalam mod SENYAP.
6.6.9 Taklimat Ketua Penyelaras/ Penyelaras kepada Model dan Pembantu Stesen

OSCE/ OSPE

i. Memberi arahan kepada model dan pembantu stesen sehari sebelum
peperiksaan dijalankan berkaitan dengan pakaian dan kerahsiaan
semasa peperiksaan.

ii. Memberi arahan mengenai peranan dan tanggungjawab model dan
pembantu stesen pada pagi peperiksaan.

iii. Mengarah semua model dan pembantu stesen berada di dalam dewan
peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan bermula.

iv. Memaklumkan kepada model dan pembantu stesen untuk menjaga
kerahsiaan peperiksaan dan tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat
atau bantuan jawapan kepada calon.

v. Memaklumkan kepada model dan pembantu stesen untuk tidak
meninggalkan stesen dan dewan peperiksaan kecuali dengan kebenaran
Pemeriksa/ Ketua Penyelaras/ Penyelaras.

6.6.10 Tanggungjawab Ketua Pemeriksa OSCE/ OSPE
i. Menerima sampul peperiksaan OSCE/ OSPE daripada SUP/ Ketua
Penyelaras dalam keadaan berlakri yang sempurna.
ii. Beri taklimat kepada Pemeriksa berkaitan pemarkahan, senarai semak,
peralatan, model dan calon.
iii. Menempatkan Pemeriksa kepada setiap stesen mengikut kepakaran.

137 iv. Menulis laporan mengenai proses peperiksaan.

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

v. Semakan semula borang pemarkahan dan senarai semak secara rawak
bagi setiap Pemeriksa.

vi. Kumpul senarai semak, borang pemarkahan dan laporan semua stesen
daripada semua Pemeriksa.

vii. Masukkan senarai semak, borang markah dan laporan ke dalam sampul
berasingan.

viii. Lengkapkan butiran pada sampul.
ix. Serahkan bungkusan kepada SUP untuk disimpan di dalam Bilik

Keselamatan/ Bilik Kebal ILKKM.

6.6.11 Tanggungjawab Pemeriksa OSCE/ OSPE
i. Menerima sampul peperiksaan OSCE/ OSPE daripada Ketua Pemeriksa.
ii. Menulis laporan stesen masing-masing.
iii. Masukkan senarai semak, borang markah dan laporan ke dalam sampul
berasingan.
iv. Lengkapkan butiran pada sampul.
v. Serahkan bungkusan kepada Ketua Pemeriksa.

6.6.12 Pengurusan Peperiksaan Praktikal (AMALI)
Penilaian Amali (Wet practical and spot) bertujuan:
i. Menilai kemahiran pelatih dalam menjalankan prosedur makmal.
ii. Menilai kemahiran membuat interpretasi kes-kes diagnosis makmal.

6.6.13 Penerimaan Kertas Soalan Amali Peperiksaan Akhir Semester
Pengarah/ KP&K/ SUP ILKKM bertanggungjawab:
i. Menerima bungkusan kertas soalan dan memastikan bungkusan dalam
keadaan baik.
ii. Merekod penerimaan mengikut tahun dan semester untuk tujuan
pemantauan.

138

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

iii. Menyimpan sampul soalan amali (wet practical and spot) di dalam Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal.

6.6.14 Penyerahan Arahan Penyediaan Alat dan Bahan/ Spesimen
Pengarah/ KP&K/ SUP:
i. Menyerahkan arahan penyediaan alat dan bahan/ spesimen kepada
Ketua Pengawas yang telah dilantik.
ii. Penyerahan sampul penyediaan alat dan bahan/ spesimen dilakukan
satu (1) minggu sebelum tarikh peperiksaan amali dijalankan (mengikut
tarikh yang ditetapkan pada sampul).
iii. Merekodkan penyerahan dan penerimaan arahan penyediaan alat dan
bahan/ spesimen di dalam buku.
iv. Butir-butir yang perlu direkod adalah seperti: nama, tarikh, masa, kod
subjek serta tandatangan pengeluar dan penerima.

6.6.15 Penyediaan Alat dan Bahan/ Spesimen Peperiksaan Amali (Wet Practical
and Spot)
Ketua Penyelaras Amali/ penyelaras perlu:
i. Menandatangani Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi (Akta 88) dan
Arahan Keselamatan.
ii. Menyediakan alat dan bahan/ spesimen yang diperlukan untuk
peperiksaan amali (wet practical dan spot) sebelum tarikh peperiksaan.
iii. Memastikan penyediaan alat dan bahan/ spesimen adalah SULIT.
iv. Menyediakan makmal dan bilik kuarantin (jika perlu) untuk menjalankan
peperiksaan amali.
v. Memastikan ciri-ciri bilik kuarantin adalah seperti berikut:
a. Tidak berdekatan dengan dewan/ makmal peperiksaan.
b. Bilik yang kondusif.
vi. Mempamerkan senarai calon di luar makmal peperiksaan untuk
memastikan calon yang betul memasuki makmal peperiksaan.

139

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

vii. Sediakan papan tanda/ notis di luar makmal peperiksaan yang bertulis
seperti berikut:

‘TOLONG SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG DIJALANKAN’

6.6.16 Penerimaan Dokumen Peperiksaan Amali (Wet Practical and Spot)
i. Ketua penyelaras amali menerima kertas soalan peperiksaan amali (wet
practical and spot) dari KP&K/ SUP.
ii. Menyemak bungkusan kertas peperiksaan amali (wet practical and spot)
dalam keadaan yang berlakri.

iii. Pengeluaran dokumen peperiksaan amali direkod dalam Buku Rekod
Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal. Butir-butir yang perlu direkod adalah
seperti: nama, tarikh, masa, kod subjek serta tandatangan pengeluar dan
penerima.

6.6.17 Taklimat Ketua Penyelaras Amali Kepada Ketua Pengawas dan Pengawas

i. Kehadiran Pengawas

a. Berada di makmal peperiksaan 30 minit sebelum peperiksaan
bermula.

b. Tidak dibenarkan meninggalkan makmal peperiksaan sepanjang
tempoh peperiksaan. Sekiranya perlu, sila hubungi Ketua
Penyelaras Amali.

ii. Menjaga Kerahsiaan

a. Semua Pengawas perlu menandatangani Borang Perakuan Akta
Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dan Arahan Keselamatan
sebelum peperiksaan dimulakan.

b. Pengawas tidak dibenarkan berinteraksi dengan calon kecuali
keadaan memerlukan.

6.6.18 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Penyelaras

i. Menandatangani Borang Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)
dan mematuhi Arahan Keselamatan.

ii. Menyediakan alat dan bahan/ pameran.

140

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

iii. Menyelaraskan pelaksanaan persediaan sebelum/ semasa/ selepas
peperiksaan.

iv. Menyediakan pelan tapak setiap spot practical untuk digunakan semasa
memberi taklimat kepada Pengawas/ Pemeriksa pada pagi hari
peperiksaan.

v. Menyediakan borang markah calon (untuk penilaian berterusan wet
practical) bagi subjek/ modul berkaitan.

vi. Menerangkan sistem pusingan untuk peperiksaan spot dan sistem
pengendalian peperiksaan wet practical kepada Pengawas dan calon.

vii. Memastikan tempoh bagi setiap spot/ wet practical adalah mengikut
struktur penilaian subjek/ modul.

viii. Mempamerkan senarai calon di luar makmal peperiksaan untuk
memastikan calon yang betul memasuki makmal peperiksaan.

ix. Menyerahkan bungkusan kertas soalan peperiksaan wet practical/ spot
kepada Pengawas selepas memberi taklimat.

xi. Mengagih Pengawas kepada setiap kumpulan calon.

xii. Mengumpulkan skrip jawapan calon dari semua Pengawas dan
menyerahkan kepada Ketua Pemeriksa untuk proses pemarkahan.
Seterusnya, markah diserahkan kepada SUP/ Urus setia yang dilantik
untuk direkod ke dalam score sheet

xiii. Menyediakan laporan peperiksaan amali untuk tujuan analisis dan
maklumbalas kepada pelatih.

6.6.19 Pengendalian Peperiksaan Amali (Wet Practical)

i. Ketua Penyelaras amali memberi taklimat kepada calon sebelum
peperiksaan amali bermula.

ii. Peraturan-peraturan peperiksaan yang mesti dipatuhi oleh calon adalah
seperti berikut:
a. Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau peralatan
elektronik ke dalam bilik kuarantin/ makmal peperiksaan.

b. Tulis nombor matrik calon dengan lengkap di setiap helai
kertas jawapan.

c. Tulisan mesti jelas dan mudah untuk dibaca.

141

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

d. Tidak dibenarkan tulis nama atau sebarang bentuk penulisan/
simbol pengenalan diri/ ILKKM di atas kertas jawapan.

e. Calon mesti mencatatkan nombor spesimen yang dibekalkan ke
dalam kertas jawapan.

f. Calon tidak dibenarkan meninggalkan makmal peperiksaan tanpa
kebenaran Ketua Pengawas/ Pengawas.

g. Calon perlu ditemani oleh Pengawas jika dibenarkan keluar.
Pengawas perlu memastikan calon tidak membawa bahan yang
dilarang ke dalam makmal untuk menyambung peperiksaan.

h. Calon perlu mempamerkan kad pengenalan/ kad matrik.

