dipelajari. 2. Guru memberikan tugasan individu untuk pelajar membina satu lagi atur cara menggunakan Scratch 2.0 di rumah dan membawa hasilnya untuk dibincangkan dalam kelas seterusnya. berdasarkan rumusan tersebut di dalam lembaran kerja. 2. Pelajar mencatat arahan tugasan yang diberikan oleh guru di dalam buku latihan sekolah masing-masing. REFLEKSI daripada daripada
Lampiran 4.1.1 Slaid Pautan : https://www.canva.com/design/DAGIrapDK2A/GTM73GM1NoFXTSRCk5TJvQ/edit?utm_con tent=DAGIrapDK2A&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebu tton
4.1.1 Lembaran Kerja
4.1.1 Lembaran Kerja Latihan Tambahan
4.1.2 Slaid Pautan : https://www.canva.com/design/DAGIrgZR57M/5t6ojYWvNPA_2A0RKuuuWw/edit?utm_conte nt=DAGIrgZR57M&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutt on
4.1.2 Lembaran Kerja
4.1.3 Slaid Pautan : https://www.canva.com/design/DAGIrhUESXk/6ONi6N4ApxD3x0zPIxSwUw/edit?utm_content =DAGIrhUESXk&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutto n
4.1.3 Lembaran Kerja
4.1.3 Lembaran Kerja Soalan
4.1.4 & 4.1.5 Lembaran Nota Ringkas
4.1.4 & 4.1.5 Lembaran Kerja
Bab 4 (Farah Izzati binti Azlan 22098286) 4.2 Kod Arahan HTML HTML adalah singkatan HyperText Markup Language. Digunakan untuk membina laman sesawang. Boleh ditulis dengan menggunakan Notepad dan disimpan dengan sambungan“.html” atau “.htm”. 4.2.1 Melakar Papan Cerita Lesson Plan 4.2.1 Melakar papan cerita Objectives 1. Pelajar dapat menyenaraikan kebaikan melakar papan cerita dengan baik. 2. Pelajar dapat menentukan struktur maklumat yang sesuai untuk diaplikasikan kepada lakaran laman sesawang. 3. Pelajar boleh melakar papan cerita bagi setiap muka laman sesawang dengan terperinci. Materials Kertas A4, Projektor Approach Socratic Dialog Set induksi (Guru): 1. Guru memaparkan beberapa contoh laman sesawang yang biasa digunakan dan dilihat oleh pelajar (Contoh: Facebook, instagram). 2. Guru menarik perhatian pelajar dengan bertanyakan apa yang dilihat pada muka laman sesawang. Set Induksi (Pelajar): 1. Pelajar memberi pendapat berdasarkan gambar yang dipaparkan. Activities Aktiviti Guru: 1. Penerangan dibuat dengan mengaitkan papan cerita dengan Aktiviti Pelajar: 1. Pelajar mendengar penerangan yang diberikan guru berkaitan
laman sesawang yang ditayangkan. 2. Guru menggunakan pendekatan socratic dialog dengan bertanyakan kepada pelajar apa keperluan dan kebaikan yang boleh diperolehi melalui lakaran papan cerita. 3. Berdasarkan paparan laman sesawang yang ditayang pada awal kelas (contoh: log masuk facebook), guru bertanya soalan provokasi berkenaan beberapa fungsi yang terdapat pada antara muka bagi mengukuhkan kefahaman mengapa sesuatu itu perlu. 4. Berdasarkan pengalaman guru bertanyakan kepada untuk menerangkan struktur aliran yang menghubungkan satu laman sesawang ke laman sesawang yang lain. 5. Berdasarkan jawapanjawapan yang diberikan pelajar, guru mengaitkan maklumat yang diberikan dengan struktur maklumat papan cerita dan laman sesawang. 2. Berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru, pelajar menjawab pertanyaan dengan memberi pendapat masing-masing berkaitan kebaikan lakaran papan cerita. 3. Pelajar menjawab soalan yang diberikan oleh guru berkaitan fungsi yang terpadapat pada antara muka laman sesawang. 4. Berdasarkan pengalaman, pelajar memberi contoh struktur aliran laman sesawang yang pernah digunakan. 5. Pelajar mendengar guru mengaitkan jawapan dan pendapat yang telah diberikan dengan penggunaan laman sesawang dengan teori pembelajaran. 6. Setiap pelajar menerima kertas A4. 7. Pelajar mendengar penerangan kriteria laman sesawang yang diberikan oleh guru.
dan pautan laman sesawang. 6. Kertas A4 diedarkan kepada pelajar untuk memulakan aktiviti penerokaan. 7. Guru memberi tajuk ‘Laman sesawang kelas’ dan memberi sedikit penerangan berkaitan kriteria laman sesawang. 8. Guru memiminta pelajar untuk melakar halaman log masuk sistem berdasarkan tajuk yang diberikan guru. 8. Pelajar melakar halaman log masuk sistem berdasarkan tajuk yang diberikan guru. Assessment 1. Pelajar dapat menggambarkan dengan melukis papan cerita dengan terperinci. Appendix Reflection • __ daripada __
4.2.2 Tag dalam HTML Lesson Plan 4.2.1 Tag dalam HTML Objectives 1. Pelajar dapat menerangkan cara penulisan tags dalam atur cara HTML dengan tepat. 2. Pelajar dapat mengenal pasti ralat tags HTML dengan betul Materials Lembaran kerja, papan putih, marker Activities Sesi induksi (Guru): 1. Guru memberi salam kepada kelas dan pelajar diminta menjawab dengan kuat. 2. Guru mengarahkan pelajar untuk menepuk kedua tangan bagi menghasilkan bunyi. 3. Guru bertanya apakah persamaan memberi serta menjawab salam dengan tepuk tangan. Pelajar yang berjaya jawab akan dibena 4. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan tags HTML dimana setiap tags hendaklah berpasangan dan setiap pembuka hendaklah ada penutup. Sesi induksi (Pelajar): 1. Pelajar memberi salam dengan kuat. 2. Pelajar membuat bunyi melalui tepukan tangan. 3. Pelajar berfikir dan menyatakan persamaan antara memberi salam serta menepuk tangan. 4. Pelajar mendengar huraian guru. Aktiviti Guru: 1. Guru memberi penerangan berkenaan tags asas HTML seperti <>, </>, <html>, <head>, <body>, <p>. Aktiviti Pelajar: 1. Pelajar mendengar penerangan yang diberikan guru.