6.6.20 Pengendalian Peperiksaan Amali (Spot test)
i. Proses peperiksaan (spot test):

a. Tidak dibenarkan keluar dari bilik kuarantin tanpa kebenaran
Pengawas kuarantin.

b. Berada 30 minit lebih awal dari masa peperiksaan yang ditetapkan.

c. Pergi ke makmal peperiksaan apabila diarahkan.

d. Mulakan prosedur apabila jam randik/ loceng dibunyikan/ diberi
arahan. Tempoh setiap peperiksaan amali (spot test) adalah
mengikut struktur penila.ian subjek/ modul.

e. Berhenti dengan SEGERA apabila jam randik/ loceng dibunyikan/
arahan berhenti diberi.

f. Sila ikut arahan soalan untuk setiap peperiks.aan amali (spot test).

g. Tidak dibenarkan berpatah balik setelah meninggalkan sesuatu
(spot test) kecuali diberi kebenaran oleh Ketua Pengawas/

Pengawas.

ii. Giliran pusingan:

a. Mengikut giliran yang telah ditetapkan.

b. Tidak dibenarkan menukar/ mengganti dengan pusingan yang lain.

c. Jika tidak dapat mengikuti giliran yang ditetapkan, calon akan diberi
giliran semula selepas tamat pusingan tersebut.

142

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.7 PENGURUSAN PEPERIKSAAN VIVA

6.7.1 Pengenalan

Peperiksaan VIVA di mana Pemeriksa mengajukan soalan kepada calon dalam
bentuk lisan (Levett-Jones et al., 2011). Jawapan menunjukkan tahap
pengetahuan calon dalam subjek tersebut. Peperiksaan ini dilaksanakan di
peringkat Penilaian Berterusan dan juga Peperiksaan Akhir Semester tertakluk
pada kurikulum kursus.

6.7.2 Tujuan Peperiksaan VIVA

Menilai pengetahuan dan soft skill calon mengenai pengetahuan atau prosedur
tertentu secara lisan.

6.7.3 Penyediaan Soalan Peperiksaan VIVA

Soalan peperiksaan VIVA disediakan oleh Pemeriksa mengikut kurikulum masing-
masing.

6.7.4 Pelantikan Ketua Penyelaras, Penyelaras, Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa.

i. Pengarah ILKKM bertanggungjawab:

Mencadangkan nama pegawai yang boleh dilantik sebagai Ketua
Penyelaras, Penyelaras, Ketua Pemeriksa, Pemeriksa kepada KPSUK (PP)
untuk pelantikan bagi Peperiksaan Akhir Semester.

ii. KPSUK/ KPSU (PP) menilai cadangan lantikan Ketua Pemeriksa,
Pemeriksa, Ketua Penyelaras, dan Penyelaras yang dikemukakan oleh
Pengarah, serta menghantar maklumbalas pelantikan kepada ILKKM yang
terlibat.

6.7.5 Tugas Ketua Penyelaras dan Penyelaras VIVA
i. Menandatangani borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).
ii. Menyediakan jadual giliran peperiksaan calon.

143

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

a. Tempoh bagi setiap calon adalah 10 hingga 20 minit (mengikut
kurikulum).

b. Jadual giliran peperiksaan calon perlu diedarkan kepada:

i. Ketua Pemeriksa.
ii. Pemeriksa.
iii. Penyelaras bilik kuarantin.

iii. Memberi taklimat peperiksaan dan menyediakan borang kehadiran untuk
ditandatangani oleh calon.

iv. Menyemak kehadiran calon pada hari peperiksaan.

v. Menyediakan borang-borang pemarkahan calon, laporan Ketua Pemeriksa
dan laporan Ketua Penyelaras.dan Rekod Praktis Klinikal (Buku Log) calon.

vi. Persediaan sumber:
a. Sumber yang diperlukan untuk melaksanakan peperiksaan VIVA
disediakan sebelum tarikh peperiksaan.

b. Penyediaan sumber dilaksanakan dengan menjaga kerahsiaan
proses berkaitan.

vii. Menyediakan alat tulis yang diperlukan pada hari peperiksaan.

viii. Menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan dimasukkan ke
dalam fail Pemeriksa.

a. Jadual giliran peperiksaan calon

b. Borang perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

c. Borang pemarkahan.

ix. Persediaan bilik:

a. Menyediakan bilik peperiksaan VIVA dan bilik kuarantin sebelum
peperiksaan (mengikut kesesuaian kursus/ program).

b. Mengenalpasti dewan/ bilik yang diperlukan mengikut:
● Saiz yang sesuai.

● Tiada gangguan

● Kondusif

144

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

c. Sediakan notis ‘TOLONG SENYAP PEPERIKSAAN SEDANG
DIJALANKAN’ di luar bilik peperiksaan VIVA.

6.7.6 Taklimat Ketua Penyelaras kepada calon VIVA
i. Ketua Penyelaras memberi taklimat kepada calon selewat-lewatnya satu (1)
hari sebelum peperiksaan dijalankan.

ii. Taklimat tersebut perlulah menerangkan proses peperiksaan VIVA yang
akan dijalankan:

a. Calon tidak dibenarkan keluar dari bilik kuarantin tanpa kebenaran
Ketua Penyelaras/ Penyelaras.

b. Mulakan sesi VIVA apabila loceng dibunyikan.

c. Tempoh masa peperiksaan setiap calon adalah 10 hingga 20 minit
(mengikut program/ kursus).

d. Apabila loceng dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat.
iii. Dokumen pengenalan diri calon ialah:

a. Kad Matrik.

b. Kad Pengenalan.

iv. Peraturan-peraturan peperiksaan yang mesti dipatuhi oleh calon:

a. Tidak dibenarkan membawa telefon bimbit atau alat elektronik ke
dalam bilik kuarantin/ bilik peperiksaan VIVA.

b. Calon tidak dibenarkan meninggalkan bilik kuarantin semasa
peperiksaan sedang berjalan. Sekiranya perlu, rujuk kepada
Ketua Penyelaras/ Penyelaras.

6.7.7 Taklimat Ketua Penyelaras kepada Ketua Pemeriksa dan Pemeriksa VIVA

i. Kehadiran Pemeriksa

a. Berada di bilik peperiksaan VIVA 30 minit sebelum peperiksaan
bermula.

b. Tidak dibenarkan meninggalkan bilik peperiksaan VIVA sepanjang
tempoh peperiksaan. Sekiranya perlu, sila maklum kepada Ketua
Pemeriksa terlebih dahulu.

145

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

ii. Menjaga Kerahsiaan
Semua Pemeriksa perlu menandatangani Borang Perakuan Akta Rahsia
Rasmi 1972 (Akta 88) sebelum peperiksaan dimulakan.

iii. Maklumat berkaitan peperiksaan seperti berikut:
a. Jumlah calon yang menduduki peperiksaan.
b. Tempoh peperiksaan setiap calon 10 hingga 20 minit (mengikut
program masing-masing).
c. Masa mula dan tamat peperiksaan.

6.7.8 Tanggungjawab Ketua Pemeriksa VIVA
i. Beri taklimat kepada Pemeriksa berkaitan borang pemarkahan.
ii. Menulis laporan mengenai proses peperiksaan.
iii. Semakan semula borang pemarkahan.
iv. Kumpul borang permarkahan dan laporan daripada Pemeriksa.
v. Masukkan borang pemarkahan dan laporan ke dalam sampul berasingan.
vi. Lengkapkan butiran pada sampul.
vii. Serahkan bungkusan kepada SUP untuk disimpan di dalam Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal ILKKM.

6.7.9 Tanggungjawab Pemeriksa VIVA
i. Terlibat dalam proses peperiksaan VIVA.
ii. Membantu tugas Ketua Pemeriksa.

146

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.8 PENGURUSAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN

6.8.1 PENGENALAN
Merupakan panduan dalam pengurusan peperiksaan secara dalam talian bagi
program Diploma, Sijil, Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan kursus lanjutan
di ILKKM.

6.8.2 OBJEKTIF
i. Pengendalian peperiksaan yang menguji kompetensi calon mengikut hasil
pembelajaran kursus.
ii. Memberi panduan kepada pengajar dalam pengendalian peperiksaan
secara dalam talian.
iii. Menerapkan budaya integriti bagi peperiksaan secara dalam talian.