2. Guru memberi lembaran kerja kod yang mempunyai ralat sintaks pada dan meminta pelajar untuk membetulkan ralat. 3. Guru memanggil beberapa pelajar untuk menuliskan pembetulan ralat di papan putih. 2. Pelajar menjawab lembaran kerja yang diberikan. 3. Pelajar kehadapan untuk menulis kod yang tepat bagi ralat yang dipaparkan. Assessment 1. Pelajar dapat mengenal pasti serta memperbaiki ralat tags HTML dengan betul. Attachment Pautan lembaran kerja: Lembaran Kerja Ralat HTML Reflection • __ daripada __ 4.2.3 Paragraph Heading dalam HTML Topic 4.2 Kod Arahan HTML 4.2.3 Paragraph Heading dalam HTML Objectives 1. Pelajar dapat membezakan jenis-jenis heading yang terdapat dalam atur cara HTML dengan betul. 2. Pelajar dapat membuat pilihan saiz heading yang mana perlu digunakan bagi di dalam laman sesawang dengan baik. Materials Buku teks Asas Sains Komputer Tingkatan 1, Notepad, projektor, Google Classroom Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set Induksi (5 minit) 1. Dengan menggunakan projektor sebagai bahan bantu mengajar, guru memaparkan gambar antara muka (interface) menu ‘coffee shop’ seperti di dalam lampiran. Set Induksi: 1. Pelajar menghuraikan apa yang terdapat pada antara muka yang dipaparkan oleh guru. 2. Pelajar menyatakan perbezaan saiz dan jenis tulisan yang terdapat pada menu.
2. Guru memulakan interaksi dengan meminta pelajar untuk menyatakan apa yang dapat dilihat pada gambar. 3. Guru bertanyakan perbezaan saiz tulisan yang terdapat pada menu makanan. Aktiviti 1 1. Perbezaan jenis heading diterangkan kepada pelajar <h1>,<h2> dan seterusnya. 2. Guru menjelaskan keperluan perbezaan heading dalam laman sesawang bagi memastikan pelajar tahu akan pengaplikasiannya. 3. Dengan menggunakan notepad, pelajar diminta untuk menaip setiap heading didalam <body></body> 1. Pelajar mendengar penerangan guru berkaitan jenis heading yang terdapat dalam HTML. 2. Pelajar menaip kod HTML tag paragraph heading di dalam perisian aplikasi Notepad. 3. Pelajar mereka satu muka laman sesawang ‘Biodata saya’ dengan menggunakan tag paragraph heading yang bersesuaian bagi setiap kategori.
4. Setelah berjaya, pelajar diminta untuk membina satu muka laman sesawang berkaitan ‘Biodata saya’ yang mempunyai beberapa kategori seperti maklumat diri, hobi, dan impian dengan menggunakan heading berbeza. Aktiviti 2 1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 2 orang per kumpulan. 2. Guru memberikan halaman web pra-dibuat kepada setiap kumpulan di dalam Google Classroom. 3. Guru meminta setiap kumpulan berbincang untuk mengubah suai halaman web pra-dibuat menggunakan tag paragraph heading yang bersesuaian mengikut kreativiti setiap kumpulan. Masa yang diberikan adalah 15 minit. 4. Guru meminta setiap kumpulan untuk membentangkan hasil ubah suai bagi setiap kumpulan dan memberikan justifikasi bagi setiap perubahan. 1. Pelajar duduk di dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru. 2. Pelajar perlu membuka laman web yang tersedia didalam Google Classroom. 3. Berdasarkan laman web yang diberikan, pelajar berbincang didalam kumpulan untuk mengubah suai web menggunakan tag heading yang telah dipelajari dalam masa 15 minit. 4. Setelah 15 minit, setiap kumpulan membentangkan hasil web yang telah diubah suai serta memberi justifikasi. Penutup 1. Guru akan memberikan exit ticket kepada setiap pelajar tentang hasil pembelajaran mengenai kod HTML tag paragraph heading. 1. 3 orang pelajar yang dipilih menyatakan apa yang telah dipelajari pada hari itu secara ringkas.
2. Guru akan memilih 3 orang pelajar untuk mengimbas semula hasil pembelajaran mengenai tag paragraph heading secara lisan dan ringkas. Assessment 1. Fail yang telah disiapkan hendaklah disimpan sebagai Biodata_Nama dan dihantar melalui Google Classroom 2. Pelajar dapat membina laman sesawang menggunakan minimum 2 heading berbeza dengan betul. Reflection • __ daripada __ 4.2.4 Banner, Frame dan Menu dalam HTML Lesson Plan 4.2.4 Banner, Frame dan Menu dalam HTML Objectives 1. Pelajar menghasilkan fail HTML yang mengandungi Banner, Frame, dan Menu didalam satu muka. 2. Pelajar dapat mengenal pasti beza Banner, Frame dan Menu dengan menyebut Materials Notepad, projektor Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set Induksi (5 Minit) 1. Guru memaparkan website KPM kepada pelajar dan meminta pelajar untuk memerhatikan apa yang terdapat pada web. 2. Guru merangsang pemikiran pelajar dengan bertanya bagaimana maklumat dikategorikan 1. Pelajar memerhatikan gambar yang di paparkan. 2. Pelajar menjawab solan berdasarkan pendapat masing-masing.
didalam website yang dipaparkan? Aktiviti 1. Guru menjelaskan kepada pelajar mengenai Banner, Frame, dan Menu dan bagaimana setiap satu tag tersebut berfungsi. • Banner merupakan sepanduk web. • Frame adalah bingkai yang membahagikan skrin paparan laman sesawang. • Menu merupakan pautan pantas ke bahagian tertentu (Terdapat beberapa ciri menu). 2. Guru menunjukkan cara menggunakan tags <Banner>,<frame>, dan <menu> menggunakan paparan pada projektor. 3. Pelajar diminta untuk menggunakan notepad dan menghasilkan antara muka yang mengandungi ketigatiga kriteria. 1. Pelajar memberi perhatian kepada penerangan guru. 2. Pelajar memulakan penulisan kod pada notepad. Penutup 1. Guru membuat pengulangan semula dengan menunjukkan antara muka laman sesawang dan meminta 1. Pelajar menunjukkan banner, menu dan frame yang terdapat pada laman sesawang yang ditunjukkan.
pelajar yang berbeza menyatakan banner, menu dan frame. 2. Guru memilih pelajar secara rawak untuk menyebutkan ciri-ciri menu. 2. Pelajar berjaya menyatakan ciri-ciri menu yang telah dipelajari dengan betul. Assessment 1. Berdasarkan soalan guru, pelajar dapat menyatakan dengan tepat banner, frame dan menu pada laman sesawang, 2. Pelajar dapat mencipta satu laman sesawang ringkas yang mempunyai Banner, Frame, dan Menu didalamnya dengan baik. Reflection • __ daripada __ 4.2.5 Pautan Teks dan Imej dalam HTML Lesson Plan 4.2.5 Pautan Teks dan Imej dalam HTML Objectives 1. Pelajar berjaya menerangkan fungsi penggunaan Pautan Teks dan Imej dalam HTML dengan betul. 2. Pelajar mengaplikasikan Pautan Teks atau Imej untuk mengarahkan ke laman web yang lain dengan betul. Materials Notepad, Projektor Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set Induksi (5 Minit) 1. Guru membuka laman web restoran yang mengandungi menu. 2. Guru menekan gambar makanan yang dipaparkan 1. Pelajar memberi perhatian kepada aktiviti yang dilakukan guru pada laman sesawang. 2. Berdasarkan aktiviti guru, pelajar akan menjelaskan apa yang diperhatikan.
untuk ke antara muka yang seterusnya. 3. Pelajar diminta untuk memberi penjelasan pemerhatian mereka. Aktiviti 1. Guru menerangkan bahawa aktiviti hari ini berkaitan teks atau imej yang boleh diklik untuk ke paparan yang seterusnya. 2. Pelajar diminta untuk mencari satu tempat pelancongan yang teringin untuk dikunjungi pelajar. 3. Pelajar diminta untuk memuat turun satu gambar berkaitan tempat pelancongan tersebut. 4. Guru menerangkan fungsi <a></a>. 5. Guru menunjukkan cara penggunaan <a> pada projektor. 6. Pelajar diminta untuk menggunakan tags <a> dan hubungkan kepada pautan tempat pelancongan yang telah dicari. 7. 2 jenis tag diperlukan iaitu dengan menggunakan perkataan dan gambar. 1. Pelajar mencari tempat pelancongan yang menjadi Impian untuk dikunjungi. 2. Pelajar memuat turun gambar berkaitan tempat perlancongan yang diminati. 3. Pelajar melihat cara menggunakan tag <a></a> seperti yang diajarkan guru dihadapan. 4. Menggunakan gambar yang di muat turun, pelajar menggunakan tag <a> dan di hubungkan kepada pautan. 5. Pelajar membina kod yang mempunyai tulisan serta gambar yang akan dihubungkan kepada pautan
yang mereka kehendaki. Penutup 1. Guru bertanya perbezaan teks dan gambar pautan. 1. Pelajar menerangkan perbezaan antaran teks dan gambar pautan. Assessment Pelajar berjaya membuat pautan menggunakan teks atau imej dengan baik tanpa sebarang ralat. Reflection • __ daripada __ 4.2.6 Memasukkan Imej dalam HTML Lesson Plan 4.2.6 Memasukkan Imej dalam HTML Objectives 1. Pelajar dapat mengaplikasikan penggunaan imej didalam laman sesawang. Materials Notepad, projektor Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set Induksi 1. Guru memberikan soalan kepada pelajar, apa yang akan menarik minat pelajar untuk melayari sesuatu laman sesawang? 2. Guru bertanya akan kepentingan gambar didalam laman sesawang. 3. Guru memberi penerangan bahawa selain menjadikan laman sesawang kelihatan menarik, gambar juga 1. Guru menjawab soalan guru berkenaan apa yang menarik minat mereka didalam sebuah laman sesawang. 2. Pelajar menyatakan kepentingan gambar dalam laman sesawang
diguna pakai sebagai logo. Aktiviti 1. Pelajar diminta untuk memuat turun imej yang boleh dijadikan sebagai logo daripada Google. 2. Guru meminta pelajar untuk memuat turun gambar aktiviti gotongroyong. 3. Guru menerangkan bahawa aktiviti yang akan dijalankan adalah membuat liputan berita berkaitan gambar. 4. Guru menerangkan bahawa pelajar bebas untuk menggunakan apaapa tag yang telah dipelajari pada pembelajaran lepas. 5. Pelajar diminta untuk meletakkan gambar yang telah dimuat turun kedalam laman sesawang menggunakan tags <img> sebagai logo laman sesawang berserta banner. 6. Pelajar diminta untuk mengletakkan gambar beserta diskripsi yang menceritakan gambar. 7. Pelajar memuat turun gambar yang boleh dijadikan sebagai logo mengikut kesukaan masing-masing. 8. Pelajar memuat turun gambar aktiviti gotongroyong. 9. Dengan menggunakan tag Banner yang telah dipelajari pada pembelajaran lepas, pelajar akan meletakkan gambar sebagai logo. 10.Dengan menggunakan tag <img> pelajar akan meletakkan gambar pada laman sesawang serta membuat deskripsi laporan secara ringkas dengan menggunakan tag <p> atau heading.