6.8.3 PERSEDIAAN PEPERIKSAAN SECARA DALAM TALIAN
Proses Kerja (Rujuk Lampiran 38), Carta Alir Pengurusan Peperiksaan Secara
Dalam Talian ( Rujuk Lampiran 39)

SEBELUM PEPERIKSAAN

i. KPSUK (PP) menyediakan dan mengedarkan takwim peperiksaan.

ii. KPSUK/ KPSU/ PSUK/ PSU (PP)/ Pengarah ILKKM mengadakan
mesyuarat penggubalan, pengeditan dan pemurnian item peperiksaan di
peringkat ILKKM.

iii. KP&K/ SUP ILKKM melakukan ujian rintis, menganalisa item bagi kesahan
dan kebolehpercayaan dan hantar item ke BPL.

iv. PSUK/ PSU (PP) mengadakan mesyuarat pemurnian item peperiksaan di
peringkat BPL.

v. KPSUK/ KPSU/ PSUK/ PSU (PP) melaksanakan bacaan pruf bagi set
soalan yang telah disediakan dan mengadakan Mesyuarat Pemilihan
Soalan di peringkat BPL.

vi. SUB (PL) mempengerusikan Mesyuarat Pemilihan Soalan. AJK pemilihan
soalan memilih set soalan yang digunakan untuk peperiksaan secara dalam
talian.

vii. PSUK/ PSU (PP)/ AJK TEKNIKAL menguruskan muat naik soalan
peperiksaan yang dipilih ke dalam aplikasi yang digunakan dan
menguruskan persediaan pelaksanaan peperiksaan secara dalam talian.

147

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

6.8.4 SEMASA PEPERIKSAAN

i. KP&K/ SUP/ AJK Teknikal (ILKKM) menyelaras kehadiran calon dalam
talian

ii. PSUK/ PSU (PP) mengawal selia peperiksaan dalam talian secara berpusat
di bilik operasi/ pusat kawalan peperiksaan. Mengendalikan peperiksaan
dalam talian mengikut jadual yang telah ditetapkan dan pastikan pematuhan
terhadap arahan peperiksaan.

iii. Ketua Pengawas maklum kes penyelewengan (jika ada) kepada Pengarah/
KP&K/TPA/THEP/SUP. Pengarah akan maklum kepada KPSUK (PP).
Ketua Pengawas sediakan laporan (Borang BPL 16), dan Pengarah hantar
laporan kepada UP, BPL.

6.8.5 SELEPAS PEPERIKSAAN

i. SUP ILKKM/ PSUK/ PSU (PP) memastikan bilangan skrip jawapan
calon mencukupi

ii. PSUK/ PSU (PP) mengurus penghantaran skrip jawapan kepada ILKKM
secara dalam talian.

iii. Moderasi dan pemeriksaan skrip jawapan di urus Pengarah/ KP&K/ TPA/
SUP/ Urus setia Peperiksaan ILKKM.

iv. Jika ada berlaku penyelewengan, Ketua Pemeriksa maklum kepada
Pengarah/TPA/THEP/KP&K. Ketua Pemeriksa sediakan laporan (Borang
BPL 16) dan serah kepada Pengarah. Pengarah hantar laporan ke UP, BPL.

v. Pengarah/ TPA/ KP&K/ Ketua Pemeriksa ILKKM/ PSUK/ PSU (PP)
melaksanakan pemantauan dan moderator skrip jawapan.

vi. Aktiviti tabulasi markah, analisis dan penyediaan laporan dijalankan oleh
KP&K/ SUP/ Urus setia Peperiksaan ILKKM/ PSUK/ PSU (PP).

vii. KPSUK/ KPSU/ PSUK/ PSU (PP) menguruskan sesi Mesyuarat
Pembentangan Keputusan Peperiksaan. TSUB (IL) mempengerusikan

Mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan.

viii. Pengarah memaklumkan/ mempamerkan keputusan. Jika calon gagal,
KP&K/ SUP menguruskan peperiksaan ulangan.

ix. KP&K/ SUP/ Pegawai yang dilantik ILKKM menyediakan data sijil dan
transkrip mengikut format yang dikehendaki. KP&K/ SUP menyemak data sijil

dan transkrip yang telah disediakan.

x. KPSUK/ KPSU/ PSUK/ PSU (PP) menguruskan percetakan sijil dan
transkrip, edar sijil dan transkrip ke ILKKM.

xi. Pengarah/ KP&K ILKKM menyemak dan mengesahkan penerimaan sijil & 148
transkrip dan mengedarkan kepada pelatih.

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.8.6 TANGGUNGJAWAB PELATIH

i. Rujuk jadual peperiksaan sebelum peperiksaan.

ii. Mempunyai laptop/ tablet/ smartphone.

iii. Pastikan capaian dan kelajuan internet semasa menjawab peperiksaan
adalah memuaskan.

iv. Pelatih boleh berada di dalam atau luar dewan peperiksaan semasa
menjawab soalan peperiksaan.

v. Peperiksaan akan dijalankan menggunakan platform dalam talian sebagai
medium peperiksaan.

vi. Pelatih diwajibkan mengisi Surat Akujanji Pelatih (Rujuk Lampiran 40)
sebelum peperiksaan bermula.

vii. Setiap pelatih mempunyai alat tulis yang cukup dan kertas bergaris, bersaiz
A4 sebelum peperiksaan SEQ atau MEQ bermula.

Jadual 6.1: Jadual dan tempoh masa peperiksaan dalam talian

BIL AKTIVITI MASA

1. Tempoh pengisian maklumat dan

kehadiran. Semua calon diwajibkan 30 minit (sebelum
mengisi borang kehadiran pada peperiksaan bermula)
setiap hari peperiksaan. (sesi pagi

dan petang)

2. Tempoh pra-peperiksaan soalan 5 minit

3. Tempoh menjawab soalan Bergantung kepada bentuk/
jumlah soalan kursus yang
berkenaan

4. Tempoh penghantaran jawapan 15-30 minit mengikut
kesesuaian soalan

149

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

6.9 PENILAIAN BERTERUSAN

Penilaian Berterusan dijalankan secara berterusan di sepanjang modul/ kursus
dilaksanakan. Ia bertujuan untuk mengumpul bukti bagi menunjukkan berlakunya
pembelajaran sepanjang modul/ kursus tersebut dijalankan. Selain dari itu, ia digunakan
untuk penambahbaikan pembelajaran, pengubahsuaian pembelajaran dan memberi
intervensi kepada pelatih yang lemah.

Penilaian Berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti kuiz, ujian, tugasan,
pembentangan, projek dan lain-lain. Wajaran peratusan markah bagi Penilaian Berterusan
bergantung kepada hasil pembelajaran yang ditetapkan mengikut kurikulum program.

6.9.1 Penilaian Berterusan - Teori

i. End-of-Chapter

Penilaian end-of-chapter digunakan bagi memantapkan dan mengaplikasi
beberapa konsep dan kemahiran yang dipelajari dalam bilik kuliah.
Penilaian ini selalunya melibatkan item yang memerlukan jawapan pendek
dan boleh dilaksanakan setelah tamat sesuatu topik atau tamat sesuatu
sesi kuliah.

ii. Ujian

Ujian adalah instrumen yang digunakan bagi mengukur hasil pembelajaran
pelatih dalam pengetahuan, kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah.
Ujian terdiri daripada beberapa bentuk seperti soalan bercetak (MCQ, SEQ,
MEQ) atau lisan, pemerhatian tingkah laku, hasil pembelajaran kemahiran
praktikal.

iii. Kuiz

Kuiz merupakan set item pendek dan ringkas yang diberikan kepada pelatih
setelah tamat pembelajaran sesebuah topik atau sub-topik. Tempoh
pelaksanaan kuiz biasanya antara 5 hingga 10 minit dan markah yang
diperuntukkan mestilah bersesuaian dengan item.

iv Kerja Kursus

Penilaian kerja kursus adalah untuk mengukur hasil pembelajaran pelatih dalam
aspek pengetahuan, kemahiran praktikal dan kemahiran insaniah.

i. Penilaian kerja kursus dijalankan bertujuan untuk:

a. Mengukur perkembangan pengetahuan.
b. Mengukur tahap pencapaian kemahiran praktikal.
c. Menilai kemahiran insaniah.

150

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

d. Membantu pelatih mengenalpasti tahap pencapaian semasa untuk
merancang, mengubahsuai dan menambahbaik kaedah
pembelajaran.

e. Membantu pengajar menilai keberkesanan pengajaran dan
seterusnya merancang, mengubahsuai dan menambahbaik kaedah
pengajaran.

ii. Kaedah penilaian kerja kursus

Pelbagai kaedah telah dibangunkan bagi menentukan hasil pembelajaran.

a. Tugasan

Tugasan adalah satu bentuk aktiviti bagi sesuatu kursus yang perlu
dilaksanakan oleh pelatih di luar bilik kuliah. Tugasan merangkumi
pelbagai kerja berasaskan individu atau berkumpulan dengan
melibatkan capaian maklumat melalui perpustakaan, internet dan
sebagainya.

b. Student Short Project (SSP)

Student short project adalah pengumpulan sistematik hasil kerja,
tugasan, esei peribadi, laporan amali, projek dan kajian kes yang
mempamerkan keupayaan, perkembangan dan pencapaian dalam
kursus tertentu. Penilaian SSP dilaksanakan dengan menggunakan
garis panduan pemarkahan yang telah ditetapkan.

c. Pembentangan

Pembentangan adalah satu agenda visual dan lisan yang dirancang
dan di rekabentuk bagi tujuan mendapatkan kefahaman,
persetujuan atau tindakan. Kemahiran kognitif dan komunikasi
dalam pembentangan diukur menggunakan peraturan pemarkahan
yang bersesuaian.

d. Reflective journal

Reflective journal adalah satu penulisan yang membolehkan pelatih
merekod pemikiran dan pandangan mengenai pengalaman
pembelajaran mereka sendiri. Pelatih dapat meneliti semula proses
pembelajaran, membuat penilaian kendiri terhadap prestasi mereka
dan merancang pembelajaran masa hadapan berdasarkan
pengalaman lepas.

151

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

e. Kajian kes

Kajian kes menerangkan tentang sesuatu isu atau masalah. Kajian
kes memberikan pelatih peluang untuk meletakkan diri mereka
sebagai pembuat keputusan dalam sesuatu situasi. Senario ini
selalunya diambil dari keadaan sebenar dan dipersembahkan dari
perspektif pembuat keputusan.

iii. Prosedur penilaian kerja kursus:

Langkah umum yang perlu diambil oleh pengajar semasa melaksanakan
Penilaian Kerja Kursus adalah seperti berikut:

a. Merujuk kepada dokumen kurikulum mengenai hasil pembelajaran
dan kaedah penilaian.

b. Membekalkan sinopsis kursus yang mengandungi maklumat
tentang hasil pembelajaran, kriteria penilaian dan kaedah penilaian
kepada pelatih pada sesi awal pembelajaran.

c. Melaksanakan kaedah penilaian yang telah ditetapkan dalam
dokumen kurikulum berdasarkan perkara berikut:

● Hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam dokumen kurikulum
tidak boleh diubah.

● Kriteria penilaian yang digunakan bagi mengukur tahap
pencapaian pelatih dalam sesuatu hasil pembelajaran perlu
dimaklumkan kepada pelatih.

d. Pengajar menyemak hasil kerja pelatih dan memberikan maklum
balas.

e. Maklum balas yang berkesan perlu:

● Fokus kepada hasil pembelajaran yang diinginkan.

● Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelatih.

● Mencadangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan.

● Memberikan markah berdasarkan peraturan pemarkahan dan
rubrik.

● Melaksanakan pengukuran hasil pembelajaran dan
mencadangkan penambahbaikan berterusan (CQI) bagi
petunjuk prestasi yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang
telah ditetapkan.

152

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.9.2 Penilaian Berterusan Amali
Proses ini dijalankan secara berterusan dalam sesi akademik di ILKKM mengikut
kurikulum kursus berkaitan.
i. Wet Practical & Spot
a. Ketua modul/ pengajar modul/ pemeriksa bertanggungjawab
menyedia dan mengendalikan peperiksaan amali (wet practical and
spot).
b. Permarkahan peperiksaan wet practical (bagi subjek/ modul
berkaitan) adalah berpandukan kepada senarai semak dan
peraturan pemarkahan yang telah ditetapkan.

c. Pemeriksa perlu catatkan nama beliau, tandatangan dan tarikh
pada borang permarkahan.

d. Tempoh peperiksaan wet practical dan spot adalah mengikut
struktur penilaian subjek/ modul.

ii. Penilaian Kompetensi Klinikal

Penilaian Kompetensi Klinikal merangkumi aktiviti memerhati, menguji,
membimbing, membaiki, menilai serta perbincangan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran di lapangan klinikal. Ia adalah suatu elemen yang sangat
penting dan perlu ada dalam diri seorang calon semasa mereka
melaksanakan sesuatu tugasan.
iii. Running Assessment

iv. O.S.C.E. / O.S.P.E

6.10 KES - KES KHAS

6.10.1 Calon sakit
i. Calon yang sedang bercuti sakit

ii. Kecemasan
● jatuh sakit secara tiba-tiba
● Penyakit berjangkit

iii. Lain-lain yang berkaitan atau seumpamanya.

153

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

6.10.2 Pindah pusat peperiksaan

Satu keadaan di mana calon tidak dapat menduduki peperiksaan di pusat
peperiksaan yang telah ditetapkan.

6.10.3 Penyelewengan

Semua jenis penyelewengan dalam peperiksaan merupakan kesalahan yang
boleh diambil tindakan. Antara kes penyelewengan ialah:

i. Orang luar menyamar sebagai calon.

ii. Orang luar memberi jawapan/ maklumat kepada calon.

iii. Calon beri peluang kepada calon lain untuk meniru/ memberi isyarat/
membantu menjawab soalan.

iv. Calon meniru dari calon lain.

v. Calon memiliki apa-apa nota atau sebarang peranti elektronik yang dapat
membantu menjawab soalan.

vi. Calon mengedarkan kertas soalan/ jawapan kepada calon lain.

vii. Calon mengambil nota dan membuat rujukan di luar bilik/ dewan
peperiksaan seperti di tandas semasa peperiksaan berlangsung.

viii. Calon menulis nota di anggota badan atau meja tulis.

ix. Calon memberi atau memperolehi soalan sebelum peperiksaan bermula.

x. Kebocoran Maklumat Sulit Dokumen/ Bahan Peperiksaan

xi. Plagiarisma dan lain-lain kes yang boleh dianggap penyelewengan oleh
UPP, BPL bergantung kepada keadaan/ situasi semasa.

6.10.4 Calon kelainan upaya (calon berkeperluan khas)

Calon tidak boleh melaksanakan tugasan sebagaimana calon normal seperti:
● Cacat anggota badan.
● Rabun teruk.
● Kurang pendengaran.
● Kelainan upaya sementara (Semasa peperiksaan dijalankan calon sakit

atau kemalangan).
● Lain-lain kes yang dikategorikan sebagai kelainan upaya.

154

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.10.5 Kes Tatakelakuan

i. Bagi kes-kes yang dalam tindakan tatakelakuan, pengurusan peperiksaan
akan ditangguhkan sekiranya terdapat prima-facie.

ii. Jika kes dalam penyiasatan pihak Unit Pembangunan dan Hal Ehwal
Pelatih, segala tadbir urus peperiksaan dijalankan seperti biasa sehingga
keputusan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Tindakan
Tatakelakuan Pelatih (JPTP), BPL KKM.

6.11 PENGURUSAN KES KHAS

6.11.1 CALON YANG SAKIT

Jika terdapat calon yang sakit atau menghidap penyakit berjangkit seperti COVID-
19, chicken pox, measle, conjunctivitis dan lain-lain, tindakan seperti berikut perlu
diambil:

i. KP&K/ SUP/ ketua pengawas perlu menilai keadaan calon yang sakit untuk
tindakan yang sewajarnya.

ii. Calon perlu mendapatkan surat pengesahan doktor bagi menentukan
bahawa sesuatu penyakit yang dihidapinya itu tidak akan menjangkiti orang
lain dan layak (fit) untuk menduduki peperiksaan.

iii. Jika tiada surat pengesahan doktor, KP&K boleh membuat keputusan
untuk menempatkan calon di bilik pengasingan dan dimaklumkan kepada
Pengarah dan KPSUK (PP).

iv. Pengarah ILKKM perlu memaklumkan kepada KPSUK (PP) berkenaan
dengan calon yang dimasukkan ke wad untuk pengurusan peperiksaan di
hospital. Pengawas tambahan perlu dilantik khusus untuk mengawas calon
yang perlu menduduki peperiksaan.

6.11.2 PENGURUSAN KES KECEMASAN

Kes-kes kecemasan dan tindakan adalah seperti jatuh sakit secara tiba-tiba atau
penyakit berjangkit.

i. Jatuh Sakit Secara Tiba-tiba.

a. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan setelah mendapat
pengesahan daripada pegawai perubatan atau setelah dinilai oleh
KP&K.

b. Mengasingkan calon di bilik khas dengan diawasi oleh Pengawas.

c. Memastikan maklumat kejadian direkod dalam Laporan Ketua
Pengawas.

155

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

d. Set soalan peperiksaan bergantung kepada KP&K berdasarkan
penilaian situasi/ keadaan calon.

ii. Penyakit Berjangkit

a. Mengasingkan calon di bilik khas dan diawasi oleh Pengawas.

b. Memastikan maklumat kejadian direkod dalam Laporan Ketua
Pengawas.

c. Menghubungi KPSUK (PP) bagi memaklumkan maklumat kejadian.

d. Memohon pengawas tambahan untuk mengawas calon tersebut
sekiranya perlu.

e. Membungkus skrip jawapan calon bersama-sama skrip jawapan
calon lain.

iii. Lain-lain kes yang boleh dipertimbangkan atas budi bicara Bahagian
Pengurusan Latihan

6.11.3 PENGURUSAN KES PINDAH PUSAT PEPERIKSAAN

Calon yang boleh memohon untuk menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan
yang lain adalah:
i. Calon gagal yang ingin menduduki peperiksaan ulangan di negeri asal

dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

a. Calon membuat permohonan secara bertulis kepada Pengarah
ILKKM bagi menduduki peperiksaan di luar pusat peperiksaan dan
dipanjangkan kepada PP, BPL.

b. Pengarah ILKKM memaklumkan kepada KPSUK (PP) berkenaan
permohonan calon tersebut.

c. KPSUK (PP) akan mengeluarkan surat kebenaran bagi calon
menduduki peperiksaan di luar pusat peperiksaan.

d. KPSUK (PP) memaklumkan kepada ILKKM berkaitan calon yang
akan mengambil peperiksaan.

e. KPSUK (PP) memohon kerjasama ILKKM untuk menyediakan
tempat peperiksaan dan semua urusan yang berkaitan.