Penutup 1. Pelajar dikehendaki menunjukkan hasil laman sesawang ringkas mereka. 2. Guru meminta 2 orang untuk menyatakan kepentingan gambar didalam laman sesawang. 1. Pelajar menunjukkan hasil laman sesawang. 2. 2 orang pelajar menyatakan kepentingan gambar didalam laman sesawang. Assessment Pelajar berjaya meletakkan gambar kedalam laman sesawang mereka menggunakan <img>. Reflection • __ daripada __ 4.2.7 Pull down menu dalam HTML Lesson Plan 4.2.7 Pull down menu dalam HTML Objectives 1. Pelajar mengemukakan keperluan pull down menu didalam laman sesawang dengan baik. 2. Pelajar dapat mengaplikasikan fungsi pull down menu didalam laman sesawang. Materials Notepad, projektor, kertas Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar: Sesi induksi: 1. Guru memecahkan pelajar mengikut kumpalan yang terdiri daripada 2 orang. 2. Setiap kumpulan diberikan kertas yang mempunyai senarai tempat, warna dan kenderaan secara rawak. 3. Pelajar diminta untuk mengelaskan setiap perkataan mengikut kategori. 1. Pelajar duduk mengikut Kumpulan yang diberikan guru. 2. Pelajar menerima kertas yang tersenarai tempat, warna dan kenderaan. 3. Pelajar mengelaskan setiap perkataan mengikut kategori. 4. Pelajar menamakan kategori serta menyatakan jumlah item yang tersenarai dibawah setiap kategori.
4. Pelajar diminta untuk menyatakan nama kategori beserta jumlah item yang disenaraikan. Aktiviti 1 1. Guru memberi persoalan tentang bagaimana laman sesawang mengkategorikan sesuatu. Contoh: Pemilihan negeri pada borang. 2. Mengaitkan aktiviti yang diberikan dengan pull down menu dimana ianya akan menjadikan sesuatu penyusunan maklumat menjadi lebih teratur. 3. Memberi justifikasi bahawa pull down menu adalah salah satu cara untuk menyenaraikan pilihan kepada pengguna untuk dipilih. 1. Pelajar menjawab soalan guru berdasarkan pengalaman mereka mengisi borang. 2. Pelajar dapat mengaitkan aktiviti tersebut enga napa yang diterangkan. Aktiviti 2 1. Guru mengajar cara menggunakan <select> dan <option> bagi pull down menu 2. Didalam kumpulan, pelajar diminta untuk membina borang ringkas yang mengandungi pull down menu. 1. Pelajar fokus kepada sesi pembelajaran. 2. Pelajar membina borang dengan mengaplikasikan <select> dan <option> didalam kod HTML.
Penutup 1. Guru meminta pelajar untuk menjelaskan kepentingan pull down menu. 1. Pelajar menerangkan kepentingan pull down menu. Assessment Pelajar berjaya menghuraikan kepentingan pull down menu. Pelajar dapat menyenaraikan pilihan menggunakan pull down menu didalam borang ringkas. Reflection • __ daripada __ 4.2.8 Ruang komen dalam HTML Lesson Plan 4.2.8 Ruang komen dalam HTML Objectives 1. Pelajar dapat melengkapi laman sesawang dengan menambah ruang komen dalam laman sesawang dengan betul Materials Notepad, Projektor Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar 1. Guru bertanya kepada pelajar apakah aplikasi yang boleh untuk seseorang meninggalkan komen. 2. Guru menjukkan contoh laman sesawang yang mempunyai ruang komen seperti Blog dan Google Review. 1. Pelajar memberi jawapan yang berbeza-beza. 2. Pelajar melihat contoh yang dipaparkan oleh guru.