156

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

ii. Calon yang menduduki Peperiksaan di hospital/ premis kerajaan yang
lain:

a. Syarat keselamatan dan kerahsiaan kertas peperiksaan serta
penyeliaan adalah tanggungjawab Ketua Pengawas Peperiksaan.

b. KP&K ILKKM terlibat memaklumkan secara rasmi kepada KPSUK
(PP) sebelum atau pada hari peperiksaan dengan kadar segera
berkenaan maklumat calon, nama pusat peperiksaan calon
(ILKKM), nama hospital/ premis kerajaan di mana calon menerima
rawatan (rujuk contoh situasi 1 dan situasi 2 seperti berikut).

Situasi 1:
Calon ILKKM Sungai Buloh menduduki peperiksaan di Hospital
Kuala Lumpur. ILKKM Sungai Buloh memaklumkan kepada KPSUK
(PP).
Tindakan ILKKM Sungai Buloh ialah:
● KP&K ILKKM Sungai Buloh memohon kebenaran pihak

hospital/ premis kerajaan terlebih dahulu sebelum
menjalankan peperiksaan.
● KP&K ILKKM Sungai Buloh memastikan pihak hospital/
premis kerajaan menyediakan kemudahan mengikut arahan
dan peraturan keselamatan peperiksaan.
● KPSUK (PP) melantik Pengawas untuk mengawasi calon
hospital/ premis kerajaan.
● Pengawas mengurus kertas jawapan bagi calon hospital/
premis kerajaan.
● Pengawas mengurus Borang Kehadiran bagi calon hospital/
premis kerajaan.
● Pengawas memastikan calon mendapat tempoh masa yang
diperuntukkan untuk menjawab kertas peperiksaan.
● Pengawas memasukkan skrip jawapan bagi calon hospital/
premis kerajaan.
● Pengawas menghantar sampul skrip jawapan calon ke Bilik
Keselamatan/ Bilik Kebal ILKKM Sungai Buloh.

Situasi 2:
Calon ILKKM Sungai Buloh telah dimasukkan ke wad di Hospital
Sultanah Aminah Johor Bahru. Beliau perlu menduduki peperiksaan
di hospital tersebut.

157

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

Tindakan yang perlu diambil adalah: 158

● KP&K ILKKM Sungai Buloh memaklumkan maklumat calon
yang dirawat di hospital kepada KPSUK (PP), KP&K ILKKM
Johor Bahru sebelum peperiksaan.

● KP&K ILKKM Johor Bahru memohon kebenaran pihak
hospital terlebih dahulu sebelum menjalankan peperiksaan.

● KP&K ILKKM Johor Bahru memastikan pihak hospital
menyediakan kemudahan mengikut arahan dan peraturan
keselamatan peperiksaan.

● KPSUK (PP) melantik Pengawas untuk mengawasi calon di
hospital tersebut.

● Pengawas menguruskan kertas soalan dan borang kehadiran
bagi calon di hospital.

● Pengawas memastikan calon mendapat tempoh masa yang
yang diperuntukkan untuk menjawab kertas peperiksaan.

● Pengawas memasukkan skrip jawapan bagi calon di hospital.
Pengawas menyerahkan sampul skrip jawapan calon kepada
SUP untuk disimpan di Bilik Keselamatan/ Bilik Kebal ILKKM
Johor Bahru.

● SUP ILKKM Johor Bahru perlu menghantar semua sampul
skrip jawapan calon ke ILKKM Sungai Buloh selepas tamat
keseluruhan peperiksaan.

iii. Lain-lain kes yang boleh dipertimbangkan atas budi bicara Bahagian
Pengurusan Latihan.

6.11.4 PENGURUSAN KES PENYELEWENGAN
i. Kebocoran Maklumat Sulit Dokumen/ Bahan Peperiksaan

Sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan berlakunya kebocoran maklumat sulit
dokumen/ bahan peperiksaan, tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

a. Pihak ILKKM hendaklah melaporkan kepada KPSUK (PP) melalui
telefon dengan SEGERA disusuli dengan laporan secara bertulis.

b. KPSUK (PP) hendaklah mengambil tindakan SEGERA bagi
menguruskan kes kebocoran melibatkan item peperiksaan yang
berlaku adalah:

● menghentikan sesi peperiksaan serta merta.

● penjadualan semula subjek peperiksaan yang terlibat.

● mengeluarkan set soalan kedua.

c. KPSUK (PP) akan menyiasat dan mengemukakan laporan yang
mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap keselamatan
dokumen kepada SUB (PL).

d. Tindakan berdasarkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) ke atas
mereka yang terlibat.

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

(Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir Pengurusan Kes Penyelewengan:
Kebocoran Maklumat Sulit Dokumen/ Bahan Peperiksaan – Lampiran 28 dan 29).

ii. Plagiat

a. Plagiat merupakan perbuatan meniru atau mencedok sebahagian
atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut
adalah hak cipta sendiri.
Plagiat merangkumi perlakuan‐perlakuan berikut:

● Meniru/ menyalin dan menyerahkan kerja/ tugasan orang lain
tanpa penghargaan atau menyatakan sumbernya.

● Mengungkapkan semula ayat, perenggan atau tema yang
maknanya sama, tanpa memberi penghargaan atau
menyatakan sumbernya rujukannya.

● Menterjemah kerja orang lain tanpa memberi penghargaan.
● Mengemukakan sesuatu kerja penghasilan orang lain

(misalnya, membenar dan mengupah seseorang membuat
sesuatu tugasan yang kemudiannya diperakui sebagai miliknya
sendiri termasuk menyerahkan keseluruhan atau sebahagian
dari tugasan kepada orang lain. Contohnya, pelajar meminta
orang lain menganalisis data, menulis analisis ataupun
menjalankan projek yang sepatutnya dilakukan oleh mereka).
● Fabrikasi (mengada‐adakan data) atau memanipulasi data
(mengubah data) di dalam tugasan yang diserahkan.

b. Kriteria-kriteria kerja kursus yang ditafsirkan sebagai plagiat adalah
seperti berikut:

● Kegagalan menyertakan rujukan atau membuat petikan yang
mencukupi

● Meniru/ menyalin sebahagian tugasan pelatih lain
● Meniru dari laman web, buku atau lain‐lain penerbitan
● Rujukan atau petikan yang direka‐reka

● Data yang direka atau diubah suai

● Tugasan yang ditiru keseluruhannya (sama ada dari pelatih atau
lain‐lain sumber)

● Tugasan penulisan yang berbayar

● Kerja/ tugasan yang dicuri

Catatan:
Sekiranya meniru beberapa baris atau satu perenggan boleh
dianggap plagiat kecil, tetapi jika melibatkan beberapa perenggan
dianggap lebih serius.

159

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

c. Mengendalikan Kes Plagiat (Peringkat ILKKM)
● Pemeriksa memaklumkan kes plagiat kepada KP&K.
● KP&K/SUP perlu membuat siasatan awal
● KP&K/ SUP rujuk kes plagiat kepada TPHEP.
● Rujuk Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan Pelatih, JPTPP

(Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir Pengurusan Kes Penyelewengan:
Plagiat - Lampiran 30 dan 31)
iii. Meniru Di Dalam Dewan Peperiksaan.

● Bahan bukti penyelewengan (nota/ cebisan kertas/ dan
sebagainya) diambil dari calon dan disimpan.

● Calon dibenarkan terus menjawab hingga tamat masa.
● Skrip jawapan calon berkenaan hendaklah dibungkus dan

diperiksa bersama skrip jawapan calon lain.
● Calon yang terlibat mestilah diberi peluang mempertahankan

dirinya secara bertulis.
● Ketua pengawas perlu membuat laporan peperiksaan dan

penyelewangan (Rujuk borang BPL 16).
● Ketua Pengawas menghantar laporan dan dokumen

sokongan kepada KP&K/ Pengarah ILKKM.
● Pengarah ILKKM merujuk kes kepada JPTP peringkat BPL.
(Rujuk Proses Kerja dan Carta Alir Pengurusan Kes Penyelewengan: Meniru Di
Dalam Dewan Peperiksaan - Lampiran 32 dan 33)
6.11.5 PENGURUSAN CALON KELAINAN UPAYA (CALON BERKEPERLUAN KHAS)

i. Pengurusan Peperiksaan Bagi Calon-Calon Kelainan Upaya

a. Pertimbangan khas hendaklah diberikan kepada calon-calon
kelainan upaya bagi memastikan mereka berpeluang menunjukkan
kebolehan dan pencapaian sebenar.

b. Prosedur peperiksaan calon-calon kelainan upaya adalah sama
seperti prosedur peperiksaan calon normal. Walau bagaimanapun
calon-calon kelainan upaya hendaklah diberikan beberapa
pertimbangan khas.
● Waktu tambahan peperiksaan 25% - rujuk jadual 5.1.
Masa yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas
peperiksaan. Calon yang terlibat dalam kemalangan yang layak

160

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

mendapat masa tambahan adalah calon yang tidak boleh menulis
dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis. Lain-lain
kecederaan boleh dipertimbangkan atas budi bicara KPSUK (PP).