1. Guru menerangkan cara meletakkan ruang komen didalam laman sesawang dengan memperkenalkan tag <form> dan <textarea>. 2. Selain itu, tag <input> juga diperkenalkan untuk pengguna memasukkan input untuk dihantar. 3. Pelajar diminta untuk membuat kod HTML yang mempunya ruang komen. 1. Pelajar mendengar penerangan guru. 2. Pelajar membuat kod HTML yang mengandungi tag <form>,<textarea> dan <input>. Penutup Guru meminta pelajar menyebutkan tag yang telah dipelajari. Pelajar menyebutkan jenis tag yang diperlajari dengan betul. Assessment Berdasarkan hasil kod HTML, ruangan komen dipaparkan dalam antaramuka. Reflection • __ daripada __ 4.2.9 Mengesan Ralat Lesson Plan 4.2.9 Mengesan Ralat Objectives 1. Pelajar dapat menyatakan langkah-langkah pencarian ralat. 2. Pelajar berjaya menyenaraikaan ralat pada kod dengan betul. 3. Pelajar dapat memperbaiki ralat dengan tepat. Materials Kertas yang telah dicetak kod. Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set Induksi 1. Guru menyebarkan kertas yang telah dicetak kod yang mempunyai ralat kepada pelajar. 1. Pelajar menerima kertas yang diberikan guru. 2. Dalam masa 5 minit, pelajar mencari ralat
2. Pelajar diberi masa 5 minit untuk mencari kesalahan pada kod. yang terdapat pada kod yang dicetak pada kertas. Aktiviti 1. 3 orang pelajar dipanggil kehadapan untuk menyenaraikan kesalahan/ralat pada kod 2. Guru menerangkan akibat atau kesan ralat pada kod dan meminta pelajar mencatat sebagai nota. 3. Guru menerangkan langkah-langkah mengenal pasti ralat pada kod. 4. Guru mengajarkan tag komen <! -- tag --> bagi memudahkan pelajar untuk memudahkan pencarian ralat. 1. Pelajar kehadapan menyenaraikan kesalahan/ralat pada kod. 2. Pelajar mencatat nota berkaitan ralat. 3. Pelajar mencatat nota berkaitan langkahlangkah mengenal pasti ralat. 4. Penutup Guru memberi lembaran kerja yang mengandungi soalan berkaitan ralat. Pelajar menjawab lembaran kerja dan dipulangkan semula kepada guru untuk di nilai. Assessment Berdasarkan kod yang diberikan kepada pelajar, pelajar dapat menyenaraikan kesemua ralat dengan tepat. Pelajar menjawab soalan pada lembaran kerja dengan tepat. Attachment Lembaran kerja: Lembaran Kerja Ralat Reflection • __ daripada __
4.2.10 Membina Laman Sesawang yang Interaktif Lesson Plan 4.2.10 Membina Laman Sesawang yang Interaktif Objectives 1. Pelajar berjaya membina 2 muka laman sesawang yang interaktif dengan baik. 2. Pelajar dapat mengaplikasikan tag HTML yang diajar kedalam laman sesawang dengan betul. Materials Laptop/Komputer, Notepad. Activities Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar Set Induksi 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang. 2. Tugasan diberikan kepada pelajar untuk menghasilkan laman sesawang yang interaktif. 1. Pelajar duduk didalam kumpulan yang diberikan Aktiviti 1. Setiap kumpulan akan di berikan 1 masalah yang memerlukan pelajar untuk membina laman sesawang yang teratur. • Contoh: Bina laman sesawang yang memaparkan senarai kereta mewah. Pelajar di kehendaki untuk meletakkan gambar beserta diskripsi. Apabila 1. Pelajar menerima tugasan masing-masing. 2. Pelajar mendengar dan mencatat keperluan dan arahan bagi menyelesaikan tugasan
gambar ditekan, ia akan ke antara muka yang seterusnya. • Bina laman sesawang yang memaparkan senarai makanan segera. Pelajar di kehendaki untuk meletakkan gambar beserta diskripsi. Apabila gambar ditekan, ia akan ke antara muka yang seterusnya. 2. Berdasarkan kreativiti, pelajar diminta untuk membina 1 projek yang interaktif yang mengaitkan dua antaramuka. 3. Sebelum bermula projek, pelajar dikehendaki untuk melakar papan cerita sebagai panduan. 4. Laman sesawang yang dibina hendaklah mempunyai sekurangkurangnya elemen Banner, menu, gambar, pautan dan kepelbagaian saiz tulisan.
Penutup Guru memperingatkan bahawa projek diberi masa 3 minggu untuk diselesaikan. Pelajar memahami pesanan guru. Assessment 1. Penilaian berdasarkan laman sesawang yang dibina bergantung kepada lakaran papan cerita serta banner, menu, gambar dan kepelbagaian saiz tulisan. 2. Laman sesawang yang dibina hendaklah berjaya disiapkan tanpa ralat. Reflection • __ daripada __
ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 2 BAB 1: PERWAKILAN DATA SUB-BAB: 1.1 SISTEM NOMBOR PERLAPANAN NURUL LIYANA BINTI AHMAD AZAM - 22100012
Topik (F2) BAB 1: Perwakilan Data TARIKH: 23 MEI 2024 (KHAMIS) Sub-Topik 1.1 Perbezaan antara nombor perlapanan dan nombor perpuluhan 1.1.2 (i) Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan (ii) Penukaran nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan Standard Pembelajaran 1.1.1 Membezakan nombor perlapanan dan nombor perpuluhan 1.1.2 Menukar nombor: ● Perpuluhan kepada nombor perlapanan ● Perlapanan kepada nombor perpuluhan Objektif Pembelajaran Di akhir sesi pembelajaran, pelajar tingkatan 2 boleh: 1. Menyatakan perbezaan nombor perlapanan dan nombor perpuluhan dengan betul 2. Menukar nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan dengan tepat 3. Menukar nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan dengan tepat Matlamat Utama Memperkenalkan murid kepada nombor perlapanan dan cara menukar nombor perpuluhan kepada dan sebaliknya. Sesi ini mengaitkan pengetahuan sedia ada murid tentang nombor perduaan yang telah dipelajari di Tingkatan 1 untuk membuat peniskilaan nombor perlapanan Bahan Bantu Mengajar Slaid pembentangan, Lembaran Kerja Aktiviti Set Induksi (10 Minit) Aktiviti 1: menguji fahaman pelajar tentang pembelajaran sebelum Guru Pelajar 1. Guru meminta pelajar untuk menukar nombor perpuluhan “5” kepada nombor perduaan. 2. Guru membuat penilaian terhadap jawapan yang telah diberikan oleh pelajar, untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap penguasaan murid untuk penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan. 1. Pelajar menukar nombor perpuluhan “5” kepada nombor perduaan 1. Contoh jawapan murid: Nombor Hasil Baki 2 5 2 2 4 1 1 2 0 0 0 1
1. Jika terdapat pelajar yang masih tidak mampu menyelesaikannya, guru akan meminta murid yang telah berjaya untuk membantu rakan rakan lain. 2. Guru perlu memastikan pelajar menguasai penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan sebelum meneruskan ke Aktiviti 2. Nombor perduaan: 101 2 2. Pelajar yang telah berjaya menyelesaikan penukaran nombor membantu rakan rakan lain yang masih tidak menguasainya Aktiviti 2 Guru Pelajar 1. Guru bertanya kepada pelajar, pendapat berkenaan penggunaan nombor perduaan dalam sistem komputer. 2. Aktiviti ini bertujuan untuk merangsang pemikiran logik agar pelajar dapat memamahi peniskilaan konsep komputer Pemikiran Logik: pelajar memberi penjelasan yang logik atas penggunaan nombor perduaan dalam sistem komputer Peniskala: memilih cara yang paling mudah. Sebagai contoh, penggunaan “ON” / “OFF” untuk komunikasi dengan komputer 1. Pelajar memberikan pendapat mereka tentang penggunaan nombor perduaan dalam komputer. 1. Contoh jawapan pelajar: “ sistem nombor perduaan hanya mempunyai dua digit atau simbol iaitu, “0”, “1”. Pengembangan (40 minit) Aktiviti 1 Guru Pelajar Guru meminta pelajar untuk membayangkan mereka adalah seorang ‘programmer’ 1. Pelajar diminta untuk 1. Berpandukan jadual ASCII, pelajar perlu mengekod mesej “HELLO WORLD” dengan menggunakan sistem nombor perduaan.
menggunakan nombor perduaan untuk mengekod mesej “HELLO WORLD” dengan merujuk kepada jadual ASCII 2. Setelah pelajar berjaya mengekod mesej “HELLO WORLD”, guru membincangkan jawapan yang diberikan pelajar betul atau salah 2. Jadual ASCII; Contoh Jawapan pelajar: H E L L 0 1001000 2 1000101 2 1001100 2 1001100 2 1001111 2 W O R L D 1010111 2 1001111 2 1010010 2 1001100 2 1000100 2 Aktiviti 2 Guru Pelajar 1. Guru menyatakan kepada pelajar; jika perlu mengekod mesej yang lebih panjang mesej yang lebih panjang, dan menggunakan sistem nombor perduaan beberapa masalah akan dihadapi iaitu a. Pengekodan nombor perduaan akan mengambil masa yang lama b. Akan menggunakan muatan storan yang tinggi kerana terlalu panjang untuk mengekod satu huruf atau aksara. 2. Guru meminta cadangan 1. Pelajar melihat dan mendengar penjelasan yang diberikan oleh guru berkenaan mengekod mesej yang lebih panjang dalam sistem nombor perduaan. 2. Pelajar menyuarakan pendapat mereka dalam mengatasi masalah menggunakan sistem nombor perduaan dalam mengekod mesej yang lebih panjang. Contoh jawapan: 1. Tukar sistem nombor yang digunakan 2. Pendekkan cara pengekodan