Waktu rehat semasa peperiksaan dijalankan boleh diberi jika
diminta oleh calon, waktu ini tidak dikira sebagai waktu peperiksaan
sesuatu kod kursus.

Jadual 6.2 : Masa tambahan bagi calon kelainan upaya

Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Masa tambahan yang

jadual waktu diberi

1. 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 30 minit
minit

2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 1 jam
minit

3. Lebih 2 jam 30 minit 1 jam 30 minit

6.11.6 Pengurusan Lain-lain Kes Yang Boleh Dipertimbangkan

a. Kes yang disabitkan di bawah agensi penguatkuasaan dan
dibenarkan menduduki peperiksaan.

● Semasa dalam tahanan agensi penguatkuasaan bagi
membantu siasatan.

● Semasa dalam perbicaraan mahkamah.

● Lain-lain kesalahan yang berkaitan.

b. Kes yang disabitkan kesalahan di bawah agensi penguatkuasaan
tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

6.11.7 c. Kes yang disabitkan di bawah agensi penguatkuasaan contohnya
penglibatan dengan penggunaan dadah, mencuri dan lain-lain.

● Laporkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Tatakelakuan
Pelatih (JPTP) BPL.

Bencana Alam/ Kes Luar Jangka

● Pengarah ILKKM perlu maklumkan kepada KPSUK (PP) jika berlaku bencana
alam/ kes luar jangka.

● Peperiksaan sama ada dijalankan seperti biasa atau ditangguhkan adalah
mengikut arahan SUB (PL).

161

6.11.8 Cuti Peristiwa

● Sekiranya berlaku cuti peristiwa bertindih dengan tarikh peperiksaan maka
KPSUK (PP) akan memaklumkan perubahan tarikh peperiksaan baharu.

● Cuti seperti ini berlaku dengan tiba-tiba misalnya kematian pembesar negara/
kes pandemik/ keadaan darurat.

● Biasanya cuti ini akan diumumkan melalui media massa (seperti radio dan
televisyen).

6.12 TABULASI DAN ANALISIS

Tabulasi dan analisis merupakan proses penyusunan data keputusan peperiksaan mengikut
format yang telah ditetapkan.

6.12.1 Sebelum Tabulasi

i. KPSUK (PP) menetapkan tarikh tabulasi peringkat BPL.

ii. KPSUK (PP) melantik Urus setia tabulasi.

iii. PSUK/ PSU menyerahkan format tabulasi kepada ILKKM.
6.12.2 Semasa Tabulasi

Urus setia Tabulasi

i. Menerima borang pemarkahan dan laporan ketua pemeriksa daripada
ILKKM.

ii. Memasukkan markah mengikut ILKKM, tahun, semester dan kod kursus.

iii. Menyemak pengiraan markah mengikut sistem kredit.

iv. Menganalisis pencapaian calon.

v. Menyediakan laporan analisis peperiksaan.

PSUK/ PSU (PP)

i. Memberi taklimat kepada urus setia tabulasi agihan tugas mengikut
semester dan laporan tabulasi.

ii. Menyemak secara rawak formula keputusan berasaskan gred bagi setiap
subjek wajib atau elektif (Lulus/ Gagal).

iii. Menyemak pengiraan markah keseluruhan untuk penyediaan laporan.

162

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

iv. Menyediakan dokumen tabulasi untuk dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Pembentangan Keputusan Peperiksaan di peringkat BPL.

(Rujuk Proses Kerja, Carta Alir Tabulasi dan Analisis - Lampiran 34 dan 35)

6.13 PENGURUSAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

6.13.1 KPSUK/ KPSU (PP) rujuk takwim dan mengedarkan surat jemputan/ memo
mesyuarat pembentangan keputusan.

6.13.2 Mesyuarat Pembentangan Keputusan Peperiksaan Peringkat BPL.

i. Ahli Jawatankuasa

Pengerusi : TSUB (IL)
Setiausaha
Ahli : KPSUK/ KPSU (PP)

: KPSUK/ PSUK (UP)
KPSU/ PSUK (Unit Nazir)
KPSU/ KPSU (LPP)
Pengarah ILKKM (jika perlu)
Pakar/ pegawai yang dilantik khas - jika berkaitan

ii. Skop tugas Jawatankuasa Pembentangan Keputusan Peperiksaan.

a. Menyemak dokumen pembentangan keputusan peperiksaan.

b. Membincangkan dan memuktamadkan isu-isu yang timbul
dalam tempoh/ minggu peperiksaan.

c. Pengesahan dokumen pembentangan

iii. PSUK/ PSU (PP) bertanggungjawab sebagai urus setia menyediakan
keperluan sebelum mesyuarat seperti:

a. Minit mesyuarat yang terdahulu

b. Borang kehadiran mesyuarat
c. Keputusan peperiksaan untuk pembentangan
d. Keputusan terperinci (kod kursus).
e. Laporan tabulasi/ analisis keputusan.

f. Laporan Ketua Pengawas Peperiksaan.

g. Laporan Ketua Pemeriksa.

h. Slaid pembentangan keputusan.
i. Mendapatkan maklumat berkaitan kes tatakelakuan/ kesihatan

yang dirujuk dari Unit Pembangunan dan Hal Ehwal Pelatih/
ILKKM

iv. PSUK/ PSU (PP) mengedarkan dokumen kepada pengerusi dan ahli
jawatankuasa semasa mesyuarat seperti:

a. Minit mesyuarat yang terdahulu

b. Borang kehadiran mesyuarat
c. Keputusan peperiksaan untuk pembentangan
163 d. Slaid pembentangan keputusan

v. PSUK/ PSU (PP) menguruskan keputusan peperiksaan mengikut ILKKM
yang mengandungi maklumat berikut:

a. Senarai calon lulus
b. Senarai calon gagal
c. Senarai calon tangguh keputusan
d. Senarai calon Anugerah Pengarah
e. Lain-lain mengikut keperluan

vi. PSUK/ PSU (PP) mencatat keputusan dalam minit mesyuarat

vii. PSUK/ PSU (PP) memastikan dokumen mesyuarat ditandatangani oleh
pengerusi dan ahli jawatankuasa pembentangan keputusan peperiksaan.

viii. PSUK/ PSU (PP) mengedarkan salinan dokumen/ keputusan mesyuarat
kepada pihak berkaitan seperti berikut:

a. Pengarah ILKKM
b. Lain-lain mengikut keperluan

ix. PSUK/ PSU (PP) menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat pembentan-
gan kepada:

a. Ahli jawatankuasa mesyuarat pembentangan keputusan
peperiksaan.

x. Menguruskan dokumen pembentangan untuk difailkan dan disimpan dalam
Bilik Fail.

6.13.3 Status Keputusan Peperiksaan

i. Status lulus.
a. Lulus kod kursus/ peperiksaan
● Memperolehi gred C dan ke atas atau nilai gred 2.00 dan
ke atas.

ii. Status gagal.

a. Gagal kod kursus

● Calon dianggap gagal kod kursus apabila memperolehi
kurang dari gred C atau kurang dari nilai gred 2.00.

6.13.4 Pengumuman Keputusan Peperiksaan

i. Keputusan Peperiksaan Semester akan diumumkan selepas mesyuarat
pembentangan keputusan oleh Ahli Jawatankuasa Peperiksaan Lembaga
Pendidikan, KKM. Calon yang gagal Peperiksaan Pertama dikehendaki
menduduki Peperiksaan Ulangan seperti yang akan dijadualkan

ii. Penangguhan keputusan peperiksaan

Keputusan Peperiksaan Akhir Semester akan ditangguh sekiranya
seseorang calon didapati melanggar peraturan peperiksaan atau peraturan
tatakelakuan pelatih.

164

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.13.5 Rayuan Semakan Keputusan Peperiksaan

i. Selepas pengumuman keputusan Peperiksaan Akhir Semester, pelatih
yang ingin membuat rayuan semakan keputusan peperiksaan boleh
berbuat demikian secara bertulis kepada KPSUK (PP) Jawatankuasa
Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Latihan dalam tempoh empat belas
(14) hari daripada tarikh keputusan rasmi. Rayuan hendaklah disertakan
dengan alasan-alasan yang munasabah dan bukti-bukti berkaitan.

ii. Proses permohonan semakan keputusan PAS adalah seperti berikut:
a. Calon perlu membuat permohonan secara bertulis kepada
KPSUK (PP) melalui Pengarah ILKKM dan sertakan bersama
salinan kiriman wang/ wang pos.

b. Pelatih perlu membuat bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap
kod kursus yang dikemukakan dan hendaklah dibuat dalam
bentuk Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama “Ketua Setiausaha,
Kementerian Kesihatan Malaysia”.

c. Surat permohonan rayuan semakan keputusan, salinan kiriman
wang/ wang pos dan skrip jawapan calon dihantar melalui
pengarah ILKKM kepada Jawatankuasa Peperiksaan, BPL.

d. Pengerusi jawatankuasa mesyuarat pembentangan keputusan
peperiksaan bertanggungjawab:
i. Mengarahkan semakan semula keputusan seperti dipohon.
ii. Melantik ketua pemeriksa dan urus setia pemeriksaan
semula.
iii. Mengesahkan keputusan semakan semula.

e. Proses semakan semula keputusan PAS hendaklah dilakukan
dalam tempoh dua puluh satu hari (21) daripada tarikh
permohonan calon.

f. Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon oleh
Jawatankuasa Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Latihan.

g. Keputusan rayuan adalah muktamad.