penambahbaikan daripada pelajar atau cara untuk mengatasi masalah ini Aktiviti 3 Guru Pelajar 1. Guru memperkenalkan sistem nombor perlapanan kepada pelajar sebagai salah satu cara untuk menghasilkan pengekodan mesej yang lebih panjang. 2. Guru juga menjelaskan sistem nombor perlapanan menggunakan 8 digit iaitu, 0,1,2,3,4,5,6, dan 7. Berbeza dengan sistem nombor perduaan; 0 dan 1. 1. Pelajar mendengar dan menulis nota tentang penjelasan yang diberikan oleh guru di dalam buku latihan masing masing Aktiviti 4 Guru Pelajar 1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil (maksimum 4 orang) 2. Sebelum mengedarkan lembaran kerja 1 (rujuk lampiran) kepada pelajar, guru menunjukkan contoh jalan kerja untuk menukar nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan kepada para pelajar 3. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 1 kepada pelajar 1. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti seterusnya. 2. Pelajar memerhati dan mencatat cara atau jalan kerja yang ditunjukkan oleh guru 3. Pelajar melengkapkan jadual di dalam Lembaran Kerja yang diberikan secara berkumpulan berdasarkan contoh yang telah ditunjukkan oleh guru dan setiap kumpulan juga dikehendaki menulis algoritma bagi cara yang telah digunakan dalam menukar nombor perpuluhan kepada nombor asas yang berikutnya Lembaran Kerja 1:
4. Setelah semua kumpulan telah berjaya melengkapkan jadual, guru menyemak kesemua jawapan yang diberikan Contoh Jawapan: 0,1,2,3,4,5,6,7 No Hasil Baki 8 9 8 1 8 1 0 0 1 9 = 11 8 Algoritma: 1. Bahagikan nombor yang diberi dengan 8. 2. Catatkan hasil dan baki pembahagian 3. Ulang langkah 1 dan 2 sehingga hasil pembahagian = 0. 4. Baca baki pembahagian daripada baki pembahagian terakhir sehingga baki pembahagian pertama. Aktiviti 5 Guru Pelajar 1. Guru menunjukkan contoh menukar nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan 1. Pelajar memerhati dan memahami jalan kerja yang ditunjukkan oleh guru tentang teknik penukaran nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan 2. Pelajar menerima Lembaran Kerja 2, dan melengkapkannya dengan jawapan
. 2. Guru mengedarkan Lembaran Kerja 2 untuk menguji pemahaman pelajar terhadap apa yang telah dipelajari yang betul berdasarkan apa yang telah dipelajari Penilaian 1. Menyemak jawapan pelajar di dalam Lembaran Kerja 2 untuk menguji tahap fahaman pelajar terhadap topik yang telah dipelajari 2. Guru akan berjalan memantau hasil kerja pelajar dan setiap pelajar akan menunjukkan hasil kerja mereka kepada guru. Jika terdapat kesalahan yang dikesan, guru akan menerangkan semula kaedah yang betul kepada pelajar yang mengalami kesukaran untuk menukar nombor perlapanan kepada nombor perpuluhan dengan lebih jelas 3. Sebagai aktiviti pengukuhan dan kerja rumah, Guru memberikan Lembaran Kerja 3 kepada pelajar. Penutup 10 MINIT 1. Guru mengulang kembali apa yang telah dipelajari hari ini dengan menanyakan kepada pelajar digit apakah yang boleh digunakan dalam sistem nombor perpuluhan, perlapanan, dan penduaan. 2. Guru menanyakan soalan: Bagaimana cara menukar nombor perpuluhan kepada nombor nombor perlapanan dan sebaliknya Refleksi
Lampiran: Kod Ascii Lembaran Kerja 1:
Lembaran Kerja 2:
Lembaran Kerja 3:
Topik (F2)BAB 1: Perwakilan Data TARIKH: 30 MEI 2024 (KHAMIS) Sub-Topik 1.1.2 (iii) Penukaran Nombor Perlapanan kepada nombor perduaan 1.1.2 (iv) Penukaran Nombor Perduaan kepada nombor perlapanan Standard Pembelajaran 1.1.2 Menukar nombor: ● Perlapanan kepada nombor perduaan ● Perduaan kepada nombor perlapanan Objektif Pembelajaran Di akhir sesi pembelajaran, pelajar tingkatan 2 boleh: 1. Menukar nombor perlapanan kepada nombor perduaan dengan tepat 2. Menukar nombor perduaan kepada nombor perlapanan dengan tepat 3. Menukar nombor perduaan dan nombor perlapanan kepada aksara yang betul Matlamat Utama mendedahkan murid kepada hubungan nombor perduaan dengan nombor perlapanan. Murid juga mengembangkan pengetahuan mereka tentang pengekodan ASCII daripada nombor perduaan kepada nombor perlapanan. Bahan Bantu Mengajar Slaid Pembentangan, Lembaran Kerja, Sampul Surat, kertas A4 (aktiviti- sampul surat misteri) Aktiviti Set Induksi: 10 MINIT Guru Pelajar 1. Guru menunjukkan satu contoh penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perduaan dan perlapanan sebagai ulangkaji menggunakan slaid pembentangan. (rujuk lambiran, slaid 1) 1. Pelajar mencatat atau menulis langkah kerja yang telah ditunjukkan oleh guru untuk kegunaan dalam menyelesaikan tugasan seterusnya 2. Pelajar diberi Lembaran Kerja 4 untuk dilengkapkan.
Aktiviti Pengembangan (40 MINIT) Aktiviti 1 Guru Pelajar 1. Berpandukan lembaran kerja 4 di dalam set induksi yang telah dilengkapi dengan jawapan yang betul, guru meminta pelajar untuk memerhati dan memberikan pendapat masing-masing tentang corak yang dapat dihasilkan 2. Jika tiada jawapan yang betul, guru akan menerangkan corak penukaran nombor di dalam Lembaran Kerja 4. Jawapan Lembaran Kerja 4: 1. Pelajar diminta untuk memerhati dan membuat pengecaman corak yang dapat diperhatikan daripada jadual yang telah dilengkapka di dalam Lembaran Kerja 4 semasa sesi set induksi Contoh jawapan yang diperlukan: ● Nombor digit untuk nombor perlapanan hanya akan meningkat setiap tiga digit peningkatan nombor perduaan.