6.146.13.5 PEPNEGNUGRUURSAUNSAPNEPPEERPIKESRAIKASNAUALNANUGLAANNGAN

6.14.1 Peperiksaan ulangan diadakan untuk calon-calon yang gagal mana-mana kod
kursus dalam Peperiksaan Akhir Semester (Pertama).

6.14.2 Bagi Program Diploma Semester I, calon yang memperolehi PNGS kurang
dari 1.00 atau gagal dalam semua kod kursus, tidak dibenarkan menduduki
peperiksaan ulangan dan akan ditamatkan latihan.
Walau bagaimanapun, pertimbangan harus dibuat dalam kes-kes tertentu
seperti sakit dan sebagainya.

165

6.15 KELAYAKAN MENERUSKAN PENGAJIAN

6.15.1 Lulus Peperiksaan
6.15.2
Calon boleh meneruskan pengajian ke semester berikutnya dengan syarat lulus
semua kod kursus dan kompetensi dalam semester berkenaan.

Mengulang Semester

i. Mengulang Semester Tanpa Rayuan

Calon-calon yang layak mengulang semester tanpa rayuan adalah seperti
berikut:

a. Calon yang gagal satu kod kursus dengan kurang nilai gred
1.67 atau memperolehi gred C- ke bawah setelah peperiksaan
Ulangan.

b. Calon yang gagal dua kod kursus setelah peperiksaan ulangan.
● Calon-calon di atas akan diberi opsyen/ pilihan untuk
ditandatangani sama ada ingin mengulangi semester tanpa
rayuan atau mengambil pilihan menamatkan latihan yang
akan diuruskan oleh Unit LPP.
● Calon perlulah bebas daripada sebarang tindakan
tatakelakuan.
● Calon dibenarkan mengulangi semester tanpa rayuan
hanya sekali sahaja dari Semester 1 hingga Semester 5.
● Pada semester 6 calon dibenarkan mengulangi semester
tanpa rayuan sebanyak dua kali dengan syarat calon
tidak pernah mengulangi semester tanpa rayuan sekali
sebelumnya.
● Jika calon pernah mengulangi semester tanpa rayuan
sekali sebelum itu maka calon hanya diberi peluang sekali
sahaja.
● Syarat ini mengambil kira tempoh maksimum latihan
selama 4 tahun yang dibenarkan oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).

Catatan:

● Calon yang sudah kehabisan peluang mengulangi semester
tanpa rayuan, boleh memohon mengulangi semester
melalui proses sedia ada.

Calon yang gagal dalam kompetensi:
● Calon dianggap gagal dalam klinikal/ kompetensi apabila

memperolehi Gred B (nilai gred 3.00) dan ke bawah.
● Calon yang gagal dan mengulangi klinikal/ kompetensi

hanya layak mendapat Gred B+ (nilai gred 3.33).
● Calon boleh mengulangi klinikal/ kompetensi sehingga

mendapat Gred B+ (nilai gred 3.33).

166

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.15.3 Mengulang Semester Dengan Rayuan

i. Calon yang gagal tiga (3) kod kursus setelah peperiksaan ulangan.

● Calon di atas dibenarkan membuat rayuan untuk mengulangi
semester dengan syarat calon bebas daripada sebarang tindakan
tatakelakuan serta memenuhi kelayakan menduduki Peperiksaan
Akhir Semester.

● Calon dibenarkan membuat rayuan mengulangi semester dua kali
sepanjang tempoh pengajian.

● Pihak pengurusan ILKKM perlu menyatakan sokongan atau
sebaliknya terhadap rayuan tersebut kepada Bahagian Pengurusan
Latihan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Keputusan rayuan akan
dimaklumkan kepada calon oleh BPL melalui Pengarah ILKKM.

6.15.4 Ditamatkan Latihan

i. Calon yang gagal empat (4) atau lebih kod kursus setelah peperiksaan
ulangan.

ii. Calon Semester I yang mendapat PNGS kurang daripada 1.00 atau gagal
semua kod kursus pada Peperiksaan Akhir Semester/ Sumatif.

iii. Calon yang gagal dalam Peperiksaan Akhir Semester (peperiksaan
ulangan) pada semester yang diulang.

iv. Calon yang telah melebihi tempoh pengajian empat (4) tahun bagi program
diploma dan tiga (3) tahun bagi program sijil.

6.16 PENGURUSAN SIJIL, TRANSKRIP DAN VERIFICATION OF TRAINING

6.16.1 Penyediaan Sijil dan Transkrip
KP&K/ SUP/ Urus Setia Tabulasi PAS

i. Menyediakan data sijil dan transkrip dalam tempoh dua (2) minggu
selepas mesyuarat Keputusan Peperiksaan Akhir Semester.

ii. Menyemak dan memperakui ketepatan data sijil dan transkrip selepas
keputusan Peperiksaan Akhir Semester diumumkan.

iii. Menghantar semua dokumen/ data melalui kaedah yang ditetapkan kepada
KPSUK/ KPSU (PP).

iv. ILKKM perlu menyerahkan data sijil dan transkrip bersama:
● Surat iringan
● Borang Penyerahan Akuan Data.
● Senarai semak penyerahan data sijil dan transkrip oleh ILKKM.
● Data/ dokumen yang tepat.
● Sijil (dalam format excel).
● Transkrip (format excel).

v. Pengarah/ KP&K mengesahkan penerimaan sijil/ transkrip yang telah
167 dicetak dengan tepat kepada Unit Peperiksaan, BPL.

vi. Atau pembetulan data dalam tempoh satu (1) minggu selepas menerima
sijil/ transkrip daripada vendor.

KPSUK/ KPSU
i. Menerima data sijil dan transkrip daripada ILKKM.

ii. Menyerahkan data bagi percetakan sijil dan transkrip kepada
PSUK/ PSU untuk semakan ketepatan data daripada ILKKM.

PSUK/ PSU

i. Menyemak dan memperakui ketepatan data sijil dan transkrip selepas
pengumuman keputusan Peperiksaan Akhir Semester.

ii. Menyemak ketepatan data sijil dan transkrip dengan teliti yang diterima
daripada ILKKM.

iii. Penyerahan data kepada pegawai penyelaras (PP) selepas semakan
dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) minggu.

Pegawai Penyelaras (di BPL)

i. Mengumpul data bagi pencetakan sijil dan transkrip program pra
perkhidmatan dan program pengkhususan.

ii. Menyemak senarai semak berkaitan percetakan sijil dan transkrip.

iii. Menyerahkan data dengan surat iringan bagi pencetakan sijil dan
transkrip kepada pihak vendor setelah menerima dengan lengkap dari
semua program yang terlibat untuk dicetak.

6.16.2 Syarat-syarat permohonan Sijil, Transkrip dan Verification of Training (VOT)
Syarat-syarat permohonan sila rujuk laman web http://latihan.moh.gov.my/v5/

i. Permohonan mendapatkan Sijil/ Transkrip Akademik/ VOT ILKKM akan
dipertimbangkan berdasarkan syarat-syarat penganugerahan Sijil/
Transkrip Akademik/ VOT, ILKKM hanya boleh dibuat oleh bekas pelatih
Program Sijil atau Diploma, ILKKM.

ii. Setiap permohonan Sijil, Diploma, Transkrip Akademik/ VOT KKM akan
diuruskan dalam tempoh tiga puluh (30) HARI BEKERJA dari tarikh
penerimaan lengkap permohonan.

iii. Permohonan Sijil / Transkrip Akademik/ VOT, ILKKM secara walk-in yang
memerlukan pada hari yang sama tidak akan dilayan sama sekali.

v. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila e-mel ke
[email protected]

168

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

6.16.3 Permohonan Sijil, Transkrip dan VOT

Sijil/ Transkrip Akademik/ VOT BAHARU (pelatih yang tidak memohon/mendapat sijil/
transkrip/ VOT).
Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Permohonan BPL-KKM/UPP-01 (Rujuk Lampiran 44)
ii. Salinan Kad Pengenalan pemohon (disahkan oleh Pegawai Kerajaan

Kumpulan A)
iii. Salinan Pendaftaran Lembaga (bagi program berkenaan sahaja)
iv. Salinan Diploma program berkenaan (bagi permohonan transkrip/ VOT

sahaja)

Sijil/ Transkrip Akademik HILANG/ ROSAK. Dokumen yang diperlukan:

i. Borang Permohonan BPL-KKM/UPP-01 (Rujuk Lampiran 44)
ii. Salinan Kad Pengenalan pemohon (disahkan oleh Pegawai Kerajaan

Kumpulan A)
iii. Salinan Pendaftaran Lembaga (bagi program berkenaan sahaja)
iv. Laporan polis (bagi dokumen yang hilang)

v. Dokumen asal (bagi penggantian dokumen yang rosak)
vi. Bayaran sebanyak RM50.00 akan dikenakan bagi setiap permohonan Sijil/

Transkrip Akademik yang hilang / rosak
Cara membuat pembayaran:

a. Tunai Di Kaunter

● Bayaran secara tunai boleh dibuat di kaunter bayaran:

Bahagian Pengurusan Latihan (BPL),
Di Aras 3, No. 26 Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 Putrajaya

● Kaunter hanya dibuka pada hari bekerja:

Hari Masa

Isnin hingga : 8.30 pagi - 1.00 petang
Khamis : 2.00 petang - 4.30 petang

Jumaat : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
: 2.45 petang - 4.30 petang

● Sila pastikan pembayar membawa wang secukupnya untuk
memudahkan urusan pembayaran dan sila semak resit bayaran
sebelum meninggalkan kaunter.

169

ii. b. Kiriman Wang/ Wang Pos/ Draf

● Sila pastikan nama pembayar, nombor kad pengenalan,
nombor telefon dan tujuan bayaran ditulis di belakang
kiriman wang/ wang pos/ draf bank setiap kali membuat
pembayaran. Ketiadaan maklumat tersebut menyukarkan
Bahagian ini untuk mengenalpasti identiti pembayar.

● Bahagian ini akan memulangkan semula kiriman wang/
wang pos/ draf bank kepada pembayar sekiranya telah
melebihi tarikh luput untuk ditunaikan. Pembayar perlu
mengepos kiriman kiriman wang / wang pos/ draf bank
kepada Bahagian ini.

● Sila ambil maklum bahawa kiriman wang/ wang pos/ draf
bank mempunyai tempoh sah laku terhad kepada satu (1)
bulan sahaja dari tarikh ia dikeluarkan.

● Bayaran dalam bentuk cek peribadi tidak akan diterima.

● Bayaran hendaklah dibuat atas nama “KETUA SETIAUSAHA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”

● Borang permohonan BPL-KKM/UPP-01 boleh dimuat turun
melalui laman sesawang http://latihan.moh.gov.my

● Permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar
melalui e-mel [email protected]

● Dokumen-dokumen yang berkaitan seperti dalam senarai
semak (BPL-KKM/UPP-03) (Lampiran 46) dan kiriman
wang/ wang pos/ draf bank perlu dipos ke alamat berikut:
Setiausaha Bahagian,
Bahagian Pengurusan latihan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 3 & 6, No. 26 Persiaran Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Presint 3,
62675 Putrajaya.
(U.P . KPSUK, Unit Peperiksaan dan Pensijilan)

6.16.4 Cara Penyerahan Sijil/ Transkrip Akademik/ Verification of Training (VOT)
i. Ambil Sendiri

● Pemohon yang mengambil sendiri di BPL (PP) perlu
mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pegawai
bertugas.

● Pemohon juga perlu mengisi Borang Akuan Penerimaan Sijil/
Transkrip Akademik yang dikeluarkan oleh pegawai bertugas
semasa mengambil dokumen.

ii. Melalui Wakil

● Pemohon yang tidak dapat hadir boleh melantik wakil secara
bertulis melalui Surat Pelantikan Wakil (BPL-KKM/UPP-02)
(Lampiran 45).

170

BAB 6 TADBIR URUS
PENILAIAN PELATIH

● Wakil yang dilantik perlu mengemukakan dokumen pengenalan diri
kepada pegawai bertugas dan perlu mengisi Borang Akuan
Penerimaan Sijil/ Transkrip Akademik yang dikeluarkan oleh
pegawai bertugas semasa mengambil dokumen.

iii. Secara Pos

Menggunakan sampul PraBayar POSLAJU Sampul L (Sampul Oren di
antara Semenanjung ATAU Sampul Biru di antara Semenanjung ke
(Sarawak/Sabah) yang telah diisi dengan lengkap dan jelas nama
pemohon, alamat surat-menyurat dan maklumat untuk dihubungi (ruangan
KEPADA).
* (Sampul mengikut perubahan semasa)
● Pemohon perlu mencatat no. rujukan sampul POSLAJU berkenaan

pada borang permohonan BPL-KKM/UPP-01 (Lampiran 44)

● Sampul PraBayar POSLAJU tersebut MESTILAH BELUM
DIGUNAKAN dan dihantar ke alamat seperti di atas.

6.16.5 ● Sila fahami bahawa pengeposan melalui Pos Malaysia adalah
tertakluk kepada kawalan dan syarat-syarat Pos Malaysia Berhad.

● Permohonan untuk penghantaran dokumen ke luar negara
mestilah disertakan sampul FLEXIPACK INTERNATIONAL
(biru/merah) mengikut zon negara

Proses Penyediaan Sijil/ Transkrip Akademik/ Verification of Training
dan Salinan Sijil/ Transkrip Akademik Secara Dalaman (In House)

i. KPSUK/ KPSU/ PSUK (PP) mengeluarkan arahan untuk mendapatkan data
pelatih yang lulus Peperiksaan Akhir Semester daripada ILKKM yang
terlibat

ii. PSUK (PP) membuat semakan pada data tersebut sebelum sijil/ transkrip
akademik/ VOT dikeluarkan.

iii. PSUK (PP) mengemaskini format sijil/ transkrip akademik/ VOT

iv. PT (PP) mencetak sijil/ transkrip akademik/ Verification of Training setelah
semua format dikemas kini dan diselaraskan.

v. PSUK (PP) menyemak sijil/ transkrip akademik/ VOT yang telah dicetak.
vi. PT (PP) menyediakan memo untuk mendapatkan kebenaran tanda tangan

Ketua Pengarah/ Setiausaha Bahagian (PL) untuk penggunaan mesin signer.
vii. PT (PP) sediakan surat iringan untuk penghantaran sijil/ transkrip akademik/

VOT.

viii. PT (PP) perlu minit dan failkan dokumen berkaitan termasuk merekod
nombor siri.

Rujuk Lampiran 36 dan 37: Proses Kerja, Carta Alir Proses Penyediaan Sijil/ Transkrip
171

6.16.6 Proses Penyediaan Sijil dan Transkrip Akademik Melalui Pembekal (vendor)
i. KPSUK/ KPSU/ PSUK (PP) mengeluarkan arahan untuk mendapatkan data

pelatih yang lulus Peperiksaan Akhir Semester daripada ILKKM yang
terlibat.

ii. PSUK (PP) membuat semakan pada data.

iii. PSUK (PP) mengemaskini format sijil/ transkrip akademik.

iv. PSUK/ BPPSLUda(PnPp)emmebneykearl a(vheknadnodr)a. ta kepada pegawai perhubungan (LO)
antara

v. kPeepgaadwaapi iPhaekrhupbeumnbgeaknal(L(vOe)ndmoer)n.guruskan penghantaran data/ maklumat
vi. Pembekal (vendor) menyedia, mencetak dan menghantar sijil dan transkrip

kepada ILKKM berkaitan.

6.16.7 Proses Penyediaan Salinan Sijil/ Transkrip Akademik/ VOT.
i. KPSUK (PP) menerima permohonan dari pemohon.
ii. KPSUK (PP) melakukan semakan permohonan dan berhubung/ merujuk

PSUK/ PSU (PP).
iii. PT (PP) mendaftarkan permohonan dalam Buku Daftar Sijil/ Transkrip.

iv. PSUK/ PSU/ PT (PP) akan membuat semakan pada dokumen pemohon
sebelum Sijil/ Transkrip dikeluarkan.

v. PT (PP) mencetak sijil setelah semua format dikemas kini dan diselaraskan.

vi. PSUK/ PSU (PP) menyemak sijil / transkrip yang telah dicetak.
vii. KPSUK (PP) sahkan dan tandatangan sijil / transkrip.
viii. PT (PP) rekod nombor siri.
ix. PT (PP) sediakan surat iringan untuk penghantaran sijil/ transkrip
x. PT (PP) memfailkan surat dan dokumen berkaitan.

Catatan:
● Bayaran sebanyak RM50.00 bagi setiap permohonan sijil/

transkrip hendaklah disertakan bersama permohonan tersebut.
● Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk cek berpalang/ wang

pos berpalang atas nama Ketua Setiausaha,Kementerian
Kesihatan Malaysia

● Bayaran tidak boleh dituntut balik. Pengecualian kepada
kes-kes khas seperti bencana alam, ribut taufan, kebakaran
dan lain-lain (laporan polis perlu dikemukakan bersama

172



LAMPIRAN

175

Buku Garis Panduan Penilaian
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Berasaskan OBE

176

177

178

179

180

181

182


Click to View FlipBook Version