Aktiviti 2 Guru Pelajar 1. Setelah pelajar menyatakan corak yang terdapat di dalam jadual Lembaran Kerja 4, guru meminta pelajar untuk membuat jangkaan bilangan digit nombor perlapanan yang diperlukan untuk mewakili nombor perpuluhan ‘512’ 2. Ini adalah untuk memastikan pelajar memahami corak penukaran nombor perlapanan 3. Jawapan: 4 1. Pelajar membuat jangkaan bilangan digit nombor perlapanan yang diperlukan untuk mewakili nombor perpuluhan ‘512’ berpandukan corak yang telah diperoleh daripada Lembaran Kerja 4 2. Jawapan: 4 Aktiviti 3 Guru Pelajar 1. Guru memberikan tempoh kurang lebih 5-10 minit untuk pelajar menghasilkan hubungan antara sistem nombor perduaan dan perlapanan (peniskalaan) Peniskalaan: pelajar membuat peniskalaan untuk 1. Berpandukan maklumat yang telah dipelajari, pelajar diberi masa 5-10 minit untuk menghasilkan hubungan antara sistem nombor perduaan dan perlapanan.
menghasilkan hubungan antara sistem nombor perduaan dan perlapanan 2. Untuk memudahkan perbincangan pelajar, guru membimbing pelajar untuk memahami bahawan setiap 3 digit dalam nombor perduaan boleh diwakili oleh satu nombor perlapanan 3. Guru menunjukkan dua contoh yang menggunakan kaedah yang berbeza untuk menukar nombor perduaan kepada nombor perlapanan di dalam slaid pembentangan 2 Kaedah Pengiraan 4. Guru turut menunjukkan kaedah lain iaitu kaedah pengupulan 3 digit nombor (slaid 3) 2. Pelajar mendengar, mencatat atau menulis di buku atau lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan memahami penjelasan guru bahawa, setiap 3 digit dalam nombor perduaan boleh diwakili oleh satu nombor perlapanan atau menggunakan kaedah pengiraan dimana; Bahagikan digit-digit dalam nombor perduaan kepada kumpulan tiga digit. Secara berkumpulan, setiap digit didarabkan dengan nilai tempat bagi nombor perduaan. Dalam kumpulan masing-masing, hasil darab bagi setiap digit dan nilai tempat dijumlahkan. Hasil akhir dicantumkan menjadi nombor perlapanan bagi nombor perduaan yang diberi. Aktiviti 4 Guru Pelajar 1. Guru memberi tempoh 5 minit kepada pelajar untuk menukarkan 1010 kepada 2 nombor perlapanan. 1. Pelajar diminta untuk menukarkan 1010 2 kepada kepada nombor perlapanan dengan cara mengasingkan setiap 3 digit bermula daripada kanan: 1|010 2
Jawapan: 12 8 Aktiviti Pengembangan Aktiviti 1 Guru Pelajar 1. Guru meminta pelajar untuk menukar semula nombor perlapanan kepada nombor perduaan berdasarkan pengetahuan sedia ada: ● 73 8 ● 65 8 2. Guru membantu pelajar untuk menukarkan 73 kepada nombor 8 perduaan: ● Asingkan setiap digit bermula daripada kanan 7|3 1. Setelah memahami contoh yang telah ditunjukkan oleh guru, pelajar mencuba untuk menukar 65 kepada nombor 8 perduaan dengan kaedah yang telah ditunjukkan. Contoh jawapan: 6 5 No H B No H B 2 6 2 5 2 3 6 0 2 2 4 1 2 1 2 1 2 1 2 0 2 0 0 1 0 0 1 110 101 65 8 = 110101 2 Aktiviti Pengukuhan 1. Pelajar dibahagikan kepada 9 kumpulan kecil (setiap kumpulan 4/3 orang) 2. Guru memberikan Lembaran Kerja 5 (rujuk lampiran) 3. Dalam kumpulan, pelajar menyelesaikan dan melengkapkan jadual di dalam Lembaran Kerja 5 4. Setelah semua kumpulan selesai menyiapkan Lembaran Kerja 5, guru akan meminta seorang wakil dari setiap kumpulan untuk memilih satu sampul surat yang mengandungi
soalan yang akan diselesaikan dalam kumpulan masing-masing (rujuk lampiran aktiviti - Sampul Surat Misteri). 5. Dalam kumpulan masing-masing, pelajar menyelesaikan soalan yang terdapat di dalam sampul yang telah dipilih 6. Contoh soalan: rujuk lampiran lampiran aktiviti - Sampul Surat Misteri 7. Setiap kumpulan diberi masa 5 minit untuk berbincang dan menyelesaikan soalan yang diberi 8. Setelah masa yang diberikan tamat, setiap kumpulan akan menghantar seorang wakil untuk menulis jawapan yang diperoleh di papan putih dihadapan kelas 9. Guru akan menyemak jawapan setiap kumpulan bergilir gilir di papan putih. Penilaian 1. Guru menyediakan Lembaran Kerja 6, sebagai aktiviti penilaian untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar 2. Sebelum sesi kelas tamat, semua pelajar dikehendaki menghantar semula Lembaran Kerja 6 untuk disemak oleh guru. 3. Guru akan mencatat pencapaian murid di dalam rekod pengajaran kelas untuk melihat prestasi pelajar. Penutup 10 MINIT 1. Guru mengulang kembali apa yang telah dipelajari hari ini dengan menanyakan kepada pelajar digit apakah yang boleh digunakan dalam sistem nombor perpuluhan, perlapanan, dan penduaan. 2. Guru menanyakan soalan: Bagaimana cara menukar nombor perlapanan kepada nombor nombor perduaan dan sebaliknya. Refleksi
LAMPIRAN Slaid Pembentangan 1 Slaid Pembentangan 2 Slaid Pembentangan 3